Rabu, 7 September 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Wacana Bukit Kepong, Jumaat ini

Posted:

Wacana Bukit Kepong, Jumaat ini

Wacana Bukit Kepong, Jumaat ini

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 6 Sept. – Institut Darul Ridzuan (IDR) akan menganjurkan Wacana Merdeka bertajuk Peristiwa Bukit Kepong: Siapa Wira Sebenar di auditorium Majli Bandaraya Ipoh (MBI) pada 9 September ini.

Ketua Eksekutif IDR, Aminuddin Hashim berkata, wacana yang bermula pukul 3 petang itu akan membariskan empat ahli panel iaitu tokoh sejarah, Profesor Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

Katanya, dua lagi ahli panel ialah bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yuet Leng dan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam.

"Wacana ini adalah dibuka kepada orang ramai dan mereka yang hadir bebas untuk bertanyakan soalan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Aminuddin berkata, tujuan wacana tersebut adalah untuk mengenang kembali jasa tokoh berbilang kaum yang telah berjuang memerdekakan negara termasuk melibatkan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Katanya, selain menyampaikan hasil kajian, ahli-ahli panel akan berkongsi pengalaman mereka dalam menghayati perjuangan kemerdekaan dan pembangunan negara.

Pekerja tempatan malu kerja di restoran nasi kandar

Posted:

Pekerja tempatan malu kerja di restoran nasi kandar

Pekerja tempatan malu kerja di restoran nasi kandar


SHAMSURI Ahmad (bersongkok) menyampaikan duit raya dan hamper kepada murid-murid sekolah pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. di Butterworth, semalam.


BUTTERWORTH 6 Sept. - Program promosi besar-besaran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dalam menawarkan pekerjaan kepada penduduk tempatan sejak tahun lalu gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Daripada 25,000 kerja yang ditawarkan persatuan itu, kurang 200 permohonan diterima daripada penduduk tempatan sejak promosi itu dilancarkan pertengahan tahun lalu.

Malah, Timbalan Presiden Presma, K.K Sihabutheen berkata, pihaknya mendapati, sudah hampir tiada penduduk tempatan bekerja di restoran rangkaian milik ahli Presma apabila seorang demi seorang berhenti kerja atas pelbagai alasan.

"Berdasarkan analisis yang kita buat, mereka (pekerja tempatan) tidak biasa dengan industri ini. Mungkin mereka malu kerana bekerja di restoran nasi kandar tidak sama dengan bekerja di restoran makanan segera yang lebih popular.

"Banyak keadaan kita lihat apabila rakan atau keluarga datang ke restoran, mereka lari bersembunyi kerana tidak mahu dilihat mengutip pinggan atau gelas di atas meja," katanya.

Sihabutheen yang juga Ketua Pegawai Operasi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat itu di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif serta Pengerusi Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd., Shamsuri Ahmad.

Presma tahun lalu mengumumkan program menawarkan 25,000 peluang pekerjaan di lebih 2,000 restoran milik ahli Presma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jawatan yang ditawarkan antaranya pembantu kedai dengan gaji RM800 hingga RM1,200 sebulan; juruwang (RM1,000 hingga RM1,300 sebulan), penyelia dan tukang masak (RM1,500 hingga RM2,500 sebulan).

Sihabutheen memberitahu, pelbagai usaha dilakukan untuk menarik perhatian penduduk tempatan termasuk menampal poster dan mengiklankan jawatan di akhbar-akhbar, namun semuanya tidak berjaya.

"Biasanya, mereka hanya bertahan dalam tempoh sebulan. Ada juga yang berhenti walaupun baru bekerja satu atau dua hari. Tetapi tawaran ini tidak pernah berhenti, kita tetap mengalu-alukan pekerja tempatan pada bila-bila masa," jelasnya.

Sementara itu, Sihabutheen berkata, ahli persatuan itu tidak berhasrat menaikkan harga makanan pada masa ini walaupun berdepan peningkatan mendadak kos bahan mentah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dirai

Posted:

Dirai

Dirai


SUHAIMI Abdullah (berdiri, kanan) melayani tetamu istimewa, Jamil Khir Baharom dan Ahmad Bashah Md. Hanipah (duduk, dua dari kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri UMNO Bahagian Jerai di Guar Chempedak, Yan, semalam.


UMNO Bahagian Jerai mengadakan Majlis Rumah Rerbuka Aidilfitri di Kompleks FAMA, Guar Chempedak, Yan semalam yang menyaksikan segenap lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang menghadirinya.

Ketua UMNO bahagian tersebut, Suhaimi Abdullah selaku tuan rumah mengetuai majlis melayan para hadirin termasuk tetamu istimewa iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved