Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pandelela-Mun Yee hadiahkan gangsa

Posted:

Pandelela-Mun Yee hadiahkan gangsa

Pandelela-Mun Yee hadiahkan gangsa

Oleh Dayne Azmin


Leong Mun Yee (kiri) dan Pendelela Rinong menunjukkan pingat gangsa yang mereka menangi dalam acara terjun serentak 10 meter platform pada Universiade 2011 di Shenzhen, semalam.


SHENZHEN – Sukan terjun sekali lagi menjadi penyumbang pingat kepada kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 apabila gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee meraih pingat gangsa acara 10 meter platform terjun serentak semalam.

Ia merupakan pingat kedua kontinjen negara di Shenzhen selepas Pandelela menyumbang perak melalui acara 10 meter platform individu kelmarin.

Kejayaan meraih gangsa semalam bermakna Malaysia berjaya memperbaiki pencapaian hanya satu perak pada Universiade 2007 di Bangkok.

Pada aksi semalam, dengan perolehan 316.98 mata, Pandelela dan Mun Yee di belakang penerjun emas dari China, Wang Xin-Chen Ruolin (349.98 mata) dan pingat perak milik penerjun Mexico, Paola Espinosa-Tatiana Ortiz dengan perbezaan 19.50 mata.

Pandelela dan Mun Yee sepatutnya meraih pingat perak jika tidak kerana kesilapan pada terjunan ketiga yang memberikan ruang kepada penerjun Mexico memintas, apabila mereka sekadar meraih 62.10 mata.

Bangkit bergaya pada dua terjunan terakhir, terutama melalui pungutan 82.56 mata pada terjunan kelima, Pandelela-Mun Yee mengukuhkan kedudukan ketiga daripada dipintas oleh pesaing terdekat dari Amerika Syarikat, Amelia Cozad-Amy Korthauer dengan perbezaan 8.55 mata.

Mun Yee mendedahkan, dia dan Pandelela terganggu pada terjunan ketiga apabila ada penonton menjerit nama Malaysia sebelum mereka melakukan terjunan.

"Sebelum pengadil meniup wisel, penonton memang boleh menjerit tetapi selepas itu ia dilarang kerana mengganggu langkah kiraan penerjun.

"Walaupun penganjur ada buat pengumuman tetapi mungkin penonton tidak faham," kata Mun Yee.

Dalam masa yang sama Mun Yee mengakui dia tidak melakukan aksi yang baik terutama pada terjunan ketiga dan keempat.

"Saya mampu menampilkan persembahan yang lebih baik kerana terjunan ketiga dan keempat saya kurang baik dari segi individu," katanya. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mahu menang demi Fernandes

Posted:

Mahu menang demi Fernandes

Mahu menang demi Fernandes


Tony Fernandes (kiri) menunjukkan jersi QPR yang tertera nama beliau dengan pengurus kelab Neil Warnock di London, kelmarin. - AFP


LONDON - Pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers menyasarkan kemenangan di bawah pemilik baru kelab itu, Tan Sri Tony Fernandes dengan menjanjikan permainan positif apabila menentang Everton di Goodison Park hari ini.

Pasukan yang juga dikenali Hoops itu dibelasah 0-4 di padang sendiri oleh Bolton pada perlawanan pembukaan minggu lalu.

Namun mood menyakinkan melanda kelab itu minggu ini selepas pengambil alihan Fernandes, kelmarin.

Fernandes yang melengkapkan pengambil alihan QPR kelmarin berkata, bola sepak adalah perniagaan yang menarik jika ia dijalankan dengan baik dan bijak.

QPR kembali ke saingan liga utama bola sepak England selepas 15 tahun dan mengelak penyingkiran dari EPL pada musim depan adalah keutamaan mereka musim ini.

"Isu utama saya ialah meredakan keghairahan semua orang bahawa tidak semestinya esok akan berubah segala-galanya. Perubahan mengambil masa," kata Fernandes.

Penyokong kurang senang dengan kekurangan pelaburan ketika pra musim sejak dinaikkan ke dari Liga Kejuaraan, apabila kelab itu bermula dengan kalah 0-4 kepada Bolton minggu lalu.

"Ia akan menjadi tempoh beberapa bulan yang sukar.

"Namun inilah tugas yang perlu diselesaikan oleh pengurus," kata pengurus QPR, Neil Warnock.

Fernandes akan memberikan Warnock peruntukkan untuk dibelanjakan sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir pada 31 Ogos ini dengan pemain tengah West Ham, Scott Parker menjadi keutamaan.

QPR ternyata tidak ghairah untuk menarik pembeli pemain bertaraf bintang kelab mereka.

"Kami masih ada beberapa hari untuk membawa masuk pemain yang kami mahukan. Ia akan memberikan kami pasukan yang lengkap tanpa perlu membelanjakan wang secara bodoh," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


RM3.5j mercun, bunga api dirampas

Posted:

RM3.5j mercun, bunga api dirampas

RM3.5j mercun, bunga api dirampas

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Seorang pegawai kastam menunjukkan sebahagian mercun dan bunga api yang dirampas pada sidang media di Putrajaya, semalam. - Bernama


PUTRAJAYA 19 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sejak awal tahun ini, berjaya merampas mercun dan bunga api bernilai RM3.5 juta dengan nilai cukai RM2.2 juta dalam operasi di seluruh negara.

Terbaru di Selangor, JKDM dalam tempoh tiga hari sahaja merampas 146,065 kotak mercun dan bunga api bernilai RM804,646 dengan nilai cukai RM523,019.

Bunga api dan mercun tersebut ditemui dalam tiga operasi yang dijalankan di Bandar Tasik Puteri, Rawang; Bandar Sungai Long, Kajang dan Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang pada 17 Ogos hingga hari ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, lima lelaki ditahan kerana menyimpan pelbagai jenis mercun dan bunga api termasuk Dragon Eggs, Conic Fountain, Camalia Flowers dan Whistling Moon Travelling.

"Mereka yang melakukan kesalahan pertama berdepan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda dari nilai barang atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

"Bagi kesalahan berulang pula, pesalah akan dikenakan denda tidak kurang 20 kali ganda dan tidak lebih 40 kali ganda nilai barang atau hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Zainul Abidin berkata, JKDM akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang menyeludup atau menyimpan mercun dan bunga api.

"Untuk makluman, hanya dua jenis bunga api iaitu Pop Pop dan Happy Boom yang tidak membabitkan unsur letupan dibenarkan diimport.

"Orang ramai diseru memberi maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan kepada JKDM melalui talian bebas tol 1-800-88-8855," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Akibat terlalu percaya 'romeo' Internet, janda kaya rugi RM125,000

Posted:

Akibat terlalu percaya 'romeo' Internet, janda kaya rugi RM125,000

Akibat terlalu percaya 'romeo' Internet, janda kaya rugi RM125,000

SHAH ALAM 19 Ogos - Kerana terlalu percayakan teman lelaki warga asing yang baru dikenalinya di Internet, seorang janda kehilangan seutas jam Rolex dan barangan berharga bernilai RM125,000 setelah dicuri suspek di sebuah hotel mewah di Sepang, dekat sini pada 11 Ogos lalu.

Wanita tempatan itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas dikejutkan pekerja hotel yang terpaksa masuk untuk memeriksa biliknya kerana mangsa masih belum mendaftar keluar walaupun telah melebihi waktu.

Ketika dikejutkan pekerja hotel berkenaan, mangsa berusia 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tanpa pakaian setelah dipercayai diberi minuman yang dicampur ubat tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa yang dalam keadaan lemah itu kemudian dibawa oleh pihak hotel ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Katanya, lebih malang, dua hari selepas itu, suspek yang mengaku warga Australia telah menghubungi wanita tersebut dan mengugut akan menyebarkan gambarnya dalam keadaan tidak senonoh jika mangsa enggan membayarnya RM30,000.

Ujar beliau, selepas keadaannya pulih, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan ugutan yang diterimanya daripada suspek pada 13 Ogos lalu.

"Berdasarkan siasatan awal kita dapati mangsa yang merupakan seorang wanita kaya berkenalan dengan suspek yang mengaku seorang warga Australia selepas berkenalan dan berbual di Internet baru-baru ini.

"Mangsa yang tempat tinggalnya terpaksa kita rahsiakan bersetuju menemui suspek dan menaiki penerbangan dari tempat tinggalnya menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) pada petang 11 Ogos lalu.

"Sampai di LCCT, suspek menjemput mangsa dan membawanya ke sebuah hotel mewah dan di sana mangsa diberi ubat tidur sebelum barangan berharga miliknya dicuri. Kita juga percaya berlaku hubungan seks antara mereka," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Menurut Mohd. Adnan, pihaknya kini mengesan suspek yang dipercayai warga asing tetapi bukan dari Australia seperti didakwa dan telah mendapatkan lakaran wajahnya untuk diedarkan.

"Setakat ini, kita percaya suspek masih berada di negara ini," katanya sambil memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan Seksyen 384 kanun yang sama iaitu melakukan pemerasan.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita agar tidak mudah percaya dengan pujuk rayu 'romeo' Internet apa lagi yang baru dikenali kerana mereka mungkin penjenayah yang sedang mencari mangsa untuk ditipu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas 'menggigil' perjuangkan Islam

Posted:

Pas 'menggigil' perjuangkan Islam

Pas 'menggigil' perjuangkan Islam

PUTRAJAYA 19 Ogos - Pas kini kelihatan gentar dan 'menggigil' untuk memperjuangkan Islam di negara ini selepas menyertai pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, Pas yang dulunya lantang memperjuangkan Islam terpaksa membuat rujukan awal kepada DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Menurutnya, Pas kini tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang kenyataan secara terus mengenai isu yang melibatkan umat Islam kerana perlu menjaga hati rakan-rakan pakatan pembangkang.

"Pas ternyata lebih mementingkan sokongan daripada DAP dan PKR daripada mempertahankan isu akidah umat Islam yang sering diperkotak-katikkan sejak kebelakangan ini.

"Lihat sahaja bagaimana Pas banyak mengalah dalam isu pembinaan kuil dan penjualan arak di Shah Alam, larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang serta berdiam diri dalam isu tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kini mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam baru-baru ini.

Mohd. Jurit berkata, Pas sejak akhir-akhir ini juga lebih suka menimbulkan dan mereka-reka isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Contohnya isu Mismah yang sengaja digembar-gempurkan untuk menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat mengenai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan sistem pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya tugas memperjuangkan kesucian agama ini diambil alih daripada Pas oleh badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam.

Mohd. Jurit turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak pembangkang yang menggunakan masjid dan surau di Selangor dalam menyebarkan dakyah politik mereka.

"Saya ada menerima aduan mengenai tindakan pembangkang yang mengggunakan tempat ibadah suci umat Islam ini untuk menyebarkan dakyah politik mereka tanpa mempedulikan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Beliau menambah, tindakan itu amat merugikan kerana ia hanya membawa perpecahan kepada penyatuan umat Islam di negara ini yang kian goyah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pas sedia hadapi pilihan raya

Posted:

Pas sedia hadapi pilihan raya

Pas sedia hadapi pilihan raya

KOTA BHARU 19 Ogos - Pas sudah pun memiliki senarai calon yang boleh diketengahkan jika pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat.

Oleh itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebarang tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat akan diterima oleh parti itu asalkan pilihan raya dilakukan dengan adil tanpa penipuan.

"Apabila cukup tempoh lima tahun, pilihan raya akan tetap berlaku di Malaysia, tetapi kalau Kerajaan Pusat nak percepatkan tiada masalah, kita terima sahaja asalkan pilihan raya adil.

"Tetapi hari ini timbul isu (Kerajaan Pusat) beri kad pengenalan biru kepada (pemegang) kad (merah), ini jahat. Ini khianat kepada negara. Jika di China mereka bunuh orang jahat begini.

"Pastikan yang mengundi ini semua rakyat Malaysia, kalau tipu juga maknanya kerajaan tidak percaya kepada orang Melayu," katanya selepas menyampaikan kuliah pagi di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bekalan kelapa dijamin mencukupi

Posted:

Bekalan kelapa dijamin mencukupi

Bekalan kelapa dijamin mencukupi

KUANTAN 19 Ogos - Bekalan kelapa di Pahang dijamin mencukupi semasa musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, kerajaan negeri turut mengimport kelapa dari Indonesia untuk menampung keperluan yang meningkat di musim perayaan itu nanti.

"Bekalan kelapa tempatan ketika ini dilihat tidak mencukupi lebih-lebih lagi untuk menampung permintaan yang tinggi di musim perayaan.

"Oleh itu, kita memutuskan untuk mengimport bekalan kelapa dari luar yang jauh lebih murah serta dapat memenuhi permintaan orang ramai ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang juga telah diminta memantau keperluan bekalan dan harga barang di pasar tani.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan bekalan kelapa pada harga RM1.30 sebiji di 31 buah pasar tani anjuran Fama di seluruh negeri.

Mengulas mengenai bekalan ikan yang kurang, beliau berkata, Jabatan Perikanan Pahang telah diminta membawa masuk bekalan ikan dari luar untuk menampung keperluan semasa.

"Berdasarkan makluman jabatan berkenaan, kekurangan bekalan tersebut bermula sejak April lalu dan dijangka berakhir pada hujung bulan Ogos ini.

"Ia disebabkan perairan laut di negeri ini mengalami kekurangan ikan disebabkan musim bertelur dan tempoh membesar antara April hingga akhir Ogos," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemuda UMNO sasar derma 10,000 al-Quran ke Kemboja

Posted:

Pemuda UMNO sasar derma 10,000 al-Quran ke Kemboja

Pemuda UMNO sasar derma 10,000 al-Quran ke Kemboja


Sohaimi Shahadan (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada wakil rumah anak yatim pada Majlis Iftar Jama'i Bersama Anak Yatim Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom dan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Turut hadir, Yusoff Harun (kiri) dan Nurul Khamar Shariff (dua kanan).


KUANTAN 19 Ogos - Usaha menyebarkan syiar Islam bukan sahaja dilakukan di negara ini, malah, turut diperluaskan ke luar negara terutama kepada masyarakat minoriti Islam yang miskin.

Atas keprihatinan tersebut, Pemuda UMNO dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Yayasan Restu mensasarkan sebanyak 10,000 naskhah al-Quran untuk dibekalkan kepada masyarakat Islam di Kemboja.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, program wakaf al-Quran yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan membantu masyarakat negara itu memperoleh al-Quran yang dikatakan sukar didapati di negara berkenaan.

Beliau menyeru orang ramai untuk membantu menjayakan usaha tersebut sama ada berbentuk naskhah al-Quran atau wang tunai.

''Sumbangan tersebut akan diagihkan kepada setiap masjid, madrasah, pusat tahfiz dan sebahagian penduduk di Kemboja selain beberapa aktiviti kemasyarakatan turut dijalankan.

''Kami berharap dapat mencapai sasaran tersebut dan setiap masyarakat Malaysia boleh menyumbang sekurang-kurangnya senaskhah al-Quran bagi membantu sekali gus membuat amal kebajikan sesama saudara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Jama'i Bersama Anak Yatim Rumah Kanak-Kanak Sultanah Kalsom dan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden KPTM, Datuk Yusoff Harun dan Pengarah KPTM Kuantan, Nurul Khamar Shariff.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sumbangan kepada rumah kebajikan tersebut, pelajar serta anak-anak yatim kakitangan KPTM Kuantan.

Sohaimi yang juga Pengerusi KPTM berkata, sumbangan itu boleh disalurkan ke pejabat Perdasama, Lot 1717, Jalan Ledang Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur atau disalurkan terus ke akaun Dana Waqaf Al-Quran MayBank bermula 8 Ogos lalu hingga 8 Oktober ini.

Sementara itu, seorang penerima sumbangan, Nor Hanani Amiara Shafawi, 14, berkata, sumbangan tersebut akan dikongsi bersama lima adik-beradiknya yang lain bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

''Saya bersyukur menerima sumbangan ini dan akan digunakan untuk membantu nenek membeli barangan keperluan lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hentian teksi dinaik taraf

Posted:

Hentian teksi dinaik taraf

Hentian teksi dinaik taraf


Chang Hong Seong (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian ahli persatuan teksi bekas anggota keselamatan selepas menyampaikan sumbangan sempena Adilfitri di Jalan Pasar, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 19 Ogos - Kerajaan Pahang akan menaik taraf hentian teksi di Jalan Pasar di sini yang uzur tidak lama lagi bagi kemudahan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, pihaknya menerima rungutan daripada ahli persatuan teksi yang beroperasi di hentian itu berhubung keadaan tapak teksi sedia ada yang kurang memuaskan dan tidak selesa.

"Saya cuba mendapatkan peruntukan menaik taraf hentian teksi di sini termasuk menggantikan kerusi-kerusi menunggu yang rosak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis sumbangan hamper dan wang tunai kepada 53 ahli Persatuan Teksi Bekas Anggota Keselamatan (PTBAK) Kuantan di pekarangan tempat letak teksi di Jalan Pasar di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, setiap ahli menerima wang tunai sebanyak RM80 dan hamper berupa makanan.

Hadir sama, Pengerusi PTBAK, Hassan Assaari Muda.

Hong Seong memberitahu, sebelum ini, pihaknya berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk membantu Persatuan Teksi Terminal Makmur di sini membeli peralatan pejabat.

"Saya akan cuba usahakan untuk membantu PTBAK pula untuk menaik taraf tapak teksi supaya lebih selesa," ujarnya.

Tegas beliau, kerajaan negeri amat prihatin dengan apa sahaja masalah yang dihadapi pemandu teksi di daerah ini.

Sementara itu, Hassan Assaari berkata, pihak berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Hong Seong di atas keprihatinan terhadap kebajikan pemandu teksi.

Menurut beliau, program sumbangan itu diadakan sejak lima tahun lalu setiap kali tiba bulan Ramadan.

"Ia bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli persatuan di samping menceriakan mereka sempena hari lebaran ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tiga tertuduh tidak buat aduan

Posted:

Tiga tertuduh tidak buat aduan

Tiga tertuduh tidak buat aduan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 19 Ogos - Lima anggota polis mengesahkan bahawa tiga tertuduh yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi tidak pernah mengadu dipukul atau meminta rawatan semasa mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada September tahun lalu.

T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan serta seorang lagi pekerja ladang, U. Suresh yang ditahan pada 9 September 2010 juga didakwa tidak mengadu tidak diberi makanan dan minuman semasa berada di lokap Balai Polis Selayang.

Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Mejar Ranjit Singh dan tiga penyelia lokap balai tersebut, Koperal S. Yoganathan, Koperal Rizauzain Ishak, Koperal Azhar Yaakop serta Koperal Amir Abdullah memberitahu perkara itu semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

"Semasa lalu dari sel ke sel, tidak ada sebarang aduan. Saya tidak bertanya. Pandang mata kasar pun sudah tahu tahanan ada masalah atau tidak. Kalau ada yang sakit, mereka akan mengadu,'' kata Ranjit yang melawat sel tahanan pada 11 September tahun lalu.

Sementara Yoganathan memaklumkan keadaan fizikal keempat-empat tahanan itu adalah baik semasa mereka dibawa ke lokap balai itu serta tidak mengadu mengalami sebarang kecederaan.

Amir memberitahu, antara makanan yang dibekalkan kepada tahanan yang tercatat di dalam diari lokap seperti nasi putih, dalca kacang panjang, telur rebus, roti bakar dan air sirap.

Beliau turut memaklumkan, makanan biasanya dipesan melebihi jumlah tahanan bagi menghadapi kemungkinan akan ada tahanan baharu yang dihantar selain mereka boleh meminta makanan tambahan sekiranya juadah yang diberi tidak mencukupi.

Sebagaimana yang lain, Rizauzain memberitahu, beliau tidak menerima sebarang aduan daripada tahanan termasuk tertuduh tentang mereka tidak diberi makan semasa bertugas pada 14 September 2010.

Katanya, ketika mereka dibawa keluar, beliau tidak nampak sebarang kecederaan walaupun tidak melakukan pemeriksaan fizikal.

"Saya ada bertanya, tetapi keempat-empat tahanan itu tidak mengadu apa-apa.

"Saya hadir semasa dua daripada mereka diambil untuk dipindahkan ke lokap lain. Hasil pemeriksaan, tiada apa-apa kecederaan,'' kata Azhar.

Mereka berkata demikian semasa memberi keterangan sebagai saksi pihak pendakwaan dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap Thilaiyalagan dan Kathavarayan sewaktu disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Prosiding tersebut berakhir hari ini selepas saksi terakhir iaitu saksi ke-19 selesai memberi keterangan.

Hakim Akhtar Tahir kemudian memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan masing-masing selewat-lewatnya pada 27 Ogos ini.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Hakim Akhtar turut memerintahkan pengarang Utusan Malaysia bersama-sama wartawan serta penerbit Buletin Utama TV3 hadir di mahkamah pada minggu depan.

Ia bertujuan memberi penjelasan berhubung penyiaran berita bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang dikatakan bersifat subjudis (kacau ganggu kes-kes yang belum selesai) terhadap perbicaraan tersebut.

Manjeet Singh Dhillon ialah peguam kepada Pathmanabhan yang mengetuai barisan pembelaan.

Perbicaraan yang masuk hari ke-26 bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pemecatan Abdul Kudus tidak sah

Posted:

Pemecatan Abdul Kudus tidak sah

Pemecatan Abdul Kudus tidak sah

PUTRAJAYA 19 Ogos - Bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad mendapat khabar gembira menjelang Hari Raya Aidilfitri ini apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pemecatannya daripada jawatan itu, lapan tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Beliau yang kini menyara hidup dengan melakukan kerja sampingan termasuk sebagai pemandu teksi turut memperoleh ganti rugi khas iaitu tunggakan gaji dan emolumen selama tujuh bulan (RM3,015 sebulan) ekoran pemecatannya pada 11 Jun 2003.

Abdul Kudus, 49, yang diwakili peguam M. Manoharan mula berkhidmat dengan agensi itu pada 15 Januari 2001 dan kontraknya selama tiga tahun sepatutnya tamat pada 14 Januari 2003. Bagaimanapun, dia dipecat tujuh bulan lebih awal.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie ketika membenarkan rayuan bekas pegawai tentera itu turut memerintahkan MPAJ menjelaskan kos sebanyak RM25,000 dan faedah kepada Abdul Kudus.

Hakim Sulong yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim ketika menyampaikan keputusan ringkas itu menyatakan, pemecatannya itu tidak sah kerana MPAJ menggunakan klausa yang salah ketika memecatnya.

Pada 27 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan pemecatannya adalah sah selepas berpuas hati bahawa MPAJ mempunyai hak memecatnya atas alasan yang munasabah.

Hakim Noor Azian Shaari ketika memutuskan demikian berpendapat, Abdul Kudus tiada hak mempertikaikan pemecatan itu kerana dia menandatangani perjanjian secara sukarela yang memberi kuasa kepada majikannya memecat beliau berdasarkan alasan munasabah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Kudus menyatakan, beliau mula berkhidmat sebagai pegawai penguat kuasa pada 15 Januari 2001, sebelum dipecat ekoran hasil siasatan dalaman agensi berkenaan.

MPAJ yang diwakili peguam Faizal Hassan Abdul Hamid menyatakan, pegawai kanannya itu terlibat dalam salah laku kerana membuat kenyataan palsu bahawa dia bukan seorang muflis selain mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa kebenaran pihak atasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


50 maut masjid dibom

Posted:

50 maut masjid dibom

50 maut masjid dibom


SEORANG kanak-kanak lelaki turut tercedera dalam serangan bom di masjid Khyber semasa solat Jumaat semalam, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di Peshawar, Pakistan. - AFP


ISLAMABAD 19 Ogos - Satu letupan kuat menggegarkan sebuah masjid di barat laut Pakistan hari ini ketika beratus-ratus jemaah sedang mengerjakan solat Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Menurut laporan stesen televisyen Urdu Express, letupan berlaku di sebuah masjid di kawasan Jamrud, daerah Khyber pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

Beratus-ratus orang sedang mengerjakan solat Jumaat ketika letupan itu berlaku, lapor agensi berita Xinhua yang turut memetik media tempatan.

Keseluruhan bangunan masjid itu dilaporkan runtuh disebabkan letupan kuat itu dan ramai orang yang tertimbus di bawah sisa-sisa runtuhan.

Dianggarkan 40 orang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Televisyen tempatan Goe yang memetik saksi melaporkan, letupan dipercayai daripada jenis bom yang ditanam, tetapi ia masih belum disahkan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kabul digegar lima letupan, 8 terbunuh

Posted:

Kabul digegar lima letupan, 8 terbunuh

Kabul digegar lima letupan, 8 terbunuh


ASAP masih berkepul-kepul daripada pejabat British Council yang rosak dalam serangan bom di Kabul, semalam. - REUTERS


KABUL 19 Ogos - Sekurang-kurangnya lapan terbunuh ketika gelombang serangan berani mati menggegarkan pusat budaya Britain di Kabul, sempena Hari Kemerdekaan Afghanistan, hari ini.

Lima letupan yang didakwa dilakukan Taliban, menggegarkan pejabat Konsul Britain di Kabul selepas dihujani tembakan senjata berat sejak awal pagi yang berlarutan selama empat jam.

Majlis Konsul Britain ialah pertubuhan rasmi yang dibiayai oleh London bagi mempromosi hubungan budaya di seluruh dunia.

"Lapan orang terbunuh, kebanyakannya anggota polis dan 10 lagi cedera.

"Terdapat seorang lagi penyerang masih meneruskan serangan dan kawasan itu belum lagi selamat," kata jurucakap Kementerian dalam Negeri, Siddiq Sissiqui.

Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai sebelum ini memberitahu bahawa mangsa yang terbunuh termasuk dua anggota polis dan dua pekerja pembersih jalan yang bekerja berhampiran tempat kejadian.

Kedutaan Britain dan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mengetuai Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan turut mengesahkan kejadian itu.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, yang dihubungi oleh AFP, mendakwa mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Afghanistan dari Britain pada 1919.

Menurutnya, sasaran serangan ialah Konsul Britain dan rumah tetamu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi jurucakap Misi Bantuan PBB di Afghanistan, Dan McNorton menafikan kawasannya terlibat. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Abby buat persiapan awal

Posted:

Abby buat persiapan awal

Abby buat persiapan awal

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


ABBY memilih baju Melayu untuk putera tunggalnya.


DALAM menanti kehadiran Syawal yang bakal disambut 10 hari lagi, pasti ramai di kalangan kita yang mula kelam kabut untuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut tibanya hari lebaran.

Lantas, sudah pasti gedung-gedung tekstil dan pusat membeli-belah kini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan persalinan sempena Syawal nanti.

Malah keriangan tatkala dihadiahkan pakaian baru pasti sukar disembunyikan oleh si kecil yang begitu teruja untuk menyambut hari raya.

Justeru itu, baru-baru ini, S3 berpeluang mengikut dramatis dan ibu tunggal, Arbaiyah Abdul Manan, 34, atau lebih dikenali Abby Abadi berkunjung ke Jusco, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama dengan tiga orang permata hatinya.

Kegembiraan dan keseronokan jelas terpancar pada wajah ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, yang bebas menjelajah ke segenap bahagian kanak-kanak mencari baju yang berkenan di hati mereka.

Bagaikan orang dewasa, ketiga-tiga cahaya mata Abby itu dengan sendirinya mencapai dan memilih baju yang mereka idamkan.

"Begitulah mereka, kadang-kadang naik letih melayan telatah mereka yang suka ke sana dan ke mari mencari apa yang diingini.

"Bayangkanlah tiga orang, seorang ke sana, seorang ke sini, sampai tidak larat untuk saya mengejar mereka.

"Sebab itulah selalunya kalau mahu membawa mereka keluar, saya akan pastikan ada yang menemani seperti ibu, ayah atau abang saya," jelasnya.

Selain itu, dalam leka melayan kerenah anak-anaknya, Abby sempat bercerita tentang persiapan rayanya.

Katanya, menyediakan pakaian raya untuk anak-anaknya adalah satu kewajipan yang harus di lakukan setiap tahun.

Baginya, keutamaannya dalam menyambut hari lebaran adalah untuk melihat anak-anaknya gembira dan seronok.

"Bila sudah ada anak-anak, merekalah keutamaan yang perlu didahulukan dalam membuat persiapan raya.

"Biarlah mereka gembira dan seronok menyambut hari raya, sebagai ibu sudah tentu kita gembira apabila melihat anak-anak tersenyum riang," ujar aktres yang sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama bersiri Gerak Khas itu.

Meneruskan bicaranya, Abby dengan ramah memberitahu, bahawa dia selalunya akan membuat persiapan awal dalam membelikan persalinan baru untuk anak-anaknya sempena hari raya.

"Saya selalu membuat persediaan awal dengan membeli semua keperluan terutamanya pakaian untuk anak-anak terlebih dahulu.

"Malah ada kalanya sebelum puasa lagi saya sudah mula membeli baju raya anak-anak.

"Lagipun, bagi saya membuat persiapan awal lebih baik kerana di saat akhir pasti ramai yang berpusu-pusu di pusat membeli-belah.

"Namun biasanya di hujung-hujung Ramadan ini, saya biasanya hanya membeli apa yang tertinggal seperti kasut, songkok dan sampin untuk abang (panggilan untuk anak sulungnya)," jelas Abby lagi.

Kongsi Abby lagi, dalam menyambut hari raya, dia gemar menggunakan tema warna untuk digayakan bersama dengan anak-anaknya.

Baginya dengan cara itu, ia dapat merapat dan mengeratkan lagi pertalian keluarga antara dia dan anak-anaknya.

Selain itu apabila menyentuh mengenai fesyen, Abby tidak menafikan anak-anaknya sudah pandai bergaya biar pun masih lagi hijau dalam meniti kehidupan.

Kata Abby, anak-anaknya terutama kedua-dua puterinya pandai berfesyen.

"Tengok sahaja kecil, tetapi selera mereka dah macam orang dewasa dan cita rasa mereka ini kadangkala mengalahkan kita.

"Macam Baby (panggilan untuk anak bongsunya) dia suka sangat kasut tumit tinggi sehingga inginkan kasut itu sebagai kasut rayanya.

"Disebabkan suka kasut bertumit tinggi sampai kasut saya dipakainya dan yang tidak boleh tahan, siap bergaya naik tangga lagi.

"Kita yang tengok ini, takut sekiranya dia jatuh tapi dia dengan selamba sahaja," kata Abby yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya memilih kasut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

1N2D tanpa Ho Dong?

Posted:

1N2D tanpa Ho Dong?

1N2D tanpa Ho Dong?


PENGACARA bersama 1N2D (dari kiri) Kim Jong Min, Lee Seung Ki, Kang Ho Dong, Eun Ji Won, Uhm Taewoong dan Lee Su Geun.


DESAS-DESUS mengenai pengunduran pengacara (MC) popular Kang Ho Dong daripada program 1 Night 2 Days' (1N2D) - Dua Hari Satu Malam nampaknya semakin bertiup kencang.

Terbaharu, produser yang juga pengarah program itu, Na Young Seok pula dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan.

Bagi peminat program realiti Korea, Ho Dong dan pengarah Na ialah dua nama yang cukup sinonim dengan 1N2D.

Justeru tidak hairanlah dalam laman web popular seperti Soompi, AllKpop dan sebagainya, komen tentang pengunduran kedua-duanya daripada program realiti pelancongan popular itu datang mencurah-curah.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku di sebalik keputusan itu, malah tidak kurang yang berandaian "mungkin ada pihak yang telah menyinggung perasaan mereka berdua".

Jika benarlah Ho Dong meninggalkan 1N2D, siapakah yang layak menggantikan tempatnya sebagai hos utama?

Walaupun aksi 'terjerit-jerit' Ho Dong ketika mengendalikan program itu kadangkala menjengkelkan, tidak dapat dinafikan beliau memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana.

Sebelum ini, anggota tim 1N2D pernah bertukar ganti namun program itu masih hidup kerana Ho Dong kekal di situ.

Apabila Kim C meninggalkan program itu, ramai peminat bersedih namun mereka akhirnya menerima penggantinya Kim Jong Min. Begitu juga yang berlaku apabila MC Mong terpaksa berundur kerana kes mahkamah yang dihadapinya, kehadiran ahli baru Uhm Taewoong dialu-alukan peminat program ini.

Perasaannya juga dijangka sama jika anggota lain – Eun Jiwon atau Lee Su Geun membuat keputusan berundur. Cuma mungkin sedikit terjejas jika bintang muda berbakat, Lee Seung Ki yang berbuat demikian.

Difahamkan keputusan Ho Dong dan pengarah Na untuk berundur tidak ada kaitan dengan perasaan tersinggung, cuma kedua-duanya 'dipancing' stesen lain dengan tawaran lebih lumayan.

Khabar angin itu mungkin berasas memandangkan dua bekas pengarah 1N2D kini sudah menyertai rangkaian kabel terbabit.

Mungkinkah 1N2D akan berkubur seperti juga program Love Letter dan X-Man? Atau mungkin inilah masanya untuk anggota 1N2D lain menyerlah sebagai MC?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jihad ekonomi Melayu bumiputera

Posted:

Jihad ekonomi Melayu bumiputera

Jihad ekonomi Melayu bumiputera

TERIMA kasih kepada Gabem kerana menjemput saya merasmikan Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi yang bertemakan Satu Jihad Ekonomi Bumiputera.

Kita dalam satu suasana yang menampakkan bahawa rata-rata masyarakat bumiputera khususnya orang Melayu ingin kepada suatu pembentukan masyarakat yang adil dan saksama dalam erti kata bahawa kalau sebut tentang pengagihan kekayaan negara, biarlah pengagihan itu dapat menepati prinsip keadilan, dapat melambangkan bahawa jika orang Melayu dan bumiputera merupakan majoriti dalam negara kita, maka tidak adil kalau kekayaan negara kita tidak mencerminkan kedudukan kaum bumiputera yang majoriti dalam negara.

Itulah merupakan pemikiran dan intipati, bukan baru ini tetapi 40 tahun dahulu. Waktu kita melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tindakan afirmatif yang pertama dalam sejarah negara bermula pada awal tahun 70-an, kerana apa? Kerana orang Melayu tidak sanggup menjadi bangsa yang terpinggir di bumi negara mereka sendiri.

Kini 40 tahun lebih sudah berlalu, dalam kita berkonvensyen seperti ini, elok kita lakukan proses retrospektif melihat di mana kita berada sekarang, untuk kita bertanya pada diri, apa kejayaan kita dan apa kelemahan dan kekurangan serta penambahbaikan yang perlu kita lakukan.

Sebagai sebuah kerajaan, saya telah menyatakan lebih awal lagi bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir, yang penting adalah untuk kita mendengar isi hati rakyat, mendengar bisikan naluri rakyat.

Apa sebenar rakyat hendak, sebab itu saya beri jaminan bahawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera akan memberi pertimbangan yang serius kepada resolusi konvensyen yang kita adakan pada hari ini.

Sebab kita hendak lakukan yang lebih baik. Kita ada idea, perancangan, agenda dan fokus yang lebih tetapi penambahbaikan idea-idea dalam konvensyen seperti ini perlu dijadikan input untuk pertimbangan kerajaan.

Tuan dan puan-puan sekelian, percayalah, kerajaan amat komited kepada dua perkara, pertama, kita komited bahawa kita tidak hendak mereka memperlekehkan negara kita kerana negara ini dalam apa juga keadaan dipimpin orang Melayu sebagai teras pemerintahan negara dan UMNO adalah merupakan tunjang kerajaan yang ada hari ini.

Itu merupakan hakikat dan di bawah kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita komited untuk mentransformasi negara ini sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Kerana kalau negara maju, kemakmuran itu boleh kita agihkan, kalau negara kita tidak ada pertumbuhan ekonomi, tidak berkembang lima (hingga) enam peratus setahun, bagaimana hendak agih kepada semua, kepada negeri-negeri, hendak beri peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Semuanya datang daripada punca kekayaan hasil negara. Kalau negara kaya, Insya-Allah, tunggak kedua, untuk mempastikan kekayaan diagihkan secara adil dan saksama.

Ada orang kata sudah sampai masanya, tidak perlu lagi tindakan afirmatif, ada kata tidak perlu lagi kuota, sudah sampai masa kita mengamalkan masyarakat meritokrasi sepenuhnya. Ada yang kata begitu dalam kalangan orang Melayu yang dipanggil liberal.

Saya kata bahawa bukan Melayu kaya, dia kerja kuat, ya memang betul tetapi mereka kaya kerana negara kita stabil, ditadbir urus dengan baik.

Sejak dulu lagi, siapa beri lesen beras, lesen bank, lesen gula, sebab itu mereka berjaya, kerana kepimpinan UMNO, orang Melayu adil tetapi jangan mereka tidak bertimbang rasa kepada orang Melayu.

Mereka juga kena berlaku adil kerana orang Melayu sudah berada dalam keadaan disadvantage, sebahagian besar kita berada di luar bandar, pinggir bandar yang masih memerlukan pertolongan daripada kerajaan melalui dasar-dasar yang menguntungkan semua pihak. Sebab kalau kita hendak laksanakan meritokrasi sepenuhnya, tak adil.

Ada sebuah kampung di Hulu Tembeling, Pahang namanya Kampung Bantal dan sebuah lagi Kampung Pagi, kalaulah anak Kampung Bantal dan Pagi hendak berjaya berbanding anak yang membesar di Lembah Klang, kalau kita tidak beri pertimbangan tertentu, anak Kampung Bantal dan Pagi tidak mungkin dapat merasai tempat yang lebih baik dalam negara kita.

Sebab itu kita mesti adunkan antara meritokrasi dan keadilan sosial. Kalau tak ada meritokrasi, langsung tak ada meritokrasi, apa akan jadi kepada negara kita? Kita akan menjadi sebuah negara mediokcrity, maknanya kita tidak mengejar kecemerlangan.

Anak di luar bandar tidak boleh kita pinggirkan, perlu diberi peluang, sebab itu hala tuju dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kita adunkan meritokrasi dan keadilan sosial.

Kita perlu mencari hala tuju yang boleh diterima oleh majoriti rakyat. Sebab itu agenda untuk kita memperjuangkan kedudukan Melayu bumiputera dalam bidang ekonomi, merupakan agenda yang kita amat komited untuk menjayakannya.

Kita sentiasa memikirkan idea-idea baru, dua tahun lalu kita lahirkan Skim Jejak Jaya Bumiputera di mana kita kenal pasti syarikat-syarikat yang boleh disenaraikan di bursa saham tetapi memerlukan sedikit pertolongan daripada kerajaan.

Kalau dia dapat sedikit pertolongan kerajaan, dia boleh memenuhi kriteria Suruhanjaya Sekuriti dan disenaraikan. Setakat ini, nilai saham yang telah kita disenaraikan menghampiri RM 1 bilion yang tidak mungkin dapat disenaraikan.

Dalam masa terdekat ini, kita akan bentangkan syarikat ini yang sudah disenaraikan dan akan disenaraikan. Ini satu cara baik kerana cara dulu, ia tidak dapat bertahan, tidak mapan.

Saya hendak beritahu, jangan terkejut RM60 bilion saham yang diagihkan kepada bumiputera pada masa dahulu, hari ini tinggal dua bilion saja pegangan.

Kenapa? Sebab tidak ada kemampuan hendak pegang saham, tidak sustainable, jadi kalau beri saham , kalau kita tanya mengapa jual saham. Dia kata mengapa tidak boleh jual, harga saham naik, saya jual. Betul juga. Tetapi bila dia jual saham apa dia guna kekayaan dia? Tambah beli rumah ke, tambah kereta atau tambah hak lain?

Maknanya tidak sustainable. Jadi di bawah hala tuju baru kita hendak gunakan prinsip meritokrasi tetapi di kalangan orang Melayu dan bumiputera.

Kalau kita hendak tolong syarikat-syarikat disenaraikan, mesti terbukti kewibawaannya sebagai pengusaha yang komited dan tulen.

Saya kata kepada mereka, bukan siapa yang anda kenal tetapi anda tahu bagaimana.

Syarikat-syarikat yang disenaraikan itu bukan orang yang saya kenal atau siapa yang kenal mereka, tetapi kita ambil mereka kerana sudah ada track record.

Kalau kita hendak tolong mesti tolong orang yang benar-benar akan menjadi pengusaha yang berjaya kerana dia mempunyai sistem nilai yang positif dan komited. Kerana apa, mereka berjihad untuk berjaya dalam bidang itu.

Lanjutan daripada itu, di bawah program Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) kita sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat bumiputera yang ada kemampuan untuk berjaya dan kita akan membantu syarikat tersebut menjadi sebagai syarikat yang berpotensi menjadi lebih besar.

Kalau pulangannya RM100,000 tahun ini, kita mahu ia naik kepada RM1 juta, sehingga RM100 juta dan peringkat domestik kepada pemain antarabangsa.

Kita akan bentangkan program ini untuk kenal pasti dan bantu jadi lebih berjaya lagi. Ini akan kita umumkan dalam masa dua tiga bulan akan datang.

Kita sedang membuat pangkalan data insya-Allah program ini satu pendekatan baru berdasarkan kepada prinsip meritokrasi, tiada lagi soal kroni atau siapa yang kamu kenal. Bukan rakan atau kawan kita tetapi benar-benar boleh berjaya orang itulah kita bantu.

Pernah dulu ramai datang, datuk boleh tandatangan tak surat. Saya kasihan, bukan tidak mahu tolong tetapi kadang-kadang apabila saya tandatangan dan bila diperiksa belakangnya bukan bumiputera.

Kebanyakannya makan atas angin. Sewaktu menjadi Menteri Besar Pahang dahulu, bila keluar daripada pejabat saya, di tempat letak kereta kita tengok dia sudah berurusan dengan orang lain.

Dia tidak perasan, saya perhatikan dia. Muka orang Melayu dan syarikat nama Melayu tetapi dapat tender balak jual kepada orang lain. Ada istilah lego (let go) tapi maknanya kalau ada amalan seperti ini maka berlaku ketirisan, sampai kucing bertanduk pun kita tidak akan maju.

Kalau tidak ubah sikap, nilai kita, sampai bila pun kita akan bergelut dengan isu yang sama, apa yang kita hendak ialah orang yang komited dan sanggup berjihad. Maknanya, bukan kerajaan saja bantu, kita perlu bantu diri sendiri untuk maju dalam ekonomi.

Kita galakkan program pembangunan vendor. Saya tengok syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas, Tenaga Nasional Bhd, dan Telekom Malaysia tetapi ada yang sudah berasa selesa menjadi vendor dan tidak mahu berhijrah keluar dan menjadi syarikat yang berdikari

Macam kelas F, syok jadi kelas F, tidak mahu menjadi kelas lebih tinggi. Saya hendak tekankan perkara ini supaya kita faham bahawa dalam bidang ekonomi, kalau hendak berjaya, kena kedua-dua sekali, macam kita tepuk tangan.

Bukan sahaja kerajaan, masyarakat bumiputera pun mereka juga perlu memperlihatkan kesungguhan untuk berjaya. Ada juga syarikat bumiputera yang berjaya. Baru-baru ini sebuah syarikat membeli sebuah syarikat di Australia dalam bidang minyak dan gas.

Apa yang saya harap bumiputera yang sudah berjaya menjadi syarikat besar ini perlu mempunyai program pembangunan vendor bagi membantu syarikat lain. Bukan setakat memberi sumbangan kebajikan saja, tetapi membantu melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera yang boleh dibantu oleh syarikat yang berjaya.

Itulah yang saya dapat gambarkan bahawa komitmen kita untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama, merupakan komitmen kerajaan.

Kita jangan takut kepada perubahan, sebab kalau kita hendak mempertahankan keadaan sedia ada tetapi keadaan sudah berubah, kita mesti menangani perubahan dan sanggup melakukan adaptasi supaya kita berjaya dalam iklim yang kompetitif.

Keadaan ekonomi dunia berubah, kuasa-kuasa baru muncul seperti China dan India. Era liberalisasi menjadi satu yang tidak dapat kita hendak cuba lawan perubahan. Kita akan berdepan dengan satu tekanan yang tidak mungkin dapat kita hadapi.

Apa yang perlu dilakukan oleh golongan bumiputera adalah melakukan penyesuaian dalam struktur baru iklim ekonomi ini supaya kita lebih berjaya.

Saya berharap kita dapat mengambil sikap positif dalam hal ini walaupun kita ada kelemahan dan kekurangan ini dan ini termasuk di pihak kerajaan.

Tetapi kalau kita ada constructive engagement dengan masyarakat Melayu bumiputera, saya percaya kita akan lebih berjaya pada masa akan datang.

Saya inginkan apabila fajar menyingsing pada 1 Januari 2020, bila Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju saya ingin melihat Melayu juga diiktiraf sebagai satu bangsa yang berjaya dan maju.

Ini adalah komitmen kerajaan, mesti realisasi komitmen ini, kerjasama dengan NGO-NGO seperti Gabem amat penting dengan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera.

Lebih banyak NGO tidak mengapa asalkan bersama-sama dalam satu kapal untuk memperjuangkan untung nasib Melayu bumiputera. Kita mempunyai hala tuju yang jelas tidak ada kapal lain memperjuangkan agenda Melayu bumiputera.

Saya ucapkan tahniah kepada Gabem kerana menganjurkan majlis dalam Ramadan penuh dengan berkat. Seramai 5,000 peserta yang hadir. Kita mesti jadi fasilitator dan jadi jangan terminator.

Kita mesti menjadi rakan kongsi kerajaan untuk memperjuangkan agenda ekonomi orang Melayu bumiputera dan bahawa di bawah kepimpinan UMNO dan BN, komitmen yang lahir daripada konvensyen ini, tindakan yang akan dilakukan, kita akan perkasakan agenda Melayu bumiputera supaya lebih berjaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Apa mahu dikejar Naib Canselor Universiti Malaya?

Posted:

Apa mahu dikejar Naib Canselor Universiti Malaya?

Apa mahu dikejar Naib Canselor Universiti Malaya?

Oleh Azman Anuar

APABILA Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) tamat pada 7 November 2008, ramai sudah menjangkakan sebabnya.

Rafiah yang dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006 tidak begitu disenangi oleh sesetengah warga akademik universiti itu.

Lalu jawatan Rafiah diberikan kepada bekas Presiden Universiti Multimedia (MMU), Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Rupa-rupanya, rasa tak puas hati kepada Rafiah turut melanda Ghauth. Sesetengah pelajar dan sekumpulan ahli Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) menyatakan rungutan mereka yang tidak senang hati dengan beberapa polisi baru yang diperkenalkan oleh Naib Canselor itu.

Gaya, kaedah, dan tindakan kepimpinan Ghauth tidak disenangi. Kalau kita baca kenyataan akhbar ahli dan Presiden PKAUM mengenai pengurusan Ghauth - jika benar-benar berlaku, ia amat menyedihkan kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Peletakan jawatan 122 orang yang bergelar profesor, profesor madya dan pensyarah serta ahli akademik dalam tempoh dua tahun sahaja (2009-2010) mengundang persoalan. Kenapa golongan pakar-pakar bidang dan profesor kanan melepaskan jawatan dari universiti yang berprestij ini? Kenapa bilangan seramai itu sanggup meninggalkan jawatan dan gaji yang tinggi?

Kita tidak boleh tolak hakikat bahawa mereka pergi meninggalkan UM bersama maruah. Mereka tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang lupa kepada dasar-dasar kerajaan.

Perkara yang menghairankan, apabila bilangan yang mahu meletakkan jawatan bertambah ramai, kenapa Ghauth tidak memujuk mereka? Kenapa beliau membiarkan mereka pergi hingga menyebabkan kini UM menghadapi krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar.

Dapatkah tenaga akademik yang diimport dari Negara Dunia Ketiga mengisi kekosongan mereka dalam erti yang sebenar-benarnya?

Saya bertambah hairan apabila yang pergi seramai 122 orang itu diganti oleh 480 orang pensyarah baru. Lebih mengejutkan mengapa diambil 80 peratus daripada jumlah itu pensyarah daripada negara asing seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India, Jordan, dan lain-lain.

Adakah tujuannya untuk menarik pelajar asing dari negara-negara berkenaan? Mengapa tidak menjemput sahaja pensyarah daripada negara maju supaya mudah taraf UM boleh melonjak ke tangga teratas dalam kedudukan universiti di dunia.

Sekarang apa yang berlaku dalam UM ialah kualiti pengajaran ilmu dalam bahasa Melayu pada peringkat ijazah hingga sarjana dan Ph.D mulai terjejas. Semangat tenaga pengajar UM bagaikan disentap apabila prosedur kenaikan pangkat ke jawatan pensyarah kanan, profesor madya, dan profesor diperketatkan. Syarat calon menerbitkan dalam jurnal ISI (berbahasa Inggeris antarabangsa) diutamakan dan penerbitan dalam bahasa Melayu kurang diberi perhatian.

Ini bermakna UM lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa kebangsaan sendiri.

Barangkali pengurusan Ghauth mahu mengejar penarafan gabungan antara Times Higher Education Supplement (THES) dan syarikat Quacquarelli Symonds (QS), atau lebih dikenali sebagai THES-QS. Mungkin laporan 8 Oktober 2009 mengenai tembelang yang mempamerkan muslihat penarafan THES-QS terbongkar setelah pihak THES dan QS tidak lagi bergabung --tidak dibaca pihak UM.

Jadi apa yang hendak dicari dengan penarafan universiti di dunia jika ia lebih tentang 'angka' daripada 'isi.' Apa yang nyata ialah kedudukan UM lebih parah jatuh ke tangga 207 (2010) daripada tangga 180 (2009) sedangkan ia telah melibatkan kos yang tinggi daripada segi kewangan dan moral.

Seorang rakan yang juga bekas Naib Presiden PKAUM 2005-2006, Prof. Rahim Abdul Rashid memberitahu, beliau sedih melihat UM di bawah teraju dua Naib Canselor bagaikan tiada wawasan kebangsaan dan tidak ada kualiti kepimpinan.

Trend yang berlaku sekarang wujud naib canselor bersikap mahu semua mengikut arahan mereka sahaja. Hal ini berbeza dengan universiti di United Kingdom dan negara maju lain yang bersikap lebih demokratik.

Kepimpinan universiti di negara ini perlu diubah berasaskan kriteria yang sesuai dengan aspirasi nasional dan antarabangsa supaya Malaysia boleh maju.

Naib canselor yang didapati gagal memenuhi aspirasi nasional harus diketepikan dan diganti.

Janganlah pihak universiti di negara ini terlalu terikut-ikut dengan rentak yang tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya merosakkan sistem yang telah kita bina selama ini.

Ingatlah UM bukan milik individu. Ia adalah milik rakyat Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Chef Azhar pernah bertugas di 38 hotel

Posted:

Chef Azhar pernah bertugas di 38 hotel

Chef Azhar pernah bertugas di 38 hotel

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman


Pengalaman Chef Azhar selama 27 tahun dalam bidang masakan dan perhotelan memberikan peluang kepadanya untuk bertugas di 38 buah hotel yang berlainan.


JIKA bercerita mengenai tempat kerja, ada di antara kita pernah bertugas di beberapa buah syarikat. Tetapi Chef yang ditemui S3 minggu ini pernah bertugas di 38 buah hotel sejak menceburi bidang masakan dan perhotelan.

Berkongsi pengalaman dengan pembaca setia, minggu ini Gaya Chef membawa pembaca bertemu dengan Chef Eksekutif, Azharuddin Md. Isa dari Hotel De Palma Inn, Shah Alam.

Azharuddin atau lebih mudah dipanggil sebagai Chef Azhar berkata, kesemua hotel itu meninggalkan kenangan dan pengalaman yang tersendiri.

"Saya masuk ke bidang ini kerana nampak kerjaya sebagai chef cerah masa depannya. Banyak keistimewaannya kerana seseorang itu boleh mempelajari teknik pemakanan, memperbaiki diri sendiri dan mampu bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Chef Azhar mula menceburi bidang tersebut sejak tahun 1984 sebagai pembantu tukang masak.

Setelah hampir 27 tahun bertugas, beliau kini berpengalaman luas, tidak kira dari segi masakan mahu pun operasi harian.

Sebagai Chef Eksekutif, cabaran beliau kini lebih kepada bidang pengurusan dan menentukan menu masakan yang bakal disajikan kepada pelanggan.

Ketika ditujukan soalan mengenai mengapa beliau suka lompat ke sana dan ke mari dalam bidang ini, jawapan yang diberikan amat mudah iaitu ingin mencari pengalaman di pelbagai tempat.

"Jika kita hanya bekerja di satu tempat sahaja, mungkin kita akan mudah berasa bosan.

"Sebab itu, saya selalu lompat tempat kerja apabila menerima tawaran yang lebih baik dan situasi ini biasa untuk chef yang ingin mencari pengalaman yang lebih mencabar kemampuan diri sendiri," jelas Chef Azhar.

Beliau berkata, dalam 38 hotel yang pernah beliau bertugas itu, ia turut termasuk hotel-hotel dalam dan luar negara di Hong Kong, Vietnam, Jepun, Taiwan, New Zealand dan Timur Tengah.

"Bagi saya, bila kita bekerja di banyak tempat sudah tentu kita mempunyai ramai kenalan. Malah kata orang-orang tua, biar kita cari kawan jangan kita cari lawan, sebab nanti kita sendiri yang rugi.

"Saya juga suka bekerja dengan bangsa asing sebab secara tidak langsung kita boleh pelajari cara kehidupan mereka, masakan dan disiplin mereka.

"Secara tidak langsung juga, kita boleh memperbaiki kelemahan diri dan belajar resipi-resipi yang sudah tentu tidak pernah kita cuba sebelum ini," ujar Chef Azhar.

Menurutnya, ketika berada di bahagian dapur, kebolehan memasak atau kemahiran amat penting.

"Bidang masakan ini juga berkait rapat dengan seni kulinari. Sebab itu, bukan mudah untuk menjadi seorang chef yang berkemahiran tinggi.

"Sebagai chef yang baik, mereka perlu mengetahui semua jenis masakan bukan hanya khusus kepada satu jenis masakan sahaja.

"Macam saya, saya bermula dari pembantu tukang masak sehingga kepada Kitchen Artis dan saya banyak hasilkan kerja-kerja mengukir bongkah ais," kata Chef Azhar.

Tambahnya, beliau pernah mengalami kemalangan ketika sedang mengukir bongkah ais tersebut.

"Pada 1998, saya diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan 44 blok bongkah ais dalam masa seminggu. Oleh kerana masa yang diberikan agak suntuk, kami cuba sedaya upaya untuk menyiapkan kerja tersebut dengan mengukir pelbagai bentuk seperti rama-rama, bunga, burung helang dan pelbagai lagi secepat yang mungkin.

"Sedang leka mengukir, sebuah bongkah ais terjatuh ke atas tangan saya. Nasib saya baik kerana tangan saya hanya bengkak dan cedera ringan sahaja," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Togok ekspresif kebebasan

Posted:

Togok ekspresif kebebasan

Togok ekspresif kebebasan

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman


EFFENDI biasanya meluahkan masa untuk berkarya sekitar pukul empat hingga enam petang setiap hari.


SESEKALI terdengar bunyi burung berkicauan yang turut bersama menyambut kedatangan pagi pastinya mengusik kalbu. Walaupun adegan tersebut hanya rekaan semata-mata, namun perwatakan manusia dan burung boleh dikatakan banyak persamaan di antara satu sama lain.

Contohnya boleh dilihat dari segi kedua-duanya ingin terbang bebas ke mana sahaja yang dikehendaki secara solo atau berkumpulan.

Melihatkan persamaan tersebut, Ahmad Effendi Zahari mencalitkannya dalam siri karya bertajuk Togok yang menjadikan burung sebagai subjek utama luahan jiwa beliau.

Togok juga digabungkan dengan keindahan seni abstrak dan prinsip-prinsip kemodenan bagi menghasilkan luahan yang sedang bergolak di dalam diri anak muda itu.

Bercirikan falsafah dan erti kebebasan sejagat seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka yang mahukan kedamaian dan kebebasan, Effendi berharap agar karyanya ini diterima ramai.

Malah beliau secara tidak langsung berjaya mencipta satu siri kerja berdasarkan metafora kiasan atau sindiran yang amat berbeza dengan karya-karya sebelumnya seperti siri Landskap Alam Semula Jadi, Phenommistikal, Fobia, Sekilas, Status dan Tandus.

Dalam siri kerjanya yang ketujuh itu, Effendi menggambarkan burung-burung yang sedang menari di atas dahan dan terbang bebas di kawasan sekelilingnya.

Keringkasan yang tersirat dalam kandungan karyanya itu membawa maksud yang tersendiri, bergantung kepada gaya pemikiran bebas.

Selain itu, Effendi juga berani mendalami subjek baharu yang menekankan kepada penggunaan elemen kisah dongeng dan kisah zaman Nabi yang dikaitkan dengan burung.

Contohnya seperti gambaran burung Undan yang membawa maksud kedatangan pendatang asing ke Malaysia dan burung-burung pemangsa seperti burung helang atau hering yang membawa maksud simbolik sebagai orang yang tamak dalam mengejar cita-cita tanpa mengira batasan.

Effendi Zahari berkata, dalam kehidupan ini, manusia juga diibaratkan seperti burung.

"Manusia dan burung, masing-masing berhijrah dan mencari rezeki pada waktu pagi dan pulang ke rumah atau sarang pada waktu senja," katanya ketika ditemui S3 di Studio Bimasakti, 27, Jalan Platinum 7/53, Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau berkata, kisah mengenai burung banyak diceritakan dalam cerita-cerita dongeng Melayu lama seperti Si Bangau, Si Gagak Dengan Merak, Burung Pipit Dengan Enggang dan juga kisah kecerdikan Si Gagak Dengan Jug Air.

Katanya, dalam kontek Islam juga, kisah-kisah burung juga dikaitkan dengan cerita-cerita pengalaman hidup Nabi-Nabi zaman dahulu antaranya seperti kisah kematian anak Nabi Adam.

Dalam kisah tersebut, seekor burung gagak telah menunjukkan cara-cara untuk menanam mayat dan juga kisah Burung Hud-Hud dan Ababil.

"Sebab itu, saya rakamkan kisah-kisah mengenai burung di atas kanvas dengan gaya ciptaan yang berbeza dari segi pemilihan warna yang disesuaikan mengikut maksud yang tersendiri.

"Tema dan mesej yang ingin disampaikan juga dilukiskan dalam bentuk harmoni mengikut kehendak alam sejagat.

"Ini kerana, bagi saya manusia mempunyai banyak persamaan dengan watak burung yang mahukan ketenangan dan kedamaian tanpa gangguan dan ancaman," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved