Rabu, 4 September 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Warga AS dipenjara di Singapura

Posted: 04 Sep 2013 10:41 AM PDT

SINGAPURA 5 Sept. - Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan atas kesalahan melakukan siri serangan seksual terhadap golongan wanita di beberapa hostel pelancong, di sini semalam.

Michael Sylvester Williams Jr., 24, didakwa mencabul dan menceroboh masuk ke dalam bilik penginapan lima pelancong wanita antara April dan Jun tahun ini.

Hakim Daerah, Eddy Tham berkata, hukuman tersebut setimpal dengan perbuatan Williams.

Seorang daripada mangsa yang merupakan wanita warga China mendedahkan bahawa dia berjaya menangkap Williams yang merakam gambarnya ketika mandi menggunakan telefon bimbit. - AFP

Puting beliung landa Jepun

Posted: 04 Sep 2013 10:40 AM PDT

TOKYO 5 Sept. - Beberapa siri puting beliung melanda timur Jepun semalam, menyebabkan bumbung kediaman tercabut, cermin tingkap pecah dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang.

Siaran televisyen menunjukkan banyak kediaman rosak teruk di Yaita, kira-kira 100 kilometer ke utara Tokyo.

Seorang lelaki warga emas dilaporkan cedera di Yaita, manakala dua lagi di bandar Kanuma.

Bekalan elektrik turut terputus selama tiga jam di Yaita. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved