Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Gugur dasar negara Islam dikritik

Posted:

Gugur dasar negara Islam dikritik

Gugur dasar negara Islam dikritik

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jun – Langkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggugurkan dasar negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan kini mencetuskan kemarahan ahli akar umbi sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap Pas.

Mereka yang sebelum ini mendokong perjuangan Pas kerana terpesona dengan hasrat parti itu untuk menubuhkan negara Islam, mula mempersoal dasar baru tersebut secara terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pas melalui saluran laman sosial Facebook.

Terbaru, perasaan amarah itu menjadi perdebatan terbuka di akaun Facebook bekas Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, sehinggakan beliau yang baru tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden turut menjadi mangsa 'serangan' apabila dituduh tidak efisien.

"Yang peliknya Pas ini, sekejap kata nak tegakkan negara Islam, sekejap nak negara kebajikan, mana satu sebenarnya hala tuju Pas? Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran," kata seorang penyokong Pas yang dikenali sebagai Rosli Hashim.

Tegas Rosli, Pas kena kembali kepada perjuangan sebelum ini dengan menetap pendirian untuk menegakkan agama Islam dan bukannya sekadar menjadi 'pak turut' kepada pihak lain dalam pakatan pembangkang.

Jelasnya lagi, jika sekali pun dasar lama itu tidak mampu membawa Pas untuk menawan Putrajaya, tetapi setidak-tidaknya parti tersebut diiktiraf sebagai pembangkang yang berwibawa sehingga dihormati oleh kawan dan lawan.

Kenyataan Rosli itu kemudian disahut oleh Kairiel Amree dengan berkata: "A'aaah kebajikan buat pemimpin-pemimpin negara. Rakyat biar susah."

Dalam pada itu, bagi meredakan keadaan, seorang lagi penyokong Pas, Ahmad Shukri Abd. Rahman tampil memberi penjelasan dengan berkata, dasar parti itu tetap tidak berubah walaupun fokus Pas kini beralih ke arah negara berkebajikan.

Menurutnya, perubahan tersebut merupakan anjakan paradigma disebabkan keutamaan Pas ketika ini menggulingkan Barisan Nasional (BN) kerana cara lama (negara Islam) hanya memungkinkan parti itu menguasai negeri sahaja, bukannya kerajaan Persekutuan.

"Setelah kukuh barulah prinsip syariat boleh ditegakkan di seluruh negara. Cara lama asyik boleh pegang Kelantan sahaja, tapi tiada kuasa Persekutuan. Hudud pun tidak boleh dilaksanakan sebab bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," dakwanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP pemenang utama di sebalik pemilihan Pas

Posted:

DAP pemenang utama di sebalik pemilihan Pas

DAP pemenang utama di sebalik pemilihan Pas

KUALA LUMPUR 7 Jun - Di sebalik pelbagai pihak menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berjaya mencengkam Pas hasil kemenangan golongan 'Anwarinas' pada pemilihan parti itu Sabtu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tampil dengan pandangan yang berbeza.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, individu sebenar yang memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama adalah Karpal Singh, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara 'rasmi' menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.

Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya Pas gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, Pas sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang Pas akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Dr. Mahathir dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kurangnya perbincangan dan perbahasan mengenai justifikasi mengapa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam yang selama ini menjadi pegangan, digugurkan sebegitu mudah juga membuktikan lemahnya Pas berbanding DAP.

Katanya, Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP, tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.

"Lebih tepat lagi adalah kerana Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam Pas sudah berjaya," ujarnya sinis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gaji bulanan rendah punca rasuah?

Posted:

Gaji bulanan rendah punca rasuah?

Gaji bulanan rendah punca rasuah?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jun – Gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan dipercayai menjadi punca utama pemain-pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team menerima suapan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Setiap pemain skuad itu dikatakan hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1,000, dan dengan jadual latihan yang padat, mereka tidak berpeluang melakukan kerja sampingan.

Menurut sumber, tidak hairanlah, nilai suapan yang ditawarkan sekitar RM200 hingga RM300 bagi setiap perlawanan dianggap cukup lumayan untuk menampung kos sara hidup pemain-pemain skuad itu.

"Pemain-pemain tersebut rata-ratanya masih muda iaitu berusia lingkungan awal 20-an. Jadi, mereka mudah terpengaruh dengan gaya hidup zaman sekarang.

"Mereka dikatakan terpaksa menerima imbuhan itu kerana perlu menjaga penampilan mereka selain untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 21 tuduhan memberi rasuah sebanyak RM24,900 kepada pemain skuad berkenaan bertujuan mengatur keputusan satu perlawanan merebut piala tersebut pada April lalu.

Ini merupakan kes pertama jurulatih bola sepak di negara ini didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Selain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, turut disiasat ketika ini adalah skuad Piala Presiden dari Terengganu, T-Team.

Pemberian imbuhan atau elaun kebiasaannya disumbangkan oleh kerajaan negeri dalam bentuk rumah, tanah atau wang tunai untuk skuad bola sepak Liga Super. Bagaimanapun, ia tidak melibatkan skuad bola sepak Piala Presiden.

Sumber itu berkata, kelemahan-kelemahan itu pula telah dijadikan satu peluang bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk 'membeli' perlawanan mereka.

Sehubungan itu, pihak terbabit dicadangkan untuk mengkaji semula dasar pemberian gaji yang diperuntukkan bagi setiap pemain termasuk skuad pelapis dalam Piala Presiden mereka bagi mengelak kejadian serupa berlaku pada masa akan datang.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata, jumlah gaji dan sebarang pemberian elaun atau imbuhan ditetapkan oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

"FAM tidak campur tangan, keputusan jumlah gaji, elaun atau imbuhan ditetapkan sendiri persatuan masing-masing.

"Tiada sebarang garis panduan ditetapkan untuk persatuan negeri masing-masing bagi menentukan jumlah gaji yang diberi kepada pemain mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengendali Twitter hina Islam guna pelayan luar negara

Posted:

Pengendali Twitter hina Islam guna pelayan luar negara

Pengendali Twitter hina Islam guna pelayan luar negara

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pemilik akaun laman sosial Twitter, sitt_alwuzara yang menimbulkan kontroversi menghina kesucian agama Islam ketika ini dipercayai menggunakan pelayan luar negara.

Menurut sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), walaupun pemilik akaun itu menggunakan pelayan dari luar negara namun ia boleh melayari atau menghantar sebarang maklumat dari dalam negara ini.

Difahamkan, berikutan itu, ia menyukarkan SKMM menjejaki pemilik akaun terbabit.

Jelas sumber itu lagi, SKMM masih menjalankan siasatan lokasi sebenar pemilik akaun itu melakukan jenayah siber yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

"Kita percaya pengendali Twitter itu menggunakan pelayan luar negara untuk berhubung melalui laman sosial tersebut.

"Dia juga boleh berinteraksi menggunakan pelayan dari luar negara sama ada di rumah, pejabat mahupun kafe siber di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilik akaun Twitter yang sebelum ini cuba disekat oleh SKMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Facebook dan blognya, terus mencabar kesucian Islam melalui penggunaan gambar profilnya.

Gambar yang digunakan dalam akaun Twitter miliknya itu menunjukkan penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga sedang duduk di atas rumah suci Kaabah sambil memegang mikrofon.

Laman Twitter itu mula beroperasi sejak 5 Mei lalu dan telah berinteraksi hampir 1,000 kali serta mempunyai 3,361 pengikut sejak dibuka.

Pemilik akaun tersebut turut mendakwa dia sebenarnya wanita warga Malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam serta pernah menunaikan ibadat haji.

Kini pemilik akaun Twitter itu telah menukar profil kepada gambar seorang gadis berpakaian menjolok mata yang berdiri di belakang Kaabah dengan tulis IKEA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Irfan gusar pemain kerap buat silap

Posted:

Irfan gusar pemain kerap buat silap

Irfan gusar pemain kerap buat silap

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ
MAT ISA
sukan@utusan.com.my


Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya hilang rentak akibat ketiadaan Ashaari Samsudin yang digantung perlawanan ketika menentang Kelantan pada perlawanan Liga Super, kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim kecewa dengan kekalahan 0-3 pasukannya kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super di gelanggang sendiri, kelmarin.

Paling mengecewakan beliau ialah kesilapan penjaga gol Mohd. Sharbinee Allawee, yang juga penjaga gol skuad kebangsaan apabila memberikan gol mudah ketika Kelantan menjaringkan gol kedua pada minit ke-72.

Ia pastinya mengundang kegusaran buat Terengganu menjelang perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini dengan Kelantan.

"Sebagai penjaga gol kebangsaan, Sharbinee tidak patut melakukan kesilapan mudah.

"Dia tidak sepatutnya meninggalkan gawang terlalu jauh dan kesilapan itu memberi ruang mudah kepada Kelantan untuk menambah jaringan.

" Dia tidak seharusnya melepaskan gol yang boleh dianggap tidak wajar.

"Saya harap dia tidak akan ulangi kesilapan yang sama selepas ini," katanya.

Tambah beliau, pemain lain juga melakukan kesilapan besar sepanjang perlawanan dan gagal mengawal kemas setiap hantaran sehingga banyak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk mengawal bola.

Corak permainan Terengganu pincang tanpa kehadiran penyerang Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan, mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan kehilangan rentak.

Begitupun beliau yakin pasukannya mampu menebus kekalahan kelmarin pada final Piala FA nanti.

"Kami akan bangkit dalam baki dua lagi perlawanan liga serta final Piala FA Sabtu ini.

"Memang moral pemain sedikit terjejas setelah kalah malam ini. Namun, kita akan menentang lawan yang sama (Kelantan) Sabtu ini dalam perlawanan yang lebih besar (final Piala FA).

"Justeru, sudah tentu kita akan memberi yang terbaik dalam perlawanan itu nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuduhan rasuah: Hak JKPT buat keputusan

Posted:

Tuduhan rasuah: Hak JKPT buat keputusan

Tuduhan rasuah: Hak JKPT buat keputusan

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatannya (JKPT) untuk menentukan bentuk tindakan susulan berdasarkan keputusan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah ke atas jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.

Ditanya sama ada semua keputusan Piala Presiden musim ini bakal digantung atau dirombak, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang akhbar di Wisma FAM, semalam, secara ringkas berkata: "Ia terpulang kepada jawatankuasa itu."

Beliau enggan mengulas lanjut memandangkan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Seremban 7 Julai ini, dikhuatiri akan mengganggu proses perbicaraan.

Kelmarin, jurulatih berkenaan, Yusarman Yusof, 35, mengaku tidak bersalah di mahkamah itu atas 21 pertuduhan menyogok 11 pemainnya, antara RM200 hingga RM2,000 bagi perlawanan menentang SDM Navy di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lalu.

Sementara itu, kata Azzuddin, hanya perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan Myanmar dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada pukul 8.45 malam 18 Jun ini, berdasarkan kelulusan AFC.

"Bagi perlawanan Kelayakan Olimpik dan Kelayakan Piala Dunia dengan Lebanon dan Taiwan pada 19 dan 29 Jun, ia tidak dapat dijalankan di situ kerana kemungkinan besar aksinya di Stadium Nasional, Bukit Jalil di samping persahabatan dengan tiga kelab Liga Perdana England (bulan depan)," katanya.

Menurutnya, ia kali pertama dalam tempoh antara empat hingga lima tahun, perlawanan antarabangsa diadakan di luar Lembah Klang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diberikan penghormatan sebagai tuan rumah selain membuka peluang penyokong skuad negara di Pantai Timur menontonnya.

"Tiket perlawanan dengan Myanmar berharga RM15 bagi tempat duduk terbuka, RM30 dan RM50 bagi grandstand dan kanak-kanak cuma RM5," katanya.

Mengenai persediaan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal, katanya, seramai 26 hingga 28 pemain akan dipanggil menjalani latihan pusat di Wisma FAM mulai 15 Jun dan mereka akan berlepas ke ibu negeri Kelantan itu sebelah pagi, sehari sebelum menentang Myanmar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


EU: Tauge bukan punca E.coli

Posted:

EU: Tauge bukan punca E.coli

EU: Tauge bukan punca E.coli

BRUSSELS 7 Jun - Ketua kesihatan Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Jerman supaya jangan membuat kesimpulan terburu-buru dan tidak tepat mengenai punca wabak bakteria E.coli, selepas siasatan mendapati penyakit itu bukan disebabkan tauge seperti yang dilaporkan.

Wabak tersebut telah meragut 23 nyawa dan menimbulkan ketakutan di seluruh Eropah selain menyebabkan kerugian eksport kepada petani.

Pesuruhjaya Kesihatan EU, John Dalli memberitahu Parlimen EU di Strasbourg hari ini, maklumat awam seperti itu mesti mempunyai asas saintifik yang kukuh dan tidak boleh dipertikaikan sebelum disiarkan kepada umum.

Pihak berkuasa Jerman pada mulanya menyalahkan timun dari Sepanyol, kemudian tauge tempatan, sebagai punca penyebaran wabak maut itu, sebelum menarik balik kenyataan mereka.

Menteri-menteri pertanian EU bersidang dalam mesyuarat tergempar di Luxembourg lewat hari ini ekoran tuntutan daripada petani supaya mereka dibayar pampasan bagi kerugian yang berpunca daripada wabak tersebut.

Dalli berkata, mesyuarat itu akan juga mengkaji semula sistem amaran keselamatan makanan EU untuk memastikan sesuatu amaran mempunyai 'asas dan bukti saintifik' sebelum disiarkan.

Sementara itu Jerman melipat gandakan usaha untuk mengesan punca wabak setelah siasatan awal di sebuah ladang yang menanam pelbagai jenis tauge di negeri Lower Saxony, utara Jerman didapati negatif bagi bakteria tersebut.

Pihak berkuasa dijangka mengumumkan keputusan ujian terhadap 17 lagi sampel biji benih, air dan peralatan yang diambil dari ladang itu hari ini.

Namun pihak berkuasa Jerman mengekalkan amaran kepada pengguna supaya jangan memakan tomato, daun salad, timun dan tauge mentah sehingga punca wabak E.coli itu dapat dikenal pasti.

Bakteria itu telah membunuh 22 orang di Jerman dan seorang di Sweden dan menyebabkan lebih 2,300 lagi jatuh sakit, dengan tanda-tanda termasuk cirit-birit berdarah dan dalam kes paling teruk, kerosakan buah pinggang. - AP/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelampau Yahudi cuba bakar masjid di Palestin

Posted:

Pelampau Yahudi cuba bakar masjid di Palestin

Pelampau Yahudi cuba bakar masjid di Palestin


PENDUDUK Palestin dan media massa meninjau lantai masjid yang dibakar oleh pelampau Yahudi di masjid Kampung al-Mughayyir dekat Ramallah, semalam. - REUTERS


RAMALLAH 7 Jun - Pendatang haram Yahudi cuba membakar sebuah masjid di Tebing Barat dan menconteng slogan anti-Arab pada dindingnya, kata sumber keselamatan Palestin hari ini.

Pelampau Yahudi itu membakar beberapa tayar di dalam masjid di kampung al-Mughayyir, 20 kilometer ke timur laut Ramallah, menyebabkan tikar sembahyang di dalam bangunan itu rosak.

Mereka juga menyemburkan perkataan 'Alei Ayin' pada dinding masjid, nama sebuah kawasan penempatan haram Yahudi yang dimusnahkan oleh polis Israel minggu lepas sehingga mencetuskan pertempuran sengit dengan pendatang.

Seorang jurucakap tentera yang mengesahkan percubaan untuk membakar masjid itu berkata, pentadbiran tentera sudah menerima aduan daripada penduduk dan menghantar sepasukan pakar forensik untuk mencari bahan bukti.

Pendatang haram Yahudi mengamalkan apa yang mereka sebut sebagai dasar 'tanda harga' di mana mereka menyerang penduduk, ladang atau kampung Palestin, setiap kali kerajaan Israel bertindak untuk menyekat pembinaan kawasan penempatan haram.

Israel menganggap kawasan penempatan terpencil Yahudi yang dibina di Tebing Barat tanpa kelulusan kerajaan sebagai menyalahi undang-undang, dan kerap menghantar pasukan keselamatan untuk memusnahkannya.

Kawasan itu selalunya menempatkan hanya beberapa buah rumah bergerak.

Masyarakat antarabangsa menganggap semua kawasan penempatan Yahudi yang dibina di Tebing Barat, yang ditawan oleh Israel daripada Jordan 44 tahun lalu semasa Perang Enam Hari 1967 sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penuntut AS belajar bahasa Melayu

Posted:

Penuntut AS belajar bahasa Melayu

Penuntut AS belajar bahasa Melayu

oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


DAING Nasir Ibrahim menyampaikan cenderamata kepada James T. Collin selepas majlis beramah mesra bersama lapan penuntut NIU di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 7 Jun - Keunikan dan kesantunan dalam bahasa Melayu mendorong lapan penuntut dan kakitangan dari Northern Illinios University (NIU), Amerika Syarikat datang ke negara ini bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa tersebut.

Mereka berusia dalam lingkungan 23 hingga 60 tahun memilih Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini bagi merealisasikan hasrat tersebut termasuk mendalami sejarah Malaysia.

Menariknya, latar belakang pendidikan mereka bukan calang-calang kerana sebahagiannya bertaraf profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang akademik.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, kesemua penuntut itu akan menjalani pembelajaran selama enam minggu bermula minggu lalu yang dikendalikan di bawah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan UMP.

"Program itu sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan antara UMP dengan NIU baru-baru ini.

"Selain mengikuti kelas, mereka akan ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing di Kampung Cherok Paloh di sini bagi mendalami budaya masyarakat Melayu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra di UMP Jalan Gambang, di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, mereka akan diberi maklumat mengenai daerah itu, kesultanan Melayu, makanan tradisional Pahang dan berpeluang menyediakan persiapan perkahwinan mengikut adat Melayu.

Dalam pada itu, seorang profesor dari NIU, James T. Collin berkata, melalui program itu, mereka percaya hasrat membangunkan pemahaman bahasa Melayu dan Asia Tenggara akan tercapai.

"Saya harap dapat menerokai dan mempelajari budaya serta bahasa Melayu dengan berkesan," jelasnya.

Bagi seorang lagi profesor dari universiti tersebut Coral Carlson, 58, yang mempunyai tiga ijazah sarjana dan satu ijazah kedoktoran (PhD) teruja apabila berpeluang ke negara ini bagi meneruskan kajiannya.

"Perkara pertama yang saya fikirkan apabila sampai di Kuantan adalah untuk bertemu dengan bekas pelombong yang terlibat dengan aktiviti perlombongan di Sungai Lembing," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GWGF anjur program Jom Masuk U

Posted:

GWGF anjur program Jom Masuk U

GWGF anjur program Jom Masuk U

MARAN 7 Jun - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menganjurkan program 'Jom Masuk Universiti' dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kemasukan sesi akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, kerjasama pihaknya dengan universiti itu adalah selaras dengan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Menurut beliau, program itu akan membantu pelajar Melayu berkelayakan dan daripada keluarga berpendapatan kurang RM2,000 sebulan supaya dapat melanjutkan pengajian di UiTM.

"Seramai 317 sukarelawan GWGF di setiap tanah rancangan Felda akan turun padang mencari pelajar miskin yang mempunyai kelayakan melanjutkan pengajian ke universiti tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Abdullah berkata, program itu merupakan tanggungjawab pertubuhan tersebut membantu generasi baru Felda untuk mendapatkan tempat pengajian di universiti berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi akan ditawarkan mengikuti dua kursus pra diploma iaitu perdagangan dan sains.

Tambah beliau, mereka perlu mendaftar dengan sukarelawan GWGF yang ditempatkan di setiap tanah rancangan Felda.

Beliau berkata, mereka yang terpilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan mengikuti pengajian pada peringkat tersebut selama enam bulan secara percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat

Posted:

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat


MOHD. Soffi Abdul Razak bersalaman dengan pelajar baharu UiTM Cawangan Pahang, Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, Maran, baru-baru ini.


MARAN 7 Jun - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri ini dicabar menjadi graduan yang berupaya menjadi pemangkin kepada hala tuju agenda nasional pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, mereka perlu komited dalam pelajaran bagi mencapai keputusan terbaik pada setiap peperiksaan akademik di universiti itu.

Tegas beliau, pada masa sama, mereka perlu mengambil bahagian dalam aktiviti luar kampus kerana dapat merangsang pemikiran kreatif, berketerampilan, cekal dan mesra masyarakat.

"Tiada jalan pintas untuk cemerlang, tetapi perlu bersungguh-sungguh, tidak berputus asa serta sentiasa berusaha mencapai yang terbaik,'' katanya ketika berucap menutup Minggu Destini Siswa di UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab.Rahman dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Khafiruddin Ali.

Seramai 2,319 penuntut baharu mendaftar pengajian bagi sesi Mei-Disember di kampus itu.

Katanya, hala tuju universiti itu iaitu Kecemerlangan Akademik Berkelas Dunia adalah tepat kerana ia boleh direalisasikan jika warganya bergerak seiring ke arah kecemerlangan.

Beliau juga optimis hasrat universiti itu dapat dicapai sekali gus meletakkan kedudukan bumiputera setanding dengan bangsa lain di dunia.

Bagaimanapun jelasnya, bagi mencapai matlamat itu setiap warga universiti tersebut perlu meningkatkan jati diri dan menjadikan ilmu sebagai salah satu budaya bagi kehidupan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kes Lingam boleh dicabar

Posted:

Kes Lingam boleh dicabar

Kes Lingam boleh dicabar

Oleh NORLIZAH ABAS pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Jun - Penemuan-penemuan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan rakaman klip video V.K. Lingam perlu dicabar melalui semakan kehakiman bagi menentukan sama ada kesannya benar-benar menjejaskan hak asasi peguam tersebut dan dua bekas Ketua Hakim Negara.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaharah Ibrahim berpendapat, isu yang dihujahkan bahawa penemuan-penemuan tersebut melanggar hak asasi mereka di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan perlu didengar agar meritnya dapat diputuskan.

Demikian alasan penghakiman beliau ketika membenarkan rayuan peguam Datuk V.K. Lingam dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta Tun Mohd. Eusoff Chin pada 24 Ogos tahun lalu agar semakan kehakiman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2-1 itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud manakala Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus menolaknya.

Lingam dalam rayuannya memohon diberi keadilan membersihkan nama yang tercalar teruk berikutan penemuan itu menyebabkannya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Jun 2008 dan kemungkinan menghadapi pendakwaan.

Hakim Zaharah dalam penghakimannya menyatakan, perayu-perayu mendakwa, walaupun tiada pendakwaan dikenakan, kesan daripada penemuan itu telah meninggalkan aib yang berkekalan terhadap diri mereka.

Beliau turut menyatakan, suruhanjaya itu membuat penentuan berhubung kewujudan beberapa fakta dan selanjutnya mencapai kesimpulan daripadanya.

Ujar beliau, suruhanjaya tersebut turut mencapai penemuan di bawah tiga terma rujukan bahawa wujud bukti mencukupi berhubung salah laku pihak-pihak tertentu termasuk ketiga-tiganya yang memerlukan undang-undang dikuatkuasakan.

Hakim Zaharah berpendapat, penemuan-penemuan tersebut (walaupun bukan satu keputusan seperti yang dihujahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan) masih perlu diberi kebenaran untuk dicabar semasa semakan kehakiman.

Kabinet pada 16 Mei 2008 memutuskan mendedahkan kepada umum isi kandungan laporan suruhanjaya itu yang mengesahkan bahawa rakaman perbualan telefon dalam klip video itu dibuat antara Lingam dan Ahmad Fairuz manakala isi kandungan perbualan itu adalah benar.

Lingam merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang menolak permohonannya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan sebahagian atau keseluruhan hasil laporan suruhanjaya tersebut.

Pada 12 Disember 2008, Hakim Datuk Abdul Kadir Musa memutuskan penemuan-penemuan dalam laporan itu tidak boleh dicabar setelah membenarkan bantahan awal pihak responden yang merupakan ahli-ahli suruhanjaya.

Mereka terdiri daripada Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Datuk Mahadev Shankar, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Bagaimanapun, pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengizinkan suruhanjaya itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penemuan laporan itu dicabar melalui semakan kehakiman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Thailand edar kanabis

Posted:

Warga Thailand edar kanabis

Warga Thailand edar kanabis


PHICHET Jehna (tengah) diiringi keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhi hukuman gantung,, di Kangar, Perlis, semalam.


KANGAR 7 Jun - Setelah menjalani hukuman penjara hampir empat tahun, seorang lelaki warganegara Thailand hari ini dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 105.8 kilogram, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Hasan Lah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Phichet Jehna, 37, setelah tertuduh didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika kejadian, tertuduh yang bekerja sendiri, memandu kereta dari Thailand menuju ke Pulau Pinang.

Phichet pada asalnya didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) yang membawa hukuman mati kerana mengedar kanabis seberat 105,783.2 gram di Kompleks Imigresen, Padang Besar kira-kira pukul 5.15 petang, 5 Februari 2003.

Bagaimanapun di akhir kes pendakwaan, pertuduhan itu dipinda oleh mahkamah kepada tuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 39A akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 10 kali.

Bapa kepada seorang anak itu mengaku bersalah atas tuduhan pindaan tersebut dan dihukum penjara 18 tahun serta sebatan 10 kali pada Ogos 2007.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan dan Mahkamah Rayuan kemudian memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sekali gus memanggil tertuduh membela diri atas pertuduhan asal.

Phichet diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azman Abu Hassan.

Turut hadir di mahkamah ialah ahli keluarga tertuduh termasuk ibu, isteri dan adik lelakinya yang tiba dari Pattani, Thailand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Eira cuba nasib jadi penyanyi

Posted:

Eira cuba nasib jadi penyanyi

Eira cuba nasib jadi penyanyi

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


PELUANG merakamkan album tiba selepas sembilan tahun dia bergelar pelakon.


NAMA Eira Syazira dalam bidang lakonan memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia telah mencipta nama dalam bidang itu sejak sembilan tahun lalu. Namun, bakat seni pelakon berusia 27 tahun itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

Sebaliknya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang nyanyian.

Kata Eira, bakatnya itu mula dicungkil kira-kira dua tahun lalu menerusi drama berjudul Cinta Balqis sebanyak 44 episod.

Pelakon yang meminati suara penyanyi Barat, Celine Dion ini berkata, dia mula menyanyi secara serius sewaktu ditawarkan menyanyikan lagu tema drama bersiri itu. Lantaran itu, ruangnya untuk bergelar penyanyi pun mula terbuka luas.

"Pembabitan saya dalam bidang nyanyian secara tidak sengaja. Ia bermula apabila saya ditawarkan menyanyikan lagu tema drama bersiri Cinta Balqis yang pernah disiarkan menerusi TV3 dua tahun lalu. Sejak itu minat menyanyi semakin kuat.

"Daripada situlah banyak pihak mula melihat bakat saya dalam bidang nyanyian. Syarikat rakaman FMG misalnya, tertarik dengan suara saya dan mengikat saya sebagai artis naungan mereka," buka bicaranya kepada Hits baru-baru ini.

Sebagai permulaan, Eira baru muncul dengan album single pertamanya berjudul Di Hati Ini yang mengandungi lima lagu berjudul Sememangnya, Nour Elain, Sisi Duka, Di Hati Ini serta Bukan Mimpi Kesiangan terbitan FGM.

Jelas pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi ini, biarpun baru sekarang menceburi bidang nyanyian tetapi minat itu sudah lama ada. Namun, kesibukan berlakon menyebabkan dia tidak berpeluang menunjukkan bakatnya itu.

Meskipun sering mengisi masa lapangnya dengan menyanyi karaoke, tetapi Eira tidak terfikir bahawa suatu hari kelak dia juga akan bergelar penyanyi. Kini dengan peluang yang ada dia tidak akan mensia-siakannya begitu sahaja.

"Apabila saya mendapat peluang merakamkan album daripada FGM, maka saya tidak mahu lepaskannya begitu saya. Saya mahu buktikan pada diri sendiri bahawa saya juga boleh menyerlah sebagai penyanyi.

"Kalau dulu menyanyi hanya sekadar minat dan hobi tetapi kini ia satu lagi karier dalam kehidupan saya. Dulu menyanyi cuma di rumah atau di bilik-bilik karaoke tetapi sekarang di hadapan ramai orang," ujarnya dalam nada penuh teruja.

Selain diberi peluang lagu tema Cinta Balqis, suara Eira juga digunakan dalam banyak lagi lagu tema serta montage drama bersiri antaranya lagu berjudul Sisi Duka dan Di Hati Ini dalam drama Ustaz Amirul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MasterChef cungkil bakat terpendam peserta

Posted:

MasterChef cungkil bakat terpendam peserta

MasterChef cungkil bakat terpendam peserta

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan ihsan ASTRO


SUASANA di salah sebuah bilik ujian sewaktu uji bakat MasterChef Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


SEJAK Astro mengumumkan akan menerbitkan program realiti masakan popular, MasterChef Malaysia, ramai yang mahu menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam bidang masakan.

Ditambah pula dengan populariti rancangan tersebut dalam versi MasterChef Australia, Junior MasterChef Australia dan MasterChef US, ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada anak tempatan yang mahu mencuba nasib untuk menerokai bidang tersebut.

Buktinya, dianggarkan lebih daripada 500 penyertaan diterima oleh pihak Astro sepanjang uji bakat dijalankan bermula April sehingga Mei lalu.

Ternyata angka itu sudah cukup menggembirakan Astro untuk rancangan yang kali pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan ia memberikan petanda yang cukup positif.

Sebanyak lima destinasi telah menjadi pilihan iaitu Pulau Pinang yang berlangsung pada 23 April, Johor Bahru (7 Mei), Kuala Terengganu (13 Mei) dan Kuala Lumpur (20 dan 21 Mei).

Walaupun angkanya tidak seramai uji bakat untuk rancangan hiburan popular lain namun, bagi Astro, apa yang penting adalah kualiti yang dicari bagi memastikan piawaian MasterChef Malaysia berada di tahap tertinggi.

Ini diakui sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi yang telah mendapat maklum balas positif daripada persembahan peserta yang menghadiri uji bakat.

"Memang cukup menakjubkan dan saya boleh katakan mengejutkan juga kerana kami tidak menyangka kualiti peserta yang hadir ke uji bakat memang cukup tinggi.

"Semuanya hadir dengan satu matlamat iaitu mahu mengembangkan lagi bakat terpendam mereka dalam bidang masakan selain mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap makanan.

"Malah, mereka yang hadir juga ada di antaranya yang mengejutkan kami dari segi latar belakang mereka tetapi, apabila mereka beraksi di dapur, ia memang sesuatu yang di luar jangkaan," ujar Azlin Reza ketika ditemui di sesi uji bakat MasterChef Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Memberi contoh salah seorang peserta yang menghadiri uji bakat di Sabah tempoh hari di mana seorang penoreh getah telah menghasilkan hidangan berasaskan makanan laut yang cukup enak.

Jelasnya lagi, peserta berusia pertengahan 20-an itu juga cukup bijak mempersembahkan hidangannya itu dengan cara yang unik sekali apabila ia diletakkan di dalam tabung uji.

"Selain itu juga, ada seorang mat rempit ini yang juga tidak kurang hebatnya telah menghasilkan masakan yang tidak kurang enaknya.

"Walaupun luaran sebegitu, tetapi, inilah yang dikatakan bakat istimewa yang barangkali kita tidak pernah jangka sama sekali.

"Kata mat rempit itu juga, dia hadir untuk uji bakat kerana mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap makanan dan atas alasan itu, dia mahu mencuba nasib," jelas Azlin Reza yang memberitahu uji bakat MasterChef Malaysia turut mendapat sambutan daripada warga emas yang sekadar mahu mencuba nasib.

Selain itu, salah satu faktor yang cukup menarik perhatian pihaknya sepanjang sesi uji bakat berlangsung adalah kreativiti yang dimiliki oleh sebahagian besar peserta.

Ia dapat dibuktikan pada setiap negeri di mana sesi uji bakat berlangsung yang memperlihatkan variasi makanan dan jenis masakan yang dipersembahkan.

"Rata-rata yang kami temui berkata, mereka banyak menonton rancangan dan saluran masakan bagi memberikan inspirasi serta idea untuk mencipta makanan sendiri," ujarnya tentang rancangan tersebut yang akan bersiaran mulai bulan Oktober ini di Astro Ria.

Untuk semua sesi uji bakat di lima lokasi MasterChef Malaysia, ia telah diadili oleh dua orang juri tetap, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Mohd. Zain serta beberapa orang juri jemputan termasuk Azlin Reza sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Akhirnya Islam pergi jua

Posted:

Akhirnya Islam pergi jua

Akhirnya Islam pergi jua

Oleh Zulkifli Noordin

KENYATAAN Joceline Tan dalam analisisnya di akhbar The Star kelmarin mengenai kesan pemilihan Pas merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata,''Pemilihan Pas menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihan raya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar "kepimpinan ulama'" parti tersebut!".

Deklarasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa 'Pas Islam pergi' akan mengetepikan perjuangan penubuhan 'negara Islam" dan mengubahnya kepada slogan "negara kebajikan" adalah bukti jelas kenyataan di atas.

Kesanggupan beliau menyatakan "konsep negara Islam" tidak ada dalam al-Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan neo-Pas melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya.

Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas dan ta'zir dan menolak penubuhan negara Islam.

Sebab itu ada hadis Melayu menyebut "Kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!".

Melaksanakan negara Islam bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab di dalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan negara kebajikan belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik.

Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesar, melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW, tetapi beliau tetap kafir. New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai welfare state - "negara kebajikan", tetapi mereka tetap negara kafir.

Menukar slogan daripada 'negara Islam kepada 'negara kebajikan adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya al-Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!

Teman sebenarnya bersimpati dengan Abdul Hadi. Teman sangat menghormati beliau sebagai seorang agamawan yang tegas walaupun tidak banyak bercakap, namun beliau kini tersepit di antara 'impian ke syurga' dengan 'kilauan Putrajaya'.

Kenyataan beliau bahawa pemilihan kepimpinan Pas yang baru adalah "Kabinet perang pilihan raya" beliau mengundang satu persoalan besar: perang untuk siapa?

Adakah Abdul Hadi terlupa ada di antara kaum Anwarinas yang dimahkotakan perwakilan baru-baru ini pernah secara terbuka mencabar beliau supaya meletak jawatan. Juak-juak mereka di luar sana juga pernah menghina Abdul Hadi secara terbuka dengan mendesak beliau meletakkan jawatan Presiden.

Malah mereka berkata Abdul Hadi adalah 'penghalang besar mereka ke Putrajaya! Teman tidak terkejut jika konspirasi halus akan dibuat untuk menekan Abdul Hadi sama ada meletak jawatan, atau 'ISA -Ikut Saja Anwarinas!

Dan itulah yang telah Abdul Hadi lakukan.

Tindakan pertama beliau sebagai Presiden bagi kaum Anwarinas membuktikannya; kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak kilp video yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau.

Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam, seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi, seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa!

Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, klip video, CCTV, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu?

Sebenarnya teman yakin Abdul Hadi tahu, jauh di hati kecilnya siapa pelaku dalam klip video itu. Bak kata beberapa ulama Pas yang pernah menonton, "Sukar untuk nak kata itu bukan Anwar!!!".

Abdul Hadi tahu isunya bukan qazaf, bukan zina; tetapi kelayakan untuk memimpin dan menjadi pemimpin.

Dan Abdul Hadi tahu klip video itu membuktikan manusia yang ditabal isterinya sendiri tidak layak menjadi pemimpin, tetapi sayang, Abdul Hadi tersepit kelemasan dalam gelombang kemunculan kaum Anwarinas!

Pemilihan kali ini menyaksikan kaum Anwarinas berjaya menguasai saf kepimpinan Pas. Sebagaimana idola mereka, kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu politik mereka.

Dan yang lebih merbahaya, ini adalah kaum yang akan bersedia menggunakan al-Quran dan sunah untuk menghalalkan apa sahaja yang akan mereka lakukan, sebiji sebagaimana yang dibuat oleh Attarturk semasa menghalalkan tindakan menghancurkan Islam dengan menggunakan Islam.

Sebab itu mereka tidak layak dilabel "Erdogan", kerana prinsip dan perjuangan Reccep Tayyib Erdogan jauh berbeza dengan mereka.

Lebih layak mereka diberi label "Attarturk", atau lebih afdal "kaum Anwarinas", kerana kiblat mereka ialah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan, bukannya Abdul Hadi.

Kaum Anwarinas mendakwa mereka sangat menghormati ulama. Malah mereka menegaskan akan memperkasakan ulama di dalam Pas. Ternyata ini sekadar retorik politik dan pemanis mulut sahaja! Inilah kaum yang pernah menuntut Abdul Hadi meletakkan jawatan. Beberapa hari sebelum pemilihan, juak mereka menghina Abdul Hadi dengan mendesak beliau mengosongkan jawatan Presiden.

Nasihat para ulama seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib agar kepimpinan ulama sedia ada dikekalkan, mereka tolak macam sampah. Hari ini mereka 'pootar-poosing' mendakwa sangat menghormati dan akan memperkasakan ulama.

Umat Islam dan rakyat negara ini perlu bersedia berhadapan dengan satu fenomena baru politik machiavelli yang akan dibawa oleh kaum Anwarinas ini.

Ia adalah kaum yang mana prinsip utamanya ialah "matlamat menghalalkan cara". Kalau kalimah Allah SWT pun mereka sanggup gadai-jual demi politiking yang melampau, maka politiking kaum ini memang tidak ada sebarang batasan.

Kalau anak isteri mereka boleh jadikan bahan gadaian politik dengan "baiah talak tiga", umat dan rakyat boleh bayangkan apa yang mereka boleh dan sanggup lakukan demi sedikit mahkota kekuasaan!

Ingatlah, inilah kaum yang dahulu pernah melabel Anwar Ibrahim dengan gelaran "Al-Juburi". Inilah kaum yang pernah melabel Anwar sebagai "kafir", termasuk di atas mimbar Jumaat.

Inilah kaum yang pernah melabel syiah sebagai "kafir". Inilah kaum yang pernah mengisytiharkan berkawan dengan kafir itu kafir - arridho bil kufr, kufr bentak mereka. Tapi hari ini, kaum ini juga menjadi penjilat Anwar nombor wahid! Inilah kaum yang hari ini menjadikan syiah sebagai rakan sekutu.

Inilah kaum yang hari ini yang sanggup tidur sebantal dengan DAP! Inilah kaum yang hari ini melabel Sahibus Samahah Mufti Perak dengan gelaran "haramsani".

Inilah kaum yang hari ini mengatakan "negara Islam" tidak ada dalam al-Quran!!! Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang bersedia melakukan apa sahaja; politik mereka tanpa batas tiada sempadan; semuanya halal bila boleh memuaskan nafsu serakah mereka!

BAHAGIAN AKHIR BERSAMBUNG ESOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya masjid agenda terbaru pecah belah orang Melayu

Posted:

Pilihan raya masjid agenda terbaru pecah belah orang Melayu

Pilihan raya masjid agenda terbaru pecah belah orang Melayu

KERAJAAN DAP Pulau Pinang boleh berhujah atau memberikan apa sahaja alasan berhubung tindakannya memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah masjid di seluruh negeri itu menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Tetapi apa yang nyata tindakan itu seolah-olah ingin menyeret institusi masjid ke dalam kancah politik kepartian.

Walaupun alasan yang diberikan kononnya ia bertujuan bagi memastikan kaedah pemilihan adalah lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada semua itu hanyalah alasan.

Selama ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu, pemilihan AJK masjid bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di seluruh negara tidak ada masalah tetapi kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang ingin memadai-madai mengajar orang Melayu bagaimana hendak memilih AJK tersebut?

Jelas apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah bermotif politik dan sengaja mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan perpaduan di kalangan orang Melayu di negeri tersebut.

DAP amat memahami bahawa orang Melayu sudah cukup banyak berpecah kerana pelbagai faktor khususnya politik dan kini ia mahu memperluaskan kepada pemilihan AJK masjid pula.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh melenting apabila ada pihak menganggap ia sebenarnya satu agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid.

Kalau tidak ada niat demikian kenapakah perlu secara tiba-tiba kaedah yang sedia ada hendak diubah apabila DAP berkuasa?

Tambahan pula, pelaksanaan pilihan raya masjid tersebut itu mahu diadakan secara tergesa-gesa tanpa perbincangan apatah lagi mengambil kira pandangan umat Islam di kawasan-kawasan yang terlibat.

Kita yakin jika ia dilaksanakan sudah pastilah banyak masalah yang akan timbul dan seterusnya akan mengakibatkan pengurusan masjid menjadi kacau bilau.

Selama ini orang Melayu tidak pernah pun berbalah kerana pemilihan AJK masjid, mereka memilih sahaja siapa yang terpilih.

Apa yang kita bimbangkan, pilihan raya masjid ini bertujuan untuk membolehkan DAP melalui sekutunya, Pas menilai sejauh manakah sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan.

Ia kerana melalui pilihan raya itu mereka akan mengetahui kariah manakah yang memihak kepada kerajaan pakatan pembangkang dan kariah mana pula yang menyebelahi UMNO serta kerajaan Pusat.

Kita sama sekali tidak boleh menerima alasan bahawa pelaksanaan pilihan raya masjid itu bukan bertujuan politik kerana apa pun kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan ia pasti ada kaitan dengan politik bagi mengekalkan kekuasaan pemerintahan.

Oleh itu apa yang diharapkan orang Melayu tidak akan terjebak dengan agenda mana-mana pihak untuk terus berusaha memecah-belahkan mereka.

Orang Melayu Pulau Pinang perlu menolak pelaksanaan pilihan raya masjid itu kerana ia bukanlah urusan pihak lain untuk mengajar mereka bagaimana hendak menguruskan rumah Allah itu.

Bukanlah satu kesalahan kalau kariah di sesuatu kawasan tidak menghadiri pilihan raya itu, mereka tidak akan rugi apa-apa pun, sebaliknya mereka akan lebih rugi jika menghadiri kerana ini boleh menyebabkan orang Melayu berpecah belah kerana menyokong kelompok A atau kelompok B.

Tidak salah untuk orang Melayu berbeza fahaman politik tetapi biarlah ia sekadar di luar masjid sahaja kerana apabila memasuki sahaja ke rumah Allah itu, kita sujud kepada Tuhan yang satu dan mengadap kiblat yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Sony perkenal Playstation Vita

Posted:

Sony perkenal Playstation Vita

Sony perkenal Playstation Vita

LOS ANGELES 7 Jun - Sony semalam memperkenalkan generasi baru alat permainan mudah alih 'PlayStation Vita' serta judul-judul konsol 'blockbuster' 3D dalam usaha untuk memulihkan imejnya selepas diaibkan oleh serangan siber ke atas sistem permainan komputernya.

Gergasi hiburan Jepun itu menukar arena sukan Los Angeles menjadi sebuah medan muzik dan permainan video, dengan fokus kepada permainan komputer dan perkakasan baru menjelang pembukaan Ekspo Hiburan Elektronik (E3), hari ini.

"Ini bukan kali pertama saya tampil di pentas E3 dengan dibayangi oleh isu besar," kata ketua eksekutif Sony Computer Entertainment of America, Jack Tretton kepada 6,000 orang yang memenuhi arena tersebut.

Beliau memohon maaf kepada mereka yang menggunakan PlayStation Network (PSN) untuk dihubungkan dengan permainan, filem dan muzik dalam talian menerusi konsol permainan PlayStation 3 (PS3).

PSN ditutup selepas penggodam menceroboh rangkaian itu dan mencuri data pengguna.

Sony membawa kembali sistem itu ke dalam talian secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa minggu sebelum E3 selepas mengukuhkan sistem pertahanannya.

Tretton mengucapkan terima kasih kepada peminat PS3 kerana kesetiaan mereka, sambil berkata, tahap lalu lintas dalam talian di PSN sudah pun melebihi 90 peratus daripada tahap sebelum gangguan manakala jualan konsol melonjak minggu lepas.

Selepas selesai memohon maaf, para eksekutif Sony segera mengalihkan fokus hadirin kepada barisan permainan video baru dengan judul 3D sensasi seperti siri francais Drake's Fortune: Uncharted yang dijadual dilancarkan pada November ini.

"Komitmen kami terhadap 3D tidak berbelah bahagi," jelas Tretton, dengan menambah, Sony tidak lama lagi akan mempunyai lebih 100 judul dalam format itu termasuk judul God of War dalam edisi koleksi. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved