Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Chef Azhar pernah bertugas di 38 hotel

Posted:

Chef Azhar pernah bertugas di 38 hotel

Chef Azhar pernah bertugas di 38 hotel

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman


Pengalaman Chef Azhar selama 27 tahun dalam bidang masakan dan perhotelan memberikan peluang kepadanya untuk bertugas di 38 buah hotel yang berlainan.


JIKA bercerita mengenai tempat kerja, ada di antara kita pernah bertugas di beberapa buah syarikat. Tetapi Chef yang ditemui S3 minggu ini pernah bertugas di 38 buah hotel sejak menceburi bidang masakan dan perhotelan.

Berkongsi pengalaman dengan pembaca setia, minggu ini Gaya Chef membawa pembaca bertemu dengan Chef Eksekutif, Azharuddin Md. Isa dari Hotel De Palma Inn, Shah Alam.

Azharuddin atau lebih mudah dipanggil sebagai Chef Azhar berkata, kesemua hotel itu meninggalkan kenangan dan pengalaman yang tersendiri.

"Saya masuk ke bidang ini kerana nampak kerjaya sebagai chef cerah masa depannya. Banyak keistimewaannya kerana seseorang itu boleh mempelajari teknik pemakanan, memperbaiki diri sendiri dan mampu bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Chef Azhar mula menceburi bidang tersebut sejak tahun 1984 sebagai pembantu tukang masak.

Setelah hampir 27 tahun bertugas, beliau kini berpengalaman luas, tidak kira dari segi masakan mahu pun operasi harian.

Sebagai Chef Eksekutif, cabaran beliau kini lebih kepada bidang pengurusan dan menentukan menu masakan yang bakal disajikan kepada pelanggan.

Ketika ditujukan soalan mengenai mengapa beliau suka lompat ke sana dan ke mari dalam bidang ini, jawapan yang diberikan amat mudah iaitu ingin mencari pengalaman di pelbagai tempat.

"Jika kita hanya bekerja di satu tempat sahaja, mungkin kita akan mudah berasa bosan.

"Sebab itu, saya selalu lompat tempat kerja apabila menerima tawaran yang lebih baik dan situasi ini biasa untuk chef yang ingin mencari pengalaman yang lebih mencabar kemampuan diri sendiri," jelas Chef Azhar.

Beliau berkata, dalam 38 hotel yang pernah beliau bertugas itu, ia turut termasuk hotel-hotel dalam dan luar negara di Hong Kong, Vietnam, Jepun, Taiwan, New Zealand dan Timur Tengah.

"Bagi saya, bila kita bekerja di banyak tempat sudah tentu kita mempunyai ramai kenalan. Malah kata orang-orang tua, biar kita cari kawan jangan kita cari lawan, sebab nanti kita sendiri yang rugi.

"Saya juga suka bekerja dengan bangsa asing sebab secara tidak langsung kita boleh pelajari cara kehidupan mereka, masakan dan disiplin mereka.

"Secara tidak langsung juga, kita boleh memperbaiki kelemahan diri dan belajar resipi-resipi yang sudah tentu tidak pernah kita cuba sebelum ini," ujar Chef Azhar.

Menurutnya, ketika berada di bahagian dapur, kebolehan memasak atau kemahiran amat penting.

"Bidang masakan ini juga berkait rapat dengan seni kulinari. Sebab itu, bukan mudah untuk menjadi seorang chef yang berkemahiran tinggi.

"Sebagai chef yang baik, mereka perlu mengetahui semua jenis masakan bukan hanya khusus kepada satu jenis masakan sahaja.

"Macam saya, saya bermula dari pembantu tukang masak sehingga kepada Kitchen Artis dan saya banyak hasilkan kerja-kerja mengukir bongkah ais," kata Chef Azhar.

Tambahnya, beliau pernah mengalami kemalangan ketika sedang mengukir bongkah ais tersebut.

"Pada 1998, saya diberikan tanggungjawab untuk menyiapkan 44 blok bongkah ais dalam masa seminggu. Oleh kerana masa yang diberikan agak suntuk, kami cuba sedaya upaya untuk menyiapkan kerja tersebut dengan mengukir pelbagai bentuk seperti rama-rama, bunga, burung helang dan pelbagai lagi secepat yang mungkin.

"Sedang leka mengukir, sebuah bongkah ais terjatuh ke atas tangan saya. Nasib saya baik kerana tangan saya hanya bengkak dan cedera ringan sahaja," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Togok ekspresif kebebasan

Posted:

Togok ekspresif kebebasan

Togok ekspresif kebebasan

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar Mohd. Azim Abd. Rahman


EFFENDI biasanya meluahkan masa untuk berkarya sekitar pukul empat hingga enam petang setiap hari.


SESEKALI terdengar bunyi burung berkicauan yang turut bersama menyambut kedatangan pagi pastinya mengusik kalbu. Walaupun adegan tersebut hanya rekaan semata-mata, namun perwatakan manusia dan burung boleh dikatakan banyak persamaan di antara satu sama lain.

Contohnya boleh dilihat dari segi kedua-duanya ingin terbang bebas ke mana sahaja yang dikehendaki secara solo atau berkumpulan.

Melihatkan persamaan tersebut, Ahmad Effendi Zahari mencalitkannya dalam siri karya bertajuk Togok yang menjadikan burung sebagai subjek utama luahan jiwa beliau.

Togok juga digabungkan dengan keindahan seni abstrak dan prinsip-prinsip kemodenan bagi menghasilkan luahan yang sedang bergolak di dalam diri anak muda itu.

Bercirikan falsafah dan erti kebebasan sejagat seperti mana yang dilaung-laungkan oleh mereka yang mahukan kedamaian dan kebebasan, Effendi berharap agar karyanya ini diterima ramai.

Malah beliau secara tidak langsung berjaya mencipta satu siri kerja berdasarkan metafora kiasan atau sindiran yang amat berbeza dengan karya-karya sebelumnya seperti siri Landskap Alam Semula Jadi, Phenommistikal, Fobia, Sekilas, Status dan Tandus.

Dalam siri kerjanya yang ketujuh itu, Effendi menggambarkan burung-burung yang sedang menari di atas dahan dan terbang bebas di kawasan sekelilingnya.

Keringkasan yang tersirat dalam kandungan karyanya itu membawa maksud yang tersendiri, bergantung kepada gaya pemikiran bebas.

Selain itu, Effendi juga berani mendalami subjek baharu yang menekankan kepada penggunaan elemen kisah dongeng dan kisah zaman Nabi yang dikaitkan dengan burung.

Contohnya seperti gambaran burung Undan yang membawa maksud kedatangan pendatang asing ke Malaysia dan burung-burung pemangsa seperti burung helang atau hering yang membawa maksud simbolik sebagai orang yang tamak dalam mengejar cita-cita tanpa mengira batasan.

Effendi Zahari berkata, dalam kehidupan ini, manusia juga diibaratkan seperti burung.

"Manusia dan burung, masing-masing berhijrah dan mencari rezeki pada waktu pagi dan pulang ke rumah atau sarang pada waktu senja," katanya ketika ditemui S3 di Studio Bimasakti, 27, Jalan Platinum 7/53, Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau berkata, kisah mengenai burung banyak diceritakan dalam cerita-cerita dongeng Melayu lama seperti Si Bangau, Si Gagak Dengan Merak, Burung Pipit Dengan Enggang dan juga kisah kecerdikan Si Gagak Dengan Jug Air.

Katanya, dalam kontek Islam juga, kisah-kisah burung juga dikaitkan dengan cerita-cerita pengalaman hidup Nabi-Nabi zaman dahulu antaranya seperti kisah kematian anak Nabi Adam.

Dalam kisah tersebut, seekor burung gagak telah menunjukkan cara-cara untuk menanam mayat dan juga kisah Burung Hud-Hud dan Ababil.

"Sebab itu, saya rakamkan kisah-kisah mengenai burung di atas kanvas dengan gaya ciptaan yang berbeza dari segi pemilihan warna yang disesuaikan mengikut maksud yang tersendiri.

"Tema dan mesej yang ingin disampaikan juga dilukiskan dalam bentuk harmoni mengikut kehendak alam sejagat.

"Ini kerana, bagi saya manusia mempunyai banyak persamaan dengan watak burung yang mahukan ketenangan dan kedamaian tanpa gangguan dan ancaman," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved