Sabtu, 7 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau jinakkan Singa

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Penjaring gol Harimau Muda, A. Thamil Arasu (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan gol kemenangan Malaysia ketika menumpaskan Singapura 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

KUANTAN - Kehadiran peminat amat mengecewakan apabila tidak sampai 1,000 penonton memenuhi Stadium Darul Makmur, namun itu tidak mematahkan semangat skuad Harimau Muda untuk menang 1-0 ke atas Singapura dalam saingan pembukaan Pestabola Merdeka, semalam.

A. Thamil Arasu menjadi watak utama kemenangan skuad bawah 23 tahun Malaysia selepas menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-46, 25 saat sebaik babak kedua bermula bagi memastikan kita memulakan kempen dengan tiga mata.

Walaupun tampil dengan aksi kemas dan mencipta deretan peluang, skuad bimbingan Ong Kim Swee yang tampak kurang selesa bermain di atas padang becak gagal meledak lebih banyak gol akibat ketumpulan penyudah.

Kecekapan penjaga gol lawan, Muhd. Syazwan Buhari turut menggagalkan usaha Malaysia untuk berpesta gol, biarpun mengharungi baki 35 minit terakhir menentang 10 pemain lawan.

Dua pemain paling mencuri tumpuan adalah bintang FC Ryukyu, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Junior Eldstal yang menjadi penggerak utama serangan Harimau Muda, selain kemantapan pertahanan negara yang dikawal Mohd. Fadhli Shas dan Nik Mohd. Shahrul Azim.

Harimau nyata lebih menguasai bahagian tengah tetapi disiplin yang ditunjukkan anak-anak buah V. Sundramoorthy memastikan babak pertama berakhir 0-0.

Malah, Singapura hampir meraih gol pembukaan pada minit ke-45 melalui Muhd. Khairul Nizam yang dapat diselamatkan Izham Tarmizi.

Gol yang dicari akhirnya menjelma sebaik babak kedua bermula dengan hantaran menarik Junior disudahkan Thamil yang menolak bola untuk jaringan sulung Pestabola Merdeka 2013.

Malaysia mendapat kelebihan pada minit ke-55 selepas pertahanan Singapura, Muhd. Afiq Yunos dilayangkan kad merah kerana menepis bola tandukan Mohd. Fadhli Shas dengan menggunakan tangan dan pengadil menghadiahkan penalti.

Malangnya, Wan Zack Haikal gagal menyudahkan sepakan yang dapat ditampan oleh Syazwan Buhari, dan Junior yang berada berhampiran sekadar menyepak lemah ke gawang.

Biarpun Malaysia mencipta kemenangan, kehadiran penonton amat mendukacitakan dengan tidak sampai 1,000 penyokong hadir semasa perlawanan dilangsungkan pada pukul 5.30 petang.

Mujur, kehadiran sekumpulan penyokong Ultras Malaya memberi semangat buat pemain negara.

Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa kira-kira 15 minit menemui pemain negara turut menaikkan semangat mereka.

Dalam satu lagi perlawanan, Thailand dan Myanmar sekadar berkongsi mata apabila seri 1-1.

Taring masih tumpul - Kim Swee

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

KUANTAN - Puas hati kerana misi tiga mata yang dicari dalam perlawanan pertama berjaya dipenuhi cuma nada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee sedikit bimbang melihat sentuhan penyudah pemainnya yang tumpul biarpun dihidangkan deretan peluang.

Padang becak dan bertakung akibat hujan lebat turut menjadi faktor penghalang buat Malaysia untuk mencipta lebih banyak gol.

Namun, Kim Swee berharap pertemuan menentang Myanmar esok akan menonjolkan rentak permainan sebenar mereka.

''Jumlah gol ada kalanya bergantung kepada lawan yang mungkin dapat bertahan dengan baik walaupun kita menguasai permainan, namun ada kalanya tiada gol dapat dihasilkan.

''Walaupun kita menguasai sebahagian besar serangan, saya berpendapat kualiti penyudah kita perlu dipertajamkan lagi biarpun banyak peluang dapat dicipta sepanjang permainan.

''Apa pun, yang paling penting dapat memungut tiga mata dalam perlawanan pertama kerana ia penting untuk membina keyakinan pemain bagi perlawanan seterusnya," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Malaysia dan Singapura, semalam.

Dalam pada sama, Kim Swee menghamburkan pujian kepada pemain Sarawak, Junior Eldstal yang dianggap antara pemain paling cemerlang buat Harimau Muda sepanjang permainan.

''Pemain yang saya rasa paling cemerlang dalam perlawanan hari ini adalah Junior yang bekerja keras sepanjang permainan.

''Persefahaman yang ditunjukkan di bahagian tengah dengan Irfan Fazail, S.Sivanesan dan Nazmi (Faiz) yang masuk pada separuh masa kedua cukup baik, malah mereka sering bertukar posisi untuk mengelirukan lawan.

''Perlu diingat, hanya empat daripada 11 pemain kesebelasan utama terdiri daripada skuad Harimau Muda."

Pengendali Singapura, V. Sundramoorthy mengakui pertemuan dengan Malaysia cukup sukar sambil turut memuji persembahan cemerlang penjaga golnya, Muhammad Syazwan Buhari.

''Bermain di atas padang begini memang sukar buat pemain dengan pergerakan bola yang tidak lancar.

''Namun, penjaga gol (Syazwan) banyak menyelamatkan kami daripada dibolosi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Himpunan haram: Polis Kelantan tahan 4 lelaki

Posted: 07 Sep 2013 09:32 PM PDT

KOTA BHARU 8 Sept. - Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 20 orang telah berhimpun pada masa itu namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.

Sementara itu, dua lelaki maut dan seorang parah selepas kenderaan mereka terbabas dalam kemalangan di Jalan Salor Baharu-Pasir Mas pada pukul 2 pagi ini.

Mereka yang maut adalah pemandu kenderaan jenis Honda Civic iaitu Mohd Asrul Afian Samsudin, 24, dan penumpang belakang Muhammad Atras Ramli, 29.

Muhammad Atras maut di tempat kejadian manakala Mohd Asrul Afian meninggal dunia di Hospital Pasir Mas manakala yang parah Azizul Abdullah, 29, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Dua lagi rakan mereka yang berumur berumur 29 dan 21 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.

Jalaluddin berkata, kesemua mereka berasal dari Jertih, Terengganu dan dipercayai kenderaan ketika itu dipandu laju sehingga terbabas. - BERNAMA

Pemuda rentung dalam kebakaran di Telupid

Posted: 07 Sep 2013 09:29 PM PDT

BELURAN 8 Sept. - Seorang pemuda rentung manakala seorang lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah dan stor penyimpanan diesel di Kampung Gambaron 2 di Telupid kira-kira 7.30 malam tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sahar Mohd. Hatta, 26, manakala Rahmat Misse, 25, yang melecur kini menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan stabil.

Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.59 malam.

Katanya, anggota bomba diketuai Pegawai Operasi Bernadius Jacob hanya tiba di tempat kejadian pada 9.27 malam disebabkan lokasi kejadian terletak jauh kira-kira 99 kilometer dari Kinabatangan.

Menurutnya, operasi memadam api tamat pada pukul 9.50 malam dan mayat mangsa ditemui rentung di bawah sisa rangka rumah yang musnah terbakar.

Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Nekad pertahan hak di mahkamah

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

Melanie (kiri) menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar yang mendakwa dirinya telah ditipu, didera dan dimalukan oleh Ervin Ahbabovic di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Chew Hoong Ling (kanan).

KUALA LUMPUR 6 Sept. - "Saya bertekad mahu membersihkan nama saya di mahkamah dan tidak sesekali akan menyerahkan anak saya kepada lelaki tidak bertanggungjawab itu".

Demikian kata-kata tegas diucapkan oleh seorang wanita tempatan dikenali sebagai Melanie, 29, setelah menerima saman daripada bekas kekasih iaitu lelaki Bosnia, Ervin Ahbabovic, 41, untuk menuntut ganti rugi RM600,000 kerana mendakwa dia mempergunakan spermanya bagi mendapatkan anak daripada genetik orang Eropah yang dikatakan berkualiti tinggi.

Melanie yang merupakan seorang perunding dan penyelidik mendakwa, dia sebenarnya menjadi mangsa kepada bekas kekasihnya itu yang sebenarnya sengaja memfailkan saman yang mencemarkan maruahnya itu semata-mata mahu mendapatkan wang.

"Kenyataan bekas teman lelaki yang disiarkan dalam media yang mendakwa saya seringkali berkeinginan melakukan hubungan seks sebanyak enam kali sehari yang mana setiap sesi mencapai tempoh satu jam menyebabkan jiwa saya terganggu dan memberi kesan psikologi kepada saya seumur hidup.

"Sebenarnya saya adalah mangsa penipuan dan sikap panas barannya. Secara logik mana mampu saya seorang wanita yang lemah dan bertubuh jauh lebih kecil daripadanya mampu melawan atau menderanya seteruk itu," ujar Melanie dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Melanie mengadakan sidang akhbar khas ditemani oleh Presiden Persatuan Suara Wanita, Chew Hoong Ling dan Penasihat Undang-Undang Persatuan Suara Wanita, Syazana Mat Kasa bagi membersihkan namanya setelah Ahbabovic memfailkan saman dan mengadakan sidang akhbar bercerita tentang keburukannya.

Pada Selasa lalu media melaporkan, Ahbabovic yang bekerja sebagai pengarah komersial di syarikat tempatan memfailkan saman tersebut menerusi firma guaman, Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi di sini.

Tuntutan yang dikemukakan oleh Ahbabovic yang berstatus Penduduk Tetap (PR) merupakan kes saman pertama melibatkan dakwaan seumpama itu di negara ini.

Melanie mendakwa, selama hampir empat tahun tinggal serumah dengan bekas teman lelaki yang mesra dipanggil Ervin itu, jiwanya cukup tertekan kerana lelaki tersebut sering memukul dan meminta wang daripadanya.

"Ervin sebenarnya tiada pekerjaan tetap dan suka berhibur di kelab malam. Sayalah tempat dia meminta wang dan jika enggan menurut kemahuannya, saya akan dipukul.

"Kesibukan berhibur di luar menyebabkan Ervin tiada masa melayan anak dan saya sendiri yang menanggung perbelanjaan keluarga. Sebab itu, saya hairan kenapa dia tiba-tiba mahu menuntut hak melawat anak.

"Saya sudah membuat beberapa laporan polis tentang penderaan yang dilakukan terhadap saya termasuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan balai-balai lain di ibu negara sebelum ini," katanya sambil memberitahu dia juga pernah membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA setelah diugut untuk disaman oleh Ervin pada Mac lalu.

Melanie berkata, dia sudah banyak kali cuba meninggalkan Ervin tetapi gagal kerana lelaki itu akan mengugut menganggu pelanggan yang berurusan dengannya dan memukulnya sehinggalah mempunyai kekuatan berbuat demikian setahun lalu.

Menurut Melanie, dia menyerahkan kepada polis untuk menyiasat laporan yang dibuat dan cuba menjalani kehidupan seperti biasa kerana yakin pihak polis boleh melindungi keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong ketika dihubungi mengesahkan pernah menerima aduan daripada Melanie berhubung ugutan saman dan penderaan yang dibuat oleh lelaki Bosnia itu.

"Sebenarnya Melanie bukanlah individu dan wanita pertama membuat aduan kepada MCA mendakwa menjadi mangsa penipuan dan penderaan Ahbabovic.

"Antara yang pernah meminta bantuan melindungi diri daripada lelaki ini ialah bekas isterinya yang juga berketurunan Cina, Amalyna Evelyn Abdullah pada 2006 dan terbaru semalam, seorang lelaki warga Iran yang mendakwa ditipu wangnya oleh Ahbabovic," katanya.

Hoong Ling pula berkata, pihaknya difahamkan terdapat ramai lagi wanita tempatan yang pernah menjadi mangsa penipuan Ahbabovic dan meminta mereka membuat aduan kepada Persatuan Suara Wanita dengan menghantar emel ke hoong@hoong.coom.

TTPM arah syarikat pulang wang deposit

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

SYARIKAT yang menyediakan perkhidmatan seperti pakej perkahwinan seharusnya lebih telus dengan memaklumkan tentang wang deposit sama ada dikembalikan atau hangus jika sesuatu tempahan dibatalkan. - GAMBAR HIASAN

MENJADI raja sehari merupakan satu pengalaman yang amat mendebarkan. Sebelum berlangsungnya hari yang penuh bermakna itu, pelbagai persiapan perlu dibuat bagi memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.

Tidak dapat dinafikan setiap pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang tentunya mahukan sesuatu yang terbaik pada hari bersejarah itu.

Bagi merealisasikan majlis tersebut, bakal pengantin yang sibuk dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing akan mengupah perancang perkahwinan bagi memastikan persiapan majlis berjalan lancar.

Begitu juga dengan Jasmin Nanitha Peter Johnson yang akan mengikat tali perkahwinan dengan pasangan pilihannya, seorang lelaki warga Jerman, baru-baru ini.

Memandangkan lelaki pilihannya berasal dari Jerman, Jasmin Nanitha memilih tema Inggeris untuk kenduri kahwinnya dan perkara itu telah dipersetujui oleh sebuah syarikat perunding perkahwinan di ibu kota. Untuk itu, pasangan tersebut membayar wang deposit RM5,000.

Wanita tersebut juga telah mengingatkan juru runding pakej perkahwinan itu supaya tidak membekalkan sebarang makanan yang mengandungi gandum pada hari bersejarah mereka kerana dia mempunyai alahan.

Pun begitu, pasangan yang mendirikan rumah tangga akhir bulan Ogos lalu terkejut apabila mereka dimaklumkan bahawa semua yang dipersetujui pada awal perjumpaan tidak dapat dipenuhi dengan memberi alasan tidak mempunyai kelengkapan seperti yang diminta.

Menyedari keadaan itu, Jasmin Nanitha membatalkan pakej perkahwinan itu dan meminta syarikat yang beroperasi di Lorong Yap Kwan Seng itu mengembalikan wang deposit RM5,000 yang telah dibayarnya.

Walau bagaimanapun syarikat terbabit hanya bersetuju membayar separuh daripada jumlah tersebut. Apa yang mendukacitakan lagi, syarat pemulangan deposit itu tidak dijelaskan ketika pembayaran dibuat dahulu.

Kesal dengan apa yang berlaku, wanita itu membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang terletak di tingkat 16, Putra Place di ibu negara, baru-baru ini.

Tanpa kehadiran syarikat itu selaku pihak penentang, Presiden TTPM, Maznah Haron telah mengeluarkan perintah mengarahkan syarikat berkenaan membayar balik keseluruhan wang deposit RM5,000 kepada wanita tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah diserahkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Dua letupan ragut 18 nyawa di Somalia

Posted: 07 Sep 2013 10:19 AM PDT

MOGADISHU 8 Sept. - Dua letupan kuat memusnahkan sebuah restoran di sini, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang maut, semalam.

Menurut polis, letupan itu berpunca daripada sebuah bom kereta dan seorang pengebom berani mati.

Kumpulan rangkaian al-Qaeda, Shebab, mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. - AFP

Kapal bawa 30 tan dadah dibakar di Itali

Posted: 07 Sep 2013 10:18 AM PDT

ROM 8 Sept. - Kumpulan penyeludup dadah warga Mesir dan Syria bertindak membakar kapal yang membawa 30 tan dadah jenis kanabis selepas dipintas pasukan maritim Itali dalam satu kejadian, di sini semalam.

Menurut polis, kegiatan penyeludupan itu dikesan sejak tiga hari lalu ketika kapal tersebut merentasi Laut Mesditerranean.

"Sembilan anak kapal tersebut yang terdiri daripada warga Mesir dan Syria membakar kapal tersebut bagi melupuskan dadah sebelum mereka terjun ke dalam laut," katanya.

Bagaimanapun, kesemua penyeludup tersebut berjaya ditahan polis dan kebakaran tersebut dapat dikawal. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Guna topi keledar dilulus SIRIM

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

Mohd. Zairasyahli Shah (kanan) memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal dalam kempen keselamatan jalan raya dan program tukar topi keledar anjuran JKJR bersama sebuah syarikat insurans di Jalan Besar, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 7 Sept. - Terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga masih menggunakan topi keledar yang tidak diluluskan oleh SIRIM Berhad (SIRIM) ketika menunggang motosikal sekali gus mengundang risiko kecederaan jika terbabit kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pahang, Mohd. Zairasyahli Shah berkata, ramai golongan tersebut kurang prihatin dengan pemilihan topi keledar yang tidak mempunyai kualiti serta logo SIRIM.

"Ramai mengambil mudah soal keselamatan pemakaian itu terutama yang dipakai anak-anak kecil hinggakan ada antara mereka hanya mengenakan topi keledar mainan sedangkan itu membabitkan soal nyawa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam kempen keselamatan jalan raya dan program tukar topi keledar anjuran JKJR bersama sebuah syarikat insurans di Jalan Besar di sini baru-baru ini.

Dalam program itu, sebanyak 70 topi keledar saiz dewasa dan kanak-kanak diedarkan kepada penunggang motosikal yang melalui laluan tersebut.

Turut diedarkan sebanyak 600 pelekat reflektif bagi yang menggunakan topi keledar yang disahkan oleh SIRIM.

Katanya, program seumpama itu akan diperluaskan ke seluruh negeri dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan meningkatkan tahap kesedaran penunggang motosikal tentang kepentingan keselamatan di jalan raya.

Pembangunan Jerantut diteruskan demi rakyat

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Ahmad Nazlan Idris

JERANTUT 7 Sept. - Proses pembangunan dan penyediaan kemudahan infrastruktur di daerah ini akan diteruskan demi kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau akan menilai kembali projek yang telah dirancang oleh bekas Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar agar dapat diteruskan.

"Kita akan lihat kembali senarai projek yang telah dirancang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan dilaksanakan biarpun mengalami kelewatan.

"Semua pembangunan yang dirancang sebelum ini tidak akan diabaikan, malah kita tidak akan mengubahnya supaya masyarakat dapat mengecapi pembangunan dan kemudahan dengan baik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, seluruh penduduk di sini ingin melihat Jerantut membangun seperti daerah lain di negeri ini dan perkara tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurutnya, daerah ini semakin membangun jika dibandingkan 30 tahun lalu.

"Saya yakin Jerantut bukan sahaja akan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun, malah menjadi bandar pelancongan apabila jalan berharga kira-kira RM300 juta dari Kuala Tahan ke Kampung Raja, Terengganu siap dibina kelak," katanya.

Beliau berharap penduduk bersedia dengan pembangunan yang akan dilaksanakan kerajaan untuk kebaikan bersama.

nnnn

Operasi: 15 PATI ditahan

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Sebahagian daripada pekerja asing yang diperiksa dalam Ops Bersepadu 6P di kawasan Perindustrian Jerantut pagi kelmarin.

JERANTUT 7 Sept. - Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Myanmar, Nepal dan Bangladesh ditahan dalam Ops Bersepadu 6P yang dijalankan di sekitar kawasan perindustrian Jerantut di sini semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Temerloh, Kamaruddin Embong berkata, seramai 35 anggota Imigresen dan masing-masing 10 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terlibat dalam operasi berkenaan di tiga kawasan yang menjadi penempatan pekerja asing.

Menurutnya, operasi bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir 5.30 pagi dengan melakukan pemeriksaan ke atas 112 pekerja asing di dua kilang memproses papan dan papan lapis.

"Kita berjaya menahan 15 pekerja asing yang melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki pasport, tidak mempunyai permit kerja atau permit kerja telah tamat tempoh.

"Kesemua mereka dihantar ke Depot Tahanan Semenyih, Selangor untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi itu berjalan lancar dan tiada pekerja asing yang cuba melarikan diri semasa serbuan dijalankan.

Dalam pada itu, seorang anggota Rela yang enggan namanya disiarkan berkata, berdasarkan maklumat terdapat ramai PATI tidak lagi berada di kawasan penempatan kerana menyedari kemungkinan rumah kongsi mereka akan diserbu pihak berkuasa.

Menurutnya, difahamkan mereka sanggup tinggal di kawasan hutan dan semak bagi mengelak ditangkap selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula menjalankan Ops Bersepadu 6P.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Utusan Online - Rencana

Posted:

Utusan Online - RencanaIkuti berita penuh untuk ruangan Rencana menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana Utusan Online - Rencanahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana Tanggungjawab atasi popularitihttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_01/Tanggungjawab-atasi-populariti BAHANG ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan minggu ini masih terasa. Perdebatan dan perbincangan serta rasa tidak puas hati di kalangan rakyat jelas kelihatan di blog-blog dan laman-laman...2013-09-08T02:22:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Rohami ShafieAsal usul pemimpin bukan penentuhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_02/Asal-usul-pemimpin-bukan-penentu DIANGGAP menteri yang suka memberi amaran dan tidak tegas mengambil tindakan merupakan antara persepsi yang wujud dalam minda sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN. Malah...2013-09-08T02:22:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Menyingkap kenaikan harga baranghttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_03/Menyingkap-kenaikan-harga-barang ISLAM adalah agama yang sempurna sebagai pedoman untuk sekalian manusia menjalani kehidupan. Bermula sejak sebelum manusia itu dilahirkan hingga selepas kematiannya, semuanya telah dijelaskan dalam Islam...2013-09-08T02:22:51+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Fathul Bari Mat JahyaBISIK-BISIK AWANG SELAMAThttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT Ku Li cuba lagi? PERSOALAN terus berlegar sama ada bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah akan mencabar jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini. Sehingga kelmarin, beliau yang...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Konspirasi dan fitnah kalimah syirikhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_05/Konspirasi-dan-fitnah-kalimah-syirik KONSPIRASI gerakan Kristianisasi global sedang bergerak dengan begitu agresif termasuk di Malaysia. Paling mutakhir tuntutan mereka untuk diberi hak menggunakan kalimah Allah di dalam kitab dan penerbitan...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Zulkifli NoordinUsaha orang seni membantu partihttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_06/Usaha-orang-seni-membantu-parti SEJAK mengumumkan untuk bertanding jawatan Exco Kesenian & Kebudayaan Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang, Zed Zaidi atau nama sebenarnya ROZAIDI JAMIL menerima maklum balas yang cukup positif daripada...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Fenomena global tewaskan The Washington Posthttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_07/Fenomena-global-tewaskan-The-Washington-Post APABILA pemilik The Washington Post berhasrat menjual akhbar itu kepada pengasas Amazon.com, Jeff Bezos, ini bukan sekadar akhbar tertua itu bertukar pemilik. Sebaliknya ini adalah perubahan kepada model...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Ku Seman Ku HussainFilem pencetus inspirasihttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_08/Filem-pencetus-inspirasi SEBUAH filem - atau seharusnya menjadi - lebih seperti muzik berbanding fiksyen. Filem seharusnya suatu perjalanan mood dan perasaan. (Persoalan) Tema, apakah di sebalik emosi, makna... semua itu hadir...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Johardy IbrahimAntara rasa bersalah dan masa berlengah-lengahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_09/Antara-rasa-bersalah-dan-masa-berlengah-lengah DIAM tak diam, Syawal - bulan penuh keriangan bagi meraikan kemenangan umat Islam menempuh cabaran sebulan Ramadan, sudah pun berlalu. Di Malaysia, telah menjadi tradisi sejak beberapa tahun kebelakangan...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Coretan MarhaenHayati semangat kemerdekaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_10/Hayati-semangat-kemerdekaan PENGORBANAN semalam, nikmat hari ini. Kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi prakemerdekaan mengetahui betapa besarnya sumbangan, usaha dan pengorbanan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa lampau...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Shen Yee Aun (SYA) ialah Penganalisis Politik,Kisah Mesir dan harga sebuah keamananhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_11/Kisah-Mesir-dan-harga-sebuah-keamanan TRAFIK di bandar raya Kaherah memang masyhur tetapi untuk sebab yang salah. Melihat kereta membuat pusingan U di tempat dilarang adalah mudah, malah kenderaan kecil atau besar dipandu secara melawan arus...2013-09-08T02:22:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh HERMAN HAMIDApa agenda akhbar itu?http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130908/re_12/Apa-agenda-akhbar-itu SEBUAH akhbar bahasa Inggeris pada Ahad lalu (1 September) menyiarkan gambar salah sebuah panggung di Seberang Perai yang hampir kosong semasa menayangkan filem Tanda Putera. Diikuti dengan berita yang...2013-09-08T02:22:53+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh Siti JarumGelombang transformasi pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_01/Gelombang-transformasi-pendidikan 11 September 2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan...2013-09-07T03:17:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_01/Gelombang-transformasi-pendidikan </image></item><item><title>BISIK-BISIK AWANG SELAMAThttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_02/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT LANGKAH Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuka peluang kepada majikan yang masih tidak mendaftarkan pekerja asing mereka supaya berbuat demikian perlu disambut baik oleh majikan yang terlibat. Ia sebenarnya...2013-09-07T03:17:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Semangat Perlembagaan Malaysiahttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_03/Semangat-Perlembagaan-Malaysia APA itu perlembagaan? Merujuk Kamus Dewan, Perlembagaan membawa erti sebuah undang-undang, peraturan atau dasar yang diguna pakai dalam sesebuah negara. Dalam mewujudkan negara merdeka, sebuah perlembagaan...2013-09-07T03:17:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_03/Semangat-Perlembagaan-Malaysia </image></item><item><title>Adil, jamin hak semua kaumhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_04/Adil-jamin-hak-semua-kaum NEGARA bagaikan satu jasad dan perlembagaan pula dianggap sebagai roh kepada sesebuah negara yang memerlukan di antara satu sama lain. Tanpa roh, jasad tidak bermaya dan tanpa jasad pula roh langsung tidak...2013-09-07T03:17:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_04/Adil-jamin-hak-semua-kaum </image></item><item><title>Proses gubal perlembagaan bukan mudahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_05/Proses-gubal-perlembagaan-bukan-mudah PROSES penggubalan perlembagaan bukan satu perkara mudah kerana perlu melibatkan segala aspek bagi memastikan ia adil untuk seluruh penduduk di Tanah Melayu. Ia bermula setelah persatuan-persatuan Melayu...2013-09-07T03:17:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_05/Proses-gubal-perlembagaan-bukan-mudah </image></item><item><title>Kekalkan semangat perlembagaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_06/Kekalkan-semangat-perlembagaan SEMUA pihak harus sedar bahawa kemerdekaan Tanah Melayu lahir atas kesepakatan, persefahaman dan sikap tolak ansur yang diberikan oleh semua pihak. Walaupun asalnya negara ini milik Melayu, namun bangsa-bangsa...2013-09-07T03:17:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_06/Kekalkan-semangat-perlembagaan </image></item><item><title>Guna cara mudah, santaihttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_07/Guna-cara-mudah-santai RATA-rata generasi muda kini tidak lagi mengetahui isi kandungan Perlembagaan Malaysia dan bagaimana ia digubal hingga menyebabkan mereka menganggap ia sebagai satu sandiwara semata-mata. Ini terbukti dengan...2013-09-07T03:17:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_07/Guna-cara-mudah-santai </image></item><item><title>Kongsi gelap sudah lama bertapakhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_08/Kongsi-gelap-sudah-lama-bertapak JENAYAH kekerasan yang berlaku di seluruh negara sejak kebelakangan ini khususnya yang membabitkan kongsi gelap yang dikatakan mempunyai 40,000 ahli cukup merisaukan orang ramai. Dalam masa sama, pihak...2013-09-07T03:17:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh NIZAM YATIM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_08/Kongsi-gelap-sudah-lama-bertapak </image></item><item><title>Sekeluarga bunuh bekas suamihttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_09/Sekeluarga-bunuh-bekas-suami TIGA tahun lalu, Stephen Moore berkunjung ke rumah bekas isterinya, Kathleen Dorsett untuk menghantar anak perempuan mereka kepada ibunya. Setibanya di rumah itu, Dorsett telah meminta Moore masuk ke bahagian...2013-09-07T03:17:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Susunan AMIRUDDIN HARUN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0907/Utusan_Malaysia/Rencana/re_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_09/Sekeluarga-bunuh-bekas-suami </image></item><item><title>Peranti jejaki penjenayahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130906/re_01/Peranti-jejaki-penjenayah SEKATAN yang dikenakan terhadap pelaku jenayah, mempunyai beberapa kelemahan. Meletakkan seorang anggota polis untuk setiap pesalah bagi mengawal pergerakan si pesalah ialah sesuatu yang 'absurd' - seolah-olah...2013-09-06T01:49:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh ZULKIFLI JALILBenarkah kereta hibrid jimat?http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130906/re_02/Benarkah-kereta-hibrid-jimat YA, penulis turut terbabit beratur untuk mengisi minyak malam Isnin lepas. Bukan kerana nak merebut peluang beli minyak murah 20 sen seliter tetapi kebetulan memang hendak mengisi selepas tamat masa kerja.2013-09-06T01:49:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh JOHARDY IBRAHIM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0906/Utusan_Malaysia/Rencana/re_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130906/re_02/Benarkah-kereta-hibrid-jimat </image></item><item><title>Sokongan seimbang dan persediaan akhir calon UPSRhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130906/re_03/Sokongan-seimbang-dan-persediaan-akhir-calon-UPSR HAMPIR 500,000 murid-murid akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 10 hingga 12 September 2013 di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara. Minggu ini adalah minggu persiapan akhir...2013-09-06T01:49:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh DR. MOHD MAHZAN AWANGBISIK-BISIK AWANG SELAMAThttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130906/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT SALAH satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ialah mewujudkan 10,000 jawatan pembantu pentadbiran di semua sekolah seluruh negara, yang sekali gus membolehkan para guru...2013-09-06T01:49:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Minat sejak sekolah

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

AJAK tidak berkesempatan untuk menunggang motosikal disebabkan jadual hariannya yang padat.

MOTOSIKAL berkuasa tinggi dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan, begitu jugalah dalam hidup insan seni yang bergelar pelawak, Mohamad Hanaffi Razak atau lebih dikenali dengan nama Ajak Shiro.

Menurut Ajak, sejak kecil dan masih bersekolah lagi, dia sudah meminati dunia permotoran. Namun, ketika itu dia belum berpeluang memiliki motosikal berkuasa tinggi, sebaliknya motosikal biasa sahaja.

Waktu itu masih bersekolah, jadi motosikal yang dimiliki cuma motosikal biasa, tetapi cukuplah untuk melepaskan keinginan menunggang laju pada waktu itu.

Tidak dinafikan sewaktu zaman persekolahan dahulu saya agak nakal orangnya, selalu juga menunggang laju bersama rakan-rakan apabila ada kelapangan.

Boleh dikatakan waktu itu memang saya seorang Mat Rempit, sehinggakan pernah ditahan pihak polis akibat perbuatan tersebut," katanya yang kini berusia 27 tahun.

Ajak mula dikenali selepas dia bersama seorang lagi rakannya dalam kumpulan Shiro iaitu Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menjuarai pertandingan Raja Lawak musim keenam (RL6).

Tambah Ajak yang sudah mendirikan rumah tangga sejak berusia 23 tahun lagi, dia mula memasang impian untuk mempunyai sebuah motosikal berkuasa tinggi apabila mula memasuki alam pekerjaan.

Habis sahaja sekolah, saya terus bekerja dan pada waktu itulah, mula timbul niat untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi. Namun pendapatan pada waktu itu tidak mengizinkan.

Tetapi mujurlah rezeki memihak kepada saya dan Shahrol apabila kami berjaya muncul juara RL6. Ini kerana tidak lama selepas itu, saya beroleh perkara yang telah lama saya idamkan.

Perkara utama yang saya suka berhubung motosikal berkuasa tinggi ini adalah kelajuan yang dapat dicapainya. Ini kerana saya merupakan seorang yang amat suka kepada kelajuan," katanya yang membeli motosikal Honda CB400 selepas bergelar juara.

Ajak yang kini memiliki motosikal Kawasaki Z1000 berkata, pada awalnya dia berniat untuk menunggang motosikal apabila mempunyai kelapangan, namun ternyata, perancangan asalnya tidak menjadi.

Mulanya saya fikir bila sudah memiliki motosikal ini, dapatlah saya selalu menunggangnya tetapi sebaliknya berlaku kerana jadual harian yang padat sehingga sukar mencari masa untuk berbuat demikian.

Jadi, motosikal saya itu lebih banyak mengumpul habuk di rumah daripada digunakan, sehingga isteri saya pernah menyuruh saya menjual sahaja motosikal tersebut," katanya sambil ketawa kecil.

Namun begitu, Ajak akan mencari peluang untuk keluar menunggang sama ada bersendirian ataupun secara konvoi sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana dia amat meminati hobi tersebut.

Cabaran melawak spontan

Selepas muncul juara RL6, tumpuan kumpulan Shiro tidak terhenti setakat itu kerana mereka turut mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012, di belakang kumpulan Jozan dan Jambu.

Jelas Ajak, cabaran sewaktu menyertai pertandingan tersebut amat tinggi, apatah lagi bersaing bersama nama-nama yang cukup besar dalam industri lawak jenaka tempatan.

Tidak dinafikan cabaran dan tekanan untuk kedua-dua pertandingan tersebut amat tinggi, namun kami mempunyai masa dan ruang untuk berlatih lawak dan apa yang mahu disampaikan.

Ia ternyata berbeza dengan satu lagi pertandingan yang mana saya turut serta kini iaitu Super Spontan 2013," katanya yang menganggotai kumpulan Semut Sentap bersama pelawak Johan Raja Lawak, Jep Sepahtu dan juga Norkhiriah.

Rancangan yang sudah bersiaran sejak 30 Ogos lalu ini disiarkan di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134) setiap Jumaat pada pukul 10 malam.

Tambah Ajak lagi, dia sedar kedudukannya dalam pertandingan ini belum sebaris dengan nama-nama besar lain tetapi dia melihatnya sebagai satu cabaran dan juga platform untuk mengukuhkan dirinya sebagai pelawak tanah air.

Tidak dinafikan kesemua yang terlibat sudah mempunyai jenama tersendiri dan masing-masing amat hebat ketika beraksi, jadi saya mahu melihat sejauh mana saya dapat bersaing dan juga belajar daripada mereka.

Untuk menang pertandingan ini memang jauh sekali, tetapi saya juga tidak mahu mengalah begitu sahaja, sekurang-kurangnya saya berharap untuk bertahan sehingga memasuki minggu keempat.

Jika dapat bertahan lebih lama daripada itu, bagi saya itu sudah dikira kemenangan," katanya yang amat menghormati dan mengagumi bakat serta sifat yang ditunjukkan oleh seorang lagi pelawak iaitu Jep.

Kwon Sang Woo kecewa

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

Bersama Noona Kha-jidah

HERO drama King Of Ambition, Kwon Sang Woo melahirkan perasaan kecewa di laman sosial tentang khabar angin yang mendakwa dia menjalin hubungan dengan personaliti televisyen yang juga model, Kang Ye Bin.

Saya benar-benar sakit hati dan sebab itulah saya tinggalkan pesanan di laman sosial fancafe ini. Saya boleh menganggap gosip ini sebagai gurauan tapi bagaimana dengan keluarga dan peminat saya. Dapatkah mereka terima seperti mana saya terima berita ini," katanya.

Isterinya, Son Tae-young yang berlakon sebagai Lee Hye-shin dalam drama Youre the Best, Lee Soon-shin yang dikahwini sejak lima tahun lalu tampil memberi sokongan kepada Kwon Sang Woo menerusi Facebooknya.

Tae shin daripada Medical Top Team, Kwon Sang Woo, jangan ambil kisah dengan apa yang diperkatakan, tumpukan perhatian pada kerja. Foto awak dalam majalah Bazaar tampak menarik," ungkapnya.

Sementara itu, Kang Ye Bin menerusi agensinya, F.I.S Enterprise berkata, gosip yang disebarkan itu tidak benar dan tidak berbaloi untuk mereka mengambil tindakan.

Dalam pada itu, agensi Kwon Sang Woo berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang menyebar berita palsu itu. Tindakan undang-undang akan diambil kerana penyebaran itu menyebabkan aktor tersebut tertekan dan menggugat kebahagiaan rumah tangganya.

Biarpun berduka, Kwon Sang Woo tetap meneruskan penggambaran drama Medical Top Team sebagai Park Tae Shin. Drama itu turut dibintangi oleh Jung Ryeo Won, Joo Ji Hoon, Alex (Clazziquai), Lee Hee Jin, dan Minho, anggota SHINee yang bakal bersiaran pada 2 Oktober nanti selepas tayangan drama Two Weeks selesai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Lama bukan tiada nilai!

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

JIKA sesetengah orang berpendapat barang-barang lama seperti mesin taip, peti kayu, beg pakaian, radio, piring hitam dan pasu bagaikan tidak bernilai lagi seperti sampah, namun tidak bagi pengumpul barang-barang antik.

Bagi penggemar barang-barang antik, setiap barangan tersebut mempunyai keistimewaan dan sejarah yang tersendiri yang mana nilainya mampu bertambah jika dibaiki dan diberi penjagaan semula.

Jika dahulu hobi mengumpul barang-barang lama bagaikan terhad kepada golongan veteran sahaja namun kini tidak lagi.

Golongan muda mula meminati dan menghargai barang-barang lama kerana tertarik dengan sejarah penciptaan, fungsi, jenama serta perubahan sesuatu teknologi itu sendiri.

Selain menjadikan hobi semata-mata, ramai dalam kalangan pengumpul barang-barang antik terutama golongan muda sanggup mengubah kerjaya semata-mata mahu memberi fokus terhadap minatnya itu. - LYNN/HALIM KHALID & SHIDDIEQIIN ZON

Usah cemar nama negara

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

Kekacauan dan provokasi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mencemarkan keamanan negara bahkan nama baik negara di mata dunia.

DALAM kemeriahan sambutan kemerdekaan baru-baru ini, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengibarkan kain buruk yang mereka anggap sebagai bendera di ibu negara tanpa berasa malu dan bersalah kepada rakyat sekeliling, apatah lagi kepada negara.

Mereka sibuk menyampaikan ucapan umum yang tidak masuk akal. Apa yang pelik adalah masih ramai yang percaya seolah-olah dipukau sedangkan apa yang boleh didengar adalah kata-kata kosong tidak tahu mana asal usulnya.

Agak menyakitkan hati apabila kita melihat golongan yang tidak tahu menghargai kejayaan negara ini. Semua yang ada sudah cukup tetapi persoalan yang timbul adalah apa lagi yang mereka mahukan daripada pemimpin sedia ada.

Jika kita layari dan tonton video yang dimuat naik di laman YouTube, sudah pasti banyak memaparkan perilaku kumpulan yang memperjuangkan fahaman yang mereka sendiri cipta. Kadangkala saya sebagai rakyat berasa malu kerana mempunyai saudara senegara yang tidak tahu bersyukur.

Kita sebenarnya perlu bersyukur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan kini. Jika tidak setuju dengan beberapa perkara, masih ada alternatif lain untuk menyuarakan pendapat selain daripada menimbulkan kekacauan.

Perkara ini serius kerana kita dapat melihat kebanyakan daripada peserta demonstrasi terdiri daripada generasi muda. Ini amat membimbangkan kerana mereka merupakan tunjang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Harta benda rosak, lalu lintas menjadi sesak, kesudahannya hanya sakit badan dan membuang masa. Tetapi kesannya besar apabila nama Malaysia sebagai sebuah negara yang aman sebelum ini sedikit tercalar.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, tidak ada gunanya kita terus menentang kepimpinan sedia ada. Kita hanya perlu terus menjalankan tanggungjawab

sebagai rakyat yang bertamadun dan merdeka demi kesejahteraan kini dan akan datang.

MUZAMIL BAKRI ISMAIL

Sungai Buloh, Selangor

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kaji semula aliran trafik

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusangroup.com.my

KAWASAN Persiaran Mergastua di Kepong, Kuala Lumpur yang didakwa penduduk sering berlaku kesesakan terutama pada waktu puncak.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengkaji semula aliran trafik di Persiaran Mergastua, Kepong Baru dekat sini yang sering mengalami kesesakan ketika waktu puncak.

Penduduk mendakwa, jalan dua lorong bagi kedua-dua hala di situ tidak lagi dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah terutamanya ketika orang ramai menghantar anak ke dua buah sekolah berdekatan.

Seorang penduduk, Ahasrap Khan Mohd. Aslam (gambar), 53, berkata, dia memerlukan kira-kira 30 minit untuk melepasi jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu untuk menghantar anak ke sekolah pada waktu pagi.

"Saya menghantar anak ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong Baru dan kesesakan sering berlaku bermula dari lampu isyarat di simpang Jalan Metro Prima sehingga ke Bulatan Petaling Kepong.

"Tambahan pula, jalan ini digunakan sebagai jalan pintas oleh orang ramai untuk ke Bukit Maluri, Bandar Menjalara, Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Loh Kok Wai, 48, berkata, bas awam juga jarang melalui jalan tersebut ekoran masalah kesesakan yang teruk pada waktu puncak.

"Ramai penduduk di Taman Kepong Baru dan Taman Petaling Kepong menggunakan perkhidmatan KTM Komuter di Stesen Kepong Sentral tetapi sukar untuk mendapatkan bas dari kawasan rumah," katanya.

Kata Kok Wai, selain dua buah sekolah yang terletak berhampiran jalan itu, kewujudan pasar pagi dan pasar malam pada setiap Ahad menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

Sementara itu, Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, jalan tersebut boleh dilebarkan menjadi dua lorong sehala kerana masih mempunyai rizab yang mencukupi.

"Kami sudah mengkaji agar petak letak kereta di jalan ini dianjakkan sedikit ke kawasan lapang bersebelahan jalan untuk membolehkan pelebaran jalan kepada empat lorong dibuat.

"Pelebaran jalan juga perlu kerana tidak lama lagi Jalan 1/40 dari bandar Kepong akan siap dan bersambung dengan Bulatan Petaling Kepong yang akan menyebabkan jumlah kenderaan bertambah," katanya.

Dalam pada itu, Jurutera Jabatan Perancang Infrastruktur DBKL, Mohd. Redzuan Ali berkata, pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu cadangan tersebut termasuk kajian terhadap status tanah.

AJM perunding pembangunan Kg. Baru

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

GAMBARAN artis mengenai projek pembangunan akan dijalankan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Arkitek Jururancang Malaysia (AJM) Sdn. Bhd dipilih oleh Lembaga Perolehan, Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai perunding untuk menyediakan pelan induk terperinci pembangunan Kampung Baru 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Naharudin Abdullah berkata, pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan pertandingan yang dianjurkan pihaknya bermula Januari lalu.

"AJM dipilih daripada sembilan penyertaan yang diterima berdasarkan kepada idea terbaik yang direka bentuk oleh mereka terhadap rancangan pembangunan di Kampung Baru.

"Bagaimanapun, ini hanya idea sahaja kerana bagi pelaksanaan pelan induk, kita akan memastikan idea terbaik daripada penyertaan yang lain turut diambil kira," katanya ketika ditemui selepas Sesi Dialog Menteri Wilayah Persekutuan bersama penduduk Kampung Baru di sini semalam.

AJM kini dalam peringkat kajian untuk melengkapkan pelan induk yang bakal siap sepenuhnya pada April 2014, sementara draf pertama dijangka siap pada Oktober ini untuk dibentangkan kepada penduduk terlebih dahulu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Nor Shamsul Rizal Mohammad Jalani dipilih menganggotai PKB bagi menggantikan bekas pengerusi terdahulu iaitu Dr. Mohd Yusof Ismail.

Sementara itu, Datuk Astaman Abdul Aziz kekal sebagai Pengerusi PKB bagi penggal 2013 hingga 2015 dan anggota perbadanan lain turut dikekalkan dalam jawatan masing-masing.

One Asia Pass dijangka galak lebih ramai pelancong ke KL

Posted: 06 Sep 2013 12:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Ibu negara dijangka akan mendapat manfaat daripada pengenalan One Asia Pass yang akan menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong.

One Asia Pass adalah pas yang menawarkan pelbagai insentif kepada pelancong dan inisiatif oleh Majlis Promosi Pelancongan Asia (CPTA) itu disertai oleh lapan buah bandar raya di Asia. Selain Kuala Lumpur, bandar raya lain adalah Tokyo, Seoul, Taipei, Hanoi, Bangkok, Jakarta dan New Delhi.

Majlis pelancaran One Asia Pass disempurnakan oleh Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop di ibu negara baru-baru ini.

"One Asia Pass merupakan salah satu usaha CPTA dalam menggalakkan kedatangan pelancongan ke negara mereka termasuk Malaysia.

"Melalui kerjasama ini kita mampu menghasilkan satu produk yang dapat dinikmati oleh semua pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan CPTA ke-12 dan majlis pelancaran One Asia Pass, yang turut dihadiri perwakilan dari enam negara lain.

Mengulas mengenai persidangan CPTA ke-12, Salleh berkata, pelbagai topik dibincangkan dalam meningkatkan kedatangan pelancong di negara masing-masing.

"Turut dibincangkan adalah aktiviti-aktiviti yang perlu diadakan oleh setiap perwakilan CPTA ke-12 ini untuk dijalankan di bandar masing-masing dalam usaha menarik pelancong asing," katanya.

Sementara itu, pengerusi CPTA ke-12, Yuji Tsukada berkata, pelancong boleh menikmati promosi One Asia Pass itu dengan mendaftar di laman web www.welcometoasia.jp untuk memuat turun pelbagai tawaran dan kupon yang disediakan.

"Melalui promosi ini saya percaya pelancong tidak akan terlepas peluang untuk menikmati pelbagai pengalaman menarik di setiap negara yang dikunjungi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Stail Nurul Wonder Wardrobe

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

HIJAB bukan lagi alasan untuk seseorang itu tidak mengikuti arus perkembangan fesyen, lebih-lebih lagi sejak kemunculan ramai ikon fesyen Muslimah lewat kebelakangan ini.

Justeru, tidak hairanlah semakin ramai gadis bertudung kelihatan bergaya ala-ala model pada hari ini.

Jika tidak mahu ketinggalan zaman, jangan lupa untuk melihat dan seterusnya memiliki koleksi pakaian Nurul Wonder Wardrobe yang boleh didapati di nurulwonderwardrobe.blogspot.com untuk tampil up to date. - LYNN/WAHIDAH ZAINAL

Tudung Khadeeja pelengkap gaya

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

MAWAR Abdul Karim mengayakan koleksi tudung Fareeda.

BERATUR panjang sebelum kedai memulakan operasi dan ada juga yang sanggup bermalam di hadapan kedai semata-mata mahu mendapatkan giliran awal memiliki produk terbaharu merupakan senario yang sering dilihat apabila sesuatu produk baharu berada di pasaran.

Baru-baru ini, butik Fareeda di Bandar Baru Bangi menyaksikan fenomena yang sama apabila ada yang sanggup bermalam selama dua hari semata-mata ingin mendapatkan koleksi yang diingini.

Senario tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana menurut Pengurus Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn. Bhd., Mawar Abdul Karim, 24, kejadian seperti itu pernah berlaku dua tahun lalu.

Situasi tersebut akan terjadi sekiranya butik Fareeda melancarkan koleksi terbaharu di pasaran.

Menurut Mawar, majlis pelancaran baru-baru ini bukan sahaja menjurus kepada rekaan terbaharu Fareeda iaitu Khadeeja, tetapi juga bertujuan merasmikan butik yang telah diperbesarkan.

Katanya, pembesaran butik itu sejajar dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat tudung Fareeda dan pada masa yang sama keluaran tudung baharu itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Kami berharap dengan konsep butik yang lebih luas dan selesa ini akan memudahkan pelanggan untuk membeli-belah.

Tambahan lot ini juga bersempena penjenamaan semula imej dan pengukuhan jenama Fareeda di pasaran tempatan," ujarnya ketika ditemui S2.

Berbicara lanjut mengenai tudung keluaran terbaharu Fareeda, Mawar menjelaskan ia diperbuat sepenuhnya daripada kain sifon.

Selain diperbuat daripada kain sifon berkualiti tinggi yang diimport, Mawar turut memberitahu kesemua reka bentuk serta corak tudung Fareeda yang dipasarkan adalah rekaan pemilik Fareeda sendiri iaitu Faridah Zakaria.

Tudung Khadeeja sesuai digayakan sama ada dengan baju tradisional ataupun kasual," katanya.

Menurutnya, tudung itu pasti akan membuatkan si pemakai tampil menawan kerana keunikan pada rekaan iaitu piping, jahitan tepi berbiku, dan awning penuh.

Ciri-ciri inilah yang membuatkan ia nampak elegan dan cantik dipandang," tambahnya.

Mawar berkata, pemakaiannya tidak sukar, cuma sarungkan tudung yang dijahit bersama selendang dan si pemakai diberi kebebasan sama ada melilit di bahagian belakang kepala atau di bahu.

Mempunyai lebih daripada 60 kombinasi warna blok, tudung Khadeeja boleh didapati dalam pelbagai corak yang menarik.

Apa yang pasti, butik Fareeda akan mengeluarkan corak serta rekaan terbaharu setiap tiga atau enam bulan sekali dalam usaha memberikan yang terkini kepada para pelanggannya.

Cukup terkenal dengan tanda dagang iaitu kerongsang di bahagian tengah tudung, ia sememangnya merupakan satu produk yang mencetuskan fenomena baharu.

Bercerita tentang sambutan para pelanggan sehingga ada yang sanggup bermalam di hadapan kedai semata-mata ingin mendapatkan koleksi idaman hati, Mawar berkata, pihaknya telah mewujudkan sistem angka giliran bagi mengurangkan kesesakan pelanggan terutamanya pada waktu padat seperti hari cuti.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved