Ahad, 4 September 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


70 pelajar lawat DUN dalami sistem demokrasi

Posted:

70 pelajar lawat DUN dalami sistem demokrasi

70 pelajar lawat DUN dalami sistem demokrasi


SEBAHAGIAN daripada pelajar dan guru SMK Sultan Sulaiman bergambar kenangan di pekarangan bangunan DUN Terengganu baru-baru ini.


Seramai 70 pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu untuk baru-baru ini untuk memahami bagaimana urusan pentadbiran negeri yang berkaitan dengan penggubalan undang-undang dilakukan.

Guru Penyelaras lawatan, Ahmad Omar berkata, melalui program itu diharap pelajar dapat memahami bahawa persidangan DUN merupakan medan untuk wakil rakyat membahaskan sesuatu undang-undang dan segala aspek berhubung dengan kepentingan rakyat.

"Jika selama ini mereka mungkin mengetahuinya hanya melalui buku-buku teks pengajian sahaja tetapi dengan hadir sendiri di bahagian pemerhati, para pelajar tentu lebih sedar dan insaf bahawa ciri-ciri demokrasi dalam negara kita seharusnya dipertahankan,'' tegasnya.

Lawatan itu turut disertai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Arman A. Razak dan enam guru pengiring.

Menurut Arman, program itu sangat berfaedah kerana aspek ciri-ciri demokrasi termasuk dalam sukatan pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Saya yakin dengan pendedahan melalui penyaksian kendiri ke persidangan DUN akan memudahkan para pelajar dalam memahami struktur dan elemen rangka kerja perjalanan pentadbiran sesebuah negeri, khususnya yang melibatkan urusan penggubalan undang-undang dan dasar negeri," jelasnya.

Manakala Penolong Guru Disiplin Kanan, Shafiai Md Amin berpendapat, generasi muda khususnya pelajar sekolah perlu diberi pendedahan awal kepada karakter demokrasi yang unik dan sempurna di negara ini.

"Sebagai pemimpin pelapis, melalaui lawatan ini, pelajar akan sedar dan insaf bahawa negara kita mempunyai kerangka demokrasi yang terbaik dan ia akan membina sikap positif di kalangan mereka," ujarnya penuh harapan.

Beliau yakin program seperti ini akan membantu pelajar untuk lebih memahami dan belajar bagaimana sesuatu urusan pentadbiran negeri atau negara dikendalikan.

Bina istana batang aiskrim uji kreativiti murid

Posted:

Bina istana batang aiskrim uji kreativiti murid

Bina istana batang aiskrim uji kreativiti murid


Pasukan SK Seri Bintang Selatan meraikan kejayaan sebagai juara pertandingan Paddle Pop Kingdom Quest di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Seri Bintang Selatan diumumkan juara pertandingan Paddle Pop Kingdom Quest di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pasukan ini mengalahkan 31 pasukan yang merangkumi lebih 100 pelajar dari 12 sekolah rendah pada peringkat akhir dan telah menerima hadiah utama berupa RM3,000 serta sijil penyertaan.

Istana agam pasukan yang terdiri daripada empat pelajar ini dikawal oleh empat menara di setiap penjuru dibina menggunakan batang aiskrim Paddle Pop sebagai bahan asas serta dilengkapi dengan elemen alam semula jadi yang mendamaikan seperti sebuah sungai yang dibarisi pokok dan sebuah jambatan.

Pengurus Pemasaran Jenama Aiskrim Wall's, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Chan Meng Yang berkata, Paddle Pop Kingdom Quest adalah satu program sekolah berunsur pendidikan untuk mencetuskan kreativiti dan kepintaran kanak-kanak.

"Terdapat pelbagai cara kreativiti boleh dipupuk di luar bilik darjah dan kami berasa gembira dapat memberikan kanak-kanak ini peluang untuk mengekspresikan daya kreativiti mereka," katanya.

Setiap pasukan diberi tempoh masa selama tiga bulan untuk menyiapkan kraf mereka sejak Mei lalu menggunakan daya kreativiti dan kerjasama berpasukan bagi menghasilkan karya seni yang layak memenangi hadiah utama.

Naib johan disandang SK Sementa dari Klang, manakala SK Bukit Jelutong memenangi tempat ketiga, masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000. Setiap ahli pasukan yang memenangi pertandingan ini turut menerima sijil penyertaan dan hadiah eksklusif Paddle Pop.

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, Unilever (Malaysia) Holdings akan melanjutkan pertandingan ini ke 50 buah sekolah di Pulau Pinang pada bulan ini.

Pelajar yang berminat boleh menghubungi pihak pengurusan sekolah mereka atau talian Khidmat Pelanggan Unilever.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ramai tertipu jenayah siber

Posted:

Ramai tertipu jenayah siber

Ramai tertipu jenayah siber

SUBANG JAYA 4 Sept. – Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Subang Jaya, Inspektor Ahmad Faizal Aminuddin berkata, jenayah siber yang kerap dilakukan antaranya adalah melibatkan penggunaan perbankan melalui Internet, VoIP (Voice Over Internet Protocol) dan e-Perdagangan.

"Penggunaan komputer dan telefon bimbit yang semakin canggih telah memudahkan operasi sindiket untuk menipu orang ramai," katanya di sini baru-baru ini.

Ahmad Faizal berkata, ramai yang menjadi mangsa jenayah siber setelah mereka secara tidak sedar telah mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada ahli sindiket, yang menyebabkan wang simpanan mereka telah dipindahkan kepada pihak ketiga.

"Di Subang Jaya sendiri, jenayah siber didapati meningkat lebih 20 peratus sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan kawasan ini juga mencatat jumlah tangkapan suspek paling banyak," katanya.

"Oleh itu, kini kita boleh lihat jenayah yang berlaku kurang lagi melibatkan jenayah berbentuk kekerasan malahan mereka lebih cenderung untuk melakukan jenayah komersial di mana ia mudah bagi mereka untuk mengelakkan diri daripada dikesan pihak polis oleh kerana mereka ini melakukan jenayah ini secara maya atau on-line," katanya.

Beliau berkata, selain itu ramai pengguna Internet turut ditipu semasa membeli secara talian terus yang 'sangat berisiko' dan tidak dijamin kerana individu yang berminat perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat produk mereka dan kebanyakan mereka tidak menerima produk yang ditempah.

"Justeru undang-undang sedia ada perlu dikaji semula dan agensi berkaitan juga perlu bekerjasama bagi menangani jenayah komersial terutamanya melibatkan jenayah siber di negara ini," katanya.

Menurut statistik polis, jumlah kes dibuka pada 2010 ialah 1,050 sementara pada 2011 sehingga Julai tahun ini sahaja sebanyak 500 kes dengan jumlah tangkapan pada 2010 ialah 300 sementara tahun ini sehingga Julai sebanyak 80 kes.

Jumlah kes yang berjaya diselesaikan pada 2010 ialah 800 sementara pada tahun 2011 hingga Julai ialah 200. – BERNAMA

Majlis hari jadi nenek diganggu lelaki bersenjata

Posted:

Majlis hari jadi nenek diganggu lelaki bersenjata

Majlis hari jadi nenek diganggu lelaki bersenjata


RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menyerang rumah Gordan Francis di Taman Desa Rishah, Ipoh, Perak, semalam.


IPOH 4 Sept. - Sambutan hari ulang tahun kelahiran seorang nenek yang dihadiri 32 ahli keluarganya di Taman Rishah di sini gempar apabila diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pistol, parang dan kayu golf, awal pagi ini.

Kejadian pukul 1.50 pagi itu turut mengakibatkan seorang daripadanya iaitu Gordan Francis, 18, yang juga cucu kepada M. Marianee, 58, cedera di bahagian bahu akibat terkena tembakan.

Menurut ibu saudara Gordan, G. Ushanantini, 30, salah seorang daripada suspek yang tidak dikenali itu dan bersenjatakan pistol melepaskan dua das tembakan rambang ke dalam rumah mereka.

"Ketika itu, anak saudara saya (Gordan) sedang duduk di atas motor menghisap rokok di luar pagar rumah sebelum keluar seorang lelaki daripada sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih melepaskan tembakan pertama, tetapi tidak kena.

"Dia (Gordan) yang panik lalu menghidupkan enjin motosikal dan cuba melarikan diri, namun tembakan kedua terkena bahu kirinya. Salah seorang suspek juga tidak berpuas hati dan memecahkan pintu kaca hadapan rumah dengan kayu golf.

"Namun, jeritan kanak-kanak termasuk tangisan seorang bayi berusia sebulan yang sedang tidur dalam buaian di ruang tamu menyebabkan semua lelaki itu melarikan diri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, suspek-suspek berkenaan menyerang seorang lagi lelaki berusia 21 tahun di sebuah restoran berdekatan sebuah hotel di Menglembu di sini pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurut beliau, ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai kelindan lori sedang berbual bersama dua lagi rakannya.

Utusan Malaysia difahamkan, lelaki berkenaan digunakan oleh suspek untuk mencari lokasi rumah Gordan di Taman Rishah yang terletak kurang satu kilometer dari restoran berkenaan.

"Lelaki itu telah didatangi sekumpulan suspek menaiki kereta sama iaitu Proton Iswara putih bernombor plat ACJ 352.

"Mangsa kemudian dibawa ke Taman Rishah sebelum dilepaskan di Jalan Kuala Kangsar berdekatan stesen pam minyak Petronas.

"Suspek juga bertindak merampas dokumen peribadi mangsa serta telefon bimbitnya jenis Sony Ericson," katanya.

Dzuraidi berkata, polis masih menyiasat motif serangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jacqueline juara dunia!

Posted:

Jacqueline juara dunia!

Jacqueline juara dunia!

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Jacqueline Jenelee dijulang rakan sepasukan selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan Kejohanan Boling Wanita Dunia (WWC) 2011 di Hong Kong semalam.


KUALA LUMPUR - Lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang gah dikibarkan di bumi Hong Kong, semalam mengiringi kejayaan Jacqueline Jenelee Sijore meraih pingat emas acara perseorangan pada Kejohanan Boling Wanita Dunia (WWC) 2011, sekali gus memberikan permulaan cemerlang bagi kem negara pada temasya dwitahunan itu.

Kejayaan sensasi Jacqueline, 19, yang beraksi sebagai muka baru mengulangi pencapaian rakan sepasukan, Esther Cheah yang menjuarai acara sama, juga menerusi penampilan sulung pada edisi 2005 di Aalborg, Denmark.

Turun menentang jaguh Korea Selatan, Son Yun-Hee pada perlawanan akhir, tidak menghalang Jacqueline daripada menghayun penuh yakin untuk mencatat kemenangan 266-217.

Pemain kelahiran Sarawak itu terdahulu menyekat kemaraan pilihan pertama dari Singapura, Shayna Ng 246-214, pada separuh akhir.

Shayna dan pemain Denmark, Mai Ginge Jensen yang tewas kepada Yun-Hee dalam satu lagi pertembungan separuh akhir, masing-masing berpuas hati dengan pingat gangsa.

Bercakap selepas melakar kejayaan itu, Jacqueline berkata, dia menikmati kegembiraan berganda kerana bukan sahaja impiannya bergelar juara dunia direalisasikan, malah yang lebih penting mengharumkan nama negara dengan kilauan emas pertama.

"Saya hilang kata-kata... Saya langsung tidak jangka dapat capai impian menjadi juara dunia dalam tempoh yang begitu singkat.

"Saya berasa tenang dan yakin sepanjang masa dengan adanya bimbingan jurulatih Holloway (Cheah), segala-galanya memihak kita hari ini.

"Namun, perjuangan belum selesai, masih ada beberapa acara lagi selepas ini. Saya dan rakan-rakan sepasukan akan cuba sedaya upaya menghasilkan lagi tambahan pingat untuk negara," katanya yang melakukan lapan strike berturut-turut dari frame keempat sehingga ke-11 untuk mengesahkan kejuaraan, semalam.

Kejayaan Jacqueline bergelar juara dunia pada usia semuda ini, semakin menyerlahkan kemampuannya pada peringkat antarabangsa, meskipun baru sahaja dinaikkan status dari skuad pelapis elit yang dibubarkan awal tahun ini.

Dia membuktikan dirinya tidak gugup berdepan sekumpulan pencabar bertaraf dunia terutamanya pemain pro dari Amerika Syarikat, Eropah mahupun gergasi Asia, Korea Selatan.

Selain Jacqueline, turut beraksi ialah Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang menamatkan saingan pada tempat ke-14, diikuti Zatil Iman Abdul Ghani (ke-29), Esther Cheah (ke-46), Sharon Koh (ke-62) dan Sin Li Jane (ke-92). Acara perseorangan menampilkan aksi seramai 171 pemain dari 33 buah negara.

Kejohanan diteruskan dengan acara beregu hari ini dan Holloway meletakkan percaturan menggandingkan Sharon Koh-Zatil Iman, Esther Cheah-Zandra Aziela dan Li Jane-Jacqueline.

Zakry-Fairuz sertai KLRC

Posted:

Zakry-Fairuz sertai KLRC

Zakry-Fairuz sertai KLRC

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


MOHD. Zakry Latiff (kanan) dan Mohd. Fairuzizzuan Tazari menunjukkan jersi sambil bergambar bersama Pengarah Urusan KLRC, Andrew Kam pada Majlis Rumah Terbuka KLRC di KL Hilton, semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas beregu badminton kebangsaan, Mohd. Zakry Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari menyuntik nafas baru dalam karier mereka apabila menyertai kelab profesional, KLRC, semalam.

Mereka sebelum ini mengejutkan arena badminton negara dengan keputusan meninggalkan skuad kebangsaan selepas 15 tahun bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 20 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Mohd. Zakry dan Mohd. Fairuzizuan menegaskan bahawa keputusan menjadi warga KLRC dibuat hanya selepas mendapat kebenaran meninggalkan BAM dan ia juga bukan satu tindakan yang dilihat sengaja menentang badan induk badminton negara itu.

"Sebagai pemain bebas, kami memilih KLRC kerana sedar kelab ini dapat membantu kami mengembalikan prestasi sebenar dan yang lebih penting memakbulkan impian kami beraksi di Olimpik tahun depan. KLRC sememangnya destinasi terbaik selepas BAM.

"KLRC akan membiayai segala kos kami keluar bertanding seperti tiket penerbangan dan penginapan. Kami ada mendapat beberapa lagi tawaran luar tetapi tidak menarik dan kurang lengkap," kata Fairuzizuan kepada media di majlis rumah terbuka KLRC di Hotel Hilton, semalam.

Jelas Mohd. Zakry, dia kini hanya memiliki masa lapan bulan untuk mengumpul mata kelayakkan Olimpik dan akan memulakan perjuangan baru bersama pasangannya itu di Grand Prix Emas Indonesia di Kalimantan, hujung bulan ini.

Jika penyertaan Mohd. Zakry dan Mohd. Fairuzizuan tidak begitu mengejut, malah mungkin dapat diduga kebanyakan pihak, bagaimana pula kepulangan Razif sebagai jurulatih badminton dan berkemungkinan besar mendapat tawaran melatih di KLRC.

Ketika ditemui semalam, Razif mengakui kedua-dua pemain itu ada datang berjumpa dengannya selepas keluar BAM dan meminta padangan.

"Setakat ini saya tidak pasti Zakry-Fairuz inginkan saya jadi penasihat, jurulatih atau mentor, namun kalau mereka inginkan saya menjadi jurulatih dan diperlukan mengikut mereka bertanding di luar negara, saya sedia membantu walaupun tanpa sebarang bayaran atau gaji.

"Saya masih mempunyai keghairahan terhadap badminton. Saya ingin menolong kedua-dua mereka layak ke Olimpik.

"Juga ingin ditegaskan bahawa bantuan yang saya hulurkan kepada Zakry-Fairuz bukan kerana marah dengan BAM yang dahulu tidak melayan tawaran saya kembali melatih, tetapi adalah kerana saya mahu terlibat bantu pembangunan badminton negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, dia sedia membuka pintu untuk perbincangan dengan Razif yang disifatkannya sebagai seorang yang berkemampuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


BN janji selesai masalah air

Posted:

BN janji selesai masalah air

BN janji selesai masalah air

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Sept. – Barisan Nasional (BN) Kelantan berjanji akan menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun sekiranya menang pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, malah janji tersebut telah dimasukkan ke dalam manifesto BN negeri ini kerana pihaknya mahu membantu rakyat keluar daripada belenggu masalah yang terpaksa mereka tempuhi lebih 20 tahun.

Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak serius untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini biarpun telah diberi peluang oleh rakyat berkali-kali dan turut mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebelum ini.

"Salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya umum akan datang ialah kita berjanji akan menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negeri ini dalam tempoh sepenggal," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Hari Raya UMNO Kelantan dan Penyampaian Watikah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan semua pemimpin parti komponen BN.

Perkhidmatan bekalan air bersih menjadi masalah utama di negeri ini sejak Pas mengambil alih pemerintahan Kelantan pada 1990. Gangguan bekalan air sering berlaku dan ia akan memuncak setiap kali menjelang musim perayaan.

Oleh kerana itu, rata-rata penduduk di negeri ini menggunakan telaga tiub kerana tidak mahu bergantung kepada Kerajaan Pas Kelantan yang tidak boleh diharap untuk menguruskan sistem bekalan air.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, antara perkara lain yang akan dimasukkan dalam manifesto BN Kelantan ialah menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di seluruh negeri ini dan Ladang Rakyat.

"Kita akan berjuang untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, ini perjuangan UMNO sejak dahulu lagi.

"Sebagai contoh, atas desakan kita, Kerajaan Pusat telah meluluskan pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu pada 2006 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) malah tender telah diberikan kepada sebuah syarikat untuk melaksanakannya dengan peruntukan kira-kira RM500 juta ketika itu.

"Saya tahu kerana pada ketika itu saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun kontraktor itu menghadapi masalah, maka projek tersebut tidak dapat diteruskan. Ketika itu perjuangan kita sudah hampir berjaya dan kini ia diteruskan demi membela nasib rakyat," katanya.

Katanya, dalam isu Ladang Rakyat, BN masih menuntut penjelasan daripada Kerajaan Pas Kelantan mengenai sistem yang dilaksanakan dalam program tersebut.

"Kita nak tahu rakyat mana yang mendapat untung dalam program ini, adakah rakyat yang mendapat wang RM200 sebulan atau wakil rakyat Pas yang makin buncit dengan wang hasil Ladang Rakyat," katanya.

Tambahnya, BN juga mencabar Pas mengarahkan semua wakil rakyatnya mengisytiharkan harta dan status perkahwinan masing-masing kerana rakyat mahu tahu selepas melihat gaya hidup mereka yang kian berubah.

Peguam Negara diminta bertindak ke atas Anwar

Posted:

Peguam Negara diminta bertindak ke atas Anwar

Peguam Negara diminta bertindak ke atas Anwar

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Peguam Negara diminta mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan memburukkan institusi kehakiman dan hakim perbicaraan di hadapan orang awam.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim (gambar) berkata, kenyataan pembelaan Anwar yang dibuat dari kandang tertuduh dengan tidak bersumpah boleh disifatkan sebagai tuduhan melampau yang merupakan penghinaan terhadap mahkamah.

Katanya, dalam konteks undang-undang, perbuatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebenarnya seperti menghina mahkamah serta mencabar kewibawaan hakim dalam mengendalikan kes berkenaan.

"Sepatutnya, Peguam Negara harus ambil tindakan tegas dengan mengenakan tuduhan menghina mahkamah di mahkamah lain terhadap tindakan Anwar itu kerana ia boleh mencabar integriti dan kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman Malaysia yang telah diamalkan sejak merdeka.

"Janganlah dibiarkan tindakan beliau itu sebagai contoh oleh tertuduh lain di mahkamah nanti. Adakah tindakan Anwar seperti menunjukkan imuniti beliau terhadap kes itu?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas wawancara Mingguan Malaysia bersama peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan kenyataan Anwar merupakan penghinaan mahkamah paling serius yang pernah diketahuinya.

Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara berkata, tindakan melampau itu secara tidak langsung akan menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi muda.

"Peguam Negara janganlah bertangguh dalam setiap tindakan agar mahkamah tidak dijadikan pentas untuk meraih sokongan politik.

"Anwar seperti ingin menggunakan mahkamah seperti pentas politik peribadi berbanding untuk mendapatkan kebenaran atas pertuduhan liwatnya. Pada hemat saya, perbuatan beliau itu mencabar prinsip rule of law dan kedaulatan undang-undang," jelasnya.

Kata Irmohizam lagi, prinsip Rukun Negara mesti dipertahankan dan kedaulatan undang-undang mesti menjadi pegangan setiap warga Malaysia.

Sementara itu, pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah walaupun memberi kenyataan di dalam mahkamah yang mendapat absolute privilege asalkan kenyataan itu termasuk dalam kategori mengaibkan mahkamah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perlu asrama, kediaman warden

Posted:

Perlu asrama, kediaman warden

Perlu asrama, kediaman warden

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


NORAIMI Alias (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Zafridan Md. Daud di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 4 Sept. - Pusat Kebajikan Anak Yatim Permata Camar di Kampung Cempaka di sini memerlukan sebuah bangunan baru untuk dijadikan blok asrama dan kediaman warden yang bertugas di situ.

Pengurusnya, Zafridan Md. Daud berkata, bangunan tersebut dianggarkan menelan belanja kira-kira RM200,000 berikutan terdapat seorang dermawan yang mewakafkan tanah untuk tujuan itu.

Menurutnya, sumbangan kewangan amat diharapkan daripada syarikat korporat atau individu bagi membiayai sebahagian kos pembinaan berkenaan.

Ketika ini, katanya, pusat itu menempatkan 42 kanak-kanak dan diuruskan Badan Nadwah Islamiah Pahang (Nadwah) iaitu pertubuhan kebajikan dalam kalangan kakitangan kerajaan.

"Dana masih diperlukan kerana kita kekurangan kemudahan asas termasuk dewan makan, asrama dan kemudahan kediaman untuk warden yang bertugas di situ," katanya selepas majlis penyerahan wang zakat daripada Usahawan Dewanita, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, keutamaan pada masa ini adalah mencari dana bagi menampung pembinaan blok bangunan baru memandangkan ketika ini mereka hanya tinggal di dalam kontena sahaja sejak empat tahun lalu.

Katanya, pihak Nadwah merancang membina sebuah blok bangunan dua tingkat yang mempunyai empat unit rumah kediaman supaya warden lebih mudah berada dalam kawasan rumah anak yatim itu sepanjang masa.

"Selain itu, sebuah dewan makan juga akan dibina dengan kos RM80,000, bagaimanapun dana untuk pembinaan dewan makan itu sudah mencukupi hasil sumbangan beberapa individu," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Dewanita DPMM Pahang, Noraimi Alias berkata, pihaknya melancarkan kutipan dana daripada kalangan ahlinya selepas mendapat maklumat berhubung keperluan kewangan rumah anak yatim itu.

Katanya, sejumlah RM15,000 disumbangkan dalam bentuk wang tunai dan keperluan harian termasuk makanan dan duit raya kepada anak yatim yang menghuni di situ.

Golongan asnaf sentiasa dibantu

Posted:

Golongan asnaf sentiasa dibantu

Golongan asnaf sentiasa dibantu

KUALA LIPIS 4 Sept. - Pembangkang sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Setiausaha Politik, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan, mereka tidak sepatutnya mengeksploitasi isu itu demi meraih sokongan politik.

Katanya, kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat dan bantuan yang diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

"Selain bantuan bulanan, kerajaan negeri menerusi institusi zakat dan kementerian juga menambah jumlah nilai sumbangan untuk memastikan golongan asnaf hidup selesa termasuk belanja perubatan dan tempat tinggal," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan hari raya kepada 60 pesakit di Hospital Lipis di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, kerajaan tidak akan terlepas pandang terhadap mereka yang daif kerana pemimpin tempatan sentiasa bekerjasama dalam perkara itu.

"Inisiatif Kerajaan Persekutuan dan negeri selaras dengan usaha menegakkan satu daripada prinsip penting falsafah negara dan antara elemen utama Gagasan 1Malaysia - menegakkan keadilan sosial," ujarnya.

Katanya, bantuan maksimum berasaskan kategori itu dapat memberi keselesaan dan meringankan beban perbelanjaan harian golongan tersebut.

Pelihara keharmonian kaum

Posted:

Pelihara keharmonian kaum

Pelihara keharmonian kaum

KUALA LIPIS 4 Sept. - Orang ramai diingatkan agar terus memelihara keharmonian sesama kaum bagi mengelak berlakunya perpecahan yang merugikan semua pihak.

Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, suasana sedemikian membolehkan rakyat menumpukan pada usaha meningkatkan taraf hidup masing-masing dan dalam masa yang sama berupaya meningkatkan pelaburan asing.

"Perpecahan, permusuhan dan benci-membenci hanya merugikan negara dan bangsa. Keamanan dan perpaduan yang kita nikmati sekarang membolehkan semua rakyat dapat hidup dalam sejahtera.

"Oleh itu, pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia penting kerana jika tidak dijelaskan dengan betul, akan ada takrifan tertentu yang boleh membawa kepada pemahaman salah," katanya baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Siapa tembak Noramfaizul?

Posted:

Siapa tembak Noramfaizul?

Siapa tembak Noramfaizul?

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


Pasukan pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) dikatakan terbabit dalam kejadian tembakan yang menyebabkan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor terbunuh ketika membuat liputan di Somalia, kelmarin. – Agensi


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kematian Noramfaizul Mohd. Nor dalam kejadian tembakan di Somalia, kelmarin menimbulkan seribu tanda tanya berhubung siapa yang bertanggungjawab melepaskan tembakan dan bagaimana jurukamera itu terkena tembakan.

Berdasarkan kesan tembakan pada jenazah jurugambar BernamaTV itu, kemungkinan beliau ditembak dari arah atas lalu mengenai bahu kanannya dan menembusi rusuk kirinya.

Ada juga pihak yang mendakwa Allahyarham ditembak dari arah kiri lalu mengenai rusuk kirinya dan menembusi paru-parunya sehingga ke bahu kanan.

Akibat tembakan itu, Noramfaizul, 39, gagal diselamatkan meski sempat diberikan rawatan awal di bilik pembedahan di hotel penginapannya terletak dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, Mogadishu, Somalia.

Pelbagai pihak juga membuat pelbagai andaian berhubung siapakah yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu.

Utusan Malaysia difahamkan, Noramfaizul ditembak oleh tentera Kesatuan Afrika (AU).

Saksi di tempat kejadian berkata, mereka melihat tentera AU bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Noramfaizul bersama lima lagi krew televisyen dari Malaysia yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia.

Menurut saksi, AU mahu menjadikan insiden tembakan itu sebagai alasan bagi menunjukkan Somalia masih tidak selamat dan masyarakat antarabangsa perlu campur tangan.

Katanya, AU juga berharap militan al-Shabab akan dituduh melakukan perbuatan itu.

Semua itu dilakukan AU untuk membolehkan AU terus diberi mandat dengan peruntukan berbilion dolar bagi menjaga keselamatan di negara 'Tanduk Afrika' itu, kata saksi itu kepada wartawan Utusan Malaysia yang turut menyertai misi bantuan itu.

Ada juga pihak yang mendakwa tembakan berkenaan dilakukan oleh militan Al-Shabaab yang sejak awal lagi tidak menyukai mana-mana negara memasuki Somalia membawa bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa kebuluran.

Bagi al-Shabaab, Somalia adalah 'tanah' mereka dan semua pihak perlu mendapatkan kebenaran militan itu untuk memasuki negara berkenaan.

Ada juga pihak mendakwa tembakan yang turut mencederakan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan, 26, itu dilakukan individu tertentu yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bantuan.

Pihak lain pula mendakwa tembakan itu dilepaskan oleh pihak yang tidak menyukai rakyat Barat memasuki Somalia.

Atas dasar benci itu, mereka bertindak melepaskan tembakan amaran yang mengenai pacuan empat roda yang dinaiki pengamal media dari Malaysia.

Seramai 15 wartawan Malaysia termasuk seorang wartawan Utusan Malaysia dan dua blogger menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia itu.

Misi yang bermula pada 28 Ogos itu dijadual berakhir pada 9 September ini, tetapi misi itu ditamatkan semalam ekoran insiden itu dan semua anggota misi serta wartawan Malaysia terbabit tiba di tanah air pagi ini bersama jenazah Noramfaizul. – Utusan

AU mungkin bertanggungjawab

Posted:

AU mungkin bertanggungjawab

AU mungkin bertanggungjawab

MOGADISHU 4 Sept. - Kesatuan Afrika (AU) mengaku pasukan pengamannya di Somalia mungkin terlibat dalam insiden seorang wartawan televisyen Malaysia ditembak mati di ibu negara ini.

Pasukan pengaman AU dalam satu kenyataan lewat semalam berkata, pihaknya menyiasat laporan awal bahawa sebuah konvoi mereka mungkin terlibat dalam insiden tembakan yang mebawa kematian ke atas jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, kelmarin.

Kenyataan itu tidak membuat ulasan lanjut.

Noramfaizul terbunuh semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Pertubuhan hak asasi manusia dan penduduk Mogadishu kerap menuduh pasukan pengaman AU yang diberi mandat mempertahankan kerajaan Somalia yang goyah, membedil kedudukan awam di ibu negara ini dengan sewenang-wenangnya. - Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Peluru 'merentap' misi ke Somalia

Posted:

Peluru 'merentap' misi ke Somalia

Peluru 'merentap' misi ke Somalia

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PANGKALAN Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi semalam menerima ketibaan jenazah perwira negara, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor.

Seingat penulis dan mana-mana catatan sejarah negara ini, belum pernah ada wartawan Malaysia terkorban dalam misi kemanusiaan paling mencabar di dunia ketika membantu mengurangkan derita kebuluran di sebuah negara yang juga medan perang paling bergolak nun di Afrika sana, Somalia.

Pagi sekitar pukul 10 pagi, ketibaan jenazah bersama rombongan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia selamat tiba di landasan pangkalan itu yang disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berpuluh wartawan yang juga sahabat seperjuangan Allahyarham menyambut ketibaan jenazah termasuk wartawan Reuters yang berteksi untuk ke lapangan terbang itu. Suasana hiba dirasai ketika keranda dibawa turun daripada pesawat Hercules C130.

Jurukamera BernamaTV itu sepatutnya pulang ke tanah air hari ini seperti mana perginya di lapangan terbang sama 28 Ogos lepas. Tetapi takdir menjemputnya pada hari terakhir beliau bersama misi kemanusiaan itu melengkapkan misinya Jumaat lalu.

Sejak rombongan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia tiba di Somalia hingga 2 September lepas, seramai 50,000 rakyat Somalia sudah mendapat manfaat daripada sumbangan bekalan makanan termasuk perubatan seberat 300 tan.

Namun pada hari Jumaat itulah, Noramfaizul dipanggil menghadap Ilahi terkena tembakan dipercayai daripada peluru pasukan Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) sewaktu berada di dalam kenderaan pacuan empat roda yang mahu menuju ke hotel penginapan petugas media elektronik.

Sebaik sahaja Allahyarham terkulai di dalam kenderaan berkenaan di sisi sahabat jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, sepasukan paramedik dari Australia yang berada di tempat kejadian bertungkus lumus cuba membantunya.

Beberapa minit kemudian, pasukan perubatan Kelab Putera 1Malaysia diketuai Dr. Alwi Abdul Rahman,48, bertungkus lumus mencuba CPR untuk sekurang-kurangnya menyedarkan beliau.

"Kalaupun arwah memakai jaket kalis peluru sekalipun, peluru yang datang itu memang sukar dielak sebab betul-betul sipi menembusi bahunya dan melalui ketiak sebelum memasuki paru-paru arwah. Waktu itu pasukan perubatan Malaysia dan Australia tidak dapat berbuat apa-apa, arwah banyak kehilangan darah dan kesan lukanya terlalu besar," kata Dr. Alwi ketika ditemui Utusan Malaysia di Subang semalam.

Dikatakan bukan sahaja pasukan media dan misi kemanusiaan di sana tidak memakai topi keselamatan atau jaket kalis peluru, semua sukarelawan dari Iran, Arab Saudi dan Australia juga membuat perkara sama.

Ini kerana dua alat keselamatan itu dipercayai kurang berkesan untuk menghalang robekan peluru yang berkualiti tinggi. Somalia ibarat pekan koboi dalam sebuah negara tidak bertuan.

Pasukan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia yang juga satu-satunya dari Asia dan beberapa misi sama daripada negara Eropah dan Timur Tengah hanya bergerak sekitar di dalam Mogadishu.

Mereka tidak perlu keluar dari ibu negara Somalia itu kerana rakyat dari seluruh Somalia akan datang ke situ dengan berjalan beratus-ratus kilometer.

Menurut Dr. Alwi dan Naib Presiden 2 Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Rahman Abdul Rahim, pasukan misi kemanusiaan itu mendapat sokongan 100 peratus daripada rakyat Somalia yang dahagakan bantuan daripada sebuah negara Islam.

Pasukan tentera kerajaan Somalia sendiri sanggup berbuat apa sahaja untuk menjamin keselamatan setiap warga Malaysia termasuk 40 doktor pelbagai kaum dengan kepakaran bidang tertentu yang bertugas dalam misi kemanusiaan kali ke-15 itu.

Situasi getir di Somalia telah dibangkitkan sendiri oleh Presiden Wilayah Udubland (dalam Somalia), Ibrahim Abdullah Addo ketika menghadiri satu majlis pelancaran misi kemanusiaan ini di Sri Perdana, Putrajaya beberapa hari sebelum Aidilfitri.

"Misi ini sangat berbahaya kerana selain masalah kebuluran terdapat juga masalah yang akan ditimbulkan daripada puak militan Shabaab yang menguasai sebahagian besar selatan Somalia. Namun pihak Shabaab berjanji akan bertoleransi dengan kerajaan kerana simpati dengan nasib majoriti rakyat yang sedang mengalami masalah kebuluran.

"Tetapi saya juga bimbang jika kekecohan ini ditimbulkan oleh pihak lain selain Shabaab kerana mahu mengambil kesempatan terhadap keadaan yang berlaku ini.

"Ini kerana sejak berlaku konflik bersenjata di Somalia, penduduk tempatan bebas membawa senjata api ke mana saja sehingga mampu menimbulkan keadaan tegang jika terserempak dengan anggota keselamatan atau tentera. Justeru, konflik bersenjata ini bukan sahaja akan menyusahkan mangsa bencana kemarau sehingga mencetuskan krisis kebuluran, bahkan turut menyukarkan penyaluran bantuan antarabangsa.

"Bagaimanapun, pihak kerajaan terutama daripada saya sendiri berjanji akan memberi perlindungan kepada rombongan misi ini supaya bantuan dan keselamatan anggota misi terjamin," kata beliau.

Namun, apa yang terjadi, itulah ketentuan-Nya. Bagi Dr. Alwi sendiri, beliau telah menempuh berpuluh misi kemanusiaan dan pasukan media juga kata beliau terpaksa berdepan dengan risikonya sendiri.

"Saya telah berbincang dengan pakar antarabangsa di sana, kata mereka meskipun menggunakan jaket kalis peluru pun, kebanyakan peluru yang dilepaskan boleh menembusi jaket berkenaan apatah lagi kereta berperisai.

"Kita di sana telah mengikut standard operating prosedure (SOP) pihak antarabangsa malahan kita dilindungi kiri kanan, depan dan belakang, tetapi itulah yang berlaku," katanya.

Dr. Alwi menyifatkan Allahyarham sahabat sejati beliau. Allahyarham bukan asing buatnya kerana turut sama terlibat dalam misi kemanusiaan di Gaza sebelum ini.

"Arwah memiliki motivasi yang tinggi dan mesra dengan sesiapa sahaja. Tapi sayangnya pasukan perubatan saya tidak boleh berbuat apa-apa meskipun kelengkapan alat perubatan yang kita bawa setaraf dengan United Kingdom," katanya.

Bagi Abdul Rahman pula, kekesalan amat dirasakan apabila tembakan yang membunuh Allahyarham dipercayai dilepaskan oleh pasukan AMISOM. Ini memandangkan hubungan pasukan misi kemanusiaan itu dengan militan Shabaab mendapat kerjasama yang amat baik.

"Namun, kejadian ini tidak akan melemahkan semangat misi kemanusiaan ini untuk kembali bukan sahaja di Somalia tetapi di mana sahaja negara yang dilanda bencana," katanya.

Bagi wartawan TV3, Shaharil Kadir, 33, pengalaman di Somalia merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangkakannya. Namun ia sama sekali tidak melemahkan semangatnya untuk kembali membuat liputan di negara bergolak itu pada masa depan.

Suatu kenangan yang masih diingati Shaharil tentang Allahyarham ialah pada dua hari sebelum pemergiannya, arwah tidak menjamah makanan ketika makan tengah hari.

"Saya kehilangan rakan seperjuangan yang begitu berdedikasi, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang salih," kata Shaharil yang nampak sugul.

Guan Eng ulas Mat Sabu...Siapa si Luncai dan siapa pula labu-labu

Posted:

Guan Eng ulas Mat Sabu...Siapa si Luncai dan siapa pula labu-labu

Guan Eng ulas Mat Sabu...Siapa si Luncai dan siapa pula labu-labu

Oleh Hassan Mohd. Noor

SEMPAT juga penulis berhari raya di kampung walaupun terpaksa bertugas pada hari raya pertama. Seperti biasa, apabila kembali ke Permatang Pauh, banyak cerita menarik, tentunya mengenai politik.

Kebetulan pada hari raya ketiga, ada rumah terbuka wakil rakyat kawasan itu, Anwar Ibrahim (Parlimen Permatang Pauh) dan Mansor Othman (ADUN Penanti). Majlis berlangsung di bilik gerakan pakatan DAP-PKR-Pas berhadapan masjid Kubang Semang. Pada 11 September ini, kira-kira empat kilometer dari situ, akan berlangsung pula Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, juga terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti. Kepada penduduk kawasan itu dan sekitarnya dan mungkin juga di utara, hadirlah beramai-ramai untuk berhari raya bersama-sama Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Cerita yang menjadi bualan di Pulau Pinang tentulah mengenai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Tidak ketinggalan juga kisah jiran kampung penulis, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu. Ada sesetengah orang menggelarnya jurucakap kerajaan DAP Pulau Pinang. Lebih-lebih lagi kedudukan Mat Sabu dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).

Nama Mat Sabu memang menjadi sebutan ramai. Jika dulu 'ayam sabung' Pas ini tenggelam seketika selepas tewas bertanding jawatan dalam parti tetapi sejak kemenangannya sebagai orang No.2 dalam Pas, namanya melonjak kembali. Mat Sabu terus 'mencipta nama' dengan aksi jatuh motorsikal dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara Julai lalu. Namanya menjadi sebutan lagi dengan beratus laporan polis dibuat terhadapnya berikutan isu mengangkat komunis sebagai hero. Pada masa yang sama, timbul isu caj rawatan bagi merawat kecederaan Mat Sabu akibat menyertai perhimpunan Bersih yang melibatkan wang PBAPP. Begitulah insan popular bernama Mat Sabu yang masih dapat berhari raya dengan meriah walaupun diasak depan, belakang, kiri dan kanan.

Sehingga semalam, isu caj rawatan ini masih belum jelas. Guan Eng selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP belum mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan baik sebaliknya menyifatkan beliau dan Mat Sabu sebagai mangsa fitnah. Malahan beliau sekadar berkata 'biarkan si Luncai dengan labu-labunya'.

Mungkin hari ini, selepas kembali dari lawatan ke China dan memulakan tugas selepas hari raya, Guan Eng bersedia menjelaskan semuanya sesuai dengan slogan yang dilaung-laungkannya iaitu cekap, akauntabiliti dan telus atau CAT. Eloklah Setiausaha Agung DAP itu merungkai segala persoalan supaya 'fitnah' itu ditangkis secara CAT. Apatah lagi beliau sering bercakap mengenai amar makruf nahi mungkar. Guan Eng pun faham bahawa dosa fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Maka sebagai pemimpin sebuah kerajaan negeri, beliau perlu memimpin rakyatnya supaya tidak terlibat dengan fitnah.

Penulis juga tidak tahu apakah menjelaskan secara terperinci mengenai wang PBAPP itu selari dengan CAT atau tidak.

Ramai yang ingin penjelasan yang telus supaya akaun PBAPP diurus dengan cekap dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan cekap memutarkan fakta dan angka.

Ramai juga yang ingin tahu mengenai kelayakan Mat Sabu mendapat rawatan yang dibiayai PBAPP walaupun punca kecederaan itu akibat menyertai perhimpunan haram. Apakah keistimewaannya? Jika layak, adakah PBAPP secara tidak langsung akan didakwa mengiktiraf perhimpunan haram Bersih itu? Jika ya, adakah jika pada masa depan kakitangan PBAPP menyertai mana-mana perhimpunan haram layak membuat tuntutan caj rawatan jika mengalami kecederaan atau harta mereka musnah? Rasanya tidak ada penanggung insurans yang akan membayar pampasan jika pelanggan mereka terlibat dengan aktiviti yang memudaratkan seperti perhimpunan haram itu.

Justeru penjelasan Guan Eng amat dinanti supaya CAT benar-benar diamalkan. Kita tidak boleh membiarkan 'Si Luncai dengan labu-labunya' terjun ke dalam laut, lebih bahaya apabila labu-labu itu bocor. Bak kata orang untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Tetapi siapakah si Luncai dan siapa pula labu-labu? Kita tidak mahu isu ini berakhir begitu sahaja atau membiarkan Guan Eng 'terjun' dengan Mat Sabu.

Kembali kepada CAT, seorang Melayu yang mendakwa dari negeri itu menghantar e-mel kepada penulis. Antara kandungannya ialah: ''Saya sendiri yang tinggal di Pulau Pinang melihat, rakyat negeri ini kini lebih sejahtera hidup di bawah kepimpinan yang cekap, akauntabiliti dan telus,''.

Dalam e-mel yang mengulas Selak bertajuk Menang dulu kerusi PRU, baru pakat cerita soal jawatan itu, beliau juga berkata: ''Pada pengamatan saya, setelah lebih tiga tahun Lim Guan Eng cuba diburukkan oleh pihak-pihak tertentu, kepimpinan beliau semakin diterima kebanyakan orang Islam di Pulau Pinang''.

Tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada orang Islam mana kerana di Pulau Pinang walaupun Islam itu satu tetapi ada orang Islam sokong Pas, UMNO, Kimma, PKR, DAP atau tidak berparti politik.

Ketika di kampung baru-baru ini, seorang rakan memberitahu, dalam ceramah di pekarangan sebuah masjid, pemimpin pembangkang bukan Islam diberi tepukan apabila menghentam UMNO. Tentunya ada orang Islam UMNO tidak suka Guan Eng.

Bukan setakat orang Islam dari UMNO tetapi Kimma atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga tidak senang dengan tindak tanduk Guan Eng ini. Jadi kurang tepat kalau dikatakan kebanyakan orang Islam Pulau Pinang menerima kepimpinan Guan Eng.

Akhirnya dia menulis: ''Saya berasa DAP akan terus menang dalam PRU akan datang di Pulau Pinang dan Lim Guan Englah paling layak untuk kekal menerajui Pulau Pinang,''.

Penulis setuju dengan kenyataan terakhirnya itu. Memang betul. Dengan sokongan kuat PKR dan Pas, isu Gerakan yang belum 'bangkit', sokongan masyarakat Cina terhadap MCA tidak berubah, maka bukan mustahil DAP akan kekal memerintah Pulau Pinang. Lebih parah jika UMNO Pulau Pinang tidak bekerja kuat atau kalut dengan kepimpinan.

Semua sesak selepas hari raya

DALAM perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kelmarin (Sabtu), seperti tahun lalu, penulis sekali lagi terperangkap dalam kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan. Kenderaan bergerak perlahan setiap kali menghampiri kawasan rehat dan rawat serta susur keluar ke plaza tol. Di sesetengah hentian rehat, pengguna lebuh raya beratur panjang untuk ke tandas. Gerai makanan menjadi tumpuan.

Sebelum pulang, penulis sempat menjamu selera di restoran nasi kandar di Bukit Jambul. Di situ juga jammed kerana pelanggan terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Malangnya ada juga yang cuba potong barisan dengan taktik menegur rakan yang ada di hadapan. Nasib baik tidak ada yang kena penendang. Tetapi keadaan ini tentunya lebih baik berbanding di negara lain yang terpaksa berebut untuk mendapatkan makanan. Bersyukurlah!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Sejuta ayam mentah sehari

Posted:

Sejuta ayam mentah sehari

Sejuta ayam mentah sehari

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


RUANG memproses dan mengasingkan bahagian-bahagian ayam selepas melalui fasa penyembelihan.


MALAYSIA merupakan antara 15 buah negara yang menjadi destinasi eksport bagi produk ayam segar dan makanan proses sejuk beku berasaskan ayam keluaran syarikat Kumpulan SAHA Farms.

Berpangkalan di Bangkok, Thailand, syarikat berkenaan berupaya menghasilkan satu juta ekor ayam mentah sehari.

Kemampuan itu telah menjadikan produk-produk syarikat tersebut kini berjaya menembusi pasaran banyak negara dunia seperti Kanada, Denmark, Jerman, Dubai, Jepun, Vietnam, Singapura dan China.

Di Malaysia, 95 peratus pengimport utama produk-produk keluaran syarikat gergasi itu adalah Ayamas dan Kumpulan KFC.

Baru-baru ini, sekumpulan petani, penternak dan peladang dari Malaysia yang menyertai program Agrochallenge Antarabangsa Thailand 2011 anjuran Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT) berpeluang melawat kilang pemprosesan tersebut.

Terletak di daerah Petchabun, kira-kira tiga jam perjalanan dari Bangkok, kilang itu merupakan sebahagian daripada lokasi persinggahan dalam siri jelajah kembara tani berkenan.

Ketibaan para peserta di sambut baik oleh Naib Presiden Eksekutif Kumpulan SAHA Farms, Jesse Liu bersama kakitangan syarikat.

Bercerita mengenai perniagaan yang dijalankan, Liu memberitahu, kilang seluas 912 hektar itu memberi tumpuan kepada proses penyembelihan dan pemprosesan ayam mentah.

"Selain penyembelihan dan pemprosesan, kita juga mempunyai rangkaian perniagaan berkaitan seperti penternakan ayam pedaging, penetasan, pembuatan makanan ayam, pemprosesan produk makanan berasaskan ayam serta aktiviti kajian dan penyelidikan.

''Secara keseluruhannya, ladang-ladang kami mampu mengeluarkan 450 juta biji telur ayam dan 360 juta anak ayam setahun.

''Untuk kilang penyembelihan dan pemprosesan di sini, kita mempunyai tiga buah bilik penyembelihan utama dengan sokongan 500 orang kakitangan bagi mengurus kerja-kerja memproses dan mengasing bahagian-bahagian ayam.

''Ini kerana, setiap negara yang mengambil bekalan ayam dari SAHA Farms mempunyai permintaan tersendiri daripada segi saiz dan jenis potongan. Jadi kita perlu ikut keperluan itu,'' jelasnya kepada para peserta.

Sesuatu yang unik mengenai kilang tersebut, ia memberi penekanan maksimum kepada sistem keselamatan bio sekuriti agar kesemua produk mentah yang dihasilkan bebas daripada bakteria.

Sistem tersebut merangkumi teknologi pengawasan maksimum melibatkan pembahagian zon dan sistem amaran kehadiran virus seperti selesema burung dalam jarak satu kilometer.

Jesse memberitahu, bangunan kilang SAHA Farms juga dilengkapi teknologi penyejukan udara di mana ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Asia.

Bangunannya yang berada dalam kawasan geografi berbukit-bukau pula bertujuan menyekat kehadiran bakteria berpenyakit dan burung-burung daripada terbang melintasi kawasan kilang.

''Pelaksanaan semua usaha ini bermatlamat memastikan ayam-ayam mentah dan produk makanan sejuk beku yang dikeluarkan SAHA Farms bermutu tinggi, bersih, sihat dan bebas daripada pencemaran.

''Sama seperti ladang penternakan di Supcharoen dan Patthana, kita turut menggunakan sistem ternakan tertutup berteknologi tinggi lengkap dengan sistem bio sekuriti dan pengudaraan terbaik untuk keselesaan haiwan,'' jelasnya.

Bagi memastikan kesihatan ayam ternakan di SAHA Farms, haiwan itu diberi makanan berasaskan sayur-sayuran lengkap dengan vitamin, protein dan mineral.

Apa yang menarik, kesemua haiwan tersebut juga tidak diberi suntikan hormon atau sebarang ubat antibiotik.

Daripada sudut keperluan air untuk melancarkan proses kilang pula, pihak syarikat melaksana teknologi sistem rawatan air tersendiri.

Mengesan antibiotik ternakan ayam

Posted:

Mengesan antibiotik ternakan ayam

Mengesan antibiotik ternakan ayam

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


Penggunaan antibotik yang minimum dapat mewujudkan industri ayam yang lebih sihat. -Gambar hiasan.


SELAMA ini adakah kita sebagai pengguna mengambil berat mengenai apa yang kita makan? Misalnya antibiotik yang terkumpul dalam daging ayam yang kita makan setiap hari?

Antibiotik terutama tetracycline digunakan secara meluas dalam pengeluaran ternakan bagi terapi dan peningkatan berat badan.

Bahan berkenaan dimasukkan ke dalam makanan bagi merangsang peningkatan berat selain menghalang jangkitan penyakit.

Biasanya antibiotik berkenaan diberikan bermula dalam makanan permulaan atau starter sehingga ke 'finisher' atau hingga ayam disembelih.

Biasanya antibiotik akan berkumpul dalam tisu haiwan ternakan dan memasuki rantaian makanan apabila ternakan berkenaan disembelih, dijual dan dimakan oleh manusia.

Antibiotik stabil sehingga sembilan bulan dan tidak terurai malah akan terkumpul di dalam otot, hati dan kulit.

Daging ayam merupakan makanan utama dalam diet manusia, Antibiotik yang terdapat dalam daging ayam mungkin boleh mendatangkan kesan kepada manusia seperti rentan kepada antibiotik serta memberikan kesan karsinogenik (penyebab kanser).

Disebabkan penggunaan antibiotik menjadi semakin penting dalam pengeluaran makanan, pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi mengukur kesan sisanya dalam makanan.

Bagi memastikan produk makanan yang selamat untuk penggunaan tempatan dan antarabangsa, keupayaan mengesan sisa antibiotik dalam ternakan ayam sangat penting.

Sistem pengesanan antibiotik yang ideal biasanya dirujuk sebagai imbasan mikrobiologi diikuti dengan ujian ELISA dan pengesahan akhir serta kuantiti menggunakan analisis HPLC atau GCMS.

Walaupun analisis berkenaan menggunakan peralatan yang sensitif tetapi ia amat mahal dan memakan masa yang lama.

Justeru gabungan jalur biosensor yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan peralatan digital mudah alih yang dibangunkan oleh Rapid Lab Sdn. Bhd. bagi pemantauan antibiotik mampu dimiliki dan sesuai bagi mendapatkan keputusan yang cepat.

Pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioteknologi, MARDI, Dr. Faridah Salam berkata, teknologi yang dibangun berdasarkan kepada produk antibiotik tempatan sangat berkaitan dengan pemantauan antibiotik.

Ini kerana jalur berkenaan boleh digunakan di lapangan pada masa sebenar.

"Jalur berkenaan mempunyai potensi pasaran yang besar bagi penggunaan eksport dan tempatan bernilai sehingga RM250 juta.

"Sejak Kementerian Kesihatan meningkatkan keupayaan mengimbas kandungan antibiotik dalam produk berasaskan ayam, jalur biosensor merupakan teknik terbaik bagi imbasan antibiotik," katanya.

Biasanya paras antibiotik yang selamat adalah 100 bahagian per bilion atau 100 mikrogram bagi satu kilogram.

Dr. Faridah berkata, selalunya hanya penternak industri ayam yang besar mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Dianggarkan kos imbasan saja menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jumlah kos pasaran.

Pada tahun pertama, jalur berkenaan dijangka dapat memasuki 10 peratus pasaran segmen ujian dengan pertumbuhan lima hingga 10 peratus setahun.

Berdasarkan segmen pasaran, produk berkenaan dijangka menjana pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Mengesan penggodam

Posted:

Mengesan penggodam

Mengesan penggodam

SECARA umumnya, langkah-langkah yang terlibat dalam aktiviti penggodaman ini adalah seperti pencarian/pengumpulan maklumat, pencarian/kenalpasti kelemahan dan pelancaran eksploit terhadap sasaran sesebuah sistem rangkaian komputer atau siber.

Langkah pertama:

n Pencarian Maklumat

Sekiranya seseorang pencuri atau perompak profesional mahu melakukan satu rompakan, perkara pertama yang perlu dibuat adalah pengumpulan maklumat.

Ia melibatkan apa sahaja perkara yang berkaitan dengan rompakan tersebut seperti lokasi tempat rompakan, masa yang sesuai untuk buat rompakan dan sebagainya.

Begitu juga dalam aktiviti penggodaman ini, penggodam komputer mesti mengenali dengan lebih rapat lagi sasaran sistem rangkaian komputer atau siber yang hendak dicerobohi itu.

Perkara ini dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah sama ada menggunakan perisian, sistem atau secara manual. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam pencarian maklumat ini adalah seperti berikut :

1. Kejuruteraan sosial atau social

engineering.

Kejuruteraan sosial, satu teknik yang sangat licik dan kebiasaannya ia melibatkan penipuan dan penyamaran untuk dapatkan maklumat berkaitan dengan sasaran.

Kesemua maklumat tersebut membantu penggodam komputer untuk merancang, mengurus dan melancarkan serangan terhadap sistem rangkaian komputer yang disasar itu.

Sebagai contoh, membuat penipuan menerusi operator telefon bagi sesebuah organisasi sasaran.

Jadi, penggodam komputer akan menelefon ke nombor telefon utama organisasi tersebut dan mula menipu dengan mengatakan kepada operator tersebut bahawa dia kakitangan yang baru di organisasi itu dan sedang bekerja di luar kawasan.

Jadi, penggodam komputer tersebut memerlukan bantuan operator tersebut untuk menyediakan akaun dan kata laluan untuk dia memasuki sistem rangkaian komputer tersebut dari luar.

Operator tersebut akan meminta seseorang yang bertanggungjawab untuk membuat akaun dan kata laluan yang dikehendaki.

Kemudian, akaun dan kata laluan tersebut diberi kepada penggodam komputer untuk dia masuk ke dalam sistem rangkaian komputer itu dari luar.

Kaedah ini sudah mencukupi untuk seseorang penggodam komputer memerlukan maklumat untuk masuk secara tidak sah ke dalam sistem rangkaian komputer sesebuah organisasi dan seterusnya melancarkan serangan atau eksploit.

Teknik ini kelihatan mudah tetapi ia sangat bahaya kerana penglibatan secara terus penggodam komputer dengan pihak sasaran.

Di antara beberapa teknik yang terdapat dalam kaedah ini adalah seperti berikut:-

i. Dumpster diving

Teknik ini biasanya digunakan oleh para pelajar di sekolah untuk mencari salinan kertas soalan ujian yang dibuang ke dalam tong sampah.

Situasi yang sama juga berlaku kepada penggodam komputer dengan mencari sampah-sampah yang mengandungi maklumat berguna seperti alamat IP, katalaluan yang lama, diagram rangkaian dan sebagainya.

Kadangkala, teknik ini sangat efektif dilaksanakan dengan maklumat yang diperolehi. Jadi, berhati-hati dengan sampah-sampah yang difikirkan tidak penting tetapi ia sangat berguna kepada para penggodam komputer.

ii. Impersonations

Teknik ini digunakan oleh penggodam komputer menjadikan dirinya seperti seseorang yang sangat penting dalam organisasi tersebut dan menggunakan kuasa yang ada untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan sistem rangkaian komputer yang hendak diceroboh.

Teknik ini kelihatan bodoh tetapi ramai orang tidak menjangka ia akan berlaku dan ini kadangkala membuatkan ia juga sangat efektif dalam mendapatkan maklumat penting berkaitan dengan sistem rangkaian komputer bagi sesebuah organisasi.

Terdapat banyak tek nik dan cara dalam kaedah kejuruteraan sosial ini tetapi kuncinya atau secara umumnya, kaedah ini akan dilaksanakan dengan melayan dan menipu sesiapa sahaja sama ada individu atau organisasi dengan cara yang tidak disedari oleh sesiapa pun dalam organisasi tersebut bagi memperolehi maklumat yang penting mengenai sasaran.

2. Footprinting

Footprinting merupakan satu kaedah yang sangat popular di kalangan penggodam komputer bagi mendapatkan maklumat penting terhadap sasaran.

Berbanding dengan kaedah kejuruteraan sosial, pelaksanaan footprinting lebih kepada pengetahuan teknikal secara amalinya. Dengan kombinasi peralatan dan teknik yang digunakan, penggodam komputer dapat mengetahui beberapa nama domain dan mengurangkannya kepada suatu julat, blok rangkaian, sistem pengoperasian yang digunakan dan alamat IP atau alamat protokol Interenet yang dihubung secara terus kepada Internet.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam kaedah footprinting ini. Antaranya adalah seperti berikut :-

1. Internet/DNS Footprinting

2. Enjin Carian

3. Passive OS Footprinting

Langkah kedua:

n Pencarian/Kenalpasti Kelemahan

Setelah seseorang perompak mendapat maklumat yang mencukupi mengenai sasaran yang hendak dirompak, mereka akan menganalisis apa kelemahan yang terdapat pada sasaran. Ini akan memudahkan lagi operasi rompakan yang akan di buat.

Begitu juga dalam aktiviti penggodaman, langkah yang seterusnya adalah mencari kelemahan yang wujud pada sistem rangkaian komputer atau siber yang disasarkan berdasarkan kepada maklumat yang telah diperolehi. Ini penting bagi membolehkan langkah seterusnya dalam aktiviti penggodaman ini dilaksanakan.

Terdapat beberapa kaedah yan digunakan dalam langkah ini. Di antaranya adalah seperti berikut:-

1. Pengimbasan port atau port scanner.

2. Pengimbasan keselamatan rangkaian.

Pengimbas port atau port scanner adalah program atau peralatan yang digunakan untuk memeriksa timbunan TCP/IP dalam komputer bagi port-port yang tertentu di mana keadaannya berada dalam keadaan terbuka atau LISTEN. Dalam protokol TCP/IP, ia digabungkan dengan protokol-protokol yang lain bagi membolehkan berlakunya komunikasi menerusi Internet.

Terdapat sebanyak 65,535 port dalam sesebuah komputer dan semuanya sesuai dengan TCP/IP. Kesemua port ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu port yang dikenali atau well-known ports, port yang didaftarkan atau registered ports dan port peribadi atau private ports.

Pengimbas keselamatan rangkaian atau network security scanner adalah aplikasi, program atau perisian yang digunakan untuk melihat port yang terbuka bersama dengan servis yang ada dan kelemahannya dalam sistem rangkaian komputer.

Dengan ini, penggodam komputer dapat mengetahui kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem rangkaian komputer yang hendak diceroboh.

Secara teorinya, perisian ini akan mengimbas secara automatik kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sistem rangkaian komputer apabila ia dapat berhubung dengan sistem rangkaian komputer tersebut. Ia berupaya mengimbas beratus-ratus kelemahan pada satu masa.

Secara umumnya, perisian ini mempunyai pangkalan data berkenaan dengan kelemahan-kelemahan sistem rangkaian komputer yang telah dikenalpasti oleh mereka yang pakar dan proses pengimbasan akan berpandukan kepada pangkalan data tersebut.

Pangkalan data ini juga perlu senantiasa dikemaskinikan. Secara umumnya, kelemahan-kelemahan tersebut boleh dikategorikan seperti berikut :-

1. Kesilapan konfigurasi atau Common configuration error.

2. Kelemahan konfigurasi secara lalai atau default.

3. Kelemahan sistem sedia ada.

Komponen penting dalam perisian ini secara umumnya terdapat lima komponen iaitu pangkalan data, enjin pengimbas, alat konfigurasi, pengetahuan situasi bagi pengimbasan yang aktif dan alat penyediaan laporan. Pangkalan data menyediakan maklumat kelemahan yang sedia ada. Alat konfigurasi pula menyediakan antaramuka kepada pengguna untuk membuat konfigurasi terhadap perisian tersebut.

Seterusnya adalah enjin pengimbas yang sangat penting dalam memanipulasikan paket-paket dan menghantar semula kepada sasaran untuk mengenalpasti kelemahan.

Pengetahuan situasi bagi pengimbasan yang aktif bertindak sebagai memori sementara bagi simpanan maklumat status pengimbasan dan kelemahan-kelemahan yang dijumpai.

Seterusnya maklumat-maklumat tersebut akan dihantar ke enjin pengimbas. Akhir sekali adalah alat penyediaan laporan bagi penyediaan laporan lengkap hasil daripada aktiviti pengimbasan.

Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan ada yang dikomersialkan. Di antaranya adalah seperti SARA, SAINT, VLAD The Scanner, Nessus, CyberCop, NetSonar, ISS dan lain-lain.

Langkah ketiga:

n Pelancaran Eksploits

Sebelum ini, teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang digunakan adalah lebih kepada pencarian maklumat penting dan kelemahan bagi suatu sistem rangkaian komputer atau siber seperti maklumat alamat IP, port yang terbuka dan sebagainya.

Dengan kesemua maklumat yang diperolehi daripada langkah-langkah pertama dan kedua, tibalah masanya untuk langkah yang terakhir iaitu melancarkan serangan yang sebenarnya dengan memanipulasi kelemahan yang wujud pada sasaran dengan eksploit yang tertentu.

Terdapat banyak eksploit yang terdiri daripada program-program atau aplikasi-aplikasi yang akan digunakan oleh penggodam komputer untuk membuat serangan.

Eksploit yang berpadanan dengan kelemahan yang wujud akan membuatkan seseorang terpedaya.

Kebanyakkan eksploit adalah berorientasikan sistem pengoperasian yang digunakan.

Sebagai contoh, kemasukan secara lalai atau anonymous login merupakan satu contoh eksploit bagi sistem pengoperasian Windows.

Eksploit ini boleh dilarikan daripada sistem pengoperasian yang lain seperti Linux, Unix dan sebagainya.

Eksploit adalah langkah terakhir bagi penggodam komputer membuat serangan terhadap sasaran dengan memecah masuk ke dalam sistem rangkaian komputer yang disasarkan.

Kemudian, mereka akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki terhadap sistem tersebut setelah berjaya memecah masuk.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved