Jumaat, 9 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bola anak angkat korporat

Posted:

Bola anak angkat korporat

Bola anak angkat korporat

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD,
FERZALFIE FAUZI dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
sukan@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan replika cek RM2,000 kepada kapten skuad Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar pada majlis penyerahan SHAKAM Sukan SEA XXVI di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. Skuad bola sepak mempertahankan pingat emas pada temasya tersebut.


KUALA LUMPUR - Pembabitan lebih besar sektor swasta yang mengambil sesebuah pasukan sebagai anak angkat mereka, bakal disarankan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam membaharui perjalanan liga bola sepak negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, idea pasukan anak angkat korporat mirip yang diamalkan di Myanmar sekarang, turut mampu menterjemahkan pasaran bola sepak tempatan sekarang menjadi industri yang lebih besar sehingga mencakupi rantau Asia Tenggara.

"Banyak negara ASEAN sudah melakukan transformasi besar liga mereka dan saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa sektor swasta yang menggerakkan liga Myanmar dengan setiap badan korporat diwajibkan untuk mengambil sesebuah kelab itu macam anak angkat mereka.

"Kita dengan Myanmar pun, selalu kita ingat dia pasukan belasahan sahaja tetapi dia berjaya membelasah Vietnam (untuk menang gangsa di Jakarta, baru-baru ini)," katanya selepas majlis penyerahan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Sukan SEA XXVI Indonesia di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terdahulu dalam majlis itu yang menyarankan pembaharuan liga profesional negara supaya mutu bola sepak tempatan turut dapat ditingkatkan dan menjamin kesinambungan kejayaan pasukan Malaysia di pentas antarabangsa.

Jelas Ahmad Shabery, sebuah pasukan Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan mula menggunakan konsep anak angkat itu apabila dijanjikan sokongan kewangan yang besar daripada syarikat Airod Sdn. Bhd.

Kata Ahmad Shabery, sekiranya saranan pasukan anak angkat sektor swasta itu dapat diputuskan, ada kemungkinan sebuah Liga Juara-Juara Asia Tenggara seperti mana Liga Juara-Juara Eropah UEFA dapat diwujudkan sebagai menampung industri bola sepak serantau yang kian berkembang luas itu.

"Liga Juara-Juara Asia sudah ada tetapi di Asia Tenggara, belum lagi. Jika ini berlaku, ia akan memberi satu dimensi baru pada bola sepak kita. Ia perlu dilihat secara menyeluruh kerana di Indonesia pun, bayaran pemain profesionalnya begitu besar," katanya.

"Saya akan cuba bincang dengan MSN dan FAM dengan menghadap Tuanku Sultan Ahmad Shah, Presiden FAM, tidak lama lagi untuk membincangkan beberapa pendekatan kerajaan jika boleh kita menolong (membaharui) Liga Malaysia," katanya.

Malah, beliau sanggup mengetengahkan idea bagaimana untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai pasaran atau industri besar bola sepak dalam mesyuarat dengan menteri-menteri sukan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jogjakarta, minggu depan.

Justeru, Ahmad Shabery menambah, cita-citanya dalam tempoh terdekat ini ialah melihat ramai pemain bola sepak tempatan yang mampu bergelar jutawan sebelum usianya mencapai 40 tahun seperti mana pemain badminton mahupun skuasy nombor satu dunia dari Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

KOM cadang ‘putus’ hubungan dengan MSN

Posted:

KOM cadang 'putus' hubungan dengan MSN

KOM cadang 'putus' hubungan dengan MSN

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bercadang menarik diri daripada bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan mahu menjalin hubungan lebih rapat bersama Institut Sukan Negara (ISN).

Itu kenyataan akhbar yang dihantar KOM menerusi emel Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim selepas kemelut antara badan induk olahraga negara itu dengan MSN semakin tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Karim berkata, cadangan tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis KOM dalam masa terdekat sekali gus bakal menjadi persatuan pertama yang berbuat demikian.

"Banyak pendekatan telah dibuat secara tidak langsung melalui Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi malangnya semua usaha-usaha itu sia-sia.

"KOM juga menimbang dengan serius kepada usaha sama dengan agensi kerajaan sesuai seperti ISN bagi memastikan pelaksanaan pembangunan berterusan tanpa halangan yang tidak wajar," kata Karim.

Kemelut antara KOM dan MSN telah lama berpanjangan malah tempiasnya juga turut dirasai oleh atlet olahraga.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Jangan boikot sidang SUPP

Posted:

Jangan boikot sidang SUPP

Jangan boikot sidang SUPP

Oleh SOPI SAMAILE
utusansarawak@utusan.com.my


GEORGE Chan Hong Nam (kiri) berjabat tangan dengan Peter Chin Fah Kui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 9 Dis. – Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berharap kumpulan Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Wong Soon Koh menghadiri Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) esok dan tidak bertindak memboikotnya.

Beliau berkata, ini kerana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang berlangsung hari ini mengesahkan TDC akan diteruskan selain memutuskan proses pemilihan di peringkat cawangan sebelum ini adalah betul dan mengikut peraturan.

Menurutnya, meskipun kehadiran anggota CWC pada mesyuarat hari ini hanya 68 daripada 126 orang, ia berjalan lancar dan mencukupi syarat bagi memutuskan perkara tersebut.

"Mengenai dakwaan sebelum ini (wujud penyelewengan dan kejanggalan dalam proses pemilihan beberapa cawangan), CWC telah menerima aduan itu dan kita telah memutuskan ia mengikut peraturan dan TDC tetap diteruskan.

"Tindakan boikot dan ugutan letak jawatan oleh kumpulan Soon Koh pula, kita tidak bincangkan dalam mesyuarat hari ini.

"Tetapi apa boleh buat, ini negara bebas dan demokrasi dan ia terpulang kepada mereka," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat CWC, di Ibu Pejabat SUPP, di sini hari ini.

Semalam, kumpulan Soon Koh yang merupakan calon jawatan Presiden mengumumkan akan memboikot TDC parti tersebut yang akan dirasmikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Soon Koh yang merupakan Menteri Kewangan Kedua negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan akan ditentang oleh seorang lagi calon Presiden iaitu Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang merupakan Ahli Parlimen Miri merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Persaingan merebut jawatan Presiden berlaku apabila George Chan tidak mempertahankan jawatan berkenaan selepas tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau pada pilihan raya negeri baru-baru ini.

Sementara itu, Fah Kui pada sidang akhbar yang sama berkata beliau amat sedih dengan tindakan kumpulan Soon Koh yang memboikot TDC sekali gus menjauhkan diri daripada acara penting parti.

Full content generated by Get Full RSS.

DAP tidak percaya calon Pas

Posted:

DAP tidak percaya calon Pas

DAP tidak percaya calon Pas

PASIR MAS 9 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendakwa hasrat DAP untuk meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum akan datang membuktikan parti itu tidak percaya dengan kredibiliti calon Pas.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perkara tersebut menunjukkan DAP tidak yakin dengan Pas dan menolak dasar perjuangan parti itu walaupun mereka merupakan rakan kerjasama utama di pihak pembangkang.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, pada masa sama, bantahan daripada Pas Selangor terhadap cadangan DAP itu menyerlahkan peribadi pemimpin-pemimpin Pas yang hanya akan melenting jika perkara itu membabitkan soal politik.

Katanya, sebaliknya, jika pemimpin-pemimpin DAP menghina agama Islam atau orang Melayu pemimpin-pemimpin Pas akan memilih untuk berdiam diri.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Pas Selangor sepatutnya menerima cadangan DAP itu memandangkan 'jalinan mesra' yang wujud antara kedua-dua parti, termasuklah dalam aktiviti yang dijalankan khas untuk orang Islam.

"Sepatutnya mereka menerima calon DAP Melayu, sebab baru-baru ini Pas Selangor menjemput wakil rakyat DAP bukan Islam iaitu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menjalankan kerja-kerja mengagih daging korban.

"Maka, apa salahnya jika mereka meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai 100 Pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Mas, di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua maut nahas kereta, lori

Posted:

Dua maut nahas kereta, lori

Dua maut nahas kereta, lori

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


KERETA yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan dua remaja setelah bertembung dengan sebuah lori ayam di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, semalam.


RANTAU PANJANG 9 Dis. – Seorang wanita tidak menyangka kemalangan maut disaksikan di Kilometer 10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu ketika dalam perjalanan bersama suami untuk ke rumah ibu saudaranya di sini, melibatkan adiknya yang merupakan antara dua mangsa yang terkorban.

Bagaimanapun, Rosneeda Che Kamaruddin, 23, dari Batu Gajah, Tanah Merah, berkata, dia tidak berhenti melihat kemalangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Rosneeda berkata, adiknya, Lukmannulhakim , 21, keluar terlebih dahulu dari rumah mereka di Kampung Cherang Lali, bersama dua rakannya dengan menaiki kereta lain dan menuju ke rumah ibu saudara mereka bagi menghadiri majlis kenduri.

"Saya dan suami keluar kemudian. Namun perjalanan kami tersekat apabila jalan di Kilometer 10 sesak akibat kemalangan.

"Kami lalu meneruskan perjalanan dan tidak berhenti menjenguk tanpa menyedari mangsa kemalangan adalah adik saya sendiri.

"Saya masih terkejut dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon adik saya sendiri yang mungkin dihantar polis," katanya ketika di Unit Forensik Hospital Pasir Mas di sini hari ini.

Dalam kemalangan itu, Lukmannulhakim dan rakannya, Mohamad Aiezat Sharifuddin, 21, maut manakala pemandu kereta Proton Iswara yang mereka naiki, Sazali Muhamad, 21, cedera parah dan dirawat di Hospital Pasir Mas.

Mohamad Aiezat berasal dari Kampung Jerangau, Tanah Merah, manakala Sazali berasal dari Kampung Gual Petai Lima.

Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu gagal dikawal ketika melalui sebuah selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan.

Katanya, kereta itu lalu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ayam mengakibatkan kesemua mangsa terhumban ke gaung sedalam tiga meter.

Bapa Sazali, Muhamad Derasa, 54, berkata, keadaan anaknya masih parah akibat kecederaan di kepala dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Makheter Yaakcob ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

Posted:

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

Lagi wanita jadi mangsa cinta siber

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Walaupun pelbagai laporan mengenai cinta Internet didedahkan akhbar, namun masih ada yang terus menjadi mangsa khususnya kalangan wanita yang 'kesunyian' dan menjadikan beberapa laman web untuk bersembang serta mencari jodoh.

Terbaru, seorang ahli perniagaan wanita tempatan kerugian RM1.02 juta selepas terpedaya dengan janji dan kata-kata manis teman lelaki yang dikenalinya menerusi Internet dipercayai warga Afrika.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, mangsa yang berasal dari Johor Bahru dan dikenali sebagai Madam Lim, berusia 47 tahun, berkenalan dengan teman lelakinya, Kevin Axcel Brown, berasal dari Kanada dalam laman web, Match.com, September lalu.

Katanya, Kevin mendakwa bekerja di Terengganu sebagai jurutera dan memiliki sebuah syarikat yang dilantik sebagai subkontrak syarikat konglomerat tempatan, Petronas.

"Dalam tempoh itu, kedua-dua mereka sering berhubung melalui telefon. Kevin turut mengupah seorang wanita untuk menyamar sebagai ibunya bagi meyakinkan Madam Lim yang telah bercerai dan mempunyai dua anak bahawa dia seorang yang baik dan bertanggungjawab.

"Perbualan dengan 'ibu' Kevin meyakinkan Madam Lim bahawa dia seorang yang baik dan serius dalam perhubungan mereka," katanya ketika ditemui di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Tambah Michael, Kevin kemudian meminta mangsa meminjamkannya wang tunai RM1 juta selepas dia menerima kontrak baru selain menampung masalah kos-kos pengurusan syarikatnya.

Difahamkan, Kevin turut menggunakan kepala surat Petronas Gas Bhd. bagi meyakinkan Madam Lim mengenai masalah yang dihadapi.

Katanya, akibat percaya dengan pujuk rayu dan janji manis Kevin yang akan membayar semula wang itu, Madam Lim telah memasukkan wang tunai RM1 juta seperti yang diminta ke tiga bank tempatan iaitu Maybank, RHB dan AmBank.

Jelas beliau, Kevin kemudian memaklumkan kepada Madam Lim bahawa pihak syarikat telah menawarkannya untuk mengendalikan satu projek di Nigeria.

"Sebaik sahaja berada di Nigeria, suspek telah menghubungi Madam Lim dan menyatakan hasrat datang ke Malaysia bagi membayar wang yang dipinjamnya daripada mangsa.

"Namun, mangsa perlu memasukkan wang tunai RM21,000 melalui kiriman wang Western Union dan mengarahkan Madam Lim menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

"Madam Lim sekali lagi memasukkan wang itu. Namun mangsa kecewa apabila Kevin tidak muncul di KLIA dan selepas beberapa jam menunggu, mangsa membuat laporan polis," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Risda tubuh anak syarikat

Posted:

Risda tubuh anak syarikat

Risda tubuh anak syarikat

Oleh Ali Mahmood
utusanktn@gmail.com


Rahim Tamby Chik (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan, Zamri Yaakob pada majlis Perhimpunan Pengerusi RISDA Bersama NGO Negeri Pahang di Dewan Tun Razak, semalam.


TEMERLOH 9 Dis. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menubuhkan sebuah anak syarikat baru iaitu RISDA Kayu untuk membeli kayu pokok getah pekebun kecil yang terlibat dengan program tanaman semula di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, langkah itu bertujuan melindungi pekebun kecil getah daripada dieksploitasi oleh pihak ketiga yang membeli kayu pokok tersebut pada harga terlalu murah dan tidak munasabah.

Menurutnya, dengan adanya syarikat itu nanti, Risda akan menceburi bidang pembuatan perabot dan perkayuan untuk menambah pendapatan pekebun kecil terbabit.

''Sekarang ini terdapat orang tengah membeli kayu pokok itu pada harga RM500 sehektar, sedangkan harga semasa yang ditawarkan adalah RM16,000 bagi keluasan sama.

''Malah, di selatan Thailand, pokok kayu berkenaan dibeli pada harga RM26,000 sehektar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Pengerusi Risda Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang di Dewan Tun Razak di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada persatuan dan koperasi pekebun kecil dan badan NGO dari seluruh negeri itu.

Rahim berkata, syarikat yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM5 juta akan membeli kayu pokok itu daripada pekebun kecil pada harga lebih baik.

Jelasnya, kayu pokok getah yang turut dikategorikan sebagai 'kayu putih' mempunyai kualiti dan nilai tinggi untuk menghasilkan perabot kini semakin popular di seluruh dunia.

Jelasnya, syarikat itu mengadakan rundingan bersama Felda serta Tabung Haji untuk membeli kayu pokok getah dan batang pokok kelapa sawit daripada kedua-dua agensi tersebut.

''Batang kelapa sawit juga boleh diproses menjadi baja dan menghasilkan chipboard untuk membuat perabut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan pantau ternakan burung walet

Posted:

Kerajaan pantau ternakan burung walet

Kerajaan pantau ternakan burung walet

KUANTAN 9 Dis. - Kerajaan negeri sentiasa memantau aktiviti penternakan walet di seluruh daerah negeri itu dengan melakukan pemeriksaan bagi memastikan pengusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, pemeriksaan bersama antara jabatan yang terlibat akan dilakukan bagi memastikan pengusaha mematuhi garis panduan tersebut.

"Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) masih menunggu keputusan kerajaan negeri untuk pematuhan syarat dan garis panduan lesen walet.

"Bagaimanapun, Jabatan Veterinar kini giat mendaftar premis yang menjalankan aktiviti penternakan walit kerana ia merupakan prosedur biasa sekiranya melibatkan sebarang aktiviti berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Syed Hamid Syed Mohamed (Pas-Kuala Semantan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Khai Mun memberitahu, bagi tujuan pelesenan, jabatan akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis walet yang memohon melalui PBT dan seterusnya mengeluarkan surat sokongan sekiranya premis berkenaan mematuhi Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) walet.

"Setiap permohonan lesen perusahaan sarang itu diwajib melampirkan Sijil Kursus Perusahaan Sarang Burung Walet yang dianjurkan oleh Jabatan Veterinar.

"Semua permohonan lesen yang diterima oleh PBT akan dibawa kepada Jabatan Veterinar untuk mendapatkan ulasan teknikal," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM42 juta naik taraf saluran paip

Posted:

RM42 juta naik taraf saluran paip

RM42 juta naik taraf saluran paip

KUANTAN 9 Dis. - Sebanyak RM42.25 juta diperuntukan bagi kerja-kerja menaik taraf saluran paip di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, peruntukan itu bagi kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di negeri ini yang keseluruhannya berjumlah RM220 juta.

"Peruntukan di DUN Jengka akan digunakan bagi kerja pembinaan loji di Ulu Jempol, Jengka 8, Jengka 3 hingga 7 dan Sungai Tekam Utara membabitkan kos sebanyak RM33.84 juta.

"Manakala, pembinaan laluan paip di zon Jengka 3 hingga 7, Loji Jengka 8 ke Kota Gelanggi 1 hingga 3, tangki Kota Gelanggi 1 hingga 3, Kota Gelanggi 2 hingga 4 dan Jengka 8 pula melibatkan kos sebanyak RM5.67 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Salman Wan Ismail (BN-Jengka) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Bagi pembinaan booster pump dan suction tank di Jengka 10 pula, katanya, ia melibatkan kos sebanyak RM0.44 juta dan supply HDPE adalah RM2.3 juta.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bahrain tubuh inkuiri siasatan

Posted:

Bahrain tubuh inkuiri siasatan

Bahrain tubuh inkuiri siasatan

DUBAI 9 Dis. - Bahrain mengarahkan pendakwa raya awam untuk menyiasat semua kes kematian dan penderaan melibatkan penunjuk perasaan yang membabitkan polis sebagai sebahagian daripada usaha perdamaian politik selepas tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan awal tahun ini.

Menurut agensi berita kerajaan, BNA semalam, langkah itu diambil selepas cadangan suruhanjaya penyiasatan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat pergolakan di negara Teluk itu.

Beribu-ribu rakyat Bahrain berhimpun di jalan-jalan raya pada Februari dan Mac lalu untuk menuntut ditamatkan kerajaan pimpinan keluarga Khalifa selepas dirangsang oleh revolusi di Tunisia.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashed bin Abdullah al-Khalifa mengeluarkan arahan itu membabitkan kes berkaitan kematian, penderaan dan tindakan kejam oleh polis terhadap penunjuk perasaan untuk dirujuk kepada Pendakwa Raya Awam." lapor BNA.

Sheikh Rashed turut mengarahkan supaya kamera-kamera dipasang bagi 'memastikan semua soal siasat ke atas tahanan oleh pegawai dirakam'.

Panel inkuiri mengakui terdapat lima orang telah diseksa hingga mati tetapi menyatakan tidak ada polisi rasmi mengenai penganiayaan penunjuk perasaan.

Sheikh Rashed sebelum ini menandatangani satu perjanjian dengan Jawatankuasa Antarabangsa bagi Bulan Sabit Merah untuk membangunkan dasar lebih bertanggungjawab dan mewujudkan keseimbangan antara keselamatan dan komitmen kepada hak kemanusiaan.

Menurut memorendum itu, Kementerian Dalam Negeri akan membenarkan jawatankuasa itu melawat banduan dan pusat tahanan. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Iran dakwa tembak jatuh pesawat drone Amerika

Posted:

Iran dakwa tembak jatuh pesawat drone Amerika

Iran dakwa tembak jatuh pesawat drone Amerika


Gambar merakamkan seorang anggota Pengawal Revolusi Iran menunjuk ke arah pesawat drone RQ-170 milik AS ketika bercakap dengan Komander Pengawal Revolusi Iran, Amirali Hajizadeh (kanan) di lokasi yang tidak dikenal pasti di Iran. - REUTERS


TEHERAN 9 Dis. - Televisyen milik kerajaan Iran semalam menyiarkan video yang mereka dakwa sebagai pesawat drone (tanpa juruterbang) milik Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh awal minggu ini.

Rakaman video lebih dua minit itu menunjukkan pegawai tentera Iran memeriksa pesawat yang dikenal pasti sebagai drone RQ-170 Sentinel milik AS.

Pesawat berwarna krim tersebut kelihatan berada alam keadaan baik dan tidak rosak.

Ketua Jabatan Aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Ami Ali Hajizadeh berkata, tentera Iran menembak jatuh pesawat itu menggunakan serangan hendap elektronik yang mengakibatkan kerosakan minimum.

"Ia ditembak jatuh ketika misi bersama antara Pengawal Revolusi Iran dan pasukan tentera biasa Iran," katanya kepada televisyen itu.

Stesen radio Iran, sebelum ini melaporkan, pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara bandar Kashmar, kira-kira 225 kilometer dari sempadan Afghanistan.

Teheran menggunakan rakaman itu sebagai bahan propaganda dengan banner yang kelihatan dalam rakaman video tertulis 'AS tidak boleh melakukan sesuatu yang buruk kepada Iran', kenyataan yang dipetik daripada bekas pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Rouhollah Khomeini.

Beberapa pakar barat mempersoalkan rakaman video itu. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kesinambungan cabaran Seri Paduka

Posted:

Kesinambungan cabaran Seri Paduka

Kesinambungan cabaran Seri Paduka

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah pada Majlis Santapan Malam Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah (dua, kanan). Turut sama Najib Tun Abdul Razak (kiri) dan i Rosmah Mansor (kanan). - bernama


KEDUDUKAN Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 Malaysia nyata telah dibebani dengan banyak cabaran.

Ditabalkan pada 13 Disember 2006, Seri Paduka menjadi Ketua Negara paling muda dibebani pergolakan politik dalam negara yang dilihat semakin membawa perpecahan orang Melayu dan umat Islam.

Walaupun pergolakan turut ditanggung baginda Sultan-Sultan di peringkat negeri-negeri yang berdepan dengan kebiadapan sesetengah pihak semata-mata demi menguasai bumi Malaysia, beban berat turut ditanggung Tuanku Mizan di peringkat persekutuan.

Sungguhpun golongan yang biadap berpolitik semakin menghampiri tahap durhaka di Perak dan Selangor serta mengundang kemurkaan Sultan di negeri-negeri lain, Yang di-Pertuan Agong ke-13 pula terpaksa berdepan dengan agenda lebih besar pihak tertentu yang mahu mencabar keluhuran Perlembagaan Negara.

Ini terutamanya berkaitan kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga kepada bahasa kebangsaan.

Melalui titah akhir Seri Paduka pada 6 Disember lalu, Tuanku Mizan bertitah mengharapkan Parlimen mampu mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutama asas-asas utama tersebut di samping kewajipan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mendahulukan dan menjadi suara rakyat jelata.

Bagi pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, tugas utama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai pendamai dan pengaman dalam meredakan situasi yang tegang.

"Rakyat melihat kepada baginda Sultan-Sultan terutama sekali kepada Seri Paduka sebagai pengaman, lebih-lebih lagi sejak Pilihan Raya Umum 2008.

"Cabaran utama Tuanku Mizan melibatkan cubaan pihak tertentu mempersoalkan ketetapan Perlembagaan di samping ada yang mula berani membuat kenyataan tentang institusi Raja-Raja," katanya.

Beliau turut membangkitkan cabaran lain yang melibatkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), cubaan menghasut rakyat tidak percaya kepada polis dan tindakan biadab ketika krisis di Perak sebelum ini turut terpalit kepada kedudukan Seri Paduka ke-13.

Namun, beliau menganggap Tuanku Mizan sebagai seorang pemerhati yang bijak dengan menyampaikan nasihat serta peringatan kepada parti politik, kerajaan dan rakyat tanpa mencampuri urusan pentadbiran harian.

"Seri Paduka telah beberapa kali menyampaikan titah nasihat tentang mengelakkan sikap ekstremis (pelampau), menjaga kedudukan Islam dan mengambil pendekatan sederhana.

"Melalui titah di Majlis Santapan Menjunjung Kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka beberapa hari lalu, dapat dilihat sehingga ke akhir pemerintahan, Tuanku Mizan tetap cuba menjadi pendamai," ujarnya.

Ramlah menegaskan, Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai kuasa besar dalam Perlembagaan Negara dan mempunyai cukup kuasa untuk menangani sebarang ancaman termasuk seperti peritiwa seumpama tragedi 31 Mei 1969.

"Kedudukan Seri Paduka tidak tercabar dan jika perlu mampu mengawal keadaan dalam negara bersama semua pihak berkuasa sedia ada.

"Sultan-Sultan dan Yang di-Pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik serta bersikap neutral, dan ini nyata dalam kedudukan Tuanku Mizan yang tenang dan berhemah ketika bertutur, menjadi contoh yang baik kepada semua," jelasnya.

Beliau juga berharap teguran berulang kali Tuanku Mizan dan Sultan-Sultan tentang menjaga perpaduan, keharmonian, keselamatan negara, hubungan antara kaum, adab sopan dan tata susila diterima dan dipatuhi semua pihak.

Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula berpendapat kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan tidak akan menghadapi masalah selagi tiada ahli politik yang 'nakal'.

"Dari semasa ke semasa, Seri Paduka akan dikehendaki membuat keputusan bila timbul masalah yang tidak boleh dikendalikan rakyat.

"Yang di-Pertuan Agong dan Sultan merupakan suatu institusi positif untuk negara kita yang kompleks ini kerana Seri Paduka serta Tuanku Sultan sahaja tidak terlibat dengan politik negara dan tidak berat sebelah," tegasnya.

Tambahnya, di zaman moden yang mementingkan undang-undang kini, sistem demokrasi berparlimen memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan semuanya dan ahli politik mahupun Ahli Parlimen perlu patuh kepada rakyat.

"Kita tidak tahu siapa akan menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) atau jika ada pihak yang mahu atau akan cuba pinda Perlembagaan Negara.

"Kandungan Perlembagaan Negara sedia ada sudah cukup baik dan terjaga untuk semua. Rakyatlah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam menjamin keluhuran Perlembagaan," katanya.

Kay Kim menegaskan, setakat ini belum ada cabaran politik yang terlalu meruncing ke atas kedudukan Yang di-Pertuan Agong tetapi bukan mudah untuk Seri Paduka mahupun Tuanku Sultan-Sultan untuk campur tangan dalam urusan harian negara.

"Namun, sudah menjadi tanggungjawab Seri Paduka untuk cuba menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bersikap berat sebelah," jelasnya.

Tuanku Mizan bakal menyerahkan tanggungjawab menyambung perjuangan kepada Timbalan Seri Paduka, Sultan Kedah pada 13 Disember ini selaku Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Kedudukan Tuanku Abdul Halim sebagai Seri Paduka ke-14 mungkin berhadapan dengan cabaran paling getir dalam sejarah negara selepas selesainya PRU-13 kelak.

Dengan persaingan sengit antara dua pihak politik, pengalaman Tuanku Abdul Halim selaku pendamai setelah dua kali ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong mungkin menjadi titik penentu kepada penyatuan rakyat dan kelangsungan Malaysia sebagai negara berdaulat kelak.

Semoga segala usaha dan beban yang terpaksa dipikul Tuanku Mizan dan Tuanku Abdul Halim membawa negara ke arah masa depan yang lebih baik demi agama, bangsa dan negara untuk generasi pelapis kelak. Daulat Tuanku.

Full content generated by Get Full RSS.

DAP tidak mengharap calon Pas, PKR di kerusi majoriti Melayu!

Posted:

DAP tidak mengharap calon Pas, PKR di kerusi majoriti Melayu!

DAP tidak mengharap calon Pas, PKR di kerusi majoriti Melayu!

Oleh Azman Anuar

PAS Selangor awal-awal lagi berkata tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tapi kata-kata itu daripada mulut Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad. Keputusan Ahli Parlimen Shah Alam itu bukan muktamad. Ada yang lebih tinggi daripadanya untuk membuat keputusan.

Jadi tunggulah menjelang pilihan raya nanti, mungkin keputusan Pas itu akan berubah.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Jadi biarlah DAP dengan hasratnya untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu.

Motif DAP mahu meletakkan calon Melayu itu boleh dibaca. DAP mengharapkan sokongan pengundi Cina akan kekal dan undi kaum Melayu bertambah, yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Dalam peruntukan kerusi ini, DAP mungkin tidak mengharapkan kerusi Pas tetapi meminta pengorbanan beberapa kerusi sekutunya, PKR bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding PRU 13.

Desas-desus mengenai strategi DAP untuk meletakkan Melayu sebagai calon parti dalam PRU 13 kelak telah menjadi kenyataan!

Bukan tidak pernah DAP mengemukakan calon Melayunya. Pada PRU 12, DAP letak 13 calon Melayu bertanding di Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya umum 2008 juga DAP letak calon Melayu sebagai calonnya di Parlimen Raub (54 peratus pengundi Melayu), di Parlimen Tanjung Piai dan DUN Pekan Nenas Johor (juga kawasan majoriti Melayu).

DAP bangkitkan isu ini lagi setelah mengambil kira faktor pengaruh PKR dan Pas yang sedang merudum terutama sokongan pengundi Melayu. Sebab itu DAP melihat kedua-dua parti itu tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka perolehi sekarang.

DAP 'perasan' berdasarkan sokongan diterima dalam pilihan raya di Sarawak, trend menunjukkan pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR. DAP juga tidak lagi mengharapkan Pas untuk meraih sokongan Melayu dan memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

Sebab itulah DAP mahu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon Melayu. Kalau DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada PRU 13, maka ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis.

Persoalannya, DAP tetap berdegil mahu letak calon Melayunya, apa Pas dan PKR hendak kata?

Beranikah Pas bertindak keluar daripada pakatan pembangkang? Beranikah PKR berkokok membantah permintaan DAP?

Bagi kerusi atau tidak, DAP mungkin 'main langgar' tanpa peduli sama ada langkah itu memberi jaminan kemenangan kepada pakatan.

DAP mungkin sanggup lupakan sekutunya kerana mahu menakluk kawasan sebanyak yang mungkin tanpa terlalu bergantung pada sokongan Pas dan PKR.

Sebenarnya kemenangan besar dalam PRU 12 dahulu tidak pun dijangkakan oleh PKR, DAP dan Pas. Pakatan atau kerjasama hanya dibentuk semata-mata untuk menafikan Barisan Nasional terus berkuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Jelas sekarang, tindakan DAP itu dibuat kerana beberapa negeri memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Peristiwa pelantikan Menteri Besar Perak selepas PRU 12 menjadi iktibar kepada DAP untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada PRU13.

Hakikatnya DAP tidak mungkin akan membela nasib kaum Melayu. Sepanjang tempoh pakatan berkuasa di negeri yang mereka menangi, nasib bumiputera dan agama Islam tergugat.

DAP mempunyai agenda tersembunyi. Kerjasama DAP dalam pakatan lebih kepada usaha memperkudakan orang Melayu untuk tujuan politiknya. Hinggakan Pas 'takut' hendak memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang.

Apa pun, sikap biadap dan kurang ajar beberapa pemimpin DAP mengingatkan kita pada tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Mereka yang pernah menempuh zaman 'perintah berkurung' itu tidak akan lupa tentang niat dan tekad DAP yang diluahkan pada ketika itu - "menghalau Melayu dari buminya sendiri."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Suzana pencinta haiwan

Posted:

Suzana pencinta haiwan

Suzana pencinta haiwan

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar RASHID MAHFOF
Tajaan Lokasi ZOO NEGARA


SUZANA sememangnya sukakan haiwan sejak dari kecil lagi.


BAGI pengacara radio THR Gegar ini, minatnya terhadap fotografi memang tidak dapat dipisahkan. Kesempatan S3 mengikut Suzana Shafie, 30, ke Zoo Negara baru-baru ini jelas memperlihatkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini benar-benar membuktikan minatnya terhadap dunia fotografi.

Lebih manis lagi, minatnya itu turut disulami dengan nalurinya yang sememangnya cintakan haiwan.

Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, jika berkesempatan, dia akan meluangkan masa pada hujung minggu di Zoo Negara.

"Jika saya ada kelapangan, saya pasti akan datang ke sini.

"Bagi saya, apabila berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini, ia sedikit sebanyak membuat diri saya tenang.

"Malah apabila sudah dapat tangkap gambar yang kita kehendaki, rasa macam satu kepuasan.

"Kepuasan ini ditambah lagi apabila dapat melihat telatah haiwan yang bermacam ragam yang ada di sini," kata pengacara Segmen Ceria Pagi ini sambil bersedia untuk menangkap gambar gajah.

Selain itu, Suzana juga sempat berkongsi pengalamannya bersama penulis mengenai monyet peliharaannya, Aya.

"Aya merupakan hadiah daripada adik saya memandangkan dia tahu saya memang sukakan haiwan.

"Apa yang menarik tentang Aya ialah dia sangat jinak dan manja dengan saya.

"Malah jika saya baru pulang dari kerja, dia akan menunggu saya di depan pintu rumah.

"Tetapi apabila dia meningkat dewasa, dia menjadi semakin agresif.

"Sebab itu saya terpaksa melepaskan Aya ke hutan pada awal tahun lalu setelah mendapat nasihat daripada pihak berkenaan," ujarnya yang tidak dapat menyembunyikan rasa sedih.

Cita-cita Suzana

Jauh di dalam hati Suzana, jika berpeluang, dia sebenarnya menyimpan hasrat untuk membina sebuah pusat perlindungan haiwan.

"Jika boleh, satu hari nanti saya nak buka sebuah pusat rawatan haiwan terbiar.

"Sekurang-kurangnya apabila melihat haiwan yang sakit kembali sembuh, sejuk hati saya," ujarnya.

Malah bagi Suzana, jika ingin memelihara haiwan biarlah dengan hati yang ikhlas.

"Kalau nak pelihara haiwan apa sekali pun, pastikan kita menjaga mereka dengan elok.

"Jagalah mereka dengan sepenuh hati kerana saya percaya haiwan juga memerlukan kasih sayang secukupnya daripada kita.

"Layanlah mereka dengan sebaiknya dan bukannya sekadar memelihara haiwan semata-mata kerana mengikut trend sahaja," ujarnya jujur sebelum mengakhiri bicara.

Full content generated by Get Full RSS.

Eun Hye mewah dari rambut hingga kaki

Posted:

Eun Hye mewah dari rambut hingga kaki

Eun Hye mewah dari rambut hingga kaki


PANDAI bergaya menyerlahkan lagi kecantikan yang dimiliki oleh Eun Hye.


ARTIS kesayangan penulis, Yoon Eun Hye memang seorang yang pandai berfesyen atau digelar 'fashionista' dalam industri hiburan Korea.

Sejak meninggalkan kumpulan Baby Vox dan bergelar pelakon bermula dengan Princess Hours, penampilannya sering menjadi perhatian lensa jurugambar.

Melakonkan watak Shin Chae Kyung yang seumpama Cinderella, Eun Hye beruntung apabila berpeluang menyarung pakaian cantik selayaknya seorang puteri raja dan ini dipercayai banyak mempengaruhi gaya dia berfesyen.

Apabila dia melakonkan watak si tomboy Go Eun Chan dalam Coffee Prince, gaya potongan rambut pendeknya menjadi ikutan termasuk kalangan artis wanita Korea.

Dan apabila diberi watak gadis kaya dalam My Fair Lady, lagilah Eun Hye melaram dengan baju dan aksesori berjenama.

Yang pastinya, Eun Hye memang nampak sesuai dan menawan dalam apa jua fesyen yang digayakannya. Mungkin sebab itu syarikat pengiklanan berlumba-lumba mengambilnya menjadi model produk malah pereka antarabangsa turut menjemputnya menghadiri pertunjukan fesyen dan menawarkan gaun mewah mereka untuk diperaga.

Bulan lepas, ketika menghadiri Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 di Singapura, Eun Hye kelihatan cukup anggun memperagakan gaun kemban hitam daripada koleksi musim luruh Versace, lengkap dengan anting-anting dan gelang emas Cartier.

Ini bukanlah kali pertama dia dilihat mengenakan gaun mewah yang pernah diperagakan oleh model antarabangsa.

Ketika menghadiri Kempen Amal Kesedaran Kanser Payudara di Seoul, Korea Selatan pada 20 Oktober lalu, Eun Hye memilih gaun hitam sifon daripada koleksi terbaru Yves Saint Laurent. Seperti biasa untuk melengkapkan penampilannya, dia menyarung sandal Gucci.

Eun Hye membuktikan artis wanita tidak perlu sentiasa tampil seksi untuk mendapat perhatian apabila masih tampil menawan dalam jaket skirt lengan panjang separuh lutut ketika menghadiri sidang akhbar drama Lie to Me, gandingannya bersama aktor Kang Ji Hwan.

Apa yang pasti, kot butang rona khaki yang dipadankan dengan tali pinggang kuning itu adalah daripada koleksi musim bunga Burberry.

Nampaknya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Eun Hye adalah barang berjenama. Sanggupkah anda berhabis untuk nampak anggun dan menawan macam Eun Hye?

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cetusan Warna Alam Khadijah Hashim

Posted:

Cetusan Warna Alam Khadijah Hashim

Cetusan Warna Alam Khadijah Hashim

Oleh Mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Lakaran Tulip di atas rice paper.


KHADIJAH Hashim, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi malah setiap hasil nukilannya pasti menjadi buah mulut pembaca novel yang setia dan sentiasa dinantikan-nantikan kemunculan novel terbarunya.

Setiap cerita yang dihasilkan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca.

Antara novel yang pasti diingati sehingga kini ialah Badai Semalam.

Naskhah yang dihasilkan pada tahun 1968 itu bukan sahaja mencipta gelombang tersendiri tetapi sehingga hari ini permintaan terhadap novel tersebut sentiasa ada.

Ketika peminat-peminat setianya ternanti-nanti buah tangan iaitu novel terbarunya, namun, tiba-tiba dunia seni visual dikejutkan pula dengan 'kehadiran' lukisan alam hasil karya beliau.

Selama ini, tidak ramai yang mengetahui penulis kelahiran Batu Pahat ini sebenarnya tidak hanya mengehadkan bidang seninya dalam 'gelanggang' penulisan, malah ia telah dikembangkan ke dunia seni visual.

Lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik berus Cina sememangnya satu cetusan imaginasi Khadijah terhadap alam semesta.

Membawa tema Warna Alam, kesemua 20 lukisan yang ditampilkan bermotifkan flora dan fauna dengan penggunaan warna terang dan ceria.

Apa yang istimewanya mengenai lukisan-lukisan tersebut, ia merupakan koleksi eksklusif Khadijah yang baru pertama kali dipertontonkan kepada umum baru-baru ini, bersempena pementasan teater Badai Semalam.

Menurut Khadijah, apa yang unik mengenai hasil karyanya ini ialah ia menggunakan cat air dengan teknik berus Cina yang dilukis di atas rice paper.

Menjadikan melukis sebagai hobi waktu senggang, beliau memilih alam semula jadi kerana baginya keindahan alam semesta adalah satu ciptaan unik oleh penciptanya.

Oleh yang demikian, katanya, kita sebagai manusia yang mendiaminya seharusnya tahu menghargai alam.

"Jika dilihat kesemua hasil karya (lukisan) saya, ia sememangnya bersumberkan alam kerana ia membawa seribu makna dan sarat dengan peringatan.

"Koleksi ini merupakan siri-siri hutan di mana hari ini orang sibuk menebang hutan, jadi biar saya menanam hutan di atas kertas supaya jangka hayatnya lebih lama.

"Apa yang diilhamkan ini membawa makna alam itu indah dan alam itu dalil kepada adanya yang mencipta dunia ini iaitu Allah SWT," katanya ketika ditemui.

Menggemari sesuatu yang ringkas dan bersahaja, Khadijah mahu sesiapa saja yang melihat lukisannya dapat menikmati manfaat daripadanya.

Tambahnya lagi, sebagai seorang anak seni dia hanya memberikan yang terbaik begitu juga dengan lukisan yang dihasilnya.

Kata Khadijah, dia hanya melukis dan yang menilai ialah sesiapa sahaja yang melihat lukisan-lukisan tersebut dengan tafsiran masing-masing.

Mengakui melukis memberi ketenangan kepada sesiapa juga yang bergelar anak seni, Khadijah berkata, setiap warna yang digunakan selain dapat membangkitkan perasaan seseorang itu, ia juga secara tidak langsung dapat menjadi terapi minda di samping menepati objek yang menjadi tumpuan.

Antara lukisan-lukisan yang dihasilkan Khadijah sempena pameran solonya kali ini ialah Bunga Matahari 1, 2 dan 3; Jambangan Kasih; Orkid 1, 2 dan 3; Tulip; Kolam Biru; Kemunting Cina; Bunga Bawang; Ros Kuning; Batik; Warna Alam 1 dan 2; Hutan Baru; Hutan Baru 1; Kampung Saya; Hutan Simpan dan Tasik.

Yang pasti, kesemua hasil karya Khadijah adalah garapan yang sangat jujur di samping menterjemahkan bahawa alam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan manusia.

Full content generated by Get Full RSS.

Tip masakan mudah Chef Richardson

Posted:

Tip masakan mudah Chef Richardson

Tip masakan mudah Chef Richardson

rekreasi@utusan.com.my
Gambar SAFRIZAL AZMI


Antara aksi menarik yang dipamerkan Chef Richardson ketika mengadakan sesi demonstrasi masakan di hadapan rakan media di Hotel JW Marriott, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Bagi mereka yang menyediakan juadah istimewa itu, pasti kadangkala kebuntuan mencari menu baru di hujung minggu.

Apa kata anda cuba tip masakan mudah Chef Adrian Richardson yang merupakan pemilik dan ketua chef La Luna (bistro Mediterrannean) di Utara Carlton, Melbourne.

Wajahnya pasti dikenali ramai kerana November lalu beliau ke udara dalam program Secret Meat Business antara April dan Julai 2011 diikuti siri Good Chef Bad Chef bersama pakar pemakanan, Janella Purcell.

Dengan falsafah Mediterrannean moden, Chef Richardson menyajikan masakan ringkas dan enak dengan menggunakan bahan-bahan segar.

Chef Richardson membesar dengan masakan dari Itali, Timur Tengah dan Afrika Utara, yang mana kesemuanya disajikan bersama sayuran segar dan buah-buahan.

Saksikan Perfect Cut bersama Adrian Richardson bermula 1 Disember 2011 di saluran 703.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.theafcstudio.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Penanaman bakau stabilkan pantai

Posted:

Penanaman bakau stabilkan pantai

Penanaman bakau stabilkan pantai

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHANutusanN9@utusan.com.my


SEBAHAGIAN masyarakat tempatan dan ahli PERTIS menanam pokok bakau pada Majlis Penanaman Pokok Bakau dan spesies yang sesuai di pesisiran Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 8 Dis. - Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya atau tepi pantai yang biasanya menjadi pertemuan antara air sungai dan air laut.

Spesies tumbuhan ini mempunyai sifat cepat tumbuh selain memiliki keunikan melindungi ekosistem hidupan akuatik kerana ia menjadi habitat bagi udang, ikan dan ketam termasuk haiwan seperti kera dan monyet.

Pada hakikatnya, tumbuhan ini membawa banyak kelebihan kerana turut bertindak sebagai penampan hakisan ombak sekali gus melindungi kawasan persisiran dari pukulan ribut serta angin kencang.

Secara ringkasnya, hutan bakau menstabilkan kawasan pantai yang bertindak sebagai agen pelindung semula jadi bagi kawasan tanah darat sekira berlakunya ribut taufan.

Dalam pada itu, kawasan hutan bakau itu juga menjadi lokasi penting bagi ribuan spesies burung di seluruh dunia yang berhijrah mengikut peredaran musim.

Di negara ini, tumbuhan berkenaan akan dipelihara dalam tempoh 20 hingga 30 tahun sebelum proses penanaman semula dijalankan di mana pokok yang ditebang akan digunakan bagi tujuan penghasilan produk kraftangan, pembinaan rumah, perabot dan bot bagi penduduk setempat serta sumber bahan api seperti arang dan kayu api.

Justeru, satu program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai telah dijalankan di bawah program International Year Of Forest 2011 di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson di sini baru-baru ini.

Program tersebut turut melibatkan orang kurang upaya (OKU) dari Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

Menurut Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim, penanaman semula pokok bakau di pesisiran pantai bukanlah sesuatu yang baru di negara ini.

"Pada 26 Januari 2005, Perdana Menteri menyarankan supaya usaha-usaha pemuliharaan dan perlindungan kawasan hutan di pesisiran pantai dilaksanakan.

"Bagi merealisasikan saranan tersebut, satu Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok-Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang sesuai di persisiran pantai negara (JTP) telah dibentuk di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelas beliau, kira-kira 5,862,163 pokok pelbagai jenis telah ditanam di negara ini termasuk 216,643 pokok bakau sepanjang tempoh lima tahun bermula 2005 hingga 2010.

"Program pada hari ini agak unik, kerana ia merupakan program sambutan secara bersepadu di mana ia bagi meraikan sambutan Tahun Hutan Antarabangsa 2011 dan juga sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-16.

"Sehingga kini kita telah menanam lebih enam juta pokok pelbagai spesies yang sesuai di seluruh negara yang melibatkan kawasan seluas 2,257 hektar dengan jumlah pembiayaan RM38 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-9," tambahnya lagi.

Katanya, objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah bagi mendidik serta memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menanam pokok serta tumbuhan berkenaan.

"Selain itu, program ini juga turut membantu menyumbangkan ke arah mencapai sasaran 26 juta pokok menjelang 2010 hingga 2015.

"Dalam jangka masa panjang juga, ia secara tidak langsung akan menyumbang kepada pengurangan kesan karbon dan pemanasan global di bawah kesan rumah hijau yang akan menyebabkan perubahan iklim yang kian melanda dunia masa kini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

OKU sertai program International Year Of Forest 2011

Posted:

OKU sertai program International Year Of Forest 2011

OKU sertai program International Year Of Forest 2011

TELOK KEMANG 8 Dis. - Penglibatan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada program International Year Of Forest 2011 yang diadakan di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson di sini baru-baru ini sekali gus diharapkan mampu menangkis persepsi masyarakat bahawa golongan tersebut hanya layak digelar sebagai penerima bantuan.

Menurut seorang peserta dari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Mohd. Nor Don, 39, program tersebut menjadi platform terbaik bagi golongan OKU untuk menyumbang sesuatu kepada negara ini.

''Tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap golongan seperti kami yang tidak memberi sebarang manfaat terhadap negara adalah tidak tepat.

''Kami juga cintakan alam sekitar, seperti mereka. Jika di beri peluang, kami sedia menampilkan diri demi untuk turut sama membantu," ujarnya.

Bagi rakannya pula, Wan Zawawi Wan Mohamad, 30, berkata, pengalaman menyertai program itu amat berharga buat dirinya dan berharap masyarakat tidak menganggap golongan OKU sebagai kumpulan yang lemah.

''Program ini membuat saya berasa dihargai kerana dapat menyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan sebegini," katanya.

Wan Zawawi turut berharap program sedemikian dapat diteruskan khususnya dengan melibatkan golongan OKU dan tidak terhenti begitu sahaja.

Tambah seorang lagi peserta, Nur Alia Maisarah Ong Abdullah, 31, penyertaan dalam program tersebut sedikit sebanyak memberikan pendedahan serta pengalaman baru buat dirinya.

''Walaupun tidak dapat melihat bagaimana rupa pokok sebenar, namun kami dapat menyentuh dan menanam pokok tersebut dan ia memberi pengalaman yang sukar untuk di lupakan," jelasnya.

Zainuddin Mat Ali, 42, pula berkata, program tersebut memberi peluang bagi golongan OKU untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat setempat.

''Terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput kami di majlis ini kami berasa amat dihargai dan diperlukan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bekalan ubat kurang, bukan habis

Posted:

Bekalan ubat kurang, bukan habis

Bekalan ubat kurang, bukan habis

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 8 Dis. - Hospital Melaka menafikan dakwaan hospital berkenaan kehabisan bekalan ubat hingga menjejaskan orang ramai yang mendapat rawatan di situ.

Sebaliknya, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, hanya bekalan beberapa jenis ubat didapati tidak mencukupi untuk menampung pertambahan pesakit mendapat rawatan di hospital yang meningkat sebanyak 16.8 peratus tahun ini.

Menurutnya, masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan berpunca daripada baki peruntukan berjumlah RM3.5 juta daripada RM43.9 juta yang diperuntukan setiap tahun masih belum diterima daripada Kementerian Kesihatan bagi bulan September.

''Kagagalan hospital mendapat baki peruntukan itu menyebabkan beberapa jenis ubat tidak mencukupi dan laporan mengatakan bekalan ubat sudah kehabisan adalah tidak tepat.

''Namun begitu, pihak hospital telah mengambil beberapa langkah seperti menggunakan ubat alternatif selain meminjam daripada beberapa hospital berhampiran seperti di Muar dan sekitarnya bagi menampung keperluan harian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat daripada Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim di sini hari ini.

Mohd. Ali membuat lawatan mengejut di Hospital Melaka ekoran laporan sebuah akhbar mengenai bekalan ubat di hospital itu kehabisan dan menjejaskan orang ramai yang membuat rawatan di situ.

Sehubungan itu, Mohd. Ali merayu kepada kementerian agar mempercepatkan pembayaran baki peruntukan tahun ini berjumlah RM3.5 juta.

''Jika baki peruntukan itu diterima tidak timbul masalah hospital ini kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk menampung pertambahan pesakit yang mendapat rawatan," katanya.

Beliau menjelaskan, setiap tahun kementerian memperuntukan sebanyak RM34.5 juta setiap tahun untuk bekalan ubat dan pembayaran dilakukan tiga kali setahun iaitu pada Januari, Februari dan September.

Menurutnya, bekalan ubat tidak mencukupi itu hanya berlaku di Hospital Melaka dan tidak melibatkan hospital lain serta Klinik Kesihatan daerah di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved