Sabtu, 8 Februari 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis rakam 17 keterangan pasukan T-Team

Posted: 08 Feb 2014 10:35 PM PST

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

MARANG - Polis Terengganu telah memanggil seramai 17 saksi termasuk pengadu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang membabitkan pasukan T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) dalam terowong menuju ke bilik persalinan di Larkin, minggu lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, kesemua yang dipanggil itu terdiri daripada para pemain dan pegawai T-Team yang berada di lokasi ketika insiden tersebut berlaku.

"Kes ini sebenarnya disiasat oleh (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman sebab ia melibatkan dua negeri (Terengganu dan Johor).

"Bagaimanapun, berkaitan dengan pengadu-pengadu yang berada di Terengganu dan saksi-saksi yang terlibat, kita telah panggil di sini (ibu pejabat polis kontinjen Terengganu) untuk memberi keterangan.

"Setakat ini, sudah 17 orang yang dipanggil termasuk pengadu sejak laporan polis dibuat (tengah malam 2 Februari lalu). Jadi, sekarang kita akan bagi keutamaan kepada Bukit Aman. Kita, polis Terengganu cuma membantu siasatan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu, pemain impot T-Team kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan mereka, Stefano Impagiazzo mendakwa telah dikasari ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. - UTUSAN ONLINE

Kereta api tergelincir

Posted: 08 Feb 2014 09:13 PM PST

BUKIT MERTAJAM 9 Feb. - Sebuah kereta api muatan barang lima gerabak tergelincir daripada landasan di sini, dalam kejadian pukul 3.30 pagi tadi.

Setakat ini tiada laporan tentang kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Difahamkan kereta api berkenaan bertolak dari selatan Thailand kira-kira pukul 11 malam tadi dan dalam perjalanan untuk ke selatan. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved