Khamis, 11 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Budak 4 tahun cedera terkena tembakan

Posted: 11 Jul 2013 08:39 PM PDT

GEORGE TOWN 12 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera terkena tembakan di perkarangan Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, seorang lelaki melepaskan sekurang-sekurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian atas lutut kiri kanak-kanak itu, B. Shawn Yashwin.

Beliau berkata, ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan, E. Beritto, 33, sedang berbual dengan seorang rakan di perkarangan pangsapuri itu sebelum seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna putih secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka.

"Bapa mangsa bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di Bayan Baru. Kami belum mengetahui tujuan dia ke situ dan mengapa dia membawa kanak-kanak itu bersama," katanya kepada pemberita di sini hari ini Beliau berkata siasatan polis mendapati bapa kepada kanak-kanak itu tidak memiliki rekod jenayah dan polis masih menyiasat sasaran sebenar suspek.

Mazlan berkata, polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di sekitar lokasi kejadian dan satu daripada kelongsong itu turut terpelanting dan mengenai dahi kanak-kanak itu.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan kini dirawat di Hospital Pantai Bayan Baru, di sini dan keadaanya dilapor stabil.

Polis akan meneliti kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi mendapat gambaran jelas kejadian, katanya.

Beliau berkata, maklumat awal mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup separa, mengenakan jaket hitam dan bersarung tangan serta dipercayai menyelinap masuk dari pintu pagar belakang pangsapuri. - BERNAMA

3 atlet Sukma didakwa merogol

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 11 Julai - Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 hari ini didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan tersebut di perkampungan sukan, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, minggu lalu.

Adib Adha Ismail, 18; Muhammad Shaizzad Md. Shafie, 19; dan Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Hakim Abu Bakar Manat dan Hakim Rozina Ayob.

Ketiga-tiga remaja lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap gadis berusia berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di UPM, Serdang, antara pukul 4 pagi dan 4.10 pagi, 4 Julai lalu.

Megat Farzeril Faiz didakwa merogol mangsa pada pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada pukul 4.05 pagi dan Adib Adha pada pula 4.10 pagi.

Kesemua tertuduh termasuk Muhammad Shaizzad yang merupakan pelajar kolej di Gombak dan Megat Farzeril Faiz yang bekerja sendiri itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 beserta seorang penjamin selain dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan diperintah melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han yang mengendalikan pendakwaan supaya kesemua tertuduh dibicarakan bersama di hadapan Abu Bakar.

Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong manakala Muhammad Shaizzad dan Megat Farzeril Faiz diwakili peguam Datuk Suraj Singh.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Ogos ini.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pertuduhan terhadap ketiga-tiga atlet itu dibuat selepas berpuas hati wujud kes prima facie terhadap kesemua tertuduh itu.

Mengikut laporan akhbar mangsa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Susulan daripada laporan mangsa di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, polis menahan tiga atlet terbabit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Jazz Petrol baharu RM74,800

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Yoichiro Ueno (kanan) bersama Presiden Honda Malaysia, Roslan Abdullah (kiri) bergambar pada majlis memperkenalkan Honda CKD Jazz Petrol di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

PETALING JAYA 11 Julai - Honda Malaysia hari ini melancarkan kereta paling mampu miliknya iaitu Jazz Petrol versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga RM74,800 dengan ansuran bulanan serendah RM755.

Model berkenaan sebelum ini dijual pada harga RM99,800 bagi jenis diimport sepenuhnya (CBU), perbezaan sebanyak RM25,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Jazz Petrol merupakan kereta pertama Honda yang ditawarkan pada harga di bawah RM75,000 di pasaran Malaysia.

Menurutnya, penawaran harga yang lebih rendah ini adalah hasil program CKD dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda yang dibuka di Melaka awal tahun ini.

"Pusat R&D berkenaan berperanan merangka peningkatan penggunaan komponen tempatan melalui pembangunan vendor bagi mengurangkan kos.

"Kami gembira kerana dapat melancarkan Jazz Petrol pada harga mampu dimiliki dalam masa yang sama membangunkan industri automotif tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta baharu berkenaan di sini.

Ueno berkata, Honda Malaysia menyasarkan menjual 500 buah Jazz Petrol sebulan dan model ini menjadi salah satu faktor pendorong untuk kami mengekalkan sasaran jualan keseluruhan 2013 sebanyak 64,000 buah.

"Walaupun berdepan dengan jualan tidak menentu pada separuh pertama tahun ini disebabkan manifesto pilihan raya, kami yakin berada di landasan betul bagi mencapai sasaran berkenaan," jelasnya.

Beliau berkata, Honda Malaysia juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang di Melaka dengan melancarkan operasi barisan kedua pada suku keempat tahun ini.

"Pengeluaran dijangka meningkat dua kali ganda kepada 100,000 buah setahun bagi membolehkan lebih banyak model dipasang di sini," ujarnya.

Kereta ini dilengkapi dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer (km) perbatuan dan pilihan tambahan jaminan atau pakej penyelenggaraan percuma.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Raja tak layan kritikan

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Para pemain Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam untuk aksi persahabatan termasuk menentang Chelsea pada 21 Julai ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tidak mahu mengambil peduli tentang pelbagai kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebaliknya hanya memberi fokus untuk menghadapi enam perlawanan persahabatan yang bakal dilalui sehingga 10 Ogos ini.

Enggan menjawab kritikan terutama mengenai cara pemilihan skuad kebangsaan yang didakwa tidak dibuat berdasarkan prestasi semasa pemain, Rajagobal yang ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM semalam, cuma menjawab mengulas perkembangan semasa Harimau Malaya.

"Saya tiada masa untuk membalas kritikan kerana fokus saya adalah pada pasukan kerana kita bakal berdepan Chelsea, kemudian kita akan ke Jepun dan menentang Barcelona dalam persiapan menghadapi Bahrain, " katanya ketika ditemui pada latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan baru-baru ini berpendapat pemilihan skuad kebangsaan sepatutnya di buat berdasarkan prestasi semasa pemain dalam liga tempatan, bukan sepenuhnya disandar kepada pengalaman mereka.

Bukan berniat untuk menegur cara pemilihan pengendali skuad kebangsaan, Zainal percaya, ada beberapa nama besar yang terlepas daripada pandangan jurulatih tersebut dalam skuad yang dihimpunkan minggu ini

Dalam hal ini, Rajagobal membuktikan andaian bahawa dia tidak mendapatkan maklum balas daripada jurulatih-jurulatih negeri adalah salah.

Dalam hal penyenaraian pemain muda Sarawak, Junior Eldstal contohnya, Rajagobal mendapatkan pandangan jurulatih negeri itu, Robert Alberts.

Ujar Rajagobal, beliau mengikuti perkembangan pemain berusia 21 tahun itu sejak beraksi untuk Sarawak dan tidak pernah menutup ruang kepada pemain lain jika ada bakat baru yang muncul.

"Mengenai Junior, saya ada berbincang dengan Robert Alberts mengenai corak permainannya yang beraksi pada bahagian tengah dan saya menyaksikan permainannya, memang baik.

"Mujurlah dia (Eldstal) tidak ke Rusia (Sukan Universiti Dunia), jika tidak mungkin saya akan memanggil pemain lain, " katanya.

Pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan semalam, dua pemain iaitu ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan penyerang Pahang, Azamuddin Akil tidak melaporkan diri kerana kecederaan.

Namun Rajagobal berharap Badhri dapat melaporkan diri bagi memantau sejauh mana tahap kecergasannya. Azamuddin atau Alex sudah pasti tidak boleh bermain kerana masih belum pulih daripada kecederaan jangka panjang pada bahagian tangan.

Ketiadaan kedua-dua pemain itu diganti oleh pemain sayap ATM, Christie Jayaseelan serta Junior sementara Mohd. Fadhli Shas dan K. Reuben terlibat dengan Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) di Kazan, Rusia.

Seorang lagi pemain Kelantan, Mohd. Nor Farhan Muhammad tidak hadir pada sesi latihan kerana mendapat pelepasan selepas menyambut kelahiran anak sulung.

Dua pemain Johor Darul Takzim, Safee Sali dan Safiq Rahim pula masih belum cergas sepenuhnya dengan Safee mendapat kecederaan pangkal paha sementara Safiq berdepan sedikit masalah pada bahagian kaki dan akan dipantau oleh fisioterapi.

Hamidin buru aksi kelas A

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Hamidin Mohd. Amin (kiri) bersama Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal (dua kiri) memeriksa keadaan padang Stadium Shah Alam selepas sidang akhbar sempena Jelajah Chelsea ke Malaysia di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Datuk Hamidin Mohd. Amin tekad memperbaiki kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan memperbanyakkan aksi persahabatan kelas A tahun depan.

Enam aksi persahabatan skuad kebangsaan yang cuma menentang pasukan berstatus kelab sepanjang bulan ini dan bulan depan bukanlah sesuatu yang baik buat skuad Datuk K. Rajagobal.

Untuk itu Hamidin berkata, dia akan menyusun aksi antarabangsa berkelas A pada 2014.

Bagi tujuan berkenaan, beliau akan cuba mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM supaya tiada pertindihan jadual dengan keutamaan diberikan kepada pasukan kebangsaan.

"Kita akan mengemukakan tawaran untuk aksi persahabatan kepada pasukan terutama dari ASEAN dan Asia, malahan mungkin Afrika, tidak kira siapa jurulatih skuad kebangsaan ketika itu.

"Untuk tahun ini, memang sudah tiada masa kerana kalendar (jadual perlawanan) sudah penuh.

"Perkara ini akan menjadi agenda penting buat saya dan saya akan pastikan tarikh perlawanan tahun depan diisi dengan perlawanan antarabangsa, " katanya.

Dia ditemui selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Penganjuran FAM-ProEvents bagi perlawanan Malaysia XI dan Chelsea di Stadium Shah Alam, semalam.

Tegasnya, mendapatkan lawan yang berkualiti bukan perkara mudah kerana ranking skuad kebangsaan yang jauh ketinggalan.

"Bukan mudah untuk mendapatkan aksi persahabatan kelas A disebabkan ranking kita (ke-159), kadang-kadang pasukan lain mahukan lawan yang mempunyai ranking lebih tinggi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pelakon 80-an Putri Salbiah dituduh menipu

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pelakon era 80-an, Putri Salbiah Megat Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu berhubung pembelian empat lot tanah dan memalsukan dokumen, tiga tahun lalu.

Putri Salbiah, 49, kelihatan tenang ketika keenam-enam pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Dia yang pernah membintangi filem Ranjau Sepanjang Jalan dan Keluarga 99 itu didakwa atas empat pertuduhan menipu peguam, Ng Miow Hia dengan memperkenalkan Maajis Senan, 69, sebagai Ahmad SK. Duis dan Yang Azizah Mohamed Yaacob, 72, sebagai Sipah Duis @ Sipak Duez.

Ahmad dan Sipah adalah pemilik sebenar tanah di Lot 1230, 1231, 1232 dan 1233 di Mukim Rim, Jasin, Melaka.

Putri Salbiah didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Burger King, Tingkat Bawah Bangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini antara pukul 10.45 pagi, 1 April 2010 dan pukul 11 pagi, 23 Jun 2010.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, Putri Salbiah didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan memalsukan kad pengenalan atas nama Ahmad dan Sipah sebagai pengenalan bagi Maajis dan Yang Azizah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(j) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh menjadikan kesemuanya berjumlah RM30,000.

Menurut beliau, jumlah itu munasabah memandangkan tertuduh tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis dan ditangkap di Brunei dengan kerjasama pihak berkuasa negara itu sebelum dibawa ke Miri, Sarawak untuk direman.

Sementara itu, peguam Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM10,000 bagi semua tuduhan kerana anak guamnya menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.

Beliau berkata, anak guamnya menjaga bapanya yang sakit di Brunei dan beliau akan memastikan tertuduh hadir pada setiap prosiding dan perbicaraan di mahkamah.

Ahmad Zamzani kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000 bagi kesemua tuduhan dan menetapkan pengurusan kes pada 16 Ogos depan.

Dua didakwa bunuh pemandu lori

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

KUANTAN 11 Julai - Akibat perselisihan faham, dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pemandu lori di kawasan lapang berhampiran stesen minyak Shell Kuantan Bypass dekat Kampung Chendering, hujung bulan lalu.

Khairul Jasmi Abdul Majid, 33, dan Mohd. Amir Adzhar Hassan, 29, didakwa membunuh Mohd. Zainuddin Mohd. Yusoff, 42, antara pukul 12 dan 12.20 tengah hari, 27 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Ogos ini bagi mendapatkan laporan kimia dan membolehkan tertuduh-tertuduh melantik peguam bela.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Mohd Zainuddin ditemukan oleh beberapa orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Puteri diraja Arab Saudi didakwa perdagang manusia

Posted: 11 Jul 2013 01:16 PM PDT

SANTA ANA, California 12 Julai - Prosiding pendakwaan puteri diraja Arab Saudi atas tuduhan memperdagangkan manusia di Amerika Syarikat yang sepatunya bermula hari ini, telah ditangguhkan.

Meshael Alayban, 42, muncul di Mahkamah Agung Orange County pada Khamis, tetapi peguamnya mengemukakan permohonan menangguhkan prosiding dan hakim menjadualkannya semula kepada 29 Julai ini.

Alayban ditahan selepas seorang pembantu rumah wanita berusia 30 tahun mengadu dipaksa bekerja lebih masa dan tidak dibenarkan mengambil cuti.

Pekerja tersebut memberitahu, dia diambil bekerja di Kenya pada 2012 dan kemudian dibawa ke Arab Saudi, di mana pasportnya telah diambil.

Hakim mengeluarkan perintah perlindungan menghalang Alayban daripada berhubung dengan pembantu rumah tersebut, yang mana namanya tidak didedahkan.

Pihak berkuasa memberitahu, pembantu rumah dari Kenya itu telah menandatangani kontrak dua tahun dengan agensi pekerjaan yang menjanjikan bayaran AS$1,600 sebulan untuk kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu. Tetapi bermula Mac, 2012 dia dipaksa memasak, membersih dan melakukan kerja-kerja lain selama 16 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Hakim sebelum ini mengarahkan Alayban dijamin AS$5 juta, dipantau melalui GPS dan dilarang meninggalkan negara ini tanpa kebenaran. - AP

Justin Bieber mohon maaf caci Bill Clinton

Posted: 11 Jul 2013 12:54 PM PDT

NEW YORK 12 Julai - Justin Bieber telah meminta maaf kepada Bill Clinton kerana mencaci bekas Presiden Amerika Syarikat itu dan menyembur gambarnya dengan cecair pembersih di dapur sebuah restoran di bandar raya New York, awal tahun ini.

Pejabat Clinton pada Khamis memberitahu, penyanyi terkenal itu menelefon dan "beliau meminta maaf dan telah menawarkan untuk membantu Yayasan Clinton."

Pejabat Clinton bagaimanapun enggan menyatakan keterangan terperinci permohonan maaf Bieber itu.

Satu video yang disiarkan oleh TMZ.com menunjukkan Bieber, 19, membuang air kecil di dalam baldi pengelap dan melalui dapur restoran itu.

Sebelum keluar, Bieber menyembur gambar Clinton dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap bekas presiden itu.

Bieber dalam Tweeternya, yang mempunyai 41 juta pengikut, pada Rabu malam telah mengucapkan terima kasih kepada Clinton "kerana meluangkan masa untuk bercakap." - AP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Letak tanda harga makanan

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Shahiruddin Ab. Moin (dua kanan) menunjukkan tanda harga bagi seekor ikan terubuk ketika melakukan tinjauan di bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 11 Julai - Semua bazar Ramadan di negeri ini diminta meletakkan tanda harga pada setiap makanan dan minuman bagi mengelakkan kekeliruan pengguna ketika membeli juadah berbuka puasa.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, peniaga sepatutnya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan demi mencari keuntungan segera.

Menurut beliau, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri akan membuat pemantauan di semua bazar Ramadan di negeri ini bagi memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Pemantauan itu dibuat untuk mengesan peniaga yang tidak meletakkan tanda harga serta memastikan aspek kebersihan perlu diutamakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di bazar Ramadan Mahkota Square di sini semalam.

Beliau bersama pegawai dan kakitangan PPDNKK negeri meninjau ke bazar tersebut selama satu jam sambil mengedarkan risalah berkaitan dengan kebersihan.

Shahiruddin berkata, beliau berpuas hati dengan peniaga di bazar tersebut yang meletakkan tanda harga bagi memudahkan pengguna membeli makanan di situ.

"Boleh dikatakan semua peniaga mengikut peraturan. Bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga kedai-kedai runcit dan pasar basah dengan meletakkan tanda harga bagi setiap barangan mereka.

"Saya berharap mereka meneruskan langkah ini demi kebaikan pengguna dan juga golongan itu sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika mendapati terdapat peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati sepanjang bulan Ramadan ini.

"Kalau melihat harga yang diletakkan itu tinggi berbanding hari lain, mereka perlu segera lapor kepada PPDNKK negeri supaya tindakan segera boleh diambil ke atas peniaga berkenaan," tegasnya.

Laporan pembangunan lima tahun Jengka

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

MARAN 11 Julai - Kerajaan sedang menyiapkan satu laporan pembangunan bersepadu khusus bagi kawasan Jengka untuk tempoh lima tahun akan datang membabitkan pembinaan rumah rakyat, pembukaan tanah pertanian, pembinaan kawasan perniagaan dan bekalan air.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pembinaan projek-projek tersebut perlu dilakukan dengan terancang berikutan pertumbuhan penduduk terlalu pantas.

Katanya, perancangan teliti juga perlu dilakukan supaya pembangunan yang akan dilaksanakan nanti bertepatan dengan keperluan penduduk selain daripada mengelak pembaziran.

''Kerajaan telah membelanjakan hampir RM300 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Jengka dalam tempoh lima tahun ini.

''Sebanyak RM71 juta daripada peruntukan tersebut dibelanjakan bagi projek menaik taraf bekalan air di kawasan tanah rancangan Felda untuk memastikan lebih 40,000 keluarga peneroka mendapat bekalan air bersih yang mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak RM60 juta lagi diperuntukkan bagi menaik taraf dan melebarkan jalan sejauh 60 kilometer dari Bandar Tun Abdul Razak, Jengka ke Kampung Awah manakala RM14 juta bagi membina perhentian bas baru di Bandar Tun Abdul Razak dan RM20 juta kos membina stadium mini.

Peruntukan selebihnya pula kata beliau, bagi melaksanakan projek prasarana membabitkan pembinaan dewan, gelanggang sukan, masjid, surau dan lain-lain.

Ismail memberitahu, kira-kira 90 peratus projek pembangunan sudahpun dilaksanakan kerajaan di pusat bandar Jengka.

Sukan untuk Felda

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 11 Julai - Pengurusan Felda komited menyediakan kemudahan sukan terbaik untuk warga peneroka dan generasi kedua di setiap tanah rancangan di negeri ini.

Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Sapie Embong (gambar) berkata, penyediaan kemudahan itu dapat membantu memupuk minat bersukan yang tinggi melalui pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk penduduk Felda.

Beliau berkata, sebagai contoh Felda menyediakan gelanggang futsal terbuka di setiap rancangan dan pelbagai kemudahan sukan terbaik untuk kegunaan penduduk di situ yang memberi nilai tambah aktiviti sihat di perkampungan Felda.

Katanya, kewujudan gelanggang futsal itu memberi peluang kepada generasi baharu aktif dalam aktiviti sihat yang membantu membentuk sahsiah remaja positif, berpersonaliti, produktif dan sentiasa bersyukur.

''Sumbangan institusi pendidikan yang menganjurkan aktiviti sukan seperti sukan tahunan, pertandingan sukan dan olahraga sangat dihargai,'' katanya ketika berucap merasmikan kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 dekat sini semalam.

Sapie mengakui, Felda sangat komited melahirkan seberapa ramai generasi Felda yang hebat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi dan sukan lasak.

Tambah beliau, kejayaan membentuk pasukan bola sepak Felda United yang menyertai Liga Malaysia merupakan kebanggaan selain terbaharu, kejayaan anak Felda menawan puncak Gunung Everest.

Beliau menambah, komitmen Felda terhadap usaha memajukan sukan semakin menyerlah selepas membina Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Semai Bakti.

Katanya, Kompleks Sukan Komuniti dikenali sebagai Gelanggang Sukan Komuniti itu dibina bertujuan memberi kemudahan dan galakan kepada warga peneroka bergiat dalam bidang sukan.

''Selain itu, GSK mampu menjadi tempat untuk masyarakat rancangan dan sekitar melaksanakan aktiviti sukan dan riadah secara teratur dan sempurna,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


BN kena pandai tempelak, hentam

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Pahit-Pahit Kopi

SURUHANJAYA Pilihan Raya menetapkan hari ini berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu manakala 13 hari selepas itu - 24 Julai sebagai hari pengundian.

Dalam pertandingan ini yang sudah mengesahkan bertanding ialah calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN menyandarkan harapan kepada anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, manakala Pas mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor.

PRK Kuala Besut akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah bersedia dengan pasukan propagandanya atau tidak.

BN tidak boleh terlalu yakin atas kemenangan di sana dua bulan lalu. Ingat, Pas dan rakannya PKR dan DAP akan memastikan mereka juga mampu untuk merampas kerusi itu bagi meletakkan kedudukan DUN 16-16. Apabila ini berlaku maka kerajaan negeri pun dalam kedudukan tidak stabil - parti mana yang dipilih untuk memimpin negeri dan menerajui pejabat Menteri Besar.

Merenung akan bermulanya kempen PRK Kuala Besut, saya ada menerima komen daripada beberapa pembaca yang mengulas tulisan Pahit-pahit Kopi bertajuk Pasukan propaganda UMNO harus dikuatkan" (2 Julai 2013).

Tulisan seorang pembaca bergelar Benz Soon, dari Alor Setar, Kedah cukup berkesan. Dia menulis sebagai penyokong BN, hatinya sakit kerana UMNO dan BN kerap menjadi mangsa cacian dan tempelak pihak pembangkang. Mereka akan guna kesemua media yang boleh dipengaruhinya untuk hentam BN.

Hati Benz Soon bertambah sakit kerana BN sendiri langsung tidak ambil peduli apa yang dikatakan tentang pengaruh pembangkang. Mereka buat tak tau. Anggap itu tak penting. mereka tidak ada pasukan yang meneliti apa yang diungkit dalam media siber dan media bercetak, malah membiarkan pembangkang monopoli ruangan.

Beliau berharap sekurang-kurangnya BN boleh buat blog, website, portal berita atau komentar untuk diserap ke dalam mesej anti-BN. Malangnya BN tak buat ini. Apa yang terjadi, bila seseorang buat carian, yang dapat dibaca hanya berita anti-BN.

Pembangkang ada Malaysiakini, Malaysian insider dan banyak lagi yang mendakwa neutral tetapi berbau anti-BN. BN ada buat berapa portal berita pro-BN?

Beberapa hari lalu Benz Soon ingin mencari blog 1Malaysia, apabila membuat carian di Google, didapati pihak lawan sudah guna nama 1Malaysia dan bila masuk ada paparan yang tempelak BN. Adakah BN buat sebegini terhadap parti sendiri?

Apabila Benz Soon masuk facebook, pihak lawan juga post komentar yang tempelak BN di ruangan PM. Beliau juga masuk memberi komen yang pedas tempelak Anwar. Tetapi orang lain tidak buat sebegini. Penyokong BN bebas buat komentar, blog pro-BN tetapi bilangan amat sedikit. Salah siapa?

Mencaci, menempelak pihak lawan, mengagung-agungkan diri adalah politik.

DAP tahu ini. Lim Guan Eng pun tahu. Dia pakar tapi tak tahu mentadbir Pulau Pinang. Tetapi kebanyakan orang Cina sokong dia dan anggap dia terbaik. Mengapa?

Dia pandai main psikologi. Bila dia buka mulut saja akan caci BN, UMNO rasis, BN korup, BN tak adil, BN tak cekap tadbir dan agung-agungkan pencapaiannya.

Dia cukup berani walau berbohong fakta tanpa malu. Bila BN kritik kerajaan Pulau Pinang tak buat rumah kos rendah, beberapa hari kemudian dia panggil media dan beri angka-angka yang dia sudah buat. Siapa benar? Fakta Teng Chang Yeow (bekas Pengerusi BN Negeri) benar, tapi Guan Eng cakap dengan yakin, orang awam percaya dan fikir BN menfitnahnya.

Apa yang harus UMNO buat ... bukan kita minta BN bercakap bohong seperti DAP, cuma cakap yang benar, cakap berulang-ulang, cakap sampai rakyat faham dan percaya dan sedia mempertahankan apa yang diumumkan kalau pihak lawan mempertikai.

Perkara ini BN/UMNO tak faham. DAP cukup faham. Kalau sesiapa caci BN, jarang pemimpin BN balas dan jawab. Tetapi kalau BN caci, tempelak mereka, serta-merta mereka akan lawan.

Contohnya, baru baru ini seorang YB BN mendakwa Anwar Ibrahim ada simpanan akaun, berapa pemimpin pembangkang sudah buat kenyataan mempertikai. Utusan Malaysia juga ada melapor tentang Red Bean Army, pemimpin BN ada sebut berapa kali, DAP sudah banyak kali caci idea ini, tuduh UMNO guna Utusan untuk tindas pihak mereka, tempelak idea ini adalah bodoh sekali, mereka ketawakan hal ini.

Kalaulah pihak polis siasat, buat tangkapan maka banyak orang yang termakan propaganda mereka akan berfikir BN lagi menindas pihak lawan guna kuasa polis dan mahkamah. Ini tak adil, sedangkan perihal kerajaan dibuat mengikut undang-undang.

Sepatutnya pemimpin BN kena baca surat khabar yang selalu menyiar kenyataan mereka (contoh DAP kerap guna surat khabar Cina) baca apa yang dikata, hentam balik. Berilah jawapan. Tangkis dakwaan yang tidak tepat. Baru-baru ini, Lim Kit Siang dan pemimpin DAP lain minum ais kacang dan tempelak perkara Red Bean Army adalah satu jenaka. Apa BN kena buat?

Kata Benz Soon, kalau dia ahli politik, dia akan buat satu kenyataan Lim Kit Siang qualify for Oscar Award."

Kalau Red Bean Army tak benar, mengapa risau? Biar polis siasat , dan akan tahu faktanya. Kit Siang kalau nak wayang, masuklah bidang itu, tak usah berpolitik.

Esoknya dengan komentar pedas ini akan ada reaksi. Beberapa pemimpin DAP akan hentam balik. Dan saya juga akan balas. Kedua-dua pihak tidak mengalah. Dengan proses ini, kedua-dua pihak akan cuba meyakinkan pihaknya yang betul.

Sekurang-kurangnya melalui cara ini, pembaca akan dapat tahu ada orang mempertikai idea Kit Siang. Kalau tidak, selalunya dia nampak betul dan BN salah.

Bila Guan Eng buka mulut, dia akan cakap UMNO rasis, Utusan bias, Utusan rasis, BN tak adil, BN korup ... ulang dan ulang dalam keadaan berlainan. Dia selalu cari peluang ungkit hal ini supaya dapat pengaruhi orang supaya benci BN.

Baru-baru ini Guan Eng kata pakatan akan menang PRU-14 kerana 56 peratus pemuda Melayu sokong pakatan pembangkang kerana anggap BN korup.

Ini bohong, tapi dia berani cakap, berani bohong, orang pun berani untuk mempercayainya. Tapi kita tidak nampak pemimpin BN cabar mereka. Seharusnya UMNO patut buat kenyataan menyangkalnya.

Sekurang-kurangnya BN boleh ungkit kes-kes rasuah yang berlaku antara mereka, dan tempelak mereka. Baru perintah lima tahun sudah ada rekod, kalau masuk Putrajaya 10 tahun, tak tahu apa akan berlaku. BN kena selalu ulangi kecacatan mereka, memalukan mereka seperti mereka ulang dan ungkit kes NFC.

Kerana blind spot BN/UMNO nampak tidak benar, banyak masalah, BN tak adil, UMNO tindas MCA dan Gerakan, sebaliknya pakatan pembangkang dipandang sebagai politik bernafas baru, memberi harapan baru.

Hati Bens Soon sakit.

Kalau BN lebihkan masa untuk berpolitik, membuat propaganda, sungguhpun ekonomi tak tumbuh hebat, BN akan menang lagi besar banding PRU-13.

BN kena pandai caci, tempelak, hentam pihak lawan dan menunjukkan BN adalah parti politik pilihan yang terbaik untuk semua anak Malaysia.

Tidak kiralah kalau BN dapat mencapai ekonomi yang baik, macam mana pun pihak pembangkang akan ungkit hal itu dan merosotkan segala pengaruh baik BN.

Pada hemat Denz Soon, BN harus kurangkan tumpuan pada pentadbiran dan banyak berfikir bagaimana untuk mengekalkan kuasa. Tanpa menang kuasa politik, semua rancangan baik pun tidak berguna.

Ini yang Guan Eng buat. Sebagai Ketua Menteri, dia ada masa lapang pergi ke Johor untuk menambatkan hati orang Johor supaya PRU-14, mereka akan menang lagi besar dan selamanya orang Cina tak akan sokong BN.

Kutip zakat 7 hari, agihannya bagaimana?

Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT

Oleh RAM AL JAFFRI SAAD
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perakaunan, Universiti Utara Malaysia

BULAN Ramadan bulan yang sangat rapat kaitannya dengan Rukun Islam ketiga iaitu zakat sehingga bulan ini turut dikenali sebagai bulan zakat.

Seperti biasa, tiba sahaja Ramadan, institusi yang paling sibuk mengurus hal ehwal zakat tentulah institusi-institusi zakat. Sebagai contoh, baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengumumkan bahawa akan beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan pada tahun ini.

Selain PPZ-MAIWP, penulis juga percaya langkah ini menjadi amalan rutin kepada institusi-institusi zakat di negeri-negeri lain juga. Sudah pasti tujuan utamanya adalah memudahkan orang ramai untuk membayar zakat.

Bagaimanapun, usaha ini mengundang perspektif berbeza dalam kalangan masyarakat. Ada yang menganggap bahawa usaha ini amat baik dan wajar dilakukan, manakala ada pihak yang memandang sinis.

Bagi pihak yang menyokong, mereka melihat kepada kejayaan institusi zakat dalam meningkatkan kutipan zakat tahun demi tahun. Sebagai contoh, PPZ-MAIWP berjaya meningkatkan kutipan daripada RM143 juta pada 2006 kepada RM276 juta pada 2010. Bilangan pembayar zakat juga meningkat, iaitu daripada 52,424 pembayar pada 2006 kepada 89,110 pada 2010.

Namun, ada kalangan masyarakat mempertikaikan kenapa kutipan tinggi, tetapi agihan rendah? Institusi zakat mengutip zakat 7 hari seminggu, bagaimana pula dengan agihan zakat? Adakah ia turut dibuat 7 hari seminggu sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadan ini?

Persoalan ini mengundang pandangan yang berbeza-beza. Pertama, institusi zakat harus memberi jawapan kenapa kutipan dan agihan zakat tidak seimbang.

Lebihan wang zakat berjuta-juta ringgit setiap tahun telah menimbulkan perspektif negatif masyarakat terhadap institusi zakat.

Justeru, punca kepada lebihan wang ini wajar diberikan jawapan. Ini penting bagi membuktikan ketelusan institusi dalam pengurusan wang zakat. Jangan biarkan masyarakat tercari-cari jawapannya sehingga menimbulkan banyak pertikaian.

Sebagai contoh berdasarkan pemerhatian penulis terhadap laporan tahunan institusi-institusi zakat, satu daripada punca lebihan adalah kerana peningkatan mendadak kutipan zakat pada akhir tahun. Memandangkan laporan zakat disediakan pada akhir tahun, kutipan yang tinggi tersebut akan mengatasi jumlah agihan.

Jika dilihat kepada statistik terkini kutipan dan agihan zakat di Selangor, misalnya, sehingga Mei 2013 jumlah kutipan zakat adalah RM146 juta. Namun, jumlah agihan yang dilakukan sehingga Mei 2013 adalah sebanyak RM149 juta.

Ini menunjukkan kurangnya kutipan zakat berbanding agihan sebanyak RM3 juta. Jumlah statistik ini pasti berubah pada akhir tahun nanti, iaitu pada Disember.

Dalam hal ini, penulis percaya jika institusi dapat mengubah tarikh penyediaan laporan kewangan daripada kedudukan kewangan berakhir pada 31 Disember kepada suatu tempoh lain seperti 30 Jun setiap tahun, laporan kewangan menjadi lebih realistik.

Kedua, agihan zakat wajar ditransformasikan. Proses transformasi ini boleh dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu transformasi sumber manusia dan transformasi proses serta bentuk agihan.

Transformasi sumber manusia bermaksud mengoptimumkan kesan pengagihan zakat. Agihan zakat sepatutnya menjadi pemangkin kepada mengubah diri penerima zakat ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Perubahan ini merangkumi emosi, rohani dan jasmani. Kesan di sebalik agihan zakat ini penting. Adakah penerima zakat memanfaatkan wang zakat sebaik-baiknya? Adakah agihan zakat menjadikan mereka lebih bersyukur dan menguatkan azam untuk keluar daripada kelompok kemiskinan?

Buat masa sekarang kesan rohani agihan zakat masih boleh ditingkatkan. Mereka harus dididik supaya tidak menyalahgunakan wang zakat.

Amat malang apabila terdapat maklumat bahawa penerima zakat menggunakan wang zakat untuk melakukan perkara-perkara haram seperti berjudi dan maksiat.

Transformasi proses dan bentuk agihan wajar dilaksanakan segera. Kejayaan pengkorporatan sesetengah institusi zakat perlu dilaksanakan di institusi zakat seluruh negara.

Institusi zakat harus diberi kuasa autonomi bukan sahaja dalam aspek kutipan malah perlu meliputi aspek agihan.

Dengan kuasa autonomi ini, barulah institusi dapat menentukan hala tuju dengan lebih jelas. Tidak seperti sekarang yang mana ada institusi zakat hanya bertanggungjawab mengutip zakat tetapi agihan dilakukan oleh pihak lain.

Bentuk-bentuk agihan bersifat sementara seperti bantuan tunai dan makanan wajar ditransformasi kepada sesuatu yang lebih produktif. Ini bertepatan dengan konsep berubah daripada bantuan berbentuk sara diri kepada bantuan yang menjana pendapatan. Sesuai dengan pepatah Melayu yang mana tidak memberi ikan kepada seseorang sebaliknya memberikan kail untuk mereka menangkap ikan.

Sebagai contoh, model skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang dilaksanakan oleh kerajaan boleh dijadikan asas kepada model agihan yang baharu. Kejayaan skim TEKUN ini dalam membantu golongan miskin tidak dapat dinafikan.

Justeru, wang zakat boleh dijadikan dana kepada mana-mana asnaf yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Dengan dana perniagaan ini mereka akan menjalankan perniagaan dan dipantau oleh institusi zakat.

Sebagai kesimpulannya perspektif masyarakat terhadap institusi zakat terutamanya dalam hal kutipan dan agihan boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Institusi zakat perlu lebih aktif dalam menjelaskan kepada masyarakat mengenai punca masalah ini berlaku.

Institusi juga perlu meningkatkan kecemerlangan pengurusan dengan melaksanakan transformasi agihan zakat. Dengan ini dapat mengurangkan pertikaian masyarakat mengenai bagaimana agihan zakat dilaksanakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Prism Berhad mula kutip royalti 1 Julai

Posted: 11 Jul 2013 01:31 AM PDT

Oleh AZIZ ITTAR

KUALA LUMPUR 11 Julai - Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (Prism Berhad) kesal apabila ada ahli-ahli badan itu yang masih keliru dan menyamakannya dengan Prism Sdn. Bhd. yang telah dibubarkan baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Prism Berhad, Anuar Dahlan, tambah mengelirukan apabila badan yang ditubuhkan pada 15 Mei tahun lalu di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu dikatakan tidak membayar royalti kepada ahli-ahlinya.

"Ramai yang keliru dengan Prism Sdn. Bhd. yang telah dibubarkan yang mana badan itu telah membayar royalti buat ahli-ahli pada 2011 sebelum ia dibubarkan.

"Sedangkan Prism Berhad pula baru mendapat lesen kutipan royalti mulai 1 Julai lepas. Jadi bagaimana kami hendak bayar royalti sedangkan kami baru hendak kutip royalti?" ujarnya.

Anuar menjelaskan, perkara itu sewaktu menjawab isu yang ditimbulkan oleh pemuzik Aznan Alias seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam, berhubung dakwaan itu.

Tambahnya, isu itu sepatutnya diselesaikan oleh pihak pengurusan Prism Sdn. Bhd. dan perkara itu tiada kena mengena dengan Prism Berhad yang kini dipengerusikannya. - UTUSAN ONLINE

Fiza Elite tidak jadi kahwin

Posted: 10 Jul 2013 11:46 PM PDT

Oleh GARRET DAWUM

FIZA ELITE...batalkan pernikahan yang sepatutnya Jun lalu.

KUALA LUMPUR 11 Julai - Pelakon Fiza Halim, 32, terpaksa membatalkan pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Jun lalu, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Fiza, persiapan dan persediaan untuk perkahwinannya telah dibuat beberapa bulan lalu tetapi apakan daya, mereka tiada jodoh dan tidak dapat meneruskan perkahwinan itu pada bulan lalu.

"Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku," kata ibu tunggal beranak dua ini kepada Utusan Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, Fiza enggan mendedahkan identiti lelaki yang melamar dirinya itu, memandangkan kisah itu tidak lagi perlu untuk dibicarakan.

"Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda.

"Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa," kata bekas anggota kumpulan Elite yang baru tampil dengan imej bertudung ini.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010.

Pendedahan Fiza secara eksklusif mengenai isu perkahwinan tidak menjadi ini boleh dibaca dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia esok. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Awas cinta lelaki seberang

Posted: 10 Jul 2013 10:19 PM PDT

Berdasarkan laporan media, ketika Nur Idayu ditemui, dia seakan-akan lupa fikiran dan langsung tidak ingat pada suami dan anak-anaknya dan didakwa hanya mahu bersama suspek.

Apabila diajak pulang ke rumah, wanita ini bertindak marah dan mahu tinggal bersama suspek yang sebelum ini diupah untuk membuat pengubahsuaian rumah mertuanya di Felda Bukit Sagu, Kuantan.

Kes Nur Idayu yang dilarikan ke negara jiran itu merupakan antara yang terbaharu dilaporkan.

Sebenarnya kes wanita atau anak gadis yang dilarikan ke negara berkenaan bukanlah satu perkara baru. Sejak beberapa tahun lepas kejadian anak gadis atau wanita Malaysia yang dilarikan ke sana telah banyak dilaporkan di dada akhbar.

Bahkan, terdapat pelbagai usaha dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari negara ini terutamanya pihak Pemuda UMNO yang turut turun padang membawa wanita-wanita yang masuk ke negara berkenaan secara 'haram', pulang semula ke negara ini.

Namun, berlainan daripada Nur Idayu, yang dilarikan lelaki Surabaya, kes 'dilarikan' atau 'melarikan' ini sebenarnya amat sinonim dengan lelaki Lombok. Justeru, sudah tentu apabila ada sahaja kes wanita dilaporkan dilarikan ke negara berkenaan, mahu tidak mahu, lelaki dari daerah ini terus dikaitkan.

Penulis berpeluang menemubual lelaki Lombok, baru-baru ini untuk meminta pandangannya apa yang menyebabkan lelaki dari daerah ini kelihatan hebat dalam 'menyulam' cinta sehingga ramai dalam kalangan anak gadis di negara ini terjebak dan sanggup mengikut mereka ke tanah seberang.

Pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan dan lelaki berusia pertengahan 20-an ini kelihatan amat sopan menuturkan kata-kata malah sentiasa menundukkan kepala dan meminta keizinan setiap kali ketika melangkah berjalan di hadapan.

Aditya, (bukan nama sebenar) berasal dari Lombok Timur mengakui keistimewaan lelaki Lombok adalah dari segi permainan cinta mereka. maksudnya, sekiranya mereka mula menyukai seseorang wanita berkenaan mereka akan cuba mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun.

"Tidak mengira sama ada mereka ini anak dara mahupun sesiapa sahaja, sekiranya berkenan mereka pasti akan berusaha mendapatkannya. Kalau tidak mereka tidak akan balik," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Aditya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan gadis Lombok, beberapa bulan lalu juga menambah, bukan semua orang Lombok itu jahat yang kerjanya hanya melarikan anak dara orang. Cuma yang sebahagian berkelakuan demikian.

Katanya lagi, daerah Lombok itu juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Lombok Utara, Barat dan Timur.

Lombok Barat adalah dalam kalangan mereka yang paling agresif dalam hal-hal seperti ini.

"Dahulunya, budaya resam lelaki Lombok ini apabila mereka mahu bernikah, mereka perlu melarikan anak gadis orang ke kampung mereka.

"Ini bagi menunjukkan sikap kejantanan dan kekuasaan mereka sebagai lelaki. Mereka akan dianggap sebagai pahlawan apabila dapat 'melarikan' wanita-wanita dari kampung yang berlainan dan disimpan selama satu atau dua hari di rumah mereka sebelum akhirnya dilaporkan kepada ketua kampung.

"Seterusnya, akibat kejadian berkenaan, ketua kampung akan membuat keputusan untuk menikahkan mereka setelah mendapat kebenaran daripada pihak wanita," katanya.

Apabila ditanya tidakkah wanita berkenaan perlu meminta izin daripada waris mereka terlebih dahulu, Aditya menambah, itu semua akan diuruskan menerusi kamar perundangan iaitu nikah keadilan (seperti mahkamah syariah di sini) yang akan memberi keizinan menggunakan wali hakim sebelum pernikahan dijalankan.

Mungkinkah paras rupa yang boleh menyebabkan wanita di negara ini menjadi 'cair' dengan ketampanan lelaki dari daerah itu, Aditya menjelaskan, keadaan ini bergantung pada individu.

Sebagaimana lelaki di negara ini, dalam kalangan mereka juga ada yang kacak, namun faktor ini bukanlah penentu wanita berkenaan mudah terdorong mencintai mereka.

Sejujurnya, Aditya memberitahu, rata-rata lelaki dari Lombok ini adalah insan yang paling rajin, taat melakukan ibadah, sopan dan berkata-kata lembut.

"Sekiranya seseorang lelaki itu sudah menyukai wanita berkenaan, dia bersedia berkorban melakukan apa sahaja, wang ringgit sehingga sanggup menjadi 'hamba abdi' wanita terbabit semata-mata mahu mendapatkan cinta wanita berkenaan.

"Lelaki Lombok ini lebih senang hidup sesama mereka daripada bergaul dengan suku-suku bangsa lain daripada masyarakat Indonesia sendiri. Tubuh mereka agak rendah tetapi sasa dan lebih senang bekerja di bahagian perladangan.

"Di Lombok, kebanyakan masyarakatnya menjalankan aktiviti pertanian, perladangan serta trojet (motor sapu) dan kebanyakan daripada mereka adalah miskin," jelasnya.

Apa yang agak mengejutkan, Aditya juga tidak teragak-agak untuk memberitahu, ramai lelaki Lombok mempunyai ilmu amalan 'guna-guna' untuk mendapatkan wanita yang dicintai mereka.

"Ilmu ini memang dipelajari daripada turun-temurun dan tahu mengetahui mengenai mentera ini. Ilmu ini digunakan sama ada menerusi makanan, daun sirih, menerusi angin dan asap rokok," katanya.

Aditya memberitahu, ilmu guna-guna ini digunakan terutamanya kepada wanita yang ingin dikahwini mereka tetapi sukar untuk mendapatkannya.

Tetapi Aditya turut memberi amaran, ilmu ini juga akan digunakan kepada wanita yang selalu memperlekehkan dan mentertawakan lelaki Lombok sehingga mereka berasa dicabar wanita berkenaan. Apabila mereka berasa sakit hati, mereka akan menggunakan ubat guna-guna ini untuk mengenakan wanita berkenaan kerana dendam," katanya.

Berbeza dengan lelaki suku lain, lelaki Lombok sebenarnya tidak sejahat yang disangka. Mereka tidak melakukan jenayah yang mengakibatkan kematian. Mereka adalah insan yang serba sederhana dan suka dengan kedamaian.

Jam ceriakan kediaman

Posted: 10 Jul 2013 10:19 PM PDT

Jam dinding Cuckoo yang dihasilkan dengan penuh teliti.

TUGASNYA hakikinya sebagai penunjuk waktu, namun ia mampu berfungsi lebih jauh daripada itu bagi menceria dan menyerikan sudut-sudut tertentu di rumah.

Malah sesetengah individu menjadikan jam dinding sebagai koleksi berharga yang disimpan dan dijaga elok sehingga berpuluh mahupun beratus tahun.

Keupayaan memiliki jam dinding sehingga berpuluh tahun lebih didorong oleh minat terhadap keunikan, reka bentuk dan ciri-ciri teknikalnya.

Antara koleksi popular di kalangan pengumpul jam dinding ialah siri jam Cuckoo berirama.

Jam dinding buatan Jepun ini, melalui hasil kerja tangan yang cukup teliti dan rumit dengan pergerakan yang berkualiti tinggi.

Irama siulan burung mekanik yang kedengaran setiap jam pasti mencetus suasana ceria di rumah.

Koleksi terbaru jam berirama Cuckoo ini didatangkan dengan fungsi baru iaitu sensor mematikan siulan burung secara automatik pada maktu malam.

Alat sensor kecil dipasang pada kotak jam bagi mengesan cahaya. 'Burung' akan senyap apabila cahaya atau lampu dimatikan bagi memastikan tidur malam penghuninya tidak terganggu.

Didatangkan dalam lima model berbeza jam unik ini boleh diperoleh pada harga serendah RM1,100 hingga Rm1,500 di butik Rhythm Pavilion, Kuala Lumpur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Terima kasih DBKL

Posted: 10 Jul 2013 11:51 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

Ramli Ibrahim menunjukkan nombor petak bazar di Lorong Bonus 6, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mendapat bantahan daripada 12 peniaga tudung di lorong berkenaan. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 10 Julai - Seramai 20 pengusaha dan peniaga dari industri kecil sederhana (IKS) menarik nafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan mereka meneruskan perniagaan di tapak lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sebelum ini timbul kekecohan selepas peniaga terlibat diarahkan berpindah ke tapak baharu di Lorong Bonus 5 yang didakwa kurang strategik.

Seorang peniaga IKS, Mohd. Shahrul Othman, 31 berkata, peniaga sangat berterima kasih kepada pihak DBKL kerana mengembalikan semula tapak perniagaan lama mereka di jalan utama.

Menurutnya, keputusan tersebut menunjukkan keprihatinan pihak berkuasa tempatan itu terhadap masalah peniaga.

"Kami bukan hendak mengambil kesempatan atau sengaja mahu menimbulkan isu, tetapi amat berharap agar peniaga seperti kami juga diberi ruang di lokasi utama seperti peniaga pakaian, tudung dan barang-barang hiasan lain," katanya.

Mohd. Sharul berkata, permintaan produk makanan kering terutamanya biskut raya, rendang dan serunding amat tinggi menjelang perayaan, namun jika tapak niaga jauh tersorok tentu memberi kesulitan kepada pengunjung.

Turut berkongsi perasaan peniaga rendang dan serunding, Mahmud Siron, 49.

Dia melahirkan rasa syukur dengan keputusan itu yang dianggap sebagai bukti keprihatinan DBKL terhadap peniaga Bumiputera.

Katanya, produk IKS yang dijual oleh para pengusaha di Bazar Ramadan Jalan Tunku Abdul Rahman itu merupakan hasil produk yang berkualiti dan asli.

"Kita menjual serunding dan rendang ini yang dibawa khas dari pengusaha terkenal di Kampung Laut, Kelantan manakala kuih Batang Buruk ini misalnya, berasal dari Muar yang seratus peratus menggunakan bahan utama dan asli iaitu kacang hijau bukannya kacang kuda seperti yang dijual di tempat lain.

"Jadi sayanglah jika kita ada produk yang baik dan bermutu tinggi tetapi tidak dapat dibeli oleh orang ramai hanya kerana dijual di lokasi tersorok," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan semalam mendedahkan para peniaga IKS yang tidak berpuas hati dengan tindakan DBKL menempatkan mereka di lokasi baharu di Lorong Bonus 5 yang didakwa tersorok dan kurang dikunjungi pelanggan.

Bagi 12 peniaga tudung di Lorong Bonus 6, di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pastinya Ramadan kali ini memberi seribu rahmat berganda kepada mereka.

Ini kerana permintaan mereka agar pihak berkuasa tempatan itu membatalkan cadangan membuka petak bazar baharu di buka di hadapan gerai mereka termakmul.

Ramli Ibrahim, 58, berkata keputusan itu amat dinantikan kerana ia lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

"Kami tidak berniat untuk menyekat rezeki peniaga lain, tetapi soal keselesaan dan keselamatan orang ramai juga perlu diambil kira," katanya.

Amaran nama disenarai hitam

Posted: 10 Jul 2013 11:51 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual makanan tercemar bakal berhadapan tindakan disenarai hitam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 10 Julai - Peniaga bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kebersihan termasuk menjual makanan tercemar bakal berhadapan dengan tindakan disenarai hitam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, tindakan itu merupakan langkah terakhir sekiranya peniaga didapati masih ingkar melanggar peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan pada setiap minggu pertama Ramadan mendapati masih ada peniaga yang kurang peka terhadap aspek kebersihan termasuklah dari segi penyediaan makanan mahupun kebersihan gerai mereka.

"Berdasarkan kepada keputusan sampel makanan yang diambil secara rawak daripada peniaga untuk dianalisis kebanyakan didapati mengandungi bakteria yang tinggi.

"Oleh kerana makanan dibiarkan terlalu lama ia boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit atau muntah,," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Operasi Persampelan Makanan Bazar Ramadan 2013 Wilayah Persekutuan di Bazar Ramadan Sri Permaisuri, Cheras dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah dan Pengarah Jabatan Pemudah cara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abd. Rahman.

Menurut Mhd. Amin, pemeriksaan tersebut diadakan bertujuan memastikan kualiti makanan yang disediakan itu berada di peringkat terbaik daripada segi kebersihan termasuk para peniaga.

"DBKL telah mengambil langkah proaktif pada tahun ini dengan menekankan keperluan suntikan pelalian 'taifod' yang wajib diambil oleh para peniaga di samping kursus asas pengendalian makanan.

"Kita mahu orang ramai yang membeli juadah di bazar Ramadan memilih makanan yang terjamin dari segi kebersihan.

" Kita tidak mahu mereka beli makanan dan balik ke rumah kemudian, sakit perut," ujarnya.

Katanya, sepanjang Januari hingga 8 Julai lalu, seramai 4574 peniaga dan pembantu peniaga bagi gerai bazar Ramadan telah diberikan suntikan tersebut dan sebanyak 1250 peniaga atau pembantu telah diberikan kursus.

"Pada tahun lalu melalui operasi yang sama, sebanyak 970 sampel telah diambil dari 12 tapak dan didapati sebanyak 407 sampel mengalami pencemaran.

"Kebanyakan jenis makanan yang sering mengalami pencemaran adalah makanan daripada jenis bersantan, manis, lauk pauk dan minuman," katanya.

Beliau menambah, sebanyak 62 kompaun, 82 notis amaran kepada peniaga dan 18 surat amaran kepada persatuan telah dikeluarkan.

Dianggarkan sejumlah 940 sampel makanan akan diambil dari 28 tapak bazar Ramadan melibatkan 14 tapak diselia oleh DBKL manakala selebihnya oleh persatuan sehingga 30 Julai ini.

Masalah sampah di Amazing Heights selesai

Posted: 10 Jul 2013 11:51 AM PDT

Rumah sampah berhampiran pangsapuri Amazing Heights, Jalan Sungai Udang, Klang yang sebelum ini dipenuhi longgokan sampah kini lebih bersih selepas kerja-kerja pembersihan dilaksanakan pihak bertanggungjawab.

KLANG 10 Julai - Kebimbangan penghuni pangsapuri Amazing Heights, Jalan Sungai Udang dekat sini berhubung masalah sampah yang tidak dikutip sehingga mengundang bau busuk dan mencemarkan persekitaran berakhir.

Ini berikutan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan pihak bertanggungjawab.

Keadaan rumah sampah di situ jauh lebih bersih dan tiada lagi sisa domestik dan timbunan perabot terpakai yang dilonggokkan sehingga membentuk bukit sebelum ini.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit hari ini mendapati, pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang giat melaksanakan kerja- kerja pembersihan.

Semua sampah pukal dan perabot terpakai telah dibersih dan dialihkan ke dalam sebuah tong sampah besar oleh pihak berkenaan.

Pada Isnin lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan berhubung kebimbangan penduduk di pangsapuri tersebut mengenai sampah pukal yang tidak dibersih dan dipungut.

Sementara itu, penduduk yang ditemui melahirkan rasa lega dengan tindakan yang diambil pihak bertanggungjawab.

Seorang penduduk, Ismail Bahasudin yang berusia dalam lingkungan 40-an itu berharap keadaan sama tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

"Sebelum ini keadaannya lebih teruk saya lihat dengan sampah dan perabot itu bertimbun sehingga membentuk sebuah bukit. Saya berharap kita sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan pangsapuri ini," katanya.

Penduduk, Fauzi Rosli, 40, menyifatkan, semua penduduk dan pihak berwajib perlu bersama-sama bertanggungjawab menangani isu ini dan tidak boleh menyalahkan sesiapa.

"Kain rentang telah diletakkan di situ supaya kita sama-sama menjaga kebersihan. Buang sampah ke dalam tong yang disediakan dan pastikan ia tidak berulang lagi kerana akan menyusahkan semua pihak," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Amazing Heights, Mahat Salleh, berkata, masalah sampah di sebuah lagi tempat pembuangan sampah di situ akan diselesaikan pada Isnin hadapan.

"Ia berikutan tong besar yang kita sewa melalui MPK agak terhad kerana pelbagai aktiviti seperti gotong-royong berlangsung pada hujung minggu ini. Pihak MPK akan membekalkan tong itu minggu hadapan kepada pihak kami," katanya.

Beliau turut tidak menafikan keadaan tersebut mungkin akan berulang jika mentaliti segelintir penduduk mengenai kebersihan belum dapat diubah.

"Saya telah meletakkan keratan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan tempoh hari di papan notis. Respons yang diterima daripada penduduk amat baik dan mereka 'baru tersedar' mengenai isu tersebut.

"Di samping itu, saya turut kecewa kerana ada segelintir pemilik rumah yang tidak prihatin kerana gagal membayar wang penyenggaraan.

"Yang membayar hanya 47 peratus sahaja. Sehubungan itu, saya meminta supaya semua penduduk di sini mematuhi peraturan dan memberikan kerjasama demi keselesaan pangsapuri ini," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved