Rabu, 3 April 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sultan Ahmad Shah dukacita Tunku Ismail letak jawatan

Posted: 03 Apr 2013 08:44 PM PDT

KUANTAN 4 April - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa dukacita susulan peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) semalam.

Sambil mengharapkan Tunku Ismail mengubah keputusannya, Sultan Ahmad Shah bertitah sejak menerajui PBNJ, TMJ diterima baik peminat bola sepak Johor.

"...saya rasa mereka (peminat dan PBNJ) memerlukannya," titah baginda kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN, di sini semalam.

Pada masa yang sama, titah baginda, TMJ harus bersedia mematuhi undang-undang badan induk bola sepak tanah air itu jika ingin membabitkan diri dalam pengurusan sukan berkenaan.

"Dia tak boleh lari daripada undang-undang, bila kita sanggup berkhidmat demi apa juga jawatan, sebab kita (FAM) mempunyai undang-undang.

"Tiada siapa mengatasi undang-undang di Malaysia, macam saya cakap.. tidak ada satu makhluk yang tidak membuat kesilapan," titah baginda.

Semalam, Tunku Ismail dalam kenyataan medianya mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PBNJ berkuat kuasa serta-merta, selepas mendapat perkenan Sultan Johor dan jawatan itu kini disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Baginda membuat keputusan itu selepas berasakan kedudukannya selaku TMJ menyukarkan baginda menjalankan tugas sebagai presiden PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail bagaimanapun bertitah, selaku TMJ baginda layak menjadi penaung PBNJ. - BERNAMA

TMJ letak jawatan Presiden PBNJ

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selain hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

"Keputusan ini saya buat kerana merasakan jika saya memegang jawatan sebagai presiden dan pada masa sama sebagai TMJ, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.

"Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk mentadbir PBNJ sebagai penaung serta-merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai TMJ layak memegang jawatan penaung dalam PBNJ," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini , semalam.

Beliau berkata, dengan menjadi penaung, ia akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta kelebihan bagi Tunku Ismail untuk mentadbir urus PBNJ termasuk aspek kewangan, kebajikan kakitangan dan pemain serta mampu membuat keputusan lebih tepat.

Jawatan Presiden PBNJ kini akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil.

Tunku Ismail turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bola sepak Johor yang selama ini bersusah payah memberi sokongan tidak berbelah agi kepada pasukan negeri ini.

"Sokongan padu anda semua amatlah saya hargai dan harap ia berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan bola sepak negeri ini boleh terus gah berdiri di persada bola sepak tanah air.

"Sokongan anda diharap dapat diteruskan di masa akan datang.

"Saya berharap anda semua tidak akan risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda sebagai TMJ dan sentiasa memantau serta mengikuti segala perjalanan aktiviti bola sepak negeri ini di peringkat akar umbi hingga ke peringkat global," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 penjenayah bertopeng larikan mesin ATM

Posted: 03 Apr 2013 10:59 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 April - Sekumpulan penjenayah bertindak memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Heights, Puchong dekat sini sebelum melarikannya awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian yang berlaku pukul 3.30 pagi itu tidak disedari oleh pengawal keselamatan yang dipercayai tertidur.

"Kumpulan suspek yang dipercayai terdiri daripada tiga orang bertopeng itu bertindak menarik mesin ATM itu menggunakan tali dan mengangkatnya masuk ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bernombor pendaftaran palsu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Penganggur maut ditembak

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 April - Seorang penganggur maut akibat terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh beberapa individu tidak dikenali di Flat Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Mangsa, Benard Ooi Boh Beng, 39, yang ketika insiden itu berlaku kira-kira pukul 9.30 malam berada berhampiran rumahnya yang terletak di Blok 1 flat tersebut, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, siasatan mendapati mangsa ditembak beberapa individu yang menaiki sebuah kereta Proton Waja sejurus pulang dari minum di sebuah kedai kopi berdekatan.

"Rutin setiap malam mangsa yang merupakan penganggur adalah minum di kedai kopi itu dan ketika berjalan pulang, sebuah kereta menghampirinya dan melepaskan tembakan bertalu-talu.

"Pihak forensik telah menemukan 15 kelongsong peluru daripada dua jenis senjata api berlainan yang dilepaskan dua suspek. Polis juga percaya lebih daripada dua suspek di dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Menurut Abdul Razak, enam tembakan yang dilepaskan suspek mengenai dada, ketiak, lengan kiri dan perut mangsa.

Kata beliau, berdasarkan jumlah tembakan yang banyak dilepaskan oleh kumpulan suspek itu, polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian tersebut adalah membalas dendam.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Malaysia ditahan kerana dadah di Thailand

Posted: 03 Apr 2013 09:06 AM PDT

BANGKOK 4 April - Dua rakyat Malaysia dan tiga rakyat Thailand ditahan bersama tiga kilogram ketamin dan 400 biji pil ekstasi dianggarkan bernilai lebih 20 juta baht (RM2 juta).

Akhbar Bangkok Post melaporkan, Ketua Biro Polis Metroplitan, Leftenan Jeneral Kamronwit Thoopkrachang berkata, penahanan tersebut adalah hasil serbuan ke atas kilang penghasilan dadah di daerah Phasi Charoen di sini, baru-baru ini.

"Hasil daripada maklumat yang diterima, polis menahan tiga lelaki Thai iaitu Sompop Kanphet, 29, Anont Panchalong, 25, dan Suthikiat Sukrungruang, 28, di hadapan sebuah hotel di Jalan Ratchadapisek, Din Daeng.

"Polis kemudian menyerbu sebuah bilik di tingkat 12 hotel itu dan menangkap dua rakyat Malaysia iaitu See Bon Sui, 49, dan Wian Al Sai, 42.

"Polis juga merampas tiga kilogram ketamin dan 400 pil ekstasi milik mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam.

Wakil Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik, Chawat Chuthesa berkata, dadah itu dibawa dari Malaysia oleh dua lelaki warga Malaysia tersebut. - Agensi

Salah faham bendera, 17 ditahan

Posted: 03 Apr 2013 09:05 AM PDT

AMBON, Indonesia 4 April - Polis di timur Indonesia menahan 17 penyokong pasukan bola sepak Perancis warga tempatan kerana menyangka mereka mengibarkan bendera gerakan pemisah yang diharamkan.

Jurucakap polis, Istanto berkata, kesemua lelaki tersebut yang merupakan pelombong emas haram di Pulau Buru di Kepulauan Maluku sebenarnya mengibarkan bendera Perancis berikutan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara negara itu dan Sepanyol ketika ditahan pada minggu lalu.

"Polis keliru dengan warna bendera Perancis yang seakan-akan serupa dengan bendera Republik Maluku Selatan (RMS) yang melancarkan gerakan pemisah.

"Kesemua lelaki itu ditahan semalaman di lokap sehingga polis mengesahkan bendera itu merupakan bendera Perancis," katanya semalam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


3,974 terima BR1M 2.0 fasa akhir di Kuantan

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

KUANTAN 3 April - Sebanyak 3,974 penduduk di sekitar daerah ini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 fasa terakhir melibatkan tiga kawasan Parlimen yang diadakan di Stadium Tertutup Sukpa di sini semalam.

Penyampaian tersebut melibatkan Parlimen Kuantan, Parlimen Paya Besar dan Parlimen Indera Mahkota dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dengan melibatkan bantuan sebanyak RM500 dan RM250.

Majlis itu juga turut dihadiri Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail; Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Zaili Besar; ADUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah dan ADUN Inderapura, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Proses pemberian bantuan tersebut mengambil masa kira-kira dua jam apabila kalangan ahli parlimen dan ADUN menyampaikan sendiri kepada mereka dan kemudian menuntut baucar tersebut di kaunter disediakan di situ.

Terdahulu Adnan dalam ucapannya berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji yang dibuat sebelum ini dan rakyat boleh menilai kelebihan diterima oleh mereka.

Tambahnya, pelbagai transformasi diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan sedia ada mampu membawa perubahan hidup kepada masyarakat dan negara.

"Tukar kerajaan ini tidak boleh dianggap macam tukar isteri..Jadi, tuan-tuan puan-puan perlu bijak dan menilai usaha kerajaan yang berjaya mengubah kehidupan rakyat selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Pemberian BR1M 2.0 merupakan salah satu usaha transformasi kerajaan bagi rakyat berpendapatan sederhana rendah dan rendah. Perdana Menteri baru-baru ini telah memutuskan bahawa bantuan tersebut diberikan setiap tahun," katanya.

RTC Kuala Medang hab pertama Program Desa Lestari negeri

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra dengan seorang pelajar yang melayari Internet selepas merasmikan mini RTC di Felcra Kampung Kuala Medang. Jelai dekat Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 3 April - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Mini Kampung Kuala Medang, Jelai, dekat sini dinaik taraf sebagai hab pertama untuk Program Desa Lestari (PDL) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM5 juta bagi meningkatkan nilai tambah kemudahan berkenaan.

Beliau berkata, penduduk Hulu Jelai termasuk Orang Asli yang tinggal berdekatan dengan RTC mini itu juga dapat memanfaatkan kemudahan dan latihan yang disediakan malah mereka berpeluang menambah pendapatan masing-masing.

"Penubuhan RTC mini dan pelaksanaan PDL bertujuan menyelesaikan segala kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar dalam bidang ICT dan pembangunan sektor pertanian, pelancongan dan modal insan setempat.

"Peranan RTC juga memastikan kualiti hidup penduduk luar bandar dan Orang Asli dipermudahkan selaras dengan aspirasi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020," katanya selepas melancarkan PDL di Kuala Medang, Jelai dekat sini kelmarin.

Menurut beliau, komitmen kerajaan negeri menerusi usaha itu bagi memastikan komuniti luar bandar mendapat perkhidmatan yang efisien, cepat, selesa dan mudah di dalam satu premis.

Sehubungan itu, katanya, pelbagai kegiatan dirancang untuk membolehkan masyarakat setempat mendapat manfaat melalui pusat itu, iaitu mengakses maklumat, latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan meningkatkan kemahiran bidang masakan, kraf tangan dan pembangunan modal insan lain.

"Menerusi premis mini RTC di sini, kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dapat ditingkatkan melalui kerjasama strategik di antara kementerian, jabatan, swasta mahupun pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat," ujarnya.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, berkata, sebanyak lima RTC mini telah dibina di kawasan pentadbiran Felcra Pahang Berhad, iaitu di Kampung Kuala Medang, Kampung Sungai Temau, Felcra Seri Makmur, Felcra Salong dan Kampung Melayu Jerkoh.

"Langkah ini amat relevan sekali gus menaik taraf pusat infodesa kepada RTC mini, antara kerangka kerajaan negeri mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif dan maju," katanya.

Katanya, RTC mini juga bertindak sebagai penghubung masyarakat luar bandar dengan kegiatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi untuk mewujudkan impak ekonomi dalam kalangan penduduk setempat.

Belia diseru jadikan sektor pertanian kerjaya

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

KUANTAN 3 April - Belia lepasan sekolah digalakkan menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bagi membolehkan mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian sekali gus menjadikan bidang ini sebagai kerjaya yang mampu menjamin masa depan.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid berkata, penyertaan generasi muda turut memberi peluang kepada PPK menyediakan pemimpin pelapis sekali gus menangkis tanggapan bahawa sektor pertanian hanya sesuai untuk golongan berusia.

"Sehubungan itu, PASFA telah menyediakan sejumlah RM210,000 dari Tabung Kumpulan Wang PASFA untuk diserahkan kepada 21 buah PPK bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi menarik minat golongan belia menyertai PPK termasuk aktiviti sukan dan kerohanian," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan peruntukan RM10,000 kepada 21 PPK untuk melakukan pelbagai aktiviti di pejabat PASFA di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengurus PPK Kuantan, Abdul Razak Kassim berkata, sumbangan RM10,000 itu akan digunakan untuk faedah 3,502 ahli bagi menjaga kebajikan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Teruskan tradisi, demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan ketika di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

SAYA ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa pada pagi ini telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013.

Sehubungan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini

Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Perdana Menteri negara Malaysia yang tercinta.

Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan' serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional.

Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta Dasar Transformasi Nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.

Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir.

Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat.

Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.

Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.

Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita.

Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di Malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.

Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia.

Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara.

Marilah kita sama-sama, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibuat oleh rakyat.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, dan selamat.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya.

Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.

Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.

Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.

Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya.

Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan Nasional (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan BN untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas.

Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan BN akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami BN perlu diberi peluang kembali membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh.

Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya-Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua.

Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi.

Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti.

Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua.

Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.

Gelanggang PRU-13 kini dibuka

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh Noraini Razak

BERSAMA barisan Jemaah Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13. Saat yang ditunggu-tunggu itu berlangsung dalam suasana rasmi.

Di belakang Perdana Menteri, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan tenang mendengar satu persatu ucapan yang dilontarkan Najib. Begitu juga dengan menteri-menteri Kabinet yang lain. Mereka nampak kemas dan yakin dengan sut hitam serta bertali leher merah. Yang wanita tampil menawan dengan pakaian serba merah.

Sememangnya tarikh 3 April amat bermakna bagi Najib. Empat tahun lalu pada tarikh ini beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6. Genap empat tahun menjalankan tugas sebagai peneraju negara, beliau mengumumkan pula pembubaran Parlimen bagi mengisi penantian rakyat pihak sejak setahun lalu.

Berbeza di dalam bilik tempat Najib membuat pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, wartawan dan jurugambar yang menunggu di luar bangunan Perdana Putra terpaksa mencari tempat berlindung disebabkan hujan lebat. Mereka menunggu sejak awal pagi.

Tidak seperti kebiasaan, pengumuman pembubaran kali ini dibuat tanpa memanggil sidang media. Najib pasti ada alasan tersendiri mengapa memilih siaran langsung. Tentunya tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan menyebarkan berita-berita palsu - mengambil iktibar hebahan pembubaran palsu tidak lama dulu. Lagi pun rakyat boleh mendengar dan melihat sendiri apa butir-butir pengumuman Najib.

Apa pun senario keterujaan baik di Putrajaya mahu pun di mana-mana saja, pengumuman pembubaran Parlimen ke-12 menamatkan segala teka-teki. Spekulasi serta khabar angin tentang pembubaran Parlimen yang begitu meluas mutakhir ini, tertutup sudah.

Kini yang dinanti dan dikejar adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Badan pengendali pilihan raya di Malaysia itu akan menyusun tarikh penamaan calon, kempen dan seterusnya membuang undi. Sebanyak 19 perkara baru diperkenalkan SPR untuk memastikan PRU-13 menjadi gelanggang pertandingan yang terbaik.

Secara tradisinya, apabila Parlimen dibubarkan, maka Dewan Undangan Negeri (DUN) pantas menyahut. Menteri Besar atau Ketua Menteri (kecuali Sarawak) akan menghadap Sultan, Yang Dipertuan atau Yang Dipertua untuk mendapat perkenan supaya DUN dibubarkan pada hari yang sama. Proses itu bagi membolehkan pilihan raya dijalankan serentak.

Sepanjang 12 kali pilihan raya diadakan tidak timbul masalah bagi kerajaan negeri untuk memperoleh perkenan daripada penaung masing-masing. Bagaimanapun pernah berlaku cubaan untuk memohon DUN yang baru dibentuk selepas pilihan raya dibubarkan iaitu di Terengganu, Kelantan dan Sabah. Kesemua permohonan itu ditolak kerana penaung kerajaan negeri berpendapat ia tidak perlu selain kerana kerajaan yang dipilih sememangnya mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

Oleh kerana PRU-13 bakal diadakan dalam keadaan parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga dan empat negeri jatuh ke tangan pembangkang, soal pembubaran DUN dan Parlimen secara serentak sememangnya hangat diperkatakan.

Selangor misalnya pernah berura-ura mahu mengadakan pilihan raya berasingan. Bagaimanapun umpama memukul tin kosong, bunyi kuat hasilnya tiada, akhirnya negeri itu akur untuk membubarkan DUN mereka hari ini dan berjanji untuk mengadakan pilihan raya serentak. Hal yang demikian membuka laluan untuk PRU-13 dilangsungkan di peringkat permulaan dalam suasana yang harmoni dan sepakat.

Jangan pula ada cubaan di pihak kerajaan negeri pembangkang mahu menggadai janji apabila tidak membuat permintaan kepada penaung masing-masing supaya DUN dibubarkan. Jika Menteri Besar Kedah berjanji akan menghadap Sultan hari ini, begitu juga Ketua Menteri Pulau Piang yang mahu berjumpa Yang Dipertua Negeri itu juga hari ini diikuti Selangor dan Kelantan, maka tunaikanlah janji-janji tersebut.

Selesai debaran menunggu Parlimen dibubarkan, tumpuan kini bila pula hari pembuangan undi. Bagi 2.3 juta atau 21.69 peratus pengundi baharu, tentunya PRU-13 menjadi medan pertama untuk mereka melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara. Manakala selebihnya iaitu kira-kira 11 juta pengundi sedia ada meneruskan agenda lima tahun sekali bagi melengkapkan PRU-13 yang disifatkan banyak pihak sebagai ibu kepada semua pilihan raya.

Sebanyak 576 kerusi DUN dan 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan tentunya menuntut pilihan yang bijak dalam kalangan pengundi terutamanya bagi memastikan pembangunan dan keharmonian yang dinikmati sekarang tidak tinggal kenangan.

Bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU-13, timbalah pengajaran, belajar dari pengalaman. Negara kita berhadapan dengan cabaran yang amat getir apabila parti pemerintah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Demonstrasi, keganasan dan tunjuk perasaan hakikatnya bukan satu eksperimen sebaliknya persediaan ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang lebih kuat.

Kepada wakil rakyat yang sudah terlalu lama dan berasakan khidmat mereka tidak lagi relevan, maka inilah masanya untuk sedar diri. Lihat semula kad laporan anda. Adakah anda wakil rakyat yang berkhidmat atau sekadar yang berhormat.

Kepada semua parti, berhemahlah. Patuhi undang-undang serta peraturan pilihan raya. Jangan buat-buat lupa bahawa kebanyakan daripada 19 peraturan baharu yang diperkenalkan SPR untuk PRU-13 ini dipersetujui semua parti. Sehubungan itu, jangan hanya memuji SPR jika menang. Manakala tewas, SPR dikambinghitamkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Perubahan formasi

Posted: 03 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

ANGGOTA berubah, namun identiti ST12 tetap dipertahankan.

FORMASI boleh berubah namun identiti setiap kumpulan muzik harus tetap dipertahankan. Itulah yang diungkapkan oleh pemain drum, Pepep atau nama sebenarnya Ilham Febri mengenai ST12 yang pernah melalui sejarah hitam kira-kira empat tahun lalu.

Memang tidak disangka, ST12 dibubarkan pada tahun 2011 setelah vokalis, Charly serta Pepeng (gitaris) mengambil keputusan mengundur diri dan meninggalkan kumpulan tersebut.

Terlalu banyak kisah manis bagi nama sebenar bekas vokalis ST12, Charly Van Houten bersama dengan Pepep, Dedy Sudrajat (Pepeng) serta Iman Rush bermula pertemuan pada tahun 2004.

Boleh dikatakan Charly merupakan roh kepada ST12. Lebih indah lagi, kebanyakkan lagu ST12 pada masa itu dicipta oleh Charly.

Kehilangan Charly memang mengguris hati ramai peminat kerana populariti ST12 meningkat disebabkan lagu Puspa, Cari Pacar Lagi dan Saat Terakhir yang dimainkan hampir setiap hari di corong-corong radio mahupun televisyen.

Menyingkap kembali perpisahan ST12, Pepep, 26, yang merupakan ahli ST12 yang kekal berkata, perpisahan Charly dengan ST12 adalah secara baik dan begitu juga Pepeng.

Teman-teman dalam ST12 saya rasa sudah cukup dewasa untuk memahami kemahuan Charly. Kami pada masa itu memang menyerahkan segalanya kepada Charly dan pernah berbincang, tetapi dia tetap keputusan sendiri.

Mungkin pengundurannya dilakukan kerana ingin mengembangkan karier secara sendiri tanpa ada sebarang aturan dan ikatan kontrak," katanya sambil memberitahu masih ada komunikasi antara mereka.

Sehingga kini, mereka tidak pernah memutuskan hubungan baik yang telah dibina menerusi kumpulan ST12 yang sudah lama bertapak dalam dunia hiburan.

Perpisahan secara rasmi yang cukup mengharukan itu berlaku ketika ST12 tampil buat kali terakhir di Kompleks Taman Mini, Indonesia Indah pada malam tahun baharu 2012.

Setelah berpisah, Pepep berkata, perjalanannya untuk membentuk kembali kumpulan itu memang sukar kerana tunjang utama sesebuah kumpulan adalah vokalisnya.

Sesuatu kumpulan muzik biasanya sentiasa dikenali menerusi vokalisnya. Maka apabila vokalis tekad keluar, ahli-ahli lain pincang, akhirnya berpecah dan membawa haluan sendiri," katanya sedih.

Setelah ditinggalkan Charly, ST12 terumbang-ambing dengan hanya mengekalkan pemain drumnya sahaja.

Pepep yang ketika itu bersendirian juga hampir menemui jalan buntu untuk terus mengekalkan ST12. Namun benar sekali kata hikmah, usaha itu tangga kejayaan.

Kini, ST12 kembali di arena muzik dengan menampilkan vokalis baharu bernama Ridho Tuah.

Dengan terpilihnya Ridho, Pepep berkata, itu merupakan permulaan baru bagi ST12 dan bukti bahawa perjalanannya belum berakhir.

Terbentuknya ST12 yang baharu dengan Pepep sebagai pemain drum dan Ridho penyanyi sudah cukup untuk mengembalikan zaman kegemilangan ST12 menerusi lagu Putih-putih Melati yang menjadi siulan ramai peminat.

Single pertama itu sudah mulai mendapat maklum balas positif peminat di laman YouTube.

Namun, usaha Pepep membentuk kumpulan tidak terhenti setakat itu. Dia terus berusaha mencari ahli kumpulan dan menemui dua orang ahli baharu yang bertindak sebagai pemain gitar iaitu Indra atau nama sebenarnya Muhammad Indra Gunawan, 20, dan Koko (Indra Irwan Syah Amac), 28.

Pepep memberitahu, pertemuannya dengan Koko memang tidak sia-sia hasil diperkenalkan oleh kawan-kawan.

Koko memang seorang pemain gitar yang hebat dan suka kepada muzik. Selain itu, dia juga sering bermain muzik di kafe-kafe untuk menghiburkan para pengunjung," jelas Pepep dengan hati gembira.

Menariknya, Indra pula sebenarnya sudah lama bersama dengan ST12 dan sering berada di studio untuk memberi idea dalam muzik sejak lagu album P.U.S.P.A lagi, cuma ketika itu dia tidak boleh digandingkan memandangkan Indra pada masa itu mempunyai kumpulan rock sendiri, Utopia.

Menjaga ahli baharu tidak begitu payah, akui Pepep. Pengalaman yang ada digunakan sepenuhnya untuk membantu yang muda kerana itulah hakikat yang berlaku di Indonesia.

Katanya, jika mempunyai kesempatan, yang dikira profesional akan menurunkan segala ilmu yang bermanfaat dalam diri kepada generasi seterusnya.

Konsep muzik

Kalau mendengar lagu-lagu ST12, pasti ada yang menyedari keunikannya tersendiri. Diakui kumpulan itui memang mempertaruhkan muzik Melayu.

Konsep itu tidak akan berubah. Kalau ada pun, mungkin perubahan dalam warna muziknya, akui Pepep.

Genre muzik itu sendiri yang membuatkan kumpulan itu terus gah walaupun pernah hilang dari persada muzik Indonesia satu ketika dahulu.

Menekankan konsep tersebut, Pepep berkata, mereka tidak akan mengubah walau apa sekali pun yang berlaku kerana dia sangat berbangga dengan budaya Melayu.

Buat apa kita hendak mengangkat budaya orang lain. Budaya kita sendiri ada identitinya. Kita juga mempunyai keaslian dan perlu dikembangkan.

Janganlah kita terpengaruh dengan muzik dari budaya lain sehingga kita lalai dan lupa akan bangsa sendiri," katanya.

Kata Pepep, semua lagu yang ada pada album mereka dibuat sendiri dan mereka akui terdapat kesukaran untuk membuat lagu, tetapi prinsip jangan mengeluh sentiasa ditanam dalam diri.

Kami buat muzik secara jujur dan cuba buat lagu yang disukai oleh ramai orang agar diterima dalam industri muzik.

Malah dalam album terbaru ini, walaupun terdapat perubahan untuk memberi kepelbagaian kepada peminat, namun platformnya masih sama iaitu muzik Melayu," katanya.

Mengambil masa yang agak lama untuk mencari vokalis baharu dan menelan waktu hampir setahun untuk proses rakaman dan adunan, Pepep dan ST12 akhirnya berjaya melancarkan album baharu mereka berjudul Lentera Hati Januari tahun ini.

Bercerita tentang album itu, Pepep menjelaskan bahawa itu adalah satu album istimewa kerana menyimpulkan setiap duka lara, penat jerih kariernya bersama ST12 selain luahan seribu rasa bahagia bersama ahli baharu ST12.

Seperti album keempat Pangeran Cinta, album kelima itu turut menggabungkan muzik Melayu dengan irama moden masa kini.

Yang pasti, ST12 berusaha memberikan yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka.

Album Lentera Hati sudah mulai dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Rumpun Records dan Universal Music.

Album itu juga boleh dimuat turun secara digital dari iTunes dan syarikat telekomunikasi tempatan.

Mengenai harapan ST12 yang baharu, Pepep berkata, dia akan membawa kembali nama ST12 sedikit demi sedikit dan belajar daripada kesilapan lalu.

Mudah-mudahan, para peminat boleh menerima kembali kehadiran kami.

Untuk showcase ini, jika sambutan baik, mungkin kami akan adakan showcase atau konsert di Malaysia pada masa akan datang," katanya.

Pencuri Breaking Bad ditangkap

Posted: 03 Apr 2013 02:00 AM PDT

MUSIM terakhir Breaking Bad kini dalam bahaya.

PENERBIT eksekutif drama bersiri Breaking Bad, Vince Gilligan pasti marah dan kecewa kerana rahsia musim terakhir drama terbitannya itu dalam bahaya. Ini berikutan salah satu daripada skrip drama tersebut dicuri daripada pelakonnya, Bryan Cranston.

Kejadian itu berlaku ketika cermin tingkap penumpang hadapan kereta Cranston, 57, dipecah dan beg sandang miliknya telah dicuri.

Menurut laporan yang dibuat Cranston kepada biro aduan kejadian jenayah, Bernalillo County, beg sandang tersebut mengandungi sebuah iPad termasuk salinan skrip Breaking Bad.

Namun demikian, seorang suspek kepada pemilik skrip yang memegang watak Walter White dalam drama tersebut telah ditangkap.

Suspek berkenaan, Xavier McAfee kini telah disiasat dan skrip itu masih belum ditemui.

Drama bersiri itu sekarang sudah bersedia untuk musim terakhirnya tetapi kejadian malang itu membuatkan drama tersebut kini tergugat.

Watak yang dipegang oleh Cranston adalah seorang guru kimia di sebuah sekolah tinggi dan setelah mendapat tahu bahawa dia mengidap kanser paru-paru kronik serta jangka hayatnya tidak lama. dia mengalami tekanan memikirkan keluarga jika meninggal dunia kerana tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarga.

Namun suatu hari dia ternampak salah seorang bekas pelajarnya menjual dadah kepada penagih dadah.

Dari situ dia mendapat ilham menjual dadah sebagai pendapatan sampingan dan menjadi seorang ketua dadah jenis methamphetamine yang dijual secara besar-besaran dengan pemberian wang yang banyak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Hidup musnah kerana suami

Posted: 03 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

KEPUTUSAN Nur Isma (bukan nama sebenar) memeluk Islam sejak lima tahun lalu ketika menetap di negeri Bawah Bayu, tidak pernah dikesali, malah jalan yang dipilih tersebut merupakan satu rahmat bagi dirinya.

Malah, perkahwinannya selepas beberapa bulan memeluk Islam dengan jejaka pilihan hati membuatkan hidup terasa lebih indah dan tenang.

Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana apabila memasuki usia setahun, perkahwinan yang dibina menghadapi badai menyebabkan rumah tangga mereka bergolak.

Tambahnya, walaupun dia merupakan saudara baru yang sedang mengenali Islam, tetapi tanggungjawab Amran (bukan nama sebenar) untuk membimbing mengenali Islam lebih mendalam tidak pernah dijalankan.

Dia tidak pernah mengajar saya untuk solat, apatah lagi berkaitan dengan hukum halal dan haram dalam Islam.

Ketika itu, saya rasakan Islam saya hanya sekadar atas nama sahaja," kata Nur Isma.

Bercerita lanjut kisah duka hidupnya sebagai isteri seorang penagih dadah dan peminum arak, sepanjang perkenalannya dengan Amran selama dua tahun dia tidak pernah mengesyaki lelaki itu adalah seorang penagih dadah.

Mengenalinya sebelum kami berdua disatukan, saya sangat menyenangi sikap Amran yang bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi.

Namun, itu semua lakonan semata-mata kerana selepas setahun berkahwin Amran bukanlah seperti lelaki yang saya kenali dahulu.

Dalam diam dan tanpa pengetahuan saya, Amran rupanya adalah seorang penagih dadah dan sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk kerana mengambil minuman keras .

Jika kesempitan wang untuk membeli bekalan dadah, saya menjadi mangsanya. Segala duit yang ada pada saya akan dirampas. Jika saya tidak dapat memberinya wang, saya akan dipukul dan ditampar tanpa belas kasihan.

Dalam pada itu, ketagihan pada minuman keras juga semakin menjadi-jadi menyebabkan semua wangnya habis dibelanjakan untuk memenuhi kehendaknya itu," katanya.

Ujar Nur Isma lagi, Amran hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami memberikan nafkah pada awal perkahwinan sahaja.

Lelaki yang diharap dapat menjadi pelindung dan teman ketika meniti usia tua itu rupanya telah memusnahkan hidup dan masa depannya.

Saya tidak meminta lebih daripadanya kerana saya tahu gaji seorang buruh kontrak tidak selumayan mana. Namun, lama-kelamaan Amran semakin lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Nasib baik saya juga bekerja sebagai juru jual di sebuah pasar raya yang terletak berhampiran rumah. Gaji saya habis digunakan untuk membeli barangan keperluan rumah dan membayar bil-bil yang berkaitan," katanya.

Selepas setahun lebih berkahwin, akhirnya mereka dikhabarkan dengan berita gembira apabila Nur Isma disahkan mengandung setelah sekian lama menunggu.

Saya harapkan berita gembira kami bakal mendapat zuriat akan memberi perubahan pada Amran tetapi sebaliknya pula yang berlaku kerana ketagihan pada dadah dan arak semakin menjadi-jadi.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila usia kandungan mencecah lima bulan, saya telah dipukul dan diterajang oleh Amran kerana berlaku salah faham yang kecil. Mujur kandungan selamat, hanya bahagian badan sahaja yang lebam-lebam," katanya.

Tambahnya, dalam tempoh tersebut dia terpaksa bersabar kerana mengenangkan anak dalam kandungan dan sayang pada suami yang tidak pernah berkurang.

Selepas melahirkan anak sulung, ternyata Amran masih dengan sikap lamanya, malah langsung tidak menghiraukan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Kerana tidak tahan dengan keadaan tersebut dan seringkali dipaksa untuk memberikannya wang bagi membeli dadah, saya mengambil keputusan membawa diri ke Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan hidup baru di sana.

Sementara itu anak perempuan kami, saya tinggalkan buat sementara waktu di bawah jagaan ibu mentua di kampung," katanya.

Tambahnya, di Kuala Lumpur, Nur Isma bernasib baik kerana diterima bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel.

Namun, pemergian saya ke Kuala Lumpur secara senyap diketahui suami dan dia berjaya menjejaki saya.

Kedatangannya ke sini menyebabkan hidup saya kembali terganggu kerana kerana bukan sahaja terpaksa membenarkan Amran berteduh di bilik yang disewa, malah dia tetap tidak berubah meminta wang daripada saya.

Kerana tidak tahan dengan sikapnya dan tidak sanggup lagi menanggung beban, akhirnya saya mengambil keputusan memfailkan perceraiaan di pejabat agama.

Buat masa ini saya masih menunggu keputusan dari mahkamah. Saya sangat berharap kehidupan saya kembali bermakna selepas perceraian ini," katanya mengakhiri bicara.

Malaysia hub kasut

Posted: 03 Apr 2013 02:00 AM PDT

Dr. Ng Yen Yen bersama Jimmy Choo yang merupakan antara pereka kasut kelahiran Malaysia yang mencipta nama di pentas antarabangsa.

Selari dengan usaha menjadikan negara sebagai hub pengeluar kasut Asia, Festival Kasut Antarabangsa Malays ia yang berlangsung dari 28 hingga 31 Mac lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dilihat memenuhi cita rasa bagi peminat-peminat kasut di Malaysia dan Asia.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, industri fesyen kasut di Malaysia telah berjaya dikembangkan dengan adanya sokongan pelbagai pihak.

Dengan sokongan dan kerjasama penganjur iaitu Persatuan Pengilang Kasut Malaysia (MFMA), pihak industri dan para pelancong, kita telah berjaya mengembangkan industri fesyen kasut dengan baik.

Diharap mereka akan terus bersama berusaha menjadikan Malaysia sebagai pengeluar kasut utama Asia seterusnya melangkah maju ke pentas dunia.

Buktinya nilai eksport kasut kini telah melonjak kepada lebih RM621 juta terutama ke pasaran-pasaran seperti Brazil, United Kingdom, Mexico dan negara-negara ASEAN," katanya.

Katanya, festival yang dianjurkan oleh Kementerian pelancongan dan MFMA bersempena dengan jualan GP Malaysia menerima kunjungan 65,000 peminat kasut tempatan dan antarabangsa.

Pameran kali keempat itu menampilkan pelbagai koleksi kasut yang menarik dan bergaya dengan lebih 150 koleksi dari jenama tempatan dan antarabangsa antaranya Jimmy Choo. Alfio Raldo, Zang Toi, Timberland, Ecco Larrie dan banyak lagi.

Menurut Yen Yen, buat pertama kali juga, Hyundai-Sime Darby Motor Sdn. Bhd. mengambil bahagian dengan menaja sebuah kereta Hyundai i10 untuk pemenang pertandingan Shop & Win.

Selain itu, sebuah arca berbentuk kasut setinggi tiga meter yang di bina menggunakan 40,000 utas tali kasut telah berjaya diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai arca terbesar yang dibina menggunakan tali kasut.

Arca ini dibina oleh 17 orang pelajar jurusan Seni Reka Bentuk dari the One Academy, Bandar Sunway ,Petaling Jaya yang mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.

Reka bentuk arca kasut ini bertemakan budaya dan ciri-ciri pelancongan di Malaysia, manakala bahagian atas pula melambangkan kemunculan industri pembuatan kasut di Malaysia," katanya.

Ujar Yen Yen lagi, bagi memeriahkan festival itu 10 pereka fesyen kasut tempatan yang terkenal serta 11 pereka fesyen kasut antarabangsa dari Hong Kong, Indonesia dan Thailand telah membuat penampilan khas.

Antara pereka kasut tempatan termasuklah Melinda Looi, Zang Toi, Bernard Chandran, Bill Keith, Micheal Ong, Izal Ismail, Nelissa Hilman, Khoon Hooi, Key Ng dan Carven Ong.

Bagi pereka kasut antarabangsa pula ialah Chuk Ling, Oneruk Siitiwong, Yonghki Komoladi, Denny Wirawan, Susan Budiraharjo, Rudi Candra, Jeanny Ang, Aree Jitniyom, Kancharai Srikalyanavat, Pantila Promfang dan Chaowanee Anantakrittayathorn," katanya.

Acara lain yang menarik sepanjang empat hari festival itu adalah pameran daripada Jimmy Choo iaitu Mahkota-Capsule Couture Collection.

Koleksi itu juga merupakan penghormatan kepada fabrik bercorak etnik seperti pua kumbu, pua sungkit, dastar tohlian, kelingkan, telepok, tekat dan songket.

Sebuah galeri berbentuk mahkota juga telah direka khas bagi melengkapkan konsep koleksi tersebut.

Selain itu, diadakan juga pertunjukan fesyen kasut, sudut kesihatan kaki, sudut pereka muda, pertandingan mereka bentuk kasut dan pertandingan mewarna kasut bagi kanak-kanak. - SITI AISHAH YUSOFF

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk tarik nafas lega

Posted: 02 Apr 2013 11:57 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 April - Kira-kira 200 keluarga di Kampung Loke Yew, di sini boleh menarik nafas lega selepas kerja-kerja menurap jalan di kawasan itu telah dimulakan sejak pertengahan Mac lalu dan dijangka selesai Mei ini.

Penduduk mendakwa keadaan jalan yang rosak dan tidak diturap sejak 40 tahun itu amat menyukarkan mereka melakukan aktiviti harian.

Seorang penduduk, Ng Yee Kiew, 64 ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana atas usaha Pasukan Petugas 1Malaysia, MCA Wilayah Persekutuan, impian mereka untuk menikmati jalan yang lebih baik dan sempurna kini tercapai.

Katanya, keadaan jalan di situ yang rosak dan berlubang bukan sahaja menyebabkan kerosakan kenderaan tetapi turut mengancam keselamatan pengguna.

"Biarpun kami telah minta bantuan daripada pelbagai pihak untuk melakukan kerja-kerja menurap namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya ditemui ketika Timbalan Ketua Pasukan Petugas 1Malaysia, MCA Wilayah Persekutuan, Frankie Gan Joon Zin mengadakan lawatan ke lokasi di sini, hari ini.

Jirannya, Choong Chee Lan, 63 berkata, sebelum kerja-kerja penurapan dilaksanakan penduduk terpaksa menanggung derita.

Menurutnya, dia terpaksa meletak batu di dalam lubang jalan bagi mengelakkan kenderaan daripada melanggar lubang tersebut.

"Jalan yang diturap ini diharap lebih memudahkan urusan harian kami kerana jalannya lebih luas dan selesa," katanya.

Sementara itu, Frankie Gan Joon Zin berkata, pihaknya berusaha mendapatkan kelulusan dan peruntukan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bagi kerja-kerja penurapan jalan di kampung itu.

Katanya, ia bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk keluar masuk ke kediaman mereka.

"Kemudahan asas seperti ini harus diutamakan dan tidak seharusnya dipandang ringan, malah kampung ini terletak di tengah-tengah bandar dan ia sepatutnya mendapat kemudahan asas yang sama dengan tempat lain.

"Pihak kami akan terus membantu kampung-kampung yang masih tidak mempunyai kemudahan asas," katanya.

Alam Flora cadang jadikan kawasan angkat

Posted: 02 Apr 2013 11:57 AM PDT

Beberapa kakitangan Alam Flora meletakkan pita plastik sebagai amaran kepada penduduk sekitar agar tidak membuang sampah berhampiran bangunan Nasom di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 April - Sebanyak 21 pelajar autisme dan kakitangan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Taman Batu Permai di sini boleh menarik nafas lega apabila Alam Flora Sdn. Bhd. sudah membersihkan longgokan sampah yang menyakitkan mata di situ.

Pengurus Kawasan Perkhidmatan Alam Flora Kuala Lumpur, Nurulhuda Md. Shariff berkata, sampah tersebut dibersihkan serta-merta selepas rintihan pelajar dan guru pusat pembelajaran itu dipaparkan melalui akhbar.

"Kita sememangnya mengutip longgokan itu setiap hari biarpun di lokasi sampah haram, namun selepas keluar di akhbar kita mengambil peluang untuk meletakkan pita plastik di sini sebagai amaran kepada penduduk sekitar yang tidak bertanggungjawab.

"Tambahan pula, Alam Flora tidak memiliki kuasa untuk mengambil tindakan sebaliknya hanya boleh mendidik orang ramai agar membuang sampah di tempat yang sepatutnya," katanya ketika mengadakan lawatan bersama Utusan Malaysia di lokasi tersebut baru-baru ini.

Pada 5 Mac lalu, akhbar ini melaporkan rungutan kakitangan pusat tersebut yang terpaksa berhadapan dengan longgokan sampah setiap hari didakwa dibuang penduduk sekitar.

Selain bau busuk, longgokan sampah yang dibuang sesuka hati di Jalan 7/18B itu bertaburan di bahagian hadapan bangunan Nasom sehingga mengundang kehadiran tikus, lalat dan anjing liar.

Tambah Nurulhuda, pihaknya bercadang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai taman angkat bagi menjamin tahap kebersihan kepada pelajar-pelajar autisme itu.

"Kita akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi langkah jangka panjang kerana kita tidak mahu memasang pita plastik ini sepanjang masa.

"Oleh itu, kita akan memohon kebenaran DBKL untuk memulihara kawasan ini dengan menanam pokok bunga dan kerjasama pusat Nasom juga diperlukan untuk menjaganya," ujarnya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi yang sebelum ini dipenuhi sampah sarap kini berada dalam keadaan bersih dan sejuk mata memandang.

Dalam pada itu, kereta buruk yang tersadai sehingga menghalang laluan kecemasan pusat Nasom juga telah ditarik DBKL.

Sementara itu, Penyelia Persatuan Nasom, Taman Batu Permai, Kartini Abu melahirkan rasa syukur kerana Alam Flora mengambil tindakan pantas selepas rintihan pelajar, ibu bapa dan kakitangan pusat itu disiarkan Utusan Malaysia baru-baru ini.

"Sehingga kini, kami sangat berpuas hati dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan kerana tiada lagi longgokan sampah seperti sebelum ini.

"Diharapkan suasana ini terus berkekalan dan akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada Nasom tetapi juga penduduk sekitar," Katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rela mula dari bawah

Posted: 03 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Jeffri iran

Nur Ernawati Mohamad Nor pilih perniagaan dalam talian.

Kebolehan dalam bidang perniagaan mungkin agak diragui tetapi disebabkan ingin 'meneroka' bidang tersebut seterusnya menjadikan ia sebagai kerjaya utama, Nur Ernawati Mohamad Nor tidak malu untuk bermula dari bawah.

Mengakui tidak mempunyai sebarang pengalaman apatah lagi ilmu mengenai perniagaan, Nur Ernawati atau lebih mesra disapa Erna bertatih mempertaruhkan masa depannya.

Ini kerana, jelas wanita berusia 26 tahun itu, pertengahan tahun ini dia bakal mengendalikan perniagaan secara dalam talian sekali gus menguji kebolehan berurus niaga dengan pelanggan.

Bakal bekerjasama dengan sepupunya yang juga pelakon muda terkenal, Liyana Jasmey, mereka akan memasarkan baju (pakaian harian) untuk remaja.

Menurut Erna, dia kini berusaha memenuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin mengenai selok belok dunia perniagaan terutama sekali perniagaan yang dijalankan secara dalam talian.

Semua itu perlu memandangkan dia bakal mengendalikan perniagaan tersebut secara sendirian kerana Liyana akan berpindah mengikut suaminya ke Sabah.

Berbicara lanjut mengenai perancangan tersebut, jelas Erna, dia akan bertanggungjawab mengendalikan perniagaan secara dalam talian manakala sepupunya itu menumpukan sepenuhnya pada butik yang akan dibuka di Sabah tidak lama lagi.

"Semua sedia maklum Liyana akan berpindah ke Sabah mengikut suaminya dan ini adalah perancangan kami di mana dia mengendalikan perniagaan di sana manakala saya di sini (Semenanjung).

"Yang penting sebelum semuanya bergerak seperti yang dirancang dan saya akan pastikan saya tahu mengenai selok belok dunia perniagaan agar tidak mendatangkan masalah di kemudian hari," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak menafikan bukanlah satu perkara mudah apabila bermula dengan kosong, tetapi bagi Erna tiada apa yang mustahil selagi diri berusaha untuk mempelajarinya.

Bercerita lanjut mengenai perniagaan yang bakal diusahakan itu, ulas Erna, mereka sebulat suara memilih untuk memasarkan pakaian yang bertemakan fesyen jalanan.

Sudah pasti sasaran mereka untuk golongan remaja dengan menggunakan jenama Love Junkie.

Buat masa kini mereka mendapatkan pakaian pakai siap yang ditempah tetapi fabrik serta reka bentuknya dipilih dan dihasilkan sendiri oleh mereka berdua.

Begitu pun kata Erna, mereka bercadang mempunyai kilang sendiri suatu hari nanti.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik ini, walaupun segala-galanya bermula dari bawah, dia sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman yang dikumpul ketika menjawat jawatan sebagai eksekutif pembangunan perniagaan di bahagian pemasaran dan komunikasi di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Berkhidmat selama tiga tahun di bahagian tersebut, Erna memberitahu minatnya memang kepada bidang perniagaan.

Kerjaya yang disandangnya selama tiga tahun itu adalah semata-mata untuk mendapatkan pengalaman sebelum pergi lebih jauh dalam bidang perniagaan.

Bagi pemegang ijazah dalam Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu, setelah berpuas hati dengan apa yang diperoleh sejak tiga tahun lalu, kini dia tidak teragak-agak untuk meneruskan apa yang telah dirancang bersama sepupunya itu.

"Memang saya tidak mempunyai asas dalam bidang perniagaan tetapi sekurang-kurangnya dengan pengalaman tiga tahun yang diperoleh sebelum ini ia mampu dijadikan landasan untuk saya bergerak dalam bidang ini (perniagaan).

"Apa pun, pengalaman merupakan satu pembelajaran yang paling berkesan yang sememangnya ia boleh dipraktikkan dengan apa yang ingin saya lakukan sekarang.

"Yang penting kita mesti yakin dengan diri sendiri supaya orang di sekeliling tahu kita berkeyakinan walaupun hakikatnya masih baru," katanya sambil tersenyum manja.

Erna yang mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya ini juga dilihat tidak menyembunyikan 'fakta' apabila mengaku dirinya sudah berkahwin.

Begitupun katanya, mungkin belum rezeki kerana sehingga kini belum dikurniakan anak selepas pernah keguguran ketika kandungan berusia dua bulan.

Bagi Erna, buat masa ini dia dan suaminya tidak terlalu mengharap kerana takut kecewa.

"Erna dan suami tidak pernah merancang cuma mungkin belum rezeki dan sekiranya dikurniakan anak dalam tempoh terdekat ini kami menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Alhamdulillah kedua-dua belah keluarga juga memahami situasi kami dan mereka juga tidak pernah mendesak," katanya lagi.

Pernah bercita-cita ingin menjadi seorang pembaca berita, Erna memberitahu disebabkan itulah dia mengambil keputusan melanjutkan pelajaran dalam bidang komunikasi massa, pengkhususan penyiaran.

Mungkin bukan rezekinya untuk menjadi seorang pembaca berita, tetapi Erna pernah ditawarkan menjadi pelakon.

Bukan itu sahaja malah Erna juga pernah menjadi model peragaan fesyen untuk sebuah majalah tempatan satu ketika dahulu.

Bagi Erna semuanya itu adalah pengalaman yang amat berharga buat dirinya malah kini dia memberi sepenuh tumpuan terhadap perniagaan yang bakal diusahakannya.

Berbicara pula mengenai kecantikan yang dimiliki, Erna berkata, dia tidak pernah menyolek muka dengan alat solek melainkan ketika perlu menghadiri majlis-majlis rasmi.

Ini kerana bagi Erna, dia memiliki kulit jenis kering dan susah mendapatkan produk yang sesuai dengan jenis kulitnya.

Kelainan Pandora

Posted: 03 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar ESZREEN QUYYUM SIES

Zarida Nordin dan Pengarah Urusan Habib Jewel, Datuk Meer Sadik Habib (lima dan enam dari kiri) bersama barisan selebriti yang menggayakan koleksi terbaru Pandora.

GLAMOR dan bergaya. Istilah yang sesuai untuk menggambarkan rekaan dan koleksi terbaru Pandora bersempena musim bunga 2013.

Koleksi kali ini mencetuskan kelainan dengan rekaan buah rantai, cincin dan gelang tangan inspirasi daripada cerita dongeng, kisah romantik antara uda dan dara.

Rekaan ini didatangkan dengan pelbagai bentuk yang memukau seperti istana raja, putera katak dan juga mahkota yang menawan.

Rekaan moden yang menawan dengan penggunaan material seperti logam dan batu permata menjadikan wanita yang memakainya tampil bergaya dan glamor.

Selain itu penggunaan permata berwarna lembut pasti memukau perasaan.

Menerokai koleksi terbaru bertemakan Cherry Blosssom, keunikannya terserlah apabila selain menggunakan logam seperti perak, rekaannya turut disaluti dengan emas selain penggunaan batu berkilat , enamel dan kaca yang berwarna cerah.

Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Nordin berkata, setiap wanita mempunyai kisah tersendiri yang menjadi kebanggaan yang ingin dikongsi dan diingati sepanjang hidup mereka.

Direka dengan gaya yang kelihatan sempurna atau dicampur dengan pelbagai koleksi lain, koleksi daripada Pandora ini menggambar dan melengkapkan personaliti wanita dengan kombinasi yang telah dipilih dan menjadikan setiap detik tidak dapat dilupakan," katanya.

Selain itu, koleksi unik anting-anting dan buah rantai daripada perak dengan 48 kubik batu zirconia berbentuk mahkota dengan gaya elegan, klasik dan kontemporari pasti menjadikan si pemakai kelihatan seperti puteri.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved