Jumaat, 27 September 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penjenayah larikan mesin ATM, ikat pengawal keselamatan

Posted: 27 Sep 2013 11:22 PM PDT

JEMPOL 28 Sept. - Sekumpulan penjenayah bertindak nekad dengan mengikat seorang pengawal keselamatan yang dipercayai baru tiga hari bekerja sebelum melarikan sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bahau awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari seorang pekerja di pasar raya berkenaan yang datang bertugas sekitar pukul 6 pagi tadi, yang terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan berkenaan terduduk dan diikat pada bahagian mulut, mata, tangan serta kakinya.

Difahamkan mesin ATM berkenaan mengandungi wang tunai sebanyak RM360,000 yang dipercayai baru dimasukkan semalam bagi urus niaga kemudahan pengguna.

Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian serta berusaha mengesan jumlah suspek yang terlibat, selain jenis kenderaan yang digunakan untuk melarikan sebuah mesin ATM di pasar raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Maut ditembak dalam kereta

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

K. Ahnand maut selepas ditembak dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 27 Sept. - Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam keretanya di Jalan Teratai 32, Taman Johor Jaya di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.25 malam itu, mangsa, K. Ahnand, 24, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terkena empat das tembakan di badan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui di dalam kereta jenis Proton Perdana.

"Motif mangsa ditembak mati masih disiasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat tentang insiden itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, sumber memberitahu, mangsa dipercayai terkena empat das tembakan berdasarkan kesan luka dan kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian.

Katanya, terdapat dua kelongsong peluru jenis 9 milimeter (mm) dan masing-masing satu jenis Thai Arms dan WCC ditemui.

Difahamkan, kereta Proton Persona dipandu mangsa didaftarkan atas mana seorang lelaki India berusia 30 tahun dari Butterworth, Pulau Pinang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tok Gajah bangkit

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

Penyerang import PKNS, Patrick Ronaldinho (tengah) diasak tiga pemain Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Pahang menang 3-2. - Utusan/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Skuad Tok Gajah sekadar membawa bekalan tipis selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-2 ke atas PKNS pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Penyerang import dari Argentina, Matias Conti meledak jaringan hatrik dengan turut merakamkan jaringan pantas sebaik sahaja 40 saat perlawanan dimulakan selain dua gol tercipta pada minit ke-50 dan 57 bagi memadamkan kelebihan pelawat yang mendahului 2-1 pada babak pertama.

Jaringan PKNS pula hadir daripada Patrick Ronaldinho pada minit ke-36 dan Mohd. Lot Abu Hassan, seminit kemudian yang mendiamkan seketika 30,000 penonton setia Tok Gajah di Darul Makmur.

Kelebihan satu gol itu ternyata masih belum selamat buat pasukan tuan rumah yang akan bertandang ke Stadium Shah Alam pula untuk separuh akhir kedua Jumaat depan memandangkan PKNS membawa pulang dua gol di tempat lawan.

Gol pertama Pahang terhasil hasil hantaran silang R. Gopinathan yang gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan PKNS sebelum Conti mudah menyepak masuk ke dalam gawang bagi memberikan permulaan sempurna kepada Tok Gajah.

Pahang yang mendapat sepakan percuma selepas Gopinathan dikasari pada minit ke-20 gagal memanfaatkannya apabila tendangan kencang Azidan ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah Remezey Che Ros.

Pada minit ke-27, Pahang hampir menggandakan kelebihan namun gol yang terhasil daripada aksi akrobatik pertahanan import, Damion Delano Stewart dibatalkan kerana ofsaid.

Bagaimanapun, PKNS berjaya menjaringkan gol pertama mereka apabila tendangan percuma Mohd. Fauzan Dzulkifli pada minit ke-36 berjaya ditanduk masuk oleh Patrick Ronaldinho sebelum selang seminit kemudian, kerapuhan pertahanan tuan rumah sekali lagi dihukum melalui sepakan Mohd. Lot Abu Hassan yang gagal ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Walaupun ketinggalan 1-2 pada 45 minit pertama, Pahang bangkit mempamerkan karakter tersendiri apabila hanya mengambil masa selama lima minit sebaik babak kedua bersambung untuk menyamakan kedudukan apabila hantaran cantik daripada R. Surendren ditanduk masuk oleh Conti pada minit ke-49.

Akhirnya, gol kemenangan yang dicari tuan rumah berhasil pada minit ke-57 selepas tendangan Amirul Hadi Zainal sekadar ditepis lemah oleh Remezey dan Conti pantas menyambar bola muntah yang terhidang sekali gus menggamatkan suasana di Darul Makmur.

Rashid kembali minggu depan

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh Muhamad Azrin Mad Heder
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Rashid Sidek akan kembali menyambung semula tugas jurulatih badminton perseorangan negara bermula minggu hadapan.

Rashid ketika dihubungi memberitahu, keputusan itu didorong nasihat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu beliau mempertimbangkan semula keputusannya sebelum ini dan terus kembali semula berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Saya membuat keputusan ini kerana memikirkan masa hadapan badminton negara. Sukan badminton adalah jiwa saya. Khairy juga sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang meminta saya terus melatih pemain kebangsaan berdasarkan pengalaman yang ada pada saya.

"Keputusan ini juga dibuat selepas banyak pihak memberi saya pandangan positif dengan meminta saya untuk kembali kepada BAM bagi membantu menaikkan nama badminton negara di mata dunia," kata Rashid ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Rashid, 45, sebelum ini meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada 19 September lalu kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan baharu badan itu.

Nasihat daripada anak didik Rashid yang merupakan jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei juga merupakan faktor buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu kembali ke pangkuan BAM.

"Kami ada berbual melalui telefon. Chong Wei juga menasihati saya untuk kembali sebagai jurulatih namun tidak memaksa saya," kata Rashid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tiga pesalah muda disebat

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

Firman Shah Marzuki, 21, (kiri), Hazmirul Zulkefli (kanan) dan Mohammad Talip Abd. Kadir, kedua-duanya berumur 19 tahun, di Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Tiga pesalah muda yang mengaku melakukan rompakan berkumpulan menerima pengajaran paling bermakna apabila disebat menggunakan rotan halus di hadapan ahli keluarga dan orang awam di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini.

Mereka masing-masing disebat dua kali oleh pegawai dari Penjara Kajang di hadapan Hakim Manira Mohd. Nor sambil disaksikan ahli keluarga termasuk ibu bapa ketiga-tiga remaja itu, wartawan dan orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Ketiga-tiga remaja terbabit ialah Firman Shah Marzuki, 21, yang bekerja sebagai jurulatih peribadi di gimnasium, Mohammad Talip Abd. Kadir, 19, dan Hazmirul Zulkafli, 19, kedua-duanya mekanik.

Mereka masing-masing kelihatan bersahaja semasa diperintahkan membongkok di bahagian meja hadapan galeri mahkamah untuk disebat menggunakan rotan sepanjang anggaran satu meter.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan doktor yang hadir memeriksa tahap kesihatan ketiga-tiga pesalah muda berkenaan sebelum sebatan dijalankan.

Selepas ketiga-tiga mereka disahkan sihat, proses sebatan dimulakan terhadap Hazmirul dan disusuli oleh Firman serta Mohammad Talip sambil disaksikan ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang diminta berdiri di belakang mereka.

Manira kemudian menasihati ketiga-tiga pesalah muda itu supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan dan bijak memilih rakan.

Mahkamah berharap agar pihak keluarga sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing supaya tidak terlibat dengan jenayah. Hari ini mahkamah beri peluang kerana mereka pesalah muda.

Ini hanya sebatan ringan, cuba kamu bayangkan sebatan sebenar yang dijalankan di penjara," ujar beliau.

Mereka sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang wanita, tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka didakwa bersama Mohd. Ramdan Mohd. Ali, 24, dan seorang lagi yang masih bebas merompak Yeo Chai Nee, 32, dan mengambil kamera digital Sony, kunci kereta Toyota Vios, telefon bimbit Nokia, wang tabung RM600 milik mangsa yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,200.

Kejadian didakwa berlaku di Jalan AG 1/4 Astana, Gombak dekat sini pada pukul 4.30 pagi, 17 Mei 2012.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pada 12 September lalu, Manira menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sebatan empat kali terhadap Mohd. Ramdan yang turut mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Namun bagi Firman, Manira memberikan bon jaminan berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM5,000 berserta seorang penjamin mengikut Seksyen 293(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah dan sebatan ringan dua kali mengikut Seksyen 2(1)(c) kanun sama.

Sementara itu, pada 2 September lalu, Mohammad Talip dan Hazmirul diberikan bon jaminan berkelakuan baik selama 12 bulan dengan cagaran RM5,000 berserta seorang penjamin dan sebatan ringan dua kali mengikut seksyen-seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie manakala Firman diwakili peguam bela Vasu Dev.

Peguam Mohd. Riza Zakaria mewakili Hazmirul dan Muhammad Talip.

Genneva: 6 hadapi 923 tuduhan

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Marcus Yee Yuen Seng (kiri) menyimbah air mineral kepada jurugambar Utusan Malaysia, Zaini Husin di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Enam individu termasuk pengarah dan pengurus besar syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva (M) Sdn. Bhd. (GMSB) dan dua syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 913 pertuduhan pengubahan wang haram dan 10 pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai hampir RM5.5 bilion, dua tahun lalu.

Pengarah GMSB, Datuk Tan Liang Keat, 41, dan Datuk Philip Lim Jit Meng, 56; Pengurus Besar, Lim Kah Heng, 42; penasihat-penasihat perniagaan syarikat itu, Datuk Ng Poh Weng, 63, Datuk Chin Wai Leong, 37, serta Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 61, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.

Syarikat GMSB dan Success Attitude Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Philip turut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Kesemua tertuduh didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memiliki, memindah, menerima dan memperoleh wang berjumlah RM1.5 bilion yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd. di Jalan Kuchai Maju 1, Dynasty 2, Off Jalan Kuchai Lama, di sini antara Januari 2011 dan Disember 2012.

Philip menghadapi 246 pertuduhan, Liang Keat (226), Kah Heng (16), Poh Weng (155), Marcus (17), Wai Leong (23), GMSB (222 ) dan Success Attitude (8).

Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamad Kabir mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.

Mat Ghani membenarkan setiap tertuduh yang diwakili peguam J. Kuldeep Kumar dan A.S. Dhaliwal, diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin serta dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu pengurusan kes pada 27 November ini.

Terdahulu di mahkamah sama, Philip, Liang Keat, Kah Heng, Poh Weng, dan GMSB mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah melalui satu skim melibatkan transaksi emas di CIMB Islamic Bank Bhd. di alamat sama antara 10 Januari 2011 dan 1 Oktober 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Dzulkifli pada awalnya tidak menawarkan jaminan namun menegaskan jika mahkamah membenarkannya, beliau mencadangkan semua tertuduh diikat jamin RM5 juta seorang.

"Kes ini sangat serius kerana melibatkan nilai RM5.5 bilion dengan 35,000 pendeposit malah ia boleh mengakibatkan kerugian dan menjejaskan ekonomi serta keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan negara," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka diserahkan kepada mahkamah dan 27 November untuk pengurusan kes.

Mahkamah membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bermula 7 hingga 24 April tahun depan.

Terdahulu di sebuah lagi mahkamah, GMSB, Philip dan Liang Keat masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat pernyataan palsu dalam iklan di laman sesawang www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman mengikut Seksyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM250,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Rihaida Rafie membenarkan setiap mereka yang disaman itu dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes ditetapkan pada 28 Oktober ini.

Mahkamah membenarkan wang jaminan kesemua kes itu dibayar Isnin depan kerana prosiding kes berkenaan yang lewat dimulakan pada sebelah petang dan kaunter pembayaran di mahkamah telah ditutup.

Sementara itu, kamera jurugambar Utusan Malaysia, Zaini Husin mengalami kerosakan setelah disimbah air oleh salah seorang tertuduh yang berang dengan tindakan jurugambar mengambil gambarnya.

Walau bagaimanapun, beberapa jam kemudian, tertuduh itu memohon maaf kepada Zaini atas perbuatannya itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tiada kawasan terpinggir

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 27 Sept. - Setiap projek yang akan dilaksanakan kerajaan adalah berdasarkan perancangan yang rapi termasuk kajian daripada segi peruntukan serta manfaatnya kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebab itu, kerajaan negeri tidak meluluskan sesuatu projek secara rambang, sebaliknya penelitian dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.

''Pemimpin kerajaan negeri hanya berjanji atau bercakap jika kita mampu melaksanakannya. Sebab itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbohong kepada rakyat.

''Banyak projek yang dijanjikan kerajaan pada pilihan raya umum lalu terutamanya membabitkan projek-projek kecil telah mula kita laksanakan manakala projek besar dan mega dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan," kata Mohd. Sharkar.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia semasa mengulas desakan Ahli Parlimen Temerloh daripada Pas, Nasruddin Hassan yang sebelum ini menggesa kerajaan membina projek yang dijanjikan di daerah ini seperti mana yang diumumkan pada kempen pilihan raya umum lalu.

Menurut Mohd. Sharkar, perkara ini tidak berbangkit kerana kerajaan BN mempunyai jadual dan program pelaksanaan setiap projek pembangunan yang dirancang di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata, tidak ada daerah, kawasan ataupun kampung yang terpinggir daripada menikmati pembangunan kerajaan.

''Kerajaan BN akan melaksanakannya walaupun kawasan itu dimenangi pembangkang. Kita tidak pernah meminggirkan pembangunan kerana menjadi peranan serta tanggungjawab kita untuk melaksanakan projek pembangunan rakyat," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang.

Terapkan budaya penambahbaikan dalam setiap organisasi

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

MOHAMAD Ridzwan Mohd. Tahar (berdiri, lapan dari kiri) bersama johan setiap kategori iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti dan Latihan MPK dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPK pada majlis Konvensyen KIK Peringkat Negeri Pahang di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 27 Sept. - Semua ketua jabatan di negeri ini disaran menerapkan kaedah 'Pengurusan Lean' yang menggalakkan budaya penambahbaikan dan inovasi di dalam organisasi.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pelaksanaan 'Pengurusan Lean' akan mencetuskan budaya kerja baharu yang seterusnya akan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan jabatan dan dalam masa sama dapat memenuhi kehendak pelanggan.

"Antara jabatan yang boleh dijadikan contoh dalam 'Pengurusan Lean' ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka.

"Selain pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), kaedah pengurusan ini dilihat lebih berkesan sebagai penggerak kepada inisiatif-inisiatif baharu kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Mohamad Ridzwan Mohd. Tahar sempena penutupan Konvensyen KIK Peringkat Negeri Ke-29 2013 di Bukit Gambang Resort City di sini semalam.

Sebanyak 27 kumpulan iaitu 13 kumpulan kategori pengurusan dan bakinya kategori teknikal membentangkan kertas kerja masing-masing sempena penganjuran kali ini.

Menurut Muhammad Safian, segala usaha perlu dilipatgandakan kerana hasrat kerajaan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam memerlukan perubahan berskala besar dan drastik.

"Kita harus menggunakan momentum sedia ada untuk mencipta inovasi yang strategik, unik dan berkesan.

"Lebih penting lagi, kita harus keluar daripada budaya 'silo' masing-masing ke arah transformasi perkhidmatan awam yang menyeluruh dan berlestari," ujarnya.

Tambahnya, sebagai peneraju inovasi, setiap penjawat awam mestilah berani mencari penambahbaikan yang baharu, berani mempersoalkan amalan yang lazim diamalkan, malah berani mencabar status quo.

"Segala cetusan idea yang baharu atau pemikiran alternatif sebenarnya lahir daripada keyakinan ilmu yang kita bina dan amalkan.

"Di sinilah letaknya keunggulan dan martabat ilmu. Sesungguhnya kayu ukur kejayaan inovasi bergantung rapat dengan kekuatan ilmu dan setakat mana kita memanfaatkan ilmu tersebut," jelasnya.

Kembalikan populariti Cherating sebagai pusat peranginan

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

MOHD. Sharkar Shamsudin (duduk, tengah) bersama pengunjung melepaskan penyu pada Program Sahabat Media, Cuti-Cuti Media 1Malaysia dengan kerjasama Hotel Legend Cherating di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 27 Sept. - Cherating perlu dipromosikan secara menyeluruh bagi mengembalikan kegemilangan pusat peranginan itu kerana tarikan yang ada tidak hanya terhad kepada keindahan pantai sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, Cherating mampu untuk terus menarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia seperti suatu masa dahulu jika tarikan yang ada dapat diketengahkan menerusi strategi yang betul.

"Justeru, melalui hotel yang terdapat di sekitar Cherating, mereka boleh menawarkan pakej pelancongan menarik supaya pelancong dapat pengalaman bermakna sepanjang bercuti di sini.

"Antara pengalaman baru yang menarik pastinya peluang melepaskan anak penyu di pantai selain peluang untuk melihat sendiri kelip-kelip pada waktu malam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Sahabat Media, Cuti-Cuti Media 1Malaysia dengan kerjasama Hotel Legend Cherating di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Ahmad Faisal Mohamed dan Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Idros Yahya.

Mohd. Sharkar berkata, industri pelancongan di negeri ini perlu lebih agresif mempromosikan aktiviti unik kepada pelancong dalam menghadapi persaingan semasa.

Beliau berkata, satu daripadanya adalah Cherating yang akan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Saya yakin dengan pakej menarik yang ditawarkan pemain industri ini, lebih ramai pelancong akan datang dan menginap di hotel sambil menikmati keindahan pantai dan aktiviti yang disediakan.

"Fasiliti yang lengkap, pantai yang cantik dan budi bahasa orang kita yang sopan santun pastinya menjadi tarikan terbaik," katanya.

Tambah Mohd. Sharkar, Pahang mempunyai 10 produk pelancongan yang sangat terkenal namun selain Cherating yang ingin dipertingkatkan popularitinya, Bukit Fraser juga menghadapi masalah serupa dan diharapkan pembangunan tempat pelancongan itu dapat distruktur semula.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


22 maut bot pencari suaka politik karam

Posted: 27 Sep 2013 06:27 PM PDT

JAKARTA 27 Sept. - Sekurang-kurangnya 22 orang termasuk kanak-kanak mati lemas, manakala ramai lagi dipercayai hilang selepas bot yang membawa sejumlah pencari suaka politik karam di luar perairan Indonesia, hari ini.

Menurut pegawai polis, Warsono, kejadian itu disedari penduduk tempatan selepas menemukan 20 mayat terapung-apung di dalam laut.

"Bot tersebut membawa lebih 100 pencari suaka yang kebanyakannya dari Asia Barat dan dipercayai dalam perjalanan ke Australia," katanya. - AFP

21 maut bas terjunam gaung di India

Posted: 27 Sep 2013 06:25 PM PDT

NEW DELHI 27 Sept. - Seramai 21 orang maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di negeri Himachal Pradesh, hari ini.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di daerah Sairmaur, kira-kira 150 kilometer selatan Shimla.

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari perkampungan Ucha Tikkar menuju ke sebuah kuil.

Punca kemalangan masih belum dikenal pasti. - dpa

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


ASEAN bersatu tangani isu pertanian

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

FAUZIAH AROF dan NURUL ANUAR KARI
rencana@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin bergambar bersama barisan Menteri-menteri Pertanian ASEAN selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) 2013 di Kuala Lumpur, kelmarin.

SELARI dengan 46 tahun penubuhan ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) Ke-35 diadakan di Kuala Lumpur, antara lain membincangkan isu keselamatan makanan rantau ini.

Selain AMAF, mesyuarat sama turut diadakan dengan rakan-rakan ASEAN seperti India (AMAF-India) serta China, Jepun dan Korea (AMAF+3) yang bekerjasama memastikan rantau ini lebih bersedia menghadapi krisis makanan dan memenuhi permintaan global.

Mungkin ramai tidak sedar betapa pentingnya kerjasama ini kerana terlalu fokus kepada perindustrian untuk mencapai status negara maju dan terlupa pertanian itu kunci kepada penyediaan bekalan makanan yang menjadi antara asas utama kehidupan, untuk yang miskin ataupun kaya.

Pertanian juga sebenarnya memberi pulangan lumayan dan antara sumber utama kekayaan negara anggota, menyumbang AS$2.3 trilion (RM7.41 trilion) kepada pendapatan kasar ASEAN.

Oleh itu, fokus bagi mengukuh serta meningkatkan pengeluaran produk pertanian perlu menjadi antara agenda utama peringkat global, bukan sahaja penting untuk bekalan makanan penduduk seluruh dunia malahan menjamin sumber pendapatan besar kepada sesebuah negara.

Dalam ucapan perasmian AMAF kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan beberapa isu utama pertanian dunia agar rantau ini bersedia jika krisis makanan dan petroleum berulang seperti ketika beliau menjadi Menteri Pertanian antara tahun 2004 hingga 2008.

Beliau menegaskan perlunya fokus kepada teknologi, inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) tetapi semua itu turut bergantung kepada kerjasama erat negara-negara anggota dalam berkongsi sumber antara mereka, demi manfaat bersama.

"Cabarannya bukan sahaja menghasilkan makanan secukupnya tetapi untuk memenuhi permintaan. Malangnya, dunia kini berdepan masalah perubahan iklim, kehilangan tanah pertanian kepada pembangunan komersial dan lain-lain.

"Oleh itu, saya mencadangkan menteri-menteri pertanian ASEAN pertimbang untuk mewujudkan dana bersama ke arah pembangunan inovasi serta R&D untuk manfaat bersama negara-negara anggota," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga berharap kekangan dan masalah teknologi dapat diselesaikan bersama dengan mengumpulkan sumber bersama semua negara anggota daripada mereka 'bekerja sendirian'.

Dengan gabungan dana pelaburan lebih besar, pilihan output R&D lebih besar dan lebih baik, serta kos teknologi yang lebih berkesan, Muhyiddin berharap negara-negara anggota mampu meningkatkan produktiviti dan daya saing. ke arah sebuah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Saranan itu turut didukung Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melihat perkongsian sumber akan memberi manfaat bersama kepada seluruh rantau ini dalam menghadapi cabaran isu keselamatan makanan.

"AMAF sudah sejak sekian lama menggerakkan asas-asas binaan ke arah AEC untuk makanan, pertanian dan perhutanan.

"Saya percaya peranan kita sebagai pemegang amanah dalam pertanian dan perhutanan kini lebih penting daripada sebelumnya kerana kelangsungan dunia kelak bergantung kepada pertanian," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Beliau menjelaskan, negara perindustrian juga tetap memerlukan produk pertanian sementara negara maju masih terlibat dalam industri tersebut tetapi dipermudahkan kaedah pertaniannya.

Tegasnya, Malaysia dan ASEAN juga perlu ke depan dengan pemodenan industri pertanian dan bukannya mengabaikan atau meninggalkan industri tersebut semata-mata kerana mahu menjadi negara pengkomersialan.

"Kita kena ingat, krisis makanan dahulu berpunca daripada pembelian banyak sumber makanan dari luar. Semasa Thailand banjir, beras tidak dapat dibawa keluar.

"Untuk itu, kita berkongsi sumber, semua jenis sumber seperti dana untuk Rizab Beras Kecemasan bagi membantu mereka yang hadapi bencana. Kita juga bertukar teknologi, negara dengan teknologi canggih bantu negara yang banyak tanah tapi kurang teknologi," katanya.

Beliau memaklumkan Malaysia juga mempunyai kemampuan tertentu dalam pertanian dan akan membantu negara anggota yang memerlukannya tetapi industri pertanian negara turut belajar dari negara lain melalui pertukaran para pegawai.

Selaku tuan rumah AMAF Ke-35, beliau menjelaskan Malaysia juga menjadi pengerusi menteri-menteri pertanian ASEAN selama satu tahun sehingga 2014, untuk menyelaras dan mengepalai semua inisiatif yang telah dipersetujui, termasuk bersama AMAF-India dan AMAF+3.

"Yang paling utama, negara-negara ASEAN memberi kepercayaan kepada Malaysia selaku pengerusi dan kita berjaya suarakan pandangan serta bincangkan isu berbangkit dengan negara-negara terlibat.

"Kita juga mengadakan perbincangan dua hala untuk melihat peluang kerjasama lain dengan negara-negara anggota serta menyelesaikan masalah agar tiada pertelingkahan, cari situasi menang-memang," ujarnya.

Tambahnya, beberapa perkara turut dilihat kembali seperti perjanjian persefahaman (MoU) lama, sama ada sudah dibuat susulan, serta jawatankuasa bersama, sama ada sudah lama tidak bermesyuarat sehingga gagal menyelesaikan masalah yang membabitkan kepentingan dalam bidang pertanian di rantau itu.

Ismail Sabri turut mengakui AMAF memberi peluang baik untuk beliau berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan sejawat ASEAN dan memahami masalah-masalah berbangkit yang dihadapi mereka, seterusnya cuba diselesaikan secara bersama.

"Bermacam jenis bencana alam berlaku di negara-negara ASEAN dan bantuan segera diperlukan seperti makanan dan lain-lain. Kita setuju tubuhkan rizab beras dan bantuan-bantuan lain juga akan diberikan Malaysia serta negara-negara anggota.

"Isu keselamatan makanan dan perubahan iklim juga kita beri perhatian. Tidak pernah ada jaringan kerjasama seperti ini, ia terbaik untuk lihat apa yang berlaku di rantau ini dan usahakan dengan segera bantuan yang diperlukan negara-negara ASEAN terbabit," jelasnya.

Rang undang-undang baharu menyamai EO wajar disokong

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

SEJARAH kongsi gelap di Malaysia bermula di Perak berikutan penemuan bijih timah di Larut, Taiping yang mencetuskan Perang Larut pada 1861 membabitkan kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San iaitu golongan penghijrah dari China kerana berebut kawasan perlombongan.

Malah pembinaan Penjara Taiping di Perak pada 1879 juga mempunyai kaitan dengan kongsi gelap iaitu dibina semasa pentadbiran Residen ketiga Perak, Sir Hugh Low bertujuan memenjarakan ahli kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, di samping memenjarakan pembesar Melayu yang menentang penjajahan Inggeris dan penjenayah yang lain seperti perompak, pencuri dan pembunuh.

Sejak itu, kumpulan kongsi gelap dianggotai pelbagai kaum terus bercambah dan kerajaan baru-baru ini mendedahkan terdapat 49 nama kongsi gelap yang diharamkan di negara ini.

Kehadiran kongsi gelap mengancam keselamatan negara kerana mereka terlibat melakukan kegiatan haram seperti pemerasan, penculikan, ugutan, perniagaan dadah, rompakan, perjudian haram, pelacuran, penjualan cakera padat cetak rompak, pemerasan wang perlindungan terhadap perempuan sundal, penari, rumah urut, peniaga kecil dan juga kegiatan ah long.

Bagi menangani jenayah dilakukan oleh kongsi gelap, kerajaan telah mewujudkan Ordinan Darurat (EO) 1969 iaitu undang-undang yang membenarkan polis menahan seseorang individu yang disyaki terlibat dalam jenayah tanpa pertuduhan dan perbicaraan dengan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri.

Selepas EO 1969 dilaksanakan, kegiatan gangster terutamanya yang melibatkan kaum Cina semakin berkurangan dan pengaruhnya semakin hilang.

Namun tuntutan dan asakan tanpa henti pihak pembangkang telah memaksa kerajaan memansuhkan EO pada 2011 yang akhirnya membawa kepada berlakunya peningkatan jenayah kekerasan terutama insiden tembakan dipercayai berikutan pembebasan 2,473 orang tahanan EO yang dibebaskan pada Julai tahun lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta agar undang-undang baharu yang akan dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri nanti menyamai EO bagi membendung jenayah tembak-menembak yang kerap berlaku.

Dalam kenyataan disiarkan dalam akhbar pada 16 Julai lalu, Khalid menjelaskan betapa pentingnya undang-undang seumpama EO diperkenalkan kerana untuk mensabitkan seorang penjenayah bersalah, polis memerlukan saksi untuk hadir memberi keterangan di mahkamah ketika pendakwaan dilakukan.

Menurut beliau, masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga gagal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman atau balas dendam oleh ahli kumpulan yang terlibat. Apabila saksi tidak mahu tampil ke depan, bagaimana mahu bawa kes ke mahkamah.

"Undang-undang yang ada sekarang memerlukan saksi memberi keterangan di mahkamah dan itu tentu sekali membuka peluang kepada penjenayah mengenal mereka.

"Oleh sebab itu kita memerlukan undang-undang yang menyamai EO yang boleh memberi kuasa untuk merakam keterangan saksi dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah," ujar Khalid.

Bukan sahaja diperlukan untuk menyelesaikan siasatan dan pendakwaan kes di mahkamah, sebenarnya EO yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) suatu ketika dahulu memang berkesan untuk mencegah kegiatan jenayah dilakukan oleh kongsi gelap.

Penulis baru-baru berkesempatan bertemu dan berbual dengan seorang bekas anggota kumpulan kongsi gelap yang pernah ditahan di bawah EO dan bertanya tentang pengalamannya selepas menjalani hukuman.

Dalam perbualan dengan lelaki berketurunan Cina berusia 50-an yang kini mengusahakan sebuah kedai makan di utara tanah air itu, dia mengakui betapa EO amat digeruni oleh ahli-ahli kumpulan kongsi gelap menyebabkan mereka berfikir banyak kali sebelum melakukan jenayah. Senang cerita, EO berjaya mengubahnya menjadi manusia baik.

Menurut lelaki yang penulis panggil dengan gelaran 'A' itu, EO berjaya bawa dia ke pangkal jalan dan sekarang selepas hampir 20 tahun dibebaskan dari tahanan, dia mampu hidup normal seperti insan lain.

"Dulu ada EO, gangster macam kami kalau nak buat hal kena fikir dua tiga kali sebab tak mahu ditangkap dan masuk pusat tahanan. Dalam pusat (tahanan) kita boleh gila kalau tak tahan mental sebab bosan. Ini kerana dalam sel (bilik tahanan) cuma ada beberapa lorong.

"Pagi petugas sel akan buka sel bagi keluar sekejap buat kopi dan minum, kemudian kawat, masuk balik sel, dibawa keluar makan dan masuk sel balik. Kalau nasib baik ada juga tahanan dibawa bekerja di bengkel pertukangan di pusat.

"Bayangkan rutin sama dibuat begitu bertahun-tahun dan paling teruk jika tempoh tahanan yang tamat dilanjutkan setahun dua lagi. Keluar pusat, kami akan dibuang daerah yang hanya membenarkan kami bergerak bebas dalam kawasan itu saja," kata 'A ' menceritakan semula pengalamannya.

Kata 'A', dia pernah dibuang daerah di Pantai Remis, Perak dan tidak mengenali sesiapa pun di pekan kecil itu.

"Saya tak ada tempat tinggal dan kenal sesiapa. Bagi meneruskan hidup, saya buat apa sahaja kerja untuk bayar sewa rumah dan makan. Bila malam tak boleh keluar rumah dan setiap minggu kena pergi ke balai polis untuk lapor diri," katanya sambil memberitahu memang seksa hidup sebagai tahanan EO sebab itu gangster takut dan berfikir banyak kali sebelum membuat jenayah.

Tambah 'A', sekarang EO sudah tiada menyebabkan gengster bebas melakukan jenayah kerana polis setakat boleh menangkap mereka tetapi jika suspek tidak mengaku salah dan tiada bukti kukuh mahu mensabitkan mereka maka mereka akan dibebaskan semula.

Sambil bergurau 'A' berkata, sungguh tidak adil apabila EO dimansuhkan kerana zaman dia dahulu ketika masih ada EO, gengster ditangkap akan ditahan di pusat tahanan tetapi samseng sekarang boleh lepas bebas.

Sehubungan itu amat wajar sekali pengalaman diceritakan oleh 'A' menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia agar menyokong undang-undang baharu menyamai EO seperti Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan pertama kali di Dewan Rakyat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis lalu.

Mengikut Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, Lembaga Pencegahan Jenayah mempunyai kuasa mengarahkan seseorang yang ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) ditahan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Menurut Ahmad Zahid, rang undang-undang itu antaranya bertujuan membenarkan kemasukan penahanan tanpa pertuduhan jenayah atau tanpa perbicaraan sebagaimana yang pernah diperuntukkan di bawah EO (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Sekiranya diluluskan oleh Kabinet nanti, kita berharap rang undang-undang baharu diperkenalkan itu dapat menjadi 'perisai' dan memberi 'taring' semula kepada PDRM untuk berhadapan dengan penjenayah khususnya kumpulan kongsi gelap yang sekarang semakin berani mencabar polis dan menggugat ketenteraman negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Aaron perlu jalani fisioterapi

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pelakon popular, Aaron Aziz, 37, perlu menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan bagi memastikan penyakit sakit sendi tengkuk yang menyebabkan lehernya senget sebelah kembali pulih sepenuhnya.

Isterinya, Diyana Halik berkata, doktor yang merawat suaminya menasihati agar Aaron menjalani rawatan fisioterapi segera namun pelakon itu tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan komitmen kerja.

"Memang doktor menyuruhnya untuk menjalani rawatan fisioterapi segera, namun kerana jadual kerjanya yang padat, dia terpaksa menangguh proses rawatan tersebut sehingga tugasnya selesai.

"Buat waktu ini dia sedang terlibat dengan telefilem Suamiku, Encik Perfect 10! sebelum terus ke Cape Town pada awal Oktober ini.

"Selepas tamat penggambaran Fear Factor tersebut, Aaron perlu terus terbang ke New York pula untuk sebuah lagi projek di sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Industri perfileman sedia banyak peluang pekerjaan - Rosyam Nor

Posted: 27 Sep 2013 11:51 AM PDT

Rosyam Nor menyampaikan ceramah kepada peserta yang mengikuti seminar bertajuk Peluang kerjaya dalam industri perfileman di Malaysia di Serdang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kesedaran ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka menceburi industri perfileman sebagai kerjaya pada masa depan adalah penting untuk membawa perubahan besar dalam landskap dunia seni tanah air.

Penerbit dan pelakon, Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin, 46, berkata, persepsi perfileman tidak menjamin masa depan dan dianggap sinis oleh segelintir pihak perlu diubah kerana bidang itu boleh menjadi profesion jangka panjang seperti bidang lain.

"Ibu bapa harus memberi sokongan kepada anak-anak untuk terlibat dalam bidang perfileman kerana banyak peluang pekerjaan disediakan.

"Biasanya, jika melibatkan filem, orang akan ingat jadi pelakon. Tetapi sebenarnya banyak lagi kerja mereka boleh buat. Dengan bakat atau kemahiran yang ada, mereka boleh menjadi pengarah, penulis skrip, jurukamera, jurusolek, dan sebagainya.

"Jadi kepada semua masyarakat terutamanya golongan ibu bapa, janganlah anda mensia-siakan bakat anak-anak itu. Beri mereka semangat dan peluang untuk maju ke hadapan," katanya ketika menyampaikan ceramah dalam seminar bertajuk Peluang kerjaya dalam industri perfileman di Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, di sini hari ini.

Kira-kira 300 pengunjung yang terdiri daripada pelajar, penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta menghadiri seminar itu sempena Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2013 anjuran Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama pelbagai kementerian berkaitan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Masakan cabang ilmu

Posted: 26 Sep 2013 11:44 PM PDT

MINGGU ini saya akan membincangkan tentang pembelajaran sepanjang hayat. Tentu ada yang macam pelik kenapa topik ini yang menjadi pilihan saya pada minggu ini.

Bukan apa pada minggu lepas saya mendapat undangan untuk membuat demo masakan Barat di Karnival pembelajaran sepanjang Hayat (My3L) yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang.

Karnival yang berlangsung pada 14-15 September lepas dianjurkan Kolej Komuniti Zon Utara di bawah Kementerian Pelajaran.

My3L adalah singkatan Life Long Learning yang bermaksud pembelajaran sepanjang hayat. Banyak gerai ilmu yang telah dibuka antaranya adalah gerai keusahawanan, fesyen dan santapan.

Jadi pada pendapat saya dunia masakan juga merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu kita tuntut dan praktik dalam kehidupan seharian kita sehinggalah ke akhir hayat.

Kerana dengan makanan yang berkhasiat badan dan minda kita kita akan menjadi sihat dan cerdas untuk maju dalam kehidupan kita. Betul tak?

Saya sangat menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan Kolej Komuniti Zon Utara ini kerana dengan usaha mereka ia dapat menyemarakkan minat orang ramai untuk menuntut ilmu dan memperkasakan minda dalam bidang yang ditawarkan.

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur kerana saya dapat lihat memang ramai orang awam yang datang berkunjung terutama murid-murid yang masih bersekolah ke karnival sehingga begitu sesak dewan dibuatnya semasa saya ke sana tempoh hari.

Ini memang banyak memberi panduan untuk mereka untuk memilih hala tuju mereka di masa akan datang. Sesi demonstrasi saya adakan pada 14 September dan mood demonstrasi saya pada kali ini adalah mengajak orang ramai mempelajari bagaimana menyediakan menu masakan Barat dengan mudah, cepat dan enak.

Saya telah memilih untuk memyediakan satu hidangan Barat yang lengkap dari semua nutrisi yang diperlukan. Saya menyediakan ayam sumbat yang disajikan bersama salad kentang, daun salad dan sos thyme.

Nampak macam banyak dan rumit sahaja menu ini bukan? Jangan risau itulah penting ilmu memasak sebab dengan pengurusan masa yang bijak anda mampu menyediakan hidangan ini dengan mudah dan cepat.

Sebab itulah apa yang saya katakan memasak ini perlu juga ilmu dari segi pengurusan masa yang bijak. Selain itu juga ilmu mengenal bahan-bahan masakan juga perlu supaya anda dapat mengenalpasti bahan yang perlu digunakan untuk memasak.

Itu semua adalah ilmu. Teknik memasak juga perlu betul dan saya memilih untuk bakar sahaja ayam. Bahan isi yang perlu disumbat tidak perlu lagi dimasak kerana saya cuma menggunakan campuran cendawan butang dalam tin dan kacang badam yang dikisar halus sahaja. Selepas disumbat dan diperap dengan bahan-bahan lain ayam terus dibakar.

Sementara menunggu ia dibakar saya teruskan merebus kentang sehingga empuk. Selepas itu saya memulakan membuat sos thyme. Saya menggunakan herba thyme yang segar yang boleh dibeli di bahagian sayuran di pasar raya.

Saya hanya menggunakan serbuk sos perang yang segera yang boleh anda beli dalam paket di pasar raya. Mudah sahaja kerana anda tidak perlu membazir masa untuk membuatnya secara tradisonal.

Ia hanya perlu dimasak bersama air dan campurkan sahaja dengan herba thyme itu. Kemudian setelah semuanya siap anda hanya perlu sajikan di atas pinggan. Selamat mencuba!

Selera Melayu di Bunga Emas

Posted: 26 Sep 2013 11:44 PM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
norazlina.ismail@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ

Ikan Sebelah Asam Katok (kiri) dan Botok Ketam Alaska Air Asam Jeruk Madu.

SIAPA kata masakan Melayu tidak boleh diubahsuai menjadi hidangan yang eksklusif seperti masakan Barat?

Jika tidak percaya, apa kata singgah ke restoran Bunga Emas, Hotel Royale Chulan yang terletak di Jalan Conlay, Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan Melayu yang dimodenkan.

Ini kerana restoran itu akan menawarkan pakej makan malam yang menyajikan masakan tradisional masyarakat Melayu bersempena dengan Malaysia International Gourmet Festival (MIGF) sepanjang Oktober nanti.

Menurut Chef Shaiful Hailmi, terdapat 11 hidangan ditawarkan di restoran Bunga Emas seperti Salmon Jingga Kasturi, Sup Labu Loceng Habbatus Sauda, dan Hati Itik Buah Salak Madu.

Katanya, pengunjung yang menikmati kesemua hidangan tersebut pasti akan berpuas hati kerana walaupun hidangan itu dimodenkan tetapi ciri-ciri tradisional masakan itu masih dikekalkan terutamanya dari segi rasa.

"Sebagai Chef yang mempunyai kepakaran dalam masakan tradisional Melayu saya cuba berikan nafas baru dalam masakan kali ini supaya ianya dapat dikomersialkan ke peringkat antarabangsa.

"Saya cuma modenkan hidangan itu tetapi masih tidak lupa untuk menggunakan bahan asas dalam setiap hidangan Melayu iaitu rempah ratus dan herba," katanya.

Selain itu, Chef Shaiful juga menjadikan menu Ikan Sebelah Asam Katok, Botok Ketam Alaska Air Asam Jeruk Madu, Wagyu Panggang Paku Pakis dan Ayam Dara Selera Timur Nasi Dagang Daun Cekor sebagai hidangan utama.

Sudah namanya restoran masakan Melayu, pengunjung yang datang akan disajikan dengan suasana makan malam mengikut adat Melayu dan boleh memilih untuk makan bersila.

Dalam pada itu, pengunjung pasti berpuas hati apabila makan malam mereka diakhiri dengan kuih tradisional seperti dodol dan tempe yang dipersembahkan dengan gaya yang sangat menarik.

Sebagai pembasah tekak pula, restoran Bunga Emas menyediakan Cendol Gula Hangus, Kopi Kampung, Air Sagat Asam Boi dan Teh Misai Kucing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Zon bebas rokok di jejantas

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Salleh Yusup (kanan) beramah mesra dengan tetamu jemputan selepas merasmikan Seminar Kesihatan Persekitaran di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NOORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menjadikan semua jejantas pejalan kaki berbumbung di ibu kota sebagai zon larangan merokok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusup berkata, langkah tersebut bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang awam terutama pejalan kaki.

Menurutnya, laluan tersebut juga termasuk dalam kawasan awam yang tidak sepatutnya menjadi tempat merokok sehingga menyebabkan orang ramai terdedah kepada bahaya asap rokok.

"DBKL sendiri menyokong hasrat yang dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Enviromen Malaysia (MAEH) yang mahu laluan berbumbung itu bebas daripada pencemaran asap rokok.

"Kementerian Kesihatan juga diharap dapat mempertimbangkan agar kawasan tersebut diwartakan sebagai salah satu tempat larangan merokok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesihatan Persekitaran di Institut Latihan DBKL di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MAEH, Haw Ai Beng dan bekas Ketua Profesion dan Penasihat MAEH, Ungku Abu Bakar Abdul Rahman.

Tambah Salleh, DBKL telah mengambil pelbagai tindakan kepada perokok termasuk kompaun terhadap golongan itu yang membuang puntung rokok di merata-rata.

"Tahun lalu sahaja jumlah kompaun yang dikenakan mencecah sehingga RM300,000 sebulan termasuk kesalahan membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

"Sebanyak 21 kategori tempat awam telah diwartakan Kementerian Kesihatan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan operator restoran termasuk pusat penjaja kendalian DBKL agar menjaga kebersihan premis mereka supaya tidak menjadi punca kepada pembiakan tikus.

"Masalah tikus berpunca daripada premis yang kotor dan peraturan baharu yang dilaksanakan DBKL adalah dengan tidak membenarkan restoran beroperasi selama 24 jam sehari.

"Ia bagi membolehkan mereka mempunyai masa untuk membersihkan kawasan premis termasuk menukar pakaian kerja," jelasnya.

Sementara itu, dalam seminar sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia itu, Ungku Abu Bakar diberikan Anugerah Pencapaian Khas berikutan jasanya dalam bidang tersebut termasuk sebagai salah seorang daripada ahli pengasas Persekutuan Antarabangsa Persekitaran Kesihatan (IFEH).

DBKL bangunkan dusun buah

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Di sebalik kesesakan dan hiruk-pikuk di ibu negara, warga kota kini mempunyai satu lagi alternatif untuk meredakan ketegangan atau tekanan kerja dengan berinteraksi bersama alam semula jadi di sebuah taman yang baharu dibuka.

Taman Dusun Bandar yang mula beroperasi sejak 1 September lalu dibuka oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Istana Negara Lama yang boleh diakses melalui Jalan Bellamy.

Tinjauan Utusan Malaysia ke taman seluas 19 ekar berkonsepkan taman awam yang ditanam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk pokok buah-buahan turut dilengkapi kemudahan rekreasi.

Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Stapa berkata, taman yang melibatkan kos pembangunan sebanyak RM17.25 juta itu dibuka untuk lawatan pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Menurutnya, taman itu juga mengambil masa untuk dibuka kepada awam sebelum ini kerana pihaknya mahu memberi jaminan agar pokok-pokok di situ dapat membesar dengan sempurna tanpa gangguan.

Pada peringkat awal, pokok buah-buahan ditanam oleh kontraktor seperti yang terkandung dalam kontrak pembangunan, tetapi pada masa sama, DBKL turut mengambil inisiatif menambah dan menanam sendiri koleksi tambahan pokok buah-buahan.

Antaranya adalah pokok mangga, pisang, betik kelapa dan sebagainya, manakala tanaman buah-buahan nadir yang turut terdapat di taman ini adalah seperti Sentul dan Nam-Nam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kawasan itu merupakan tapak bekas setinggan Kampung Delima dan disempadani oleh Sekolah Menengah Kuen Cheng, kuarters Telekom dan tanah perkuburan Cina.

Tambah Ismail, taman dusun buah yang pertama dibangunkan di kawasan bandar itu mempunyai tarikan tersendiri untuk orang ramai beriadah disamping mengenali tanaman buah-buahan tempatan.

Penanaman spesis pokok-pokok buah yang baharu juga akan dilaksanakan dari semasa ke semasa selain kerja-kerja pengalihan dan penanaman pokok buah-buahan segera bersaiz besar.

Antaranya pokok dokong, manggis, langsat, duku, rambutan dan sebagainya bagi memberi impak teduhan kepada taman ini," katanya.

Terang Ismail lagi, pengunjung boleh membuat temujanji atau menulis surat secara terus kepada Jabatan Landskap dan Rekreasi DBKL bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan untuk mendapatkan maklumat serta input berkaitan taman itu.

Selain itu, kemudahan yang terdapat di taman ini adalah laluan siar kaki termasuk untuk orang kurang upaya (OKU), tandas, kiosk, kafeteria, pusat jualan, surau, taman permainan kanak-kanak, kolam tadahan, pegola serta tempat meletak kenderaan untuk 40 kereta dan empat bas pada satu-satu masa," katanya.

Jejambat atasi kesesakan waktu puncak

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

SUBANG JAYA 26 Sept. - Masalah kesesakan lalu lintas di Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong pada waktu puncak bakal diatasi dengan pembinaan sebuah jejambat baharu yang menghubungkan Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP) ke kawasan bangunan komersial Setiawalk, di sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi berkata, projek melibatkan kos RM11 juta itu dijangka siap Disember tahun hadapan.

Menurutnya, pembinaan projek tersebut dilaksana atas permintaan penduduk sekitar berikutan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal dialami.

Pihak MPSJ telah meminta pihak SP Setia dan pemaju Setiawalk membina infrastruktur berkenaan dengan mengambil kira hentian bas dan teksi yang berada di sepanjang LDP.

Selepas kita memberi kelulusan pihak terbabit telah berada di tapak dengan kerja-kerja pembinaan jejambat sepanjang 286 meter itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung cadangan Pembangunan Perdagangan Bercampur Antara Perdagangan Dan Kediaman Melibatkan Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 di Pusat Bandar Puchong, di sini hari ini.

Menurut Asmawi, pihaknya turut mengalungkan penghargaan kepada pihak pemaju terlibat yang telah menunaikan janji dan memberi komitmen sejak dua tahun lalu dalam usaha mengatasi masalah lalu lintas di kawasan Setiawalk itu.

Katanya, sebuah perhentian bas baharu sudah siap dibina sepenuhnya di kawasan berkenaan bagi menggantikan perhentian bas sedia ada yang akan ditutup kira-kira dua minggu lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PBTM bina 350 rumah

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 26 Sept. - Sebuah perkampungan bekas tentera akan diwujudkan di Batu 11, Pagoh dekat sini bagi menyediakan kediaman kepada 350 golongan berkenaan yang masih belum mempunyai rumah sendiri.

Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar, Shamsudin Rais (gambar) berkata, cadangan itu dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh bagi membantu pesara yang tidak berpencen di daerah ini.

"Rumah bekas tentera itu akan dibangunkan di kawasan tanah seluas 54 hektar oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan akan dijual dengan harga berpatutan bagi membantu ahli PBTM memiliki kediaman.

"Usaha ini dibuat kerana seramai 350 pesara itu masih tidak mempunyai kediaman sendiri dan ketika ini mereka menumpang di rumah keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Bagaimanapun, ahli PBTM tersebut yang terpilih perlu membuat aku janji untuk terus menyokong kerajaan sebelum layak mendapat rumah tersebut kerana tidak mahu golongan yang tidak mengenang budi mendapat kelebihan berkenaan kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan serta membantu mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pejabat PBTM di Jalan Sulaiman kini sudah berubah wajah selepas dinaik taraf dengan kos RM60,000 yang disumbangkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman Jun lalu.

Shamsudin berkata, kerja-kerja menaik taraf dilakukan selepas persatuan itu berjaya mendapatkan status hak milik tanah tersebut daripada Pejabat Tanah Daerah, September lalu.

Kerja menaik taraf itu melibatkan penggantian dinding papan kepada batu, lantai jubin, membina tembok, mengganti papan tanda persatuan, membaiki sistem perparitan, mengecat bangunan dan menggantikan bumbung yang bocor.

"Bangunan asal pejabat ini ialah kuarters Jabatan Kerja Raya yang sudah lama terbiar. Ruang bangunan baharu pejabat ini boleh menampung 300 ahli dan jauh lebih selesa," katanya.

Shamsudin memberitahu, pihaknya juga merancang untuk membina sebuah stor bagi menempatkan peralatan.

Setakat ini persatuan itu mempunyai seramai 3,383 ahli termasuk dari Bakri, Ledang dan Pagoh.

Anak syarikat JCorp sedia bekal ternakan korban

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

JOHOR BAHRU 26 Sept. - Ihsan Permata Sdn. Bhd. (IPSB), anak syarikat Johor Corporation (JCorp) bersedia menawarkan bekalan haiwan ternakan bagi menampung keperluan ibadat korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim berkata, syarikat IPSB yang menjalankan aktiviti penternakan lembu secara integrasi dan fidlot itu mempunyai bekalan haiwan ternakan yang mencukupi bagi tujuan ibadat korban tahun ini.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 181 lembu ditempah dan harga yang ditawarkan bagi seekor lembu adalah antara RM2,100 hingga RM4,200 bergantung kepada jenis dan saiz haiwan ternakan tersebut.

"IPSB mengamalkan aspek bio-security yang tinggi bagi memastikan haiwan ternakan sentiasa sihat tanpa dijangkiti sebarang penyakit kerana merupakan salah satu daripada syarat ibadat korban.

"Di samping itu, kualiti lembu yang mempunyai lima gred iaitu AAA, AA, A, B dan D jenis Brahman Cross Import serta KK Cross terjamin dan dijangka mempunyai peratusan daging yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kamaruzzaman, IPSB turut mendapat kerjasama yang baik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga.

Katanya, pelanggan yang ingin mendapat bekalan haiwan tersebut boleh datang ke ladang ternakan IPSB yang terletak di Sedenak, Kulaijaya atau menghubungi pejabatnya di talian 07-2192692.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi Pengurus Besar IPSB, Kamarulzaman Othman di talian 019-7902692, Mohd. Zan Muda (012-2673677) serta Dr. Nurul Hidayah Khalid (017-7692953) dan tarikh akhir pendaftaran tempahan adalah pada 5 Oktober ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved