Ahad, 5 Januari 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Azam Lana Nordin

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

BIARPUN sudah tujuh tahun bergelumang dalam dunia seni namun Lana Nordin masih kurang menyerlah kecuali dikenali dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia kerana berpakaian seksi.

Bagaimanapun penghujung tahun lalu namanya tiba-tiba meledak gara-gara kisah cinta kilat yang tak kesampaian dengan Johan Asari. Dia dilamar selepas kenal tiga hari dan sebulan kemudian hubungan mereka putus. Lana pun menjadi topik perbualan dalam kalangan khalayak peminat.

Masih tersisa rasa perit akibat ditinggalkan kekasih namun Lana tidak pernah patah semangat. Malah perihal yang berlaku itu telah menjadikan dia kuat dan lebih matang untuk menempuh liku serta dugaan yang pada masa depan.

Baginya kisah cinta yang tidak seindah diimpikan itu bukan satu penghalang dalam membina dan mengukuhkan nama dalam bidang seni. Malah Lana juga berazam untuk merubah keadaan serta bertekad untuk menyinar dalam industri ini.

Saya mahu buka lembaran baru dan tidak mahu lagi terpalit dan terlibat dalam mana-mana kontroversi atau cerita-cerita pelik selepas ini. Saya akui tahun 2013 bukan tahun saya," tegas Lana.

Justeru untuk tahun baru ini dia mahu lebih dikenali dalam dunia lakonan. Dia tahu namanya tidak sehebat pelakon-pelakon lain dan terpaksa berkerja keras untuk mengekalkan kedudukan.

Untuk itu Lama mahu jadikan 2014 sebagai tahun mencipta nama dan memberi sinar kejayaannya.

Saya tidak mahu lagi dilabel sebagai artis seksi, insya-Allah saya akan berubah perlahan-lahan dan tidak mahu tampil seksi lagi," janji Lana.

Ada juga peminat yang bertanya adakah saya akan berhijab selepas ini? Saya akan saya melakukan apabila sudah sampai seru. Saya tidak mahu berubah mendadak bimbang nanti dikatakan hipokrit," akui anak jati Sarawak ini.

Hormati keputusan

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin memberitahu, walaupun dirinya kini sedang berkecamuk dengan masalah dalam hubungan cinta namun dia bertuah kerana masih ramai yang menyokong terutama keluarga.

Menurut Lana, keluarga terutama ibunya tidak pernah menghalang hubungannya dengan mana-mana lelaki malah sentiasa tersikap terbuka terhadap pilihannya.

Saya ada keluarga, mereka merupakan kekuatan saya. Selama ini mereka memang tidak pernah masuk campur dalam urusan hubungan cinta saya, jelas Lana

Menurutnya, keluarga menghormati apa sahaja keputusannya kerana percaya Lana mempunyai kehidupannya sendiri.

Emak saya memberi peluang kepada untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang saya pilih supaya saya tahu hati budinya. Sekiranya ada masalah barulah emak atau adik beradik saya beri pandangan serta nasihat.

Keluarga saya juga tidak suka cakap pasal keburukan serta kekurangan orang lain sebab mereka tahu perangai saya yang tidak sempurna.

Walau apa pun masalah yang melanda seperti apa yang sedang berlaku kepada saya ketika ini, keluarga saya terutamanya emak tidak pernah menghakimi orang lain. Mereka anggap ini adalah lumrah kehidupan," jelas Lana.

Tidak serik bercinta

Kisah percintaan separuh jalan bersama Johan bukan bererti menutup keinginannya untuk kembali menjalinkan hubungan cinta selepas ini.

Bagi Lana apa yang berlaku merupakan satu pengalaman serta pengajaran berguna dalam mengharungi dunia percintaan pada masa akan datang.

Perkara yang berlaku sememangnya sudah tertulis, saya juga masih tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini," ujarnya.

Walau apa pun yang terjadi dia tetap akan teruskan kerjaya seni dan tidak akan mengalah.

Tidak ada istilah serik baginya sekiranya bertemu lelaki yang sesuai dan bercinta lagi. Malah Lana akan lebih berhati-hati.

"Pengalaman yang ada ini saya akan digunakan sebaik mungkin untuk lebih mengenali hati budi orang yang bergelar lelaki.

Lama mengakui dia sudah berumur, kerana itu dia tidak mahu sekadar menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahukan cinta yang benar-benar ikhlas.

Nalurinya sama dengan wanita-wanita lain yang inginkan suami serta keluarga yang baik serta ingin mempunyai anak.

"Saya harap segalanya akan lebih baik selepas ini. Saya hanya mampu berdoa agar saya menemui jodoh yang terbaik nanti," ujarnya.

Biar apa pun yang telah berlaku antara mereka tegas Lana, dia tidak mahu hubungannya dengan Johan sebagai rakan artis terputus.

Ini kerana industri seni tempatan tidaklah besar mana dan jika tidak hari ini, esok pasti akan bertemu muka.

Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya memang menghormati keputusan yang dilakukan," katanya yang kini sudah menginjak usia 34 tahun.

Teater unik

Dalam pada itu, Lana yang baru sahaja selesai menjayakan pementasan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya akhir bulan lalu berkata, dia sudah mula meminati teater yang dirasakannya cukup unik.

Malah baginya, peluang mempamerkan bakat dalam Bahayanya Wanita merupakan satu peluang yang tidak ternilai.

Saya banyak belajar tentang dunia lakonan pentas kerana selama ini saya kosong. Peluang ini memang cukup sukar saya peroleh walaupun sudah lama dalam industri. Alhamdulillah ini juga satu pengalaman baru kepada saya," tegasnya.

Lana perlu menggunakan peluang berlakon teater dengan menambah ilmu lakonan di pentas. Sebabnya banyak lagi pelakon teater yang hebat tetapi tidak diberi peluang kerana mereka bukan artis.

Adalah satu yang merugikan kalau Lana mudah mendapat peluang tidak menggunakan peluang itu untuk memajukan diri dalam lakonan.

RTM 'gam' Shiro?

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

MISS J dapat tahu pelawak Shiro bakal digam oleh RTM gara-gara membuat lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu Konsert Jubli Emas TV Malaysia di Angkasapuri baru-baru ini.

Biarpun lawak Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, orang kenamaan dan artis veteran yang datang menyuarakan rasa tak puas hati dengan lawak mengampu Shiro itu.

Maklumlah peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) dikatakan terlalu 'mencuba' menarik perhatian Pak Menteri dengan memanggilnya 'bapa mentua' setiap kali muncul di pentas.

Kalau sekali tak mengapa. Tapi disebabkan berkali-kali Shiro guna lawak yang sama sampai pengunjung yang hadir jadi panas hati. Cubaan kali pertama mungkin dipanggil lawak. Tapi apabila sudah masuk kali kedua dan ketiga, lawaknya jadi mempersenda-senda pula!

Sepatutnya tugas Shiro sewaktu acara selingan itu adalah untuk menghiburkan pengunjung. Tapi Shiro menjadikan tempat itu sebagai medan mengitar semula lawak.

Miss J tak pasti sejauh mana kebenaran cerita nak kena gam ini. Kena tanya RTM sebab mereka penganjur program dan kena tanya Shiro juga apa jenis lawak yang diguna pakai malam itu!

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved