Ahad, 29 Disember 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Anjakan kuasa, wajah Volvo V40 T5

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

Design around you menjadikan volvo v40 ini keluar daripada model estet yang terdahulu.

''MODEL V40 lima pintu dan lima tempat duduk adalah kesinambungan daripada model C30, model ini merupakan model pertama yang dibina berdasarkan strategi Designed Around You,'' jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Car Corporation Stefan Jacoby.

Betullah kata-kata orang nombor satu Volvo itu. Memang tidak dapat dinafikan, kebelakangan ini kebanyakan model Volvo telah mengalami anjakan paradigma yang cukup besar, keluar daripada kepompong kereta estet dan kereta orang tua.

Ketika penulis diberi taklimat mengenai Volvo V40 T5, sebelum menerima kunci untuk pandu uji, fizikal kereta itu telah menjelaskan tentang reka bentuknya yang ultra moden dan prestasinya yang cukup membanggakan.

Bonet model ini berbentuk V klasik, dikemaskan lagi dengan garisan ekspresif yang lebih menonjol. Gril depan direka rendah dan lebar bagi menampakkan imej sporty dan rapat ke bumi untuk daya graviti yang tinggi ketika memecut dan membelok.

Rekaan berlekuk pada bahagian bawah kereta bukan sahaja menambah karakter badan bahkan turut mengalirkan angin untuk efek aerodinamik yang lebih baik. Lampu DRL (Daytime Running Lights) pula dipasang pada bahagian bawah bampar dan menghala ke atas jika dipandang dari depan.

Lampu depan rekaan bilah pula mempunyai corak yang menarik di waktu malam. Bahu badan kereta yang lebar bermula dari lampu depan dengan garisan yang tajam dan rekaan pada pintu belakang adalah warisan daripada model klasik P1800.

Imej yang kuat pula boleh dilihat pada gugusan pintu belakang kereta. Silhouette bumbung kereta memberi kesan seolah-olah kereta condong ke depan seperti tidak sabar-sabar untuk bergerak.

Selain daripada itu, Volvo V40 turut menawarkan kepada pemandu opsyen grafik pada paparan pemandu dengan tiga tema. Tema elegan memaparkan grafik yang menampakkan aura yang tenang dan tradisional.

Tema Eco pula mempunyai grafik latar belakang berwarna hijau bagi menampakkan efek alam sekitar.

Meter Eco dipaparkan di sebelah kiri dan pemandu akan dihadiahkan lampu hijau apabila kereta dipandu secara ekonomi.

Bagi memberikan penjimatan bahan bakar selain menggunakan mod Eco, V40 turut dilengkapi dengan sistem start/stop yang boleh dihidupkan menerusi butang di konsol tengah.

Tema Performance pula mempunyai grafik latar belakang berwarna merah, sesuai dengan imej prestasi dan sporty. Kesemua tema itu dipaparkan secara meter analog, tetapi digital.

Kali ini penulis memilih lebuh raya Karak terus ke Raub sebelum menuju ke Cameron Highland, Pahang dengan memilih jalan Sungai Koyan, ke tanah tinggi itu.

V40 T5 ini tidak mengecewakan, sesuai dengan imej sporty, penulis memilih tema Performance dan menggunakan gear manual enam kelajuan.

Dengan menekan minyak, terasa kuasa 'G' yang menyebabkan penulis seperti ditarik kebelakang dan terbenam di kerusi bucket kulit yang selesa.

Model ini mampu memecut 0-100 kilometer pada 6.9 saat dan kuasa horse power ialah 213@6,000 rpm. Volvo V40 T5 ini tidak ada masalah untuk memecut sehingga kelajuan maksimum 230 kmj.

Tetapi untuk model ini, penulis tidak berani untuk mencuba kelajuan maksimum kerana jalan yang dipilih tidak memiliki laluan yang lurus dan panjang,

Perlu penulis akui bahawa model Volvo ini cukup tangkas mengambil selekoh dengan kelajuan yang tinggi tanpa terasa tayar belakang membuang dengan stering yang dilengkapi bantuan kuasa elektrik dengan tiga pilihan.

Tayar bersaiz 225/45R bersaiz 17 inci banyak membantu kenderaan ini mengambil selekoh yang tinggi selaju 100 kmj ketika penulis mengambil selekoh turun dari Cameron Highland.

Terima kasih juga pada sistem brek Elektronic Brake Distribution (EBD) dan Anti-lock Brake System yang membolehkan memperlahankan jentera dengan cepat ketika mengambil selekoh.

Bagi penulis, seperti juga model-model Volvo yang lain, soal keselamatan amat dititikberatkan. Jika penulis tulis setiap ciri-ciri keselamatan untuk model ini, senarainya amat panjang.

Cuma apa yang dapat penulis katakan tentang model ini ialah ciri-ciri keselamatan pada model ini tidak mengecewakan dan sesuai kepada mereka yang pentingkan keselamatan serta kelajuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemerdagangan: 35 wanita asing diselamatkan dari pusat urut

Posted: 29 Dec 2013 11:18 PM PST

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Seramai 35 wanita pelbagai warganegara yang dipercayai menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia diselamatkan polis dalam operasi serentak di tiga pusat urut di Platinum Walk, Setapak di sini, Khamis lepas.

Dalam serbuan pukul 8 malam itu, tiga wanita warga Vietnam, 10 wanita warga China, 12 wanita warga Thailand dan 10 wanita warga Filipina berusia lingkungan 20 dan 30 tahun diselamatkan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat(D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata hasil siasatan mendapati wanita berkenaan dipercayai masuk ke negara ini menggunakan laluan darat dan udara.

"Kesemua wanita berkenaan memasuki negara ini sejak lima bulan lalu dengan menggunakan visa lawatan sosial, visa pelajar serta visa pembantu rumah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut menahan enam suspek iaitu empat lelaki tempatan, seorang lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Filipina yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memperdagangkan wanita berkenaan.

"Modus operandi mereka (suspek) adalah memperdaya mangsa dengan menawarkan kerja urut tetapi akhirnya paksa mangsa lakukan pelacuran... Ada mangsa yang dikenakan ikatan hutang antara RM5,000 hingga RM13,000, di mana mangsa terpaksa melakukan kegiatan tidak bermoral itu untuk melangsaikan hutang ejen". Roslee berkata polis turut merampas wang tunai sebanyak RM3,720 serta paket-paket kondom, buku daftar dan pasport di lokasi berkenaan.

"Ketiga-tiga pusat itu yang beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah, mengenakan kadar bayaran RM100 hingga RM200 untuk perkhidmatan mengurut serta seks," katanya.

Roslee berkata, kesemua enam suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Kesemua mangsa ditempatkan di rumah perlindungan sehingga 9 Jan, katanya. - BERNAMA

Dua wanita Myanmar mati dibunuh di Bukit Mertajam

Posted: 29 Dec 2013 10:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]BUKIT MERTAJAM 30 Dis. - Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dibunuh di tepi tali air di Jalan Kampung Baru, Perai dekat sini tengah hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


MSN sedia timbang cari jurulatih

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Khairulnizam berjaya memenangi pingat emas pada Sukan SEA Myanmar 2013 di Nay Pyi Taw.

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) sedia mempertimbangkan permintaan pelayar negara, Khairulnizam Mohd. Afendy yang memohon khidmat jurulatih bagi mempersiapkan diri untuk kalendar 2014 walaupun permohonan tersebut sudah dibuat sekian lama sebelum bermulanya Sukan SEA 2013 Myanmar lagi.

Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) secepat mungkin.

"Kita juga akan melihat apa perancangan untuk ketiga-tiga atlet pelayaran, Khairulnizam, Ahmad Syukri Abdul Aziz dan Mohamad Faizal Norizan yang berjaya meraih emas di Sukan SEA 2013 Myanmar baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Jelasnya, ketiga-tiga atlet pelayaran tersebut juga akan diberi keutamaan untuk beraksi di Sukan Asia 2014 Incheon dan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

Khairulnizam, Khamis lalu membuat kenyataan kepada media berharap MSN dan MYA dapat menunai janji memberikannya khidmat jurulatih selepas berjaya membawa pulang pingat emas untuk negara di temasya dwi tahunan tersebut yang berakhir 22 Disember lalu.

Perkara ini telah disuarakan oleh Khairulnizam kepada Utusan Malaysia sebelum dia berangkat ke Myanmar lagi, apabila dia memerlukan khidmat jurulatih sebelum mengharungi Sukan SEA.

Bagaimanapun, perkara tersebut hanya dipandang sepi dan dia berharap permintaannya dapat ditunaikan selepas dia berjaya membantu kontinjen Malaysia dengan meraih emas dalam acara laser standard.

Dia hanya mendapat sentuhan jurulatih dengan berkelana ke Croatia, Oktober lalu untuk menimba ilmu bersama jurulatih, Aron Lolic yang pernah melatihnya dalam tempoh sementara sebelum beraksi di Sukan Olimpik 2012 London.

Ditanya sama ada Khairulnizam akan diberi peluang untuk berlatih di Croatia bersama Lolic seandainya dia tidak mendapat khidmat jurulatih baharu di Malaysia, Zolkples berkata, mereka akan melihat kembali apa alternatif terbaik buat Khairulnizam.

Khairulnizam juga masih menimbang sama ada akan beraksi di Sukan Asia 2014 Incheon atau Kejohanan Pelayaran Dunia 2014 Santander dan dia lebih cenderung untuk memilih menyertai kejohanan dunia kerana mahu segera melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio.

Bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio, Khairulnizam perlu me nempatkan diri antara 30 atau 40 pe layar terbaik daripada 48 negara yang mengambil bahagian di Kejohanan Pe layaran Dunia 2014 Santander.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau dalam jurusan Diploma Sains Sukan itu juga mengakui bahawa dia juga perlu membahagikan masa antara belajar, berlatih serta menyertai kejohanan, namun semuanya berjalan lancar pada 2013 sehingga dia berjaya menempatkan diri antara 60 pelayar terbaik daripada 130 peserta yang mengambil bahagian di Kejohanan Pelayaran Laser Dunia 2013 Oman.

Josiah lupakan gelaran dunia

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Josiah Ng

KUALA LUMPUR - Siri Piala Dunia Klasik III di Guadalajara, Mexico dan Kejohanan Trek Dunia 2014 Cali adalah dua kejohanan besar yang tidak akan disertai pelumba trek negara, Josiah Ng yang masih bergelut dengan kecederaan.

Pelumba berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan selangka ketika beraksi pada Siri Piala Dunia Klasik II di Aguascalientes, Mexico apabila terbabit dalam kemalangan semasa saringan kedua dalam pusingan pertama acara keirin.

Menurut Josiah, dia sedang berusaha untuk kembali sembuh seperti biasa dan akan menjalani satu lagi pemeriksaan hari ini di Amerika Syarikat bagi memastikan tulang selangka kanan berada dalam keadaan normal.

"Selepas pemeriksaan ini barulah saya akan mengetahui tahap kecederaan saya dan menunggu keputusan doktor sama ada saya boleh kembali berlatih atau tidak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Kemalangan tersebut berlaku awal bulan lalu apabila Josiah sedang memecut untuk menghampiri pelumba Argentina, Hernan Botasso Leandro dan secara tiba-tiba pelumba New Zealand, Matthew Archibaldmenghimpitnya menyebabkan dia terjatuh sebelum dilanggar pelumba Itali, Francesco Ceci dari belakang.

"Saya rasa boleh kembali berlatih dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin dapat menyertai Siri Piala Dunia Klasik III di Guadalajara dan peluang saya untuk melayakkan diri ke Kejohanan Trek Dunia di Cali juga musnah.

"Sekarang saya hanya fokus untuk mempersiapkan diri untuk Sukan Komanwel 2014 Glasgow dan Sukan Asia 2014 Incheon," katanya yang mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua jurulatih, John Beasley, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Josiah juga ingin berterima kasih kepada Konsulat Malaysia di Mexico yang sempat melawatnya di hospital, serta ribuan peminatnya di laman sosial, Facebook dan paling penting sekali kepada isterinya, Kim Ong, keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi kata semangat kepadanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad ketika dihubungi berkata, Josiah terpaksa menempuhi kesukaran selepas terbabit dalam kemalangan tersebut apabila perlu menjalani rawatan susulan di Amerika Syarikat dengan menaiki bas ekspres.

"Dia tidak boleh menaiki kapal terbang disebabkan tahap kecederaannya, apa yang saya dapat tahu dia juga sudah menjalani satu pembedahan dan tidak sempat untuk menyertai Siri Piala Dunia Klasik III kerana belum sembuh sepenuhnya.

"Hanya Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa dan Ju Pha Som Net yang akan menggalas cabaran negara dalam di kejohanan tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


2 anggota pengaman ditembak ketika rondaan

Posted: 29 Dec 2013 11:30 AM PST

AMMAN 30 Dis. - Dua anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditembak ketika mengadakan rondaan di Darfur, menurut kenyataan Lembaga Pengarah Keselamatan Awam Jordan semalam.

Dalam kenyataan tersebut, anggota pengaman yang terbunuh merupakan Mejar Talal Rjub dari Jordan, manakala seorang lagi merupakan anggota dari Senegal.

Ini menjadikan jumlah anggota pengaman yang terkorban sebanyak 12 orang sepanjang tempoh lima bulan dalam operasi yang dilaksanakan bagi mengawal keadaan di Sudan. - AFP

517 korban serangan udara di Wilayah Aleppo

Posted: 29 Dec 2013 09:36 AM PST

DAMSYIK 30 Dis. - Serangan tentera udara di utara wilayah Aleppo mengorbankan sekurang-kurangnya 517 orang, termasuk 151 kanak-kanak sejak 15 Disember lalu, menurut laporan pemerhati semalam.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, serangan yang menggunakan tong-tong berisi bahan letupan itu turut menyebabkan 46 wanita terbunuh.

Sekurang-kurangnya, 46 penentang kerajaan turut terkorban dalam serangan tersebut, walau bagaimanapun kebanyakan mangsa merupakan orang awam. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sasar 12 juta pelancong

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

ISHAK Mokhtar (depan, enam dari kanan) bersama anggota persatuan teksi dan RapidKuantan selepas melancarkan pelekat TMM2014 di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 29 Dis. - Pahang menyasarkan seramai 12 juta pelancong melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang bermula tahun depan.

Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Ishak Mokhtar berkata, sasaran itu dibuat berikutan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini sepanjang tahun ini berjumlah 12 juta orang.

Menurutnya, bagi mencapai sasaran itu, pihaknya telah menyusun sebanyak 24 program sepanjang tahun ini bagi menarik pelancong ke negeri ini.

"Aktiviti promosi pelancongan menerusi program tersebut akan meningkatkan lagi jumlah kehadiran pelancong domestik dan luar negara kerana Pahang mempunyai pelbagai keunikan yang pasti meninggalkan kenangan kepada mereka.

"Sehubungan itu, usaha mempergiatkan produk pelancongan perlu dipertingkatkan dan berharap ejen-ejen pelancongan tidak ketinggalan mengambil peluang ini sempena TMM2014," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pelekat TMM2014 melibatkan persatuan teksi dan perkhidmatan bas RapidKuantan di Stadium Darul Makmur di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Idros Yahya dan Pengarah Tourisme Pahang, Mohd. Faharuddin Hatmin.

Sebanyak 460 teksi dari empat persatuan teksi dan 60 bas RapidKuantan daerah ini dipilih menjadi duta kecil dalam kempen tersebut.

Menurut beliau, semua pihak termasuk masyarakat tempatan perlu berganding bahu dalam menjayakan TMM2014 kerana program itu bukan setakat memperkenalkan produk pelancongan, malah turut menjana pendapatan.

Jelasnya, antara program terbaharu yang bakal diadakan adalah Festival Muzik Kuantan pada April ini yang merupakan julung-julung kali dianjurkan.

"Acara lain yang telah disusun adalah pertandingan BilFish di Rompin, pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa di Bukit Fraser, Kuantan 160KM dan pertandingan luncur di Pantai Cherating di sini," ujarnya.

Dalam pada itu Idros berkata, penglibatan pemandu teksi dan bas RapidKuantan dapat membantu memberi penerangan tentang produk pelancongan kepada pelancong yang datang ke sini.

"Pemilihan mereka amat tepat kerana pelancong akan memilih pengangkutan awam untuk ke beberapa destinasi di negeri ini.

"Selain pemandu teksi di Kuantan, kita juga bekerjasama dengan persatuan pemandu teksi di Pahang Barat kerana di sana produk pelancongannya menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat dari negara ini tetapi juga pelancong antarabangsa," katanya.

23 murid cemerlang UPSR kongsi hadiah RM10,350

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

GEMBIRA... Sebahagian daripada 23 murid cemerlang UPSR kawasan Hulu Jelai yang menerima penghargaan Yayasan Pahang dan wang tunai masing-masing RM450 di Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 29 Dis. - Sebanyak 23 orang murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasan Hulu Jelai menerima sagu hati kesemuanya berjumlah RM10,350 dalam satu majlis yang diadakan di Sungai Koyan di sini baru-baru ini.

Kesemua murid tersebut yang memperoleh 5A dalam peperiksaan itu masing-masing menerima wang tunai RM450 yang disumbangkan oleh Yayasan Pahang (YP), Selinsing Gold Mine Sungai Koyan dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy ketika ditemui berkata, sumbangan tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu tahun ini.

"Saya berbangga kerana murid cemerlang itu terdiri daripada mereka yang tinggal di kampung tradisional, tanah rancangan Felda dan Pos Orang Asli kawasan Hulu Jelai.

"Ini membuktikan mereka mampu mencapai kejayaan hasil kerjasama pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Program Empower yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini.

"Kita berharap usaha memartabatkan pendidikan akan diteruskan dengan memberi fokus kecemerlangan murid di sekolah pesisiran Sungai Jelai dan Pos Orang Asli pedalaman Jelai supaya mampu bersaing dengan murid di bandar," katanya.

Menurutnya, sumbangan berkenaan merupakan penghargaan daripada YP dan syarikat perlombongan tersebut yang sentiasa memberi bantuan untuk murid miskin dan mereka yang cemerlang di luar bandar.

"Kerajaan negeri amat peka dan prihatin terhadap kebajikan penduduk bukan sahaja murid miskin malahan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan tanpa mengira kaum, agama serta kepercayaan politik," katanya.

Abdul Mubim Tokoh Maal Hijrah Maran

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

ABDUL Mubim Yaakob (berkerusi roda) bersama Sharifuddin Aiza Osman (dua kiri) dan Sharafuddin Saad (tiga kanan) pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Maran di Bukit Gambang Resort di Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 29 Dis. - Seorang pesara yang pernah bertugas di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran, Abdul Mubim Yaakob, 81, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah daerah ini tahun ini.

Pegawai PAID Maran, Sharafuddin Saad berkata, pemilihan pesara itu dibuat berikutan kegiatan aktif Abdul Mubim menjalankan pelbagai aktiviti dakwah kepada semua golongan termasuk masyarakat Orang Asli di daerah ini.

"Walaupun sudah lama bersara, Abdul Mubim tetap aktif berdakwah dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh mengukuhkan syiar Islam," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat daerah di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) Jabatan Agama Islam Pahang, Dr. Sharifuddin Aiza Osman dan Pegawai Pejabat Agama Daerah Maran, Sharafuddin Saad.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Qasidah Ababul Mustofa dari Kemaman, Terengganu dan ceramah oleh Mudir Madrasah Darul Mustafa, Habib Naqjamuddin al-Khirid.

Terdahulu dalam ucapannya, Sharafuddin berkata, pemilihan tokoh tersebut sama ada di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada individu yang komited terhadap usaha memartabat dakwah Islam.

Tambahnya, jasa dan pengorbanan mereka terhadap kemajuan Islam dihargai rakyat dan kerajaan walaupun mereka tidak menyangka atau mengharapkan balasan selama ini.

Beliau juga menyeru umat Islam bersatu memerangi pelbagai isu berkaitan yang boleh melemahkan agama Islam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


PENULIS ialah Pengurus Besar, Analisis dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)0

Utusan Online - Rencana

Posted:

Utusan Online - RencanaIkuti berita penuh untuk ruangan Rencana menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana Utusan Online - Rencanahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana Problem Parsing :
Error #: -1072896767
Description: Missing equals sign between attribute and attribute value.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Rencana.xml
Source line: re_02.1.jpg500351re_02.small.jpg90100
Penunjuk perasaan antikerajaan Thai bertembung dengan polis bagi menghalang proses pendaftaran calon parti politik untuk pilihan raya umum pada Februari 2014 di sebuah stadium di Bangkok pada 25 Disember lalu. - AFP
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Nina lepaskan semuanya

Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

RAMAI terpesona apabila Mizz Nina mengambil keputusan berhijab, tidak kurang yang terkejut dengan perubahan drastik dirinya itu.

Sementelah dia sebelum ini bukan sahaja terkenal dengan gaya lincah di pentas malah sanggup bereksperimen dengan penampilan.

Imej seksi begitu sinonim dengan dirinya. Namun kini Mizz Nina selesa bergaya sopan sesuai sebagai seorang muslimah.

Perubahan berlaku selepas dia pulang dari Mekah awal Oktober lalu bersama suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Meski diaju bertubi-tubi mengenai penghijrahannya itu, apalagi tatkala penyanyi bertaraf antarabangsa ini rancak menghangatkan dunia hiburan menerusi kolaborasinya dengan bintang hip hop Korea, Jay Park untuk lagu Around The World, Nina ini cuma tersenyum dan memilih untuk berdiam diri.

Bagaimanapun pada satu sesi fotografi di studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini, Nina berkongsi rasa dan isi hatinya mengenai imej barunya itu.

Seolah-olah memberi isyarat yang dia mahu membuka lembaran baru dalam hidupnya sejajar dengan kehadiran tahun baru, Nina menganggap perubahan itu bukan satu penghijrahan yang terpaksa atau dipaksa.

Sebagai kewajipannya, Nina mahu memenuhi tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin sebagai muslimah.

Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.

Saya akui mula-mula rasa gugup sebab saya tak biasa bertudung namun saya sangat suka melihat orang pakai tudung. Cantik!

Kadang-kadang ada masa saya curi-curi mencuba pakai tudung dan tonton tutorial di YouTube. Semakin lama, semakin saya rasa yakin.

Selepas pulang dari Mekah tempoh hari, saya bulatkan hati dan tetapkan iman untuk berhijab penuh kerana Allah Taala," katanya.

Menurut Nina, keadaan itu juga menjadi semakin mudah kerana setiap kali menghadiri kelas mengaji al-Quran dan menghadiri majlis-majlis keagamaan, dia akan menutup aurat.

Merasakan imej itu kini sudah sebati dengan dirinya, Nina juga tidak mahu masyarakat melihat dia mencari publisiti mahupun disamakan dengan pandangan serong bahawa artis bertudung sekadar mahu mengikut aliran semasa.

Nasib selepas mati

Melahirkan rasa kesyukuran kerana dibukakan pintu hatinya sebelum terlambat, wanita berusia 33 tahun ini yakin dan percaya bahawa ini adalah jalan hidup yang terbaik untuk semua umat manusia di dunia.

Seperti yang kita biasa dengar, Islam adalah cara hidup yang sempurna. Itu adalah kebenarannya. Saya diberi hidayah ini, seribu rahmat dan kesyukuran hanya Allah SWT sahaja yang tahu," ujarnya merendah diri.

Keinginannya untuk berubah ke jalan yang lebih diredai kata Nina, tidak seperti orang lain yang mungkin mendapat mimpi dan sebagainya.

Hal ini cukup personal baginya sehingga dia tidak pernah memberitahu mengenai perkara itu sekalipun kepada orang terdekat.

Kata Nina, hati dan fikirannya bergerak seiring untuk berfikir mengenai nasibnya selepas mati.

Dari saat itu saya fikir sudah tiba masanya untuk saya berada di jalan yang benar, di landasan agama Islam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?" ujar Nina.

Seiring dengan perubahannya itu kata Nina, orang yang paling gembira tentulah suaminya, Noh.

Sejujurnya, sejak saya berkahwin dengan Noh, dia tak pernah memaksa saya dalam segala hal," katanya ringkas.

Jalan lebih baik

Sebenarnya penyanyi ini lebih senang sekiranya orang tidak terlalu memberi tumpuan pada perubahan imejnya sahaja.

Bagi Nina, itu bukan perkara pokok kerana fokus utama adalah ibadah dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslimah.

Menganggap setiap hari adalah proses belajar untuknya kata Nina, dia tidak mampu menyembunyikan rasa tenang dan damai saat memulakan langkah memilih jalan ini.

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam.

Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang Muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah, apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik," katanya.

Belum terdesak nak menikah

Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

SATU dekad bergelar duda bukan masalah besar buat Raja Pop tanah air ini. Semakin hari dia semakin selesa menguruskan rumah tangga membesarkan dua permata hatinya.

Baginya soal menikah semula bukan lagi keutamaan malah dia sendiri jarang memikirkan perkara berkenaan dan lebih gemar bekerja mencari kepuasan hidup.

Bukan tak teringin nak menikah semula tapi buat masa ini saya belum lagi terdesak. Kalau ada jodoh saya terima dengan tangan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Saya selesa hidup sendirian. Anak-anak saya jaga bergilir dengan bekas isteri. Tak ada masalah untuk mereka membesar walaupun saya telah berpisah," luah Jamal Abdillah.

Pada perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 12, dan Ahmad Zaki Yamani, lapan tahun.

Sepanjang bergelar bapa tunggal, dia jarang menghadapi masalah untuk membesarkan anak-anak meskipun sibuk dengan pelbagai undangan pentas sepanjang tahun.

Katanya, jika dia sibuk anak-anak dihantar ke rumah ibu mereka dan bermalam di sana sehinggalah tugasnya selesai.

Tapi ada sekali anak saya tanya kenapa babah (panggilan untuk Jamal) cerai mama?

Memang soalan itu saya tak dapat nak jawab. Saya sedar anak-anak semakin membesar dan semakin banyak perkara yang mereka nak tahu.

Saya kena bersedia bila mereka menjengah usia remaja. Ini cabaran terbesar saya untuk mendidik kedua-duanya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan," jelas Jamal.

Walaupun sibuk dengan tuntutan kerja dan perniagaan, Jamal tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anaknya.

Malah dia cukup berbangga apabila anak sulungnya mahu menceburkan diri dalam bidang seni.

Osama yang akan masuk tingkatan satu tahun hadapan bakal menuntut di sekolah seni di Kuala Lumpur.

Sebagai bapa sudah pasti penyanyi yang popular dengan lagu Aku Penghiburmu itu menyokong penuh minat buah hatinya itu untuk mengikut jejak langkahnya.

Tolak gosip

Dituduh bercinta dengan penyanyi Nas Adila bukan satu masalah besar. Walaupun ada kalanya dia gusar dengan gosip panas yang menghantui dirinya, Jamal reda melalui perkara berkenaan.

Menyedari usia sudah mencecah 54 tahun maka hal-hal cinta tidak seharusnya menjadi fokus utama jika mahu dibandingkan dengan zaman mudanya.

Sampai sekarang saya tak tahu macam mana cerita itu boleh keluar. Saya anggap itu cerita karut yang cuba direka oleh orang lain untuk memanaskan keadaan.

Dia (Nas Adilla) memang selalu bekerjasama dengan saya pada beberapa projek sebelum ini. Mungkin kerjasama itu yang menimbulkan cerita yang tak elok.

Kita kena ingat media sosial memainkan peranan penting zaman ini. Gambar yang kita muatnaik itu boleh mengundang fitnah dan cerita yang karut," tegasnya.

Tidak melenting mahupun berang dengan gosip percintaan tersebut bagi Jamal itu merupakan asam garam kepada kehidupan anak seni.

Jamal mengakui tahun ini merupakan tahun yang bermakna buatnya sebagai anak seni apabila dianugerahkan gelaran Datuk beberapa bulan lalu.

Jelasnya, pengiktirafan tersebut cukup bermakna kepada golongan penyanyi sepertinya dan sudah pasti akan dikenang sampai akhir hayat.

Selain itu tahun hadapan dia juga bakal mengadakan konsert di Istana Budaya untuk menghiburkan peminat setianya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Fotografi sebagai seni

Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

FOTO berunsur potret juga dihasilkan ketika aliran pictorialism.

PADA awal kemunculannya, perkembangan fotografi lebih tertumpu kepada proses penciptaan dan penambahbaikan terhadap sistem kamera itu sendiri.

Kamera dianggap salah satu penemuan penting kepada manusia kerana mampu merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar, tidak kira sel manusia sehingga galaksi di luar angkasa.

Prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan oleh seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham sekitar 1,000 tahun lalu.

Pada akhir abad ke-10 Masihi (M), al-Haitham bersama Kamaluddin al-Farisi berjaya menemui sebuah kamera kotak (obscura) dan meneliti serta merakam fenomenanya.

Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16M, iaitu sekitar lima abad selepas penemuan tersebut apabila Cardano Geronimo (1501-1576) yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mula menggantikan lubang bidik dengan kamera berlensa.

Ada pula menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571-1630).

Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif sehingga dapat memperbesar gambar seperti prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden.

Setelah itu Robert Boyle (1627-1691) mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil tanpa kabel yang fungsinya seolah-olah kamera obscura pada 1665.

Pada era itu juga, fungsi gambar foto lebih kepada untuk merekod sesuatu. Pada waktu itu fotografi tidak dianggap sebagai satu karya seni visual seperti seni lukisan atau seni arca.

Selepas 900 tahun daripada penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.

Artis visual pada ketika itu berpendapat karya foto dihasilkan oleh kamera bukan dengan kemahiran tangan jurufoto. Oleh itu mereka tidak menerima karya fotografi sebagai satu karya seni.

Pada sekitar abad ke 20, satu aliran yang dinamakan pictorialism dipraktikkan bagi membolehkan fotografi diterima sebagai satu karya seni pada zaman itu.

Jurufoto pictorialism memanipulasikan foto yang dirakam bagi menghasilkan foto dengan gaya seakan-akan lukisan. Alfred Stieglitz adalah salah seorang tokoh penting dalam memperjuangkan fotografi untuk diterima sebagai karya seni ketika era ini.

Gambar foto dengan aliran pictorialism menggunakan beberapa teknik antaranya - sengaja mengkaburkan fokus, menggunakan filter untuk kesan tertentu, membuat cetakan nada warna sepia dan membuat manipulasi foto di dalam bilik gelap agar foto yang dihasilkan menyamai karya lukisan.

Ada pihak menganggap aliran fotografi dengan gaya pictorialism tidak menampakkan identiti sebenar fotografi dan tidak menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada media fotografi.

Oleh itu sekumpulan jurufoto yang tidak bersetuju dengan gaya pictorialism telah menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama Group f/64 dengan jurufoto terkenal, Ansel Adams adalah salah seorang ahlinya.

Kumpulan ini telah mengadakan pameran fotografi pertama pada tahun 1932. Mereka memperjuangkan idea fotografi terus (straight photography) dengan karya foto yang dihasilkan tidak lagi cuba meniru gaya sebuah karya lukisan.

Aliran fotografi terus ini menjadi asas kepada seni fotografi yang dipraktikkan secara meluas sehingga ke hari ini.

Sehingga kini bidang fotografi begitu diminati oleh semua golongan sehingga di Malaysia sendiri sekolah seni yang berkaitan dengan fotografi banyak ditubuhkan.

Bidang fotografi juga kini dianggap sebagai bidang yang mampu untuk menjana ekonomi selain daripada dijadikan minat semata-mata.

AquaLensa peluang ketengah karya

Posted: 29 Dec 2013 05:30 AM PST

Ikan panda clownfish atau dikenali sebagai ikan kain buruk oleh penduduk Pulau Redang dan Perhentian di Terengganu.

SEBELUM ini tidak ada sebuah persatuan berdaftar khusus bagi jurufoto mahupun juruvideo yang mempunyai kepakaran merakamkan subjek di bawah air. Atas kesedaran itu, sekumpulan jurufoto bawah air tempatan kini dalam proses untuk menubuhkan Persatuan Jurufoto/Juruvideo Bawah Air Malaysia atau bakal dikenali sebagai AquaLensa.

AquaLensa bakal menjadi sebuah persatuan yang akan mempunyai keahlian dalam kalangan jurufoto serta juruvideo. Apa yang menarik, ahli-ahli persatuan ini terdiri daripada mereka yang profesional dan berkecimpung secara sepenuh masa termasuk yang masih baru dalam fotografi bawah air terutama di dasar laut.

AquaLensa bukanlah sekadar persatuan pada namanya sahaja, namun pelbagai program dirancang untuk memperhebatkan kerancakan fotografi bawah air di negara ini.

Selain itu, ia bakal mempromosikan pelbagai destinasi dasar laut menarik seluruh negara bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan bermula 1 Januari ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli, sila ke laman Facebook AquaLensa di http://bit.ly/aqualensa untuk menyertai kumpulan terbesar jurufoto/juruvideo bawah air di negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Lambaian mayat seorang gadis

Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST

Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA

KISAH INI diceritakan oleh seorang rakan yang bekerja dalam industri media. Namanya Omar. Menurut Omar, ketika itu pukul 12.00 malam, dia menunggang motosikalnya meninggalkan majlis malam media di Klang, Selangor. Omar yang merupakan seorang jurugambar perlu pulang segera ke rumahnya di Kuala Lumpur.

Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang dinihari itu, sehinggalah dia sampai di bawah jejantas berhampiran SIRIM, Shah Alam. Di situ Omar lihat ada seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan. Pelik, berani betul gadis itu bersendirian di dalam gelap.

Omar memberhentikan motosikal dan mempelawa gadis tersebut untuk menghantarnya pulang. Dia bimbangkan keselamatannya. Namun sapaan dan pelawaan Omar langsung tidak berjawab. Gadis yang rambutnya melepasi bahu dan mengenakan baju serta skirt putih itu tetap diam membatu.

Hanya selepas lebih 10 minit menanti, barulah gadis itu bersuara. Kata si gadis, kalau benar Omar mahu membantu, dia harap dapat dihantar pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Klang.

Omar berikannya topi keledar dan mereka mula bergerak menuju ke taman perumahan yang disebutkan tadi. Dalam perjalanan, gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Mizah itu memberitahu, dia berdiri di tepi jalan kerana ditinggalkan oleh seorang kawan lelaki.

Pada mulanya Mizah menumpang kereta lelaki tersebut untuk pulang ke rumah selepas menghadiri majlis hari jadi. Bagaimanapun, di dalam perjalanan, lelaki berkenaan mula berkelakuan tidak senonoh.

Dia memberhentikan kereta di bawah jejantas tadi dan memaksa Mizah untuk menyerahkan kehormatannya.

Mujur saya dapat lepaskan diri. Saya buka pintu, keluar dan menjerit. Dia terus pecut kereta dan tinggalkan saya di sini," kata Mizah sambil merapatkan dirinya ke tubuh Omar.

Akhirnya mereka sampai di rumah Mizah. Di halaman rumah yang masih terang itu kelihatan dua orang anak kecil bermain-main. Kata Mizah, itu anaknya. Dia baru bercerai setahun lepas.

Sebelum berpisah, Omar dan Mizah saling bertukar nombor telefon.

Hendak dijadikan cerita, seminggu kemudian Omar pergi ke rumah Mizah bersama seorang kawan. Niat Omar adalah untuk memperkenalkan kawannya itu kepada gadis berkenaan.

Namun, sampai di rumah Mizah, kedua-dua mereka terkejut. Manakan tidak, di hadapan mereka ialah sebuah rumah yang sudah lama terbiar. Tingkapnya rebeh, cermin pecah, dinding berkulat dan lalang tinggi meliar!

Ketika Omar dan sahabatnya tercangak-cangak, seorang jiran keluar apabila menyedari kedatangan mereka. Omar dan kawannya terkejut apabila jiran tersebut memberitahu, Mizah dan dua orang anaknya sudah meninggal dua tahun lepas!

Tambah jiran itu, sebenarnya selain Omar, sudah hampir 10 orang datang ke rumah terbiar itu mencari Mizah. Semua lelaki berkenaan memberitahu mereka terserempak dengan Mizah di bawah jejantas berhampiran SIRIM, tempat dia ditinggalkan.

Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Kata jiran tersebut, pada malam kejadian, Mizah berjaya pulang. Gadis itu bagaimanapun ditemui mati keesokannya bersama mayat kedua-dua orang anaknya, dipercayai dibunuh oleh lelaki yang cuba mencabulnya. Kes kematian Mizah ada dilaporkan di media-media tempatan, sekitar 25 tahun yang lalu.

Kisah kedua ini pula diceritakan oleh seorang lelaki berusia 50-an, bernama Maspa Dawi, semasa saya berkunjung ke Sarawak pada awal 2000. Maspa memberitahu, pada pukul 2 pagi awal 1980-an, dia memandu kereta ke hospital umum Kuching, Sarawak untuk menghantar jirannya yang mahu bersalin.

Di tengah perjalanan, Maspa terpandang seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan menghala ke Matang. Apabila disuluh lampu keretanya, kelihatan gadis itu sedang membelakangkannya sambil memegang sekaki payung.

Gadis itu memakai kebaya pendek warna hijau muda. Rambutnya disanggul dan dihiasi bunga kecubung. Penampilannya persis gadis tahun 1940-an dan 1950-an.

Pulang dari hospital, Maspa terkejut kerana si gadis berkenaan masih berdiri di tepi jalan tadi. Maspa memperlahankan keretanya dan memandang gadis tersebut. Ternyata si gadis sangat cantik paras wajahnya. Mukanya disolek rapi.

Sah... pelacur!" kata Maspa di dalam hati.

Seminggu kemudian semasa menghadiri majlis kenduri di rumah arwah sepupunya, Maspa menceritakan kisah tadi kepada seorang ustaz. Terkejut Maspa kerana ustaz tersebut rupa-rupanya pernah melihat gadis berkenaan. Malah dia turut menumpangkan gadis itu menaiki keretanya. Di sepanjang perjalanan selama 15 minit, si gadis langsung tidak berkata walau sepatah pun.

Yang menyeramkan, sampai saja di sekolah berkenaan, ustaz itu mendapati gadis berkenaan sudah pun ghaib. Esoknya ustaz tersebut mendapati ada kuntuman bunga kecubung bertaburan di atas kerusi belakang keretanya!

Menurut penduduk setempat, gadis itu dahulu telah ditangkap dan dijadikan hamba seks tentera Jepun. Dia kemudian dibunuh dan mayatnya ditanam di sekitar bulatan tersebut. Kisah misteri ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, suatu ketika dahulu.

Soalan saya, siapakah yang ditumpangkan dalam kisah-kisah yang dipaparkan tadi? Hantu! Ya, Hantu. Ops! Itu bukan jawapan saya, tapi jawapan anda.

Tiada siapa boleh menafikan, kita cukup gemar mendengar cerita hantu, khususnya masyarakat Melayu. Bagaimanapun, cara kita berfikir dan mentafsir fenomena itu tidak banyak berubah sejak dari zaman animisme.

Pada zaman itu, ketika ilmu moden belum bermula, setiap kejadian yang tidak dapat dijawab oleh akal, seperti petir dan gempa bumi, akan disandarkan kepada kuasa supernatural ghaib.

Apabila Islam sampai ke Nusantara kira-kira 10 abad yang lalu, kepercayaan itu dimurnikan, dan ditambah dengan konsep tuhan, syaitan dan jin. Syaitan tidak jemu berusaha untuk menyesatkan umat manusia, termasuk dengan menjelmakan diri sebagai hantu.

Bagaimanapun, pencerahan minda itu terhenti setakat di situ saja. Sampailah sekarang, andai berlaku saja kejadian atau fenomena aneh yang sukar dijawab, ia terus saja didakwa angkara hantu, syaitan, jin dan makhluk ghaib lainnya seperti hantu raya dan orang bunian. Tiada cerdik pandai sains yang cuba membantu memberikan jawapan dari sudut ilmu moden.

Hah, bosannya! Anggapan itu telah menyebabkan kita menjadi malas dan keliru. Bukan menolak kebenaran agama, tetapi kenapa kita tidak pernah membuka fikiran untuk mencari kesahihan, Benarkah itu hantu?'

Bukankah elok kalau kita berusaha menafikan kewujudan hantu itu, daripada sewenang-wenang mengesahkannya? Bukankah takut kepada hantu dan syaitan itu boleh memesongkan akidah?

Paling menyedihkan, cara berfikir ini sangat sukar untuk diubah. Kita lebih suka mendengar cerita berbanding mencari jawapannya.

Untuk itu, apa kata kalau mulai minggu ini kita buka sedikit fikiran dan cuba dengar apa pandangan pengkaji paranormal barat tentang hantu. Untuk pengetahuan anda, kajian paranormal barat mempunyai pelbagai teori dan sebahagian besarnya mengatakan bahawa sebenarnya hantu itu tidak wujud.

Yang wujud adalah kesilapan kita mentafsir apa yang disaksikan itu. Wahai ustaz, saya ingin bertanya, sesatkah kita kalau mempercayai teori-teori sebegini?

Kembali kepada cerita kita: Jadi, siapakah wanita yang ditumpangkan dalam kisah-kisah di atas tadi? Kalau bukan hantu, siapa? Jawapannya pada minggu hadapan.

Makna azam tahun baru

Posted: 29 Dec 2013 05:13 AM PST

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

RAMAI yang berpendapat tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru. Menurut satu kajian tentang isu ini di United Kingdom yang dilakukan oleh sebuah badan bukan kerajaan - Mind, azam tahun baru boleh menyebabkan stres.

Laporan kajian tersebut mengatakan azam tahun baru membuatkan seseorang fokus pada keburukan diri, mencari kesilapan dan kehodohan sepanjang masa depan. Ia dikatakan tidak baik untuk masa depan kerana seseorang itu akan diselubungi dengan perkara negatif sahaja.

Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor berpendapat kajian ini tidak 100 peratus sahih kerana setiap individu mempunyai pemikiran berbeza berdasarkan pergaulan sosial dan latarbelakang kehidupan masing-masing.

Tambah beliau, setiap orang tidak dikelilingi oleh kelompok orang yang sama.

"Jika individu mempunyai azam baru yang lebih fokus untuk mendapatkan kejayaan, dia tidak akan menoleh ke arah fakta yang lebih kepada mencari kesilapan. Sebaliknya dia akan menggunakannya untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang telah berlaku. Hanya individu yang kecewa sahaja nampak kepada keburukan diri sendiri. Sudah namanya azam, ia lebih bermaksud cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan untuk masa depan lebih terjamin, bahagia dan ceria," katanya.

Tambah Dr. Mariani, perlunya azam tahun baru kerana ia bermakna bermulanya matlamat hidup seseorang dalam sesuatu tahun itu.

"Matlamat hidup pula boleh dilihat dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Matlamat jangka panjang lebih umum dan untuk mencapainya, seseorang itu perlu mencapai matlamat jangka pendek terlebih dulu. Semua ini memberi motivasi atau pendorong kepada seseorang untuk memulakan tindakan," katanya.

Sementara itu, Dr. Mariani menasihatkan mereka yang ingin memulakan azam baru supaya menyebutnya lebih spesifik.

Selain itu, setiap individu perlu perkemaskan langkah yang perlu dalam mencapai azam yang baru itu.

Kemudian, gunakan segala kesilapan teknikal yang telah berlaku sebagai pengajaran sahaja dan bukan sebagai sempadan untuk tidak mahu mencuba lagi. Jangan lupa, meningkatkan kelemahan diri dan cari strategi positif yang lain. Pastikan anda menjadikan kekuatan diri sebagai perisai untuk lebih berjaya dalam mencapai matlamat atau azam baru," jelas beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tahap keselamatan diutama

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Kerja-kerja mengurangkan kecerunan cerun di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur sedang dilaksanakan bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kerja-kerja baik pulih cerun runtuh di Taman Persekutuan Bukit Kiara giat dijalankan oleh Jabatan Landskap Negara dan dijangka siap pada Januari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerja-kerja yang dimulakan sejak 17 Oktober lalu itu melibatkan pemasangan jaring sebagai pengukuh bongkah batu besar yang tidak dapat dialihkan di sekitar cerun berkenaan.

Menurutnya, rumput turut ditanam pada permukaan cerun bagi mengawal hakisan, selain pembinaan sistem perparitan baharu bagi memudahkan aliran air.

"Kerja-kerja baik pulih cerun itu sebagai langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pengguna dan penduduk taman berkenaan.

"Hasil kajian yang dilakukan perunding yang dilantik mendapati kawasan tersebut mempunyai kecerunan asal 60 darjah dan mengandungi bongkah-bongkah batu besar dengan kedudukan yang kurang stabil," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar di sini bagi menjelaskan mengenai status kerja-kerja memperbaiki cerun di Taman Persekutuan Bukit Kiara yang runtuh pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, turut dicadangkan pembinaan tembok penahan di lokasi tersebut bagi mengukuhkan kestabilan cerun tersebut.

Tambahnya, susulan kejadian itu cerun runtuh itu Jabatan Landskap Negara turut melantik perunding untuk mengenal pasti tahap kestabilan cerun di jalan perkhidmatan sedia ada bagi memastikan kejadian tidak berulang.

"Hasil kajian pengurusan cerun mendapati runtuhan berpunca daripada hakisan tanah di pinggir cerun dan sekitarnya sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan batu-batu besar ke atas jalan perkhidmatan.

"Kajian turut mendapati lokasi cerun runtuh juga dikenal pasti sebagai antara kawasan berpotensi berlakunya tanah runtuh," jelasnya.

Perhimpunan jejas perniagaan - Peniaga

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Golongan peniaga sekitar ibu kota berharap sambutan ambang tahun baharu Selasa ini, tidak dicemari perhimpunan yang dikatakan untuk menggulingkan kerajaan kerana akan menjejaskan pendapatan mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Dataran Merdeka di sini hari ini mendapati para peniaga di sekitar kawasan itu amat berharap hari terakhir 2013 akan membawa pulangan berganda kepada mereka memandangkan orang ramai akan tertumpu di ibu kota bagi mengikuti pelbagai aktiviti anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengurus Persatuan Perniaga dan Penjaja Lorong TAR Mahdir Jaafar, 57, berkata perhimpunan itu tidak wajar diadakan kerana kerajaan sedia ada telah dipilih rakyat berdasarkan suara majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

"Jika ada rasa tidak puas hati atau sebagainya, ada cara yang tepat untuk meluahkannya, bukan melalui perhimpunan yang boleh menjejaskan periuk nasi orang lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perhimpunan itu, yang didakwa akan diadakan pada Selasa malam di Dataran Merdeka oleh badan bukan kerajaan, disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter, menimbulkan rasa kurang senang kepada pengurus sebuah hotel di situ.

Pengurus Besar Swiss Hotel, Roy Marshall, 34, berkata beliau berharap perhimpunan itu tidak akan diteruskan memandangkan hotel beroperasi 24 jam dan berada hampir dengan Dataran Merdeka.

"Jika mereka bertegas untuk berhimpun, penganjur perlu pastikan berlangsung dalam keadaan aman. Perhimpunan akan tetap menyukarkan pengunjung dan pekerja untuk datang ke hotel kerana bas dan teksi tidak boleh melalui jalan ini.

"Tetapi, jika berlaku kekecohan seperti perhimpunan Bersih 2.0 (pada 9 Julai 2007), pintu kaca hotel pecah dan lif rosak kerana terlampau ramai yang merempuh masuk, kononnya untuk berlindung," katanya.

Beliau berkata sekeping pintu kaca hotel memerlukan RM5,000 untuk diperbaiki dan pada perhimpunan itu, dua pintu kaca didapati rosak.

Sementara itu, pekerja kedai runcit Namneet Singh, 25, berkata dia masih ingat kejadian perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 apabila terpaksa berkurung di dalam kedai selama enam jam.

"Walaupun tidak ada kekerasan berlaku, saya takut untuk keluar. Hanya duduk diam di dalam (kedai). Nasib baik kedai runcit, jadi boleh makan makanan ringan dan tidak lapar sangat dalam tempoh itu," katanya.

Bagi Sheikh Shafqat Ali, 52, dia sedih jika perhimpunan itu diteruskan kerana baru sahaja berpindah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman sebulan lalu, selepas mendapati kawasan itu sesuai untuk berniaga kain dan tudung.

Peniaga itu, yang sebelum ini berniaga di Sentul berkata, kedainya masih dalam proses pengubahsuaian dan berharap waktu perniagaan boleh berjalan seperti biasa Selasa ini bagi memastikan kerja-kerja pengubahsuaian dapat diteruskan.

"Sekarang ini saya masih tidak tahu sama ada perlu atau tidak untuk pendekkan waktu perniagaan.

"Susah macam ini. Berniaga macam kami ini bermaksud setiap hari adalah 'income'. Jika tutup macam mana? Apatah lagi esoknya (1 Jan 2014) adalah cuti umum, jadi pelanggan lebih ramai," katanya. - BERNAMA

Penghuni Flat Sri Sabah mahu kerja-kerja pembersihan dilaksanakan

Posted: 29 Dec 2013 10:42 AM PST

SISA pokok yang ditebang tidak diangkut keluar sehingga menyebabkan penduduk Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur 'kehilangan' beberapa petak letak kereta.

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Penghuni Flat Sri Sabah di Jalan Cheras di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera menjalankan kerja-kerja pembersihan longgokan sampah dari sebatang pokok yang ditebang di kawasan perumahan mereka.

Penduduk merungut kerana longgokan daun, ranting dan dahan pokok yang terbiar sejak dua minggu lalu itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan, bahkan turut menyebabkan masalah kekurangan tempat letak kereta.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati longgokan sampah tersebut terletak betul-betul di kawasan letak kereta flat berkenaan dan pintu masuk ke Sekolah Kebangsaan Sri Cheras.

Daun-daun dan ranting kayu yang sudah kering dibiar begitu sahaja sehingga ada yang memasuki petak letak kenderaan.

Utusan Malaysia difahamkan, pokok besar itu ditebang kerana sudah berusia dan dikhuatiri membahayakan keselamatan penduduk.

Pekerja am di Sekolah Kebangsaan Sri Cheras, P. Kohila, 41, berkata, pihak bertanggungjawab perlu segera melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Jika kerja-kerja pembersihan tidak dilakukan, saya dapat bayangkan kesesakan terus akan berlaku di kawasan ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


74 kanak-kanak hayati al-Quran

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Oleh FARIK SALLEH
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada anak-anak ahli Kimma Johor gembira setelah mengikuti kelas Program Penghayatan Dan Fahami Bahasa Al-Quran di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor Bahru, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 28 Dis. - Seramai 74 anak ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) negeri ini mengikuti Program Penghayatan dan Fahami Bahasa al-Quran (Faba) selama tiga hari di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, dekat sini baru-baru ini.

Program yang julung kali dianjurkan Kimma negeri dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) itu bertujuan memupuk budaya membaca dan meningkatkan motivasi serta memahami bahasa al-Quran dalam kalangan anak-anak.

Pengerusi Kimma negeri, Mohammad Raffi Beran berkata, pihaknya mahu memupuk budaya membaca dan menghayati al-Quran yang merupakan antara khazanah paling berharga yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.

"Betapa baik sekalipun anak kita kalau tidak dicipta dengan sahsiah diri yang lebih baik, sudah tentu tidak akan membawa kebaikan kepada keluarga.

"Justeru, Kimma telah membuka ruang dan sejarah baharu kepada ibu bapa supaya kepentingan anak dari segi akademik dan keagamaan juga perlu diambil kira serta dijadikan titik permulaan agar mereka membesar bersama al-Quran," katanya selepas merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Kimma Bahagian Tebrau, Sulaiman Mohd. Kutty.

Mohammad Raffi memberitahu, para peserta didedahkan dengan kaedah membaca, menulis dan memahami al-Quran menerusi surah-surah lazim di dalam Juz Amma.

Sementara itu, seorang peserta, Khairun Afeefah Basir, 16, mengakui teruja dan seronok dapat mempelajari dan memahami al-Quran dengan lebih mendalam.

"Kaedah yang diajar mudah dipelajari dan difahami," kata anak sulung daripada tiga beradik dari Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Nur Hanisah Mahmud, 15, pula memberitahu, kini dia boleh menghafal dan membaca al-Quran dengan lebih baik.

Banjir: JPAM sedia hadapi gelombang kedua

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

JOHOR BAHRU 28 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ini sentiasa bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir.

Pengarahnya, Kolonel Ghazali Abdul Rahman berkata, antara persediaan yang dibuat termasuk memastikan bilik gerakan yang dibuka sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

"Kita telah bersiap sedia sebelum banjir melanda beberapa daerah di negeri ini baru-baru ini. Begitu juga kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

"Selain memastikan anggota mencukupi, kita juga sentiasa memastikan peralatan menyelamat sentiasa berada dalam keadaan yang baik," katanya dalam Majlis Penghargaan JPAM negeri 2013 di Dewan Jubli Perak di sini semalam.

Ghazali berkata, kira-kira 400 anggotanya ditugaskan ketika banjir melanda beberapa daerah baru-baru ini dan jumlah anggota itu mencukupi bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua bencana berkenaan.

Mengulas tentang majlis tersebut, beliau berkata, program itu diadakan bagi menghargai pelbagai pihak dan individu yang banyak membantu jabatan berkenaan sepanjang tahun ini, termasuk ketika operasi banjir kali ini.

Beliau berkata, antara yang mendapat penghargaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi yang menyertai badan beruniform jabatan berkenaan dan agensi berita di negeri ini yang sering membuat liputan sepanjang program dan aktiviti yang dijalankan pihaknya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved