Sabtu, 20 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

Posted:

Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

Zakry-Fairuzizuan tinggalkan BAM

KUALA LUMPUR - Kedudukan Rexy Mainaky dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tidak disentuh pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, sebaliknya badan badminton kebangsaan itu tampil dengan pengumuman mengejutkan iaitu Mohd. Zakry Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari akan meninggalkan skuad kebangsaan selepas 15 tahun bernaung di bawah BAM.

Pengumuman tersebut dibuat ketika proses kelayakan Sukan Olimpik 2012 sedang berlangsung, sekali gus meninggalkan BAM tanpa beregu kedua atau ketiga yang mantap dan meninggalkan tugas mencari tiket Olimpik London kini dipikul sepenuhnya pasangan utama negara, Kien Keat-Boon Heong.

Dengan mengambil kira segala sumbangan yang telah diberikan oleh Zakry dan Fairuzizuan kepada negara selama ini, BAM juga sedia melepaskan mereka tanpa sebarang syarat, malah memberi jaminan mana-mana pemain yang layak secara merit ke Olimpik akan disenarai sama ada mereka pemain kebangsaan atau bebas.

"Zakry dan Fairuzizuan menghantar surat kepada BAM pada 17 Ogos lalu untuk keluar dari pasukan kebangsaan dan menjadi pemain bebas. Dengan mengambil kira segala sumbangan yang telah diberikan mereka kepada negara selama ini, termasuk beraksi pada Piala Thomas, Kejohanan Dunia dan Sukan SEA, majlis memutuskan untuk membenarkan mereka tanpa syarat,'' kata Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh selepas mempengerusikan mesyuarat di Kuala Lumpur.

Mengenai kedudukan bekas pasangan mereka sebelum ini, Hoon Thien How dan Ong Soon Hock, beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) untuk menentukan hala tuju kedua-dua pemain, dan menunggu Rexy kembali dari percutian.

Setiausaha Agung BAM yang juga Pengerusi C&T, Ng Chin Chai mengakui, tanpa Zakry dan Fairuzizuan, sasaran badan kebangsaan itu untuk melihat dua beregu melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan tampak sukar, namun beliau menegaskan, kedua-dua pemain itu masih boleh beraksi andai mampu menempatkan diri di luar BAM, dan perkara itu disokong oleh Nadzmi.

"Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dua isu berbeza. Pada Kejohanan Dunia, BAM boleh menentukan kriteria pemain yang kami rasakan lebih sesuai untuk membawa cabaran negara tetapi pada Sukan Olimpik, peraturan jelas, siapa yang layak, dia akan beraksi tidak kira dia pemain bebas atau kebangsaan,'' tegas Nadzmi.

Sementara itu menyentuh kedudukan Rexy dan beregu utama negara, Kien Keat-Boon Heong, Nadzmi menjelaskan, BAM tidak akan melakukan tindakan drastik pada ketika Olimpik London hanya tinggal 11 bulan untuk berlangsung.

Tegasnya, aspek yang perlu diberi tumpuan adalah mencari kepincangan dan mengenal pasti pendekatan untuk memastikan pasangan utama negara itu dapat menempatkan diri pada kedudukan empat terbaik dunia pada tarikh akhir kelayakan, April tahun depan.

"Jurulatih amat penting dan kami tidak bercadang untuk membuat tindakan drastik ketika Sukan Olimpik tinggal 11 bulan lagi, tetapi terserah kepada C&T untuk mengenal pasti tindakan seterusnya yang harus diambil, tumpuan adalah menaikkan semula beregu,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jawatan bukan milik mutlak

Posted:

Jawatan bukan milik mutlak

Jawatan bukan milik mutlak

KUALA LUMPUR - Datuk James Selvaraj bukan pemilik mutlak jawatan Pengarah Prestasi Tinggi sekalipun jika beliau menerima tawaran untuk menggalas jawatan sepenuh masa, selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan akan membuka tawaran kepada umum.

Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh menjelaskan, sebaik tempoh tugas James berakhir hujung tahun ini, jawatan itu akan diiklankan dan semua orang perlu melalui proses temuduga serta memohon secara rasmi, termasuk James.

Tegas Nadzmi, BAM hanya mahu yang jawatan tersebut disandang oleh calon terbaik kerana ia adalah tugas yang sangat penting untuk menentukan perjalanan badminton negara.

"Kami sebelum ini menawarkan James jawatan sepenuh masa tetapi beliau hanya mahu menjadi pengarah sambilan, jadi sebaik tempoh James berakhir hujung tahun ini kami akan buka tawaran kepada umum dan mencari calon yang terbaik.

"Saya tidak tahu kalau James menerima jawatan ini secara sepenuh masa tetapi sekarang sekalipun beliau mahukan jawatan itu, beliau kena membuat permohonan rasmi seperti calon-calon lain dan tiada tempat automatik,'' ujar Nadzmi.

James sebelum ini menjelaskan, kegagalan BAM memberi penjelasan mengenai skop tugasnya sebagai Pengarah Prestasi Tinggi menyebabkan beliau tidak dapat mempertimbangkan sama ada mahu menerima jawatan secara sepenuh masa, apatah lagi beliau sendiri masih terikat dengan dengan jawatan pengurus senior Bata.

Beliau bagaimanapun mengakui, sedia menerima tawaran sepenuh masa, andai BAM dapat tampil dengan terma dan syarat bersesuaian.

"Saya tidak mahu komen banyak mengenai perkara ini sebab sampai hari ini, saya tidak jelas mengenai peranan yang BAM mahu saya mainkan dalam pasukan kebangsaan. Saya bukan menolak tawaran sepenuh masa secara mentah-mentah, tetapi mahu penjelasan mereka mengenai skop tugas saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Baki RM100j: Desak Kedah jelaskan

Posted:

Baki RM100j: Desak Kedah jelaskan

Baki RM100j: Desak Kedah jelaskan

KUALA NERANG 20 Ogos – Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas diminta menjelaskan kedudukan baki wang peruntukan penyelenggaraan jalan tahun lepas berjumlah hampir RM100 juta yang dimasukkan ke dalam sebuah Tabung Amanah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, rakyat ingin tahu ke mana perginya wang tersebut.

"Kerajaan negeri kena jelaskan secara telus baki wang tersebut. Jika telah dibelanjakan, apa dia. Kalau masih ada, nak buat apa, kerana peruntukan untuk tahun ini telah diterima.

"Wang tersebut tidak boleh digunakan selain untuk penyelenggaraan jalan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadan kepada lebih 2,500 golongan miskin di Parlimen Padang Terap hari ini.

Bantuan berupa wang tunai, beras serta kain pelikat dan batik turut disampaikan bersama Ketua UMNO Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim.

Barisan Nasional membangkitkan isu itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) April lepas setelah kerajaan negeri membelanjakan lebih RM50 juta sahaja daripada peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta.

Ahmad Bashah berkata, pengakuan kerajaan negeri bahawa baki wang itu dimasukkan ke dalam tabung amanah tidak memadai.

"Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki... mengapa mesti dimasukkan dalam tabung amanah. Mereka mesti perjelaskan dengan butiran atau boleh dituduh menyeleweng," katanya.

Mengenai larangan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN akan datang, Ahmad Bashah berkata, UMNO akan merujuk perkara itu kepada peguam parti, walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan beliau masih wakil rakyat yang sah.

Larangan itu dikeluarkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail yang dilapor akan memfailkan rayuan berhubung perkara itu di Mahkamah Persekutuan.

Khamis lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan kerajaan negeri Kedah membayar semula elaun Abu Hassan selepas memutuskan beliau masih wakil rakyat yang sah.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Abu Hassan bersyukur dapat semula kerusi DUN

Posted:

Abu Hassan bersyukur dapat semula kerusi DUN

Abu Hassan bersyukur dapat semula kerusi DUN

ALOR SETAR 20 Ogos - "Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan." Begitu kata-kata Datuk Abu Hassan Sarif mengenai perasaannya selepas Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada beliau.

Menurutnya, sebelum keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Rayuan, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah.

"Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, ketua-ketua cawangan dan jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerlun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lapan maut lima nahas ngeri

Posted:

Lapan maut lima nahas ngeri

Lapan maut lima nahas ngeri

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 88.3 Jalan Kota Bharu- Gerik, dekat Ayer Lanas yang meragut dua nyawa semalam. – MINGGUAN/SAMSUL BAHARI MOHAMED


JELI 20 Ogos – Hasrat tiga sahabat berkonvoi menaiki kenderaan berasingan untuk memancing di Tasik Banding, Perak tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori di sini hari ini.

Kemalangan di Kilometer 88.3, Jalan Kota Bharu-Gerik, berhampiran Gemang, Ayer Lanas itu berlaku pukul 8.10 pagi.

Dalam nahas tersebut, kereta Perodua Kancil dipandu Zazemi Mat Jusoh, 27, dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tilam.

Kereta mangsa itu kemudian diseret sejauh 35 meter sebelum rakannya, Aniq Arshad Mohd. Roseli, 18, yang menunggang motosikal muncul dan merempuh kedua-dua kenderaan tersebut.

Zazemi yang berasal dari Bukit Gading, Tanah Merah dan Aniq Arshad, dari Kuala Krai maut akibat cedera parah di seluruh badan manakala pemandu lori tersebut, Abu Hassan Husin, 34, dan kelindannya, Karna Bahadut, 42, hanya cedera ringan.

Rakan kedua-dua sahabat itu, Mohd. Zaid Mohd. Zamri, 17, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mereka bertiga merancang untuk memancing di Tasik Banding dengan membawa kenderaan masing-masing yang mana dia sendiri turut menggunakan motosikalnya.

"Kereta dipandu Zazemi berada paling depan diikuti motosikal Aniq sebelum saya mengekori di belakang, menyebabkan mereka berdua sama-sama terlibat dalam nahas itu.

"Kami memilih untuk membawa motosikal disebabkan lokasi tempat memancing itu hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal kerana jalannya sempit," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Tahun Satu maut manakala ibu dan adiknya cedera parah akibat dirempuh lori yang terbabas di kilometer 27 Jalan Jerteh-Keruak, dekat persimpangan Felda Tenang, Hulu Besut di sini kira-kira 7.15 pagi ini.

Nik Nur Madhiah Sakeri, 7, pelajar Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja, Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia setelah empat jam dirawat di Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ibu dan adik lelaki pelajar itu, Raja Juriah Raja Saamun, 38, dan Nik Mohd Amar Zulkarnain, 2, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Guna telefon bimbit: Remaja maut dipanah petir

Posted:

Guna telefon bimbit: Remaja maut dipanah petir

Guna telefon bimbit: Remaja maut dipanah petir

TANAH MERAH 20 Ogos - Seorang remaja perempuan maut akibat dipanah petir, dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit milik ibunya di sebuah bangsal berhampiran rumahnya di Kampung Belimbing dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang itu, mangsa, Siti Munirah Nordin, 13, meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan terbakar di sebelah kanan muka, telinga, kepala dan punggungnya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon tersebut ketika cuaca agak redup dan petir sedang berbunyi.

Remaja berkenaan hanya ditemui oleh abangnya, Mohd. Firdaus, 16, sudah meninggal dunia di bangsal kira-kira pukul 9 malam tadi.

Ini berikutan ahli keluarga mencarinya setelah tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pukul 4.30 petang.

Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Rosnah Dollah, 49, berkata pada mulanya dia menyangka anaknya berbuka puasa di rumah rakannya yang terletak berhampiran rumah, namun terkejut apabila mendapat tahu anaknya tidak pergi ke situ.

"Sebelum kejadian, dia ada bercakap menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah. Kemudian saya menegurnya menyebabkan dia keluar dari rumah.

"Saya beritahu dia masih bersekolah dan tidak patut berbual lama-lama di telefon. Saya tidak tahu pula dengan siapa dia berbual," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Manal hari ini.

Tambahnya, setelah mencarinya merata-rata dan bertanyakan kawannya, dia kemudian mencari anak keenam daripada tujuh beradik itu di bangsal tersebut.

"Saya teringat untuk mencari di situ kerana pernah ternampak dia dan kawannya duduk di bangsal sambil bercakap menggunakan telefon bimbit sehari sebelum kejadian," katanya.

Rosnah merupakan seorang ibu tunggal setelah kematian suami lima tahun lalu akibat sakit kencing manis. Dia kini menyara tujuh orang anak dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Menyerlahkan seni reka Melayu Islam

Posted:

Menyerlahkan seni reka Melayu Islam

Menyerlahkan seni reka Melayu Islam

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my
Foto ABD. RAHMAN SALEH


SINGGAHSANA tempat persemayaman Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mempunyai ukiran bermotifkan pucuk rebung, sulur dan daun serta ukiran 99 nama Allah dan ayat-ayat al-Quran.


PADA Disember ini, dijadual diadakan acara rasmi pertama di Kompleks Istana Negara baharu, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Acara berkenaan adalah jamuan negara sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Para tetamu yang bakal menghadiri jamuan negara berkenaan sudah pasti akan teruja dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada kompleks yang terletak di kawasan seluas 96.52 hektar.

Istimewa

Pembinaan itu merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan kali pertama kerajaan mendirikan kompleks istana buat Yang di-Pertuan Agong bersemayam.

Kompleks yang menjadi mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan raja berperlembagaan di Malaysia turut memaparkan ciri-ciri estetika khusus dan hiasan dalaman yang boleh menjadi khazanah kebanggaan negara.

Arkitek terkenal yang mereka bentuk kompleks berkenaan adalah Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. Syarikat berkenaan pernah terlibat dalam reka bentuk Dataran Putra, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Darul Ehsan di Putrajaya.

Keunikan

Projek lain adalah Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam dan bangunan Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur serta kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor. Kontraktor reka dan bina kompleks berkenaan pula adalah Maya Maju (M) Sdn. Bhd.

Baru-baru ini, wartawan dan jurugambar Mingguan Malaysia berpeluang secara eksklusif meninjau kerja-kerja akhir menyiapkan kompleks berkenaan sebelum ia diserahkan kepada kerajaan pada bulan depan. Antara keunikan yang dapat dilihat adalah bilangan kubah iaitu 21 buah.

Cahaya

Pada kubah berkenaan terdapat reka bentuk seperti sisik sebagai tapak untuk dipasang lampu. Pada waktu malam, cahaya yang menerangi kubah berkenaan akan memberi kesan ilusi seolah-olah seperti buah nanas. Cahaya yang boleh bertukar warna mengikut acara rasmi diadakan dapat dilihat secara jelas daripada dua bangunan tertinggi negara iaitu Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, melangkah masuk ke lobi utama, tetamu akan berada di bawah kubah utama setinggi 40 meter atau 10 tingkat bangunan. Ia juga menempatkan candelier terbesar buatan tempatan yang dihasilkan sebuah kilang di Kuala Selangor.

Sayap

Di sekeliling kubah yang disokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat, terdapat lapan lukisan besar yang memaparkan sejarah negara sejak zaman Kesultanan Melaka sehingga era sekarang yang menyaksikan Malaysia membangun dengan pesat.

Dari lobi utama, tetamu boleh memilih kawasan-kawasan khusus yang hendak dituju sama ada Sayap Formal, Sayap Diraja, Sayap Pentadbiran dan Sayap Fasiliti Sokongan.

Komponen Sayap Formal menempatkan balai rong seri, bilik-bilik menunggu sebelum upacara menghadap, dewan bankuet, bilik mesyuarat Majlis Raja-Raja dan bilik penyerahan watikah pelantikan duta-duta.

Sayap Diraja pula menempatkan bilik peraduan, persiraman, rehat dan santapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kerabat baginda serta bilik tetamu diraja.

Ukiran

Berbeza dengan Istana Negara lama di Bukit Petaling, Kuala Lumpur yang agak sempit dengan keluasan 11.34 hektar, kompleks istana baharu yang lebih luas membolehkan setiap bilik dan dewan dibina khusus untuk fungsi tertentu sahaja.

Semua bilik dan dewan berkenaan memaparkan ukiran, lukisan dan hiasan dalaman tradisional Melayu dengan corak-corak seperti awan larat, bunga raya, bunga cengkih dan tumbuh-tumbuhan.

Corak sedemikian tidak banyak dilihat pada istana lama yang sebelum ini merupakan sebuah vila milik jutawan Cina bernama Chan Wing dibina pada 1928.

Ciri-ciri Islam termasuk corak geometri tiga dimensi atau muqarnas, ukiran kalimah Allah, lampu hiasan seperti yang banyak diguna ketika zaman Khalifah Uthmaniah di Turki juga turut kelihatan terutama pada binaan surau.

Dalam pada itu, tulisan ayat-ayat al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian mihrab surau berkenaan dihasilkan oleh penulis khat profesional tanah air, Abdul Baki Abu Bakar.

Pensyarah Seni Khat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu sebelum ini turut terlibat melakarkan ayat-ayat al-Quran di Istana Darul Ehsan, Putrajaya; Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan surau Istana Alam Shah, Klang, Selangor.

Seni Khat

Anak kelahiran Baling, Kedah yang juga anak didik Yang Dipertua dan Pengasas Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Mohamed Yusof Abu Bakar menggunakan khat jenis thuluth dan nasakh bagi menulis sebahagian ayat-ayat daripada surah al-Furqan dan at-Taubah.

Bahan yang digunakan untuk membuat tulisan ayat-ayat berkenaan adalah aluminium warna emas dan dipadankan dengan latar belakang kayu.

Seperti binaan surau, hiasan dalaman keseluruhan kompleks berkenaan juga banyak menggunakan kayu daripada jenis mahogani.

Selain kayu, turut digunakan secara meluas adalah keluli tahan karat dan anti kulat termasuk untuk bahagian bumbung yang dikenali dengan nama komersial Clean Colorbond.

Keluli yang amat sesuai dengan cuaca panas dan lembab di negara ini turut digunakan dalam pembinaan hangar pesawat A380 Malaysia Airline System Bhd. (MAS), Pangkalan TUDM Sungai Besi dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Singgahsana yang menjadi tempat persemayaman Seri Paduka di Balai Rong Seri mempunyai ukiran tradisional Melayu, 99 nama Allah dan ayat-ayat al-Quran.

Kemudahan

Ukiran berkenaan dilakukan oleh beberapa tukang ukir terkenal dari Terengganu yang diakui sejak zaman-berzaman mempunyai hasil kerja bermutu tinggi.

Selain keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman yang dihasilkan dengan tangan sepenuhnya, keistimewaan lain yang terdapat pada kompleks berkenaan adalah suasana alam semula jadi di sekelilingnya.

Ini berikutan hanya 28 hektar yang digunakan bagi pembinaan kompleks dan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon penampan untuk keselamatan.

Kemudahan lain yang turut dibina di kompleks berkenaan adalah bangunan sokongan, rumah kediaman kakitangan istana dan polis, pejabat keselamatan, kem mini tentera, jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta dan tempat meletak kenderaan bawah tanah.

Turut disediakan kemudahan lif, eskalator , tanjakan (ramp), klinik, tapak pendaratan helikopter, gelanggang untuk bersukan, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mengelak ruam lampin

Posted:

Mengelak ruam lampin

Mengelak ruam lampin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Nazrudin, (kanan) Sharifah Sofia, Amber Chia dan Steve Yap bersama bayi comel mereka dalam sebuah majlis memperkenalkan produk terbaru Huggies di Hotel Saujana baru-baru ini.


RAMAI ibu bapa yang berdepan dengan masalah bayi ruam seperti kemerahan, melecet dan bengkak pada kulit bahagian punggung dan kelengkang.

Menurut kajian, kes ruam dianggarkan berlaku ke atas 58 peratus bayi yang lahir.

Sesetengah ibu beranggapan ruam tersebut terhasil akibat lampin pakai buang yang digunakan.

Ia dikatakan berpunca daripada lampin bayi yang lembap dan tidak segera diganti, alahan dan masalah kulit l yang nipis serta sensitif.

Masalah ini bukan sahaja menyebabkan bayi menangis, tidak selesa dan merengek tetapi ia turut mengganggu emosi ibu dan bapa.

Justeru itu, jenama lampin pakai buang, Huggies melancarkan lampin pakai buang, Huggies Ultra Diaper yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan organik.

Dalam sebuah majlis memperkenalkan produk terbaru Huggies di Hotel Saujana baru-baru ini, empat selebriti tanah air iaitu Sharifah Sophia, Nazrudin, Amber Chia dan Steve Yap telah bersama bayi comel mereka.

Huggies Ultra Diaper merupakan lampin bayi pertama di negara ini diperbuat daripada bahan semulajadi atau organik.

Bukan sekadar lampin biasa, ia merupakan lampin premium yang telah diperhebatkan dengan campuran lidah buaya (Aloe Vera), vitamin E dan juga ekstrak chamomile bagi memberi kesegaran dan rawatan terbaik bagi kulit bayi.

Lampin rekaan ini sememangnya memiliki ciri-ciri mudah bernafas bagi membenarkan pengaliran udara terbaik di sekitar punggung bayi, sekali gus membantu kesegaran kulit dan sentiasa kering.

Menurut Amber dan Nazrudin, pad serta lapisan tambahan pada Huggies Ultra Diaper dapat menyerap segala kelembapan sehingga 12 jam.

"Ia sekali gus memudahkan urusan penjagaan kedua-dua mereka selain lebih menjimatkan. Seharusnya produk ini dicuba oleh semua ibu bapa kerana ia bebas daripada bahan sensitif sekali gus mengurangkan kesan ruam bayi," ujar mereka.

Majlis pelancaran lampin bayi tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia dan Singapura, Nathan Kandapper dan Pengurus Dagangan Huggies, Hamidah Helmei.

Turut diadakan demonstrasi menyarungkan lampin organik berkenaan dengan disusuli teknik senaman antara ibu bersama-sama bayi mereka bagi membuktikan betapa hebatnya produk berkualiti itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Polis temui 1,470 BlackBerry curi

Posted:

Polis temui 1,470 BlackBerry curi

Polis temui 1,470 BlackBerry curi

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


TUN Hisan Tun Hamzah menunjukkan telefon bimbit curi jenama Blackberry pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor, semalam. - MINGGUAN/ZAKI AMIRUDDIN


SEPANG 20 Ogos - Polis menemui kira-kira 1,470 unit telefon pintar berjenama BlackBerry bernilai RM1.7 juta di sebuah gudang barangan terpakai di Puchong semalam, dua jam selepas ia dilaporkan hilang dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, penemuan telefon model Bold 9780 itu hasil siasatan ke atas tiga pekerja bahagian Logistik KLIA yang ditahan selepas ia dilaporkan hilang di kargo KLIA di sini.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan pemilik gudang barangan terpakai berkenaan dan seorang pekerjanya, masing-masing berusia 52 dan 30 tahun.

"Polis mendapat laporan pagi semalam bahawa sejumlah 2,100 unit telefon bimbit bernilai RM2.3 juta itu telah hilang dari gudang.

"Selepas menjalankan siasatan dan tangkapan, kita menemui 1,470 buah telefon bimbit itu di sebuah gudang barangan terpakai di Puchong manakala bakinya, 630 unit lagi masih dikesan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Tun Hisan memberitahu, kelima-lima lelaki yang ditahan kini ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan.

"Berdasarkan laporan polis, kesemua telefon bimbit BlackBerry itu tiba di kargo KLIA pada 17 Ogos lalu dan ia sepatutnya dihantar ke sebuah syarikat di Petaling Jaya.

"Tetapi pada pukul 9.30 pagi semalam, seorang pekerja syarikat logistik mendapati telefon bimbit itu hilang apabila pintu gudang tempat ia disimpan telah dipecah masuk sebelum membuat laporan polis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MAIS akan beri bantuan bulanan RM400 kepada pesakit kanser kulit

Posted:

MAIS akan beri bantuan bulanan RM400 kepada pesakit kanser kulit

MAIS akan beri bantuan bulanan RM400 kepada pesakit kanser kulit

SHAH ALAM 20 Ogos - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan memberi bantuan bulanan berjumlah RM400 kepada pesakit kanser kulit, Muhammad Nazri Nuwis Abdullah, 39, bermula September ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Rohana Hassan berkata, mualaf itu juga akan menerima bantuan perubatan terkini yang permohonannya telah diterima oleh pihak MAIS pada 11 Ogos lalu.

"Tuntutan bantuan perubatan terkini dan bantuan bulanan yang dipohon itu sedang dalam proses untuk disalurkan kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Rohana, sebelum ini MAIS telah memproses dua tuntutan Muhammad Nazri iaitu pada Disember 2010 dan April 2011.

Hasil permohonan itu, kata beliau, Muhammad Nazri telah menerima bantuan dari MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 16 April, 2010 yang sehingga kini berjumlah RM7,632 merangkumi bantuan kecemasan, runcit, bantuan dermasiswa, bantuan hari raya dan bantuan perubatan.

"MAIS telah memaklumkan kepada Muhammad Nazri agar mengemukakan laporan perubatan daripada pakar bagi memudahkan bantuan disalurkan secara bulanan tetapi sehingga kini dia gagal mengemukakannya.

"Oleh itu, bantuan perubatan hanya diberi berdasarkan permohonannya," ujarnya lagi.

Tambah Rohana, sepanjang Muhammad Nazri mengemukakan tuntutan, beliau hanya melampirkan dokumen sokongan dari klinik swasta dan ini ternyata melanggar syarat-syarat permohonan bantuan perubatan yang memerlukan laporan dari pakar berkaitan.

Namun, ujarnya, atas dasar tanggungjawab, MAIS melalui LZS tetap membayar tuntutan perubatan yang dibuat di samping mengingatkan Muhammad Nazri agar mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk permohonan selepas ini.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan kisah Muhammad Nazri, seorang mualaf berketurunan Bidayuh dari Sarawak yang menderita kanser kulit merayu ihsan umat Islam untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya merawat penyakit tersebut.

Muhammad Nazri yang tinggal di Rumah Pangsa Kristina 7, Taman Sri Pristana 1, Sungai Buloh dekat Saujana Utama di sini, menderita kanser kulit sejak beberapa tahun lalu menyebabkannya tidak berdaya lagi untuk bekerja kerana tidak tahan cuaca panas.

Dia yang turut menghadapi masalah kulit albino mengalami kesakitan memandangkan kulitnya begitu sensitif dan hampir dipenuhi dengan luka yang ada antaranya agak dalam sehingga menampakkan daging serta urat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kastam rampas dadah cuba diseludup RM600,000

Posted:

Kastam rampas dadah cuba diseludup RM600,000

Kastam rampas dadah cuba diseludup RM600,000

SEPANG 20 Ogos - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup dadah bernilai hampir RM600,000 yang dibawa masuk ke negara ini menerusi dua lapangan terbang utama di negara ini, semalam.

Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M. Govinden berkata, dua kejayaan itu berhasil selepas pihaknya membuat pemeriksaan di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.

Menurut beliau, dalam kejayaan di KLIA, seorang lelaki warga Afrika berusia 33 ditahan, manakala seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun diberkas ketika cuba menyeludup masuk dadah di LCCT.

Katanya, suspek warga Afrika itu ditahan sebaik sahaja tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Qatar Airways dari Doha sambil membawa sebuah beg bimbit hitam pada pukul 12 tengah malam semalam.

Ketika diperiksa, katanya, bagasi yang dibawa suspek mencurigakan kerana kedua-dua bahagian dinding beg itu kelihatan agak tebal.

"Setelah dibuka dan diperiksa, setiap dinding itu menyembunyikan satu bungkusan dadah jenis syabu seberat 1.9 kilogram yang dianggarkan bernilai RM475,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, suspek kedua pula ditahan pukul 4.30 petang sebaik sahaja tiba di LCCT dengan penerbangan Air Asia dari Shenzhen, China.

Setelah imbasan terhadap bagasinya dibuat, pihaknya menemui empat bungkusan plastik berwarna perak mengandungi serbuk kristal dalam ruang khas pada lantai dan penutup bagasi itu.

"Hasil ujian yang dijalankan mendapati bahan yang disorokkan itu adalah 6.64 kilogram ketamin yang dianggarkan bernilai kira-kira RM120,000," kata beliau.

Kedua-dua suspek kini direman selama seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Sepanjang tahun ini juga, kata Govinden, pihaknya merampas 72.91 kilogram dadah pelbagai jenis melibatkan 17 kes dengan nilai pasaran sebanyak RM6.218 juta.

"Kita juga mengenal pasti modus operandi sindiket pengedaran dadah kini menggunakan kiriman mel dan kurier, khususnya dari China dan India," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sembelihan 60,000 ayam diragui

Posted:

Sembelihan 60,000 ayam diragui

Sembelihan 60,000 ayam diragui

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR dan MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


Pegawai-Pegawai Jabatan Agama Islam Johor dan agensi penguatkuasaan memeriksa ayam yang telah disembelih dalam operasi penyalahgunaan logo halal di Pontian, semalam.


PONTIAN 19 Ogos – Operasi bersepadu pihak berkuasa ke atas tiga buah pusat pemprosesan ayam mendapati dua daripadanya melakukan aktiviti penyembelihan yang tidak menepati syarak serta menggunakan logo halal yang tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Serbuan oleh Pejabat Kadi daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian, Jabatan Alam Sekitar negeri serta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri itu dilakukan bermula pukul 12 tengah malam sehingga 4 pagi, melibatkan dua pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas dan sebuah lagi di bandar Pontian.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Halal Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, serbuan dibuat kerana timbul keraguan terhadap status halal kira-kira 60,000 ayam segar di pasaran sekitar negeri daripada 200,000 yang dikeluarkan setiap hari, berikutan pelanggaran piawaian JAIJ.

"Dalam serbuan tersebut, pihak PPDNKKK negeri mengambil tindakan menyita bilik sejuk premis terbabit dan akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

"Kita bimbang sekiranya aktiviti seperti ini dibiarkan, ayam yang diragui statusnya ini akan terus dijual kepada restoran dan pengguna beragama Islam di negeri ini apatah lagi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut sama menyertai operasi tersebut ialah Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok.

Jelasnya, ramai peniaga kecil-kecilan mengambil kesempatan mengaut untung dengan menggunakan plastik pembungkus memaparkan logo halal tamat tempoh untuk mengaburi mata pengguna sedangkan JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal.

Kata Samsudin lagi, penguatkuasaan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 pada tahun depan akan mengenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan maksimum RM10 juta untuk kesalahan kedua jika didapati bersalah menipu sijil halal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

1,100 bomba bertugas pada Hari Raya

Posted:

1,100 bomba bertugas pada Hari Raya

1,100 bomba bertugas pada Hari Raya


AB. Ghani Daud (dua kanan menyampaikan kuih raya kepada wakil-wakil ketua balai di Balai Bomba dan Penyelamat, Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 19 Ogos - Seramai 1,100 anggota bomba di negeri ini akan bertugas sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini bermula 22 Ogos hingga 6 September ini.

Pengarahnya, Ab. Ghani Daud berkata, jumlah itu sama dengan mereka yang bertugas pada tahun lalu sementara hanya 220 anggota bercuti kali ini.

"Penugasan bukan sahaja melibatkan penempatan anggota di balai-balai bomba tetapi juga di kawasan tol utama iaitu Sedenak dan Yong Peng sebagai persediaan jika kemalangan.

"Seramai 32 anggota akan ditempatkan di Sedenak dan Yong Peng yang bertugas mengikut syif selama 24 jam," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan kuih raya di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, di sini, hari ini.

Katanya, sebuah jentera masing-masing ditempatkan di dua kawasan tol tersebut selain unit peronda motosikal yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Ab. Ghani berkata, sempena hari raya puasa, pihaknya melakukan pemeriksaan di premis-premis bagi memastikan semua pihak mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan keadaan premis-premis dan tidak ada sebarang yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 33, Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Beliau berkata, sebanyak 140 kes melibatkan kebakaran dan kemalangan jalan raya di sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun lalu dan daripada jumlah tersebut, 17 kes melibatkan kematian.

Sehubungan itu, beliau berharap, bilangan kes berkenaan dapat dikurangkan dengan melakukan pencegahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


10% diskaun lunas hutang LBNK

Posted:

10% diskaun lunas hutang LBNK

10% diskaun lunas hutang LBNK

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 19 Ogos - Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam untuk melunaskan hutang tertunggak mereka berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

Pengarahnya, Abd. Rashid Othman berkata, tawaran tersebut bagi menggalakkan peminjam melangsaikan hutang yang sehingga kini melibatkan tunggakan sebanyak RM14 juta dengan 2,491 peminjam.

Katanya, hutang pinjaman itu perlu dibayar bagi mengelakkan nama peminjam dan penjamin disenaraikan dalam sistem CTOS (Credit Tip Off Service) dan dikenakan tindakan undang-undang.

"Sehingga kini sebanyak 584 orang peminjam dan penjamin sudah dikenakan tindakan CTOS," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut beliau lagi, kelewatan peminjam melunaskan hutang mereka menyukarkan pemberian pinjaman kepada pelajar lain.

"Selain itu, LBNK juga akan menolak permohonan baru sekiranya didapati ibu bapa pemohon merupakan peminjam tegar LBNK," katanya.

Tambahnya, LBNK berjaya memungut hampir RM4.5 juta pada tahun lepas yang juga merupakan rekod terbaik kutipan balik pinjaman.

"LBNK sedia menawarkan pinjaman kepada pelajar yang merupakan anak negeri Kedah yang bakal menyambung pengajian pelbagai peringkat secara sepenuh masa," katanya.

Jelasnya, permohonan untuk 2011 dibuka bagi dua sesi iaitu pada Jun untuk pelajar Diploma dan Ogos untuk pelajar peringkat ijazah.

"Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman web LBNK di alamat www.lbnk.gov.my," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Kutipan Balik LBNK di talian 04-7744452.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

Posted:

286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

286 kegiatan perjudian internet di Timur Laut tumpas

PULAU PINANG 19 Ogos - Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan 286 kegiatan perjudian Internet di sekitar daerah Timur Laut sejak Januari 2009 sehingga kelmarin dengan melibatkan jumlah rampasan bernilai RM6 juta.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan tersebut, sebanyak 4,039 mesin judi dan 96 mesin hadiah dirampas manakala 81 orang telah didakwa di mahkamah.

"Kita percaya, aktiviti yang beroperasi di premis tanpa lesen itu mempunyai kaitan dengan sindiket perjudian di negeri ini.

"Yang terbaru, tiga lagi kegiatan perjudian menerusi Internet berjaya kita tumpaskan dengan menahan tiga penjaga premis di lokasi berasingan iaitu di Paya Terubong, pusat beli-belah Pulau Tikus dan Lebuh Noordin kelmarin," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Menurut beliau, kesemua warga tempatan yang ditahan itu berusia 50 hingga 53 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan yang dilakukan secara serentak itu, pelanggan di premis berkenaan berjaya memboloskan diri manakala hanya penjaga premis sahaja berjaya diberkas.

"Malah, kita turut merampas 28 mesin judi bernilai RM40,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga

Posted:

Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga

Remaja ugut bunuh diri terjun jambatan akibat masalah keluarga

KUALA KANGSAR 19 Ogos - Orang ramai yang melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil di sini malam tadi, gempar apabila seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengugut untuk terjun dari jambatan itu.

Tindakan remaja berkenaan duduk di tepi tembok jambatan itu bukan sahaja menimbulkan suasana cemas ahli keluarga tetapi orang ramai yang melaluinya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Dolah Samina Koromo berkata, semasa tiba di lokasi, remaja itu berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, remaja itu duduk di tempat paling kritikal dan jika berlaku kecuaian, mangsa boleh terjatuh ke dalam sungai.

"Usaha memujuk remaja berkenaan selama 20 minit gagal. Apabila ahli keluarganya sampai di lokasi, remaja itu mengugut akan terjun dan tidak mahu didekati.

"Bagi mengelakkan dia terjun atau pengsan, kami menyerbu mangsa menggunakan kelengkapan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Dolah berkata, selepas berjaya diselamatkan pukul 12.15 tengah malam, remaja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

Difahamkan remaja yang berasal dari Kampung Kandang Hilir Kota Lama Kanan itu bertindak demikian kerana mengalami masalah keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Skim pinjaman rumah tiada sambutan

Posted:

Skim pinjaman rumah tiada sambutan

Skim pinjaman rumah tiada sambutan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9 @utusan.com.my

SEREMBAN 19 Ogos - Peruntukan RM60 juta disalurkan kerajaan tahun lalu bagi tujuan membiayai skim pinjaman pembelian rumah kos rendah di kalangan pekerja ladang seluruh negara masih tidak terusik di negeri ini berikutan tiada pemohon.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan apabila tiada sebarang permohonan diterima bagi menggunakan kemudahan disediakan kerajaan itu khusus untuk golongan sasar terbabit.

''Saya hairan kerana tidak ada seorang pun tampil membuat pinjaman khas ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri sejak tahun lalu.

''Mungkin pekerja ladang ini tidak tahu bahawa wujudnya skim khas ini, kerana kemudahan tersebut membolehkan mereka membuat pinjaman khusus untuk membeli rumah kos rendah," katanya kepada pemberita kelmarin.

Jelas Mohamad, kemudahan di bawah Kementerian Sumber Manusia itu disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional untuk tujuan pengurusan termasuk proses pinjaman.

''Namun, setiap permohonan turut akan diteliti oleh Unit Perumahan Kerajaan Tempatan (UPKT) di peringkat negeri sebelum diluluskan.

''Oleh itu, saya ingin menasihatkan pekerja-pekerja ladang agar tidak melepaskan peluang ini dan menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang disediakan demi masa depan mereka.

''Ini kerana selepas bersara, pekerja terbabit sudah tidak dibenarkan untuk mendiami rumah di dalam ladang, ke mana mereka hendak pergi selepas itu jika tidak mempunyai rumah sendiri," ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung skim tersebut, Mohamad memberitahu, syarat kelayakan amat mudah, pekerja terbabit hanya perlu mempunyai gaji tidak kurang daripada RM650 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan untuk memohon.

''Pada masa sama, umur pemohon tidak boleh melebihi 55 tahun dan masih berkerja.

''Lebih menarik, pinjaman ini boleh dibuat di bawah dua nama, sebagai contoh nama bapa boleh disertakan dengan nama anak dalam satu permohonan," katanya.

Bagaimanapun, tambah Mohamad, pinjaman yang dibuat mestilah bertaraf kos rendah dan tidak boleh melebihi harga rumah jenis berkenaan iaitu RM45,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rakyat perlu kenang jasa, pengorbanan anggota keselamatan

Posted:

Rakyat perlu kenang jasa, pengorbanan anggota keselamatan

Rakyat perlu kenang jasa, pengorbanan anggota keselamatan


Mohamad Hasan bersama Raja Salbiah Tengku Nujumudin menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Osman Salleh (kiri) sambil diperhatikan oleh Abdullah Karim di Seremban, semalam.


SEREMBAN 19 Ogos - Sumbangan serta jasa pasukan keselamatan negara dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat perlu dikenang berikutan kesanggupan mereka bertugas tanpa mengira masa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sikap segelintir pihak yang mula melupakan pengorbanan pasukan keselamatan serta menabur fitnah amat dikesali dan menimbulkan prasangka di kalangan masyarakat.

Kata Mohamad, ada juga di kalangan pesara tentera yang pernah berjuang memerdekakan tanah air, namun nasib mereka langsung tidak terbela dan miskin.

"Oleh itu, kita mahu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berperanan penting dalam mengenal pasti golongan ini agar tidak terus dilupakan" kata beliau.

Mohamad berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kuih raya kepada anggota tentera, polis, bekas polis dan ibu tunggal anjuran bersama Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) dan kerajaan negeri di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Panglima 1 Briged Kem Rasah, Brigedier Jeneral Abdullah Karim dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Sementara itu Raja Salbiah berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap pengorbanan pasukan keselamatan yang selama ini memastikan kemakmuran dan keamanan negara.

"Ketika kita bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri, pasukan keselamatan terpaksa bertugas menjaga keselamatan negara tanpa mengira waktu dan masa.

"Kami berharap sumbangan ini akan menggembirakan mereka untuk bersama-sama meraikan Hari Lebaran walaupun terpaksa bertugas dan berjauhan dengan keluarga," kata beliau.

Lebih 7,000 bungkusan kuih yang disediakan Pekerti diagihkan kepada anggota tentera dan polis yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sini selain bekas anggota polis dan ibu tunggal di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

30 anggota penguat kuasa PPDNKK pantau harga

Posted:

30 anggota penguat kuasa PPDNKK pantau harga

30 anggota penguat kuasa PPDNKK pantau harga

MELAKA 19 Ogos - Seramai 30 anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) ditempatkan di pasar dan pusat perniagaan di seluruh negeri bagi memastikan peniaga menjual barang keperluan perayaan tidak melebihi harga siling.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad berkata, pihak berkuasa terlibat akan memantau perkembangan tersebut sepanjang musim perayaan ini bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Menurutnya, peniaga yang didapati menaikkan harga dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga akan dikenakan kompaun maksimum serta denda.

"Misalnya, harga ayam sudah ditetapkan pada harga RM7.40 hingga RM7.50 sekilogram, peniaga perlu mematuhi peraturan harga tersebut dan tidak menjual melebihi harga ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini hari ini.

Jelas beliau, penerangan tentang senarai harga barangan keperluan yang ditetapkan sepanjang perayaan itu akan disebarkan setiap hari melalui radio RTM Melaka bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan harga barangan yang dijual peniaga.

Dalam perkembangan sama Ghazale berkata, pihaknya diberi jaminan oleh pembekal dan pemborong bahawa barang keperluan adalah mencukupi sepanjang musim perayaan ini.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan aduan atau maklumat mengenai kenaikan harga barang di kawasan masing-masing bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap peniaga terlibat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PRU boleh diadakan bila-bila masa

Posted:

PRU boleh diadakan bila-bila masa

PRU boleh diadakan bila-bila masa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin ditemani Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) bercakap pada sidang ahkbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

Ini kerana menurut beliau, kesahihan serta kredibiliti sistem pilihan raya di negara ini sudah terbukti dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak tetapi jawatankuasa tersebut ditubuhkan bagi menambah baik sebahagian kecil daripada sistem sedia ada.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa. Ia tiada kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan soal bila tarikh tersebut, ia langsung tidak terikat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan Nurul Izzah Anwar yang mahu pembangkang menerajui jawatankuasa itu, Najib berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kena memahami tradisi sistem demokrasi terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan berkenaan.

Katanya, memang menjadi amalan di mana-mana negara demokrasi, parti majoriti yang akan mengetuai sesuatu jawatankuasa di peringkat Parlimen dan pembangkang perlu memahami hakikat tersebut.

Ditanya, apakah kerajaan akan meneruskan penubuhan jawatankuasa itu jika pembangkang bertindak memboikot dengan tidak menghantar wakil mereka, Perdana Menteri berkata, bila tiba masa yang sesuai, ia akan diteruskan.

"Tapi yang penting ialah kita telah tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak ada apa yang hendak dikhuatiri, dilindungi atau ditutup. Kita terbuka dalam isu ini dan kerajaan mengharapkan satu konsensus dapat diwujudkan antara semua parti politik," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai dakwaan pembangkang kononnya berlaku pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

"Kita nampak kecenderungan parti pembangkang membangkitkan nama individu tertentu. Tapi ada juga kes yang mereka bangkitkan apabila disiasat oleh pihak akhbar ternyata tidak benar," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isu gereja: Pendirian UMNO selari dengan perlembagaan

Posted:

Isu gereja: Pendirian UMNO selari dengan perlembagaan

Isu gereja: Pendirian UMNO selari dengan perlembagaan

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja baru-baru ini adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu agama lain tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.

Pada masa sama, beliau berkata, tuduhan Pas yang mengatakan UMNO mempunyai tangan ghaib bagi mengarahkan pemeriksaan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana JAIS terletak di bawah kuasa kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"JAIS di bawah siapa? Pastinya bukan bawah UMNO. Yang melakukan semua ini siapa? bukan orang UMNO. Tak kan orang UMNO boleh arahkan orang untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Tidak masuk akal. Susahlah orang yang buat tuduhan melulu begini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Naib-Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau diminta mengulas isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama yang dilakukan pada 3 Ogos lalu kerana dipercayai cuba memurtadkan 12 individu Islam dengan berselindung di sebalik majlis berbuka puasa.

Najib berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu menyelesaikan isu tersebut tanpa melibatkan kerajaan Pusat.

"Kita tahu ini soal negeri dan kita tegaskan ini bukan soal kerajaan Pusat. Jadi kemelut yang berlaku mesti diselesaikan oleh kerajaan negeri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Kalau tidak nyanyi, tolak markah’

Posted:

'Kalau tidak nyanyi, tolak markah'

'Kalau tidak nyanyi, tolak markah'

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my


SEBUAH rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang didakwa dijadikan kelas tuisyen bagi pelajaran Bahasa Inggeris, manakala gambar kecil, beberapa murid Melayu menunjukkan bahan bacaan yang diajar di kelas tuisyen itu. – utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 19 Ogos – Dua adik-beradik Melayu yang belajar di sebuah tempat tuisyen yang didakwa cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus, memberitahu bahawa mereka tidak tahu apa yang dibuat oleh guru di situ adalah salah.

Utusan Malaysia yang berjaya menemu bual adik-beradik berkenaan mendapati kedua-dua mereka mengaku telah diajar menyanyi beberapa lagu yang mempunyai unsur agama Kristian sewaktu belajar di tempat tuisyen berkenaan.

Ketika ditanya, murid lelaki berusia tujuh tahun tersebut memberitahu, guru tuisyen itu akan membawanya berjalan-jalan kalau mendapat markah yang tinggi.

"Kalau tak nyanyi tolak markah. Ada kawan-kawan yang dibawa ke Genting Highlands dan tengok wayang," katanya.

Kakaknya yang berusia 12 tahun pula memberitahu, mereka juga diajak menonton video yang disimpan di dalam komputer guru berkenaan setiap kali kelas berlangsung.

"Markah akan ditolak kalau tidak tengok cerita. Kalau markah kosong nanti boleh kena buang dari tuisyen. Kena tengok cerita sampai habis. Cerita itu macam kartun pasal Jesus dengan banyak episod seperti pasal macam mana dilahirkan dan kematiannya.

"Kuiz akan dibuat dan mereka dapat markah tertinggi dapat hadiah. Saya juga pernah dibawa pergi berkelah di Sungai Congkak," ujarnya.

Menurut murid itu lagi, selain lagu dan video, setiap kali ulang tahun kelahiran, guru berkenaan akan mengadakan parti dan memberi hadiah, begitu juga ketika Krismas.

Menurutnya lagi, mereka tidak pernah memberitahu ibu bapa mereka tentang perkara tersebut.

Adik beradik dari keluarga miskin itu dan rakan-rakan mereka yang lain diberi tuisyen bahasa Inggeris secara percuma oleh guru berkenaan dan juga guru-guru lain di tempat tuisyen tersebut.

Apabila ditanya mengenai Jesus, dia menjawab: "Dia adalah Tuhan cikgu (guru tuisyen tersebut). Kawan-kawan yang sama belajar di situ beritahu saya, mereka kasihankan Jesus sebab cikgu kata dia mati kena paku."

Budak perempuan itu bagaimanapun memberitahu dia "tidak rasa apa-apa" apabila ditanya perasaannya apabila diajar lagu-lagu tersebut atau disuruh menonton video tentang Jesus.

Pertemuan kedua-dua beradik itu dengan Utusan Malaysia turut disertai oleh dua lagi rakan mereka yang juga belajar di tempat tuisyen sama.

Keempat-empat mereka turut memperdengarkan lagu yang diajar oleh guru tersebut yang antara lain liriknya berbunyi:

"Hari ini ku rasa bahagia, berkumpul bersama saudara seiman, Tuhan Yesus sudah satukan kita, tanpa memandang di antara kita. Kau sahabatku, kau saudaraku, tiada dapat memisahkan kita."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved