Khamis, 6 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


JDT menang 3-0, mara ke suku akhir

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Fahmy Yahya (kanan) dan penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim (tengah) meninggalkan bilik mesyuarat selepas mendengar keputusan JKPT berhubung perlawanan Piala FA JDT dengan T-Team, di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. - BERNAMA

PETALING JAYA - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) semalam diberikan kemenangan 3-0 ke atas T-Team dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA yang tertunda pada masa rehat Sabtu lalu oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sekali gus layak ke suku akhir.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang mengumumkan keputusan itu berkata, JKPT membuat rumusan berdasarkan laporan dan soal siasat membabitkan komisioner perlawanan, pegawai penyelaras, pengadil dan pegawai kedua-dua pasukan.

Jelasnya, alasan T-Team menarik diri atas faktor keselamatan dengan apa yang berlaku ketika menuju bilik persalinan tidak boleh diterima kerana pegawai perlawanan yang terdiri daripada komisioner perlawanan atau jurulatih memutuskan permainan masih selamat untuk dijalankan.

Walaupun begitu, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor itu bernasib baik apabila JKPT tidak berhasrat mengenakan denda selain hanya mengenakan amaran keras supaya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

"Setelah mengambil keterangan semua pihak, mengikut peraturan Liga Malaysia 2013-2016, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) berpuas hati untuk memberikan kemenangan 3-0 kepada JDT dan layak ke suku akhir Piala FA berdasarkan perkara 4.12.15b iaitu menarik diri dan gagal bermain.

"Merujuk kepada peraturan yang kita bincang iaitu di bawah 4.12.1, alasan keselamatan yang diberikan T-Team untuk menarik diri tidak cukup kuat kerana hanya pegawai pertandingan sahaja boleh menentukan, mereka (T-Team) tidak ada hak.

"Mereka telah dipanggil oleh pengadil untuk menyambung permainan tetapi mereka enggan, jadi daripada segi peraturan, JDT berhak diberikan kemenangan percuma," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM, yang turut dihadiri Pengerusi JKPT, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Keputusan itu bermakna JDT akan menentang Kedah dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos pada 11 Februari manakala aksi timbal balik kedua pada 18 Februari yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Perlawanan pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu tertunda apabila T-Team enggan meneruskan permainan babak kedua setelah berlaku pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan.

Kelab dari Terengganu itu mendakwa seorang pemain dan jurulatih kecergasannya diserang oleh pengawai tertinggi JDT, menyebabkan mereka membuat keputusan untuk tidak menyambung perlawanan.

JDT sedang mendahului dengan 2-1 sebelum rehat melalui dua gol pemain dari Argentina, Luciano Figueiroa manakala gol tunggal T-Team dihasilkan oleh Mohd. Marzuki Yusof.

Mengulas perkara yang sama, Afandi berkata, isu pergaduhan adalah kes yang berbeza dan akan diadili oleh Jawatankuasa Tatatertib serta pihak sekretariat, manakala keputusan semalam hanya membabitkan keputusan perlawanan.

"Apa yang berlaku di dalam terowong, pihak kami akan teruskan siasatan kerana ini dua isu yang berbeza dan sekretariat akan ambil tindakan lanjut jika ada kes yang dibawa ke jawatankuasa tatatertib," katanya.

Sementara itu, Afandi berkata perlawanan Liga Perdana membabitkan Felda United dan Kedah serta UiTM dan PDRM pada 10 Februari ditunda bagi memberi laluan kepada perlawanan Piala FA pada 11 Februari.

FAM bersedia panggil TMJ

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PENGERUSI Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Seri Afandi Hamzah (kanan) dan Hamidin Mohd. Amin menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar mengenai insiden pergaduhan melibatkan JDT dan T-Team, di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan memanggil Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekiranya perlu untuk membantu siasatan atau dikenakan pertuduhan berhubung insiden di dalam terowong membabitkan pemain import T-Team, Evaldo Goncalves sewaktu perlawanan Piala FA di Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya tidak akan memilih bulu kepada mana-mana pihak demi mencari keadilan, dan ini termasuk terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung insiden di dalam terowong menuju bilik persalinan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos itu kerana Jawatankuasa Tatatertib serta Sekretariat FAM sedang melakukan siasatan.

"FAM melalui Sekretariat dan Jawatankuasa Tatatertib akan membuat susulan dalam tempoh yang terdekat terhadap isu di dalam terowong mengikut proses setelah meneliti semua laporan yang kami dapat, jika terdapat bukti menunjukkan adanya pergaduhan dan pertelingkahan, kes ini akan dibawa untuk perbicaraan.

"Perlu saya nyatakan di sini, tiada sebarang kompromi dalam hal ini dan sekiranya FAM perlu membawa Tunku Mahkota Johor menghadiri mesyuarat tatatertib, kami akan buat.

"Saya sedia maklum laporan polis dalam hal ini telah dibuat, cuma FAM akan bertindak mengikut bidang kuasa kami dan hal lain diserahkan kepada pihak keselamatan," katanya dalam sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM semalam hanya membincangkan mengenai status keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan dan akan menetapkan tarikh persidangan selewat-lewatnya pada minggu hadapan jika terdapat kes dalam laporan insiden terbabit.

Pihak pengurusan T-Team mendakwa Evaldo telah ditumbuk oleh pegawai pengurusan tertinggi PBNJ ketika menuju ke bilik persalinan sementara jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo ditendang di bahagian kemaluan.

Susulan kejadian itu, T-Team menerusi Ketua Pegawai Operasi, Syahrizan Mohd. Zain membuat laporan polis di Kuala Terengganu atas faktor keselamatan pemain pada 3 Februari lalu.

Perkembangan kes berkenaan bertambah menarik apabila jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez pula membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, Johor Baharu Selatan pada hari yang sama selepas mendakwa kolar bajunya ditarik oleh Impagliazzo dan ditolak oleh salah seorang pemain T-Team.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Suspek kejadian samun maut dipukul

Posted: 06 Feb 2014 09:42 AM PST

AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Seorang lelaki maut dipukul dengan batu oleh orang ramai yang berjaya mencekupnya selepas dia menyamun di sebuah stesen minyak di Jalan Jambu Jerteh, Jinjang di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, suspek berusia 46 tahun itu datang bersama rakannya menaiki sebuah motosikal ke stesen minyak tersebut sebelum menyamun wang berjumlah RM1,500 dan 220 kotak rokok daripada premis itu.

Menurut sumber, selepas melakukan jenayah itu, suspek yang bersenjatakan parang cuba melarikan diri ke seberang jalan namun berjaya dicekup oleh orang ramai lalu membelasahnya.

"Rakan suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal sementara dia dibelasah hingga mati oleh orang ramai.

"Suspek mengalami luka parah di bahagian muka sebelah kanan dipercayai dipukul dengan batu," katanya.

Turut ditemui bersama suspek ialah kad OKU serta lesen memandu. - UTUSAN ONLINE

Pemandu lori putus kaki maut

Posted: 06 Feb 2014 11:07 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
pengarang@utusan.com.my

Keadaan lori dipandu mangsa remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 141.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Pagoh, Johor, semalam.

PAGOH 6 Feb. - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera selepas lori tiga tan yang dipandunya merempuh sebuah treler di Kilometer 141.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Yong Peng hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, pemandu berkenaan, S. Kalaimani, 33, putus kaki kanan manakala kelindan yang berusia dalam lingkungan 30-an cedera di kepala dipercayai terhantuk pada papan pemuka lori tersebut.

Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru untuk menghantar barangan runcit dan apabila tiba di tempat kejadian, lori tersebut hilang kawalan lalu merempuh belakang treler tersebut.

Akibat pelanggaran tersebut, lori berkenaan remuk di bahagian hadapan, sekali gus mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk.

Kalaimani yang berasal dari Klang, Selangor terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam sebelum beberapa anggota bomba dan penyelamat Muar tiba di tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkannya.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Johar Tumin berkata, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera dan dua buah motosikal bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.50 pagi.

"Kita mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit manakala kelindannya sudah dikeluarkan oleh orang awam yang menggunakan jalan berkenaan.

"Pemandu terbabit yang dalam keadaan lemah akibat pendarahan ekoran kecederaan parah dialaminya berjaya dikeluarkan dengan bantuan peralatan khas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kelindan terbabit kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pendatang haram mati lemas ketika cuba masuki Sepanyol

Posted: 06 Feb 2014 09:27 AM PST

RABAT 7 Feb. - Sekurang-kurang tujuh orang pendatang haram termasuk wanita lemas ketika cuba berenang ke kawasan Ceuta di sempadan Sepanyol, dari pantai di Maghribi, semalam.

Kesemua mangsa adalah antara ahli kumpulan daripada 200 pendatang haram yang cuba untuk menyeberangi negara itu, kata pihak berkuasa bandar Fnideq, tanpa menjelaskan kerakyatan pendatang tersebut.

Katanya lagi, 13 orang daripada kumpulan itu berjaya diselamatkan dan kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan. - AFP

Penemuan bom era Perang Dunia Kedua paksa penduduk pindah sementara

Posted: 06 Feb 2014 09:22 AM PST

HONG KONG 7 Feb. - Lebih 2,000 orang terpaksa dipindahkan dan beberapa batang jalan di tengah bandar Hong Kong di sini terpaksa ditutup berikutan penemuan bom Perang Dunia Kedua seberat hampir satu tan di kawasan tapak pembinaan, semalam.

Bom gergasi milik Tentera laut Amerika Syarikat (AS) itu ditemui oleh beberapa pekerja di daerah Happy Valley, sebuah kawasan lumba kuda terkenal di negara ini.

Seorang pegawai di tempat kejadian berkata, pakar pemusnah bom terpaksa menghabiskan beberapa jam untuk mengeluarkan bahan letupan daripada kelongsong bom tersebut. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Sungai Beluan kian tercemar

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

ANTI PENCEMARAN,
Kampung Beluan, Lipis

Seorang penduduk menunjukkan aliran Sungai Beluan yang tercemar dipercayai berpunca daripada operasi perlombongan dari kawasan berhampiran ketika tinjauan Rakan Pahang di Kampung Beluan, Lipis, semalam.

Saudara Pengarang,

SAYA adalah antara 300 penduduk di Kampung Beluan, daerah Lipis ingin menyatakan kebimbangan berikutan air Sungai Beluan berdekatan penempatan kami, yang tercemar, dipercayai berpunca operasi perlombongan bijih besi di kawasan berdekatan.

Untuk makluman pembaca Rakan Pahang, sebelum lombong beroperasi, sungai di kampung kami menjadi tumpuan penduduk menangkap ikan air tawar dan sumber alternatif bagi keperluan harian jika kami terputus bekalan air bersih.

Sehubungan itu, senario pencemaran sungai itu mulai serius sejak awal tahun ini apabila air bertukar menjadi keruh dan berwarna kemerahan pekat sehingga kami bimbang untuk turun menangkap ikan air tawar hatta sekalipun menjadi sumber bekalan alternatif untuk keperluan harian.

Untuk makluman pihak berwajib, sebenarnya pencemaran itu telah berlaku sejak lombong berkenaan beroperasi, malahan senario itu bertambah teruk ketika setiap kali hujan lebat.

Pencemaran itu berasas apabila didapati air sungai ini keruh pekat dan berwarna disebabkan aliran di hulu bercampur tanah yang mengalir masuk ke dalam Sungai Beluan.

Saya selaku penduduk tetap kampung ini menaruh harapan agar pengusaha berkenaan dapat mengurangkan kadar pelepasan air lumpur dari loji lombong bagi meredakan keadaan pencemaran sungai ini.

Saya dan penduduk di sini juga berharap agar ada alternatif bagi pengusaha berkenaan melaksanakan pelepasan air dari lombong berkenaan untuk mengurangkan pencemaran termasuk keladak yang mengundang komplikasi kesihatan penduduk di sini.

Menerusi ruangan Rakan Pahang minggu ini, penduduk kampung berharap pihak berwajib memantau pencemaran berkenaan untuk memulihara kebersihan sumber air dan habitat akuakultur di situ.

Mohon pejabat pos, mesin ATM di Kuala Tahan

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

CUCU KAKAP HUSSIN,
Kuala Tahan.

Kawasan Kuala Tahan yang merupakan pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan rancak membangun tetapi tiada kemudahan mesin ATM dan pejabat pos untuk urusan pembayaran bil dan pengeluaran wang penduduk serta pelancong.

Saudara Pengarang,

SAYA merupakan golongan warga emas yang menetap di Kuala Tahan antara kawasan yang menjadi transit pengunjung dari seluruh dunia dan pelawat domestik sepanjang masa.

Sebagai penduduk tetap di Kuala Tahan, saya berasa gembira kerana perubahan pembangunan berasaskan pertanian dan pelancongan begitu jelas mendadak mendominasi kawasan itu sekali gus mengubah kehidupan penduduk setempat.

Hal ini tidak terkecuali juga jelas terpampang di depan mata pembangunan infrastruktur, iaitu premis dan calet yang menjadi tumpuan penduduk Hulu Tembeling berbelanja serta keselesaan bagi pelancong transit.

Saya berpuas hati dengan pembangunan yang kian rancak di Kuala Tahan hasil acuan pemikiran wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri ini untuk melihat senario kehidupan penduduk luar bandar berubah.

Tetapi, agak jengkel di sini yang ingin diutarakan menerusi ruangan Rakan Pahang minggu ini, iaitu tiada kemudahan pengeluaran wang sama ada di pejabat pos atau mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Kami di sini khususnya warga emas begitu sukar untuk melunaskan pembayaran bil tertentu hatta agar sukar untuk berurusan menyimpan dan mengeluarkan wang menerusi institusi berkenaan.

Senario berkenaan turut dirasai oleh pekerja swasta dan agensi kerajaan yang bertugas di situ kerana terpaksa ke bandar Jerantut sejauh 80 kilometer untuk berbelanja, transaksi wang di mesin ATM termasuk urusan bil, surat-menyurat dan keselesaan lain yang ditawarkan oleh Pos Malaysia.

Hal ini juga turut dirasai oleh pelancong Barat yang ingin mengeluarkan wang untuk berbelanja dan berhasrat meneruskan penginapan di Taman Negara apabila mereka juga terpaksa menyewa kenderaan ke bandar Jerantut semula untuk berurusan transaksi di mesin ATM di bank berkenaan.

Bagi saya dan warga emas lain juga mengalami tempias yang sama yang hendak berurusan penyimpanan serta pengeluaran wang terpaksa menaiki teksi dan bas ke bandar Jerantut yang juga menuntut kos tambang yang tinggi.

Menerusi Rakan Pahang minggu ini, saya berharap pemimpin setempat dan agensi berkenaan wajar mengutamakan tanggungjawab sosial dengan menempatkan mesin transaksi dan pejabat pos bagi keselesaan penduduk di sini.

Saya yakin pembangunan infrastruktur di Kuala Tahan bukan sahaja dibilang menerusi deretan premis, rumah dan calet, tetapi kemudahan yang saya nyatakan tadi wajar seiring untuk keselesaan penduduk setempat.

R&R Pos Betau tidak diselenggara

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

CUCU TOK BATIN,
Pos Betau, Lipis.

Timbunan sampah-sarap di kawasan Rawat dan Rehat Pos Betau berdekatan tempat meletak kenderaan ini menyakitkan mata memandang dan turut menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengunjung.

Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk menyatakan rasa jengkel apabila melihat sampah-sarap yang dibuang tidak diselenggarakan ke tempat pelupusan dengan sempurna di kawasan Rawat dan Rehat (R&R), Jalan Koyan-Cameron Highlands di Betau, daerah Lipis.

Senario berkenaan lebih menyakitkan mata memandang apabila kita menoleh dari cermin tingkap kenderaan melihat timbunan sampah-sarap berdekatan tong sampah yang tidak dipungut sejak beberapa lama dihurungi anjing liar dan langau.

Untuk makluman pembaca Rakan Pahang, hal ini lebih menyakitkan mata memandang dan dihidangkan dengan bau busuk apabila timbunan sampah itu berdekatan dengan kawasan parkir R&R Betau.

Senario itu juga mengundang rasa kecewa dalam kalangan pemandu yang berulang alik menggunakan jalan raya dari pekan Sungai Koyan ke Cameron Highlands yang ingin singgah dan berehat di kawasan R&R berkenaan.

Kecuaian ini juga berpunca apabila sikap pemilik premis dan penduduk berkenaan membuang sampah di merata-rata tanpa memasukkannya ke dalam tong yang disediakan.

Kelewatan pihak berwajib memungut sampah secara berjadual juga antara impak senario kawasan R&R Betau tidak bersih dan ceria sehingga menimbulkan ketidakselesaan pengunjung singgah di situ.

Untuk makluman pembaca Rakan Pahang sampah-sarap itu mengandungi sisa makanan, kertas, bekas polisterin, plastik, tin minuman dan bertimbun berdekatan parkir berkenaan apabila mereka yang tidak bertanggungjawab membuangnya di situ.

Keadaan bertambah busuk dan kotor apabila tempat sampah-sarap berkenaan ditakungi air hujan dan dibimbangi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pembaca sudah tentu tahu longgokan sampah berkenaan turut menjadi tumpuan kumpulan anjing liar dan babi hutan yang mencari sisa makanan sekali gus mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang melalui laluan itu khususnya pada waktu malam.

Untuk makluman pembaca Rakan Pahang, Pos Betau juga merupakan tempat transit para pelancong Barat dan pelawat domestik ketika melalui Jalan Koyan - Cameron Highlands untuk melihat budaya dan kesenian masyarakat Orang Asli di situ.

Justeru, sekiranya kawasan R&R Betau diancam kekotoran akibat dipenuhi sampah sarap sudah menampilkan imej yang kurang menarik dalam kalangan pengunjung di situ.

Hasrat saya menerusi tulisan dalam Rakan Pahang ini bukanlah bertujuan untuk mencari siapa yang bersalah, tetapi ingin menyedarkan semua pihak agar bekerjasama dan mencintai kebersihan alam sekitar terutamanya di kawasan R&R dan pusat pelancongan.

Sehubungan itu, saya berharap masalah sampah itu perlu ditangani secara bersama-sama antara pihak berwajib, pemilik premis dan penduduk di Pos Betau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bapa kelar anak didakwa di Hospital Kajang

Posted: 06 Feb 2014 11:07 AM PST

Abdul Jalil Salam Muhammad (kiri) hadir untuk membaca pertuduhan ke atas Norazman Mohammad yang dituduh membunuh anaknya di Hospital Kajang, dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Seorang bapa yang dikaitkan dengan kes mengelar sehingga mati anak perempuannya berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, hari ini didakwa di Hospital Kajang dekat sini atas tuduhan membunuh anak bongsunya itu, tujuh hari lalu.

Norazman Mohammad, 43, mengangguk tanda faham setelah pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad dari Mahkamah Kajang.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Abdul Jalil tiba di hospital berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum pertuduhan dikemukakan terhadap Norazman di wad 2 hospital berkenaan yang diisytiharkan sebagai kawasan mahkamah.

Tertuduh ditempatkan di wad tersebut sejak 30 Januari lalu untuk menerima rawatan akibat cedera di kepala semasa cuba melarikan diri selepas kejadian.

Lelaki yang menganggur itu didakwa membunuh Zulaikha menggunakan parang dalam rumah No, 21 jalan 4/9G Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, dekat sini, kira-kira pukul 4 petang, 30 Januari lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Norazman juga didakwa atas dua tuduhan lain iaitu cuba membunuh anaknya, Maryam, 10, dan Liyana, 12, sehingga menyebabkan kecederaan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Yang turut sama dalam wad berkenaan semasa pertuduhan dibacakan ialah isteri tertuduh, Umi Supya Ismail, 42, dan seorang anaknya serta peguam, Nasar Khan yang dilantik oleh wanita itu untuk mewakili suaminya.

Sementara itu ketika ditanya para pemberita di luar hospital, Abirami berkata, tertuduh kini stabil dan akan ditahan sehingga 25 Februari ini untuk sebutan kes dan memastikan kehadirannya di mahkamah.

Menurut beliau, pihaknya akan mengemukakan permohonan semasa tarikh sebutan itu agar tertuduh mendapat rawatan psikiatri bagi mendapat laporan kesihatan mental.

Dalam pada itu, Umi Supya yang tiba di wad hospital itu kira-kira pukul 10 pagi dilihat pantas menutup mukanya dengan beg setelah menyedari kehadiran para petugas media di ruang legar wad berkenaan.

Dia kemudian bergegas memasuki wad itu bagi mengelak ditemu ramah oleh para pemberita dengan diikuti oleh Nasar.

Petugas media yang menunggu sejak awal pagi tidak dibenarkan memasuki wad berkenaan semasa pertuduhan dibacakan malah beberapa pemberita yang cuba melihat prosiding itu berlangsung menerusi tingkap berhampiran katil tertuduh turut dihalang oleh seorang lelaki yang kemudian bertindak menutup pintu wad berkenaan.

Turut kelihatan berada di ruang legar wad berkenaan ialah beberapa jiran tertuduh.

Semasa kejadian tersebut Zulaikha maut selepas dikelar di leher sementara Liyana yang cedera di belakang leher serta putus ibu jari, dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala adiknya, Maryam cedera di belakang kepala dan tangan dirawat di Hospital Kajang.

'Tuhan Harun' mohon gugur semua pertuduhan

Posted: 06 Feb 2014 11:07 AM PST

HARUN Mat Saat (berkerusi roda) dikawal anggota polis ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah, Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 6 Feb. - Ketua pengikut ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai 'Tuhan Harun' akan mengemukakan representasi untuk menggugurkan kesemua 10 pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Harun Mat Saat, 47, yang dikenakan waran tangkap kerana menghilangkan diri sebelum ini dituduh mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1987 antaranya atas kesalahan menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai tuhan.

Peguam syarie, Abdullah Sidek yang mewakili Harun berkata, permohonan representasi itu akan dikemukakan kepada Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berikutan masalah kesihatan yang dialami oleh anak guamnya.

"Saya berharap pihak pendakwaan meneliti permohonan tersebut dan seterusnya mengetepikan kes ini,'' katanya yang turut memaklumkan beliau baru dilantik mewakili Harun pada hari ini.

Harun hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda akibat diserang angin ahmar beberapa bulan lalu.

Hakim Syarie, Abdul Wahid Md. Ali kemudian menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Fahmi Abd. Jalil.

Pada 24 April tahun lalu, Harun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 10 pertuduhan iaitu menghina agama Islam dengan mengaku diri sebagai 'Tuhan 2013', menyebarkan ajaran sesat Tuhan Harun atau Tuhan 2013 dan mencetak, menerbit serta menyimpan dokumen berkaitan ajaran tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tiga premis masing-masing beralamat A165, tingkat atas Farmasi Ghazali, Lorang IM 16/1, Bandar Indera Mahkota; B36, Tingkat 2, Lorong Seri Teruntum 39, Jalan Bukit Ubi; dan B16-1st Lorong Pandan Damai 2/201 di sini.

Pertuduhan-pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 170, 164(1) dan 164(2), Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizie ganti Faizal Ismail di Hot FM

Posted: 06 Feb 2014 04:33 AM PST

FIZIE (kiri) bersama Fara Fauzana dan AG sewaktu ditemui pada majlis pengumuman gandingan trio radio Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, hari ini. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penyampai radio Hot FM Kelate, Fizie, 26, diumumkan sebagai pengganti Faizal Ismail dalam slot Hot FM Am Krew radio berkenaan berkuatkuasa 10 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, Fizie dipilih sebagai penyampai baharu selepas Faizal meletakkan jawatannya November lalu.

Katanya, Fizie akan digandingkan dengan Fara Fauzana dan AG bagi mengacara slot Hot FM AM Krew setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar sempena sidang akhbar pengumuman penyampai baharu Hot FM di di Bandar Utama, Petaling Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Syafiq Kyle masih sendiri

Posted: 05 Feb 2014 08:36 PM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS

MASIH mencari calon yang sesuai untuk dijadikan isteri.

KETIKA namanya hangat diperkatakan dengan seorang pelakon wanita yang cukup dikenali, lelaki bernama Syafiq Shamim Abdul Razak sebenarnya telah cuba untuk membersihkan segala kontroversi itu. Satu jawapan agak klise diberikan kepada para media. Hubungannya dengan Jue Aziz dijelaskan sebagai teman biasa sahaja. Tiada yang lebih daripada erti sahabat.

Ada juga benarnya, orang di sekeliling sepatutnya tidak menjadikan sekeping gambar itu sebagai satu bukti yang menunjukkan mereka sedang bercinta. Selidik dahulu sebelum memberikan spekulasi.

Kepada Hits, jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini yang dikenali dengan nama komersialnya, Syafiq Kyle memberitahu secara jujur bahawa gambar yang tersebar itu sebenarnya gambar lama.

Tiada apa yang perlu diungkitkan. Gambar itu sudah berusia setahun. Memang betul saya ada keluar bersama Jue Aziz tetapi tidak bermakna kami sedang bercinta.

Kami hanya berkawan. Perkenalan kami bermula selepas saya berkawan dengan pengurus peribadinya. Memang tidak dinafikan, saya selesa berkawan dengannya dan saya berkawan dengan semua orang.

Rasanya, itu adalah pertemuan kali pertama kami untuk keluar makan. Bukan saya seorang sahaja, ada lagi rakan-rakan lain yang ikut. Kami juga bukannya berjumpa setiap hari dan tidak selalu berhubung," katanya yang sentiasa menjaga tertib sebagai seorang selebriti.

Mengikut apa yang dikatakan Syafiq, harapannya adalah agar para peminat tidak terus memberi pandangan negatif terhadap hubungannya dengan Jue Aziz.

Ketika ditebak persoalan mengenai gadis yang telah mencuri hatinya, jawab Syafiq, setakat ini dia masih solo.

Jujur saya katakan, saya belum mempunyai teman wanita. Saya belum bersedia untuk memberi seratus peratus komitmen dalam hubungan cinta.

Bagi saya, cinta itu masih tidak penting. Saya senang menjalani kehidupan solo dan umur saya juga masih muda. Banyak lagi benda yang perlu saya buat.

Kalau cinta itu sekadar cinta monyet, baik tak payah. Memang cinta itu tidak perlu lagi bagi saya buat masa ini," ujar lelaki berusia 22 tahun ini.

Tetap dengan pendiriannya, Syafiq beranggapan kadangkala urusan cinta sebenarnya hanyalah akan menjejaskan impiannya untuk fokus bergelar penghibur sejati.

Terima jodoh keluarga

Mungkin masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang bakal menjadi suri hatinya, Syafiq tidak menolak kemungkinan untuk menerima jodoh daripada pilihan keluarga.

Itu hanya kemahuan Syafiq sekiranya ingin menamatkan zaman bujangnya kelak. Tidak mustahil juga semua itu akan berlaku memandangkan dia belum bertemu dengan mana-mana gadis yang sesuai.

Kalau ditakdirkan masih tidak mempunyai kekasih, rasanya saya lebih senang menyerahkan soal siapa bakal isteri kepada ibu bapa untuk membuat pilihan.

Kadang-kadang, saya rasa pilihan keluarga ini ada baiknya, dengan syarat dia sesuai dengan citarasa saya.

Tetapi semua itu hanya akan berlaku jika saya masih belum berkahwin pada usia yang sudah agak tua. Saya sendiri tidak menetapkan usia bila untuk berkahwin, tidak jadi masalah pun, " katanya.

Ditanya mengenai perempuan jenis yang mana menjadi pilihan, Syafiq awalnya agak keberatan untuk menjelaskannya. Biarlah dia menyimpan semua itu kerana soal cinta atau kahwin bukan perkara utama untuk difikirkan ketika ini.

Jika saya ditakdirkan berkahwin dengan wanita berusia pun akan saya terima. Sebab itu, setiap kali ingin berkawan dengan mana-mana perempuan. Penting untuk saya kenal betul-betul hati budinya. bukan hanya memandang ke arah kecantikannya semata-mata.

Lagipun, saya tidak memilih untuk berkawan dengan sesiapa sahaja," kata jejaka pemalu ini.

Diherdik pengarah

SUDAH menjadi asam garam seorang pelakon baru sepertinya yang masih hijau. Diherdik, dimaki dan dimarah oleh pengarah adalah perkara biasa. Pun begitu, Syafiq melihat semua itu sebagai satu pengajaran buatnya untuk terus mengumpul sebanyak mungkin pengalaman.

Di lokasi, tidak kisah dengan apa yang pengarah nak saya buat, itu akan meninggikan tahap keyakinan saya.Ada juga pengarah yang menasihati saya supaya bertegas dengan setiap watak yang akan dibawa. Saya berterimakasih kepada mereka kerana nasihat-nasihat seperti ini yang akan meningkatkan mutu lakonan saya," kata Syafiq yang masih belum puas dengan lakonannya.

Ketika ditanya tahap kepuasan dalam kerjayanya, kata Syafiq, semuanya masih banyak yang perlu diperbaiki. Berdasarkan kepada segi pembawakan watak dalam lakonan, dia sedar bahawa dirinya banyak kekurangan sehingga hari ini.

Saya tidak dapat lagi mengubah 50 peratus diri sendiri untuk membawakan sesuatu watak. Saya masih lagi dengan watak diri sendiri. Harapan saya memang agar dapat menghayati watak itu suatu hari nanti.

Tetapi, watak yang paling saya suka ialah watak aksi kerana saya sudah menjalani latihan muay thai dan ingin mempraktikan apa yang saya sudah belajar itu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq akan muncul dalam slot drama Tuan Rumah Pembantu Rumah dan Anugerah Terindah.

Memang dia sangat gembira apabila penerbit drama amat menyenanginya dan sehingga kini dia sering menerima pelbagai tawaran lakonan.

Alhamdulillah, saya masih lagi baru dan banyak perkara yang perlu dipelajari. Terus terang, saya memang tidak dikenali tetapi tawaran lakonan ada saja yang datang.

Dan saya ambil peluang tawaran berlakon itu dengan mengasah bakat saya untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa, " tuturnya yang memulakan langkah dalam bidang lakonan sejak tiga tahun lepas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kajang kejang, tegang dan bengang

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

Dr. Ahmad Zaki Ismail
PENULIS ialah Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris)

Pekan Kajang akan menjadi bertambah sibuk apabila penduduknya terpaksa memilih semula ADUN mereka pada Pilihan Raya Kecil pada 23 Mac ini. - BERNAMA

MEMANG suasana perayaan Tahun Baharu Cina belum berakhir kerana ia masih lagi dirayakan hingga hari yang ke-15 terutamanya bagi masyarakat keturunan Hokkien. Bagaimanapun, dalam kegembiraan masyarakat Cina meraikan tahun Kuda 2014 banyak kejadian dan peristiwa turut terheret bersamanya.

Isu paling banyak diperkatakan adalah tindak-tanduk pemimpin wanita sebuah parti pembangkang berbangsa Cina yang mempersendakan banyak pihak dalam bentuk satira dan sandiwara yang disiarkan melalui media YouTube sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati dan kemarahan pelbagai pihak.

Akibatnya, puluhan laporan polis dibuat terhadap pemimpin berkenaan. Reaksi beliau pula adalah menafikan sekeras-kerasnya ia dibuat untuk menyinggung perasaan sesiapa tetapi sekadar menyindir dan menegur secara sinis. Malah beliau menuduh UMNO yang memanipulasikan situasi sehingga ia disalah tafsir dan menuduh pihak berkuasa jika mengambil tindakan bersikap berat sebelah.

Agaknya ini mempunyai hubung kait dengan satu lagi peristiwa besar yang bakal berlaku tidak lama lagi iaitu pilihan raya kecil di Kajang. Ia diibaratkan sebagai paluan gong awal bagi menghidupkan amaran bahawa dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung kelak semua isu dan cara akan dihalalkan walaupun bakal mengundang ketegangan antara kaum atau agama.

Meskipun nampaknya kerajaan cuba sedaya upaya untuk menenang dan memenangi hati rakyat dengan pelbagai pemberian yang tidak putus-putus tetapi nampaknya seperti ada yang tidak sempurna. Kerana pemberian yang diberikan itu memberikan impak yang negatif sehingga mencetuskan kenaikan harga barangan termasuk keperluan harian.

Malah kenaikan harga barang pengguna sudah sampai ke tahap yang tidak munasabah. Sebagai contoh harga ikan kembung meningkat kepada RM16 sekilogram berbanding ikan salmon yang hanya berharga RM12 sekilogram. Begitu juga harga daging tempatan yang sudah mencecah hampir RM30 sekilogram telah mencetus fenomena yang tidak boleh difahami oleh kebanyakan pengguna ketika ini.

Hasil mainan emosi dan tidak ada justifikasi yang rasional kepada kenaikan bahan-bahan keperluan ini sudah tentu menjadikan orang biasa dan kebanyakan mereka yang tidak mahu pening memikirkan sebab-sebabnya akan menjadi sangat bengang kepada kerajaan. Malah lebih buruk lagi apabila pada masa sama syarikat milik kerajaan seolah-olah sengaja ingin mensabotaj imej pemerintah dengan turut menaikkan kadar tarif perkhidmatan mereka pula.

Jentera propaganda pembangkang nampaknya sangat berkesan dan bijak memainkan peranan ataupun mungkin juga di pihak kerajaan bergerak terlalu perlahan dan tidak bersungguh-sungguh menangkis dakyah yang sedang digembar-gembur ketika ini.

Sesungguhnya dari atas kelihatan semuanya seperti riak dan ombak kecil sahaja di permukaan air tetapi sebenarnya gelombang dan arus deras sangat ganas di dalam sana dan hanya mereka yang berkayuh bersama akan merasainya dan bukan sekadar bermain di permukaan sekadar membasah tangan untuk ditunjuk kepada bos besar sahaja.

Orang Kajang perlu didekati dengan berhemah kerana mereka bukan orang hulu yang tidak bersekolah atau hard up untuk janji pembangunan sahaja. Mereka sudah bersekolah dan mereka kini ingin menyekolahkan pula bakal calon yang akan dilantik di sana. Kerana kini kata-kata ingin berubah dan sedia berubah tidakpun nampak secara nyata diterjemahkan oleh kebanyakan pimpinan peringkat menengah dan akar umbi. Sehingga keenakan diulit mimpi lama meskipun sudah berkali-kali terjaga terus disambung juga.

Malahan para pegawai kanan kerajaan juga ramai yang tinggal di kawasan berhampiran dan kemungkinan juga berdaftar untuk mengundi di sana. Mungkin tidak ramai yang berpeluang mendengar keluhan mereka sewaktu sesi tertutup bersama Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini.

Tentunya jika semua isu yang mereka bangkitkan itu mampu ditangani, ada potensi untuk meningkatkan jumlah undi tetapi jika sebaliknya tentu suasana panas ketika sesi itu akan diterjemahkan tanpa rasa takut dan ragu lagi bagi menghantar satu lagi roket bagi meledakkannya kepada mereka yang sepatutnya lebih prihatin dalam membuat keputusan.

Rasanya sudah cukuplah bersandiwara dan berbasa-basi dan menutup semua masalah daripada pengetahuan pembuat keputusan supaya tindakan yang bakal diambil lebih tepat dan jitu. Masalah rakyat bukan bahan mainan politik dan ia sepatutnya diselesaikan dengan cara yang bersepadu supaya mampu diselesaikan secara tuntas. Ia bukan masalah bermusim sepertimana musim banjir ataupun musim tengkujuh.

Sebaliknya ia perlu dilaksanakan dengan program yang benar-benar realistik dan boleh diukur keberkesanannya.

Malah akui seorang pegawai kerajaan bertaraf JUSA C, mereka kecewa dijadikan sebagai kambing hitam dan dikorbankan walhal mereka yang menikmati pendapatan lebih besar seperti JUSA B, JUSA A dan selanjutnya terlepas pandang. Kumpulan JUSA C ini merupakan barisan hadapan yang berhubung terus dengan rakyat biasa dan mereka ini pula ditarik keistimewaan kecil yang tidak seberapa. Tentulah ia tidak signifikan dan tidak menjimatkan sebanyak manapun belanja sebenar.

Perkara-perkara sebeginilah sebenarnya yang sudah terlepas pandang dan tidak diberikan perhatian wajar, tidak seperti sebelumnya. Umpama pohon yang baik tidak diberikan baja dan perhatian maka tentu buah yang bakal dihasilkan tidak akan menjadi seperti diharapkan. Agaknya pemberi cadangan berkaitan usaha penjimatan juga mempunyai agenda-agenda peribadi mereka yang jauh melebihi agenda negara.

Malahan di pihak lain pula, media cetak sepatutnya lebih terbuka dalam mendedahkan pelbagai perkara supaya ia mampu sampai kepada pembuat keputusan segala keluh-kesah rakyat marhaen dan tidak hanya menghidangkan yang enak sahaja untuk ditatap sekiranya mahu keputusan yang betul boleh dibuat.

Umpama mencari ubat dan penawar, tentunya kita tidak keberatan menelan yang pahit kerana ia lebih mujarab berbanding daripada yang manis seperti sifat ubat batuk dan ubat cacing sahaja.

Demi menghilangkan rasa tegang, menghembus suasana bengang dan mengendurkan kekejangan, sesuatu perlu dilakukan sekiranya Kajang ingin dirampas dan bukanlah mengambil jalan pintas meletakkan calon bidan terjun berdasarkan populariti semata-mata. UMNO sebagai peneraju BN tidak perlu lagi mengamalkan sikap apologetik kepada parti komponen lain demi memastikan DUN Kajang tidak kembali kepada pembangkang sekali lagi.

Kajang bukan sekadar pilihan raya kecil tetapi ia sebenarnya manifestasi situasi semasa di seluruh negara. Ia adalah gambaran sebenar apa yang bakal berlaku untuk tempoh-tempoh menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang.

Sekaranglah masanya sebelum terlambat kerana biarlah sedikit lewat, jangan tidak berubah kerana angin perubahan sudahpun menjadi badai yang semakin gila dan sukar dikendalikan lagi.

Perlunya tindakan lebih berkesan

Posted: 06 Feb 2014 11:08 AM PST

AZRIL MOHD AMIN
ialah seorang peguam, dan merupakan ketua delegasi MuslimUPRo, Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland.

Pelarian etnik rohingya dari myanmar diselamatkan oleh pihak berkuasa thailand di phuket, thailAnd, baru-baru ini. - AGENSI

MESYUARAT Peringkat Tertinggi Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-21 yang diadakan di Phnom Penh pada 18 dan 19 November 2012 telah menzahirkan keazaman politik baru rantau ini dengan termeterainya Perisytiharan Hak Asasi Manusia (HAM) ASEAN atau ASEAN Human Rights Declaration (AHRD) yang melakar sejarah kewujudan rantau yang strategik ini.

Pada 18 November 2012, AHRD telah secara rasmi disepakati dan ditandatangani sebagai susulan perkembangan menarik pada 2009 apabila negara anggota ASEAN berjaya membentuk Badan HAM ASEAN yang tersendiri.

AHRD menyatakan bahawa HAM akan dipertimbangkan mengikut `konteks serantau dan nasional. Hal ini bererti sikap menghormati, mempromosi dan melindungi HAM tertakluk pada pembatasan-pembatasan yang dilakukan negara anggota ASEAN secara kolektif dan individu.

Hakikatnya, pencapaian HAM di ASEAN tidak mengikut telunjuk dan acuan faham HAM barat semata-mata, tetapi mengambil kira realiti dan pendekatan mengehadkan prinsip-prinsip HAM secara bersama dengan menurut realiti budaya, agama dan sejarah negara-negara anggota.

Penulis berhujah bahawa pendekatan yang telah disepakati tersebut merupakan acuan yang lebih berkesan pada tahap ini di dalam melaksanakan prinsip-prinsip HAM yang juga menjamin HAM dengan baik bagi keseluruhan masyarakat ASEAN.

Apabila proses pembentukan AHRD pada 2012 ini dicermati, kita mendapati bahawa ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 sebagai sebuah permuafakatan serantau masih baru di dalam arena dan prakarsa memajukan pencapaian HAM.

Rantau ini jauh berbeza dengan blok Kesatuan Eropah (EU) yang lebih rencam dan telah melahirkan pelbagai institusi HAM seperti Mahkamah HAM Eropah di sepanjang sejarah pembentukannya. Bagaimanapun, pada hakikatnya rantau Eropah berkembang menjadi terlampau liberal di dalam mentafsir hak-hak yang layak dituntut manusia sehinggakan hak-hak kontroversi seperti hak untuk murtad, kebebasan berekspresi yang kontroversi dan hak perkahwinan sesama jenis juga disebarluaskan.

Begitu juga kebebasan yang dicanang bangsa Eropah ini tidak lain telah didasarkan pada fahaman sekular yang memisahkan agama dari ruang awam serta bertitik tolak daripada trauma mereka mengalami kesan perang dunia kedua serta pengalaman perit peristiwa holocaust.

Melihat realiti dan fakta tersebut, sudah tentu acuan dan kerangka HAM rantau Eropah sebagai manifestasi kefahaman dan pengamalan HAM Barat tidak bersesuaian dengan rantau ASEAN. Justeru, AHRD sebagai keazaman baru di dalam medan HAM ASEAN seharusnya membentuk jati diri tersendiri apabila perbahasan tentang prinsip-prinsip HAM yang absah diadakan untuk mencapai kesepakatan.

Bagaimanapun pendekatan yang diambil ASEAN di dalam melaksanakan dan memenuhi pencapaian HAM di rantau ini mempunyai banyak ruang pemerkasaan. Salah satu prinsip yang dipersetujui dalam konteks ini adalah non-interference (tidak mencampuri hal ehwal dalaman dalam kalangan negara ASEAN).

Bertitik-tolak dari prinsip ini dan dengan semangat kesepakatan untuk menerima HAM mengikut acuan tersendiri, ASEAN seharusnya belajar daripada pengalaman kegagalan perlindungan HAM di beberapa negara anggota ASEAN akibat penerimaan dan pelaksanaan prinsip non-interference.

Myanmar adalah contoh negara anggota yang paling sering mengalami krisis politik dan sektarian dalam kalangan anggota ASEAN. Namun atas nama prinsip non-interference, campur tangan bersifat kemanusiaan sekalipun sukar, dilakukan rakan-rakan ASEAN.

Setelah hampir dua tahun AHRD dimaktubkan, ujian sebenar keberkesanannya mula menjelma saat kita berhadapan dengan peristiwa kekejaman rejim Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya yang beragama Islam serta beberapa etnik minoriti lain.

Pembunuhan beramai-ramai penduduk di daerah-daerah tertentu, pengusiran serta pencabulan HAM ke atas etnik yang diperakui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai etnik minoriti paling dizalimi kesemuanya menjurus ke arah tragedi pembunuhan besar-besaran ataupun genocide di rantau ini.

Pendek kata, AHRD masih kurang berkesan bagi tuntutan-tuntutan absah HAM kerana dihalang prinsip non-interference tersebut. Sesetengah pemerhati politik berpandangan bahawa model AHRD seumpama ini sekadar mengizinkan badan HAM ASEAN untuk menjadi ruang mengukuh persaudaraan antara negara anggota ASEAN dan sekadar tempat saling mengadu tentang situasi HAM di negara masing-masing.

Bagi rejim seperti Myanmar pula, realiti ini hanya menzahirkan sikap hipokrit mereka mencanangkan kepada dunia untuk meratifikasi lebih banyak konvensyen HAM sejagat, tetapi pada masa sama meneruskan pembersihan etnik Rohingya beragama Islam.

Sebagai pernyataan dan peneguhan iltizam yang mengikat secara moral, AHRD ini semestinya mengandungi prinsip-prinsip dasar HAM dengan piawaian sejagat tetapi memenuhi realiti budaya, agama dan sejarah tempatan. Selain atas prinsip non-interference, kandungan AHRD yang demikian merupakan identiti badan HAM ASEAN di dalam menyusun perisytiharan ini dengan dukungan masyarakat sivil.

Dalam konteks menyelamatkan etnik Rohingya daripada kekejaman berterusan, tindakan rejim Myanmar menghalalkan pembunuhan dan pengusiran sesebuah etnik adalah pelanggaran yang tidak dapat diterima sama ada di peringkat AHRD ataupun di dalam mana-mana konvensyen HAM sejagat. Demi kemanusiaan, mungkin tahap perlaksanaan prinsip non-interference ini perlu dinilai semula dan dilaksanakan secara bijaksana sebagai langkah pemerkasaan HAM di ASEAN.

Adakah AHRD gagal secara menyeluruh di dalam menghentikan pencabulan HAM etnik Rohingya? Pada hakikatnya, landasan yang sedia wujud semenjak AHRD dimaktubkan sudah pun betul. Negara anggota ASEAN perlu meneliti pada semangat dan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam AHRD dan bertindak segera dengan menggunakan prinsip-prinsip di dalam AHRD demi menyelamatkan etnik minoriti Rohingya daripada kekejaman, pembunuhan dan pencabulan HAM berterusan.

Perhatian perlu diberi khususnya pada Fasal 3 yang menegaskan... Tiap-tiap orang mempunyai hak pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang. Tiap-tiap orang sama rata di sisi undang-undang. Tiap-tiap orang berhak tanpa perbezaan kepada perlindungan yang sama undang-undang, manakala Fasal 4 berhubung Hak-hak wanita, kanak-kanak, warga tua, orang kurang upaya, pekerja asing dan kumpulan yang lemah dan terpinggir..." Kedua-dua fasal tersebut adalah bersifat sejagat.

Sesiapapun dalam kalangan negara ASEAN, hatta yang mengkritik AHRD sebagai tidak menepati Perisytiharan HAM Sejagat (UDHR) perlu akur bahawa AHRD menjamin hak-hak yang disebutkan di dalam kedua-dua fasal tersebut. Justeru tidak adil sekiranya penganiayaan dan pencabulan berterusan HAM etnik Rohingya dibiarkan berterusan.

Fasal 14 AHRD pula jelas melindungi warga ASEAN seperti etnik Rohingya ini. Fasal tersebut menyebut bahawa .... Tiada seorang pun boleh dikenakan seksaan atau kejam, layanan yang tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah atau hukuman." Dengan berlandaskan fasal ini secara khusus, negara anggota ASEAN perlu segera bersepakat bertindak menyelesaikan isu etnik Rohingya secara serius.

Dalam hal ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang menjunjung prinsip kesederhanaan sejagat perlu memainkan peranan proaktif menggerakkan inisiatif permuafakatan bagi menyelesaikan masalah ini secara bersama. Hatta jika Malaysia terpaksa mencadangkan agar prinsip non-interference ini dipertimbangkan semula sekalipun, tindakan ini perlu dilakukan demi menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia daripada terus terkorban dan dizalimi di Myanmar.

Pada saat ini, harapan yang tersisa daripada badan HAM ASEAN adalah mengoptimumkan prinsip-prinsip HAM yang wujud menerusi AHRD demi menyelamatkan etnik Rohingya daripada pembersihan etnik. Tanpa tindakan susulan untuk merealisasikan prinsip-prinsip di dalam AHRD demi menyelamatkan kemanusiaan, AHRD akan sekadar menjadi sebuah aspirasi penzahiran politik sebuah rantau yang pada hakikatnya berpotensi untuk menjadi contoh pada peradaban manusia sejagat.

Tetapi dengan penderitaan etnik Rohingya yang berterusan, ASEAN perlu memikirkan kembali potensi itu secara serius dan bertindak segera sebelum kehilangan potensi tersebut selama-lamanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Latih anak kecil urus diri sendiri

Posted: 05 Feb 2014 08:36 PM PST

JIKA situasi ini sedang melanda diri anda, pasti naluri keibuan sedikit gusar lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan-rakan lain yang sebaya sudah pandai menguruskan diri ketika hendak membuang air kecil atau besar.

Keadaan anak-anak kecil yang masih mengenakan lampin pakai buang atau bergantung kepada ibu bapa untuk 'urusan' ke tandas pada usia di mana mereka sepatutnya sudah boleh melakukan sendiri, bukan setakat menggusarkan malah turut memberi kesan kepada perkembangan dan psikologi kanak-kanak tersebut.

Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, seeloknya kanak-kanak apabila mencecah usia dua tahun ke atas sudah boleh dilatih dan didedahkan dengan cara-cara menguruskan diri kerana ketika itu mereka sudah faham serta mengenali bahagian anggota badan masing-masing.

Biasanya kanak-kanak seusia ini cuma tidak tahu cara-cara membuang air kecil atau besar di tandas dan melakukan sendiri proses membasuhnya dengan cara yang betul kerana selama ini bergantung pada lampin pakai buang atau diurus oleh ibu dari mula sehingga akhir.

Untuk melatih melakukan sendiri, pada peringkat awal ibu bapa boleh mendedahkan mereka dengan cara membuang air besar dengan mencangkung atau duduk.

Kemudian pendedahan menggunakan tangan yang betul untuk membasuh najis mereka. Latihan yang berterusan akan membantu mereka berjaya dalam usaha ini," jelasnya.

Tambah Dr. Mariani lagi, bagi membuatkan proses latihan lebih berkesan, seeloknya ibu bapa melakukan demonstrasi terlebih dahulu agar anak-anak kecil mudah untuk mempelajari dan mengikut.

Langkah pertama, ibu atau bapa bersama-sama anak tersebut tunjuk sendiri cara hendak duduk untuk membuang air besar atau kecil.

Praktikkan cara tersebut kepada mereka apabila mereka mengadu untuk membuang air. Ajar juga mereka untuk mengepam tandas setelah selesai.

Seterusnya, apabila mereka sudah diyakini dapat mempelajari proses tersebut, ibu atau bapa masih perlu memantau dengan mengikut mereka ke tandas bersama-sama tetapi proses mencuci tersebut biar mereka yang lakukan sendiri.

"Bantu mereka jika anda mendapati keadaan tidak terkawal," jelasnya.

Dr. Mariani menambah, proses tersebut seeloknya dilakukan berterusan sehingga sebulan sama ada dipantau oleh ibu bapa atau mendapat bantuan daripada pembantu rumah.

Apabila kanak-kanak didapati sudah pandai menguruskan sendiri proses tersebut, seterusnya anda hanya perlu memantau anak-anak dari jauh tanpa menggunakan bantuan fizikal.

Teruskan memantau mereka dalam tempoh ini tanpa menggunakan fizikal tetapi berikan arahan dan perhatian apabila mereka memerlukan bantuan," katanya.

Mengawal anak mengamuk

Posted: 05 Feb 2014 08:36 PM PST

Pernahkah anda mengalami keadaan anak-anak yang mengamuk. Tidak semena-mena dia menjerit, membaling barang-barang yang ada, sukar untuk dipujuk dan sebagainya.

Anak yang sedang mengamuk bagaikan seorang yang hilang kawalan, sebenarnya sedang menghadapi badai dan taufan dalam emosinya. Dia memerlukan seseorang yang lebih bijak untuk membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat.

Sebagai ibu bapa, anda pula tidak harus hilang kawalan saat itu, kalau tidak pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sekiranya anda memarahi anak secara melulu, menengking dan menjerit kepada mereka, tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.

Pada awalnya memanglah mereka akan nampak diam dan nampak seperti mendengar kata, tetapi hati dan jiwa mereka tercalar. Dalam situasi seperti ini perlunya nilai-nilai kepimpinan dalam diri ibu dan bapa untuk mengendalikan keadaan.

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat, apabila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda. Ini kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka yang anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang serta tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu, tetapi ingatlah bahawa anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat atau suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu bapa yang dia sayang.

Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu?

Adakah mereka ini keturunan Adam A.S yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita apabila mereka lemah pada ketika itu.

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya.

Itulah sebabnya, apabila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin rasa tidak dikasihi atau keletihan sehingga dia hilang kawalan emosinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


PATI cuba sembunyi dalam hutan

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

ANGGOTA penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri membuat pemeriksaan terhadap pendatang asing tanpa izin di kilang kitar semula di Pekan Nanas, Pontian, awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU 5 Feb. - Cubaan segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di dalam timbunan barang kitar semula dan tangki air gagal apabila mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri ini awal pagi ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2 pagi di kilang kitar semula di Pekan Nanas, Pontian itu, seramai empat lelaki warga Bangladesh, Nepal dan Pakistan berusia 25 hingga 35 tahun ditahan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Anuar Zainal berkata, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai majikan mereka berusia 30-an.

"Dalam operasi bersepadu disertai 18 pegawai dan anggota, kita memeriksa 39 pendatang asing dengan 15 merupakan warga Bangladesh, Myanmar (12), Nepal (8), Indonesia (3) dan Pakistan (1).

"Ada yang melarikan diri dan bersembunyi di kawasan hutan berhampiran kilang berkenaan namun kita berjaya menangkap mereka semua," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Anuar berkata, PATI berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk tindakan lanjut termasuk urusan dokumentasi," katanya.

Kata beliau, kedua-dua kes tersebut turut disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

MPM semak cukai harta, kadar baharu dijangka bermula Julai

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

MUAR 5 Feb. - Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan menyemak semula kadar taksiran cukai harta dalam tempoh lima bulan ini kerana bayaran sedia ada tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.

Yang Dipertua MPM, Ramlee A. Rahman berkata, satu kajian akan dilakukan sebelum kadar baharu dilaksanakan bermula Julai ini dan pihaknya sedia menimbang pelbagai perkara termasuk pandangan rakyat.

"Cukai harta ketika ini mengikut kadar lama yang tidak pernah berubah sedangkan nilai hartanah di kawasan Muar sudah meningkat berkali ganda mengikut nilai semasa.

"Langkah menaikkan cukai harta untuk bangunan komersial terutama hotel, kompleks beli-belah dan pusat hiburan juga sudah dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Kulaijaya, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Kluang," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kenaikan itu akan memberi kesan positif kepada pasaran hartanah serta ekonomi dan MPM juga akan mempunyai tambahan sumber kewangan sekali gus tidak terlalu bergantung kepada peruntukan tahunan kerajaan negeri atau Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ramlee berkata, menerusi tambahan sumber kewangan tersebut, MPM mempunyai peruntukan yang cukup untuk meningkatkan kemudahan di kawasan pentadbirannya.

Mengenai masalah peniaga yang masih tidak dapat membayar cukai atau memperbaharui lesen tahunan perniagaan, beliau berkata, ketika ini pihaknya menghadapi masalah teknikal terutama berkaitan sistem pangkalan data.

Selain itu jelasnya, sistem yang diguna pakai oleh MPM pula bertindih dengan e-PBT yang diperkenalkan kerajaan negeri dan masalah itu akan diselesaikan segera dengan menggunakan satu pangkalan data sahaja.

"Masalahnya sistem e-PBT sekarang ini seperti tidak berfungsi dan pada masa sama sistem MPM sudah tidak dapat tampung jumlah pendaftaran yang semakin meningkat. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini mungkin kita akan buat secara manual," katanya.

Dalam perkembangan lain, MPM melantik 24 Ahli Majlis bagi penggal ini dan mengekalkan beberapa muka lama yang keanggotaannya daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau berharap pelantikan seramai 12 ahli daripada UMNO, sembilan (MCA), dua (MIC) dan seorang (Gerakan) mampu memberi idea baharu dan membantu MPM untuk meningkatkan perkhidmatannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Denggi di NS membimbangkan

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

Mohamad Hasan menunjukkan laporan kumulatif denggi pada Sidang Akhbar Mesyuarat EXCO di Bilik Tetamu Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 5 Feb. - Mengejut dan membimbangkan! Itu adalah kenyataan merujuk kepada statistik kes demam denggi yang menyaksikan peningkatan 1,128 peratus sejak 1 Januari hingga sekarang, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, senario itu amat merisaukan kerana peningkatan itu amat ketara sekali, sekali gus menyaksikan pihak hospital tidak mampu menampung jumlah kes yang tinggi buat masa ini.

"Peningkatan itu mewakili 614 kes demam denggi sepanjang tempoh awal Januari sehingga hari ini bagi seluruh Negeri Sembilan.

"Perkembangan ini amat merisaukan kerana statistik menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan bagi minggu kelima iaitu minggu pertama Februari sahaja sebanyak 226 kes dicatatkan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 50 kes," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Tegas beliau, berpandukan laporan berkenaan juga melonjak sehingga mencecah 1,128 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencatatkan satu kematian akibat kes demam denggi.

"Peningkatan kes demam denggi itu turut menyaksikan pihak hospital tidak mampu menampung jumlah kes yang tinggi buat masa ini.

"Justeru, pihak hospital terpaksa mengutamakan pesakit yang sudah disahkan menghidap denggi untuk dimasukkan wad, manakala pesakit yang berstatus disyaki perlu berulang alik untuk melakukan pemeriksaan darah," jelasnya.

Tambahnya, Seremban merupakan lokasi tertinggi dan menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik kes demam denggi berbanding daerah lain di negeri ini.

Sehubungan itu, Mohamad meminta kerjasama orang ramai untuk mencegah wabak ini dari merebak dengan menghapuskan semua tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan masing-masing.

"Saya harap orang ramai dapat luangkan masa membersihkan kawasan di luar dan dalam yang berpotensi menjadi sarang pembiakan jentik-jentik.

"Wabak ini tiada vaksin dan satu cara untuk menanganinya adalah melalui kebersihan di mana kita perlu hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.

Warga kampus diingat selidik kesahihan berita

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

SEREMBAN 5 Feb. - Warga kampus perlu menyelidik latar belakang setiap berita sebelum mempercayainya agar pemikiran tidak dipesongkan dengan fahaman tidak betul.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam era kemodenan teknologi, berita boleh diperoleh mudah dalam laman web sehingga ada ketikanya ia sengaja diada-adakan bagi menggugat keselamatan dan keamanan negara.

"Selaku golongan terpelajar, dalam Islam sekalipun kita dituntut selidik terlebih dahulu sumber sesuatu berita, perkhabaran mahupun cerita sebelum ternyata sahih.

"Maka, saya nasihatkan warga kampus terutama mahasiswa yang duduk di menara gading ini, jangan mudah terpedaya, percaya dan akur dengan setiap berita itu sebelum diselidiki kebenarannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai dekat sini semalam.

Yang turut hadir Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan serta pengurusan tertinggi USIM.

Dalam pada itu, kata Mohamad, mahasiswa pula perlulah keluar daripada kepompong 'majoriti senyap' dan mengetahui apa yang berlaku dalam masyarakat, persekitaran negara dan sebagainya.

"Kita mahu mahasiswa ini mencambahkan idea dan sama-sama memajukan negeri dan negara. Kita tidak boleh berpolitik sepanjang masa. Ini adalah masa untuk bekerja dan bercakap soal kemajuan bangsa, agama dan tanah air," tegasnya.

Justeru katanya, mahasiswa jangan terlalu mengasingkan diri dan duduk dalam universiti sahaja, sebaliknya mesti bersama masyarakat menerangkan dasar dan kebaikan menjadi warganegara Malaysia yang aman dan makmur ini.

"Hujah mahasiswa ini didengar, dipakai dan dihormati masyarakat. Jadi, berikanlah penerangan yang betul dan bercakaplah dalam konteks ilmu untuk kesejahteraan rakyat," kata Mohamad.

Pada masa sama juga, Mohamad mencadangkan supaya mahasiswa USIM melaksanakan program bersama masyarakat di 55 mukim yang terdapat dalam negeri ini dengan agendanya memperkasakan rakyat.

MBMB sedia lima lokasi untuk busking

Posted: 05 Feb 2014 10:48 AM PST

MELAKA 5 Feb. - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan lima lokasi kepada pemuzik jalanan di negeri ini untuk aktiviti busking sempena program My Buskers Corner yang dilancarkan baru-baru ini.

Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu berkata, lima lokasi untuk aktiviti busking ialah Dataran Sungai Melaka, kawasan bangunan Stadhyus, Taman Bunga Merdeka, hadapan kota A'Famosa dan kawasan rekreasi Jonker Walk.

Menurutnya, aktiviti tersebut akan bermula setiap Jumaat hingga Ahad bermula hujung minggu ini sehingga 31 Disember bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Beliau berkata, lima lokasi itu bukan dikhususkan untuk pemuzik jalanan semata-mata, sebaliknya sebarang aktiviti berunsur hiburan seperti silap mata, melukis, tarian dan sebagainya boleh dijalankan di kawasan tersebut.

"MBMB mempelawa mana-mana pemuzik jalanan daripada pelbagai peringkat umur dan tidak kira bangsa boleh mengembangkan bakat seni mereka di lima lokasi yang telah MBMB khaskan untuk program My Buskers Corner," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved