Isnin, 2 Jun 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu, kelindan treler maut

Posted: 02 Jun 2014 06:23 PM PDT

GOPENG 3 Jun - Seorang pemandu treler dan kelindannya maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung di Kilometer 300.2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung dekat sini malam tadi.

Dalam nahas pukul 10.15 malam itu, pemandu treler, Mohd. Mustafa Syafie, 36, yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Seorang rakannya yang masih belum dikenal pasti identitinya itu pula turut mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, semasa kejadian, treler jenis Volvo muatan barangan alat ganti kenderaan bermotor itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan, lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah gaung di sebelah kiri jalan. - UTUSAN ONLINE

Kanak-kanak terjun kereta selamatkan diri

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar daripada trak pikap yang sedang bergerak, semasa kenderaan itu dilarikan penjenayah di Jalan Au3/1, Keramat di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa mengikut bapanya ke sebuah bengkel kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bapanya kemudian turun tanpa mematikan enjin dan kesempatan itu digunakan seorang penjenayah berusia 30-an untuk melarikan pikap itu.

"Namun semasa dilarikan dalam jarak sejauh 700 meter, mangsa nekad membuka pintu lalu terjun untuk menyelamatkan diri. Dia yang cedera di bahagian pinggang, tangan, kaki dan punggung kemudian diselamatkan orang awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Khairuldin, pihaknya memburu suspek serta kenderaan yang dilarikan untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan berkumpulan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan ahli keluarga dan kenderaan mereka dalam keadaan enjin dihidupkan kerana memberi peluang berlakunya jenayah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Hoki Piala Dunia: Malaysia tewas lagi

Posted: 02 Jun 2014 10:25 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Malaysia kecundang lagi, kali ini skuad hoki kebangsaan menjadi mangsa belasahan pasukan No. 4 dunia, Belgium 6-2 dalam perlawanan kedua Kumpulan A pada Piala Dunia 2014 di Stadium GreenFields, The Hague, Belanda, sebentar tadi.

Ini adalah kekalahan kedua Malaysia selepas kalah 0-4 kepada Australia dalam aksi pembukaan, minggu lalu. - UTUSAN ONLINE

Tiada jalan pintas - Khairy

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Bukan mudah untuk melihat progam yang 'segar' membuahkan hasil dalam sekelip mata, apatah lagi jika ia baharu menjangkau usia dua bulan.

Justeru, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertujuan membangunkan semula bola sepak Malaysia memerlukan tempoh yang panjang bagi mencapai matlamatnya iaitu untuk memastikan sukan tersebut berada di kemuncak kegemilangan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pelan itu dilaksanakan berlandaskan kajian yang menyeluruh dan pihaknya bersedia mengambil kira pandangan semua pemegang taruh bola sepak tanah air demi kebaikan bersama.

"Hal membangunkan bola sepak negara dari akar umbi akan mengambil jangkamasa panjang untuk membuahkan hasil.

"Sudah pasti saya akan membincangkan perkara ini, kalau betul berlaku dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBN) yang seterusnya," katanya dalam satu kenyataan akhabar di sini semalam.

Khairy mengulas berhubung kenyataan bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni yang mencadangkan kepadanya dan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim untuk memperhalusi semula modul bola sepak yang telah diterapkan kepada pemain.

Pelan pembangunan yang dilancarkan merupakan fasa pertama yang tempohnya bermula dari sekarang hingga 2020 di mana pada akhir fasa itu, landskap program pembangunan dijangka berubah dengan penambahbaikan seperti penerapan falsafah atau DNA permainan bola sepak negara secara menyeluruh.

Sementara itu, Ketua jurulatih remaja negeri Terengganu merangkap Ketua Jurulatih PPBN, Mohd. Nor Bidin berkata, perubahan ketara buat masa ini sukar dilihat, namun menerusi analisisnya mendapati terdapat perkembangan yang menarik dapat dilihat.

"Perubahan tersebut ketara di peringkat bawah umur dan ia mula berkembang serta membuahkan hasil dengan beberapa sistem permainan, rentak penguasaan padang termasuk taktikal semakin baik.

"Kita telah melakukan suatu transaksi yang baharu di mana fasa lama ke arah yang lebih bermanfaat.

"Jangkamasa untuk melihat mereka benar-benar berkembang mungkin dalam tempoh setahun. Buat masa ini PPBN baharu sahaja dimulakan, memang sukar untuk kita menilai tahap perkembangan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lima terkorban ribut melanda Teheran

Posted: 02 Jun 2014 01:26 PM PDT

TEHERAN 3 Jun - Sekurang-kurangnya lima orang terkorban selepas ribut pasir melanda bandar raya ini hari ini, sehingga mengakibatkan bekalan eletrik terputus serta beberapa buah bangunan musnah.

Media tempatan melaporkan, ribut berkelajuan 110 kilometer sejam

itu berlaku kira-kira pukul 5.10 petang waktu tempatan (8.40 malam waktu Malaysia).

Ketua Agensi Kecemasan Iran, Amin Sabernia berkata, kejadian tersebut turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang cedera dan hampir 7,000 anggota penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang terjejas. - AFP

28 penyokong Mursi dipenjara seumur hidup

Posted: 02 Jun 2014 12:27 PM PDT

KAHERAH 3 Jun - Mahkamah Jenayah Fayoum menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 28 orang penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi semalam atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan ganas.

Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap 15 orang pengikut Mursi kerana melakukan tindakan mensabotaj dan menghalang jalan pada Julai tahun lalu.

Keputusan terbaharu ini merupakan sebahagian daripada siri perbicaraan besar-besaran yang dilakukan terhadap penyokong Mursi dan pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin, ekoran rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Syarikat pertama gagal patuh gaji minimum didenda

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda ke atas sebuah syarikat pembuatan produk kesihatan atas kesalahan gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Ini merupakan kejayaan pertama Kementerian Sumber Manusia mendakwa syarikat atas kegagalan membayar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan ke atas tiga orang pekerja tempatan yang digajikan oleh syarikat berkenaan.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejayaan itu adalah hasil operasi Pasukan Khas Penguatkuasaan (PKP) Jabatan Tenaga Kerja Selangor yang telah menjalankan siasatan ke atas syarikat berkenaan selepas menerima aduan daripada pihak tertentu.

"Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda ke atas syarikat sebanyak RM3,000 iaitu RM1,000 bagi setiap pertuduhan," kata kenyataan tersebut.

Enakmen jenayah syariah diwarta

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

KHAIRIL Akmal Hanafi (kiri) menerangkan hotel berkonsep taman kepada Mohd. Rawi Abdul Hamid (kanan) dan Dennis Cheng sempena praperasmian Tune Hotel Alor Setar di Jalan Putra Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin

ALOR SETAR 2 Jun - Para pengikut ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam termasuk Syiah di negeri ini perlu bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 yang kini telah dikuatkuasakan.

Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, rang undang-undang itu telah diwarta dan dikuatkuasakan sepenuhnya di negeri ini bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014, ada Seksyen 9 dan 11 iaitu sekiranya mana-mana orang berdakwah dan menyebarkan ajaran yang menyalahi fatwa bukan sahaja Syiah bahkan mana-mana ajaran yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jammah boleh dikenakan tindakan.

"Bila-bila masa sahaja apabila dapat aduan bukan sahaja di Pendang tetapi di mana-mana kawasan di Kedah kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan agama Islam," katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Kumpulan HBR dengan Bank Rakyat untuk Tune Hotel Alor Setar dan Praperasmian Tune Hotel Alor Setar di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan HBR Khairil Akmal Hanafi dan Pengurus Tune Hotel Wilayah Utara, Dennis Cheng.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai satu perhimpunan pengikut Syiah yang dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Pendang pada Sabtu dan Ahad lalu, Mohd. Rawi berkata, perhimpunan itu tidak seperti yang digembar-gemburkan.

"Melalui risikan yang kita jalankan, rombongan pengikut Syiah dari negeri-negeri lain membatalkan hasrat mereka untuk menyambut perayaan yang ada di dalam kalendar Syiah itu apabila ada laporan polis dibuat mengenainya.

"Yang ada di situ pada hari tersebut cuma orang tempatan yang berjumpa secara biasa dan tiada pembesar suara ataupun majlis keramaian di buat pada hari tersebut," ujarnya.

Khamis lalu, Pemuda UMNO Pendang membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bagi menghalang satu perhimpunan didakwa melibatkan pengikut Syiah yang akan diadakan di Kampung Alor Berala.

Ketuanya, Mohamad Fadzil Zulkipli berkata, perhimpunan tertutup itu akan diadakan di sebuah rumah, yang dipercayai menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kembara Berakit saksi keindahan alam

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Salah satu pasukan yang menyertai program Kembara Berakit Sungai Pahang tiba di Jeti Pekan

MARAN 2 Jun - Menyusuri Sungai Pahang merupakan pengalaman berharga bagi mereka yang mahukan kelainan dalam pengembaraan kerana dapat menyaksikan keindahan alam sekitar selain menyelami kehidupan masyarakat yang tinggal di tebing sungai.

Keunikan yang ada pada khazanah alam itu menyaksikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri menganjurkan program Kembara Berakit Sungai Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mei lalu.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin di Dataran Esplanade, Temerloh yang menyaksikan 210 peserta tempatan dan antarabangsa menyusuri Sungai Pahang sejauh 69 kilometer dengan rakit tradisional.

Aktiviti itu merupakan kesinambungan penganjuran ekspedisi berakit Sungai Pahang yang telah dianjurkan sejak 2001 oleh kerajaan negeri.

Ekspedisi berkenaan membabitkan tiga hentian iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Guai dan Kampung Baru Bor, Bera serta berakhir di Jeti Lama Chenor di sini.

Setiap hentian memaparkan aktiviti penduduk kampung dengan acara disediakan antaranya pertandingan memukat dan menjala, pengkisahan malam unggun api, demonstrasi masakan Pahang dan pertandingan masakan ikan patin serta ayam kampung.

Pemilihan Jeti Lama Chenor sebagai lokasi terakhir kembara berkenaan amat tepat kerana buat pertama kalinya tempat itu mengumpulkan pencinta budaya dan peserta berkenaan bagi mengimbau pengalaman silam masyarakat terdahulu.

Chenor bukan sebarang destinasi kerana di sini tercatat pelbagai halaman bertulis dan lisan sejarah silam keagungan masyarakat Melayu Pahang seperti pertabalan Sultan Ahmad I di Kampung Raja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail berkata, di sini munculnya ramai pahlawan Pahang yang memberi aspirasi kepada kehidupan masyarakat merdeka tanpa dijajah.

Menurutnya, dalam era moden ketika ini siapa tidak kenal nasionalis Ibrahim Yaakob yang dilahirkan di Kampung Kertau atau penulis serta penyanyi lagu rakyat terkenal, Ariffin Said yang berasal dari Kampung Batu Bor.

"Bumi Chenor menjadi kediaman keturunan Wan pada zaman dahulu selaku pewaris keluarga bangsawan tetapi mereka hidup bersama rakan rakyat biasa tanpa garis pemisah dalam menongkah arus zaman," katanya ketika berucap dalam program penutup kembara berkenaan di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pemilihan yang dibuat oleh JKKN negeri di lokasi itu amat tepat kerana dapat mempamerkan elemen kebudayaan dan jati diri masyarakat Melayu yang semakin terhakis akibat perubahan hidup masa kini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah JKKN, Mesran Yusop berkata, ekspedisi itu membawa peserta menikmati panorama alam yang terdapat di sepanjang sungai itu selain menyelami kehidupan masyarakat di tebing sungai.

"Mereka juga berpeluang menjalankan aktiviti memancing dan menjala ikan serta udang di atas rakit. Kalau bernasib baik mereka memperoleh ikan patin atau ikan jelawat liar dan jika dijual boleh mencecah harga ratusan ringgit sekilogram.

"Ini antara keistimewaan Sungai Pahang sejak zaman berzaman lagi dan generasi baharu jangan mudah lupa akan anugerah Allah yang membawa kemakmuran kepada rakyat dan Pahang," ujarnya.

Seorang penduduk Chenor, Khairul Amin Osman berkata, sejarah Jeti Lama Chenor di sini membuktikan tempat itu pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan penting daripada pedagang dahulu.

Menurutnya, kawasan itu perlu dibangunkan semula dengan bangunan lebih moden tanpa meminggirkan ciri-ciri tradisionalnya untuk tatapan pelancong dan generasi baharu mengenai sejarah kegemilangan lokasi berkenaan.

"Kegemilangan Chenor akan lebih terserlah jika kerajaan negeri dapat mengangkat martabat kawasan itu sebagai pekan budaya di Pahang kerana di sini sudah wujud elemen usaha memartabatkan kebudayaan Pahang yang terkenal itu," katanya.

Selain itu seorang peserta kembara berakit, Mohamed Azizuddin Ahmad berkata, dia teruja apabila disambut dipinggir sungai dan menikmati secawan air tebu yang diisi di dalam buluh.

Tambahnya, menikmati minuman di dalam bekas tersebut merupakan satu pengalaman menarik kerana amalan tersebut tidak lagi wujud pada zaman kini.

Sementara itu, dalam pertandingan rakit tercantik Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bera dipilih sebagai johan dengan memenangi hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat kedua disandang Perbadanan Kraf Pahang (RM1,500) dan ketiga, Lembaga Pertubuhan Peladang (RM1,000).

Tingkatkan latihan belia Cina

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com

LAU Lee (tujuh dari kiri) dan Zulkifli Ya'acob (lapan dari kiri) bersama penduduk Tionghua sempena Kempen Kesedaran Empower ECERDC di Sungai Jan, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 2 Jun - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) diminta membantu menganjurkan lebih banyak latihan akademik dan keusahawanan dalam kalangan masyarakat Cina berpendapatan rendah di daerah ini selaras dengan konsep 1Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, bantuan ECERDC itu diperlukan bagi menjana pusat pertumbuhan baharu di kawasan penempatan kaum itu berasaskan bidang ekonomi, sosial dan pembangunan modal insan.

Beliau berkata, masyarakat Cina di daerah ini turut mengharapkan ECERDC dapat menaik taraf kemudahan asas di penempatan mereka seperti di Kampung Damak, Kampung Batu Balai, Kampung Sungai Lekok dan Sungai Jan.

"Kerjasama antara ECERDC dan kerajaan negeri sudah tentu mampu membuahkan hasil terbaik bagi kesejahteraan penduduk kampung baru yang sebahagiannya adalah peniaga kecil dan petani.

"Salah satu aspek yang saya fikir sesuai bagi mencapai matlamat ini ialah dengan memperbanyakkan latihan keusahawanan dan akademik yang sinonim dengan peranan ECERDC," katanya kepada pemberita selepas menutup Kempen Kesedaran Empower ECERDC Jerantut di Sungai Jan, di sini kelmarin.

Yang hadir sama Pengarah Urusan Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia, Zulkifli Ya'acob.

Program sehari itu dihadiri 100 penduduk Tionghua dari kawasan penempatan kampung baharu daerah Jerantut.

Menurut Lee, bagi belia lepasan sekolah di kampung baharu, latihan berasaskan bidang automotif, pertanian dan pemprosesan produk makanan komersial secara moden dilihat sesuai bagi golongan tersebut.

Katanya, ini memandangkan belia Cina lebih gemar bekerja di kedai membaiki motosikal dan kenderaan tanpa latihan sistematik bagi mengutip pengalaman sedangkan ini menyebabkan mereka menerima upah yang rendah.

"Dengan pendekatan latihan bersistematik dalam bidang automotif misalnya, belia Cina termasuk kaum lain dapat menimba pengetahuan dan pengalaman secara singkat dan berkesan serta lebih cepat memulakan perniagaan masing-masing.

"Begitu juga dalam sektor pertanian dan pemprosesan makanan, pendekatan secara tradisional yang didominasikan golongan agak berusia wajar diambil alih belia Tionghua berasaskan latihan program Empower ECERDC," katanya.

Kata Lee, usaha ECERDC ini dapat membantu para belia terutama mereka yang tidak mempunyai kelulusan baik dalam pelajaran untuk berdikari setelah peluang untuk menceburi pekerjaan makan gaji di sektor awam atau swasta seakan tertutup.

"Pihak saya akan memberi kerjasama dan bantuan lojistik kepada ECERDC untuk melaksanakan program tersebut yang terbukti membuahkan kejayaan dalam usaha membantu kerajaan membentuk pelajar cemerlang dan pengusaha yang berpendapatan tinggi," katanya.

Pelajar SMK Padang Tengku terima bimbingan UMP

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

BADRA Isa Abdul Hamid (duduk, lima dari kanan) dan Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain (duduk, empat dari kiri) bersama ahli Kelab In-Smartive UMP dan pelajar yang mengikuti program Kem Interaksi Pemimpin Muda di Kuala Lipis, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 2 Jun - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) melibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku dekat sini bagi membentuk sahsiah dan keyakinan diri peserta ke arah kecemerlangan akademik.

Program musim cuti selama tiga hari dua malam itu dijayakan oleh Kelab In-Smartive UMP membabitkan 20 mahasiswa UMP dan 79 pelajar terdiri daripada pengawas dan ahli jawatankuasa asrama sekolah.

Majlis penutupan program dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Badra Isa Abdul Hamid kelmarin.

Yang hadir sama, Penasihat Kelab In-Smartive UMP, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain; Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Padang Tengku, Harinawati Hussain dan Presiden Kelab In-Smartive, Asraf Ahmad.

Sempena majlis berkenaan, Badra Isa turut menyampaikan anugerah peserta terbaik kepada Aqwa Afiq Sabri, 16, dan Nor Laili Razali, 17.

Bercakap kepada pemberita, Wan Nazrul Helmy berkata, modul interaksi In-Smartive yang dilaksanakan semasa program itu telah dirangka ke arah pembentukan nilai kepemimpinan, integriti serta menjana sahsiah remaja.

"Kita memfokuskan pelajar luar bandar di Padang Tengku kerana sekolah ini antara yang berpotensi di Lipis meliputi akademik, kokurikulum dan pembinaan insan selain kerjasama erat antara PIBG dengan pentadbir sekolah," katanya.

Menurut beliau, antara modul dirangka pensyarah dan mahasiswa UMP sempena program itu adalah Tak Kenal Maka Tak Cinta, Last Man Standing, D.I.C.E, The Burj, Sembang Santai, Halaqah Jiwa dan beberapa segmen lain.

Sementara itu, Badra Isa berkata, PIBG mengalu-alukan program motivasi dan pencernaan fikiran membabitkan kumpulan pelajar di luar bandar yang sangat menagih pengetahuan daripada pensyarah dan penuntut menara gading.

"Saya akui dan yakin modul In-Smartive merupakan transformasi pemikiran pelajar di sini ke arah berkeyakinan menzahirkan nilai sahsiah, integriti sebagai pelajar remaja sekali gus bersiap siaga menghadapi cabaran semasa belajar, kerjaya dan sebagai pemimpin masa akan datang," katanya.

Tambahnya, program itu juga antara kegiatan yang bermanfaat menambah nilai pembelajaran di sekolah di samping mengikut landasan yang betul berasaskan bidang pembangunan modal insan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Indeks tentukan status negara Islam

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh RAJMAH HASAN
rencana@utusan.com.my

PENENTUAN ciri-ciri sebuah negara Islam adalah sesuatu yang rumit sehingga menjadi perbalahan dalam kalangan ahli politik. Dalam hal ini, Malaysia tidak terkecuali apabila berhadapan pelbagai cabaran membangunkan negara Islam berkonsepkan wasatiyyah.

Konsep yang diperkenalkan bukan sahaja tidak diiktiraf saudara seagama daripada Pas yang mendakwa segala langkah selama ini belum mencukupi dan memenuhi tuntutan sebagai sebuah negara Islam tulen, bahkan mendapat tentangan daripada golongan liberal khususnya bukan Islam.

Wasatiyyah yang membawa makna kesederhanaan sering diputar belit golongan itu dalam usaha menghalalkan fahaman mereka, antaranya untuk memperlihatkan kebebasan total sebagai kesederhanaan manakala cara hidup berlandaskan batasan agama sebagai ekstrem.

Berpegang kepada hujah hak asasi, golongan liberal memfitnah ajaran Islam sebagai menghalang hak asasi manusia, sekali gus dianggap kolot dan kejam.

Perjuangan mereka, kesederhanaan seharusnya bermaksud manusia boleh melakukan apa saja termasuk sesuatu yang bertentangan tabii.

Kemuncak perjuangan apabila Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) memberi tekanan hebat termasuk mencabar Perlembagaan Persekutuan di pentas antarabangsa.

Selain itu, kempen mereka juga menerusi pertikaian kedudukan Islam dan mempromosi budaya songsang seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bertentangan dengan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Tekanan itu jika tidak ditangani akan memusnahkan usaha kerajaan yang selama ini membangunkan negara Islam berkonsepkan wasatiyyah iaitu pendekatan terbaik mengikut konteks Islam moden yang bukan sahaja diterima baik sejagat, bahkan dianggap kunci yang mampu mengekalkan perpaduan di negara ini.

Sehubungan itu, saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah baru-baru ini mengenai penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa adalah menarik untuk diteliti.

Mengulas perkembangan berkaitan, Pengerusi Cordoba Initiative, Imam Feisal Abdul Rauf menekankan pentingnya menjelaskan ciri-ciri sesebuah negara Islam kepada masyarakat bukan Islam agar menangkis persepsi mereka bahawa Islam - agama jumud yang menyekat kemajuan.

Pada masa ini katanya, terdapat banyak usaha menubuhkan negara Islam, namun rata-rata meletakkan keutamaan pelaksanaan hukuman hudud sebagai syarat utamanya.

"Sedangkan sesebuah negara itu adalah negara Islam apabila diperintah pemimpin muslim yang adil selain syariat Islam menjadi acuan dan landasan hukum negara secara utuh," katanya pada ceramah umum Indeks Peraturan Undang-Undang dan Pembangunan Kerajaan Islam di Institut Antarabangsa Kajian Islam Lanjutan (IAIS) Malaysia di ibu negara baru-baru ini.

Beliau mengupas kepentingan membangunkan mekanisme kerangka indeks peraturan undang-undang Islam bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam kalangan ahli politik ketika penentuan status sesebuah negara Islam.

Cordoba Initiative iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di Amerika Syarikat, bersama 12 tokoh ulama dan cendekiawan bukan Islam dari beberapa negara Islam mengambil inisiatif menyediakan buku panduan kepatuhan berkaitan indeks peraturan undang-undang bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam.

Buku bertajuk The Islamic Rule Of Law Index yang mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan itu menyentuh perbahasan isu penentuan sesebuah negara Islam menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen pengumpulan data dan analisis kandungan berasaskan perbandingan maqasid syariah bagi menentukan status sebuah negara Islam.

Mengulas dakwaan parti Pas bahawa Malaysia bukan negara Islam selagi hukuman hudud tidak dilaksanakan, beliau tidak menafikan pandangan sesetengah mereka yang mahu menghidupkan kegemilangan Islam seperti zaman Rasulullah SAW.

"Selain istilah Negara Islam tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah, malah ulama juga bersetuju bahawa jenayah tetap berlaku pada zaman Rasulullah biarpun hukuman hudud dilaksanakan, justeru pertikaian mengenainya tidak harus sampai memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

"Kegemilangan zaman Rasulullah tidak terletak kepada pelaksanaan hukuman hudud semata-mata, sebaliknya perpaduan kaum yang menjadi kunci kepada kekuatan mereka," ujarnya.

Imam Feisal tidak menolak, perbezaan ideologi menjadi faktor utama yang menyumbang kepada perpecahan muslim di kebanyakan negara Islam dan disebabkan itu, masyarakat bukan Islam terutamanya di Barat mengambil kesempatan melakukan propaganda memburukkan imej Islam.

Dalam pada itu, Imam Feisal berharap UMNO dan Pas duduk semeja menyelesaikan perbezaan ideologi dan mencari titik persamaan untuk kepentingan Islam.

"Kedua-dua parti mewakili orang Islam, Melayu dan pengikut Mazhab Syafie, tetapi terdapat satu jurang yang besar. Jangan biarkan faktor ideologi memecahbelahkan anda.

"Jika (buku ini) kita dapat merapatkannya di Malaysia, Mesir, Tunisia dan beberapa negara Islam lain, ia akan menjadi pemulihan penting kerana kita adalah satu umat yang menyembah Tuhan yang sama," katanya.

Berbalik kepada isu pendekatan wasatiyyah di negara ini, beliau berkata, Malaysia berjaya menduduki senarai antara lima negara Islam terbaik apabila meraih ukuran indeks tertinggi dalam hampir keseluruhan enam maqasid yang dinilai antaranya kehidupan, harta benda, intelek, maruah dan sebagainya.

"Apa yang mengagumkan, Malaysia sebagai sebuah negara Islam, mampu membawa kemakmuran kepada seluruh rakyatnya yang berbilang kaum," katanya.

Imam Feisal telah berkhidmat sebagai Imam Masjid al-Farah, yang terletak 12 blok dari Ground Zero di tengah bandar raya New York dari 1983 hingga 2009.

Beliau menubuhkan Cordoba Initiative yang menggunakan agama untuk menambah baik hubungan Islam-Barat dan menyediakan penyelesaian inovatif di dalam kawasan konflik antara masyarakat Islam dan Barat.

Tiga buku tulisan beliau antaranya Whats Right With Islam Is Whats Right with America mengupas tentang Islam dan kedudukannya di dalam masyarakat Barat.

Hudud daripada perspektif berbeza

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh Datuk Abdul Ghani Abdullah

SAYA mendapati kebanyakan diskusi, penulisan dan pemerhatian yang dibuat tentang hukum hudud adalah berdasarkan rentak yang sama dan berulang-ulang.

Terlalu kerap kita mendengar kenyataan bahawa hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan, ianya bertentangan dengan ikrar wakil rakyat, seluruh negara akan berada di bawah hukum hudud, ianya tidak diamalkan oleh semua negara Islam, ianya tidak sesuai bagi masyarakat majmuk, la-yanan yang tidak serupa, pelabur asing akan teragak-agak untuk melabur, ianya tidak selari dengan arus globalisasi dan sebagainya.

Kita telah kerap mendengar hujah-hujah sebegini. Persoalannya adakah Pas akan berhenti merealisasikan impiannya untuk melaksanakan hukum hudud? Saya tidak fikir Pas akan berbuat demikian kerana Pas ditubuhkan atas dasar memperjuangkan Negara Islam.

Mari kita melihat hudud dari segi Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3 di mana amat jelas dinyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Tidak dinyatakan bahawa agama Kristian, Buddha atau Hindu adalah agama Persekutuan.

Mahkamah juga telah beberapa kali me-nyatakan bahawa jika sesuatu tidak diperuntukkan oleh undang-undang maka ianya telah tidak dimasukkan dengan sengaja. Maka kita seharusnya membaca Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang tertera.

Saya tidak menyatakan di sini bahawa agama Kristian, Buddha atau Hindu harus diketepikan dalam konteks masyarakat maj-muk. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Maksud literal yang boleh diberikan ialah agama Islam diberi posisi tunjang di dalam Persekutuan berbanding dengan agama-agama lain, mungkin disebabkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam (setakat 2013, masyarakat Melayu/Islam merangkumi 67% dari rakyat Malaysia).

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Cuba bayangkan apa akan terjadi jika Islam dan agama lain diletakkan di pentas yang sama meskipun 67% daripada rakyat Malaysia adalah berbangsa Melayu dan ber-agama Islam. Dalam keadaan yang sama, sejarah telah membuktikan berulang kali dan kita telah melihat negara menghadapi keganasan berbaur perkauman.

Adakah ini yang kita kehendaki bagi negara kita? Sekali perpecahan dan keganasan menurap di dalam masyarakat, ianya amat sukar untuk dikawal, dibanteras dan diperbe-tulkan. Penahanan beberapa suspek fanatik keagamaan baru-baru ini oleh pihak polis adalah testimoni keadaan semasa jika kita tidak mematuhi apa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan.

Adalah pengetahuan umum bahawa jika keadaan kucar-kacir akibat pertentang-an keagamaan berlaku, maka rakyat yang berkemampuan atau yang boleh bekerja di negara lain akan berhijrah ke negara lain, seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, meninggalkan yang kurang berkemampuan dari segi wang dan kelayakan menderita di dalam negara yang kucar-kacir akibat keganasan dan huru-hara.

Golongan yang berkemampuan ini akan pulang semula ke negara mereka apabila keadaan menjadi tenang semula. Adakah ini yang kita mahukan untuk Malaysia?

Mari kita lihat apa yang parti Pas mahukan tentang hudud. Semenjak kemerdekaan lagi, Pas tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang yang tertera di dalam al-Quran.

Saya tidak pernah mendengar mana-mana ahli Pas menyatakan bahawa parti mereka adalah parti Islam tetapi tidak mengamalkan undang-undang Islam secara keseluruhan. Bidalan bahawa Pas telah bergabung dengan parti pembangkang yang lain untuk mengalahkan Barisan Nasional, nampaknya dengan syarat bahawa Pas akan meninggalkan niatnya untuk melaksanakan hukum hudud adalah tidak benar.

Sesiapa yang menghadiri mesyuarat atau perhimpunan Pas akan mendapati bahawa apa yang dinyatakan adalah berdasarkan Islam. Pas (dan umat Islam secara keseluruhan) percaya bahawa hidup di dunia ini adalah sementara sahaja dan di akhiratlah kehidupan yang abadi.

Pas mempersoalkan apakah yang dirisaukan mengenai hudud kerana ianya hanya akan terpakai terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam. Hukum hudud tidak akan terpakai terhadap orang yang bukan beragama Islam dan oleh itu tidak perlu dikhuatiri oleh orang bukan Islam.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberikan contoh situasi penggunaan hukum hudud di dalam masyarakat majmuk boleh membawa kepada ketidakadilan dan ini, menurut Pas, cuma akan berlaku dalam keadaan luar biasa. Pas mempersoalkan sama ada sering seseorang Islam akan ditangkap khalwat bersama dengan pasangan bukan Islam. Menurut Pas, apa-apa isu yang berbangkit boleh diselesaikan oleh sebuah jawatankuasa yang dicadangkan oleh UMNO yang akan ditubuhkan untuk mene-liti isu-isu sebegini.

Pada pandangan saya, seorang wakil rakyat beragama Islam tidak akan membe-lakangi peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan seterusnya tidak akan mengundi menentang penguatkuasaan hukum hudud jika ianya dibentangkan di Parlimen nanti.

Seandainya Pas menyatakan dengan jelas-nya hukum hudud, terma dan akibatnya, maka saya percaya ia akan disokong oleh semua ahli Parlimen yang beragama Islam dan dari sudut ini, ianya tidak akan menjadi persoalan sama ada hukum ini adalah adil atau tidak.

Pas akan dengan lantangnya menyatakan ia adalah hukum Allah dan wajib ditaati oleh setiap orang Islam.

Saya berpendapat jika pada September 2014 nanti Pas membentangkan hukum hudud di Parlimen dan ia mungkin akan membahagikan orang Islam di dalam isu ini, fakta yang tidak boleh dipertikaikan ialah ia akan berada pada hati nurani setiap ahli Parlimen yang beragama Islam bahawa jika dia tidak menyokong hukum hudud maka dia te-lah membelakangkan undang-undang Allah.

Daripada zaman kanak-kanak lagi, setiap orang Islam akan diberitahu bahawa setiap perlakuan itu akan dihakimi di akhirat nanti.

Baru-baru ini, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memohon ampun di dalam masjid berulang-kali atas kesilapan-kesilapan yang telah dilakukannya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan.

Pendekatan sesetengah rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam bahawa negara ini adalah negara sekular dan oleh itu hudud tidak mempunyai tempat di negara ini, pada pendapat saya, tidak boleh diguna pakai.

Lihat sahaja apa yang berlaku di India sekarang, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa parti utama yang mewakili majoriti penganut Hindu yang memenangi pilihan raya umum di India baru-baru ini telah menguar-uarkan akan melarang sama sekali penyembelihan lembu untuk tujuan pemakanan.

Terdapat juga laporan bahawa kerajaan India yang baru ini akan melarang pengeksportan daging lembu sama sekali. Negara India mempunyai 200 juta rakyat beragama Islam.

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seharusnya menerima realiti di Malaysia dan seharusnya mengambil pendekatan yang praktikal dan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa di dalam negara.

Bukan kita yang membentuk perlembagaan ini. Kita seharusnya menerima perlembagaan ini sebagaimana ia telah membentuk negara Malaysia. Tidak guna jika kita mencipta situasi selain daripada apa yang telah termaktub di bawah Perlembagaan kita.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raja Azmi kini bertudung

Posted: 02 Jun 2014 12:06 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Jun - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengambil keputusan untuk berhijab selepas mendengar nasihat daripada orang ramai dan juga atas doa anaknya, Megat Dali, 20.

Beliau yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini gara-gara kenyataannya yang mempersoalkan wanita tidak bertudung akan masuk neraka antara punca dia terbuka hati untuk berhijrah.

Raja Azmi berkata, sebelum kekecohan yang ditimbulkannya bulan lalu, beliau sedikit pun tidak pernah terfikir untuk memakai tudung walaupun pernah menunaikan umrah Februari lalu.

"Akibat daripada kenyataan saya tentang wanita dan tudung itu, banyak orang memberi nasihat dan mana yang menegur cara baik saya terima dengan hati terbuka.

"Tidak dinafikan teguran itu sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijrah dan saya yakin apa yang berlaku adalah amaran daripada Allah. Alhamdullillah, saya kini memilih untuk bertudung dan tindakan saya ini mendapat sokongan daripada suami dan anak-anak," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Selain itu, katanya, beliau turut melakukan solat tahajud dan kesan daripada itu, hatinya terbuka untuk bertudung.

"Masa pulang daripada menunaikan umrah, saya tidak pernah pun terfikir untuk bertudung. Mungkin ini juga adalah doa anak saya, Megat Dali yang menunaikan umrah selepas saya kembali.

"Antara orang yang paling gembira apabila melihat saya bertudung ialah Megat Dali dan suami, Mohd. Eddie Ghazali, tetapi mereka tidak tunjuk sangat. Dulu nak tegur mereka takut tetapi sekarang saya tahu mereka gembira dengan tindakan saya ini," jelasnya.

Bersempena dengan perubahan penampilan dirinya itu, Raja Azmi juga bercadang untuk berniaga tudung dengan seorang rakan. Tudung rekaannya dibuat dalam tujuh corak.

"Tudung-tudung rekaan saya mengambil nama sempena tujuh jenis bunga, iaitu lili, cempaka, mawar, dahlia, orkid, melur dan kekwa.

"Insya-Allah akan mula dijual pada 18 Jun ini," katanya yang juga bakal melancarkan novel tulisannya, Karkuma, tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE

Aizat kembalikan piring hitam

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar MOHD. AKRAM MOHD. SETH TAN

DUNIA piring hitam dikembalikan semula oleh Aizat melalui album Legasi.

Sebelum ini, penyanyi, Aizat memberitahu yang bila umurnya menjejak angka 25 tahun, itu adalah waktu ideal buatnya untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, bagi Aizat, disebabkan beberapa faktor, hasratnya untuk bergelar seorang suami itu mungkin terpaksa ditangguhkan seketika apatah lagi hatinya kini belum lagi dimiliki oleh sesiapa.

Sedar tentang perkara itu, jelas Aizat, anjakan umurnya kini sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya dalam kehidupan.

Saya selalu berfikir, di usia saya ketika ini, bukan lagi masanya untuk saya bermain-main. Sebaliknya adalah tahap untuk saya mula befikir jauh tentang kehidupan," jelasnya.

Tidak tertumpu kepada kerjaya sahaja, jelas Aizat, dia juga kadang-kadang tertekan bila melihat rakan-rakannya mula mendirikan rumah tangga.

Rakan-rakan saya pun ramai yang mendirikan rumah tangga, jadi ia memang memberi tekanan kepada saya untuk berumah tangga.

Tetapi itu semua soal jodoh. Saya pun tidak tahu bila jodoh saya akan sampai, jadi saya cuma serahkan pada jodoh sahajalah buat masa ini," katanya.

Jelas Aizat lagi, kerjayanya juga menjadi antara penyebab mengapa dia kini belum bersedia untuk mencari jodoh.

Kalau ikutkan, saya ini memang ada perangai suka menyendiri. Tetapi tidaklah sampai ke tahap tak bersosial langsung dengan orang lain.

Saya selalu juga bersosial, jumpa rakan-rakan tapi sekadar borak-borak sahajalah. Tiadalah sampai bersosial dan mencari jodoh. Hanya sekadar rakan sahaja." jelasnya.

Menyambung bicara, Jelas Aizat, kerjayanya sebagai penyanyi masih lagi jauh dan banyak lagi yang belum dicapai olehnya.

Saya kena fokus pada kerjaya sekarang. Banyak lagi yang belum saya cakap dalam industri seni. Malah, saya sendiri merasakan perlu berusaha lebih keras lagi.

Mungkin faktor-faktor sebegini yang memerlukan saya untuk fokus dengan kerjaya membuatkan saya menangguhkan seketika fikiran ke arah mendirikan rumah tangga," ujarnya.

Tambah Aizat lagi, keluarganya juga ada bertanyakan kepadanya tentang hal yang sama dan dia sendiri mengambil berat setiap pertanyaan daripada keluarganya.

Memang ibu bapa saya ada bertanya tentang hal perkahwinan. Saya sedar dan perlu ambil berat tentang perkara ini. Tetapi buat masa ini saya rasa biarlah kerjaya dahulu.

Lagipun saya merasakan diri saya belum mencapai ke potensi sebenar apa yang saya boleh lakukan dalam industri seni," jelasnya.

Bikin piring hitam

Sudah menjadi kebiasaan untuk seorang artis mengeluarkan album atau single dalam bentuk cakera padat patah lagi itu adalah medium yang paling mudah untuk digunakan.

Tetapi berbeza dengan Aizat yang memilih kelainan untuk mengeluarkan piring hitam untuk album terbaharunya berjudul Legasi.

Menurut Aizat sendiri, idea itu datang setelah melihat koleksi piring hitam milik ibu bapanya yang masih kekal tersimpan rapi hingga kini.

Salah satu koleksi piring hitam koleksi ibu bapa saya ialah piring hitam Uji Rashid dengan hiasan kulit yang memaparkan gambarnya.

Melihat piring hitam Uji Rashid itu yang membuatkan saya tertarik untuk membuat satu piring hitam milik saya untuk diberikan sebagai koleksi kepada peminat-peminat saya," jelasnya.

Tambah Aizat lagi, piring hitam ini tidak dijual dengan jumlah yang banyak, sebaliknya hanya dikeluarkan sebanyak 222 unit sahaja.

Memang saya tidak jual banyak sebab faktor kekangan kos dan kita buat piring hitam ini pun di luar negara iaitu di German. Jadi melibatkan banyak kos penghantaran dan sebagainya," katanya.

Mengulas mengenai harga pula, jelas Aizat, cara jualan juga berbeza kerana dia menggunakan kaedah bidaan yang boleh dilakukan menerusi laman web www.legasi.kge.com.my.

Disebabkan stok yang agak terhad, jadi kita jual secara bidaan. Harga bidaan bermula sebanyak RM150 dan itu sebenarnya adalah harga kos bagi sebuah set piring hitam yang kita jual.

Yang tiada pemain piring hitam pun sebenarnya boleh membeli kerana kita jual piring hitam itu dengan sert bungkusan istimewa yang turut memuatkan pemacu pena (pendrive) yang memuatkan lagu-lagu dalam album legasi ini," katanya.

Album tersebut memuatkan lima buah lagu duet bersama rakan-rakan artis seperti Noh Salleh, Yuna dan Zee Avi termasuk sebuah lagu baharu bersama Azlan and The Typewriter berjudul Catwalk Ke Balai.

Tambah Aizat, sekiranya piring hitamnya kali ini mendapat sambutan yang baik daripada peminat, ada kemungkinan yang dia akan teruskan penghasilan itu di masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Viber kini untuk Windows Phone 8

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Platform komunikasi mudah alih terkemuka, Viber yang menawarkan pesanan percuma dan panggilan telefon berdefinisi tinggi (HD) , baru-baru ini mengumumkan pelancaran Viber 4.1 untuk Windows Phone 8 bagi membawakan panggilan Viber Out.

Menerusinya, pengguna Viber kini yang menggunakan Windows Phone 8 boleh membuat panggilan mampu bayar pada rakan dan kenalan yang mempunyai talian tetap atau telefon yang tidak mempunyai Viber.

Selain itu, kerja-kerja kemas kini membawakan beberapa ciri utama Viber untuk platform Microsoft mudah alih.

Viber telah melaksanakan strategi secara konsisten yang menyokong seberapa banyak platform yang boleh. Ini bagi meluaskan pangkalan pengguna yang boleh dihubungi pengguna, seterusnya mengukuhkan lagi keupayaan platform tersebut.

Viber membolehkan pengguna berhubung dengan hampir setiap rakan atau kenalan tidak kita platform apa yang digunakan. Bagaimanapun dengan penambahan Viber Out, pengguna Windows Phone 8 boleh menghubungi mana-mana nombor telefon dengan Viber.

Ketua Pegawai Eksekutif Viber, Talmon Marco berkata, Viber Out telah membawakan perubahan untuk penggunanya, membolehkan mereka menggunakan kemudahan tersebut untuk segala keperluan komunikasi.

Melalui penambahan ciri penting pada versi Windows Phone 8, kami memastikan pengalaman lengkap Viber terdapat pada seberapa banyak platform yang boleh. Tumpuan pada sokongan bersilang platform ini merupakan salah satu komitmen penting kami buat pengguna," katanya.

Viber dibangunkan oleh Viber Media, sebuah syarikat peneroka pesanan mudah alih dan Protokol Internet Suara (VoIP).

Viber membolehkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berhubung secara percuma. Pengguna boleh menghantar pesanan teks, pelekat menarik, foto, video dan doodles, berkongsi lokasi di seluruh dunia. Viber juga sedia digunakan untuk iPhone, telefon dan tablet Android, Windows Phone, Blackberry, Windows, Windows 8, Mac, Linux, Symbian, Nokia S40 dan peranti Bada melalui sambungan 3G/4G atau Wi-Fi.

Dengan lebih 300 juta orang pengguna di 193 buah negara, Viber sentiasa membuat pembaharuan dengan memperkenalkan platform baharu dan menambah ciri baharu yang menyeronokkan.

Pelepasan ini juga termasuk kemas kini pelbagai ciri yang meningkatkan lagi kepenggunaan aplikasi, termasuk:

Menghantar mesej video.

Menghantar foto yang banyak pada masa yang sama.

Sokongan Bluetooth bebas tangan.

ZenFone tawar peranti harga bajet

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

ASUS terus memberi saingan kepada industri telefon bimbit pintar dengan memperkenalkan rangkaian ZenFone yang dikuasakan oleh pemprosesan Intel Atom serta dilengkapi dua slot sim kad yang menyokong 3G DC-HSPA sehingga 42Mbps.

Tiga model tersebut iaitu ZenFone 4, ZenFone 5 dan ZenFone 6 merupakan peranti yang dibina mengikut saiz skrin iaitu ZenFone 4 mempunyai saiz skrin 4 inci, ZenFone 5 (5 inci) dan ZenFone 6 pula 6 inci.

Bagi ZenFone 6, ia dibina dengan paparan 720p berdefinisi tinggi (HD) menggunakan pemprosesan Intel Z2580 Dual Core 2GHz, mempunyai kapasiti RAM dua giga bait (GB) serta 8 GB storan dalaman.

Kamera belakangnya pula berkuasa 13 megapiksel (MP) manakala dua MP di bahagian hadapan. S elan itu baterinya mempunyai kuasa 3,230 kuasa mAh yang membolehkan pengguna membuat panggilan sehingga 30 jam dan memain semula klip video HD penuh untuk 10 jam.

ZenFone 5 pula didatangkan dalam skrin lebih kecil dengan paparan 720p HD menggunakan Intel Atom Z2560 1.6GHz.

Storan bagi RAM peranti ini adalah 1 GB serta 8 GB bagi storan dalaman di samping kamera belakang agak kecil berbanding ZenFone 6 iaitu 8 MP dan kamera hadapan 2 MP.

Berbanding ZenFone 6, peranti ini mempunyai kuasa bateri lebih kecil iaitu sebanyak 2,050 mAh.

Lain pula dengan ZenFone 4 yang merupakan model menggunakan spesifikasi lebih rendah iaitu empat inci WVGA.

Dikuasakan oleh Intel Z2520 1.2GHz, ZenFone 4 mempunyai kapasiti storan RAM sebanyak 1 GB manakala bagi storan dalaman pula sehingga lapan GB.

Kamera belakangnya yang dibina dengan hanya lima MP masih mampu merakam video HD penuh dengan dibantu oleh kuasa bateri 1,200 mAh.

Kesemua model dalam rangkaian ZenFone kini telah berada di pasaran tempatan dengan harga pengenalan bagi ZenFone 4 ialah RM299, ZenFone 5 (RM599) dan ZenFone 6 RM899.

Maklumat lanjut mengenai ketiga-tiga peranti ini boleh layari laman web www.asus.com/my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sumbangan besar JCorp, YPJ

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusan.johor@gmail.com

NUSAJAYA 1 Jun - Kerajaan negeri menerima pulangan tunai sejumlah RM78.9 juta daripada Johor Corporation (JCorp) dalam tempoh 25 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, JCorp membuat pembayaran tunai sejak 1989 pada kadar 10 peratus daripada pembayaran dividen yang diterima daripada anak-anak syarikatnya.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, JCorp turut membuat sumbangan tunai tidak langsung kepada kerajaan negeri dan rakyat negeri ini berjumlah RM627.79 juta.

"Sumbangan itu termasuk sumbangan tunai untuk tujuan Skim Belian Balik Amanah Saham Johor (ASJ) bernilai RM224.6 juta, Skim Dana Johor (DJ) pada harga RM1 seunit dan Skim Belian Balik pada harga 50 sen berjumlah RM250.4 juta.

"Selain itu JCorp juga memberi penajaan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta lain-lain sumbangan berjumlah RM125 juta," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ali Mazat Salleh (BN-Bukit Permai) tentang jumlah pulangan dalam bentuk tunai yang dibayar semula kepada kerajaan negeri oleh JCorp dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dalam tempoh 10 tahun lalu.

Mohamed Khaled berkata, sejak penubuhannya, JCorp telah banyak memberi sumbangan kepada negeri ini seiring dengan matlamat kerajaan negeri bagi memastikan setiap syarikat kerajaan negeri turut sama menyumbang kepada pembangunan di Johor.

"Sebagai agensi pembangunan negeri yang terpenting, JCorp terbabit dalam aktiviti pembangunan perindustrian, hartanah, perladangan dan sebagainya.

"JCorp memainkan peranan penting bagi mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian, sekali gus menaik taraf kehidupan penduduk tempatan," katanya.

Menteri Besar berkata, meskipun YPJ tidak menyalurkan pulangan tunai kepada kerajaan negeri, namun telah banyak membantu dalam menyediakan pembiayaan biasiswa, pinjaman, tuisyen dan bantuan pendaftaran kepada rakyat negeri ini yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Beliau memberitahu, sehingga bulan lalu, YPJ telah membelanjakan sebanyak RM291.3 juta dalam bentuk penyediaan bantuan pendidikan kepada anak kelahiran negeri ini.

FAMA sasar jualan buah segar ke Singapura naik 10 peratus

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

MUSLIM Manja (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai antara K. Hisham Abdullah (tiga dari kiri) dan Pengurus Pusat Operasi FAMA, Shafie Md. Said di Dewan Seri Perkasa Pertubuhan Peladang Kawasan Wilayah Selatan, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 1 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan peningkatan nilai eksport buah-buahan segar ke Singapura sebanyak lima hingga 10 peratus tahun ini daripada RM400 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Pengarah FAMA Wilayah Selatan I, Muslim Manja berkata, jumlah itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai usaha dilakukan FAMA, antaranya menggalakkan penyertaan lebih ramai pengusaha dalam bidang pertanian.

Selain itu, sasaran tersebut juga bergantung kepada pengeluaran pelbagai buah-buahan segar bermusim dan tidak bermusim yang berjaya dihasilkan oleh petani pada tahun ini.

"FAMA dan agensi terlibat sentiasa mencari cara untuk meningkatkan hasil pertanian supaya hasil buah-buahan segar kita bukan sahaja dapat dieksport ke Singapura, malah turut ke negara lain seperti China.

"Tahun lalu nilai eksport buah-buahan segar ke Singapura sebanyak RM400 juta, manakala tahun ini kita sasarkan meningkat antara lima hingga 10 peratus," katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai antara peserta ladang kontrak bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan dengan Pusat Operasi FAMA Johor Bahru di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah FAMA negeri, Abdul Jalil Bukhairah.

Menerusi perjanjian tersebut, FAMA membeli hasil tembikai daripada peserta ladang kontrak, K. Hisham Abdullah, 53, yang mengusahakan tanaman itu di tanah seluas 0.8 hektar di Gelang Patah untuk dijual di pasar raya dan pasar tani.

Terdahulu, Muslim dalam ucapannya berkata, sejak 2006 sehingga kini, sebanyak 850 orang telah menyertai program ladang kontrak iaitu program tanaman pelbagai jenis hasil pertanian untuk pasaran dengan melibatkan kawasan seluas 1,500 hektar.

"Pada tahun ini di Johor sahaja, kita menyasarkan penyertaan 179 orang dengan keluasan tanah program terlibat adalah 327 hektar," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Furyna kongsi kejayaan Aurawhite

Posted: 01 Jun 2014 03:46 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Furyna bersama trofi anugerah yang dimenanginya baru-baru ini.

Muda, cantik dan berjaya. Pakej ini tentu menjadi buruan setiap usahawan baharu.

Bagi Pengarah Aura White Global Sdn. Bhd , Nur Furyna Azmeer, 29, dia sentiasa berusaha memastikan hanya perkara yang baik sahaja singgah di fikirannya.

Mengakui dirinya seorang yang optimis, Furyna telah menambah cabang perniagaannya daripada penjagaan kulit dan minyak wangi kepada makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan.

Sejak bergelar usahawan, Furyna sentiasa berusaha memastikan hanya perkara yang baik sahaja singgah di fikirannya.

"Sebagai usahawan saya memang meletakkan diri saya untuk memikirkan sesuatu yang besar. Saya memang tidak pernah puas dengan setiap perkara kerana saya mahukan hasil yang terbaik bukan saja untuk diri saya sendiri malah semua pelanggan yang mendapat manfaat daripadanya.

"Alhamdulillah, percaturan saya mengeluarkan makanan tambahan kolagen berhasil," ujar anak kedua daripada tiga beradik ini.

Mungkin ramai tidak mengetahui Furyna pernah bekerjasama dengan ibunya serta seorang sahabat dalam perniagaan spa dan salon di Ipoh, sebelum menghasilkan produknya sendiri di Kuala Lumpur.

Walaupun dia tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang ini, Furyna menjadikan ilmu dan pengalaman untuk berjaya.

"Alhamdulillah segala yang kita lakukan atau rancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. Bagi saya sendiri tidak menyangka berkat usaha saya selama ini dalam perniagaan sampai ke tahap ini.

"Saya bukan berasal daripada keluarga berada. Saya bermula daripada bawah sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini.

Aurawhite tercetus ketika saya mengkaji kehendak setiap orang inginkan kulit yang cantik dan kesihatan yang baik

Ini membuatkan saya yakin apa yang pengguna inginkan. Jadi Aurawhite ini sebagai makanan tambahan mereka untuk kekal awet muda dan sihat. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain," katanya.

Oleh itu, Furyna mengajak pengguna mencubanya dan boleh rasai sendiri hasil dari produk Aurawhite ini.

Ditanya tentang rahsia kejayaan perniagaannya, Furyna memberitahu, perkara yang penting ialah fokus, usaha, tawakal dan tidak mudah putus asa.

Dia sendiri lebih suka bersikap positif apabila terjadi sesuatu, dia akan fikir jalan penyelesaiannya terlebih dahulu buangkan yang negatif.

"InsyaAllah aura positif itu pasti bersama kita," katanya ringkas.

Anugerah

Lebih membanggakan, Furyna baru sahaja mendapat pengiktirafan Super Health Brand Asia Pacific dan Health Ambassador Asia Pacific baru-baru ini.

Tidak mahu berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki, Furyna menganggap anugerah ini sebagai permulaan untuk dia terus maju dalam bidang perniagaan.

"Saya juga baru sahaja melancarkan produk kecantikan penjagaan wajah Aurawhite SkinSpa. Formulasi produk ini dariekstrak terpilih sumber semula jadi seperti bunga-bungaan dan buah-buahan. Ia membantu mengatasi masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan kekusaman kulit," jelasnya.

Berkongsi keistimewaan Aurawhite Beauty, Furyna mengakui produk ini berkualiti tinggi dengan hasil yang baik dan halal. Tambahnya, kolagen Aurawhite mempunyai tiga jenis iaitu Aurawhite Collagen Berry, Aurawhite Chocolate Shake dan Aurawhite Stemcell.

Aurawhite Beauty juga mempunyai suplemen untuk kaum lelaki iaitu kolagen Auramen.

"Perancangan pada masa terdekat ialah pelancaran pejabat urusan yang baru. Kami juga menempatkan pusat kecantikan wajah yang membolehkan pengguna setia kami boleh mendapatkan rawatan kulit wajah dengan perawatan eksklusif dari pakar kecantikan kami," katanya.

Bahagi masa

Ibu kepada dua anak ini juga mengakui, jadualnya sangat padat tetapi dia mencuba sebaik mungkin merancang masa dengan adil.

"Pembahagian masa bagi saya tiada masalah jika ada perancangan yang baik. Selalumya, saya masa berkerja adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti untuk diri saya kerana inilah masa berharga untuk keluarga," katanya.

Jika mempunyai masa lapang, Furyna suka memasak untuk keluarga atau makan di luar. Furyna memberitahu, dia memang suka memasak dan suka mencuba sesuatu yang baru sejak dulu lagi.

Biodata

Nama penuh: Farah Nur Aqilah Mohd. Bakri

Nama gelaran: Qiqi

Tarikh lahir: 18 April 1990

Tempat lahir: Kuala Terengganu, Terengganu

Profesion: Pemilik perniagaan Qiqi Bakri Health & Beauty

Hobi: Memasak

Instagram : @qiqibakri

E-mel: qiqibakri@yahoo.com

Alhamdulillah segala yang kita lakukan atau rancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. saya sendiri tidak menyangka berkat usaha saya selama ini dalam perniagaan sampai ke tahap ini. Saya bukan berasal dari keluarga berada. Saya bermula dari bawah sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini.

Yakin cara Qiqi

Posted: 01 Jun 2014 03:46 AM PDT

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

MELIHAT gayanya yang mengancam dengan keyakinan yang tinggi, pasti ramai yang tidak menyangka pemilik nama Farah Nur Aqilah Mohd. Bakri ini merupakan seorang ibu tunggal.

Cantik, pandai bergaya dan membawa diri, sifat-sifat tersebut membuatkan dirinya dikenali ramai terutamanya di kalangan mereka yang gemar membeli-belah di Internet menerusi laman Instagram miliknya, iaitu Qiqibakri.

Di sebalik keyakinan yang ditonjolkan, ceritanya yang selesa dipanggil Qiqi, dia penah melalui saat-saat hilang keyakinan diri akibat tidak pandai menjaga penampilan terutama selepas berkahwin yang juga menjadi antara punca yang merosakkan rumah tangganya.

Dulu saya tidak pandai menjaga penampilan, berbadan besar dan tidak bersolek. Apa yang saya pelajari semua itu sangat penting kerana bagi yang sudah berkahwin, bukan untuk tatapan suami sahaja, ia juga memberi keyakinan kepada kita.

Apabila saya semakin berketerampilan, keyakinan diri mula timbul dan saya sedar saya lebih mudah didekati lalu membuka lebih banyak peluang seperti perniagaan.

Sebab itu saya memilih perniagaan kecantikan dan kesihatan kerana saya mahu membantu wanita lain untuk mengembalikan keyakinan mereka. Asas kecantikan adalah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain," ujarnya yang sering terbang ke luar negara seperti Korea dan China bagi mencari produk-produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.

Anak

Walaupun baru berusia 24 tahun, Qiqi memiliki seorang anak lelaki berusia 3 tahun dan dan amat berbangga dengannya walaupun membesarkannya anak kesayangannya tanpa seorang suami.

Malah, Qiqi turut melahirkan rasa kagum dan hormat kepada ibu-ibu tunggal lain yang membesarkan anak bersendirian terutama yang tinggal di kota Kuala Lumpur.

Bagi saya, duit bukan soalnya dalam membesarkan anak kerana ia boleh dicari. Tetapi cara didikan bagi membesarkan mereka sangat penting dan ibu tunggal perlu pandai membahagikan masa sebaik mungkin kerana kita bersendirian," terangnya yang menjual pelbagai produk kecantikan seperti alat solekan dan kanta sentuh berwarna.

Tambah Qiqi, sebab itu dia memilih untuk berniaga secara online kerana dapat menguruskan masa sendiri dalam membesarkan anaknya itu malah menggalakkan semua wanita menceburi bidang perniagaan secara online yang kini semakin mendapat perhatian ramai.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved