Isnin, 27 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sepah hampir berpecah kerana ML

Posted:

Sepah hampir berpecah kerana ML

Sepah hampir berpecah kerana ML

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAUZI BAHARUDIN


WALAUPUN berdepan dengan pelbagai masalah yang membuatkan mereka hampir berpecah, ternyata rezeki tetap berpihak kepada kumpulan Sepah untuk bergelar juara Maharaja Lawak.


SEBELUM pertandingan bermula, saya sendiri memberitahu dua sahabat saya yang lain bahawa saya mahu membubarkan Sepah. Saya berkata kepada mereka biarlah kita berpecah agar senang semua membawa haluan masing-masing.

"Bayangkan kata-kata itu saya luahkan dalam beberapa jam sebelum gelanggang akhir dibuka. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berkata apa sahaja.

"Namun, kuasa yang lebih besar untuk menentukan segala-galanya adalah Allah SWT. Dia jugalah yang menentukan kemenangan kami pada malam ini.

"Kami hanya mampu bersyukur dengan rezeki yang diberikan olehNya," jelas Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep dalam nada terharu.

Demikian luahan ikhlas ketua kumpulan Sepah itu sewaktu ditanya reaksinya selepas menjuarai pertandingan akhir Maharaja Lawak (ML) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 64 peratus, telah melayakkan Sepah membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai berjumlah RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Ternyata Sepah mengejutkan ramai pihak terutama peminat fanatik kumpulan Jozan yang telah diramal dari awal lagi untuk menjulang gelaran sulung program realiti terbitan Astro Warna itu.

Namun, apabila melihat persembahan Sepah yang cukup mencuit hati dan bersahaja pada pentas akhir itu, memang tidak dapat dinafikan lagi mereka layak untuk menjunjung pengiktirafan tertinggi itu.

Menyambung bicara, Jep mengakui mereka berdepan dengan tekanan yang bukan calang-calang sepanjang menyertai ML.

Ini kerana kumpulan Sepah cukup sedar, mereka harus memberikan persembahan yang segar dan yang paling penting, dapat membuat penonton ketawa.

Tekanan itu bertambah kata Jep, apabila dia membuka cerita tentang bagaimana dia dan dua anggota kumpulan Sepah yang lain iaitu Shuib dan Mamat, kekeringan idea hanya dalam beberapa jam sebelum pertandingan akhir bermula.

"Sehinggakan kami terpaksa meminta pelepasan selama satu jam daripada Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani semata-mata untuk keluar dari stadium demi mencari idea.

"Malah, sewaktu latihan pun kami tidak dapat melakukannya kerana kami tiada cerita menarik untuk dipersembahkan. Kami hanya sempat menyiapkan satu cerita sahaja tetapi itupun hanya separuh jalan.

"Bayangkanlah, kami duduk di kedai mamak dari pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi sehari sebelum pertandingan, tetapi satu idea pun tidak datang.

"Apa yang membuatkan saya bersyukur dan terharu apabila peluang itu diberikan sekali oleh Allah.

"Jika bukan kerana Dia, tidak mungkin kami boleh membuat persembahan pada malam pertandingan akhir ini," kata Jep yang berusia 26 tahun itu dalam nada syukur.

Selain Jep, kumpulan Sepah yang pernah menjadi juara Raja Lawak musim ketiga itu turut dianggotai oleh Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Dalam masa yang sama, Jep dengan penuh terbuka memberitahu, perbalahan dan perselisihan pendapat memang sering berlaku dalam kumpulannya.

Dia sendiri menjelaskan betapa sukarnya untuk menanggung beban yang ada kalanya ditimbulkan oleh ahli anggota Sepah sendiri yang bagaikan tidak serius dengan kerja mereka.

"Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.

"Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak.

"Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham," katanya yang mahu anggota Sepah ubah diri masing-masing seandainya serius mahu meneruskan perjuangan dalam bidang seni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hunny Madu ‘pikat’ Anuar Zain

Posted:

Hunny Madu 'pikat' Anuar Zain

Hunny Madu 'pikat' Anuar Zain

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


HUNNY Madu bersama dua penerbit albumnya, Rafikoncept (kanan) dan Mohd. Hazri Shihabuddin menjawab pertanyaan media sewaktu majlis pelancaran album Pulau Janji di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Jalan Strachan, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BARANGKALI kejayaan personaliti popular, Hunny Madu mencipta lagu khusus untuk penyanyi lelaki tersohor negara, Anuar Zain pasti menjadi mangsa cemburu ramai pihak terutama komposer muda sepertinya.

Manakan tidak. Seperti mana yang diketahui, Anuar memang cukup cerewet dan begitu teliti dalam soal pemilihan lagu yang mahu dirakamkan.

Jadi, apabila Hunny Madu atau lebih mesra disapa Hunny ini berjaya mencipta lagu Kisah Kita dan seterusnya berduet dengan penyanyi pujaan ramai itu, ia boleh dianggap sebagai satu pencapaian besar untuk artis muda seperti Hunny.

Kata Hunny, dia memang sudah lama merancang untuk mencipta lagu dengan Anuar yang disifatkannya sebagai penyanyi yang memiliki suara luar biasa.

"Saya juga tidak malu untuk mengatakan bahawa saya memang pemuja suaranya yang bagi saya begitu mengasyikkan apabila didengar.

"Kalau diikutkan, saya sendiri sudah mencipta sebuah lagu untuk Anuar sejak dua tahun lalu selepas diminta oleh pengurusnya, Rohila Tahir.

"Tetapi, ketika itu saya tidak begitu yakin dengan kemampuan saya sehinggalah saya sudah siapkan sebuah lagu penuh lalu saya berikan kepada Anuar untuk dia dengar sendiri dan menilainya.

"Alhamdulillah, dia menyukainya lalu kami tidak menunggu lama untuk merakamkan lagu tersebut. Apa yang boleh saya katakan, proses rakaman lagu Kisah Kita memang bukan sesuatu yang mudah," jelas Hunny yang berusia 27 tahun in tanpa selindung.

Hunny ditemui usai pelancaran album sulungnya, Pulau Janji di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Jalan Strachan, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara tentang proses rakaman lagu Kisah Kita itu, Hunny menjelaskan ia memakan masa hampir tujuh bulan untuk disiapkan.

Katanya lagi, semuanya adalah kerana dia sendiri mahukan kualiti yang terbaik untuk lagu tersebut terutama dari aspek vokal.

"Kami merakamkan vokal secara berasingan dan demi memastikan lagu ini mencapai piawaian saya sebagai komposer dan penerbit album ini, saya sendiri sanggup belajar vokal bersama Lah Ahmad.

"Julat vokal (vocal range) antara saya dengan Anuar memang cukup berbeza dan untuk itu, kami perlu memastikan rakamannya berjalan lancar untuk mendapatkan hasil yang baik.

"Setidak-tidaknya juga ia memberi satu pengalaman baharu kepada saya. Apa yang penting, saya dan Anuar sama-sama puas hati dengan penghasilannya," ujar Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd. Hatim ini panjang lebar.

Apabila Hunny membuat keputusan untuk berduet dengan Anuar, ada pula suara sumbang mengatakan dia cuba untuk menumpang populariti penyanyi lelaki popular itu.

Apatah lagi untuk seorang penyanyi dan komposer baru seperti Hunny, secara tidak langsung dia pasti akan terkena tempiasnya.

"Hanya mereka yang berfikiran cetek sahaja yang akan berfikir begitu. Semua itu tidak pernah terlintas di fikiran saya.

"Niat saya hanya satu iaitu mahu menghasilkan muzik yang berkualiti dan rasanya semua itu sudah terbukti apabila Anuar sudi untuk merakamkan lagu ciptaan saya itu," katanya dalam nada sedikit tegas namun penuh diplomasi.

Selain Anuar, Hunny juga berduet dengan seorang lagi penyanyi dan komposer berbakat besar, Najwa Mahiaddin menerusi lagu Hey R.

Berbicara lanjut tentang album Pulau Janji, Hunny memberitahu dia kini boleh menarik nafas lega apabila akhirnya album tersebut berada di pasaran.

Walaupun mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan, bagi Hunny, dia bersyukur kerana segala yang dirancangkannya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

Mengenai kelewatan album itu berada di pasaran dan memakan masa yang lama untuk disiapkan, jelas Hunny, ia berpunca daripada kesibukannya sebagai seorang penyampai radio dan juga isteri.

"Alhamdulillah, suami saya, Khairul Azhar Abdul Wahid memberikan sokongan padu dan memberikan restu untuk saya meneruskan karier saya dalam bidang seni.

"Menerusi Pulau Janji, tiada lain yang saya harapkan agar ia dapat membuka jalan untuk saya lebih dikenali sebagai seorang penyanyi dan komposer," katanya yang mempertaruhkan lagu Dari Masa Hadapan sebagai single Melayunya yang pertama.

Album yang memuatkan 12 buah lagu itu turut menyaksikan Hunny berkolaborasi dengan empat penerbit iaitu Rafikoncept, Bo Amir Luqman, Mohd. Hazri Shihabuddin dan Selvam Gana.

Ketika ditanya tentang pemilihan Pulau Janji sebagai judul albumnya, ini jawapan yang diberikan Hunny.

"Pulau Janji merupakan sebuah destinasi imaginasi saya di mana ia merupakan sebuah lokasi untuk saya menumpahkan segala kreativiti saya dalam menghasilkan karya-karya saya.

"Saya pasti akan lari seketika daripada kehidupan realiti saya dan menghabiskan masa di Pulau Janji selama mana yang saya mampu untuk saya fikirkan tentang muzik serta ceritera diri saya.

"Kerana itulah juga saya tidak meletakkan sebarang genre untuk album saya ini kerana ia merupakan manifestasi saya terhadap muzik yang saya gemar. Terpulang kepada peminat untuk mengklasifikasikan saya dalam mana-mana genre," ujar Hunny memberikan hujahnya.

Sempat ditanya tentang kehidupan peribadinya, Hunny yang sudah setahun mendirikan rumah tangga bersama Khairul Azhar Abdul Wahid itu dengan secara terbuka memberitahu dia sudah bersedia untuk bergelar ibu.

Sama sekali tidak merancang untuk memiliki keluarga sendiri, Hunny memberitahu soal cahaya mata adalah tugas Yang Maha Esa.

Bagi peminat Hunny Madu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki Pulau Janji yang memiliki rangkaian lagu-lagu yang mampu menepati jiwa anak muda masa kini.

Selain Kisah Kita, Hey R dan Dari Masa Hadapan, lagu-lagu lain yang terkandung dalam album Pulau Janji termasuklah 3 Perkara, Bayangkanlah, Ting Ting, Shake, Miss Strong, Pulau dan Berlari (Tolstoy).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agenda bahaya Bersih 2

Posted:

Agenda bahaya Bersih 2

Agenda bahaya Bersih 2

Oleh ZULKIFLEE BAKARpengarang@utusan.com.my


ABDUL Rahim Jaafar (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan yang dirampas daripada kumpulan dipercayai ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan semasa sidang akhbar di Pulau Pinang, Ahad lalu.


PARTI-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan penganjur Himpunan Bersih 2, cuba mempertahankan kewajaran untuk mengadakan himpunan haram pada 9 Julai ini.

Mereka berhujah kononnya ia hanyalah sebuah perarakan aman dan tidak mempunyai elemen-elemen yang boleh mencetuskan huru-hara dan ia termaktub dalam Perlembagaan.

Malahan mereka juga mendakwa, perhimpunan haram itu 'tulen' bagi mengemukakan tuntutan agar pilihan raya dijalankan secara bersih, adil dan telus.

Dalam soal ini, kita berhak untuk bertanya tiga perkara;

n Pertama, sejak bilakah pembangkang dan mereka yang terlibat dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) begitu memelihara apa yang sudah termeterai dalam Perlembagaan.

n Kedua, apakah jaminan bahawa perhimpunan itu tidak akan dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh menggugat keselamatan negara dan mampu mengelak daripada huru-hara?

n Ketiga, kenapakah ada bantuan daripada pihak asing bagi menjayakan himpunan tersebut?

Untuk persoalan pertama, jika kita mengkaji perjalanan politik pembangkang sejak selepas pilihan raya umum 2008, merekalah yang paling banyak menggugat apa yang terkandung dalam Perlembagaan.

Cuba kita bertanya, siapakah kelompok yang berusaha menghapuskan keistimewaan orang Melayu dengan konsep perjuangan kesamarataan?

Siapakah pula yang bertanggungjawab mengadakan satu perjumpaan yang berakhir dengan satu ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini?

Golongan mana pula yang mahu supaya pembahagian biasiswa tidak lagi mengutamakan orang Melayu, sedangkan ia sudah tertera dalam Perlembagaan?

Bagaimana pula dengan tindakan Pengerusi Bersih, S.Ambiga yang terlibat secara langsung dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?

Cuba renung 14 perkara yang dituntut oleh IFC berkaitan dengan orang Islam dan agama Islam - tidakkah itu boleh dianggap tidak menghormati Perlembagaan?

Empat daripada 14 perkara berkenaan ialah, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam dan orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dua lagi perkara ialah sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil dan tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa dia beragama Islam.

Kalau semua ini dikaji, ternyata Ambiga dan pemimpin-pemimpin pembangkang cuba memanipulasikan apa yang ada dalam Perlembagaan demi kepentingan mereka?

Perkara kedua yang ingin kita ketahui, benarkah himpunan haram berkenaan akan berjalan secara aman sedangkan penahanan 31 penyokong Bersih yang diketuai oleh pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. D.Jeyakumar sudah membuktikan bahawa ada agenda tersirat di sebaliknya.

Penahanan itu sudah menjadi bukti bahawa himpunan haram Bersih mempunyai pelbagai elemen-elemen yang boleh merosak dan menggugat keselamatan negara.

Ambiga dan parti pembangkang boleh berhujah apa sahaja berhubung penahanan itu tetapi bukti-bukti yang diperolehi jelas menunjukkan bahawa himpunan haram berkenaan hanyalah alasan bagi melaksanakan agenda yang lebih besar.

Kalau betullah himpunan haram berkenaan hendak menuntut sebuah pilihan raya bersih dan adil, kenapakah ada usaha menghidupkan semula fahaman komunis dan menghasut rakyat untuk menggulingkan pemerintah seperti di negara-negara Asia Barat?

Secara lojiknya takkan Ambiga, Bersih, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak tahu apa yang hendak dilakukan oleh PSM?

Jika pemimpin pembangkang mendakwa mereka tidak mengetahui perkara itu, jelaslah bahawa mereka sendiri pun tidak boleh memberi jaminan bahawa tidak akan ada elemen-elemen subversif yang boleh menyusup masuk ke dalam himpunan haram berkenaan.

Selain itu, kita juga ingin bertanya kenapa sesetengah pemimpin pembangkang begitu ghairah menyebut apa yang berlaku di Asia Barat terutamanya di Mesir dan Tunisia bagi menggalakkan rakyat menyertai himpunan haram anjuran mereka?

Adakah ini bermaksud mereka mahu rakyat turun ke jalanan dan menumbangkan kerajaan melalui huru-hara serta kekacauan?

Perkara ketiga yang ingin kita ketahui ialah himpunan haram itu berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia, maknanya ia sepatutnya melibatkan rakyat negara ini sahaja?

Tetapi kenapa berlaku penahanan dua warga asing dari Korea dan Filipina bersama-sama dengan penyokong Bersih di Johor?

Turut menjadi persoalan besar kepada kita ialah penglibatan gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian berpangkalan di luar negara sebagai penyumbang dana kewangan terbesar Bersih.

Lebih membimbangkan ialah berdasarkan sumber-sumber, setakat ini terdapat sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara kita pada 9 Julai ini.

Semua ini memberi peringatan kepada kita bahawa dalam apa keadaan sekali pun, himpunan haram Bersih pada 9 Julai ini tidak harus dibenarkan sama sekali.

Kalau Bersih dan parti-parti pembangkang jujur, sudah tentulah mereka akan memilih jalan perundingan berbanding dengan turun ke jalanan mengemukakan tuntutan.

Malahan mereka juga boleh mengadakan perhimpunan secara aman di stadium-stadium terutamanya di negeri yang mereka perintah, tetapi mereka tidak mahu melakukannya.

Oleh itu pembangkang dan Bersih tidak boleh marah jika ada andaian bahawa agenda himpunan haram mereka bukan soal pilihan raya tetapi soal menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dengan menjadikan apa yang berlaku pada tarikh tersebut sebagai momentum.

Justeru adalah wajar jika terdapat pihak-pihak seperti Perkasa, Pergerakan Pemuda UMNO, dan NGO Melayu lain termasuk yang terbaru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia memberi amaran agar himpunan haram itu dibatalkan atau bersedia berhadapan dengan mereka.

Kelompok yang memberi amaran ini tidak mempunyai pilihan kerana tidak mahu Bersih dan pembangkang cuba memperalatkan demokrasi dan Perlembagaan bagi mencapai cita-cita politik mereka sehingga sanggup menghuru-harakan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas Kelantan ‘buang 26 gerai bernilai RM2j’?

Posted:

Pas Kelantan 'buang 26 gerai bernilai RM2j'?

Pas Kelantan 'buang 26 gerai bernilai RM2j'?

Oleh Yulpisman Asli

BERAPA banyak wang rakyat yang perlu dibazirkan oleh kerajaan Pas Kelantan bagi menyelesaikan kemelut perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru?

Persoalan itu wajar dibangkitkan selepas sebuah akhbar menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari mengenai apa yang beliau dakwa penyelesaian ke atas isu tersebut.

Menurutnya, "penyelesaian itu satu penyelesaian yang terbaik dalam situasi menang-menang khususnya kesudian kerajaan negeri memenuhi sebahagian tuntutan para peniaga Pasar Lama MPKB dengan meluluskan cadangan membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta."

Bazar Tok Guru merupakan projek usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn. Bhd. (SSB).

Sebelum ini, sebuah blog mendedahkan kerajaan negeri kerugian RM50 juta apabila mengambil semula bazar tersebut daripada pemaju dan pendedahan tersebut tidak pula dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lantaran itu, timbul persoalan, beginikah bentuk negara berkebajikan yang hendak diperjuangkan oleh Pas, apabila sanggup 'membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta' semata-mata untuk meraih kembali sokongan peniaga terbabit?

Tindakan 'membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta' itu dibuat ketika pemimpin kerajaan Pas Kelantan sering melaung- laungkan mereka sebuah kerajaan yang berhemah dalam membelanjakan wang rakyat.

Bagi kebanyakan rakyat Kelantan, wang sebanyak RM2 juta itu merupakan jumlah yang besar. Ia perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya dan tidak sepatutnya 'hangus' begitu sahaja, disebabkan kelemahan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah Bazar Tok Guru.

Perlu diingat, kemelut perpindahan peniaga Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru timbul akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat menjelang Pilihan Raya Umum 2008, iaitu menyediakan lot gerai yang selesa dan mampu milik.

Lantaran itu, peniaga terbabit bangkit menuntut janji tersebut dengan bantuan UMNO dan media arus perdana, terutama Utusan Malaysia, akhbar yang sering menjadi sasaran rasa tidak puas hati pemimpin Pas.

Kemuncak bantahan mereka ialah mengadakan bantahan di hadapan Istana Balai Besar bagi menuntut campur tangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Maka itu, tidak timbul sama sekali dakwaan UMNO memanipulasi isu tersebut, kerana ia berpunca daripada sikap kerajaan Pas Kelantan sendiri yang didakwa peniaga terbabit mungkir janji dan mereka hanya menuntut janji tersebut.

Apa yang berlaku sebenarnya, menyerlahkan lagi sikap pemimpin Pas di Kelantan yang ibarat 'kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.'

Jika sebelum ini pada pihak-pihak dalam Pas yang menuntut Kerajaan Pusat memberikan penjelasan berhubung kelewatan pembinaan projek Jambatan Sultan Yahya Petra kedua, maka, desakan sama patut dikemukakan kepada kerajaan negeri.

Ini kerana, selain 'membuang 26 gerai bernilai lebih RM2 juta' itu, berapa banyak pula kos yang terpaksa dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi membiayai pembesaran dan pembersihan semula gerai-gerai berkenaan?

"Awak berniaga, takkan awak tak buat kira-kira untung rugi dalam pembinaan projek itu. Siapa sebenarnya yang untung? Kini, nak besarkan semula lot-lot niaga terbabit. Siapa pula yang bakal menerima habuan daripadanya?" soal seorang pemimpin masyarakat bukan Melayu ketika mengulas isu tersebut.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian pula, kemelut Bazar Tok Guru hanya menyerlahkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan projek usaha sama dengan syarikat swasta yang akhirnya mengorbankan wang rakyat.

"Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan mengalami kerugian tanah kira-kira RM30 juta dan ini akan tambah kerugian serta beban kewangan kerajaan negeri yang sememangnya sudah 'meletihkan.'

"Minta rakyat pandang serius masalah ini kerana pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh dipandang mudah, ia melibatkan wang rakyat.

"Sepatutnya kerajaan negeri sudah membuat pertimbangan lebih awal apabila ada pihak-pihak tertentu dalam PMKB yang cuba mengaut keuntungan," katanya.

Beliau yang juga Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) berkata, kemelut Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis, pembangunan Lembah Sireh dan banyak lagi projek usaha sama yang gagal dilaksanakan, menunjukkan ketidakcekapan dan tidak amanah kerajaan Pas Kelantan setelah dipilih oleh rakyat.

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia

di Kelantan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kenangan di atas kanvas

Posted:

Kenangan di atas kanvas

Kenangan di atas kanvas

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF & MUHAMMAD AMIN NAHARUL ISLAM


NORHISHAM Asmawi dengan gaya tersendiri mencurahkan ilham d atas kertas.


ROMBONGAN Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Stesen Tanjong Pagar, Singapura baru-baru ini turut membawa empat pelukis yang tidak ketinggalan mahu melakarkan tinggalan sejarah itu di atas kanvas.

Mereka terdiri daripada Syed Nahar Syed Abd. Hamid, Norhisham Asmawi, Mohd. Khairul Mohd. Zain dan Sumi Aris Aziz.

Biar pun jadual lawatan ke Stesen Bukit Timah dan Stesen Tanjong Pagar agak padat namun ilham serta cetusan untuk mengabadikan kedua-dua tempat yang sarat dengan cerita suka-duka manusia itu sempat ditumpahkan dalam bentuk lakaran asas.

Program tiga hari itu ternyata tidak memberi ruang kepada mereka untuk menyiapkan hasil kerja. Lantas kerja-kerja menyempurnakan lakaran asas bersambung di Kuala Lumpur.

Maka temu janji susulan diatur untuk melihat karya insan-insan seni yang naluri mereka turut tersentuh apabila bercakap tentang tarikh 30 Jun 2011.

Bermula pada Jumaat ini, perjalanan kereta api dari Malaysia ke Singapura akan berakhir di Woodlands Train Checkpoint (WTCP), tidak lagi di Tanjong Pagar. Ia sekali gus menamatkan catatan perjalanan ke stesen Tanjong Pagar yang bermula pada 1932.

Selepas sebulan meninggalkan Tanjong Pagar, pertemuan yang dirancang menjadi kenyataan. Keempat-empat pelukis yang berkarya di Pasar Seni Kuala Lumpur mahu kami bertemu di situ. Tentunya ia medan pertemuan yang sesuai lantaran nama Pasar Seni itu sendiri satu masa dulu diangkat oleh kumpulan pelukis tanah air.

Tentu juga amat sesuai jika lukisan stesen Tanjong Pagar yang begitu besar maknanya itu diabadikan oleh anak-anak seni yang biar pun masih muda tetapi tidak mahu tersisih daripada catatan sejarah.

Sebaik sampai ke Pasar Seni atau nama korporatnya Central Market, lokasi yang menempatkan kumpulan pelukis tidak ditemui. Apabila dirisik di kaunter maklumat, pantas diberitahu mereka ditempatkan di luar bahagian belakang bangunan.

Rasa tidak sabar mahu melihat hasil tangan anak-anak muda itu. Namun keterujaan sedikit terhenti apabila melihat lorong yang menempatkan para pelukis. Jika terik matahari, maka bahang terasa, jika hujan mahu saja menjadi seperti setinggan.

Sumi yang sebilik dengan penulis sepanjang lawatan media ke Tanjong Pagar, Singapura menunjukkan hasil curahan rasanya tentang stesen yang sarat dengan nostalgia itu.

Biar pun tidak banyak mengetahui tentang sejarah Tanjong Pagar namun Sumi mampu menghayati keindahan stesen tersebut yang sememangnya kaya dengan nilai-nilai artistik.

Begitu juga dengan Syed Nahar, Norhisham dan Mohd. Khairul yang masing-masing menyifatkan lawatan ke Tanjong Pagar membawa nilai serta sentimen tersendiri.

"Peluang merakamkan bangunan bersejarah seperti Tanjong Pagar dalam bentuk lukisan sememangnya dihargai.

"Apatah lagi dalam keadaan bangunan itu masih berfungsi sebagai sebuah stesen.

"Apabila siap menjadi sebuah lukisan stesen itu menunggu masa untuk menjadi warisan yang kelak dikunjungi orang ramai untuk tujuan mengenang dan mengimbau,'' Syed Nahar.

Anak kelahiran Serdang, Kedah itu sememangnya mempunyai bakat seni sejak di bangku sekolah. Hasil lakarannya masih terpateri di dinding dan tangga Sek. Keb. Air Putih, Serdang.

Bagi Syed Nahar, keputusan kerajaan menyerahkan stesen Tanjong Pagar dan stesen Bukit Timah kepada Singapura mempunyai nilai sentimental yang menyentuh naluri rakyat Malaysia.

Perkara itu dipersetujui Mohd. Khairul yang masih dalam proses menyiapkan lukisannya. Hubungan erat, malah sejarah antara kedua-dua negara mengikat nostalgia penduduk Malaysia dan Singapura.

"Tentunya penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan Singapura menyentuh perasaan. Ada saudara-mara rakyat Malaysia di sana, dan ada juga saudara mara rakyat Singapura di sini.

"Kereta api menjadi penghubung untuk mempertemukan mereka. Apabila tidak lagi ada perkhidmatan ke Tanjong Pagar tentu ada 'kehilangan' dirasai,'' katanya.

Norhisham biar pun tidak banyak bercakap, mempunyai pandangan tersendiri tentang keunikan stesen Tanjong Pagar dan Bukit Timah.

Sememangnya kanvas antara wadah paling sesuai untuk melahirkan apa sebenarnya yang dirasai tentang peristiwa penyerahan kedua-dua stesen itu kepada kerajaan Singapura.

Sebab itu bagi pelukis veteran Aris Aziz, peristiwa bersejarah biar apa pun coraknya sama ada gembira, sedih mahu pun derita perlu dicurahkan di atas kanvas agar kenangan yang disimpan dalam pelbagai bentuk.

Beliau yang pernah tinggal di Singapura turut terkesan dengan penamatan perkhidmatan kereta api ke stesen Tanjong Pagar.

Bagi Aris, perjalanan adalah catatan yang membawa seribu makna, lantas apabila ia ditamatkan, maka makna tidak lagi kesampaian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima kilogram, lapan hari

Posted:

Lima kilogram, lapan hari

Lima kilogram, lapan hari

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


RAWATAN menggunakan kaedah moden.


DALAM kehidupan seharian ada kalanya kita perlu mengangkat bebanan seberat lima kilogram dari satu tempat ke satu tempat. Sama ada mengangkat pasu bunga, komputer riba, barang keperluan dapur dan sebagainya.

Persoalannya sanggupkah kita menampung bebanan seberat itu untuk satu tempoh yang lama dan tubuh badan.

Sekarang, cuba bayangkan kita mengurangkan berat badan sebanyak lima kilogram menerusi satu kempen istimewa yang ditawarkan oleh pusat pelangsingan badan terkenal Bizzy Body.

Dalam kebanyakan program diet, mengurangkan lima kilogram adalah mudah sekiranya seseorang mengikuti perancangan diet yang ditentukan.

Namun ia mengambil masa yang lama hingga sebulan untuk mengurangkan lima kilogram sahaja - satu penantian yang memang menyeksakan.

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang manusia memerlukan kira-kira 2000 kalori sehari.

Satu paun lemak mengandungi 3,500 kalori, bermakna, untuk mengurangkan satu paun dalam seminggu kita perlu membakar kira-kira 500 kalori.

Ini juga bermakna kita tidak sepatutnya makan lebih daripada 1,500 kalori sehari jika mahu mengurangkan berat badan.

Untuk tujuan itu mereka yang hendak kurus sanggup menahan nafsu dari memakan kek, burger keju, piza atau ais krim semata-mata untuk tidak menambah berat badan.

Kerana memahami tuntutan tersebut, Bizzy Body memperkenalkan satu program mengurangkan berat badan istimewa yang akan memastikan penurunan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa lapan hari.

Ketua Pegawai Pemasaran, Wyann International, Danny Hoh, berkata, program tersebut telah dirangka khusus oleh pakar diet serta pakar nutrisi Bizzy Body.

"Kami telah berjaya mengubah kehidupan ramai wanita yang telah kehilangan keyakinan diri untuk kembali tampil yakin dan kelihatan menarik.

"Jadi dengan program mengurangkan lima kilogram dalam lapan hari ini diharapkan ramai wanita berjaya memiliki apa yang mereka idamkan selama ini," katanya.

Promosi tersebut berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Julai 2011 melalui pakej rawatan yang bermula dari RM380.

Bukan itu sahaja, setiap pelanggan baru layak menerima E-Intense Slimming Treatment yang bernilai RM660.

Rawatan E-Intense ini memberi jaminan kepada pelanggan mengurangkan sebanyak 15 sentimeter pada percubaan pertama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mangsa nyaris maut kena tetak

Posted:

Mangsa nyaris maut kena tetak

Mangsa nyaris maut kena tetak

Oleh ROZIANAH RISMAN
kota@utusangroup.com.my


Nazalina Nawawi menunjukan parut pada tangan semasa diragut di depan rumahnya di Taman Melewar, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jun – Seorang guru wanita mengalami kerugian kira-kira RM8,800 selepas dirompak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Amzil, Taman Melewar tengah hari ini.

Mangsa, Nazalina Nawawi, 36, yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul itu juga nyaris maut ditetak oleh kumpulan perompak itu apabila mereka turut mengacukan parang ke arahnya.

Kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup milik jirannya, yang menunjukkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal melakukan jenayah tersebut.

Menurut Nazalina, dia bergelut dengan seorang daripada penjenayah tersebut apabila lelaki itu merentap gelang tangannya sebelum menyelak tudungnya untuk menyamun rantai leher.

"Disebabkan saya tidak pakai rantai, perompak itu kemudian bertindak merampas beg tangan saya yang mengandungi wang tunai RM6,500 hasil perolehan perniagaan kedai buku milik suami dan sebuah telefon bimbit.

"Kumpulan lelaki itu juga memberi amaran supaya tidak menjerit, namun saya jerit dengan sekuat hati menyebabkan perompak itu marah lalu mengugut untuk menikam saya sebelum mengheret saya keluar kereta," katanya.

Sementara itu, bapa mertua mangsa, Abu Bakar Ahmad, 67, bergegas keluar rumah setelah mendengar jeritan menantunya itu dan bertindak membaling batu ke arah perompak tersebut.

"Saya yang terkejut melihat pergelutan tersebut cuba membaling batu ke arah perompak itu tetapi saya diugut bunuh sekiranya saya bertindak merapati mereka. Mereka kemudian terus melarikan diri," jelasnya.

Antara barangan yang turut diambil ialah kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan kunci kereta.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja ditemui mati terjatuh

Posted:

Remaja ditemui mati terjatuh

Remaja ditemui mati terjatuh

PETALING JAYA 27 Jun - Seorang abang tidak menyangka mayat lelaki yang ditemui terjatuh di tingkat bawah sebuah pangsapuri di USJ 1 dekat sini awal pagi ini adalah adiknya sendiri.

Muhammad Hasbi Ali, 20, yang bekerja sebagai tukang masak berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila jirannya memaklumkan terlihat seseorang terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri itu, pukul 3 pagi.

Katanya, dia kemudian turun untuk melihat dan terkejut mendapati mayat itu sebenarnya adalah adik ketujuhnya, Mohd. Nazri (gambar), 18.

"Semasa ditemui, adik saya sudah 'nyawa-nyawa ikan' kerana cedera parah di kepala. Abang saya, Muhammat Sobbri menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital," katanya ketika ditemui di rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

Dia yang bertemu adiknya itu kali terakhir pukul 11 malam semalam, reda dengan pemergian arwah.

Tambahnya, jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat tujuan mangsa berada di tingkat tersebut.

"Hanya seorang rakan mangsa diambil keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harapan warga Shah Alam

Posted:

Harapan warga Shah Alam

Harapan warga Shah Alam

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusangroup.com.my


PLAZA Tol Sungai Rasau merupakan salah satu daripada dua plaza tol di Shah Alam yang dicadang supaya dimansuhkan. - UTUSAN/Mohd shaharani saibi


SHAH ALAM 27 Jun - UMNO Bahagian Shah Alam bersama lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) serta parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini berharap cadangan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan.

Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Shah Alam, Datuk Nawawi Md. Zin berkata, memorandum berhubung perkara itu, yang merupakan suara hati warga Shah Alam, sudah pun dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya pada 11 Jun lalu.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya masih belum menerima maklum balas daripada kementerian berkenaan dan usaha sedang dilakukan untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam berkata, kunjungan hormat itu disifatkan sebagai penting bagi mendapatkan reaksi awal kerajaan, selain boleh membincangkan cadangan dalam memorandum tersebut.

"Dalam keadaan ekonomi hari ini, UMNO Bahagian membawakan suara hati rakyat di negeri ini bersama pelbagai NGO dan amat berharap kerajaan dapat memenuhi permintaan itu.

"Jika sebelum ini, beberapa kutipan tol sudah ditamatkan dan kami harap tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau juga dapat dimansuhkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 11 Jun lalu, Nawawi menyerahkan memorandum memansuhkan tol tersebut kepada Shaziman bagi dikemukakan untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Ashaari Ibrahim yang mewakili Shaziman selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari pula berkata, golongan muda sentiasa memberikan sokongan kepada usaha meringankan beban kewangan rakyat termasuk memansuhkan kutipan tol di Lebuh Raya Persekutuan yang telah beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu.

"Dalam keadaan ekonomi sedang mengalami pemulihan, kami merayu agar kerajaan dapat menamatkan operasi kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Kamaruddin Ahmad berkata, Lebuh raya Persekutuan adalah pintu masuk utama ke Shah Alam dan sewajarnya ia tidak 'dihiasi' dengan plaza tol.

"Mengikut perkiraan kita, syarikat konsesi lebuh raya itu sudah berjaya mengutip balik nilai pelaburan mereka bagi membangun dan menaik taraf lebuh raya berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


YWJ buka lebih banyak muzium

Posted:

YWJ buka lebih banyak muzium

YWJ buka lebih banyak muzium

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Asiah Md. Ariff meletakkan piring hitam pada alat muzik lama sebagai gimik perasmian Hari Muzium Antarabangsa 2011 di Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 26 Jun - Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat membuka lebih banyak muzium di negeri ini bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya di Malaysia.

Pengarahnya, Muhamad Fuad Radzuan berkata, pada masa ini pihaknya sedang dalam proses untuk membuka Muzium Tokoh Johor di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad di Bukit Senyum di Johor Bahru dan Galeri Dato' Onn Jaafar di kediaman pegawai daerah di Batu Pahat.

Beliau berkata, kedua-dua muzium berkenaan bakal dibuka kepada orang ramai menjelang tahun depan.

"Kami juga dipertanggungjawabkan untuk merangka dan mewujudkan Muzium Timbalan Setia Negeri yang terletak di Bukit Timbalan, Johor Bahru," katanya pada majlis perasmian Hari Muzium Antarabangsa 2011 peringkat negeri di Muzium Kota Tinggi, di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Hari Muzium Antarabangsa 2011 peringkat negeri diadakan selama dua hari bermula semalam itu berjaya mendapat penyertaan membanggakan daripada pelbagai institusi muzium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kastam gagalkan seludup barang RM29 juta

Posted:

Kastam gagalkan seludup barang RM29 juta

Kastam gagalkan seludup barang RM29 juta

PONTIAN 26 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM29 juta sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Ramli Johari berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM10.2 juta berbanding rampasan bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM18.9 juta.

Menurutnya, sebanyak 67 tangkapan dibuat dalam tempoh berkenaan, dengan tujuh kes berjaya diselesaikan di mahkamah dan pelaku telah dikenakan hukuman masing-masing.

"Secara keseluruhan, daerah Pontian mencatatkan peningkatan hasil tangkapan yang melebihi RM16 juta," katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Mencegah Penyeludupan bersama penduduk Kawasan (2) Mukim Ayer Masin di Kampung Penerok, dekat sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof. Turut hadir Ketua Kampung Kawasan (2) Mukim Ayer Masin, Hamzah Isa.

Ramli berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah memiliki, mengangkut, menyimpan dan mengedar barangan yang belum diluluskan duti kastam yang tertakluk dalam Akta Kastam 1967 seperti rokok dan minuman keras.

"Kedudukan daerah ini yang terletak berhadapan dengan negara jiran selain dikelilingi pantai dan laut menjadi faktor utama aktiviti penyeludupan aktif berlaku," katanya sambil memberitahu kawasan tumpuan aktiviti penyeludupan adalah terletak di pesisiran pantai atau sungai yang mudah dijadikan laluan masuk.

Bagi membendung kegiatan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai dengan melaporkan kegiatan yang diragui di kawasan masing-masing selain usaha pihaknya yang sentiasa meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Lima jambatan dibaik pulih

Posted:

Lima jambatan dibaik pulih

Lima jambatan dibaik pulih

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

KUALA PILAH 26 Jun - Sebanyak lima jambatan termasuk pembetung di sekitar daerah ini yang didapati runtuh dan rosak akibat hakisan tanah telah siap dibaik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim berkata, namun tinggal satu jambatan yang masih dalam proses pemulihan.

''Keadaan cuaca serta banjir buruk yang melanda beberapa daerah di negeri ini pada awal tahun lalu telah menyebabkan hakisan tanah sehingga mengakibatkan beberapa jambatan termasuk pembetung di daerah ini rosak.

''Permasalahan infrastruktur sememangnya menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan kerana ia merupakan asas kemudahan penduduk, jika kemudahan ini tidak dibaiki ia akan menyulitkan serta mendatangkan masalah kepada rakyat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelas Abd. Samad, kerjasama erat antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta agensi berkaitan amat diperlukan bagi memastikan sebarang permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan efisien.

''Masing-masing memainkan peranan yang penting dalam hal ini, sebagai contoh JKKK di peringkat akar umbi perlu proaktif dalam membantu kerajaan mengenal pasti masalah rakyat.

''Jika ada masalah dan ia tidak dimaklumkan kepada kerajaan, pelbagai perkara negatif boleh terjadi, sebagai contoh rakyat pasti ingat mereka dipinggirkan sedangkan masalah itu tidak sampai di peringkat kepimpinan," ujarnya.

Katanya, keperluan atau sebarang masalah rakyat perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya perlu diambil bagi mencari jalan penyelesaian sekali gus menjamin kesejahteraan umum.

Dalam perkembangan lain, Abd. Samad memberitahu, jalan raya di pusat rekreasi, Ulu Bendul, dekat sini sedang menjalani proses menaik taraf.

''Kerja ini meliputi proses pelebaran jalan dari pusat rekreasi tersebut sehingga Tanjung Ipoh. Projek ini adalah bagi memberikan keselesaan kepada pengguna di laluan terbabit," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Promosi makanan, kebudayaan tarik minat pelancong

Posted:

Promosi makanan, kebudayaan tarik minat pelancong

Promosi makanan, kebudayaan tarik minat pelancong


MOHD. Khalil Yaakob menunjukkan bakatnya memasak sotong sumbat sebagai simbolik perasmian Pesta Makanan dan Kebudayaan Terengganu di Ayer Keroh, kelmarin.


MELAKA 26 Jun - Kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak untuk mempromosikan produk makanan tradisional dan kebudayaan sebagai usaha merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, pelancongan berasaskan makanan dan kebudayaan merupakan salah satu cabang dalam industri pelancongan yang semakin diminati ramai.

Menurutnya, inisiatif Hotel Seri Malaysia Melaka bekerjasama dengan Primula Beach Hotel Terengganu menganjurkan Pesta Makanan dan Kebudayaan Terengganu di negeri ini merupakan langkah terbaik dalam merancakkan industri pelancongan kedua-dua negeri.

"Ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan di atas usaha progresif untuk memajukan lagi industri pelancongan negara," katanya semasa majlis perasmian Pesta Makanan dan Kebudayaan Terengganu di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, semalam.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Latiff berkata, pesta tersebut merupakan lanjutan kepada program sama yang diadakan di Terengganu pada 10 hingga 16 Jun lalu dan kini giliran Melaka pula menganjurkannya hingga 30 Jun ini.

Beliau berkata, penduduk negeri ini dan negeri berhampiran seperti Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dialu-alukan untuk datang ke negeri ini bagi merasai dan menikmati keunikan makanan dan kebudayaan Terengganu.

Katanya, pihak hotel menyediakan pelbagai aneka juadah seperti sup ayam kentang, sambal ikan kering, serunding ikan, kerabu taugeh, kerabu daging, keropok lekor, nasi dagang dan banyak lagi.

"Selain makanan, orang ramai juga berpeluang untuk melihat hasil kraf tangan pengusaha batik serta songket Terengganu dan sebanyak 14 gerai jualan disediakan di lobi hotel ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bendung penyalahgunaan dadah

Posted:

Bendung penyalahgunaan dadah

Bendung penyalahgunaan dadah

MELAKA 26 Jun - Pendidikan awal dan pemantauan ibu bapa terhadap anak mereka antara langkah penting dalam membendung penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda yang semakin serius.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masalah penagihan dadah mampu diselesaikan jika ibu bapa memain peranan dalam mendidik anak masing-masing mengikut ajaran agama.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua ketua keluarga agar jangan pandang masalah dadah ini sebagai sesuatu yang remeh kerana ia mampu memusnahkan ketamadunan bangsa dan agama," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Pemadam juga disaran membuat cadangan ke arah tranformasi sosial yang membina modal insan ke arah jalan yang lurus dan benar.

"Mekanisme dan jentera Pemadam perlu diperincikan agar pelan tindakan yang sedia ada akan benar-benar mencapai matlamat, sekali gus dapat membantu kerajaan merealisasikan misi negara bebas dadah 2015," katanya.

Menurutnya, jumlah tangkapan berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan peningkatan daripada 125,620 pada tahun 2009 kepada 157,765 orang tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, seramai 42,133 orang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan salah guna dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Tambah beliau, sejak tahun 1983, kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 bilion bagi menjalankan pelbagai program pemulihan melalui institusi, komuniti dan perubatan. Jumlah itu akan terus meningkat sekiranya masalah penyalahgunaan dadah ini tidak dapat dibendung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Cabar jadi ‘anak jantan’.

Posted:

Cabar jadi 'anak jantan'.

Cabar jadi 'anak jantan'.

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas (kiri) melaungkan 1Malaysia sempena Perhimpunan Agung Ke-58 PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut sama, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani seperti 'anak jantan' dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.

Justeru, Najib mengingatkan pembangkang supaya bertanggungjawab dan menghadapi akibat sewajarnya jika terjadi keadaan huru-hara pada demonstrasi jalanan yang dirancangkan oleh mereka itu.

Beliau memberitahu, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung ke-58 PPP di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan, tindakan pembangkang yang menyokong atau berada di belakang perhimpunan haram Bersih adalah disebabkan mereka sedar momentum sokongan rakyat kini sudah kembali menyokong BN seperti dibuktikan dalam siri pilihan raya kecil lalu.

Menurut beliau, kejayaan BN meraih kembali sokongan rakyat sejak pilihan raya umum lalu adalah disebabkan hala tuju kerajaan yang jelas melalui usaha berterusan seperti diterjemahkan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kejayaan BN itu juga, katanya, diperakui oleh pihak ketiga serta para penyelidik berkecuali dan keadaan tersebut kini menggusarkan pembangkang.

Justeru itu, jelas beliau, pembangkang kini hanya mempunyai satu pilihan iaitu mewujudkan keadaan huru-hara bagi meraih kembali sokongan rakyat secara tidak demokratik melalui perhimpunan haram Bersih nanti.

Katanya, perhimpunan haram itu juga diadakan demi membantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun bukan melalui proses demokrasi.

Menurutnya, keadaan itu terbukti dalam struktur PKR sendiri yang menyaksikan Anwar muncul sebagai ketua parti itu tanpa dilantik secara rasmi (de facto) seperti kebiasaan parti politik lain iaitu melalui pemilihan atau pertandingan.

"Tidak usahlah hendak betulkan pilihan raya kita, betulkan parti sendiri. Dalam pemilihan parti (PKR) tahun sudah, apa yang sudah terjadi? Reformasi, reformasi, akhirnya baling kerusi,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

Posted:

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan


NAJIB Tun Razak bergambar bersama sebahagian daripada 1,111 orang belia yang menyertai kursus praperkahwinan teramai di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, semalam. Hadir sama, Adnan Yaakob dan Danny Ooi. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


PEKAN 26 Jun - Seramai 1,111 belia di daerah ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) apabila menyertai kursus praperkahwinan paling ramai di negara ini.

Penyampaian sijil penyertaan program anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Najib turut menerima sijil pengiktirafan MBR daripada Pengarah Urusannya, Datuk Danny Ooi dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kursus dua hari bermula semalam itu diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Dewan Komuniti Majlis Daerah Pekan (MBP) dan Dewan UMNO Pekan.

Peserta yang terdiri daripada 514 wanita dengan selebihnya lelaki itu membabitkan golongan belia dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, DUN Chini, DUN Peramu Jaya dan DUN Bebar dekat sini.

Sepanjang kursus itu, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk Pengurusan Tekanan dan Konflik Dalam Kehidupan, Pengurusan Sumber Manusia, Munakahat, Ibadah dan Pembubaran Perkahwinan.

Sementara itu, seorang guru, Nurziana Ibrahim, 25, berkata, dia bertuah kerana menjadi peserta ke 1,111 dalam kursus berkenaan yang sekali gus mewakili kesemua peserta bagi menyerahkan replika angka tersebut kepada Perdana Menteri pada majlis berkenaan.

"Saya menyertai kursus ini kerana tertarik dengan matlamat penganjuran terutama dalam melahirkan belia berilmu, beriman dan bertaqwa dengan harga yang cukup berpatutan.

"Saya sememangnya tidak menyangka akan terpilih sebagai wakil peserta untuk menyampaikan nombor penyertaan saya kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

Posted:

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

Kerajaan tidak tolak kemungkinan guna ISA

HULU SELANGOR 26 Jun - Kerajaan tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram Bersih jika ia benar-benar didapati menggugat keselamatan awam dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, penggunaan akta tersebut buat masa ini masih belum diperlukan memandangkan pemantauan terhadap matlamat sebenar perhimpunan itu sedang dilakukan pihak berkuasa.

"Saya tidak kata kita tidak boleh guna ISA. Buat masa ini kita tidak memerlukannya. Kita sedang pantau Bersih dan hanya akan menggunakan akta ini (ISA) jika suatu perkara yang dilakukan menggugat keselamatan awam dan negara.

"Kita tidak pilih bulu, Pemuda UMNO dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia} juga kita tidak beri permit untuk adakan perhimpunan menentang Bersih. Kita akan adil, tindakan sama jika didapati menyalahgunakan kuasa dan undang-undang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pertimbangan serius perlu dibuat sebelum ISA digunakan dalam isu Bersih kerana bimbang ia dieksploitasi oleh pihak tertentu dalam keadaan di mana masih ada undang-undang lain yang boleh digunakan.

"Bagaimanapun, saya ingin ingatkan kepada mereka yang akan terlibat dalam Bersih supaya jangan bermain dengan emosi dan mencampuradukkan apa yang kononnya diperjuangkan, tetapi mungkin ada matlamat lain yang boleh menimbulkan kemarahan pihak tertentu," katanya.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang seharusnya ditimbulkan kepada rakyat ialah mengenai adakah perhimpunan haram Bersih itu betul-betul bersih dalam perjuangannya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pembangkang sebenarnya tiada kekuatan di akar umbi, sebaliknya gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memperkudakan Pas bagi mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu.

"Apa kita (ahli UMNO) perlu lakukan sekarang adalah dedahkan kepada rakyat bahawa Pas sudah hilang identitinya, mereka hanya diperkudakan oleh PKR dan DAP bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pembangkang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


26,800 hektar tanah diceroboh

Posted:

26,800 hektar tanah diceroboh

26,800 hektar tanah diceroboh

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 26 Jun – Kerajaan negeri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penerokaan tanah kerajaan secara haram.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan mengikut undang-undang itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Beliau berkata, ini kerana siasatan pihaknya mendapati lebih 26,800 hektar tanah kerajaan diceroboh di negeri ini yang dikesan didalangi oleh sindiket tertentu.

"Kebanyakan tanah yang diteroka itu digunakan untuk tujuan pertanian dan perindustrian," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan ulang tahun kelima Pusat Pendidikan Al-Barakah di kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Zambry turut melancarkan buku Puasa dan Permasalahannya karya Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Mohd. Kazim Elias.

Lebih 600 peneroka mendakwa mengalami kerugian apabila Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Daerah Perak Tengah memusnahkan ladang pisang dan tanaman kontan di Sungai Tumboh dekat Seri Iskandar, Khamis lalu.

Operasi membabitkan 350 anggota termasuk PTG, polis, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan.

Zambry berkata, tindakan yang diambil PTG itu bukan zalim kerana pencerobohan tanah kerajaan negeri begitu serius sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan tidak zalim dan menganiaya sesiapa kerana ia merupakan sesuatu yang serius jika tidak dibendung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Posted:

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Pulanglah berkhidmat di negara sendiri - Raja Muda Perlis

Daripada ZAINU'L AZHAR ASHA'ARI


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (duduk, dua dari kiri), Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk, dua dari kanan) dan Azizan Hamid (duduk, kiri) bersama 13 pelajar Perlis di Novotel, Bandung, semalam. - BERNAMA


BANDUNG 26 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta pelajar Perlis yang berada di luar negara termasuk Indonesia pulang ke tanah air selepas berjaya menamatkan pengajian masing-masing walaupun ditawarkan gaji lumayan di negara asing.

Baginda bertitah, pelajar terlibat mempunyai tanggungjawab besar kepada negara dan rakyat begitu memerlukan perkhidmatan mereka.

"Ingatlah kepentingan untuk berkhidmat kepada negara dan bangsa terlebih dahulu kerana negara kekurangan doktor ekoran pertambahan populasi dan hospital serta klinik," titah baginda pada Program Titian Kasih Pelajar-Pelajar Malaysia di sini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar.

Sebelum itu, baginda menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap seorang kepada 13 pelajar Malaysia yang menuntut di sini, Jakarta dan Yogyakarta.

Sehubungan itu, titah baginda, pelajar berkenaan seharusnya proaktif dan dinamik supaya dapat menjamin kejayaan dalam cabaran dunia global selaras aspirasi negara untuk melahirkan modal insan yang diakui di persada antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, titah baginda, Majlis Agama Islam Perlis memperuntukkan sebanyak RM944,630 untuk pembelajaran termasuk sumbangan kepada pelajar-pelajar negeri berkenaan yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Titah baginda, menerusi sumbangan tersebut, para pelajar berkenaan diharap tidak mensia-siakan peluang diberikan kepada mereka untuk mencapai kejayaan yang sekali gus dapat mengurangkan kadar kemiskinan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

Posted:

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

JKKKP jelaskan peranan kerajaan Pusat

KUALA NERANG 26 Jun - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Kedah perlu memainkan peranan menerangkan kepada masyarakat tentang usaha pembangunan yang dilakukan Kerajaan Persekutuan untuk rakyat di negeri ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Kedah kini ditadbir kerajaan Pas, namun segala pembangunan di negeri ini dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sehubungan itu, Pengerusi JKKKP perlu dijemput dan turut serta dalam setiap program anjuran Kerajaan Persekutuan bagi mengelak salah faham mengenai sesuatu projek dan mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat kampung bahawa ia dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukan kerajaan negeri.

"Jika tidak, masyarakat di negeri ini akan menganggap segala projek pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, sedangkan Kerajaan Persekutuan di bawah BN membelanjakan jutaan ringgit demi keselesaan rakyat negeri ini.

"Ada pihak tertentu yang bercakap kepada masyarakat setempat ini adalah projek kerajaan negeri. Ia sekali gus membolehkan mereka mendapat faedah politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil kepada 27 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi, di Pusat Latihan Naka hari ini.

Beliau berkata, ini akan merugikan Kerajaan Persekutuan dan turut memberi implikasi negatif kepada UMNO. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved