Isnin, 1 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua lelaki ditemui mati dibunuh

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Anggota polis mengangkat dua mayat yang dijumpai di Desa Seri Ampang, Ipoh, semalam.

IPOH 1 Julai - Mayat dua lelaki yang dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan terlentang di dalam semak di Desa Seri Ampang, berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini hari ini.

Polis menemukan mayat S. Kaviventhen, 28, dan S. Chandrasekhar, 26, kira-kira pukul 8.30 pagi dengan terdapat kesan tikaman serta luka di seluruh badan kedua-dua mangsa selain dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Salah satu daripada mayat berkenaan ditemui dalam keadaan berulat.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, hasil siasatan awal polis mendapati kedua-dua mayat yang tidak berbaju dan hanya berseluar panjang itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di lokasi kejadian.

"Polis mengesyaki kejadian itu ada kaitan dengan soal dendam berikutan salah seorang mangsa mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes kecurian motosikal.

"Kita turut menemukan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC di tempat kejadian yang didaftarkan atas nama seorang individu dari Taman Razaki di sini, namun tiada sebarang senjata dikesan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Termizi berkata, kedua-dua mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Setakat ini, pihaknya masih belum menerima laporan forensik lengkap untuk mengesahkan punca sebenar kematian," katanya sambil memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

2 penjenayah cedera ditembak

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh radhuan hussain
pengarang@utusan.com.my

Hamzah Mohd. Jamil (tengah) dan K. Manoharan (kanan) serta Mohd. Adli Mat Daud menunjukkan peralatan melakukan samun yang dirampas daripada tiga penjenayah pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam. - Utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 1 Julai - Dua penjenayah cedera ditembak selepas kedua-duanya dan seorang lagi suspek cuba melanggar anggota polis dengan kereta ketika hendak meloloskan diri daripada kepungan di Kampung Sungai Serai, Marang awal pagi kelmarin.

Dua penjenayah terbabit berumur 48 dan 36 tahun itu yang masing-masing cedera ditembak di pinggang kanan dan lutut serta seorang lagi rakan mereka berusia 30 tahun berjaya diberkas.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd. Jamil berkata, dua lelaki yang cedera itu kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Beliau memberitahu, kesemua tiga lelaki tempatan itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Mengulas lanjut insiden itu, katanya, kejadian bermula apabila sepasukan empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri mengesan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki tiga lelaki terbabit di Kampung Sungai Serai kira-kira pukul 4.45 pagi.

Menurutnya, ketika diekori, kenderaan terbabit dipandu perlahan dan dalam keadaan mencurigakan, dipercayai sedang meninjau untuk melakukan jenayah sebelum diarahkan anggota polis supaya berhenti.

"Pemandu kereta terbabit bagaimanapun tidak menghiraukan arahan itu lalu memecut kenderaan dan cuba melanggar anggota polis.

"Tindakan agresif penjenayah itu memaksa polis melepaskan beberapa das tembakan sebelum mengejar kereta itu yang cuba melarikan diri ke arah Kampung Durian Guling," katanya kepada pemberita di IPK negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Asisten Supritendan Mohd. Adli Mat Daud.

Hamzah berkata, setelah dikejar sejauh kira-kira tiga kilometer, kesemua penjenayah itu berjaya diberkas di Kampung Durian Guling, Marang, dan hasil pemeriksaan mendapati dua daripadanya cedera di pinggang kanan dan lutut akibat terkena tembakan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemukan beberapa peralatan samun di dalam kenderaan berkenaan antaranya parang, sabit, pemotong besi, golok dan cangkul kecil," katanya.

Menurut beliau, kesemua penjenayah itu yang terbabit dalam beberapa kes samun di negeri ini memiliki beberapa rekod jenayah lampau termasuk berkaitan penyalahgunaan dadah, menyamun dan mencuri.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lions XII hampiri kejuaraan

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Apakah hari ini gelaran Liga Super 2013 akan menjadi milik Lions XII yang melayan kunjungan pasukan kedua tercorot Felda United di Stadium Jalan Besar, Singapura?

Andai Lions XII menang dalam perlawanan kedua terakhir liga hari ini, bermakna Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT) boleh mengucapkan selamat tinggal kepada trofi Liga Super.

Melainkan Felda mampu mencipta keajaiban di Jalan Besar, segala-galanya akan kembali berubah.

Setakat ini, Lions XII berada di puncak liga dengan 40 mata dan masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang keramat mereka, melainkan seri menentang Johor DT pada 21 Jun lalu.

Selangor pula berkongsi 36 mata dengan Johor DT, dan pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu memiliki kelebihan bolos paling sedikit.

Jika dilihat dari segi kedudukan liga, tidak ada masalah buat Lions XII untuk memungut mata penuh seterusnya dinobatkan sebagai juara liga, namun Felda United sudah pasti tidak mahu kekal di tangga kedua tercorot yang akan menyebabkan mereka terhumban ke Liga Perdana musim depan.

Selasa lepas, Felda telah menunjukkan sedikit usaha untuk terus kekal di Liga Super selepas berjaya mengikat Johor DT 1-1, jadi perkara yang sama juga boleh berlaku di Stadium Jalan Besar hari ini, yang akan mengheret penentuan juara liga dibawa pada perlawanan terakhir, Sabtu ini.

Selangor bukan sahaja mahu menduduki tempat kedua liga yang membolehkan mereka beraksi di Piala AFC musim depan, mereka sudah tentu mempunyai cita-cita lebih besar dan menghalang trofi Liga Super terlepas ke pasukan jemputan.

"Saya seorang yang percaya kepada keajaiban. Orang nampak Lions XII sangat kuat dan mustahil untuk dikalahkan, tetapi saya rasa tidak mustahil Felda boleh buat kejutan kerana mereka sangat terdesak sekarang dan mahu mengelak daripada tersingkir dari Liga Super musim depan. Lagipun, Lions XII pasti lebih tertekan kerana mereka begitu menginginkan kemenangan.

"Bagi Selangor, saya tidak mahu pemain turun ke padang dengan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi dalam satu lagi pertarungan di Jalan Besar, sebaliknya saya mahu mereka turun dengan memikirkan kita ada dua lagi misi penting untuk diharungi, menentang T-Team dan kemudian Johor DT. Kita harus menang kedua-dua perlawanan kerana kalau tidak muncul juara sekalipun, sekurang-kurangnya kita kena duduk nombor dua.

"Tahun lalu kita sekadar menghuni tangga ketiga, jadi sudah tentu kita kena memperbaiki kedudukan itu dan berada di tempat yang lebih baik," kata Irfan yang turut tidak dapat menggunakan Mohd. Bunyamin Umar and S. Veenod akibat dibelenggu kecederaan.

Sementara itu, Johor DT harus melupakan kekecewaan tewas kepada Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu, mereka harus pandang ke depan dan berharap dapat menewaskan pasukan tangga tercorot Negeri Sembilan yang sudah tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Menurut penolong jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim, baki dua perlawanan Liga Super sangat penting buat mereka sekarang, sasaran mereka adalah mampu berada di kedudukan terbaik liga untuk melayakkan diri ke Piala AFC 2014

"Kami berharap dua lagi perlawanan Liga Super (termasuk hari ini) dapat berakhir dengan kemenangan dan pemain perlu memberi tumpuan sepenuhnya," katanya.

Hamidin cadang pengadil profesional

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Hamidin (kiri) dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN, Datuk Azzuddin Ahmad mengucapkan tahniah antara satu sama lain dalam satu majlis di Wisma FAM, dekat Kelana Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Setiausaha Agung baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin akan mencadangkan kepada jawatankuasa pengadilan badan induk itu tentang perlunya mengadakan pengadil profesional.

Menurut Hamidin, perkara tersebut akan diusulkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu pada masa akan datang selepas mengambil kira pandangan daripada presiden badan bola sepak negeri untuk mewujudkan pengadil profesional.

"Jadi pengadil ini akan berkhidmat sepenuh masa dan dibayar oleh FAM. Kita perlu perubahan, tidak boleh berada di takuk lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam.

Kualiti pengadilan sepanjang kempen Liga Malaysia lantang dikecam sejak kebelakangan ini termasuk oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyebabkan beliau digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, di samping didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, Mac lalu.

"Lima atau enam negara sudah mempunyai pengadil profesional, jika perkara ini baik untuk bola sepak negara kita, jadi kita perlu buat dan pengadil yang ada sekarang ini akan dikekalkan.

"Pengadil profesional ini boleh mengadili perlawanan mustahak. Mungkin pada awal ini kita boleh menggunakan 10 hingga 20 pengadil profesional kerana sekarang kita hanya menggunakan pengadil amatur yang mana ada di antara mereka yang bekerja sebagai guru, pegawai dan beberapa lagi kerjaya lain," katanya.

Pengadil profesional telah digunakan di beberapa negara dalam saingan domestik mereka seperti di England, Perancis, Itali, Mexico dan Brazil. Hamidin juga mencadangkan bahawa umur untuk pengadil dan gaji mereka juga perlu diselaraskan mengikut standard profesional.

Katanya, FAM perlu mencari idea baharu dan berharap Jawatankuasa Pengadilan FAM memperhalusi cadangan tersebut walaupun perkara tersebut masih belum boleh memastikan corak pengadilan di Malaysia berubah serta-merta.

"Setiap manusia memang melakukan kesilapan tetapi kalau setahun ada isu tentang pengadilan 10 hingga 20 kali jadi untuk tahun depan kita mungkin mampu mengurangkannya kepada dua atau tiga kali kesilapan, ia sudah cukup baik malah di England juga pengadil sering melakukan kesilapan.

"Pengadil yang ada kita perlu pertingkatkan corak pengadilan mereka, perubahan ini perlu dilihat dari sudut global, kita hendak melihat bagaimana negara lain buat. Ia akan mewujudkan satu persaingan sihat," katanya.

Ditanya pengadil profesional tersebut bakal ditawarkan kepada pengadil yang sedia ada atau tidak, Hamidin berkata, mereka akan mencadangkan tawaran ini dibuka kepada pengadil amatur sekarang dan juga yang baharu.

"Situasi bola sepak sekarang tidak seperti 20 tahun lalu, pengadil memainkan peranan mustahak, jika kerap melakukan kesilapan ia akan membawa kepada imej bola sepak dan FAM sendiri. Saya sudah tekankan kepada pengadil bahawa keputusan yang mereka buat di atas padang sangat penting," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Angka kematian anggota keselamatan Afghan meningkat

Posted: 01 Jul 2013 09:34 AM PDT

KABUL 2 Julai - Seramai 299 anggota pasukan keselamatan Afghanistan dilapor terbunuh dan 618 lagi cedera di seluruh negara ini sepanjang tempoh 20 Mei hingga 20 Jun lalu, lapor Kementerian Dalam Negeri di sini semalam.

Jurucakap kementerian tersebut, Sediq Sediqqi berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

"Kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan serangan bom yang didalangi militan Taliban, selain faktor pasukan keselamatan yang mengetuai operasi keselamatan di negara ini," katanya. - DPA

Banjir: Kerajaan India larang pembinaan di tebing sungai

Posted: 01 Jul 2013 09:33 AM PDT

DEHRADUN, India 2 Julai - Kerajaan tempatan melarang sebarang projek pembinaan di sepanjang tebing sungai di Uttarakhand, negeri utara India kerana bimbang dengan pembangunan haram boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh yang menyebabkan beribu-ribu nyawa terbunuh.

Ketua Menteri Uttarakhand, Vijay Bahuguna semalam berkata, sebuah badan penguatkuasa akan ditubuhkan untuk meneliti sebarang projek pembinaan pada masa akan datang ketika negeri ini melaksanakan kerja-kerja membina semula di kawasan yang teruk dilanda banjir pada 15 Jun lalu.

"Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang projek pembinaan dilaksanakan di sepanjang tebing sungai dan projek pembinaan baharu hanya dibenarkan menerusi peraturan yang ketat," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kendali mahu bina stesen minyak

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

Mustapa Long (kanan) menyampaikan sumbangan kepada ahli persatuan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kendali Kali Ke-27 di Kulal Lipis, Pahang, baru-baru ini. Turut serta Abdul Fattah Abdullah (dua, kanan).

KUALA LIPIS 1 Julai - Koperasi Pekebun Kecil Daerah Lipis Berhad (Kendali) merancang membina sebuah stesen minyak di pinggir bandar ini sebagai usaha menambah dana ahli menerusi pelbagai kegiatan ekonomi pertubuhan itu.

Pengerusi Kendali, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi projek berkenaan di Kampung Mela, Mukim Cheka Satu yang dianggap strategik kerana berdekatan dengan Jalan Persekutuan Lama Kuala Lipis ke Jerantut.

''Kendali akan menyuntik peruntukan RM400,000 bagi tujuan itu dan kelulusan tanah daripada Pejabat Tanah dan Daerah di sini juga telah diperoleh.

''Hasil keuntungan operasi stesen minyak ini akan dikongsi bersama ahli. Selain itu, Kendali juga akan mengeluarkan dana bantuan kepada pelajar miskin yang cemerlang dalam akademik dan khairat kematian dalam kalangan ahli," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kendali Kali ke-27 yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long, di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri, Wan Ahmad Sabri Zainuddin Wan Mohamad dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Raub/Lipis, Saffuan Fathi Md. Shuhaimi.

Menurut beliau, usaha Kendali mempelbagai kegiatan sektor ekonomi menerusi industri kecil dan perladangan bermatlamat untuk mengumpul dana koperasi di samping menambah pendapatan pekebun kecil di sini menerusi dividen dan peluang dalam kegiatan borong.

"Koperasi ini akan melangkah ke depan lagi menerusi sektor industri dan usahawan dengan membabitkan penyertaan ahli iaitu pekebun kecil di daerah Lipis," katanya.

Abdul Fattah yang juga Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), meminta kesemua koperasi di daerah Lipis bersikap proaktif dan menghayati peranan masing-masing dan integriti dalam pengurusan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Usaha pembangunan koperasi menjadi entiti utama yang berdaya saing akan menjadi lebih mudah sekiranya setiap koperasi yang ditubuhkan menyedari peranan masing-masing," katanya.

Tambahnya, kerajaan tetap membantu semua koperasi di negara ini sebagai pemain dalam semua bidang perniagaan sekali gus bergerak di landasan transformasi pembangunan ekonomi negara pada alaf ini.

Penduduk rayu naik taraf saluran bekalan air

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

JERANTUT 1 Julai - Penduduk di Kampung Bharu, di sini merayu pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) menaik taraf saluran bekalan air ke rumah mereka berikutan saluran paip di puncak Sungai Ulu Jawa yang membekalkan air ke kampung mereka sering mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bahru, Mohamed Said berkata, penduduk terpaksa naik ke puncak bukit menggunakan motosikal sejauh tiga kilometer dan kemudian berjalan kaki satu kilometer lagi untuk membaiki saluran air ke rumah mereka terutama ketika hujan lebat.

"Paip ada bekalkan air kepada kami namun tekanannya sangat rendah sehingga air tidak sampai ke rumah dan berikutan itu, penduduk terpaksa mengambil air daripada bukit berhampiran untuk kegunaan harian.

"Kampung ini mempunyai 102 buah rumah dan 97 peratus daripadanya masih menggunakan air bukit malah kami terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi iaitu sebanyak RM7,000 bagi membina saluran air di puncak bukit di sini," katanya di sini baru-baru ini.

Mohamed berkata, penduduk turut dibelenggu kerisauan terhadap tahap kesihatan mereka yang terjejas kerana menggunakan air sungai yang tidak dirawat.

Menurutnya, lebih membimbangkan sekiranya kawasan bukit berhampiran ditarah untuk aktiviti pembalakan yang akan menyebabkan mereka hilang punca air.

"Penduduk di sini dan kampung sekitar menggunakan punca daripada air Sungai Latar Besen, Sungai Ulu Jawa, Sungai Pandan, Sungai Jering dan ada beberapa anak sungai lagi. Air itu juga disalurkan ke masjid, sekolah, klinik dan dewan," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha JKKK kampung berkenaan, Mohamad Razali Mat Ali berkata, penduduk juga bergantung kepada air bukit untuk mengusahakan ternakan ikan air tawar.

Beliau memberitahu, kawasan tadahan air yang mereka bina tidak akan kekal lama dan aktiviti pembalakan pasti akan mencemarkan alam sekitar serta memusnahkan industri ternakan mereka.

"Kami harap pihak Paip dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini supaya kami dapat menggunakan air yang bersih dan tidak ada sebarang gangguan lagi," jelasnya.

JAIP tubuh skuad khas Ramadan

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

KUANTAN 1 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menubuhkan skuad khas untuk mengesan mana-mana umat Islam di negeri ini yang didapati makan dan minum secara terbuka pada bulan Ramadan nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, skuad itu akan menjalankan rondaan di lokasi-lokasi tertentu termasuk premis makanan yang melakukan perbuatan tersebut.

"Mereka yang didapati bersalah kerana gagal menjalankan ibadah itu akan dikenakan tindakan tegas seperti termaktub di bawah undang-undang syariah JAIP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tegasnya, tindakan serupa akan diambil terhadap mana-mana premis makanan yang didapati menjual makanan serta minuman kepada umat Islam kerana mereka turut bersuhabat melakukannya.

Sementara itu, tentang penggunaan shisha di negeri ini, Syed Ibrahim berkata, perkara tersebut tidak perlu menunggu fatwa sekiranya membawa keburukan terhadap pengguna.

"Kita bersetuju dengan tindakan kerajaan Perlis membendung perkara itu. Pada pandangan saya, pendidikan awal terhadap pengguna perlu diberikan supaya mereka mengetahui kesannya sebelum penguatkuasaan dilakukan," ujarnya.

Menurutnya, masalah yang berlaku terhadap penggunaan itu mungkin disebabkan terdapat segelintir pihak membuat pengubahsuaian peralatan shisha dengan menggunakan dadah, sekali gus memberikan kemudaratan kepada pengguna.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Barang kes ada kesan air mani - Pegawai kimia

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Riduan Masmud

KOTA KINABALU 1 Julai - Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini diberitahu, terdapat kesan tompokan air mani pada beberapa barang kes dalam perbicaraan melibatkan seorang pengurus restoran yang dituduh merogol seorang kanak-kanak berumur 12 tahun sebelum mengahwini mangsa.

Pegawai Jabatan Kimia Malaysia, Kota Kinabalu, Biling anak Peter Raig berkata, kesan air mani itu ditemui pada tiga barang kes iaitu satu pelapik tempat duduk kereta dan dua helai sapu tangan.

Saksi kedua pihak pendakwaan itu menyatakan, laporan awal dan kesemua eksibit berkenaan bagaimanapun dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Kuching di Sarawak untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Kedudukan kawasan yang positif kesan air mani pada pelapik tempat duduk ialah di sebelah penjuru kanan bawah manakala eksibit kedua iaitu sapu tangan yang menunjukkan positif kepada ujian mengesan air mani terletak di bahagian sebelah atas, tengah dan kiri sapu tangan.

"Eksibit ketiga yang juga merupakan sapu tangan dikesan kedudukan air mani positif tertumpu di bahagian tengah sapu tangan berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin yang dibantu Effizah Ernie Idris.

Tertuduh Riduan Masmud, 40, diwakili oleh peguam Loretto J. Padua manakala Datuk Mariati Robert hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Persatuan Undang-Undang Sabah.

Pada 28 Februari lalu, Riduan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol kanak-kanak itu di dalam sebuah kereta yang terletak di tepi jalan di Inanam dekat sini pada pukul 10 pagi, 18 Februari lalu.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai apabila mahkamah pada 20 Mei lalu dimaklumkan Riduan sudah berkahwin dengan mangsa mengikut undang-undang syariah, malah salinan sijil nikah turut diserahkan kepada mahkamah.

Dalam prosiding yang bermula hari ini di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abdul Samad sebanyak 19 barangan kes dan satu bungkusan dikemukakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga Khamis ini.

Menurut Biling, sebagai ahli kimia dia telah menjalankan dua analisis awal mengikut prosedur betul yang diiktiraf badan antarabangsa.

Katanya, analisis pertama untuk mengesan sama ada barang kes mengandungi darah atau tidak manakala analisis kedua bagi mengesan kehadiran kesan air mani pada semua eksibit.

Jelasnya selain ujian fizikal untuk analisis pertama beliau telah menggunakan kaedah ujian Kastla Mayor (KM) bagi mengesan kehadiran darah dan ujian Acid Phospatase (AP) untuk mencari kesan air mani.

Katanya, ujian yang dilakukan menunjukkan terdapat kesan air mani tetapi tiada kesan darah.

Sementara itu, saksi pertama, Koperal Edward Darwin mengesahkan menerima aduan mengenai kes itu pada 18 Februari lalu di Balai Polis Inanam.

Ujarnya, selain dua penama dalam laporan berkenaan yang hadir dia juga dimaklumkan oleh salah seorang penama bahawa bapa mangsa turut hadir semasa laporan itu dibuat.

Perbicaraan bersambung esok.

Pengurus didakwa terima rasuah

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

KANGAR 1 Julai - Seorang bekas pengurus sebuah syarikat kuari di Padang Besar dekat sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,500 dua tahun lalu.

Hashim Jamhari, 51, dari Taman Sri Intan, Jalan Meringgi, Arau didakwa telah menerima suapan iaitu sekeping cek Maybank Islamic Bhd. bernombor 121050 bernilai RM4,000.

Suapan itu didakwa diterima daripada Tang Boon Hooi (pengadu) melalui Mohd. Noorrizaiman Hashim sebagai upah mendapatkan kontrak kerja-kerja pengeluaran over burden di sebuah kuari.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 4 petang, 1 Disember 2011 di tapak kuari Rimba Emas milik syarikat Pro Master Engineering Sdn. Bhd., Titi Tinggi, Padang Besar.

Pertuduhan kedua pula, Hashim didakwa menerima suapan sekeping cek Maybank Islamic Bhd. bernombor 127831 bernilai RM3,500 daripada Boon Hooi bagi tujuan yang sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Lisa Surihani bakal bintangi filem terbaharu arahan Yusry

Posted: 01 Jul 2013 09:15 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Julai - Aktres Lisa Surihani Mohamed, 27, bakal berlakon filem terbitan KRU Studios, arahan suaminya, Yusry Abdul Halim, 40, selepas Aidilfitri ini.

Lisa yang enggan mendedahkan genre filem tersebut berkata, dia tertarik untuk berlakon filem berkenaan kerana kagum dengan hasil kerja Yusry menerusi filem Vikingdom sebelum ini.

"Sudah lama saya berhasrat untuk berlakon di bawah arahan Yusry dan ternyata peluang itu ada. Walaupun saya ini isterinya, seperti pelakon lain saya juga menjalani uji bakat sebelum diterima.

"Saya tidak boleh bercerita lanjut tentangio genre filem itu kerana akan ada sidang akhbar nanti. Apa yang saya boleh beritahu, watak yang saya bawa itu berbeza dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini," katanya.

Pelakon yang merupakan duta jenama Garnier ketika ditemui pada majlis ramah mesra di Bangsar di sini hari ini, berkata, sebelum ini dia pernah bergandingan dengan Yusry dalam filem Ular, arahan Jason Chong.

Menurut Lisa, dia tidak akan menghadapi masalah apabila berlakon di bawah arahan Yusry kerana dalam karier mereka sering bersikap profesional.

"Watak itu berbeza dan sebab itu saya terima. Buat masa sekarang saya amat selektif tentang watak. Saya perlu berbuat demikian agar penampilan saya dalam bidang lakonan memberi impak kepada penonton, katanya. - UTUSAN ONLINE

Awi Rafael nafi pernah bercinta dengan Shila

Posted: 30 Jun 2013 11:13 PM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 1 Julai - Penyanyi Awi Rafael, 27, nafi pernah menjalin hubungan cinta dengan Shila Amzah, 23, sebelum ini.

Sebaliknya penyanyi yang popular dengan lagu "Pulanglah" dan "Asalkan Aku Ok" itu berkata, hubungannya dengan Shila tidak melebihi batasan sebagai rakan artis seperti mana hubungannya dengan artis lain.

Gosip Awi pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih Sharnaaz Ahmad itu timbul selepas dia putus cinta dengan pelakon Hanez Suraya, baru-baru ini.

Menurut Awi, hubungannya dengan Shila yang dikenali sewaktu sama-sama belum berada di tahap sekarang, adalah sama seperti mana dia berkawan dengan artis wanita lain.

"Saya ikhlas berkawan dengan Shila dan tidak pernah terfikir bercinta pun waktu itu. Hubungan kami seperti rakan-rakan artis lain. Sebagai rakan artis saya gembira dengan pencapaiannya dalam bidang seni.

"Buat masa sekarang fokus utama saya adalah karier, tentang masa depan itu biar Allah yang tentukan. Lagipun saya baru sahaja putus cinta, jadi mana mungkin saya mencari cinta baru buat masa ini," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang juga komposer itu berkata, dia ingin memberi tumpuan kepada bidang nyanyian dan lakonan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pelengkap siri Galaxy S4

Posted: 30 Jun 2013 11:44 PM PDT

Susunan ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

J.K. Shin memegang model terbaharu Galaxy S4 pada majlis pelancarannya di New York Mac lalu.

Direka khas buat mereka yang sentiasa bergerak aktif menyertai pelbagai aktiviti luar, Samsung Galaxy S4 Active merupakan inovasi terbaru dari syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi terkemuka tersebut.

Galaxy S4 Active merupakan hasil kreativiti siri S4 sebelumnya namun ditambah dengan ciri-ciri serta kelebihan terbaru.

Elemen baharu yang ditambah adalah bagi memenuhi keperluan gaya hidup pengguna yang meminati dunia pengembaraan.

Menurut Presiden Bahagian Komunikasi Mudah Alih dan IT, Samsung Electronics (Samsung) , JK Shin, Galaxy S4 Active merupakan telefon pintar baharu yang terbaik didalam sirinya.

"Anda tidak lagi perlu meninggalkan Galaxy S4 Active ketika bersantai di pantai kerana telefon pintar ini kalis air dan habuk.

"Reka bentuk Galaxy S4 Active memastikan tiada habuk mahupun air serta melindunginya sehingga 30 minit gajet tersebut direndam dalam air sedalam satu meter," katanya.

Dalam pada itu, Galaxy S4 Active juga turut dilengkapi bersama fon telinga kalis air memudahkan penggunaannya walau di mana jua anda berada.

Dijana oleh pemproses 1.9 GHZ Quad-Core dan juga bateri 2,600mAh, Galaxy S4 Active mampu berfungsi serta bertahan dengan lebih lama tanpa mengganggu prestasinya.

Didatangkan bersama kadar paparan seluas 5.0 inci, Full HD TFT LCD membolehkan apa jua format video serta permainan dipaparkan dengan baik.

Malah, kelebihan aplikasi Glove Touch menjadikan model berkenaan mampu berfungsi dengan baik biarpun dalam cuaca sejuk.

Galaxy S4 Active turut boleh diintegrasi bersama apa jua aplikasi yang terdapat pada Galaxy S4.

Sebagai conoth aplikasi S Travel, informasi tempatan, malah S Translator juga memudahkan pengguna berkomunikasi ketika mengembara.

Samsung Galaxy 4 Active bakal berada di pasaran didalam masa yang terdekat. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Samsung di www.samsungmobilepress.com.

Galaxy S4 mini

Bagaikan Samsung Galaxy S4 yang menjadi kegilaan ramai, Galaxy S4 mini direka untuk memenuhi kehendak peminat GALAXY S4 namun didalam versi lebih comel.

Biarpun bersaiz comel, namun kelebihan serta prestasi si kecil tersebut setanding dengan 'abangnya', Galaxy S4.

Merupakan siri tambahan paling baharu, Galaxy S4 mini kini lebih kompak, ringan, mudah alih, serta dengan gaya yang lebih menarik menjadikannya teman terbaik peminat gajet tersebut.

Menurut J.K Shin, pihaknya amat menghargai permintaan yang amat menggalakkan daripada peminat Galaxy S4.

"Oleh itu, kami mahu menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna tanpa perlu mengorbankan ciri-ciri khas Galaxy S4 yang diminati.

"Pengguna boleh menganggap bahawa Galaxy S4 kini dikecilkan bagi memudahkan pemiliknya untuk membawanya ke mana-mana sahaja," katanya.

Galaxy S4 mini dilengkapi paparan 4.3 inci qHD Super Amoled dan berat hanya 107 gram dan reka bentuk yang kompak memudahkannya dioperasi dengan hanya sebelah tangan.

Biarpun bersaiz comel, Galaxy S4 mini mempertaruhkan prestasi yang tinggi kerana dilengkapi pemproses 1.7GHz dual core yang membolehkannya memproses data-data yang berat dengan mudah.

Peranti comel itu juga turut menyokong aplikasi yang disediakan khas buat Galaxy S4 seperti Capture Important Moments', Share and Connects', Make Life Simple and Easy, Take Care of Health and Well-being.

GALAXY S4 mini tersedia dalam dua warna iaitu white frost dan dan black mist.

6 model Windows 8 Lenovo

Posted: 30 Jun 2013 11:44 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

Khoo Hung Chuan (tengah) bersama Pengarah Kumpulan Saluran Pengguna Microsoft Malaysia, Sunny Ooi dan Ketua Segmen Pengguna Lenovo, Jimmy Chin pada majlis pelancaran rangkaian peranti sentuh Windows 8 di ibu negara baru-baru ini.

VENDOR komputer peribadi (PC), Lenovo baru-baru ini melancarkan rangkaian peranti sentuhan optimum yang direka menggunakan platform Windows 8.

Menerusi pengenalan kepada enam produk terbaharunya iaitu IdealPad Z400, Z500, U410, S400, Yoga 11S serta desktop sentuh semua dalam satu C440, Lenovo yakin akan terus mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen tersebut dalam pasaran tempatan.

Menurut Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan, tawaran kepada rangkaian peranti boleh sentuh tersebut dijangka mampu memenuhi keperluan serta gaya hidup pengguna masa kini.

"Kami sangat optimis dengan kesemua produk terbaru sekali gus menjangkakan peningkatan jualan selain menggabungkan elemen sentuhan secara agresif untuk komputer beroperasi Windows 8.

"Secara tidak langsung kami mampu mengekalkan kedudukan Lenovo sebagai pengeluar komputer peribadi nombor satu di Malaysia ketika ini," katanya selepas majlis pelancaran rangkaian peranti sentuh Windows 8 di ibu negara baru-baru ini.

Bagi Ultrabook IdeaPad U410 yang dipacu oleh pemproses Intel Core i7 generasi ketiga, ia direka nipis dan ringan dengan menyokong sentuhan kesemua 10 jari di samping sistem bunyi Dolby Home Theater v4 yang memberikan pengalaman audio yang mengagumkan.

Ideapad Z400 dan Z500 pula merupakan rangkaian siri Z terkini yang menggabungkan teknologi grafik NVIDIA GeForce untuk memberikan kesan teguh video serta imej berdefinisi tinggi (HD) dengan sokongan DirectX 11.

IdeaPad S400 pula menampilkan profail yang dikemaskan dengan sentuhan logam bersama saiz paparan yang lebar, reka bentuk ringan, papan kekunci AccuType serta pad sentuh besar.

Seterusnya Ultrabook Yoga 11S bersaiz 11.6 inci yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core i3 atau i5 generasi ketiga yang dilihat mampu memberi keupayaan kepada pengguna untuk mencipta kandungan berprestasi tinggi serta memberikan persembahan grafik terbaik.

Akhir sekali IdeaCentre C440 yang dibina dengan saiz paparan 21.5 inci, disokong oleh pemproses Intel Core i5 generasi, teknologi grafik NVIDIA GeForce yang sesuai untuk kepuasan permainan video.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.lenovo.com

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kebijaksanaan sempurnakan tugas Polis

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin dari-Nya juga, Beta bersama Raja Puan Besar dapat berangkat ke upacara perasmian Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Daerah Sungai Siput.

Pasukan Polis dipertanggungjawabkan dengan tugas utama lagi penting dalam sesebuah negara untuk memastikan ketenteraman awam dan menjamin keselamatan negara. Dalam melaksanakan tugas tersebut, Pasukan Polis perlu arif lagi bijaksana mengimbangkan peranan yang mempunyai akauntabiliti kepada negara dan kepada warga.

Dalam memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan, Pasukan Polis diperuntukkan dengan kuasa yang luas untuk menguatkuasakan undang-undang. Kebijaksanaan menyempurnakan tugas secara tegas, adil lagi saksama akan menentukan tahap penghormatan dan kepercayaan warga terhadap Pasukan Polis, hatta mengukuhkan integriti kepimpinan negara di kaca mata warga. Pasukan Polis yang berwibawa adalah Pasukan Polis yang dihormati lagi senang didampingi, dan bukannya Pasukan Polis yang ditakuti dan dijauhi; ia dianggap dan diterima sebagai rakan, memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi serta mencerminkan dirinya sebagai kumpulan profesional yang berintegriti.

Penghormatan dan kepercayaan akan diperoleh melalui kejayaan pasukan membuktikan keupayaan memenuhi peranan secara profesional, berdisiplin dan berintegriti; menguatkuasakan undang-undang secara adil - secara saksama, tanpa memihak - tanpa prejudis, serta keupayaan menyempurnakan tugas secara cekap, pantas lagi telus.

Dalam konteks semasa dunia, tugas Pasukan Polis semakin mencabar. Warga pada hari ini semakin terpelajar, semakin celik undang-undang, semakin sedar akan hak asasi masing-masing dan semakin mempunyai akses kepada pelbagai maklumat. Pasukan Polis memiliki bilangan anggota yang ramai. Sering kali salah laku oleh anggota yang amat kecil bilangannya, mengakibatkan imej keseluruhan pasukan tercemar dan pasukan menghadapi persepsi negatif di kaca mata warga.

Pasukan sewajarnya memberikan perhatian serius untuk memastikan imej pasukan tidak tercalar dan persepsi negatif masyarakat terhadap pasukan berjaya ditangani secara berkesan.

Di samping melaksanakan tugas-tugas perisikan keselamatan, pencegahan jenayah, penguatkuasaan undang-undang dan memastikan ketenteraman awam terpelihara, Pasukan Polis pada hari ini amat perlu memberikan tumpuan kepada usaha-usaha membina imej positif lagi meyakinkan. Menangani isu siar raya dan pengendalian media secara bijak adalah satu keperluan yang wajib dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa.

Reaksi terhadap berita melalui kenyataan yang bersifat impulsive tanpa penelitian dan penghalusan, bila dilakukan, lebih membawa mudarat dan lebih memburukkan imej pasukan.

Di era negara berhadapan dengan ancaman komunis, kebijaksanaan negara mengendalikan pendekatan perang saraf dan gerak saraf adalah antara instrumen yang berperanan besar, berjaya membawa warga lebih memahami dan lebih menghargai langkah-langkah kerajaan hingga pada akhirnya musuh negara dapat disisihkan.

Memperkenalkan dan melaksanakan program gerak saraf dan perang saraf secara berkesan untuk memenangi minda warga wajiblah difikirkan, diperkenalkan dan dilaksanakan dengan kaedah yang lebih meyakinkan.

Hari ini, warga tidak sekadar menuntut kepada fakta nyata tetapi bersifat lebih kritis terhadap cara sesuatu fakta disampaikan.

Jika maklumat disampaikan dengan kaedah yang kurang bijaksana, keterlaluan sifat berat sebelahnya, ia bukan sekadar gagal meyakinkan malah lebih mirip untuk meningkatkan keraguan di hati warga; lalu warga memilih untuk lebih terpengaruh dengan sumber makluman alternatif.

Suasana sebegini bukan sekadar semakin memisahkan warga dengan kerajaan malah akan semakin menyemaikan keraguan warga terhadap integriti pelbagai instrumen kerajaan, merangkumi persepsi warga terhadap Pasukan Polis.

Pasukan Polis sedang berhadapan tanggungjawab berat untuk memastikan tidak berlaku krisis keyakinan terhadap kewibawaannya.

Segala langkah hendaklah dilakukan supaya Pasukan Polis di negara ini tidak akan menghadapi masalah krisis keyakinan seperti yang di alami oleh Pasukan Polis di Negara Ketiga.

Selagi tugas-tugas kepolisian kukuh dilandaskan kepada prinsip kedaulatan undang-undang, tidak melindungi sebarang perbuatan salah laku, tidak partisan, tidak berpihak, tidak berat sebelah, Insya-Allah imej dan keyakinan warga terhadap Pasukan Polis akan terus dapat dipertahankan.

Rukun Negara menggariskan lima prinsip untuk memastikan kerukunan bernegara; Pertama: Kepercayaan kepada Tuhan, Kedua: Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Ketiga: Keluhuran Perlembagaan, Keempat: Kedaulatan Undang-Undang, Kelima: Kesopanan dan Kesusilaan.

Prinsip pertama menyentuh pegangan keimanan individu dengan Tuhan Maha Pencipta. Insan yang memiliki pegangan iman dan agama yang kukuh, akan berani berdiri atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan.

Prinsip pertama berserta empat prinsip lain mempunyai hubungan langsung dengan tugas harian kepolisian. Aspek-aspek Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan hendaklah dijadikan panduan dan pegangan, sepanjang waktu para anggota melaksanakan tugas.

Komponen-komponen tersebut dan penghayatan kepada komponen-komponen tersebut amat perlu ditekankan dalam kurikulum latihan para anggota demi memastikan tidak berlakunya kegelinciran keadilan semasa para anggota memenuhi amanah dan tanggung jawab.

Pada keseluruhannya, Pasukan Polis telah menyempurnakan tugas cemerlang, berperanan sebagai tulang belakang menjamin ketenteraman awam dan keselamatan negara hingga membolehkan ekonomi negara berkembang, kemakmuran negara dicapai, keselesaan hidup warga kekal terjamin dan kedaulatan negara dipertahankan.

Dalam senario semasa negara dan dalam menghadapi warga yang semakin literate, imej positif pasukan akan dapat ditingkatkan lagi jika pasukan bijaksana mengimbangkan formula perundingan dan konsultasi dengan pelbagai badan bukan kerajaan dan menggunakan elemen tekanan atau force secara yang paling selektif dan dalam keadaan yang benar-benar memerlukannya.

Beta menzahirkan penghargaan kepada pengorbanan dan jasa bakti setiap anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah melakukan pelbagai pengorbanan, baik dalam kalangan anggota yang masih aktif berkhidmat, begitu juga dalam kalangan mereka yang telah bersara, serta kepada para anggota keluarga mereka yang telah sama-sama melakukan pengorbanan.

Ramai anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia telah terkorban ketika bertugas untuk negara dan warga, dan disemadikan tanpa nisan bernama. Semoga pengorbanan mereka dianugerahkan oleh Ilahi ganjaran dunia kepada keluarga mereka dan ganjaran akhirat ke atas roh-roh mereka.

Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah terkorban, sama-samalah kita membacakan surah Al-Fatihah, semoga amal dari bacaan surah tersebut diterima Ilahi dan ganjarannya disampaikan kepada saudara-saudara kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Al-Fatihah.

Pasukan propaganda UMNO perlu diperkuatkan

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Pahit-Pahit Kopi

HAMPIR dua bulan Pilihan Raya Umum Ke-13 berlalu. Dalam beberapa hari lagi akan muncul pula Pilihan Raya Kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Dr. A. Rahman Mokhtar baru-baru ini.

Keputusan PRU-13 telah menunjukkan petanda kebangkitan pengaruh jentera propaganda pakatan pembangkang. Jika tidak dilawan maka jentera propaganda BN akan ketinggalan. Sebaliknya pengundi akan lebih menerima dakyah, fitnah dan cerita rekaan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

BN nampak tewas dalam persaingan menentang media sosial propembangkang yang kebanyakannya menyebar fitnah. Persepsi rakyat terhadap keburukan kerajaan dan pemimpin BN makin hari makin kukuh kerana maklumat yang betul dan penjelasan isu-isu daripada media perdana prokerajaan tidak sampai kepada sasaran.

Peranan menepis dan menyanggah itu patut dipikul oleh beribu-ribu anggota penerangan UMNO di seluruh negara.

Di sebelah Semenanjung Tanah Melayu ini, parti komponen BN banyak bergantung kepada kekuatan UMNO. Hilang pengaruh UMNO, bahayalah kedudukan parti BN lain.

UMNO kena perbetulkan senario ini demi memastikan ia kembali menjadi parti yang berpengaruh dan kuat.

Biarlah UMNO tidak pandai membuat fitnah dan bercakap bohong seperti diamalkan pihak pembangkang tetapi penjelasan tentang sesuatu isu perlu meyakinkan rakyat.

Politik adalah sejauh mana ahli politik mampu meyakinkan rakyat terhadap kenyataannya.

Kini fikiran rakyat terhadap politik sudah berbeza. Rakyat sekarang melihat sesuatu isu dari sudut logik, dan bukannya retorik. Lihat bagaimana retoriknya Anwar Ibrahim bila berceramah tetapi retoriknya itu disokong dengan fakta oleh penyokong-penyokong kuatnya termasuk media sosial.

Malangnya BN atau UMNO kurang memberi penjelasan sebenar dan meyakinkan. Jawapan setiap tuduhan yang dilontarkan kepada BN dibalas dengan kurang jelas.

Ini cabaran paling besar kepada pasukan Penerangan UMNO yang ada beberapa kerat sahaja di Bangunan UMNO, PWTC.

Kalau UMNO sudah membuat bedah siasat punca kekalahan 33 kerusi Parlimen dan 98 kerusi Dewan Undangan Negeri, mereka mungkin tahu di mana perlu dibaiki.

Jangan salahkan pengundi sahaja jika mereka gagal diyakinkan untuk menyokong BN.

Petugas bahagian penerangan UMNO dan BN perlu pandai berkomunikasi dan memperjelaskan kepada rakyat supaya mereka dapat bezakan retorik yang diputar-belitkan oleh pembangkang dengan kebenaran.

Kerja parti politik ialah memberi penerangan, jawapan dan penjelasan yang benar, ikhlas dan meyakinkan.

Sebagai sebuah parti yang besar, peranan Penerangan UMNO bukan sekadar memberi maklumat dan penerangan kepada ahli, sebaliknya menjalankan kerja-kerja propaganda untuk parti. Itu tugas hakikinya.

Dengan jumlah staf yang ada sekarang, rasanya belum mencukupi.

Kata seorang strategis yang ditemui, Ketua Penerangan UMNO perlu seorang yang menjalankan tugas sepenuh masa dan tidak terlibat dalam Kabinet.

Dalam masa yang mencabar ini, pemimpin yang duduk di kerusi Ketua Penerangan UMNO perlu serius untuk menggerakkan strategi berkesan bagi mengatasi segala kelemahan dalam PRU-13.

Sebab itu UMNO perlu ramai pakar strategis dan risikan. Begitu juga dalam kalangan pensyarah universiti, beri mereka peluang yang sepatutnya. Ada ramai tenaga bidang strategik yang boleh dicari oleh UMNO.

Politik juga umpama perang yang memerlukan buah fikiran banyak pihak untuk merancang strategi dan menawan sesebuah kawasan. Jadi cari dan gunakalah mereka sekarang.

UMNO tahu pihak pembangkang mempunyai cyber trooper yang cukup teratur. Bukan semua mereka itu cerdik. Tetapi gerak kerja mereka tersusun dan strategik.

UMNO boleh juga melakukan ini dengan melantik anak-anak muda yang sedia membantu Penerangan UMNO. Ada yang pernah berkhidmat.

Tapi sumbangan tidak dihargai. Berilah pengiktirafan kepada mereka.

Dalam PRK Kuala Besut nanti, gunakan betul-betul mereka itu dan jangan syok sendiri sahaja kerana terlalu yakin boleh menang lagi.

Kalau perlu, guna sepenuhnya 20,000 pegawai penerangan UMNO di peringkat cawangan, 18,000 ketua penerangan Wanita, 15,000 ketua penerangan Pemuda dan 7,000 pegawai penerangan Puteri UMNO.

Kesemua mereka boleh digerakkan dengan lebih agresif dan dibekalkan dengan maklumat benar sebagai menangkis isu-isu yang berlaku di peringkat akar umbi.

Ingatlah, UMNO tak boleh guna cara lama lagi. Gunalah strategi baru. Propaganda pun kena kuat dan meyakinkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Analisis saintifik bukti halal

Posted: 30 Jun 2013 11:44 PM PDT

Oleh LAUPA JUNUS

Hardiyanti Ben (kiri) memberi taklimat kepada sebahagian peserta seminar Eksekutif Halal mengenai analisis kandungan yang dijalankan. di makmal TPM Biotech di Kuala Lumpur.

INDUSTRI halal khususnya makanan kini berkembang. Kesedaran pengguna untuk mendapatkan dan mengetahui kepentingannya juga semakin meningkat.

Ini mendorong usahawan makanan menghasilkan produk halal dan menjadi cabaran kepada mereka khususnya usahawan beragama Islam merebut peluang tersebut.

Cabarannya jelas, iaitu bagaimana menentukan hasil makanan itu halal dan tidak menimbulkan kesangsian di kalangan pengguna.

Atas kesedaran itu juga Technology Park Malaysia (TPM) menggerakkan misi dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan ketulenan sesuatu produk halal.

Antara bidang sains dan industri yang menjadi tumpuan TPM yang beroperasi di Bukit Jalil, Kuala Lumpur ialah bioteknologi yang mana menerusi anak syarikatnya TPM Biotech, menawarkan perkhidmatan analisis halal kepada industri dan pengusaha.

Analisis halal yang dijalankan syarikat ini tertumpu kepada perkhidmatan untuk industri yang mahu memohon sijil halal dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).

Menurut Eksekutif Kanan Juruanalisis Sains dan Perniagaan TPM Biotech, Hardiyanti Ben, kesedaran pengguna termasuk industri dalam aspek halal masih rendah tetapi ada peningkatan.

Oleh sebab itu semakin banyak industri menyedari mereka perlu mengetahui kandungan bahan yang dihasilkan bagi menentukan sama ada halal atau sebaliknya.

Sebagai langkah awal katanya, dalam proses menyedarkan industri supaya lebih memahami konsep dan pelaksanaan halal dalam operasi mereka, pegawai halal diberi pendedahan awal dalam aspek tersebut.

''Kesedaran di kalangan masyarakat dan industri perlu dipertingkatkan dan kami mulakan dengan program kesedaran dengan mahasiswa," katanya ketika ditemui pada program Eksekutif Halal melibatkan 43 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di Makmal Sains Halal TPM Biotech di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hardiyanti menjelaskan, analisis halal haruslah bermula dengan bahan atau ramuan bahan mentah dan seterusnya produk akhir yang sewajarnya perlu melalui proses analisis terlebih dahulu.

Analisis tersebut dapat membantu dalam proses pensijilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan membantu mengelakkan syak wasangka di kalangan pengguna masyarakat Islam.

"Di TPM Biotech, kami menjalankan analisis halal bukan bergantung kepada ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sahaja, tetapi ada analisis lain seperti analisis asid lemak, protein dan juga analisis lipid," katanya.

Antara perkara yang perlu diberi keutamaan kata Hardiyanti, ialah menanam kesedaran di kalangan industri bahawa memiliki sijil halal sahaja tidak mencukupi.

Sebaliknya kata beliau, perlu ada usaha-usaha penguatkuasaan.

Tanggungjawab menyedarkan kepentingan analisis halal tersebut terletak di bahu pelatih atau pegawai halal syarikat pengeluar terbabit.

Program yang TPM anjurkan itu kata beliau sudah dimulakan 2011. Kini melibatkan kumpulan kelapan membabitkan 30 penyertaan dalam usaha membantu HDC memperkasakan bidang halal.

IPPH teraju penyelidikan halal

Posted: 30 Jun 2013 11:44 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Dr.Russly Abd. Rahman menyelia seorang Pegawai Sains IPPH, Siti Munira Abd. Razak ketika menjalankan ujian di makmal institut tersebut di Serdang baru-baru ini.

TAKRIFAN halal bukanlah sekadar kepada kandungan bahan yang terdapat dalam sesuatu makanan, malah kaedah penyediaannya juga perlu dititikberatkan.

Malah satus halal turut dititik berat dalam apa juga produk keperluan harian dan tidak semestinya berkaitan makanan.

Masyarakat Islam hari ini juga semakin memahami malah begitu teliti dalam pemilihan makanan, produk-produk kesihatan serta pelbagai lagi barangan harian yang berstatus halal.

Bahkan, masyarakat bukan Islam juga semakin menerima produk yang memiliki status halal adalah lebih bersih serta suci.

Menyedari status halal sesuatu produk itu amat penting bagi umat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengorak langkah menubuhkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH).

Menurut Pengarah IPPH, Profesor Dr. Russly Abd. Rahman, institut tersebut ditubuhkan bagi mengendalikan kajian saintifik berkenaan bahan-bahan terlarang bagi umat Islam yang terdapat di dalam makanan dan produk lain.

"Di IPPH kami melakukan kajian aspek halal secara menyeluruh seperti sains sosial serta kajian syariah.

"Di sini kami juga dilengkapi dengan makmal, fakulti serta jabatan-jabatan yang melakukan penyelidikan berkenaan sains halal," katanya ketika ditemui di pejabatnya di IPPH, UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Russly, terdapat pelbagai teknik untuk mengesan bahan terlarang seperti khinzir dalam produk-produk makanan, perubatan serta komestik.

"Penyelidikan yang dilakukan adalah lebih fokus ke arah kaedah dan cara-cara menganalisis bagi mengesan bahan-bahan yang tidak halal.

"Apabila bahan-bahan tersebut dapat dikesan keputusan tersebut akan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan," katanya.

Selain itu, IPPH juga melaksanakan kajian berkenaan bahan alternatif untuk digunakan dalam produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang.

"Contohnya penggunaan bahan terlarang yang dikenali sebagai gelatin dalam produk makanan di mana bahan tersebut dihasilkan daripada khinzir.

"Justeru itu kita di IPPH cuba mencari bahan lain yang sesuai yang menyerupai gelatin khinzir bagi mengelakkan penggunaan bahan terlarang tersebut," katanya.

Antara penemuan IPPH bagi menggantikan gelatin haram adalah seperti gelatin yang diperoleh daripada ikan.

Dalam pada itu, di IPPH juga terdapat Makmal Polisi dan Pengurusan Halal (LPPH) yang berfungsi sebagai pusat kajian berkenaan sains sosial, syariah, kepenggunaan, polisi serta kaedah pemasaran.

Menurut Dr. Russly, kesemua bahagian tersebut saling berkaitan bagi memudahkan pihak yang ingin menjalankan perniagaan yang mementingkan aspek halal dari semua segi.

Malah, LPPH juga membantu dalam bidang pengurusan halal menerusi penentuan polisi-polisi yang berkaitan aspek tersebut di dalam perniagaan.

Seterusnya Makmal Perkhidmatan Halal (LPH) menawarkan perkhidmatan analisis kepada masyarakat.

"Di LPH, kami menawarkan perkhidmatan untuk melakukan ujian analisis berkenaan produk-produk makanan yang diimport dari luar negara bagi kegunaan usahawan industri kecil sederhana (IKS) dari seluruh negara.

"Perkhidmatan ini terbuka kepada orang awam, pengilang-pengilang produk makanan serta sesiapa sahaja yang berminat di mana anda hanya perlu menghantar sampel kepada kami," ujarnya.

Malah, LPH turut boleh melakukan analisis terhadap sesuatu produk yang dikeluarkan oleh usahawan bagi memudahkan mereka memohon pensijilan halal daripada pihak berkuasa.

Analisis yang dijalankan juga tidak terhad kepada produk berasaskan makanan sahaja, malah turut merangkumi produk farmaseutikal, kosmetik, makanan serta produk kesihatan haiwan.

Selain daripada perkhidmatan analisis, IPPH juga turut menawarkan pelbagai kursus khas yang melibatkan perkhidmatan halal dan eksekutif halal dalam jangka masa yang pendek.

Institut tersebut turut bekerjasama erat dengan Jabatan Standart Malaysia (DSM) serta SDA.

Antara agensi terbesar bekerjasama dengan IPPH adalah SIRIM serta HDC (Halal Industry Development).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Percepat proses pembangunan

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

Naharuddin Abdullah (kiri) menyampaikan taklimat kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Periok, Kampung Baru dalam Taklimat Khas Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 30 Jun - Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) akan meneruskan usaha memberi penjelasan mengenai pembangunan Kampung Baru kepada pemilik dan pewaris tanah dengan turun padang ke enam buah lagi kampung terlibat selepas Ramadan ini.

Pengerusinya, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, usaha ini sebagai mempercepatkan lagi proses pembangunan Kampung Baru.

Menurutnya, pemilik dan waris tanah akan diberi taklimat mengenai pembangunan hartanah merangkumi aspek perancangan pembangunan dan penyelesaian isu tanah, skim insentif pembangunan yang bakal dinikmati serta inisiatif pembangunan semula Kampung Baru.

"Menerusi sesi tersebut diharap pemilik dan waris tanah yang hadir dapat benar-benar memahami perancangan perbadanan memajukan kawasan itu.

"Ini kerana masih ada antara pemilik dan pewaris tanah yang keliru dan kurang jelas mengenai usaha ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sesi Taklimat Kepada Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Periok, Kampung Baru,di sini hari ini.

Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPKB, Naharudin Abdullah serta kira-kira 400 pemilik tanah dan waris Kampung Periok.

Astaman menambah, pembanguan Kampung Baru adalah usaha kerajaan dengan matlamat memastikan pemilik tanah dan waris mendapat faedah optimum hasil daripada imej baharu setanding dengan kawasan sekitar yang sedia maju.

"Dengan suasana pembangunannya yang sesak dan tidak teratur menyebabkan kawasan ini mewujudkan persekitaran tidak kondusif," ujarnya.

Mengulas lanjut, Astaman berkata, kedudukan strategik Kampung Baru yang dikelilingi pembangunan mega berprofil tinggi seperti Menara Kuala Lumpur, KLCC dan Taman Tasik Titiwangsa menjadikan ia sangat berpotensi dalam menawarkan premis perniagaan serta ruang kediaman yang lebih komprehensif dan moden.

"Kampung Baru juga berpotensi menawarkan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memandangkan kedudukannya berhampiran dengan KLCC dan Menara Kuala Lumpur yang merupakan antara bandar siber di Lembah Klang.

"Selain itu, kedudukannya yang dikelilingi oleh institusi pengajian tinggi mampu melonjakkan kawasan ini untuk muncul sebagai hub pendidikan dalam negeri dan antarabangsa yang tersohor," katanya.

Tambahnya, antara aspek yang diberi fokus untuk membangunkan Kampung Baru termasuklah dari segi ekonomi, struktur, persekitaran, imej dan urus tadbir.

Pengusaha loji simen perlu patuhi peraturan

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kesemua pengusaha loji simen diarahkan mendapatkan kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memenuhi peraturan yang ditetapkan dalam menangani isu tumpahan simen konkrit di jalan raya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya memberi tempoh tertentu bagi pihak berkenaan mengemukakan permohonan tersebut dan jika didapati ingkar, loji-loji terbabit akan diarahkan ditutup.

"Terdapat loji-loji yang tidak mendapat kelulusan daripada DBKL jadi kita akan bagi peluang dan tempoh kepada mereka untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk di Menara Kuala Lumpur di sini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Menara Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Halim Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zuraidah Mohd. Said.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye baru-baru ini yang meminta DBKL mengadakan perjumpaan dengan pengusaha lori simen dan syarikat pembekal konkrit siap tuang (ready mix concrete) bagi menyelesaikan masalah tumpahan simen konkrit yang merosakkan jalan raya di ibu negara.

Ahmad Phesal menambah, pengusaha loji simen juga perlu diberi peluang untuk beroperasi berikutan pembangunan di ibu kota semakin hari bertambah pesat selain memenuhi keperluan permintaan simen konkrit yang tinggi.

"Kita memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan secara rasmi terutama melibatkan operasi loji di Jalan Chan Sow Lin, Cheras.

"Di situ, lebih daripada 11 loji yang beroperasi dan kita mahu mereka diberikan permit tetapi mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan,"jelasnya.

Katanya, spesifikasi lori pengangkut simen juga perlu dikaji berikutan takungan yang menampung tumpahan simen itu berkemungkinan tidak cukup besar.

"Melalui perbincangan di peringkat DBKL, kita akan memanggil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi cadangan membenarkan takungan itu dibesarkan,"katanya.

Beri tumpuan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat

Posted: 30 Jun 2013 11:24 AM PDT

SHAH ALAM 30 Jun - Kerajaan negeri diingatkan supaya tidak membazirkan masa membincangkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembangunan negeri dan rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Isnin ini.

Peringatan itu dinyatakan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd. Shamsudin Lias selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika istiadat pembukaan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama DUN Selangor Ke-13, Jumaat lalu.

Menurutnya, ketika istiadat tersebut, Sultan Selangor telah menitahkan semua pihak di negeri ini menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara serta akur dengan setiap peruntukan yang termaktub dalam undang-undang berkenaan.

"Titah baginda itu dilihat sebagai satu ingatan kepada semua pihak supaya tidak memanipulasi peruntukan undang-undang yang ada untuk kepentingan peribadi serta politik masing-masing apatah lagi untuk mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Seharusnya apabila DUN Selangor mula bersidang, isu Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lagi dibangkitkan kerana perkara itu sudah berlalu. Di Selangor sendiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sudah menang dengan selesa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong berkata demikian ketika mengulas titah Sultan Selangor yang mahu semua pihak khususnya rakyat di negeri ini menghormati dan akur sepenuhnya peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara.

Malah, baginda turut mengingatkan supaya jangan ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut ke arah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja.

Mohd. Shamsudin berkata, kerajaan negeri sepatutnya memberi tumpuan kepada cara untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi rakyat seperti penurunan rizab bekalan air di semua 34 loji rawatan air yang dilaporkan berada pada tahap yang sangat membimbangkan ketika ini dan antara kawasan yang dijangka terjejas teruk ialah Hulu Langat, Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Gombak.

"Jika keadaan ini berterusan sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada rakyat yang terpaksa berhadapan dengan risiko gangguan bekalan air atau kemungkinan bekalan tersebut terpaksa dicatu.

"Jadi kerajaan negeri perlu berbuat sesuatu untuk menangani masalah ini bukannya memikirkan soal politik semata-mata selain tak sudah-sudah mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Saya melihat mekanisme penyelesaian masalah ini telah dibuat oleh Kerajaan Pusat seperti menyiapkan Loji Rawatan Air Langat 2. Namun, sebelum ini kerajaan negeri menghalang ia diteruskan. Sepatutnya mereka perlu bersama-sama berusaha memastikan projek ini diteruskan untuk kepentingan awam," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved