Ahad, 26 Januari 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Banteras penjaja haram di sekolah

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Tindakan penjaja tanpa lesen yang menjual makanan ringan tidak berkhasiat di perkarangan luar sekolah perlu dibanteras kerana boleh menjejaskan kesihatan murid.

Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2, Abdul Aziz Mohamed (gambar) berkata, kandungan makanan ringan terutama yang diimport dari luar negara meragukan.

Beberapa kes bahan makanan dan susu formula bayi yang tercemar di luar negara khususnya di China yang ditarik balik dari pasaran wajar dijadikan teladan.

Jika berlaku sesuatu kepada murid, pihak sekolah yang akan dipertanggungjawabkan, walaupun jualan makanan atau minuman tidak berkhasiat itu dilakukan oleh mereka yang tidak mendapat kebenaran daripada kami," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Shah Alam, Selangor baru- baru ini.

Penjaja tanpa lesen ini lazimnya beroperasi di kawasan pintu masuk sekolah dengan menggunakan kenderaan persendirian.

Walaupun ada tanda larangan berniaga di kawasan luar premis sekolah namun tidak diendahkan oleh penjaja yang berurus niaga dengan membuka but kereta.

Menurut Abdul Aziz, pihak sekolah tiada kuasa undang- undang untuk mengambil tindakan kepada penjaja terbabit kecuali memberi nasihat kepada murid- murid agar menjauhi makanan tidak berkhasiat.

Tindakan undang- undang hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) namun apabila ada operasi penguatkuasaan, penjaja ini akan menikus seketika sebelum kembali aktif berniaga," terang beliau.

Selain makanan ringan, penjaja terbabit turut menjual air minuman yang tidak diketahui puncanya dan dimasak pada suhu yang sepatutnya atau tidak.

Hal ini perlu ditegah dan dicegah untuk mengelakkan kejadian keracunan makanan di kalangan murid.

Paling utama, pencegahan ini penting untuk menghindarkan murid daripada membazir dan berbelanja untuk membeli barangan yang tidak perlu.

Ada di kalangan penjaja yang menjual pistol mainan serta aksesori perhiasan diri seperti rantai, gelang dan cekak rambut.

Pembelian barangan tidak perlu ini kadang kala menyebabkan sesetengah murid sanggup mengikat perut dengan tidak membeli makanan semasa waktu rehat," ujar Abdul Aziz.

Menurut beliau, keadaan itu tentunya tidak baik untuk perkembangan minda dan tumbesaran murid.

Malah, pistol mainan yang dijual juga boleh membahayakan keselamatan murid-murid.

Oleh itu, satu tindakan pembanterasan perlu dilakukan kerana masalah penjaja tanpa lesen yang berniaga di perkarangan luar kawasan sekolah ini berlaku di seluruh negara.

Jika perlu, gubal satu akta yang membenarkan pihak sekolah mengambil tindakan perundangan kepada penjaja yang berniaga dalam radius lima kilometer dari kawasan sekolah.

Mungkin melalui penggubalan akta itu akan lebih menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah daripada risiko penyakit berbahaya untuk jangka masa panjang.

Cambridge English tingkat penguasaan bahasa Inggeris

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Cambridge English bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap pembelajaran, pengajaran dan penilaian bahasa Inggeris daripada peringkat prasekolah hingga universiti di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) kementerian, Datuk Dr. Amin Senin (gambar) berkata, Cambridge English yang beroperasi di United Kingdom (UK) diamanahkan untuk menjalankan kajian tersebut pada Mei tahun lalu dan dijangka menyiapkan kajian itu pada akhir bulan ini.

Cambridge English akan mengemukakan hasil kajian menyeluruh sebelum mencadangkan kepada kerajaan pada April depan.

Kementerian Pendidikan bersetuju menerima cadangan penilaian Cambridge English pada 8 Mei tahun lalu.

Objektif kajian itu meliputi usaha memperkasa, menggalak dan membangunkan kerjasama dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris bagi memastikan setiap kanak-kanak mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025," katanya.

Dr Amin berkata, hasil kajian itu membolehkan kementerian meletakkan sasaran pembelajaran dan pengajaran masa depan.

Kajian itu meliputi data asas untuk memantau dan menilai sama ada sasaran masa depan mampu dicapai dalam rancangan pembaharuan pendidikan.

Selain itu, Dr. Amin berkata kajian itu akan mengukur kemampuan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid tahun satu hingga enam

Kajian itu melibatkan amalan penilaian semasa dengan menganalisis peperiksaan semasa, ujian spesifikasi, skim pemarkahan dan keputusan peperiksaan akhir persekolahan, penghujung sekolah rendah (tahun 6), sekolah menengah rendah (tingkatan 3), tingkatan 5 dan 6," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam ditemui

Posted: 26 Jan 2014 10:50 PM PST

IGAN 27 Jan. - Mayat mangsa terakhir dilaporkan hilang dalam tragedi bot panjang yang karam di Kampung Kut, Pulau Bruit, Daro di sini pada 18 Januari lalu, berjaya ditemui hari ini.

Komander Operasi Mencari dan Menyelamat, Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Suprintendan Wagner Lisa Libut berkata, mayat Mahdani Akim, 56, dijumpai pada pukul 12.25 tengah hari ini.

"Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung kira-kira empat kilometer dari lokasi bot dilaporkan karam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Remaja maut dalam kebakaran

Posted: 26 Jan 2014 06:01 PM PST

SIK 27 Jan. - Seorang remaja berusia 16 tahun maut dalam satu kebakaran di Kampung Changai, Mukim Jeneri di sini hari ini.

Dalam kejadian antara pukul 4 hingga 5 pagi ini, mayat Siti Aisyah Hasanah Che Ani ditemui rentung di bawah katil di bilik tidurnya.

Abang mangsa, Mohd. Firdaus Izwan, 19, cedera dalam kebakaran itu dan dirawat di Hospital Daerah Sik. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Hyundai Tucson

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh JOHARDY IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

Versi terbaharu Hyundai Tucson didatangkan dengan warna oren bernyala atau Atomic Orange.

ANTARA segmen kenderaan yang terus mencatat rekod pertumbuhan ialah kenderaan utiliti sports (SUV). Diiktiraf sebagai praktikal dengan keadaan jalan raya di Malaysia, hampir setiap jenama kenderaan memperkenalkan SUV masing-masing.

Atas faktor serupa jugalah, Hyundai-Sime Darby Motors adalah antara sebilangan kecil syarikat yang memperkenalkan dua SUV sekali gus di negara ini iaitu Hyundai Santa Fe dan Hyundai Tucson.

Kedua-dua model ini dipisahkan oleh harga dengan Santa Fe dipasarkan sebagai SUV premium.

Hyundai Tucson (sebut Tu-son seperti nama bandar di Amerika Syarikat) diperkenalkan semasa Pameran Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIM) 2013 pada November lalu.

Tucson pertama kali dilancarkan di pasaran Malaysia pada 2010 dan menerima sambutan menggalakkan. Setakat Oktober 2013, lebih 6,000 buah Tucson telah terjual.

Varian ini didatangkan dengan enjin baharu dinamakan Nu 2.0 MPI (Multi Point Injection) sementara versi 2.4L Executive Plus diberikan penambahbaikan daripada segi ciri-ciri.

Diperkenalkan semula dengan spesifikasi Hyundai yang dijual di Eropah, merangkumi lampu hadapan jenis projektor dengan lampu kedudukan LED sementara 2.4L dipasang dengan lampu belakang LED.

Enjin baharu Nu 2.0 membawa penambahbaikan daripada segi kecekapan bahan api. Menggunakan blok aluminium dan konfigurasi atas menjadikannya 30 peratus lebih ringan iaitu penurunan sebanyak 33.6 kilogram daripada keseluruhan berat enjin, tetapi tetap mengekalkan kekuatan enjin,

Enjin empat silinder Nu juga memiliki reka bentuk crankshaft baharu yang mengurangkan geseran antara omboh dan dinding silinder bagi penambahbaikan satu peratus dalam penjimatan bahan api.

Keupayaan enjin ini diperkasakan lagi dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan varian Nu 2.0 adalah secara pacuan dua roda manakala 2.4L dalam pacuan empat roda.

Kedua-dua versi Tucson didatangkan dengan enam beg udara dan dipasang dengan plat gelincir depan dan belakang keluaran MS Design selain Sistem Navigasi Audio Visual (AVN) yang merangkumi HPS, sistem hiburan, sambungan Bluetooth dan kamera mengundur sebagai ciri standard.

Ciri-ciri di atas adalah jarang kedapatan pada SUV lain dalam pasaran. Kedua-dua versi menerima anugerah keselamatan maksimum lima bintang oleh Euro NCAP.

SUV Tucson ini didatangkan dengan dua warna baharu iaitu Atomic Orange dan Colbalt Coast sebagai tambahan kepada enam warna sedia ada iaitu Hyper Metallic, Phantom Black, Pure White, Remington Red, Sleek Silver dan Titanium Grey.

Harga model ini ialah RM132,888 (Nu 2.0 Elegance), RM145,888 (Nu 2.0 Executive Plus) dan RM158,888 (Theta II 2.4 MPI Executive Plus).

Proton lancar dua varian baharu Satria dan Inspira

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Lukman Ibrahim memberi penerangan mengenai kelebihan Proton Satria Neo Standard 4AT di Juru Bukit Mertajam, Pulau Pinang di sini, kelmarin.

BUKIT MERTAJAM 26 Jan. - Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan varian terbaharu Proton Satria Neo Standard 4AT dan Inspira Super Premium yang lebih sporty dengan tawaran harga istimewa untuk pelanggannya.

Timbalan Ketua Pegawai Ekskutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim berkata, kedua-dua model baharu itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini dan menjanjikan pemanduan lebih mantap.

Katanya, diskaun sebanyak RM1,388 daripada harga asal RM54,963.50 ditawarkan kepada pelanggan yang menempah Proton Satria Neo Standard 4AT sepanjang tiga hari Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Auto City, Juru bermula pada hari ini.

"Model ini boleh dikatakan sebagai penambahbaikan bagi model Satria Neo Standard kerana dilengkapi dengan dengan rim sport 17 inci, kit badan R3, skirt sisi dan spoiler.

"Terdapat empat pilihan warna yang dikeluarkan iaitu merah, putih, hitam dan kelabu. Orang ramai dijemput hadir sendiri ke tapak jualan bagi memandu uji model kereta yang diminati selain turut ditawarkan pelan pinjaman pembiayaan dengan kaedah faedah serendah 2.5 peratus," katanya pada majlis pelancaran varian terbaharu kereta berkenaan di sini hari ini.

Bagi varian Inspira Super Premium pula katanya, dijual pada harga RM102 000 dan diskaun sebanyak RM1,888 diberikan sepanjang karnival berkenaan.

Lukman berkata, varian berkenaan dilengkapi dengan rim sport 18 inci, R3 kit badan dengan splitter hadapan, skirt sisi, dan spoiler belakang serta dilengkapi dengan ciri keselamatan dan didatangkan dalam satu warna sahaja.

Lukman berkata, Proton menyasarkan untuk menjual sebanyak 727 unit model tersebut sepanjang tiga hari karnival berlangsung iaitu sama seperti ketika penganjuran di Melaka pada minggu lepas.

Sepanjang tiga hari karnival berlangsung pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan seperti skimpinjaman kereta istimewa dinamakan Ambil Sekarang Bayar Kemudian dengan kaedah faedah berpatutan dengan kerjasama Bank Muamalat, pelbagai permainan menarik dan aktiviti kekeluargaan, pandu uji kereta, persembahan artis tempatan dan penampilan pasukan bola sepak Kedah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Taufek bidas kenyataan Subahan

Posted: 26 Jan 2014 11:02 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Drama baru bagaikan wujud dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak, yang ditegur oleh Naib Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, tampil mempertahankan apa yang dilakukannya adalah satu prosedur biasa semenjak dahulu lagi.

Di samping itu, Taufek mengatakan kepada Subahan yang beliau tahu sejauh mana bidang kuasanya di dalam FAM sambil mengingatkan bukanlah menjadi satu kesalahan Jabatan Undang-undang untuk mengkaji kenyataan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan dan Sime Darby, Ismail Zakaria yang menegur kelemahan pengadil.

Tambahnya, tidak wajar Subahan memberikan kenyataan seolah-olah pihaknya telah menjatuhkan hukuman dan memberikan penaksiran tersendiri sedangkan pihak Jawatankuasa Tatatertib belum berkata apa-apa lagi dalam soal tersebut.

"Siapalah saya di dalam FAM, saya ini cuma daun sahaja di pokok... cuma menyentuh apa yang saya lakukan seperti mana diperkatakan Datuk Seri, saya hanya meminta Jabatan Undang-undang mengkaji sahaja kenyataan dua jurulatih terbabit, ada kes atau tidak. Ini adalah amalan biasa.

"Jika ada kes, terpulang kepada Setiausaha Agung FAM untuk mengeluarkan surat pertuduhan atau tidak, mana ada sampai tahap saya masuk campur dalam segala urusan, saya tahu bidang tugas selaku Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib.

"Namun, apabila Datuk Seri Subahan bercakap begitu dan begini, saya ingin ingatkan beliau saya tahu batas saya (sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib) dan saya ingin memperjelaskan perkara-perkara ini yang bukan melibatkan insiden semasa perlawanan iaitu seperti kenyataan akhbar akan termasuk dalam kod tatatertib.

"Jika beginilah apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Subahan, maknanya kalau saya mahu menjatuhkan sebarang hukuman selepas ini, saya terpaksa merujuk kepada Exco terlebih dahulu sedangkan Jawatankuasa Tatatertib adalah badan bebas.

"Dalam masa sama, kenyataan Datuk Seri Subahan juga seperti telah memberi kata putus terhadap perkara ini yang mahu disiasat, sepatutnya tidak boleh begitu," katanya ketika dihubungi semalam.

Subahan dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia pada Ahad lalu memberi jaminan Sathianathan dan Ismail tidak akan dikenakan apa-apa hukuman sambil mempertahankan FAM kini bersikap lebih terbuka dalam menerima sebarang pandangan.

Selain itu, beliau menganggap Taufek tiada kuasa untuk mengarahkan Jabatan Undang-undang kerana hanya Mesyuarat Exco yang dipengerusikan Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM mempunyai hak memberikan arahan.

Sebelum ini, Taufek pernah mengatakan Jabatan Undang-undang akan menyemak segala yang diperkatakan oleh Sathianathan dan Ismail. Sekiranya didapati ada kesalahan dalam kata-kata mereka, kedua-duanya boleh dirujuk di bawah Perkara 18 Kod Tatatertib, iaitu penggantungan sekurang-kurangnya empat perlawanan dan paling maksimum, selama dua tahun.

Azraai gembira taktikal menjadi

Posted: 26 Jan 2014 11:02 AM PST

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
sukan@utusan.com.my

Pemain JDT, Pablo Aimar (kanan) berebut bola tinggi dengan pemain T-Team, Fabio Flor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin yang berkesudahan T-Team menang 1-0.

KUALA TERENGGANU - Sekalipun membiarkan Johor Darul Takzim (JDT) lebih banyak menguasai bola dalam pertemuan pengendali T-Team, Mohd. Azraai Khor Abdullah gembira kerana percaturan taktikalnya menjadi apabila pasukannya berjaya menumpaskan pasukan yang dianggap pilihan itu.

Katanya, T-Team berjaya membuatkan pasukan lawan leka dengan penguasaan bola sebelum memberikan kejutan ke atas anak-anak buah Cesar Fernando Giminez itu dengan kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri kelmarin.

Menurut Azraai, anak-anak buahnya begitu berdisiplin sepanjang 90 minit perlawanan biarpun diasak bertali-arus oleh pasukan dari selatan tanah air itu.

"Sebenarnya, pada separuh masa pertama lagi kita ada kemampuan untuk menjaringkan gol tapi peluang itu disia-siakan oleh para pemain.

"Tapi inilah bola sepak. Kita rancang dengan rapi dan inilah resipi kejayaan kita iaitu semangat kerjasama berpasukan walaupun menentang pasukan yang kuat (JDT).

"Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya (kelmarin). Rata-ratanya mempamerkan permainan yang cemerlang," katanya.

Dalam perlawanan itu, gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh pemain dari Indonesia, Patrich Steve Wanggai menerusi tandukan pada minit ke-70.

Dalam pada itu, Azraai memberitahu, perlawanan tersebut boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji keupayaan pasukannya sebelum bertemu lawan yang sama dalam pusingan kedua Piala FA yang dijadual bermula 4 Februari ini.

Sementara itu, kapten JDT, Mohd. Aidil Zafuan menyifatkan pasukannya tidak bernasib baik apabila tewas selepas bertungkus-lumus untuk mencari gol sepanjang 90 minit perlawanan.

"Sememangnya sukar untuk mencapai kemenangan di tempat lawan tapi kami telah melakukan yang terbaik malam ini. Nasib memang tidak berpihak kepada kami," ujar pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Operasi pantau harga barang

Posted: 26 Jan 2014 11:02 AM PST

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman
utusanktn@gmail.com

Shahiruddin Ab. Moin menunjukkan harga ayam yang dijual di sebuah pasar raya di Bentong, Pahang, semalam.

BENTONG 26 Jan. - Operasi bersepadu melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi penguat kuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilaksanakan di seluruh negeri ini bagi memantau harga barangan.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, operasi itu yang turut melibatkan polis dan agensi penguatkuasaan lain akan dilaksanakan secara berterusan, tidak terhad semasa sambutan perayaan sahaja.

"Bagi kerajaan negeri, kita akan melaksanakan operasi melibatkan pelbagai pihak termasuklah parti politik, FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), persatuan pengguna, polis dan sebagainya yang akan memakai uniform masing-masing, tidak terhad kepada anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

"Cara ini lebih berkesan dan rakyat lebih seronok melihat seluruh agensi berada di merata-rata tempat bagi memantau harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di Pasar Besar Bentong dan pasar raya di sini hari ini.

Sebanyak 13 barangan ditetapkan sebagai barangan kawalan sempena perayaan Tahun Baharu Cina berkuatkuasa hari ini sehingga 9 Februari ini.

Menurut Shahiruddin, kerajaan sentiasa mengambil berat dan berusaha memastikan harga barangan terkawal serta tidak membebankan pengguna.

Sehubungan itu beliau berharap pengguna juga turut memainkan peranan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat peniaga yang ingkar dengan peraturan ditetapkan.

"Kita tidak akan memberi ruang kepada peniaga dan pemborong supaya mereka tahu bahawa pengguna perlu diberi pembelaan secara berterusan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bermula 1 Januari lalu sehingga semalam, sebanyak 14,325 premis perniagaan diperiksa oleh penguat kuasa PPDNKK di seluruh negeri ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 61 premis perniagaan dikenakan tindakan kerana melanggar peraturan melibatkan rampasan barangan bernilai RM30,000.

"Sebanyak RM5,500 kompaun dikenakan terhadap peniaga terbabit di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," ujarnya.

Yayasan Pintar sumbang RM150,000

Posted: 26 Jan 2014 11:02 AM PST

Norzalina Masom (berdiri sembilan dari kiri) dan dan Amran Huri (berdiri lapan dari kiri) serta guru bergambar bersama pelajar yang menerima sumbangan sekolah daripada Yayasan Pintar di SK Kuala Bera, Pahang, semalam.

BERA 26 Jan. - Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Yayasan Pintar menyumbangkan barangan keperluan sekolah bernilai RM150,000 kepada murid yang terjejas akibat banjir bulan lalu melibatkan empat sekolah di negeri ini.

Sekolah yang menerima bantuan julung-julung kali disampaikan melalui yayasan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bera dan SK Kuala Triang di sini; SK Temai, Pekan serta SK Batu 3, Kuantan.

Sumbangan berupa kasut, uniform sekolah dan alat tulis itu disampaikan oleh Ketua Program Pembangunan dan Pengurusan Yayasan Pintar, Norzalina Masom kepada guru besar di sekolah masing-masing.

Menurut Norzalina, program itu melibatkan 844 murid dari sekolah terbabit berikutan kelengkapan persekolahan mereka rosak teruk akibat bencana banjir sebelum sesi persekolahan bermula.

"Sumbangan ini adalah hasil tanggungjawab sosial korporat syarikat milik kerajaan (GLC) khususnya di bawah Khazanah Nasional bagi menyahut seruan kerajaan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

"Selain mempunyai sekolah angkat dan melaksanakan pelbagai program, kita akan terus melakukan sumbangan seperti ini secara berterusan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di SK Kuala Bera di sini hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Guru Besar SK Kuala Bera, Amran Huri.

Menurut Norzalina, sumbangan kali ini melibatkan 82 murid dari SK Kuala Bera diikuti SK Temai, Pekan (145 murid); SK Kuala Teriang Bera (189 murid) dan SK Batu 3 Kuantan (428 murid).

Katanya, setiap murid menerima sepasang kasut, sepasang uniform dan juga kelengkapan alat tulis.

Dalam pada itu, Amran Huri berkata, sumbangan itu amat bermakna dalam membantu murid terbabit yang kebanyakannya daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Selain meringankan beban keluarga mereka, langkah itu memberi semangat kepada murid terbabit untuk belajar bersungguh-sungguh," ujarnya.

Permohonan 200 koperasi kariah masjid dilulus

Posted: 26 Jan 2014 11:02 AM PST

Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) menyampaikan replika cek zakat perniagaan bernilai RM6,720 kepada Mazlan Jali (tengah) di Kampung Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 26 Jan. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan sebanyak 200 Koperasi Kariah Masjid (KKM) di seluruh negara pada bulan ini bagi membolehkan pertubuhan itu bergerak dalam bidang tertentu untuk menjana pendapatan masing-masing.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, selepas kelulusan ini pihaknya akan meneliti permohonan 400 buah masjid lagi yang kini di peringkat penajaan.

"Angkasa juga menyasarkan sebanyak 1,000 masjid menubuhkan KKM tahun ini untuk menggerakkan mereka menceburi dalam pelbagai jenis perniagaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat perniagaan bernilai RM6,720 kepada 20 orang golongan asnaf sebagai bantuan saham untuk menyertai ahli KKM di Kampung Lubuk Kulit di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Angkasa Zon 3 Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdullah dan Imam Masjid Kampung Lubuk Kulit, Musa Mat Jidin.

Beliau berkata, pihaknya terpanggil membantu golongan asnaf di Lubuk Kulit bagi memudahkan mereka menjadi ahli koperasi menerusi saham berkenaan serta terbabit menjalankan kegiatan perniagaan dan pertanian.

"Kumpulan asnaf ini akan menerima faedah keuntungan hasil kegiatan KKM Lubuk Kulit yang kini melaksanakan perniagaan dalam sektor pertanian, penyediaan makanan, pengurusan umrah, pemborong dan kegiatan lain dengan membabitkan 100 orang ahli," katanya.

Katanya, jawatankuasa KKM Lubuk Kulit sedang menyasarkan penyertaan sebanyak 300 ahli baharu bagi memantapkan pengumpulan saham serta memudahkan pelaksanaan pelbagai kegiatan koperasi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


21 dikhuatiri lemas bot pelancong karam

Posted: 26 Jan 2014 10:34 AM PST

NEW DELHI 27 Jan. - Seramai 21 orang dilaporkan terkorban apabila sebuah bot yang membawa pelancong karam berhampiran kawasan pedalaman di Andaman dan Pulau Nicobar, di sini, semalam.

Bot yang membawa 43 orang itu karam ketika berada antara Pulau Ross dan North Bay berhampiran Port Blair.

Menurut jurucakap Gabenor A,K Singh, sehingga kini hanya 13 orang berjaya diselamatkan manakala pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pencarian mangsa-mangsa yang lain. - AFP

6 kanak-kanak maut bermain bom

Posted: 26 Jan 2014 09:14 AM PST

PESHAWAR, Pakistan 27 Jan. - Sekurang-kurangnya enam orang kanak-kanak maut dan seorang lagi cedera ketika bermain bom buatan tangan di barat laut Pakistan, semalam.

Kanak-kanak tersebut yang berumur sekitar tujuh hingga 12 tahun dikatakan bermain berhampiran kawasan rumahnya di bandar Hangu ketika bom buatan tangan itu meletup, kata ketua polis tempatan, Iftikhar Ahmed.

Lima kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan terkorban dalam letupan tersebut manakala seorang lagi kanak-kanak mengalami kecederaan," katanya . - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Gagal hadir untuk dengar hukuman

Posted: 26 Jan 2014 07:17 PM PST

Pengurus restoran dikenakan waran tangkap

KOTA KINABALU 27 Jan. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud yang didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur yang kemudian dinikahinya, kerana gagal hadir ke mahkamah.

Hakim Ummu Khatom Abd. Samad memutuskan demikian setelah tertuduh gagal hadir ke mahkamah dengan hanya mengemukakan cuti sakit yang tidak lengkap maklumatnya.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk prosiding menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh. - UTUSAN ONLINE

PMBK, anak syarikat disaman RM230j

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
pengarang@utusan.com.my

ZAIDON Omar Bakri (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - BERNAMA

KOTA BHARU 26 Jan. - Sebuah syarikat mengemukakan saman kira-kira RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan anak syarikatnya, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. kerana mengingkari surat hasrat untuk projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (Dae Hanguru Infra) selaku plaintif menamakan Baldah Toyyibah sebagai defendan pertama dan PMBK defendan kedua.

Syarikat pembinaan tersebut menuntut pihak defendan membayar kerugian perbelanjaan projek yang telah ditanggung berjumlah RM5,488,497.

Plaintif antara lain turut menuntut defendan membayar kerugian keuntungan dijangka lebih RM225,667,350.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Fernandez & Selvarajah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11 pagi ini.

Menurut kenyataan tuntutan, defendan pertama dalam surat hasrat pada 8 Oktober 2012 telah melantik Consortium Daelim JV (CDJV) sebagai kontraktor 'turnkey' untuk membiayai, mereka bentuk dan membina Lebuh Raya Kota Bharu -Kuala Krai.

Melalui surat tersebut, CDJV turut diarahkan untuk menamakan dan memperbadankan sebuah syarikat yang boleh diterima oleh defendan pertama sebagai kontraktor 'turnkey' untuk melaksanakan projek lebuh raya tersebut iaitu Dae Hanguru Infra.

Berdasarkan surat penerimaan dari Baldah Toyyibah pada 31 Oktober 2013, plaintif mendakwa, telah wujud kontrak muktamad antara kedua-dua pihak selepas syarikat tersebut dilantik untuk membiayai, mereka bentuk dan membina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Pada awal tahun lalu, Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan untuk membina lebuh raya sendiri dari Kota Bharu ke Kuala Krai menggunakan hasil derma rakyat, selain daripada sumber-sumber kewangan yang lain.

Untuk rekod, Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah mengumumkan nama beberapa buah syarikat untuk melaksanakan projek itu.

Pada minggu lepas, Kerajaan Pas Kelantan sekali lagi membuka tender baru untuk pembinaan lebuh raya tersebut untuk fasa Machang-Kuala Krai sejauh 30 kilometer.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Dae Hanguru Infra, Zaidon Omar Bakri berkata, defendan pertama telah menerima cadangan yang dikemukakan pihak beliau berhubung projek terbabit yang menelan kos sebanyak RM1.8 bilion.

"Selepas penerimaan kontrak, syarikat kami telah memulakan kerja-kerja awalan ke atas projek lebuh raya ini dengan pelaburan melibatkan masa, kepakaran teknikal dan kewangan yang menelan kos bernilai lebih dari RM5 juta.

"Bagaimanapun, pada 13 Oktober lalu pihak defendan pertama telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penyempurnaan dokumen kontrak.

"Walhal ketika itu, perundingan antara kedua-dua pihak masih berlangsung dalam menyediakan dokumen terbabit," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kata Zaidon, beberapa permohonan secara bertulis telah dibuat kepada Kerajaan Kelantan, PMBK mahupun Baldah Toyyibah untuk mengadakan perbincangan, namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak terbabit.

Disebabkan pihak defendan mengabaikan notis tuntutan yang dikemukakan, beliau memohon suatu penghakiman akibat penamatan secara salah dan melanggar kontrak yang menyebabkan syarikat terbabit mengalami kerugian dan kerosakan sebab membelanjakan RM5,488,497 untuk kerja-kerja berkaitan projek terbabit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bertindak selamatkan etnik Rohingya

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

AZRIL MOHD. AMIN ialah seorang peguam, dan Pengerusi Muslimupro, Delegasi Pertubuhan-Pertubuhan Islam di dalam proses semakan berkala sejagat (UPR) ke Geneva, Switzerland

Puteri Mahkota Mary dari Denmark bersalaman dengan kanak-kanak beragama Islam di kem pelarian Say Tha Mar Gyi di wilayah Rakhine, Myanmar pada 12 Januari lalu. - AP

SUMBER terbaru media antarabangsa telah melaporkan pembunuhan tidak kurang 30 orang Rohingya beragama Islam. Menurut laporan BBC pada 23 Januari lalu, Ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos menuntut kerajaan Myanmar agar segera membenarkan pekerja bantuan kemanusiaan memasuki kawasan-kawasan krisis dan menggesa penyiasatan bebas dibuat untuk mengetahui sebab pembunuhan tersebut.

Pada hakikatnya, pembunuhan tersebut hanya merupakan sebahagian kecil tindakan penghapusan etnik Rohingya beragama Islam yang dilakukan dengan sengaja oleh rejim Myanmar.

Pada 2012, lebih 200 orang terbunuh di dalam pertempuran sengit di pelbagai lokasi di wilayah Rakhine, malah lebih ramai mangsa yang telah meninggalkan kampung halaman dan menjadi pelarian termasuk ke negara jiran Bangladesh. Beribu-ribu lagi pelarian berada di merata negara sebagai pelarian yang tidak diketahui untung nasib mereka.

Di Malaysia sahaja, jumlah tidak rasmi merekodkan tidak kurang 8, 000 pelarian yang berada di merata tempat di negara ini, tidak terbela dan tidak mampu untuk menjalankan kehidupan dengan sempurna.

Sehingga saat ini, tindakan pembersihan etnik telah terus berlaku secara serius dan melibatkan beribu-ribu nyawa umat Islam.

Etnik Rohingya adalah seumpama rakyat Palestin bagi umat Islam di rantau Asia Tenggara ini. Banyak pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini yang sangat prihatin, malah telah menubuhkan pelbagai inisiatif untuk menangani konflik di Palestin.

Jika kita masih boleh tidur lena setelah berhari-hari membaca khabar di dalam media mengenai pembunuhan etnik Rohingya daripada kalangan pemuda Muslim yang dibakar hidup-hidup dan disembelih, pemerkosaan wanita dan anak-anak serta penghapusan kampung halaman mereka, sebagaimana yang juga berlaku di negara Palestin, maka kita perlu memikirkan kembali tahap keimanan kita dan bertanya sama ada masih ada sifat kemanusiaan yang tinggal di dalam diri kita.

Hanya kira-kira seminggu lalu, para pemimpin negara-negara anggota ASEAN selesai mengadakan pertemuan di peringkat menteri luar di bandar Bagan, Myanmar. Mesyuarat tersebut dipengerusikan Myanmar sebagai anggota terbaru ASEAN yang keanggotaannya diterima pada 1997, dan diserahkan mandat sebagai pengerusi pada 2006.

Menurut Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin, mesyuarat tersebut telah membincangkan hal ehwal kepentingan serantau termasuk pertikaian sempadan wilayah maritim antara China dan negara-negara ASEAN seperti Vietnam, Malaysia, Brunei dan Filipina.

Walaubagaimanapun, agak malang apabila Lwin menyatakan bahawa mesyuarat berkenaan telah mengelak daripada membincangkan krisis-krisis dalaman negara-negara anggota ASEAN.

Malah, pada hemat penulis, perkembangan ini merupakan suatu lagi bentuk hipokrasi, khususnya bagi sebuah negara seperti Myanmar yang mahu bersaing dengan Malaysia di dalam menandatangani pelbagai instrumen Hak Asasi Manusia (HAM).

Amat memalukan bagi sebuah negara yang ingin meratifikasi pelbagai konvensyen HAM antarabangsa tetapi dengan penuh helah dan penipuan melakukan pembersihan etnik di dalam negaranya sendiri.

Pada hakikatnya, sebagai pengerusi ASEAN, Myanmar sewajarnya ditekan untuk segera menghentikan pembunuhan beramai-ramai Rohingya di negara tersebut.

Penulis tidak terfikir bagaimana para pemimpin dan wakil diplomatik anggota-anggota negara ASEAN boleh bermesyuarat dengan tenang dan selesa sambil dipengerusikan negara yang pada masa sama sedang menjalankan pembersihan etnik di dalam negaranya sendiri?

Apakah keangkuhan Myanmar ini boleh dibiarkan berleluasa? Dalam situasi ini, negara-negara anggota ASEAN perlu memikirkan semula prinsip tidak campur tangan (non-interference principle) yang diamalkan ASEAN demi menzahirkan semula sifat kemanusiaan di kalangan mereka.

Lebih malang lagi, Myanmar kononnya telah melahirkan ikon pejuang demokrasi dan kebebasan seperti Aung San Suu Kyi, tetapi menutup mata terhadap penderitaan Muslim Rohingya yang dengan sengaja tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka, dibunuh dan diusir atas tujuan penghapusan etnik.

Negara-negara anggota ASEAN mungkin tidak boleh menentukan perubahan undang-undang domestik untuk Myanmar. Tetapi mereka perlu membuat keputusan untuk menggesa PBB agar mengambil tindakan berkesan terhadap isu pembersihan etnik tersebut , kerana tindakan Myanmar seterusnya akan menyebabkan berlaku pembunuhan beramai-ramai (genocide) masyarakat awam, yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.

Myanmar sebagai negara anggota PBB tidak boleh dibiarkan melakukan jenayah. Di sini kita mempunyai kes yang jelas pembersihan etnik (diakui oleh kerajaan Myanmar) yang hampir dengan pembunuhan beramai-ramai.

Sekiranya ASEAN sendiri gagal menyelesaikan konflik pembunuhan ini, maka siapakah bertanggungjawab untuk pembunuhan beramai-ramai itu jika tidak umat Islam sendiri. Jika kita tidak membantu dan melindungi Rohingya, siapakah lagi akan menyuarakan penderitaan mereka dan mengambil kisah penderitaan berpanjangan umat ini?

Dalam ketiadaan tekanan serta tindakan berkesan PBB, umat Islam sendiri perlu dipertanggungjawabkan menyelesaikan penderitaan yang besar ini.

PBB telah mengeluarkan statistik bahawa 80% daripada pelarian di dunia adalah orang Islam. Ramai yang tidak bernegara, seperti Rohingya, tanpa kewarganegaraan atau hak kewarganegaraan. Malah dalam negara-negara Islam, kita sendiri menanggapi mereka sebagai pelarian dan dilayan sebagai penduduk kelas ketiga. Apakah ini sikap kita sebagai umat Islam?

Walaupun mungkin Malaysia tidak mahu campur tangan sekalipun, kita harus proaktif menggesa negara-negara anggota besar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), seperti Turki dan Arab Saudi untuk berada di barisan hadapan memberikan tekanan ke atas rejim Myanmar untuk berhenti daripada melakukan pembunuhan dan penghapusan etnik Rohingya.

Sudah tiba masanya bagi umat Islam untuk menyuarakan nasib umat Islam Rohingya dengan lebih serius dan mengambil tindakan proaktif membantu mereka. Jika tidak, kita tidak boleh berbangga mendabik dada bahawa kita adalah umat Islam.

Landasan PPPM sudah tepat - penilai antarabangsa

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Oleh Sadatul Mahiran Rosli

KESEJUKAN yang menusuk hingga ke tulang ketika berada di ibu kota Inggeris ini dihangatkan dengan keyakinan yang diluahkan oleh pakar-pakar pendidikan dunia tentang sistem pendidikan di Malaysia.

Mereka sungguh positif dengan langkah kerajaan Malaysia dalam mentransformasikan sistem pendidikan menerusi Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu.

Pada pendapat mereka, Malaysia mengambil langkah tepat dengan melaksanakan PPPM dalam usaha untuk bersaing dengan negara termaju di dunia kerana sistem pendidikan berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Walaupun ada segelintir rakyat di Malaysia kurang senang dengan pelaksanaan PPPM, namun bagi pihak luar dan yang pakar dalam bidang pendidikan, pelan ini adalah keperluan yang harus dibuat oleh negara yang ingin maju, bersaing dan mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia.

Berpeluang menemubual dua Panel Penilai Bebas Antarabangsa PPPM 2013-2025 di kota London sempena mengikuti lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri menghadiri Forum Pendidikan Sedunia (EWF) dari 19 hingga 22 Januari lalu membuka lembaran yang cukup menakjubkan tentang pendapat mereka tentang sistem pendidikan di negara ini terutamanya pelaksanaan PPPM.

Bertemu di lobi The Tower Park Hotel , Dr. Andreas Schleicher menyatakan bahawa pendekatan yang diambil dalam menghasilkan PPPM adalah suatu langkah berani dan julung-julung kali dilakukan.

Katanya, Malaysia sememangnya mempunyai beberapa sekolah bertaraf dunia, ini suatu yang boleh dibanggakan, namun masih terdapat jurang prestasi antara sekolah, guru dan pelajar yang masih boleh ditingkatkan.

Maka, katanya, pelaksanaan PPPM akan membantu merapatkan jurang tersebut, sekali gus menaikkan prestasi pelajar Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) yang kini hanya meletakkan negara dalam kumpulan sepertiga bawah dalam kalangan negara Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Beliau yang juga Penasihat Khas Polisi Pendidikan kepada Setiausaha Agung OECD dan bertanggungjawab dalam menjalankan PISA yakin PPPM bakal melakar visi sistem pendidikan dan aspirasi pelajar yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan, sekali gus menjadi pemangkin kepada kenaikan prestasi PISA.

Namun, yang penting adalah untuk merealisasikan semuanya bergantung kepada pelaksanaan yang sistematik.

PPPM ialah sebuah buku , realitinya bagaimana pelan ini akan diterjemah dan dilaksanakan. Pelaksanaan bukan sahaja bergantung kepada kementerian, pengetua atau guru, namun turut melibatkan ibu bapa dan komuniti. Pendidikan adalah urusan semua orang dan bukannya hanya berserah kepada pihak sekolah, katanya.

Sementara, seorang lagi panel penilai, Michael Fullan memberitahu beliau yakin dalam masa lima tahun, Malaysia akan melihat hasil yang menakjubkan terhadap prestasi pelajar menerusi pelaksanaan PPPM.

Bagaimanapun untuk impian menjadi realiti memerlukan kegigihan dua tonggak utama dalam sektor persekolahan.

Pertama ialah guru, kedua pengetua. Jika kedua-duanya saling membantu dalam menjayakannya, maka saya yakin PPPM dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus Malaysia menjadi negara yang disegani dalam bidang pendidikan, tegasnya.

Menurutnya, tidak dilupakan dalam menjayakan sesuatu pelan, wujudnya cabaran dan dalam konteks ini dilihat komunikasi antara pengetua dengan guru dan kesediaan dua tonggak ini dalam merealisasikan pelan yang disediakan.

Tambahnya, walaupun pelan pembangunan pendidikan ini baru dilaksanakan, namun kesan awal seperti kadar literasi, keupayaan dalam penguasaan Matematik dan pelajar berjaya menamatkan alam persekolahan telah meningkat.

Ini petanda bahawa pelan yang dirancang untuk 12 tahun itu telah menunjukkan peningkatan yang positif walaupun baru sahaja dilaksanakan, ujarnya.

Sempena lawatan tiga hari Timbalan Perdana Menteri ke London, beliau turut diberi taklimat oleh Cambridge English, badan pakar dalam menilai penguasaan sesuatu bahasa tentang laporan awal Projek Kajian Asas untuk Ditanda Aras Standard Antarabangsa Bahasa Inggeris untuk Sekolah di Malaysia mengikut Common European Framework of References (CEFR).

Daripada laporan awal tersebut, didapati kadar penguasaan dan kefasihan pelajar Malaysia dalam bahasa Inggeris di sekolah ketika ini berada pada tahap positif.

Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris terkandung dalam langkah keempat dalam PPPM iaitu pembelajaran murid untuk membentuk murid dan pelajar mempunyai kecekapan pelbagai bahasa dan sekurang-kurangnya dapat bertutur dengan cekap dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, Cambridge English dipertanggungjawabkan untuk mengkaji kecekapan pelajar Malaysia dalam Bahasa Inggeris supaya menjadi panduan kepada pelaksanaan PPPM.

Taklimat dapatan awal kajian disampaikan Penolong Pengarah Operasi dan Penilaian Cambridge English, Martin Robinson dan Ketua Penyelidik dan Pembangunan Antarabangsanya, Dr. Hanan Khalifa.

Menurut Hanan, dalam kajian yang bakal disiapkan pada Mac nanti, Cambridge English menggunakan Mix Method Design Medotologi untuk mendapatkan sampel pelajar dari prasekolah hingga prauniversiti.

Metodologi ini mengumpulkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif , merangkumi ujian untuk pelajar dan guru, soalan untuk pelajar dan guru, temubual secara bersemuka dan pemerhatian di dalam kelas.

Kita juga pecahkan kepada berdasarkan negeri, lokasi, sama ada bandar dan luar bandar, jantina, medium sekolah, dengan tujuan data ini boleh membantu kementerian melaksanakan visi yang ada dalam PPPM, katanya.

Sebanyak lima pasukan dan setiapnya mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk melaksanakan kajian tersebut yang diadakan di setiap negeri .

Pasukan terdiri daripada pemeriksa pertuturan, pemerhati terlatih, wakil dari Kementerian Pendidikan dan wakil dari pejabat daerah.

Sementara itu, kata Robinson, pengalaman mereka ketika menjalankan kajian terhadap tahap penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia sungguh menarik.

Pertama, katanya, daripada pemerhatian perlakuan pelajar dan guru dan situasi secara keseluruhannya kelas Bahasa Inggeris di Malaysia sungguh harmoni, hubungan guru dan pelajar terjalin baik.

Harmoni bermakna hubungan pelajar dan guru sangat rapat, di beberapa negara hubungan antara pelajar dengan guru agak renggang, mempunyai jurang yang jauh . Mereka saling menghormati.

Guru juga mengetahui setiap nama pelajar, ini bermakna guru menguasai data kelas tersebut . Ada sekolah di beberapa negara lain tidak mengetahui nama pelajar. Keadaan ini penting dalam mewujudkan suatu keadaan yang harmoni, sekali gus pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas akan lebih hidup dan senang berinteraksi," katanya.

Tambahnya, semasa menjalankan ujian ke atas pelajar dan guru, empat skil komprehensif dijalankan iaitu berinteraksi secara bersemuka , membaca untuk 45-50 minit, ujian menulis (30 hingga 45 minit) bergantung kepada tahap pelajar dan bercakap (15 minit).

Guru turut diuji dengan empat skil tersebut ditambah dengan pengetahuan mengajar. Kami juga menganalisis amalan pengajaran.

``Kita memerhati berapa banyak guru bercakap, berapa banyak pelajar bercakap, bagaimana guru menguruskan kelas jika pelajar membuat bising dan interaksi antara guru dengan pelajar, katanya.

Pengalaman melaksanakan PPPM turut dipromosikan kepada peserta yang menghadiri EWF oleh Muhyiddin k etika berucap dalam sidang pleno peringkat menteri yang bertajuk `Dekad akan datang.

Menurut beliau, Malaysia, sejak merdeka mencatat kemajuan besar dalam pelbagai aspek pembangunan termasuk pendidikan.

Selaras dengan perkembangan di peringkat global selepas 2015 yang memerlukan cara berfikir, budaya kerja, sikap dan pengurusan organisasi yang berbeza, maka Malaysia telah membangunkan PPPM 2013-2025 yang menyediakan pelan komprehensif bagi memastikan transformasi sistem pendidikan bersifat mapan untuk dekad akan datang, katanya.

Dengan keyakinan pakar-pakar pendidikan tentang pelaksanaan PPPM, tidak mustahil suatu hari nanti aspirasi Malaysia untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas dari segi prestasi berdasarkan penilaian antarabangsa seperti Jawatankuasa Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun akan menjadi realiti.">

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Telefon pintar pantau kesihatan

Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST

Tidak lama lagi ujian diabetes tidak memerlukan jarum.

MENGAPA perlu ke klinik jika anda mempunyai gajet pintar yang boleh memantau tahap kesihatan sepanjang masa?

Tapi persoalannya, bolehkah telefon pintar memantau paras gula, tekanan darah dan kolestrol?

Jawapannya YA! Dan ini akan menjadi lebih relevan dalam masa beberapa tahun akan datang apabila syarikat pengeluar teknologi berlumba-lumba membangunkan penyelesaian yang boleh mengesan dan mengukur tahap kesihatan seseorang.

Penyelesaian yang ada sekarang (masih belum digunakan secara meluas) bermula dengan mengukur denyutan jantung hingga menganalisis tahap stres, memantau tekanan darah dan tahap pengambilan oksigen.

Pesakit diabetes dikatakan golongan pertama yang bakal mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi berkenaan kerana beberapa penyelesaian dilihat dapat membantu memantau paras gula di dalam darah mereka.

Syarikat teknologi Google mengumumkan sedang menjalankan kajian menguji kanta lekap pintar yang dibina untuk mengukur paras glukosa di dalam air mata manusia.

Menurut syarikat berkenaan, prototaip yang diuji menggunakan cip kecil tanpa wayar dan penderia glukosa kecil yang ditanam di antara dua lapisan kanta lekap lembut dan membolehkan bacaan gula di dalam darah tertera dalam beberapa saat.

Syarikat berkenaan juga mengkaji potensi untuk memberikan amaran awal kepada pemakai dalam bentuk cahaya LED jika paras glukosa melepasi paras yang dibenarkan (terlalu tinggi atau rendah).

Walaupun teknologi berkenaan masih baru tetapi syarikat berkenaan telah pun menghabiskan beberapa kajian penyelidikan klinikal yang dapat membantu dalam membina prototaip.

Produk ini diharapkan dapat membantu pesakit diabetes dalam menguruskan penyakit mereka.

PENDERIA SAIZ KECIL

Sementara itu syarikat teknologi gergasi Apple Inc juga bekerja keras bagi memastikan pepatah Inggeris 'Sebiji epal sehari menjauhkan doktor' menepati nama syarikat mereka 'Apple'.

Apple dikatakan sedang menjalankan kajian mengenai beberapa penyelesaian yang boleh menjadikan iPhone atau gajet pelbagai guna dilengkapi dengan peralatan untuk mengukur ECG, tekanan darah, glukosa, denyutan jantung malah 'mood' seseorang.

Ini menjadikan gajet Apple bertindak sebagai makmal mini bagi menganalisis darah serta tahap pernafasan seseorang.

Apple juga dikatakan sedang membangunkan pelekat penderia bersaiz kecil yang boleh dipakai atau dilekatkan di pergelangan tangan seperti jam dan berupaya membaca dan memindahkan data yang diperlukan.

Ini dapat meninggalkan amalan mengambil sampel darah menggunakan tusukan jarum.

Buat masa ini iPhone mempunyai tujuh penderia binaan dalaman sementara Android Samsung S4 mempunyai sembilan.

Telefon pintar yang dilengkapi dengan kuasa pemprosesan lebih berkuasa mempunyai keupayaan membaca data daripada pelbagai penderia.

Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 43,000 aplikasi berkaitan kesihatan dalam senarai Apple App Store.

Adakah satu masa nanti, doktor dan kakitangan klinik hanya menganalisis data yang terdapat dalam telefon mudah alih dan bukannya pesakit?

Cuba bayangkan, apabila Apple menambahkan ciri berkenaan dalam iWatch atau iPhone. Tentu saja pemakai kelihatan hebat!

Pada masa ini iPhone 5S telah mempunyai tujuh penderia binaan dalaman termasuk penderia cap jari.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan menjelang tahun 2020, gajet baru Apple akan mempunyai beberapa penderia yang boleh mengukur ECG, tekanan darah, glukosa, denyutan jantung, keletihan malah 'mood' seseorang.

Dengan adanya gajet memantau kesihatan diharap tahap kesihatan penduduk dunia juga bertambah meningkat.

Uniknya kamera filem bawah air

Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST

Bersama MOHD. HAZLI HASSAN

Tiada beza mencari komposisi ketika menggunakan kamera filem berbanding kamera digital, namun ketika itu, tiada skrin LCD yang akan menunjukkan apa yang akan dirakamkan.

BAGI jurufoto bawah air generasi baharu, pastinya tidak mengetahui bagaimana susahnya mereka yang berkecimpung dalam genre ini ketika zaman menggunakan filem dahulu.

Saya bertuah kerana ketika transisi ke era digital sekitar tahun 2000 memberi saya peluang seketika menggunakan filem pada waktu mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini. Ketika itu, kamera Nikonos V menjadi pilihan kerana ia merupakan antara kamera bawah air paling popular selain Nikonos RS.

Beza antara kedua-dua model ini ialah Nikonos V mempunyai tetapan manual sepenuhnya dan memerlukan jurufoto menetapkan jarak fokus, bukaan, kelajuan pengatup dan ISO secara manual.

Sebarang kesilapan hanya boleh dilakukan dalam 36 dedahan sahaja. Jadi, kami banyak belajar untuk melakukan rakaman dengan berhati-hati dan tidak Trigger Happy seperti pengguna kamera digital pada zaman sekarang.

Di sini saya paparkan antara imej rakaman Nikonos V saya ketika di Pulau Payar, Langkawi sekitar tahun 2001. Ikan alu-alu besar atau tenok ini dikenali sebagai nama 'Mustafa'.

Jika ada sebarang pertanyaan, e-mel dengan subjek 'Dasar Laut' ke klik.mingguan@gmail.com. Sebahagian karya saya boleh dilihat di Flickr - http://bit.ly/fotobobo

RAKAMKAN apa sahaja subjek atau suasana. Tujuh gambar terbaik akan dipilih untuk diterbitkan dalam ruangan ini. Sila sertakan nama, alamat, tajuk gambar, keterangan ringkas gambar, jenis kamera, jenis lensa, bukaan (aperture), kelajuan pengatup (shutter), ISO. Sila hantar ke klik.mingguan@gmail.com.

klik.mingguan@gmail.com

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bahagiamu Deritaku dinobat Anugerah Juara Lagu ke-28

Posted: 26 Jan 2014 11:01 AM PST

Hafiz Suip menjulang trofi yang dimenangi setelah diumumkan Juara Lagu di stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Lagu ciptaan LY, manakala lirik ditulis oleh Baiduri dan dinyanyikan Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.

Hafiz yang tampil bertenaga dengan persembahan solonya berjaya memukau penonton yang memenuhi stadium apabila vokalnya begitu mantap mendendangkan lagu tersebut.

Kemenangan tersebut melayakkan komposer serta penyanyi lagu berkenaan membawa pulang RM35,000 berserta trofi AJL28.

Sementara itu, lagu Hanya Aku yang dicipta oleh Hyper Act manakala lirik oleh Frozen diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan memenangi wang tunai berjumlah RM15,000.

Tempat ketiga yang menawarkan wang tunai RM12,000 dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta Omar K dan Audi Mok dengan lirik ditulis Altimet.

Vokal Terbaik pula menjadi milik Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Hafiz.

Pemenang untuk kedua-dua kategori itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Bahagiamu Deritaku dinobat Juara Lagu

Posted: 26 Jan 2014 07:43 AM PST

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Lagu ciptaan LY, manakala lirik ditulis oleh Baiduri dan dinyanyikan Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.

Tempat kedua menjadi milik lagu Hanya Aku yang dipersembahkan oleh Hyper Act diikuti lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet di tempat ketiga.

Vokal Terbaik pula menjadi milik Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Hafiz. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Pemikiran si penjenayah

Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

BARU-BARU ini, sering terbaca di dada-dada akhbar keganasan yang berlaku dalam kalangan kita yang di luar kewarasan manusia berperikemanusiaan.

Bapa menyembelih anak, kanak-kanak kecil yang baru mengenal dunia diperkosa, amuk hingga menikam orang awam, membunuh diri selepas menembak mati isteri dan bapa mertua, anak mengelar leher bapa, pengasuh mendera bayi dan pelbagai lagi kes yang membuatkan kita terfikir apa lagi selepas ini.

Bila berbicara tentang keganasan, isu sosial sering dibangkitkan sebagai punca kepada keganasan.

Contohnya rasa ketidakadilan yang berlaku dalam kelompok tertentu yang selalunya daripada golongan minoriti, dipanggil perceived injustice seperti kelompok yang mengalami masalah kemiskinan dan tidak diberi peluang dalam masyarakat.

Juga golongan ekstremis dalam hal perkauman atau keagamaan. Mereka juga cenderung melakukan jenayah. Namun, menurut pensyarah yang juga pakar psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, ia juga mungkin berpunca daripada masalah psikologi dan gangguan mental.

"Jenayah seperti pembunuhan bermula daripada pemikiran dan perlakuan yang ganas hingga mencederakan seseorang.

"Ia selalunya berpunca daripada tiga faktor utama iaitu sosial, masalah psikologi dan gangguan mental.

"Apa yang penting adalah pencegahan daripada merawat.

"Personaliti-personaliti mereka yang cenderung melakukan keganasan selalunya dapat dilihat daripada peringkat awal.

"Ibu bapa, rakan-rakan dan orang terdekat perlu memainkan peranan dengan mengambil tindakan jika melihat sebarang simptom yang meragukan", ujarnya.

»gangguan mental

Menurut kajian di Amerika Syarikat (AS), walaupun ada jenayah ekstrem disebabkan gangguan mental, ia hanya berlaku sebanyak lima peratus sahaja daripada jenayah keseluruhan.

Antara yang terlibat dengan jenayah ialah golongan psikotik yang mengalami delusi atau kepercayaan mengarut dan halusinasi iaitu mendengar suara-suara tertentu yang mengarahkan mereka untuk bertindak sesuatu.

"Mereka selalunya bertindak kerana berasa kedudukan mereka terancam.

"Bezanya pesakit mental dengan mereka yang mengalami masalah psikologi ialah mangsa mereka terdiri daripada orang yang dikenali, selalunya ahli keluarga terdekat, bukannya secara rawak," ujarnya.

Gangguan otak

Ujar Dr. Muhsin, walaupun jarang berlaku, ada kes keganasan berpunca daripada epilepsi atau sawan.

Terangnya, ada jenis sawan yang luar biasa iaitu pesakit bertindak di luar kawalan dengan mendapatkan senjata terdekat ketika sawan menyerang seperti pisau lalu berlari ke arah mangsa dan menikamnya.

"Selalunya sawan tersebut berlaku selama lima hingga 10 minit dan pesakit tidak sedar akan kelakuannya," ujarnya.

Peringkat awal

Ciri-ciri seseorang yang mengalami masalah psikologi biasanya boleh dilihat daripada peringkat awal iaitu belasan tahun manakala masalah mental selalunya sukar dikesan.

Bagi masalah personaliti antisosial, antara ciri-ciri yang boleh dilihat ialah lari dari rumah atau sekolah, tiada belas kasihan terhadap haiwan, memaksa seseorang melakukan hubungan seks dan mereka gemar melanggar peraturan.

"Contohnya jika remaja tersebut sering terlibat dalam pergaduhan dan tidak mempunyai rasa takut, ia mungkin tanda-tanda untuk menjadi personaliti antisosial.

"Segelintir mat rempit juga dipercayai mempunyai ciri-ciri tersebut kerana tidak mempunyai rasa takut dan agresif," ujarnya.

Mereka juga mungkin sukar tidur, gemar menyendiri dan bercakap seorang diri.

Sebab itulah ujar Dr. Muhsin peranan keluarga amat penting dalam membentuk peribadi anak-anak daripada peringkat awal.

"Ada kes mereka didera atau dibuli dari kecil hingga menyebabkan keyakinan diri dan ego mereka terencat.

"Apabila menginjak dewasa, mereka yang asalnya mangsa mencari mangsa lain yang boleh dibalas," terangnya.

»Psikologi

Personaliti antisosial

Ujar Dr. Muhsin, masalah psikologi berlaku apabila seseorang itu berfikir dan melihat keadaan persekitaran dengan cara sendiri menyebabkan mereka boleh bertindak di luar kewajaran.

Contohnya, mereka yang mengalami masalah personaliti antisosial yang selalunya tidak mengendahkan undang-undang, tidak memikirkan persepsi orang lain dan bertindak atas keinginan sendiri.

"Bila berlaku kecelaruan sedemikian, biasanya mereka tidak mempunyai belas kasihan dan berpendapat penyelesaian masalah adalah dengan keganasan.

"Terutamanya mereka yang mempunyai ciri passive-agressive menambah risiko untuk mereka bertindak ganas.

"Dalam keadaan biasa, mereka berdiam seperti tidak mempunyai masalah dan tiba-tiba naik berang serta tidak dapat mengawal kemarahan," terangnya.

Tambah Dr. Muhsin, psikopat juga merupakan satu daripada cabang dalam masalah personaliti antisosial yang selalunya mereka tiada belas kasihan dan kecacatan emosi kerana tidak dapat menerima penghayatan daripada orang lain.

Narsisistik

Mereka yang mempunyai ciri masalah psikologi narsisistik biasanya berasa dirinya mempunyai ego yang besar dan perlu diendahkan masyarakat.

Apabila mereka berasa tidak diterima, mereka mungkin akan bertindak balas secara agresif.

"Berbanding dengan personaliti antisosial, narsisistik masih mempunyai simpati manakala personaliti antisosial tidak mempunyai hubungan emosi dengan orang sekeliling.

"Narsisistik dan personaliti antisosial berasa melakukan keganasan merupakan cara untuk memuaskan hati mereka tetapi setiap jenayah telah dirancang dan mangsanya dikenal pasti," terangnya.

Impulsif

Mereka yang mengalami masalah impulsif iaitu suka mengikut gerak hati pula selalunya lebih cenderung melakukan kecederaan daripada pembunuhan.

Seperti baran, mereka selalunya tidak dapat mengawal perasaan marah lalu berlakunya pertengkaran yang tidak dirancang.

Tindak balas mereka melulu dan risiko meningkat jika berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Ditambah dengan masalah sosial dan persekitaran, seseorang yang mengalami masalah impulsif cenderung melakukan kecederaan menggunakan alatan di sekelilingnya.

»rawatan

Pencegahan lebih baik daripada merawat. Terang Dr. Muhsin, semuanya bermula daripada rumah sejak dari awal.

Ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dan memastikan anak-anak mereka mendapat didikan yang sempurna.

"Pengaruh rakan sebaya begitu kuat, maka ibu bapa perlu menapis rakan-rakan anak mereka supaya membentuknya ke arah positif. Namun jika ia sudah berlaku, perlu lihat daripada semua aspek, contohnya masalah sosial.

"Perlu ada agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu golongan yang mengalami beban sosial untuk meningkat taraf hidup mereka," terangnya.

Mereka yang terdekat juga perlu melihat perkembangan pesakit seperti perubahan kelakuan daripada periang menjadi pendiam, tidak boleh tidur malam dan mengambil alkohol atau dadah.

Dapatkan rawatan seperti berjumpa kaunselor atau bertemu doktor. Antara ubat yang digunakan bagi mereka yang mempunyai gangguan mental ialah antipsikotik, iaitu ubat bagi menghilangkan delusi.

"Ubat-ubat yang diberikan perlu diambil mengikut sukatan dan tempoh yang diberitahu kerana risiko untuk berulang amat tinggi jika berhenti memakannya," ujarnya.

»stigma

Menurut National Health and Morbidity Survey 2011 yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 11 peratus orang dewasa di negara ini mengalami masalah mental dan mengejutkan ialah 20 peratus kanak-kanak turut mengalaminya.

Masalah dengan rakyat Malaysia ialah stigma masyarakat yang tidak dapat menerima jika mengetahui seseorang itu mengalami masalah mental.

Ini menyebabkan kebanyakan kes lambat dirawat kerana masyarakat yang mempunyai ahli keluarga bermasalah sedemikian bertindak `menyorok' mereka daripada umum.

"Menurut Pendaftaran Kesihatan Mental Kebangsaan, kebanyakan kes skizofrenia hanya dirujuk kepada doktor setelah lebih dua bulan mengalaminya.

"Perkara ini perlu diambil serius kerana jika tidak dirawat daripada peringkat awal, perkara ini akan menjadi lebih serius," terang Dr. Muhsin.

Stigma masyarakat amat membimbangkan kerana ibu bapa sering mengambil jalan rawatan alternatif dahulu sehingga berhabis duit kerana risau diketahui orang ramai.

Sehinggalah tiada jalan lagi, barulah pesakit dibawa berjumpa dengan doktor.

Keadaan ini, ujar Dr. Muhsin perlu diubah agar rawatan awal boleh dilakukan dan tujuannya ialah memulihkan pesakit kembali seperti sedia kala jika berkemampuan.

»Info

Nama

Khairu Norliza Khairudin

Umur 28 tahun

Kerjaya Penyampai radio, pengacara TV, kolumnis dan penulis skrip

Emak mati pendam rasa

Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST

"KEBANYAKAN wanita khususnya yang telah berumah tangga suka menyimpan masalah mereka tanpa memberitahu pasangan masing-masing dengan alasan nak jaga hati keluarga mentua dan perasaan suami. Sebenarnya jika terlalu banyak menyimpan perasaan, ia boleh membinasakan diri sendiri.

"Saya bukan bercakap pasal wanita zaman sekarang sahaja, tetapi sejak zaman dahulu lagi. Kata orang tua-tua `tak ada dulu tak ada sekarang.' Saya masih ingat ketika saya masih remaja, saya hairan mengapa emak berkorban segalanya untuk suami sedangkan pengorbanannya tidak dihargai oleh ayah saya.'' Itu cerita Nurulaine dalam e-melnya.

"Cuba bayangkan, dulu emak saya semasa hayatnya tak pernah merasa pakai baju mahal-mahal. Paling mahal RM3 semeter. Emak tak pernah diajak berjalan memilih pakaian yang digemarinya, apa lagi bercuti bersama keluarga walaupun ke Port Dickson (PD). Kata ayah itu semua tak berfaedah, membazir dan perbuatan riak.

"Tetapi hari ini setelah ayah kahwin baru, isteri baru ayah sentiasa bergaya dengan fesyen pakaian terbaru, itu belum masuk kira fesyen tudungnya, semuanya mengikut trend orang muda sekarang.

"Saya kecewa dengan perubahan ayah. Kalau dulu apa saja emak minta belikan, dia kata membazir. Dia langsung tidak kasihan dengan emak yang berada di rumah.

"Tetapi hari ini dia boleh membawa isteri baru pergi makan angin ke Langkawi. Dapat tambang kapal terbang harga murah. Kami yang bekerja ini pun tak pernah pergi makan angin jauh-jauh, kerana ada anak-anak masih kecil.

"Sebenarnya saya dengar mereka melancong hingga ke Indonesia termasuk Medan, Jakarta, Bandung, Bukit Tinggi dan Jogja. Saya cuma terfikir ketika melancong ke negara orang tu pernah tak ayah teringatkan arwah emak? Sebab dulu jangan kata nak bawa emak pergi melancong ke luar negara, nak pergi ke PD pun payah. Kami pergi ke PD tetapi ayah buat muka masam. Emaklah yang melayan kami empat beradik.

"Tapi sekarang apabila kami tengok ayah sering makan angin dengan isteri baru, kami adik-beradik mulalah bercakap sesama sendiri. Bukan mengumpat, tetapi teringatkan arwah emak yang tak pernah merasa seperti apa yang isteri baru ayah dapat rasa sekarang. Bila ingatkan itu semua kami jadi sedih.

"Terutama saya dan acu Ella, tapi abang long tak ambil peduli. Malah dia kata biarlah ayah pergi makan angin, dia guna duit simpanannya sendiri. Memang betul. Tetapi apakah dia pernah fikirkan pengorbanan emak yang turut sama berjimat supaya ayah boleh simpan banyak duit? Emak ikat perut supaya ayah boleh simpan duit.

"Sekarang setelah berumah tangga saya dapat rasakan dan bayangkan betapa susahnya hati emak setiap kali kami minta duit tambahan ke sekolah atau ajak emak pergi makan angin ke PD. Sebab emak kata ayah tak cukup duit untuk tanggung makan minum kami, nak bayar tambang bas dan beli baju raya. Ayah kata dia perlu simpan duit untuk masa depan.

"Tetapi sekarang duit yang ayah simpan untuk siapa? Bukan untuk kami semua, tetapi untuk ayah sendiri. Saya dan Acu sering bercakap pasal kisah kami masa kecil dulu betapa susahnya nak minta duit ayah. Kata emak ayah perlu simpan untuk kami, tetapi sah kini duit simpanan ayah bukan untuk kami, apa lagi emak, sebaliknya untuk ayah sendiri dengan isteri barunya. Bila teringatkan itu semua, saya jadi kasihan dengan arwah emak.

NAIK ANGIN

"Saya rasa emak terlalu banyak menyimpan perasaan yang tak pernah dapat dizahirkan kepada ayah. Sebab emak tak berani berbual dengan ayah kecuali ada perkara penting, kalau nak bercakap kena tengok mood ayah baik atau naik angin. Masalahnya, ayah sentiasa naik angin setiap kali balik rumah. Muka tak pernah senyum, masam memanjang. Kami memang takut bila ayah balik. Jadi masa bila emak boleh berbual dengan ayah secara baik.

"Silap cakap, atau tersalah waktu pasti emak kena tengking. Jadi kalau ada masalah emak selalu simpan dalam hati. Agaknya itulah sebab emak meninggal dunia semasa masih muda tak sampai 50 tahun. Maaf! Saya tak nafikan ajal maut di tangan Allah, tetapi sedihnya emak meninggal dunia sebelum dapat menikmati hasil yang disemainya terhadap kami selama ini.

"Masa tu, cuma abang saja bekerja. Yang lain masih belajar dan bersekolah. Walaupun abang bekerja, tetapi orang lelaki bukan nak bagi emak duit, sebaliknya selalu minta bantuan emak dan ayah sebab tak cukup duit nak pergi kerja ketika hujung bulan.

"Walau apa pun kata abang long, kami lebih rapat dengan emak dan kami faham perasaan emak yang sering sedih kerana tak dapat luahkan perasaannya, kerana itulah juga punca emak diserang penyakit darah tinggi dan mati mengejut. Jika emak dapat melahirkan isi hatinya, sudah tentu emak gembira, dan pasti dapat menikmati sedikit kegembiraan dalam kehidupan yang dipanggil hidup bersuami isteri.

"Emak meninggal dunia sendirian dalam rumah. Waktu itu saya balik sekolah, saya fikir emak tertidur atas sofa, rupanya emak dah meninggal. Saya panggil emak tak jawab. Peristiwa itu tetap terpahat di hati saya hingga kini.

"Melihat keadaan emak dan memikirkan hidup saya kini, maka saya putuskan tidak akan simpan apa juga yang terbuku di hati daripada pengetahuan suami, saya zahirkan dan ajak berbincang, supaya suami faham masalah dan apa yang terbuku di hati saya.

"Kalau suami kata dia nak simpan duit, saya pun hendak simpanan juga. Saya tolak hasrat suami buka akaun bank bersama kerana saya mahu sama-sama menikmati simpanan dan berbelanja mengikut kemampuan saya. Untuk apa simpan duit banyak kalau akhirnya kita tidak menikmati apa yang kita simpan dan korbankan selama ini.

"Saya rasa masalah seumpama ini bukan saja dihadapi oleh emak saya, malah ramai lagi wanita yang menderita sendirian, kerana mereka tidak ada tempat hendak mengadu, selain berdiam diri kerana takutkan suami.'' Demikian pandangan Nurulaine, nasihatnya supaya isteri jangan terlalu simpan perasaan akibatnya boleh memburukkan diri sendiri.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved