Ahad, 29 Disember 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Lebih 90 sertai Pertandingan Memanah Tradisional Kebangsaan

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Ismail Lasim (duduk empat dari kanan) bergambar bersama para peserta Pertandingan Memanah Tradisional Kebangsaan 2013 di Ladang Alam Warisan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA PILAH 28 Dis. - Lebih 90 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Memanah Tradisional Kebangsaan 2013 yang diadakan di Ladang Alam Warisan di Seri Menanti dekat sini hari ini.

Acara yang julung-julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Pertubuhan Pemanah Tradisional Melayu Malaysia (PERTAMA) dengan para peserta datang dari semua negeri di Malaysia.

Yang Dipertua PERTAMA, Muhamad Akmal Mohd. Dahlan berkata, pertandingan itu melibatkan tiga kategori iaitu memanah 3D yang bertemakan 'Gunung daik bercabang tiga, budi yang baik dikenang jua', pelbagai jarak yang menggunakan simulasi daripada perang Uhud dan memanah pantas atau pertempuran jarak dekat.

Katanya, hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 ditawarkan kepada pasukan yang menjadi juara, RM700 untuk naib juara manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang RM500.

"Penganjuran pertandingan ini adalah sebahagian daripada misi PERTAMA yang mahu mengangkat sukan memanah yang menjadi sunnah Rasulullah SWT serta memartabatkan sukan memanah tradisional hingga ke peringkat antarabangsa.

"Kita juga mahu memupuk kasih sayang, persefahaman dan toleransi dalam sukan memanah tradisional.

"Ia juga unik kerana para peserta perlu memakai pakaian tradisional Melayu sesuai dengan ciri-ciri pertandingan ini," katanya kepada para pemberita selepas majlis perasmian pertandingan itu di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ismail Lasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling.

Sempena kejohanan itu, beberapa acara sampingan turut diadakan antaranya pertandingan panji dan perarakan, pertandingan fotografi dan pertandingan busana tercantik bertujuan menghidupkan suasana budaya Melayu sepanjang pertandingan berkenaan.

Selain itu, pameran busana tradisional, keris dan tanjak serta persembahan Kumpulan Dendang Anak turut memeriahkan pertandingan itu.

Para pengunjung juga boleh menyertai aktiviti menunggang kuda, memberi makan kepada haiwan dan memanah 3D.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved