Ahad, 5 Januari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan 'Saiz S ' bukan alasanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_01/Saiz-S-bukan-alasan KUALA LUMPUR - Bekas ketua pasukan Trinidad & Tobago dan pemain Manchester United, Dwight Yorke menggesa pemain muda Malaysia supaya tidak sesekali menjadikan saiz fizikal mereka yang lebih kecil sebagai...2014-01-06T03:01:54+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0106/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_01/Saiz-S-bukan-alasan </image></item><item><title>Hoki hala serampang dua matahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_02/Hoki-hala-serampang-dua-mata KUALA LUMPUR - Aksi pusingan akhir hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda pada 31 Mei ini nampaknya bukan tumpuan utama buat skuad hoki kebangsaan berikutan ada lagi saingan lebih penting yang perlu...2014-01-06T03:01:54+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZAZALI JAMIAN'Rahsia' jersi baharu The Red Warriors bocorhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_03/Rahsia-jersi-baharu-The-Red-Warriors-bocor KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terkejut apabila jersi The Red Warriors musim ini yang bakal dilancarkan pada 15 Januari ini tersebar secara meluas di laman sosial facebook sejak beberapa...2014-01-06T03:01:54+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Abu Bakar tuntut Zayar tingkat kecergasanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_04/Abu-Bakar-tuntut-Zayar-tingkat-kecergasan IPOH - Aksi pertama Kyaw Zayar Win bersama skuad Seladang ketika menentang PDRM di Stadium Perak, kelmarin tidak mengecewakan, namun Ketua Jurulatih, Abu Bakar Fadzim agak resah dengan tahap kecergasan...2014-01-06T03:01:54+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SAYED HESHAM IDRIS<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0106/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_04/Abu-Bakar-tuntut-Zayar-tingkat-kecergasan </image></item><item><title>Ghaddar, Forkey Doe bertikam lidahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_05/Ghaddar-Forkey-Doe-bertikam-lidah KOTA BHARU - Tindakan penggempur import The Red Warriors Mohammed Ghaddar yang gemar memperagakan kemahiran individu mengundang rasa kurang senang buat rakan sepasukan, Francis Forkey Doe. Sikap pentingkan...2014-01-06T03:01:54+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh YATIMIN ABDULLAHHarimau C tidak akan beri laluan mudah buat Selangorhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_06/Harimau-C-tidak-akan-beri-laluan-mudah-buat-Selangor KUALA LUMPUR - Harimau Muda C kini bagaikan 'anak ayam yang kehilangan induk' apabila bakal mengharungi pusingan pertama bola sepak Piala FA menentang Selangor, 22 Januari ini tanpa ketua jurulatihnya...2014-01-06T03:01:54+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL HAFIZ AHMADKFA pertahan perubahan logo baharuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_07/KFA-pertahan-perubahan-logo-baharu PENDANG - "Bagi peluang Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) buat kerja dan tunggu hasilnya.". Demikian kata-kata Penasihat KFA, Datuk Othman Aziz (gambar) mengulas kekecewaan peminat hijau kuning terhadap...2014-01-06T03:01:55+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHD. RAFIE AZIMIMasa untuk lebih seriushttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_08/Masa-untuk-lebih-serius KUALA LUMPUR - Setiap jurulatih bagi setiap acara disaran untuk mewujudkan program latihan bersesuaian untuk para atlet bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang dijadual berlangsung pada pertengahan...2014-01-06T03:01:55+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIRPemain JDT lebih sedia harungi musim baharuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140106/su_09/Pemain-JDT-lebih-sedia-harungi-musim-baharu JOHOR BAHRU - Perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga FAM, Melaka di Stadium Larkin, kelmarin disifatkan sebagai eksperimen yang baik bagi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum mengharungi musim...2014-01-06T03:01:55+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Selangor semput jadual padathttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_01/Selangor-semput-jadual-padat KUALA LUMPUR - Terima seadanya. Itulah respons yang diberikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd. Ibrahim, apabila mengetahui tiada sebarang kelonggaran diberikan oleh...2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMINHarimau Malaya masih terbaik di Asia Tenggarahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_02/Harimau-Malaya-masih-terbaik-di-Asia-Tenggara KUALA LUMPUR - Harimau Malaya masih antara pasukan terbaik di Asia Tenggara kerana merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang masih mempunyai peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Menyangkal...2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0105/Utusan_Malaysia/Sukan/su_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_02/Harimau-Malaya-masih-terbaik-di-Asia-Tenggara </image></item><item><title>Segera lakukan pembedahanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_04/Segera-lakukan-pembedahan KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz menasihatkan pakar beregu campuran negara, Goh Liu Ying agar menggunakan jalan terakhir - pembedahan untuk...2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0105/Utusan_Malaysia/Sukan/su_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_04/Segera-lakukan-pembedahan </image></item><item><title>Kedudukan Jamaluddin masih selamathttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_05/Kedudukan-Jamaluddin-masih-selamat KUALA LUMPUR - Jamaluddin Hassan terus mendapat kepercayaan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) untuk menyandang tugas ketua jurulatih skuad elit negara biarpun gagal membawa pulang pingat emas Sukan SEA...2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL HAFIZ AHMADTiga kelab Hong Kong uji Tok Gajahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_06/Tiga-kelab-Hong-Kong-uji-Tok-Gajah KUANTAN - Juara Piala Malaysia, Pahang kini berkampung di Hong Kong untuk menguji pemainnya sebagai persiapan mengharungi musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula pada 17 Januari ini. Skuad kendalian...2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Benteng The Red Warriors ampuh hadapi musim 2014http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_07/Benteng-The-Red-Warriors-ampuh-hadapi-musim-2014 KOTA BHARU - Tonggak pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab. Halim yakin benteng The Red Warriors 2014 tetap ampuh walaupun kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan baharu musim ini.2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kedah teruskan pemburuan gelaran naib juarahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140105/su_08/Kedah-teruskan-pemburuan-gelaran-naib-juara KUALA LUMPUR - Kemenangan 3-1 ke atas Perak semalam, membolehkan Kedah kekal dalam perebutan tempat kedua Liga Futsal Kebangsaan Felda-FAM. Dengan baki hanya tujuh perlawanan untuk ditamatkan, mustahil...2014-01-05T01:25:44+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Harimau Malaya antara terbaik di Asia Tenggarahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_10/Harimau-Malaya-antara-terbaik-di-Asia-Tenggara KUALA LUMPUR 4 Jan. - Malaysia boleh dianggap antara pasukan bola sepak terbaik di Asia Tenggara kerana merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang masih mempunyai peluang layak ke pusingan akhir Piala...2014-01-04T20:56:56+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd FAM tak gusar liga 'tenggelam'http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_01/FAM-tak-gusar-liga-tenggelam PETALING JAYA - Biarpun kemeriahan Piala Dunia 2014 Brazil mampu menyebabkan minat terhadap liga tempatan menurun dengan drastik, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menghentikan...2014-01-04T02:08:20+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0104/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_01/FAM-tak-gusar-liga-tenggelam </image></item><item><title>Pengganti Rajagobal diumum bulan inihttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_02/Pengganti-Rajagobal-diumum-bulan-ini SUBANG - Tanda tanya siapa ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya sama ada warga asing atau anak tempatan, bakal terjawab pada pertengahan bulan ini atau paling lewat pun, sebelum penghujung bulan...2014-01-04T02:08:20+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ABDUL HAFIZ AHMADThe Gladiators masih berbisahttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_03/The-Gladiators-masih-berbisa KUALA LUMPUR - Pengekalan muka-muka lama yang telah beraksi bersama sejak tiga musim lalu menjadi senjata paling ampuh buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mensasarkan mahu mendakap sekurang-sekurangnya...2014-01-04T02:08:20+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0104/Utusan_Malaysia/Sukan/su_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_03/The-Gladiators-masih-berbisa </image></item><item><title>Bukan post-mortem biasa - Khairyhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_04/Bukan-post-mortem-biasa---Khairy KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mahu post-mortem yang bakal dilakukan terhadap prestasi kontinjen Sukan SEA negara dalam tempoh dua minggu ini sekadar satu proses bedah siasat...2014-01-04T02:08:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Tukar logo burung helang: KFA sengaja alih isuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_05/Tukar-logo-burung-helang-KFA-sengaja-alih-isu KUALA LUMPUR - Isu pertukaran logo Hijau Kuning dengan menggunakan burung helang sebagai lambang terbaru dilihat sebagai kaedah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melarikan diri daripada berdepan realiti...2014-01-04T02:08:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Kapten Myanmar pelengkap skuad Seladanghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_06/Kapten-Myanmar-pelengkap-skuad-Seladang IPOH - Kapten skuad Bawah 23 Tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win akhirnya menyertai skuad Seladang semalam, sekali gus melengkapkan senarai skuad Perak untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Masih...2014-01-04T02:08:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0104/Utusan_Malaysia/Sukan/su_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_06/Kapten-Myanmar-pelengkap-skuad-Seladang </image></item><item><title>'Bomoh' pulihkan lutut Liu Ying?http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_07/Bomoh-pulihkan-lutut-Liu-Ying KUALA LUMPUR - Terdesak untuk pulih daripada kecederaan lutut yang semakin serius, pakar beregu campuran negara, Goh Liu Ying mendapatkan rawatan tradisional dengan harapan ia dapat membantunya mengelak...2014-01-04T02:08:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd Norzie Mohd. Khasbi<url>http://www.utusan.com.my/pix/2014/0104/Utusan_Malaysia/Sukan/su_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_07/Bomoh-pulihkan-lutut-Liu-Ying </image></item><item><title>Deretan bintang buat JDT 'sakit kepala' bentuk skuadhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140104/su_08/Deretan-bintang-buat-JDT-sakit-kepala-bentuk-skuad KUALA LUMPUR - Kehadiran deretan pemain bertaraf bintang menyebabkan Johor Darul Ta'zim (JDT) belum dapat memutuskan senarai kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran Harimau Selatan, biarpun saingan...2014-01-04T02:08:21+08:00msCopyright 2014 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Isteri mati ditikam, dikelar suami pensyarah IPTA

Posted: 05 Jan 2014 11:02 PM PST

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN

KLANG 6 Jan. - Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher dipercayai dilakukan suaminya yang merupakan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di sebuah hotel di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira 5 pagi tadi dengan seorang saksi melihat lelaki tersebut menikam isterinya di dalam bilik hotel. Saksi tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis.

Lelaki itu dikenali sebagai Ghazalee Ahmad, 58, manakala isterinya adalah Norazlina Mohamed Saaid, 49, merupakan seorang suri rumah. - UTUSAN ONLINE

Kediaman YDP Majlis Daerah Besut ditembak 6 das

Posted: 05 Jan 2014 09:39 PM PST

BESUT 6 Jan. - Kediaman Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ibrahim Mohammad telah ditembak sebanyak enam das oleh individu tidak dikenali pada kira-kira pukul 6 pagi tadi ketika mangsa dan keluarganya masih berada di dalam rumah mereka di Kampung Gong Kepas Dalam di sini.

Tembakan tersebut bagaimanapun hanya terkena ke arah kereta Mercedes milik mangsa. Tiada yang cedera, kesemua penghuni rumah berkenaan selamat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah benarkan permohonan tangguh bicara kes Alvin, Vivian

Posted: 05 Jan 2014 06:12 PM PST

PUTRAJAYA 6 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menangguhkan perbicaraan kes mereka di Mahkamah Sesyen berhubung tiga dakwaan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan yang dijadualkan bermula pada Rabu ini. - UTUSAN

Suspek yang dikendaki polis didakwa

Posted: 04 Jan 2014 09:16 PM PST

KOTA BHARU 5 Jan. - Suspek yang paling dikehendak polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua lelaki sehingga membawa kecederaan parah dalam dua kes berasingan pada 2011 dan 2012.

Suspek, Mohd. Nurfino Omar bagaimanpun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Yusoff Yunus.

Pada 9 Jun 2011, suspek dituduh mencederakan seorang pengusaha hotel di Jalan Sri Cemerlang di sini dengan menggunakan parang.

Dalam kes berasingan, suspek didakwa mencederakan seorang penjaga bot dengan parang dan menyimbah asid di Nilam Puri di sini pada 13 Februari 2012.

Hakim bagaimanapun menolak permohonan jaminan tertuduh yang dikemukakan peguam bela.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Persatuan Hotel Malaysia cawangan Pahang bantu mangsa banjir

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Chew Teck Fang (tengah) dan ahli Persatuan Hotel Malaysia cawangan Pahang bersama keluarga mangsa banjir yang terdiri daripada komuniti Orang Asli di Pekan, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD.

PEKAN 5 Jan. - Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pahang menyumbangkan makanan dan membersihkan kediaman mangsa banjir di daerah ini menerusi misi bantuan kemanusiaan persatuan itu baru-baru ini.

Antara kawasan yang dikunjungi ialah Kampung Selingkong, Kampung Sena, Kampung Jambu dan Nenasi.

Program yang disertai wakil gabungan MAH Pahang itu diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Chew Teck Fang

Menurut Teck Fang, MAH berasa terpanggil untuk menjejaki mangsa banjir yang baharu kembali ke kediaman masing-masing dengan menyumbangkan makanan dan keperluan kebajikan lain.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial kami yang menerajui sektor perhotelan untuk meringankan beban keluarga mangsa banjir yang berpendapatan rendah khususnya meringankan persiapan persekolahan anak-anak mereka," katanya di sini kelmarin.

Tambahnya, walaupun sumbangan agak kecil dengan kemampuan tenaga dan moral ahli MAH yang agak terhad, tetapi amat signifikan sebagai menandakan sokongan pelbagai pihak kepada mangsa banjir di negeri ini.

Kesal bantuan tidak disyukuri

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 5 Jan. - Kerajaan negeri kesal dengan sikap segelintir mangsa banjir yang seolah-olah tidak mensyukuri bantuan yang diberikan sehingga sanggup mengambil apa yang bukan hak mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, sebagai contoh, ada peralatan di sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan rosak dan hilang.

"Saya tidak menuduh atau bercakap kosong kerana semua yang berlaku di depan mata saya sendiri.

"Peralatan sekolah seperti kerusi meja dirosakkan, televisyen dan alat bantu mengajar untuk pelajar pendidikan khas juga hilang apabila kelas berkenaan turut diumpil.

"Itu tidak termasuk bab agihan makanan yang dikatakan tidak pernah mencukupi kerana ada pihak yang tamak mengambil hak orang lain," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura hadir mengiringi Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad, Datuk Abdul Manan Ismail dalam Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Kampung Semangat di sini.

Sebanyak 100 pelajar di kampung berkenaan menerima sumbangan masing-masing berbentuk pakaian seragam dan peralatan persekolahan.

Menurut Shafik, beliau berharap sebilangan mangsa banjir tidak mengambil kesempatan di atas musibah yang menimpa terutama ketika bantuan disalurkan.

"Saya akui memang ada ketikanya bantuan tidak mencukupi kerana adalah mustahil kira-kira 40,000 mangsa banjir untuk mendapat kesemuanya.

"Namun, apa yang saya kesalkan masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan tidak bersyukur dengan sumbangan yang diterima," jelasnya.

Tambahnya, apa yang mengecewakan ialah sikap segelintir daripada mereka yang hanya tahu menuding jari mencari kelemahan pihak yang membantu terutama sukarelawan ketika berada di pusat pemindahan.

"Ada sukarelawan yang ditengking kerana makanan lambat disediakan. Seharusnya jika mereka sihat tubuh badan, mereka boleh sama-sama membantu," jelas beliau.

UMNO Raub digesa atur program dekati rakyat

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

RAUB 5 Jan. - Semua peringkat kepemimpinan UMNO Bahagian Raub perlu bergerak mulai sekarang menemui rakyat dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, ini termasuk mengadakan program yang dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat agar pengundi terus yakin dengan kemampuan Barisan Nasional (BN) dalam membela mereka.

Menurut beliau, selain itu, program pendaftaran ahli baru dan pemilih perlu terus ditingkatkan dalam memastikan usaha menawan kembali Parlimen Raub menjadi kenyataan.

"Berpolitik di kedai kopi tidak mencukupi jika tidak disusuli dengan program berkesan apatah lagi pembangkang sudah mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Raub di bangunan UMNO Raub di sini semalam.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, tidak mustahil BN mampu merampas semula kerusi Parlimen Raub jika semua berpadu tenaga dan bekerja kuat dari sekarang.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO Bahagian sebulat suara menuntut kerusi Parlimen Raub dikembalikan kepada parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

Katanya, kekalahan calon MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu amat pahit ditelan kerana Raub adalah kawasan yang secara tradisinya dimenangi BN.

"Kekalahan BN itu perlu dijadikan pengajaran untuk melihat kecenderungan dan isu semasa yang mempengaruhi pemikiran pengundi.

"Dalam konteks itu, Parlimen Raub wajar dikembalikan kepada UMNO kerana sokongan pengundi lebih menyeluruh," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


15 terkorban dalam siri serangan bom di Baghdad

Posted: 05 Jan 2014 10:31 AM PST

BAGHDAD 6 Jan. - Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban dalam siri serangan bom di sini hari ini, selepas militan menyerang bandar-bandar utama dan beberapa bahagian barat ibu negara itu.

Kejadian itu menyaksikan tiga bom kereta dan satu letupan bom di tepi jalan berlaku di tiga bahagian berbeza di Baghdad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 orang turut mengalami kecederaan.

Serangan tersebut berlaku selepas pihak militan berjaya menawan bandar Fallujah dan sebahagian kawasan di Ramadi sejak beberapa hari lalu. - AFP

Rundingan damai Sudan Selatan bermula

Posted: 05 Jan 2014 10:29 AM PST

ADDIS ABABA, Ethiopia 6 Jan. - Kerajaan Sudan Selatan dan pemberontak bersedia untuk memulakan rundingan damai hari ini, selepas pertempuran berterusan berlaku di negara itu semalam, sehingga mengakibatkan banyak orang awam terkorban di ibu negara Juba.

Rundingan yang diadakan di ibu negara Ethiopia ini bertujuan untuk menamatkan pertempuran yang sudah berlarutan selama tiga minggu lalu, selain turut mengorbankan beribu-ribu nyawa.

Diplomat berkata, selepas berlangsungnya perbincangan awal lewat malam semalam, rundingan damai dijangka bermula kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia). - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hak beza pendapat bukan lesen anarki

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh Salleh Buang

SUASANA sekitar Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka, kuala lumpur baru-baru ini.

HAK untuk tidak setuju dan menyatakan pendapat yang berbeza (right to dissent) memang diiktiraf oleh undang-undang semua negara yang mengamalkan demokrasi. Ia sebahagian daripada hak bersuara (freedom of expression).

Persoalan yang perlu diberi perhatian adalah sama ada hak itu sesuatu yang mutlak (tanpa syarat dan sempadannya) atau bersyarat (tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, ada had dan batasannya).

Di Malaysia hak bersuara disebutkan dalam Perkara 10 Perlembagaan. Hak berhimpun juga disebutkan dalam peruntukan yang sama. Perkara 10 Fasal (1) jelas menyatakan bahawa hak bercakap dan bersuara" serta hak untuk berhimpun" diberi kepada warganegara sahaja. Perlembagaan kita tidak menjanjikan kebebasan yang sama kepada bukan warganegara.

Dalam Perkara 10 Fasal (3) ada dinyatakan bahawa Parlimen boleh, melalui undang-undang, mengenakan apa-apa sekatan kepada hak tersebut yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam.

Di bawah hak bersuara dan berhimpun yang bersyarat (bukan mutlak) inilah rakyat negara ini bebas menyuarakan rasa terkilan atau dukacita mereka terhadap apa jua dasar yang telah lama atau baru dibentuk oleh kerajaan, dan terhadap apa jua tindakan atau tinggalan yang kerajaan telah lakukan.

Dalam kes Public Prosecutor lawan Pung Chen Choon (1993) Mahkamah Agung telah menyatakan bahawa kebebasan bersuara yang ada di bawah Perlembagaan kita tidak sama (dan tidak boleh disamakan) dengan kebebasan bersuara yang ada di India, England dan Amerika Syarikat. Kebebasan bersuara yang boleh dikatakan mutlak wujud di beberapa negara Barat misalnya Finland, Sweden, Norway, Denmark dan Ireland.

Seperti kita semua maklum rakyat negara ini telah lama menyuarakan rasa kesal dan dukacita mereka terhadap peningkatan kos sara hidup. Rakyat sedih dan marah harga barang sentiasa naik, tiada yang turun. Tidak cukup dengan kenaikan harga barang keperluan harian (gula, tepung, beras, ikan, ayam dan sebagainya), kerajaan baru-baru ini mengumumkan beberapa langkah dan dasar baru yang akan menyebabkan kos sara hidup mereka di masa depan terus naik.

Rakyat diberi mesej seolah-olah kenaikan harga barang dan kos sara hidup mereka akan terus naik tanpa henti. Nampaknya, segala alasan yang diberi oleh kerajaan tentang kenapa harga barang ini naik belum lagi dapat menyakinkan rakyat sepenuhnya, lalu mereka terus mempersoalkannya.

Sudahlah tidak mendapat jawapan atau alasan yang meyakinkan, beberapa kenyataan yang keluar dari mulut beberapa pihak (termasuk di kalangan Menteri) juga turut mengguris hati rakyat. Misalnya, ada Menteri yang berkata -

Harga gula naik, jangan makan gula",

Harga ayam naik, jangan makan ayam",

Bayaran tol di lebuh raya naik, jangan guna lebuh raya, guna jalan lama".

Kemarahan rakyat terhadap kata-kata kurang bijak dari pemimpin yang sepatutnya bercakap dengan lebih berhemah lagi telah membuat seorang kenalan menulis dalam facebooknya harga kain kapan naik, jangan mati".

Kombinasi fakta kenaikan harga barang, dicampur pula dengan jawapan beberapa menteri yang kurang bijaksana, serta pengumuman terbaru kerajaan mengenai kenaikan TOL serta pelaksanaan GST dalam masa terdekat menyebabkan pihak-pihak tertentu melancarkan kempen terhadap kerajaan. Antara yang cergas mempersoalkan ketidakprihatinan kerajaan ini" adalah Kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), dengan dibantu oleh (berganding sama dengan) beberapa pihak lain.

Bagi Pemuda Pas, inilah peluang yang mereka cari untuk menggerakkan ahli-ahlinya berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember 2013. Ketuanya, Suhaizan Kaiat, dipetik sebagai berkata ,Pemuda Pas tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihan raya untuk menurunkan pemerintah. Kehadiran mereka di situ adalah untuk menzahirkan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan," katanya lagi.

Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka, pada malam Rabu lalu, tiada orang menanti countdown kepada 1 Januari 2014.

Laporan media menyatakan bahawa pada 11 malam, penunjuk perasaan merempuh sekatan polis dan memasuki Dataran Merdeka. Tidak lama selepas itu, mereka menyerbu majlis sambutan Ambang Tahun Baharu. Akhirnya, pada kira-kira 11.35 malam, mereka berjaya masuk ke dalam padang. Sebahagian daripada mereka kemudian membaling botol ke arah pentas persembahan. Selepas insiden itu, konsert diberhentikan dan anggota polis mula berada di atas pentas.

Kesudahannya, ribuan anak muda yang ramai berbaju hitam ini berjaya mensabotaj dan menjahanamkan sambutan Tahun Baru yang dinanti-nantikan oleh warga kota dan pelancong di situ. Pastinya mereka merasa puas dengan kejayaan mereka merosakkan rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mengecewakan harapan orang ramai yang hadir pada malam itu.

Terbaru khabarnya aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dipetik sebagai berkata dia akan memfailkan saman tuntutan RM10 juta kerana difitnah oleh pihak Polis yang mengaitkan dirinya dengan cubaan mengguling kerajaan. (lihat http://my.news.yahoo.com/adam-adli-sue-cops-over-rally-claims-094100445.html) DBKL yang menganjurkan konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka pada 31 Disember itu, kini memikirkan apa tindakan susulan yang mereka boleh ambil terhadap penganjur perhimpunan haram. Khabarnya mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan PDRM.

Mengikut pihak polis, ada 4 NGO yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu, iaitu TURUN, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Seperti dinyatakan, ahli dan penyokong Pemuda Pas juga terlibat sama.

Kita tidak mempersoalkan hak mana-mana pihak (selagi mereka rakyat negara ini) menyuarakan pendapat mereka (sekalipun berbeza dengan pendirian kerajaan) dan berhimpun. Tetapi hak ini bersyarat, dan Parlimen telah pun membuat undang-undang tertentu mengenai hak bersuara dan hak berhimpun.

Khususnya, hak bersuara dikawal oleh undang-undang tertentu, antaranya Akta Fitnah dan Akta Hasutan, manakala hak berhimpun kini dikawal oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Sementara kita mengakui bahawa TURUN, SMM, SAMM dan ahli Pemuda Pas semuanya berhak bersuara membantah kenaikan kos sara hidup dan untuk tujuan itu berhimpun dan mengajak rakyat jelata berhimpun sama dengan mereka, badan-badan NGO dan politik ini perlu menunjukkan contoh yang baik kepada semua - iaitu patuhi sepenuhnya segala kehendak undang-undang negara ini.

Jangan hasut rakyat untuk bertindak mengikut emosi dan melanggar undang-undang. Itu anarki namanya. Ingatlah hak bersuara dan berhimpun (sesuatu yang bukan mutlak, dijanjikan oleh Perlembagaan) bukan lesen untuk melakukan anarki.

PENULIS ialah penganalisis undang-undang.

Berkesankah nanti?

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

SEHINGGA semalam kekosongan jawatan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum diisi.

Dikatakan pengisi kerusi nombor dua itu yang ditinggalkan Datuk Wan Ahmad Wan Omar kira-kira sebulan lepas akan dicadangkan oleh Majlis Raja-raja. Kemudian, pelantikan akan disah dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sama ada sudah dikenalpasti atau belum, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof tidak khuatir sangat. Malah, beliau sebenarnya lebih sibuk memikirkan perkara yang lebih penting - soal persempadanan semula bahagian atau kawasan pilihan raya.

Difahamkan, di peringkat badan itu, dasar dan asas kerja-kerja persempadanan sedang dibuat. Cuma SPR belum mengumumkan secara rasmi tarikh untuk memulakan kerja-kerja persempadanan. Sebaik sahaja diumumkan, barulah kajian persempadanan semula itu dilakukan yang memakan masa dua tahun. Banyak proses dan prosedurnya. Antaranya, melibatkan kajian SPR negeri, bila akan dibawa dan dibentangkan di Parlimen, diluluskah? serta selepas itu melibatkan proses dipamer serta bantahan.

Selain soal persempadanan, isu lain melibatkan SPR yang besar, tidak ada.

Dan seperti biasa perkara melibatkan pendaftaran pemilih baharu berjalan seperti biasa. Mulai bulan ini (Januari 2014) pendaftaran pemilih untuk suku pertama (Januari-Mac) harus digerakkan untuk mencapai data yang banyak dalam Daftar Pemilih. Ketika ini pendaftaran suku keempat 2013 (Oktober, November dan Disember) belum diwartakan. Mungkin, sama ada hujung Januari atau awal Februari.

Apabila diwartakan nanti, barulah dapat diketahui berapa ramai jumlah yang belum mendaftar seperti mana tahun-tahun lepas yang setiap tahun boleh mencecah 500,000 pemilih baharu.

Selepas ini, menjadi tanggungjawab besar setiap parti untuk menggerakkan jentera mereka melakukan inisiatif menganjurkan program pendaftaran pemilih yang menginjak umur 21 tahun.

Cuma, kepada bakal-bakal pemilih baharu, jangan sibuk berdemonstrasi dan melakukan onar di jalanan. Sebab biasanya yang pergi 'melalak' ke sana sini, memaki hamun kerajaan tidak kira tempat dan masa, belum tentu mereka pengundi berdaftar. Di jalanan, tampak ramai, gah tapi belum tentu pergi mengundi. Kalau tak mengundi, apa hak mereka ini untuk berdemonstrasi dan merusuh? Memang 'menyeronokkan' merusuh, tapi peliknya sebahagian perusuh ini tidak mengundipun dalam pilihan raya umum Mei lalu.

Dan jika sebelum ini, UMNO dan DAP, dua parti paling aktif mendaftarkan pemilih baharu, selepas ini diyakini parti-parti lain akan mengikut jejak sama. Inilah nanti menjadi cabaran besar buat jentera Barisan Nasional (BN). Sanggupkah jentera muda parti kerajaan (Pemuda, Puterinya) berhujan, berpanas untuk memastikan tunjang kuasa berkekalan di tangan?

Berbalik kepada persempadanan bahagian pilihan raya tadi, penulis difahamkan, tanggungjawab ini akan digalas SPR berdasarkan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan juga, SPR berkeyakinan tinggi bahawa persepsi pihak tertentu terutama pembangkang kononnya mereka tidak berlaku adil, sekali gus mendesak Abdul Aziz meletak jawatan atau apa sahaja isu-isu kecil yang menggugat kewibawaan suruhanjaya itu - akan terhakis sedikit demi sedikit.

SPR kali ini akan 'berwajah baharu' dengan pelaksanaan kerja-kerja persempadanan yang bukan semata-mata untuk memuaskan hati sebelah pihak, tetapi untuk semua parti politik lain.

Kajian persempadanan kawasan pilihan raya sudah tertangguh sejak 2011. Namun, untuk mengubah sesuatu perkara dalam Perlembagaan termasuk persempadanan semula, ia memerlukan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.

Cuma yang perlu diingatkan - persempadanan semula bukan hanya diperlukan oleh kerajaan tetapi oleh rakyat yang mula mempertikai berkenaan jumlah pengundi di satu-satu kawasan. Keadaan tidak seimbang itu memerlukan kepada persempadanan semula.

Dan ini perlu dilakukan untuk tidak menzalimi hak rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kreativiti pantulan

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Bersama ABD. HALIM HADI
pcdanpen@gmail.com

PANTULAN cahaya mampu menukarkan subjek biasa menjadi lebih menarik.

PANTULAN atau refleksi merupakan salah satu teknik fotografi popular dan sering diguna untuk menghasilkan gambar yang menarik dan kreatif.

Bayang-bayang sesuatu subjek sama ada pada permukaan air, cermin atau objek-objek berkilat mampu mengubah imej menjadi lebih artistik dan abstrak.

Antara lokasi yang mudah dikunjungi untuk mendapatkan gambar pantulan adalah tasik. Masa terbaik pula adalah pada waktu pagi ketika permukaan air masih tenang.

Selain memasukkan subjek-subjek seperti masjid, jeti dan bot, simbahan cahaya lampu juga boleh dimasukkan untuk memeriahkan kandungan di dalam sekeping gambar.

Bagaimanapun riak atau arus tidak semestinya menghasilkan pantulan yang teruk. Di permukaan laut atau sungai, pergerakan arus yang dirakam menggunakan dedahan lebih panjang mampu menghasilkan kesan yang cukup menarik.

Bagi mendapatkan imej yang jelas pada kedua-dua subjek dan refleksi, penggunaan aperture boleh ditetapkan pada bukaan kecil seperti f11 atau ke atas.

Senarai gajet popular 2014

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Bersama KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

HARI ini masuk hari kelima tahun 2014. Jika tahun lalu, kita dihidangkan dengan beberapa gajet termasuk telefon pintar seperti iPhone dan Samsung.

Untuk tahun ini gajet apakah yang dijangka akan mendapat tempat di kalangan peminat selain bakal mewarnai tahun ini.

Terdapat banyak senarai fajet yang menjadi rebutan daripada televisyen, telefon pintar, permainan komputer, kereta elektrik, teknologi selain Google Glass.

Televisyen 4K

Jika tahun lalu, pengguna sibuk dengan televisyen Full HD yang memberikan pengalaman menonton yang menakjubkan.

Tahun ini syarikat pembuat barangan elektrik beralih pula kepada televisyen Ultra HD atau dikenali sebagai 4K.

Televisyen 4K Ultra HD TVs (juga dikenali sebagai UHD TV) memberikan empat kali ganda gambar resolusi Full HD 1080 p menjadikannya lapan juta piksel berbanding dengan dua juta piksel Full HD.

Tahun ini televisyen 4K dijual dengan harga yang mampu dimiliki oleh pengguna yang berminat untuk merasai pengalaman menonton yang lebih ekstrem.

Permainan komputer

Apabila Xbox One dan PlayStation 4 mula mengambil tempat di ruang tamu rumah, peminat permainan komputer mula mengalami pengalaman bermain lebih baik yang direka khusus untuk mereka.

Dengan lebih kuasa dan grafik yang menarik, dijangka terdapat peningkatan mendadak dalam permainan komputer selain kemahuan bermain permainan komputer yang lebih ekstrem.

Dalam masa 12 bulan ini peminat permainan komputer pasti akan meletakkannya kembali di ruang tamu rumah mereka.

Kereta elektrik

Bermula dengan Nissan LEAF sehingga BMW i3, tahun 2013 menyaksikan kereta elektrik semakin banyak dijalan raya.

Diharap dengan adanya kawasan khas mengecas kenderaan pada tahun ini, tarikan kepada kenderaan berkenaan akan bertambah.

Penggunaan kereta ini dapat membantu meningkatkan kualiti alam sekitar, menjimatkan kos tanpa menggunakan petrol atau diesel.

Apa yang perlu dilakukan hanya mengecas bateri semalaman dan kereta boleh digunakan pada keesokannya.

Walaupun jarak pemanduannya terhad tetapi ia masih selesa untuk dipandu di dalam bandar.

Perkongsian ekonomi dan teknologi

Terdapat berpuluh-puluh syarikat perkongsian kereta wujud di United Kingdom (UK) dan beroperasi menggunakan teknologi terkini demi kebaikan masyarakat.

Misalnya perkongsian kereta seperti goCarShare sehingga kepada RentMyItems yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tanpa terlalu memikirkan keuntungan.

Tema ini mungkin akan berterusan dan bagus untuk bekerjasama dengan kawan dan jiran dalam menjadikan dunia lebih baik.

iPhone 6

Tahun ini pasti Apple akan mengeluarkan iPhone terbarunya yang lebih canggih.

Dengan iPhone 5S yang merapatkan jurang teknologi menggunakan cap jari, rekaan dan teknologi iPhone 6 pasti menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan memuaskan hati pelabur.

Apple seperti biasa mempunyai beberapa kejutan bagi pesaingnya dalam kategori telefon pintar yang menjadikan iPhone berbeza dengan yang lain.

Semuanya ada Internet

Bagaimana jika semua peralatan rumah boleh dikawal dari jauh tanpa kehadiran kita? Ini mungkin menjadi kenyataan tahun ini di mana mesin basuh, peti sejuk, cerek dan ketuhar boleh disambungkan kepada Internet dan boleh dikawal melalui telefon pintar, tablet atau komputer.

Televisyen Apple

Benarkah Apple akan melancarkan set televisyennya tahun ini?

Sebenarnya perkara ini mula diperkata sejak tahun 2012 tetapi tiada apa yang berlaku. Tapi ini mungkin berlaku dan bakal menjadi saingan antara Samsung dan Apple.

Skrin sesentuh berkait rapat dengan iOS dan semua apps Apple dan permainan mungkin akan menjadikan ruangan televisyen begitu berserabut.

Teknologi boleh pakai

Pada tahun ini terdapat banyak teknologi yang boleh dipakai di seluruh badan dan bukan hanya terhad di tangan atau hidung.

Teknologi ini dijangka meningkat di dalam kehidupan di sebalik trend teknologi yang dipakai semasa bersenam untuk menilai peningkatan semasa bersenam dan mendapatkan kehidupan yang sihat.

Mungkin terdapat banyak lagi produk yang boleh dipakai di dalam pakaian sebagai kelainan.

Jam tangan pintar

KETIKA ini Samsung popular dengan jam tangan Samsung Galaxy Gear dan tidak lama lagi tentu saja banyak syarikat lain akan mengikut jejaknya pada tahun ini.

Dan bukan aneh lagi apabila ramai yang memakai jam tangan pintar.

Google Glass

Adakah Google Glass akan dilancarkan secara besar-besaran tahun ini?

Bagaimanapun beberapa spesifikasi canggih telah mula disiarkan dalam beberapa laman web bagi pengguna cermin mata Google Glass.

Ia membolehkan pengguna berhubung dengan dunia luar menggunakan cara berlainan. Google Glass membenarkan pengguna mendapat maklumat daripada laman web dan merakamkan gambar menggunakan arahan suara.

Mungkin anda kelihatan aneh memakainya sekarang tetapi ia akan menjadi pemandangan biasa dalam masa 12 bulan akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Azam Lana Nordin

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

BIARPUN sudah tujuh tahun bergelumang dalam dunia seni namun Lana Nordin masih kurang menyerlah kecuali dikenali dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia kerana berpakaian seksi.

Bagaimanapun penghujung tahun lalu namanya tiba-tiba meledak gara-gara kisah cinta kilat yang tak kesampaian dengan Johan Asari. Dia dilamar selepas kenal tiga hari dan sebulan kemudian hubungan mereka putus. Lana pun menjadi topik perbualan dalam kalangan khalayak peminat.

Masih tersisa rasa perit akibat ditinggalkan kekasih namun Lana tidak pernah patah semangat. Malah perihal yang berlaku itu telah menjadikan dia kuat dan lebih matang untuk menempuh liku serta dugaan yang pada masa depan.

Baginya kisah cinta yang tidak seindah diimpikan itu bukan satu penghalang dalam membina dan mengukuhkan nama dalam bidang seni. Malah Lana juga berazam untuk merubah keadaan serta bertekad untuk menyinar dalam industri ini.

Saya mahu buka lembaran baru dan tidak mahu lagi terpalit dan terlibat dalam mana-mana kontroversi atau cerita-cerita pelik selepas ini. Saya akui tahun 2013 bukan tahun saya," tegas Lana.

Justeru untuk tahun baru ini dia mahu lebih dikenali dalam dunia lakonan. Dia tahu namanya tidak sehebat pelakon-pelakon lain dan terpaksa berkerja keras untuk mengekalkan kedudukan.

Untuk itu Lama mahu jadikan 2014 sebagai tahun mencipta nama dan memberi sinar kejayaannya.

Saya tidak mahu lagi dilabel sebagai artis seksi, insya-Allah saya akan berubah perlahan-lahan dan tidak mahu tampil seksi lagi," janji Lana.

Ada juga peminat yang bertanya adakah saya akan berhijab selepas ini? Saya akan saya melakukan apabila sudah sampai seru. Saya tidak mahu berubah mendadak bimbang nanti dikatakan hipokrit," akui anak jati Sarawak ini.

Hormati keputusan

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin memberitahu, walaupun dirinya kini sedang berkecamuk dengan masalah dalam hubungan cinta namun dia bertuah kerana masih ramai yang menyokong terutama keluarga.

Menurut Lana, keluarga terutama ibunya tidak pernah menghalang hubungannya dengan mana-mana lelaki malah sentiasa tersikap terbuka terhadap pilihannya.

Saya ada keluarga, mereka merupakan kekuatan saya. Selama ini mereka memang tidak pernah masuk campur dalam urusan hubungan cinta saya, jelas Lana

Menurutnya, keluarga menghormati apa sahaja keputusannya kerana percaya Lana mempunyai kehidupannya sendiri.

Emak saya memberi peluang kepada untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang saya pilih supaya saya tahu hati budinya. Sekiranya ada masalah barulah emak atau adik beradik saya beri pandangan serta nasihat.

Keluarga saya juga tidak suka cakap pasal keburukan serta kekurangan orang lain sebab mereka tahu perangai saya yang tidak sempurna.

Walau apa pun masalah yang melanda seperti apa yang sedang berlaku kepada saya ketika ini, keluarga saya terutamanya emak tidak pernah menghakimi orang lain. Mereka anggap ini adalah lumrah kehidupan," jelas Lana.

Tidak serik bercinta

Kisah percintaan separuh jalan bersama Johan bukan bererti menutup keinginannya untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas ini.

Bagi Lana apa yang berlaku merupakan satu pengalaman serta pengajaran berguna dalam mengharungi dunia percintaan pada masa akan datang.

Perkara yang berlaku sememangnya sudah tertulis, saya juga masih tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini," ujarnya.

Walau apa pun yang terjadi dia tetap akan teruskan kerjaya seni dan tidak akan mengalah.

Tidak ada istilah serik baginya sekiranya bertemu lelaki yang sesuai dan bercinta lagi. Malah Lana akan lebih berhati-hati.

"Pengalaman yang ada ini saya akan digunakan sebaik mungkin untuk lebih mengenali hati budi orang yang bergelar lelaki.

Lama mengakui dia sudah berumur, kerana itu dia tidak mahu sekadar menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahukan cinta yang benar-benar ikhlas.

Nalurinya sama dengan wanita-wanita lain yang inginkan suami serta keluarga yang baik serta ingin mempunyai anak.

"Saya harap segalanya akan lebih baik selepas ini. Saya hanya mampu berdoa agar saya menemui jodoh yang terbaik nanti," ujarnya.

Biar apa pun yang telah berlaku antara mereka tegas Lana, dia tidak mahu hubungannya dengan Johan sebagai rakan artis terputus.

Ini kerana industri seni tempatan tidaklah besar mana dan jika tidak hari ini, esok pasti akan bertemu muka.

Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya memang menghormati keputusan yang dilakukan," katanya yang kini sudah menginjak usia 34 tahun.

Teater unik

Dalam pada itu, Lana yang baru sahaja selesai menjayakan pementasan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya akhir bulan lalu berkata, dia sudah mula meminati teater yang dirasakannya cukup unik.

Malah baginya, peluang mempamerkan bakat dalam Bahayanya Wanita merupakan satu peluang yang tidak ternilai.

Saya banyak belajar tentang dunia lakonan pentas kerana selama ini saya kosong. Peluang ini memang cukup sukar saya peroleh walaupun sudah lama dalam industri. Alhamdulillah ini juga satu pengalaman baru kepada saya," tegasnya.

Lana perlu menggunakan peluang berlakon teater dengan menambah ilmu lakonan di pentas. Sebabnya banyak lagi pelakon teater yang hebat tetapi tidak diberi peluang kerana mereka bukan artis.

Adalah satu yang merugikan kalau Lana mudah mendapat peluang tidak menggunakan peluang itu untuk memajukan diri dalam lakonan.

RTM 'gam' Shiro?

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

MISS J dapat tahu pelawak Shiro bakal digam oleh RTM gara-gara membuat lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu Konsert Jubli Emas TV Malaysia di Angkasapuri baru-baru ini.

Biarpun lawak Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, orang kenamaan dan artis veteran yang datang menyuarakan rasa tak puas hati dengan lawak mengampu Shiro itu.

Maklumlah peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) dikatakan terlalu 'mencuba' menarik perhatian Pak Menteri dengan memanggilnya 'bapa mentua' setiap kali muncul di pentas.

Kalau sekali tak mengapa. Tapi disebabkan berkali-kali Shiro guna lawak yang sama sampai pengunjung yang hadir jadi panas hati. Cubaan kali pertama mungkin dipanggil lawak. Tapi apabila sudah masuk kali kedua dan ketiga, lawaknya jadi mempersenda-senda pula!

Sepatutnya tugas Shiro sewaktu acara selingan itu adalah untuk menghiburkan pengunjung. Tapi Shiro menjadikan tempat itu sebagai medan mengitar semula lawak.

Miss J tak pasti sejauh mana kebenaran cerita nak kena gam ini. Kena tanya RTM sebab mereka penganjur program dan kena tanya Shiro juga apa jenis lawak yang diguna pakai malam itu!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Ikon terbaharu Taman Botani

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (kanan) bersama Salleh Yusop menunjukkan struktur berbumbung yang bakal menjadi ikon terbaharu Taman Botani Perdana semasa meninjau kerja-kerja Pemasangan Akhir Blok Nodes System Berbumbung di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Projek pembinaan struktur berbumbung melalui pembangunan Taman Botani Perdana fasa kedua giat dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bakal menjadi ikon terbaharu taman berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kerja-kerja yang dimulakan sejak Oktober tahun lalu dan dijangka siap pada Mac depan itu melibatkan kos projek bernilai RM24 juta dan merupakan yang tertinggi di Asia.

Menurutnya, struktur berbentuk organik dan diadaptasikan daripada sebatang pokok bercabang manakala struktur bumbung berombak adalah simbolik daripada aliran air tasik.

"Idea pembinaan struktur seumpama ini dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Taman Botani Perdana pada 28 Jun 2011.

"Ia adalah satu struktur berbumbung kekal sebagai kemudahan bagi mengadakan acara-acara besar seperti majlis perkahwinan, parti di dalam taman dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau kerja-kerja Pemasangan Akhir Blok Nodes System Berbumbungi di Taman Botani Perdana, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop dan Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan, Datuk Mohd. Najib Mohd.

Menurut Ahmad Phesal, selain struktur berbumbung, pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan pusat informasi pelancongan juga giat dijalankan dan dijangka siap pada Mei ini.

"Pembinaan struktur berbumbung ini merupakan yang pertama di negara ini menggunakan single monoque system dan reka bentuknya adalah yang pertama di dunia.

"Antara projek-projek lain yang siap di sini adalah kios jualan orkid, menaik taraf Taman Rusa dan Kancil Fasa Dua, selain projek dalam peringkat akhir termasuk taman permainan, Taman Kanak-Kanak Lat dan pejabat Herbarium," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sempena Tahun Melawat Malaysia tahun ini, pihak DBKL bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi menjayakan kira-kira 20 program.

"Pada masa sama, kita juga akan melancarkan Heli City Tour dalam tempoh terdekat ini di Taman Tasik Titiwangsa.

"Aktiviti ini lebih kepada sesi meninjau ibu kota melalui ruang udara selain memperkenalkan kereta berkuda bagi memberi pengalaman baharu kepada orang ramai bersiar-siar sekitar ibu kota," katanya.

Katanya, pihaknya juga bercadang untuk mengadakan KL GT Race di sekitar Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) selain penganjuran OCBC Cycle 2014 pada waktu malam dalam usaha menarik minat orang ramai.

Ahad minggu pertama setiap bulan sebagai hari berbasikal di ibu negara

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjadikan Ahad minggu pertama setiap bulan sebagai hari berbasikal di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah itu selaras dengan sasaran ibu negara sebagai bandaraya yang mementingkan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di bandar ini.

Menurutnya, ia juga sebagai usaha menarik minat dan menggalakkan warga kota melakukan aktiviti sihat pada setiap hujung minggu.

"Di bawah projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) DBKL bercadang mewujudkan laluan khas berbasikal di ibu negara yang akan menghubungkan satu sektor ke sektor lain di bandar ini.

"Cadangan ini diharap dapat menggalakkan warga kota menggunakan basikal sebagai satu daripada pengangkutan di bandar ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Green Car Free Morning, di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyertai aktiviti berbasikal bersama kira-kira 2,000 peserta berkayuh mengelilingi kawasan sekitar ibu negara sejauh enam kilometer seawal pukul 7.30 pagi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

Ahmad Phesal berkata, apa yang perlu difokuskan adalah kesedaran pengguna lain mengenai perkongsian laluan jika sekiranya laluan khas diwujudkan nanti.

Sepanjang program sebanyak 15 jalan akan ditutup kepada semua kenderaan selama dua jam bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan P. Ramlee.

Penduduk PPR Kerinchi terima sumbangan

Posted: 05 Jan 2014 11:01 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Sebanyak 30 orang penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai menerima bantuan kewangan dan perubatan sempena Program Khidmat Masyarakat Bahagian UMNO Lembah Pantai, di sini hari ini.

Program dianjurkan bersama Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) itu mensasarkan keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai sakit kronik.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS, Ahmad Zakuan Khairuddin.

Menurut Raja Nong Chik, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka untuk membeli barangan keperluan harian.

"Program hari ini juga merupakan antara usaha untuk mengenal pasti pesakit buah pinggang yang tidak berdaftar lagi dengan Baitulmal bagi kemudahan dialisis," katanya pada majlis penyampaian sumbangan di sini.

Tambahnya, usaha murni PICOMS itu diharap dapat dijadikan contoh pihak lain dalam membantu golongan yang memerlukan.

Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk pembukaan kaunter pemeriksaan oleh PICOMS dan sukaneka melibatkan kanak-kanak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor Bahru bakal lebih 'hidup'

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

Jais Sarday tertarik melihat sebuah motosikal buatan pelajar GiatMara ketika melawat gerai pameran sempena perasmian Creative Fest 2014 di Danga Bay, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/ RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 4 Jan. - Kerajaan negeri menggariskan tiga langkah utama bagi menjayakan penjenamaan semula Johor Bahru ke arah bandar raya yang 'lebih bertenaga dan sesuai didiami'.

Proses transformasi yang melibatkan beberapa fasa itu menerima peruntukan RM260 juta daripada kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tiga langkah berkenaan adalah membuka peluang ekonomi baharu kepada semua lapisan masyarakat, meningkatkan kualiti alam sekitar dan mempromosikan identiti setempat serta mengoptimumkan aset sedia ada dari segi tinggalan warisan dan budaya.

"Suka saya jelaskan di sini, objektif utama program transformasi Johor Bahru adalah menyediakan ekosistem ekonomi lengkap, selain merubah wajah bandar raya ini kepada sebuah bandar raya mapan melalui aktiviti komersial, penggalakan aktiviti perniagaan kecil dan serta pembangunan budaya.

"Apa yang boleh saya katakan, golongan usahawan di bandar raya ini akan menerima impak langsung daripada pelaksanaan program, sekali gus ke arah peningkatan ekonomi selari dengan pembukaan peluang perniagaan baharu yang lebih inovatif bagi menghidupkan lagi suasana Johor Bahru," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday ketika majlis Perasmian Creative Fest 2014 di Danga Bay di sini hari ini.

Creative Fest 2014 dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), badan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dengan objektif membantu industri kecil dan sederhana dalam pembangunan jenama, reka bentuk dan pengkomersialan produk.

DDEC turut menganjurkan 'Seminar Outreach Usahawan' selama dua hari yang melibatkan pakar dari dalam industri dan dibahagikan kepada dua segmen iaitu Seminar Pembangunan Penjenamaan Perniagaan dan Seminar Pembangunan Imej Perniagaan.

Turut dipaparkan dalam festival ini adalah pelbagai aktiviti lain seperti pameran 'Art of Speed Malaysia' melibatkan budaya automotif, pameran kereta dan motosikal serta basikal, selain lebih 30 program menarik seperti parkour, pertunjukan BMX, skil bola sepak, persembahan kumpulan indie dan juga lukisan grafiti.

Mohamed Khaled berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor dan Perbadanan Usahawan Negeri Johor akan bekerjasama untuk merancang pelbagai aktiviti seperti seminar keusahawanan serta bengkel perniagaan dalam usaha memastikan keusahawanan dinamik dan berdaya saing.

"Kesannya kita dapat melihat ekosistem perniagaan di bandar raya ini semakin meningkat iaitu sebanyak 20.8 peratus bagi perniagaan baharu. Statistik daripada DDEC, sebanyak 1,710 perniagaan baharu didaftarkan sehingga Februari tahun lalu berbanding 1,696 pada tahun 2012," katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan Creative Fest 2014 sebagai platform terbaik usahawan Johor merebut peluang memperkenalkan produk serta jenama masing-masing, selain meningkatkan imej perniagaan melalui Seminar Outreach Usahawan sepanjang dua hari program berkenaan berlangsung.

MB nafi dakwaan bakal wujud kasino di Johor

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Khaled Nordin (tengah) bersama sebahagian murid selepas membeli keperluan sekolah dalam dalam Program Bantuan Persekolahan anjuran Iskandar Investment Berhad di Pasar Raya Mydin, Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 4 Jan. - Kerajaan negeri sehingga kini tidak menerima sebarang bentuk permohonan, cadangan mahupun perancangan daripada mana-mana pihak untuk membuka pusat perjudian atau kasino di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dakwaan kononnya pusat perjudian itu akan dibuka di sebuah hotel mewah di bandar raya ini seperti yang tersebar di internet disifatkan sebagai satu 'penulisan yang nakal'.

"Saya tidak tahu dari mana berita ini datang, alih-alih benda ini timbul dan setahu saya nak buat kasino ni, lesennya dikawal oleh kerajaan Pusat bukan kerajaan negeri.

"Saya tidak fikir kita menerima sebarang bentuk kewujudan tempat-tempat perjudian di negeri ini namun apapun soal sama ada akan ada atau tidak, dari segi kelulusan ia adalah perlu mendapat kelulusan kerajaan Pusat dan bukan kerajaan negeri," katanya selepas menghadiri program bantuan persekolahan anjuran Iskandar Investment Berhad (IIB) di Pasar Raya Mydin, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog yang mendakwa pusat perjudian itu akan dibuka di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru.

Dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan, sebanyak 200 pelajar dari beberapa buah sekolah di daerah ini menerima baucer sebanyak RM120 untuk membeli barangan keperluan sekolah di pasar raya berkenaan.

Menurut Mohamed Khaled lagi, jika ada permohonan untuk membuka pusat berkenaan, kerajaan Pusat dan kerajaan negeri akan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi melihat perkara ini secara lebih mendalam.

"Namun saya tegaskan, sehingga kini, kita tidak menerima sebarang cadangan mengenai pembukaan pusat berkenaan di negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Iskandar Malaysia akan lebih selektif dalam memilih pelabur namun kerajaan negeri sangat mengalu-alukan mereka yang ingin melabur di kawasan luar wilayah pembangunan itu.

Beliau berkata, tumpuan Johor kini adalah bagaimana pelaburan yang masuk itu memberi impak kepada rakyat terutama dalam pembangunan ekonomi mereka seperti peluang pekerjaan dan sebagainya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved