Rabu, 28 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Negara kehilangan 'Bapa Hoki Malaysia'

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my

Sultan Azlan Shah (duduk paling kiri) bersama rakan-rakan baginda dalam pasukan hoki University Nottingham (1951-1952).

KUALA LUMPUR - Almarhum Sultan Azlan Shah bukan hanya menaruh minat yang mendalam terhadap hoki malah sering mencemar duli untuk menzahirkan sokongan moralnya kepada mana-mana atlet sukan lain setiap kali berlangsungnya temasya sukan besar.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, beliau pernah beberapa kali menemani Almarhum yang bukan hanya menonton aksi atlet di padang malah melawat mereka di perkampungan Sukan Olimpik atau Sukan Asia.

"Almarhum memang mudah didekati dan seorang yang merendah diri tetapi tidak banyak bercakap. Kemangkatannya satu kehilangan besar kepada sukan tempatan, terutama sukan hoki Malaysia dan dunia.

"Ketokohannya sebagai pemimpin sukan memang tiada tolok bandingnya dan saya rasa tiada orang yang lebih layak untuk digelar Bapa Hoki Malaysia kecuali Almarhum," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap kemangkatan Sultan Azlan Shah tidak melemahkan semangat pemain-pemain hoki yang akan berjuang dalam Piala Dunia di The Hague, Belanda, sebaliknya membuktikan sesuatu sebagai penghormatan terakhir mereka kepada baginda, yang menjadi Presiden Persekutuan Hoki Malaysia selama lebih 41 tahun.

Zolkples juga memaklumkan, pihaknya telah mengarahkan agar bacaan Al-Fatihah dan bertafakur selama seminit diadakan sebelum setiap acara Sukan Malaysia XVII yang sedang berlangsung di Perlis dimulakan sebagai penghormatan kepada Almarhum Sultan Azlan Shah.

"Bagi upacara penyampaian pingat Sukan Malaysia jika melibatkan atlet Perak, bendera negeri itu akan dinaikkan separuh tiang," katanya.

Penggiat hoki tidak lupa jasa Almarhum

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Sultan Azlan Shah menyampaikan trofi kejohanan hoki Piala Dunia Remaja kepada ketua pasukan Jerman, Martin Haner sambil diperhatikan oleh Nur Azmi Ahmad di Stadium Taman Daya, Johor Bahru pada 21 Jun 2009.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Nur Azmi Ahmad menyifatkan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah yang pernah memimpin badan induk itu, sebagai satu kehilangan besar kepada arena hoki negara ini dan Asia.

Katanya, jasa dan minat Almarhum kepada sukan hoki begitu jelas dan ini terbukti apabila baginda berusaha membina gelanggang hoki astroturf, Stadium Azlan Shah di Ipoh, Perak dan mewujudkan Piala Sultan Azlan Shah - sebuah kejohanan antarabangsa tahunan dalam kalendar MHC - dan disertai pasukan-pasukan ternama dunia.

"Saya dan seluruh warga kerja MHC terasa amat sedih dan pasti sentiasa merindui jasa, sumbangan dan sokongan moral yang diberikan Almarhum kepada hoki negara sepanjang penglibatannya dalam MHC mahupun AHF (Persekutuan Hoki Asia).

"Kali terakhir saya sempat bertemu Almarhum ialah tahun lalu.

"Sebagai Presiden MHC (ketika itu Persekutuan Hoki Malaysia - PHM dari 1976 hingga 2004), Almarhum merupakan antara tokoh yang mencetuskan kebangkitan hoki negara.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang salih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Anakanda Sultan Azlan Shah, Raja Dr. Nazrin Shah juga pernah memimpin MHC dari 2004 hingga 2006, menggantikan baginda.

Sultan Azlan Shah, yang turut pernah menganggotai Lembaga Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), mangkat kira-kira pukul 1.30 petang semalam pada usia 86 tahun.

Sementara itu, bekas pemain skuad Piala Dunia Remaja 1989, Ariffin Ghani turut melahirkan rasa sedih atas kemangkatan Sultan Azlan Shah yang disifatkannya amat mengambil berat dan selalu memberikan sokongan moral kepada pasukan negara.

"Saya yang bermain kejohanan di Ipoh itu, masih teringat kata-kata perangsang Almarhum ketika satu majlis makan malam. Baginda menuntut kami agar sentiasa bersemangat waja apabila di gelanggang.

"Saya turut menganggap jasa dan sumbangan Almarhum (Piala Sultan Azlan Shah dan Stadium Azlan Shah) melayakkannya diiktiraf sebagai Bapa Hoki Malaysia.

"Minatnya kepada sukan ini cukup tinggi tetapi agak ralat apabila pasukan Malaysia masih tidak dapat memenangi Piala Sultan Azlan Shah walau sekalipun sejak dipertandingkan pada 1983," katanya yang juga Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


12 suspek termasuk gadis ditahan

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

DUA suspek ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol oleh 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

KOTA BHARU 28 Mei - Seramai 12 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, Selasa lalu.

Salah seorang yang ditahan ialah seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai turut menjadi mangsa rogol dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 40 tahun itu ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek, Ketereh. pada semalam dan awal pagi ini.

"Empat suspek yang ditahan semalam, direman selama enam dan tujuh hari bermula hari ini dan kita akan mendapatkan perintah tahanan reman untuk lapan lagi suspek pagi esok. Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Pemeriksaan kita mendapati 11 lelaki yang ditahan positif dadah dan kita juga akan menjalankan ujian air kencing terhadap gadis yang ditahan itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang remaja perempuan berdepan pengalaman menakutkan apabila dia dan rakannya menjadi mangsa 'kenduri seks' 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu.

Mangsa yang berumur 15 tahun itu seterusnya telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh, semalam.

Sementara itu, Azham berkata, polis turut menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas bagi memburu suspek lain yang dipercayai sedang bersembunyi.

Katanya, kes rogol yang melibatkan 38 individu itu adalah luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Kita akan terus memburu suspek-suspek itu dan percaya mereka akan dapat diberkas dalam tempoh terdekat," katanya.

Tambah beliau lagi, hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya, mangsa telah dirogol dan disyaki turut diliwat di sebuah rumah kosong yang dijadikan lokasi penagihan dadah oleh suspek-suspek.

Menurut beliau, pihaknya percaya suspek-suspek juga berada di bawah pengaruh dadah sehingga sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

Komando maut, 2 cedera terkena tembakan

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA polis melakukan siasatan berhubung kejadian seorang anggota tentera yang maut ditembak rakannya di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Pekan Lahad Datu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota pasukan itu secara tiba-tiba melepaskan empat das tembakan yang dipercayai untuk meleraikan satu kekecohan di hadapan kedai serbaneka 24 Jam di Pekan Lahad Datu, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Muhamad Fiffixzafey Mat Hussin, 28, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, cedera di bahagian kiri dadanya sebelum meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua orang awam yang cedera itu berusia 31 dan 38 tahun serta bekerja sebagai penjaga kelab malam.

"Seorang daripada mereka cedera di betis kiri manakala seorang lagi cedera di bahagian belakang sebelah kiri badan dan sedang menjalani rawatan di Hospital Lahad Datu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hamza berkata, semasa kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) di daerah berkenaan.

Kata beliau, siasatan di tempat kejadian pula menjumpai empat kelongsong peluru bersaiz 5.56 milimeter disyaki daripada senjata M16 dan kesan tompokan darah.

Katanya, suspek melarikan diri selepas insiden berkenaan dan usaha memburunya sedang giat dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan 307 kerana membunuh serta cubaan bunuh.

"Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan keselamatan terkawal dan kes itu tidak melibatkan suspek dari luar," katanya.

Sumber memberitahu, setakat pukul 4.30 petang ini, seramai 14 individu termasuk 11 daripadanya anggota tentera ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi membantu siasatan.

"Kesemua anggota tentera itu dipercayai berada di lokasi kejadian," ujarnya.

Sementara itu, Tentera Darat (TD) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pasukan tersebut turut menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan.

Jelas kenyatan itu, insiden tersebut tidak menjejaskan sebarang ketenteraman awam dan tiada kaitan dengan isu keselamatan di perairan pantai Sabah.

"Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga hasil siasatan diperoleh oleh pihak polis dan TD," kata kenyataan itu lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kalimah Allah: Keputusan permohonan gereja 23 Jun

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

PUTRAJAYA 28 Mei - Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya pada 23 Jun ini, sama ada membenarkan atau tidak, permohonan kebenaran merayu oleh Gereja Katolik terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan "The Herald" daripada menggunakan kalimah "Allah", dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.

Peguam S. Selvarajah, yang mewakili gereja itu, ketika dihubungi Bernama berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan, Nor Aziati Jaafar petang semalam untuk memaklumkan tentang penetapan tarikh pada 23 Jun itu.

Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili kerajaan dalam kes itu, mengesahkan tarikh berkenaan dan berkata Jabatan Peguam Negara turut menerima surat daripada pendaftar mahkamah.

Pada 5 Mac, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mempengerusikan panel tujuh anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak.

Gereja itu memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober tahun lalu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald untuk menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Malaysia, terutamanya bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964, seseorang pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan dalam usaha membawa rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.

Mahkamah Persekutuan, perlu memuaskan Mahkamah Persekutuan bahawa terdapat persoalan undang-undang melibatkan kepentingan awam yang turut mengandungi persoalan tentang prinsip umum yang belum pernah diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah Persekutuan.

Apabila Mahkamah Persekutuan berpuas hati bahawa persoalan undang-undang yang dikemukakan pemohon telah memenuhi keperluan perundangan, Mahkamah Persekutuan kemudiannya akan memberi kebenaran merayu.

Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak memberi kebenaran merayu kepada gereja, keputusan Mahkamah Rayuan tetap terpakai dan gereja tidak boleh lagi mengemukakan rayuan. - BERNAMA

Edar dadah: Wanita Mongolia dibebaskan

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

SHAH ALAM 28 Mei -Seorang wanita warga Mongolia mampu menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin dan morfin seberat 363.6 gram, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap pelajar kolej swasta, Zolzaya Natsagdorj, 26, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, setelah meneliti keterangan saksi dan hujah pendakwaan serta pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh tidak mempunyai pengetahuan terhadap satu beg kertas berisi dadah yang diberi kepadanya oleh seorang lelaki, justeru menganggap tiada pengedaran dadah berlaku.

Hakim Akhtar berkata, mahkamah turut mengambil kira faktor tertuduh yang mengikuti kursus pengurusan dan perniagaan antarabangsa itu telah mendapat didikan yang baik daripada keluarganya dan berasal daripada keluarga yang baik.

"Tidak wujud bukti yang menunjukkan tertuduh mengalami masalah kewangan selain dia pelajar yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti sosial dan kebudayaan di negaranya dan Malaysia," katanya.

Oleh itu, beliau berpendapat, tertuduh tidak akan merosakkan masa depannya dengan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Wanita itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 278.6 gram dan monoacetylmorphine seberat 85 gram di sebuah rumah di Subang Jaya dekat sini pada pukul 1.30 pagi, 26 Januari 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Tonie telah mengemukakan empat saksi sementara pihak pembelaan yang diwakili peguam L. A. Gomes mengemukakan lima saksi termasuk bapa tertuduh dan teman lelakinya.

Pada 16 Mei lalu, Zolzaya diperintah membela diri atas tuduhan bersama-sama teman lelakinya yang juga warga Mongolia, Barsbaatar Ganbold, 22, mengedar dadah tersebut di rumah berkenaan.

Walau bagaimanapun, Barsbaatar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Usah pertikai usaha kerajaan

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Abu Bakar Harun (empat dari kiri) memeluk warga emas, Ngah Debut (tiga dari kiri) sewaktu hadir pada Program Jelajah Akar Budi Jalinan Kasih di Dewan Serbaguna Felda Bukit Tajau, Maran, baru-baru ini.

MARAN 28 Mei - Masyarakat digesa supaya tidak mempertikaikan dan menyekat usaha murni kerajaan dan Felda dalam mengangkat martabat, integriti dan keselesaan warga peneroka sebagai komuniti yang disegani dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun memberi ingatan itu kerana ada pihak di dalam dan di luar Felda khususnya pembangkang hanya melihat usaha itu daripada sisi keburukan sahaja.

Menurutnya, jika kerajaan atau warga Felda sendiri terpengaruh dengan dakyah pembangkang itu, sudah tentu kemajuan pembangunan sebagaimana dinikmati sekarang hanya tinggal impian.

"Kini semua pihak mengagumi dan memberi perhatian besar kepada agensi itu malah sudah melakar sejarah dalam berurus niaga ke peringkat global hasil perancangan jitu dan di luar kebiasaan pemimpin negara.

"Pada masa yang sama kebajikan dan kepentingan masyarakat Felda tidak pula diabai malah sentiasa diberi penambahbaikan dalam semua aspek kehidupan komuniti tersebut.

"Ini selari dengan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi suntikan dan anjakan baharu kepada masa depan warga Felda dengan lebih gemilang," katanya.

Abu Bakar berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Akar Budi Jalinan Kasih di Dewan Serbaguna Felda Bukit Tajau di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Norhifdayah Mohd. Shahaimi; Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Sapie Embong dan Pengurus Felda Bukit Tajau, San Hanafi Wan Min.

Dalam perkembangan berkaitan Abu Bakar berkata, program tersebut akan dijadikan aktiviti untuk mendekati warga Felda di 115 tanah rancangan di negeri ini.

Menurutnya, program santai seperti ini mampu memahami masalah masyarakat selain mengetahui kehidupan harian golongan tersebut yang mungkin memerlukan sentuhan tambahan pemimpin kerajaan.

"Pendekatan sedemikian didapati mampu mengukuhkan hubungan ukhuwah antara pemimpin dengan rakyat kerana permasalahan mereka didengari lalu dibantu," katanya.

Katanya, walaupun Felda dan agensi kerajaan lain sentiasa memberi perhatian kepada golongan itu tetapi masih ada masalah rakyat seperti kemudahan infrastruktur, bantuan kebajikan dan sebagainya turut diambil kira.

"Melalui program ini saya sendiri bersama wakil rakyat setempat dan pegawai Felda akan turun padang menemui penduduk khususnya menziarahi warga emas, pesakit kronik dan golongan memerlukan," katanya.

Gempek platform anak muda jana pendapatan

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

RAUB 28 Mei - Kelab Generasi Muda Pekebun Kecil (Gempek) yang ditubuhkan dua tahun lalu perlu dijadikan platform anak-anak pekebun kecil menjana pendapatan dan tidak terhad kepada menjalankan aktiviti kemasyarakatan atau luaran sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, golongan muda yang menyertai kelab berkenaan perlu merebut peluang dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan termasuklah berkaitan pertanian.

"Semua yang terlibat dalam kelab ini hendaklah muafakat menggunakannya bagi menjana pendapatan dengan melibatkan diri menerusi bidang perniagaan.

"Bersungguh-sungguh fikir apa perniagaan sesuai dan berpotensi dengan memanfaatkan segala peluang yang ada seperti daun getah, kayu getah, sawit dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam perasmian Karnival Gempek peringkat daerah di Taman Tasik Raub, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Pekebun Kecil Getah (RISDA) negeri, Zulkefli Zaini.

Menurut Shahiruddin, agensi kerajaan seperti RISDA dan juga pelbagai agensi lain bersedia memberi bantuan seperti bantuan kewangan serta khidmat nasihat bagi membantu golongan muda menceburkan diri dalam perniagaan.

Justeru katanya, golongan itu perlu berani melibatkan diri dalam bidang tersebut yang dapat menjamin masa depan lebih hebat dan cerah.

"Perasaan malu hendaklah dibuang bagi memastikan mereka mampu berdaya saing dengan kaum lain yang telah mencapai banyak kejayaan menerusi bidang itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkefli berkata, Gempek yang ditubuhkan pada 2012 kini mempunyai kira-kira 1,700 ahli di seluruh negeri terdiri daripada anak-anak pekebun kecil.

Katanya, berdasarkan perancangan dalam tempoh dua tahun pertama pihaknya akan mengenal pasti sebanyak mungkin generasi muda bagi menyertai kelab tersebut sebelum menggerakkan mereka melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Selepas ini kita akan mula menggerakkan anak-anak muda ini melibatkan diri dalam bidang yang dikenal pasti berpotensi. Kita akan terus membantu dengan memberi khidmat nasihat malah menyediakan geran sebanyak RM10,000 bagi memulakan perniagaan," ujarnya.

Pelajari ilmu penyembelihan haiwan

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

SHAFIK Fauzan Sharif (kanan) melihat peserta kursus penyembelihan menjalani latihan pada Seminar Penternakan dan Kursus Penyembelihan Halal di Kampung Chat, Benta, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 28 Mei - Pengusaha sektor penternakan terutama golongan muda diminta menimba pengetahuan dan kemahiran penyembelihan menurut kaedah Islam tanpa bergantung kepada pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, ramai pengusaha berkenaan masih mengharapkan bantuan mereka yang lebih tua untuk melaksanakan penyembelihan ternakan bagi tujuan komersial.

Menurutnya, tugas itu sepatutnya dilaksanakan sendiri oleh mereka tanpa meminta bantuan pihak lain atau yang dikira layak khususnya warga emas.

"Saya amat mengharapkan pengusaha terbabit menimba pengetahuan dan kemahiran tanpa bergantung pihak lain sekali gus menjadi sebahagian daripada pengurusan dalam menyelenggarakan ternakan komersial," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penternakan dan Kursus Penyembelihan Halal di Kampung Chat dekat sini kelmarin.

Menurut beliau, bukanlah sesukar mana untuk menyelenggarakan penyembelihan secara halal dan kekurangan tenaga muda berpunca daripada keengganan mereka sendiri berbuat demikian.

"Tuntutan mendapatkan produk makanan halal menjadi perkara penting di mana sahaja bagi setiap umat Islam kerana pemakanan merupakan ciri utama dalam pembentukan fizikal serta perkembangan minda.

"Pengetahuan tepat dan menyeluruh mengenai kaedah penyembelihan mengikut lunas syariat amat penting kerana berkait rapat dengan faktor kesihatan," katanya.

Shafik Fauzan berkata, Islam meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan supaya dagingnya halal dimakan dengan kaedah terbaik dan bersih di samping melaksanakan sembelihan dengan nilai perasaan kasih sayang terhadap ternakan tersebut.

Sehubungan itu katanya, kursus berkenaan dapat memberi pendedahan yang signifikan kepada pengusaha muda dalam sektor ternakan kerana masih ramai tidak yakin dan ragu tentang cara penyembelihan sebenar.

"Kursus berkenaan membolehkan mereka mendapatkan sijil halal untuk operasi di premis dan juga produk keluaran masing-masing.

"Selain teori sembelihan, saya yakin pengusaha benar-benar faham dan menghayati sembelihan menerusi praktikal untuk mengelakkan rasa sangsi sama ada haiwan yang disembelih itu halal dimakan atau sebaliknya," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, sembelihan menurut kaedah Islam juga menzahirkan keyakinan sesetengah penduduk dan pengusaha ternakan di negara-negara Barat yang menolak sistem stunning yang disifatkan oleh mereka sebagai proses penyeksaan dan kejam terhadap haiwan sebelum disembelih.

"Islam menitikberatkan keselesaan haiwan itu sebelum disembelih di samping jaminan kebersihan dan kualiti daging selepas proses sembelihan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pilihan raya Presiden Mesir 'hambar'

Posted: 28 May 2014 12:02 PM PDT

KAHERAH 29 Mei - Pilihan Raya Presiden Mesir yang dilanjutkan buat hari ketiga semalam dilihat gagal menarik pemilih untuk membuang undi mereka, sekali gus bakal mengancam kredibiliti bekas ketua tentera negara ini, Abdel Fattah al-Sisi, yang merupakan calon popular untuk memenangi pemilihan itu.

Seorang anggota jawatankuasa pilihan raya Mesir, Tareq al-Shibl dipetik oleh akhbar al-Ahram sebagai berkata, lebih 21 juta pengundi membuang undi mereka atau hampir 39 peratus daripada 54 juta pengundi berdaftar.

Statistik itu sekali gus kurang daripada 40 juta undi atau 80 peratus undian sebagaimana yang diharap Abdel Fattah pada minggu lalu.

Jumlah keluar mengundi yang rendah itu mengancam untuk melemahkan kredibiliti Abdel Fattah sebagai pemimpin negara dunia Arab yang mempunyai ramai penduduk itu serta mengandaikan kegagalan Abdel Fattah meraih sokongan rakyat. - AFP

Tahanan Palestin dikejarkan ke hospital

Posted: 28 May 2014 11:59 AM PDT

BAITULMAQDIS 29 Mei - Perkhidmatan Penjara Israel mengejarkan seramai 40 tahanan Palestin ke hospital semalam selepas mereka enggan makan lebih sebulan lalu sebagai bantahan tahanan terhadap terma-terma pemenjaraan masing-masing.

Jurucakap penjara, Sivan Weizman menyifatkan kesihatan semua tahanan itu dalam keadaan baik, namun dinafikan pegawai Palestin yang mendakwa, nyawa kesemua tahanan tersebut dalam bahaya dan menggesa campur tangan antarabangsa bagi mencari satu penyelesaian.

Kesemua mereka yang melancarkan mogok lapar merupakan tahanan biasa yang enggan makan hampir lima minggu sebagai bantahan mereka kerana ditahan tanpa perbicaraan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sultan Azlan tokoh pelbagai bidang

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
pengarang@utusan.com.my

Sultan Azlan Shah bergambar bersama keluarga semasa istiadat mengangkat sumpah sebagai Paduka Seri Sultan Perak yang ke-34 pada 9 Disember 1985.

ALMARHUM Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang mangkat pada usia 86 tahun tengah hari semalam akan dikenang sebagai seorang pemimpin dan tokoh yang banyak berjasa kepada negara menerusi penglibatan baginda dalam bidang perundangan, pendidikan dan sukan.

Sejarah hidup Almarhum bermula apabila diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris) Batu Gajah yang kini dikenali Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah, Sultan Azlan kemudiannya melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom.

Almarhum dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada 1953 dan pada 23 November 1954, diterima sebagai ahli dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln"s Inn.

Memulakan perkhidmatan awam sebaik sahaja kembali dari United Kingdom, Almarhum bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Setelah itu baginda menceburi Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.

Almarhum kemudiannya dilantik menjawat beberapa jawatan iaitu sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dan Pahang serta Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah itu Almarhum dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Kemuncak kerjaya baginda dalam bidang kehakiman dan perundangan adalah apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 1965 ketika baru berusia 37 tahun.

Pelantikan itu menjadikan Sultan Azlan sebagai hakim paling muda pernah dilantik dalam sejarah kehakiman negara-negara Komanwel.

Pada 1973, Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan berkhidmat selama enam tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 1979 - jawatan yang dipegang baginda sehinggalah dilantik sebagai Ketua Hakim Persekutuan Malaysia pada 12 November 1982.

Pada 1 Julai 1983, Sultan Azlan dimahkotakan sebagai Raja Muda dan seterusnya mewarisi takhta negeri Perak pada 3 Februari 1984.

Baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 secara rasmi pada 9 Disember 1985, menggantikan Almarhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah.

Pada 26 April 1989, Almarhum mengambil giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan selepas mengangkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, menggantikan Almarhum Sultan Iskandar Shah.

Sultan Azlan menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 25 April 1994.

Almarhum dikenang sebagai pemerintah yang mengutamakan kepentingan ilmu dan pendidikan serta sering mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Ia menggambarkan pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata.

Almarhum juga sultan keempat yang menyambut Jubli Perak pemerintahan dalam sejarah Kesultanan negeri Perak pada Februari 2009.

Sambutan Jubli Perak baginda bagaimanapun sedikit tenggelam berikutan krisis politik negeri ketika itu yang menyaksikan peralihan kepimpinan kerajaan negeri dan pertukaran menteri besar dalam bulan yang sama.

Walaupun mempunyai kepakaran dan pengalaman mendalam dalam sistem perundangan negeri dan negara, sesetengah pihak dilihat cuba mempertikai kuasa dan pemahaman baginda selaku Sultan Perak kerana tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika itu.

Beberapa kejadian selepas krisis itu yang menghina dan cuba mempertikai kedudukan Sultan Perak dikatakan sedikit-sebanyak membantu menyedarkan orang Melayu khususnya di Perak tentang sikap dan sifat sebenar orang politik tertentu terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu.

Baginda berkahwin dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada 1955 dan dikurniakan lima orang cahayamata iaitu dua putera dan tiga puteri.

Putera sulung baginda, Raja Dr. Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956 dan kini Pemangku Raja Perak.

Anakanda baginda yang lain ialah Raja Datuk Seri Azureen yang diputerikan pada 9 Disember 1957, Raja Datuk Seri Eleena pada 3 April 1960 dan puteri bongsu, Raja Datuk Seri Yong Sofia pada 1961.

Anakanda ketiga, Raja Kecil Sulung Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah yang diputerakan pada 28 Disember 1958, mangkat pada 30 Mac 2012 akibat serangan asma.

Sebagai tokoh dalam bidang pendidikan, Almarhum menyandang pelbagai jawatan antaranya Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dari 4 Oktober 1971 hingga Februari 1984, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974-31 Oktober 1976) dan Canselor Universiti Malaya (UM) mulai 8 Februari 1986.

Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh UM pada 30 Jun 1979 dan Ijazah Kehormat Undang-Undang oleh USM pada 28 Jun 1980.

Kecemerlangan dan pencapaian Sultan Azlan juga diiktiraf oleh pelbagai universiti luar negara seperti University of Nottingham yang menganugerahkan baginda Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang pada 11 Julai 1986 diikuti Lincoln"s Inn, London, menerusi Kerusi Kehormat pada 1988.

Pada 2 Oktober 1991, baginda dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College of Physician of Ireland.

Almarhum turut dianugerahkan pelbagai darjah kebesaran atas kecemerlangan dalam perkhidmatannya, baginda telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah kehormat sama ada di peringkat Persekutuan mahupun dari luar negara.

Antaranya The Most Auspicious of the Rajamitrabhorn (Thailand); Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of The Japanese Order Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Order Al-Merito De Chile (Republik Chile); Bintang Adipurna (Republik Indonesia) dan Jon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (UK).

Bidang sukan turut menerima sentuhan Sultan Azlan yang begitu meminati hoki sejak zaman persekolahannya lagi.

Almarhum pernah menerajui Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) dan menjadi Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang bertaraf antarabangsa dan diadakan setiap tahun di Ipoh, bersempena nama baginda adalah bukti minat mendalam almarhum terhadap sukan berkenaan.

Sukan golf turut menarik minat baginda yang menjadi penaung Kelab Golf Diraja Perak.

Nama Almarhum telah pun diabadikan pada spesies orkid yang memenangi Anugerah Tanaman Terbaik pada Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 iaitu Doritinopsis Sultan Azlan Shah.

Seumpama bunga orkid yang menyerlah unik dan istimewa dalam pelbagai spesies, begitu jugalah Almarhum Sultan Azlan Shah akan terus dikenang sampai bila-bila sebagai tokoh pelbagai bidang - baik perundangan, pendidikan mahupun sukan - namun lebih penting lagi sebagai "Sultan yang sentiasa mekar di hati rakyat!"

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Perak.

Mengelak kematian khazanah bangsa

Posted: 28 May 2014 12:08 PM PDT

Mohd Kamil Yusuff

HARI ini, 75 tahun lalu, sekumpulan anak muda bersemangat waja mengambil inisiatif menubuhkan sebuah akhbar yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu untuk memperjuangkan kebajikan dan nasib masa depan bangsa. Maka, pada hari bersejarah itu, 29 Mei 1939, lahirlah akhbar bertulisan jawi, Utusan Melayu dengan modal sumbangan orang Melayu sebanyak RM12,500.

Dasar-dasar penjajah dan tekanan yang dihadapi oleh orang Melayu di zaman penjajahan itu memperkuatkan iltizam dan keazaman orang Melayu untuk memiliki satu platform media sebagai saluran menentang penjajah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Rancangan penubuhan akhbar orang Melayu itu sebenarnya bermula kira-kira setahun sebelum itu hasil perbincangan 20 orang Melayu di Singapura. Penubuhan akhbar Utusan Melayu pada hari ini adalah hasil pengorbanan orang Melayu pada masa itu atas kesedaran untuk mewujudkan satu wadah perjuangan bangsa.

Kelahiran akhbar di atas keringat dan air mata orang Melayu itu menandakan bermulanya satu era perjuangan baharu bangsa yang seterusnya membawa kepada penubuhan UMNO, penentangan Malayan Union dan merintis jalan ke arah kemerdekaan pada 1957.

Jangka masa 75 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Sepanjang usia itu, banyak perubahan sosial dan politik berlaku terhadap negara yang telah mencapai kemerdekaan dan kini bergerak ke arah negara maju. Dan akhbar jawi Utusan Melayu bukan sekadar saksi penting kepada segala perubahan itu, malah menjadi sebahagian daripada penggerak dan pemacu kemajuan negara.

Sejak penubuhannya, Utusan Melayu tidak pernah lari dari landasannya memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu walaupun diasak dari segenap penjuru. Akhbar ini sentiasa berada dibarisan hadapan dalam membela nasib dan masa depan bangsa.

Banyak ranjau dan duri telah dilalui oleh akhbar yang begitu besar jasanya kepada orang Melayu ini. Perubahan dasar pendidikan negara pada akhir 1960-an memberi kesan besar kepada akhbar ini apabila mata pelajaran jawi tidak lagi berada dalam arus perdana pendidikan negara.

Hampir serentak dengan itu juga, akhbar rumi Mingguan Malaysia diterbitkan pada Ogos 1964 dan tiga tahun kemudian, akhbar harian rumi Utusan Malaysia menyusul. Kemunculan kedua-dua akhbar rumi ini memberi kesan kepada akhbar jawi Utusan Melayu apabila para pembaca mula beralih arah.

Demikianlah nasib yang dialami oleh akhbar jawi Utusan Melayu. Akhbar yang banyak jasanya kepada orang Melayu itu kehilangan pembaca sedikit demi sedikit. Syarikat pula terpaksa menanggung kerugian. Dan pada 26 Januari 2006 ekoran tiada sambutan dan kekurangan pembaca, akhbar itu diberhentikan penerbitannya.

Namun, atas dasar tanggungjawab sosial dan memegang amanah bangsa, syarikat Utusan Melayu mengambil inisiatif menerbitkan semula akhbar jawi tersebut sebagai akhbar mingguan dengan nama Utusan Melayu Mingguan. Penerbitan akhbar mingguan ini adalah dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) pada masa itu dan Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun, ekoran kekangan kewangan dan kurang sambutan, akhbar ini sekali lagi terpaksa melakukan transformasi dengan menghentikan edisi cetaknya pada Julai 2013.

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, akhbar jawi Utusan Melayu kini diterbitkan sepenuhnya dalam edisi digital melalui akhbar elektronik (e-paper) yang boleh dilayari melalui www.utusan.com.my.

Di usia emas ini, akhbar Utusan Melayu tidak lagi seperti zaman kegemilangannya. Hadirnya sekadar memenuhi tanggungjawab sosial. Namun, warisan Melayu perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Walaupun terpaksa berjuang bersendirian, tulisan jawi akan terus dimartabatkan di persada bangsa.

Menyorot perkembangan tulisan jawi di negara ini, dengan usianya bertapak lebih 700 tahun lalu bermula penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada 1303 Masehi, pelbagai kesulitan dan pancaroba ditempuhinya sehingga ke hari ini. Awal abad ke 20, ia menjadi medium penting dalam perkembangan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu.

Kira-kira 10 buah akhbar Melayu bertulisan jawi muncul selepas Jawi Peranakan. Daripada jumlah tersebut, hanya akhbar jawi Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura masih kekal dan bertahan sehingga ke hari ini walaupun tidak lagi diterbitkan secara harian.

Begitulah perjalanan sebuah akhbar Melayu yang pernah berjuang mengangkat martabat bangsa dan negara. Sebuah akhbar yang mencetuskan api perjuangan kemerdekaan, membentuk kesedaran, mempertahankan hak dan maruah bangsa serta memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju pembangunan negara.

Setelah 67 tahun mengungguli dunia persuratkhabaran Melayu, akhbar bertulisan jawi ini tidak lagi "mekar" di hati bangsa Melayu sendiri. Tulisan jawi yang penuh dengan jati diri bangsa tidak lagi dibawa ke dalam arus perdana semasa. Amat sedih melihat sebuah kematian khazanah bangsa di hadapan mata sendiri.

Tidak ada lagi sejarah yang hendak ditunjukkan kepada generasi baru. Tidak ada lagi sesuatu yang boleh dibanggakan mengenai tulisan warisan bangsa Melayu. Tidak ada lagi warisan dan pusaka yang boleh diwarisi oleh anak-anak bangsa. Semuanya tenggelam di arus zaman

Ironinya, dalam masa sama, negara menyaksikan kelahiran banyak akhbar berbahasa Cina dan Tamil. Ini membuatkan kita terfikir sejenak, kenapa orang Melayu (termasuk bumiputera) yang jumlahnya hampir 20 juta orang (statistik 2011) tidak dapat mempertahankan satu-satunya akhbar jawi, tulisan nenek moyang mereka.

Sedangkan, orang Cina yang jumlahnya hanya enam juta orang dapat "menghidupkan" sekurang-kurangnya 15 akhbar dalam tulisan Cina dan orang India pula dengan jumlah dua juta orang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh buah akhbar Tamil.

Apakah ertinya semua ini? Semuanya berbalik kepada jati diri sesuatu bangsa itu sendiri. Bangsa yang kuat ialah bangsa yang sentiasa menyanjung tinggi sejarah dan peradaban mereka. Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang sentiasa menghargai khazanah dan budaya bangsa mereka.

Setiap orang Melayu sepatutnya meletakkan soal memperjuangkan tulisan jawi dan akhbar jawi sebagai satu jihad bangsa. Bangsa yang maju tidak akan melupakan akar budi dan jati diri bangsa. Jika bangsa kita boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain dalam banyak hal, kenapa tidak dalam soal memartabatkan tulisan jawi?

Jika kerajaan boleh memperuntukkan jutaan ringgit untuk perkara-perkara lain, kenapa tidak diberi perhatian sewajarnya kepada mendaulatkan tulisan jawi? Tidak bolehkan ahli-ahli politik Melayu menggunakan pengaruh mereka ketika masih berkuasa, melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan tulisan orang Melayu ini?

Persoalan-persoalan ini memerlukan jawapan segera. Kita tidak boleh lagi membiarkan tulisan jawi hanyut tidak bertepi. Kita akan berdosa kepada generasi anak bangsa akan datang. Sesuatu mesti dilakukan segera. Kemajuan dan kemewahan yang dikecapi oleh bangsa dan negara hari ini sebahagiannya adalah kerana perjuangan yang dibawa oleh Utusan Melayu.

Dirgahayu Utusan Melayu!

PENULIS ialah Pengarang Utusan Melayu Mingguan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Abby Abadi fail permohonan cerai

Posted: 28 May 2014 02:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Mei - Pelakon Abby Abadi dijangka memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pagi esok.

Utusan Online difahamkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Farhan setelah usaha menjernihkan rumah tangga yang baharu dibina itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasangan ini bernikah secara rahsia pada 9 Julai 2013 di selatan Thailand.

Minggu lalu, Abby seolah-olah telah membayangkan masalah rumah tangga yang dihadapinya bersama Farhan apabila meminta agar para peminat mendoakan supaya keadaan rumah tangganya supaya menjadi lebih baik.

"Doakan yang terbaik buat kami, untuk yang terakhir kali," demikian antara tulisan Abby di laman sosial Instagramnya.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. - UTUSAN ONLINE

Konsert akhir Kilauan Emas ditunda ke 4 Jun

Posted: 28 May 2014 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Mei - Konsert Akhir Kilauan Emas musim keempat yang sepatutnya berlangsung malam ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil ditunda kepada 4 Jun ini.

Pihak Astro dalam satu kenyataan kepada media berkata, penundaan dibuat bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

"Kami meminta maaf di atas segala kesulitan yang berlaku," kata kenyataan itu.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam pada itu, konsert akhir berkenaan akan menampilkan lima orang peserta lelaki yang akan berentap merangkul gelaran juara. Juara Kilauan Emas akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry berserta sebuah trofi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Joy Revfa ukir nama di Indonesia

Posted: 28 May 2014 12:07 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AZIE GRAPHY
Pakaian ALLYA MYSARA
Solekan SOFIA ABBAS
(Akademi Kecantikan Artistik Diyana)

Joy Revfa Sofia Mohd. Amin

Ketika ini nama Datin Joy Revfa Sofia Mohd. Amin meniti di bibir sutradara dan penerbit filem Indonesia.

Ironinya, bukan sebagai pelakon biarpun memiliki wajah yang cukup komersial untuk bergelar bintang, sebaliknya karyawan filem melihat bakat pada jari-jemarinya dalam menyempurnakan solekan kesan khas atau mengikut istilahnya, SFX makeup.

Kebolehan tersebut membuatkan dia diberi kepercayaan menata rias artis-artis bukan saja di layar perak bahkan oleh stesen-stesen televisyen dan band-band terkenal di negara itu.

Siapa sangka anak kelahiran Kuantan, Pahang ini, dalam diam mengukir nama di negara orang terlebih dahulu sebelum mengukuhkan kedudukan dalam industri solekan di tanah air sendiri.

Walau baru berusia 27 tahun, kehebatan Joy Revfa memang diiktiraf malah dia pernah diundang pelbagai pihak termasuk sebagai tetamu bagi rancangan temubual di Radio Jakarta City fm, berikutan kebangkitan teknik terbaru solekan semburan berus angin ( makeup airbrush) di negara itu.

Dia juga telah berjaya mencuri tumpuan wartawan dan pengarah filem dalam acara perasmian solekan teknik semburan di Thamrin City, Jakarta, pada 2010.

Lima tahun menetap di Jakarta, membuatkan dia tidak kekok bergaul dan mencari peluang karier di negara orang.

Ramai menganggap solekan perkara yang remeh, tetapi ia sebenarnya memberikan kesan tertentu terhadap apa yang hendak disampaikan.

Sebagai contoh dalam industri drama dan perfileman, solekan boleh dikatakan menyumbang kepada lebih 50 peratus kepada kejayaan sesebuah filem selain komitmen pelakon dan jalan cerita yang baik," katanya membuka cerita.

Joy Revfa mengakui, bukan mudah bagi orang luar sepertinya mendapat kepercayaan pengarah dari seberang sekali gus menonjolkan karya seni biarpun dalam bentuk solekan.

Segala halangan berjaya ditempuhi oleh ibu muda ini yang sejak dari zaman remajanya sudah terdedah dengan dunia solekan hasil daripada tunjuk ajar ibunya, jurusolek terkenal, Sofia Abbas.

Segala cerita bermula, apabila dia melanjutkan pelajaran peringkat diploma dalam bidang fotografi dan solekan fesyen di Puspita Martha Tilaar International School, Jakarta.

Selepas tamat belajar dia dipilih sebagai jurusolek solekan kesan khas bagi filem The Perfect House arahan pengarah terkenal Indonesia, Affandi Abdul Rachman.

Filem tersebut telah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Cannes, di Perancis, Festival Filem Puchon, Korea, di Singapura dan Hong Kong, selain Filem Festival Antarabangsa Indonesia.

Kehebatan Joy Revfa dalam dunia solekan tidak terbatas apabila diberi peluang menata rias kesan khas untuk filem-filem antarabangsa terkenal dan pernah bergabung untuk mencipta kesan khas zombi untuk pertunjukan Halloween Horror Night 2011 di Universal Studio, Singapura.

Kekuatan atau kemahiran yang saya miliki dalam menghasilkan solekan semburan berus angin dan kesan khas untuk filem secara tak langsung mendapat perhatian pengarah dan produser filem Indonesia.

Sebelum melanjutkan pengajiannya tentang ilmu solekan khas di Hollywood, dia sempat dilamar sebagai penata rias solekan teknik semburan oleh pengarah filem terkenal Indonesia, Foazan Rizal dan Hanung Bramantyo, yang mengarah filem-filem hebat seperti Ayat-ayat Cinta, Perempuan Berkalung Cinta dan banyak lagi.

Malah nama Joy Revfa terus menjadi bualan apabila bertanggungjawab menata rias pelakon utama filem hebat Indonesia, Habibie & Ainun.

Dalam filem yang berkisar tentang percintaan presiden Indonesia ketiga ini, saya diberi tanggungjawab untuk merias solekan khas untuk pelakon utamanya, Bunga Citra Lestari.

Bayangkan hampir dua bulan saya tinggal Indonesia dan Jerman menyertai penggambaran. Pengalaman ini terlalu manis bagi saya dan membuka peluang memperkenalkan seni dan karya di negara orang," ujar ibu kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tiga bulan itu.

Habibie & Ainun

Seronok bercerita mengenai pengalamannya dalam set penggambaran Habibie & Ainun, Joy Revfa sebelum itu telah membuat keputusan untuk menyambung pengajian teknik solekan khas di Hollywood.

Namun, setelah dilamar oleh pengarah filem tersebut, dia menangguhkan misi ke Amerika Syarikat.

Penggambaran bermula waktu bulan puasa pada 2012. Tugas saya setiap hari mencantikkan dan membuat efek tua dengan kedutan pada wajah Bunga persis isteri bekas presiden Indonesia itu, Hasri Ainun.

Saya tidak menggunakan efek yang benar-benar tua terhadap Bunga kerana kami mengikut kehendak pengarah dan produser, lagi pun Ibu Ainun sendiri sehingga akhir hayatnya juga masih muda dan anggun.

Alhamdulillah, reaksi penggemar filem Indonesia dan pihak produksi terhadap penampilan Bunga dalam filem itu sangat positif," katanya.

Akademi kecantikan

Mahu berkongsi ilmu dimiliki dengan anak tempatan, Joy Revfa bekerjasama dengan ibu dan kakaknya di Akademi Kecantikan Artistik Diyana.

Tiga beranak itu bertungkus lumus membangunkan akademi tersebut dari tahun 1999 sehingga mendapat pentauliahan daripada Jabatan Pensijilan Kemahiran (JPK).

Di akademi, kami sering terlibat dengan program-program di bawah jabatan kerajaan dan swasta seperti program kecantikan, solekan dan penampilan diri.

Kami juga telah membantu pelajar-pelajar yang lahir daripada Akademi Kecantikan Artistik Diyana untuk membuka salun-salun, selain memberi kemahiran kepada ibu-ibu tunggal yang tiada punca pendapatan," ujarnya yang kini kembali menetap di Shah Alam, Selangor, selepas berumah tangga dengan seorang ahli perniagaan.

Bazaar Bayahista himpun usahawan muda

Posted: 28 May 2014 12:07 AM PDT

Oleh NURSYAMIMI SAIDI
Gambar KAMAL BASIR WAHAB

Mas Emieyati Samsudin (tengah) bergambar bersama model yang memperaga busana muslimah pada majlis Pra Pelancaran Baazar Bayahista Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Penggunaan internet memberi banyak kelebihan bagi menjana pendapatan dengan cara mudah, ringkas dan cepat.

Sekarang ini pun, pelbagai jenis produk dipasarkan melalui internet dari produk kecantikan hingga pakaian, kelengkapan rumah dan sebagainya sama ada yang berjenama atau mampu milik.

Melihat kepada perkembangan semasa butik talian di media sosial, ramai dapat membayangkan lambakan fesyen muslimah yang bukan sahaja membariskan variasi rekaan jubah moden, malah pilihan kasual untuk wanita berhijab.

Pergerakan Puteri UMNO tidak ketinggalan mengambil inisiatif mengadakan program Bazaar Bayahista 2014 dengan mengumpulkan usahawan muda, khususnya fesyen muslimah yang beroperasi dalam talian, untuk mempromosi dan memasarkan dengan lebih meluas produk mereka.

Program tersebut menghimpunkan seramai 10 pereka busana muslimah serta lebih 70 usahawan dalam talian untuk mempromosi produk masing-masing.

Menurut Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsudin, program kali pertama yang dianjurkan ini diadakan khas bagi membantu usahawan muda yang masih baharu dan selama ini hanya beroperasi dalam talian memperkenalkan perniagaan mereka kepada pengguna.

Memandangkan perniagaan dalam talian kian mendapat tempat di hati para pengguna, kami merasakan ia mempunyai potensi pasaran yang sangat bagus untuk diterokai oleh generasi muda.

Kami berasa terpanggil untuk membantu mereka melalui satu acara yang besar dan membabitkan penyertaan banyak pihak. Melalui program ini, prospek perniagaan mereka dapat diperkembangkan lebih-lebih dengan adanya jaringan perniagaan yang diperoleh di sana nanti," katanya dalam sidang media pra-pelancaran Bazaar Bayahista 2014 di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Katanya, Puteri akan berusaha membantu dengan melihat peluang-peluang perniagaan serta dana daripada kementerian atau agensi kerajaan yang berkaitan, selain menjadikan acara itu sebagai program tahunan Biro Ekonomi dan Usahawan Puteri.

Dalam pada itu, salah seorang pereka, Nur Liyana Abdul Rahman merupakan antara 10 pereka busana muslimah yang menyertai Bazaar Bayahista.

Pemilik butik talian, Leeyana Rahman itu berkata, program seumpama itu adalah rangkaian yang tepat bagi peniaga dalam talian untuk mempromosi produk mereka kerana berpeluang bertemu empat mata dengan pelanggan-pelanggan.

Selama ini kami hanya berurusan di talian atau media sosial, jadi melalui program seperti ini secara tidak langsung kami dapat memperkenalkan jenama kami kepada lebih ramai pelanggan," ujarnya.

Nur Liyana Abdul Rahman (kiri) bersama model yang menggayakan fesyen rekaannya.

Fenomena fesyen muslimah yang kian mendapat tempat dalam kalangan remaja, membuatkan semakin ramai yang mula menceburi bidang itu.

Ini membuatkan berlaku persaingan yang hebat, tetapi Nur Liyana melihatnya dari sudut positif kerana dari situ mereka akan cuba mengekalkan keaslian produk masing-masing,

Sementara itu, pereka pakaian jenama eiman damia, Nurul Ain Jaafar berkata, dia bersama pasangan niaganya Nor Hidayah Naim menjadikan program itu sebagai platform untuk memperkenalkan butiknya.

Katanya, kerjasama seumpama itu dapat membantu peniaga talian yang kurang mendapat publisiti.

Islam sendiri mengatakan, sembilan daripada 10 rezeki bermula dengan perniagaan, jadi bazar ini menjadi platform terbaik buat kami untuk mula bertapak dalam industri ini.

" Langkah seperti ini sebenarnya dapat membuka minda peniaga dan menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk memajukan perniagaan kami," katanya,

Program itu akan turut dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen oleh pereka-pereka fesyen muslimah yang sedang meningkat naik dan para pelajar tahun akhir jurusan Tekstil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Acara lain termasuk persembahan oleh artis jemputan, Najwa Latif, bengkel solekan dan pemakaian tudung, bual bicara perniagaan serta pameran produk oleh 70 usahawan dalam talian.

Antara butik talian yang mengambil bahagian dalam acara adalah Butik Ammara, Butik Minaz, Leeyana Rahmad, eiman damia, Sarung Anggun, Atika Exclusive, hijriahome, hijabella safiyya, Butik Awni, dan ejashahril.

Program yang julung kali diadakan itu bakal berlangsung pada 7 dan 8 Jun ini di pusat beli-belah Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rebut peluang majukan produk

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusaanjohor@utusan.com.my

HASNI Mohammad mendengar penjelasan daripada seorang usahawan yang menyertai Seminar Usahawan Ekonomi dan Keusahawanan anjuran Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian, kelmarin.

PONTIAN 27 Mei - Golongan usahawan di negeri ini diminta merebut peluang disediakan oleh pelbagai pihak termasuk institusi kewangan yang menyediakan dana bagi membolehkan mereka meningkatkan pengeluaran produk masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, peluang yang disediakan kepada usahawan terutama pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mampu melonjakkan daya saing mereka ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, sumbangan pengusaha IKS terhadap ekonomi negara amat besar kerana produk yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan pengguna tempatan selain dipasarkan ke luar negara.

"Bagaimanapun, untuk berjaya mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan termasuk dalam soal pembungkusan, pelabelan, pemasaran, kewangan dan sebagainya.

"Ini ditambah dengan keupayaan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memasarkan produk mereka secara dalam talian yang kini telah menjadi cara untuk menembusi pasaran yang lebih luas," katanya semasa merasmikan Seminar Usahawan Ekonomi dan Keusahawanan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini semalam.

Yang turut hadir dalam seminar anjuran Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pontian ialah Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pontian, Faridah Abd. Kadir; Naib Ketua, Muhammadan Ahmad; Ketua Wanita, Hasrunizah Hassan dan Ketua Pemuda, Mohd. Helmi Buang.

Kira-kira 500 peserta menghadiri seminar sehari yang turut dimeriahkan dengan pameran serta jualan produk oleh pengusaha IKS tempatan serta beberapa agensi berkaitan termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut dan Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, kerajaan sentiasa berusaha membantu pengusaha IKS supaya golongan itu terus berdaya saing dengan pemain industri lain.

"Ini dengan memberikan mereka pinjaman menerusi dana yang disediakan bagi menambah modal perniagaan supaya mereka boleh menambah pengeluaran serta beroperasi dalam premis yang lebih selesa," katanya sambil memberitahu daerah ini mempunyai kira-kira 200 usahawan termasuk pengusaha IKS dalam pelbagai bidang.

Pertandingan melukis remaja Johor terima 421 penyertaan

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

KOH Bee Yee (tiga dari kiri), Intan Najwa Johari (dua dari kiri), Oii Josephine (kiri), Pu Chee Lim (tiga dari kanan), Ho Hui Shi (dua dari kanan) dan Nurul Fatin Nazira Nazatul Dzahir menunjukkan hadiah dan trofi masing-masing pada Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Peringkat Remaja Negeri Johor di Galeri Seni Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 27 Mei - Sebanyak 71 buah sekolah menengah dengan 421 penyertaan karya seni visual telah menyertai Pertandingan Melukis Peringkat Remaja Johor Ke-8 yang diadakan di Galeri Seni Johor di sini.

Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Muhamad Fuad Radzuan berkata, daripada jumlah karya yang diterima, sebanyak 26 karya terpilih dan layak menerima hadiah daripada dua kategori iaitu menengah atas dan menengah rendah.

Katanya, antara tujuan pertandingan itu adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda agar dapat meningkatkan semangat patriotik terhadap negara amnya dan negeri ini khususnya.

"Selain itu, ia turut membuka minda golongan remaja mengenai perkembangan semasa serta kemajuan yang terdapat di tanah air sendiri.

"Hasil karya ini juga sudah pasti akan menjadi wadah dan sebuah dokumentasi yang berharga untuk tatapan dan kajian pewaris tamadun era mendatang," katanya ketika berucap merasmikan dan menyampaikan hadiah pertandingan tersebut yang bertemakan 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada,' di Galeri Seni Johor di sini semalam.

Sementara itu Panel Pengadil, Baharin Samsuri@Khusil ketika mengulas hasil karya-karya tersebut berkata, para peserta dapat melukis dan mentafsirkan tema dengan baik dan berkesan.

"Walaupun tema yang diberikan agak mencabar kerana keperluan menggambarkan tema melalui imej figura manusia, namun begitu penyertaan bagi kedua-dua kategori dapat menampilkan karya yang bermutu.

"Jelas ia bukan sekadar pertandingan tetapi bukti penilaian peserta ketika mengolah karya dan secara keseluruhan pertandingan ini boleh menjadi acara yang lebih menyeluruh dalam kalangan remaja negeri ini serta menjadi dokumentasi yang baik dan bernilai tinggi," katanya.

Dalam pertandingan itu, Koh Bee Yee dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Canossion Convent, Kluang diumumkan sebagai johan bagi kategori sekolah menengah atas dan pra universiti.

Sementara itu, Oii Josephine dari SMK Tasek Utara 2, memenangi tempat kedua manakala Intan Najwa Johari dari SMK Sultan Abdul Jalil menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori menengah rendah pula, johan dimenangi oleh Pu Chee Lim dari SMK Banang Jaya, Batu Pahat, tempat kedua menjadi milik Ho Hui Shi dari SMK Taman Bukit Indah dan tempat ketiga pula milik Nurul Fatin Nazira Nazatul Dzahir dari SMK Benut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Agenda holistik jana pelajar

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan (tengah) bersama bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah sempena Majlis Sembang Santai Alumni di Dewan Besar sekolah itu, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid

SEREMBAN 27 Mei - Mengangkasa prestasi pelajar di setiap sekolah perlu ada agenda holistik yang bukan tertumpu kepada pelajar semata-mata, tetapi memfokuskan juga kepada peningkatan sumbangan serta prestasi guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni dan disiplin pasukan.

Formula perkasa ini dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai intipati kecemerlangan pendidikan, selaras dengan hasrat menempatkan Negeri Sembilan sebagai pusat ilmu yang berjaya.

"Untuk mengangkasa prestasi, kita tidak boleh lupa untuk meningkatkan juga prestasi guru dan pendukung yang lain supaya sekolah berkenaan cemerlang secara holistik, baik dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan nilai-nilai murni," katanya.

Mohamad berucap pada majlis Sembang Santai Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah dekat sini hari ini.

Kata beliau, dalam aspek guru umpamanya, bakat dan kepakaran yang ada pada mereka hendaklah dicungkil dan diberi peluang secukupnya untuk mencurah bakti kepada anak bangsa.

"Optimumkan kepakaran serta ilmu yang dipelajari dahulu dan dikembalikan semula kepada pelajar. Pada masa yang sama, guru juga perlu tingkatkan ilmu supaya pelajar dapat menerima pembaharuan dalam pendidikan.

"Jangan pula beranggapan semua perkara ini tidak penting atau ada perasaan dalam diri seperti susah untuk datang ke sekolah. Kita mesti sentiasa berlapang dada dan akhirnya nanti, kita akan merasai kejayaan itu melalui hasil kerja sebuah pasukan," ujar beliau.

Mengenai PIBG dan alumni pula, Mohamad mahu melihat kesepakatan dalam meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah.

"Walaupun masing-masing ada tanggungjawab dalam aliran yang sama, janganlah ada sengketa. Sama-samalah kita menjayakan agenda kecemerlangan pelajar dan sekolah ini, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai pusat ilmu yang berjaya.

"Saya ingatkan supaya jangan ada pula individu 'menebuk kapal' yang sedang belayar cantik ini. Sama-samalah kita belayar, walaupun dilanda badai dan pastikan matlamat tercapai," ujar Mohamad.

Mengulas aspek disiplin berpasukan, Mohamad turut menegaskan jangan sesekali ia dicabul dengan perasaan hasad dan dengki.

"Dalam menjayakan agenda pasukan, kita perlu disiplin yang tinggi. Jika ada ketirisan, segeralah dibaiki dan pastikan setiap yang dilakukan itu berpaksikan kepada keikhlasan dan niat yang betul," ujar beliau.

RM93 juta bantu usahawan Mara Negeri Sembilan

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Salmah Hayati Ghazali bersama Amer Rahmat (dua dari kanan) melakukan gimik perasmian Karnival Hijab Stailista di Seremban Plaza, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

SEREMBAN 27 Mei - Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM93 juta kepada Mara negeri ini bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah Mara (Keusahawanan), Salmah Hayati Ghazali berkata, program tersebut merangkumi latihan keusahawanan, pembangunan pemasaran dan promosi, pembangunan standard perniagaan, pembangunan kontraktor IBS, program usahawan teknikal dan kemudahan pembiayaan perniagaan.

Beliau berkata, peruntukan itu perlu disalurkan kepada para usahawan yang layak tahun ini.

"Mara berharap kemudahan di bawah program pembangunan usahawan ini dapat dimanfaatkan oleh semua usahawan khususnya yang berada di Negeri Sembilan untuk meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya berupaya melonjakkan prestasi perniagaan masing-masing.

"Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera melalui inisiatif memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Hijab Stailista di Seremban Plaza dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Mara negeri Negeri Sembilan, Amer Rahmat.

Beliau berkata, Negeri Sembilan mempunyai ramai usahawan pengeluar iaitu individu yang memproses dan menghasilkan produk sendiri.

Oleh itu, tambahnya, para usahawan berkenaan seharusnya menggunakan peluang membuat hebahan dan mempromosikan produk keluaran mereka melalui pelbagai cara.

Jelasnya, karnival seumpama itu turut memberi ruang kepada para usahawan mempromosikan produk masing-masing di samping mendapat peluang mencipta jaringan perniagaan dengan usahawan lain.

"Saya gembira dengan Karnival Hijab Stailista pada kali ini yang mengetengahkan dan mempamerkan pelbagai produk usahawan tekstil dengan rekaan fesyen berunsur Islamik.

"Tahniah saya ucapkan kepada lima syarikat dalam kluster tekstil iaitu Zureen Collection, Busana Nurkhaizah, Marsha Anggun, Infinity Laily dan Qisya Bridal yang membuat pelancaran produk baharu sempena karnival ini," katanya.

Salmah Hayati juga melahirkan penghargaan kepada penganjur iaitu seluruh warga kerja Mara Negeri Sembilan serta Persatuan Penyewa Seremban Plaza (Puspaza) yang telah berusaha gigih dan bertungkus-lumus menjayakan karnival berkenaan.

INNOFEST 2014 capai matlamat

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanmelaka@utusan.com.my

Ahmad Yusoff Hassan (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Md. Rawi Mahmud pada majlis penutup INNOFEST 2014 di Dewan Besar Kampus Induk Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini. - UTUSAN/Gaie Uchel

MELAKA 27 Mei - Festival Inovasi Antarabangsa 2014 (INNOFEST 2014) berjaya mencapai matlamatnya dengan mengumpul lebih 440 projek penyelidikan daripada sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Program selama dua hari anjuran Persatuan Inventif, Inovatif dan Pemikir Kreatif (ASCIIC) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu turut mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Ketua pengarah program, S. Kanthaan berkata, penganjuran INNOFEST 2014 itu bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa universiti dan dan pelajar sekolah mengetengahkan idea dan bakat masing-masing.

"Festival inovasi ini secara tidak langsung memberi ruang kepada mereka menjana idea bernas, meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi serta kemahiran insaniah untuk menyumbang kepada bidang sains dan teknologi," katanya.

Festival tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar peringkat sijil, peringkat diploma, sarjana muda dan peringkat penyelidik.

Bagi kategori sekolah rendah, anugerah pencapaian tertinggi dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2 Melaka dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Sementara bagi kategori sijil, Kolej Komuniti Tasek Gelugor muncul juara dengan produk 'Kurma Flakes' manakala Kolej Komuniti Batu Pahat dengan inovasinya Batik in Fibreglass turut meraih anugerah.

Bagi kategori diploma pula dimenangi oleh peserta dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan ciptaan Mesin Proses Pengasingan, UTeM dengan produk 'V Smart Mobile Power Supply', Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) 'Smart Recycle Bin' dan 'Machine Clamping' dari Politeknik Merlimau.

Pemenang menerima sijil dan pingat disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md. Rawi Mahmud yang mewakili Ketua Menteri.

Yang hadir sama Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Izaidin Abdul Majid.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved