Ahad, 8 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Myanmar hormati kemampuan Harimau Muda

Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT

KUANTAN 9 Sept. - Rekod pertemuan terakhir mungkin memihak kepada Myanmar namun pengurus, Tim Myint Aung seolah-olah bermain psikologi dengan melabelkan Harimau Muda buat masa ini adalah sebuah skuad yang jauh lebih baik berbanding pasukannya.

Sambil memuji kehebatan aksi Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Fadhli Shas dan A. Thamil Arasu yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan pasukan, Tim Myint melihat Harimau Muda berpeluang cerah untuk muncul sebagai pemenang kepada pertemuan malam ini di Stadium Darul Makmur.

``Kedua-dua pasukan adalah pasukan yang bagus tetapi pada situasi sekarang saya dapati Malaysia sebuah pasukan yang jauh lebih berbanding Myanmar daripada segi aspek fizikal, teknik dan segalanya.

``Tambahan anda menjadi tuan rumah, sudah tentu Malaysia mendapat kelebihan berkenaan dan para pemain saya akan cuba sedaya upaya memberikan saingan esok (hari ini).

``Pemain yang berjersi nombor sepuluh (Wan Zack) adalah seorang pemain yang bahaya, selain nombor sembilan (Thamil), manakala pemain utama dalam pasukan Malaysia adalah nombor empat (Fadhli) dan nombor 21 (Nazmi Faiz Mansor)," katanya pada sidang akhbar.

Dalam pada itu, Tim Myint tahu para pemain Harimau Muda pasti akan lebih bersemangat untuk menjadikan perlawanan itu sebagai medan membalas dendam atas kekalahan 1-2 di Yangon pada tahun lalu, namun itu tidak menggentarkan dirinya.

``Mana-mana pemain atau jurulatih pasti akan menjadikan perkara itu (dendam) sebagai motivasi untuk mendapatkan kemenangan.

``Saya faham akan hakikat tersebut dan itu adalah normal kepada sesiapa cuma kami akan bermain seperti biasa esok(hari ini) apabila berdepan Malaysia," katanya.

Harimau sedia mengganas lagi

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pasukan Malaysia menjalani latihan di padang Akademi Bola Sepak Malaysia dekat Gambang, semalam sebagai persiapan menentang Myanmar pada aksi kedua Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini. - utusan/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Selepas membaham Singa, Harimau Muda semakin garang mahu menjadikan Myanmar sebagai mangsa seterusnya dalam saingan Pestabola Merdeka 2013 malam ini.

Biarpun kesan kekalahan pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22, tahun lalu di tangan Myanmar masih terbayang oleh para pemain, Ong Kim Swee tidak mahu dendam dijadikan sebagai motivasi mencari kemenangan sambil menyifatkan pasukan Myanmar yang tiba di kejohanan ini bukanlah sebuah pasukan yang asing pada pandangannya.

Menyenaraikan Kyi Lin, Kyaw Ko Ko dan ketua pasukan, Kyaw Zayar Win sebagai tiga pemain Myanmar yang perlu diberi perhatian, dia mengetahui segala kekuatan dan kelemahan pasukan yang dilabel White Angels.

"Seperti mana kejohanan lalu (kelayakan Piala AFC Bawah 22), majoriti pemain mereka masih sama dan berdasarkan apa yang saya lihat semasa berdepan Thailand, pasukan ini cukup laju dalam melakukan serangan.

"Saya tidak percaya pada dendam kerana jika kita fikirkan mengenai dendam, itu akan memberikan satu perasaan yang tidak elok kepada kami. Apa yang penting kami telah mempelajari sesuatu daripada kekalahan dulu untuk menewaskan Myanmar selepas ini.

"Myanmar merupakan sebuah skuad yang sentiasa menggunakan pemain-pemain yang sama untuk perlawanan antarabangsa dan mereka dilihat semakin bertambah baik.

"Pemain nombor tujuh iaitu ketua pasukan (Zayar Win) merupakan perancang utama, pemain nombor lapan (Kyi Lin) cukup pantas dan mempunyai skil menggelecek yang hebat dan pemain nombor sepuluh (Kyaw Ko Ko) sering kali mampu memberikan banyak masalah kepada pertahanan lawan," katanya pada sidang akhbar pengurus pasukan di sini, semalam.

Pada 3 Julai lalu, Myanmar yang layak ke pusingan akhir Piala AFC Bawah 22 dengan cara kontroversi kerana menggunakan pemain yang lebih umur berjaya menundukkan Malaysia 2-1 di Yangon sekali gus meranapkan impian negara yang sekadar berada di tempat ketiga Kumpulan G di belakang Korea Selatan dan Myanmar.

Tiga lagi mata akan membawa Malaysia semakin pasti ke perlawanan akhir pada 14 September dan itu yang mahu dicari oleh Kim Swee apabila melakukan perhitungan penting berdepan Myanmar.

"Tugas kami adalah mahu mendapatkan tiga lagi mata supaya dapat ke perlawanan akhir. Pemain jangan terlalu fikir aksi di perlawanan akhir, sebaliknya fikirkan dari satu ke satu perlawanan supaya boleh fokus pada pertemuan esok (hari ini) kerana pertemuan dengan Myanmar ini pasti sengit," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


PPPM melahirkan murid kritis

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

KEPERLUAN pembelajaran negara menjelang abad ke-21 menyasarkan agar murid di negara ini mempunyai minda yang kritis dan kreatif, tidak semata-mata lagi berlandaskan buku atau memenuhi kehendak peperiksaan awam untuk lulus cemerlang semata-mata.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Tengku Syed Abdullah berkata, perubahan itu hanya mampu dicapai melalui pelaksanaan berkesan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Melalui peringkat itu, katanya, PPPM bermatlamat mahu melahirkan bukan sahaja murid-murid yang cemerlang tetapi yang mempunyai daya fikir yang tinggi.

"Untuk mencapai hasrat ini, kemahiran berfikir aras tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) di kalangan murid dan guru akan dimantapkan lagi dengan memberi pendedahan yang komprehensif untuk golongan sasaran tersebut.

''Hal ini agar HOTS dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dan efektif, '' katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, sistem pendidikan negara perlu ditambah baik berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut standard antarabangsa antaranya termasuklah bidang matematik, sains dan bahasa Inggeris, serta kemahiran berfikir aras tinggi yang melibatkan aplikasi, penaakulan, dan penyelesaian masalah.

Jelas beliau, elemen itu bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat.

PPPM juga, ujarnya, mengkehendaki murid memiliki kemahiran berfikir dan mempunyai skil kepimpinan di samping mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, serta mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan.

Selain itu, menurutnya, PPPM menggariskan hala tuju dasar jangka panjang bagi menampung perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan antarabangsa sekali gus menuntut murid di Malaysia bersaing dengan murid terbaik di peringkat antarabangsa.

"Oleh itu, demi melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat global, kita tiada pilihan lain selain bersedia menyahut cabaran tersebut dan pada masa sama menyediakan sistem pendidikan yang mampu berdaya saing.

"Usaha ini boleh dicapai melalui inisiatif mengikut bidang keutamaan ke arah memastikan pulangan atas pelaburan yang optimum dalam bentuk keberhasilan murid,'' kata beliau.

Pada masa yang sama, kata Azian, penyediaan PPPM bukan rancangan yang dirangka dengan mudah dan disiapkan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya disiapkan selepas mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan dan kajian.

Beliau menambah, PPPM melibatkan cadangan panel pakar pendidikan negara dan antarabangsa terutama UNECSO, perbincangan berterusan di peringkat kementerian, guru, pemimpin sekolah dan ibu bapa.

"Laporan ini menegaskan semula matlamat Malaysia terhadap sistem pendidikan berfokuskan pendidikan murid secara holistik, dan menyediakan negara untuk masa depan.

''Perubahan yang dibuat dalam sistem pendidikan negara melalui PPPM ini berdasarkan kehendak dan perubahan ekonomi dunia yang dengan itu memerlukan murid kita mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif,'' katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, bagi memenuhi permintaan globalisasi yang sentiasa meningkat terutama aspek pendidikan, Malaysia juga perlu menganjak perubahan, sama seperti tindakan yang diambil oleh negara-negara lain yang maju bersaing di peringkat antarabangsa.

Platform guru ketengah pandangan, idea

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

USAHA Utusan Malaysia memperkenalkan program Lembaga Editorial Sekolah (LES) sangat bertepatan dengan kehendak usaha transformasi pendidikan negara melalui penulisan berkualiti tinggi guru di ruangan Pendidikan.

Kata Penolong Kanan 1 Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang, Roslan Ahmad, LES merupakan platform kepada guru mengetengahkan pandangan masing-masing di gelanggang akhbar, selain di jurnal-jurnal pendidikan.

Beliau memberitahu, guru memang perlu menguasai kemahiran penulisan untuk melancarkan lagi keperluan tugasan hakiki yang memerlukan banyak kerja menulis seperti menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta penulisan jurnal yang menyentuh isu-isu pengurusan, akademik dan pentadbiran.

"LES juga boleh menjadi platform kepada pembangunan kerjaya," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sijil Ahli LES kepada guru SMK Ledang, Md Ishak A. Rahman di Tangkak, Johor baru-baru ini.

Malah, kata Roslan, wacana itu mencerminkan kompetensi dan keterampilan penulisnya dan boleh digunakan dalam kriteria pemilihan guru cemerlang.

Bagaimanapun penulisan berkenaan perlu sesuai dengan kedudukan mereka sebagai penjawat awam.

Beliau menambah, Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri memang meminta bahan-bahan penulisan daripada guru untuk disiarkan dalam jurnal.

Sementara itu, Md Ishak gembira menerima sijil keahlian LES dan menganggapnya satu penghargaan yang tinggi kepadanya oleh pihak Utusan Malaysia.

''Selepas ini saya cuba menulis lagi untuk memenuhi amanah sebagai LES," katanya.

LES adalah ruangan khas untuk menggalakkan pendidik atau pentadbir sekolah menyumbang buah fikiran tentang isu semasa berkaitan dengan pendidikan.

Hantarkan sumbangan anda melalui e-mel kepada pendidikan@utusan.com.my. Panjang karya sekitar dua helai kertas bersaiz A4.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Suprima S Model taruhan terbaik Proton

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh fairus kassim
ekonomi@utusan.com.my

Proton Suprima S menawarkan reka bentuk yang lebih sporty terutama di bahagian belakang.

PROTON Suprima S boleh dikatakan model terbaik keluaran syarikat kereta nasional berkenaan dengan gabungan reka bentuk hatchback yang cukup menawan dan ciri-ciri keselamatan melangkaui harganya.

Daripada hadapan saling tidak tumpah seperti model Preve tetapi apabila anda beralih ke bahagian belakang barulah anda sedar kenapa pihak Proton menegaskan model ini bukan versi hatchback bagi Preve.

Ketepikan dahulu soal nama yang sedikit kontroversi, yang penting bagi sebuah kereta adalah rekaan, prestasi, keselamatan, gajet dan kepuasan pemanduan yang ditawarkan kepada pembeli.

Suprima S merupakan kereta Proton paling moden dan canggih dengan mengikuti standard piawaian antarabangsa dan S hujung namanya pula membawa maksud Sport yang menggambarkan kehebatan prestasi jentera ini.

Belakang Suprima S merupakan bahagian yang paling menonjol dengan rekaan yang cukup sporty dengan kemasan bampar separa hitam, spoiler dan garisan pada badannya mampu membuatkan mata kita melirik ke setiap inci kereta ini.

Bagi menaikkan imej kereta ini berbanding pesaingnya Proton telah meletakkan logo Lotus dan Turbo di bahagian belakangnya.

Pada waktu malam, lampu LED cluster di bahagian belakang cukup menarik perhatian dan anda pasti dapat meneka bahawa kereta di hadapan anda adalah Suprima S dengan hanya melihat lampu tersebut.

Di bahagian hadapan pula, sayap Proton yang sudah menjadi lambang kebanggaan syarikat itu diterapkan pada bahagian tengah gril baharu iaitu honeycomb, berbeza dari Preve.

Rasanya anda tidak perlu membuat sebarang ubah suai apabila membeli Suprima S kerana semuanya hampir lengkap disertakan seperti lampu brek tambahan di bahagian tengah bampar belakang, sport rim 17 inci, kamera undur, spoiler, sistem bebas kunci, skrin sesentuh, GPS, lampu serta pengelap cermin automatik dan cermin sisi tertutup secara automatik apabila kereta dikunci.

Dari segi keselamatan pula, Suprima S yang menerima pengiktirafan lima bintang daripada ANCAP ini telah dilengkapi dengan enam beg udara, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), BA, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan kawalan tarikan (Traction Control), tingkap automatik anti-perangkap, sensor hadapan dan bantuan bukit.

Beralih ke bahagian kabin pula, tidak banyak perubahan dibuat berbanding Preve dan antara perbezaan yang dikesan adalah, warna papan pemuka, kerusi kulit, suis bonet belakang di pintu pemandu, LCD dengan sistem operasi Android, tambahan dua tweeter pada sistem audio dan stereng kulit.

Suprima S masih menggunakan enjin Campro 1.6 turbo dan sepanjang sesi uji pandu kenderaan ini tiada jurang besar berbanding Preve tetapi pihak Proton telah membuat sedikit talaan pada sistem penyerap hentak bagi menyokong penggunaan rim 17 inci.

Kehebatan kawalannya memang tidak boleh dinafikan berikutan mendapat sentuhan terus daripada jurutera Lotus termasuklah ketika memandu laju, membelok dan memintas.

Kereta segmen C ini turut dipadankan dengan ProTronic Continuous Varible Transmission (CVT) berserta tujuh kelajuan automatik dan pilihan manual menerusi pedal shifter dan di tombol gear apabila ditolak ke sebelah kiri.

Penulis sedikit tidak berpuas hati dengan gear manual menggunakan tombol gear kerana terlalu lembut dan tidak terasa kemasukan gear apabila ditolak ke hadapan atau ke belakang.

Secara keseluruhannya, Suprima S memang sangat berbaloi untuk dimiliki dan penulis yakin Proton semakin berdaya saing dengan model-model baharunya berbanding sebelum ini.

Suprima S ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive pada harga RM76,688 (metalik) dan RM76,338 (solid). Manakala varian Premium pula berharga RM79,988 (metalik) dan RM79,638 (Solid).

Selain itu, Proton turut menawarkan program lima bintang kepada pembeli Suprima S iaitu jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer dan bantuan jalan raya secara percuma selama lima tahun.

BMW 3 Series M Sport dilancar

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

BMW Group Malaysia telah melancarkan dua varian istimewa kereta BMW 3 Series M Sport iaitu, 320d dan 328i dengan penambahan kemasan serta imej lebih sporty.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Gerhard Pils berkata, BMW 3 Series merupakan kenderaan paling banyak terjual dan kereta sedan premium paling berjaya serta menjadi penanda aras dari segi prestasi, keselesaan dan rekaan.

"Saya yakin edisi terbaharu ini akan terus menerajui segmen sedan premium dunia," katanya dalam satu kenyataan.

BMW 320d M Sport dijual pada harga RM 268,800 sebuah manakala BMW 328i M Sport pula RM 309,800 sebuah tanpa insurans dan ditambah dengan pakej penyelengaraan BMW.

BMW 3 Series M Sport bahru menawarkan rekaan luar lebih dinamik dengan rekaan semula secara menyeluruh dari segi pakej aerodinamik sekali gus membezakannya dengan varian lain.

Kereta ini dilengkapi dengan ekzos perak dan kemasan eksklusif Shadow Line berkilau pada tingkap selain talaan M Sport di bahagian penyerap hentak untuk merendahkan kereta sebanyak 10 milimeter serta menyokong rim M Star-spoke bersaiz 18 inci bagi menonjolkan imej sport.

Bahagian kabin juga turut menerima sentuhan sama seperti M Sport yang lain seperti, stereng bersalut kulit Nappa dengan kawalan butang pelbagai fungsi manakala kerusi hadapan mendapat kemasan kulit Dakota serta dekorasi menggunakan Aluminium Hexagon.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mohd. Shukri dilantik Ketua Polis Selangor baharu

Posted: 08 Sep 2013 09:27 PM PDT

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

KHALID Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Mohd. Shukri Dahlan (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam hari ini. - BERNAMA

SHAH ALAM 9 Sept. - Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengambil tugas secara rasmi sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu menggantikan Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang bersara.

Mohd. Shukri mengambil alih tugas tersebut daripada Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan dalam satu upacara perbarisan dan serah tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Hadir sama menyaksikan upacara tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu, Thaiveegan yang memangku jawatan Ketua Polis Selangor selama empat bulan lalu turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta. - UTUSAN ONLINE

Pelakon Nabila Huda kemalangan di Karak

Posted: 08 Sep 2013 09:00 PM PDT

NABILA HUDA... terlibat kemalangan di Lebuh Raya Kuantan-Karak dekat Bentong petang semalam.

KUANTAN 9 Sept.- Pelakon wanita popular menerusi drama Teduhan Kasih, Nabila Huda Suhaimi dan anaknya Keisha Laila, 3, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dinaiki terbabas di Kilometer 71 Lebuh Raya Kuantan-Karak, Bentong dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, pelakon berusias 28 tahun itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu program di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, kenderaan tersebut dinaiki pelakon itu bersama anaknya dan dua lagi penumpang terbabas ketika sampai di lokasi kejadian.

"Kedua-dua mereka selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Katanya, anak Nabila Huda mengalami kecederaan di tangan, dahi dan mulut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peluaskan program di bawah ECER

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

ADNAN Yaakob (tiga dari kiri) diberi taklimat oleh Jebasingam Issace John (dua dari kiri) mengenai pembangunan bandar Kuantan selepas merasmikan Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat anjuran ECERDC di Kuantan, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 8 Sept. - Pelaksanaan program dan projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) perlu diperluaskan di luar Zon Khas ECER (ECER SEZ) yang membabitkan tiga kawasan utama iaitu Kuantan, Pekan dan Gambang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu penting demi memastikan seluruh rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada program dan projek yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

"Pertumbuhan ekonomi oleh ECER SEZ membabitkan beberapa kawasan seperti Taman Petrokimia Bersepadu Gebeng dan Taman Industri Halal Gambang bukan sahaja menarik pelabur asing tetapi turut menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

"Oleh itu, ECERDC mungkin boleh memperluaskan program tersebut untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menikmati faedah," katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat anjuran ECERDC, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.

Adnan berkata, tumpuan terhadap pembangunan sosio-ekonomi akan dapat membantu rakyat daripada segi peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan.

Menurutnya, peranan dimainkan ECERDC sepanjang lima tahun kewujudannya sudah banyak memberi kesan positif terhadap pembangunan di negeri ini.

"Antaranya dua program di bawah ECERDC yang berjaya memberi manfaat kepada rakyat iaitu Program Empower yang telah diperluaskan ke beberapa daerah lain di negeri ini seperti di Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan Kuala Pahang.

"Selain itu, projek pembasmian kemiskinan yang turut dilaksanakan adalah projek Agropolitan di Pekan dilaksanakan di Runchang, Batu 8 dan Tanjung Batu melibatkan 415 keluarga termasuk komuniti Orang Asli," katanya.

Katanya, Pahang merupakan negeri yang menerima pelaburan tertinggi di ECER dengan komitmen pelaburan bernilai RM23.55 bilion sejak wilayah itu ditubuhkan lima tahun lalu.

Empat ditahan dalam Ops Hiburan

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

ANGGOTA polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang memeriksa pengunjung dalam Ops Hiburan di pusat hiburan dan kafe siber sekitar bandar Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 8 Sept. - Empat individu termasuk dua wanita warga asing ditahan dalam Ops Hiburan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di pusat hiburan dan kafe siber sekitar bandar ini semalam.

Dalam operasi tersebut, dua wanita warga asing ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, polis turut menahan dua penjaga premis tersebut kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.

Menurutnya, operasi yang bermula pukul 11 malam dan berakhir empat jam kemudian melibatkan sebanyak 117 pegawai serta anggota dengan melakukan pemeriksaan di 12 premis hiburan serta rumah urut di bandar ini.

"Selain pusat hiburan dan rumah urut, kita turut memeriksa enam kafe siber yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian haram.

"Salah satu premis itu beroperasi tanpa lesen dan polis menahan dua penjaga premis berusia lingkungan 20-an untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut.

Menurutnya, polis merampas 52 unit komputer bernilai RM52,000 yang digunakan untuk aktiviti perjudian selain empat modem bagi kegunaan jalur lebar.

Wanita asing yang ditahan itu disiasat di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial dan Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa pas dan permit yang sah.

Katanya, premis yang menjalankan mesin perjudian haram pula disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

"Pemilik lesen perniagaan dan penjaga atau pekerjanya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 4 B (a) ARJT 1953 atau di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya.

200 murid Orang Asli sertai kem akademik

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

SHAHIRUDDIN Ab. Moin (belakang, empat dari kanan) bergambar bersama murid Orang Asli dalam program 'Kami Boleh Berjaya' di Kompleks Rakan Muda Kampung Dong, Raub, baru-baru ini.

RAUB 8 Sept. - Sebanyak 200 murid Orang Asli tahun enam menyertai kem bimbingan akademik anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kompleks Rakan Muda Kampung Dong di sini, selama dua hari baru-baru ini.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Zulkifli Yaacob berkata, program yang dikenali 'Kami Boleh Berjaya' itu merupakan persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Menurutnya, mereka yang terpilih menyertai kem tersebut merupakan murid dari lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, SK Kuala Koyan, SK Sungai Dua, SK Satak dan SK Lanai.

"Penganjuran kem ini merupakan komitmen dan inisiatif ECER dalam menyediakan kelas tambahan dan motivasi secara percuma kepada mereka.

"Semua murid yang menyertai program ini terdiri daripada kalangan anak-anak Orang Asli dengan dibimbing oleh pelatih berpengalaman.

"Kami optimis program seperti ini dapat menggerakkan minda dan minat mereka untuk lebih fokus terhadap usaha mencapai kelulusan lebih baik berbanding sebelum ini," katanya ketika berucap dalam program tersebut di sini.

Perasmian kem itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab.Moin dan turut dihadiri ADUN Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram.

Zulkifli berkata, objektif program tersebut bertujuan memberi kesedaran daripada segi minda dan fizikal kepada murid berkenaan dalam menghadapi peperiksaan penting.

Menurutnya, program seumpama itu yang pernah diadakan tahun lalu telah membantu menyumbang kepada pencapaian kelulusan 100 peratus dalam kalangan peserta Empower Pahang.

"Pada tahun lalu, sebanyak 239 daripada keseluruhan 930 calon UPSR yang menyertai program seperti itu berjaya memperolehi 5A," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Israel dan Palestin mahu adakan rundingan damai

Posted: 08 Sep 2013 11:29 AM PDT

PARIS 9 Sept. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, Israel dan Palestin memutuskan untuk mengadakan rundingan damai.

"Kedua-dua buah negara berpegang teguh dengan komitmen mereka untuk meneruskan rundingan, kata Kerry di sini hari ini, sambil menambah bahawa beliau merancang untuk berjumpa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam masa terdekat. - AFP

Menteri Luar Iran anggap serangan keatas Syria menyalahi piagam PBB

Posted: 08 Sep 2013 11:29 AM PDT

BAGHDAD 9 Sept. - Serangan ketenteraan terhadap Syria yang bakal diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) adalah 'menyalahi undang-undang' berdasarkan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Luar Iran, Mohammad Javed Zarif di sini hari ini.

"Negara bertamadun 65 tahun lalu telah membuat pilihan dengan menolak piagam PBB untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

"Mengapa mereka yang menyokong serangan tersebut memanggil diri mereka sebagai negara bertamadun dan terus mendesak semua pilihan yang ada, kata Zarif dalam satu sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Hati Sharmila ditawan D

Posted: 08 Sep 2013 06:30 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

PELAKON Wan Shamila yang dikenali kerana kontroversi melakonkan adegan ranjang dengan Fizz Firuz dalam filem Bisikan Syaitan dan gemar memperagakan pakaian yang terlampau mendedah" mahu melakukan anjakan dalam hidupnya selepas menemui lelaki untuk dijadikan suami.

Lebih kontroversi lagi apabila Wan Shamila bukan menyesali berlakon dengan rela adegan ranjang dalam Bisikan Syaitan tetapi bersyukur kerana adegan itu dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Banyak mempertikaikan kenyataan Wan Shamila itu yang seolah-olah tidak ada masalah untuk berlakon adegan ranjang.

Wan Shamila yang menjanda empat tahun lalu kini mahu melakukan perubahan, antaranya tidak mahu lagi berpakaian terlampau dedah". Dia berazam tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi kerana itu boleh menjejaskan kredibilitinya pada masa depan.

Saya tahu masyarakat akan melabelkan seseorang artis. Jadi apabila ada artis yang ada rekod tak baik, masyarakat akan memandang serong ke atas kita.

Begitu juga dengan saya. Orang kenal Wan Sharmila sebab berpakaian seksi. Malangnya saya berterusan dilabel sebegitu padahal saya sudah tidak berpakaian seksi lagi.

Wajarkah perbuatan sebegitu. Macamlah saya tak ada cerita lain yang membina. Kesannya pada periuk nasi si artis itu sendiri," tegasnya dengan kesal.

Dalam pada itu dia bersyukur kerana ada dalam kalangan masyarakat semakin menyedari kehadirannya dan menghargai dirinya menerusi drama dan filem lakonannya sebelum ini.

Biarpun sekarang ini ada ramai pelakon baru yang berbakat yang mampu menenggelamkan Wan Sharmila namun dia tidak pernah rasa tergugat. Bahkan Wan Sharmila menganggap perkara itu sebagai satu perkembangan sihat.

Dalam pada itu banyak juga cerita kurang enak tercetus selepas Wan Sharmila mendedahkan dia mempunyai kekasih baru. Niat awal sekadar untuk berkongsi cerita di laman sosial namun akhirnya telah disalahertikan.

Laman Instagram yang menyiarkan gambar zaman kanak-kanak kekasihnya telah mencetuskan kontroversi.

Ini ada ada segelintir yang membuat andaian bahawa kekasihnya orang kenamaan dan tinggal di London.

Bahkan ada yang mendakwa kekasih itu adalah daripada golongan kenamaan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat padahal semua dakwaan tersebut tidak tepat sama sekali.

Pada mulanya dia tidak mengambil peduli tentang perkara tersebut.

Tetapi Wan Sharmila mula bertindak selepas teman lelakinya mahu penjelasan daripadanya berhubung perkara tersebut.

Saya tidak senang kalau timbul isu yang boleh mengganggu hubungan kami. Dan saya juga tak boleh duduk diam jika ada anasir luar yang cuba merosakkan hubungan kami.

Sebenarnya saya mahu menjalani hubungan istimewa tanpa ada sebarang masalah. Salahkah saya berkongsi kebahagiaan yang sedang dinikmati dalam Instagram saya sendiri?.

Mengapa perlu ada pihak tak berpuas hati melihat kebahagiaan saya? Apa salah saya sehingga tak boleh ada teman lelaki? Mungkin disebabkan cerita-cerita hitam saya sebelum ini yang menyebabkan masyarakat berterusan memandang serong terhadap saya. Tapi adilkah saya diperlakukan sebegitu?

Saya merayu agar jangan timbulkan sebarang spekulasi yang boleh merosakkan hubungan cinta kami. Berilah saya ruang untuk serius dalam hubungan ini," katanya.

Enggan menyentuh cerita silam membabitkan kegagalan rumah tangganya kira-kira empat tahun lalu, Wan Sharmila mengakui pengalaman tersebut paling berharga untuk dijadikan panduan hidup pada masa depan.

Baginya manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu Wan Sharmila nekad untuk tidak mengulangi kesilapan yang boleh merosakkan ikatan sedia ada.

Ketika ditanya adakah teman lelaki itu adalah calon suami Wan Sharmila paling sesuai untuk menamatkan zaman janda, dia masih cuba berhelah.

Masih terlalu awal untuk dijangka. Cuma saya boleh kata yang saya sedang bahagia," katanya ringkas yang menimbulkan persoalan adalah dia sekadar menjalinkan hubungan tetapi tidak memikirkan perkahwinan.

Siapa D?

MEMINTA pelakon mengulas tentang identiti teman lelakinya, Wan Sharmila terdiam seketika.

Dia nyata agak keberatan untuk berkongsi bahagian paling berharga padanya itu dan meminta Pancaindera memahami keadaan.

Saya hanya boleh beritahu kekasih saya berpangkal nama D. Itu saja. Yang selebihnya saya betul-betul minta maaf. Hubungan kami terlalu awal untuk dihebahkan.

Bimbang pula kalau ada apa-apa perkara yang berlaku di kemudian hari. Tapi saya berjanji kalau sudah okey dan cukup masa saya akan kongsi secara terbuka.

Sebenarnya saya bersyukur kepada Allah sebab doa saya termakbul untuk bertemu dengan seorang kekasih yang menghargai, menyayangi dan sentiasa ada dalam apa juga keadaan.

Saya menganggap D adalah hadiah Tuhan kepada saya. Cukup istimewa dan kalau boleh saya tak mahu mencalarkan hatinya. Sebab itu saya agak keberatan untuk mendedahkan hubungan kami buat sementara waktu ini.

Tunggu saja tiba hari yang sesuai," kata yang terus berteka-teki tentang lelaki itu.

Dipinggirkan kerana bertudung?

Posted: 08 Sep 2013 06:30 AM PDT

MISS J dapat tahu ada kawan-kawan yang dah mula meninggalkan pelakon Natasha Hudson sejak dia mengambil keputusan untuk bertudung.

Kalau dahulu ada saja kawan yang sanggup lepak di kedai kopi sampai awal pagi. Bab duit atau bantuan apa saja, Natasha tak pernah berkira Pendek kata semua boleh sebab kawan punya pasal!

Tapi itu semua cerita lama. Miss J dapat tahu yang Natasha semakin sedar bahawa kawan waktu gembira dah tak ikhlas berkawan dengannya.

Pada mulanya Natasha bersangka baik apabila kawan sama-sama lepak dengannya itu buat tak hairan dengannya. Maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

Tapi apabila Natasha minta bantuan kepada salah seorang kawan gembiranya lain pula ceritanya. Dengarnya si kawan gembira Natasha itu boleh buat-buat tak kenal dengan Natasha.

Pada mulanya Natasha ingat mungkin kawan gembira itu sibuk. Tapi apabila Natasha meminta tolong, si kawan gembiranya itu terus tutup telefon. Malas nak layan agaknya!

Nampak sangat kawan gembira Natasha itu ada maksud terselindung masa berkawan dengan Natasha sebelum ini. Tak semua teman setia yang sanggup susah senang bersama.

Miss J tumpang sedih atas apa yang berlaku. Tak mengapalah Natasha. Standardlah... Nak cari kawan masa gembira memang ramai. Tapi kalau kawan bersedih, belum tentu senang jumpa!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Lelaki dengan 6,000

Posted: 08 Sep 2013 06:30 AM PDT

JIAN Yang bersama sebahagian daripada koleksi patung miliknya.

SIAPA sangka di sebalik rekaan rumah yang moden dengan hiasan yang sederhana, lantai ruang tamu rumah tersebut berwarna merah jambu terang dan tersusun rapi lebih 6,000 koleksi patung Barbie pada rak di dinding.

Koleksi patung Barbie dan lebih 3,000 patung lain mendominasi tiga bahagian dinding ruang tersebut serta bilik tidur dan ruang kerjanya.

Menakjubkan, ia bukanlah koleksi seorang wanita, tetapi lelaki yang berusia 33 tahun dari Singapura yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri lelaki lembut.

Tegas Jian Yang, dia adalah lelaki normal. Cuma hobinya sejak kecil itu memang lain dari yang lain dan akuinya ia sering membuatkan bekas teman wanitanya tidak yakin dengan diri sendiri.

"Bekas-bekas teman wanita saya sering berasa kurang berkeyakinan dengan koleksi saya kerana ia umpama persaingan untuk mereka," ujarnya yang menghabiskan S$500,000 (RM1.2 juta) sejak 20 tahun untuk koleksinya.

Ceritanya, minatnya terhadap patung bermula ketika dia berusia 13 tahun selepas dia membeli patung Barbie model Great Shape, patung Barbie memakai baju senaman berwarna firus dengan pemanas kaki yang berjalur-jalur.

Ketika itu, dia sering menonton iklan patung Barbie di televisyen dan menyukainya dan membelinya apabila mula mendapat elaun daripada ibu bapa.

Selain patung Barbie, Jian Yang turut mengumpul patung Bratz Girls, Monster High and Jem dan Holograms Lines.

Koleksi paling tua miliknya merupakan patung Barbie tahun 1960-an iaitu patung jururawat yang memakai cermin mata.

Dia turut menggemari patung Barbie edisi terhad yang menggayakan pakaian kebangsaan serta orang-orang ternama seperti Grace Kelly, Barbra Streisand, Carol Burnett dan Elizabeth Taylor.

Di dalam rak ruang tamunya, Osama Laden sedang berkongsi minuman dengan Saddam Hussein, sambil dilihat ahli sihir jahat daripada fiksyen Sleeping Beauty, Jackie Onassis dan Puteri Diana.

Di dalam rak satu lagi, terdapat patung Elvis Presley, Sean Connery sebagai James Bond dan karakter dari filem Harry Potter serta Star Trek tersusun rapi.

Hobi uniknya itu disokong rakan-rakan dan keluarga yang turut sering menghadiahkan patung kepadanya.

Zoo neraka seksa haiwan

Posted: 08 Sep 2013 06:30 AM PDT

Susunan MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN

FOTO bertarikh 1 Mac 2012 menunjukkan staf Zoo Surabaya merawat zirafah bernama Kliwon. Haiwan tersebut mati akibat kebuluran kira-kira setahun kemudian dengan 20 kilogram plastik ditemui dalam perutnya. - AGENSI

ZOO sepatutnya menjadi 'syurga' bagi haiwan yang diancam kepupusan ekoran pemodenan dan pembangunan dunia dengan mendapat perlindungan serta diberi makan dan penjagaan secukupnya.

Selain itu, zoo menjadi tarikan bagi pengunjung terutamanya yang sudah berkeluarga untuk meluangkan masa membawa anak-anak mengenali spesies-spesies unik dan sukar ditemui.

Namun, lain pula Zoo Surabaya yang terletak di Jawa Timur apabila pendedahan mengejutkan media sejak beberapa tahun lalu mendapati kehidupan kebanyakan haiwan di pusat pemuliharaan dan pemeliharaan tersebut tidak ubah seperti tinggal di dalam 'neraka.'

Mana tidaknya, kebanyakan haiwan di zoo terbesar di Indonesia itu mengalami kebuluran ekoran tidak diberi makan secukupnya kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan.

Malah, keadaan Zoo Surabaya juga sangat menyedihkan dan menjengkelkan mata pelawat yang mahu melihat aksi menarik haiwan seperti harimau, gajah, kuda, zirafah dan binatang lain yang ditempatkan di situ. Spesies harimau Malaya dan singa Afrika yang sepatutnya mencapai berat purata antara 100 kilogram (kg) hingga 120 kg bagi kategori dewasa, hanya mempunyai berat tidak sampai 50 kg akibat tidak diberi makan secukupnya.

Keadaan fizikal dua haiwan tersebut sangat menyentuh hati kerana terlalu kurus dan tidak bermaya sehingga menampakkan bentuk tulang badan.

Dalam kes lain yang lebih mengejutkan beberapa tahun lalu, penjaga zoo menemui sekurang-kurangnya 25 butir batu di dalam perut seekor buaya yang mati akibat kelaparan dan dipercayai memakan batu berkenaan.

Ada dakwaan mengatakan antara punca masalah kekurangan makanan disebabkan tindakan pekerja zoo membawa pulang atau menjual makanan haiwan di zoo itu.

Krisis kewangan yang dihadapi pihak zoo didedahkan media sejak beberapa tahun lalu apabila sebanyak 250 binatang mati dalam tempoh setahun. Selain kekurangan makanan, pihak zoo juga didapati tidak menyediakan kemudahan sepatutnya seperti pusat veterinar dan tempat tinggal sesuai untuk haiwan di situ. Ekoran itu, banyak kes haiwan mati tidak dirawat dilaporkan termasuk seekor gajah betina yang mati pada Julai lalu akibat kecederaan di lutut.

Dianggarkan 25 haiwan mati setiap bulan, kebanyakannya akibat masalah paru-paru, dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dan kekurangan zat makanan, selain masalah persekitaran kotor, kekurangan makanan berkhasiat dan zoo yang sesak.

Kisah penderitaan haiwan di Zoo Surabaya mendapat kumpulan aktivis pencinta haiwan yang menyuarakan keprihatinan mereka dengan melancarkan kempen bagi menyelamatkan semua haiwan di zoo berkenaan.

Mereka melancarkan petisyen menerusi laman web http://preciousjules1985.wordpress.com/tag/surabaya-zoo/ bagi mendesak kerajaan Indonesia memaksa pihak berkuasa mengambil langkah menutup zoo tersebut dan memindahkan haiwan ke pusat penjagaan lain yang lebih baik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kesan pencemaran air

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my

Syed Danial

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menggunakan sistem Pemantauan Air Mentah di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) kendaliannya bagi mengelak berlaku pencemaran terhadap bekalan air terawat.

Pengarah Urusan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Datuk Syed Danial Syed Ariffin berkata, sistem tersebut berfungsi untuk mengawal kualiti air dan mengesan pencemaran yang terdapat dalam sumber tersebut.

"Sistem itu dapat mengesan kehadiran sebarang pencemaran lebih awal dalam jarak empat kilometer atau empat hingga lima jam sebelum sumber air mentah masuk ke LRA.

"Pengesan yang dipasang di setiap muara sungai itu juga mampu memberi amaran kepada petugas bagi tindakan selanjutnya termasuk memaklumkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk menutup loji," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Kenaikan Pangkat Polis Bantuan Puncak Niaga di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, di sini hari ini.

Jumaat lalu, beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terjejas bekalan air ekoran LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan LRA Rantau Panjang terpaksa dihentikan tugas apabila Sungai Selangor yang menjadi sumber air loji-loji berkenaan dicemari oleh tumpahan minyak diesel.

Tambah Syed Danial, sistem tersebut beroperasi selama 24 jam untuk mengelak daripada berlakunya pencemaran terhadap air terawat yang digunakan pengguna.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Danial memaklumkan, gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu sudah pulih 100 peratus dan kawasan terjejas mula menerima sumber air secara berperingkat.

Sementara itu, sembilan kakitangan menerima kenaikan pangkat masing-masing berdasarkan prestasi kerja cemerlang dan komited kepada syarikat.

"Mereka berperanan untuk melindungi aset-aset bekalan air seperti rumah pam dan kolam simpanan air daripada kegiatan vandalisme atau sabotaj yang boleh mengganggu penyaluran bekalan air kepada pengguna.

"Melalui kecekapan anggota, beberapa tangkapan berjaya dilakukan terhadap penceroboh di kawasan aset Syabas dan dengan adanya mereka, kes membabitkan kehilangan injap dan peralatan penting lain berjaya dikurangkan," ujarnya.

Menurut Syed Danial, sebanyak 12 kes berlaku sehingga kini sejak awal tahun lalu, manakala 64 kes dicatatkan pada 2012 serta 164 kes pada tahun sebelumnya.

Bersatu pertahan Perlembagaan Persekutuan

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

SHAH ALAM 7 Sept. - Orang Melayu di negara ini digesa supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Penganjur Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (Hikmah), Radzi Sapiee (gambar) susulan daripada perkembangan semasa yang memperlihatkan kedudukan orang Melayu serta umat Islam dicabar dan diasak dari pelbagai sudut.

"Umat Islam di seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan agama yang syumul ini. Ekoran daripada perkembangan tersebut, ramai orang Melayu di negara ini mula bimbang akan nasib agama, bangsa dan negara akan datang.

"Justeru, orang Melayu perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik sebagaimana orang Cina di negara ini bersatu hati memperjuangkan kepentingan mereka," katanya kepada pemberita sempena program Hikmah ke-6 di Galeri Shah Alam di sini hari ini.

Radzi berkata, program Hikmah juga merupakan satu medan yang penting bagi membincangkan hala tuju masa depan orang Melayu.

MCA sokong wajib lulus BI

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Chua Soi Lek

KUALA LUMPUR 7 Sept. - MCA menyokong penuh keputusan kerajaan mewajibkan subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016 seperti terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, sejak pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), parti itu sentiasa menekankan kepentingan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM.

Katanya, MCA juga berpendapat mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris sewajarnya diwajibkan di sekolah untuk membantu para pelajar menguasai bahasa tersebut.

"Kami berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menerima cadangan MCA dan memasukkannya ke dalam PPPM.

"Walaupun Timbalan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya waktu persekolahan ditingkatkan khusus untuk pembelajaran subjek Bahasa Inggeris, MCA menggesa Kementerian Pendidikan mencipta satu silibus Bahasa Inggeris yang komprehensif untuk para pelajar supaya mereka tidak berasa terbeban dengan proses pembelajaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Soi Lek memberitahu, adalah sangat penting untuk generasi akan datang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa terutama menguasai bahasa Inggeris yang merupakan bahasa universal supaya mereka lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara membangun terdiri daripada berbilang kaum yang menuju ke arah negara maju menjelang 2020 tidak boleh ketinggalan dalam aspek penguasaan bahasa tersebut.

"Dalam hal ini, kami gembira apabila bahasa Mandarin dan Tamil juga diterima sebagai bahasa ketiga di mana para pelajar digalakkan mempelajarinya seperti terkandung dalam PPPM selepas Bahasa Melayu dan Inggeris," jelas beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Penduduk dikurnia tanah, Tol

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

Chua Tee Yong menyampaikan borang notis 5A iaitu hak memiliki tanah kepada salah seorang penduduk Kampung Sungai Sabar, Chaah, Labis, Johor, semalam. - MINGGUAN/ MOHAMMED SAARI

LABIS 7 Sept. - Penantian lebih 40 tahun oleh 76 penduduk Sungai Sabar, Chaah yang mendiami tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berakhir apabila mereka menerima borang 5A dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) semalam.

Berita gembira dan notis 5A itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Chaah, di sini.

Pada majlis itu seramai 14 orang menerima notis 5A manakala 62 lagi mendapat TOL.

Seorang penerima, Chong Yong Kim, 70, mengakui pengurniaan tanah yang diduduki sejak lebih 40 tahun lalu itu amat bermakna dan disifatkannya sebagai 'hadiah' sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Dia bercadang menyerahkan tanah tersebut kepada salah seorang anaknya yang masih belum memiliki rumah.

"Sudah lama saya tunggu saat gembira ini hingga adakalanya sudah berputus asa dan tak sangka berita gembira ini sebagai hadiah hari merdeka.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bantu dan bela nasib kami terutamanya kerajaan negeri yang meluluskan permohonan untuk dapat hak milik tanah ini," katanya.

Bagi permohonan yang diluluskan, mereka diberi tempoh selama tiga bulan untuk membayar wang premium berjumlah RM12,190 hingga RM21,040 manakala penerima TOL perlu membaharui lesen setiap tahun dengan bayaran antara RM50 hingga RM140 bergantung keluasan tanah yang diduduki.

M. Jersy, 52, pula mengakui di sebalik kegembiraan memiliki tanah kediaman yang didudukinya sejak lebih 40 tahun itu, dia berasa risau kerana terpaksa membayar premium tanah sebanyak RM12,190.

Dia yang menghidap penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi tidak mempunyai pendapatan tetap, malah suaminya yang hanya bekas pekerja estet tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat.

Justeru, mereka bercadang membuat rayuan mengurangkan jumlah bayaran dan meminta tempoh yang lebih panjang dan berharap masalah yang dihadapinya mendapat perhatian pihak berwajib.

Sementara itu Mariam Kamal, 65, berkata, walaupun permohonannya untuk mendapatkan hak milik tanah tidak tercapai, namun dia tetap gembira kerana diberi kebenaran menduduki tanah tersebut secara TOL.

"Saya harap pihak kerajaan dapat menimbangkan permohonan kami yang hanya diberikan TOL agar diberi hak milik kerana kebanyakan kami tidak mempunyai tanah lain untuk dijadikan tapak kediaman.

"Lagipun kami sudah dirikan rumah dan tinggal selama lebih 40 tahun di kawasan tersebut dan jika tanah tersebut memang tidak boleh dikurniakan kepada kami atas sebab yang tidak boleh dielakkan, saya harap kerajaan carikan kami kawasan lain yang sesuai untuk dijadikan tapak kediaman," katanya.

Swasta dipelawa bersama majukan bioteknologi

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Suhaimi Salleh (tiga dari kiri), merasmikan Karnival Biotek dan Mini AGRO 2013, di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor semalam.

JOHOR BAHRU 7 Sept. - Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pelaksanaan program yang berupaya memberi kesan positif kepada perkembangan semasa industri bioteknologi tanah air.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program yang mempunyai impak dan memberi lonjakan positif mampu menjadi kesinambungan kepada usaha mengukuhkan kekayaan dan kemakmuran negara menerusi peluang komersialisasi dan inovasi bioteknologi setanding negara luar.

Beliau berkata, hingga kini pusat bioteknologi diterajui negara luar seperti Amerika Syarikat, Eropah, Kanada dan Australia.

"Justeru, dengan kewujudan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor diharapkan dapat bertindak sebagai tanda sokongan dan komitmen kerajaan negeri untuk meneraju industri bioteknologi di selatan tanah air.

"Sesungguhnya, usaha untuk menggerakkan pembangunan bioteknologi memerlukan komitmen dua hala antara badan kerajaan dan swasta serta semua golongan masyarakat," katanya pada perasmian Karnival Biotek Johor dan Mini Agro 2013 di Bukit Layang-Layang, di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Kukup, Suhaimi Salleh. Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor, Wan Jeffery Wan Abdul Majid.

Karnival empat hari yang akan berakhir esok itu dimeriahkan dengan jualan pelbagai produk oleh 70 peserta yang terbahagi kepada dua kategori iaitu industri asas tani dan biotek.

Malah, karnival yang dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam itu turut disertai 14 agensi awam dan swasta yang membuka ruang pameran, sekali gus memberi pengetahuan kepada pengunjung tentang misi dan visi mereka.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri turut komited dalam usaha mengangkat martabat sektor pertanian ke arah komersialisasi hasil teknologi moden.

Sebagai contoh, projek Pertanian Moden yang dilaksanakan di Kluang dengan tujuan menghasilkan makanan berasaskan pertanian untuk keperluan domestik dapat pengurangan import bahan makanan.

"Kita juga mengadakan pelbagai program mempromosikan produk hasil industri kecil dan sederhana (IKS) bagi membantu serta memastikan usahawan kecil berkenaan terus berdaya saing," katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya merebut segala peluang yang ada sama ada dalam bidang bioteknologi mahupun pertanian demi masa depan bersama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Trek pejalan kaki akan ditambah

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

AB. Rahman Ab. Karim yang mewakili Ketua Menteri Melaka menunjukkan isyarat 1Malaysia turut serta menjayakan Kempen Nak Sihat dengan berjalan kaki sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka di Melaka, semalam.

MELAKA 7 Sept. - Kerajaan negeri merancang membuka beberapa trek khusus untuk berjalan kaki 10,000 langkah dalam usaha menggalakkan masyarakat memilih amalan cara hidup sihat dan mengelak daripada mengalami obesiti.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, setakat ini kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mewujudkan dua trek khusus di Sungai Melaka dan Taman Botanikal di Ayer Keroh.

Sehubungan itu katanya, usaha untuk mewujudkan lebih banyak trek di beberapa daerah negeri ini kini dalam perancangan bagi membantu rakyat mendapatkan berat badan ideal dan memudahkan aktiviti fizikal menjadi rutin harian.

Menurutnya, mengamalkan aktiviti berjalan 10,000 langkah setiap hari mampu membantu seseorang individu itu mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan diabetes serta obesiti.

''Kita sedia maklum, carta telah menyenaraikan rakyat negara kita adalah antara paling gemuk' di Asia Tenggara dan Melaka adalah antara negeri tertinggi menghadapi masalah kegemukan," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran Kempen Nak Sihat sempena Gegar 10000 Langkah Merdeka di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Teoh Siang Chin.

Seramai 3,000 peserta menyertai aktiviti berjalan kaki sejauh dua kilometer yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), agensi kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Operasi dua tapak pembinaan dihentikan

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

MELAKA 7 Sept. - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengarahkan dua tapak pembinaan di negeri ini memberhentikan operasi setelah didapati melanggar peraturan dalam pemeriksaan yang dijalankan pihaknya.

Pengarah CIDB Melaka/Negeri Sembilan, Norlida Nabil berkata, pemeriksaan sempena Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Antara Pelbagai Agensi (Ops Bina) itu mendapati tapak-tapak binaan berkenaan menjalankan kerja pembinaan tanpa Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang sah.

"Notis pemberhentian kerja (stop of work) telah dikeluarkan kepada kedua-dua projek pembinaan berkenaan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut di Pejabat CIDB Melaka/Negeri Sembilan, Ayer Keroh di sini kelmarin.

Yang hadir sama Pengurus CIDB Melaka/Negeri Sembilan, Nur Faeeza Hamdan Fadel dan Penolong Pengurus Unit Penguatkuasaan CIDB Melaka/Negeri Sembilan, Sulaiman Md. Isa.

Operasi yang bermula pada pukul 9 pagi itu melibatkan 165 pegawai penguat kuasa dari 16 agensi termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kesihatan.

Operasi bersepadu itu dijalankan bagi memantau tahap pematuhan undang-undang dan peraturan berkaitan tapak pembinaan melalui pemeriksaan pelbagai agensi.

Menurut Norlida, tiga tapak pembinaan di sekitar daerah Melaka Tengah diperiksa dalam operasi itu termasuk projek pembinaan perniagaan hotel di Bukit Katil, projek pembinaan kompleks tiga tingkat dan projek pembinaan pejabat berkembar di Taman Perindustrian Krubong di sini.

"Dalam operasi sama, 157 pekerja tapak pembinaan dikenal pasti tidak memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau) yang sah manakala 182 pekerja lagi didapati tidak diakreditasi sebagai pekerja mahir binaan," ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Imigresen negeri memeriksa 215 pekerja di ketiga-tiga tapak pembinaan berkenaan.

"Seorang lelaki warga India berumur 24 tahun dan seorang wanita warga Indonesia berumur 55 tahun ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/1963 dalam pemeriksaan itu kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri," jelasnya.

Majlis perkahwinan anak MB meriah

Posted: 07 Sep 2013 11:22 AM PDT

Mohamad Hasan dan Salbiah Tengku Nujumuddin serta ahli keluarganya bergambar bersama pasangan pengantin Amira Mohamad dan Muhammad Yacob Timothy Rogers di Kampung Tanjong, Rantau, dekat Seremban, semalam.

SEREMBAN 7 Sept. - Majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Amira Mohamad, 28 bersama pasangannya, Muhammad Yacob Timothy Rogers, 30 disambut meriah di Kampung Tanjong, Rantau, dekat sini hari ini.

Ribuan rakyat yang datang sejak pukul 9 pagi tadi, turut berkesempatan menyaksikan kedua-dua mempelai ini diarak masuk di pentas persandingan sekitar pukul 1 petang diiring penari dan pemain alatan muzik tradisional.

Turut menyambut kehadiran pengantin baharu itu ialah Mohamad dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, ahli keluarga serta beberapa pemimpin negeri.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan isteri, Nori Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan; penyanyi, Datuk Hattan dan Ito, serta pemimpin parti politik, ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Mohamad yang ditemui berkata, beliau dan isteri serta ahli keluarga mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ramai tetamu yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum, yang sama-sama meraikan perkahwinan anak perempuan beliau.

''Saya mengucapkan terima kasih dan amat terharu dengan kehadiran rakyat yang dapat bersama meraikan perkahwinan anak perempuan saya, Amira dan suaminya, Muhammad Yacob yang dilangsungkan di Rantau ini.

''Saya, isteri dan keluarga merafakkan syukur ke hadrat Allah swt kerana dipermudahkan segala urusan dalam majlis yang berlangsung ini dan memohon doa semoga perkahwinan anak saya ini dikurniakan kerahmatan. Begitu juga seluruh rakyat, didoakan agar dikurniakan kebaikan hendaknya," katanya di Rantau, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai kemudiannya bersalaman dengan tetamu yang hadir, sementara Hattan dan Ito menyampaikan lagu berjudul Sekuntum Mawar Merah, Biso Bonar dan Apo Nak Dikato bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut.

Pada Khamis lalu, Amira dan Muhammad Yacob yang merupakan warga Australia selamat diijabkabulkan di kediaman rasmi Menteri Besar dengan sekali lafaz pada pukul 4.45 petang, sebelum sebelah malam diadakan majlis resepsi di Klana Resort, Seremban.

Majlis resepsi itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selain beberapa menteri kabinet.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved