Rabu, 4 September 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Lanjutkan insentif cukai kenderaan hibrid

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

DUA model bersama Honda Accord baharu yang dilancarkan di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 4 Sept. - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia), menyarankan kepada kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai terhadap kenderaan hibrid pada Bajet 2014 bagi merancakkan pembangunan industri berkenaan yang kini sudah menampakkan hasilnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya, Roslan Abdullah berkata, Honda Malaysia telah memulakan langkah awal tahun ini dengan membuka kilang pemasangan kenderaan hibrid pertama tempatan di Melaka dan pertumbuhan banyak dibantu oleh insentif berkenaan.

"Kami berharap agar insentif tersebut dapat dilanjutkan lagi bagi membantu industri ini terus berkembang selari dengan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia hab kenderaan hibrid di ASEAN.

"Ketika ini insentif berkenaan meliputi model pemasangan tempatan (CKD) dan diimport sepenuhnya (CBU). Diharapkan sekurang-kurangnya insentif berkenaan dapat dilanjutkan bagi model CKD," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kereta Honda Accord baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Sementara itu, Ueno berkata, hasil insentif berkenaan sejak dua tahun lalu, Honda Malaysia telah berjaya menjual 8,712 buah kereta hibrid pada 2012 dan 5,375 buah setakat Ogos tahun ini.

"Jika insentif berkenaan tidak disambung, agak sukar untuk menjual kenderaan jenis berkenaan.

"Kami juga terpaksa menangguhkan dahulu kemasukan model hibrid baharu seperti Honda Accord Hibrid sehingga menerima sebarang keputusan daripada kerajaan mengenai lanjutan insentif berkenaan, " katanya.

Ditanya mengenai hasrat kerajaan untuk menggunakan Honda Accord sebagai pengganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat.

"Kami baru sahaja melancarkan dan mengumumkan harga Honda Accord hari ini. Kami akan menunggu respon daripada kerajaan tentang hasrat berkenaan, " jelasnya.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan Honda Malaysia telah melancarkan Honda Accord generasi kesembilan dengan tiga varian pilihan iaitu 2.4 VTi-L, 2.0 VTi-L dan 2.0 VTi dengan masing-masing dijual pada harga RM172,800, RM149,800 dan RM139,800 sebuah.

Honda Malaysia berjaya mengurangkan harga sebanyak RM3,000 bagi varian 2.0 VTi berbanding model sebelum ini dan mengekalkan harga dua varian lagi walaupun telah membuat penambahan teknologi baharu meliputi keselamatan, casis, enjin dan pelbagai lagi.

Syarikat berkenaan juga menyasarkan menjual 700 buah Honda Accord sebulan atau 2,800 buah pada 2013 dan juga merancang meningkatkan jaringan pengedarnya daripada 64 kepada 80 sebelum akhir tahun ini.

UMW buka tempahan model Lexus ES

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Sept. - UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan pengambilan tempahan bagi tiga varian Lexus ES baharu iaitu ES 250, ES 250 Luxury dan ES 300h berkuat kuasa 30 Ogos lalu.

UMW Toyota berkata, bagi varian Lexus ES 250, harga atas jualan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, harga atas jalan bersama insurans RM266,830.40 seunit.

Varian Lexus ES 250 Luxury ialah RM287,350.40 dengan insurans dan varian hibrid Lexus ES300h RM362,448.40 seunit.

''Untuk maklumat lanjut mengenai varian ES dan warna kenderaan, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Pusat Lexus di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Pulau Pinang dan Johor Bharu atau menghubungi 1-800-88-LEXUS (53987).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Utusan Online - Jenayah

Posted:

Utusan Online - JenayahIkuti berita penuh untuk ruangan Jenayah menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah Utusan Online - Jenayahhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah 4 warga Iran termasuk remaja disyaki edar dadahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_10/4-warga-Iran-termasuk-remaja-disyaki-edar-dadah KUALA LUMPUR 5 Sept. - Polis memberkas empat warga Iran termasuk seorang suri rumah bersama anak perempuannya berusia 13 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah kondominium...2013-09-05T13:25:31+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ANGELINA SINYANGKDN kenal pasti anggota kongsi gelap sertai politikhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_09/KDN-kenal-pasti-anggota-kongsi-gelap-sertai-politik KOTA KINABALU 5 Sept. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenal pasti nama individu yang pernah terlibat dalam kongsi gelap dan bergiat dalam arena politik dengan menyertai parti-parti politik tertentu...2013-09-05T13:02:15+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Polis rampas senjata api, peralatan membuat bomhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_08/Polis-rampas-senjata-api-peralatan-membuat-bom KUALA LUMPUR 5 Sept. - Polis Kedah merampas sejumlah senjata api, peluru dan peralatan membuat bom di Taman Sri Mengkudu, Padang Terap dalam Op Cantas Khas awal pagi ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis...2013-09-05T12:55:37+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0905/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_08/Polis-rampas-senjata-api-peralatan-membuat-bom </image></item><item><title>Polis cekup 4 ahli Geng 08http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_01/Polis-cekup-4-ahli-Geng-08 KUALA LUMPUR 4 Sept. - Tindakan empat anggota kongsi gelap Geng 08 mengurung dan memaksa seorang gadis melakukan seks luar tabii akhirnya menjerat diri apabila mereka ditangkap selepas mangsa melaporkan...2013-09-05T02:25:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ANGELINA SINYANG<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0905/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_01/Polis-cekup-4-ahli-Geng-08 </image></item><item><title>SPRM tahan 3 individu rasuah RM1jhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_02/SPRM-tahan-3-individu-rasuah-RM1j SHAH ALAM 4 Sept. - Langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras salah guna kuasa dan penyelewengan dilihat telus apabila agensi itu tidak 'memilih bulu' dalam melakukan siasatan dan...2013-09-05T02:25:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ANGELINA SINYANGPemilik restoran pula mangsa terbaharu kes tembakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_03/Pemilik-restoran-pula-mangsa-terbaharu-kes-tembak NIBONG TEBAL 4 Sept. - Seorang pemilik restoran cedera parah selepas ditembak dari jarak dekat ketika memberhentikan keretanya di hadapan kedai di Taman Idaman dekat Simpang Ampat di sini hari ini. Dalam...2013-09-05T02:25:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pintasan e-mel taktik terbaharuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_04/Pintasan-e-mel-taktik-terbaharu KUALA LUMPUR 4 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai taktik penjenayah benua Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan internet di negara ini. Terbaharu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial...2013-09-05T02:25:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NORHIDAYU MOHD HASSANSkuad SPAD dikepunghttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_05/Skuad-SPAD-dikepung KUANTAN 4 Sept. - Dua pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diserbu oleh sekumpulan pemandu lori kerana tidak berpuas hati tindakan anggota agensi penguat kuasa itu menahan beberapa...2013-09-05T02:25:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh FANSURINA ABDULLAH<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0905/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_05/Skuad-SPAD-dikepung </image></item><item><title>Bekas ketua kongsi gelap kini ahli politikhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_06/Bekas-ketua-kongsi-gelap-kini-ahli-politik KUALA LUMPUR 4 Sept. - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap kini menjadi pemimpin...2013-09-05T02:25:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd KDN rampas 200,000 DVD KL Gangster 2http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130905/je_07/KDN-rampas-200000-DVD-KL-Gangster-2 PAPAR 4 Sept. - Filem KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan Oktober ini merupakan antara sebahagian daripada 200,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak yang dirampas Bahagian Kawalan Penapisan...2013-09-05T02:25:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Mayat wanita kepala berlubang ditemui di Kaparhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_26/Mayat-wanita-kepala-berlubang-ditemui-di-Kapar KLANG 4 Sept. - Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.2013-09-04T19:00:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AZIAN AZIZFilem http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_25/Filem PAPAR 4 Sept. - Filem KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan Oktober ini antara sebahagian daripada 200,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak yang dirampas oleh Bahagian Kawalan Penapisan...2013-09-04T18:58:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Dua anggota Geng 08 ditahan di Selangorhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_24/Dua-anggota-Geng-08-ditahan-di-Selangor KUALA LUMPUR 4 Sept. - Polis Selangor pada Jumaat lalu menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Pusat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Besraya atau Lebuhraya Sungai Besi yang mereka aktif...2013-09-04T18:07:38+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Seorang lagi tahanan polis loloskan diri di Ipohhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_23/Seorang-lagi-tahanan-polis-loloskan-diri-di-Ipoh IPOH 4 Sept. - Seorang orang kena tuduh (OKT) mengambil kesempatan melarikan diri daripada tahanan polis ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput Utara semasa mereka berhenti untuk...2013-09-04T18:06:18+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ASLIZA MUSAPolis NS berjaya tahan semula penjenayah loloshttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_22/Polis-NS-berjaya-tahan-semula-penjenayah-lolos SEREMBAN 4 Sept. - Seorang penjenayah yang meloloskan diri daripada kawalan polis dalam kejadian di Hentian Rehat dan Rawat Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban di sini pada Ahad lalu berjaya...2013-09-04T18:05:18+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Noor HANIS HARUNLelaki ditembak di Simpang Ampathttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_21/Lelaki-ditembak-di-Simpang-Ampat NIBONG TEBAL 4 Sept. - Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki bermotosikal ketika memberhentikan keretanya di depan kedai di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini pada kira-kira...2013-09-04T18:02:02+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AZELI ALIDua beranak ditahan miliki senjata buatan sendirihttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_20/Dua-beranak-ditahan-miliki-senjata-buatan-sendiri ALOR SETAR 4 Sept. - Seorang pelajar kolej dan bapanya ditahan kerana memiliki lima laras senapang angin disyaki buatan sendiri di rumah mereka di Kampung Tanjong Pari Siong, Baling. Pelajar sebuah kolej...2013-09-04T16:49:54+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh JAMLIAH ABDULLAHPemilik rumah cedera bergelut dengan 5 penyamunhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_19/Pemilik-rumah-cedera-bergelut-dengan-5-penyamun ROMPIN 4 Sept. - Seorang pemilik rumah cedera ditetak akibat bergelut dengan lima penyamun yang bersenjatakan parang di Felda Keratong, Muadzam Shah di sini semalam. Ketua Polis Daerah, Supritendan Johari...2013-09-04T16:41:50+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Op Cantas: 4 lelaki kurung wanita di hotel antara dicekuphttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_18/Op-Cantas-4-lelaki-kurung-wanita-di-hotel-antara-dicekup KUALA LUMPUR 4 Sept. - Empat lelaki yang terbabit mengurung seorang wanita di sebuah hotel di Brickfields, di sini, antara 262 orang yang ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur sejak 17 Ogos lepas.2013-09-04T16:08:55+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 4 anggota Imigresen cedera van bertembung keretahttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_17/4-anggota-Imigresen-cedera-van-bertembung-kereta SEREMBAN 3 Sept. - Empat anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan cedera selepas van yang dinaiki mereka bertermbung dengan sebuah kereta di Jalan Pantai-Seremban, dekat sini awal pagi tadi Kejadian...2013-09-04T15:49:09+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFARDua beradik edar dadah diberkashttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_16/Dua-beradik-edar-dadah-diberkas IPOH 4 Sept. - Polis menahan dua beradik lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 3,035 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM150,000 dalam serbuan di Jalan Madrasah, Assam Kumbang dekat Taiping...2013-09-04T15:48:09+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ASLIZA MUSATiga maut kemalangan di Sandakanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_15/Tiga-maut-kemalangan-di-Sandakan SANDAKAN 4 September - Tiga Maut termasuk dua warganegara Indonesia dalam kemalangan membabaitkan dua buah lori di Kilometer 27 Jalan Labuk di sini malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu mengakibatkan...2013-09-04T15:42:47+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh TARMIZI ABDUL RAHIMLaporan nahas bas Genting Highlands peringkat akhirhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_14/Laporan-nahas-bas-Genting-Highlands-peringkat-akhir KUANTAN 4 Sept. - Siasatan polis berhubung nahas membabitkan bas ulang-alik yang mengorbankan 37 nyawa di Genting Highlands bulan lalu kini di peringkat akhir. Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab.2013-09-04T15:41:33+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 4 rumah kedai, sebuah gerai musnah kebakaran di Kota Tinggihttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_13/4-rumah-kedai-sebuah-gerai-musnah-kebakaran-di-Kota-Tinggi KOTA TINGGI 4 Sept. - Empat buah rumah kedai dan sebuah gerai makan musnah dalam kebakaran di Jalan Teluk Ramunia-Sungai Rengit dekat Pengerang awal pagi tadi. Kedai yang musnah dalam kejadian 3 pagi itu...2013-09-04T15:14:59+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 93 pelajar Kolej Vokasional Arau keracunan makananhttp://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_12/93-pelajar-Kolej-Vokasional-Arau-keracunan-makanan KANGAR 4 Sept. - Sebanyak 93 pelajar Kolej Vokasional Arau (KVA) dekat sini terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini mengadu cirit-birit, muntah-muntah dan pening kepala selepas dipercayai...2013-09-04T15:13:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SHOLINA OSMAN
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zamri digantung dua tahun

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Zamri hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam yang membincangkan dakwaan yang dihadapinya.

PETALING JAYA - Pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli digantung dua tahun daripada kegiatan bola sepak selepas sampel air kencingnya pada perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lalu, didapati positif mengandungi bahan terlarang, metamphetamine oleh sebuah makmal di India.

Dia bernasib baik kerana tidak dikenakan hukuman maksimum digantung seumur hidup atau minimumnya, enam bulan yang tidak boleh dirayu biarpun Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Razak berkata, penyalahgunaan dadah merupakan satu kes yang serius.

"Bahan yang diambilnya, diklasifikasikan makmal di India itu sebagai terlarang pada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan WADA (Agensi Antidoping Dunia). Tiada denda dikenakan ke atasnya dan dia boleh merayu kepada Jawatankuasa Rayuan FAM dalam tempoh 14 hari mengikut tarikh kuat kuasa hukuman yang ditetapkan dalam surat kepadanya.

"Kami sudah memberi masa, ruang dan peluang kepada pemain ini dan wakil KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) untuk membelanya. Kami juga sudah menimbang daripada aspek umur, keluarga dan latar belakangnya tetapi kami tidak mahu perkara ini menular dan menjadi ikutan kepada pemain sedia ada dalam Liga M atau bakal pemain dari peringkat sekolah," kata Taufik.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, menambah, soal sama ada hukuman itu akan dikekalkan, dikurangkan atau dibatalkan, terpulang kepada Jawatankuasa Rayuan persatuan sekiranya Zamri masih mahu menjalani proses terakhir bagi menyelamatkan kariernya itu.

Kata Taufik, pemain Kuala Lumpur, Hafizie Roslee pula digantung enam bulan daripada sebarang kegiatan bola sepak dan didenda RM2,000 selepas didapati tidak mempunyai semangat kesukanan bermain ketika perlawanan Liga Perdana menentang Sime Darby di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 17 Mei lalu.

"Amaran keras juga diberikan kepadanya jika dia berpeluang bermain semula dengan mana-mana pasukan selepas penggantungan ini, supaya tidak mengulangi kelakuan tidak bersemangat kesukanan itu dan jika denda itu tidak dibayar, namanya turut akan disenaraihitamkan.

"Kami mengkaji rakaman video dan mendapatinya melanggar pertuduhan Perkara 35.1 Kod Tatatertib Edisi 2012 FAM dan dihukum mengikut Perkara 56.2 kod sama yang hukuman maksimumnya, didenda RM25,000. Dalam pembelaan, dia mengatakan telah dicabar seorang pemain Sime Darby sedangkan dalam video, tiada.

"Dia (sepatutnya) boleh menggelecek bola naik dan mengeluarkan bola dari kawasan sendiri (namun) menendangnya ke belakang, seolah-olah memberikan kepada pemain Sime Darby. Hukuman ke atasnya tidak boleh dirayu," katanya sambil enggan mengulas sama ada tindakan itu berkaitan dengan mengatur keputusan perlawanan.

Sementara itu, kata Taufik, Johor Darul Takzim pula didenda RM40,000 atas pembakaran suar yang begitu banyak oleh penonton di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru sehingga mengancam keselamatan orang ramai selain gagal menyediakan anggota keselamatan ketika menentang Selangor dalam Liga Super, 6 Julai lalu.

"Johor Darul Takzim mengaku bersalah atas pertuduhan kali ketiga dalam satu perlawanan itu dan hukuman ini masih boleh dirayu kerana denda maksimumnya ialah RM100,000 dan jika diulangi pada perlawanan selepas ini, boleh membawa hukuman diarah bermain di stadium itu tanpa penonton," katanya.

BAM ambil pandangan media

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Tengku Mahaleel berucap dalam forum bersama media bertajuk 'Apa yang perlu dilakukan untuk membantu negara di kedudukan teratas dalam sukan badminton' di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Pucuk kepemimpinan baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula mengorak langkah untuk memantapkan sukan badminton negara dengan mengambil pandangan dan cadangan daripada pihak media dalam satu pertemuan khas di sini, semalam.

Selepas dipilih menerajui BAM untuk penggal 2013-2017 Julai lalu, Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff menggunakan pendekatan untuk mendekati pengamal media dengan lebih dekat serta berkongsi pandangan agar Malaysia mampu untuk mengusai sukan tersebut pada masa akan datang.

Kira-kira 20 pengamal media termasuk daripada jawatan editor, bekas wartawan dan wartawan diberi peluang untuk membentangkan idea kepada BAM yang turut didengari oleh Tengku Mahaleel sendiri serta Timbalan Presiden, Datuk Norza Zakaria serta pegawai tertinggi dalam persatuan tersebut.

Menurut Tengku Mahaleel, memang beliau telah merancang untuk bertemu pihak media untuk mendapatkan segala input bagi dibentangkan di Mesyuarat Majlis BAM Sabtu ini.

"Semua maklumat ini akan diletakkan dalam pelan strategi sebelum ia disebarkan di Mesyuarat Majlis 7 September ini, memang banyak idea yang boleh diambil hasil pertemuan ini," katanya kepada media selepas pertemuan yang dilangsungkan selama dua jam itu berakhir di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam.

Jelasnya, BAM akan memastikan setiap idea yang diberi diuruskan dengan baik bagi program masa depan sukan badminton negara selepas pandangan diberikan dari pelbagai sudut termasuk program akar umbi, penggunaan teknologi, disiplin, sistem kejurulatihan, pemilihan kejohanan dan penubuhan liga badminton.

"Pelbagai perkara perlu dilakukan untuk membantu Malaysia mengembalikan kedudukan utama dalam sukan badminton. Reputasi pemain negara tidaklah teruk, cuma kita akui banyak kelemahan dari aspek akar umbi yang perlu diberikan penekanan," katanya.

Antara wakil media tempatan yang menyertai forum tersebut ialah Utusan Malaysia, Kosmo, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), The Star, Sports 247, Astro Arena, Malay Mail serta kumpulan Media Prima iaitu Harian Metro, Berita Harian, News Straits Times dan TV3.

Selepas dipilih untuk menerajui BAM di Mesyuarat Pemilihan Julai lalu, Tengku Mahaleel masih belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan tentang perkembangan terkini pemain badminton negara dan juga perancangannya untuk masa akan datang bagi memantapkan badan tersebut.

Beliau mengakui memerlukan sedikit masa dan perlu mendapat input dari semua pihak agar dapat menguruskan badan tersebut dengan cemerlang. Bagaimanapun beliau berjanji akan menjawab segala pertanyaan wartawan selepas Mesyuarat Majlis BAM, Sabtu ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Wajib ada permit polis

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 Sept. - Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan, perhimpunan awam wajib mempunyai permit polis kerana seksyen tertentu yang menghendaki permit dikeluarkan di bawah Akta Polis 1967, tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu dinyatakan dalam keputusan majoriti 2-1 panel tiga hakim ketika menolak rayuan lima bekas penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram di perkarangan Masjid Negara, 12 tahun lalu.

Mereka ialah Nik Norhafizi Nik Ibrahim dan Ahmad Kamal Abdul Hamid ketika kejadian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zulkefle Idris dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Rafzan Ramli dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Khairul Amal Mahmud dari Universiti Malaya (UM).

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang mengetuai panel bersidang sependapat dengan Hakim Datuk Linton Albert ketika menolak rayuan mereka manakala Hakim Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer membuat keputusan menentang.

Dalam penghakiman bertulis setebal 50 muka surat, Hakim Mohamed Apandi berpuas hati bahawa perhimpunan awam wajib mempunyai permit kerana itu merupakan satu peraturan di bawah Akta Polis bagi membolehkan pihak berkuasa mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pada hemat beliau, Seksyen 27(2) dibaca bersama Seksyen 27(5) akta tersebut tidak melanggar mahupun mempunyai konflik dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Hakim Mohamed Apandi, kedua-dua subseksyen itu merupakan sekatan yang munasabah dan mematuhi peraturan memandangkan subseksyen tersebut tidak menghalang orang awam terlibat dalam perhimpunan aman.

Sehubungan itu, mahkamah menolak rayuan mereka selepas berpuas hati, rayuan kelima-lima perayu tidak mempunyai merit.

Sementara itu, Hakim Hamid Sultan dalam penghakiman setebal 77 muka surat tidak bersetuju dengan pandangan dua hakim tersebut lalu mengetepikan sabitan dan hukuman manakala denda RM3,900 yang telah dibayar oleh perayu-perayu dipulangkan.

Beliau turut membuat keputusan, sabitan dan hukuman terhadap mereka yang lain yang terlibat dalam perhimpunan tersebut (walau tiada rayuan dibuat) turut diketepikan dan segala denda yang telah dibayar juga dikembalikan.

Hakim Hamid Sultan berpendapat, kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, jika pun perhimpunan tersebut tidak mendapat permit, ini tidak bermakna itu merupakan perhimpunan haram selagi kesalahan melibatkan unsur-unsur jenayah di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan tidak dibuktikan.

Perayu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Januari 2011 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret mendenda kelima-limanya serta memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda RM3,900 itu.

Pada 18 Jun 2009, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mensabitkan mereka manakala seorang lagi penuntut, Helman Sanuddin, 34, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan selepas pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang diadakan di perkarangan Masjid Negara, Jalan Perdana di ibu negara antara pukul 2 petang dan 2.15 petang, 8 Jun 2001.

Kesemua perayu diwakili oleh peguam Edmund Bon manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim.

Dua beradik tak mengaku perdagang 31 wanita Indonesia

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Dua beradik yang merupakan pemilik dan penyelia syarikat agensi pekerja asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 31 pertuduhan memperdagangkan 31 wanita Indonesia bagi melakukan kerja secara paksaan, empat tahun lalu.

Sim Whye Hong, 32, selaku pemilik agensi dan kakaknya Sim Yee Sie, 34, penyelia di situ didakwa memperdagangkan kesemua mangsa yang berusia antara 21 dan 59 tahun itu dengan tujuan eksploitasi untuk dijadikan pembantu rumah dan melakukan kerja secara paksaan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di lima lokasi berlainan iaitu 15 pertuduhan di sebuah pusat kecantikan (spa) di Kuchai Entrepreneurs Park, Persimpangan Jalan Kuchai Lama manakala tujuh pertuduhan, dilakukan di Jalan 4/36, Bukit Sri Bintang, Kepong dan tujuh lagi pertuduhan di sebuah spa di Desa Aman Puri, Kepong di sini.

Sementara itu, baki dua lagi pertuduhan didakwa dilakukan di Pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia, Jalan Tun Razak di sini dan di Taman Sri Gombak dekat sini yang semuanya dilakukan antara Ogos 2009 dan 19 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen tidak mencadangkan sebarang jaminan dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Namun katanya, sekiranya mahkamah ingin membenarkan ikat jamin, satu jumlah yang tinggi patut dikenakan kepada mereka bagi setiap pertuduhan.

Peguam bela Goh Kim Lian yang mewakili kedua-dua tertuduh kemudian memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin kerana mereka menanggung anak yang masih bersekolah.

Menurutnya, Yee Sie seorang ibu tunggal kepada seorang anak berusia 13 tahun yang masih bersekolah, manakala Whye Hong juga adalah penanggung tunggal keluarga.

"Whye Hong turut mempunyai 20 kakitangan, namun selepas dia ditahan reman selama 19 hari, perniagaannya terhenti begitu saja dan kesan buruk turut dialami kakitangannya yang kini sudah tiada pekerjaan," katanya.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM310,000 berserta syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 2 Oktober depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Projek pelabuhan wujud 8,650 pekerjaan

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 4 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan Projek Peluasan Pelabuhan Kuantan di Gebeng di sini Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John (gambar) berkata, majlis perasmian projek itu akan diadakan pukul 2.30 petang dan akan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Projek ini adalah hasil kerjasama antara IJM Corporation Berhad dan syarikat dari China, Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co. Ltd membabitkan pelaburan awam sebanyak RM1 bilion dan pelaburan swasta RM3 bilion," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, projek itu dijangka dapat menjana pelaburan melebihi RM15 bilion apabila siap sepenuhnya pada akhir 2015 dan mewujudkan 8,650 peluang pekerjaan.

"Peluasan pelabuhan ini akan meningkatkan lagi aktiviti eksport dan import negara kerana lokasinya yang strategik antara persimpangan perjalanan kapal di Laut China Selatan," katanya.

Katanya, setakat ini kerja-kerja pembinaan pemecah ombak fasa satu telah bermula pada Mac lalu dan dijangka siap November ini.

Sementara itu, Jebasingam berkata, dalam majlis itu juga, pihaknya akan menyerahkan Loji Rawatan Air Panching yang baru dibangunkan dengan kos sebanyak RM170 juta kepada Menteri Besar.

Katanya, loji itu dibina bagi menyelesaikan masalah gangguan air di daerah ini, selain menyalurkan bekalan itu ke kawasan Perindustrian Gebeng.

"Dengan adanya loji baharu ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi di kawasan sekitar Kuantan dan Gambang," katanya.

Penuntut IPTA perlu berfikiran matang

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Shafik Fauzan Sharif (depan, lima dari kanan) dan Mustapa Long (depan, empat dari kanan) bersama-sama penuntut UiTM Shah Alam selepas penyerahan keluarga angkat di Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 4 Sept. - Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu berfikiran matang dan tidak mudah diperalat pihak tertentu untuk memperlekeh masyarakat, pemimpin, agama Islam dan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, mereka perlu memberi tumpuan terhadap pengajian yang menjanjikan masa depan lebih cerah.

Menurut beliau, pihak tertentu sanggup menggunakan golongan itu dalam mencari jalan memburukkan kerajaan serta pemimpin negara.

"Sikap memihak perjuangan pembangkang serta diperalat pihak tertentu menunjukkan penuntut terbabit tidak mengenang budi kerajaan yang banyak membantu mereka khususnya pinjaman pelajaran serta peluang pendidikan tinggi di negara ini," katanya.

Beliau berucap dalam majlis pelancaran Gerakan Obor dan Operasi Khidmat Masyarakat (Gokim) penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor di Kampung Chegar Perah, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan Ketua Kampung Chegar Perah, Rahimi Ismail.

Program itu turut mendapat kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM.

Shafik Fauzan berkata, sikap penuntut berkenaan bukan sahaja mengecewakan kerajaan tetapi menghampakan ibu bapa masing-masing yang mahukan anak mereka menuntut ilmu dengan lebih cemerlang.

"Sepatutnya, mereka perlu menunjukkan teladan baik kepada masyarakat dan bukannya menjadi telunjuk kepada pihak tertentu yang sentiasa memperlekehkan kerajaan," ujarnya.

Katanya, golongan itu perlu merebut peluang melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA di negara ini untuk membentuk kepimpinan matang dan integriti sebagai penuntut harapan bangsa.

Perlu patriotik bina negara disegani

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Adnan Yaakob melepaskan peserta Konvoi Kembara Jalur Gemilang semasa Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pahang di Dataran Jam, Bandar Tun Razak, Jengka Pahang, baru-baru ini. Turut kelihatan Shahaniza Shamsuddin (kiri).

MARAN 4 Sept. - Generasi muda perlu menghayati dan menyokong aspirasi kerajaan dalam membina sebuah negara bangsa disegani serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Pengerusi majlis pelancaran Kibaran Jalur Gemilang negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, Malaysia memerlukan warganegara yang patriotik, produktif dan komited membangunkan tanah air.

Katanya, kerajaan kini melalui kepimpinan pemimpin Barisan Nasional (BN) meletakkan standard dalam mewujudkan sebuah negara bertaraf dunia, selari dengan Wawasan 2020.

"Dalam mencapai sasaran itu, setiap warganegara, khususnya generasi muda perlu mengambil pendekatan proaktif membantu kerajaan dalam pelbagai perkara.

"Golongan itu harus meletakkan status diri dengan menjadi rakan kerajaan yang baik tanpa menimbulkan pelbagai kerenah sehingga menjejaskan kemajuan negara.

"Rakyat harus berbangga kerana tinggal di sebuah negara aman dan perpaduan pelbagai kaum yang semakin kukuh sehingga membolehkan kita menjalankan aktiviti dengan lancar," katanya.

Beliau berucap dalam majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dataran Jam, Bandar Tun Abdul Razak, Jengka di sini baru-baru ini.

Shahaniza yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri menegaskan, sebagai rakyat yang patriotik, mereka perlu mempamerkan kasih sayang terhadap negara dengan membuang sifat-sifat anti nasional.

Katanya, tanggungjawab paling mudah yang perlu dibuat rakyat adalah menyahut saranan kerajaan supaya setiap mereka mengibar Jalur Gemilang di premis perniagaan, kediaman, pejabat, kenderaan dan pejabat.

"Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan, maruah bangsa dan negara yang perlu dikibarkan dengan megah.

"Mana-mana pihak yang cuba menghina Jalur Gemilang secara langsung menjatuhkan maruah serta kesabaran rakyat yang cintakan negara ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Warga AS dipenjara di Singapura

Posted: 04 Sep 2013 10:41 AM PDT

SINGAPURA 5 Sept. - Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan atas kesalahan melakukan siri serangan seksual terhadap golongan wanita di beberapa hostel pelancong, di sini semalam.

Michael Sylvester Williams Jr., 24, didakwa mencabul dan menceroboh masuk ke dalam bilik penginapan lima pelancong wanita antara April dan Jun tahun ini.

Hakim Daerah, Eddy Tham berkata, hukuman tersebut setimpal dengan perbuatan Williams.

Seorang daripada mangsa yang merupakan wanita warga China mendedahkan bahawa dia berjaya menangkap Williams yang merakam gambarnya ketika mandi menggunakan telefon bimbit. - AFP

Puting beliung landa Jepun

Posted: 04 Sep 2013 10:40 AM PDT

TOKYO 5 Sept. - Beberapa siri puting beliung melanda timur Jepun semalam, menyebabkan bumbung kediaman tercabut, cermin tingkap pecah dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang.

Siaran televisyen menunjukkan banyak kediaman rosak teruk di Yaita, kira-kira 100 kilometer ke utara Tokyo.

Seorang lelaki warga emas dilaporkan cedera di Yaita, manakala dua lagi di bandar Kanuma.

Bekalan elektrik turut terputus selama tiga jam di Yaita. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Konsert jazz di Dewan Filharmonik 22 September

Posted: 04 Sep 2013 03:59 AM PDT

Oleh MOHAMMED KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Sebuah konsert muzik jazz yang menampilkan tiga penyanyi tempatan iaitu Atilia, Elvira Arul dan Dina Nazir bakal diadakan bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 22 September ini.

Konsert MPO and All That Jazz itu merupakan sebahagian daripada program DFP Seni Festival yang bertujuan untuk mempromosi pelbagai genre muzik yang berbeza di pentas berprestij tersebut.

Harga tiket bermula daripada RM60 hingga RM250 dan maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web www.mpo.com.my. - UTUSAN ONLINE

Rock jadi batu loncatan

Posted: 03 Sep 2013 10:30 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

ALBUM single pertama Nora Shima yang berada di pasaran baru-baru ini menjadi taruhan pertama .

INDUSTRI muzik tempatan tidak pernah sunyi dengan dentuman irama rock yang sentiasa relevan pada sepanjang zaman. Begitu juga dengan para penyanyi yang mendukung muzik rock sentiasa datang dan pergi silih berganti pada setiap dekad di negara ini.

Kalau pada era tahun 1980-an, Ella dan Shima antara penyanyi rock yang mewarnai persada muzik tanah air dan Abot sewaktu dekad 1990-an, maka pada era hari ini Nora Shamira pula merupakan rocker wanita terbaru yang bakal memeriahkan lagi bidang itu.

Pada usianya yang kini baru mencecah 18 tahun, Nora atau nama sebenarnya Nursyamira Shamsudin sudah mula mengembangkan bakatnya dalam kancah irama rock tempatan. Dia tidak mahu melengah-lengahkan masa dan akan menggunakan kesempatan itu.

Nora bertekad mahu melakar nama seperti yang pernah dilalui oleh Ella, Shima dan Abot dalam bidang yang diceburinya itu. Justeru, pada usianya kini yang masih hijau dia beranggapan ia adalah masa yang tepat untuk mencapai impian tersebut.

"Sebab itu selepas sahaja habis belajar di sekolah menengah sampai tingkatan lima, saya terus mengambil keputusan mahu menjadi penyanyi sepenuh masa. Saya nekad tidak mahu sambung belajar selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada tahun lepas.

"Saya yakin dengan bakat menyanyi yang ada dan mahu menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya saya mulai sekarang. Saya tidak menyesal tidak sambung belajar dan ini adalah pilihan saya sendiri," katanya kepada Hits di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Nora, dia yang meminati muzik dan menyanyi sejak berusia lima tahun banyak didedahkan dengan penyanyi rock seperti Ella dan Shima & The Boys yang mana ia turut mempengaruhi minatnya terhadap muzik rock walaupun ia kedengaran bingit serta keras bunyinya.

Malah, kata penyanyi berasal dari Mersing, Johor ini lagi, irama rock dilihat cukup serasi dengan suara serta penampilan dirinya yang suka kelihatan ranggi. Sebab itu katanya, rock lebih dekat dengan jiwa serta pemilihan konsep muzik itu dalam bidang yang diceburinya itu.

"Sewaktu mahu menggunakan nama Nora sebagai nama komersial, ada orang kata nama itu kurang sesuai kerana sudah ramai artis seperti penyanyi Nora dan pelakon Nora Danish yang menggunakan nama ini. Tetapi saya suka dengan nama ini yang ringkas.

"Bagi memperlihatkan kelainan saya tambahkan Shamira dihujung nama Nora itu bagi membezakan saya dengan artis lain yang juga menggunakan Nora sebagai nama komersial mereka. Saya harap nama Nora juga akan membawa tuah seperti juga Ella atau Shima," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Membantu kelas pertengahan

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh Khairuddin Mohd. Zain

Pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 mendatangkan reaksi yang cukup pelbagai di dalam media baru. Ada yang menggunakan unsur jenaka. Ada juga yang mengambil pendekatan propaganda, meletakkan tanda 'Terima Kasih' di stesen minyak tertentu. Masing-masing punya hak untuk menyatakan pandangan dan pendirian.

Sementara banyak yang menyatakan rasa tidak puas hati, ada juga yang merasakan ia tindakan yang masih boleh diterima akal. Soalnya, proses mencari titik persetujuan dalam isu yang sepanas ini dirasakan cukup sukar.

Satu tajuk status seorang sahabat penulis cukup menarik perhatian. Sebagai profesional muda, dia menyuarakan pandangan sama ada kerajaan benar-benar memikirkan kaedah untuk memberikan sedikit perhatian kepada nasib kelompok 'pertengahan', yang ditekan bukan sahaja dengan cukai, malah kos sara hidup yang tinggi.

Rasional mudah 'kami bayar cukai; orang lain yang menerima nikmat' itu mungkin perlu diperhalusi dalam konteks tanggungjawab 'bernegara' yang lebih besar.

Sebenarnya, perdebatan keperluan menjaga 'hati dan perasaan' kumpulan pertengahan ini bukan sahaja berlaku di negara kita. Ia juga turut menjadi mauduk perbincangan ekonomi penting di banyak negara, sama ada dalam status membangun mahupun maju.

Malaysia mungkin memerlukan satu bentuk kajian menyeluruh bagi mengenali demografi kumpulan pertengahan ini. Apa asas yang perlu kita guna pakai? Pendapatan? Tahap pendidikan? Milikan hartanah? Atau kita memerlukan garis ukur yang lebih holistik.

Hanya dengan data, angka dan statistik yang jelas, mampu kita menjana polisi awam yang inklusif dan tidak semberono. Berapa besar kelompok yang dikatakan sebagai 'golongan pertengahan' ini. Apa angkubah yang mahu kita guna pakai?

Kepentingan angka sebenar kumpulan pertengahan ini dapat kita rasai melalui kajian khusus yang dilakukan di banyak negara. Antara yang terbaru, adalah Economic Mobility and the Rise of the Latin American Middle Class yang turut mendapat kerjasama Bank Dunia.

Apa yang menarik mengenai kajian ini adalah tumpuan yang diberikan kepada konsep 'mobiliti ekonomi' (economic mobility) yang ada di dalam masyarakat di kawasan sana.

Teori asasnya adalah, kedudukan ekonomi manusia tidak statik. Andai kata lima tahun dahulu mereka berada di dalam kelompok miskin, hari ini mereka mungkin sudah berada di kelompok pertengahan.

Perubahan ini pastinya berlaku jika wujud ruang dan peluang buat mereka memajukan diri mahupun keluarga, bersesuaian dengan persekitaran ekonomi yang ada.

Malaysia memerlukan kajian yang sedemikian sifatnya. Kajian yang menjurus kepada data sebenar kumpulan pertengahan, malahan sejauh mana dalam kalangan mereka yang jatuh ke peringkat miskin, di atas apa sahaja masalah ekonomi yang ada. Kajian di Amerika Latin, membuktikan bahawa kemungkinan itu masih berlaku.

Selain daripada kajian yang akademik sifatnya, pendekatan yang lebih mudah turut digunakan di England. Great British Class Survey dijayakan dengan kerjasama BBC bagi mendapatkan tinjauan mengenai perkara sama. Amat menarik, kerana dalam tempoh masa tertentu, lebih 160,000 responden mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Penulis bukanlah seorang yang gemar membeza-bezakan rakyat mengikut 'kelas' dan sebagainya. Namun, artikel ini bertujuan untuk kita memastikan bahawa polisi dan dasar yang dijayakan kerajaan, dapat 'dirasai' oleh semua kumpulan masyarakat. Realiti ekonomi ini tidak mampu kita nafikan.

Walaupun mungkin tidak tergolong dalam kumpulan pertengahan, penulis merasakan mungkin ada perkara yang mampu kita ringankan sedikit kos sara hidup kumpulan ini.

Jangan kita nafikan, dengan gaji yang mungkin RM6 ribu sebulan, isteri seorang surirumah, mempunyai 3 anak bersekolah - 'isu ekonomi' kumpulan ini masih perlu disantuni.

Menurut Indeks Harga Pengguna (CPI), tiga komponen perbelanjaan terbesar bagi rakyat Malaysia adalah - makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan dan utiliti, dan akhir sekali pengangkutan. Rangka perbelanjaan ini hampir sama untuk rakyat 'kelas' mana sekalipun.

Oleh yang demikian, penyelesaian yang mungkin mampu menjaga hati dan sensitiviti semua pihak perlu menjurus kepada tiga komponen utama ini.

Aku Janji

Antara perkara yang diberikan keutamaan dalam aku janji Barisan Nasional sebelum pilihan raya yang lalu adalah soal kos sara hidup. Sudah barang tentu, persoalan kos sara hidup ini tidak menjurus kepada BR1M dan perkara berkaitan dengannya.

Perlu ada strategi lebih tuntas dan besar, dalam memastikan pengurangan beban kos sara hidup dapat turut dinikmati pelbagai lapisan masyarakat. Kalaupun bukan dalam bentuk 'pemberian tunai', namun ia masih boleh diberikan dalam bentuk yang lain.

Momentum strategi menangani kos sara hidup yang dicadangkan sewaktu Bajet 2013 boleh dikekalkan, dengan memberi sedikit tumpuan kepada kumpulan pertengahan. Mahu dikatakan kumpulan ini tidak 'merasai' langsung nikmat Bajet 2013 juga adalah kenyataan yang meleset.

Bajet 2014 akan disusun di luar persekitaran suhu politik yang panas - selepas PRU. Mungkin wajar ia menjadi sedikit tegas dalam pendekatan ekonomi, namun masih menyusur jalan menyejahterakan rakyat dalam segenap segi. Akhirannya nanti, bukanlah 'kelas' yang dijadikan keutamaan - namun rakyat jua secara keseluruhannya.

Pendirian Malaysia elak ASEAN berpecah

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh Azmi Hassan
PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

ASEAN sering kali dituduh tidak sepakat apabila berhadapan dengan isu tuntutan bertindih sempadan maritim terutama sekali yang melibatkan Laut China Selatan. Lebih mengaibkan lagi adalah tuduhan tersebut bukan sahaja berpunca dari luar pertubuhan tersebut tetapi daripada kalangan ahli ASEAN itu sendiri.

Jika dibabitkan dengan isu tuntutan gugusan Pulau Spratly dan Paracel yang terletak di Laut China Selatan, empat negara ASEAN terlibat secara langsung iaitu Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia. Walaupun terdapat pertindihan tuntutan di antara keempat-empat ahli ASEAN ini tetapi ia bukan menjadi masalah utama kerana yang lebih kritikalnya adalah pertindihan dengan China.

Secara dasarnya ASEAN mampu bersepakat untuk menghadapi China kerana apa yang dituntut oleh empat negara ASEAN yang terlibat juga dituntut oleh China. Berhadapan dengan China secara bersendirian akan memberi kelebihan kepada Beijing kerana negara kuasa besar itu mempunyai kuasa tentera dan pengaruh ekonomi yang lebih hebat.

Sebab itu Beijing sering menegaskan rundingan mengenai tuntutan bertindih Laut China Selatan hanya boleh dirundingkan secara bilateral iaitu secara langsung dengan negara terlibat dan bukannya dengan ASEAN. Tiada kesepakatan ASEAN sedikit sebanyak telah memberi kelebihan kepada China.

Bukan menjadi rahsia lagi terbentuknya dua kumpulan dalam ASEAN kerana Vietnam dan Filipina secara dasarnya menyokong penglibatan Amerika Syarikat (AS) yang pada ketika ini sudah terlibat secara langsung dengan mengguna dalil untuk menentukan kebebasan navigasi di perairan Laut China Selatan.

Manakala Brunei dan Malaysia pula dituduh lebih cenderung dan berpihak dengan China kerana tidak mengamalkan dasar menyokong penglibatan AS secara terbuka di Laut China Selatan. Lebih merumitkan lagi adalah enam lagi ahli ASEAN yang tidak terlibat secara langsung dalam tuntutan sempadan bertindih ini tidak mengambil sikap berkecuali tetapi berpihak sama ada kepada AS atau China.

Kegagalan ASEAN mengeluarkan kenyataan bersama selepas Persidangan Menteri-Menteri Luar yang diadakan di Phnom Penh pada 6-13 Julai 2012 lepas adalah berpunca daripada tiada kata sepakat dalam isu ini. Begitu mengaibkan kerana buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun sejarah ASEAN, kenyataan bersama yang merupakan manifestasi kesepakatan mesyuarat gagal mencapai persetujuan semua ahli.

Punca utama adalah kerana Pengerusi ASEAN ketika itu iaitu Kemboja berkeras enggan menerima isu pergeseran Filipina dan China di Beting Scarborough dan definisi Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang masing-masing disarankan oleh Manila dan Hanoi sebagai kenyataan bersama ASEAN. Perlu ditegaskan keputusan tersebut diambil oleh Pengerusi kerana Kemboja lebih akrab dengan China.

Peristiwa tiada kata sepakat ASEAN yang berlaku di Phnom Penh bagaikan berulang di Bandar Seri Begawan minggu lepas ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang diadakan minggu lepas.

Malaysia dan Brunei sekali lagi dituduh terlalu berlembut dengan China dan paling membimbangkan sekali apabila kedua-dua ahli ASEAN ini dituduh pula berpihak dengan Beijing. Tuduhan sebegini sebenarnya tidak masuk akal kerana beberapa gugusan Kepulauan Spratly milik Malaysia seperti Pulau Ubi, Pulau Siput, Pulau Mathanena dan Pulau Peninjau juga dituntut sebahagian oleh Brunei dan secara keseluruhan oleh China.

Mana mungkin negara yang membuat tuntutan kawasan yang serupa boleh bersepakat kerana logiknya sukar untuk dipastikan. Tetapi itulah persepsi yang cuba digambarkan kerana mahu memaksa Malaysia dan Brunei supaya bersama-sama dengan Vietnam dan Filipina berhadapan dengan China.

Tiada ruginya jika keempat-empat ahli ASEAN bersepakat menghadapi China tetapi timbul masalah kerana Vietnam dan Filipina mahu menglibatkan AS secara langsung. Pendirian dasar luar yang diambil oleh Malaysia dan Brunei sebenarnya bukan mahu berpihak dengan China tetapi tidak mahu penglibatan kuasa luar yang hanya akan menyukarkan penyelesaian masalah tuntutan ini.

Malaysia dan Brunei tidak mahu Laut China Selatan dijadikan medan proksi bagi dua kuasa besar AS dan China mendoba pengaruh mereka yang antara lain sudah pasti melibatkan kekuatan ketenteraan. Lebih membimbangkan lagi ialah apabila Presiden AS Barack Obama telah mengisytiharkan strategi pertahanan yang lebih memberi tumpuan kepada rantau Asia Pasifik. Strategi yang digelar Pangsi Asia Pasifik telah pun bermula dengan penempatan askar marin AS di Darwin, Australia dan penempatan kapal perang pesisir Freedom di Pangkalan Laut Changi Singapura.

Mengambil pendirian berpuak sama ada menyebelahi AS atau China bukan kaedah terbaik dalam mencari penyelesaian tuntutan sempadan maritim bertindih Laut China Selatan. Pertembungan proksi antara AS dan China hanya akan merugikan rantau Asia Tenggara dan juga Asia Pasifik.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas pendirian Malaysia di ADMM menegaskan cara terbaik untuk meredakan keadaan adalah bekerjasama dalam penerokaan sumber asli terutama sekali minyak dan gas di kawasan bertindih.

Ketika membuat lawatan rasmi ke China pada Jun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Malaysia tiada masalah bekerjasama dengan China untuk meneroka sumber asli di kawasan maritim tuntutan bertindih kerana strategi ini telah berjaya dilaksanakan di antara Malaysia dengan Thailand.

ASEAN sepatut lebih memahami pendirian Malaysia dan Brunei kerana apa yang cuba dilakukan adalah untuk menghindari pertubuhan itu berpuak sama ada kepada AS atau China kerana jika situasi ini berlaku, maka Asia Tenggara yang akan menjadi mangsa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


'Ketahui masalah sebenar kami'

Posted: 03 Sep 2013 11:11 AM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Peringatan UDA Holding Berhad kepada 42 penyewa Kompleks Pertama agar menjelaskan tunggakan sewa dalam tempoh setahun seolah-olah memberi amaran terakhir agar peniaga-peniaga tersebut berpindah keluar dari situ.

Malah, Pengerusi Badan Bertindak Penyewa Melayu Kompleks Pertama, Hamdan Sulaiman berkata, sekalipun peniaga terlibat berjaya melangsaikan tunggakan sewa masing-masing, pihaknya tidak yakin masalah sama tidak berulang selagi tiada tindakan proaktif diambil oleh UDA untuk merancakkan aktiviti perniagaan di kompleks itu.

Menurutnya, mereka bukan sengaja untuk tidak menjelaskan sewa bulanan yang dikenakan tetapi faktor ketiadaan pelanggan menyebabkan operasi perniagaan terjejas teruk sejak empat tahun lalu.

"Kami berharap pihak pengurusan UDA menceritakan hal sebenar kemelut yang melanda penyewa-penyewa di sini kepada orang luar, mengapa tiada pelanggan yang mahu ke sini untuk berbelanja.

"Kami sudah berniaga lebih 30 tahun di sini, pernahkah dalam tempoh lebih sepuluh tahun lalu kami ada tunggakan sewa seperti sekarang," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengerusi UDA, Datuk Johari Abdul Ghani dalam laporan akhbar hari ini berkata, jumlah keseluruhan tunggakan penyewa unit kedai di Kompleks Pertama adalah kira-kira RM500,000 dan perkara itu menambahkan beban hutang kepada UDA.

Tambah Hamdan, pihaknya kecewa kerana kenyataan yang dikeluarkan itu tidak bersesuaian apabila diumumkan dalam majlis anjuran penyewa-penyewa yang bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan dengan UDA.

"Kami juga kesal kerana baharu sekarang hendak diaturkan perbincangan sedangkan permintaan kami untuk mengadakan pertemuan dengan UDA sebelum ini tidak pernah dilayan," katanya.

Kata Hamdan lagi, mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini untuk mencari penyelesaian dan dijanjikan akan diteliti semula masalah yang menimpa mereka itu.

"Kami juga bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar UDA kembali kepada peranan dan fungsi asal penubuhannya iaitu membantu usahawan bumiputera.

"Tiada apa yang boleh dilakukan selagi UDA tidak dipulihkan ke landasan yang tepat dan kami tidak teragak-agak untuk menyifatkan pengurusan UDA sebagai lemah sehingga para penyewa terpaksa menanggung akibat," ujarnya.

Projek Pasar Raja Bot kian rancak

Posted: 03 Sep 2013 11:11 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Pasar transit Zon 1A yang telah siap pada Ogos lalu untuk menempatkan peniaga dari Pasar Raja Bot di Chow Kit, Kuala Lumpur berpindah sementara dan meneruskan aktiviti perniagaan mereka.

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Usaha menaik taraf Pasar Raja Bot yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan semula Kampung Baru kian rancak berjalan.

Terbaharu, tapak pasar sementara (Zon 1A) atau lebih dikenali sebagai pasar transit telah siap awal Ogos lalu selepas bangunan di hadapan Plaza Safuan di Jalan Raja Alang dirobohkan bagi menempatkan sementara peniaga kumpulan kedua sebanyak 95 orang sebelum berpindah ke pasar sebenar apabila siap kelak.

Ketika ini, kerja-kerja merobohkan sebuah lagi bangunan di kawasan terbabit sedang dilakukan sebagai tanda bermulanya projek Zon 1B iaitu pembinaan pasar transit kedua yang dijangka siap pada akhir bulan ini sebelum projek fasa kedua dan ketiga dimulakan iaitu pembinaan pasar kekal.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Naharudin Abdullah berkata, kumpulan ketiga melibatkan kira-kira 200 peniaga termasuk peniaga Pasar Ria di Jalan Haji Salleh dijangka berpindah ke Zon 1B pada pertengahan Oktober depan.

"Selepas kompleks Pasar Raja Bot siap kelak, pasar sementara di Zon 1A dan 1B akan dirobohkan bagi pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat selain Pasar Ria turut dinaik taraf. Ini dinamakan sebagai pembangunan 'insitu'.

"Inilah keistimewaan pembangunan Pasar Raja Bot. Peniaga tidak perlu berpindah jauh dan pergerakan hanya tertumpu di dalam kawasan ini dan mereka dapat melihat pembangunan semula Pasar Raja Bot di hadapan mata mereka sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini sebanyak 25 orang daripada kumpulan pertama peniaga di Pasar Raja Bot telah berpindah ke tapak sementara di Jalan Raja Alang bersebelahan Plaza Safuan.

Projek pembangunan semula Pasar Raja Bot dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2017 dan akan beroperasi 24 jam apabila aktiviti perniagaan bermula kelak.

Sementara itu, tinjauan di tapak pasar sementara Zon 1A di hadapan Plaza Safuan di Jalan Raja Alang hari ini mendapati, suasana riuh rendah dapat dirasai apabila peniaga berurus niaga dengan pembeli.

Pasar sementara itu menempatkan sebanyak 95 peniaga terdiri daripada peniaga barang mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging dan barang kering.

Seorang peniaga ikan yang ditemui, Rohaizat Abdul Rahim, 38, berkata, dia bersyukur dapat berpindah ke pasar transit itu yang lebih selesa kerana mempunyai kemudahan moden walaupun sekadar pasar sementara.

"Sebelum ini, gerai saya terletak jauh di belakang sehingga menjejaskan punca pendapatan saya. Kini, tapak sementara berada betul-betul di jalan utama...syukur, ini semua rezeki anak-anak," katanya.

Adi Ahmad, 59, yang menjual ayam berkata, tapak pasar sementara tersebut agak kurang dikunjungi pelanggan, berbeza seperti berniaga di tapak lama.

"Mungkin akan mengambil sedikit masa. Sekarang ini, saya akan menyesuaikan diri untuk berniaga di tapak sementara ini," jelasnya.

Peniaga barangan runcit, Haslimah Ali Omar, 59, yang telah berniaga selama 33 tahun dengan menjual sayur dan barang kering menyifatkan persekitaran di situ amat selesa berbanding tapak pasar lama.

"Walaupun ini tapak sementara namun selesa. Ini belum lagi pasar sebenar siap yang jauh lebih moden. Sebelum ini, saya berniaga bersama-sama suami, tetapi sekarang dia jatuh sakit dan anak-anak menolong saya berniaga ketika ini," ujarnya.

Baki 3 peratus masih mengalami gangguan bekalan air - Syabas

Posted: 03 Sep 2013 11:11 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Bekalan air di kawasan-kawasan terjejas ekoran pencemaran Sungai Selangor akibat tumpahan minyak Jumaat lepas telah 97 peratus pulih, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Syabas dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pengguna air di Petaling dan Kuala Lumpur telah menerima bekalan air sepenuhnya manakala baki tiga peratus pengguna di Klang dan Shah Alam masih mengalami gangguan bekalan air termasuk tekanan rendah.

Bagi kawasan Klang dan Shah Alam, masalah bekalan air masih dihadapi 23,704 pengguna dari Seksyen 33, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas, Batu 3 Shah Alam, Batu 8 Bukit Kemuning, Bukit Naga dan Kampung Lombong.

Bagi kawasan Gombak, bekalan air masih belum pulih sepenuhnya di Bandar Baru Ampang, Jalan Ampang, Kampung Ampang Campuran, Kampung Melayu Ampang, Kampung Tasek Permai, Taman Tasek Tambahan, Taman Bukit Utama dan Taman Dagang Jaya melibatkan jumlah akaun 8,875.

Kenyataan itu juga menyebut Syabas sedang giat menyusun semula sistem pengagihan air kawasan itu, namun usaha itu agak sukar kerana rezab bekalan air terawat amat tipis iaitu sekitar satu peratus walaupun loji rawatan air telah beroperasi pada tahap maksimum dan 'overload'.

"Oleh itu, pengguna yang terlibat dinasihatkan agak bersabar dan pengguna yang telah mendapat bekalan air disarankan agar menggunakan bekalan air secara berhemat dan tidak berlebihan bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan air secara keseluruhan," katanya.

Syabas juga akan terus menggerakkan semua sumber yang ada untuk membantu menghantar bekalan air dan sehingga kini, sebanyak 43 lori tangki telah melakukan 529 trip penghantaran bekalan air dan 66 tangki statik diletakkan di lokasi strategik di kawasan yang terjejas. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved