Ahad, 8 September 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Rasionalisasi subsidi bantu berpendapatan rendah - Husni

Posted: 08 Sep 2013 12:51 AM PDT

IPOH 8 Sept. - Rasionalisasi subsidi minyak petrol dan diesel baru-baru ini akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan menengah rendah.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ini kerana tanggungan subsidi minyak petrol dan diesel yang bernilai RM24 bilion juta oleh kerajaan, lebih dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, kerajaan menanggung subsidi minyak petrol berjumlah RM12.5 bilion, subsidi diesel RM10 bilion dan subsidi gas RM12 bilion.

"Secara keseluruhannya, kerajaan memberikan subsidi minyak petrol dan diesel berjumlah RM24 bilion dan dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, menengah dan rendah

"Namun golongan yang benar-benar menikmati subsidi minyak petrol dan diesel ini lebih tertumpu pada golongan pendapatan tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan Parlimen Tambun di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Hanya 432 penderma berdaftar derma organ

Posted: 08 Sep 2013 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Hanya 432 penderma organ daripada 235,573 penderma berdaftar menderma untuk transplantasi sejak 1976 hingga Ogos tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, jumlah itu adalah kecil iaitu 0.83 peratus jika dibandingkan dengan bilangan penduduk negara yang seramai 28.3 juta orang.

"Jumlah itu tidak mencukupi memandangkan bilangan pesakit menunggu adalah seramai 16,987 orang dengan 90 peratus adalah pesakit buah pinggang.

"Bilangan pesakit lain tidak ramai bilangannya kerana ramai antara pesakit jantung, paru-paru dan hati yang meninggal sebelum mendapat penderma yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Preview Kapsul Rakan Derma Organ di Pusat Sumber Transplan Nasional di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azmi Shapie dan Ketua Pengurus Klinikal Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur, Dr. Lela Yasmin Mansor. -

Haji: Umat Islam mula banjiri Madinah

Posted: 08 Sep 2013 12:44 AM PDT

MADINAH 8 Sept. - Ratusan ribu umat Islam kini mula membanjiri kota Madinah sebagai tempat persinggahan awal sebelum ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah musim ini.

Jemaah yang tiba awal itu adalah mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah terlebih dahulu dalam musim haji sebelum mengerjakan ibadah haji pada bulan hadapan.

Hari wukuf di Arafah dijadual pada 14 Okt iaitu hari bermulanya kerja ibadah rukun Islam yang kelima itu.

Tinjauan Bernama mendapati Masjid Nabawi, iaitu masjid terletaknya makam Nabi Muhammad SAW telah mula dipenuhi umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Masjid terbesar di kota suci Madinah itu mampu menampung hampir sejuta jemaah pada satu-satu waktu solat dan setakat ini hampir 2,000 jemaah haji Malaysia adalah antara umat Islam yang tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat dalam masjid berkenaan. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved