Selasa, 7 Jun 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kes Lingam boleh dicabar

Posted:

Kes Lingam boleh dicabar

Kes Lingam boleh dicabar

Oleh NORLIZAH ABAS pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 7 Jun - Penemuan-penemuan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan rakaman klip video V.K. Lingam perlu dicabar melalui semakan kehakiman bagi menentukan sama ada kesannya benar-benar menjejaskan hak asasi peguam tersebut dan dua bekas Ketua Hakim Negara.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zaharah Ibrahim berpendapat, isu yang dihujahkan bahawa penemuan-penemuan tersebut melanggar hak asasi mereka di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan perlu didengar agar meritnya dapat diputuskan.

Demikian alasan penghakiman beliau ketika membenarkan rayuan peguam Datuk V.K. Lingam dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta Tun Mohd. Eusoff Chin pada 24 Ogos tahun lalu agar semakan kehakiman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan majoriti 2-1 itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud manakala Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus menolaknya.

Lingam dalam rayuannya memohon diberi keadilan membersihkan nama yang tercalar teruk berikutan penemuan itu menyebabkannya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Jun 2008 dan kemungkinan menghadapi pendakwaan.

Hakim Zaharah dalam penghakimannya menyatakan, perayu-perayu mendakwa, walaupun tiada pendakwaan dikenakan, kesan daripada penemuan itu telah meninggalkan aib yang berkekalan terhadap diri mereka.

Beliau turut menyatakan, suruhanjaya itu membuat penentuan berhubung kewujudan beberapa fakta dan selanjutnya mencapai kesimpulan daripadanya.

Ujar beliau, suruhanjaya tersebut turut mencapai penemuan di bawah tiga terma rujukan bahawa wujud bukti mencukupi berhubung salah laku pihak-pihak tertentu termasuk ketiga-tiganya yang memerlukan undang-undang dikuatkuasakan.

Hakim Zaharah berpendapat, penemuan-penemuan tersebut (walaupun bukan satu keputusan seperti yang dihujahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan) masih perlu diberi kebenaran untuk dicabar semasa semakan kehakiman.

Kabinet pada 16 Mei 2008 memutuskan mendedahkan kepada umum isi kandungan laporan suruhanjaya itu yang mengesahkan bahawa rakaman perbualan telefon dalam klip video itu dibuat antara Lingam dan Ahmad Fairuz manakala isi kandungan perbualan itu adalah benar.

Lingam merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang menolak permohonannya bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan sebahagian atau keseluruhan hasil laporan suruhanjaya tersebut.

Pada 12 Disember 2008, Hakim Datuk Abdul Kadir Musa memutuskan penemuan-penemuan dalam laporan itu tidak boleh dicabar setelah membenarkan bantahan awal pihak responden yang merupakan ahli-ahli suruhanjaya.

Mereka terdiri daripada Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Datuk Mahadev Shankar, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Bagaimanapun, pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengizinkan suruhanjaya itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penemuan laporan itu dicabar melalui semakan kehakiman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Thailand edar kanabis

Posted:

Warga Thailand edar kanabis

Warga Thailand edar kanabis


PHICHET Jehna (tengah) diiringi keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhi hukuman gantung,, di Kangar, Perlis, semalam.


KANGAR 7 Jun - Setelah menjalani hukuman penjara hampir empat tahun, seorang lelaki warganegara Thailand hari ini dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 105.8 kilogram, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Hasan Lah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Phichet Jehna, 37, setelah tertuduh didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Ketika kejadian, tertuduh yang bekerja sendiri, memandu kereta dari Thailand menuju ke Pulau Pinang.

Phichet pada asalnya didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) yang membawa hukuman mati kerana mengedar kanabis seberat 105,783.2 gram di Kompleks Imigresen, Padang Besar kira-kira pukul 5.15 petang, 5 Februari 2003.

Bagaimanapun di akhir kes pendakwaan, pertuduhan itu dipinda oleh mahkamah kepada tuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 39A akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 10 kali.

Bapa kepada seorang anak itu mengaku bersalah atas tuduhan pindaan tersebut dan dihukum penjara 18 tahun serta sebatan 10 kali pada Ogos 2007.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan dan Mahkamah Rayuan kemudian memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sekali gus memanggil tertuduh membela diri atas pertuduhan asal.

Phichet diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azman Abu Hassan.

Turut hadir di mahkamah ialah ahli keluarga tertuduh termasuk ibu, isteri dan adik lelakinya yang tiba dari Pattani, Thailand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved