Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Gaji bulanan rendah punca rasuah?

Posted:

Gaji bulanan rendah punca rasuah?

Gaji bulanan rendah punca rasuah?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Jun – Gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan tambahan dipercayai menjadi punca utama pemain-pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team menerima suapan untuk menampung kos sara hidup mereka.

Setiap pemain skuad itu dikatakan hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1,000, dan dengan jadual latihan yang padat, mereka tidak berpeluang melakukan kerja sampingan.

Menurut sumber, tidak hairanlah, nilai suapan yang ditawarkan sekitar RM200 hingga RM300 bagi setiap perlawanan dianggap cukup lumayan untuk menampung kos sara hidup pemain-pemain skuad itu.

"Pemain-pemain tersebut rata-ratanya masih muda iaitu berusia lingkungan awal 20-an. Jadi, mereka mudah terpengaruh dengan gaya hidup zaman sekarang.

"Mereka dikatakan terpaksa menerima imbuhan itu kerana perlu menjaga penampilan mereka selain untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 21 tuduhan memberi rasuah sebanyak RM24,900 kepada pemain skuad berkenaan bertujuan mengatur keputusan satu perlawanan merebut piala tersebut pada April lalu.

Ini merupakan kes pertama jurulatih bola sepak di negara ini didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Selain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, turut disiasat ketika ini adalah skuad Piala Presiden dari Terengganu, T-Team.

Pemberian imbuhan atau elaun kebiasaannya disumbangkan oleh kerajaan negeri dalam bentuk rumah, tanah atau wang tunai untuk skuad bola sepak Liga Super. Bagaimanapun, ia tidak melibatkan skuad bola sepak Piala Presiden.

Sumber itu berkata, kelemahan-kelemahan itu pula telah dijadikan satu peluang bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk 'membeli' perlawanan mereka.

Sehubungan itu, pihak terbabit dicadangkan untuk mengkaji semula dasar pemberian gaji yang diperuntukkan bagi setiap pemain termasuk skuad pelapis dalam Piala Presiden mereka bagi mengelak kejadian serupa berlaku pada masa akan datang.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata, jumlah gaji dan sebarang pemberian elaun atau imbuhan ditetapkan oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

"FAM tidak campur tangan, keputusan jumlah gaji, elaun atau imbuhan ditetapkan sendiri persatuan masing-masing.

"Tiada sebarang garis panduan ditetapkan untuk persatuan negeri masing-masing bagi menentukan jumlah gaji yang diberi kepada pemain mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengendali Twitter hina Islam guna pelayan luar negara

Posted:

Pengendali Twitter hina Islam guna pelayan luar negara

Pengendali Twitter hina Islam guna pelayan luar negara

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pemilik akaun laman sosial Twitter, sitt_alwuzara yang menimbulkan kontroversi menghina kesucian agama Islam ketika ini dipercayai menggunakan pelayan luar negara.

Menurut sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), walaupun pemilik akaun itu menggunakan pelayan dari luar negara namun ia boleh melayari atau menghantar sebarang maklumat dari dalam negara ini.

Difahamkan, berikutan itu, ia menyukarkan SKMM menjejaki pemilik akaun terbabit.

Jelas sumber itu lagi, SKMM masih menjalankan siasatan lokasi sebenar pemilik akaun itu melakukan jenayah siber yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

"Kita percaya pengendali Twitter itu menggunakan pelayan luar negara untuk berhubung melalui laman sosial tersebut.

"Dia juga boleh berinteraksi menggunakan pelayan dari luar negara sama ada di rumah, pejabat mahupun kafe siber di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilik akaun Twitter yang sebelum ini cuba disekat oleh SKMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Facebook dan blognya, terus mencabar kesucian Islam melalui penggunaan gambar profilnya.

Gambar yang digunakan dalam akaun Twitter miliknya itu menunjukkan penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga sedang duduk di atas rumah suci Kaabah sambil memegang mikrofon.

Laman Twitter itu mula beroperasi sejak 5 Mei lalu dan telah berinteraksi hampir 1,000 kali serta mempunyai 3,361 pengikut sejak dibuka.

Pemilik akaun tersebut turut mendakwa dia sebenarnya wanita warga Malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam serta pernah menunaikan ibadat haji.

Kini pemilik akaun Twitter itu telah menukar profil kepada gambar seorang gadis berpakaian menjolok mata yang berdiri di belakang Kaabah dengan tulis IKEA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved