Sabtu, 10 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seorang lelaki maut bungkusan dalam kereta meletup di Tumpat

Posted: 10 Aug 2013 10:58 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]TUMPAT 11 Ogos - Seorang lelaki terbunuh akibat letupan daripada satu bungkusan di dalam kereta Naza Citra di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, di sini kira-kira pukul 10 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

31 rumah setinggan di Sentul terbakar, 100 hilang tempat tinggal

Posted: 10 Aug 2013 10:36 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Kira-kira 100 orang kehilangan tempat tinggal selepas 31 rumah setinggan di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.50 tengah malam dan 10 jentera bomba bersama 65 anggota digegas ke tempat kejadian.

Walaupun pihak kami mengambil masa yang sangat singkat untuk sampai ke tempat kejadian, usaha memadamkan api tidak dapat dilakukan dengan pantas kerana ketiadaan pili bomba di situ, katanya kepada Bernama, di sini.

"Kami terpaksa mengambil air di kawasan perumahan Flat Bandar Baru Sentul yang jaraknya 500 meter dari tempat kejadian sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.30 pagi.

"Rumah yang terlibat hampir 100 peratus terbakar bagaimanapun tiada mangsa cedera dilaporkan," katanya.

Seorang mangsa S. Amaran, 47, berkata, dia menyedari kebakaran itu pada 12.30 tengah malam selepas melihat asap keluar berkepul-kepul dari tingkap rumah jiran di hadapan rumahnya.

Dia kemudian menjerit 'api, api' serta berlari mengetuk pintu rumah-rumah berhampiran kerana ketika kejadian kebanyakan penghuni sudahpun tidur.

Kami sukar nak padamkan api itu kerana bekalan air terputus sejak pukul 2 petang semalam dan api pula marak dengan cepat, katanya.

Dia turut mengalami kerugian hampir RM45,000 selepas gagal menyelamatkan semua barangan berharga termasuk motosikal dan barangan kemas.

Mohd Zakwan Aiman Mohd Tajudin, 23, pula berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen apabila terdengar jeritan 'api, api'.

"Lepas itu, saya keluar dan nampak api sudah marak di rumah jiran saya menyebabkan saya pantas mengejutkan adik-beradik, ayah dan mak yang sedang tidur," katanya.

Menurut penuntut di sebuah universiti swasta itu, rumah yang dipercayai punca kebakaran berkenaan ditinggalkan sejak pagi semalam oleh pemiliknya yang bercuti. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Boleh tahan

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my

Amri Yahyah (dua dari kiri) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol tunggal Malaysia XI menentang Barcelona di Stadium Shah Alam, malam tadi. Barcelona menang 3-1. - AP

SHAH ALAM - Ramalan Harimau Malaya bakal diratah teruk oleh kelab gergasi dunia, Barcelona dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam ternyata meleset apabila skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu hanya sekadar tewas 1-3.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 45,000 penonton, Cesc Fabregas meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-33 tetapi Mohd. Amri Yahyah menyamakan kedudukan buat Harimau Malaya tujuh minit kemudian, sebelum bintang Brazil, Neymar kembali meletakkan pelawat di depan pada minit ke-43.

Gerard Pique memastikan juara Eropah empat kali itu tidak dimalukan apabila menyumbat gol ketiga pada minit ke-74 untuk mengesahkan kemenangan 3-1.

Walaupun tewas, sekalung tahniah buat Harimau Malaya yang menampilkan aksi penuh disiplin dan kekal fokus sepanjang perlawanan, sekali gus menghampakan Barcelona untuk mengulangi jumlah jaringan yang sama ketika mereka membelasah kelab Brazil, Santos 8-0 dan Thailand 7-1, baru-baru ini.

Keputusan itu mungkin dilihat meredakan sedikit tekanan buat Rajagobal yang sebelum ini dikritik hebat oleh media dan peminat apabila kalah dalam tiga perlawanan persahabatan di Jepun pada bulan lalu di tangan kelab J-League.

Pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan ternyata menjadi duri dalam daging kepada barisan serangan Barcelona apabila berulang kali dapat mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya selain kekentalan Mohd. Fadhli Mohd. Shas serta Asrarudin Putra Omar yang sentiasa berjaya mengekang gerakan lawan.

Namun, penyokong Barcelona yang hadir ke stadium jelas berasa kempunan untuk melihat aksi pemain terbaik dunia, Lionel Messi dalam perlawanan berkenaan apabila dikhabarkan mengalami kecederaan dan Gerardo Martino tidak mahu menurunkan risiko membawa masuk bintang Argentina itu.

Hanya aksi Neymar dan Andres Iniesta yang berjaya meraih perhatian para peminat Barcelona yang hadir ke stadium sementara pemain lain dilihat bermain di tahap sederhana termasuk Xavi dan Alexis Sanchez.

Selepas 32 minit disekat Harimau Malaya, Barcelona akhirnya membuka tirai jaringan melalui Fabregas yang menanduk masuk hantaran silang Jordi Alba biarpun Khairul Fahmi dapat menepis percubaan tetapi bola tetap bergolek masuk ke dalam gawang.

Pun begitu, jaringan tersebut langsung tidak melemahkan semangat anak-anak buah Rajagobal yang tetap memburu gol penyamaan dan pada minit ke-40, Harimau Malaya mengejutkan Barcelona.

Dalam situasi yang tidak diduga, hantaran silang S. Kunanlan dari sebelah kiri sekadar disepak lemah Javier Mascherano dan Mohd. Amri Yahyah bijak mengambil kesempatan dengan merembat cantik menewaskan Victor Valdes yang kelihatan terkeluar sedikit daripada posisi.

Kegembiraan penonton Malaysia yang bersorak dengan jaringan tersebut bagaimanapun hanya bertahan selama tiga minit apabila Neymar kembali meletakkan Barcelona di hadapan apabila mudah melepasi kawalan Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas sebelum menewaskan Khairul Fahmi.

Perlawanan sedikit tegang apabila Fabregas dan Wan Zack Wan Haikal bercakaran sesama sendiri dalam kotak penalti negara apabila mereka bertembung sesama sendiri ketika merebut bola walaupun bekas pemain Arsenal itu berada dalam kedudukan ofsaid, mujur dapat ditenangkan oleh Neymar dan pengadil.

Jangan kecewa lagi

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Lee Chong Wei mengalahkan Du Pengyu 20-22, 21-12, 21-15 pada aksi separuh akhir di Guangzhou, semalam. - BERNAMA

GUANGZHOU - Sudah tiga kali Datuk Lee Chong Wei menangis kerana Lin Dan, dan dia berpeluang menghentikan badi bintang China itu apabila mereka dipertemukan sekali lagi pada perlawanan akhir merebut kejuaraan dunia hari ini.

Begitupun jaguh No. 1 dunia itu mendapati, ranjau yang terpaksa dihadapi untuk merangkul kejuaraan dunia pertama di bumi China tidak mudah kerana dia bukan sahaja akan berdepan pemain yang telah banyak kali mengecewakannya, malah mendapati tuan rumah sanggup melakukan apa saja untuk menghalangnya daripada menewaskan Lin Dan.

Sudahlah terpaksa bekerja keras untuk menjinakkan bintang muda tuan rumah, Du Pengyu 20-22, 21-12, 21-15 dalam pertarungan sengit 1 jam, 11 minit, malah Chong Wei mendapati dia perlu turun ke gelanggang hampir tujuh jam lebih lewat berbanding Lin Dan.

Ketika Chong Wei berhempas pulas untuk menumpaskan pemain No. 3 dunia, Pengyu dan meninggalkan gelanggang pada jam 10.50 malam, Lin Dan yang beraksi pada jam 2 petang mungkin sudah mandi, makan serta berehat.

Malah, juara dunia empat kali dan pemilik dua pingat emas Olimpik itu mengharungi laluan lebih mudah di separuh akhir apabila cuma mengambil masa 49 minit untuk menyingkirkan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-17, 21-15.

"Hari ini saya diberi jadual perlawanan kedua terakhir dan menghabiskan saingan sangat lewat, sedangkan esok saya harus bermain awal... Mungkin perlawanan yang pertama.

"Ini semua taktikal mereka (tuan rumah), tidak mengapalah saya sudah bersedia. Mereka hendak sangat mengalahkan saya dan saya akan cuba memastikan mereka cuma menang set saja.

"Adalah menjadi impian saya untuk menjadi juara dunia dan saya akan melakukan apa sahaja untuk memastikan saya dapat memenangi kejuaraan itu tahun ini. Hari ini, memang saya sangat penat kerana diberi tentangan sengit oleh Pengyu, tetapi esok adalah perlawanan terakhir saya, saya akan yakinkan diri sendiri untuk memberikan aksi terbaik," ujar Chong Wei, yang kalah 21 daripada 30 pertemuannya dengan Lin Dan.

Walaupun tuan rumah seakan cuba untuk memberi segala kelebihan kepada Lin Dan yang turun untuk memburu kejuaraan dunia kelima, namun Chong Wei menegaskan, dia tidak akan membenarkan perkara itu menganggu tumpuannya hari ini.

Lin Dan, yang kini menduduki ranking ke-286 dunia selepas hampir setahun tidak beraksi adalah orang yang bertanggungjawab memusnahkan impian jaguh No. 1 dunia itu untuk merangkul gelaran Olimpik dunia selama ini selepas mengecewakannya pada final Olimpik 2008 serta 2012, selain dalam pertarungan merebut kejuaraan dunia 2011.

Malah, ini adalah percubaan ketujuh Chong Wei untuk bergelar juara dunia buat kali pertama selepas gagal dalam enam percubaan terdahulu, malah ia merupakan final kedua berturut-turut buat bintang perseorangan negara. - MINGGUAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lima maut dalam letusan gunung berapi di Indonesia

Posted: 10 Aug 2013 09:42 AM PDT

JAKARTA 11 Ogos - Lima orang maut selepas Gunung Berapi Rokatenda meletus sehingga mengakibatkan abu dan batuan panas merebak sejauh 2,000 kilometer ke kawasan pantai berdekatan.

"Dalam kejadian yang berlaku pada hari jumaat pada pukul 8.27 minit malam itu, tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak maut.

"Kami telah menemui mayat orang dewasa, tetapi masih mencari mayat kanak-kanak (yang terbunuh). Usaha mencari berdepan kesukaran kerana kawasan itu masih sangat panas, kata Ketua Pusat Vulkanologi & Mitigasi Bencana Geologi, Badan Geologi (PVMBG), Surono.

Gunung Berapi Rokatenda berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Oktober lalu, selepas pihak berkuasa melarang orang ramai melakukan sebarang aktiviti dalam lingkungan 3 kilometer dari kawah. Pulau itu didiami oleh kira-kira 7,000 orang penduduk. - AFP

Lebanon ikrar 'usaha yang luar biasa' untuk bebaskan mangsa culik warga Turki

Posted: 10 Aug 2013 09:39 AM PDT

BEIRUT 11 Ogos - Menteri Dalam Negeri Lebanon, Marwan Charbel berjanji bahawa kerajaannya akan melaksanakan 'usaha yang luar biasa untuk memastikan pembebasan dua rakyat Turki yang diculik di Beirut semalam, kata media kerajaan.

Katanya lagi, Lebanon akan turut melakukan segala usaha untuk melindungi rakyat Turki di negara ini.

"Kami akan meneruskan siasatan untuk mencari dua rakyat Turki (tersebut), Lebanon akan menentang mana-mana kes penculikan dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk membebaskan mereka, katanya.

Jumaat lalu, dua anak kapal Turkish Airlines telah diculik oleh kumpulan bersenjata di lapangan terbang Beirut, ketika dalam perjalanan ke sebuah hotel. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jimatkan penggunaan semasa musim perayaan - Ahmad Ramzi

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

AHMAD Ramzi Jamaludin (kiri) bersama kakitangan Paip Jerantut menyerahkan sumbangan air mineral kepada wakil Jawatankuasa Masjid Tengku Ahmad Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 10 Ogos - Masyarakat peneroka di tiga tanah rancangan Felda daerah ini diminta menjimatkan penggunaan air pada musim perayaan Aidilfitri sepanjang minggu ini.

Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Jerantut, Ahmad Ramzi Jamaludin berkata, tiga kawasan itu adalah Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol dan Felda Lepar Utara kerana dikategorikan sebagai lokasi yang kritikal.

Menurutnya, nasihat itu diberikan berikutan kebanyakan anak perantau pulang ke kampung masing-masing di daerah ini sehingga menyebabkan jumlah penggunaan air tinggi pada musim perayaan.

"Paip sedaya upaya untuk menjamin bekalan air dapat dibekalkan sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri dan berharap kerjasama penduduk supaya lebih berjimat.

"Kita juga menyediakan pelan perancangan serta alternatif tertentu untuk kerja membaik pulih jika berlaku gangguan air sepanjang musim perayaan ini berikutan penggunaan bekalan itu semakin meningkat," katanya selepas menyumbangkan 42 buah kotak air mineral kepada wakil Jawatankuasa Masjid Tengku Ahmad, Bandar Jerantut di sini baru-baru ini.

Katanya, jika penduduk terbabit mengikut langkah itu akan menjamin keselesaan masyarakat Islam berhari raya di samping mengurangkan tekanan rendah air di lokasi kritikal berkenaan.

Ahmad Ramzi memberitahu, masalah air di Kampung Baharu, dekat sini yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini akan diselesaikan oleh Paip sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

Jelasnya, Paip akan melaksanakan langkah alternatif dengan mengambil bekalan air dari kawasan bandar Jerantut bagi mengatasi kekurangan sumber itu di kampung tersebut.

"Kami memberi jaminan kepada penduduk berkenaan tidak akan mengalami masalah terputus bekalan apabila kerja pemantauan lokasi tekanan rendah dapat diatasi kelak," katanya.

Pakar bantu peniaga tingkat pendapatan

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

KUANTAN 10 Ogos - Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mentransformasikan konsep pasar sehari sebelum ini kepada pasar tani membuktikan kesungguhan agensi itu membantu para peniaga meningkatkan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif (gambar) berkata, pengenalan konsep Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) sejak awal tahun lalu, bukan saja berjaya menjenamakan semula pasar tani tetapi turut menarik perhatian negara luar.

"Konsep pasar tani, pasar sehari sebelum ini, dan kini ada pula Pakar yang diperkenalkan FAMA membuka mata negara luar serta ada negara tertentu menyatakan minat mengambil model (pasar tani) untuk diaplikasikan di negara mereka.

"Sebagai contoh, Indonesia telah memperkenalkan konsep pasar tani yang hampir sama di Jakarta. Mereka akan memperluaskan ke seluruh negara itu dan saya percaya pihak berkuasa di sana akan cuba lakukan lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

"Oleh itu, adalah menjadi harapan saya sendiri dan pegawai-pegawai FAMA serta agensi berkaitan tampil dengan idea bernas secara berterusan untuk menambah baik konsep sedia ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Pra-Syawal dan Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Pasar Tani Kebangsaan, Abu Bakar Jamaat.

Sementara itu, menurut Ahmad, pihaknya akan membuka Pakar ketiga di negeri ini bulan depan di Pekan selepas Bera dan Temerloh yang telah pun beroperasi.

Katanya, pembukaan itu selaras dengan matlamat FAMA menyediakan lebih banyak lokasi selesa kepada peniaga kecil di seluruh negara.

"Pendapatan diperoleh peniaga di 511 pasar tani dan Pakar seluruh negara sehingga Jun lalu meningkat kira-kira 30 peratus berbanding tahun lalu.

"Malah, tidak dinafikan terdapat kalangan peniaga mampu memperoleh pendapatan sehingga empat angka dalam tempoh sehari iaitu kira-kira lima jam beroperasi," katanya.

Peluang anak Felda miliki rumah sendiri

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

KUANTAN 10 Ogos - Kerajaan negeri akan mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi dijadikan tapak perumahan generasi kedua dan ketiga tanah rancangan Felda di seluruh negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan akan melaksanakannya tidak lama lagi.

"Bagaimanapun, setakat ini, projek yang sedang dalam perancangan dan pelaksanaan ialah sebanyak 4,800 unit rumah.

"Separuh daripada rumah tersebut telah dibina dan selebihnya dalam proses tender serta kerja tanah. Semua projek ini adalah di tiga wilayah Felda iaitu Mempaga, Kuantan dan Jengka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membawa seramai 21 anak yatim dari sekitar Felda Wilayah Kuantan membeli-belah di Kuantan Parade di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri amat komited dalam membantu menyediakan rumah untuk generasi tersebut supaya mereka mempunyai kediaman mampu milik di tanah rancangan.

"Kita harap harga rumah ini berpatutan dan mengikut kemampuan golongan itu F terutama mereka yang tinggal di tanah rancangan," katanya.

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, projek perintis Perumahan Sentuhan Kasih bernilai lebih RM40 juta di Felda Chini Timur 2, Pekan diharap dapat membantu generasi baharu Felda memiliki rumah sendiri di tanah rancangan berkenaan.

"Selain itu projek ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada 100 peserta terlibat yang juga merupakan generasi kedua Felda.

"Jika projek di situ berjaya, kita akan kembangkan lagi pada masa akan datang ke kawasan tanah rancangan Felda lain di seluruh negeri ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Syawal bulan pertemuan

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar AHMAD AMZAR ANAQI JAMZIT (Pelatih UiTM)

SYAWAL yang datang setahun sekali pasti disambut dengan penuh gemilang oleh semua umat Islam selepas sebulan berpuasa. Pelbagai kerenah dapat dilihat sama ada pada bulan Ramadan atau sambutan Aidilfitri.

Acap kali anak rantau yang jarang pulang ke kampung halaman mengambil kesempatan Aidilfitri untuk bersemuka dengan ibu bapa dan sanak saudara sambil bermaaf-maafan.

Bagi Zoey Abdul Rahman, Talha Harith dan Kaka yang masing-masing beraya bersama keluarga di kampung, raya bukan sahaja merupakan hari berkumpul sanak saudara yang selama ini jarang bertemu, malah ia juga hari mereka bercuti daripada kerjaya.

Meskipun masing-masing

dikenali kerana kerjaya sebagai artis, mereka pun seperti insan lain mempunyai cara tersendiri menyambut Aidilfitri.

S3 sempat bertanya cerita menarik ketiga-tiga artis tersebut sebelum masing-masing bercuti raya tahun ini.

Goo Hara bertemu cinta di Jepun?

Posted: 10 Aug 2013 05:43 AM PDT

BARU-BARU ini dalam kalangan peminat K-Pop kecoh bercerita yang anggota Kara, Goo Hara keluar temu janji dengan model yang kini menjadi pelakon, Lee Soo Hyuk di Jepun.

Bagaimanapun, pihak agensi mereka menafikan yang kedua-dua artis itu bertemu janji atau bercinta sehingga ke negara matahari terbit.

"Mereka hanya rakan artis, tidak lebih daripada itu. Memang benar Goo Hara bertemu dengan Lee Soo Hyuk di Jepun tetapi sebagai kawan kerana Kim Young Gwan, pasangan Goo Hara dalam drama Secert Garden adalah rakan kepada Lee Soo Hyuk.

"Goo Hara berada di Jepun untuk mempromosi single Jepun terbaru Kara yang berjudul Thank You Summer Love. Kebetulan Lee Soo Hyuk berada di Jepun, jadi mereka pun bertemu di Harajuku pada 29 Julai lalu," kata wakil agensi kepada DSP Media kepada Star News.

Sementara itu agensi Lee Soo Hyuk, Sidus turut menafi yang artisnya bercinta dengan Goo Hara.

"Mereka bukan temu janji, sekadar teman sahaja seperti abang dan adik. Lee Soo Hyuk pergi ke Jepun atas urusan peribadi dan bila dia tahu Goo Hara ada di sana, dia pun pergi bertemu," jelasnya tentang pelakon yang muncul dalam drama Shark, Tree With Deep Roots dan White Christmas.

Lee Soo Hyuk sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan aktres Kim Min Hee. Khabar angin antara mereka timbul gara-gara Goo Hara putus cinta dengan anggota Beast, Yong Jun Hyung, selepas dua tahun bersama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bersikap adil kepada polis

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Ketika wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, AMRAN MULUK dan Jurufoto, GAIE UNCHEL mewawancara DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI pada Rabu lalu di Masjid Tanah Melaka, Menteri Dalam Negeri itu baharu 24 jam tiba di tanah air selepas menunaikan ibadah umrah.

Sememangnya cuaca di Mekah begitu panas dan kepanasan ini seolah-olah dirasai oleh Ahmad Zahid bukan sahaja disebabkan pengumuman beliau untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO tetapi juga situasi keselamatan negara berikutan kejadian jenayah berat khususnya melibatkan senjata api semakin meningkat.

Bagaimanapun Ahmad Zahid tetap tenang mengharungi kepanasan tersebut dan dalam pertemuan hampir sejam itu beliau memberikan pandangan berhubung isu-isu keselamatan dan pemilihan UMNO.

MINGGUAN: Orang ramai semakin bimbang dengan kejadian tembak yang boleh dikatakan berlaku setiap hari, apakah punca kepada perbuatan jenayah tersebut?

AHMAD ZAHID: Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks. Faktor utama peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan Darurat (EO).

Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.

Faktor ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah berat.

Pelbagai pihak khususnya pembangkang bimbang berlaku penyalahgunaan kuasa oleh PDRM apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan memberikan apa juga kemudahan kepada pasukan itu dalam memerangi jenayah, apa komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Dalam empat akta yang dihapuskan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat, kuasa penahanan terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Ertinya kebimbangan penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa. Bagaimanapun dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan keempat-empat akta itu menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang menjadi menteri.

Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis, hakim atau Jabatan Peguam Negara. Ia bukannya diletakkan atas nama kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat penilaian.

Sebelum ini pembangkang merupakan kelompok paling lantang mahu keempat-empat akta itu dihapuskan tetapi sekarang apabila kerajaan mahu mewujudkan akta baru mereka tidak setuju, bila terjadi kejadian jenayah mereka salahkan kerajaan pula?

AHMAD ZAHID: Saya fikir cadangan yang dibuat oleh pembangkang bersifat positif dan transformatif tanpa mereka mengetahui implikasi apabila semua cadangan itu dilaksanakan melalui transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Maksudnya, sejauh manakah persediaan kita dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?

Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan atau pihak berkuasa. Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi, pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri.

Kalau begitu keadaannya adakah mereka akan menerima akta baru yang akan diwujudkan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir mereka akan terima. Contohnya, mereka juga yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tetapi akhirnya mereka juga mengatakan dakwat kekal itu tidak boleh digunakan kerana tidak cukup kekal. Oleh itu, jika kita berilah layanan kepada tuntutan mereka, kita akan terperangkap.

Ketika ini tindakan menghina orang Melayu dan umat Islam semakin meningkat pada pandangan Datuk Seri apakah ia akan berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya bersetuju dengan transformasi terutama apabila ia memberikan kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan media. Tetapi kita ada acuan dan kita ada batas, adakah kita telah bersedia mendidik masyarakat ke arah itu? Pada masa ini, kita boleh melihat bagaimana sebahagian mereka menggunakan apa sahaja medium untuk melahirkan pendapat biar pun ia menggunakan istilah yang jijik dan kotor, persoalannya adakah itu satu tindakan beretika, sedangkan undang-undang persuratkhabaran diwujudkan kerana mahu menjaga etika.

Akta Hasutan dilakukan kerana mahu menjaga etika, ISA diadakan kerana mahu menjaga etika bagi mewujudkan keharmonian sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Oleh itu apabila undang-undang sedia ada dihapuskan, maka akta baru tidak boleh diwujudkan dengan hanya melihat aspek-aspek undang-undang sahaja, sebaliknya ia harus dilihat dari segi aspek sosial budaya, geopolitik dan sosio ekonomi.

Ertinya, apakah implikasi yang berlaku selepas sesuatu undang-undang itu dihapuskan dan sejauh mana berkesannya kewujudan undang-undang lain yang dilihat tidak berbentuk pencegahan.

Salah satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat ialah bagaimana beribu-ribu laporan polis yang dibuat dalam sesuatu kes tidak diambil tindakan, adakah ini benar?

AHMAD ZAHID: PDRM melakukan siasatan tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kecuali dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Apabila undang-undang yang dulunya tidak ada lagi, kertas pertuduhan dibuat oleh pihak lain, bukan PDRM.

Kita hanya sedia kertas siasatan, banyak pihak boleh mengetepikan pertuduhan itu atas alasan kononnya kertas siasatan tidak lengkap, dari segi teknikal tidak begitu kuat dan dari sudut perundangan tidak kukuh. Oleh itu PDRM tidak harus dilihat hanya sebagai satu agensi penguatkuasaan sahaja.

Perdana Menteri meminta supaya penyelarasan dilakukan ke atas semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk bekerjasama.

Jadi dalam hal ini pada pandangan saya masih belum terlambat kalau kita melihat semula segala perubahan perundangan dan bentuk tindakan. Bagi saya, masyarakat akan mengambil sedikit masa untuk melalui proses kematangan di dalam transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Sekarang ini wujud persepsi bahawa bukannya orang awam takut kepada polis tetapi polis takut kepada orang awam, apakah persepsi ini betul?

AHMAD ZAHID: Saya fikir 'gigi' polis agak kurang tajam sekarang sebab dulu kuasa mereka diperkukuhkan dengan undang-undang. Dalam hal ini apabila sebarang tindakan pencegahan perlu melalui proses mahkamah, maka bukan soal siapa takut kepada siapa tetapi soal yang sedang dihadapi masyarakat ialah bahawa mereka lebih bebas berbanding dengan dahulu.

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang apabila masyarakat merasakan bahawa kebebasan dan hak asasi manusia lebih utama daripada soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikutan undang-undang yang dilihat semakin longgar, apakah kesannya jika tindakan seperti penghinaan dan perkauman berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah menjadi alternatif kepada beberapa undang-undang terdahulu tetapi undang-undang adalah ciptaan manusia, tentulah ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Oleh itu mungkin dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, ada beberapa klausa yang perlu diperkukuhkan dalam SOSMA. Begitu juga apabila Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Unsur-unsur yang berbentuk penguatkuasaan boleh dilakukan biarpun undang-undang pencegahan tidak dapat dibuat seperti dahulu apabila penahanan tanpa bicara dihapuskan.

Kita akan mengambil masa agak lama untuk mendidik masyarakat kerana kita tidak boleh membandingkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS). Mereka menjadi sebuah negara merdeka lebih 200 tahun lalu, kita baru 50 tahun dan tidak semua yang dicipta di negara tersebut yang terbaik kerana ia hanya sesuai dengan acuan mereka, di Malaysia kita ada acuan yang sesuai dengan masyarakat negara ini.

Saya menasihatkan semua pihak yang mahu menggubal undang-undang memahami bahawa acuan kita sesuai untuk suasana kita.

Kerajaan berhadapan dengan pembangkang yang dikatakan mempunyai peguam-peguam yang handal, sebahagian mereka sering sahaja mengendalikan kes-kes kontroversi dan kadang kala menjadikan kes itu sebagai isu politik, apa pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Satu perkara yang perlu kita lihat apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan kerajaan menang, mereka akan anggap itu tidak adil, tetapi apabila kes yang memihak kepada pembangkang maka mereka berhujah keadilan sudah ditegakkan, apa harga keadilan sebenarnya?

Adakah kerana kemenangan itu dilihat dari segi aspek perundangan atau aspek teknikal? Bagaimana dengan harga dan nyawa yang terpaksa dibayar? Bagaimana dengan soal keselamatan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi? Bagaimana soal jenayah berat ditanggung oleh masyarakat keseluruhan yang tidak bersalah?

Dari segi perundangan penjenayah tersebut mungkin boleh dilepaskan tetapi bagaimana kesan kepada mangsa? Adakah apabila penjenayah itu dilepaskan kerana telah mengupah peguam yang terbaik maka mangsa yang dibunuh, mangsa rompakan, mangsa ragut itu diadili dengan sebaik-baiknya berbanding dengan penjenayah yang dilepaskan kerana mengikut undang-undang dan hal-hal teknikal? Saya mahu tahu daripada masyarakat di manakah keadilan sekarang ini.

Adakah itu yang diperlukan oleh pembangkang dan kita ikuti, atas nama perubahan dan adakah ia memberi keadilan kepada mangsa?

Menyentuh soal keadilan, apabila berlaku kematian dalam tahanan, polis akan diserang habis-habisan tetapi apabila polis menjadi mangsa seperti mana dalam pencerobohan Lahad Datu, ia terjadi sebaliknya, kenapa ini berlaku?

AHMAD ZAHID: Yang ditahan itu adalah gangster, ahli kongsi gelap dan penjenayah tetapi yang disalahkan ialah pihak polis. Berlaku adillah kepada pihak polis. Polis boleh melakukan siasatan dengan adanya kamera litar tertutup (CCTV). Polis boleh melakukan tindakan mengikut SOP yang ditentukan dan polis boleh melakukan siasatan mengikut waktu pejabat, tetapi adakah itu cukup berkesan?

Walaupun saya bukan pakar undang-undang tetapi saya melihat sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu dari segi logik berdasarkan kepada pengalaman mereka yang terdahulu dan situasi semasa. Kalau masyarakat merasakan sesuatu tindakan oleh polis agak lambat, mereka menyalahkan pasukan itu, tetapi kalau penjenayah bertindak ke atas polis, pihak polis juga disalahkan, jadi saya fikir keadilan perlu diberikan kepada pihak polis.

Ketegasan Datuk Seri menerajui Kementerian Dalam Negeri nampaknya tidak disenangi pembangkang sehingga mereka mula melaksanakan pelbagai serangan ke atas Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya tidak peduli sebarang serangan oleh pembangkang. Saya merasakan bahawa ini adalah amanah Allah SWT kepada saya apabila Perdana Menteri memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak mahu apabila saya tidak lagi memegang jawatan ini apatah lagi kalau saya telah meninggal dunia, kubur saya akan dilempar najis kerana tidak dapat menyelamatkan masyarakat. Saya tidak mahu itu berlaku justeru selagi saya masih hidup dan diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri maka saya mahu menterjemahkan bahawa saya seorang menteri yang benar-benar menterjemahkan segala pertanggungjawaban demi kepentingan negara dan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang mendorong Datuk Seri menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden?

AHMAD ZAHID: Saya merasakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan pasukan yang serasi. Saya merasakan saya salah seorang yang telah diserasikan dengan kedua-dua pemimpin itu.

Apakah kriteria yang perlu ahli UMNO a lihat sebelum membuat keputusan?

AHMAD ZAHID: Sudah tentu tidak ada kriteria tetap kepada semua calon yang mahu menawarkan diri bagi memegang jawatan utama sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat bahagian.

Ia bergantung kepada tujuan untuk merelevankan UMNO dengan kumpulan sasaran PRU-14 kerana profil pengundi akan berubah dengan drastik, apabila seramai 40 peratus adalah pengundi baru. Keduanya, apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan ertinya geopolitik dan landskap kepada pemikiran politik juga berubah ketika itu.

Oleh itu, pada hemat saya akar umbi harus memilih pemimpin-pemimpin yang bukan hanya sesuai untuk PRU-14 tetapi juga boleh membawa parti bagi menghadapi PRU-15 supaya terdapat kesinambungan dari segi pelaksanaan kepada pegangan kepada ideologi politik kepada UMNO..

Sayangilah UMNO sebagai satu-satunya wadah untuk memberikan kesinambungan kepada perjuangan orang Melayu dan anggaplah UMNO bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi UMNO adalah sebuah institusi sosial orang Melayu yang menjaga agama Islam, yang akan memberikan keadilan kepada semua rakyat, oleh yang demikian pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik.

Bahaya bina negara dalam negara

Posted: 10 Aug 2013 10:10 AM PDT

Oleh Ridhuan Tee Abdullah

Beberapa pertubuhan Cina sudah berani menyentuh isu hubungan antara kaum hingga menjejaskan intergrasi.

PENENTANGAN terhadap agenda membina negara semakin menjadi-jadi, seolah wujud agenda membina negara dalam negara. Inilah akibatnya apabila kita terlalu berlembut dengan ultra kiasu.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan terhadap trend mutakhir pertubuhan Cina seperti Dong Zong dan sewaktu dengannya, yang semakin berani menyentuh isu-isu hubungan antara kaum sehingga menimbulkan polarisasi.Masyarakat Cina dilihat terlalu sensitif sehingga menjadikan usaha baik yang dirancang kerajaan seperti Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP) dimanifestasi sebagai syak wasangka yang menyentuh isu perkauman.

Perhimpunan Dong Zong sebelum ini yang didakwa dihadiri oleh lebih 1,000 pertubuhan Cina membuat resolusi menghalang rancangan dalam PIPP 2013-2025. PIPP dilihat sebagai usaha untuk menghapuskan bahasa ibunda mereka dan berbaur perkauman. Sedangkan hampir dua tahun kerajaan telah mengumpul input supaya selari dengan Akta Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara. Malangnya, NGO Cina ini langsung tidak mahu terlibat dalam perbincangan pelan tersebut.

Menurut Muhyiddin, trend yang berlaku itu tidak langsung membantu memupuk semangat perpaduan, justeru umat Islam mesti sedar dan tiada pilihan, selain memperkukuhkan jemaah.

Perkara itu tidak akan terjadi jika umat Islam kuat dan bersatu. Kelemahan dan perpecahan yang berlaku, diambil kesempatan sepenuhnya untuk menentang apa jua agenda membina negara, termasuk dengan lantang mencabar agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Peliknya, umat Islam dengan sengaja buat-buat tidak faham akan bahaya ini. Kita masih menganggap perkara ini remeh atau ini masalah UMNO, bukan masalah negara.

Bagi mengaburi mata rakyat dan umat Islam, sekutu Dong Zong, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) akan menganjurkan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang bagi menghargai sumbangan individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap usaha-usaha perpaduan dan integrasi nasional.

Menurut Hua Zong, penganjuran itu bertujuan menggalakkan lebih ramai individu atau NGO menyumbang ke arah perpaduan selain memupuk semangat integrasi dalam kalangan rakyat.

Sasterawan Negara, Usman Awang diangkat bagi mengisi nama anugerah itu kerana beliau antara tokoh yang mempunyai semangat dan pandangan positif yang jelas mengenai integrasi. Pemenang tunggal Anugerah Perpaduan cemerlang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan sijil, sementara lima pemenang yang terpilih Anugerah Perpaduan Gemilang masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000 berserta sijil.

Wah! Lumayan sungguh. Peliknya, kenapa nama Usman Awang, bukan tokoh yang lain? Kenalkah beliau dengan aspirasi dan jati diri Melayu Usman Awang? Setelah membelek-belek latar belakang Usman Awang, rupa-rupanya Usman Awang terlibat dalam Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Usman Awang juga pernah menjadi Ahli Jemaah Kolej Selatan, sebuah kolej swasta aliran Cina. Kerana penglibatan Usman Awang dengan beberapa pertubuhan Cinalah maka Usman Awang dipilih. Ditakdirkan Usman Awang tidak terlibat apa-apa, jangan haraplah nama Allahyarham dipilih.

Sudah tentu Yap Ah Loy dan Sun Yatt Sen yang akan diidolakan seperti mana yang dilakukan ultra kiasu Pulau Pinang.

Saya bimbang nanti apabila terbaca puisi Usman Awang bertajuk Melayu, mereka akan menarik balik anugerah ini pada tahun seterusnya. Saya pohon ketika anugerah ini disampaikan nanti, bacalah puisi Usman Awang ini.

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu,

Bugis itu Melayu,

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu,

Mamak dan Malbari serap ke Melayu,

Malah muallaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturahim hati yang murni

Maaf diungkap sentiasa bersahut

Tangan dihulur sentiasa disambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu

Masihkah tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara merdeka.

Selain puisi ini, baca juga biodata Usman Awang dan perjuangan Melayunya. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-65). Beliau juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Genta Rasa. Bacalah juga Kumpulan Puisi Keranda 152. 152 merujuk kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan.

Usman Awang juga adalah orang kuat Utusan Melayu. Usman Awang pernah mogok dan sanggup menganggur mempertahankan bahasa Melayu. Usman Awang juga adalah orang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usman Awang telah mengangkat dan mengharumkan nama institusi bahasa dan sastera tersebut hingga ke tahap antarabangsa selama jangka masa beliau berkhidmat di DBP.

Ketokohan dan kehebatan Usman Awang mesti diserlah secara pakej, bukan hanya merujuk sumbangan beliau kepada China dan Cina. Orang Cina mesti difahamkan, siapakah yang dimaksudkan dengan Melayu oleh Usman Awang? Bagaimana mengenali Melayu? Dan di manakah kekuatan dan sensitiviti Melayu seperti nukilan puisi tersebut.

Perpaduan dan integrasi tidak dapat dicapai kerana kita meletakkan agenda bangsa di hadapan dengan mengetepikan sama sekali agenda membina negara. Misalnya, terbaharu, sekutu Dong Zong juga MCA, berbeza pendapat dengan MIC dalam soal menyeragamkan subjek Bahasa Melayu (BM) di semua sekolah, termasuk SJK Cina dan Tamil. MIC bersetuju diseragamkan. MCA menentang sekeras-kerasnya. Pandangan MCA sama Dong Zong, semua Zong yang lain, termasuk DAP dan Gerakan.

Alasan MIC jelas. Rakyat Malaysia mesti menjunjung bahasa Melayu dan mendapat kredit dalam peperiksaan. Jika tidak, sampai bila-bila pun pelajar bukan Melayu tidak akan dapat menguasai agenda kebangsaan ini. Sudah tentu tidak baik untuk pembinaan negara bangsa.

NGO Cina menolak pandangan MIC. Jika BM diseragamkan, subjek ini akan menyukarkan pelajar Cina untuk menguasai bahasa Cina, kerana terpaksa memberikan tumpuan lebih kepada BM. Puak ultra kiasu langsung tidak mahu bersusah sedikit menyahut agenda negara. Mereka mahu menjadi secina-cinanya, membina negara dalam negara.

Saya telah letih memperkatakan isu yang tidak pernah habis-habis ini. Nasihat saya, jangan dengar lagi apa jua kata-kata Dong Zong atau Jiao Zong atau mana-mana NGO Cina lagi, laksanakanlah apa yang telah diputuskan. Jika tidak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 tidak akan ke mana-mana. Kita akan terus berhadapan dengan masalah demi masalah.

Jika masih berdegil, buat pungutan suara (referendum) kepada rakyat negara ini, seperti mana kita membuat referendum kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Tidak ada gunanya kita terus berlembut dengan ultra kiasu ini. Mereka hanya pentingkan bangsa, bukan negara, kerana mereka ingin membina bangsa dalam negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jaga-jaga makan di rumah terbuka

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

SETIAP kali hari raya pasti pelbagai juadah dihidangkan seperti ketupat, lemang, rendang, masak lodeh dan kari ayam.

Bagaikan baru bebas dari `penjara, apa jua makanan terhidang pasti akan dijamah maklumlah sebulan berpuasa membuatkan ramai yang alpa dan terus mengikut hawa nafsu.

Mungkin ada yang lupa bahawa obesiti merupakan pembunuh senyap di dunia di mana pelbagai penyakit akan timbul daripada masalah tersebut.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengelak gaya hidup ketika Syawal ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Sebagai tuan rumah kita perlu menjalankan peranan menyediakan juadah enak kepada para tetamu dan tetamu juga tidak mahu menghampakan tuan rumah untuk tidak makan di rumah mereka.

Jadi peranan masing-masing perlu dilakukan agar semuanya dapat mendapat kebaikan daripada pemakanan yang sihat dan seimbang.

Kami di .com mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan beringatlah ketika menjamu selera agar tidak berlebihan dan makan makanan yang seimbang. - AMIRUL

Bersederhana menyambut lebaran

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Masyarakat perlu sedar kesan boros berbelanja, mengikut trend semasa dan terikut-ikut peredaran fesyen terkini akan mengundang masalah di kemudian hari. - GAMBAR HIASAN

SYAWAL tiba lagi. Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin meriah, apatah lagi apabila mendengar gelak tawa kanak-kanak yang gembira menyambut lebaran.

Segala keperluan untuk persiapan menyambut hari raya begitu banyak membanjiri pasaran. Semudah memetik jari, segalanya tersedia untuk keperluan hiasan rumah, biskut raya, pakaian raya dan lain-lain.

Pelbagai jenis bentuk, warna dan saiz boleh dilihat pada biskut raya dan kalau boleh mahu membeli kesemuanya. Semuanya akan diusahakan berada di dalam rumah agar sambutan lebaran lebih bermakna dan sempurna.

Kepelbagaian ini mampu membuatkan masyarakat rambang mata ketika membeli-belah. Dalam keadaan inilah, kita mudah berbelanja secara tidak terkawal.

Wajarnya, bulan Ramadan mengajar kita erti kesabaran dan kesyukuran. Namun segalanya seakan-akan terhakis dek kerana nafsu meraikan aidilfitri.

Berbelanja dengan boros, mengikut trend semasa dan terikut-ikut dengan peredaran fesyen menjadi sebab masyarakat kita alpa dengan amalan bersederhana.

Nilai murni itu hilang dek rambangnya mata berbelanja di pusat membeli- belah mahu pun di bazar Ramadan. Hal ini menjadi lebih parah apabila di muka pintu pasar raya lagi sudah terpampang iklan harga runtuh dan potongan harga.

Umum sedia maklum bahawa sesetengah barangan adalah lebih mahal ketika musim-musim perayaan ini.

Justeru, kita perlu memperkasakan dan menyemai kembali sifat dan sikap bersederhana dalam kalangan masyarakat kita. Dalam keadaan ekonomi yang masih belum kukuh dan meyakinkan, tabiat boros dan kurang bijak berbelanja hanya akan merugikan individu itu sendiri.

Akhir kata, bersederhana adalah perkara terbaik dalam hidup. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

EZAL EZHAM AZAMI

Minden, Pulau Pinang

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Trafik mula perlahan dari arah Utara dan Selatan

Posted: 10 Aug 2013 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Peningkatan kenderaan petang ini menyaksikan aliran trafik di lebuh raya terutama dari arah utara dan selatan mula perlahan dan berlaku sedikit kesesakan di beberapa kawasan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad ketika dihubungi Bernama berkata, trafik mula sesak bermula dari Sungai Petani arah selatan ke Juru, Kedah dan dari Simpang Pulai ke Tanjung Malim, Perak.

"Trafik juga sesak di kedua-dua arah di Jambatan Pulau Pinang. Di Perak pula di Km 237 Bukit Gantang ke Bukit Berapit sesak akibat kawasan berbukit serta Sungai Perak ke Terowong Menora," katanya.

Beliau berkata, dari arah selatan, trafik bergerak perlahan sebelum Tol Air Hitam, Johor serta Seremban ke Nilai, Negeri Sembilan berikutan pertambahan kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di seluruh Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) bergerak lancar kecuali di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

"Trafik mula sesak dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah, dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi serta sekitar Plaza Tol Jabor, Pahang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Bekas Ahli Parlimen Gelang Patah meninggal dunia

Posted: 10 Aug 2013 02:09 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 10 Ogos - Bekas Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng yang bertarung dengan penyakit kanser tulang meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi ini.

Kesihatan Ah Eng dilaporkan semakin merosot sejak April tahun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Ah Eng menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Zaliha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi.

Mendiang yang dipilih menjadi Ahli Parlimen sejak 2004 bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu berikutan faktor kesihatan. - UTUSAN ONLINE

Warga asing banjiri ibu kota, sampah berlonggok

Posted: 10 Aug 2013 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sempena cuti panjang Hari Raya ribuan pekerja asing mengambil kesempatan bersiar-siar di ibu kota namun budaya pengotor mereka terserlah.

Sampah bertaburan di merata-rata tempat meskipun tong sampah mencukupi disediakan dan ramai juga dilihat meludah sesuka hati di kali lima, stesen bas mahupun di pusat beli-belah.

Tinjauan Bernama di sekitar Pasar Seni serta Kompleks Kota Raya mendapati kawasan itu terutamanya di kaki lima bukan sahaja dipenuhi warga asing tetapi juga sampah sarap.

Seorang warga tempatan Cheong Kok Thai, 67, yang berniaga makanan sayur-sayuran di Jalan Petaling berkata kebiasaannya pada musim perayaan ramai warga asing akan berkumpul di kawasan itu dan sampah mula bertimbun.

"Walaupun lori sampah datang untuk mengosongkan tong sampah dan membersihkan sampah sarap tetapi tempat itu kembali kotor semula," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Lum They, 72, peniaga kedai kain di Jalan Tun Perak mengeluh tabiat pengotor warga asing yang bukan sahaja membuang sampah merata-rata malah turut meludah di merata tempat.

"Mereka kebanyakannya tidak mempunyai kesedaran akan kebersihan, tidak hairanlah keadaan di sekitar ibu kota lebih kotor daripada biasa pada hari kelepasan am," katanya.

Sementara itu, K. Sharmella Rani, 27, juga kesal dengan sikap pekerja asing yang merosakkan harta benda awam seperti papan tanda dan tong sampah di perhentian bas dan jejantas.

"Jika dilihat, kesemua kawasan yang dikerumuni warga asing seperti Petaling Street, Lebuh Pudu dan Masjid Jamek berada dalam keadaan kotor dan banyak harta benda awam dirosakkan," katanya.

Kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana kepentingan masyarakat tempatan dilihat terjejas dengan perbuatan warga asing yang bersifat pentingkan diri sendiri, sedangkan mereka datang ke Malaysia untuk mencari nafkah, katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Gelanggang badminton jadi tumpuan

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Antara penduduk yang hadir untuk memberikan sokongan ketika perlawanan badminton di perkampungan Orang Asli Panchor, Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN

MINAT yang mendalam dalam sukan badminton mendorong penduduk Orang Asli Kampung Panchor di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Jempol, Negeri Sembilan berkumpul di rumah seorang penduduk hampir setiap malam untuk menyertai perlawanan badminton.

Walaupun terpaksa menggunakan gelanggang badminton yang kurang selesa dengan lantainya yang mula pecah, namun mereka tetap aktif bermain. Malah kekurangan itu tidak memadamkan hasrat mereka untuk melahirkan jaguh kampung yang berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemilik rumah, Bahar Batu, 35, memberitahu, gelanggang yang dianggarkan bernilai RM2,000 itu siap enam bulan lalu selepas dia mula membinanya secara beransur-ansur sejak tahun 2012.

"Saya tidak mampu menyiapkannya dengan cepat kerana kekurangan wang.

"Walaupun keadaan gelanggang ini tidak sempurna kerana ada bahagian yang menggunakan bahan terpakai, namun saya gembira apabila ia menjadi lokasi penduduk berkumpul dari petang sehingga lewat malam.

"Malah saya turut memasang lampu di sini dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penduduk. Niat saya hanya mahu penduduk di sini berkumpul, merapatkan hubungan dan mahu anak kampung berjaya dalam sukan ini," katanya.

Syarliza Bahar, 13, pula berkata, kewujudan gelanggang itu mampu mengasah bakatnya dan bercita-cita untuk mengharumkan nama kampung itu dalam sukan berkenaan satu hari nanti.

"Saya memang minat sukan badminton. Setiap hari, lebih kurang pukul 3 petang sehingga 5 petang, saya akan bermain badminton di sekolah saya, Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.

"Apabila pulang ke rumah, saya akan terus bermain hingga pukul 8 malam. Selepas itu barulah saya akan mengulang kaji pelajaran bersama adik- beradik yang lain.

"Minat saya dalam sukan ini bermula ketika saya berusia 12 tahun. Baru-baru ini, saya terpilih mewakili sekolah dalam sukan tersebut. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama, namun saya tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha selepas ini," katanya.

Sementara itu, Nor Mazrina Simpan, 38, berkata, terdapat sebuah gelanggang badminton yang dibina oleh kerajaan di kawasan tersebut.

"Memang gelanggang itu baharu dan sangat cantik. Biasanya kami hanya menggunakan gelanggang itu pada waktu petang sahaja. Waktu malam kami akan bermain di sini kerana tidak mampu membayar kos penggunaan lampu gelanggang pada waktu malam sebanyak RM7 untuk sejam.

"Rasanya lebih baik kami bermain di gelanggang penduduk sahaja kerana kami lebih seronok bermain di sini, malah setiap Sabtu kami akan mengadakan perlawanan badminton.

"Perlawanan ini bukan sahaja disertai golongan belia, malah warga emas dan kanak-kanak juga terlibat," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jangan rosakkan UMNO

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

UMNO sudah terima mesej

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Pelajar diseru jaga imej Malaysia

Posted: 09 Aug 2013 09:38 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved