Jumaat, 19 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Lubuk rezeki setiap Ramadan

Posted:

Lubuk rezeki setiap Ramadan

Lubuk rezeki setiap Ramadan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


YASSYER Ady Saad dan isterinya Nurul Adilah Md. Salleh menunjukkan koleksi terbaru Adylya Butik di gerai Pasar Ramadan.


ALOR SETAR 18 Ogos - Ramadan diibaratkan pintu rezeki apabila ramai peniaga mengambil kesempatan melipatgandakan keuntungan mereka dengan berniaga di bazar sementara.

Baik yang berniaga tetap mahupun sambilan, bazar niaga sementara yang menyediakan persiapan Aidilfitri di Jalan Tunku Ibrahim dan Jalan Sultan Badlishah di sini menjadi pilihan mereka untuk menambah duit raya.

Lokasi tersebut dianggap paling strategik dan ideal untuk orang ramai membeli kelengkapan hari raya lantas tapak perniagaan sementara yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) itu diibaratkan lubuk rezeki setiap Ramadan.

Selain pakaian seperti baju kurung dan baju Melayu pelbagai pelbagai jenis kelengkapan hari raya lain turut dijual seperti kuih muih, telekung, kopiah dan perhiasan rumah.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati bazar tersebut menjadi pilihan dalam kalangan peniaga termasuk pemilik butik di seluruh negeri ini untuk memasarkan produk mereka untuk persiapan umat Islam menyambut Aidilfitri.

Menurut salah seorang peniaga, Nurul Adilah Mod Salleh, 22, yang mengusahakan Butik Adylya di Jitra, dia mengambil kesempatan untuk berniaga di situ bagi mempromosikan butiknya.

"Sudah dua tahun, saya dan suami berniaga di sini walaupun bukan mudah untuk mendapat lotnya kerana ia menggunakan sistem undian oleh MBAS. Namun syukurlah tahun ini dapat lagi peluang.

"Butik kami baru beroperasi. Jadi inilah peluang kami untuk mempromosikannya kepada orang ramai," katanya.

Menurut Nurul Adilah lagi, lokasi tersebut strategik kerana ia berdekatan dengan kompleks pentadbiran kerajaan dan premis perniagaan.

"Oleh itu kami tidak takut untuk menjual pakaian yang eksklusif di sini kerana percaya pembeli akan sentiasa ada.

"Terutama beberapa hari menjelang Aidilfitri lebih ramai akan membanjiri kawasan ini," katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama suami, Yassyer Ady Saad, 26.

Tambahnya, kebanyakan baju kurung dan baju Melayu dijual di situ eksklusif kerana ia cuma dijahit sepasang sahaja.

Menurut Yassyer, seronok berniaga di bazar terutama apabila berpeluang bertemu dengan ramai pelanggan dan memperkenalkan produk mereka.

"Walaupun terpaksa berpanas dan berhujan namun hati puas kerana akan selalu ada yang singgah di lot ini dan tertarik dengan koleksi pakaian kami. Ini juga salah satu promosi terbaik," katanya.

Tambah Yassyer Ady, pakaian yang dijual di situ berharga antara RM200 hingga RM250 sepasang.

"Tahun ini kami mempertaruhkan koleksi baju Melayu bercorak dan ia mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Dalam pada itu menurut seorang lagi peniaga, Mohd. Suhaidi Ahmad, 33, yang memilik butik tudung Chienta di Lebuhraya Sultanah di sini, bazar tersebut menjadi tumpuan menjelang Aidilfitri.

"Mungkin kerana tempat ini terletak di pusat bandar, jadi ia memang menjadi tumpuan lebih-lebih lagi banyak kemudahan terdapat di sini. Jadi berniaga di sini banyak prospek pelanggan termasuk dalam kalangan penjawat awam mahupun swasta," katanya.

Katanya, lebih 1000 koleksi tudung yang ditempah khas disediakan untuk memenuhi permintaan orang ramai menjelang hari raya ini.

"Saya turut berniaga di bazar dekat Jitra tahun ini dan satu kelebihan berniaga di sini saya berpeluang meramaikan pelanggan saya yang sebelum ini tertumpu di butik sahaja," katanya.

Tambah beliau, berbanding di butik dia mampu mendapat keuntungan berganda apabila berniaga di bazar tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

JPNIN edar 6,000 Jalur Gemilang

Posted:

JPNIN edar 6,000 Jalur Gemilang

JPNIN edar 6,000 Jalur Gemilang


SAAD Man (belakang dua kanan) dan Mohd. Saidi Midin (tiga dari kanan) bersama kanak-kanak tadika Perpaduan Jitra mengibarkan Jalur Gemilang di Jitra, semalam.


KUBANG PASU 18 Ogos - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kedah akan mengedarkan kira-kira 6,000 Jalur Gemilang secara berperingkat mulai hari ini di seluruh negeri ini melalui Kempen Jalur Gemilang.

Pengarahnya, Mohd. Saidi Midin berkata, program itu membabitkan semua pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di setiap daerah yang akan mengagihkan Jalur Gemilang tersebut kepada penduduk setempat.

"Program bermula hari ini bagi daerah Kubang Pasu dan akan diteruskan ke daerah lain pula.

"Ia adalah acara tahunan jabatan dan sebahagian daripada usaha untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini," katanya selepas mengedarkan lebih 500 bendera Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di Jalan Changlun di sini semalam.

Program turut dijayakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Saad Man.

Mohd. Saidi menambah, selain itu kempen tersebut turut membabitkan 132 kawasan Rukun Tetangga dan 102 buah tadika Perpaduan di negeri ini.

"Semua KRT dan tadika Perpaduan ini turut menyertai kempen tersebut untuk mengibarkan dan menghiasi kawasan mereka dengan Jalur Gemilang," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bayi kembar anak angkat Mayang

Posted:

Bayi kembar anak angkat Mayang

Bayi kembar anak angkat Mayang


Abd. Azeez Abd. Rahim meriba salah seorang daripada bayi kembar tiga di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, Baling, Kedah, semalam. – Bernama


BALING 18 Ogos — Keperitan hidup sepasang suami isteri di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang di sini untuk membesarkan tiga bayi kembar perempuan mereka yang berusia tiga bulan mendapat perhatian banyak pihak.

Terbaru, kembar itu dijadikan anak angkat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Baling.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim yang juga Ketua UMNO Baling berkata, pihaknya hanya mengetahui mengenai kisah kembar tiga itu menerusi laporan akhbar.

"Jika kami tahu sudah lama bantuan disalurkan kepada keluarga ini yang terpaksa merayu untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka," katanya kepada pemberita, ketika mengunjungi rumah keluarga itu.

Keperitan hidup Mansor Ibrahim dan isteri Yusniza Yusof, 37, membesarkan kembar mereka — Nurul Fasihah, Nurul Farishah, dan Nurul Farisha — dilaporkan Bernama dua hari lepas.

Mansor yang hanya bekerja sebagai pemandu lori kayu getah secara sambilan dengan pendapatan RM400 sebulan memberitahu Bernama, kembar terbabit memerlukan sekurang-kurangnya 15 helai lampin pakai buang dalam sehari, serta 1.8 kg susu seminggu.

Kesal kerana tidak dimaklumkan mengenai kes itu, Abdul Azeez meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bertindak lebih aktif dalam mengesan keluarga bermasalah di kawasan Parlimen Baling untuk dibantu segera.

Bagi pihak yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini, boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam: 02048 051121 2 atas nama Mansor bin Ibrahim atau menghubungi talian 013-4214573. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved