Khamis, 26 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tarah bukit serius di NS

Posted:

Tarah bukit serius di NS

Tarah bukit serius di NS

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 25 Mei - Aktiviti pencerobohan hutan dan menarah bukit secara haram di negeri ini adalah serius terutamanya di kawasan Hutan Lipur Batu Maloi di daerah Tampin.

Perkara ini didedahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan menjelaskan sebanyak lima bukit di kawasan hutan berkenaan telah pun ditarah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

''Kerajaan negeri kesal dengan kejadian ini dan tindakan ke atas individu terbabit telah pun diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Katanya, selain di daerah Tampin beberapa kawasan di Jelebu serta Rembau turut dikenal pasti sebagai lokasi pencerobohan dan penebangan haram yang dibuat pihak berkepentingan dengan menggunakan Orang Asli di kawasan berkenaan.

''Tidak mungkin ia dilakukan oleh Orang Asli sendirian kerana mana mampu mereka hendak menyewa jentolak dan alat pemotong pokok yang besar.

''Ini dilakukan oleh pihak ketiga yang mengambil kesempatan daripada Orang Asli untuk melakukan kerja yang menyalahi undang-undang ini," katanya.

Tambah Mohamad, beberapa kawasan yang ditarah itu pula telah dibina penempatan di lereng bukit dan keadaan ini membahayakan jika berlaku pergerakan tanah.

Justeru, beliau meminta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan polis untuk memantau perkembangan ini secara serius dan mengelakkan daripada pencerobohan dilakukan terhadap hutan simpan milik kerajaan ini.

''Isu Orang Asli ini rumit kerana mereka dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu perkara ini tidak boleh dibiarkan dan perlu ada mekanisme untuk menanganinya," jelasnya.

Jelasnya, kalau ditinjau di kawasan Hutan Simpan Batu Maloi itu ketika ini, yang kini menjadi kawasan tadahan air dan taman rekreasi, ia amat mendukacitakan.

''Kita akan terus menahan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh hutan ini. Lambat laun perancangnya akan tumbang juga," ujar Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masalah paip pecah di Krubong diatasi

Posted:

Masalah paip pecah di Krubong diatasi

Masalah paip pecah di Krubong diatasi


Kontraktor Syarikat Air Melaka (SAMB) membuat penyambungan paip 900 milimeter di Krubong bagi melengkapkan projek fasa kedua di Melaka, semalam.


MELAKA 25 Mei - Masalah kekerapan berlaku paip pecah di Krubong dekat sini berakhir setelah Syarikat Air Melaka (SAMB) berjaya membuat penyambungan paip 900 milimeter bagi melengkapkan projek fasa kedua semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Ir. Mohd. Khalid Nasir berkata, apabila selesai projek fasa kedua itu, kira-kira 32,000 pengguna di kawasan tersebut tidak lagi menghadapi masalah bekalan air yang sering terputus.

Menurutnya, SAMB memperuntukkan RM5.9 juta bagi melengkapkan penyambungan paip bagi fasa pertama dan kedua sekali gus mengatasi masalah kekerapan berlakunya paip pecah di sekitar Krubong.

''Ini membuktikan SAMB amat prihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi pengguna berhubung dengan paip pecah yang kerap berlaku.

''SAMB telah membuat penyambungan dan diharap selepas ini penduduk di sekitar Krubong tidak lagi merungut kerana kerap terputus bekalan air," katanya di sini baru-baru ini.

Turut menyaksikan penyambungan paip tersebut ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Sulaiman.

Kerja-kerja penyambungan paip tersebut berjalan lancar bermula kira-kira pukul 10.00 malam dan berakhir 3.30 pagi semalam.

Kawasan yang kerap dilanda masalah paip pecah ialah seluruh kawasan dan Taman di Tanjung Kling dan Pantai Puteri, Pantai Rombang, Pantai Kundur dan Tanah Merah Jaya.

Antara kawasan lain yang turut terlibat seluruh kawasan dan Taman di Air Salak, perindustrian Tangga Batu, Tanjung Kling, Petronas Penapisan Melaka dan Pusat Tahanan Imigresen.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Khalid berkata, SAMB akan membina sebuah loji air Bertam Fasa 2 yang menelan kos pembinaan RM65juta dan projek pembinaan stesen air mentah di empangan Durian tunggal bernilai RM30 juta.

Kesemua projek tersebut katanya, dijangka siap sepenuhnya penghujung Disember 2012.

Jelasnya, kedua-dua projek tersebut apabila siap kelak, ia akan dapat membekalkan air di sekitar DUN Sungai Udang dan Parlimen Bukit Katil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maybank dekati rakyat melalui program komuniti

Posted:

Maybank dekati rakyat melalui program komuniti

Maybank dekati rakyat melalui program komuniti


HASAN Malek (enam dari kiri) dan kakitangan Maybank bersama pelbagai produk jualan amal di Kompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 25 Mei - Usaha Malayan Banking Bhd. (Maybank) mendekati warga Felda dipuji kerana ia dapat membantu melengkapkan urusan kewangan dan perkhidmatannya secara lebih mesra.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, langkah institusi kewangan ini yang dilihat satu tanggungjawab sosial korporatnya, sebenarnya telah memberi kemudahan untuk penduduk berurusan dengan mereka.

''Bukan sahaja Maybank dapat mendekati rakyat, malahan rakyat juga dapat mengetahui dengan lebih jelas perkhidmatan yang diberikan.

''Ini termasuklah simpanan, kemudahan kredit, bantuan perniagaan dan sebagainya," katanya selepas hadir pada program Komuniti Maybank di Kompleks Rakan Muda, Bandar Seri Jempol di sini baru-baru ini.

Kata Hasan, kerajaan juga menyambut baik usaha Maybank yang mahu membuka kaunter di pejabat pos di bandar ini tidak lama lagi.

''Ini memudahkan transaksi dilakukan, tambahan pula Maybank sedia ada terletak kira-kira 15 kilometer dari sini iaitu di Pekan Bahau," katanya.

Dalam program yang berlangsung itu, lebih 1,000 orang membanjiri kompleks berkenaan, selain dihadiri lebih 200 kakitangan Maybank, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan lainnya.

Antara yang turut serta adalah agensi seperti Felda, Kementerian Kesihatan, Pusat Zakat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pelajaran, Jabatan Perpaduan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan serta Hospital Pakar Senawang.

Aktiviti yang dijalankan adalah sukan rakyat, kejohanan futsal dan bola baling, pertandingan mewarna, persembahan kebudayaan serta pameran.

Sempena program itu juga, Maybank telah mengadakan pelbagai jualan amal dan hasilnya disalurkan ke rumah anak yatim berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pelan majukan Terengganu

Posted:

Pelan majukan Terengganu

Pelan majukan Terengganu

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 25 Mei - Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Terengganu (PSAMPPT) dilancarkan semalam sebagai panduan kepda penjawat awam dalam menterjemah dasar dan pendekatan kerajaan membangunkan rakyat dan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap menyempurnakan pelancaran itu berkata, ia diharap dapat membantu mereka memahami kehendak kerajaan, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang telah dipersetujui.

"Ini adalah satu lagi usaha kita bagi memastikan setiap agenda yang dirancang dapat dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik serta memberi kesan menyeluruh," katanya.

Pelancaran dilakukan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat negeri di Wisma Darul yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

Beliau berharap penjawat awam di semua jabatan dan agensi selaku tunjang kepada kerajaan dapat bergerak dengan lebih lancar dan pantas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta menerapkan budaya kecemerlangan.

Sementara itu, terdahulu Mazlan ketika berucap pada majlis tersebut berkata, kakitangan yang cekap, amanah dan bertanggungjawab memberi kelebihan kepada kerajaan dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

"Saya berharap semua penjawat awam menghargai kepercayaan yang diberikan dengan menggalas tanggungjawab penuh integriti serta menyokong pentadbiran negeri membawa tranformasi dalam perkhidmatan awam," katanya.

Kata beliau, penjawat awam di negeri ini perlu berusaha untuk berada di hadapan dalam setiap tindakan serta mahir menilai keputusan kerajaan dan kehendak rakyat secara keseluruhannya.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda adalah antara 30 penjawat awam yang menerima anugerah.

Mereka yang dipilih masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,500 seorang beserta pakej menunaikan ibadat haji atau umrah (bagi yang telah menunaikan haji).

Katanya, Terengganu mempunyai kira-kira 8,000 penjawat awam daripada 10,000 jawatan yang ditawarkan dan akan membuat pengambilan baru secara berperingkat bagi memenuhi jawatan yang masih kosong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAIK bantu bina rumah baru ibu tunggal

Posted:

MAIK bantu bina rumah baru ibu tunggal

MAIK bantu bina rumah baru ibu tunggal


Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Hasimah Hussain di Kampung Kok Bedollah, Tumpat, baru-baru ini.


TUMPAT 25 Mei - Impian seorang ibu tunggal, Hasimah Hussain, 56, dan keluarganya untuk memiliki rumah lebih selesa tercapai apabila Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membaiki rumahnya yang uzur di Kampung Kok Bedollah dekat sini, melibatkan kos RM38,000.

Penyerahan rumah baru itu telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua MAIK, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamarudin Mohd. Zain, pembinaan rumah baru itu dibuat hasil lawatan Tengku Mahkota Kelantan sendiri ke rumah ibu tunggal berkenaan sebelum ini.

"Rumah yang lama telah kita robohkan dan kita bina yang baru dengan harapan ia dapat memberi sinar baru kepada keluarga Hasimah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Ziarah dan Pengurniaan Zakat oleh Tengku Muhammad Fa-iz di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Penasihat Yang Dipertua MAIK, Datuk Wan Mohammad Wan Konok; Ketua Jajahan Tumpat, Saifudin Mohamad dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Ismail Mohd. Noor.

Sementara itu, Hasimah ketika ditemui melahirkan rasa terharu dan gembira dengan sumbangan rumah baru itu.

Baginya, sumbangan tersebut memberi erti yang cukup besar buat dirinya serta lima anak serta seorang cucunya yang sebelum ini hidup serba kekurangan.

"Rumah ini merupakan satu anugerah tidak ternilai buat kami sekeluarga. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tengku Mahkota Kelantan di atas sumbangan yang diberikan.

"Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik Tengku Mahkota Kelantan dan semua yang terlibat menjaya perkara ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta mewah hangus dalam kebakaran

Posted:

Kereta mewah hangus dalam kebakaran

Kereta mewah hangus dalam kebakaran


Dua pekerja bengkel membersihkan sisa kebakaran yang berlaku di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 25 Mei - Tindakan pantas seorang pekerja stesen minyak berjaya menyelamatkan sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Sultan Ibrahim di sini daripada hangus dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 1.30 petang itu bagaimanapun memusnahkan sebuah kereta mewah jenis BMW yang sedang dibaiki di bengkel berkenaan, sementara beberapa buah kenderaan lain berjaya diselamatkan.

Menceritakan detik cemas itu, pekerja stesen minyak berkenaan Najman Ismail, 48, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang rakan berada di kaunter apabila dikejutkan dengan bunyi hon kereta kuat dari arah luar.

Menurutnya, hairan dengan bunyi tersebut, rakannya itu bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Tiba-tiba dia memberitahu bengkel kereta yang terletak di belakang terbakar. Saya terus berlari keluar dengan membawa alat pemadam api untuk membantu memadamkan kebakaran tersebut daripada terus merebak.

"Masa saya sampai, api sedang marak membakar kereta tersebut. Mujurlah saya tidak panik dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut hasil kerjasama mekanik di bengkel tersebut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zainuddin Senawi memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.53 petang dan tiga buah jentera bersama 16 anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Sejurus tiba, kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh orang ramai. Ia hanya melibatkan sebuah kereta dan tiada kemalangan jiwa. Kerugian dianggarkan berjumlah RM200,000," katanya sambil memberitahu punca kebakaran masih dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Harga RON95, diesel, LPG kekal

Posted:

Harga RON95, diesel, LPG kekal

Harga RON95, diesel, LPG kekal

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 25 Mei - Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

"Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.

"Namun, jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tidak ditetapkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi (sebanyak RM18 bilion) terhadap bahan bakar ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan spekulasi daripada pihak pembangkang tentang kenaikan harga minyak hingga mencetuskan suasana panik.

"Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Mengulas mengenai pemansuhan pemberian subsidi diesel super kepada beberapa sektor pengangkutan, beliau menjelaskan, pemberian subsidi seharusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan saja dan bukannya untuk semua pihak.

"Sebelum ini lori pengangkut pun kita bagi, tapi lepas ini kita hanya beri kepada yang memerlukan sahaja seperti kenderaan awam, bot-bot kecil dan teksi.

"Hasil daripada penarikan balik subsidi ini, kita berjaya buat penjimatan sebanyak RM700 juta iaitu untuk lori dan bot," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

Posted:

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

Pemuda, Puteri UMNO sokong keputusan tidak naikkan RON95

KUALA LUMPUR 25 Mei - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan harga minyak RON95.

Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak tersebut membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat terutama golongan muda di negara ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat. Keputusan tersebut juga amat bermakna kepada Pemuda UMNO di mana sebelum ini kami lantang menyuarakan bantahan kenaikan harga minyak itu.

"Kami yakin keputusan kerajaan ini telah melegakan hati seluruh rakyat Malaysia dan sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan kenaikan kos perbelanjaan harian mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khairy juga berharap harga tersebut akan terus kekal untuk satu jangka yang lama bagi mengelakkan rakyat menanggung beban akibat kenaikan harga minyak dari semasa ke semasa.

"Kami amat berharap kadar ini akan kekal buat satu tempoh yang lama kerana dengan keadaan inflasi yang tidak menentu, kami khuatir ia akan membebankan rakyat sekiranya harga minyak RON95 dinaikkan," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, keputusan itu sejajar dengan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95 ini diharap akan terus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azizan tarik diri bertanding

Posted:

Azizan tarik diri bertanding

Azizan tarik diri bertanding

oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 25 Mei - Jumlah calon daripada golongan ulama yang akan bertanding jawatan penting dalam pemilihan Pas semakin berkurangan.

Ia berikutan keputusan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd.Razak hari ini untuk tidak bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

Sebelum ini, bagi jawatan Timbalan Presiden, Azizan dicalonkan bersama-sama dengan lima calon lain termasuk dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa yang mempertahankan jawatan dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun sebelum ini sudah ada ura-ura Azizan tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden namun harapan disandarkan kepada beliau untuk merebut jawatan Naib Presiden yang menyaksikan beliau dicalonkan bersama-sama 13 pemimpin lain.

Keputusan Azizan itu diumumkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Helmi Mohd. Khalib dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Helmi berkata, penarikan diri Azizan itu dilakukan kerana merasakan beliau perlu memberi tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

"Bagaimanapun, Azizan akan bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dalam muktamar kali ini.

"Azizan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pas kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi dua jawatan berkenaan," katanya.

Azizan sebelum ini diletakkan sandaran menjadi salah seorang wakil ulama bagi jawatan Naib Presiden berikutan keputusan Tuan Ibrahim tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Penarikan diri Azizan menyebabkan golongan pro ulama bergantung kepada dua lagi calon yang masih belum menyatakan pendirian mereka akan bertanding atau tidak.

Dua calon berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah.

Setakat ini, dua calon daripada golongan profesional sudah menyatakan pendirian mereka untuk bertanding iaitu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Calon-calon lain yang layak tetapi belum membuat keputusan ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Pas Terengganu Nik Zawawi Nik Salleh dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli.

Dua calon yang memutuskan tidak akan bertanding walaupun mendapat pencalonan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved