Sabtu, 8 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Irfan juga mesti angkat sumpah'

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Oleh ROSALINDA MD. SAID
sukan@utusan.com.my

Irfan Abdul Ghani

KUALA TERENGGANU - Semua pemain T-Team, termasuk bekas pemain Johor Darul Ta'zim, Muhd. Irfan Abdul Ghani tidak akan terkecuali daripada mengangkat sumpah seperti yang diminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk mencari kebenaran berhubung insiden di Larkin.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab. Rasid Jusoh berkata, Muhd. Irfan akan diminta untuk turut berbuat demikian bersama semua pemain beragama Islam dalam pasukan itu yang sudah menyatakan kesediaan untuk melakukannya pada bila-bila masa sahaja.

"Buat masa ini, kami masih menunggu tarikh sesuai yang ditetapkan untuk mengangkat sumpah dan kami mahu Irfan turut melakukannya bersama pemain lain yang menjadi saksi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, Muhd. Irfan yang membuat kenyataan memihak kepada pasukan lawan berhubung insiden di dalam terowong ke bilik persalinan di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunos minggu lalu dipercayai masih berada di Johor dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pendiriannya.

Sukan Utusan difahamkan Ahmad pula berada di Kenyir bagi menghadiri satu program dan akan pulang hari ini sebelum menghadiri satu lagi program di Putrajaya. Difahamkan beliau hanya mempunyai kelapangan sama ada pada hari Rabu atau Khamis ini.

Kelmarin, Ahmad meminta pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden yang berlaku semasa perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Kenyataan tegas Menteri Besar Terengganu itu berikutan tindakan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberi kemenangan 3-0 kepada JDT, sekali gus melayakkan pasukan Harimau Selatan itu ke suku akhir selepas T-Team enggan meneruskan perlawanan separuh masa kedua.

Dalam perkembangan sama, Ab. Rasid berkata, nasib Muhd. Irfan akan ditentukan pihak pengurusan pasukan itu dalam masa terdekat kerana kegagalannya menghadiri latihan serta dakwaan pemain itu yang menyatakan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku ketika perlawanan itu.

"Yang pasti, dia tidak terlibat dalam perlawanan antara T-Team menentang ATM malam ini (malam tadi)," katanya.

2 gol Rangel pastikan Selangor kembali terajui carta Liga Super

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Pemain Selangor K. Gurusamy (kiri) diasak oleh pemain Sime Darby, Failee Ghazli ketika cuba mengawal bola dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang malam tadi. Selangor menang 2-1 .

KUALA LUMPUR - Paulo Rangel memastikan Selangor kembali ke anak tangga teratas carta Liga Super, memintas Sarawak, apabila menjaringkan dua gol untuk memastikan pasukannya menang 2-1 ke atas Sime Darby di Stadium Selayang, semalam.

Namun, Red Giants bermula dengan agak goyah apabila Mohd. Failee Muhd. Ghazli memberikan gol pendahuluan buat Sime Darby pada minit pertama selepas menerima hantaran lintang di sebelah kiri daripada Farderin Kadir.

Selangor yang bagaikan lambat panas akhirnya bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-40 apabila Rangel mudah menyepak masuk bola ke dalam gawang selepas pertahanan Sime Darby, Mohd. Fairuz Abdul Aziz gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Percaturan jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memasukkan Abdul Hadi Yahya dan Andik Vermansah pada minit ke-75 berjaya menukar tempo permainan Red Giants.

Melalui umpanan menarik Hadi dari sebelah kanan, Rangel menanduk kencang untuk menewaskan Kamarul Effandi Abdul Rahim pada minit ke-84 untuk gol kelima peribadinya dalam saingan Liga Super musim ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, meskipun dihimpit kontroversi dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Sabtu lalu, namun tidak sesekali menggugat rentak permainan T-Team apabila mereka seri 2-2 dengan ATM.

Pasukan dipimpin Mohd. Azraai Khor Abdullah itu membuka tirai jaringan menerusi bekas pemain Perak, Azlan Ismail pada minit ke-15.

Pelawat yang bekerja keras untuk mengikat kedudukan akhirnya mendapat hasil pada minit ke-38 melalui rembatan kencang Nor Fazly Alias sebelum pemain import Bruno Marteloto meletakkan ATM di depan dengan jaringan pada minit ke-59.

Bagaimanapun, maruah T-Team terselamat di depan penyokong sendiri apabila Khairan Ezuan memastikan mereka berkongsi mata apabila berjaya membolosi gawang gol pada penghujung perlawanan.

Di Stadium Perak, Ipoh, Khairul Asyraf Sahizah muncul wira tuan rumah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 untuk Bos Gaurus menewaskan Kelantan 2-1.

Sebelum itu, Perak mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Shukri Hamid namun pemain import pelawat, Mohamed Shawky mengikat kedudukan melalui gol pada minit 55.

Sementara itu di Stadium Jalan Besar, menyaksikan Lions XII terus tercari-cari rentak kemenangan di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri tanpa jaringan menentang Terengganu. Sabtu lalu mereka tersingkir daripada kempen Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Pahang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis rakam 17 keterangan pasukan T-Team

Posted: 08 Feb 2014 10:35 PM PST

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

MARANG - Polis Terengganu telah memanggil seramai 17 saksi termasuk pengadu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) dalam terowong menuju ke bilik persalinan di Larkin, minggu lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua yang dipanggil itu terdiri daripada para pemain dan pegawai T-Team yang berada di lokasi ketika insiden tersebut berlaku.

"Kes ini sebenarnya disiasat oleh (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman sebab ia melibatkan dua negeri (Terengganu dan Johor).

"Bagaimanapun, berkaitan dengan pengadu-pengadu yang berada di Terengganu dan saksi-saksi yang terlibat, kita telah panggil di sini (ibu pejabat polis kontinjen Terengganu) untuk memberi keterangan.

"Setakat ini, sudah 17 orang yang dipanggil termasuk pengadu sejak laporan polis dibuat (tengah malam 2 Februari lalu). Jadi, sekarang kita akan bagi keutamaan kepada Bukit Aman. Kita, polis Terengganu cuma membantu siasatan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu, pemain impot T-Team kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan mereka, Stefano Impagiazzo mendakwa telah dikasari ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. - UTUSAN ONLINE

Kereta api tergelincir

Posted: 08 Feb 2014 09:13 PM PST

BUKIT MERTAJAM 9 Feb. - Sebuah kereta api muatan barang lima gerabak tergelincir daripada landasan di sini, dalam kejadian pukul 3.30 pagi tadi.

Setakat ini tiada laporan tentang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Difahamkan kereta api berkenaan bertolak dari selatan Thailand kira-kira pukul 11 malam tadi dan dalam perjalanan untuk ke selatan. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Optimum potensi luar bandar

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

ABDUL Manan Ismail (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk Orang Asli selepas merasmikan Mini Pusat Transformasi Luar Bandar di Kampung Paya Bungor, Kuantan, semalam.

KUANTAN 8 Feb. - Kewujudan Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Paya Bungor di sini dilihat sebagai mekanisme untuk mengoptimumkan potensi luar bandar di samping dapat menjana pertumbuhan ekonomi setempat.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, RTC berfungsi sebagai pusat pembekalan agro makanan dan perniagaan yang menghubungkan pengeluar dengan pengguna seluruh negara dan untuk memperhebatkan rangkaian pemasaran produk desa.

"Projek Mini RTC Paya Bungor merupakan satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh warga luar bandar dalam mendapatkan maklumat terutama berkaitan peluang-peluang disediakan oleh kementerian dan agensi kerajaan.

"Ini kerana terdapat pelbagai program disediakan kerajaan terutama program peningkatan kemahiran, keusahawanan dan pemasaran," katanya berucap dalam majlis pelancaran Mini RTC di Paya Bungor, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Penyelidikan) Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Suhaimi Mahmud.

Menurut Abdul Manan, perkara itu merupakan satu titik permulaan dalam usaha kerajaan meningkatkan pembangunan luar bandar dengan mengikut acuan sendiri menjelang 2020.

"Hakikatnya pembangunan luar bandar yang dilaksanakan sejak lima dekad lepas telah menyaksikan perubahan ketara dengan mencatatkan pelbagai pencapaian terutama dalam usaha membasmi buta huruf, membasmi kemiskinan, penyediaan prasarana, penyediaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan jalur lebar sehingga mampu menggerakkan aktiviti ekonomi.

"Saya berharap semua pihak tidak mensia-siakan peluang ini kerana masih banyak potensi yang belum diterokai," jelasnya.

Sementara itu, beliau meluluskan peruntukan RM650,000 bagi membina sebuah dewan serbaguna di Paya Bungor dan gelanggang futsal.

Pembentukan daerah Kuala Krau di fasa akhir

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

ISMAIL Mohamed Said (kiri) bersama penceramah agama, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Felda Jengka 19, Kuala Krau, semalam.

KUALA KRAU 8 Feb. - Cadangan pembentukan daerah baharu Kuala Krau kini berada di peringkat akhir dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) diberi tanggungjawab menjalankan soal selidik dalam kalangan pemimpin dan masyarakat di Parlimen Kuala Krau.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, maklumat daripada kaji selidik yang membabitkan semua profil dan kerjaya penduduk akan dijadikan asas dalam menentukan cadangan Kuala Krau sebagai daerah baharu.

Menurutnya, penduduk perlu menjawab beberapa soalan mengikut skala seperti maklumat mengenai mereka, dimensi kualiti, kepuasan terhadap pentadbiran sedia ada serta cadangan dan persetujuan pembentukan daerah baharu.

Katanya, kecenderungan penduduk secara umumnya bersetuju supaya sebuah pusat pentadbiran daerah yang baharu perlu dibentuk selari dengan kewujudan Parlimen Kuala Krau sejak 10 tahun lalu.

"Saya sendiri telah mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan dan beberapa pemimpin setempat semalam dan secara bersama bersetuju menjadikan Parlimen Kuala Krau sebagai pusat pentadbiran tanah dan daerah sendiri.

"Parlimen Kuala Krau unik kerana kawasannya merangkumi Maran, Temerloh dan Jerantut menyebabkan berlaku kekeliruan kepada penduduk ketika berurusan seperti berkaitan tanah," Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Parlimen Kuala Krau dengan kerjasama Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau di Masjid Felda Jengka 19 di sini hari ini.

Menurutnya, universiti terbabit giat mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk dalam kawasan Parlimen itu.

Tingkatkan kerjasama bina ummah disegani

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

MARAN 8 Feb. - Semangat kerjasama yang menjadi teras keharmonian dalam masyarakat perlu terus dipupuk sebagai satu tanggungjawab bagi membina ummah hebat dan disegani.

Penolong Pegawai Agama Islam Chenor, Mohd. Azmi Mohd. Zain berkata, untuk itu, semangat kerjasama yang menjadi amalan umat Islam perlu diperkukuh bagi meninggikan lagi syiar Islam.

Katanya, ini selari dengan usaha berterusan untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini menerusi pendekatan wasatiyyah yang selari dengan tuntutan syariah.

''Sambutan Maulidur Rasul antara medium yang sangat berkesan dalam memupuk perpaduan dan ikatan ukhuwah kerana setiap umat Islam perlu mencontohi semangat perjuangan Nabi Muhammad SAW.

''Sambutan secara tahunan pada tanggal 12 Rabiulawal dengan tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' pada tahun ini memberi ruang untuk memperingati sejarah kelahiran baginda,'' katanya.

Beliau berucap pada program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Chenor Tahun 1435 Hijrah di Dewan Seroja Felda Jengka 18 semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Agama Islam Felda Wilayah Jengka, Salman Mat Tasim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 18, Samad Samah dan penceramah Jabatan Agama Islam Pahang, Hamdan Yusi.

Tambah beliau, mereka yang merayakan sambutan itu secara langsung menjadi wadah memperkukuhkan ukhuwah dan perpaduan sesama umat Islam di negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Turki tumpas rampas pesawat

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

lelaki yang disyaki cuba merampas sebuah pesawat dan mengancam meletupkan bom di dalam pesawat itu ditahan di Lapangan Terbang Sabiha Goksen di Istanbul, Turki, kelmarin. - AFP

ISTANBUL 8 Feb. - Jet pejuang Turki memaksa sebuah pesawat penumpang mendarat di sebuah lapangan terbangnya, selepas seorang lelaki bertindak merampas pesawat itu dengan mengancam untuk meletupkan bom di dalam pesawat tersebut, semalam.

Juruterbang pesawat Pegasus Airlines Boeing 737-800 yang membawa 110 penumpang itu berjaya memberi maklumat tentang rampasan itu sebelum memasuki ruang udara Turki.

Sejurus kemudian, jet pejuang F-16 Turki dikerah memaksa pesawat itu yang berlepas dari bandar Kharkov, Ukraine supaya mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di sini.

Perampas itu yang dikenali sebagai seorang lelaki warga Ukraine berumur 45 tahun kemudian berjaya diberkas pasukan keselamatan Turki dalam satu operasi.

Sebelum itu, suspek mengarahkan juruterbang mengubah haluan penerbangan ke Sochi, venue Sukan Olimpik Musim Sejuk di Rusia.

Operasi dilancarkan pada pukul 10 malam waktu tempatan, beberapa jam selepas pesawat itu mendarat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Turki, Habib Soluk berkata, lelaki itu memegang sebuah bahan peledak dan cuba memasuki kokpit dan mendakwa ada bom di dalam pesawat itu.

Pasukan keselamatan berjaya menangkap suspek dan tidak berlaku sebarang kecederaan, katanya, sambil menambah kata, kesemua penumpang telah dipindahkan dari pesawat itu dengan selamat.

Sementara itu, Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu dalam sidang media selepas operasi itu berkata, suspek membawa sebuah beg kecil mengandungi barangan elektronik dan bukannya bom.

Sekeping gambar yang disiarkan rangkaian berita NTV menunjukkan seorang lelaki memakai baju berwarna merah, putih dan biru dipercayai suspek, berdiri berhampiran tempat duduknya di bahagian hadapan pesawat dengan krew kabin memerhatikannya.

Klip video turut menunjukkan penumpang pesawat duduk dengan tenang di dalam pesawat berkenaan sebelum pasukan keselamatan melancarkan operasi menyerbu pesawat itu. - REUTERS

Israel serbu Masjid al-Aqsa

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Beberapa wanita Palestin membawa bendera Palestin ketika polis Israel menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, selepas solat Jumaat, kelmarin. - AFP

BAITULMAQDIS 8 Feb. - Satu pertempuran tercetus antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid al-Aqsa selepas solat Jumaat, semalam.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan polis Israel menggempur kawasan masjid itu dan menggunakan bom tangan pegun ke atas penduduk Islam Palestin, yang kemudian bertindak balas membaling batu ke arah polis Israel.

Seorang penduduk Plestin dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Imam masjid, Mohamed Hussian mengutuk serangan di kawasan suci orang Islam itu yang turut dikenali sebagai Temple Mount oleh penganut Yahudi.

Mereka jelas mencabul kehormatan Masjid al-Aqsa dan ini merupakan satu kesalahan dalam agama dan undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Israel bertanggungjawab dalam hal ini kerana mengarahkan polis mereka menyerbu ke dalam masjid secara ganas," katanya.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld mendakwa polis bertindak selepas mereka dibaling dengan batu oleh penduduk Palestin.

Selepas solat Jumaat, penduduk Palestin mula melontar batu ke arah polis yang berada di kawasan Mughrabi di luar masjid.

Unit polis kemudian bertindak balas menggunakan bom tangan pegun dan memasuki kawasan masjid bagi menyuraikan perusuh," katanya.

Rosenfeld berkata, polis menahan tujuh penduduk yang terlibat dalam serangan itu.

Dalam perkembangan lain, tentera Israel menyuraikan bantahan penduduk Palestin di Lembah Jordan dekat Ramallah di Tebing Barat, yang bermula sejak seminggu lalu berikutan keengganan Israel mengeluarkan kawasan itu dalam perjanjian damai.

Menurut satu kenyataan, tentera, polis serta pengawal sempadan meminta kumpulan pembantah meninggalkan kawasan itu sebelum mengusir mereka dari kawasan itu.

Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Diana al-Zeer, tentera Israel menggempur dan melemparkan bom tangan serta menggunakan kekerasan untuk mengeluarkan mereka dari kawasan tersebut. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Zizan kuasai anugerah Meletop Era

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
pengarang@utusan.com.my

Zizan Razak memenangi Anugerah Kategori Top Top Meletop (lelaki) di Anugerah Meletop ERA di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. - MINGGUAN/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pelakon, pelawak dan pengacara Zizan Razak mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai selebriti paling berpengaruh apabila menguasai Anugerah Meletop Era yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Zizan unggul menerusi empat daripada 17 kategori yang dipertandingkan seperti Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop.

Selain itu, dia juga pulang bergaya dengan wang tunai RM15,000 dan trofi apabila memenangi kategori Anugerah Wechat Meletop yang dipilih berdasarkan undian tertinggi menerusi aplikasi Wechat.

Kemenangan Zizan sudah dijangka apabila mendapat pencalonan tertinggi sekali gus membawa dia sekali lagi untuk memenangi kategori Top Top Meletop (Lelaki) manakala pelakon baru Zara Zya memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita). Kedua-duanya memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, penyanyi Hafiz pula memenangi tiga kategori iaitu Grup/Duo Meletop bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Penyanyi Meletop manakala lagu Bahagiamu Deritaku miliknya diangkat sebagai Lagu Meletop.

Dalam pada itu, duo kelahiran Singapura, Sleeq memenangi kategori Artis Serantau Meletop.

Filem KL Gangster 2 yang penuh kontroversi apabila dibocorkan di internet sebelum tarikh tayangan pula memenangi kategori Filem Meletop.

Lain-lain anugerah ialah Couple Meletop, Artis Baru Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Baru Radio Meletop, Program TV Meletop, Bintang TV Meletop dan Bintang Filem Meletop

Anugerah yang pertama kali diadakan itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.

Persembahan daripada selebriti tempatan seperti Mark Adam, Najwa Latif, Azhael AF 2013, Altimet, Awi Rafael, Hazama, Stacy, Hafiz, Royal FT Force, Cakra Khan, Zizan, Kaka, Waris dan Datuk Hattan memeriahkan lagi majlis penganugerahan tersebut.

Rahim projek khas Sepahtu

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Aksi kumpulan Sepahtu pada pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013, malam kelmarin.

SHAH ALAM 8 Feb. - Kehadiran Rahim ternyata membawa tuah kepada Sepahtu apabila kumpulan tersebut dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) yang berlangsung di Stadium Malawati, semalam.

Kumpulan itu sebelum ini dianggotai oleh Jep dan Shuib tetapi telah mengundang Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 43, sebagai tambahan trio itu dalam MLM 2013.

Menurut Jep atau Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 28, penglibatan Rahim dalam kumpulan tersebut boleh dikatakan sebagai projek khas mereka.

"Rahim banyak membantu dan kami sungguh bersyukur serta berbangga kerana dia juga berusaha untuk melayakkan kumpulan kami beraksi di pentas akhir MLM 2013.

"Kemenangan kami sungguh tidak disangka dan wang akan dikongsi secara bersama. Pembabitan Rahim dalam kumpulan ini adalah kerjasama yang sudah dibincang sebelum ini memandangkan Rahim juga mempunyai kumpulan lain iaitu R2.

"Dari awal lagi, beberapa penjelasan telah diberikan kepada adik Rahim iaitu Ridhzuan Mat Ali yang turut menganggotai kumpulan R2," katanya ketika ditemui selepas pertandingan akhir MLM 2013 malam tadi.

Bagaimanapun, Jep berharap, ketiga-tiga mereka akan kekal sebagai sebuah kumpulan selepas program MLM berakhir.

Sementara itu, kumpulan Shiro yang diwakili Shahrol Azizie Azmi, 29, atau Shahrol dan Mohd. Hanaffi Razak atau Ajak, 27, berpuas hati di tempat kedua walaupun tidak menepati ramalan awal sebagai juara.

Kata Shahrol, mereka tidak pernah memikirkan akan kemenangan tetapi apa yang penting adalah lawak yang berkualiti dipersembahkan kepada penonton.

"Kami sudah berpuas hati dengan pencapaian kami yang telah layak ke akhir. Peminat adalah penyokong utama kami dan tanpa mereka kami tidak akan dapat gelaran naib juara.

"Penglibatan dalam MLM 2013 banyak membantu kami dan dianggap sudah lengkap dalam meningkatkan mutu lawak untuk menghiburkan penonton," katanya.

Dalam pada itu, kehadiran pelawak baru yang menggelar diri mereka sebagai Bocey juga memberi persaingan sengit kepada dua kumpulan yang menduduki tempat kedua teratas.

Mewakili kumpulan tersebut, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah berkata, mereka tidak menyasarkan apa-apa memandangkan kesemua kumpulan yang bertanding adalah hebat dan berbakat.

"Sebagai kumpulan baharu, kami tahu di mana tahap kekuatan dan kedudukan kami tetapi tidak pernah berputus asa untuk berusaha mencapai segala impian kami," katanya yang akan terus bersama dengan dua orang lagi kumpulan Bocey iaitu Abam dan Fad.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Siapa KM Sarawak selepas Taib?

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Oleh Jeniri Amir

Abdul Taib Mahmud

Saya sudah tua, pasti ada pemimpin baharu dapat meneruskan pembangunan Sarawak, " kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, pada Majlis Makan Malam Persatuan Melanau Kuching pada pertengahan bulan lalu.

Kata beliau: Kini PBB sudah membentuk pemimpin muda yang berkaliber dan berkemampuan menggalas tanggungjawab membangunkan negeri Sarawak."

Siapakah pemimpin muda yang dimaksudkan Taib itu? Adakah Taib akan memilih pemimpin pilihan rakyat atau pemimpin yang disenanginya?

Benarkah Taib akan menjadi Yang Dipertua Negeri selepas berundur nanti? Jika itu berlaku, hala tuju Sarawak dijangka tidak akan banyak berubah kerana Ketua Menteri baharu akan terus dibayangi beliau.

Spekulasi Taib akan segera berundur dan menjadi Yang Dipertua Negeri mulai tercetus apabila berita tempoh perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berakhir pada 28 Februari ini, tersebar.

Spekulasi semakin menggelegak apabila Taib sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memanggil mesyuarat untuk Majlis Kerja Tertinggi semalam, dan bertemu semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN hari ini, atas jawatannya sebagai Pengerusi BN Negeri.

Kini sah, Taib akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat.

Isu berkaitan pengunduran Ketua Menteri Sarawak yang telah berkuasa selama 33 tahun sudah lama bermain di pentas politik negeri dan nasional. Jika diambil kira janji beliau menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 2011, bagi banyak pihak, mungkin masanya sudah tiba untuk beliau mengotakan janjinya.

Pengagum filem dan lagu P. Ramlee itu telah berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri. Taib pertama kali menjadi ahli Kabinet Sarawak di bawah teraju Stephen Kalong Ningkan ketika berusia 27 tahun pada 1963, sebelum menjadi Ahli Parlimen pada 1967.

Atas cadangan bapa saudara beliau, Tun Abdul Rahman Yakub kepada Tun Abdul Razak, Taib menjadi Menteri Persekutuan pada 1972. Nyawa politik Taib begitu panjang meskipun beliau dibelenggu dan diasak pelbagai cabaran dan isu peribadi, terutamanya mengenai kekayaan beliau, adik-beradik dan anak-anaknya.

Cabaran terbesar ialah tentangan sengit daripada bapa saudaranya sehingga mencetuskan Peristiwa Ming Court pada 1987. Dalam peristiwa penuh dramatik itu, Taib yang dilahirkan di Kampung Sungai Merbau, Miri pada 21 Mei 1936 akhirnya membubarkan Dewan Undangan Negeri, dan akhirnya beliau menang dengan 28 kerusi, berbanding puak Rahman Yakub 20 kerusi.

Kejayaan Taib mengekalkan kuasa sebahagiannya kerana ketegasan dan keberaniannya mengambil tindakan terhadap musuh politiknya.

Taib dianggap sebagai pemimpin politik yang berani dan sukar dicabar kerana kepintarannya berpolitik dan merencanakan strategi pintar menerajui parti dan menangani pemimpin politik lain.

Taib sama sekali tidak berkompromi dengan penentang dalam parti atau mereka yang tidak menyokong dasar beliau. Kejayaannya dalam melaksanakan dasar politik pembangunan sehingga mampu memikat hati pengundi terutama di luar bandar merupakan formula pengekalan kuasa BN, sekali gus memungkinkan kedudukan beliau tidak tergugat.

Kejayaan beliau membawa pembangunan prasarana, ekonomi, sosial dan budaya dikagumi ramai. Tetapi kejayaan beliau mengukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan dalam kalangan 27 etnik di Sarawak sehingga wujudnya kestabilan sosiopolitik tentu satu pencapaian yang hebat.

Dari segi ini, kesediaan untuk berkongsi kuasa dan mengambil kira agenda dan aspirasi semua etnik tentu satu lagi rahsia kejayaan beliau.

Pengganti

Siapakah pengganti sebenar Taib? Pelbagai nama disebut-sebut sebagai pengganti, antaranya Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Masing-masing calon memiliki kelebihan.

Meskipun beberapa tahun lalu nama Adenan tenggelam gara-gara kesilapan beliau sendiri, namun kebelakangan ini nama beliau kembali menyinar, apatah lagi Adenan merupakan mantan adik ipar Taib.

Pemergian Taib dan Adenan mengerjakan umrah bersama dan kelihatan bersama ketika mengunjungi masyarakat Cina di Sibu baru-baru ini juga menjadi bualan peminat politik dan pihak media di Sarawak.

Kelebihan Adenan yang pernah menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di bawah kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, terletak pada kepintarannya berhujah dan menjadi benteng di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak apabila Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pembangkang yang semakin berani dan lantang. Adenan sudah tentu menjadi pilihan Taib.

Abang Johari yang pernah mengalahkan Adenan dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1998 mengejutkan Taib sehingga hubungan mereka menjadi dingin untuk beberapa tahun.

Tetapi sebagai pemimpin yang komited dan setia kepada perjuangan parti, Abang Johari, juga mempunyai banyak kelebihan.

Sebagai pemimpin yang memiliki pengalaman luas dan telah memperlihatkan prestasi cemerlang dalam setiap kementerian yang diterajuinya, Abang Johari menjadi pilihan rakyat.

Beliau bukan sahaja mempunyai keperibadian yang disenangi rakyat, tetapi sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Dari segi kekananan dalam parti, kelebihan berpihak kepada beliau. Ketika krisis Ming Court, beliau memilih untuk menyokong Taib, sekali gus memperlihatkan kesetiaan beliau kepada Taib dan PBB.

Awang Tengah, sebagai orang kanan yang sering diberi kepercayaan oleh Taib, juga satu nama yang tidak dapat diketepikan, apatah lagi beliau sering diberi kepercayaan oleh Taib dalam tugas berkaitan dengan politik, pentadbiran dan peribadi.

Nama Datuk Seri Effendi Norwawi, yang begitu menyerlah satu ketika dulu juga bagaikan sudah terpadam daripada radar politik Sarawak.

Sebenarnya, kisah Taib hendak berundur sudah bermula pada awal 1990-an. Ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBB Bahagian Satok dan Tupong pada 26 April 1992, beliau menamakan tiga muka lama dan seorang muka baru sebagai penggantinya - Abang Johari, Adenan, Effendi dan bekas Menteri Pertahanan, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha.

Dalam satu wawancara dengan majalah Asiaweek pada Ogos 1995, Taib meminta satu dua tahun lagi bagi memastikan kestabilan ekoran pergolakan politik selepas tercetusnya Peristiwa Ming Court.

Dalam wawancara itu, beliau menjelaskan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan etika peribadi beliau, dan tentu mengecewakan orang di sekeliling beliau, jika penyerahan kuasa tidak berjalan dengan lancar.

Pada majlis ulang tahun ke-23 sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 2004, Taib membayangkan bahawa barisan bakal pengganti yang dinamakan itu belum lulus penuh untuk peralihan kuasa dilakukan. Beliau menegaskan mahu memastikan BN mantap sebelum bersara.

Sesudah 33 tahun berkuasa, dan lebih daripada 22 tahun kenyataan itu dikeluarkan, sudah tentu barisan kepemimpinan pelapis yang disediakan oleh beliau sudah lebih daripada bersedia dan matang untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri.

Selepas PRU-13 lalu, sudah banyak kali beliau menyebut, bersedia untuk melepaskan jawatannya. Sesiapa pun yang menjadi pengganti beliau, rakyat Sarawak sebenarnya mendambakan seorang pemimpin yang cerdas dan cergas, berintegiriti tinggi, adil, memiliki sentuhan rakyat, mempunyai wawasan tajam, tidak tamak kuasa dan harta, tidak mengutamakan keluarga dan kroni, serta dapat menjalinkan hubungan harmoni dengan Putrajaya.

Rakyat Sarawak mahu melihat kemunculan seorang Ketua Menteri yang mengutamakan kepentingan rakyat pelbagai kaum, terus merancakkan pembangunan yang menjadi legasi Taib, dapat mengagihkan kekayaan negeri Sarawak dengan saksama, merapatkan jurang pembangunan antara bandar dengan luar bandar dan jurang ekonomi antara kaum.

Persoalannya, adakah Sarawak akan menyaksikan kemunculan Ketua Menteri baharu Mac depan? Atau Taib akan terus membiarkan 2.6 juta rakyat Sarawak terus berteka-teki siapa Ketua Menteri yang baharu.

- Penulis ialah penganalisis politik dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sarawak

BISIK-BISIK: Wajarkah?

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

Sekali lagi bola sepak tanah air panas. Insiden kekecohan dalam perlawanan Piala FA antara pasukan JDT dan T-Team akhir minggu lalu, menjadi tumpuan utama.

Pegawai dan pemain T-Team telah membuat laporan polis mendakwa mereka dipukul dan dikasari ketika berada di terowong menuju ke bilik persalinan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Sudah seminggu isu tersebut bergelora. Kini semua menanti siasatan polis, apakah ia dapat dijalankan dengan adil dan telus tanpa mengira kedudukan.

Insiden tersebut meninggalkan kesan yang perlu direnungkan. Antaranya reaksi awam yang tidak dapat dikawal terutama menerusi laman sosial. Tidak terkecuali menjadi sasaran ialah Tengku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Awang sudah beberapa kali menulis tentang Sultan dan anak-anak Raja tidak lagi sesuai membabitkan diri dalam persatuan sukan. Masyarakat kini makin kritis dan mudah emosional apatah lagi menyentuh sukan paling popular.

Adalah tidak wajar golongan istana mendedahkan diri kepada persekitaran yang mudah dikritik apa lagi dihina. Adakalanya Awang tidak tergamak untuk membaca komen-komen liar ke atas golongan tersebut, yang sepatutnya kita pertahankan. Wajarkah semua itu terpaksa dilalui oleh seseorang Raja dan bakal Raja hanya kerana perihal sukan.

Tidak salah bagi Raja dan pembesar istana terbabit dalam persatuan sukan tetapi untuk apa mengambil risiko, yang sebenarnya boleh dielakkan demi menjaga imej institusi diraja.

Persoalannya lagi apakah pembesar boleh menjaga kemuliaan, akhlak dan menunjukkan teladan baik ketika menerajui organisasi sukan supaya dihormati rakyat. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

- AWANG SELAMAT

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Perihal Lesen

Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST

SEBUT sahaja sekatan jalan raya, sudah tentu kebanyakan daripada kita kecut perut untuk melalui kawasan yang disekat walaupun kita mempunyai lesen memandu yang sah.

Apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai lesen memandu, mereka lebih takut dan panik sehinggakan ada yang membuat cubaan untuk lari dan merempuh sekatan berkenaan.

Generasi muda merupakan golongan yang boleh dikatakan paling banyak terlibat dengan pemanduan tanpa lesen yang menggunakan kenderaan kenalan atau keluarga mereka.

Banyak kejadian yang berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain termasuk pihak berkuasa yang tercedera akibat cubaan berani yang dilakukan mereka yang tidak mempunyai lesen.

Tidak dinafikan, lesen memandu merupakan perkara utama bagi kita untuk mengendalikan kenderaan yang sudah tentu mewajibkan pemiliknya menghadiri pelbagai kelas kemahiran teori dan juga praktikal.

Minggu ini, .com menyediakan paparan berkenaan dengan kepentingan lesen dan sempat menemui beberapa individu yang mempunyai lesen, sedang mendapatkan lesen dan tidak mempunyai lesen. - AZRIN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH/MOHD SHAHARANI SAIBI

Bapa larang sentuh kereta

"SELAGI tidak ada lesen, jangan berangan mahu memandu kereta kerana bahaya ada di mana-mana".

Begitulah kata seorang pelajar Metro Driving Academy, Amirul Aqile, 18, tentang bapanya yang sentiasa mengambil berat tentang kepentingan lesen memandu.

Tambahnya, dia mula sedar tentang banyak perkara apabila menghadiri kelas belajar memandu terutamanya melibatkan kelas teori.

"Belajar memandu bukan sekadar belajar cara mengendalikan kenderaan tetapi bahagian teori yang saya rasa elemen terpenting apabila melibatkan pertimbangan bakal pemandu," katanya.

Tiada istilah lambat dalam menabung

Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST

Amalan menabung telah didedahkan kepada kita sejak dari kecil, manfaatnya akan dirasai dalam jangka masa panjang terutamanya ketika menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. - GAMBAR HIASAN

MENABUNG merupakan perkara asas yang diajar oleh kedua ibu dan bapa kita sejak kecil lagi. Kita dilatih dan dididik untuk menyimpan sebahagian daripada wang yang kita perolehi demi kebaikan masa hadapan.

Pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit', sudah mula diperkenalkan kepada kita sejak di bangku sekolah. Kalau dahulu ketika di alam persekolahan, sebahagian daripada wang saku RM1. 20 akan kita masukkan ke dalam tabung.

Tabung buluh, tabung ayam, tabung berbentuk buah-buahan yang beraneka warna menjadi umpan untuk kita menabung. Bagi saya, tiada istilah lambat untuk belajar atau mula menabung.

Mengimbau kenangan di alam pengajian tinggi, kebanyakan rakan satu kolej kediaman mempunyai tabung masing-masing. Setiap duit syiling akan disimpan walaupun nilainya hanya lima sen. Syarat dan petua yang dikongsi kawan-kawan ketika itu, tidak boleh membuka atau memecahkan tabung selagi tidak masuk minggu-minggu akhir semester.

Jumlah yang terkumpul banyak membantu kala sesak di penghujung semester. Pengalaman sedemikian tidak dapat dijual beli. Di saat kenaikan harga barang dan keadaan ekonomi yang sukar dijangka seperti hari ini, menabung adalah salah satu cara yang baik untuk dipraktikkan.

Istilah menabung juga perlu difahami. Kalau zaman dahulu, tabung adalah tempat untuk menyimpan duit. Kini, dalam zaman serba canggih, bank adalah tempat yang lebih sesuai untuk kita menyimpan duit. Namun, kita masih lagi menggunakan istilah menabung, cuma dalam kaedah yang berbeza.

Kita juga harus membuat perancangan khusus di dalam proses membelanjakan wang agar tidak berbelanja secara berlebihan dan membeli barangan yang tidak diperlukan.

Satu lagi perkara yang harus kita ingat adalah soal keselamatan. Tabung yang kita ada tidak perlu ditayang untuk mengelakkan kecurian terutamanya dalam kalangan pelajar kerana masing-masing masih belum mempunyai pekerjaan yang mendatangkan pendapatan.

Ambillah pendekatan, walau simpanan kita tidak banyak dalam sebulan, namun sekurang-kurangnya jumlah simpanan akan bertambah. Bak kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum bah. Berjimat dan menabunglah.

- EZAL EZHAM AZAMI

Alumni Universiti Sains Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


3,550 PATI, 30 majikan ditahan

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

ALOYAH Mamat (kanan) memeriksa dokumen pendatang asing pada Ops 6P Imigresen di Plaza GM, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Sebanyak 3,550 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan sejak Ops 6P Bersepadu dilancarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermula 20 Januari lalu sehingga semalam.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat, untuk tempoh sama juga, seramai 30 majikan ditahan atas kesalahan menggaji warga asing tanpa permit.

"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 438 operasi dijalankan melibatkan 5,600 pegawai dari pelbagai agensi penguat kuasa dan seramai 16,000 warga asing telah diperiksa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia iaitu seramai 1,400 orang, Myanmar (537), Bangladesh (451), Nepal (264 orang) dan lain-lain seramai 239 orang.

Sementara itu, bagi majikan, Aloyah berkata, 22 majikan ditahan adalah warga Malaysia, Indonesia (4), Bangladesh (3) dan Nepal (1).

Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai Ops 6P yang dijalankan di Bangunan GM, Chow Kit, di sini hari ini.

Dalam operasi terbaru itu, seramai 200 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai dokumen, tinggal lebih masa dan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang tidak diiktiraf.

"Masing-masing berasal dari Indonesia, Pakistan, Thailand dan Myanmar dan kesemua mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan susulan," ujarnya.

Operasi itu disertai oleh 220 penguat kuasa termasuk polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Kesihatan.

Letak jawatan ADUN Kajang, tindakan PKR rugikan rakyat - Saravanan

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

SHAH ALAM 8 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengabaikan pengundi di DUN Kajang selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang sebab pada bulan lalu.

Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan berkata, beliau sangat tidak bersetuju dengan tindakan PKR itu kerana bukan sahaja mengabaikan pengundi di DUN tersebut, tetapi juga merugikan rakyat.

Katanya, mengikut tradisi, sesuatu pilihan raya kecil hanya akan diadakan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggal dunia atau uzur dan bukan semata-mata untuk menyelesaikan masalah politik parti.

"Saya juga tidak faham kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di DUN Kajang dan terus terang saya katakan, dari segi politik saya amat tidak bersetuju dengan tindakan beliau itu.

"Namun, keputusan untuk bertanding di DUN Kajang itu adalah hak beliau," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Tamil Kapagam Malaysia di sini, hari ini.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam pada itu berkata, MIC Selangor telah bersedia untuk menggerakkan jentera mereka melancarkan kempen untuk pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

"Saya telah dimaklumkan oleh MIC negeri bahawa mereka telah bersedia untuk melancarkan kempen dan sebaik sahaja calon Barisan Nasional (BN) diumumkan, MIC akan mengatur satu strategi untuk memenangi hati pengundi di DUN Kajang.

"Saya yakin rakyat, terutamanya di Kajang sudah cukup matang untuk menilai apa yang baik untuk mereka dan saya juga berharap rakyat dapat menilai dan membuat keputusan yang boleh menyampaikan mesej bukan sahaja di DUN Kajang, tetapi di seluruh negara, bahawa jangan ambil kesempatan,'' katanya.

Mengulas tentang calon BN di DUN Kajang, Saravanan berkata, BN sentiasa membuat keputusan sebulat suara dan meskipun mengikut tradisinya ini adalah kerusi MCA, tetapi jika pucuk pimpinan BN membuat keputusan sebaliknya, maka semua jentera akan mematuhinya dan bekerja atas konsep semangat BN.

IRM bantu golongan kurang upaya sambut Tahun Baharu Cina

Posted: 08 Feb 2014 10:17 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Walaupun aktiviti kemanusiaannya digerakkan atas nama Islam, namun Islamic Relief Malaysia (IRM) tetap prihatin terhadap golongan bukan Islam termasuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya sempena Tahun Baharu Cina.

Hari ini, IRM menyampaikan bantuan kepada 27 penghuni Persatuan Rumah Amal Murni Kajang dekat sini bersempena perayaan masyarakat Cina itu.

Pengarah Negara IRM, Ir. Zairulshahfudin Zainal Abidin berkata, melalui program dinamakan 'Share The Joy', para penghuni rumah tersebut turut berasa kemeriahan sambutan perayaan tersebut.

"Majoriti penghuni rumah amal ini adalah kaum Cina yang kebanyakannya mengalami masalah mental seperti sindrom down. Ada yang telah ditinggalkan ahli keluarga masing-masing.

"Program ini bertujuan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama mereka, kita tidak mahu mereka rasa seolah-olah terbuang dan tidak dihargai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Rumah Amal Murni Kajang, Poon Swee Hang.

Program 'Share The Joy' dihadiri lebih 10 sukarelawan IRM diserikan dengan tarian singa dan tarian naga di samping pemberian hamper serta cadar kalis air kepada setiap penghuni rumah tersebut.

Sementara itu, Zairulshahfudin berkata, walaupun kebelakangan ini pelbagai isu sensitif yang terjadi di tanah air, namun perkara tersebut tidak menghalang niat murni IRM meneruskan misi kemanusiaan.

"Isu-isu seperti penghinaan agama, kaum dan sebagainya boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Program seumpama ini diibaratkan sebagai satu langkah kecil bagi mengukuhkan semula ikatan antara tanpa mengira bangsa, agama dan kaum," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Ringkas namun elegan

Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST

TUDUNG kain polos sesuai digayakan dengan blaus bercorak.

SIAPA kata penampilan ringkas tidak cantik. Kadangkala penampilan yang terlalu sarat akan membuatkan kita dipandang pelik kerana kelihatan tidak kena pada gaya.

Mana tidaknya, dengan melilit selendang tebal di atas kepala, ditambah lagi dengan ropol-ropol pada selendang membuatkan kita seolah-olah mempunyai serban yang besar di atas kepala!.

Bukan sahaja ia tidak sesuai digayakan, bahkan membuatkan diri si pemakai tidak selesa, sekali gus merimaskan.

Justeru, penampilan lebih ringkas adalah lebih baik dan senang digayakan ke mana sahaja.

Penggunaan kain daripada jenis polos satu warna memberikan kesan yang minimum tetapi elegan, tidak serabut dan cantik dipandang.

Malah kain seperti itu banyak memberikan kemudahan, selain seseorang tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk memakai, membetulkan tudung dan sebagainya.

Cuma pin dan lilit sahaja, semuanya akan nampak cantik. Jika pandai, pelbagai cara lilitan boleh digayakan bagi menampakkan kelainan dari segi pemakaian tudung.

Koleksi yang didatangkan oleh Cloverush ini diberi nama Lanaa dan Elle menggunakan material jenis crepe bagi Elle dan kapas Viscose berkualiti untuk koleksi Lanaa. - AMIRUL

Formula atasi kulit merengsa

Posted: 07 Feb 2014 11:12 AM PST

LOSYEN muka berbentuk cecair pertama oleh jenama Clinique.

RAMAI wanita beranggapan bahawa mempunyai kulit kering dan merengsa mungkin disebabkan faktor genetik.

Pelbagai kajian ke atas kulit menunjukkan kulit orang Asia lebih sensitif dan mudah terdedah kepada rasa pedih serta mengalami penyahhidratan disebabkan lapisan kulit yang nipis.

Bagi mencari penyelesaian terhadap penemuan saintifik tersebut, Clinique telah menemui formula khusus untuk kulit orang Asia iaitu Even Better Essence Lotion, losyen muka berbentuk cecair pertama oleh jenama tersebut.

Produk terbaru daripada Clinique itu mengandungi bahan dipanggil NMF Complex yang berfungsi seolah membuka kunci yang menyekat lembapan, menjadikan kulit serta merta terhidrat dan tahap kelembapan semakin baik untuk jangka masa panjang.

Selain itu, ia turut menjadikan kulit lebih berseri dan bersinar melalui kandungan bahan-bahan pencerah sekali gus menyelesaikan masalah kulit kusam dan pucat.

NMF Complex diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak tembikai, epal, dan kekacang serta sodium PCA, bagi membantu mengekalkan terhidrat pada paras optimum bagi menjadikan kulit lebih lembut dan anjal, manakala ekstra timun memperbaiki tahap kelembapan.

Turut ditampilkan Even Better Brightening Moisture Cream Plus, pelembap yang dibangunkan khusus untuk kulit kering dan kombinasi.

Diperkaya dengan mentega shea dan avocado yang bertindak mengganti dan mengembalikan kandungan lipid dalam sel kulit. Lipid merupakan bahan yang membantu menguatkan lapisan pelindung pada kulit menjadikan ia terhindar daripada kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang merosakkan.

Kesemua produk ini boleh diperoleh bermula Februari ini pada harga RM125 bagi Even Better Essence Lotion dan RM175 bagi Even Better Brightening Moisture Cream Plus.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Terokai bidang profesional

Posted: 07 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

Umar Hafiz Mohd. Shafie dan Siti Aisyah Borhanuddin menjuarai kategori juzuk 1 - 30 dalam Perujian Menghafaz al-Quran peringkat negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di Pontian, kelmarin. - UTUSAN/ MUHD. ZIKRI

PONTIAN 7 Feb. - Golongan penghafaz al-Quran disaran tidak membataskan pengajian mereka dalam bidang Islam semata-mata, sebaliknya menerokai bidang lain kerana kelebihan mereka dapat digunakan sebaiknya dalam usaha melahirkan lebih ramai muslim profesional.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, seorang hafiz kini perlu berani untuk mencabar diri keluar daripada pengajian tradisi seperti syariah dengan memilih bidang-bidang profesional seperti jurutera, doktor dan peguam.

"Penguasaan pelbagai ilmu kemahiran akan membantu membangunkan tamadun Islam, sekali gus melahirkan ummah yang unggul dan cemerlang dalam pelbagai bidang kehidupan. Kepada hafiz dan hafizah, harap turut sama merebut peluang bersaing bagi melahirkan profesional Islam beriman, bertakwa dan berilmu.

"Bagaimanapun dalam masa sama, penguasaan serta kemahiran menghafaz al-Quran diharap tidak disalahgunakan bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat sekeliling," katanya dalam penutupan rasmi Perujian Menghafaz Al-Quran peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abdul Mutalip Abd. Rahim dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamad.

Yang hadir sama Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsuddin; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut; Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Datuk Abd. Razak Hassan dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Pada majlis tersebut, Umar Hafiz Mohd. Shafee dan Siti Aisyah Borhanuddin dari Muar masing-masing memenangi tempat pertama bagi kategori juzuk 1-30 yang membawa pulang RM5,000 dan cenderamata.

Sebanyak 36 peserta, 18 lelaki dan 18 perempuan mengambil bahagian bagi memilih wakil negeri Johor ke perujian menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di Selangor pada penghujung bulan ini.

Menurut Mohamed Khaled, kebolehan menghafaz al-Quran merupakan satu kelebihan yang perlu digunakan sebagai panduan bagi mencorakkan suasana kehidupan selari dengan tuntutan Allah, malah kerajaan negeri menjadikan kitab suci itu sebagai sumber dalam penerapan pembangunan holistik.

"Semua program dilaksanakan menunjukkan komitmen kerajaan negeri yang memberikan keutamaan kepada pembangunan kerohaniah umat Islam, di samping bidang kehidupan yang lain. Perujian menghafaz al-Quran yang diadakan saban tahun bukan sahaja untuk mencungkil bakat baru, tetapi medan mengukur keupayaan hafazan.

"Mereka yang cemerlang dan mempunyai mutu hafazan baik, mungkin dipertimbangkan untuk berbakti di kawasan tertentu supaya ilmu itu dapat membantu pembangunan modal insan. Oleh itu, mereka yang tekun menghafaz akan diberikan sedikit insentif oleh MAINJ sebagai galakan," tambahnya.

Akhlak Rasulullah contoh terbaik didik anak

Posted: 07 Feb 2014 11:13 AM PST

LABIS 7 Feb. - Umat Islam perlu mencontohi sifat serta keperibadian junjungan mulia Rasulullah SAW dan perlu menyemai sifat tersebut dalam kalangan remaja bagi memastikan wujud generasi baharu yang dilahirkan dengan keperibadian mulia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, usaha mendekatkan golongan remaja dengan masjid serta majlis keagamaan harus dimulakan oleh ibu bapa di peringkat awal persekolahan supaya sebati dalam jiwa mereka yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti.

"Setiap minggu terdapat pelbagai aktiviti keilmuan dianjurkan kebanyakan masjid di kawasan ini dan ibu bapa harus menggunakan kesempatan dari penganjuran program seumpama bagi mendekatkan anak-anak mereka dengan masjid.

"Sementara itu pihak pengurusan masjid dan surau juga harus lebih kreatif dalam usaha menarik minat golongan remaja ke masjid dengan mengadakan program yang melibatkan mereka secara langsung agar mereka merasa diperlukan dan dihargai," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Ladang Eldred dekat sini hari ini.

Menurut Mohd. Azahar, dengan dunia yang lebih terbuka, remaja terdedah dengan pengaruh Barat yang bertentangan dengan nilai dan peradaban Timur di negara ini sekali gus menjadikan cabaran yang dihadapi ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak lebih besar.

Oleh yang demikian katanya, mencontohi serta berusaha menerapkan nilai mulia serta amalan Rasulullah SAW dalam gaya hidup remaja merupakan jalan terbaik untuk menangani gejala tidak sihat di kalangan mereka.

"Menjayakan usaha ini bukan semudah yang disangka dan pastinya kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran seperti perbezaan pandangan serta kehendak antara remaja hari ini dengan golongan yang lebih dewasa.

"Tetapi kita tidak punya pilihan selain berusaha melakukannya dengan sebaik mungkin," kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM lancar BR1M 22 Februari

Posted: 08 Feb 2014 02:59 AM PST

BUKIT GANTANG 8 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dilancarkan pada 22 Februari ini.

Perdana Menteri berkata, pengagihan pada peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung pada 23 Februari. - UTUSAN ONLINE

Jualan produk banduan dicadang biayai aktiviti penjara

Posted: 08 Feb 2014 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Kabinet agar pendapatan daripada produk-produk yang dihasilkan para banduan yang kini mencecah RM21.6 juta digunakan bagi membiayai aktiviti penjara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil jualan produk para penghuni berkenaan, yang diperoleh menerusi latihan kemahiran yang diikuti mereka selama ini, diberikan kepada Kementerian Kewangan sebagai wang yang disatukan.

"Saya akan memohon kepada Kabinet supaya satu kaedah atau mekanisme baharu diwujudkan agar pembiayaan aktiviti penjara dilakukan melalui pendapatan yang diperoleh hasil aktiviti penghuni penjara," katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Penjara Kajang dekat sini hari ini. - BERNAMA

Waytha Moorthy letak jawatan Isnin ini

Posted: 08 Feb 2014 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb. - P. Waytha Moorthy mengesahkan beliau akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 10 Februari ini.

Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) berkata, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun beliau belum menerima sebarang maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan itu kerana menganggap jawatan di dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang miskin di negara ini.

"Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Hindraf," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved