Isnin, 1 Julai 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Fotografi jerebu

Posted: 30 Jun 2013 05:53 AM PDT

Keadaan jerebu juga boleh mematikan mood warna jika ia terlalu tebal.

DALAM keadaan berjerebu sekarang, ramai jurufoto mengalami masalah ketika membuat penggambaran kerana gangguan udara tercemar yang menjadikan karya mereka seakan berkabus dan kurang jelas.

Namun penghasilan gambar dalam keadaan tersebut sebenarnya boleh membuahkan rasa yang hebat atau kesuraman atas subjek yang dirakamkan.

Bagaimanapun ianya juga sangat mudah untuk berakhir dengan gambar yang kelihatan tidak bermaya, rata tanpa ada kekaguman.

Gambar dalam keadaan jerebu sangat berbeza dengan fotografi biasa dalam cuaca yang jelas. Anda akan merakamkan sesuatu yang tidak lagi semestinya jelas dan mudah ditakrifkan kerana warna yang terhasil agak tepu (tidak kontras).

Fenomena jerebu juga boleh menjadikan karya fotografi anda lebih unik jika dihasilkan dengan teknik yang betul di mana memerlukan bukatup (aperture) dan kelajuan (shutter speed) yang sesuai mengikut keadaan jerebu sesuatu tempat.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ketika merakamkan gambar dalam keadaan berjerebu adalah jarak jelas, cahaya, bentuk subjek, silhouettes dan keadaan jerebu.

Anda diingatkan agar menunggu waktu jerebu yang sangat sesuai iaitu apabila keadaannya tidak begitu tebal kerana ia boleh menghilangkan subjek yang hendak dirakamkan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved