Selasa, 2 Julai 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Accord ganti Proton Perdana?

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Oleh Muhamad Zaid Adnan

Honda ACCORD 2.4 mungkin menggantikan Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan ketika ini - GAMBAR HIASAN

TOKYO 2 Julai - Honda Motor Co. Ltd. sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia bagi menggantikan kereta Proton Perdana yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan ketika ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Malaysia Sdn. Bhd., Yoichiro Ueno ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbincangan mengenainya membabitkan Honda Motor, Proton Holdings Bhd., DRB-Hicom Bhd. dan kerajaan.

Saya difahamkan perbincangan mengenai perkara itu sedang berjalan dan satu daripada pilihannya ialah dengan mengadakan kajian keberkesanan.

Sekiranya Honda Motor, Proton dan kerajaan Malaysia mencapai persetujuan, mungkin selepas itu, Honda Malaysia akan terlibat sama.

Buat masa ini, perbincangan itu berlaku di peringkat tertinggi antara pihak pengurusan Proton dan Honda," katanya kepada wartawan Utusan Malaysia dan New Straits Times selepas Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Terdahulu, Euno muncul sebagai panel seminar dalam misi perdagangan Malaysia ke Jepun yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ueno berkata demikian bagi mengulas desas desus rancangan kerajaan menggunakan platform Honda Accord 2.4 liter bagi menaiktaraf model Perdana V6 yang ketika ini memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Menurut laporan itu, kerajaan negeri Pahang telah memilih untuk menggantikan Proton Perdana V6 dengan Volkwagen Passat 2.0-liter yang kini dipasang di Pekan.

Kereta baharu itu pula akan digunakan menteri-menteri Kabinet dan exco kerajaan negeri tersebut.

Ueno bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai kos penambahbaikan Perdana yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 2010. - UTUSAN

KIA Cerato terima 772 tempahan awal

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Dari kiri: Syed Hafiz Abu Bakar, SM Nasaruddin SM Nasimuddin dan Presiden Kia Motors Corp. (Asia Pasifik), TJ Park menujukkan tanda bagus semasa majlis pelancaran Kia Cerato di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kereta segmen C terbaharu KIA, Cerato merekodkan tempahan awal sebanyak 772 buah sebelum dilancarkan secara rasmi hari ini di pasaran tempatan.

Cerato merupakan model gantian kepada model paling popular KIA iaitu Forte yang diiktiraf sebagai kereta segmen C paling banyak terjual bagi kategori bukan nasional.

Ketua Pegawai Operasi, Naza KIA Malaysia (Naza KIA), Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata, model Forte mencatatkan jualan antara 600 buah hingga 700 buah sebulan dan jualannya akan diteruskan dalam tempoh dua bulan ini sebelum dihentikan.

"Kami menjangkakan Cerato mampu mengekalkan momentum jualan Forte dengan sasaran sebanyak 600 buah sebulan.

"Cerato dilengkapi pelbagai aksesori mewah yang biasanya terdapat dalam segmen D dan ini akan menjadi faktor jualan bagi model ini yang disasarkan kepada golongan muda berusia 26 hingga 40 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Cerato di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin.

Cerato hadir dalam dua varian iaitu 1.6L dan 2.0L dengan masing-masing berharga RM99,888 dan RM118,888 termasuk insurans dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Cerato merupakan model kereta KIA kedua paling laris di dunia selepas Rio dan turut mendapat pengiktirafan lima bintang ujian keselamatan daripada NHTSA yang berpusat di Amerika Syarikat.

Syed Hafiz berkata, tahun ini Naza KIA menyasarkan jualan keseluruhan akan tumbuh lapan peratus kepada 13,345 buah dan Cerato akan memainkan peranan penting.

"Tahun ini kami sudah lancarkan segmen B iaitu Rio, sekarang Cerato dan tidak lama lagi adalah segmen D serta segmen A," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 maut, 2 cedera nahas di Sibu

Posted: 02 Jul 2013 11:05 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SIBU 3 Julai - Lima maut manakala dua lagi cedera dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Balangian-Tatau dekat sini pukul 8 pagi ini. - UTUSAN ONLINE

3 maut tertimbus,tanah runtuh di Ukay Perdana

Posted: 02 Jul 2013 11:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai - Tiga pekerja binaan warga Myanmar maut dan seorang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.29 pagi.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan sejumlah anggota telah digegaskan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lisicki garang ke separuh akhir Wimbledon

Posted: 02 Jul 2013 10:11 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Lions XII juara Liga Super

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Ketua pasukan Lions XII, Shahril Ishak mencium trofi Liga Super sambil diraikan rakan sepasukan setelah mengalahkan Felda United 4-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi. Lions XII dinobatkan selaku juara lebih awal walaupun saingan musim ini masih berbaki satu perlawanan. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

SINGAPURA - Trofi Liga Super akhirnya buat pertama kali menyeberangi Tambak Johor apabila sah menjadi milik Lions XII selepas mudah membaham Felda United 4-0 di laman sendiri di Stadium Jalan Besar di sini, semalam.

Kejayaan berharga pasukan negara republik itu turut disaksikan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd. Amin yang turut menyampaikan trofi kejuaraan kepada Lions XII.

Meskipun saingan musim ini berbaki satu perlawanan, namun kelebihan empat mata yang dibawa sudah cukup untuk menjamin kejayaan Lions XII mengutip selepas mengutip 43 mata, meninggalkan dua pencabar terdekatnya, Selangor dan Johor Darul Takzim.

Kali terakhir pasukan dari Singapura memenangi kejuaraan liga adalah pada tahun 1994 ketika dikenali sebagai Liga Perdana sebelum mereka menarik diri pada tahun berikutnya dan kembali menyertai saingan Liga Malaysia pada tahun lalu.

Kemenangan bersejarah Lions XII ternyata memberi tamparan hebat kepada pasukan-pasukan tempatan lain ekoran gagal menghalang sebuah skuad yang dibarisi rata-rata pemain berusia Bawah 23 tahun.

Pengendalinya, V. Sundramoorthy menyifatkan kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super 2013 itu sangat bermakna selain menyifatkan saingan musim ini sangat mencabar selain teruja dengan hasil yang diperolehi di penghujung saingan.

"Saingan musim ini sangat mencabar, tambahan pula kita mempertaruhkan banyak pemain bawah 23 tahun dan mereka berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan baik dan seterusnya bergelar juara.

"Kehadiran Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada malam ini turut memberikan mereka semangat dan motivasi yang tinggi buat para pemain dan mereka sudah membuktikan kemampuan mereka," katanya yang ditemui selepas perlawanan, semalam.

Tuan rumah hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-15, namun jaringan itu dibatalkan apabila percubaan Hariss Harun ditanduk Fazrul Nawaz yang jelas berada dalam keadaan ofsaid.

Mereka sekali lagi hampir memecah kebuntuan apabila Shahril Ishak membuat satu lorongan cantik ke dalam kotak penalti pasukan pelawat namun gagal disudahkan Nazrul Nazari apabila penjaga gol Felda, Rozaimie Rohim berjaya menghalang gerakannya.

Detik kegembiraan tuan rumah hadir seminit sejurus babak kedua bermula apabila pemain Felda United, Mohd. Azrul Azmi tertanduk masuk percubaan sepakan percuma yang diambil Shahril ke dalam gawang sendiri.

Kedudukan Lions XII semakin selesa pada minit ke-57 apabila Shahril mudah menolak masuk hantaran Faris Ramli sebelum Fazrul Nawaz menambah penderitaan Felda United empat minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-0 apabila mudah menewaskan Rozaimie.

Tidak cukup dengan itu, tuan rumah memastikan kejayaan mereka menjuarai Liga Super dengan penuh bergaya apabila pemain gantian, Shafiq Ghani turut meletakkan nama selaku penjaring apabila menolak masuk gol keempat tuan rumah hasil hantaran Shahril yang layak dianggap sebagai pemain terbaik Lions XII pada musim ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


23 terbunuh nahas helikopter di Siberia

Posted: 02 Jul 2013 09:34 AM PDT

MOSCOW 3 Julai - Sebanyak 23 orang terbunuh dalam nahas helikopter di Siberia semalam dan dipercayai 10 kanak-kanak antara mangsa dalam nahas tersebut.

Memetik berita Itar-Tass, Timbalan Perdana Menteri, Anatoly Skrybykin berkata, helikopter Mi-8 yang membawa tiga anak kapal dan 25 penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Yakutia akibat cuaca buruk.

"Tiga anak kapal dan wanita bersama kanak-kanak dipercayai selamat," ujarnya. - DPA

Menteri Mesir letak jawatan

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Penyokong Presiden Mohammed Mursi berkumpul berhampiran Universiti Giza di Kaherah, semalam. - AGENSI

KAHERAH 2 Julai - Pergolakan di Mesir yang dikepalai oleh pergerakan Tamarod semakin memburuk dengan Menteri Luar, Mohammed Kamel Amr bertindak meletak jawatan hari ini.

Pergerakan Tamarod pula mendapat sokongan dalam bentuk lojistik daripada parti-parti pembangkang yang berfahaman sekular dan mereka menggunakan medium internet seperti Facebook dan Twitter untuk meraih sokongan.

Malah, khabar angin bertiup kencang tentang Kabinet Mesir pimpinan Presiden Mohammed Mursi telah meletak jawatan, tetapi dinafikan oleh Menteri Keadilan, Ahmed Suleiman.

Akhbar al Arabia sebelum ini, melaporkan sepuluh menteri Mesir turut menghantar surat peletakan jawatan selepas berjuta-juta rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan menuntut Presiden Mohammed Mursi meletak jawatan.

Seorang pegawai kanan kerajaan bagaimanapun berkata, Perdana Menteri Hisham Qandil telah menolak permohonan peletakan jawatan daripada lima menteri iaitu Menteri Pelancongan; Hisham Zaazou, Menteri Hal Ehwal Alam Sekitar; Khaled Abdel-Aal, Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Atef Helmi, Menteri Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang; Hatem Bagato dan Menteri Air; Abdel Qawy Khalifa.

Gelombang peletakan jawatan ini menjadi satu tamparan baharu kepada Mursi yang turut diberi tempoh selama 48 jam oleh tentera semalam untuk menyelesaikan krisis politik di negara ini atau berdepan dengan campur tangan.

Namun, pejabat Presiden hari ini menolak amaran kata dua oleh tentera itu, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan krisis politik di Mesir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi, pejabat Presiden bertegas akan terus bertindak mengikut cara mereka sendiri untuk mencapai perdamaian nasional.

Pejabat Presiden turut mengecam sebarang deklarasi yang akan 'memburukkan lagi perpecahan' dan 'mengancam keamanan sosial'.

Mursi sedang berunding dengan semua pasukan kebangsaan untuk memastikan perubahan demokrasi dan kehendak kebanyakan rakyat dipelihara, tambah kenyataan itu.

"Demokratik sivil Mesir adalah kejayaan paling besar kepada revolusi 25 Januari," kata pejabat Presiden yang merujuk kebangkitan rakyat 2011 di negara ini yang menggulingkan diktator Hosni Mubarak. - AFP/AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Sepadan dengan DNA tertuduh

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

KOTA KINABALU 2 Julai - Mahkamah Sesyen di sini, yang mendengar kes lelaki dituduh merogol budak perempuan yang kemudian dikahwininya, diberitahu, sampel air mani didapati sepadan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh.

Pegawai Sains, Rina Md. Nawi, 27, dari Jabatan Kimia Malaysia, Kuching berkata, kesan air mani yang ditemui pada tiga eksibit yang dianalisis didapati sepadan dengan DNA tertuduh berdasarkan hasil ujian DNA terhadap sampel darah tertuduh.

"Dalam kes ini, pelapik dan dua sapu tangan hanya mengandungi DNA yang dilabel atas nama Riduan Masmud (tertuduh),'' katanya sambil menunjukkan barang-barang kes itu di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada perbicaraan Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang di tempat letak kenderaan di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Februari lepas.

Katanya, terdapat campuran profil DNA lelaki dan wanita pada cotton swab yang dianalisis.

Menurut beliau, sumber darah yang masing-masing dilabelkan atas nama Riduan dan nama mangsa adalah sepadan dengan profil lelaki dan wanita yang menyumbang kepada campuran profil DNA itu.

Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, Rina berkata, DNA seseorang yang pernah berada di sesuatu tempat untuk ditemui di tempat itu adalah tinggi.

Riduan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh manakala Datuk Mariati Robert dari Persatuan Undang-undang Sabah dan Mary Florence Gomez daripada Voice of The Children Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

Benjy didakwa lagi miliki dadah

Posted: 02 Jul 2013 11:12 AM PDT

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy (kiri) bersama lima rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan memiliki dadah seberat 4.7 gram syabu, minggu lalu. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 2 Julai - Pelakon era 1990-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis syabu, minggu lalu.

Selain Benjy, 34, turut didakwa atas tuduhan sama ialah dua peniaga, Zain Amir Zainal Khairi, 37; dan Imran Radzi Ibrahim, 32, pasangan suami isteri, Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta pekerja binaan, Afifi Hamidi, 27.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman melainkan Zain Amir.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki satu beg kecil berzip yang mengandungi 4.7 gram syabu di rumah bernombor C-2-2 Oakleaf Park Kondo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama (Pindaan 2007) yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Ayuni Izzaty membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu ketika polis melakukan serbuan di sebuah rumah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Paip atasi masalah tekanan air

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

Petugas Pengurusan Air Pahang Berhad memeriksa tekanan air sambil diperhatikan Ahmad Nazlan Idris (tiga dari kiri) di Kampung Bharu, Jerantut, kelmarin.

JERANTUT 2 Julai - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu penduduk di Kampung Bharu di sini dijangka selesai sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Jerantut, Ahmad Ramzi Jamaludin berkata, pihaknya telah mengenal pasti empat langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

"Pertama, kita akan cari punca tekanan air rendah di kawasan terbabit dan jika gagal kita akan mengambil punca air dari kawasan bandar.

"Jika langkah kedua juga gagal kita akan menaik taraf booster. Sekiranya didapati keupayaan booster ini di bawah lima bar, pihak kami akan cuba meningkatkan keupayaannya supaya mampu mengatasi masalah tekanan air rendah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis dialog bersama penduduk dan Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris bagi mencari jalan penyelesaian masalah tekanan air rendah di Kampung Bharu, di sini semalam.

Ahmad Ramzi berkata, jika ketiga-tiga jalan penyelesaian itu masih tidak mampu mengatasi masalah tekanan air rendah, pihaknya terpaksa memilih langkah terakhir iaitu membina tangki air di kampung tersebut.

Sementara itu Ahmad Nazlan berkata, beliau bersimpati dengan nasib penduduk kampung yang menggunakan air bukit dari puncak Sungai Ulu Jawa.

"Mereka terpaksa menunggang motosikal sejauh tiga kilometer dan kemudian berjalan kaki satu kilometer untuk membaiki saluran air ke rumah mereka yang rosak akibat hujan lebat," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Paip akan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut agar tidak berlarutan.

"Saya harap penduduk di sini dapat bersabar dan kami akan cuba mengatasi masalah tekanan air ini secepat mungkin untuk keselesaan penduduk," jelasnya.

Sultan Ahmad Shah bangga ekonomi Pahang berkembang pesat

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Sultan Ahmad Shah (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama 42 ADUN Pahang selepas merasmikan Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-13 di Dewan Perundangan Negeri Wisma Sri Pahang, semalam. Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

KUANTAN 2 Julai - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bangga dengan pencapaian ekonomi negeri ini yang memberangsangkan dan terus berkembang pesat selari dengan arus globalisasi.

Baginda bertitah, kepelbagaian sumber, amalan mesra perniagaan serta suasana selesa didiami merupakan antara keistimewaan yang menyumbang ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2020.

"Pada 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negeri ialah 5.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 5.6 peratus. Pendapatan isi rumah dan nilai pelaburan terus meningkat manakala kadar kemiskinan dan pengangguran pula semakin menurun.

"Beta ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang berusaha gigih memastikan prestasi ekonomi negeri ini berada pada tahap yang membanggakan," titah baginda ketika mencemar duli merasmikan sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Sultan Ahmad Shah bertitah, kerajaan Pahang memberikan tumpuan pada projek pelaburan yang menjadi penggerak ekonomi dan projek pembangunan yang menjadi pemudah cara kepada kesejahteraan rakyat.

"Pada tahun lalu, Pahang telah menerima pelaburan yang diluluskan termasuk insentif bernilai RM7.76 bilion merangkumi 51 projek pelbagai sektor dan dijangka mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan," katanya.

Dalam pada itu, baginda bertitah, bagi melebarkan jaringan sosial, kerajaan negeri sedang melaksanakan program perumahan rakyat dengan sasaran 15,000 unit rumah dibina sehingga 2015.

4 produk UMP menang pingat emas

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 2 Julai - Penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apabila empat produk yang dipertandingkan dalam Ekspo Reka Cipta dan Produk Baru (Inpex) 2013 menang pingat emas serta diiktiraf menerima anugerah khas dalam kategori masing-masing.

Ekspo berprestij yang berlangsung di Pusat Konvensyen Monroeville, Pittsburgh, Amerika Syarikat (AS) itu diadakan selama tiga hari bermula 19 Jun lalu.

Penyelidik UMP, Dr. Hadi Manap daripada Fakulti Teknologi meraih dua pingat emas dalam kategori elektrik, elektrikal dan pengawalan keselamatan industri dengan penghasilan projek penyelidikan bagi mengesan gas ammonia dengan pantas.

Penemuan penyelidikan ini akan membantu pekerja industri mengesan kehadiran gas ammonia dalam jangka masa singkat iaitu sepantas tiga saat berbanding kaedah biasa yang mengambil masa selama enam minit.

Turut memenangi emas ialah produk menyimpan tenaga hasil bahan buangan sawit di bawah penyelidikan Prof. Dr. Jose Rajan daripada Fakulti Sains dan Teknologi Industri yang menang dalam kategori pertanian.

Produk rawatan bahan buangan industri menggunakan teknologi hijau hasil penyelidikan diketuai Mohd. Najib Razali daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli pula berjaya memperoleh emas dalam kategori alam sekitar.

Satu lagi produk yang dipertandingkan iaitu produk mengenal pasti jenis kayu-kayan dengan pantas diketuai penyelidik UMP, Prof. Dr. Jasni Mohamad Zain daripada Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian turut memenangi emas apabila menang Anugerah Khas.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, kejayaan tersebut bukan sahaja merupakan satu kebanggaan kepada universiti berkenaan malah kepada negara.

"Pihak universiti merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penyelidik yang terlibat dan semoga kejayaan ini akan memberikan suntikan semangat kepada seluruh warga penyelidik UMP dalam meneruskan budaya cintakan dunia penyelidikan dan penghasilan inovasi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, kemenangan di pertandingan reka cipta di peringkat antarabangsa itu bukan suatu yang mudah, tetapi universiti itu berjaya membuktikan bahawa dunia telah mengiktiraf penyelidikan UMP.

Inpex adalah pameran terbesar di AS yang dikendalikan oleh InventHelp dalam mempamerkan pelbagai ciptaan, produk baru dan inovasi yang menjadi tumpuan di kalangan pereka, usahawan dan wakil industri dari seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


K. Besut penentu kerajaan Terengganu?

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PILIHAN rAYA kecil (PRK) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu akan diadakan dalam tempoh 60 hari atau selewat-lewatnya 27 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Dr. A. Rahman Mokhtar, Rabu minggu lalu.

A. Rahman, 55, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kanser paru-paru.

Kematian beliau menyebabkan terdapat kemungkinan buat pertama kali dalam sejarah negara, BN dan pembangkang mempunyai jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sama di sebuah negeri.

Keadaan itu boleh berlaku di Terengganu jika PRK DUN Kuala Besut dimenangi pembangkang sekali gus menjadikan BN dan pembangkang masing-masing memiliki 16 ADUN.

Ketika ini, BN menguasai 17 kerusi DUN, manakala pembangkang 15 kerusi iaitu satu melalui ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azan Ismail di DUN Bandar dan selebihnya wakil rakyat Pas.

Pas sebelum ini telah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu ketika Menteri Besar, Mohd. Daud Abdul Samad dari Jun 1959 hingga November 1961 dan semasa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari 1999 hingga 2004.

Ketika pembentukan kerajaan campuran antara Pas dan Perikatan di Terengganu pada 1973 dan kemudiannya diikuti kerajaan campuran Pas dan BN pada 1974 hingga 1977, Menteri Besar diterajui oleh Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad daripada UMNO.

Bagi Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat, kemungkinan diwujudkan kerajaan campuran itu tidak dapat dielakkan berikutan Terengganu seperti kebanyakan negeri lain di Malaysia mempunyai kerusi DUN dengan jumlah angka genap.

Di Malaysia, katanya, hanya Perlis, Kelantan dan Perak yang mempunyai kerusi dengan jumlah angka ganjil yang tidak memungkinkan berlaku bilangan kerusi sama banyak antara BN dan pembangkang.

Menurut beliau, jika ditakdir pembangkang menang pada PRK DUN Kuala Besut; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mempunyai hak untuk menentukan adakah Menteri Besar sedia ada, Datuk Seri Ahmad Said akan dilantik semula atau Menteri Besar baharu akan dilantik daripada kalangan pembangkang.

"Sultan akan menjadi kuasa pemutus kerana pengundian bagi menentukan siapa akan menjadi Menteri Besar sama ada calon BN atau pembangkang sudah pasti akan menghasilkan keputusan seri masing-masing 16 undi.

"Bagaimanapun hal ini tidak akan terjadi dan keadaan akan berpihak kepada BN jika Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu membenarkan Yang Dipertua DUN yang juga bekas calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Mohd. Zubir Embong dan timbalannya turut sama mengundi," ujarnya.

Beliau berkata, Menteri Besar yang dilantik itu akan menasihati Sultan dari segi barisan Exco negeri yang baharu.

"Dalam konteks Terengganu yang mempunyai 10 Exco, besar kemungkinan akan menyaksikan lima orang daripada BN dan lima orang lagi daripada pembangkang.

"Saya tidak melihat senario Ahmad akan mengekalkan Exco sedia ada jika diwujudkan kerajaan campuran, dengan hanya melantik seorang Exco baharu menggantikan tempat A. Rahman .

"Jika ini dibuat, sudah tentu pihak pembangkang akan menyatakan bantahan dan menyebabkan pembentukan kerajaan negeri menjadi tergantung," katanya.

Dalam pada itu, Samsul Adabi melahirkan keyakinan pembentukan kerajaan campuran itu tidak akan terjadi jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan A. Rahman menang dengan majoriti selesa 2,434 undi.

Beliau mendapat 8,809 undi berbanding pencabarnya daripada Pas yang juga Ketua Dewan Muslimat Besut, Napisah Ismail sebanyak 6,375 undi.

Kuala Besut yang terkenal dengan perkampungan nelayan mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Bagaimanapun, jumlah majoriti yang dimenangi A. Rahman itu sedikit merosot berbanding 2,631 undi yang diperoleh ketika PRU-12 apabila mendapat sebanyak 7,123 undi manakala calon Pas, Nik Zawawi Salleh hanya memperoleh 4,492 undi.

A. Rahman yang merupakan anak jati Pulau Perhentian, Besut menang dengan majoriti itu apabila bilangan pengundi yang keluar kedua-dua PRU itu adalah melebihi 80 peratus.

Pada PRU-11 (2004); calon BN, Abdullah Che Muda juga menang dengan majoriti 2,027 undi tetapi seorang lagi calon BN, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman kalah kepada calon Pas dengan perbezaan 487 undi pada PRU-10 (1999).

Menurut beliau, melihat kepada senario pengundi muda dan wanita yang memilih BN pada PRU-13 di DUN itu, besar kemungkinan mereka akan mengekalkan wakil rakyat daripada BN di kawasan berkenaan yang merupakan kubu kuat UMNO.

"Perkara utama lain yang akan menentukan kemenangan calon yang bertanding pada PRK Kuala Besut adalah isu-isu tempatan," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengakui Kuala Besut adalah kawasan yang mencabar untuk dirampas pembangkang sekiranya PRK diadakan.

"DUN Kuala Besut benar-benar kawasan yang kritikal dan mencabar bagi satu pilihan raya kecil kerana majoriti yang diperoleh BN agak besar," kata Anwar.

Tambah Samsul Adabi, PRK Kuala Besut dijangka akan menjadi pertembungan sengit antara BN dan pembangkang dan ramai tokoh besar kedua-kedua belah pihak diramal akan turun padang untuk berkempen.

"Apa sahaja keputusan PRK Kuala Besut akan menjadi indikator dalam menentukan keputusan pilihan raya lain pada masa depan," ujarnya.

Jangan terus kelirukan fikiran generasi muda

Posted: 02 Jul 2013 11:13 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

PERNAHKAH anak kita bertanya, benarkah telefon bimbit yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi kira-kira 20 tahun lalu lebih besar daripada yang ada hari ini.

Kalau anak kita bertanya pun, kita malas hendak bercerita kerana telefon bimbit yang ada hari ini amat canggih seolah-olah ia tidak penting untuk dibicarakan dengan lebih serius. Malahan kita boleh melawak, telefon bimbit pada zaman remaja kita jika dibaling kepada anjing, boleh mati haiwan malang tersebut.

Sepatutnya kita bercerita perkara sekecil demikian agar anak kita lebih mensyukuri nikmat kemajuan yang ada agar fikiran mereka tidak terus dikelirukan oleh kelompok anti kerajaan yang mengatakan kemajuan yang ada terjadi dengan sendiri tanpa ada langsung sumbangan Kerajaan Pusat.

Kepada rakyat Malaysia generasi berusia 40-an dan ke atas, sedarkanlah anak-anak anda yang telah didoktrin fikiran mereka bahawa Kerajaan Pusat yang ada dan pemimpin mereka menindas dan mengumpul harta peribadi, sedangkan pemimpin idola mereka sebersih dan sesuci embun pagi di kaki Gunung Ledang.

Sesungguhnya generasi muda yang telah disumbat minda mereka umpama sebuah komputer yang telah dimuat turun dengan program anti-Kerajaan Pusat perlu diselamatkan, kerana sekali mereka tersilap memilih pemimpin dan kepimpinan maka terimalah padahnya.

Kerajaan perlu sedar hari ini anak muda di institut pengajian tinggi kita tidak betah menonton televisyen dan hanya suka mendengar gajet moden ciptaan Barat dan melayari internet daripada telefon pintar yang dibeli dengan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam media internet, mereka berjumpa dan diperkenal dengan pelbagai dakyah dan tohmah yang mengatakan Kerajaan Pusat sedia ada adalah kerajaan yang penuh dengan pentadbiran yang negatif semata-mata dan melihat pemimpin pembangkang menjadi mangsa politik sempit.

Sedangkan perkara tersebut boleh selesai jika ada golongan lebih dewasa yang sanggup duduk bercerita sejarah yang menyebabkan individu-individu tertentu menjadi duri dalam daging keamanan negara ini.

Namun hari ini masing-masing menjadi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Anak muda dibiar membaca sejarah yang ditulis para blogger sesuka hati mereka dan kesannya amat membimbangkan.

Benarlah kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawasanya sejarah negara perlu ditulis semula. Agar rakyat terutama siswa-siswi sedar, siapa yang menyemai benih kejayaan, siapa yang cuba menyiram racun perosak setelah ia tumbuh mekar memayungi negara ini.

Baru-baru ini penulis bertemu dengan orang kuat UMNO dari Bangi yang menceritakan, anaknya yang baru pulang dari sebuah IPT di Melaka tiba-tiba ke rumah keluarganya semata-mata hendak berkumpul di sebuah stadium di Kelana Jaya.

Sebagai bapa dia terkejut, mengapa anaknya sanggup mengetepikan perjuangan bapanya demi seorang pemimpin yang terkenal dengan bijak berkata-kata hingga tiada benda yang tidak terlepas daripada mulutnya.

Setelah anaknya dibasuh dengan sejarah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akhirnya anaknya kelihatan insaf tetapi dalam keadaan protes. Sebenarnya siswa sebegini ramai di negara kita. Mereka tidak mahu mendengar sejarah tetapi lebih suka mencipta sejarah dan menganggap sejarah tidak relevan dengan masa depan.

Hari ini kita melihat generasi muda yang memandang idola politik mereka yang memajukan negara ini, seolah-olah tiada pemimpin lain yang menyumbang. Kalau negara boleh dimajukan oleh seorang individu sahaja maka sudah pasti di dunia akan ada lebih daripada 192 negara. Sesuatu perlu dilakukan dengan subjek Sejarah yang dilihat kurang menyengat.

Mungkin subjek sejarah perlu diajar dalam semua aspek daripada sejarah kebudayaan, sejarah kenegaraan, sejarah ekonomi dan sejarah keagamaan dari peringkat sekolah rendah. Pelajar sains yang hanya tahu sejarah seekor katak dan nyamuk perlu juga tahu sejarah perubatan di negara dan di dunia. Ini perlu dilakukan agar tiada pihak yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menjadi guru sejarah setengah masak di dunia siber.

Sejarah yang holistik perlu dibukukan dan diajar dengan penuh kreatif dan inovatif sebagaimana persembahan cahaya dan bunyi di muzium. Sejarah Malaysia perlu dikemas kini semula bagi mengelakkan generasi muda berjuang atas suatu perkara yang tidak difahaminya.

Terbaru pihak pembangkang di sebuah negeri yang dimenanginya, boleh pula menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat pihak yang menguruskan kemenangan mereka. Bukankah itu keliru namanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tunggu masa sesuai

Posted: 01 Jul 2013 11:30 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FARAH AIN BAHAMAN (Pelatih Unisel)

SEBAGAI lelaki dan suami, dia mahu mempersiapkan asas yang kukuh buat dirinya dan keluarga dalam pelbagai bidang.

SELEPAS memilih untuk mengurangkan aktiviti lakonan dan mendalami bidang perubatan Islam, nama Ashraf Muslim nampaknya menjadi semakin panas dan terus panas.

Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah ini dicari dan dikejar merata, semata-mata untuk mendapatkan berita, benarkah dia mahu mengamalkan poligami, hanya selepas dua tahun bernikah dengan Noor Dayana Lokman?

Banyak perubahan baik yang dilakukan jejaka berusia 32 tahun ini berjaya melonjakkan namanya (berbanding zaman berlakon), tetapi selagi seseorang itu bergelar selebriti, pastinya tidak mampu untuk lari daripada gosip-gosip liar atau tohmahan negatif.

Berkuat kuasa pada tarikh 2 Jun lalu, Ashraf dikhabarkan telah meletakkan jawatannya selaku COO di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, tidak beberapa lama selepas dikaitkan dengan gosip berhubung isu poligami.

Setelah beberapa minggu mengelak daripada dihubungi pihak media, Ashraf tampil memberikan sedikit sebanyak kisah daripada pihaknya kepada media dalam sidang akhbar Seindah Ramadan TV3 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sedar akan cerita-cerita buruk yang berkisar tentang dirinya, Ashraf memilih untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

"Sebagai seorang lelaki dan suami, saya mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan sebarang masalah yang tiba, dan buat masa ini saya memilih untuk mendiamkan diri.

"Saya mengambil langkah ini kerana beberapa sebab, antaranya adalah untuk menjaga hati individu-individu yang terlibat selain tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham.

"Insya-Allah apabila sudah tiba masa yang sesuai saya akan mengadakan satu sidang akhbar khusus untuk menerangkan perkara dan situasi yang sebenar," katanya.

Ashraf yang telah bergelar suami kepada Dayana pada 30 Ogos 2011 memberitahu tiada gunanya dia memberikan sebarang kenyataan balas berhubung gosip tersebut kerana itu adalah fitnah dibuat orang terhadap dirinya.

"Soal berhubung poligami ini adalah suatu perkara yang serius dan mungkin menimbulkan perselisihan. Ada yang berpendapat positif manakala selebihnya pula berpendapat negatif.

"Tetapi saya sedar bukan hak saya untuk menghalang sesiapa sahaja daripada membuat sebarang kenyataan, cuma saya ingin bertanya apakah salah saya sehingga diperlakukan sedemikian?," kata Ashraf.

Bertanya lanjut mengenai soal poligami, kata Ashraf, lebih elok jika dia tidak terlalu terbuka soal itu.

Tentang tindakan seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah memberi kenyataan kepada sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan bahawa isteri kepada Ashraf iaitu Dayana sudi untuk bermadu dengannya, Ashraf mengakui perkara tersebut juga merunsingkan dirinya.

"Tidak lama selepas berita itu tersebar, saya sendiri menghubungi wanita tersebut bertanyakan hal sebenar. Namun menurutnya dia tidak pernah berbuat demikian. Maknanya, itu bukan kenyataan daripada dia.

"Secara jujur saya juga kecewa dengan perkara yang berlaku. Mungkin pihak-pihak yang memulakan gosip ini mempunyai kepentingan tersendiri tetapi saya tidak mahu bercerita tentang perkara tersebut lagi," katanya lanjut.

Sayang isteri

Perkahwinan yang dibina Ashraf bersama isterinya, Dayana baru sahaja mahu menginjak ke usia dua tahun tetapi apabila timbulnya gosip sedemikian (poligami) pastinya ia akan menimbulkan suasana kurang manis di antara pasangan terbabit.

Antara sebab Ashraf membuat keputusan untuk berdiam diri juga adalah untuk menjaga hubungan di antara dirinya dan isteri dan juga seluruh ahli keluarga.

"Gosip-gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya, dan saya yakin mampu mengawalnya. Akan tetapi bagi isteri dan keluarganya, ini adalah suatu perkara yang baru buat mereka.

"Pastinya gosip sedemikian akan memberikan mereka juga tekanan, apatah lagi buat isteri saya. Tetapi mujurlah dia dan keluarganya mengetahui perkara sebenar berhubung diri saya.

"Apa yang mahu saya katakan, saya amat menyayangi isteri saya," katanya dengan jelas dan tenang sewaktu ditemubual.

Dalam setiap perkahwinan, pasti akan ada dugaan dan cabaran yang dihadapi, apatah lagi sekiranya perkahwinan yang dibina itu masih lagi berusia muda dan Ashraf sendiri menyedarinya.

"Saya menganggap kejadian ini merupakan suatu dugaan dan cabaran kecil dalam hidup saya dan Insya-Allah, semuanya akan selesai tidak lama lagi," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ibu, lindungi anak anak anda

Posted: 01 Jul 2013 11:30 PM PDT

Kecederaan teruk pada bahagian kaki seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera bapa tiri dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

YANG paling terbaharu, tiga kanak-kanak lelaki di Kuala Terengganu dipercayai didera oleh bapa tiri mereka dan salah seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan kritikal bersendirian terkurung di dalam rumah.

Ketika ini, anak kecil berkenaan masih dirawat di hospital dan ibu kandung serta bapa tirinya yang dipercayai positif dadah telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebelum itu, seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mendera anak teman wanitanya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kematian akibat dipukul dengan kayu.

Malah, terdapat beberapa kes penganiayaan yang dilakukan terhadap anak-anak, ibu dan teman lelaki mereka disyaki bersekedudukkan, namun rela berdiam diri dan membiarkan anak-anak mereka menderita akibat didera.

Kes-kes berkenaan adalah antara yang dilaporkan, hakikatnya mungkin ramai lagi anak-anak kecil yang menderita akibat menjadi mangsa deraan ahli keluarga terdekat yang masih tersembunyi dalam lipatan kemelut sosial masyarakat pada hari ini.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang, di mana fungsi seorang ibu yang seharusnya menjadi pelindung apabila anak mereka terancam secara fizikal mahupun seksual.

Malah, lebih parah lagi sekiranya ibu itu turut sama bersekongkol mendera anak mereka atas suatu 'alasan' yang mereka sahaja ketahui.

Dalam kes kanak-kanak lelaki yang ditemui terkurung di Kuala Terengganu, difahamkan ibu mereka yang berkahwin dengan bapa tiri mereka sejak 10 bulan lalu selepas kematian suaminya mengetahui anaknya didera, bagaimanapun takut untuk berbuat apa-apa kerana dia juga diugut.

Sebagai ibu, bukankah golongan ini sepatutnya rela 'menggadaikan' nyawa untuk menyelamatkan anak kecil mereka daripada sebarang bahaya, berbanding mendiamkan diri melihat segala penyeksaan yang berlaku terhadap anak sendiri.

Menurut Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh, hakikatnya apabila perasaan cinta secara membuta-tuli telah menguasai diri seseorang wanita itu, pastinya segala tindak-tanduk yang akan dilakukan adalah tidak rasional lagi.

Jelasnya, seorang ibu itu sepatutnya mempunyai jiwa keibuan yang menebal, tetapi pada sesetengah kes, mungkin disebabkan pengaruh alkohol atau dadah, pertimbangan akal fikiran mereka sudah tidak waras lagi.

"Dari satu segi, kebergantungan keterlaluan terhadap lelaki atau suami juga menjadikan mereka takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa dan sanggup berdiam diri melihat anak kandung mereka didera.

"Maksud kebergantungan keterlaluan ini termasuklah golongan ibu itu terpaksa bergantung sepenuhnya terhadap lelaki berkenaan untuk menampung kehidupan dari segi ekonomi, mahupun emosi.

"Faktor seterusnya adalah mungkin kerana ugutan. Ibu-ibu ini berasa takut untuk melarikan diri atau melaporkan keadaan anak-anak mereka kerana menerima ugutan daripada teman lelaki yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap mereka," kata Hushim lagi.

Dalam pada itu Hushim memberitahu, sesetengah daripada wanita kini, jati diri mereka tidak kental, justeru apabila berlaku sesuatu tragedi terhadap diri mereka menyebabkan golongan ini hilang pertimbangan.

Itu sebab ujarnya, ramai dalam kalangan wanita dahulu yang bercerai sama ada hidup mahupun mati enggan berkahwin lagi kerana tidak mahu menanggung risiko anak-anak mereka dipersia-siakan oleh bapa tiri.

"Sebenarnya masyarakat kita pada hari ini semakin banyak yang menderita mental dan jiwa, cuma tidak terdedah sepenuhnya kepada orang ramai.

"Penyakit jiwa dalam senyap atau dipanggil psikosis ini yang menyebabkan seseorang itu sanggup bertindak kejam terhadap individu lain dan mahu orang lain berada di bawah telunjuknya dan membuli yang boleh menimbulkan kepuasan kepada dirinya," katanya.

Dalam pada itu Hushim turut mencadangkan agar ujian saringan mental dapat dilakukan terhadap bakal suami atau isteri yang akan berumahtangga sebagai langkah berjaga-jaga agar pasangan tidak hidup bersama dengan insan yang tidak 'waras' jiwanya.

Sementara itu Pensyarah Kaunseling Universiti Utara Malaysia, Sabasiah Husin berkata, apakah kewajaran seorang wanita yang baharu bertemu dengan seorang lelaki namun mudah meletakkan kepercayaan dan harapan untuk meninggalkan anak-anak di bawah pengawasan mereka.

"Mungkin ketika bersama, mereka kelihatan baik tetapi boleh berubah sekelip mata akibat pengaruh alkohol ataupun dadah.

"Salahnya pada wanita jenis ini yang terlalu bergantung harap kepada lelaki supaya merasakan diri mereka lebih terlindung dan berupaya mendapatkan kepuasan batiniah.

"Tiada apa yang peliknya, sekiranya mereka ini meletakkan kuasa cinta sebagai yang pertama dan meletakkan harga anak-anak di tempat yang kedua menyebabkan kebajikan anak dipertaruhkan," ujar Sabasiah.

Sebenarnya menurut Sabasiah, masyarakat hari ini sudah sangat rapuh soal keimanan mereka sehinggakan sekiranya mengetahui anak-anak atau ahli keluarga mereka terlibat dengan kes bersekedudukkan, tiada pula apa-apa tindakan yang dilakukan untuk membendung gejala itu.

Sehinggalah sesuatu berlaku kepada anak-anak kecil atau cucu mereka, baharulah mereka melahirkan rasa kekesalan yang amat sangat.

Dalam pada itu Sabasiah menjelaskan, kes-kes penderaan terhadap anak-anak seperti ini akan berlaku terhadap golongan wanita yang juga berhadapan dengan masalah atau kemelut kehidupan mereka sendiri atau trauma dan tertekan dengan sejarah silam keluarga.

Sebenarnya, dalam keadaan seperti ini, wanita berkenaan yang perlu diberi kaunseling kerana menjalani kehidupan yang penuh dengan tekanan.

Menurut Sabasiah, seorang wanita mempunyai pilihan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan mendahulukan keselamatan dan kebahagiaan anak-anak agar tidak terjebak untuk memilih lelaki yang salah dalam hidup mereka.

"Fitrah sebagai seorang ibu adalah sanggup untuk melindungi anak-anak dalam apa jua keadaan.

"Kalau terjumpa lelaki yang kurang 'waras' begini, dinasihatkan tidak bersuami pun tidak apa, asalkan anak-anak anda selamat," katanya. - ROSMAH DAIN

Berkorban demi ibu

Posted: 01 Jul 2013 11:30 PM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com

KETIKA pemuda seusianya sibuk membina kerjaya serta meniti kehidupan sendiri, namun bagi Wan Mohd. Fakhrul Anwar Abu Bakar, 27, tiada yang lebih penting selain tanggungjawab terhadap ibu tercinta.

Wan Mohd. Fakhrul Anwar tidak pernah merungut apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan sejak ibunya terlantar sakit akibat diserang angin ahmar lima bulan lalu di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Didorong rasa tanggungjawab, dia mengambil keputusan berhenti kerja bagi membuktikan kasih sayang seorang anak kepada wanita yang telah melahirkannya.

Anak keempat daripada lima beradik yang sebelum ini bekerja sebagai pelukis mural kini menguruskan ibunya, Remalah Shafeim, 64, yang memerlukan penjagaan rapi akibat penyakit yang dideritai.

Bukan itu sahaja, sebelum ini, Wan Mohd. Fakhrul juga terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu meneruskan pengajiannya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, akibat kesempitan hidup selepas kematian ayahnya, Abu Bakar Ismail pada 2009.

"Selepas kematian ayah, saya terpaksa berhenti belajar kerana tidak mampu menampung kos pengajian. Selepas itu, saya bekerja sebagai pelukis mural bagi menambah pendapatan keluarga.

"Namun, selepas dua tahun bekerja, ibu pula diserang angin ahmar ketika bekerja sebagai pembantu kedai makan dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Salor pada 11 Februari lalu sebelum lumpuh separuh badan dan memerlukan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurutnya, dia terpaksa berhenti kerja dan menumpukan masa sepenuhnya menjaga segala keperluan ibu seperti menyuap makanan dan minuman khas berupa susu, selain menukar lampin pakai buang setiap hari.

"Hanya ini yang mampu saya lakukan untuk ibu tercinta. Dengan cara ini juga saya dapat membalas jasanya yang selama ini tanpa jemu mendidik dan menjaga kami adik beradik.

"Kami akan cuba sedaya upaya membantu ibu walaupun sedar kami tidak berkemampuan menampung segala keperluan serta rawatan ibu yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM1,500 sebulan," katanya sambil menahan sebak.

Wan Mohd. Fakhrul Anwar berkata, mereka tidak mampu menampung perbelanjaan tersebut memandangkan abang sulungnya, Wan Mohd Fazul, 37, bekerja sebagai pembantu kedai makan. Manakala abang keduanya, Wan Mohd. Fadzli, 29, hanya bekerja sebagai tukang rumah.

Sementara kakak ketiganya, Wan Mazura, 28, bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur dan adik bongsu, Wan Noraini, 22, masih menuntut di sebuah universiti tempatan.

"Setakat ini, kami menerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebanyak RM250. Namun, jumlah itu masih tidak mencukupi.

"Saya pernah membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan untuk bantuan bulanan. Tetapi permohonan ditolak dengan alasan bantuan hanya boleh disalurkan jika penyakit ibu yang lumpuh separuh badan sudah memasuki tempoh lebih enam bulan," ujarnya.

Katanya, hampir RM6,000 wang simpanan yang dikumpul ketika bekerja dibelanjakan untuk membeli barang keperluan dan membiayai kos rawatan ibunya.

Keadaan rumah mereka turut uzur dengan lantai papan rumah kayu itu semakin reput dan banyak yang berlubang.

"Saya amat berharap ada pihak yang sudi membantu keluarga kami kerana apa yang paling penting adalah kesihatan ibu," kata Wan Mohd. Fakhrul Anwar penuh harap.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Johor jamin lengkapi prasarana

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 1 Julai - Kerajaan negeri memberi jaminan akan menyediakan kemudahan prasarana dan utiliti lengkap bagi menarik lebih ramai pelabur membuka perniagaan dan perusahaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad (gambar) berkata, tumpuan bukan sahaja melibatkan kawasan perindustrian utama seperti Senai, Tampoi, Tebrau, Pasir Gudang dan Gelang Patah tetapi juga beberapa kawasan baharu yang diwujudkan sebagai peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

"Bukan sahaja soal kemampuan menyediakan kemudahan, tetapi juga kemampuan mengatasi masalah seperti gangguan bekalan elektrik, telekomunikasi mahupun bekalan air adalah penting. Contohnya, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi syarikat pembekal elektrik adalah menyelesaikan sebarang gangguan dalam tempoh kurang 10 minit.

"Ini penting supaya tidak menjejaskan sektor utama seperti perindustrian, perkhidmatan, perhotelan dan sebagainya," katanya selepas majlis pecah tanah bangunan baharu Mctronic Industries Sdn. Bhd., di Parit Abdul Rahman, Benut dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Mctronic Indutries, Tan Meng Chai.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, persaingan antara pelabur terutamanya dari negara-negara yang mampu menawarkan tenaga buruh yang murah membuatkan sektor perindustrian beralih kepada penggunaan teknologi bagi menggantikan tenaga manusia.

Justeru, katanya, prasarana serta kemudahan utiliti yang mampu memenuhi kehendak pelabur menjadi faktor penentu bagi meyakinkan mereka bahawa Johor bersedia dengan permintaan masa kini.

"Beberapa kekurangan hendaklah diatasi dengan segera supaya tidak melemahkan minat pelabur untuk menanam modal, sama ada bagi membuka industri baharu mahupun menambah pengeluaran. Kita meminta pembekal utiliti dapat memahami hasrat serta sama-sama membantu melalui kecekapan serta kemampuan yang ada pada mereka," katanya.

Terdahulu, Hasni berkata, kelembapan ekonomi global tidak menghalang sesetengah syarikat untuk meneroka bidang baharu, sekali gus menunjukkan sektor pembuatan di negara akan terus berkembang dengan adanya permintaan yang tinggi dari negara-negara luar.

Beliau turut menyatakan harapan agar masyarakat tempatan mengambil peluang yang ada dan tidak bergantung kepada tenaga kerja luar sedangkan boleh diisi oleh anak tempatan termasuk dalam sektor minyak dan gas di Pengerang yang menawarkan kira-kira 70,000 peluang pekerjaan.

Bangkitkan semula semangat kesukarelawan

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Norshida Ibrahim (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang peserta dalam Program 1Volunteer Rakan Muda peringkat daerah di Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 1 Julai - Masyarakat di daerah ini harus mencari jalan membangkitkan semula semangat kesukarelaan yang dilihat semakin luntur terutamanya dalam kalangan golongan belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, aktiviti kesukarelaan tidak harus dijadikan hanya sebagai mengisi masa lapang, sebaliknya bagi melahirkan golongan belia yang mempunyai hala tuju serta semangat tinggi, cergas dan agresif dalam pelbagai situasi yang mencabar.

"Paling penting, anda tidak mengharapkan sebarang balasan. Apa yang akan anda peroleh ialah pencapaian peribadi dan kepuasan hati kerana telah dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

"Saya percaya, sekiranya anda menyumbang sesuatu dan membantu orang lain, anda akan berasa sungguh gembira. Rasa yang begitu hebat itu tidak boleh anda dapat melalui kegiatan lain kecuali menerusi aktiviti kesukarelaan seperti ini," katanya semasa merasmikan Program 1Volunteer Rakan Muda peringkat daerah Segamat di Pusat Pertanian Jementah, di sini semalam.

Beliau berkata, menerusi aktiviti seperti itu, semangat kesukarelaan mampu dibangkitkan, sekali gus menghindari golongan remaja dan belia terbabit dalam kegiatan melepak, kutu rayau, merempit dan penyalahgunaan dadah yang menjadi penyakit masyarakat kini.

Menurutnya, pembangunan modal insan dengan nilai-nilai yang positif diyakini dapat melahirkan golongan pemimpin masa depan yang berkeperibadian unggul serta memiliki keutuhan budaya dan moral yang tinggi.

"Dalam konteks ini, kita perlu terapkan dalam diri generasi muda dengan nilai-nilai positif dan membina kerana melalui program seperti ini barulah kita mampu untuk menggerakkan jentera muda sebagai pemangkin kepada perubahan sosial," katanya.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Pertanian Daerah Segamat dan dihadiri 45 sukarelawan dari seluruh daerah dan penuntut Rakan Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat.

Sementara itu, salah seorang kesukarelaan UiTM Segamat, Mohamad Faiz Izhan Mohd. Fadzil, 20, mengakui aktiviti itu membolehkannya mempelajari pelbagai perkara baharu, khususnya berkaitan pertanian.

Menurutnya, pendedahan terhadap cara membuat baja bokashi iaitu campuran najis ayam, sekam padi dan mikroorganisma efektif (EM) untuk dijadikan baja organik bagi menyuburkan tanaman merupakan ilmu baharu yang amat berguna kepadanya.

Bagi penerima pingat perak Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda 2012, Nur Hayati Abu Bakar, 22, berkata, dia dapat menerapkan empat komponen kesukarelaan yang digariskan iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

"Program ini dapat memberi saya kemahiran yang diperlukan melalui tenaga pengajar berpengalaman seperti memproses sisa buangan menjadi barangan kitar semula dan bermanfaat. Saya sedang melengkapkan empat komponen tersebut untuk melayakkan saya memperoleh pingat emas ARP pada tahun ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


LKIM diminta lebih prihatin

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh OTHMAN YAHAYA
utusankedah@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada peraih dan peniaga di Pasar Bisik Kuala Muda membuat bantahan aman meminta LKIM tidak campur tangan berkaitan urusan pentadbiran persatuan mereka dalam menguruskan pasar berkenaan di Penaga, semalam.

KEPALA BATAS 1 Julai - Ahli Persatuan Pasar Bisik Kuala Muda (PKBM) di Penaga hari ini mengadakan demonstrasi aman menuntut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak mengambil hak mereka mentadbir Kompleks Pasar Bisik dan Jeti Kuala Muda yang dibangunkan oleh Jabatan Parit dan Saliran (JPS) di situ.

Demonstrasi hampir sejam itu digunakan kumpulan peniaga dan peraih untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka terhadap pihak pengurusan LKIM yang didakwa tidak pernah menjaga kebajikan mereka di situ.

Timbalan Pengerusi PBKM, Mohd. Noor Ibrahim, 54, berkata, sejak penubuhan persatuan itu oleh Persatuan Penduduk Kuala Muda Penaga lebih puluhan tahun lalu, segala usaha menjaga kebajikan ahli membabitkan peraih dan peniaga di situ diurus sendiri tanpa diambil tahu oleh LKIM.

Beliau berkata, pihaknya yang mengurus semua soal perniagaan di sini, kebajikan peraih dan peniaga serta membantu membangunkan lokasi ini hingga menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduk, khususnya kaum nelayan setempat.

"LKIM langsung tidak pernah datang menyalurkan khidmat nasihat, menghulur bantuan tetapi sebaik Projek Tebatan Banjir Sungai Muda (PTBSM) dimulakan, mereka telah campur tangan terutamanya dalam soal pentadbiran membabitkan persatuan kami.

"Sikap tidak profesional LKIM terserlah apabila turut membelakangkan kebajikan tujuh peniaga di sini serta mengarahkan mereka berpindah dan menawarkan pampasan tidak setimpal," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Peraih, Yusuf Ibrahim, 52, berkata, kewujudan PBKM telah memberikan banyak faedah kepada peraih dan peniaga di sini hingga menjadikan lokasi pasar bisik ikan di situ dikenali ramai.

"PBKM memainkan peranan cukup aktif termasuk berganding bahu dengan bekas wakil rakyat kawasan itu membina sebuah bangunan pendaratan ikan untuk nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka.

"Begitu juga dalam soal kebajikan seperti melibatkan kes kemalangan di laut, peruntukan derma kepada keluarga nelayan yang membabitkan kematian dan sumbangan kepada institusi masjid, semuanya digerakkan sendiri oleh PBKM tanpa bantuan LKIM," katanya.

Sebelum ini, nelayan di kawasan itu berurusan dengan peraih yang menjadi ahli PBKM di tepi muara Sungai Muda di Penaga tetapi selepas projek tebatan bakal dilaksanakan di lokasi itu, sebuah kompleks baharu dibina untuk menggantikannya.

Namun, masalah yang timbul dan menjadi tanda tanya kepada peraih dan peniaga di situ kenapa pentadbiran kompleks berkenaan diambil alih oleh LKIM yang sepatutnya diteruskan pentadbirannya oleh PBKM.

Seorang peniaga gerai makan, Syarifah Rohizam Syed Abdul Rahman, 43, berkata, sebaik dimaklumkan yang projek tebatan banjir itu akan dilaksanakan, dia telah diarah berpindah ke kompleks berkenaan dengan dibayar pampasan sebanyak RM5,000.

"Saya tidak mahu berpindah ke situ kerana pampasan itu terlalu kecil dan tidak berupaya menebus ganti rugi perniagaan yang diusahakan lebih 20 tahun lalu.

"Berniaga di sini tidak perlu menjelaskan sewa, sebaliknya jika menggunakan ruang gerai yang baru disediakan, saya perlu menjelaskan sewa RM50 sebulan, tambahan ruang gerai yang disediakan sempit berbanding lokasi sekarang," katanya.

Peniaga, Robaiaf Seman, 54, berkata, sejak puluhan tahun berniaga di sini, pendapatan yang diperolehnya cukup lumayan hingga boleh menyara tujuh orang anak.

Katanya, jika berpindah ke tempat baharu tentunya akan menjejas pendapatannya yang kini bergelar ibu tunggal kerana terpaksa bersaing dengan peniaga lain berikutan banyak ruang niaga diwujudkan di kompleks itu.

"Pampasan yang diberikan juga tidak cukup menggantikan modal dahulu, selain terpaksa pula menjelaskan sewa bulanan yang membebankan," katanya.

Agong berkenan berangkat ke majlis sambutan Jubli Emas SMSAH

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersalaman dengan bekas pelajar SMSAH yang hadir sewaktu majlis Santapan Malam Jubli Emas SMSAH di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah, malam kelmarin.

KUBANG PASU 1 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis santapan malam sempena sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SMSAH) di Dewan Wawasan di sini semalam.

Majlis tersebut diadakan untuk meraikan Hari Ulang Tahun Ke-50 SMSAH dan mengeratkan silaturahim antara alumni sekolah itu.

Presiden Alumni SMSAH, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, majlis santapan itu juga menjadi wadah untuk alumni mengukuhkan jaringan sosial antara satu sama lain.

Katanya, sempena dengan sambutan Jubli Emas SMSAH itu, sebuah yayasan iaitu Yayasan Alumni SMSAH telah dilancarkan bagi mengukuhkan kewangan Persatuan Alumni SMSAH.

"Melalui yayasan ini kita dapat mengumpul dana secara lebih sistematik dan dapat menghulurkan sumbangan untuk dimanfaatkan oleh para pelajar SMSAH.

"Sempena jubli emas ini juga kita telah menyumbangkan sistem pendingin udara di Dewan Sultan Abdul Halim iaitu dewan serbaguna yang baharu di SMSAH," katanya ketika berucap dalam majlis santapan malam sempena sambutan tersebut di Dewan Wawasan di sini.

Mohamed Mustafa yang juga Naib Canselor UUM berkata, SMSAH yang menjunjung nama Yang di-Pertuan Agong sejak ditubuhkan 50 tahun lalu telah mencipta banyak sejarah tersendiri.

"Sekolah ini telah diisytiharkan sebagai sekolah berasrama penuh (SBP) secara rasmi pada 1 Januari 1972 dengan menerima pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Sekolah kebanggaan kita ini juga pernah menjadi Pusat Matrikulasi bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 1975 hingga 1986.

"Pencapaian SMSAH semakin maju apabila dianugerahkan status sekolah berprestasi tinggi oleh Kementerian Pendidikan pada 2010 dan kita berharap kecemerlangan sekolah ini akan terus berkekalan," katanya.

Pertingkat promosi slogan baharu Kedah

Posted: 01 Jul 2013 12:41 PM PDT

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 1 Julai - Jabatan Penerangan Kedah akan membanyakkan program mempromosi penggunaan slogan baharu 'Kedah Aman Makmur' bagi membolehkan seluruh penduduk negeri ini mengetahui intipati dasar yang dibawa kerajaan.

Pengarahnya, Dr. Haniff Hassan berkata, tanpa berbuat demikian, pihak-pihak tertentu akan terus membuat pelbagai andaian tidak berasas tentang maksud slogan terbabit.

"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Analisis Pilihan Raya Umum Ke-13 dan Perancangan Gerak Saraf Perang Saraf Peringkat Negeri Kedah dekat sini semalam.

Sebanyak 40 peserta mengikuti kursus selama tiga hari itu.

Haniff berkata, pihaknya sedia membuat apa sahaja yang terbaik agar slogan diperkenalkan oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir itu dapat mencapai sasarannya.

"Semua pihak perlu buka minda jika ingin kepada perubahan dan imej kerajaan negeri menjadi lebih terserlah, jika semua pihak memahami slogan itu," katanya.

Beliau menegaskan, selain kakitangan jabatan, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik perlu diberi kefahaman secara lebih jelas tentang perkara tersebut.

"Sebagai kakitangan kerajaan, kita sendiri perlu memberikan kerjasama terhadap setiap program yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved