Sabtu, 8 Februari 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM lancar BR1M 22 Februari

Posted: 08 Feb 2014 02:59 AM PST

BUKIT GANTANG 8 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dilancarkan pada 22 Februari ini.

Perdana Menteri berkata, pengagihan pada peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan berlangsung pada 23 Februari. - UTUSAN ONLINE

Jualan produk banduan dicadang biayai aktiviti penjara

Posted: 08 Feb 2014 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan kepada Kabinet agar pendapatan daripada produk-produk yang dihasilkan para banduan yang kini mencecah RM21.6 juta digunakan bagi membiayai aktiviti penjara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil jualan produk para penghuni berkenaan, yang diperoleh menerusi latihan kemahiran yang diikuti mereka selama ini, diberikan kepada Kementerian Kewangan sebagai wang yang disatukan.

"Saya akan memohon kepada Kabinet supaya satu kaedah atau mekanisme baharu diwujudkan agar pembiayaan aktiviti penjara dilakukan melalui pendapatan yang diperoleh hasil aktiviti penghuni penjara," katanya selepas merasmikan Seminar Penjara Sejahtera di Penjara Kajang dekat sini hari ini. - BERNAMA

Waytha Moorthy letak jawatan Isnin ini

Posted: 08 Feb 2014 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Feb. - P. Waytha Moorthy mengesahkan beliau akan meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa 10 Februari ini.

Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) berkata, surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun beliau belum menerima sebarang maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan itu kerana menganggap jawatan di dalam kerajaan tidak membantunya dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang miskin di negara ini.

"Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Hindraf," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved