Sabtu, 4 Januari 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu lori maut

Posted: 03 Jan 2014 08:53 PM PST

PAGOH 4 Jan.- Seorang pemandu maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 139, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, kira-kira pukul 7 pagi ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Sudirman, 27, berasal dari Sabah dipercayai terlelap semasa memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sebelum lorinya hilang kawalan dan masuk parit, kemudian terbalik.

Sudirman tercampak keluar serta kepalanya dihempap bahagian lori berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sementara kalendannya mengalami kecederaan tetapi selamat. - UTUSAN

Lelaki lumpuh rentung

Posted: 03 Jan 2014 08:20 PM PST

Melaka 4 Jan.- Seorang lelaki yang lumpuh seluruh anggota badan akibat penyakit angin ahmar rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Jalan Temenggong, Bandar Kaaba di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, C. Sivalingam, 43, maut di tempat kejadian setelah rentung seluruh badan akibat tidak mampu bergerak untuk menyelamatkan diri. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved