Sabtu, 7 September 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Stail Nurul Wonder Wardrobe

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

HIJAB bukan lagi alasan untuk seseorang itu tidak mengikuti arus perkembangan fesyen, lebih-lebih lagi sejak kemunculan ramai ikon fesyen Muslimah lewat kebelakangan ini.

Justeru, tidak hairanlah semakin ramai gadis bertudung kelihatan bergaya ala-ala model pada hari ini.

Jika tidak mahu ketinggalan zaman, jangan lupa untuk melihat dan seterusnya memiliki koleksi pakaian Nurul Wonder Wardrobe yang boleh didapati di nurulwonderwardrobe.blogspot.com untuk tampil up to date. - LYNN/WAHIDAH ZAINAL

Tudung Khadeeja pelengkap gaya

Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT

MAWAR Abdul Karim mengayakan koleksi tudung Fareeda.

BERATUR panjang sebelum kedai memulakan operasi dan ada juga yang sanggup bermalam di hadapan kedai semata-mata mahu mendapatkan giliran awal memiliki produk terbaharu merupakan senario yang sering dilihat apabila sesuatu produk baharu berada di pasaran.

Baru-baru ini, butik Fareeda di Bandar Baru Bangi menyaksikan fenomena yang sama apabila ada yang sanggup bermalam selama dua hari semata-mata ingin mendapatkan koleksi yang diingini.

Senario tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana menurut Pengurus Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn. Bhd., Mawar Abdul Karim, 24, kejadian seperti itu pernah berlaku dua tahun lalu.

Situasi tersebut akan terjadi sekiranya butik Fareeda melancarkan koleksi terbaharu di pasaran.

Menurut Mawar, majlis pelancaran baru-baru ini bukan sahaja menjurus kepada rekaan terbaharu Fareeda iaitu Khadeeja, tetapi juga bertujuan merasmikan butik yang telah diperbesarkan.

Katanya, pembesaran butik itu sejajar dengan sambutan yang menggalakkan daripada peminat tudung Fareeda dan pada masa yang sama keluaran tudung baharu itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Kami berharap dengan konsep butik yang lebih luas dan selesa ini akan memudahkan pelanggan untuk membeli-belah.

Tambahan lot ini juga bersempena penjenamaan semula imej dan pengukuhan jenama Fareeda di pasaran tempatan," ujarnya ketika ditemui S2.

Berbicara lanjut mengenai tudung keluaran terbaharu Fareeda, Mawar menjelaskan ia diperbuat sepenuhnya daripada kain sifon.

Selain diperbuat daripada kain sifon berkualiti tinggi yang diimport, Mawar turut memberitahu kesemua reka bentuk serta corak tudung Fareeda yang dipasarkan adalah rekaan pemilik Fareeda sendiri iaitu Faridah Zakaria.

Tudung Khadeeja sesuai digayakan sama ada dengan baju tradisional ataupun kasual," katanya.

Menurutnya, tudung itu pasti akan membuatkan si pemakai tampil menawan kerana keunikan pada rekaan iaitu piping, jahitan tepi berbiku, dan awning penuh.

Ciri-ciri inilah yang membuatkan ia nampak elegan dan cantik dipandang," tambahnya.

Mawar berkata, pemakaiannya tidak sukar, cuma sarungkan tudung yang dijahit bersama selendang dan si pemakai diberi kebebasan sama ada melilit di bahagian belakang kepala atau di bahu.

Mempunyai lebih daripada 60 kombinasi warna blok, tudung Khadeeja boleh didapati dalam pelbagai corak yang menarik.

Apa yang pasti, butik Fareeda akan mengeluarkan corak serta rekaan terbaharu setiap tiga atau enam bulan sekali dalam usaha memberikan yang terkini kepada para pelanggannya.

Cukup terkenal dengan tanda dagang iaitu kerongsang di bahagian tengah tudung, ia sememangnya merupakan satu produk yang mencetuskan fenomena baharu.

Bercerita tentang sambutan para pelanggan sehingga ada yang sanggup bermalam di hadapan kedai semata-mata ingin mendapatkan koleksi idaman hati, Mawar berkata, pihaknya telah mewujudkan sistem angka giliran bagi mengurangkan kesesakan pelanggan terutamanya pada waktu padat seperti hari cuti.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved