Sabtu, 4 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kanak-kanak lemas ditemui

Posted: 04 Jan 2014 10:05 PM PST

NIBONG TEBAL 5 Jan. - Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan mayat Mohd. Halif Akim Halim, 2, yang lemas bersama bapanya dalam kejadian di Sungai Kerian, Tanjung Berembang dekat sini petang semalam.

Mayat Mohd. Halif Akim ditemui pada pukul 12.30 tengah hari ini di hulu sungai yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasinya terjatuh daripada bot.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap manakala gerakan mencari bapanya, Lans Koperal Halim Ibrahim masih diteruskan. - UTUSAN

6 tahanan terakhir ISA dibebaskan 8.30 pagi

Posted: 04 Jan 2014 09:53 PM PST

TAIPING 5 Jan. - Kesemua enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting di sini pada pukul 8.30 pagi ini.

Keenam-enam tahanan itu ialah Adzmi Pindatun, Mohd. Nazri Dollah dan Bakar Baba yang merupakan warganegara Malaysia, Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu (Indonesia) serta Muadz Hakim (Filipina). - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor semput jadual padat

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Terima seadanya. Itulah respons yang diberikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd. Ibrahim, apabila mengetahui tiada sebarang kelonggaran diberikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi Selangor dan Kelantan yang akan mengambil bahagian di Piala AFC 2014.

Bukan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah atau terlalu takut kepada kuasa penuh yang ada pada FAM, beliau berkata, berdasarkan takwim bola sepak bagi tahun 2014 yang dikeluarkan oleh FAM, memang sudah jelas tiada sebarang ruang mampu diminta oleh FAS untuk mengubah jadual perlawanan ke tarikh yang lain.

Berdasarkan pengalaman Selangor yang telah terlibat beberapa tahun dalam saingan Piala AFC, mereka sudah masak dengan situasi bola sepak negara, tambahan tahun 2014 menyaksikan banyak perkara berlaku dalam kalendar sukan seperti Sukan Asia di Incheon dan Pestabola Merdeka.

''Bila layak ke Piala AFC, inilah yang terpaksa harungi (jadual perlawanan yang ketat) dan buat FAS, kami tiada dalam sebarang perancangan untuk memohon kepada JKPT FAM agar meminda perjalanan Liga Super.

''Ramai pihak memang nampak jadual begitu padat bagi pasukan yang terlibat dalam Piala AFC namun dalam soal ini FAM juga tiada pilihan lain kerana sudah tiada ruang untuk menginjakkan jadual perlawanan ekoran selain sebulan kita tidak bermain kerana bulan puasa, persiapan Sukan Asia dan penganjuran Pestabola Merdeka juga perlu dilihat, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Jalan penyelesaian buat Selangor hanya satu menurut Rosman iaitu terpulang kepada kebijaksanaan jurulatih, Mehmet Durakovic, bagi melakukan sistem penggiliran dengan tidak boleh bergantung kepada sebahagian pemain sahaja untuk diturunkan dalam setiap perlawanan.

''Sekarang, semua terpulang kepada jurulatih untuk melakukan penggiliran pemain dalam aksi Liga Super dan Piala AFC dengan menggunakan kesemua pemain yang kita daftarkan.

''Jika kita ada 25 pemain, kesemuanya perlu turun beraksi dan tidak mahu ada istilah ada penumpang di dalam pasukan, kita tidak mahu mereka langsung tidak beraksi manakala pemain-pemain utama berdepan faktor keletihan.

''Contoh terbaik adalah musim lalu apabila Ramzul (Zahini Adenan) dan V. Kavichelvan begitu jarang diturunkan, itu memberi kesan kepada pemain-pemain lain yang terpaksa bermain dalam setiap perlawanan sama ada membabitkan liga atau Piala AFC, " katanya.

Red Giants dijangka berdepan jadual yang cukup memeritkan apabila selepas berdepan Terengganu pada 8 Mac, mereka terpaksa terbang ke Maldives bertemu Maziya, pada 11 Mac sebelum pulang ke tanah air, menentang Angkatan Tentera Malaysia, 15 Mac.

Bayangkan sahaja pada bulan Mac dan April, Selangor terpaksa mengharungi 14 perlawanan termasuk lima perlawanan peringkat Kumpulan F Piala AFC dengan perlu terbang ke Vietnam dan Indonesia selain Maldives.

Dalam kesukaran itu, Rosman tetap tersenyum riang kerana penggunaan empat pemain import oleh FAM di dalam saingan Liga Malaysia memberikan sedikit kelebihan kepada persiapan pasukan bagi menghadapi Piala AFC berbanding musim lalu.

''Tahun lalu, dua pemain import yang hanya didaftarkan Piala AFC tidak begitu cergas kerana jarang beraksi namun tahun ini selepas FAM membuka pendaftaran tiga pemain import dan satu import dari Asia, saya rasa akan banyak membantu kepada pasukan kami.

''Walaupun mungkin salah seorang pemain itu tidak banyak digunakan kerana syarat menetapkan tiga pemain sahaja atas padang, mereka tetap berpeluang beraksi dengan bergantung kepada taktikal jurulatih, " katanya.

Harimau Malaya masih terbaik di Asia Tenggara

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Muhyiddin Yassin melancarkan pameran siri Penjelajahan Trofi Piala Dunia FIFA di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Khairy Jamaluddin (kanan). - MINGGUAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya masih antara pasukan terbaik di Asia Tenggara kerana merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang masih mempunyai peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Menyangkal dakwaan standard bola sepak negara merosot, pengurus skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kedudukan Malaysia dalam kempen Piala Asia 2015 adalah lebih baik berbanding Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Katanya, keempat-empat negara itu tidak mempunyai peluang untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 selepas menduduki tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing di peringkat kelayakan.

"Pintu ke pusingan akhir belum tertutup kerana kita masih ada peluang dan kita akan berusaha keras untuk menang ke atas Yemen nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran pameran siri penjelajahan trofi Piala Dunia FIFA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Harimau Malaya, yang kini di bawah pegawasan jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan D dengan mengumpul empat mata selepas lima perlawanan.

Malaysia akan mengakhiri pusingan kelayakan dengan menentang Yemen pada 5 Mac depan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015, sebanyak 20 buah negara dibahagikan kepada lima kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke pusingan akhir di Australia dari 9 hingga 31 Januari 2015.

Selain itu, tiga lagi pasukan terbaik keseluruhan yang menduduki tangga ketiga turut melangkah ke pusingan akhir.

Selain Malaysia, pasukan yang menduduki tangga ketiga dalam setiap kumpulan setakat ini ialah Syria dalam Kumpulan A dengan empat mata, Lebanon (B-5 mata), Iraq (C-6 mata) dan Hong Kong dengan empat mata dalam Kumpulan E.

Sebanyak 16 pasukan akan berentap pada pusingan akhir Piala Asia 2015 yang berlangsung di lima buah bandar raya di Australia iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Canberra dan Newcastle.

Undian pusingan akhir Piala Asia 2015 akan diadakan di Sydney pada 26 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Subahan, yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata, jurulatih baharu skuad Harimau Malaya akan dilantik akhir bulan ini selepas kontrak bekas pengendali, Datuk K. Rajagobal berakhir 31 Disember lalu.

Bagaimanapun katanya, Kim Swee masih perlu memainkan peranan dengan memberi input tentang pemain yang diserap ke skuad Harimau Malaya daripada Harimau Muda A.

Katanya, FAM telah menyenarai pendek lima jurulatih iaitu tiga jurulatih asing dan dua jurulatih tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tujuh maut dalam runtuhan bangunan di India

Posted: 04 Jan 2014 11:36 AM PST

PANAJI, India 5 Jan. - Bangunan lima tingkat yang masih dalam proses pembinaan di negeri selatan India, Goa runtuh hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi terperangkap di bawah runtuhan.

Penguasa Polis Shekhar Prabhudessai berkata, pihaknya masih lagi berusaha untuk mengetahui jumlah pekerja yang berada di kawasan runtuhan yang terletak di Canacon, kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri Pajani.

``Ketika kejadian suasana sekitar bagaikan berlakunya gempa bumi, kata seorang saksi kejadian sambil menambah kira-kira 40 orang buruh binaan bekerja di tapak tersebut.

Polis dan penduduk tempatan berjaya mengeluarkan tujuh mayat dari runtuhan, sementara pasukan bomba dan penyelamat berusaha memindahkan sisa runtuhan untuk mencari mangsa yang masih terselamat. - AGENSI

Kerajaan sementara Mesir ikrar tentang penunjuk perasaan

Posted: 04 Jan 2014 09:27 AM PST

KAHERAH 5 Jan. - Kerajaan Mesir berikrar akan menentang penunjuk perasaan pergerakan Ikhwanul Muslimin dengan menggunakan `sepenuh kekuatan , selepas 17 orang terbunuh dalam pertempuran terbaharu di seluruh negara, semalam.

Pergerakan tersebut yang menuntut pembebasan bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi, ketika ini mengadakan tunjuk perasaan hampir setiap hari walaupun digelar sebagai pengganas bulan lalu.

``Mereka terus melakukan kegiatan jenayah walaupun digelarkan sebagai pengganas, kerajaan akan menentang segala aktiviti mereka dengan menggunakan sepenuh kekuatan, menurut kerajaan sementara Mesir dalam satu kenyataan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Banjir: 1,000 askar berjaga-jaga

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 4 Jan. - Lebih 1,000 anggota tentera dari 4 Briged Mekanize akan dikekalkan di semua lokasi banjir termasuk di kawasan pedalaman bagi menghadapi gelombang kedua banjir sehingga dimaklumkan bencana itu berakhir.

Panglima 4 Briged Mekanize, Brigedier Jeneral Ahmad Tajuddin Abd. Ghani berkata, anggota terbabit akan terus ditempatkan di Kuantan, Rompin, Temerloh dan Jerantut sehingga bencana alam itu berakhir seperti yang diramalkan pada minggu ini.

Menurutnya, bagaimanapun jumlah penempatan itu bergantung kepada jumlah penduduk dan keadaan semasa di lokasi terbabit.

"Kekuatan anggota tambahan juga sudah bersedia di pangkalan Kem Batu 10 di sini bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir dalam minggu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir daripada Komuniti Masyarakat Aceh kepada mangsa banjir Pahang dan Terengganu di Kompleks Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah JKM Pahang, Datuk Shamsiah Husin dan Ketua Staf Tadbir dan Logistik 4 Briged Mekanize, Leftenan Kolonel Jamaluddin Alias.

Menurut beliau, dalam menghadapi gelombang kedua kali ini pihaknya sudah bersedia selain menambah baik logistik dan anggota bagi menghadapi bencana itu.

Katanya, pengagihan bantuan juga lebih menyeluruh selepas penstrukturan semula membabitkan agensi bertanggungjawab mengelolakan mangsa banjir.

Dalam pada itu, Ahmad Tajuddin berkata, sebanyak 17,000 hingga 19,000 mangsa banjir akan menerima bantuan berupa barangan makanan dan kotak kecemasan sumbangan komuniti itu.

Menurutnya, sebanyak 70 peratus bantuan diserahkan kepada mangsa di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan selebihnya ke Kemaman, Kuala Terengganu.

Rebut peluang maju dalam pendidikan

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Ismail Mohamed Said (duduk) bertanyakan sesuatu kepada murid-murid Orang Asli ketika meninjau proses pembelajaran minggu pertama persekolahan di SK Penderas, Kuala Krau, kelmarin.

KUALA KRAU 4 Jan. - Kekangan dari sudut geografi dan kemudahan bukan lagi alasan bagi anak masyarakat Orang Asli tidak berjaya dalam pendidikan setanding dengan kaum lain di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sebaliknya masyarakat kaum itu perlu merebut peluang yang terhidang menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan bagi melihat peningkatan akademik pelajar di pedalaman.

Katanya, sebagai contoh dalam Parlimen Kuala Krau sahaja, kemudahan sekolah yang serba lengkap sama seperti di bandar disediakan di kawasan tumpuan penempatan masyarakat itu seperti di Pos Betau, Pos Iskandar dan Perkampungan Orang Asli Penderas.

"Komitmen dan keikhlasan kerajaan memajukan kaum itu dalam sektor pendidikan telah menampakkan kemajuan kerana jumlah anak Orang Asli yang cemerlang dalam pendidikan semakin meningkat.

"Malah ada anak Orang Asli yang berjaya mencapai kejayaan membanggakan setanding dengan kaum lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jumlah itu boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.

Ismail berkata demikian selepas meninjau proses pembelajaran minggu pertama persekolahan di SK Penderas di sini semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Ismail meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk program keceriaan sekolah termasuk kantin manakala RM10,000 lagi diperuntukkan untuk aktiviti sekolah dan program kecemerlangan pelajar.

Menurutnya, sebanyak 98 peratus murid SK Penderas terdiri daripada anak Orang Asli tinggal di 10 buah perkampungan masyarakat itu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak.

Tambah beliau, pencapaian itu meliputi aktiviti sukan dan akademik malah prestasi SK Penderas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu antara yang terbaik di peringkat daerah dan negeri.

"Di samping itu, sekolah berkenaan muncul pemenang tempat kedua bagi kategori kebersihan kantin sekolah peringkat negeri Pahang tahun lalu," katanya.

Ketengahkan keenakan sajian tradisional ikan air tawar, ulam-ulaman

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Sebahagian daripada tetamu yang berpeluang menikmati makanan tradisional Lipis sempena promosi makanan Pahang di Hotel D' Valley Inn, Kuala Lipis, semalam.

KUALA LIPIS 4 Jan. - Pengusaha hotel dan makanan diminta mempelbagaikan juadah ikan air tawar dan ulam-ulaman yang merupakan makanan tradisi penduduk daerah ini untuk diketengahkan kepada pelancong asing dan tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, peranan itu penting bagi memikat pelancong yang singgah di Lipis ketika dalam perjalanan ke lokasi pelancongan.

Beliau berkata, ia penting kerana masakan tradisional Melayu daerah ini memang diakui mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai dijadikan juadah makan tengah hari dan malam di kawasan tumpuan pelancong.

"Peniaga di bandar Lipis sepatutnya merebut peluang daripada kedatangan pelancong ke beberapa lokasi di daerah ini dengan menawarkan juadah makan tengah hari atau malam berasaskan keunikan ikan air tawar dan ulam-ulaman.

"Saya percaya makanan tradisi yang enak ditambah pula harga berpatutan mampu menjadi satu lagi tarikan untuk orang ramai melancong ke daerah ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi makanan Pahang di Hotel D' Valley Inn di sini semalam.

Mustapa berkata, lokasi Bandar Bersejarah Kuala Lipis memang amat strategik untuk memasarkan makanan tempatan kerana menjadi tumpuan dan tempat transit kenderaan antara Lembah Klang dan Kelantan.

Justeru katanya, makanan berasaskan ikan sungai Jelai, iaitu gulai asam tempoyak, ikan salai, pais ikan, asam rom dan kuih-muih berasaskan gula kabung boleh dieksploitasi untuk promosi dan jualan.

"Saya yakin pengunjung memilih makanan tempatan kerana keenakannya mampu membuka selera sesiapa sahaja," ujar beliau.

Tambahnya, sejajar program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, pengusaha hotel dan penyelenggara projek inap desa sepatutnya menggiatkan kempen makanan tradisional Melayu Lipis untuk tarikan pelancong ke daerah ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Banjir: 1,000 askar berjaga-jaga

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 4 Jan. - Lebih 1,000 anggota tentera dari 4 Briged Mekanize akan dikekalkan di semua lokasi banjir termasuk di kawasan pedalaman bagi menghadapi gelombang kedua banjir sehingga dimaklumkan bencana itu berakhir.

Panglima 4 Briged Mekanize, Brigedier Jeneral Ahmad Tajuddin Abd. Ghani berkata, anggota terbabit akan terus ditempatkan di Kuantan, Rompin, Temerloh dan Jerantut sehingga bencana alam itu berakhir seperti yang diramalkan pada minggu ini.

Menurutnya, bagaimanapun jumlah penempatan itu bergantung kepada jumlah penduduk dan keadaan semasa di lokasi terbabit.

"Kekuatan anggota tambahan juga sudah bersedia di pangkalan Kem Batu 10 di sini bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir dalam minggu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir daripada Komuniti Masyarakat Aceh kepada mangsa banjir Pahang dan Terengganu di Kompleks Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah JKM Pahang, Datuk Shamsiah Husin dan Ketua Staf Tadbir dan Logistik 4 Briged Mekanize, Leftenan Kolonel Jamaluddin Alias.

Menurut beliau, dalam menghadapi gelombang kedua kali ini pihaknya sudah bersedia selain menambah baik logistik dan anggota bagi menghadapi bencana itu.

Katanya, pengagihan bantuan juga lebih menyeluruh selepas penstrukturan semula membabitkan agensi bertanggungjawab mengelolakan mangsa banjir.

Dalam pada itu, Ahmad Tajuddin berkata, sebanyak 17,000 hingga 19,000 mangsa banjir akan menerima bantuan berupa barangan makanan dan kotak kecemasan sumbangan komuniti itu.

Menurutnya, sebanyak 70 peratus bantuan diserahkan kepada mangsa di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang dan selebihnya ke Kemaman, Kuala Terengganu.

Rebut peluang maju dalam pendidikan

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Ismail Mohamed Said (duduk) bertanyakan sesuatu kepada murid-murid Orang Asli ketika meninjau proses pembelajaran minggu pertama persekolahan di SK Penderas, Kuala Krau, kelmarin.

KUALA KRAU 4 Jan. - Kekangan dari sudut geografi dan kemudahan bukan lagi alasan bagi anak masyarakat Orang Asli tidak berjaya dalam pendidikan setanding dengan kaum lain di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sebaliknya masyarakat kaum itu perlu merebut peluang yang terhidang menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan bagi melihat peningkatan akademik pelajar di pedalaman.

Katanya, sebagai contoh dalam Parlimen Kuala Krau sahaja, kemudahan sekolah yang serba lengkap sama seperti di bandar disediakan di kawasan tumpuan penempatan masyarakat itu seperti di Pos Betau, Pos Iskandar dan Perkampungan Orang Asli Penderas.

"Komitmen dan keikhlasan kerajaan memajukan kaum itu dalam sektor pendidikan telah menampakkan kemajuan kerana jumlah anak Orang Asli yang cemerlang dalam pendidikan semakin meningkat.

"Malah ada anak Orang Asli yang berjaya mencapai kejayaan membanggakan setanding dengan kaum lain dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jumlah itu boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.

Ismail berkata demikian selepas meninjau proses pembelajaran minggu pertama persekolahan di SK Penderas di sini semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Ismail meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk program keceriaan sekolah termasuk kantin manakala RM10,000 lagi diperuntukkan untuk aktiviti sekolah dan program kecemerlangan pelajar.

Menurutnya, sebanyak 98 peratus murid SK Penderas terdiri daripada anak Orang Asli tinggal di 10 buah perkampungan masyarakat itu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak.

Tambah beliau, pencapaian itu meliputi aktiviti sukan dan akademik malah prestasi SK Penderas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu antara yang terbaik di peringkat daerah dan negeri.

"Di samping itu, sekolah berkenaan muncul pemenang tempat kedua bagi kategori kebersihan kantin sekolah peringkat negeri Pahang tahun lalu," katanya.

Ketengahkan keenakan sajian tradisional ikan air tawar, ulam-ulaman

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Sebahagian daripada tetamu yang berpeluang menikmati makanan tradisional Lipis sempena promosi makanan Pahang di Hotel D' Valley Inn, Kuala Lipis, semalam.

KUALA LIPIS 4 Jan. - Pengusaha hotel dan makanan diminta mempelbagaikan juadah ikan air tawar dan ulam-ulaman yang merupakan makanan tradisi penduduk daerah ini untuk diketengahkan kepada pelancong asing dan tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, peranan itu penting bagi memikat pelancong yang singgah di Lipis ketika dalam perjalanan ke lokasi pelancongan.

Beliau berkata, ia penting kerana masakan tradisional Melayu daerah ini memang diakui mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai dijadikan juadah makan tengah hari dan malam di kawasan tumpuan pelancong.

"Peniaga di bandar Lipis sepatutnya merebut peluang daripada kedatangan pelancong ke beberapa lokasi di daerah ini dengan menawarkan juadah makan tengah hari atau malam berasaskan keunikan ikan air tawar dan ulam-ulaman.

"Saya percaya makanan tradisi yang enak ditambah pula harga berpatutan mampu menjadi satu lagi tarikan untuk orang ramai melancong ke daerah ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi makanan Pahang di Hotel D' Valley Inn di sini semalam.

Mustapa berkata, lokasi Bandar Bersejarah Kuala Lipis memang amat strategik untuk memasarkan makanan tempatan kerana menjadi tumpuan dan tempat transit kenderaan antara Lembah Klang dan Kelantan.

Justeru katanya, makanan berasaskan ikan sungai Jelai, iaitu gulai asam tempoyak, ikan salai, pais ikan, asam rom dan kuih-muih berasaskan gula kabung boleh dieksploitasi untuk promosi dan jualan.

"Saya yakin pengunjung memilih makanan tempatan kerana keenakannya mampu membuka selera sesiapa sahaja," ujar beliau.

Tambahnya, sejajar program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, pengusaha hotel dan penyelenggara projek inap desa sepatutnya menggiatkan kempen makanan tradisional Melayu Lipis untuk tarikan pelancong ke daerah ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Sampaikan mesej dengan vektor

Posted: 04 Jan 2014 04:33 AM PST

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui apa itu imej vektor (vector image), tetapi bagi mereka yang pernah belajar seni grafik pasti mengetahuinya

kerana ia sangat berkait rapat dengan penggunaan aplikasi Adobe Illustrator.

MM Vectoristic banyak memaparkan mesej menarik melalui lukisan karikatur dengan menggunakan imej vektor bagi memberi nasihat dan pandangan beliau tentang isu-isu semasa.

Watak yang digunakan hanyalah seorang lelaki, seorang perempuan, mesin air dan sebuah pasu pokok yang melengkapkan imej vektor yang disampaikan oleh beliau.

Kata-kata yang digunakan kadang kala pedas dan juga mencuit hati dengan selingan humor untuk tatapan peminat dan juga pembaca bagi ruangan MM Vectoristic ini.

https://www.facebook.com/MMVectoristic

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Redah hutan setiap bulan

Posted: 04 Jan 2014 04:33 AM PST

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar SAFIYANA SALIM

MELAKUKAN aktiviti lasak sememangnya sesuatu yang digemari oleh seorang lelaki dan begitu juga perihalnya dengan penyampai radio, Fizi Ali.

Bertemu dengan jejaka ini di lokasi penggambaran, jelas nampak keterujaan pada wajahnya untuk mencuba aktiviti lasak kali ini.

Bagi Fizi, dia dan aktiviti lasak memang tidak boleh dipisahkan memandangkan ia adalah salah satu aktiviti yang menjadi rutin bagi jejaka ini hampir setiap bulan.

Saya sebenarnya memang gemar melakukan aktiviti lasak. Selalunya, saya akan lakukan aktiviti meredah hutan bersama dengan rakan-rakan.

Tapi bukanlah kami main redah sahaja, adalah orang yang akan menunjukkan jalan sebab kami pun takut juga kalau nak masuk terus dalam hutan.

Tambahan, sebelum ini banyak kes-kes sesat di dalam hutan. Jadi, lebih baik kita mengambil orang yang pakar sebelum berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini," jelasnya.

Mengulas mengenai aktiviti di Skytrex Adventure pula, jelasnya, ini adalah kali pertama dia melakukan aktiviti tersebut.

Sebelum ini, saya pernah dengar tentang lokasi ini, tetapi belum berkesempatan untuk datang dan peluang ini membuatkan saya tidak sabar untuk mencuba aktiviti ini," jelasnya.

Tambah Fizi, melakukan aktiviti lasak ini sebenarnya memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Katanya, amat penting untuk mempersiapkan diri kerana apa yang utama dalam melakukan setiap aktiviti adalah keselamatan diri.

Bagi saya, keselamatan adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan. Sebab itu, persiapan penting," jelasnya yang turut gemar bermain kenderaan lasak, ATV.

Ditanya mengenai pengalaman pahit ketika melakukan aktiviti lasak, jelas Fizi, buat masa ini, belum ada lagi kenangan pahit yang terpalit sepanjang melakukan aktiviti lasak.

Setakat ini, tidak pernah ada kenangan pahit. Semua kenangan manis, sebab saya tekankan pada diri untuk mencabar diri saya dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Bila kita dah cabar diri, kita akan lakukan sebaik mungkin. Kalau jatuh sekalipun, jangan putus asa kerana bila kita sudah berjaya, ia akan memberi kepuasan kepada diri sendiri," ujarnya.

Tambah Fizi, berada di dalam hutan mampu memberikan ketenangan kepada dirinya.

Menjalani kehidupan tidak semuanya berjalan lancar, ada kalanya kita akan merasa tekanan pada diri.

Tambahan pula seperti saya, kerja sebagai penyampai di Ultra101fm, saya tidak mahu tekanan mengganggu rutin saya untuk bersama pendengar.

Jadi, berada di dalam hutan adalah salah satu cara untuk menenangkan diri daripada tekanan atau masalah yang dihadapi," jelasnya.

Aktiviti lasak sebagai diet

Bercakap mengenai diet, pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang mahu mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Bagi lelaki, ramai yang lebih gemar menggunakan gim untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini tetapi berbeza pula bagi Fizi.

Menurutnya, berat badannya kini berbeza dengan dahulu kerana sebelum ini, badannya agak berisi dan gempal.

Saya tidak pernah mengamalkan pergi ke gim untuk turunkan berat badan, sebaliknya saya lebih selesa untuk berjoging.

Malah, melakukan aktiviti lasak ini sebenarnya mampu mengurangkan berat badan, ditambah pula dengan diet pemakanan yang dilakukan," jelasnya.

Tambah Fizi, buat masa ini, dia tidak mengamalkan diet, sebaliknya mengelak daripada makan nasi bagi mengekalkan berat badannya.

Lelaki..., bagi saya senang, cuma perlu kurangkan pengambilan nasi atau tidak makan langsung, berat badan akan kurang.

Tapi janganlah amalkan diet pemakanan sahaja, sekurang-kurangnya lakukan juga aktiviti sukan yang boleh mengeluarkan peluh," ujarnya.

Kim Hyo-jin hamil

Posted: 04 Jan 2014 04:33 AM PST

Bersama Noona Kha-dijah

AGENSI Kim Hyo-jin melaporkan yang aktres itu sedang hamil lima bulan, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan aktor Yoo Ji-tae.

Kim Hyo-jin, 29, yang bakal berlakon dalam filem arahan Lim Sang-soo, Theres No Today terpaksa menarik diri kerana kehamilannya itu.

Biarpun penggambaran hanya akan dimulakan pada Februari ini, Kim Hyo-jin tetap menarik diri kerana ingin memastikan kandungannya berada dalam keadaan sihat memandangkan ini adalah kali pertama dia hamil.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hentikan polemik sakiti umat Islam

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Putrajaya Pada 14 Oktober 2013 tentang larangan penggunaan kalimah Allah menggembirakan seluruh umat Islam di negara ini tetapi polemik demi polemik sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan perseteruan. - Gambar hiasan

POLEMIK penyalahgunaan kalimah suci 'Allah' masih lagi berterusan pada ketika ini sejak keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Oktober 2013 diumumkan. Pelbagai pihak memberi komentar positif dan negatif terhadap penghakiman tersebut dan tidak kurang juga yang mengkritik seolah-olah mereka terlibat secara langsung di dalam perbicaraan kes tersebut sama ada di peringkat Mahkamah Tinggi ataupun Mahkamah Rayuan.

Polemik ini 'diberatkan' lagi sesetengah pihak apabila Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan ke atas sebuah premis di Petaling Jaya dan dilaporkan menyita 'Bible' berbahasa Melayu baru-baru ini.

Timbul pelbagai persoalan yang dibangkitkan di kalangan awam dan perkara ini perlu dijelaskan mengikut undang-undang tanpa mengambil kira faktor politik kepartian. Seharusnya di dalam isu-isu Islam, politik kepartian diketepikan demi memartabatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan sumpah Yang di-Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai seorang peguam yang beramal di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkaitan hal ini. Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama bukan Islam mereka adalah dilarang melalui Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam. Setakat ini semua negeri di Malaysia telah pun meluluskan enakmen ini melainkan Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya enakmen-enakmen ini berakar-umbi dari Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Parlimen bagi Wilayah Persekutuan dan Dewan-Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri boleh mengadakan undang-undang bagi menghad dan mengawal pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Dalam hal yang demikian undang-undang telah dibuat termasuklah melarang penggunaan perkataan dan istilah yang berasaskan Islam dari digunakan oleh orang bukan Islam.

Perkara yang menjadi kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang ialah orang bukan Islam merujuk perkataan dan istilah tersebut seperti Allah, Kaabah, Baitullah, solat, iman dan lain-lain lagi kepada perkara yang menjadi kepercayaan mereka. Bukanlah yang dilarang itu orang Islam mengucapkan kalimah dan istilah tersebut dalam konteks yang betul iaitu mengikut jurisprudens Islam.

Berbalik kepada serbuan yang dilakukan oleh JAIS dan penyitaan Bible tersebut pelbagai pihak mempertikaikan keabsahan dan keperlembagaan serta bidangkuasa JAIS melakukan perkara tersebut. Mungkin tidak ramai yang memahami keunikan undang-undang ini. Undang-undang ini bukanlah merupakan undang-undang syariah tetapi ia undang sivil yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri. Kesalahan-kesalahan yang wujud di dalam enakmen ini pula akan didakwa dan dibicarakan di mahkamah sivil bukan mahkamah syariah.

Namun begitu dalam melakukan siasatan dan mengambil tindakan Seksyen 10 enakmen tersebut memperuntukkan hanya 'orang yang diberi kuasa' sahaja yang boleh melakukan siasatan dan tindakan. Orang yang diberi kuasa ini mestilah orang yang diwartakan sebagai orang diberi kuasa oleh Majlis Kerja Negeri. Bagi Negeri Selangor orang yang diwartakan sebagai orang yang diberi kuasa menurut Seksyen 10 tersebut antara lainnya ialah Setiausaha Majlis Agama Islam, Ketua Penguatkuasa Agama JAIS, semua pegawai hal ehwal Islam JAIS dan pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas.

Dengan pewartaan tersebut adalah amat jelas momokan bahawa JAIS tidak mempunyai bidangkuasa melakukan siasatan adalah tersasar dari realiti perundangan yang sebenar. Perkara ini dikuatkan lagi dengan laporan polis yang dibuat oleh JAIS melalui Mohd Shahzihan Ahmad iaitu Ketua Penguatkuasa Agama sebagaimana yang termaktub di dalam warta. Malah pihak polis turut mengiringi semasa siasatan dan sitaan dibuat.

Adalah salah jika kita mengatakan enakmen syariah digunakan kepada orang bukan Islam dalam hal ini. Sebenarnya segala undang-undang substantif dan prosedural yang terpakai adalah undang-undang sivil. Oleh itu Akta Keterangan 1956, Kanun Prosedur Jenayah dan enakmen tersebut hendaklah terpakai kepada mereka sama seperti perbicaraan kesalahan-kesalahan lain di mahkamah sivil. Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah tidak terpakai di dalam kes sebegini.

Larangan

Dalam hal ini tidak timbul keraguan mengenakan undang-undang Islam kepada orang bukan Islam. Malah persoalan kebebasan beragama juga tidak timbul kerana orang bukan Islam tersebut mestilah membuktikan penggunaan kalimah-kalimah tersebut adalah bahagian yang mendasar (integral part) dalam agama mereka sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya lewat tahun lepas. Pada 14 Oktober 2013 Mahkamah Rayuan telah mengenepikan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan perayu-perayu. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa menteri tidak bertindak salah di dalam mengenakan syarat-syarat penerbitan tersebut. Larangan yang dibuat oleh menteri berkaitan penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama Kristian juga diputuskan tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Kalimah Allah juga bukan merupakan suatu yang mendasar di dalam agama Kristian.

Sebenarnya dalam banyak kes mahkamah adalah konsisten menentukan perkara mendasar di dalam sesebuah agama bagi melihat sama ada hak mengamalkan agama tersebut diceroboh atau sebaliknya.

Sebagai contoh di dalam kes In the State of West Bengal v Ashutosh Lahiri AIR 1995 SC 464, Mahkamah India memutuskan bahawa penyembelihan semasa Aidiladha adalah suatu yang mendasar kepada umat Islam namun menyembelih lembu bukanlah suatu yang mendasar kerana lembu tersebut boleh diganti dengan kambing atau unta. Oleh hal yang demikian melarang orang Islam menyembelih lembu di India sempena Aidiladha tidak menafikan hak beragama orang Islam. Dalam kes Meor Atiqurrahman bin Ishak v Fatimah Sihi (2006) 4AMR 577 Mahkamah Persekutuan Malaysia pula memutuskan memakai serban bukanlah suatu yang mendasar di dalam Islam kerana ia tidak diwajibkan.

Maka perkara yang sama berlaku di dalam kes kalimah Allah ini kerana Mahkamah langsung tidak diberikan bukti bahawa kalimah Allah ini wujud di dalam kitab suci agama Kristian malah terdapat paderi Kristian sendiri yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini adalah intipati asas mahkamah mencapai keputusan bahawa kalimah Allah bukanlah perkara yang mendasar di dalam agama Kristian.

Sebagai salah seorang peguam yang mengendalikan kes ini saya sering ditanya kenapa isu penyalahgunaan kalimah Allah ini diselesaikan melalui saluran undang-undang dan tidak melalui dialog dan hujah. Jawapan saya adalah mudah, semua saluran perlu digunakan oleh ahlinya. Para peguam melalui saluran perundangan, ulama melalui dakwah, pihak berkuasa melalui kekuasaannya malah setiap orang dari kita mempunyai tanggungjawab yang sama.

Saluran undang-undang adalah saluran yang terakhir dan pemfailan kes ini di mahkamah bukanlah dimulakan oleh orang Islam tetapi pihak Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur. Saluran perbincangan memang terbuka luas malah ia telah sedang dan akan dilakukan oleh sesetengah NGO Islam melalui beberapa wadah tertentu. Namun perbincangan sebegini biasanya tidak menarik perhatian media mungkin kerana ketiadaan nilai sensasi dan berita berbanding kes-kes di mahkamah.

Kegusaran umat Islam jika kalimah Allah ini terus digunakan oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama mereka adalah berasas. Sudah pasti umat Islam tidak selesa melihat nama-nama suci ini diletakkan di tempat yang tidak sesuai. Kegusaran umat Islam yang merupakan majoriti warganegara di Malaysia mestilah diambil kira demi memelihara keamanan dan ketenteraman awam.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Pencerobohan

Awang bersyukur masyarakat Islam masih bertenang menghadapi provokasi keterlaluan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak Persatuan dan Kolej Bible Malaysia.

Tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) merampas 351 Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis persatuan itu telah meredakan kemarahan umat Islam.

Terdapat kebimbangan jika pihak berkuasa lewat bertindak tegas, segelintir pihak Islam mengambil jalan ekstrem yang boleh mencetuskan pertelingkahan agama.

Tiada mana-mana pihak wajar diberi ruang memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam isu tindakan JAIS, jabatan itu harus dibela kerana melindungi kesucian Islam.

Logik amat mudah. JAIS tidak akan bertindak jika pihak-pihak berkenaan tidak melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpandukan fatwa yang diwartakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di negeri itu.

Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes tersebut juga cukup jelas. Sudah banyak kali peringatan termasuk oleh Sultan Selangor dibuat tetapi diingkari. Kenyataan pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang menyeru gereja Katolik di negeri itu menggunakan kalimah Allah, memburukkan lagi keadaan. Umat Islam bangkit membantah.

Pada Awang, tohmahan kononnya JAIS bertindak keterlaluan, adalah cubaan untuk mengalih isu pokok yang sebenarnya tidak boleh lagi dikompromi.

JAIS juga pernah dipersalahkan selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah gereja yang cuba memurtadkan orang Islam pada Ogos 2011.

Awang angkat topi kepada JAIS kerana menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang dalam mempertahankan kesucian Islam biarpun berdepan dengan banyak cabaran. Sebarang kegagalan untuk bertindak akan memberi isyarat yang salah kepada umat Islam dan seluruh masyarakat di negara ini.

Apa yang berlaku ini, adalah satu lagi pencerobohan ke atas kedaulatan Islam yang tidak boleh diambil mudah. Pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil, yang sudah banyak kali terjadi.

Bagi pihak-pihak berkenaan yang berniat serong, inilah masa untuk menilai sejauh mana umat Islam yang telah berpecah belah atas ideologi politik memberikan respons. Jika kecil reaksi dan orang Islam mengambil sikap tidak peduli, mereka akan jauh lebih berani dan dominan selepas ini. Salah siapa jika semua itu berlaku?

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Memperkasa azam sempena tahun baharu

Posted: 04 Jan 2014 04:33 AM PST

Sudah menjadi kemestian bagi kita untuk menanam azam baharu setiap kali tahun baru tiba tetapi jangan lupa azam yang masih belum tercapai masih boleh diusahakan kerana tiada sempadan dalam melakukan perkara yang baik tambahan dalam usaha memajukan diri sendiri. - GAMBAR HIASAN

SELAMAT datang 2014, selamat berlalu 2013. Banyak suka duka dilalui sepanjang tahun lalu. Hari demi hari, minggu bertemu minggu, bulan berganti bulan, sedar atau tidak, tirai 2013 sudahpun berlabuh empat hari yang lalu.

Apa yang tinggal adalah perkara yang baik sewajarnya kita jadikan pedoman, yang buruk kita bina sempadan. Kita putar kembali hari pertama pada tahun 2013. 1 Januari 2013 jatuh pada hari Selasa. Semangat berkobar kita menanam azam. Kita merancang sebaik mungkin perjalanan sepanjang menjalani kehidupan selama 365 hari pada tahun lalu. Banyak impian dan cita-cita yang hendak dicapai.

Banyak juga harapan dan impian yang kita semai sepanjang mengharungi tahun tersebut. Ada yang berhasrat untuk memiliki kereta besar dan rumah besar. Ada yang ingin mengembalikan bentuk badan yang ramping. Ada yang menyimpan niat untuk ke tanah suci Mekah.

Bermacam-macam azam kita dengar kala menjelang tahun baru pada setiap tahun. Di saat-saat akhir sebelum 2013 berlalu, kita audit dan semak semula perkara yang sudah dilaksanakan dan yang masih belum diselesaikan.

Adakah azam 2013 yang masih belum tercapai adalah azam tahun-tahun sebelum ini?. Sekiranya sudah berjaya dan terlaksana, kita ingatkan diri kita betapa berat dan kuatnya usaha kita untuk mencapai azam tersebut. Jikalau masih belum sempurna dan terlaksana, kita semak di mana yang kurang dan silapnya.

Ada kala azam yang lama masih boleh diteruskan walaupun tahun sudah berubah angka. Ingat, tiada sempadan dalam melakukan perkara yang baik, tambahan pula dalam usaha memajukan diri sendiri.

Segelintir orang menganggap perihal azam tahun baru ini perkara lapuk dan tidak memberi impak. Namun daripada sudut pandangan positif, azam tersebut mampu memberi inspirasi dan kekuatan untuk seseorang melaksanakan sesuatu perkara.

Buat yang kuat berazam, teruskan usaha ini. Tidak menjadi satu kesalahan untuk menyimpan azam. Jangan mudah berputus asa dengan kritikan-kritikan daripada rakan mahupun teman maya. Usaha dan keluar dari kotak. Kita perlu luaskan dan anjak pemikiran kita.

Selamat menanam azam untuk tahun baru 2014 dan selamat memperkasakan azam yang setiap tahun kita impikan menjadi realiti. Semoga tahun 2014 memberi sinar cahaya dan kejayaan yang cemerlang untuk seluruh rakyat Malaysia.

EZAL EZHAM AZAMI

Alumni Universiti Sains Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sasar tingkatkan pelancong Islam

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
badrul.isa@utusan.com.my

Sebahagian daripada pelancong asing dan warga tempatan menyaksikan menerusi skrin besar Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. - Utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan meletakkan sasaran untuk meningkatkan kedatangan pelancong Islam ke negara ini, terutama bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Ong Hong Peng berkata, pada tahun lalu, negara mencatatkan kehadiran lima juta pelancong atau 23 peratus beragama Islam daripada keseluruhan 25 juta pelancong asing.

Sehubungan itu, jelasnya, dengan penganjuran TMM 2014 dan pelbagai tarikan serta produk pelancongan berteraskan Islam, jumlah tersebut mampu ditingkatkan sehingga menjangkau 30 peratus.

"Malaysia sememangnya memiliki banyak produk pelancongan Islam seperti bazar Ramadan, keunikan seni bina masjid, tilawah al-Quran dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang sekiranya dipromosi sepenuhnya pasti mampu menarik lebih ramai pelancong.

"Malah, pengiktirafan Malaysia sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam oleh perunding percutian Crescentrating dilihat mampu membantu negara untuk mencapai sasaran 30 peratus itu dalam beberapa tahun mendatang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Ketua Pengarah ITC, Zulkifly Md. Said.

Mengulas mengenai MoU antara UIAM dan ITC, Hong Peng melihatnya sebagai satu kerjasama strategik bagi meningkatkan potensi pelancongan Islam di negara ini.

"Menerusinya, UIAM dan ITC akan bekerjasama dalam penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan kepakaran terutamanya dalam bidang pelancongan dan kebudayaan.

"Kerjasama sebegini merupakan usaha yang amat dialu-alukan bagi merebut peluang menjana pendapatan negara dalam pelancongan berteraskan Islam kerana nilai pasaran global industri berkenaan bernilai kira-kira AS$130 bilion," katanya.

Kem PLKN ditutup jika abai keselamatan

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid beramah mesra dengan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam Majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 11/2014 di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 4 Jan. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menutup kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengabaikan keselamatan pelatih hingga mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid berkata, langkah seperti itu terpaksa diambil ekoran kegagalan operator tersebut mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan.

"Kita sangat tegas dalam isu keselamatan dan kem yang ada masalah akan ditutup, ini merupakan amaran kepada semua operator untuk mengutamakan keselamatan pelatih.

"Pada masa sama, kita juga tidak mahu isu keselamatan menjadi alasan kepada pihak penjaga dan ibu bapa tidak menghantar anak mereka ke PLKN," katanya selepas majlis pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan Satu Siri 11/2014 di tempat letak kereta Jalan Permodenan Presint 3 di sini hari ini.

Menurut rekod sepanjang tahun lalu, kata Ehsanuddin, hanya satu kematian pelatih PLKN direkodkan berpunca daripada pergaduhan hingga mengakibatkan kematian seorang pelatih iaitu Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Pinggiran Pelangi, Pahang.

Beliau berkata, sepanjang 10 tahun pengendalian program tersebut, kebanyakan kes kematian yang berlaku adalah kematian biasa dan hanya beberapa kes disebabkan pergaduhan.

Katanya, pihaknya juga akan sentiasa melakukan proses penambahbaikan terhadap modul program tersebut, antaranya elemen keselamatan dan penguatkuasaan supaya dilihat dinamik dan tidak statik.

Mengulas tentang peserta yang terlibat dalam kumpulan pertama itu, Ehsanuddin berkata, sebanyak 43,000 peserta daripada 150,000 jumlah keseluruhan Siri 11/2014 akan berlepas ke kem di seluruh negara selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata, pergerakan hari ini melibatkan sebanyak 14,706 pelatih dengan menggunakan 365 bas, 20 penerbangan dan sebuah feri.

"Untuk esok, sebanyak 14,879 pelatih akan bergerak menggunakan 366 bas, 19 penerbangan dan dua feri, manakala lusa 13,415 pelatih digerakkan menggunakan 332 bas, tiga penerbangan dan empat feri di seluruh negara," katanya.

Menurut Ehsanuddin, pergerakan semua pelatih tersebut akan dibantu oleh 374 anggota polis dan 545 anggota Rela bagi melancarkan proses tersebut.

Hard Rock Cafe bakal dibuka di Putrajaya

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

PUTRAJAYA 4 Jan. - Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di negara ini dengan yang terbaharu di sini.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini.

Beliau berkata, berdasarkan perbincangan, Hard Rock Cafe Putrajaya akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan pada tahun ini.

"Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas bersarapan pagi bersama Syed Yusof di sebuah restoran di sini yang turut disertai oleh para wartawan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Berani mengubah gaya

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

PADANAN gaya yang sama tetapi diberi nafas baru mewarnai fesyen lelaki.

TAHUN 2013 sudahpun melabuhkan tirainya dan selamat datang tahun 2014. Diharapkan pelbagai perkara yang baik akan berlaku terutamanya dalam memantapkan gaya dan trend terkini pada tahun ini.

Pada tahun lalu, kita dapat menyaksikan peningkatan dalam gaya yang ditampilkan oleh orang muda. Malah, beberapa komuniti dilihat giat mengetengahkan gaya masing-masing.

Paling menarik perhatian adalah gaya hijab merupakan salah satu cabang gaya yang meningkat popularitinya kerana menampilkan padanan gaya berlainan.

Setiap pengeluar berlumba-lumba menampilkan gaya hijab yang ringkas dan menawan berbanding tahun 2012. Kebanyakan pemakaian hijab agak sukar sebelumnya dan perlu mendapat tunjuk ajar melalui media cetak mahupun video.

Selain itu, tidak dilupakan juga gaya hipster yang diketengahkan oleh penggiat fesyen jalanan yang semakin hari semakin ramai peminatnya kerana corak dan rekaan yang dekat dengan hati remaja.

Ditambah pula dengan acara-acara jualan dan persembahan jalanan yang mempromosikan pakaian jenis ini dalam kalangan belia yang mana ia menambahkan lagi populariti gaya tersebut.

Tidak dilupakan juga, gaya muslimah iaitu penampilan wanita moden bertudung dalam mengenakan pelbagai dress atau gaun labuh tetapi masih mengekalkan imej muslimah.

Jika dahulu, tidak banyak gaya sebegini ditampilkan, namun dengan peredaran masa serta penghijrahan selebriti, blogger, pelakon dan penyanyi, ia menambahkan lagi kerancakan fesyen sebegini.

Bagi lelaki pula, tidak banyak yang boleh ditampilkan pada tahun ini, cuma padanan gaya yang sama tetapi diberi nafas baru oleh pencinta fesyen tanah air.

Paling meletup adalah gaya rambut yang menggunakan pomade yang memberikan imej 60s kepada si pemakai, ditambah pula kekemasan gaya tersebut membuatkan ia menjadi ikutan.

Diharapkan pada tahun 2014 ini, trend fesyen anak muda akan berkembang dengan lebih pesat dan penglibatan mereka dalam dunia perniagaan dalam talian (online) menyokong pertumbuhan itu.

Selamat maju jaya dan berani untuk mengubah gaya kamu tetapi ingat, jangan jadi mangsa fesyen ya. - AMIRUL

10 tip cantik wanita Korea

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

PENGGUNAAN topeng untuk membersih dan menyegarkan wajah dilakukan sekali seminggu dalam kalangan wanita Korea.

KEGILAAN peminat drama bersiri Korea membuatkan golongan selebriti di negara itu menjadi ikutan anak muda kita.

Apa sahaja yang dilakukan mereka pasti menarik perhatian untuk cuba dipraktikkan termasuklah dalam aspek kecantikan.

Apatah lagi kebanyakan wanita Korea dilihat memiliki kulit yang sempurna dan licin. Sememangnya mereka sanggup menghabiskan banyak masa dan wang untuk penjagaan kulit, malah seorang pelakon Korea, Go Hyun Jung turut menerbitkan buku tentang rahsia kecantikannya yang bertajuk Go Hyun Jung Texture.

Walaupun wanita di negara tersebut terkenal dengan kesanggupan mereka melakukan pembedahan plastik untuk cantik, namun ada juga yang menolak kaedah itu. Mereka sebaliknya mengamalkan tip-tip kecantikan yang mudah diamalkan setiap hari.

1. Banyak minum air

Banyak minum air membantu mendapatkan kulit yang bersinar. Mulakan hari kamu dengan meminum segelas air kosong. Untuk menyegarkan wajah, percikkan air sejuk pada muka selama beberapa minit.

2. Mencuci

Pelakon, Bae Suzy pernah mempromosikan teknik '424' yang mana kamu perlu membersihkan muka dengan minyak (kelapa, badam atau apa-apa minyak pembersihan) selama empat minit, diikuti dengan pembersih berbuih selama dua minit dan seterusnya bilas muka kamu selama empat minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang terbuka.

3. Menyegar

Wanita Korea lebih suka memanfaatkan penyegar dengan menyapunya menggunakan hujung jari untuk penyerapan yang lebih baik.

4. Melembap

Letak pelembap di telapak tangan dan gosok kedua-duanya. Kemudian sapukan pelembap itu ke seluruh muka dengan cara sapuan 'T'.

5. Topeng muka

Topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan-bahan yang telah dicuba sejak keturunan nenek moyang mereka. Topeng pembersihan dan topeng penyegaran digunakan sekali seminggu bagi mengurangkan bengkak pada muka. Di samping itu, penggunaan topeng yang terdiri daripada serbuk kepompong ulat sutera dipanggil 'baekgangjam' membantu memutihkan kulit.

6. Penjagaan leher

Pelakon Go Hyun Jung memakai krim pada leher dari rahang sehingga ke paras bahu seperti yang dinyatakan olehnya dalam buku Go Hyun Jung Texture bagi menjadikannya lebih efektif.

7. Tidur mencukupi

Kebanyakan wanita Korea mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari. Ini kerana masa tidur penting untuk kulit yang lebih sihat.

8. Produk penjagaan kulit

Jenama Asia semakin popular pada hari ini di seluruh dunia kerana ciri-ciri yang baik dan keberkesanannya. Sesetengah wanita di Korea menggunakan antara 10 hingga 20 produk setiap hari untuk penjagaan kulit.

9. Senaman regangan muka

Ia adalah amalan biasa dalam kalangan pelakon Korea yang mana mereka akan mengulangi menyebut perkataan 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot bibir dan pipi. Selain itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan.

10. Solekan yang tidak ketara

Solekan pada mata hanya diminimumkan dengan corak warna yang lembut. Gunakan pensel pengalit mata dan maskara untuk tampak lebih anggun, selain pemerah pipi berwarna merah jambu dan warna asli untuk bibir.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved