Rabu, 4 September 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Lanjutkan insentif cukai kenderaan hibrid

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

DUA model bersama Honda Accord baharu yang dilancarkan di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 4 Sept. - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia), menyarankan kepada kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai terhadap kenderaan hibrid pada Bajet 2014 bagi merancakkan pembangunan industri berkenaan yang kini sudah menampakkan hasilnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasinya, Roslan Abdullah berkata, Honda Malaysia telah memulakan langkah awal tahun ini dengan membuka kilang pemasangan kenderaan hibrid pertama tempatan di Melaka dan pertumbuhan banyak dibantu oleh insentif berkenaan.

"Kami berharap agar insentif tersebut dapat dilanjutkan lagi bagi membantu industri ini terus berkembang selari dengan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia hab kenderaan hibrid di ASEAN.

"Ketika ini insentif berkenaan meliputi model pemasangan tempatan (CKD) dan diimport sepenuhnya (CBU). Diharapkan sekurang-kurangnya insentif berkenaan dapat dilanjutkan bagi model CKD," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kereta Honda Accord baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Sementara itu, Ueno berkata, hasil insentif berkenaan sejak dua tahun lalu, Honda Malaysia telah berjaya menjual 8,712 buah kereta hibrid pada 2012 dan 5,375 buah setakat Ogos tahun ini.

"Jika insentif berkenaan tidak disambung, agak sukar untuk menjual kenderaan jenis berkenaan.

"Kami juga terpaksa menangguhkan dahulu kemasukan model hibrid baharu seperti Honda Accord Hibrid sehingga menerima sebarang keputusan daripada kerajaan mengenai lanjutan insentif berkenaan, " katanya.

Ditanya mengenai hasrat kerajaan untuk menggunakan Honda Accord sebagai pengganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan, beliau berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat.

"Kami baru sahaja melancarkan dan mengumumkan harga Honda Accord hari ini. Kami akan menunggu respon daripada kerajaan tentang hasrat berkenaan, " jelasnya.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan Honda Malaysia telah melancarkan Honda Accord generasi kesembilan dengan tiga varian pilihan iaitu 2.4 VTi-L, 2.0 VTi-L dan 2.0 VTi dengan masing-masing dijual pada harga RM172,800, RM149,800 dan RM139,800 sebuah.

Honda Malaysia berjaya mengurangkan harga sebanyak RM3,000 bagi varian 2.0 VTi berbanding model sebelum ini dan mengekalkan harga dua varian lagi walaupun telah membuat penambahan teknologi baharu meliputi keselamatan, casis, enjin dan pelbagai lagi.

Syarikat berkenaan juga menyasarkan menjual 700 buah Honda Accord sebulan atau 2,800 buah pada 2013 dan juga merancang meningkatkan jaringan pengedarnya daripada 64 kepada 80 sebelum akhir tahun ini.

UMW buka tempahan model Lexus ES

Posted: 04 Sep 2013 11:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Sept. - UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan pengambilan tempahan bagi tiga varian Lexus ES baharu iaitu ES 250, ES 250 Luxury dan ES 300h berkuat kuasa 30 Ogos lalu.

UMW Toyota berkata, bagi varian Lexus ES 250, harga atas jualan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, harga atas jalan bersama insurans RM266,830.40 seunit.

Varian Lexus ES 250 Luxury ialah RM287,350.40 dengan insurans dan varian hibrid Lexus ES300h RM362,448.40 seunit.

''Untuk maklumat lanjut mengenai varian ES dan warna kenderaan, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Pusat Lexus di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, Sungai Besi, Pulau Pinang dan Johor Bharu atau menghubungi 1-800-88-LEXUS (53987).

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved