Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Cegah ponteng melalui SMS

Posted:

Cegah ponteng melalui SMS

Cegah ponteng melalui SMS

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my

Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi banyak kemudahan kepada warga pendidik termasuk yang terkini sistem aplikasi mengesan kehadiran pelajar, m-Attendance yang dibangunkan oleh Mobile Biz Network Sdn. Bhd.

Pengarah Pembangunan Produknya, Hazwan Abu Hassan berkata, m-Attendance merupakan sistem aplikasi kehadiran yang pertama seumpamanya di negara ini untuk membantu mengurangkan kadar ponteng sekolah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

"Penggunaan sistem aplikasi m-Attendance merupakan satu langkah pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan mengikut keperluan kehidupan dan persekolahan abad ke-21," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya lagi, sistem aplikasi ini berfungsi apabila guru di sekolah mengambil kedatangan setiap pelajar menggunakan komputer tablet iPad dan seterusnya ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel yang memaklumkan status kehadiran anak mereka ke sekolah sejurus kedatangan diambil.

"Selain mengurangkan kadar ponteng sekolah, aplikasi ini juga dilihat mampu memudah serta meringankan beban guru kelas dalam mengurus data kehadiran pelajar.

"Ia juga membantu memudahkan ibu bapa untuk memberi cadangan, pandangan dan aduan kepada sekolah melalui SMS selain membantu menghebahkan segala aktiviti dan program sekolah dengan lebih cepat, mudah dan kos efektif," jelasnya.

Hazwan berkata, antara faedah penggunaan aplikasi berkenaan pula ialah membantu melicinkan lagi sistem penyampaian maklumat sekolah dan meningkatkan prestasi, imej dan kredibiliti sekolah.

"Selain itu, sistem aplikasi m-Attendance turut mempunyai ciri-ciri tambahan seperti Homework Alert, Profil Pelajar, Laporan Akademik, Laporan Disiplin dan Buku Teks Digital.

"Selain sistem SMS Kehadiran m-Attendance, pakej sistem aplikasi kehadiran ini turut dilengkapi dengan Sistem Aduan m-Centre dan Sistem SMS Hebahan OwnSms-Broadcast.

"Dengan sistem SMS Hebahan OwnSms-Broadcast, aktiviti dan program sekolah seperti hari sukan, peringatan tarikh peperiksaan, makluman tunggakan yuran, mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dimaklumkan terus kepada ibu bapa melalui SMS," terang beliau.

Semasa pelancarannya baru-baru ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal di Kemaman, Terengganu telah dipilih sebagai sekolah pertama di negara ini yang menggunakan aplikasi tersebut.

Sebanyak 41 buah iPad telah disumbangkan oleh syarikat Apple Malaysia untuk kegunaan guru-guru di sekolah tersebut bagi melaksanakan projek induk sistem aplikasi berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bimbingan kaunseling untuk Generasi Y

Posted:

Bimbingan kaunseling untuk Generasi Y

Bimbingan kaunseling untuk Generasi Y


Mohamad Saadon Haron menurunkan tanda tangan di gerai pameran yang dilawatinya sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Program Outreach Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011 di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Dalam usaha untuk mencari pendekatan membimbing yang lebih sesuai bagi generasi pelajar sekolah masa kini, Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan Program Outreach Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011.

Karnival yang julung-julung kalinya diadakan itu merupakan cetusan idea untuk menyahut cabaran perkembangan sosial Generasi Y serta membantu meningkatkan mutu perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan tugas secara berkesan dan berfokus.

Timbalan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sentul, Mohamad Saadon Haron berkata, karnival yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang lebih mencabar pada masa kini.

"Penganjuran karnival ini memberi makna besar dalam usaha untuk memantapkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah selaras dengan peredaran masa dan zaman yang terlalu menuntut perubahan bagi manfaat semua," katanya ketika merasmikan karnival tersebut di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kira-kira 3,000 pelajar dari 200 buah sekolah rendah dan 98 sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur menyertai karnival dengan tema "Relax and Cool" itu.

Pelbagai program dan pengisian turut disusun sepanjang berlangsungnya karnival tersebut termasuklah pameran, program Outreach, program "My Talent" dan juga ceramah.

Menurut Mohamad Saadon lagi, guru-guru bimbingan dan kaunseling perlu merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dengan lebih berkesan terutamanya pendekatan terkini yang lebih relevan dalam membantu Generasi Y mengurus diri mereka.

"Perancangan yang rapi dan kreatif serta menarik pastinya mampu membentuk keperibadian remaja dalam suasana yang lebih harmoni.

"Semoga matlamat untuk memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kepakaran guru kaunseling dari semasa ke semasa dapat dicapai agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini dan juga masa hadapan," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia yakin bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah mampu memberikan perkhidmatan terbaik dalam merawat emosi dan tingkah laku Generasi Y dengan adanya penambahbaikan yang berterusan.

"Program ini juga diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya bagi memberi peluang kepada Generasi Y untuk meneroka alam keremajaan mereka dengan lebih positif," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mekanik maut selepas balik dari karaoke

Posted:

Mekanik maut selepas balik dari karaoke

Mekanik maut selepas balik dari karaoke


KEADAAN mayat Lee Zin Hao selepas kereta yang dipandunya terbabas di KM 19.3 Lekas, Seremban, semalam.


SEREMBAN 30 Okt. - Kegembiraan lima sahabat selepas menghadiri satu majlis di pusat karaoke bertukar tragedi apabila seorang daripadanya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah utara dekat sini, hari ini.

Dalam kemalangan pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Lee Zin Hao (gambar), 25, yang bekerja sebagai mekanik maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas tercampak dari kenderaan dipandunya itu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta Chevrolet Aveo bersama empat lagi rakannya berusia 20-an hingga 30-an dari Seremban menuju ke Kajang, Selangor.

Difahamkan, kelima-lima mereka yang berasal dari Kajang baru sahaja selesai menghadiri satu majlis di sebuah pusat karaoke di bandar ini.

"Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi lebuh raya lalu merempuh besi penghadang jalan.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa dan seorang lagi penumpang di belakang tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira 10 meter," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang rakannya yang tercampak turut mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

"Seorang lagi penumpang di dalam kereta terbabit turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut manakala dua lagi rakan mangsa hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar," jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kami masih menyiasat punca sebenar kejadian dan mayat mangsa kini berada di HTJS untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

2 sahabat maut, seorang lagi parah

Posted:

2 sahabat maut, seorang lagi parah

2 sahabat maut, seorang lagi parah

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka yang dipercayai dipandu laju terbabas lalu merempuh tiang konkrit sebuah jejambat berhampiran Kompleks Desa di Jalan Kepong di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pukul 3.05 pagi ketika kedua-dua mangsa, Chong Chee Seong, 26, yang bekerja sebagai juruteknik dan Low Kun Hong, 24, pula peniaga dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke pusat bandar.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kereta Proton Wira itu dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh tiang konkrit jejambat.

"Selepas beberapa minit, sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki muncul dari arah sama namun, tidak sempat mengelak dan merempuh kereta berkenaan. Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pemandu Honda Civic itu cedera parah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sharbinee minta maaf

Posted:

Sharbinee minta maaf

Sharbinee minta maaf

Oleh Radhuan Hussain
sukan@utusan.com.my


Pemain Terengganu kecewa setelah kecundang 1-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Izham Jaafar


KUALA TERENGGANU - "Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Terengganu terutama penyokong pasukan. Saya akui kesilapan yang saya lakukan. Saya minta maaf kerana gagal bawa balik trofi kali ini."

Demikian luahan penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee ekoran kekalahan 1-2 pasukannya kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Sharbinee mengakui kesilapannya membolehkan Negeri Sembilan menjaringkan gol penyamaan menerusi S.Kunanlan (minit ke-81) setelah Terengganu mendahului hasil jaringan Mohd. Ashaari Samsudin (minit ke-59), sebelum Hairuddin Omar meledak gol kemenangan skuad Rusa pada minit ke-86.

Menurut Sharbinee, dia sangat kecewa dengan kesilapannya memberikan gol mudah pada Negeri Sembilan.

"Nak buat macam mana, saya dah lakukan sedaya upaya tapi ia tetap berlaku. Saya sifatkan ini satu lagi pengalaman pahit saya. Saya anggap ini satu pengajaran buat saya untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang," ujarnya.

Mohd. Sharbinee dan pemain Terengganu tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Bekas penjaga gol kebangsaan berusia 25 tahun itu tidak menyalahkan keadaan permukaan padang sebagai punca dia melakukan kesilapan sehingga terlepas bola dari genggamannya.

"Ia memang kecuaian saya sendiri tapi ini semua dah lumrah dalam permainan. Saya kena terima (cemuhan orang), sudah lumrah kalau kita buat silap kita dikeji dan kalau beraksi baik dan cemerlang, kita dipuji," katanya.

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti juga tidak menyalahkan Sharbinee sepenuhnya atas kekalahan pasukannya.

Katanya, para pemain Terengganu agak kurang fokus sehingga memberi peluang kepada Negeri Sembilan menyamakan kedudukan seterusnya mencipta jaringan kemenangan menerusi penyerang berpengalaman, Hairuddin Omar.

"Ketiadaan pemain pertahanan, Mazlizam Mohamad yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan kepala, turut menyukarkan kami," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Jangan benci saya'

Posted:

'Jangan benci saya'

'Jangan benci saya'

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Pemain Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia di sekeliling stadium selepas memenangi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Gembira dalam sedih. Itu perasaan penyerang Negeri Sembilan, Hairuddin Omar atau Hai-O ketika memberikan kemenangan 2-1 kepada pasukannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 menentang Terengganu di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Ini kerana dia gembira memberikan kemenangan buat pasukan yang diwakilinya ketika ini, namun dalam masa yang sama memahami kekecewaan penyokong negeri kelahirannya, Terengganu.

Ekoran itu, dia meminta penyokong skuad Penyu tidak membencinya kerana menjadi penyebab kekalahan Terengganu hasil jaringannya pada minit ke-86.

"Saya mohon maaf kepada semua penyokong Terengganu pada perlawanan hari ini (kelmarin) dan saya harap sangat agar mereka tidak membenci saya.

"Negeri Sembilan adalah majikan yang membayar gaji saya serta Terengganu adalah negeri asal saya. Saya terpaksa memberikan yang terbaik buat majikan saya untuk mendapatkan kemenangan ini," kata Hairuddin.

Sementara itu ditanya mengenai kontraknya bersama Negeri Sembilan akan tamat bulan depan, Hairuddin berkata dia masih belum pasti berhubung masa depannya.

"Tahun depan saya akan terus bermain cuma saya masih belum tahu hala tuju saya selepas kontrak tamat.

"Sama ada kekal atau berpindah, itu semua saya akan fikirkan selepas ini," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas tidak bersedia laksana hudud

Posted:

Pas tidak bersedia laksana hudud

Pas tidak bersedia laksana hudud

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah bersedia atau membuat perancangan yang teliti untuk melaksanakan hudud di negeri ini biarpun enakmen mengenainya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hampir 20 tahun dahulu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu hudud ditimbulkan semula oleh Pas kerana pilihan raya umum semakin hampir bagi menarik sokongan rakyat.

Beliau berkata, perancangan yang teliti termasuk penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan sepatutnya dibuat lebih awal sekiranya mereka benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya.

"Untuk laksanakan hudud bukan perkara kecil, amat penting perlu ada perancangan dan kerja yang teratur, bukan hanya bercakap sejak 20 tahun lalu tanpa sebarang tindakan.

"Hari ini baru hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud kerana pilihan raya semakin hampir, jika Pas benar ikhlas, persedian untuk laksanakan hudud dibuat sejak bertahun-tahun dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 278 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Utusan Malaysia pada 24 Oktober lalu melaporkan kerajaan Pas Kelantan mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli daripada kalangan profesional termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu memastikan keadaan di negeri ini benar-benar kondusif sebelum hudud dilaksanakan.

"Perlu ada keadilan dalam perkara ini, fakir miskin dibantu, pentadbir yang bersih, masih banyak perkara perlu dipenuhi terlebih dahulu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PRU-13: Jentera Barisan Nasional perlu bersiap sedia

Posted:

PRU-13: Jentera Barisan Nasional perlu bersiap sedia

PRU-13: Jentera Barisan Nasional perlu bersiap sedia

PULAU PANGKOR 30 Okt. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera Barisan Nasional (BN) perlu bersiap sedia dengan perancangan dan pelaksanaan yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan dalam usaha memastikan BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi di samping merampas semula kerusi yang dikuasai oleh parti pembangkang.

Sambil mengimbas kembali prestasi BN dalam pilihan raya umum lalu, Ahmad Zahid berkata, apa yang berlaku berpunca daripada kelalaian dan kesilapan BN dan UMNO sendiri.

"Bagaimanapun ada hikmah di sebalik peristiwa itu supaya kita sentiasa bermuhasabah atas kesilapan yang dilakukan di samping menjadikan ia sebagai teladan untuk kita lebih berhati-hati pada sama akan datang, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Kolokium Gagasan 1Malaysia UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, semua pendokong parti dan jentera penggerak pilihan raya BN mesti sentiasa berazam untuk memperoleh kerusi melebihi dua pertiga bagi memudahkan parti menubuhkan kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Katanya, selama memerintah BN terbukti boleh mentadbir lebih cekap, telus dan adil kepada semua kaum.

Ahmad Zahid juga mahu pelbagai program digerakkan secara berterusan sehingga pilihan raya diadakan.

Mengenai kawasan Bagan Datoh, beliau berkata, di samping mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN Rungkup yang dimenangi, jentera BN juga perlu berusaha mengembalikan kerusi DUN Hutan Melintang kepada parti berkenaan.

"Kekalahan satu kerusi boleh merosakkan cita-cita BN menubuhkan semula kerajaan negeri dan kemenangan setiap kerusi adalah penting untuk membantu menubuhkan kerajaan mengikut amalan demokrasi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Syria beri amaran kepada Barat

Posted:

Syria beri amaran kepada Barat

Syria beri amaran kepada Barat


Gambar dikeluarkan Agensi Berita Syria pada 27 Oktober lalu merakamkan beribu-ribu penduduk Syria mengadakan perhimpunan di bandar Latakia, utara Damsyik bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Bashar al-Assad – AFP


LONDON 30 Okt. – Presiden Syria, Bashar al-Assad memberi amaran, kuasa-kuasa Barat bakal mencetuskan 'gempa bumi' yang akan memusnahkan seluruh Asia Barat jika mereka campur tangan di negaranya.

Assad dalam wawancara dengan akhbar Sunday Telegraph dari Britain hari ini berkata, negara-negara Barat sudah pasti akan meningkatkan tekanan 'tetapi Syria berlainan daripada segala segi berbanding Mesir, Tunisia dan Yemen kerana sejarahnya berbeza dan politiknya juga berbeza'.

Assad berkali-kali dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liga Arab dan kerajaan Barat kerana menggunakan kekerasan dalam usaha untuk menghancurkan pemberontakan di negara itu sejak tujuh bulan lalu.

Aktivis berkata, tentera Syria membunuh lebih 50 penduduk awam dalam tempoh 48 jam lalu dan sekumpulan askar yang berpaling tadah disyaki membunuh 30 askar kerajaan dalam pertempuran di bandar Homs dan dalam serangan hendap di wilayah Idlib, semalam.

"Syria kini menjadi hab di rantau ini dan ibarat garisan gelinciran dan jika anda mengganggu bumi, anda akan mencetuskan gempa bumi," tegas Presiden Syria itu.

Beliau bertanya kepada kuasa Barat, sama ada mereka mahu melihat Syria menjadi seperti Afghanistan atau berpuluh-puluh Afghanistan.

"Sebarang masalah di Syria akan membakar seluruh rantau ini dan jika ada rancangan untuk memecahbelahkan Syria, seluruh rantau ini akan berpecah belah," ujar beliau.

PBB menganggarkan 3,000 orang termasuk hampir 200 kanak-kanak terbunuh dalam pemberontakan di Syria sejak protes bermula pada Mac lalu.

Pihak berkuasa Syria mendakwa keganasan itu berpunca daripada kumpulan bersenjata yang telah membunuh 1,100 askar dan anggota polis.

Assad berkata, berbanding pemimpin Arab yang digulingkan dalam revolusi Arab itu, beliau memberikan tindak balas berbeza.

"Kami tidak mengambil pendekatan sebuah kerajaan yang keras kepala, sebaliknya enam hari selepas protes bermula, saya memulakan pembaharuan dan masalah mula berkurangan.

"Ketika itulah arus mula berubah dan rakyat mula menyokong kerajaan," katanya kepada Sunday Telegraph.

Sementara itu, Assad dijangka terus mendapatkan sokongan dari Rusia walaupun kerajaannya dikritik hebat ekoran tindakan keras yang diambil terhadap penunjuk perasaan.

"Syria bergantung kepada Rusia kerana kedua-dua negara ini mempunyai hubungan yang kukuh dari segi sejarah dan peranannya sangat penting," katanya. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir di Thailand jadi isu politik

Posted:

Banjir di Thailand jadi isu politik

Banjir di Thailand jadi isu politik


beberapa kapal terbang tersadai di lapangan terbang Don Muang di Bangkok akibat banjir, semalam. - REUTERS


BANGKOK 30 Okt. - Banjir yang melanda ibu negara Thailand kini bertukar menjadi isu politik, menggambarkan perpecahan yang masih wujud di negara ini, selepas setahun tercetus kekacauan politik yang mengakibatkan jumlah korban yang tinggi.

Pemerhati berkata, usaha persediaan menghadapi banjir dibayangi mesej yang bercanggah daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan pihak berkuasa tempatan, ketika kedua-dua pihak ingin mendapat sokongan politik rakyat.

Gambaran perpecahan ketika menghadapi bencana alam itu memadamkan harapan ia akan menyatupadukan parti-parti politik selepas mengalami ketidakstabilan politik sejak tentera merampas kuasa daripada Thaksin Shinawatra abang Yingluck pada 2006.

''Ini bukan lagi isu bencana alam. Ia menjadi satu permainan politik yang ganas. Ini merupakan satu persaingan walaupun ketika kemuncak krisis.

''Ia mendedahkan keadaan sebenar di Thailand, menggambarkan perpecahan dalam masyarakat di mana ideologi politik membayangi tanggungjawab awam dan keselamatan negara,'' kata seorang penganalisis politik dari Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura, Pavin Chachavalpongpun. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


IKM RM120 juta dibina di Raub

Posted:

IKM RM120 juta dibina di Raub

IKM RM120 juta dibina di Raub

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 30 Okt. - Sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM) akan dibina di tapak seluas 60 hektar berdekatan bandar ini dalam tempoh Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, projek yang membabitkan peruntukan RM120 juta itu bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan daerah Raub.

"Saya difahamkan pelajar lepasan sekolah menengah di daerah ini serta daerah-daerah berhampiran akan diberikan keutamaan bagi mendapatkan pelbagai latihan kemahiran yang disediakan nanti.

"Ia merupakan IKM pertama dibina di kawasan Pahang Barat setakat ini dan seterusnya membantu menjana ekonomi penduduk di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan penyampaian elaun kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung daerah Raub di sini, kelmarin.

Turut hadir, ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mat Ali.

Menurut Shahiruddin, kerja-kerja projek akan dilaksanakan sebaik sahaja reka bentuk serta proses tender dikeluarkan tidak lama lagi.

Tambahnya, projek tersebut merupakan terbesar dilaksanakan kerajaan di daerah ini dalam usaha untuk meningkatkan latihan dan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang.

Katanya, sebagai permulaan seramai 300 pelajar bakal diambil apabila ia mula beroperasi kelak.

Beliau yang juga Pengerusi Giat Mara yakin matlamat kerajaan untuk melatih dan melahir ramai tenaga mahir dari kalangan belia terutamanya lepasan sekolah.

Full content generated by Get Full RSS.

RM50j bina jalan pintasan

Posted:

RM50j bina jalan pintasan

RM50j bina jalan pintasan

KUANTAN 30 Okt. - Syarikat Kumpulan ZCM akan membina sebuah jalan pintasan bernilai kira-kira RM50 juta bagi mengatasi masalah pencemaran dan kesesakan lalu lintas di pekan Sri Jaya, Maran disebabkan aktiviti perlombongan oleh syarikat itu.

Presidennya, Datuk Seri Tan Hoe Beng berkata, jarak jalan pintasan itu dianggarkan sejauh 24 kilometer dan dijangka dapat digunakan pada akhir tahun depan.

"Jalan pintasan ini akan bermula dari tapak kilang pemprosesan ke jalan utama tanpa melalui pekan Sri Jaya untuk mengangkut bijih besi ke Pelabuhan Kuantan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Kejadian banjir lumpur pada pukul 10 malam, 9 Oktober lepas telah mengakibatkan dua buah rumah, sebuah kedai dan lapan buah trak rosak teruk, manakala kawasan ladang sawit seluas 12.15 hektar, tanaman pisang dan tebu yang diusahakan penduduk turut terjejas.

Kejadian itu berpunca daripada dinding sebuah daripada tiga kolam yang terdapat di tapak kilang berkenaan pecah berikutan berlakunya laluan air di bawah tanah.

Mengulas lanjut, katanya, Kumpulan ZCM juga akan membina dua buah kolam basuhan sebagai langkah jangka pendek supaya lori pengangkut bijih besi milik syarikat itu dapat dicuci terlebih dahulu sebelum memasuki jalan utama.

Katanya, pembinaan dua kolam terbabit dianggarkan bernilai RM450,000 dan dijangka dapat mengatasi masalah pencemaran udara dalam masa terdekat.

"Pada masa ini, kami telah melaksanakan kerja-kerja mencuci jalan raya melibatkan kos RM15,000 sebulan selain memperbaiki jalan yang rosak untuk keselesaan penduduk," katanya.

Katanya, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat itu kerana sedar 70 peratus daripada penggunaan jalan utama melalui pekan tersebut digunakan oleh lori-lori syarikat berkenaan.

Hoe Beng juga berkata, pihaknya telah memberikan hampir keseluruhan pampasan kepada penduduk Sri Jaya yang terlibat dalam kejadian banjir lumpur tersebut.

"Hampir keseluruhan mangsa yang terlibat dengan banjir tersebut sudah menerimanya dan bakinya akan diperoleh dalam masa terdekat selepas pihak kami meneliti serta menilai jumlah kerugian itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Zaid menang RM20,000 selepas berjaya 'naikkan' keli 6.6 kilogram

Posted:

Zaid menang RM20,000 selepas berjaya 'naikkan' keli 6.6 kilogram

Zaid menang RM20,000 selepas berjaya 'naikkan' keli 6.6 kilogram


WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) menyampaikan replika cek RM20,023.10 kepada Zaid Khairishas (dua dari kanan) di Kampung Beletik, Kuala Lipis baru-baru ini.


KUALA LIPIS 30 Okt. - Ikan keli seberat 6.6 kilogram (kg) yang berjaya dipancing Zaid Khairishas membawa tuah apabila melayakkan beliau muncul johan pertandingan memancing anjuran Kolam Sempurna Sejati, Kampung Beletik dekat sini, kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan Zaid, 42, yang berasal dari Sega, Raub, membawa pulang wang tunai bernilai RM20,023.10 dan hamper selaku juara pertandingan itu.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Sabdi Ahmad, 46, manakala tempat ketiga diraih Baharuddin Mohamad, 59, pada pertandingan yang diadakan buat kali ke-10 pada tahun ini.

Sabdi yang berasal dari Chenor, Maran berjaya menaikkan ikan keli seberat 5.81kg manakala Baharuddin dari Kampung Lubuk Kulit, Lipis pula mendapat ikan jenis sama seberat 5.75kg.

Sabdi membawa pulang hadiah wang tunai RM8,023.10 beserta hamper manakala Baharuddin (RM2,023.10 dan hamper).

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail. Hadir sama Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaluddin.

Seramai 550 peserta dari daerah Raub, Maran, Temerloh, Bentong dan Lembah Klang menyertai pertandingan berkenaan.

Penganjur pertandingan, Hishamuddin Hashim ketika ditemui berkata, pertandingan memancing Kolam Sempurna Sejati miliknya diadakan setiap bulan berikutan sambutan menggalakkan kaki pancing di negeri ini dan Lembah Klang.

"Dianggarkan lebih 2,000 pengunjung hadir pada hari ini dan mereka juga berpeluang membeli peralatan memancing di gerai-gerai jualan yang disediakan pada harga istimewa," katanya.

Menurutnya, tawaran hadiah yang lumayan antara faktor penyertaan ramai kaki pancing dengan tiga buah kolam yang menjadi lokasi pertandingan menempatkan 100,000 ekor spesies ikan keli, patin, rohu dan pacu.

Sementara itu, johan pertandingan tersebut, Zaid ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila hasil tangkapannya mampu menjuarai pertandingan memancing kali ini.

"Semasa bertolak dari rumah, saya hanya menaruh harapan memperoleh hadiah sagu hati sahaja, tetapi tuah menyebelahi saya, boleh menang tempat pertama pula pada pertandingan kali ini," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


UniMAP ceburi pertanian teknologi tinggi

Posted:

UniMAP ceburi pertanian teknologi tinggi

UniMAP ceburi pertanian teknologi tinggi

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my


Dr. Rezuwan Kamaruddin meneliti pertumbuhan tanaman herba di Stesen Penyelidikan Agroteknologi, UniMAP, Sungai Cucuh, Padang Besar, Perlis.


UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) yang diwujudkan bagi memperkasa pelbagai bidang kejuruteraan, memanfaatkannya untuk pembangun teknologi tinggi dalam bidang pertanian.

Dengan kepakaran yang dimiliki, UniMap mengambil pendekatan melestarikan teknologi rumah hijau dan fertigasi untuk pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan bernilai tinggi di kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Rumah hijau versi tropika dibina menggunakan persekitaran terkawal bagi membolehkan tanaman bernilai tinggi seperti kubis, bunga kubis, brokoli, tomato dan tembikai wangi di tanam di dataran rendah.

Teknologi tersebut dimajukan oleh Prof Dr. Rezuwan Kamaruddin yang juga Dekan Pengurusan Akademik UniMAP sebagai peneraju dan penggerak.

Menurut beliau, rumah hijau yang dibangunkan dapat mengatasi masalah berterusan pengeluaran tanaman di ladang terbuka.

"Risiko pengeluaran tanaman di ladang terbuka sangat tinggi akibat kemusnahan akibat hujan lebat, persaingan rumpai, serangan serangga dan penyakit," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di Perlis baru-baru ini.

Sementara sistem fertigasi yang semakin popular ketika ini adalah teknologi yang membekal air dan larutan baja terus ke zon secara tepat mengikut keperluan peringkat pertumbuhan tanaman.

Penjimatan air dan larutan baja dapat dicapai sehingga sembilan kali ganda berbanding dengan pengeluaran di ladang terbuka.

Justeru aplikasi teknologi rumah hijau dan sistem fertigasi dapat membantu meningkatkan hasil tanaman bernilai tinggi sehingga dua atau tiga ganda, berkualiti tinggi, sekali gus memberi keuntungan berbanding dengan pengeluaran konvensional di ladang terbuka.

Beliau yang pernah berkhidmat dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), memberitahu, beberapa buah rumah hijau dan sistem fertigasi telah dibangunkan untuk pengeluaran tanaman bernilai tinggi di Stesen Penyelidikan Agroteknologi, UniMAP, Sungai Cucuh, Padang Besar, Perlis.

Selain untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan tersebut juga berperanan sebagai hub rujukan setempat bagi pengusaha-pengusaha komersial di kawasan zon utara.

Malah, katanya beberapa penyelidikan lanjutan sedang dijalankan untuk penambahbaikan teknologi tersebut.

Teknologi berkenaan juga telah diguna pakai oleh beberapa buah sekolah menengah di Perlis untuk mendorong murid-murid sekolah menjadi petani moden apabila mereka menamatkan pengajian.

Di samping itu, kemudahan tersebut menyediakan platform aktiviti kelab agroteknologi dan juga berfungsi sebagai makmal pengajaran dan pembelajaran secara praktikal bagi matapelajaran sains pertanian atau biologi.

Antara sekolah yang aktif adalah Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menegah Dato' Sheikh Ahmad dan Sekolah Menegah Padang Besar.

Menurut Rezuwan, sehingga kini beberapa agensi kerajaan dan swasta telah menerima pakai teknologi yang telah dibangunkan.

Antaranya Malaysian Agrifood Cooperation (MAFC) iaitu salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah menerima pakai teknologi berkenaan dalam pengeluaran tanaman bernilai tinggi terpilih di dataran tinggi dan dataran rendah.

Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai antara UniMAP dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan NCER untuk membangunkan rumah hijau dan sistem fertigasi untuk pengeluaran tanam-tanaman bernilai tinggi secara besar-besaran di kawasan koridor terbabit.

Katanya lagi, pembangunan teknologi pertanian tersebut adalah teknologi moden berasaskan input-input daripada multi-disiplin bidang kejuruteraan di UniMAP.

Teknologi seperti ini versi temperat telah diguna pakai secara meluas di negara maju seperti Belanda, Amerika Syarikat dan Jepun.

Katanya lagi, masa depan industri pertanian negara akan berkembang lebih pesat apabila teknologi rumah hijau dan sistem fertigasi dapat digunakan secara meluas.

Ini dapat membatu mengurangkan bill import bahan makanan yang mencecah RM27.9 billion setahun berbanding eksport negara hanya RM7 bilion setahun.

Full content generated by Get Full RSS.

Penjaga Taman Laut

Posted:

Penjaga Taman Laut

Penjaga Taman Laut

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad @utusan.com.my
Gambar IRWAN MAJID


Joseph Kurup menanam pokok kelapa simbolik sempena lawatan kerja beliau ke Pulau Tinggi, Johor.


Jika disebut tentang pulau pasti yang terlintas difikiran adalah kejernihan air, deruan ombak dan desiran angin laut sepoi-sepoi bahasa menyapu pipi.

Malaysia merupakan antara 12 negara mega biodiversiti yang kaya dengan sumber asli dan memiliki keindahan pulau serta hidupan marin terbaik di dunia.

Lihat sahaja kawasan yang tumpuan pelancong untuk aktiviti menyelam seperti di Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau Redang dan sebagainya senantiasa menawarkan panorama yang indah dan kaya dengan kehidupan marin.

Kawasan pulau ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong dari dalam bahkan juga luar negara ia juga menjadi kawasan penempatan bagi penduduk setempat.

Ia berikutan kawasan pulau-pulau di negara memiliki pelbagai kekayaan serta peluang untuk rakyat negara ini mencari rezeki antaranya adalah Pulau Tinggi di Johor yang juga telah diwartakan sebagai kawasan taman laut negara.

Kelebihan yang dimiliki pada setiap pulau seharusnya dimanfaatkan dengan baik, justeru penglibatan komuniti setempat dalam membantu kerajaan untuk memastikan sumber yang terdapat disetiap pulau ini terjaga dengan baik amat diperlukan.

Jelas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Tan Sri Joseph Kurup, Pulau Tinggi merupakan antara pulau yang kaya dengan sumber biodiversiti marin dan memiliki keunikannya yang tersendiri.

"Oleh yang demikian, pengurusan secara berkekalan sumber ini amat penting bagi memastikan ia dapat terus dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.

"Dalam hal ini, usaha Jabatan Taman Laut (JTLM) dalam penambahbaikan pengurusan taman-taman laut melalui penglibatan aktif komuniti setempat amatlah bertepatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Taman Laut Bersama Komuniti Pulau Tinggi, Johor baru-baru ini.

Jelas Joseph, komuniti pulau merupakan masyarakat setempat yang tinggal di pulau dan terlibat secara langsung dengan sektor pekerjaan berasaskan marin dan eko-pelancongan.

"Pekerjaan ini termasuklah seperti pengusaha resort, operator pelancongan, operator selam, nelayan selain menghasilkan produk kraftangan dari kayu kayan dan rotan yang terdapat banyak di sini," katanya.

Justeru, ujar beliau komuniti itu harus menyedari bahawa tanggung jawab memelihara pulau yang telah diwartakan oleh kerajaan sebagai taman laut itu bukan sahaja terletak di bahu kerajaan semata-mata.

Tambah beliau, kekayaan biodiversiti tersebut sekiranya tidak diurus, dipelihara dan dilindungi sebaiknya boleh memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan dan taraf hidup masyarakat setempat.

Ketua Pengarah JTLM, Dr. Sukarno Wagiman pula berkata pelbagai program turut diadakan bagi melibatkan komuniti pulau dalam usaha memelihara serta menjaga kawasan taman laut.

Antara yang melibatkan komuniti pulau adalah seperti Pemerhati Batu Karang dan Badan Komuniti melalui Program Pembang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

"Melalui program ini, komuniti setempat ini boleh menyalurkan maklumat kepada pihat JTLM untuk membantu pihak kami mengatasi isu-isu pengurusan taman laut.

"Ini kerana komuniti ini hidup dalam kawasan taman laut justeru mereka lebih peka malah bantuan serta maklumat awal yang diberikan kepada pihak JLTM memudahkan pihak kami untuk mengatur langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih pantas," katanya.

Jelas Dr. Sukarno lagi, apabila kesedaran serta tanggungjawab menjaga taman laut dapat dipupuk dalam diri setiap komuniti tersebut ia akan memastikan setiap kawasan taman laut dapat dijaga dan dilindungi dengan lebih berkesan.

Pulau Tinggi merupakan antara 42 buah pulau yang diwartakan sebagai taman laut di negara ini.

Taman Laut Pulau Tinggi terdiri daripada perairan di sekitar 13 buah pulau termasuk Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Goal, Pulau Besar, Pulau Tengah, Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Mentinggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Terletak kira-kira 20 batu nautika dari selatan Tenggara Mersing , ia mendapat nama demikian kerana puncak pulau tersebut mempunyai ketinggian mencecah 2,000 kaki dari aras laut.

Malah, pulau ini juga memiliki kepadatan penduduk yang lebih besar berbanding pulau-pulau lain di Timur Negeri Johor.

Kebanyakan penduduknya menetap di Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Sebirah Besar.

Penglibatan penduduk Pulau Tinggi dalam usaha konservasi serta pemuliharaan kawasan pulau turut disokong sepenuhnya oleh ketua kampung pulau tersebut.

Dikenali sebagai Tok Mok atau nama sebenar beliau Rahaman Ali berkata, tugas sebagai ketua kampung Pulau Tinggi bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada sokongan serta kerjasama daripada setiap penduduk di pulau tersebut.

Ujar beliau, program penerangan yang dilakukan oleh JLTM banyak membuka mata penduduk kampung akan kepentingan menjaga kawasan Pulau Tinggi.

"Malah, rata-rata penduduk kampung ini banyak memberi kerjasama seperti dari segi menjaga kebersihan pantai serta hidupan lautnya.

"Kita juga sering mengadakan gotong royong pembersihan kawasan jika terdapat pencemaran dan bekerjasama sepenuhnya kepada JTLM dalam memberikan maklumat seperti kes pencerobohan ke atas kawasan taman laut," katanya.

Dianggarkan hampir 500,000 pelancong datang ke taman laut seluruh negara setiap tahun.

Kehadiran pelancong tersebut merupakan menyumbang terbesar terhadap peningkatan sektor pelancongan negara serta mampu menambah pendapatan serta membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

Jelas, penglibatan komuniti setempat dalam membantu kerajaan khususnya melalui agensi seperti JTLM mampu menyelamatkan kawasan kepulauan serta terumbu karang yang memiliki kekayaan biodiversitinya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pakej lengkap BlackBerry Celcom

Posted:

Pakej lengkap BlackBerry Celcom

Pakej lengkap BlackBerry Celcom

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


CELCOM akan terus konsisten menawarkan produk dan pakej telekomunikasi BlackBerry terbaik kepada pengguna taliannya.


BLACKBERRY terus unggul dalam arena pembangunan produk telefon bimbit pintar apabila baru-baru ini memperkenalkan model terkini, BlackBerry Torch 9860.

Membuka peluang pengguna menikmati teknologi sempurna itu, syarikat penyedia perkhidmatan integrasi komunikasi, Celcom Axiata Berhad menawarkan pakej pemilikan eksklusif gajet berkenaan kepada para penggunanya.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, sebagai peneraju pasaran telefon pintar BlackBerry di Malaysia, Celcom sentiasa konsisten memperkenalkan model terbaru bagi memberi lebih pilihan kepada pengguna.

"Secara umumnya, kesemua model BlackBerry yang diperkenalkan ini mampu memenuhi keperluan komunikasi dan gaya hidup pengguna moden.

"Selain menawarkan perkhidmatan serta produk berkualiti, kami turut memberi fokus kepada aktiviti pengurusan pengalaman dan kepuasan pengguna,'' katanya.

Pakej mengagumkan daripada Celcom tersebut menawarkan peranti BlackBerry Torch 9860 bersama pelan data pasca bayar Exec BlackBerry mengikut keperluan pengguna.

"Pelan ini sesuai diaplikasi bersama peranti-peranti BlackBerry terkini kerana menyokong rangkaian telekomunikasi yang luas dan stabil.

"Ia juga sangat fleksibel di mana diintegrasi bersama akses suara, e-mel, mesej pantas, laman web rangkaian sosial pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

"Kecemerlangan ini digalakkan lagi oleh sistem operasi terbaru BlackBerry 7 yang lebih lancar dan pintar,'' jelasnya.

Zalman memberitahu lagi, bagi tujuan sama, Celcom telah membuat pelaburan besar dalam melengkapkan rangkaian infrastruktur terbaru mereka seperti pelayaran pantas, capaian muat turun, kandungan personal dan video definisi tinggi (HD).

Bagi BlackBerry Torch 9860, ia disempurnakan bersama kelebihan skrin sentuh 3.7 inci, paparan resolusi menarik dan aplikasi terbaik untuk fungsi bekerja serta bermain.

Pengguna boleh mendapatkan gajet tersebut bersama langganan pakej Exec BlackBerry pada harga RM1,088 dengan komitmen bulanan RM168 berbanding harga pasaran RM1,588.

Bagi pengguna yang mahu melanggan komitmen bulanan lain seperti RM138, RM108 atau RM88, mereka boleh membeli peranti tersebut pada harga masing-masing RM1,138, RM1,188 dan RM1,238.

Selain BlackBerry Torch 9860, pengguna juga boleh mendapatkan BlackBerry Bold 9900 dan BlackBerry Playbook dengan tawaran pakej-pakej eksklusif lain.

Kesemua model berkenaan boleh diperolehi menerusi rangkaian kedai Blue Cube di seluruh negara atau lawati laman web www.celcom.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih nipis berkuasa ultra

Posted:

Lebih nipis berkuasa ultra

Lebih nipis berkuasa ultra

Dell melancarkan komputer riba ternipis 15 inci XPS 15z yang merupakan produk dengan kuasa paling ultra keluaran jenama itu tahun ini.

Dengan XPS 15z ia memenuhi keperluan setiap golongan yang bergantung kepada peranti mudah alih daripada pelajar dan pemilik perusahaan kecil dan sederhana. Kini mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk bekerja dan bermain dalam satu pakej menakjubkan.

Kombinasi kuasa terkini tanpa kompromi dan rekaan yang menakjubkan, XPS 15z menawarkan Intel Core i5 generasi kedua dan pemprosesan Core i7, pilihan paparan 15.6 inci HD sepenuhnya (1080p) bagi hiburan hebat dan pengalaman perayauan laman web, papan kekunci lampu belakang dengan lampu boleh ubah dan hayat bateri sehingga lapan jam. Semuanya di dalam bekas menarik dan nipis.

XPS 15z merupakan yang pertama dalam sirinya Inspiron nipis dan jenama produk XPS yang memberikan gabungan gaya dan keupayaan bagi menyerlahkan peribadi pengguna.

Pengurus Besar Pelanggan Perniagaan Kecil, Jualan Dell Malaysia, John Chang berkata, XPS 15z memberikan keupayaan yang tinggi dalam komputer riba dengan reka bentuk paling bergaya.

"Ia mempunyai segalanya bermula dengan pemprosesan generasi baru Intel Core i sehinggalah kepada pilihan skrin HD penuh 50 peratus lebih jelas berbanding paparan standard yang menjadikannya ternipis.

"XPS 15z memberikan sistem berkuasa yang bakal memikat pengguna di kalangan usahawan kecil dan sederhana," katanya.

XPS 15z merupakan satu pakej lengkap yang melibatkan persembahan media bagi pejabat atau menonton filem.

Ini semua boleh dilakukan dengan adanya pemprosesan Intel Core i5 atau i7, paparan jelas Intel Core i5 dengan pilihan Full HD dua kali lebih tinggi berbanding paparan HD standard resolusi HD, keupayaan 3DTV grafik NVIDIA, WiFi bina dalam, Bluetooth 3.0, USB 3.0 dan papan kekunci dengan lampu belakang.

Selain nipis, XPS 15z amat berkuasa dengan grafik NVIDIA dengan teknologi Optimus yang secara automatik menjimatkan tenaga dan membantu memanjangkan kuasa bateri yang amat sesuai bagi menonton filem secara berterusan.

Ia juga menawarkan penyimpanan pemacu keras yang lebih besar dan pemacu DVD+/- RW bagi menonton filem terkini atau menyalin muzik ke cakera padat.

Manakala paparan Full HD (1080p) pilihan membawa kualiti HDTV ke skrin komputer peribadi.

Ciri tanpa wayar termaju menjadikan XPS 15z peralatan yang amat sesuai sama ada di ruang tamu atau dalam perjalanan.

Bluetooth bina dalam dan sambungan WiFi memastikannya cepat dan mudah dihubungkan dengan e-mel, laman web, Skype dan Facebook dari mana saja.

Bagi hiburan di rumah, pilihan Intel Display Wireless membolehkan video dan gambar diselaraskan tanpa wayar daripada XPS 15z kepada televisyen yang dilengkapi dengan HDMI.

Dan dengan antara muka pengguna Dell Stage eksklusif, ia mudah untuk mengakses kandungan peribadi seperti muzik, foto dan video.

Pada pandangan pertama, rekaan XPS 15z dengan reka bentuk aluminium kelihatan terapung di atas permukaan dan kemasan yang berkilat memberikan sentuhan kemewahan.

Harganya bermula dengan RM3,799, XPS 15z sama seperti semua komputer XPS direka dan dibina bagi memberikan teknologi, pengkomputeran premium dengan bahan terbaik yang ditawarkan oleh Dell.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Keselamatan negara tugas semua

Posted:

Keselamatan negara tugas semua

Keselamatan negara tugas semua

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

(Atas permintaan ramai, kami siarkan Bahagian Akhir rencana Datuk Ibrahim Ali)

Berkait rapat dengan soal ekonomi, dasar-dasar afirmatif dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah soal kemajuan pendidikan dan biasiswa bagi anak- anak Melayu dan Bumiputera.

Dalam aspek ini, terlebih dulu Perkasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan fokus kepada kebajikan para pelajar tanah air dalam Belanjawan 2012.

Seluruh program kewangan membabitkan pelajar dan pendidikan dalam belanjawan ini membuktikan bahawa pemerintah cukup prihatin terhadap masa depan anak- anak Malaysia semua bangsa.

Dalam pada itu, Perkasa akan terus menyuarakan hasrat dan kehendak orang Melayu dan Bumiputera mengenai biasiswa yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berdasarkan semangat dan roh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut sejarahnya, biasiswa ini dianugerahkan mengikut kuota 90 peratus Melayu serta Bumiputera dan 10 peratus bukan Melayu. Kemudiannya, kuota ini bertukar kepada kadar 80:20.

Pada hari ini, kuotanya adalah 51:49. Penurunan kadar kuota bagi pelajar Melayu dan Bumiputera ini adalah penghakisan kepada hak mereka yang dijamin oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, penghakisan kuota biasiswa ini wajar dikaji semula. Hakikatnya demikian "kerana daripada 40 peratus jumlah penduduk miskin" di Malaysia "80 peratus daripadanya adalah kaum Melayu dengan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan."

Maka, oleh kerana pendidikan adalah satu-satunya mekanisme untuk meningkatkan taraf sosioekonomi Melayu dan Bumiputera, soal penghakisan kuota biasiswa ini perlulah dipandang serius dan diatasi dengan sewajar-wajarnya.

Tetapi, jika pemerintah berani bertindak radikal, ambillah pandangan saya sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 11 Oktober 2011. Dalam ucapan tersebut, saya mencadangkan supaya pemerintah memansuhkan pemberian dan tajaan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Sebagai gantinya, mereka yang berhasrat belajar di luar negara hanya perlu diberikan bantuan menerusi dana pinjaman.

Dengan cara ini, dana sejumlah RM1.4 bilion yang dikhaskan untuk pendidikan di negara asing ini boleh digunakan untuk menaja lebih ramai pelajar mengaji di universiti-universiti tempatan.

Ini kerana IPTA dan IPTS di Malaysia yang tumbuh seperti cendawan, kini mempunyai mutu pendidikan serta tahap kecemerlangan akademik yang membanggakan. Saya membuat cadangan ini kerana penajaan pelajar ke seberang laut melibatkan jumlah wang besar.

Contohnya, pemerintah terpaksa membiayai sejumlah RM 1.2 juta bagi seorang pelajar di bidang perubatan di Britain. Jumlah ini boleh menaja tiga orang pelajar jurusan perubatan di dalam negara.

Selain itu, pemerintah juga kerugian jika pelajar ini enggan pulang ke tanah air atas sebab-sebab tertentu. Lantaran itu, pertimbangkanlah cadangan ini secara serius.

Seterusnya, Perkasa juga mencadangkan supaya seluruh lapisan pelajar Malaysia, dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi, diberikan pendedahan mengenai sejarah negara dan Perlembagaan Persekutuan dengan secukup-cukupnya.

Pendedahan ini perlu untuk membolehkan generasi muda Malaysia mengenal, menginsafi serta menghayati sejarah negara kita yang majmuk, dan pada waktu yang sama, mereka menjadi warganegara yang sentiasa memelihara keluhuran Perlembagaan negara.

Selain itu, Perkasa juga mengingatkan pemerintah bahawa tuntutan pihak tertentu agar kelulusan sijil UEC boleh diterima sebagai kelulusan untuk memasuki IPTA di Malaysia hendaklah ditolak dan tidak perlu dilayani. Ini kerana ia bertentangan dengan dasar pendidikan negara.

Sehubungan dengan ini, Perkasa juga mengulangi pendiriannya menyokong pemansuhan PPSMI supaya mata pelajaran Sains dan Matematik terus diajar kepada pelajar hanya dalam Bahasa Melayu.

Namun demikian, oleh kerana Perkasa tidak menafikan pentingnya rakyat Malaysia menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, pemerintah perlulah meningkatkan penguasaan bahasa ini menerusi kaedah lain, termasuk memanjangkan waktu pembelajaran untuk mata pelajaran ini.

Perkasa menggesa pemerintah menambahkan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat yang mendaftar dengan Kementerian Pelajaran dan juga Maktab Rendah Sains Mara. Ini kerana jumlah RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2012 kepada Sekolah Agama Rakyat dan MRSM ini adalah kecil dan tidak mencukupi.

Apa yang saya huraikan ini, segala-galanya adalah menjurus kepada soal keselamatan rakyat, keselamatan pemerintah, keselamatan ekonomi dan akhirnya, keselamatan negara.

Ini kerana konsep keselamatan mutakhir ini sudah banyak berubah. Konsep keselamatan pada hari ini lebih banyak memfokus kepada aspek keselamatan masyarakat, keselamatan insan dan lain-lain cabang keselamatan bukan tradisional. Inilah sebabnya dikatakan bahawa keselamatan adalah mengenai survival atau kelangsungan sesebuah negara dan rakyat jelatanya.

Dalam konteks ini, Perkasa menentang seluruh tindakan yang boleh mengancam ketenteraman awam. Oleh sebab itulah Perkasa di seluruh negara, baru-baru ini menentang perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Perkasa tidak menganjurkan demontrasinya pada hari yang sama, sebab Perkasa tidak mahu membebankan pihak keselamatan dan juga tidak mahu mengeruhkan lagi suasana ketenteraman awam pada hari tersebut, apatah lagi bergaduh sesama Melayu.

Negara Malaysia yang majmuk tidak boleh dihuru-harakan menerusi tindakan jalanan. Dalam konteks ini, Perkasa sebagai pemangkin perpaduan, menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil iktibar daripada peristiwa ini.

Oleh itu, hentikanlah apa jua bentuk politik yang membabitkan Islam, menghina Raja-Raja Melayu dan yang mengeksploitasikan kematian mana-mana individu yang terbabit dalam siasah.

Perkasa menyeru pihak-pihak ini, hentikanlah semua ini. Malaysia yang kucar-kacir tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kita semua, terutamanya keturunan Cina yang hidup dengan berdagang dan berniaga di seluruh pelosok Malaysia yang aman, damai, makmur dan sejahtera.

Seterusnya, Perkasa juga menyeru seluruh orang Melayu dan umat Islam supaya kembali bersatu. Ini kerana perpaduan Melayu dan Islam adalah teras kepada perpaduan seluruh bangsa di Malaysia.

Hakikatnya demikian kerana perpecahan Melayu dan Islam tidak dapat menjamin kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia. Lantaran itu, ayuh kita tentang sesiapa sahaja yang menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara untuk mendapatkan sokongan politik dalam keadaan mereka sedang ketandusan isu.

Insaflah, keselamatan negara adalah milik semua rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, sesiapa yang cuba untuk menghuru-harakan keselamatan negara mestilah kita tentang habis-habisan menerusi kaedah yang demokratik.

Lantaran itu, seluruh rakyat Malaysia yang majmuk perlu sentiasa berganding bahu, untuk mengelakkan tragedi 13 Mei daripada berulang.

Dalam konteks ini, Perkasa mendesak supaya pemerintah menggunakan undang-undang preventif atau pencegahan ke atas pihak yang bertindak untuk mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. Ini termasuklah sesiapa sahaja yang berusaha memperlekehkan Islam, menyemarakkan sentimen perkauman, menghina Raja-Raja Melayu, atau menghasut rakyat membenci pemerintah.

Tetapi, oleh kerana baru-baru ini pemerintah telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, dan berjanji akan menggantikannya dengan undang-undang yang baru, maka Perkasa berharap supaya undang-undang gantian ini akan meneruskan semangat dan roh ISA yang telah dibentuk berdasarkan Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam aspek ini, walaupun Perkasa terkejut dengan tindakan memansuhkan ISA, Perkasa telah menyampaikan satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri mengenai bentuk serta kandungan undang-undang gentian ISA.

Ini kerana undang-undang yang meneruskan semangat dan roh ISA ini masih diperlukan di Malaysia. Oleh itu, pemerintah tidak perlu takut dan gentar terhadap apa jua reaksi alternatif mengenai undang-undang gantian kepada ISA ini.

Perkasa meminta pemerintah menggubal serta melaksanakan undang-undang gantian ISA ini secara bijaksana supaya ia turut mencakupi aspek keselamatan masyarakat, keselamatan insan, keselamatan pemerintah, keselamatan nasional dan juga kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa perjuangan Perkasa adalah untuk memangkin perpaduan. Untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, mereka mesti terselamat daripada sebarang ancaman dan terbebas daripada ganggu-gugat.

Untuk mereka terselamat daripada ancaman dan gugatan, kita semua perlu memelihara dan melindungi keluhuran undang-undang utama kita, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Pada waktu yang sama, ingin saya tegaskan bahawa Perkasa bukannya pertubuhan politik. Sebaliknya, Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan. Oleh sebab itu, Perkasa tidak akan menyertai mana-mana pilihan raya. Biar pun begitu, Perkasa dan seluruh ahli-ahlinya boleh turut mencorakkan politik tanah air, jika Perkasa terus dikecam, dihina dan diperlekehkan.

Paling tidak, Perkasa boleh mengenal pasti calon-calon yang perlu kita nyahkan kerana menghina agama dan bangsa kita serta tidak mendaulatkan Perlembagaan negara.

Akhir sekali, keberkesanan serta kejayaan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam meneruskan perjuangan membentengi Alif (agama) Ba (bangsa) dan Ta (tanah air), adalah memerlukan jemaah kepimpinan yang komited, berdedikasi, ikhlas dan jujur.

Full content generated by Get Full RSS.

Sastera Malaysia boleh diantarabangsakan

Posted:

Sastera Malaysia boleh diantarabangsakan

Sastera Malaysia boleh diantarabangsakan

PENULIS ialah Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

MENGANTARABANGSAKAN karya Malaysia merupakan suatu cabaran besar yang memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh.

Justeru, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah melihat cabaran ini sebagai satu peluang untuk mengangkat karya besar Malaysia ke persada antarabangsa supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia melalui karya terjemahan.

Hal ini dapat dilihat daripada novel Jepun, Yukiguni hasil karya Yasunari Kawabata yang terus menjulang nama penulisnya apabila dianugerahi Hadiah Nobel Kesusasteraan pada 1968 melalui terjemahan karya ini ke bahasa Inggeris oleh Edward G. Seidensticker.

Bertitik tolak daripada kesedaran inilah jugalah ITNM turut menjadikan usaha mengantarabangsakan karya Malaysia sebagai salah salah satu misi utama institut ini.

Oleh itu, apabila Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain), mencadangkan ITNM menyertai Pesta Buku Frankfurt, Jerman bagi mengangkat karya Malaysia ke persada dunia, ITNM tanpa menoleh ke belakang terus menyertai pesta buku terulung dunia itu bermula dari 2008 (sebagai peserta dan pempamer) sehingga kini, yang baru sahaja berakhir pada 16 Oktober lalu.

Pesta Buku Frankfurt ini merupakan suatu platform yang mempunyai implikasi besar dalam memperkenalkan karya tempatan ke persada dunia.

Lihat sahaja kepada statistik Pesta Buku Frankfurt 2011 yang walaupun berlangsung lima hari sahaja, ia mencatatkan rekod kehadiran lebih 7,400 peserta dari lebih 106 negara dan pengunjung kira-kira 300,000 orang.

Dengan jumlah kehadiran yang berkualiti ini, mereka yang terlibat dalam penerbitan buku akan menjalinkan hubungan perniagaan selain melaksanakan perancangan untuk mengembangkan produk masing-masing.

ITNM juga tidak ketinggalan merebut peluang keemasan ini dengan sedaya-upaya untuk menjalinkan kerjasama penerbitan selain turut melakukan pembelian hak cipta karya berkualiti antarabangsa untuk diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Walaupun baru empat kali menyertai pesta buku tersebut secara serius, ITNM berjaya menerbitkan banyak karya Malaysia ke bahasa asing melalui kerjasama penerbitan dengan agensi atau penerbit antarabangsa.

Contohnya, novel grafik Kampung Boy karya Dato' Lat telah diperkenalkan di pesta buku itu pada 2008 selepas diterjemahkan dalam bahasa Jerman hasil kerjasama dengan agensi Jerman, Horlemann Verlag. Hasilnya, Kampung Boy kini telah diterbitkan dalam bahasa Tamil, Mandarin dan Arab.

Kampung Boy versi Thai pula sedang dalam proses penterjemahan, manakala versi Jepun dalam proses penerbitan semula dengan rakan penerbit di sana.

Begitu juga dengan novel Nyawa di Hujung Pedang karya Ahmad Murad Nasaruddin yang diterbitkan dalam bahasa Korea hasil kerjasama dengan Munhaekmaul (agensi Korea).

Karya sastera Malaysia merupakan bidang buku terbitan ITNM yang paling banyak diterjemahkan ke bahasa asing. Selain bahasa Inggeris, pelbagai bahasa antarabangsa lain diterjemahkan bagi membolehkan karya Malaysia mudah dipasarkan dan dipilih oleh penerbit antarabangsa semasa proses perundingan hak cipta di Pesta Buku Frankfurt.

Antaranya, 68 Soneta Pohon Ginkgo karya Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said dalam bahasa Korea, Selamat Pulang Juita (SN Profesor Muhammad Haji Salleh - Sepanyol), Juara (SN S. Othman Kelantan - Portugis), Kasih Bonda (Dr. Siti Zainon Ismail - Rusia), Lingkaran (SN Arena Wati - Sepanyol) dan lain-lain.

Kini, usaha penyertaan ITNM dalam Pesta Buku Frankfurt sudah mula menampakkan hasil yang lebih memberangsangkan.

Pada 19 Oktober lalu, iaitu selepas melaksanakan misi di Pesta Buku Frankfurt 2011, ITNM bersama-sama rakan usaha sama penerbit Perancis Les Indes savantes telah melancarkan tiga karya SN yang diterjemahkan dalam bahasa Perancis di Librairie de l'Asie culturelle et religieuse, Paris, iaitu Rimba Harapan (Keris Mas), Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan) dan Hujan Pagi (A. Samad Said).

Membawa masuk ketiga-tiga karya ini untuk menembusi pasaran Perancis yang merupakan pusat perkembangan sastera Eropah bukanlah suatu kerja mudah. ITNM berasa bangga kerana dapat melakukan tugasan ini dengan memperoleh kepercayaan dan kerjasama erat daripada penerbit Perancis, iaitu Les Indes savantes.

Dalam ucapan menyempurnakan pelancaran koleksi terjemahan sastera Malaysia ini, Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal menyatakan martabat kesusasteraan di sini bukan sahaja terletak pada ketinggian nilai hasil karyanya, malah sastera merupakan salah satu daripada identiti kebangsaan negara ini.

Tambah beliau, hal ini kerana rakyat Perancis merupakan bangsa yang celik ilmu dan sentiasa ghairah untuk berbicara atau berdebat hal ehwal yang berkaitan dengan bahasa dan penulisan. Semua ini merupakan kesan jangka masa lama sejak tiga abad yang lalu yang masih lagi berbekas sehingga kini.

Melihat kepada kebitaraan bidang kesusasteraan dan penerbitan mereka, ITNM menjadikan Perancis sebagai antara lokasi awal untuk mengantarabangsakan karya Malaysia.

Tambahan pula, dunia sudah lama mengiktiraf penulis Perancis dengan memilih warganya sebagai pemenang pertama Hadiah Nobel Kesusasteraan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1901. Malah sehingga kini sebanyak 16 sasterawan Perancis telah menerima anugerah tersebut.

Justeru, memasarkan tiga karya SN di negara tersebut diyakini dapat membuka lorong kepada penerimaan lebih banyak karya Malaysia. Hal ini kerana ketiga-tiga karya tersebut mempunyai kekuatan dan citra tersendiri yang mampu menceritakan situasi sebenar yang berlaku di Malaysia.

Sekurang-kurangnya jika rakyat Perancis membaca novel tersebut, mereka akan dapat menggambarkan bentuk kehidupan, corak pemikiran akal budi dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang digambarkan jujur oleh penulisnya.

Sesungguhnya apa yang ITNM lakukan ini adalah semata-mata untuk sama-sama menyokong usaha memandaikan akal budi bangsa melalui pembacaan buku yang berkualiti.

Usaha ini juga tidak akan terhenti setakat ini sahaja, malah ITNM akan menjadikan pengantarabangsaan karya Malaysia ini sebagai suatu usaha yang berterusan.

Dalam melaksanakan usaha ini, ITNM amat menghargai sokongan penuh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran yang ternyata banyak membantu merealisasikan perencanaan ITNM demi mengangkat karya Malaysia ke persada dunia.

Dalam masa sama, ITNM amat mengalu-alukan penghasilan lebih banyak karya terkini penulis tempatan yang berkualiti dan bercitrakan Malaysia supaya masyarakat antarabangsa sentiasa dapat mengikuti perkembangan sastera kebangsaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved