Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Maut selepas tetak mati kontraktor

Posted:

Maut selepas tetak mati kontraktor

Maut selepas tetak mati kontraktor

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek setelah kereta curi yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/BAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 7 Sept. – Dua perompak menerima padah apabila seorang daripadanya maut manakala rakannya parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebatang pokok sejurus selepas menetak mati seorang kontraktor syarikat perkapalan ketika merompak mangsa, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, S. Vijayaratnam, 47, yang ditetak di belakang kepala oleh suspek meninggal dunia pada pukul 12.04 tengah malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Regency di sini.

Isterinya, G. Vijayalakshmi, 45, pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Menurut pembantu rumah mangsa, P. Rasathi, 31, kejadian berlaku pada pukul 7.30 petang semasa kedua-dua majikannya itu bersembahyang di luar rumah.

Katanya, anak kedua pasangan itu, V. Deeliip, 12, pula berada di bilik di tingkat atas rumah.

"Tiba-tiba saya nampak dua lelaki berada di luar rumah. Saya yang tidak sedap hati terus masuk ke dalam rumah bersama puan (Vijayalakshmi) dan kami menyembunyikan diri di dalam bilik air.

"Tidak lama kemudian suspek menendang pintu bilik air sehingga pecah dan sebaik sahaja keluar saya lihat tuan (Vijayaratnam) sedang diacu dengan parang," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Rasathi berkata, suspek kemudian membawa mereka ke tingkat atas sebelum menggeledah bilik majikannya itu untuk mencari barang berharga.

Katanya, ketika di tingkat atas, majikannya ditetak setelah anak mereka enggan keluar dari bilik yang dikunci dari dalam sejurus menyedari berlaku rompakan.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana begitu takut melihat kedua-dua majikan ditetak dengan parang dan turut menyerahkan barang kemas saya.

"Sebaik sahaja mendapat barang kemas, mereka terus melarikan diri dengan kereta milik majikan saya," katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian anak ketiga majikannya itu, V. Sevendran, 6, tiada di rumah kerana ke kelas tambahan, manakala anak sulung mereka, V. Nishindren, 18, menuntut di sebuah kolej swasta di Mantin, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan awal percaya rompakan itu didalangi oleh empat lelaki dan sebaik sahaja sampai di lokasi kemalangan pihaknya menemui dua daripada suspek dalam keadaan parah, kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

"Suspek yang memandu kereta curi itu berusia 39 tahun maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 31 tahun parah. Polis menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa di dalam kereta tersebut," katanya.

Katanya, pihaknya masih memburu dua lagi rakan suspek yang masih bebas.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenayah simbah asid ditiru melalui laporan media?

Posted:

Jenayah simbah asid ditiru melalui laporan media?

Jenayah simbah asid ditiru melalui laporan media?

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Polis tidak menolak kemungkinan suspek- suspek yang terlibat dalam kejadian simbah cecair kimia dan asid terhadap individu tertentu yang dilaporkan sebelum ini, meniru perbuatan jenayah itu melalui laporan media massa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, secara psikologi memang manusia suka meniru sesuatu melalui apa yang dilihat dan didengar.

Beliau berkata, kes-kes simbah cecair kimia dan asid bukanlah baru berlaku akhir-akhir ini tetapi sudah wujud sejak dahulu lagi.

"Ia nampak seperti trend jenayah baru apabila media massa memberi fokus dan kerap melaporkan kejadian tersebut baru-baru ini.

"Akibatnya, ia menjadi ikutan apabila ada individu tidak bertanggungjawab meniru perbuatan itu untuk melakukan jenayah samun dan membalas dendam terhadap mereka yang dibenci.

"Kes simbah asid sama macam lumba haram, jumpa ular sawa atau buang bayi. Bila media melaporkan kes-kes itu, ia menjadi ikutan dan boleh dilihat apabila ia berturutan berlaku hampir di seluruh negara," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagi Selangor, kata Tun Hisan, hanya dua kejadian simbah cecair disyaki asid dilaporkan berlaku pada tahun ini iaitu di Kajang dan Ampang.

Katanya, namun siasatan mendapati kedua-dua mangsa dalam kes itu disimbah menggunakan cecair pencuci dan bukan asid merbahaya.

Katanya lagi, pasukan khas dianggotai polis Selangor dan Kuala Lumpur yang ditubuhkan baru-baru ini bagi mengesan suspek-suspek terlibat dalam kejadian terbabit masih berusaha memburu penjenayah berkenaan.

Dalam pada itu, Tun Hisan menasihatkan orang ramai terutama pengguna jalan raya berhati-hati apabila dihampiri individu tidak dikenali yang melanggar kereta dari belakang atau memaklumkan kenderaan mengalami kerosakan seperti tayar pancit.

Katanya, mungkin tayar kenderaan itu sengaja dipancit oleh individu terbabit yang berniat mahu menyerang mangsa dengan asid sebelum disamun.

"Jika anda pada masa itu berada di tempat pemandu dan mahu melarikan diri, saya nasihatkan anda keluar ikut pintu kiri kerana kebiasaannya suspek menyerang dari arah kanan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Dr. Rani tetap mahu beri ceramah agama

Posted:

Dr. Rani tetap mahu beri ceramah agama

Dr. Rani tetap mahu beri ceramah agama

SHAH ALAM 7 Sept. - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman tetap akan menyampaikan ceramah agama di negeri ini walaupun tauliahnya tidak lagi disambung oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas tamat tempoh pada bulan lalu.

Selain memberikan alasan menyampaikan ajaran Islam adalah tuntutan agama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru itu memberitahu, beliau berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan cara JAIS menarik balik tauliah ceramahnya.

''Mereka hanya hantar surat mengatakan yang tauliah ceramah saya yang tamat pada Ogos lalu tidak disambung tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah sedangkan saya ada memohon untuk memperbaharui permit tauliah saya.

''Sepatutnya mereka perlu maklumkan sebabnya, adakah saya melakukan sebarang kesalahan semasa menyampaikan ceramah sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tauliah ceramahnya yang tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempoh pada bulan lalu.

Rani berkata, bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut, beliau akan membuat kunjungan ke pejabat JAIS dalam masa terdekat ini.

''Sebenarnya peraturan yang dikenakan oleh JAIS iaitu sesiapa yang ingin menyampaikan ceramah agama di Selangor perlu mempunyai tauliah adalah bagus dalam usaha membendung ajaran sesat.

''Cuma saya tidak puas hati mereka tidak memberi alasan mengapa tauliah saya tidak disambung," katanya.

Mat Sabu lari daripada tanggungjawab

Posted:

Mat Sabu lari daripada tanggungjawab

Mat Sabu lari daripada tanggungjawab

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disifatkan sebagai orang yang lari daripada tanggungjawab apabila beliau enggan berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, sebagai individu yang menimbulkan isu tersebut, Mohamad atau Mat Sabu wajar menjadi pihak yang sepatutnya berdebat dengan Khairy dan bukan menyerahkan tugas itu kepada orang lain.

"Dia (Mat Sabu) yang timbulkan isu, tapi dia minta orang lain untuk menjawab bagi pihaknya. Saya anggap ini adalah merupakan usaha beliau untuk lari daripada tanggungjawab," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Khairy mendedahkan bahawa kerajaan Pas Kelantan memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berbuat demikian.

Terdahulu, Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Khairy dan Mohamad untuk berdebat berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Namun, ia ditolak oleh Mat Sabu yang kemudiannya bertindak mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengannya atas alasan Timbalan Presiden UMNO itu terlalu kerap mengkritiknya berbanding Khairy setelah isu tersebut didedahkan pada 26 Ogos lalu.

Saifuddin dalam pada itu berkata, keengganan Mat Sabu untuk berdebat dengan Khairy juga boleh ditafsirkan sebagai Timbalan Presiden Pas itu tidak menghormati jemputan kerajaan negerinya sendiri.

Ujarnya, ini kerana Khairy telah pun menerima jemputan kerajaan Pas Kelantan untuk berdebat namun Mat Sabu menolak jemputan berkenaan.

"Pada masa sama, kita juga boleh menganggap kerajaan negeri Kelantan tidak menghormati Timbalan Presiden Pas itu kerana meletakkan Mat Sabu untuk berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee ke Cardiff

Posted:

Safee ke Cardiff

Safee ke Cardiff

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Mohd. Safee Mohd. Sali


KUALA LUMPUR - 'Harimau Berantai Malaya', Mohd. Safee Mohd. Sali sah akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Di bawah tawaran sekali seumur hidup itu, segala perbelanjaan penginapan, makan minum dan tiket penerbangan pergi balik buat penyerang sensasi negara itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab yang diuruskan Malky Mackay dan ditubuhkan pada 1899 itu.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri Tien Ghee dalam pertemuan di sini, kelmarin.

"Datuk Chan memaklumkan saya mengenai tawaran tersebut dalam pertemuan kami di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Beliau mengesahkan Safee akan berlatih dengan pasukan utama kelab itu.

"Saya menganggapnya satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, kerana biasanya ramai yang memohon menjalani sesi itu dan sudah mencecah 1,000 orang sedangkan Safee diundang ke sana. Itu sudah cukup besar bagi saya.

"Buat masa ini kami tidak mahu menuntut sebarang bayaran sama ada dari segi elaun dan sebagainya sepanjang Safee di sana dan kami serahkan sepenuhnya kepada Cardiff City," kata Zakaria, bekas pengurus pasukan Selangor pada 2008 hingga 2009.

Mengenai sama ada kelab Safee sekarang, Pelita Jaya Indonesia sedia melepaskan Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, katanya: "Saya lihat mereka memberi petanda positif kerana ia juga sebagai sebahagian persediaan tepat menghadapi Liga Super Indonesia, Oktober ini."

Zakaria bagaimanapun menegaskan, hanya Safee yang ditawarkan ke Cardiff City dan mengesahkan bahawa Tien Ghee tidak menyebut sama ada ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang turut dikaitkan seperti yang dilaporkan beberapa media Malaysia, akhir bulan lalu.

Sebelum ini, pemain pertahanan Melaka dan Selangor serta kebangsaan pada era 80an hingga 90an, Lim Teong Kim pernah bermain dengan kelab Jerman, Hertha BSC Berlin pada 1987 dan kini menjadi penolong jurulatih pasukan remaja bawah 19 tahun Bayern Munich.

Safee, bekas pemain United pilihan Selangor

Posted:

Safee, bekas pemain United pilihan Selangor

Safee, bekas pemain United pilihan Selangor


Sultan Sharafuddin Idris Shah menunjukkan jersi pasukan Selangor pada majlis penyerahan cek tajaan Piala Sultan Selangor Edisi Ke-10 di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Pilihan Selangor bakal diperkuatkan dengan bekas pemain Manchester United menjelang Edisi ke-10 Piala Sultan Selangor menentang Pilihan Singapura pada 1 Oktober ini.

Menurut pengerusi penganjur, Datuk Abdul Karim Munisar, pemain tersebut baru sahaja menamatkan khidmatnya dengan kelab juara EPL musim 2010/11 itu.

"Bagi saingan kali ini Pilihan Selangor akan menggunakan khidmat dua pemain import, salah seorang daripadanya adalah bekas pemain United tetapi saya masih belum boleh mengumumkan lagi nama pemain itu," katanya ketika ditemui media selepas penyerahan cek penajaan, semalam.

Jelasnya, selain menggunakan dua pemain import mereka juga akan mendapatkan kebenaran daripada Persatuan Bola Sepak Singapura untuk menggunakan khidmat pemain Pelita Jaya, Safee Sali yang juga bekas pemain Selangor.

"Kehadiran pemain import tersebut bersama Safee akan memeriahkan lagi saingan berprestij ini antara dua pasukan yang menjadi seteru dalam saingan Liga Malaysia pada era 80an dan 90an.

"Kita juga amat berbesar hati selepas menerima tajaan lebih daripada RM1 juta daripada beberapa syarikat besar antaranya Benalec Sdn. Bhd. (RM300,000), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (RM200,000), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (RM200,000) dan Inai Kiara Sdn. Bhd. (RM150,000)," katanya.

"Seperti biasa saingan kali ini akan dimulakan dengan aksi pemain veteran Selangor menentang veteran Singapura pada pukul 8 malam manakala pertembungan antara Pilihan Selangor dan Singapura berlangsung pada 9.30 malam

"Edisi kali ini bakal menyaksikan Selangor menjadi tuan rumah dan perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam dengan tiket berharga RM10 dijual bermula Isnin depan di Hotel Quality Shah Alam, Hotel Quality Kuala Lumpur, Hotel Concorde Shah Alam, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur," katanya.

Orang ramai juga boleh membeli tiket promosi 'beli satu percuma satu' di Hotel Quality Shah Alam pada hari yang sama bermula 10 pagi hingga 3 petang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pemandu bas dijel 4 tahun

Posted:

Pemandu bas dijel 4 tahun

Pemandu bas dijel 4 tahun

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 7 Sept. – Pemandu bas dua tingkat Sani Express dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam satu nahas ngeri, dua tahun lalu.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah memerintahkan Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, dari Yan, Kedah menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Selain memerintahkan tempoh pemenjaraan lelaki itu ditambah enam bulan lagi jika gagal membayar denda, mahkamah turut menggantung lesen memandu kelas E tertuduh selama tiga tahun bermula hari ini.

Mohamed Ruhizat membuat keputusan tersebut setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang bermula sejak 29 Disember 2009.

Sepanjang perbicaraan, seramai 28 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

Dalam keputusannya, Mohamed Ruhizat berkata, mahkamah mendapati tertuduh dalam keadaan tidak sedar semasa kejadian kerana menurut keterangan saksi, tertuduh tidak mendengar sebarang jeritan dari atas, bawah dan luar bas semasa kejadian.

Katanya, mahkamah turut mengambil kira keterangan saksi pendakwaan yang terdengar seseorang menyatakan "Maaf, saya terlelap" kepada penumpang serta keterangan tertuduh kepada pegawai penyiasat polis bahawa dia terlelap.

"Hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh bukan semata-mata hukuman tetapi pengajaran kepada tertuduh sendiri, pesalah-pesalah lain dan bakal-bakal pesalah supaya kejadian ini tidak berulang. Tanggungjawab pemandu bas dua tingkat cukup besar untuk elak kemalangan,'' katanya.

Mohamed Ruhizat juga menyatakan, mahkamah tidak dapat menerima keterangan pembelaan tertuduh bahawa matanya silau terkena cahaya lampu tinggi sebuah kenderaan dari arah bertentangan semasa kejadian kerana ia tiada dalam laporannya kepada pihak polis dan jika benar sekalipun, tempohnya cuma 1.6 saat atau kurang.

"Menurut pegawai penyiasat, kelajuan bas sebelum kejadian ialah 91 kilometer sejam. Walaupun bas dipandu lebih satu kilometer sejam dari had laju dibenarkan 90 kilometer sejam di tempat itu, ia boleh jadi berbahaya terutamanya bagi bas berat dan dua tingkat.

"Mahkamah menerima keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan yang konsisten bahawa bas tersebut dipandu secara terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan walaupun terdapat percanggahan tempoh masa kerana daya ingatan dan perspektif setiap individu adalah berbeza," katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Kamil yang diwakili peguam bela, S. Arumugam dan Khairun Niza Husnin didakwa memandu bas bernombor pendaftaran WSX 5010 secara melulu kira-kira pukul 1 pagi, 26 Disember 2009 di Kilometer 272.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di sini.

Dengan perbuatannya itu, dia didakwa menyebabkan kematian pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, Mohd. Bilal Osman, 22, dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, bersama adiknya, Sharifah Hasanah, 15, Musa @ Ismail Abdullah, 64, Noor Jismi Noordin, 25, Ng Kah Kit, 14, dan kakaknya, Ng Poh Ngoh, 23.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Arumugam memberitahu mahkamah, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia antara dua dan 10 tahun, belum membuat keputusan untuk merayu kes tersebut kerana tidak mampu menanggung kos guaman yang setakat ini ditanggung oleh syarikat Sani Express.

Sementara itu, Mohd. Kamil yang memakai baju kemeja berwarna cerah serta seluar panjang berwarna gelap dan berkasut sukan, dilihat dalam keadaan begitu sugul di dalam kandang pesalah sambil tangannya diletakkan di atas kepala seperti tidak menjangkakan hukuman tersebut.

Sementara itu, Pengurus Operasi Sani Express, Jamali Mahat yang turut hadir memberitahu, beliau belum menerima sebarang mandat pengurusan tertinggi syarikat untuk membantu Mohd. Kamil membuat rayuan dalam kes tersebut.

Menurut beliau, Mohd. Kamil yang mula berkhidmat dengan syarikat itu sejak Ogos 2009, diberikan cuti tanpa gaji sejak didakwa di mahkamah.

Juruwang miliki gambar bogel dihukum penjara

Posted:

Juruwang miliki gambar bogel dihukum penjara

Juruwang miliki gambar bogel dihukum penjara

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Akibat memiliki gambar dan video bogel serta mengugut mahu menyiarkan gambar wanita yang dikenali melalui laman sosial Facebooknya, seorang juruwang kafe Internet terpaksa meringkuk di penjara selama 11 bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Sukri Kassim, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut.

Bagi kesalahan memiliki video dan gambar bogel, lelaki itu dihukum penjara 11 bulan dan denda RM1,500 manakala kesalahan melakukan ugutan untuk menyiarkan gambar tersebut, dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM1,000.

Abdullah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar keseluruhan denda, dia akan dihukum penjara selama 12 bulan lagi.

Muhamad Sukri yang berada dalam kandang tertuduh hanya mampu menundukkan kepalanya ketika mendengar hukuman itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menetap di Shah Alam didakwa mengugut untuk menyiarkan gambar mangsa berusia 21 tahun itu sekiranya wanita itu tidak mengikut arahannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan rumah mangsa di Keramat, di sini pada pukul 2.30 petang, 15 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyimpan gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit jenis Sony Ericsson miliknya, di Blok 30, Bangunan Flat PKNS, Jalan Plumbum 7/97, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor di sini pada pukul 4.30 petang, keesokan harinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Gambar bogel itu dipercayai dihantar oleh mangsa menerusi telefon bimbitnya kepada telefon bimbit tertuduh.

Terdahulu, Muhamad Sukri yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana ibu dan bapanya menghidap penyakit serius termasuk sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

"Saya sudah insaf Yang Arif, saya memohon diberikan peluang," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Hussin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana perbuatannya adalah jenayah serius yang membabitkan kehormatan wanita.

Katanya, sekiranya gambar-gambar itu berjaya disebarkan di Internet ia akan mendedahkan keaiban wanita itu kepada masyarakat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kasih Ramadan UiTM Jengka

Posted:

Kasih Ramadan UiTM Jengka

Kasih Ramadan UiTM Jengka

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


MUHAMMAD Mohktar Samat (tujuh dari kanan) bersama pensyarah UiTM kampus Bandar Tun Razak, Jengka di rumah seorang penduduk miskin yang menerima bantuan menerusi program Sesuci Kasih Ramadan di Rumah Rakyat Maran, Pahang, baru-baru ini. – utusan/salehudin mat rasad


KUALA KRAU 7 Sept. – Program Sesuci Kasih Ramadan anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Bandar Tun Razak, Jengka, dekat sini berjaya memenuhi realiti tanggungjawab sosial institusi pengajian tinggi kepada masyarakat setempat.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UiTM Cawangan Pahang, Muhammad Mohktar Samat berkata, program itu istimewa kerana pensyarah turut turun padang melihat sendiri kesulitan penerima bantuan tersebut.

Menurutnya, penganjur juga turut mengadakan majlis penyerahan sumbangan di kampus itu baru-baru ini membabitkan lapan keluarga dengan menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

"Program itu begitu bermakna bagi mereka yang mana tujuh daripada lapan keluarga terbabit menerima sumbangan daripada warga UiTM," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Muhammad berkata, turut sama menerima sumbangan tersebut ialah satu keluarga daif di sekitar kawasan rezab Sungai Bandar Tun Razak, Jengka

Menurutnya, selain itu seramai 17 pelajar Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang datang daripada keluarga miskin turut menerima sumbangan tersebut.

"Melalui program itu warga UiTM Pahang turut prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik di samping memenuhi tanggungjawab sosial kepada warga UiTM dan masyarakat sekitar Bandar Tun Abdul Razak, Jengka," katanya.

Jelas beliau, secara tidak langsung ia memperkuatkan ikatan persaudaraan antara warga UiTM dengan masyarakat setempat.

Katanya, aktiviti sedemikian juga memberi kesedaran kepada warga UiTM mengenai kepentingan mengadakan program khidmat masyarakat terutama dalam membantu golongan kurang berkemampuan.

Kanak-kanak Orang Asli sertai pertandingan mewarna

Posted:

Kanak-kanak Orang Asli sertai pertandingan mewarna

Kanak-kanak Orang Asli sertai pertandingan mewarna


KANAK-kanak Orang Asli yang mengambil bahagian pada pertandingan mewarna dan melukis sempena Bulan Kemerdekaan di Projek Agropolitan Runchang, Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 7 Sept. - Seramai 80 peserta termasuk ibu bapa menyertai pertandingan mewarna dan melukis sempena Bulan Kemerdekaan anjuran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Projek Agropolitan Runchang, di sini baru-baru ini.

Program Sinar ECER anjuran bersama Pusat Pengajian Berterusan dan Pengajian Profesional (Cenfed) dan Persatuan Wanita Universiti Malaysia Pahang (Matahari) itu melibatkan penyertaan daripada masyarakat Orang Asli di kawasan Agropolitan Pekan dan Runchang di sini.

Pengurus Projek program tersebut, Zainal Bahari berkata, program itu untuk memastikan peserta tidak ketinggalan dalam menjayakan sambutan Bulan Kemerdekaan yang disambut di seluruh negara ketika ini.

Menurutnya, tiga kategori dipertandingkan iaitu pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak berusia enam hingga sembilan tahun, kategori 10 hingga 12 tahun dan kategori terbuka untuk ibubapa.

"Selain itu, turut diadakan majlis serahan bendera untuk dipasang di motosikal melibatkan 30 peserta projek Agropolitan Pekan yang disempurnakan oleh Tok Batin Runchang, Rahmat Mansor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif ECER Pahang, Mohd. Khairul Fikri Che Mat dan Pengurus Kawasan Projek Agropolitan, Shamsuri Mohamed.

Selain itu katanya, program tersebut dapat menyemai rasa cinta kepada negara di kalangan anak-anak dan peserta sendiri serta memberi pendedahan tentang Hari Kemerdekaan.

"Ia dapat menyemarakkan lagi semangat mengibarkan Jalur Gemilang di kalangan peserta Projek Agropolitan Pekan dan Runchang termasuk ahli keluarga mereka," ujarnya.

Sementara itu, dalam pertandingan mewarna bagi kategori enam hingga sembilan tahun, Najua Zuraina Juhan memenangi tempat pertama, diikuti Peter Juhan di tempat kedua, manakala Kazifizul Aziman a/l Karim di tempat ketiga.

Pemenang pertama bagi kategori mewarna dan melukis pula ialah Mariyani a/p Shamsul, tempat kedua, Diana Norfazlin a/p Daud dan Sheri Nizam di tempat ketiga.

Bagi kategori terbuka, tempat pertama dimenangi Norizan a/p Khalid, diikuti Roslan Kasai di tempat kedua dan Zurianiza a/p Osman di tempat ketiga.

38 maut Ops Sikap

Posted:

38 maut Ops Sikap

38 maut Ops Sikap

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 7 Sept. – Sebanyak 1,017 kes kemalangan jalan raya dicatatkan di negeri ini sepanjang Ops Sikap Ke-24 dengan 38 kematian sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Negeri Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, jumlah itu menurun berbanding Ops Sikap Ke-22 pada musim perayaan sama tahun lalu.

Menurut beliau, sebanyak 31 kes melibatkan kemalangan maut dilaporkan pada Ops Sikap Ke-24 berbanding Ops Sikap Ke-22 dengan 39 kematian daripada 34 kes.

"Kebanyakan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan jumlah kematian seramai 23 orang pada Ops Sikap Ke-24.

"Berdasarkan statistik pada Ops Sikap tahun lalu seramai 18 penunggang dan pembonceng maut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, kemalangan maut kali ini banyak melibatkan Jalan Persekutuan dan negeri dan tiada kemalangan maut di laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mat Indera militan PKM

Posted:

Mat Indera militan PKM

Mat Indera militan PKM


Mat Indera


Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera adalah anak Johor yang terlibat dengan gerakan-gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.

Beliau pada awalnya, seperti individu-individu lain juga telah berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Bezanya, Mat Indera melibatkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.

Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.

Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM telah diharamkan.

Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan melibatkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.

Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.

Tindakannnya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

Ini berlainan dengan para pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Kemuncak penglibatan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu adalah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950.

Fakta yang diperolehi daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas tersebut terhadap pegawai-pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.

Sebagai seorang daripada pemimpin rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan tersebut.

Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

Sedangkan ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.

Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk dari 'Malayan Union' British sebelum itu.

Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan 'People's Democratic Republic of Malaya' yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.

Akhirnya Mat Indera telah berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan teroris yang diharamkan sehingga ke hari ini.

Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berpelembagaan.

Berdasarkan fakta-fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera adalah dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Regimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.

Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian perletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.

Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, adalah data-data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di negeri Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Penulisan dan catatan tersebut adalah menjadi bahan-bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan olek kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman-rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.

DATUK ABDUL GHANI OTHMAN Menteri Besar Johor

Pas, PKR bukan tempat bergantung

Posted:

Pas, PKR bukan tempat bergantung

Pas, PKR bukan tempat bergantung

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Mohammad Sabu memerhatikan Mustapa Ali memberi kenyataan tentang erti pejuang kemerdekaan sebenar di pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, kelmarin.


''UMNO adalah harapan orang Melayu. Segala-galanya yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan UMNO. Kita telah menangkis Malayan Union, kita telah mencapai kemerdekaan, kita telah mengisi kemerdekaan ini dengan pembangunan, kita telah meningkatkan ekonomi dan pelajaran orang Melayu dengan menggunakan kekuatan yang kita dapati daripada UMNO."

Inilah fakta mengenai sumbangan UMNO kepada orang Melayu tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka yang dibentangkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika menyampaikan amanat di Perhimpunan Agung UMNO pada April 1987.

Fakta inilah yang terpaksa diakui oleh Pas melalui sidang media oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali kelmarin yang bertujuan mempertegaskan penolakan parti itu terhadap ideologi dan perjuangan komunis.

Malahan Mustafa mengakui bahawa melalui perjuangan UMNO, negara mampu mencapai kemerdekaan dan fakta ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja yang bergelar orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Justeru apabila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba menafikan bahawa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang bangsa maka tidak salahlah kalau orang menganggap beliau buta sejarah, dangkal fikiran dan mencari publisiti murahan.

Sememangnya tindakan menafikan sumbangan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya dalam memerdekakan negara bukan sahaja boleh dianggap jahil malah satu tindakan politik jumud.

Tidak kira sama ada orang Melayu itu berada dalam parti politik apa sekali pun, apa yang jelas mereka tidak mampu memadamkan sejarah terhadap jasa besar UMNO kepada negara ini.

UMNO adalah parti keramat yang bukannya ditubuhkan melalui demonstrasi jalanan atau berikutan perasaan tidak puas hati mana-mana pemimpin kerana tidak mendapat jawatan tetapi seperti mana kata seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO kepada penulis, UMNO lahir kerana doa orang Melayu yang mahu menuntut kemerdekaan ketika itu.

''Oleh itu UMNO bukan sebarang parti, ia ditubuhkan melalui niat dan perjuangan yang suci demi memartabatkan orang Melayu, membela maruah bangsa dan mempertingkatkan syiar Islam di negara ini," kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam pertemuan dengan penulis pada Isnin lalu.

Atas sebab itulah, UMNO harus terus dipelihara dan dijaga oleh semua orang yang mengaku dirinya Melayu. Berbeza fahaman politik sehingga berhasrat mewujudkan gerakan bagi menggantikan peranan UMNO sebagai parti utama kepada orang Melayu bukanlah langkah yang bijak.

Sebaliknya ia akan membuka laluan kepada terhapusnya kekuatan dan kekuasaan politik orang Melayu yang sekali gus menggugat kedudukan Islam di negara ini.

Orang Melayu perlu memahami bahawa selama ini apa juga yang dinikmati dan diraih adalah hasil perjuangan UMNO yang bukan sahaja bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan tetapi juga menyusun strategi serta langkah bagi memastikan orang Melayu tidak merempat di tanah air sendiri.

Atas sebab itulah, orang Melayu tidak boleh terpedaya dengan mainan politik mana-mana pihak terutamanya Pas kononnya mereka mampu menjadi lebih baik daripada UMNO dan sudah bersedia menggantikan peranan UMNO.'

Impian seumpama ini hanyalah sekadar mimpi di siang hari kerana Pas tidak ada kekuatan mempertahankan prinsip seperti mana UMNO dan Pas tidak dominan seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, Pas bagaikan sesumpah yang boleh menukar wajah mengikut perjalanan politik yang dilaluinya. Sebab itulah Pas bersedia mengorbankan perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Tetapi UMNO tidak berbuat demikian, UMNO tidak pernah berganjak seinci pun daripada perjuangannya dalam memartabatkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini namun dalam yang sama tidak menindas kaum-kaum lain.

Fakta inilah yang harus dipegang oleh semua orang Melayu agar mereka tidak mudah terpedaya dengan mainan politik alaf baru yang cuba menafikan kepentingan UMNO untuk terus kekal berkuasa di negara ini.

Pengekalan kedudukan UMNO sebagai tunjang utama pemerintahan negara bukan semata-mata kerana kuasa politik atau kedudukan tetapi bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara memandangkan tidak ada parti Melayu seperti UMNO dan juga mana-mana parti komponen lain yang boleh menggantikan BN.

Walaupun pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP cuba meniru amalan politik BN tetapi setakat ini mereka tidak begitu berjaya, perbezaan idelogi dan berlainan falsafah perjuangan membantutkan usaha berkenaan.

Apa yang paling malang, orang-orang Melayu yang berada di dalam PKR dan Pas telah diperalat untuk melemahkan UMNO melalui percaturan dalam perebutan kerusi dalam pilihan raya.

Lemahnya UMNO hanya akan mengakibatkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini tidak tergugat.

Percayalah orang Melayu tidak boleh bergantung kepada PKR dan Pas bagi mempertahankan kedudukan mereka kerana kedua-dua parti itu tidak ada kekuatan politik seperti mana UMNO kecapi dalam BN.

Bagaimanapun, dalam kita berhujah soal betapa penting orang Melayu mengiktiraf jasa dan mempertahankan kedudukan UMNO, kita juga harus memperingatkan pemimpin-pemimpin di dalam UMNO sendiri supaya jangan ada antara mereka terus bercakaran untuk merebut jawatan dan kedudukan.

Dari segi kerusi pilihan raya, UMNO kini masih boleh dianggap rapuh, masih kehilangan kuasa di Kelantan sejak 1990, terlepas takhta di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor pada pilihan raya umum lalu sepatutnya memberikan pengajaran berguna kepada pemimpin UMNO.

Pilihan raya umum akan datang dikatakan menjadi medan perhitungan utama bagi menentukan survival parti terbesar orang Melayu itu.

UMNO tidak boleh lagi mengulangi kekalahan dalam pilihan raya umum 2008 kerana ia boleh mengakibatkan kedudukan orang Melayu tergugat.

Justeru kepada pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO terutamanya di peringkat bahagian usahlah terlalu kemaruk untuk mempertahankan kedudukan sehingga ia akhirnya merugikan parti.

Penulis membangkitkan perkara ini kerana mendapati di sesetengah negeri walaupun ketua-ketua bahagian tertentu sudah ditolak rakyat, mereka masih mahu mempertahankan kedudukan dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam soal ini, sudah sampai masanya, pemimpin-pemimpin tersebut memikirkan mengenai survival UMNO dan orang Melayu, bukannya kepentingan peribadi.

Pilihan raya umum kali ini amat penting bagi UMNO, parti itu tidak boleh lagi berhadapan dengan kemerosotan perolehan kuasa sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri.

Semakin kurangnya jumlah kerusi milik UMNO dalam kedua-dua dewan berkenaan maka semakin longgarlah cengkaman parti Melayu itu untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Almy dan Ryzal selesa tanpa pengurus

Posted:

Almy dan Ryzal selesa tanpa pengurus

Almy dan Ryzal selesa tanpa pengurus

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH


DRAMA Maahad Al-Amin benar-benar menguji kefahaman Almy Nadia dan Ryzal Jaafar terhadap Islam.


ISU pertelingkahan antara artis dan pengurus sudah menjadi rencah dalam industri hiburan tempatan mahupun antarabangsa. Ia bagaikan asam garam yang perlu dilalui oleh sesetengah selebriti yang kerjaya mereka diuruskan oleh pengurus.

Jika ada percanggahan pendapat yang ketara sehingga memberi kesan negatif terhadap karier masing-masing, maka akan bermulalah perang dingin.

Seterusnya, berlakulah kejadian tuding menuding antara satu sama lain dan akhirnya perkelahian tersebut menular ke dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Tetapi ada juga artis yang bergerak sendiri tanpa bergantung kepada pengurus. Seperti Ryzal Jaafar dan Almy Nadia yang ditemui di lokasi penggambaran drama Maahad Al-Amin arahan Raja Ahmad Alauddin di Kemensah, Hulu Klang baru-baru ini, mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai pengurus artis.

Adakah mereka selesa bergerak sendirian, atau lebih terurus jikalau karier masing-masing dikendalikan oleh pengurus artis sama ada secara individu mahupun syarikat pengurusan?

Ryzal cuba berdikari

Pemuda kelahiran Alor Setar, Kedah yang berusia 29 tahun ini pernah bernaung di bawah produksi gergasi tanah air, KRU Studios tatkala memulakan karier lakonannya lima tahun lalu.

Terkenal menerusi siri Jelatang yang disiarkan di TV3, kerjaya Ryzal semakin berkembang maju dan bakatnya mula dikenali ramai.

Namun, sebulan lalu, Ryzal mengakui, dia tidak lagi menyambung kontraknya bersama KRU Studios kerana nekad mahu berdikari dalam mengembangkan lagi kariernya.

Tambah jejaka yang juga merupakan model sambilan itu, dia bukanlah mahu mendabik dada setelah bakat lakonannya mula mendapat perhatian penggiat filem, tetapi tidak salah jikalau hasratnya yang mahu berdikari direalisasikan.

"Apa salahnya kalau saya hendak berubah angin? Lagipun sudah empat tahun saya bernaung di bawah syarikat pengurusan lama.

"Sudah tiba masanya untuk saya mengorak langkah sendiri tanpa perlu dipimpin oleh mana-mana syarikat pengurusan artis.

"Hasrat saya untuk bergerak sendiri ini juga pun mendapat persetujuan KRU Studios dan mereka memberi galakkan sewajarnya," jelas Ryzal panjang lebar di lokasi drama terbitan Global Station Network untuk siaran TV AlHijrah.

Ditebak soalan adakah berlaku konflik dalaman antara syarikat milik trio KRU itu dengan dirinya, Ryzal menjawab, setiap organisasi mempunyai kelebihan dan kekurangan.

"Tipu kalau saya cakap tidak wujud sebarang masalah dengan mereka (KRU Studios) sepanjang empat tahun saya di sana.

"Tetapi, segala salah faham diselesaikan secara profesional tanpa sedikitpun terbit perasaan dendam.

"Hubungan saya dengan sesiapa yang bekerja dengan pihak pengurusan sebelum ini masih rapat dan tetap berinteraksi seperti biasa," katanya menjawab soalan tersebut.

Almy mampu sendirian

Bagi pelakon siri Senandung Si Dayang, Almy Nadia, 25, dia tidak kisah sama ada kerjayanya diurus oleh pengurus artis mahu pun secara sendirian.

Katanya, pengalaman bernaung di bawah syarikat pengurusan LineClear Motion Pictures enam tahun lalu tidak mendatangkan apa-apa masalah yang serius walaupun Almy hanya bertahan setahun sahaja di situ.

Bagaimanapun Almy menegaskan, tindakan dia menarik diri daripada syarikat pengurusan terbabit bukanlah disebabkan berlaku sebarang pertelingkahan, tetapi kerana yakin mampu bergerak secara sendirian mengharungi liku kehidupan sebagai seorang pelakon.

Katanya, demi mencari sesuap nasi, dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan peluang tawaran berlakon dari mana-mana produser tempatan.

"Pada mulanya bergerak secara sendirian, saya akui sedikit terumbang-ambing dalam mencari arah untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.

"Namun, lama-kelamaan saya berjaya menguruskan karier saya dengan lebih teratur dan alhamdulillah, rezeki dalam bidang ini masih berpihak kepada saya," kata kekasih kepada Fizz Fairuzz itu.

Namun, Almy berpendapat, sama ada syarikat pengurusan atau sendirian, kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya.

Paling penting, nasihat Almy, setiap artis itu perlu bijak menyesuaikan diri dalam industri hiburan ini dan pandai menyusun bicara kerana komunikasi dua hala itu adalah kunci kejayaan.

Menyentuh pula mengenai hubungannya denga aktor kacak Fizz Fairuz, Almy ternyata berat mahu berbicara lanjut perihal tersebut.

Katanya ringkas, biarlah ketetapan takdir Allah yang menentukan segalanya terhadap jodoh antara mereka.

Maahad Al-Amin uji Ryzal, Almy

Berbicara mengenai drama genre komedi kerohanian 12 episod, Maahad Al-Amin yang bakal disiarkan di siaran TV AlHijrah itu, Ryzal menjelaskan, intipati dialog yang menjurus ke arah keilslaman itu amat menguji pengetahuannya terhadap ilmu agama.

Ujar Ryzal yang melakonkan watak sebagai Hud yang merupakan staf di sebuah sekolah pondok itu, dia perlu menunjukkan kebolehannya mengaji al-Quran.

"Jadi, bacaan ayat-ayat suci perlulah betul hukum tajwid agar maksudnya tidak tersasar. Lagipun, ia menjadi kesalahan jika membaca ayat suci dengan cara yang tiak betul.

"Justeru, saya sering bertanyakan kepada seorang ustaz yang turut diundang sebagai pelakon tambahan dalam siri ini," jelas bekas pelajar Malaysia Institute Integrative Media itu.

Bagi Almy pula, lakonannya sebagai Sakinah dalam drama ini turut mengujinya kerana dialog yang dilontarkan semuanya berdasarkan fakta, bukannya auta.

Jelas anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang itu, cabaran menghafal skrip yang penuh dengan riwayat hadis dan dalil, benar-benar menduga kredibilitinya sebagai pelakon.

"Syukur, saya dibimbing dengan baik oleh penulis skrip ini, Mahizan Husain agar memudahkan saya untuk melontarkan dialog dengan lebih lancar.

"Kalau drama yang bukan ke arah islamik, dialognya boleh diolah mengikut kesesuaian saya.

"Tetapi drama yang bersifat keislaman sebegini, saya tidak boleh sesuka hati untuk mengolah skripnya kerana takut berlaku kesalahan fakta," ulas Almy.

Selain mereka berdua, drama ini turut dijayakan oleh Zamarul Hisham, Arash Mohamad, Afiq Meadin, Aidil Aziz, dan Zizan Nin serta melibatkan hampir 20 pelakon kanak-kanak yang menggambarkan suasana sekolah pondok Maahad Al-Amin.

Misi Mila ke Georgia

Posted:

Misi Mila ke Georgia

Misi Mila ke Georgia

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN

BINTANG kelahiran Astro yang merupakan juara wanita pertama Akademi Fantasia (AF), Noorsyarmilla Jirin, 24 atau Mila sekali lagi menggalas tanggungjawab besar membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

Setelah dipilih sebagai pemenang Lagu Terbaik pada pertandingan 17th Discovery Pop Festival di Opera House Varna di Bulgaria pada 2008, misi Mila kali ini pula adalah merangkul kejuaraan di pertandingan Golden Talent - International POP TV Performers Batumi di Georgia.

Gadis genit yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu memberitahu, misinya ke Georgia bukannya mudah kerana pertandingan nyanyian itu disertai sebanyak 23 buah negara Eropah dan Asia.

"Ini bermakna, saya perlu menewaskan 22 orang peserta yang mewakili negara mereka dan saya pasti, mereka bukanlah calang-calang penyanyi.

"Namun, menang atau tidak, bukanlah agenda utama tetapi pengalaman yang ditimba menjadikan ia sesuatu peluang yang begitu berharga untuk dilepaskan.

"Apatah lagi, tidak lama lagi saya bakal keluar dengan album Inggeris pertama saya dan berharap, peluang ini dapat digunakan untuk mempromosikan album saya tersebut," katanya yang masih lagi sibuk dengan pembikinan album sulung Inggerisnya di United Kingdom (UK) itu.

Menceritakan bagaimana dia berjaya mendapatkan peluang keemasan tersebut, Mila berkata, ia adalah rentetan daripada penyertaannya di Bulgaria, dua tahun lalu.

Menurut Mila, dia menerima pelawaan tersebut melalui emel yang dihantar oleh Georgia Art Festival dengan kerjasama World Association of Festivals and Artiste (WAFA), organisasi sama yang turut terlibat dengan penganjuran di Bulgaria.

"Pada awalnya, berat hati saya untuk menerima pelawaan tersebut kerana ia memerlukan kos yang besar untuk menyertainya.

"Mujur, setelah berjumpa dengan pegawai Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan menyuarakan masalah yang dihadapi, institusi kewangan tersebut sedia membiaya semua kos perbelanjaan sepanjang pertandingan itu berlangsung.

"Justeru, setelah berbincang dan memberitahu ahli keluarga, saya bersetuju untuk menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 7 hingga 10 September depan.

"Bagaimanapun, saya harus berangkat awal ke sana pada 1 September kerana menurut kata penganjur, saya dan peserta lain perlu menjayakan pelbagai program televisyen dan sesi fotografi terlebih dahulu sebelum pertandingan sebenar bermula," jelasnya pada sidang akhbar yang diadakan di Restoran D'Saji Felda Villa, Jalan Semarak, di ibu kota baru-baru ini.

Mila menambah, acara yang disertainya kelak membariskan ramai penyanyi yang lahir daripada program realiti televisyen negara yang mengambil bahagian.

Bercerita tentang persiapan, Mila yang bakal menyanyikan dua buah lagu iaitu Kasih Yang Terdampar dan sebuah lagu Inggeris berjudul Listen akan mengutamakan aspek vokal berbanding persembahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Porter lancarkan urusan di Tanah Abang

Posted:

Porter lancarkan urusan di Tanah Abang

Porter lancarkan urusan di Tanah Abang

Teks dan Foto Abd Rahman Saleh


Tugas porter mengangkat pelbagai jenis barangan perniagaan daripada yang ringan hingga kepada yang berat.


APABILA di sebut porter, di kalangan kanak-kanak mereka mungkin akan merujuk kepada kepada filem Harry Potter. Namun bagi para peniaga dan pembeli di pusat pemborong terbesar di Asia Tenggara iaitu Tanah Abang, Jakarta, Indonesia, porter memang menjadi watak dan nadi penting dalam melancarkan urusan perniagaan harian.

Porter di sini adalah petugas atau pemikul yang bekerja menggunakan tulang empat kerat bagi mencari rezeki.

Tugas mereka ialah mengangkat pelbagai jenis barangan perniagaan daripada yang ringan hingga kepada yang beratnya mencapai 130 kilogram. Bak kata pepatah berat mata memandang, sudah tentu lagi berat bahu yang memikul.

Tetapi demi tuntutan hidup, dan demi memastikan sesuap nasi untuk anak dan isteri, berat bebanan tidak dipedulikan walaupun bayaran yang diterima mereka rendah.

Kebanyakan porter akan mengenakan baju T yang mempunyai nombor. Seawal pukul 6 pagi mereka sudah berlegar di sekitar kompleks itu bagi mendapatkan pelanggan.

Namun ada juga porter senior tidak mengenakan baju T bernombor. Mereka ini sudah di kenali dan mempunyai pelanggan tetap terutama dari kalangan peniaga di Tanah Abang.

Rata-rata porter yang bekerja berusia antara 20 tahun hingga 60 tahun. Mereka bekerja dengan rela hati. Walaupun upahnya tidak sebesar mana, namun ia adalah pekerjaan 'mudah' kerana tidak memerlukan modal dan kemahiran.

Biasanya pendapatan mereka sekitar Rp20,000 (RM7.50) hingga Rp50,000 (RM18) sehari. Bagaimanapun mereka yang mempunyai pelanggan tetap boleh mencecah hingga Rp150,000 (RM54) hingga Rp 200,000 (RM71.50) mengikut kemampuan masing-masing.

Menurut seorang peniaga, Fianky, 26, porter sememangnya diperlukan oleh para peniaga di pusat perniagaan itu bagi membawa pelbagai barangan yang ditempah oleh para pelanggan atau membawa dari tempat penurunan barang di bahagian bawah ke kedai masing-masing.

"Tanpa porter bagaimana kami mahu membawa barang-barang tersebut ke kedai kami di atas? Begitu juga bila ada pelanggan kami yang mahu membawa barangan dengan jumlah yang besar turun ke tempat letak kereta untuk dimasukkan ke dalam kenderaan mereka," jelasnya.

Dia mengakui porter sememangnya menjadi nadi kepada peniaga di Tanah Abang dalam melancarkan urusan perniagaan.

Tambahnya, bayaran kepada porter selalunya bergantung kepada sebanyak mana barangan yang mereka pikul serta jarak barangan itu dibawa.

"Jika barangannya besar dan berat sudah pasti bayarannya mahal sedikit. Kalau terlalu besar porter akan gunakan troli. Tetapi kaedah ini jarang digunakan kerana ruang antara toko perniagaan di sini sempit. Kerana itu ramai porter memikul karung besar berisi barangan jualan," kata Fianky.

Bagi peniaga, Sumi, 32, porter perlu dihargai kerana mereka menjalankan tugas dengan jujur kerana tugas yang diamanahkan kepada mereka akan diselesaikan dengan baik.

"Dalam kesibukan dan kesesakan pengunjung membeli pelbagai barangan, porter tetap mengangkat barangan walau seberat manapun sehingga sampai ke destinasi yang ditujui," tegas Sumi yang menjual pelbagai pakaian kanak-kanak.

"Sudah lebih 10 tahun saya berniaga di sini belum pernah barangan saya yang dibawa oleh porter tidak sampai di toko saya. Begitu juga dengan barangan jualan pelanggan saya yang menggunakan khidmat mereka," tambahnya lagi.

Memang benar kata-kata para peniaga di Tanah Abang. Sewaktu duduk berbual dengan beberapa orang porter, mereka berbangga menjalankan khidmat memikul barangan walau keletihan kerana bagi mereka selain daripada mencari rezeki halal, secara tidak langsung dapat memudahkan para peniaga dan pengunjung di pusat itu.

Bagi Wawan, 26, dia tidak malu menjadi porter. Malah dia merasa beruntung dapat menjalankan tugas itu kerana bukan mudah mendapatkan pekerjaan baik di kota raya Jakarta.

"Di sini saya hanya menggunakan tenaga dan sedikit teknik mengangkat barang yang berat dengan betul. Saya juga tidak perlu berpanas dan berhujan seperti mereka yang bekerja di luar sana. Jarang sekali saya terpaksa memikul barangan hingga keluar kompleks ini," kata Wawan yang berasal dari Bogor.

Katanya setiap barang perlu dikira terlebih dahulu sebelum dimuatkan ke dalam guni plastik. Setelah penuh, dia perlu mengikat sebaik mungkin supaya tidak pecah apabila diangkat dan dipikul.

"Satu bal (guni) seperti ini beratnya antara 40 hingga 60 kilogram. Saya perlu pikul hingga sampai di lif sebelum dibawa turun untuk dimasukkan ke dalam kenderaan pelanggan," jelasnya yang mendapat upah antara Rp10,000 hingga Rp15,000 untuk sekali perkhidmatan.

Namun begitu Wawan gembira kerana selain mendapat upah dia juga dapat membantu para pelanggan melancarkan perniagaan mereka.

"Dalam satu bulan saya bisa mendapat Rp 1.5 juta. Itu cukup menyara keluarga saya walaupun tidak dapat bermewah-mewahan," katanya sambil tersenyum.

Warisan kacang putih 1Malaysia

Posted:

Warisan kacang putih 1Malaysia

Warisan kacang putih 1Malaysia


Thanggaraja Solayapan setia menjual pelbagai jenis kacang di Terminal Bas Ipoh.


SUATU ketika dahulu penjual kacang putih menjaja kekacang dan makanan rangup lain dengan berjalan kaki atau berbasikal dan mereka sering dilihat di bandar-bandar dan kawasan sekitarnya.

Perniagaan ini, yang dipelopori masyarakat Tamil dari selatan India, bermula seawal kurun ke-19.

Warga Malaysia dari kalangan generasi pra dan awal pasca Merdeka pasti tidak lupa bagaimana penjual-penjual kacang putih ini menggulung kertas menjadi bentuk kon dan mengisinya dengan kekacang atau snek rangup lain.

Ramai juga akan mengimbau semula kenangan mereka mengunyah kekacang semasa menunggu bas atau menonton filem di pawagam. Lebih mengkagumkan, snek yang berasal dari India ini dinikmati oleh semua kaum dan ia merupakan snek 1Malaysia yang sebenar.

Walaupun penjual kacang putih mungkin tidak lagi dapat dilihat atas jalan, kacang putih yang sama kini dijual oleh generasi baru penjaja Tamil sebagai snek pilihan.

Hari ini, penjual kacang putih menjual snek mereka di lokasi yang ditetapkan. Kekacang dan makanan rangup lain dibungkus kemas di dalam paket plastik dan ramai daripada mereka juga merupakan usahawan kacang putih yang berjaya. Seorang daripada usahawan kacang putih yang berjaya ialah Thanggaraja Solayapan, 55, yang berasal dari tempat industri kacang putih, Kampung Kacang Putih, lebih kurang lapan kilometer dari pusat bandar raya Ipoh.

Thanggaraja merupakan muka yang tidak asing di Terminal Bas Ipoh kerana beliau merupakan penjual kacang putih di situ dan merupakan generasi ketiga untuk meneruskan perniagaan itu.

Kacang putih sebenarnya nama yang mewakili pelbagai juadah rangup India seperti muruku, pakoda, sivel, aulu, omma poddi, kadalai dan kekacang seperti dhall, kacang kuda dan kacang tanah.

Kini juga terdapat kerepek ubi kayu, satu juadah Malaysia yang mengiringi kacang putih.

Daripada 50 jenis kacang putih yang dijualnya, Thanggaraja membuat 19 daripadanya di kilang kecilnya di rumah.

Menyedari masyarakat Malaysia bukan sahaja majmuk tetapi juga mempunyai cita rasa berlainan, peniaga inovatif ini mempelbagai lagi juadah tawarannya dengan menambah manisan seperti laddu, jelebi, athirasam yang dibekalkan oleh seorang peniaga Sikh yang juga merupakan rakan lamanya.

Kadangkala beliau dapat menjual sehingga 200 bungkus kacang putih terutama pada musim-musim menjelang cuti perayaan. Pelanggan pula terdiri daripada pelbagai kaum.

Beliau turut mengakui berasa bangga apabila ada dalam kalangan pelanggannya yang berbangsa Melayu dan Cina pandai menyebut nama-nama kacang putih yang dijualnya.

"Sejak 30 tahun lalu, saya fikir, masyarakat bukan India juga meminatinya. Macam yong tau fu dengan nasi lemak juga. Sudah jadi makanan rakyat Malaysia. Kacang putih pula boleh jadi makanan ringan 1Malaysia," katanya bersahaja tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam.

Bagaimanapun, dalam gambaran yang lebih luas apa yang bermula sebagai perniagaan kecil bagi Thanggaraja dan jiran-jirannya di Kampung Kacang Putih kini bertukar kepada industri desa yang menguntungkan.

Beliau menarik perhatian bahawa antara 40 dan 50 keluarga di kampung itu terbabit dalam membuat dan menjual kacang putih, perusahaan yang menjadi kebanggaan penduduk di situ dan satu kisah kejayaan masyarakat itu sendiri.

Bukan seperti generasi sebelum mereka yang hanya mampu hidup serba ringkas, kehidupan usahawan kacang putih di sini jauh lebih mewah.

Bagaimanapun, kejayaan yang dicapai oleh masyarakat kacang putih ini di Ipoh bukan datang dengan mudah seperti yang ditunjukkan oleh Thanggaraja.

Sebenarnya, satu tragedi yang membawa mereka ke Kampung Kacang Putih yang membuka laluan kepada mereka sebagai usahawan kacang putih.

Mereka pada asalnya menetap di kaki Gunung Cheroh tidak jauh dari tempat sekarang, berhampiran kuil Sri Subramaniar, tempat moyang mereka menetap selepas berhijrah ke Malaya pada awal abad ke-19.

Masyarakat di situ pada asalnya terdiri daripada petani, pekerja dan peniaga kecil termasuk mereka yang menjual kacang putih.

Pada 1970, sebuah batu besar dari Gunung Cheroh menghempap perkampungan di situ dan demi keselamatan, mereka dipindahkan ke tempat sekarang ini di Buntong.

Masyarakat itu meneruskan dengan kehidupan mereka tetapi dengan peralihan masa, perniagaan kacang putih menjadi aktiviti utama.

— BERNAMA
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved