Isnin, 14 April 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tengku Abdullah bertanding?

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) bersama sebahagian daripada penaja Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR - Jika diperlukan maka saya akan bantu." Itu kata Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan 25 Mei ini.

Tengku Abdullah merupakan calon paling popular dalam kalangan tiga pencalonan yang diterima oleh badan bola sepak kebangsaan itu untuk merebut kerusi panas No. 1 FAM.

Selain beliau, ayahandanya yang juga penyandang jawatan, Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ismail turut dicalonkan.

Tetapi kalau tak perlukan saya..(untuk jadi Presiden), saya tetap akan bantu juga (sebagai Timbalan Presiden)," katanya lagi.

Kenyataan Tengku Abdullah itu seakan memberi bayangan awal bahawa beliau bersedia untuk bertanding andai mendapat sokongan untuk memegang jawatan kerusi panas Presiden dan dalam masa sama, beliau turut senada dengan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang mahu semua pihak bersabar sehingga pengumuman calon bertanding dilakukan pada Sabtu ini.

Ini soalan cepu emas, saya susah sikit nak jawab dan kita lihat sahaja keputusan pada hari tersebut (Sabtu ini) nanti.

Yang boleh jawab soalan itu hanya ahli gabungan kerana ia melibatkan beberapa personaliti lain, Sultan (Sultan Ahmad Shah), Tunku Mahkota (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail) dan masanya akan tiba serta nama-nama akan diumumkan juga," katanya lagi dalam sidang akhbar tajaan kejohanan hoki Cabaran Juara-juara 1, di sini, semalam.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mencalonkan Tengku Abdullah sebagai Presiden.

Sultan Ahmad Shah pula belum menyatakan pendirian sama ada akan mempertahankan jawatan bagi penggal 2014-2018.

Difahamkan Tengku Abdullah menerima 12 pencalonan untuk jawatan Presiden dan salah satu ahli gabungan yang mencalonkan beliau ialah PBNP malah mereka antara yang terakhir menghantar borang pencalonan.

Pada sidang akhbar di Istana Pahang, Khamis lalu, Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak bersabar dan tunggu sehingga 19 April ini iaitu pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif terakhir bagi menyatakan jawapan sama ada bertanding atau sebaliknya.

Sultan Ahmad Shah dilaporkan menerima lima pencalonan, sementara Tunku Ismail yang dikhabarkan akan menarik diri meraih tiga pencalonan.

Mampukah Tok Gajah terus bertahan?

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Matias Conti (depan) bakal menjadi sandaran Tok Gajah apabila bertandang ke Singapura untuk menentang LionsXII malam ini.

KUALA LUMPUR - Perlawanan Liga Super buat kali ke-13 malam ini bakal menguji pendahulu liga, Pahang apabila mereka berkunjung ke Stadium Jalan Besar untuk menentang LionsXII yang masih lagi terluka dengan kekalahan kepada Sime Darby Sabtu lalu di gelanggang yang sama.

Stadium tersebut yang dahulunya menjadi gelanggang paling digeruni dilihat mudah dikuasai pasukan lawan seperti Sime Darby, Kelantan dan juga Pahang sendiri yang pernah mencatat kemenangan di pusingan kedua Piala FA Februari lalu.

Bagaimanapun, timbul persoalan sekarang ini mampukah Tok Gajah mengulangi pencapaian cemerlang itu hari ini bagi mengukuhkan kedudukan mereka di takhta liga selepas beraksi tujuh perlawanan tanpa kalah sejak mereka membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 8 Mac lalu di Stadium Darul Makmur.

Pasukan bimbingan Fandi Ahmad pula ibarat Singa Selatan yang terluka dan mereka perlu segera bangkit untuk kembali berada di kelompok teratas liga selepas cemerlang musim lalu muncul juara buat kali pertama.

Matias Conti dan Fauzi Roslan sekali lagi dijangka menjadi tonggak harapan buat pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan untuk memburu gol seterusnya membawa pulang tiga mata penuh.

Pahang mungkin berasa sedikit lega kerana mereka akan terus kekal di tangga teratas apabila pasukan di tangga kedua, Selangor yang dibezakan satu mata tidak beraksi pertengahan minggu ini kerana menentang Arema dalam saingan Piala AFC esok.

Dua pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu yang berkongsi 20 mata di tempat ketiga dan keempat juga perlu segera mencatat kemenangan untuk terus merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga.

Kelantan akan menentang Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, manakala Terengganu berkunjung ke Stadium Shah Alam bertemu PKNS.

Anak buah Steve Darby perlu berhati-hati dalam pertemuan dengan Sime Darby yang masih segar dengan kemenangan ke atas LionsXII namun setakat ini mereka cemerlang dua kemenangan berturut-turut, di mana kedua-duanya ketika menentang ATM di tempat lawan dan gelanggang sendiri.

Terengganu pula perlu bangkit dan melupakan kekalahan memilukan kepada Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan di atas kertas mereka tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan PKNS yang belum pernah menang sejak lima perlawanan berturut-turut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis edar lakaran wajah suspek kedua

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Khairuldin Saad menunjukkan gambar suspek semasa mengadakan sidang akhbar berkenaan perkembangan suspek yang menembak dua anggota polis di Ibu Pejabar Daerah Ampang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 14 April - Polis yakin dapat menangkap dua penjenayah dalam kes tembak dua anggota pasukan itu di Lembah Maju, Ampang, di sini Jumaat lalu, berikutan telah mengenal pasti lakaran wajah suspek kedua.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, lakaran tersebut diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran berdekatan kejadian.

Katanya, enam CCTV telah dikesan di sekitar kawasan kejadian dan tiga daripadanya berjaya merakam gambar suspek kedua tersebut.

Pihak kami masih mengumpul maklumat tetapi setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat.

Namun kita tidak akan berhenti memburu suspek dan kami mengharapkan kerjasama dan bantuan orang ramai bagi menyalurkan sebarang maklumat untuk membantu mengesan kedua-dua suspek terbabit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jumaat lalu, Lans Koperal Lionel Richard Jr. 26, cedera parah manakala rakan setugasnya, Koperal Zul Fazli Atlahi, 28, cedera ringan akibat ditembak seorang daripada dua penjenayah yang bertatu harimau di Lembah Maju, Ampang.

Berikutan itu, polis mengedarkan lakaran wajah suspek pertama yang melepaskan tiga das tembakan ke arah dua anggota terbabit.

Khairuldin memberitahu, polis turut menemukan kesan cap jari dan bahan bukti lain termasuk baju suspek, selipar serta sebutir anak peluru dipercayai jenis revolver .38 yang dijumpai di tempat kejadian.

Kami menemukan 18 kesan cap jari pada motosikal, topi keledar dan beberapa barang peribadi milik suspek yang ditinggalkan selepas kejadian.

Namun setakat ini, tiada persamaan dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data berkaitan kedua-dua suspek sedang dikumpul dengan kerjasama JPN.

Siasatan ke atas motosikal yang digunakan suspek juga merupakan kenderaan curi dan menggunakan nombor pendaftaran palsu," jelas beliau.

Culik: Pegawai Esscom ke Filipina

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KOTA KINABALU 14 April - Penghantaran beberapa pegawai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ke Selatan Filipina baru-baru ini adalah untuk membantu dan berunding dengan pihak pihak keselamatan negara itu bagi menyelamatkan dua wanita mangsa culik di Resort Singamata, Semporna pada awal bulan ini.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek menjelaskan, pegawai berkenaan tidak menjalankan urusan perundingan tebusan bersama para penculik sebaliknya berkongsi maklumat risikan untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, sehingga kini Esscom masih belum menerima sebarang tuntutan rasmi daripada penculik berhubung nilai tebusan yang dikatakan berjumlah RM36 juta itu.

Kami juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakili Esscom bagi mengadakan rundingan membebaskan warga China itu," katanya dalam sidang akhbar di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lalu, seorang pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singamata Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki berbaju hitam, bertopeng dan bersenjata.

Mengulas lanjut, Mohammad mendedahkan empat daripada suspek yang dikenal pasti terlibat dalam penculikan tersebut pernah menetap di Semporna tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, tiga daripada empat suspek itu juga dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan barangan ke Selatan Filipina manakala seorang lagi didakwa pernah bekerja di pekan Semporna.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak 19 Mac lalu, bahagian risikan Esscom mengesan lima buat bot yang cuba memasuki perairan negara ini dipercayai untuk melakukan jenayah penculikan di Semporna.

Bagaimanapun kawalan ketat pasukan keselamatan mampu menyekat kemasukan empat buah bot itu dan hanya sebuah saja yang berjaya lolos dan masuk ke perairan negara hingga melakukan jenayah terbabit di Resort Singamata," katanya.

Sementara itu, Mohammad berkata, Esscom merancang untuk memperkenalkan satu prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunapakai oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan sebagai satu keperluan bagi syarikat-syarikat yang bercadang untuk menubuhkan pusat peranginan di negeri ini.

Beliau berkata, SOP yang bakal dijadikan pra syarat untuk memperoleh lesen membuka resort itu akan dibentangkan dalam pertemuan dengan pengendali pusat peranginan di bawah Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) yang akan diadakan di sini, esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


UMMB mohon hakim tarik diri

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
dan NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Bimbang wujudnya unsur berat sebelah, Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) memohon supaya Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menarik diri daripada mendengar kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat akhbar itu berhubung isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.

UMMB memfailkan permohonan tersebut setelah mendakwa Rosilah dalam penghakimannya dalam satu kes saman lain pada 19 Februari lalu berpendapat Anwar merupakan pemimpin dan ahli politik yang terkenal di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa, berperwatakan dan reputasi baik namun telah difitnah oleh defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Dalam kes saman Anwar, 67, terhadap Wan Muhamad Azri, 31, Rosilah memutuskan bahawa defendan adalah pemilik blog, www.papagomo.com dan memerintahkannya membayar ganti rugi RM800,000 kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili UMMB dalam hujahnya berkata, biarpun kes saman tersebut adalah kes yang berlainan namun pihaknya berpendapat adalah memalukan dan menimbulkan kesukaran kepada Rosilah untuk membuat suatu hasil penemuan ataupun dapatan yang berbeza daripada segi perwatakan dan reputasi Anwar yang pernah diputuskan olehnya sebelum ini.

Firoz Hussein memetik perenggan ke-11, pernyataan tuntutan Anwar yang menyatakan bahawa beliau digambarkan sebagai seorang yang mengancam keselamatan negara, pembelot, terlibat dalam aktiviti keganasan dan tidak layak menjadi Ketua Pembangkang di Malaysia.

Namun begitu menurut peguam itu, perwatakan dan reputasi Anwar selaku pihak plaintif sebenarnya telah pun dinilai dan diputuskan oleh Rosilah dalam penghakimannya dalam kes saman antara Anwar dan Wan Muhammad Azri.

Ia juga akan menimbulkan isu sama ada dalam pentadbiran keadilan, seseorang hakim boleh meminda semula penemuan sendiri berhubung reputasi atau menimbangkan reputasi pihak plaintif secara objektif, ujar Firoz Hussein.

Beliau berhujah, prinsip nemo judex in causa sua (perlu adil dalam sesuatu pertikaian tanpa sebarang kepentingan) mesti dipatuhi dengan ketat dan mahkamah tidak perlu meletakkan diri dalam kedudukan kebebasan kehakimannya diragui.

Katanya, fakta berhubung reputasi dan watak pihak plaintif yang telah diputuskan dalam penghakiman lalu dan perlakuan plaintif yang baharu didedahkan, telah mendedahkan mahkamah itu kepada bahaya berat sebelah yang nyata.

Adalah tidak dapat dipertahankan bagi mahkamah untuk membuat penemuan fakta yang berbeza melibatkan perkara yang sama dalam saman yang berlainan. Dengan lain perkataan adalah mustahil bagi hakim untuk memutuskan fakta yang telah pun diputuskan melainkan mahkamah yang lebih tinggi memutuskan sebaliknya, kata Firoz Hussein.

Anwar yang diwakili peguam Datuk S. Ambiga memohon permohonan itu ditolak atas alasan dapatan dan penemuan yang dibuat oleh Rosilah sebelum ini mengenai reputasi baik Anwar di negara ini mahupun peringkat antarabangsa merupakan fakta yang tidak dipertikaikan oleh UMMB sebelum ini.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Rosilah menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan mengenai permohonan UMMB.

Ambiga mewakili Anwar selepas Rosilah pada 8 April lalu membenarkan permohonan UMMB untuk mengetepikan peguam N. Surendran daripada mewakili Penasihat PKR itu setelah syarikat akhbar tersebut mendakwa terdapat berkemungkinan berlaku konflik kepentingan berikutan kedudukan Surendran sebagai Naib Presiden PKR.

Sementara itu, Rosilah menetapkan petang esok untuk mendengar permohonan UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua untuk memasukkan permohonan bagi meminda pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pada itu, Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini turut menolak permohonan UMMB untuk menangguhkan perbicaraan kes saman tersebut sementara menunggu rayuan berhubung pelantikan firma guaman, Tetuan Daim & Gamany mewakili Anwar.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk David Wong Dak Wah yang bersidang bersama Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Umi Kalthum Abd. Majid sebulat suara memutuskan demikian dengan kos RM3,000.

UMMB mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 April lalu menolak permohonannya untuk mengetepikan firma guaman tersebut daripada mewakili Anwar.

Dalam saman yang difailkan pada 8 Mac tahun lalu, Anwar turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan? dan di muka surat sembilan pula bertajuk, Tiga kumpulan jadi dalang.

Ketua Pembangkang itu menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkanoleh defendan pertama dan kedua.

Kes cerai teman lelaki Hanez Suraya diselesai cara baik

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Nurliyana Manan bersama peguamnya untuk memfail permohonan cerai dengan suaminya, Razin Adilha Abd. Jais di Mahkamah Syariah Klang, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah

KLANG 14 April - Tuntutan cerai fasakh suri rumah Nurliyana Manan terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd. Jais yang juga teman lelaki pelakon Hanez Suraya mungkin akan ditarik balik jika penyelesaian secara baik berjaya dicapai oleh kedua-dua pihak.

Peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Nurliyana, 29, memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, jika persetujuan berjaya dicapai, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Menurut beliau, Romie Razin, 34, selaku defendan melalui peguam syarie, Rubiah Jaafar memaklumkannya hari ini untuk menyelesaikan kes tersebut secara rundingan namun Rubiah memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan Romie Razin.

Kami sebagai pihak plaintif menyambut baik hasrat Romie untuk menyelesaikan kes ini secara baik, seterusnya jika ia berjalan lancar kami akan mengemukakan permohonan baharu," kata Kamar Ainiah.

Ketika ditanya Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin sama ada rundingan itu akan tetap berakhir dengan perceraian bukannya perdamaian, Kamar Ainiah memberitahu, agak sukar mencapai perdamaian kerana banyak isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak.

Rubiah kemudian mencelah dan memaklumkan mahkamah, perbincangan untuk berdamai antara kedua-dua pihak telah diadakan sebelum ini namun gagal kerana isu berbangkit itu.

Sehubungan itu, Zainal Abidin membenarkan kedua-dua pihak mengadakan rundingan bagi penyelesaian secara baik itu agar isu mengenai hak masing-masing selepas bercerai selesai secara harmoni.

Beliau memberi tempoh sehingga 16 Jun ini untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat namun jika gagal, perbicaraan akan diteruskan.

Nurliyana memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Nurliyana hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya namun Romie Razin tidak hadir kerana tidak sihat.

Sementara itu Nurliyana yang ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu tidak mungkin sama sekali dia dan suaminya akan berdamai.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS salur dana RM3.25 bilion kepada Ukraine

Posted: 14 Apr 2014 12:59 PM PDT

WASHINGTON 15 April - Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menyalurkan dana pinjaman berjumlah AS1 bilion (RM3.25 bilion) kepada Ukraine, sebagai sebahagian daripada pakej ransangan untuk memulihkan ekonomi negara tersebut selepas berlakunya pergolakan politik dengan Rusia.

"Rakyat Ukraine telah menunjukkan keberanian mereka dalam mempertahankan kemerdekaan dan kerajaan begitu memahami apa yang rakyat mereka mahukan. AS akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk membantu Ukraine," kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew dalam satu kenyataan semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas Lew mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Ukraine, Oleksandr Shlapak, di sini. - AFP

Penulis blog dibebaskan atas tuduhan tindakan subversif

Posted: 14 Apr 2014 12:48 PM PDT

HANOI 15 April - Vietnam membebaskan seorang lagi penentang politik negara ini, yang kedua seumpamanya dalam tempoh masa seminggu, selepas banyak tekanan diberikan kepada pihak kerajaan atas tindakan menahan dan memenjarakan mana-mana pihak yang mengkritiknya.

Nguyen Tien Trung, serang penulis blog dibebaskan dari sebuah penjara di selatan Ho Chi Minh, selepas melakukan tindakan subversif dan berita yang dikeluarkannya bukan ditujukan untuk masyarakat.

Bapa suspek, Nguyen Tu Tu menyifatkan pembebasan Trung merupakan satu tindakan yang positif daripada pihak berkuasa dan berharap badan antarabangsa dapat memainkan peranan dalam membantu menjamin kebebasan anaknya. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


KBRB sebarkan mesej keamanan

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh AHMAD ZAKKI JILAN
utusanpahang@utusan.com.my

Jalur Gemilang dikibarkan oleh peserta Kayuhan Keamanan Sedunia Kelab Berbasikal Reborn Raub 2014 ketika melalui di salah sebuah bandar di Manila, Filipina, baru-baru ini.

KUANTAN 14 April - Sememangnya agak luar biasa bagi sebuah kelab berbasikal yang kecil dan kurang dikenali berjaya menganjurkan program kayuhan sejauh lebih 400 kilometer di empat negara ASEAN dalam tempoh tiga tahun penubuhannya.

Sejak ditubuhkan pada 24 Ogos 2011, Kelab Berbasikal Reborn Raub (KBRB) sudah menjelajah ke Thailand, diikuti Singapura dan Kemboja sebelum ke Filipina baru-baru ini.

Kejayaan KBRB itu didorong oleh matlamat serampang dua mata penubuhannya yang bertujuan memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menyokong keamanan, selain membantu melahirkan masyarakat ASEAN yang berkongsi prinsip sama dengan negara ini.

Presiden KB RB, C. Thevendran berkata, sejak kelab ditubuhkan, aktiviti berbasikal untuk keamanan merupakan antara acara tahunan yang semakin mendapat sambutan bukan sahaja penggemar aktiviti berbasikal tetapi juga masyarakat yang cintakan keamanan.

Untuk tujuan itu, KBRB mengambil langkah proaktif menganjurkan Program 1Malaysian Peace World Cycling Tour KBRB To 1ASEAN".

Program ini bermula dengan kayuhan di Thailand pada 2012 dengan disertai 20 peserta Malaysia dan 10 peserta dari wilayah Songkhla. Perjalanan dua hari dari Sadao ke Hat Yai dan Songkhla adalah sejauh 153 kilometer.

Di Singapura pada tahun berikutnya pula, sejauh 86 kilometer dilalui peserta 23 peserta Malaysia dan 20 peserta Singapura. Di republik itu, selain berbasikal, peserta mengambil inisiatif melakukan lawatan ke tempat-tempat yang lazim dilawati pelancong seperti Merlion, selain bandar raya Singapura itu sendiri, kata beliau.

Ujar Thevendran, begitu juga kayuhan di Kemboja yang semakin mendapat tempat apabila disertai 21 peserta Malaysia dan 35 (Kemboja).

Sejauh 100 kilometer dilalui peserta sepanjang dua hari kayuhan bersejarah itu.

Para peserta juga diberi peluang melawat Phnom Penh, Siem Reap dan Angkor Watt bagi tujuan menyebarkan mesej keamanan rakyat Malaysia kepada negara luar.

Di Filipina baru-baru ini pula, sejauh 70 kilometer dilalui oleh 50 peserta melibatkan 35 orang dari Filipina dan 15 (Malaysia).

Di negara tersebut, kayuhan bermula di kawasan pelancongan tanah tinggi iaitu Tagaytay dan melalui beberapa lokasi menarik termasuk 15 tempat, antaranya Silang, Dasmarinas, Bacoor City, Pasay, Laspinas serta Baclaran.

Misi kayuhan berakhir di Kedutaan Malaysia, Manila di Jalan Tordesillas, Makati City.

Acara simbolik bertukar-tukar bunga mawar di antara peserta Malaysia dan Filipina sebelum memulakan kayuhan di Tagaytay, Filipina, baru-baru ini.

Kayuhan yang bermula pada 7 pagi itu berakhir lima jam kemudian dengan para peserta kayuhan disambut oleh Duta Besar Malaysia, Datuk Mohd. Zamri Mohd. Kassim.

Uniknya, misi kayuhan keamanan itu turut mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Global Peace Loving Family (GPLF).

Bagi salah seorang peserta, Muhammad Syukri Addenan, 24, acara kayuhan itu disifatkan sangat unik kerana selain tujuannya untuk kesihatan, berbasikal juga boleh menjadi landasan untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa wujudnya perpaduan dan keamanan dalam kalangan rakyat.

Dalam setiap acara kayuhan di setiap empat negara ASEAN yang dijelajah, terdapat peserta pelbagai kaum terlibat. Ini menunjukkan bahawa ikatan sesama rakyat Malaysia itu sangat erat.

Malah peserta dari negara hos juga diundang untuk turut sama menyertai kayuhan. Ini pula boleh mengukuhkan hubungan dua hala, katanya yang mengikuti keempat-keempat misi kayuhan sebelum ini.

Sementara itu, peserta Filipina, April Sarmiento, 27, pula berkata, inisiatif yang diambil KBRB sangat baik dalam mempromosi sesebuah negara itu selamat dikunjungi.

Saya baru mengetahui bahawa 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia semasa berbual dengan salah seorang peserta. Ternyata semangat yang ditunjukkan peserta Malaysia melambangkan negara itu selamat dikunjungi.

Inilah masa dan ketikanya peserta dari Filipina mencungkil rahsia keamanan yang ada di Malaysia dan kita semua boleh mempromosinya di negara sendiri. Saya kira ini sudah cukup baik untuk diteruskan, kata April.

Dalam pada itu, Mohd. Zamri berkata, pihaknya sentiasa menyokong setiap acara yang bertujuan mempromosikan negara sebagai destinasi selamat dikunjungi, selain membantu mengukuhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Manila.

Misi kayuhan sebagaimana yang dijayakan KBRB sememangnya wajar disokong kerana berjaya menunjukkan bahawa bukan sahaja berbasikal itu aktiviti riadah yang menyihatkan tetapi berupaya menjalinkan hubungan baik antara dua negara melalui penyertaan Malaysia dan Filipina, ujar Mohd. Zamri yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

Matlamat KBRB seterusnya ialah kayuhan keamanan ke Indonesia pada November ini sebelum ke Vietnam, Laos dan Brunei pada 2015.

Malah, KBRB turut menyasarkan kayuhan ke Perth, Australia pada 2016.

Kaji semula sistem undi rumah

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 14 April - Kerajaan diminta mengkaji semula sistem pengundian untuk skim perumahan mampu milik dan menetapkan 30 peratus kuota kepada belia bumiputera.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Mohd. Farid Mohd. Noor berkata, langkah itu perlu memandangkan majoriti belia bumiputera antara golongan yang paling sukar untuk memiliki rumah terutama di kawasan bandar.

Memandangkan harga rumah yang tinggi berbanding pendapatan rendah golongan terbabit maka sewajarnya penetapan kuota perlu dilakukan bagi mendapat pembiayaan daripada pihak bank.

Kegagalan memperoleh pembiayaan misalnya akan menyebabkan sesetengah belia berkenaan yang terpilih melalui undian terbuka terpaksa membatalkan hasrat untuk memiliki rumah, sekali gus membuka ruang kepada orang lain untuk membelinya," katanya di sini semalam.

Menurut Mohd. Farid, tanpa penetapan kuota itu kemungkinan kekosongan berkenaan akan diisi oleh golongan bukan bumiputera.

Sudah banyak berlaku projek perumahan swasta membabitkan lot rumah kos rendah dan sederhana di bandar yang diperuntukkan kepada bumiputera, tetapi kemudian diisi oleh bukan bumiputera dengan alasan mereka membuat tempahan awal," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penetapan kuota tersebut adalah relevan serta sebagai jaminan jika pembeli dipilih menerusi undi gagal meneruskan hasratnya, rumah tersebut tetap diisi oleh pembeli lain dalam kalangan bumiputera juga.

Sistem kuota tidak bercanggah dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik kerana sememangnya rata-rata mereka tergolong dalam golongan ini adalah bumiputera.

Sebaik-baiknya Pemuda UMNO juga berharap kuota yang lebih besar diberikan kepada bumiputera, namun kita memahami dan menghormati perasaan rakan daripada pemimpin parti komponen yang turut menjaga kebajikan kaum masing-masing," katanya.

Kes denggi di Pahang meningkat 106 peratus

Posted: 14 Apr 2014 12:29 PM PDT

NOROL Azali Sulaiman (kiri) memberi penerangan mengenai tempat pembiakan jentik-jentik kepada penduduk selepas melancarkan Gotong-royong Perdana Perangi Denggi Peringkat Negeri Pahang di Sungai Isap Perdana, Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 14 April - Kes demam denggi yang berlaku di negeri ini bagi tempoh 1 Januari hingga Khamis lalu dilaporkan meningkat sebanyak 106 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, ini berikutan sebanyak 348 kes denggi berlaku dalam tempoh tersebut untuk tahun ini berbanding 169 kes tahun lalu.

Menurut beliau, bagaimanapun kes denggi di negeri ini menunjukkan trend penurunan yang agak konsisten iaitu antara minggu ke-10 hingga ke-14.

Pada minggu ke-10 iaitu 2 Mac hingga 8 Mac sebanyak 30 kes berlaku manakala minggu ke-14 iaitu 30 Mac hingga 5 April, 22 kes berlaku.

Selain itu, jumlah kes mingguan yang tertinggi adalah pada minggu keempat dan minggu ketujuh yang masing-masing mencatatkan bilangan sebanyak 40 kes," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Gotong-Royong Perdana Perangi Denggi Gempur Aedes Peringkat Negeri di Sungai Isap Perdana di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail dan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Abu Bakar Awang Ngah.

Menurut Norol Azali, dalam tempoh yang sama juga sebanyak 18 kawasan wabak denggi dikesan di negeri ini iaitu 16 kes berlaku di taman perumahan dan dua di tanah rancangan Felda.

Kuantan mencatatkan paling banyak kawasan wabak iaitu lapan, diikuti Jerantut (empat) dan masing-masing satu di Temerloh dan Raub," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 4,399 premis telah diperiksa dan didapati 80 daripadanya dikesan membiakkan jentik-jentik aedes.

Sebanyak 76 kompaun bernilai RM500 setiap satu telah dikeluarkan terhadap premis tersebut manakala 24 Notis Seksyen 8 pula terhadap premis yang berpotensi membiakkan nyamuk aedes," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri juga telah melaksanakan langkah pencegahan dan kawasan kes demam denggi dengan melakukan semburan kabus ke atas 286,654 premis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Standard industri tablet

Posted: 13 Apr 2014 11:03 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

TERUS mencuri tumpuan pada pameran Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini, Lenovo tampil memperkenalkan tablet terkininya, Yoga Tablet 10 HD+.

Menerusi peranti terbaharu ini, Lenovo sekali lagi menepati jangkaan dengan meletakkan standard baru dalam industri tablet mudah alih.

Paparan skrin Yoga Tablet 10 HD+ dinaik taraf dengan definisi tinggi penuh berserta resolusi mencecah 1920 x 1200 piuxel.

Di samping itu, peranti berkenaan mendapat sentuhan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 400 berprestasi tinggi yang dilihat bersesuaian dengan rekaan dinamik sebuah tablet.

Bagi melengkapi pembesar suara audio Dolby yang terletak di depan skrin, tablet ini turut disokong oleh kamera sisi berdefinisi tinggi lapan mega piksel (MP) serta kamera hadapan 1.6 MP untuk rakaman gambar dan video secara jelas.

Menggunakan platform Android 4.3, tablet ini dilihat mampu memberi pengguna merasai pengalaman yang hampir serupa dengan penggunaan komputer meja berbanding mana-mana tablet di pasaran.

Yoga Tablet 10 HD+ turut disokong dengan ketahanan bateri sehingga 18 jam penggunaan selain kapasiti memori mampu menampung sehingga 32 giga bait (GB) ditambah dengan keupayaan 64 GB menerusi slot kad mikro-SD,

Empat teknologi eksklusif DOit untuk peranti ini iaitu SHAREit, SECUREit, SYNCit, dan SNAPit turut terbina dalam aplikasi tablet ini.

DOit merupakan aplikasi yang memudahkan pelbagai tugasan pengguna seperti fungsi SHAREit melancarkan pemindahan gambar secara tanpa wayar daripada kamera ke Yoga pada kadar kelajuan 40 kali lebih pantas berbanding Bluetooth.

Aplikasi SECUREit pula mengoptimum dan melindungi data pengguna dengan menu alat perlindungan datanya manakala SYNCit merupakan pembantu peribadi yang berfungsi sebagai penyokong kepada data konteks, pesanan teks dan panggilan log menerusi sokongan awanan.

SNAPit kamera memberi kebebasan istimewa kepada pengguna untuk merakam gambar menggunakan aplikasi khusus seperti panorama atau mod letusan yang disesuaikan dengan situasi cahaya rendah atau terang.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh kayari laman web www.lenovo.com. Yoga Tablet 10 HD+ mula berada dipasarkan pada April dengan harga cadangan sekitar RM1,146.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Khasiat ikan haruan

Posted: 13 Apr 2014 11:03 PM PDT

IKAN haruan secara umumnya diketahui akan fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin. Sejak turun temurun lagi amalan perubatan menggunakan ikan haruan telah digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya.

Popularitinya meningkat tatkala hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat di samping kaya protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.

Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan.

Seorang penyelidik di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Abdul Manan Mat Jais yang tertarik dengan keajaiban ikan haruan telah bertindak mengetuai sepasukan penyelidik dalam usaha menggunakan ekstrak ikan tersebut bagi tujuan saintifik dan perubatan.

Mengenengahkan konsep produk semula jadi, Abdul Manan bekerja keras m menghasilkan krim sapuan pelbagai fungsi menggunakan air (water based) sebagai asas intipati krim haruan tersebut.

Mencampurkan beberapa tumbuhan organik, rempah ratus serta pewarna dan bau berasaskan alam semula jadi ke dalam campuran krim, penyelidik itu berjaya menghasilkan formulasi haruan yang boleh digunakan untuk membantu mengubati penyakit kulit.

Produk berbentuk krim sapuan pelbagai fungsi ini telah menjalani ujian saintifik dan hasil daripada itu, saya mendapati bahawa ia memberi tindak balas yang positif serta progresif dalam proses pemulihan penyakit serta kecederaan di kulit.

Menerusi analisis protein serta kajian terhadap vitamin lain yang terdapat pada isi dan kulit ikan haruan, maka saya menemukan potensinya sebagai penyembuh penyakit kulit dan luka," katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.

Dalam usaha memastikan produk ini mendapat kepercayaan masyarakat, krim sapuan ini turut menjalani ujian klinikal bagi menjamin tahap keselamatan serta diperakui sesuai untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.

Menyentuh tentang manfaat produk penemuannya itu, Abdul Manan menjelaskan, hampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila disapukan krim tersebut.

Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.

Selain itu katanya, hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit.

Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.

Krim haruan ini dikhususkan kepada pesakit kulit ekzema, psoriasis dan ruam di kalangan kanak-kanak dan dewasa selain mereka yang menghidap penyakit arthritis dan sendi.

Namun masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit.

Di samping itu turut mengambil kira adalah pandangan masyarakat terhadap produk, sumber bekalan ikan haruan serta langkah mengimport bekalannya sebelum proses mengkomersialkan dilakukan," tambahnya.

Ditanya mengenai pengkomersialan krim haruan itu, Abdul Manan memberitahu, setakat ini pihaknya hanya menjual kepada pesakit atau pengguna yang berminat sahaja.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan krim tersebut, boleh berhubung terus dengan Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM atau hubungi 03-89472334. - NOOR DIANA AZIS

Pertanian bandar

Posted: 13 Apr 2014 11:03 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Contoh sistem penanaman tegak (vertikal) yang boleh digunakan bagi menggalakkan penduduk bandar bercucuk tanam. - Gambar hiasan

Bidang pertanian masa kini tidak lagi tertakluk dengan konsep ruang tanah yang luas, modal yang tinggi, kotor serta tidak menjamin masa hadapan.

Malah, bidang tersebut mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Pertanian Adalah Perniagaan merupakan antara kempen yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Semakin ramai yang berminat untuk menceburkan diri, terutamanya golongan muda yang suatu ketika dahulu menganggap kerjaya sebagai petani itu tidak mempunyai masa depan cerah.

Kini, fenomena bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat kembali dipopularkan namun bukan di kawasan kampung, sebaliknya di kawasan bandar yang tanahnya terhad, warganya sentiasa sibuk bergerak pantas mengejar tugasan serta tuntutan kerjaya.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Tengku Ab. Malik Tengku Maamun, kadar urbanisasi negara dianggarkan sekitar 2.4 peratus setahun dan hampir 72 peratus rakyat Malaysia tertumpu di 20 bandar utama.

Ujarnya, menerusi kajian, dianggarkan pada tahun 2020, sekitar 40 hingga 45 peratus rakyat miskin akan tertumpu di bandar dan kota raya utama negara.

Penduduk bandar bakal terbeban dengan kadar harga makanan yang sentiasa meningkat dan dianggarakan penduduk bandar pada ketika itu perlu membelanjakan sejumlah 50 hingga 70 peratus daripada pendapatan mereka untuk mendapatkan makanan.

Bagi mengatasi masalah yang lebih buruk di masa hadapan, pertanian bandar merupakan antara solusi terbaik buat masa kini bagi mengurangkan kos perbelanjaan dapur selain menambah pendapatan jika produk pertanian yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan baik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Tambah Tengku Ab. Malik, pertanian bandar sebenarnya telah lama diamalkan di negara-negara maju dan kaji selidik mendapati hampir 14 peratus penduduk di kota London menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di halaman rumah mereka.

Menerusi amalan tersebut, penduduk kota London mampu menghasilkan 232 tan buah-buahan dan sayur-sayuran menyamai 18 peratus keperluan penduduknya.

Perkara yang sama boleh diaplikasikan di negara ini jika masyarakat kita diberi pendedahan, sedikit ilmu, usaha dan minat untuk memastikan amalan yang sama dapat kita laksanakan bagi menjamin bekalan makanan yang stabil di masa-masa akan datang," katanya.

Pertanian bandar boleh didefinasikan sebagai penanaman, pemprosesan dan pengagihan makanan dan produk makanan menerusi penanaman intensif dan ternakan terpilih di bandar.

Di antara kelebihan pertanian bandar adalah membekalkan sebahagian daripada makanan kepada penduduknya yang kian bertambah dan amalan tersebut juga dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka menerusi pelbagai sumber pendapatan.

Jelas Tengku Ab. Malik lagi, sistem pertanian bandar yang kompleks merangkumi sudut pengeluaran, pemprosesan, pemasaran, pengagihan dan penggunaan dengan pelbagai manfaat sampingan bukan sahaja membuka peluang pekerjaan daripada rantaian aktiviti, bahkan mampu melahirkan usahawan tani moden di bandar.

Malah, penglibatan komuniti dalam amalan tersebut dapat meningkatkan kemahiran perancangan projek, pengurusan projek, teknik pertanian serta persekitaran dan kemahiran perniagaan.

Pada masa yang sama, amalan pertanian bandar berasaskan penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan intergrasi sosial dan kesejahteraan kejiranan.

Oleh yang demikian, bagi menyokong amalan pertanian bandar tersebut, MARDI sebagai pusat penyelidikan pertanian utama di Malaysia telah membangunkan beberapa teknologi yang sesuai dengan situasi bandar sekarang.

Antara apsek yang diambil kira dalam menghasilkan teknologi khas buah penduduk bandar adalah ruang tanaman yang terhad serta penghuni yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian.

Teknologi yang dihasilkan oleh MARDI berkonsepkan teknologi moden dengan pengeluaran yang itensif dan efisien menerusi kaedah penjimatan air dan kurang menggunakan bahan kimia.

Untuk penggunaan ruang secara maksimum, sistem tanaman bertingkat merupakan antara pilihan teknologi yang sedang dibangunkan.

Di samping menggunakan teknologi termoden, kualiti sayur-sayuran dan buah-buahan keluaran pertanian bandar juga perlu dipelihara dengan mengamalkan pertanian tanpa sisa racun atau sisa racun yang rendah.

Oleh kerana penduduk kota sangat sibuk, tenologi yang disyorkan mestilah mudah, tidak memerlukan kemahiran yang spesifik atau hanya memerlukan kemahiran yang mudah untuk dipelajari," katanya.

Sebagai contoh teknologi yang sesuai adalah teknik pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih di bawah struktur pelindung hujan dengan teknik fertigasi.

Teknologi fertigasi yang dihasilkan MARDI adalah seperti Ferikit yang merupakan sistem fertigasi mini, mudah alih dan bertingkat sesuai dengan kawasan perumahan yang memiliki kawasan terhad seperti rumah pangsa dan kondominium.

Plant factory atau kilang tanaman adalah generasi ke empat dalam proses pengeluaran tanaman dan kini konsep tersebut merupakan teknologi terkini dalam amalan pertanian bandar.

Kilang tanaman merupakan teknologi hidroponik (yang pernah dipopularkan dahulu) dan aeroponik menggunakan cahaya tiruan dalam persekitaran yang terkawal bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi tanpa penggunaan racun perosak.

Sistem hidroponik bertingkat dengan penggunaan NFT (nutrient film technique) atau DFT (deep flow technique) merupakan teknologi yang boleh diaplikasi untuk pertanian bandar sama ada secara individu mahupun komuniti.

Antara sayuran yang sesuai untuk teknik tersebut adalah jenis sayurn berdaun seperti salad, sawi, kailan dan ulam-ulaman tradisional.

MARDI menerusi teknik NFT juga berjaya membangunkan satu lagi sistem baharu yang dikenali sebagai Vertigrow iaitu sebuah sistem tanaman secara vertikal.

Bagaimanapun amalan pertanian bandar di negara ini masih baharu dan dijangkakan pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi contohnya hak milik tanah yang akan dibangunkan dan pembiayaan kos terlibat kerana penggunaan teknologi yang memerlukan kos pembangunan seperti infrastruktur, pembelian bahan seperti Greenkit, sistem fertigasi dan sebagainya.

Sehubungan itu satu seminar berkaitan pertanian bandar akan diadakan esok bagi memberi membincangkan isu-isu berkaitan teknologi terbabit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Membolehkan pelaksanaan hudud

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

USUL PINDAAN UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD

SEBAB itu, sejak menjadi Ahli Parlimen bagi Parlimen Kulim Bandar-Baharu mulai 2008 hingga 2013 saya telah secara konsisten selama lima tahun mengemukakan usul ke dalam Parlimen dengan usul seperti berikut (boleh disemak dengan rekod pejabat Setiausaha bagi Dewan Rakyat):

1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan membuang perkataan seperti berikut:-

'tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan' dan diganti dengan perkataan berikut;

'dan mempunyai bidang kuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara' dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta'zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara' dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya'.

Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan di atas dan hendaklah berbunyi seperti berikut:

Mahkamah Syariah itu hendaklah mempunyai bidang kuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan di dalam dan menurut hukum syara' dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta'zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara' dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang jenayahnya atau jinayat seperti hudud, qisas dan ta'zir tanpa sebarang pengubahsuaian dan pindaan seperti yang berlaku sekarang dan Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya ini boleh menjejaskan akidah umat Islam."

Berbeza dengan pandangan popular, saya berpendapat bagi membolehkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dilaksanakan untuk membolehkan hudud dilaksanakan, ia tidak memerlukan undi dua pertiga majoriti. Sebenarnya cukup sekadar dengan majoriti mudah 112 undi dalam kalangan 222 Ahli Parlimen sedia ada.

JUMLAH AHLI PARLIMEN ISLAM CUKUP UNTUK PELAKSANAAN HUDUD

Dan jika dilihat dalam konteks itu, sebenarnya pindaan itu boleh dilakukan bagi sesi Parlimen kali ini kerana kita mempunyai jumlah Ahli Parlimen beragama Islam yang mencukupi iaitu UMNO (81), Pas (24) dan PKR (15), menjadikan jumlah 120 orang. Jika ditambah dengan Ahli Parlimen Islam lain termasuk daripada PBB dan lain-lain, jumlah Ahli Parlimen beragama Islam yang ada adalah lebih daripada mencukupi.

Sebab itu untuk merealisasikan impian Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hudud, usulnya mesti datang daripada Ahli Parlimen Pas terutama dari Kelantan. Tetapi Pas secara bersendirian tidak mungkin dapat membentangkan usul hudud tanpa bantuan dan sokongan Ahli Parlimen beragama Islam daripada UMNO dan PKR.

Malahan sebenarnya UMNO mahupun PKR masing-masing secara bersendirian tidak mungkin dapat membentangkan usul hudud tanpa bantuan dan sokongan Pas. Apa yang penting kerjasama antara semua Ahli Parlimen beragama Islam daripada UMNO, Pas, PKR dan lain-lain parti.

CADANGAN

Memandangkan dua parti utama umat Melayu-Islam sudah bersetuju, maka apa yang penting sekarang ialah sebuah Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta'zir peringkat pimpinan tinggi ditubuhkan segera di antara UMNO-Pas-PKR-PBB untuk mendraf dan memperhalusi suatu Usul Pelaksanaan Undang-Undang Jinayat Hudud, Qisas dan Ta'zir yang mahu dibentangkan ke dalam Dewan Rakyat, dan yang paling penting Jawatankuasa ini mesti memastikan mendapat jumlah sokongan daripada Ahli Parlimen masing-masing yang cukup untuk mendapatkan majoriti yang diperlukan bila ia dibentangkan kelak;

Saya juga mencadangkan satu Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Ta'zir dengan keanggotaan daripada pakar syariah, undang-undang sivil, kehakiman dan guaman syariah dan sivil dan para ulama' sama ada mereka dari dalam negeri mahupun dari luar membincangkan dan memperhalusi draf Undang-Undang Jinayat Hudud, Qisas dan Ta'zir untuk memastikan supaya ia benar-benar mematuhi peruntukan seperti ditetapkan oleh al-Quran dan hadis ditubuhkan;

Juga sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan Hukuman Hudud, Qisas dan Ta'zir perlu ditubuhkan untuk mengkaji dan menggubal pelaksanaan hukuman hudud, qisas dan ta'zir dengan keanggotaan daripada pihak kehakiman dan guaman (sivil dan syariah), Polis, Penjara dan badan-badan penguatkuasaan lain termasuk dari negara yang sudah punya pengalaman dalam pelaksanaan hudud, qisas dan ta'zir seperti Arab Saudi, Pakistan, Aceh dan lain-lain;

RUMUSAN

Saya sebenarnya melihat tercetusnya isu hudud mutakhir ini sebagai satu ujian ukhuwah dan kesatuan umat Islam di Malaysia.

Isu hudud telah sekian lama dijadikan modal politik oleh segelintir pihak di dalam Pas bagi menghalang impian mencapai kesatuan dan perpaduan umat Melayu-Islam di Malaysia. Hudud adalah zikir harian Pas. Siang malam, pagi petang tidak kira masa dan tempat, para penceramah Pas sentiasa menjadikan hudud sebagai modal membelasah UMNO.

Walaupun Pas sendiri tidak pernah melaksanakan hudud walaupun diberi amanah memerintah Kelantan selama 23 tahun; walaupun ada pimpinan Pas sendiri yang tidak bersetuju mahu melaksanakan hudud; malah rakan sekongkol Pas iaitu PKR menentang pelaksanaan hudud.

Malah Pas sebagai rakan kongsi pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas telah bersetuju dengan Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang 20 November 2009 bahawa pelaksanaan hudud, qisas dan ta'zir tidak termasuk di dalam agenda pembangkang jika membentuk kerajaan; namun Pas masih terus-menerus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

Malah ukhuwah dan kesatuan umat Melayu-Islam menjadi parah apabila berlaku peristiwa kafir-mengkafir oleh ahli dan pengikut Pas terhadap ahli UMNO akibat daripada isu Amanat Hadi Awang 1981 yang antara lain menyentuh isu kegagalan UMNO melaksanakan hudud dan kononnya mengekalkan 'Perlembagaan penjajah'!

Walaupun Datuk Seri Hadi Awang sendiri pada 18 Ogos 2003 menyatakan dalam Amanat Pemangku Presiden bahawa demi untuk kesinambungan talian-hayat politik pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas dalam menghadapi PRU-12, Pas bersedia menerima dan akan melaksanakan Perlembagaan Persekutuan seperti sedia ada!

Malahan, kekeliruan pelaksanaan hudud timbul kerana para penceramah Pas dalam siri-siri ceramah mereka hanya menumpu kepada hudud, sedangkan dalam syariat Islam sekiranya hudud tidak dapat dilaksanakan akibat beberapa kekangan yang ada, maka kesalahan hudud itu boleh dibicarakan dan dihukum dengan hukuman ta'zir. Ini terkandung dalam Seksyen 50 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 yang digubal oleh Kerajaan Pas Terengganu.

Dan kesalahan ta'zir inilah yang terkandung di dalam segala undang-undang dalam negara ini sama ada Kanun Keseksaan, Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri seperti yang saya sebut di atas. Maka sepatutnya tidak timbul soal kafir-mengkafir atau pun keengganan untuk bersatu dalam kalangan umat Melayu-Islam hanya kerana hudud belum dilaksanakan.

Adakah kita akan mengkafirkan sahabat Nabi iaitu Saidina 'Umar r.a yang jelas di dalam sirah semasa memegang amanah jawatan sebagai Khalifah telah menggantung pelaksanaan hudud kerana kekangan pada waktu itu tidak memungkinkan pelaksanaan hudud?

Sebab itu, apabila kepimpinan UMNO dan Pas sebagai dua parti besar yang mewakili umat Melayu-Islam kini membawa satu suara dalam perjuangan untuk melaksanakan hudud, saya percaya ini adalah satu permulaan yang baik dan hasanah bagi umat Melayu-Islam di Malaysia terutamanya dalam soal ukhuwah dan perpaduan.

Apa yang penting sekarang kedua-dua pihak mengambil sikap ikhlas, husnul-dhan dan bersangka baik terhadap satu sama lain, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan cita-cita untuk pelaksanaan hudud dalam negara ini boleh dicapai.

Dan lakukanlah itu bukan untuk mendapat political mileage, atau untuk sebarang jawatan, kedudukan, kuasa, harta atau habuan. Jangan jadikan hudud sebagai talian-hayat politik kepartian masing-masing; tetapi jadikan usaha ini sebagai jalan mencari keredaan Allah dengan ikhlas.

DATUK ZULKIFLI NOORDIN ialah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

Pemangkin cegah rasuah dari dalam

Posted: 14 Apr 2014 12:28 PM PDT

Sebahagian Pegawai CeIO yang ditauliahkan pada majlis konvokesyen yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

SERAMAI 66 'graduan' ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada majlis konvokesyen yang berlangsung di Putrajaya, 10 April lalu. Sembilan daripada mereka ialah warga asing. Ini kali pertama pegawai dari negara lain mengikuti Program CeIO di Malaysia, kendalian Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Program ini kini melalui dimensi berbeza berbanding tiga tahun lalu. Modul khusus CeIO pertama kali diperkenalkan, semakin ramai mula tunjuk minat sertai Program CeIO," kata Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz yang turut menekankan bahawa "program ini bertindak sebagai pemangkin memerangi rasuah dari dalam sesebuah organisasi."

Menurut Abdul Wahab, jika SPRM memberi tumpuan ke atas usaha memerangi rasuah dari luar, Program CeIO pula membolehkan kawalan dalaman diperkenalkan bagi tujuan yang sama.

"Bermakna kini ada kawalan dua hala, dari dalam sesebuah organisasi dan juga menerusi kawalan luar (fungsi asas SPRM)," kata beliau yang yakin bahawa pendekatan ini akan membawa impak yang lebih berkesan dalam usaha melawan jenayah rasuah dalam jangka panjang.

Program CeIo merupakan antara program utama disediakan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, bertujuan melahirkan pegawai integriti bertauliah bagi organisasi awam dan swasta.

Peranan utama CeIo ialah mengurus semua aspek berkaitan dengan integriti iaitu meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti berhubung peningkatan integriti dalam organisasi dan menasihat pihak pengurusan dalam aspek integriti, selain menjadi pegawai perhubungan organisasi dengan SPRM. Pada masa sama, program ini, mampu menjadi wadah penting dalam membudayakan integriti di sesebuah organisasi.

Pada 28 Jun 2010, pengurusan SPRM meluluskan Modul Latihan Pegawai Integriti Bertauliah dan dilaksanakan sebagai Program Latihan Perintis secara separa masa selama enam bulan mulai Ogos 2010. Program CeIO dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 27 Februari 2012. Pada majlis yang sama, seramai 27 peserta dari jabatan dan agensi kerajaan serta swasta yang mengikuti program perintis telah ditauliahkan.

Permintaan yang begitu mendesak untuk penempatan CeIO di semua agensi awam telah mendorong MACA mengambil langkah merangka modul baru program CeIO iaitu program Pegawai Integriti Bertauliah Eksekutif.

SPRM juga menerima banyak permohonan daripada kementerian, agensi, badan berkanun, GLC dan swasta untuk menghantar pegawai menyertai Program CeIO. "Ia merupakan perubahan positif di mana ketua-ketua jabatan (organisasi) sudah menjadikan integriti sebagai perkara penting dalam pengurusan organisasi masing-masing," kata Abdul Wahab.

Pada peringkat awal SPRM hanya memfokus pada operasi dan pendidikan masyarakat dalam mencapai misi yang diamanahkan ke atas suruhanjaya itu. Bagaimanapun SPRM telah tampil dengan Program CeIO sehingga menjadi perhatian agensi luar untuk menghantar pegawai-pegawai mereka mengikuti program itu.

"Usaha SPRM telah diiktiraf oleh kerajaan di mana Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Bilangan 6/2013 telah dikeluarkan berkuat kuasa 1 Ogos 2013 yang mewajibkan pegawai Unit Integriti perlu mempunyai kelayakkan sebagai CeIO," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Kata Abu Kassim, berdasarkan kajian SPRM di negara-negara dengan kedudukan tinggi dalam Indeks Persepsi Rasuah, "kami mendapati bahawa mereka mempunyai kedua-dua sistem dalaman dan luaran sebagai pemangkin melawan rasuah."

Dalam ucapannya semasa menutup Program CeIO Antarabangsa tahun lalu, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Antarabangsa Agensi Pencegahan Rasuah menambah, "sebab itu kami mencadangkan kepada kerajaan bahawa kita perlu mempunyai satu sistem kawalan dari luar dan dalam organisasi."

"Ini adalah sebahagian daripada aspek tadbir urus dan integriti," kata beliau.

Negara-negara yang dikaji jelas mempunyai langkah-langkah pencegahan, kesedaran, komunikasi dan pendidikan yang lebih baik bagi memerangi jenayah rasuah.

Kaji selidik ke atas 22 CeIO siri pertama menunjukkan 18 pegawai (82 peratus) ditempatkan di unit yang menjalankan tugas berkaitan integriti, sembilan (41 peratus) dilantik menjawat jawatan pegawai integriti, dan hanya empat (18 peratus) yang tidak dilantik atau tidak menjalankan tugas berkaitan integriti, kerana telah bertukar ke bahagian atau jabatan lain.

Mengenai impak selepas tiga tahun Program CeIO diperkenalkan, Abdul Wahab berharap CeIO yang dilantik dapat meningkatkan integriti bagi memerangi rasuah di agensi atau jabatan masing-masing.

Program CeIO juga meninggalkan kesan dan memberi impak besar kepada komuniti kerana setiap peserta program dikehendaki melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagai syarat kelayakan pentauliahan. CeIO bertanggungjawab terus kepada ketua setiausaha atau ketua jabatan dalam menjalankan fungsi yang dipertanggungjawabkan.

"Dari semasa ke semasa, kami mengambil langkah untuk membuat penambahbaikan ke atas program ini. Misalnya, dari segi modul, ia akan diteliti dan disemak supaya sesuai dengan keperluan semasa," kata beliau.

Jelas beliau, "MACA akan membuat kajian menyeluruh."

"Dulu kita buat kajian mengenai soal penempatan. Selepas ini, kami akan membuat kajian berkenaan pelaksanaan program berkaitan integriti (di organisasi CeIO ditempatkan atau bertugas)," kata beliau lagi.

Jelas beliau, ia semakin penting memandangkan penyertaan juga sudah diperluaskan kepada pegawai-pegawai negara lain manakala kekerapan pengambilan juga "meningkat daripada satu kepada tiga kali dalam setahun sekarang."

Abdul Wahab menjelaskan bahawa CeIO berperanan merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti dan pihaknya berharap ia dapat memantapkan lagi amalan integriti setiap organisasi.

Di bawah modul dirangka, CeIO juga bertanggungjawab menyediakan dasar dan mekanisme pengurusan integriti agensi masing-masing, selain program latihan pegawai integriti bertauliah menerusi MACA. Malah, CeIO juga ditugaskan untuk mengukuhkan integriti iaitu memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi masing-masing serta mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah.

SPRM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi gejala rasuah di Malaysia.Bagaimanapun gejala ini tidak boleh ditangani oleh organisasi ini secara individu. Ia memerlukan penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan secara holistik. Usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM bukan sahaja dari segi penguatkuasaan, tetapi juga melibatkan aspek pencegahan.

Justeru, Program CeIO dirangka untuk melahirkan CeIO yang berperanan merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti di tempat kerja masing-masing. Ia juga menggalakkan pihak swasta terlibat sama.

Dalam konteks seorang pekerja yang memegang suatu amanah, integriti bermaksud melaksanakan amanah dengan penuh kesungguhan, mengutamakan kepentingan awam lebih dari kepentingan peribadi. Bagi organisasi pula, integriti tercermin melalui perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.

SPRM berharap pelaksanaannya berupaya memenuhi keperluan Pelan Integriti Nasional demi mempertingkatkan etika dan integriti.

DR. G. MANIMARAN kini berkhidmat sebagai tenaga pakar komunikasi strategik SPRM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Terperanjat terima gambar lucah

Posted: 13 Apr 2014 11:03 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ

ORIENTASI seks bagi seseorang artis lelaki mahupun wanita yang masih solo tatkala usia yang semakin meningkat acap kali menjadi persoalan oleh sesetengah golongan bermulut murai yang sengaja mereka-reka cerita, sekali gus cuba mencetuskan kontroversi tertentu.

Amalan serkap jarang segelintir manusia yang secara semberono menganggap golongan artis lanjut usia yang masih belum mendirikan rumah tangga sebagai golongan songsang amat mendukacitakan individu yang terkena tempiasnya.

Mendekati bekas peragawan yang kini antara aktor terkenal tempatan, Fahrin Ahmad, 35, dia tidak menafikan bahawa pernah mengalami situasi tersebut yang disifatkannya amat keterlaluan dan mengarut.

Saya pernah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki tidak dikenali yang mahu berkenalan lebih rapat dengan saya. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menyambut perkenalan mereka tanpa was-was.

Tidak berapa lama, teks perbualan yang dikirimkan mula berbaur seks dan lebih teruk, ia adalah mengenai hubungan luar tabii sesama lelaki. Malah, ada juga di antara mereka dengan berani mengirimkan gambar separuh bogel dengan kata-kata lucah yang melampau.

Ramai daripada mereka menganggap saya gay, padahal itu adalah sesuatu yang mengarut. Hanya disebabkan saya belum berkahwin, tidak semestinya saya bukan lelaki sejati," tegasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran peraduan Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang dianjurkan Power Root, di ibu kota baru-baru ini.

Ditanya adakah Fahrin membuat laporan polis jika diganggu golongan terbabit, dia menjawab, selagi masalah itu mampu ditanganinya, tidak perlulah ia diperbesarkan.

Katanya, segala kiriman SMS atau panggilan daripada golongan itu akan dihadapinya dengan cara berhemah supaya tidak berlaku sebarang kekecohan yang akhirnya akan mencetuskan suasana tegang antara satu sama lain.

Bukan susah pun nak tangani masalah seperti ini. Gertak sikit, insya-Allah boleh selesai. Jika ada yang di luar kawalan saya, baharulah tindakan lanjut akan dilakukan. Tetapi setakat ini semuanya mampu dikawal sebaiknya," ujarnya menutup topik tersebut.

Kahwin ganggu privasi

Ditebak soalan yang mungkin sudah jemu singgah di telinganya, Fahrin menjelaskan bahawa isu perkahwinan masih lagi menjadi misi utamanya memandangkan sedar akan usianya yang semakin bertambah.

Pun begitu, usai menjangkaui umur 30-an, mula timbul rasa resah dalam dirinya untuk menerima kehadiran insan bergelar isteri bagi berkongsi ruang privasinya yang selama ini selesa dinikmati sendirian.

Menurut anak jati Johor kelahiran Skudai itu, mana-mana individu pun akan berasa tidak selesa apabila ruang peribadinya cuba dimasuki oleh orang lain walaupun isteri sendiri.

Apatah lagi saya yang sudah sekian lama duduk bersendirian. Tiba-tiba, apabila kahwin nanti, saya terpaksa berkongsi ruang tersebut bersama seseorang yang baharu dikenali.

Inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh beberapa rakan lelaki saya yang baharu berkahwin terutamanya mereka yang telah berusia lebih daripada 30 tahun. Mereka perlukan masa untuk cuba sesuaikan diri dengan status diri yang sudah bergelar suami. Jadual terpaksa diubah sepenuhnya. Saya risau tidak dapat melakukan aktiviti yang saya gemari jika berkahwin kelak," katanya yang mengakui begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti seharian.

Walau bagaimanapun, jelas Fahrin, hal tersebut bukanlah kekangan utama yang menyebabkannya tidak bertemu jodoh sehingga kini, namun menyalahkan masa sebagai salah satu faktornya.

Mempunyai jadual kerja yang padat membuatkan masa Fahrin terbatas untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, kecuali mereka yang sama-sama berada dalam linkungan kerja yang serupa.

Sekalipun sebelum ini saya merasakan serik untuk bercinta sesama artis, tetapi saya dapat rasakan jodoh yang bakal dipertemukan kelak adalah wanita-wanita yang berada rapat dengan saya.

Selain sibuk dengan karier seni saya, sejak dua tahun kebelakangan ini saya mula aktif terlibat dalam beberapa bengkel atau kem motivasi sebagai salah seorang speaker atau penceramah bagi berkongsi kisah kehidupan seorang selebriti. Saya cuba memberi tanggapan positif kepada anak muda yang terpengaruh dengan kata-kata negatif mengenai bidang seni.

Sebab itulah saya rasakan tidak mempunyai masa untuk berkenalan dengan wanita di luar bidang yang saya ceburi, tetapi kuat mengatakan si dia adalah di kalangan selebriti," akuinya.

Nargis teruja lakukan senaman

Posted: 13 Apr 2014 11:03 PM PDT

SEWAKTU melakukan iklan komersial, baru-baru ini.

MEMILIKI tubuh badan dengan potongan yang menggiurkan, pastinya si empunya diri menggalas satu tugas yang bukan mudah supaya ia kekal menawan memandangkan figura itulah yang menjadi modal untuknya terus bertahan dalam industri seni yang diceburi.

Menyelongkar diari harian pelakon seksi dan jelitawan Bollywood, Nargis Fakhri, 34, berkata, untuk mengekalkan figura supermodel yang dimilikinya, seseorang itu memerlukan daya ketahanan yang tinggi agar ia tidak dirosakkan oleh nafsu yang semberono.

Katanya, selaku supermodel terkemuka India dan juga pelakon, dia amat menitikberatkan hal penjagaan badan dengan mengamalkan rejim diet makanan yang betul di samping melakukan aktiviti senaman.

Selain menjaga pemakanan dengan mengambil makanan seimbang, senaman juga amat penting untuk dilakukan agar tubuh yang langsing nampak pejal dan sihat.

Jika setakat mengambil makanan sihat tanpa bersenam, ia tetap boleh kelihatan langsing tetapi tidak pejal serta nampak seperti tidak sihat. Jadi, ia tidak menyerlahkan pesona yang kita miliki," jelasnya kepada satu portal hiburan Bollywood.

Tambah Nargis, dia begitu obses dengan rutin senaman walaupun kesuntukan masa untuk melakukannya.

Sekalipun berpakaian formal dan tidak berada di gimnasium, model yang pernah membuat penampilan dalam rancangan realiti America's Next Top Model itu akan mencuri-curi masa, sekurang-kurangnya melakukan senaman ringkas.

Sebagai contoh, jika ada perbincangan dengan klien dan ia memerlukan seharian bersama mereka, saya akan ke tandas atau tangga untuk membuat senaman kaki, mengangkat botol air atau apa sahaja yang boleh dilakukan.

Itu adalah satu kewajipan walaupun ia dapat dilakukan selama lima minit. Saya tidak akan meninggalkan rutin itu walau sehari," jelasnya.

Ditambah pula, baru-baru ini Nargis mendapat khidmat nasihat daripada jejaka kacak bertubuh sasa, John Abraham, 41, yang memberikan pelbagai tips senaman.

Menurut Nargis, Abraham seorang lelaki yang begitu mirip dengannya. Mementingkan penampilan yang sihat di depan khalayak kerana ia adalah satu tarikan magis yang mampu memukau mata peminat.

Sesekali, saya turut meluangkan masa bersamanya untuk bersenam dan ia menyeronokkan apabila kita mendapat teman yang mempunyai minat yang sama," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved