Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


500 usahawan Orang Asli

Posted:

500 usahawan Orang Asli

500 usahawan Orang Asli

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


KANAK-KANAK Orang Asli membuat persembahan tarian 1Malaysia pada Program Mesra Minda, baru-baru ini.


JEMPOL 18 Ogos – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan melahirkan 500 usahawan Orang Asli menjelang 2015 sebagai usaha berterusan kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat tersebut.

Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial Ekonomi Jakoa, Wahid Akmal Omar berkata, sehingga kini jabatan itu berjaya melahirkan 200 usahawan di kalangan Orang Asli.

Beliau berkata, pembangunan usahawan Orang Asli itu akan dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Jabatan Pertanian dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Masyarakat Orang Asli digesa tampil ke depan dan merebut peluang yang disediakan. Mereka boleh menjadi usahawan berjaya terutamanya dalam bidang pertanian.

"Tanah yang luas perlu dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah. Jika mereka ada masalah, Jakoa bersedia meminta bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) untuk membantu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Sembilan dan Melaka, Zaironida Zainal Abdullah serta Pegawai Jakoa daerah, Mohamad Adnan Abdullah.

Ujarnya, masyarakat Orang Asli di negara ini tidak pernah diabaikan oleh kerajaan malah mereka sentiasa mendapat perhatian pemimpin negara.

"Ini dapat dibuktikan dengan pemberian bantuan untuk sektor pertanian seperti bekalan baja, racun, anak benih dan keperluan asas pertanian," ujarnya.

Sementara itu, Mohamad Adnan berkata, usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli sentiasa dilaksanakan secara berterusan.

"Selain kemudahan infrastruktur seperti elektrik, bekalan air bersih, kita turut memberi bantuan rumah.

"Kita telah mengenal pasti beberapa buah rumah di perkampungan Orang Asli di daerah ini untuk dibaik pulih di bawah pelan tindakan pembinaan rumah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR)," katanya.

Menurutnya, sebanyak 21 unit rumah akan dibaiki sementara empat unit akan dibina rumah SPKR dan 15 unit dalam tindakan pembinaan oleh tentera.

Katanya, kampung yang terlibat ialah Kampung Langkap Dangi, Jeram Panjang, Batu Peti dan Sungai Klebang.

"Projek tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini. Melalui pelan tindakan ini, mereka bakal menikmati rumah yang lebih selesa sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mesra Minda terap pelbagai ilmu baru

Posted:

Mesra Minda terap pelbagai ilmu baru

Mesra Minda terap pelbagai ilmu baru

JEMPOL 18 Ogos - Hampir 600 masyarakat Orang Asli dari 10 perkampungan menghadiri program Mesra Minda di Kampung Orang Asli Langkap Dangi, dekat sini baru-baru ini.

Program yang diadakan selama tiga hari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, karaoke, menyumpit dan sukan.

Tok Batin kampung tersebut, Omjak Pikau berkata, aktiviti yang diadakan dapat membuka minda penduduk di penempatan tersebut.

"Kalau tiada orang luar datang kami sunyi sahaja tanpa aktiviti baru. Bila ada tetamu, macam-macam kami buat.

"Kami juga diberitahu mengenai apa yang berlaku di luar sana. Kami bukan tidak keluar tetapi jarang kerana sibuk dengan kerja di sini," katanya.

Ujarnya, penglibatan agensi kerajaan juga memberikan pelbagai ilmu baru yang sewajarnya diketahui oleh anak buahnya.

Terdapat 112 penduduk di kampung ini daripada 32 keluarga.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Sungai Cherbang, Johari Apu, 55, gembira apabila berpeluang hadir ke program tersebut.

"Ia sangat meriah, semua tetamu amat gembira. Saya datang ke sini bersama tujuh orang penduduk dari Sungai Cherbang. Bila bawa mereka datang ke sini dapat juga mereka bercampur dan tidak hanya duduk di rumah.

"Melalui program ini kami dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan yang sedia ada," ujarnya.

Wakil dari Kampung Orang Asli Batu Peti, Kartini Dukol, 30, mengakui mendapat ilmu baru melalui program tersebut.

"Saya berasal dari Felda Pasoh Tiga dan kini menetap di Batu Peti setelah berkahwin dengan penduduk di situ.

"Gembira apabila dapat mendalami pelbagai adat dan belajar bahasa mereka," katanya.

Bagi Iyam Pikau, 62, pula, kehadiran tetamu di kampungnya merupakan satu penghargaan yang sangat tidak ternilai.

"Walaupun mereka datang dari luar namun, mereka tidak sombong malah sangat peramah. Ini membuktikan tiada jurang perbezaan antara kami dan masyarakat luar.

Suliza Basirun, 24, menyifatkan masyarakat Orang Asli sentiasa bersatu hati dalam menjaga keharmonian kampung.

"Daripada 32 keluarga hanya 10 keluarga sahaja terdiri daripada orang Islam. Walaupun kami tidak ramai namun, agama kami sentiasa dihormati.

"Berlainan agama tidak pernah menjadi masalah kepada kami," ujarnya yang telah memeluk Islam enam tahun lalu.

Tompang Pikau, 56, pula gembira apabila masyarakat orang asli sudi memeriahkan kampungnya.

"Pertandingan menyumpit amat menyeronokkan. Nampaknya orang luar juga sudah pandai menyumpit.

"Kedatangan mereka amat dialu-alukan dan kami berharap agar mereka akan datang lagi di masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved