Sabtu, 6 April 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lagi ATM dipecah, RM224,570 lesap

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI
utusankota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 April - Baru dua hari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dipecah dan dilarikan tiga penjenayah di Putra Height, Subang Jaya, Khamis lalu, satu lagi kes sama berlaku di Persiaran Kewajipan dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian terbaru kira-kira pukul 3 pagi itu, dua penjenayah bertindak memecahkan ATM di dalam sebuah stesen minyak menggunakan gas Oxy-acetylene sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM224,570.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan mendapati dua lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam premis tersebut lalu mengalihkan sebuah kamera litar tertutup (CCTV) dan menyembur dua lagi CCTV dengan cat berwarna merah.

Katanya, semasa kejadian tiada kakitangan bertugas dan rompakan itu hanya disedari semasa seorang pekerja stesen minyak tersebut mendapati pintu kaca utama premis tersebut telah dicungkil dari bawah ketika datang bertugas pukul 5 pagi.

"Berdasarkan rakaman CCTV mendapati dua suspek, masing-masing memakai baju putih dan hitam berlengan panjang, bersarung tangan dan topeng muka serta topi keledar biru bertutup.

"Selepas mengalih dan menyembur CCTV, suspek turut masuk ke bilik rakaman CCTV dan memotong bekalan elektrik untuk mengelakkan kegiatan mereka dirakam.

"Suspek kemudian memotong permukaan mesin ATM menggunakan gas Oxy-actylene dan melarikan peti berisi wang tersebut serta 40 kotak rokok jenis Dunhill. Bagaimanapun, kenderaan digunakan dalam jenayah itu belum diketahui," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau seterusnya berkata, siasatan polis menemukan 21 kesan cap jari di tempat kejadian dan sehingga kini kes masih dalam siasatan.

Pada Khamis lalu, tiga lelaki bertopeng nekad menceroboh sebuah bank dan melarikan mesin ATM berisi wang tunai berjumlah RM229,380 di Putra Height, Subang Jaya dekat sini.

Rumah polis ditembak

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 6 April - Seorang pengawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan selepas rumah mereka ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki bermotosikal di Taman Seremban Jaya di sini malam tadi, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan satu tangkapan kes dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai berkenaan tidur manakala isteri dan tiga anaknya pula sedang menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, terkejut dengan bunyi tembakan itu, pegawai berkenaan bergegas bangun dan menyelamatkan anak-anak serta isterinya.

Katanya, selepas tembakan itu berhenti, pegawai berkenaan meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki melarikan diri dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC.

"Siasatan di tempat kejadian menjumpai sembilan kelongsong peluru di depan rumah pegawai itu dan kita percaya pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.

"Tembakan itu turut mengenai kereta mangsa dan bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu. Mangsa dan keluarganya trauma namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jurucakap itu memberitahu, pihaknya percaya insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan satu tangkapan satu kes dadah baru-baru ini yang turut menyebabkan pegawai tersebut menerima ugutan.

"Buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sedang memburu suspek yang terlibat," jelasnya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor bawa bekalan selesa

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR, SHAHRINNAHAR LATIB dan YATIMIN ABDULLAH
sukan@utusan.com.my

Pemain Selangor, Peter Chrappan menanduk bola keluar dari kawasan bahaya pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin, malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim gagal mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri, sebaliknya Selangor membawa pulang bekalan selesa ke Shah Alam selepas menang 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Aksi terakhir dua pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza dan Simone Del Nero nyata mengecewakan selepas kedua-dua pemain gagal membantu mencipta jaringan gol.

Selangor hampir mengejutkan pasukan tuan rumah seawal minit ketiga perlawanan menerusi tandukan deras pemain import, Peter Chrappan, namun ketangkasan penjaga gol Zaulfadli Mohamed menafikan percubaan itu.

Pasukan pelawat akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan deras Mahali Jasuli yang berjaya menewaskan Zulfadli.

Tiga minit kemudian, pasukan Harimau Selatan memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma selepas G. Gurusamy menjatuhkan Nurul Azwan Roya di luar kotak penalti, namun kapten pasukan, Safiq Rahim gagal memanfaatkan peluang itu.

Pasukan bimbingan Fandi Ahmad memiliki dua peluang terbaik menerusi Guiza pada minit ke-32, namun rembatannya dari jarak 30 meter dan rembatan deras Mohamad Muslim Ahmad seminit selepas itu berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak mengasak bagi mencari gol penyamaan dan hasilnya pada minit ke-55, Johor dihadiahkan sepakan penalti selepas Safee Sali dijatuhkan Mohd. Asarudin Putra Omar, namun rembatan Guiza berjaya ditepis Norazlan.

Johor terus tertekan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-63 apabila Irfan Abd. Ghani dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Gurusamy.

Mohd. Amri Yahyah turut mencatatkan nama selaku penjaring pada pertemuan itu apabila berjaya mencipta jaringan pada minit ke-68 hasil hantaran Francis Forkey Doe yang berjaya memperdayakan pertahanan serta penjaga gol tuan rumah.

Tuan rumah akhirnya memperolehi gol tunggal pada minit ke-81 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti selepas Mohd. Nasriq Baharom menjatuhkan Safee Sali dan Safee berjaya menewaskan Zulfadli menjadikan kedudukan 1-2.

Sementara itu, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan meraih kemenangan 2-1 menewaskan Sarawak.

Kemenangan tersebut membolehkan Kelantan beraksi untuk perlawanan suku akhir kedua Piala FA dengan lebih selesa pada 16 April ini.

Dalam pada itu, pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan menyaksikan Pahang dan Sime Darby sekadar terikat tanpa jaringan sekali gus memerlukan kedua-dua pasukan bekerja keras pada perlawanan kedua nanti.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tuan rumah, Negeri Sembilan terpaksa akur dengan kekalahan kepada Terengganu dengan keputusan 1-3 di laman sendiri.

Chong Wei tumbang kepada pemain muda China

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Malaysia mengakhiri cabaran badminton Terbuka Australia selepas Datuk Lee Chong Wei tumbang mengejut kepada pemain yang menghuni ranking 196 dunia, Tian Houwei pada separuh akhir di Sydney, semalam.

Houwei, 21, pemain muda China yang pernah menjulang gelaran remaja dunia pada 2009 mara daripada peringkat kelayakan pada kejohanan ini.

Dia yang tidak pernah bersemuka dengan Chong Wei sebelum ini mengheret pemain No. 1 dunia itu untuk bermain rubber set sebelum menang 19-21, 21-17, 18-21.

Sementara itu, jurulatih pemain perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, kekalahan Chong Wei mungkin ada kaitan dengan tahap kesihatan pemain itu yang tidak begitu sihat sebelum ini.

"Dari segi latihan memang ada mengganggu kerana sebelum ini dia tidak sihat dan kejohanan ini saya lebih anggap sebagai latihan buatnya untuk mempelbagaikan corak permainannya.

"Saya juga memuji aksi yang dipamerkan oleh pemain China tersebut (Tian Houwei) kerana telah bermain dengan berani dalam permainan tersebut dan saya juga tidak menjangka dia mampu bermain dengan sehebat itu," kata Seu Bock.

Pada perlawanan tersebut Chong Wei dikerah bekerja keras dengan mata yang tidak terlalu jauh sebelum akur kepada lawannya.

Kemenangan yang diraih Tian Houwei membolehkannya melangkah ke saingan akhir menentang rakan senegara, Song Xue.

Song Xue yang juga bukan pemain pilihan kejohanan turut membuat kejutan apabila menguburkan impian pemain pilihan ke-12, Alamsyah Yunus dari Indonesia 21-10, 18-21, 21-15.

Sementara itu, harapan untuk melihat pasangan beregu negara, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari mengibarkan Jalur Gemilang di pentas akhir turut musnah apabila mereka tewas kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 18-21, 18-21.

Kekalahan tersebut juga melepaskan peluang mereka untuk mencari tiket ke Kejohanan Dunia.

Ahsan-Hendra akan menentang pilihan kedua kejohanan yang juga rakan senegara, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


22 menara pemancar baharu

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Lau Lee

JERANTUT 6 April - Sebanyak 22 menara pemancar telekomunikasi baharu sedang dibina di seluruh daerah ini bagi meningkatkan liputan talian telefon mudah alih terutama untuk kemudahan penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, menara tersebut dijangka mula beroperasi pada akhir bulan ini.

"Kita banyak menerima aduan daripada penduduk di kawasan luar bandar tentang kesukaran mereka untuk berkomunikasi dengan telefon bimbit kerana liputan kurang baik.

"Ada juga yang terpaksa pergi ke kampung berhampiran untuk mendapatkan liputan dan perkara tersebut amat merumitkan penduduk," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penduduk sering mengeluh kerana berdepan masalah untuk berhubung dengan orang lain terutama apabila ada kecemasan dan urusan penting.

"Kampung Lata Kasah umpamanya sebelum ini tidak mempunyai menara dan menyukarkan penduduk berhubung dengan dunia luar," ujarnya.

Beliau memberitahu, beberapa kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak telah dikenal pasti untuk membina pemancar baharu tersebut termasuk di Kampung Sungai Lekok, Sungai Par, Sungai Kiol, Kampung Baharu dan Kampung Sempadan.

Sementara itu, Lau Lee mengingatkan penduduk di daerah ini agar tidak mudah terpengaruh dengan janji sesetengah pihak yang secara tiba-tiba muncul menabur janji menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Kebanyakan mereka hanya muncul di saat pilihan raya semakin hampir dan cuba menunjukkan belas kasihan serta menabur pelbagai janji untuk meraih undi," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mandela keluar hospital selepas 10 hari dirawat

Posted: 06 Apr 2013 10:00 AM PDT

JOHANNESBURG 7 April - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dilaporkan keluar dari hospital selepas 10 hari menerima rawatan ekoran penyakit Pneumonia yang dialaminya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Presiden Jacob Zuma berkata, bekas pemimpin yang berusia 94 tahun itu dibenarkan keluar selepas keadaannya bertambah baik.

Mandela dimasukkan ke wad pada minggu lalu untuk kali ketiga dalam tempoh empat bulan.

Sebelum ini, doktor telah memberi rawatan dan bertindak mengeringkan cecair yang dikesan berada di dalam paru-paru bekas pemimpin itu. - REUTERS

Dua bandar di China tutup pasaran ayam akibat H7N9

Posted: 06 Apr 2013 09:58 AM PDT

BEIJING 7 April - Dua bandar utama di negara ini bertindak menutup pasaran ayam dan memusnahkan binatang tersebut semalam.

Penutupan itu dibuat berikutan penambahan bilangan kes sebanyak 16 kes di timur negara ini selepas disahkan berlaku penyebaran akibat virus selesema burung H7N9.

Pihak berkuasa di Nanjing dan dan Hangzhou menutup semua penjualan ternakan dan mengharamkan kemasukan ayam ke dalam bandar itu, berikutan langkah-langkah keselamatan.

Pegawai kesihatan di Hangzhou mengesahkan bahawa burung puyuh dijual di pasaran bandar ini membawa virus berkenaan. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Manifesto untuk mandat lebih besar

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

Baharom Mahusin

Najib dan para peminpin Barisan Nasional menunjukkan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas pelancaran manifesto itu malam tadi.

MULAI pukul 9 malam tadi, berjuta-juta pengundi di Malaysia mula berpeluang untuk membaca manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto BN itu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam satu perhimpunan politik yang disemarakkan dengan lagu patriotik Inilah Barisan Kita dan lagu Anak Kampung yang telah diubah suai untuk menggambarkan semangat manifesto tersebut.

Membuka halaman manifesto itu memberikan kita gambaran mengagumkan tentang Najib dan BN: Najib menyedari betapa beratnya tugas untuk memimpin negara dan gabungan BN yang diterajuinya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Membaca manifesto itu membolehkan kita menginsafi betapa banyaknya kejayaan yang telah kita ukir selama di bawah pemerintahan BN: Ia memperlihatkan begitu kompleksnya perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat, dengan pendekatan keterangkuman menyatukan semua rakyat daripada pelbagai kaum, agama, budaya, negeri dan wilayah.

Meneliti manifesto itu mendedahkan kita kepada suatu persepsi yang begitu penting kepada kemanusiaan dan politik: Najib dan BN mempunyai rekod menepati janji yang tidak dapat disangkal, amat komprehensif, bersifat nasional dan mendahului zaman dari segi cara pemikirannya, adil dalam pelaksanaan dasar-dasar serta realistik dalam berjanji.

Najib selaku Pengerusi BN tidak menjanjikan sesuatu yang tidak dapat ditepati. Tidak seperti mainan kata pemimpin parti pembangkang, Perdana Menteri dan BN tidak berjanji untuk memperdayakan pengundi.

Berbeza dengan para pemimpin pembangkang yang berpolitik untuk merobohkan apa yang telah dibina, kuasa yang ada, kepada Najib dan BN, adalah kesinambungan. Beliau tidak menjanjikan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Kandungan manifesto Menepati Janji Membawa Harapan setebal 32 muka surat itu adalah refleksi pegangan politik Najib dan corak perjuangan BN di bawah kepimpinannya. Melalui manifesto itu, kita dapat merasakan bahawa Najib ialah seorang yang dapat diyakini dan kepadanya dapat kita letakkan harapan untuk menentukan untung nasib anak cucu di tanah air yang tercinta ini.

Manifesto itu dimulakan dengan warkah Najib sebagai Perdana Menteri kepada para pengundi yang mencerminkan keperibadian dan latar belakang politiknya sebagai anak sulung Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein.

Dengan Dewan Rakyat telah pun dibubarkan pada 3 April lalu dan PRU-13 bakal diadakan beberapa minggu lagi, Najib memulakan warkah dalam manifesto itu dengan ayat rakyat Malaysia yang dikasihi".

Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.

Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya.

Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat," kata Najib.

Sebenarnya, tiada perkataan manifesto tertera pada dokumen manifesto yang dilancarkan oleh Najib malam tadi, tetapi beliau menegaskan dalam warkahnya bahawa para pengasas negara ini menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan.

Rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas, tegas Najib, dan inilah rekod transformasi yang beliau mahu dikupas, direnungi dan dihayati oleh 13.29 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh.

Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa," kata beliau.

Dokumen manifesto Menepati Janji Membawa Harapan mengandungi tujuh bahagian.

Pertama, warkah Najib kepada pengundi; kedua, prinsip-prinsip politik BN dan kenapa pengundi perlu pilih BN; ketiga, huraian dasar umum BN untuk 17 sub topik daripada menangani kos sara hidup, menguruskan ekonomi, keselamatan dan ketenteraman awam sehingga kepada pengurusan sumber alam; keempat, apa yang telah dilakukan BN setakat ini; dan kelima, janji BN kepada rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dokumen itu juga mengandungi dua lagi bahagian tambahan iaitu renungan petikan kata-kata Najib yang menggariskan pendekatan, gaya kepimpinan, penekanan dan keprihatinannya serta penggunaan gambar-gambar dan visual yang relevan dengan setiap sub topik manifesto tersebut.

Daripada halaman pertama manifesto itu, pendekatan BN yang mengotakan janji dan memupuk politik konsensus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Razak jelas mendominasi tema kempen pilihan raya BN pada PRU-13. Politik perpaduan dan integriti pemimpin inilah yang menyalakan semangat jentera pilihan raya BN yang digerakkan oleh parti-parti yang mewakili rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama.

Ungkapan kata-kata Najib mengenai muhibah, persefahaman, kemajuan, kemakmuran untuk semua rakyat, perpaduan kaum dan kestabilan nasional menjadikan dokumen Menepati Janji Membawa Harapan itu suatu manifestasi iltizam politik Perdana Menteri.

Najib mengharapkan manifesto yang ditampilkan oleh BN malam tadi akan menjadi topik perbincangan rakyat sebelum mereka keluar mengundi pada PRU-13. Katanya, rakyat perlu menilai BN berdasarkan merit dan apa yang BN telah sumbangkan kepada negara selama ini.

Najib menawarkan kepada rakyat gabungan BN yang begitu berpengalaman, telah teruji, satu gerakan kesederhanaan yang berkongsi kuasa secara harmoni bersama semua kaum serta memiliki rekod pencapaian yang hebat dalam memenuhi kehendak rakyat.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, misalnya, manifesto itu menggariskan komitmen kerajaan BN untuk menarik pelaburan sebanyak RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini. Dalam pada itu, golongan minoriti dan terpinggir tidak dilupakan.

Manifesto itu juga mengandungi 24 petikan kata-kata Najib, termasuk satu ungkapan yang mencerminkan falsafah kepimpinannya. Ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada bulan Oktober lalu, Najib menegaskan prinsip keadilan sosial pentadbiran kerajaan BN dengan rangkap kata-kata berbunga yang puitis dan membawa maksud yang amat mendalam.

Beliau mengimpikan untuk melihat Malaysia digemblengkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menjadi sebuah negara yang istimewa: Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap."

Najib, dengan pengalamannya mentadbir negara begitu lama dan liku-liku politik yang dilaluinya, telah berpuluh tahun melakukan tanggungjawab yang tersimpul dalam rangkap kata-kata itu sejak beliau menceburi bidang politik pada tahun 1976 selepas kematian Allahyarham Tun Razak.

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam politik, beliau ditakdirkan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 selepas setahun PRU-12 berakhir. Tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri amat mencabar kerana PRU-12 pada Mac 2008 menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan gabungan parti itu gagal menguasai lima buah negeri.

Apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April lalu, beliau sedar betapa rapuhnya politik negara selepas Mac 2008 dan dengan rendah diri beliau mengakui bahawa mandat rakyat di peti undi yang akan menentukan kedudukan BN pada PRU-13.

Inilah kali pertama Najib, 60, mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum dengan agenda besar mengembalikan imbangan dalam politik Malaysia dan mencorakkan semula landskap politik negara yang sejak 2008 diwarnai perbalahan, konflik dan pertarungan.

Dalam manifesto BN, Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Pekan itu memohon mandat daripada rakyat supaya diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat bagi menjayakan Agenda Transformasi Negara.

Melalui rekod pencapaian dan komitmen BN yang disenaraikan dalam manifesto yang dilancarkan malam tadi, beliau amat mengharapkan rakyat untuk turut memberi sokongan besar kepada kesemua 222 calon BN di peringkat Parlimen dan 505 di peringkat Dewan Undangan Negeri yang akan bertanding pada PRU-13 nanti.

Kenapa mandat besar diperlukan?

Najib menulis dalam manifesto BN: Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!"

Dengan aspirasi rakyat yang tergaris jelas dalam manifesto BN itu, cita-cita Najib untuk melihat penubuhan kerajaan yang lebih kukuh diharapkan akan terjelma pada PRU-13 bagi membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.

Pembangkang terlalu tamak

Posted: 06 Apr 2013 11:59 AM PDT

WALAUPUN meniti usia 88 tahun namun kelibat bekas Perdana Menteri, TUN DR. MAHATHIR MOHD kekal aktif berkempen untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Malah usaha ini telah dilakukan lama sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada 3 April lepas.

Ketika ditanya kenapa beliau masih aktif berkempen, Dr. Mahathir menyatakan semua itu dilakukan demi membalas jasa kepada UMNO dan BN kerana membenarkan beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Selain itu, semangat Melayu beliau jelas begitu menebal apabila menyatakan kebimbangan melihat kepentingan bangsanya sudah diabaikan kerana sifat tamak pihak pembangkang.

Ini kerana mereka mahu menjadi kerajaan dengan memecahbelahkan orang Melayu, satu lagi sebab utama beliau sanggup turun berkempen walaupun adakalanya keadaan dirinya tidak begitu mengizinkan.

Perjuangan untuk jati diri kita sebagai bangsa Malaysia, itupun sudah diketepikan kerana kita bergantung kepada orang lain yang tidak melihat asas-asas ini sebagai satu kepentingan. Sebab itu saya perlu aktif untuk memperjelas dan memperingatkan semula tentang perjuangan kita,".

Lebih mengejutkan walaupun sering diberi gelaran yang tidak menyenangkan, Dr. Mahathir jelas tidak berdendam kerana tetap enggan mendedahkan keaiban pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun beliau mengesahkan menerima surat setebal 18 muka surat yang ditulis sendiri oleh isterinya.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID, BORHAN ABU SAMAH, dan MOHD. ASRON MUSTAPHA, Dr. Mahathir menjelaskan soal isu pengundi Cina serta masa depan Pas dan politik Kelantan ketika di wawancara di Yayasan Al-Bukhary, petang Jumaat lalu.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat persediaan UMNO dan BN serta mood pengundi sekarang selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen baru-baru ini?

DR. MAHATHIR: Pertamanya ialah semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan kita boleh mengadakan pilihan raya bersama. Ini menjimatkan perbelanjaan. Keduanya kita sudah lama membuat persiapan untuk pilihan raya ini tapi saya tidak nampak keghairahan seperti biasa bila pengisytiharan pembubaran Parlimen dibuat tanpa dijangka oleh rakyat.

Mungkin kerana jentera parti sudah menunggu terlalu lama tetapi mungkin telahan saya ini tidak tepat kerana saya belum berkesempatan menjelajah ke seluruh negara. Namun perasaan macam itu saya belum nampak lagi. Saya khuatir kalau tidak sungguh-sungguh, kalau menang pun kemenangan terlalu tipis. Ini tidak baik untuk masa depan pemerintah.

Ramai penganalisis melihat keadaan semasa jauh berbeza berbanding senario 2008 kerana selepas Najib mengambil alih kepimpinan kerajaan, kecenderungan rakyat untuk menyokong kerajaan semasa semakin jelas?

DR. MAHATHIR: Kita tidak boleh meneka benda ini dengan tepat. Kadang-kadang kita nampak dalam pilihan raya ramai yang menyertai rapat umum atau ceramah satu-satu pihak tapi ia tidak menjamin kemenangan. Mereka ini mungkin datang atas dasar hendak tahu dan sebagainya tetapi saya mengakui memang nampak kecenderungan kepada parti pemerintah termasuk di kalangan orang Cina pun.

Pandangan Tun mengenai MCA sekarang yang kelihatan tersepit, mereka tidak boleh memainkan sentimen perkauman seperti DAP dan pada masa yang sama hilang sokongan pengundi Cina?

DR. MAHATHIR: Kita dapati bahawa MCA merasakan kekalahan parti itu pada 2008 adalah kerana tidak main isu orang Cina. Jadi kali ini, oleh kerana tidak hendak ternampak seolah-olah bersetuju dengan UMNO kerana mungkin orang Cina tidak akan sokong, MCA mula mengambil langkah yang selari seperti DAP tetapi bagi saya itu tanggapan yang tidak kena.

Adakah program transformasi 1Malaysia yang dibawa Najib ini dapat membantu MCA?

DR. MAHATHIR: Saya dapati pihak kerajaan memberi layanan yang banyak tetapi nampak orang Cina tidak menghargai layanan yang diberi oleh kerajaan. Tapi sekarang ada perubahan kerana mereka berpendapat kerajaan ini bertanggungjawab dan mampu menjaga keselamatan negara. Umpamanya apabila kita diserang pengganas Kiram. Kerajaan memiliki kebolehan dan kesanggupan untuk mempertahankan negara.

Terbukti kerajaan mampu menjaga keselamatan dan saya fikir orang Cina pun menghargai serta suka kalau negara ini stabil kerana mereka golongan peniaga. Mereka tidak mungkin dapat berniaga dengan baik dalam keadaan huru-hara. Mereka melihat kesungguhan kerajaan untuk menjaga keselamatan dan saya fikir mereka menghargainya. Sebaliknya cara parti lawan ialah mereka cenderung mencetuskan huru-hara dengan demonstrasi dan macam-macam lagi kekecohan jalanan yang mana, perbuatan ini menjejaskan ekonomi dan kestabilan negara. Jika ini berlaku, pelabur tidak akan melabur dan saya percaya orang Cina sedar perkara ini.

Pembangkang menggunakan strategi meletakkan nama-nama besar di kawasan tertentu seperti Lim Kit Siang di Gelang Patah dan Anwar Ibrahim mungkin di Perak. Adakah strategi ini boleh menggugat BN atau akan jadi senjata makan tuan?

DR. MAHATHIR: Itu risiko yang diambil oleh mereka. Johor kubu kuat BN. Entah macam mana mereka berpendapat boleh menang di situ. Berkenaan Anwar saya kurang yakin beliau berani keluar dari Permatang Pauh. Ini mungkin satu strategi sahaja dan akhirnya umum bertanding di Permatang Pauh. Tempat yang beliau bercadang nak bertanding, Anwar tiada usaha untuk mendapat sokongan daripada pengundi di situ. Anwar ini memanglah kita tidak boleh percaya kata-katanya, kerana beliau ini licik.

Langkah meletakkan Kit Siang di Gelang Patah itu jelas menunjukkan keinginan pembangkang menjadikan Johor sebagai sasaran seterusnya untuk dikuasai, bagaimana Tun melihat perkembangan ini?

DR. MAHATHIR: Tak tahulah mungkin mereka dapat maklumat yang kita tidak tahu tetapi setakat yang saya tahu Johor bukanlah kawasan selamat bagi parti lawan walaupun kita dapati sikap orang Cina sudah tidak seperti dahulu. Namun kita dapati dalam masa sekarang ini mereka kembali menyokong BN.

Pembangkang yakin strategi itu membolehkan mereka menang tujuh kerusi di Johor terutama di kawasan pengundi Cina?

DR. MAHATHIR: Pertamanya ini membuktikan sifat rasis pihak DAP walaupun mendakwa mewakili pelbagai bangsa tetapi hakikatnya bila menghadapi satu cabaran, DAP akan balik kepada orang Cina. DAP ini main isu Cina lebih daripada pihak lain. Sebenarnya DAP parti Cina, sebab itulah Tengku Abdul Aziz umpamanya yang ingin percaya DAP mewakili pelbagai bangsa tetapi selepas menyertai DAP beliau dapati parti itu tidak peduli kepada masalah orang bukan Cina.

Mereka sengaja mengadakan puak ekstremis dari kalangan atau pihak yang sealiran dengan DAP bagi membangkitkan isu-isu sensitif sehingga berani berkata bahawa orang Melayu kaum pendatang juga. Ini satu cabaran kepada orang Melayu, bagaimana nak dapat sokongan daripada orang Cina. DAP mungkin pergi ke Johor kerana percaya pengundi Cina di negeri itu berpihak kepada mereka.

Tidakkah ini akan menjarakkan hubungan antara kaum di negara kita?

DR. MAHATHIR: Memang tidak baiklah tetapi inilah niat dia daripada awal pun apabila DAP bercakap mengenai Malaysian Malaysia yang diambil daripada parti PAP Singapura iaitu ibu kepada DAP ini. Mereka mengambil slogan itu kerana percaya bahawa tiada keadilan kerana tidak memperoleh apa yang mereka tuntut sebagai hak mereka. Niat mereka ialah sesudah menguasai ekonomi, mereka juga mahu menguasai politik, dengan itu segala-galanya akan dikawal mereka. Inilah hajat mereka walaupun tidak realistik. Di sebuah negara yang terdapat orang Melayu dan India tetapi DAP masih di belakang slogan yang mereka guna, orang Cina mesti dapat semua melalui merit.

Kita percaya kalau ikut merit semua akan pergi kepada orang Cina. Kita akui mereka lebih cekap dalam bidang perniagaan dan mereka juga mempunyai tamadun yang berusia lebih 4,000 tahun. Tetapi ini menidakkan konsep kongsi perkongsian yang diperkenalkan Tunku Abdul Rahman. Semua pihak berkongsi dan mempunyai hak dalam bidang politik melalui parti campuran menerusi BN. Dalam bidang ekonomi kita ada pembahagian kekayaan negara kita ini secara adil kepada semua kaum tetapi DAP tidak suka itu. DAP mahu sesudah menguasai ekonomi, dia nak juga kuasai politik untuk rebut semua atas dasar merit.

Adakah atas faktor ini juga pembangkang tidak berani mendaftar, bagaimana pandangan Tun?

DR. MAHATHIR: Pembangkang bukan kerajaan campuran. BN kerajaan campuran. Kita bertanding pun di bawah lambang BN tapi pembangkang tidak, mereka bertanding menggunakan lambang parti masing-masing. Pakatan ini semacam konspirasi iaitu semata-mata untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya. Itu sahaja.

Selain daripada itu tidak ada persamaan antara DAP dengan Pas, antara DAP dengan PKR. DAP lebih mirip kepada kepentingan orang Cina. Jadi pembangkang tidak seperti BN yang percaya kepada perkongsian kuasa politik dan ekonomi negara.

Ramai yakin dan percaya Pas bakal menerima kesan paling buruk dalam pilihan raya ini disebabkan kegagalan parti itu menangani banyak isu selain tunduk kepada PKR dan DAP terutama dalam isu kalimah Allah?

DR. MAHATHIR: Pas suka mendakwa bahawa dia parti Islam yang berjuang demi agama Islam. Tetapi kalau kita lihat sejarah penubuhan Pas ia tidak ada kena mengena dengan Islam. Apa yang berlaku ialah Tunku Abdul Rahman tidak melantik ulama-ulama UMNO untuk mengisi jawatan dalam majlis legislatif dan majlis negeri. Kecewa tidak dapat jawatan ini maka lahirnya Pas, bukan kerana Islam sebab sebenarnya dia boleh berjuang mengenai Islam dalam parti UMNO dan memang pun apabila dia berada dalam UMNO kita berjaya lawan British dan kita berjaya. Hj. Ahmad Puad keluar UMNO kerana tidak dapat jadi Presiden UMNO bila Dato Onn Jaafar letak jawatan selain hanya dapat satu kerusi sahaja yang diberi kepada ulama.

Oleh itu mereka berpendapat kalau mereka mendirikan parti sendiri, mereka boleh meletakkan seberapa calon dan kalau menggunakan agama ia satu daya tarikan yang cukup kuat dalam kalangan orang Islam. Mereka percaya dengan cara itu mereka dapat mengatasi dan mengalahkan UMNO tetapi sehingga kini tak menang. Kerana Pas tidak boleh pun meletak cukup calon untuk menjadi pemerintah. Kalau menang semua pun tak cukup kerana mereka hanya berupaya bertanding satu pertiga daripada 222 kerusi Parlimen iaitu sekitar 60 kawasan sahaja. Jadi mereka terpaksa berkerjasama dengan orang bukan Islam. Tetapi dulu mereka berkata, kalau berkerjasama dengan orang bukan Islam itu kafir.

Jadi sekarang kerana nak jadi pemerintah, mereka terpaksalah berkerjasama dengan orang bukan Islam. Inilah yang dikatakan kalau kamu kafirkan orang lain mungkin kafir itu kembali kepada kamu. Ini berlaku kepada Pas. Pas banyak buat kesalahan antaranya menyatakan Tuhan mencarut, menganggap Nabi Muhammad SAW semasa dilahirkan macam 'mamat' di kampung jadi tak payah adakan perarakan Maulidul Rasul. Ini semua mengguris hati orang termasuklah dalam isu kalimah Allah apabila Pas bersetuju kalimah suci umat Islam ini boleh diguna oleh orang Kristian. Begitu juga perbuatan mereka mengkafirkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan yang tidak diizinkan agama kerana dalam Islam berkali-kali diingatkan iaitu apabila kamu menjatuh hukum, hukumlah dengan seadilnya.

Tapi Pas dengan sewenang-wenangnya mengkafir lebih tiga juta ahli UMNO yang juga umat Islam. Ini ketidakadilan yang cukup besar sehinggalah mereka menanam kebencian terhadap golongan yang mereka kafirkan sehingga ada antara mereka sanggup nak membunuh. Mereka tidak mahu sembahyang jemaah bersama dan tidak rela dikuburkan bersama. Kita fikir ini tak diterima akal tetapi pengikut mereka begitu taksub. Orang UMNO ini kafir sedangkan kita mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan sembahyang lima waktu dan melakukan semua rukun Islam tetapi tiba-tiba dikafirkan. Sepatutnya kalau kita nak jatuhkan hukuman kafir kita patut ada satu pemeriksaan. Kalau kita dapati mereka sudah tolak nabi, tolak Allah dan sembah selain Allah bolehlah kita kata mereka kafir.

Al-Arqam pun kita tak kata mereka kafir, kita kata mereka menyeleweng begitu juga dengan Ayah Pin kerana untuk mengkafirkan orang Islam, ini adalah sesuatu yang amat dahsyat kerana kita mengurangkan jumlah orang Islam apatah lagi mendakwa kalau undi Pas masuk syurga. Tiada di mana-mana pun dalam al-Quran menyebut bahawa ada parti dinamakan Pas dan kalau tak mengundi Pas kita akan masuk neraka. Baru-baru ini pula kata solat yang dilakukan orang UMNO ini tidak dapat pahala, Nik Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada hak untuk berkata demikian, yang mengikut Nik Abdul Aziz adalah orang yang taksub kepadanya, yang begitu fanatik sehingga tidak boleh nampak langsung keburukannya walaupun Nik Abdul Aziz dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini sudah jadi orang yang cukup buruk.

Di Malaysia ini kesemua orang Melayu beragama Islam dan ahli Sunah Wal Jamaah dan pengikut Imam Syafie. Sepatutnya tidak ada perpecahan antara kita seperti di Iraq, Syria dan Pakistan di mana umat Islam di sana terbahagi kepada Sunni dan Syiah. Di sini kita semua ahli Sunah Wal Jamaah tetapi mengapa Pas timbulkan isu mengkafir ini sehingga memecah-belahkan orang Islam. Ini perbuatan yang berdosa. Memecah-belahkan orang Islam, melemahkan orang Islam dan mencetuskan huru-hara. Dalam al-Quran disebut beberapa kali bahawa Tuhan tidak suka kepada orang yang mencetuskan huru-hara tetapi Nik Abdul Aziz dan Hadi Awang mencetuskan huru-hara. Pengikut-pengikut Pas kalau mereka buka mata dan memiliki pemikiran terbuka, tentu sedar bahawa ini satu kesalahan tapi bila dah terlalu taksub mereka tidak dengar apa, tak nampak apa dan tak bau apa pun. Inilah malapetaka kepada negara kita dan sepatutnya orang melihat orang Melayu yang semua beragama Islam bersatu di bawah satu badan seperti mana kita bersatu semasa melawan Malayan Union. Betapa kita berjaya ketika itu tetapi apabila Pas ditubuhkan orang Melayu menjadi lemah.

Apakah Tun percaya selepas PRU-13 ini ia akan menjadi punca kejatuhan Pas?

MAHATHIR: Saya tidak tahu berapa ramai ahli mereka yang taksub tetapi saya dapati ramai antara mereka yang nampak kesalahan pemimpin mereka walaupun secara terang-terangan ia bercanggah dengan ajaran Islam. Sesiapa pun boleh berkata bukan sahaja orang yang tahu tentang agama tetapi orang yang tidak berapa mendalami agama tahu bahawa apa yang dikatakan itu adalah salah, seolah-olah mereka mahu mengambil alih peranan Tuhan. Kalau nak tentukan peraturan bahawa tidak mengundi Pas akan masuk neraka, tentu ada disebut di dalam al-Quran dan hadis tetapi tidak ada. Jadi mereka mencipta undang-undang baru bagi agama Islam.

Bagaimana Tun melihat perkembangan di Kelantan apabila ramai yang bangkit termasuk golongan ulama apakah ia satu petanda baik untuk BN?

MAHATHIR: Saya rasa bersyukur kerana akhirnya ramai yang buka mata mereka serta berfikir dan tidak taksub termasuk golongan ulama mereka yang pernah menjadi penyokong kuat Pas. Mereka sudah sedar dan menolak Pas. Saya yakin juga ramai pengikut yang tidak mengisytihar keluar parti menolak Pas kerana kepimpinan parti itu sudah tergelincir dari ajaran sebenar Islam. Saya tidak kata mereka sudah ke tahap kafir dan mereka masih Islam tetapi mereka sudah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Situasi Tun adalah berbeza dengan 2008 apabila Tun mengisytihar keluar UMNO dan tidak terlibat dalam kempen parti namun sekarang Tun begitu aktif berkempen. Apakah Tun melakukan semua ini kerana membalas jasa ataupun Tun rasakan mahu menebus tindakan Tun keluar parti dahulu?

MAHATHIR: Yang pertamanya saya lakukan ini kerana mahu membalas budi. Hakikatnya kerana UMNO dan BN saya dapat menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Untuk itu saya rasa bersyukur dan berterima kasih serta terhutang budi dan saya akan cuba menolong BN seberapa banyak yang boleh. Perkara keduanya saya dapati bahawa kepentingan orang Melayu sudah diabaikan kerana sifat tamak pihak pembangkang mahu menjadi kerajaan, mereka memecahbelahkan orang Melayu sehingga orang Melayu menjadi minoriti. Sepatutnya mereka menjadi majoriti dan pengasas-pengasas negara ini berpendapat bahawa kepentingan orang Melayu akan selamat kerana kita adalah majoriti. Walaupun mungkin kita tidak kuat dari segi kekayaan, ilmu dan sebagainya tetapi kerana kita percaya pada demokrasi maka puak majoriti dapat menjaga keselamatan diri mereka tanpa menjejaskan pihak lain. Jadi kita dapati kerana sifat tamak nak menjadi kerajaan, nak dapat itu dan ini maka orang Melayu sudah berpecah menjadi minoriti. Apabila menjadi minoriti maka mereka memerlukan sokongan puak-puak lain dan kerana itu mereka lupa perjuangan asas mereka. Umpamanya perjuangan untuk identiti kita sebagai bangsa Malaysia, itupun sudah diketepikan kerana kita bergantung kepada orang lain yang tidak melihat asas-asas ini sebagai satu kepentingan. Sebab itu saya perlu aktif untuk menjelaskan dan memperingatkan semula tentang perjuangan kita.

Dalam UMNO umpamanya kita dapati ahli-ahli dan pemimpin UMNO sudah lupa bahawa parti itu ditubuhkan bukan untuk memberi tempat kepada orang tertentu tetapi untuk menyelamatkan orang Melayu, negara dan agama. Malangnya itu sudah diketepikan dan masing-masing masuk UMNO kerana nak dapat sesuatu. Jadi kita perlu kembali kepada perjuangan asas dan saya sering memperingat kepada mereka tentang perjuangan asas UMNO dan jika kita lupa perkara ini maka kita akan jadi seperti parti-parti di negara lain yang berjuang untuk kemerdekaan tetapi kini sudah luput, sudah tidak ada lagi. UMNO ini tahan lama sikit tetapi saya khuatir generasi baru UMNO tidak tahu akan perjuangan asal ini. Sebab itu selagi saya mampu saya mahu memperingatkan kepada semua supaya kita kembali kepada perjuangan asal.

Kami difahamkan bahawa Tun menerima surat setebal 18 muka surat dikatakan dikirim oleh Datin Seri Wan Azizah sendiri mengenai salah laku suaminya. Mungkin Tun boleh kongsikan perkara ini?

DR. MAHATHIR: Saya cuma boleh kata ada menerima surat itu sahajalah tetapi benda yang diberi kepada saya secara personal, saya tidak dedahkan kepada orang. Namun kita boleh lihat tanpa surat itupun kita boleh tahu sama ada bersih atau tidak bersih 'orang berkenaan'. Jadi apa perlu kita rujuk kepada surat yang sulit dan saya pun tidak ingat berapa muka suratnya. Tetapi yang saya tahu memanglah beliau (Wan Azizah) cuba nak pertahan suaminya juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami tetapi nak kata beliau memburuk-burukkan sangat suaminya itu tidaklah begitu. Kecewa itu adalah, maka saya tidak mahu berbincang tentang surat setebal '18 muka surat' itu. Namun yang lebih utama adalah apa yang kita boleh lihat tetapi bukan apa yang Wan Azizah kata.

Tun tetap enggan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan malah memelihara keaiban 'orang berkenaan' walaupun pelbagai pihak mengelar Tun dengan pelbagai gelaran yang adakalanya keterlaluan seperti mahafiraun dan sebagainya. Boleh Tun jelaskan?

DR. MAHATHIR: Saya bukan jenis manusia yang nak memburuk-burukkan orang tanpa asas. Cuma kerana politik dan kitab takut orang yang semacam ini berkuasa maka saya terpaksa dedah. Maka perkara lain tidak perlu saya dedahkan kerana ia tidak ada apa-apa manfaat, jadi buat apa saya dedahkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dina mahu sihat

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar FAKHARUDDIN ABU HASSAN SHAARI (Pelatih Peretak)

JURULATIH kecergasan, Adam Rahmat membetulkan postur badan Dina.

MEMULAKAN karier sebagai seorang penyanyi melalui pertandingan realiti, Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd. Nadzir membuktikan bahawa fizikal dirinya tidak menghalang dia untuk terus menginjakkan diri di bidang seni.

Apatah lagi, dia bukan sahaja melibatkan dirinya dalam nyanyian, malah turut menjadi pelakon baik di peringkat drama dan teater, pengacara serta bertugas sebagai seorang DJ.

Dalam kesibukan melakukan semua tugasan hariannya itu, jelas Dina masih sempat lagi singgah ke gim Celebrity Fitness untuk kesihatan dirinya.

Namun, satu masa dahulu, Dina ada memberitahu yang dia selesa dengan bentuk tubuhnya sekarang tetapi mengapa dia mengambil masa untuk hadir ke gim.

Jelas Dina, apa yang dilakukannya sekarang bukanlah untuk menjadi seorang yang berbeza daripada segi penampilan seperti akan kurus atau sebagainya.

Saya pergi ke Celebrity Fitness sebenarnya adalah untuk membina kehidupan yang sihat dan memiliki tubuh yang sihat. Itu tujuan utama saya datang ke sini.

Malah, penglibatan saya dengan gim bukan kerana mengikut trend atau sebagainya, sebaliknya saya sudah hampir tujuh tahun datang ke gim," katanya kepada S3 baru-baru ini.

Tambah gadis kelahiran Terengganu itu, setiap kali dia ke gim, dia akan bersama dengan jurulatih kecergasannya, Adam Rahmat yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai teknik senaman betul.

Dia akan menentukan corak latihan yang akan saya lakukan.

Malah, ketika saya hendak makan, saya pasti akan tanya Adam makanan apa yang saya boleh makan ataupun tidak. Kadang-kadang siap hantar gambar makanan lagi," ujar Dina.

Malah, tambah Dina, corak pemakanannya kini juga berbeza dan lebih menyihatkan badan berbanding sebelum ini.

Biasanya pada waktu pagi saya akan minum minuman kesihatan Hollys.

Tengah hari kebiasaanya saya makan sup bebola ikan dan malam selalunya makan roti gandum penuh.

Berbeza dahulu saya tidak menetapkan sebarang jadual makanan dan waktu makan. Biasanya pagi saya makan bijirin dan sebab saya suka sangat makan nasi ayam, saya selalunya makan nasi itu waktu tengah hari dan malam," ujarnya.

Tambah Dina, terdapat banyak perbezaan yang dialaminya setelah bergiat aktif di gim Celebrity Fitness terutamanya melibatkan kadar stamina dirinya.

Sejak memulakan sesi program kecergasan dan kesihatan bersama Celebrity Fitness dan menikmati makanan tambahan Horleys pada hujung Oktober lalu, berat badannya berjaya dikurangkan lebih 15 kilogram.

Tidur saya kini juga lebih nyenyak dan bangun pagi dalam keadaan yang segar.

Stamina pun bertambah baik sebab dahulu kalau menyanyi lama, saya mudah semput, tetapi kini tidak lagi," katanya.

Menyelami kehidupan waktu kecilnya, dia sebenarnya mempunyai fizikal yang berisi.

Bukan saya seorang sahaja, adik beradik lain pun ada yang berisi juga," jelas Dina.

Tambahnya, pernah ketika di alam remaja dia telah melakukan tindakan yang hampir memudaratkan diri semata-mata hendak kurus.

Masa tu hendak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Dina ada mengambil suplemen yang apabila dimakan membuat badan jadi letih.

Benda itu menyebabkan saya sukar untuk tidur sehingga menganggu tumpuan belajar dan persiapan SPM," ujarnya.

Tambah Dina, dia turut membuat kajian tentang suplemen yang diambilnya ketika itu dan nyata ia memberi kesan buruk.

Masa itu saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 10 kilogram tetapi selepas itu meningkat semula sebanyak 20 kilogram," jelasnya.

Bakal terbit

album baharu

Memulakan tahun baharu 2013, Dina bukan sahaja ingin membentuk semula tubuhnya, tetapi juga kerjayanya dalam industri seni.

Apa yang mengujakannya, tahun ini juga menyaksikan Dina mengembangkan kerjayanya ke pementasan teater muzikal yang bertajuk Tirai Merah yang bakal dipentaskan tidak lama lagi.

Namun, untuk mengubati rindu peminatnya, Dina juga akan tampil dengan sebuah album tahun ini.

Album tersebut sekarang berada dalam fasa terakhir dan akan diterbitkan tahun ini. Ia turut menyelitkan single terbaharu saya, Wanita Besi.

Sebenarnya, lagu tersebut telah siap dirakamkan pada 2009 tetapi oleh kerana komitmen kerja yang lain, saya terpaksa menunda pelancaran album tersebut," katanya.

Song Hye-Kyo tidak berkira

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

AKTRES Song Hye-kyo, 32, yang sedang popular dengan drama That Winter, the Wind Blows menerusi watak Oh Young, adalah seorang insan yang tidak sombong.

Meskipun namanya menjadi pujaan ramai, namun dia tidak pernah bangga diri, sebaliknya amat menghargai orang sekeliling yang banyak membantu kejayaannya.

Sebagai tanda penghargaan kepada krew yang bekerja bersamanya dalam drama arahan Kim Kyu-tae itu, dia menulis kata-kata ucapan terima kasih khas untuk mereka yang bersamanya selama 50 hari di lokasi.

Masa untuk saya menghargai anda semua. Kosmetik ini tidak seberapa berbanding penat lelah anda semua. Terimalah pemberian ini sebagai tanda saya sayang anda semua," katanya yang menulis kata-kata tersebut di poster sebelum diberi pada krew.

Apabila poster yang siap dengan tanda tangannya disiarkan di Internet, ramai peminat yang memuji kebaikan aktres drama Full House yang popular pada tahun 2004 bersama penyanyi Rain itu.

Dia bukan sahaja cantik di wajah tetapi dalamannya juga cantik. Apa yang dilakukan oleh Song Hye-kyo pasti mengejutkan para krew. Malah tulisannya cantik seperti mana wajahnya," itulah antara komen yang diberi oleh para peminat.

Kebaikan bekas teman wanita aktor Hyun Bin itu bukan sahaja kepada orang sekitarnya tetapi juga kepada masyarakat.

Diam-diam dia turut menaja buku panduan untuk orang buta yang dilancarkan di sebuah dewan di Cheonan, daerah selatan Chungcheong.

Dia membiayai keseluruhan kos projek yang dianjur oleh Seeo Kyoung-duk, seorang profesor dari Universiti Wanita Sungshin.

Idea untuk menyertai projek itu tercetus November tahun lepas apabila dia mendapati kurangnya buku panduan untuk orang buta di daerah tersebut," jelas wakil agensinya.

Tambahan pula wataknya sebagai Oh Young yang buta dalam drama That Winter, the Wind Blows membuatkan Song Hye-kyo cepat menyelami isi hati golongan kurang upaya itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Alami pengalaman gaming sebenar

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

WALAUPUN sudah hampir dua tahun dilancarkan, namun permainan video mudah alih Playstation Vita (PSVita) terus menjadi idaman ramai 'kaki game' di seluruh negara.

Namun permainan itu masih boleh dikira baru dalam kalangan peminat permainan video tempatan. Ini kerana belum sampai setahun permainan itu berada di pasaran Malaysia.

Sony yang terkenal dalam membuat konsul permainan video sejak dahulu lagi bermula dengan Playstation, Playstation One, Playstation 2, Playstation 3 (PS3) dan Playstation Portable (PSP) sememangnya komited dalam menyediakan platform untuk permainan video.

Bagi mereka yang tidak mengetahui mengenai rangkaian Playstation terbaharu ini, Playstation Vito memberikan pelbagai ciri menarik dan pengalaman permainan video yang menyeronokkan.

Dengan menggunakan tagline 'konsul permainan video terbaik untuk orang dewasa', itu sudah cukup menggambarkan apa yang ditawarkan oleh alat permainan video tersebut.

Ada juga yang menggambarkan PSVita ini seakan konsul utama mereka iaitu PS3 tetapi dalam versi kecil dan mudah dibawa membuatkan ramai yang menantikan konsul menarik ini.

Jika dilihat ciri-ciri yang ditawarkan pada konsul bersaiz 5 inci ini, sememangnya ia sebuah gajet kecil yang mengagumkan untuk 'kaki game'.

Menggunakan paparan LED jelas dengan fungsi resolusi tinggi memberikan paparan yang terang dan seakan benar seperti bermain di televisyen.

Bukan itu sahaja, paparan itu turut dilengkapi dengan ciri sesentuh yang membolehkan pengguna menyentuh untuk membuat pilihan seperti kebanyakan telefon pintar masa kini.

Ditambah pula dengan fungsi 3G yang menghubungkan pemain dengan rakan di dalam talian untuk mode permainan secara online termasuk mengenali turutan carta sesebuah permainan video.

Kini, permainan video bukan setakat itu sahaja kerana konsul PSVita itu juga berupaya menyokong pelbagai aplikasi dari laman sosial, tayangan video dan sebagainya seperti sebuah komputer.

Paling mengagumkan adalah ia bukan sahaja menampilkan ciri pergerakan, bahkan juga dua buah kamera di bahagian hadapan dan belakang untuk fungsi persidangan video bersama rakan mahupun lawan dalam permainan video.

Jika ciri-ciri itu sudah cukup memberikan tahap keterujaan kamu meningkat, ia sebenarnya belum cukup kerana PSVita turut dilengkapi dengan GPS dan fungsi CrossPlay di antara konsul utamanya, Playstation 3.

Ini bermakna, kamu boleh berlawan dengan rakan kamu yang menggunakan PS3 dan pada masa yang sama, kamu boleh menggunakan konsul PSVita tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, pengalaman menggunakan Joystick biasa turut diterapkan pada PSVita ini dengan adanya dua buah Analog stick untuk permainan yang lebih lancar dan sempurna.

Jadi, bagi kaki permainan video yang inginkan konsul yang boleh dikatakan amat mengagumkan ini, bolehlah mengumpul duit kamu secukupnya dari sekarang.

Ini kerana harga bagi PSVita ini hampir dengan harga PS3 di pasaran Malaysia iaitu RM1,099 untuk pakej dengan permainan video. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Remaja 'gila' kereta

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

Sebahagian ahli-ahli kelab Kereta Satria Malaysia (MYSAT) berkumpul di Dataran Masjid Putrajaya, baru-baru ini.

MODIFIKASI kereta sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan remaja terutama bagi mereka yang suka melihat kereta yang digunakan seharian tampak cantik, selesa dan sporty.

Modifikasi kereta boleh dikatakan perkara yang wajib dilakukan apabila mereka mempunyai kereta tidak kira perubahan kecil mahupun yang ekstrem.

Jika dahulu ia sering dikaitkan dengan remaja lelaki tetapi, kini golongan wanita juga sudah mula mengorak langkah terlibat dalam hobi modifikasi kenderaan.

Jangan terkejut jika ada di antara kenderaan milik perempuan boleh memenangi pertandingan autoshow mengalahkan ramai peserta lelaki dalam sesuatu kategori.

Proses melakukan modifikasi ini bukan sahaja mencecah puluhan ribu ringgit bahkan, melebihi nilai asal kenderaan berkenaan.

Semuanya untuk kepuasan diri sendiri dan minat. Bagi yang menginginkan kelajuan mereka akan memilih modifikasi bahagian enjin manakala mereka yang ingin kereta kelihatan cantik akan memilih untuk modifikasi luaran dan dalaman.

Ruangan Fokus kali ini menampilkan peminat kenderaan yang telah berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata untuk hobi mereka ini.

Namun perlu diingatkan, setiap modifikasi perlu melalui proses penilaian pihak berkuasa agar modifikasi itu selamat untuk pengguna di jalan raya.

Mari kita tinjau gelagat remaja yang gemar modifikasi kenderaan dengan lebih dekat lagi. - AMIRUL/MOHD NAJIB MOHD NOR/ABDUL NAZIR MOHAMED

Rakyat Malaysia malas membaca?

Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT

Budaya membaca boleh disemarakkan menerusi penganjuran pesta buku berskala besar. - GAMBAR HIASAN

TERDAPAT pelbagai stigma di dalam pemikiran masyarakat kita hari ini yang hanya dikeruhkan dengan anggapan simplistik berdasarkan kajian-kajian yang tidak menyeluruh pada masa lalu seperti masyarakat Malaysia kurang membaca.

Statistik Perpustakaan Negara yang membuat kesimpulan bahawa budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia berada pada tahap membimbangkan sebenarnya tidak memberikan gambaran yang tepat tentang tabiat membaca di negara ini.

Kajian berkenaan dibuat secara umum termasuk membabitkan orang kurang upaya (OKU), bayi dan Orang Asli.

Penulis yakin bahawa satu lagi kajian yang menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buku setahun tidak benar memandangkan industri penerbitan buku terus mencatatkan keuntungan dan situasi itu membuktikan bahawa masyarakat negara ini banyak membaca.

Penulis merupakan pengunjung setia pesta jualan buku Big Bad Wolf sejak tahun 2010. Kunjungan terakhir penulis adalah di Pulau Pinang apabila pesta jualan buku itu diadakan di Penang Times Square pada 22 hingga 31 Mac yang lalu.

Mengamati kesan fenomena jualan buku terbesar di Malaysia ini, sebenarnya memberikan impak yang amat positif terhadap minat dan bahan bacaan masyarakat kita.

Penulis mengakui bahawa pernah mempercayai stigma masyarakat kita yang dikatakan kurang dan malas membaca tetapi sangkaan itu meleset sama sekali apabila melihat ribuan pengunjung memberikan respons positif terhadap mana-mana pesta buku Big Bad Wolf.

Penulis mencadangkan supaya pesta buku yang sebegini diperbanyakkan lagi melalui usaha penganjur-penganjur yang berlainan dan juga galakan menyeluruh daripada pihak kerajaan.

Cadangan penulis adalah supaya kerajaan atau badan-badan berkuasa yang terbabit mengenal pasti pesta buku yang berlainan dijalankan untuk sasaran golongan pembaca yang berlainan.

Ini kerana pembaca yang meminati novel-novel Melayu atau kesusasteraan tidak banyak atau hampir tiada pilihan untuk membeli buku-buku yang murah di pesta buku tersebut.

Apa yang ingin penulis sampaikan adalah budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya boleh disemarakkan lagi menerusi pesta buku berskala besar. Pesta itu pula mestilah diadakan secara kerap termasuk melibatkan lebih ramai penganjur.

Di Malaysia, kita belum melihat budaya membaca di tempat-tempat awam. Mungkin disebabkan sifat ketimuran yang pemalu, tidak bongkak dan tidak menunjuk-nunjuk kepandaian masih menebal dalam kalangan masyarakat kita.

Namun, penulis yakin dan percaya, semangat membaca dan cintakan ilmu itu sebenarnya menebal dalam kalangan kita semua.

NIK MOHAMED HUSSEIN NIK ALI

Shah Alam, Selangor

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Gagal capai kata sepakat

Posted: 05 Apr 2013 11:21 AM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

CHUA Tee Yong (kanan) menyampaikan sumbangan RM50,000 hasil kutipan daripada orang ramai kepada Jawatankuasa Pengelola SJKC Ai Chun Tenang Stesen, semalam.

LABIS 5 April - Gagal mencapai kata sepakat berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum menyerlahkan sikap mementingkan diri dan tidak menghormati antara satu sama lain dalam kalangan pembangkang.

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding di dua kerusi Parlimen di Kedah tetapi dinafikan Pengerusi DAP negeri itu baru-baru ini, menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

"Selain itu, kita juga tahu berlaku perebutan untuk meletakkan calon di beberapa kerusi oleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini.

"Jika memuktamadkan senarai calon pun gagal, bagaimana nanti untuk membuat keputusan lebih besar terutamanya melibatkan soal dasar jika berjaya melangkah ke Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Pertandingan Deklamasi Puisi Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Tenang Stesen di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan RM50,000 hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul Pusat Khidmat Parlimen Labis kepada Jawatankuasa Pengelola sekolah itu untuk membantu dari aspek pembangunan sekolah.

Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis berkata, alasan pembangkang gagal menunaikan janji di negeri dikuasai mereka kerana tidak cukup masa tidak boleh diterima disebabkan mereka mempunyai masa lima tahun melakukannya.

"Bukan kekangan masa yang menjadi masalah, sebaliknya pembangkang tidak pernah berhasrat untuk menunaikan apa yang dijanjikan kerana mereka membuat janji tanpa sebarang kajian tentang kemampuan untuk menunaikannya dan hanya bersifat meraih sokongan,'' katanya.

Nelayan terharu Felcra bantu baiki rumah

Posted: 05 Apr 2013 11:21 AM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique (dua dari kanan) bersama Zulkifli Sidek (tiga dari kiri) ketika melancarkan program Amal Jariah Bagi Baik Pulih Rumah oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad di Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 5 April - Seorang nelayan di Kampung Orang Asli Pasir Intan di sini terharu apabila kediamannya yang usang dibaiki semula dengan peruntukan RM5,000 menerusi program Amal Jariah Bagi Baik Pulih Rumah oleh Felcra Berhad (Felcra) baru-baru ini.

Menerusi program tersebut, bapa kepada 11 orang anak tersebut, Shamli Moh Gee Kokoh, 45, menerima bahan binaan seperti atap, kayu, simen dan batu-bata untuk membaik pulih rumah berkenaan.

Shamli bersyukur kerana nasib keluarganya mendapat perhatian daripada kerajaan, khususnya Felcra serta tidak lagi gusar setiap kali musim hujan.

Dia yang menetap di rumah tersebut sejak lebih 18 tahun lalu berkata, setiap kali hujan, keadaan dalam rumah akan dibasahi air kerana tidak mampu membaiki atap yang bocor.

"Bantuan itu meringankan beban dan saya berterima kasih kepada Felcra kerana memilih rumah ini untuk dibaik pulih dan juga kepada semua pihak yang banyak membantu kami selama ini," katanya.

Dia berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Baik Pulih Rumah Amal Jariah (CSR) Felcra yang dirasmikan Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Datuk Halimah Mohamed Sadique di sini.

Yang turut hadir Pengurus Besar Wilayah Felcra negeri, Zulkifli Sidek; Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki dan Tok Batin Kampung Orang Asli Pasir Intan, Hamdan Yusof.

Dalam pada itu, Halimah berkata, program amal jariah Felcra itu bagi membantu rakyat susah dengan membaiki kediaman bagi membolehkan mereka hidup dengan selesa.

"Usaha membantu rakyat bukan ikut musim, sebaliknya dilakukan secara berterusan dan diberikan mengikut keperluan peserta terlibat," katanya.

Sebanyak 64 buah rumah akan diperbaiki di bawah program tersebut, melibatkan tiga kampung Orang Asli iaitu 26 rumah di Kampung Sayong Pinang, 14 rumah (Kampung Pasir Intan) dan 20 rumah (Kampung Kempas Menang).

Terdahulu, Halimah turut menyampaikan sumbangan peribadi dengan membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM50 kepada 80 anak Orang Asli yang juga murid Sekolah Kebangsaan Sayong Pinang.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved