Khamis, 8 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 sindiket edar dadah RM2.6j tumpas

Posted:

3 sindiket edar dadah RM2.6j tumpas

3 sindiket edar dadah RM2.6j tumpas


NOOR Rashid Ibrahim menunjukkan beberapa ketulan mampat dadah jenis ganja keseluruhan bernilai RM2.6 juta di Bukit Aman,


KUALA LUMPUR 8 Sept. – Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dengan penahanan tujuh suspek termasuk empat warga asing dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta, sejak tiga hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya berjaya menahan kesemua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun itu di tiga lokasi berlainan iaitu di Bandar Sri Damansara, Hulu Terengganu dan Jalan Duta.

Katanya, siasatan mendapati ketiga-tiga sindiket terbabit tidak mempunyai kaitan.

"Dalam operasi kelmarin, kita berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif menyeludup masuk dadah jenis ganja ke pasaran tempatan.

"Suspek pertama, seorang warga Thailand yang memandu kereta jenis Toyota Crown berjaya ditahan di kawasan Bandar Sri Damansara.

"Susulan penangkapan suspek itu, polis kemudian menahan dua lagi rakannya, warga tempatan di kawasan sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut, pihaknya menemui sejumlah 60 ketulan mampat dadah jenis ganja yang disembunyikan di ruang khas pada bahagian kereta yang telah diubah suai.

Noor Rashid memberitahu, dalam satu lagi kejayaan semalam, JSJN Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan merampas 6,930 biji pil WY, dianggarkan bernilai RM173,250, lima botol heroin berjumlah RM5,000 dan wang tunai berjumlah RM31,000.

Katanya, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Katanya, dalam operasi awal pagi tadi, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Thailand yang dipercayai pengedar dadah selepas polis menahan kereta mereka di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini.

"Kesemua suspek, sebelum itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan dalam kejadian pukul 4.15 pagi.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta tersebut polis menemui sebuah beg galas berisi 29 ketulan mampat ganja," katanya.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak tiga bulan lalu, pihaknya mengesan modus operandi (MO) digunakan warga Nigeria yang lebih gemar merekrut warga Thailand untuk menyeludup dadah ke negara ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan memberi tumpuan terhadap taktik penyeludupan tersebut dengan mengawal ketat pintu sempadan negara bagi mengelakkan dibolosi penyeludup dadah melalui negara jiran.

Sengsara rumah dibaling mercun

Posted:

Sengsara rumah dibaling mercun

Sengsara rumah dibaling mercun

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


CHAN Chee Woon menunjukkan bumbung rumahnya yang bocor akibat dibaling mercun oleh remaja nakal di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 8 Sept. - Seorang peniaga di pekan Permatang Pauh di sini bimbang dengan tindakan sekumpulan remaja yang melempar batu dan mercun ke rumahnya sejak sembilan tahun lalu.

Menurut Chan Chee Woon, 42, sepanjang tempoh itu lebih 10 laporan polis dibuatnya ekoran tindakan remaja terbabit yang sering mengganggu keluarganya terutama pada awal pagi.

Semuanya bermula apabila kumpulan remaja terbabit berang kerana ditegur oleh abangnya ketika mereka bermain mercun berhampiran rumahnya pada waktu malam dan mengganggu mereka hendak tidur.

"Sejak itu, mereka membaling batu ke arah bumbung rumah saya pada awal pagi di antara pukul 1 hingga 3 pagi sebelum bertindak membaling mercun beberapa tahun lalu.

"Kehidupan kami sekarang tidak tenteram kerana terganggu dengan tindakan mereka itu serta tidak dapat tidur lena setiap malam," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Tambah Chee Woon, tindakan remaja itu juga menyebabkan keadaan kesihatan bapanya yang menghidap sakit jantung bertambah buruk.

Selain itu, katanya, abangnya juga menghidap darah tinggi yang serius kerana tidak dapat tidur pada waktu malam ekoran diganggu bunyi bising itu.

"Saya juga sering terjaga pada waktu malam dan tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana diganggu bunyi mercun itu yang turut merosakkan bumbung rumah saya.

"Beberapa kali saya cuba laporkan perkara ini kepada pemimpin masyarakat di kawasan ini, namun tiada sebarang tindakan diambil," ujarnya.

Dia juga turut berharap pihak polis mengambil tindakan segera terhadap kumpulan remaja terbabit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Bayar WikiLeaks siar berita fitnahkan PM

Posted:

Bayar WikiLeaks siar berita fitnahkan PM

Bayar WikiLeaks siar berita fitnahkan PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMADpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah itu seperti mana yang disiarkan di WikiLeaks.

''Ini merupakan satu berita fitnah yang sengaja direka dan kemudian disiarkan di dalam laman web WikiLeaks dengan tujuan mempengaruhi rakyat. Ia hanya sekadar satu berita fitnah tanpa disertakan dengan bukti kukuh.

''Kesahihan berita ini sememangnya diragui dan harus diragui apatah lagi ada bukti yang menunjukkan terdapat pihak-pihak tertentu membayar laman web ini supaya berita fitnah seperti itu boleh disiarkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, WikiLeaks dalam laman webnya iaitu dengan berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang berjaya dibocorkan, Anwar tetap akan didapati 'bersalah' kerana meliwat iaitu hukuman kedua dalam tempoh 10 tahun.

Kabel itu melaporkan, Najib dan pemimpin utama UMNO akan melakukan apa sahaja supaya pendakwaan terhadap Anwar 'boleh diterima'.

Selain itu, Lum Yong berkata, kredibiliti laman web itu juga semakin tercalar apabila beberapa berita yang disiarkan didapati tidak benar seperti dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang dikatakan mengecam Islam.

''Kuan Yew dengan keras menafikan berita tersebut.

''Kredibilitinya juga semakin dipersoalkan apabila pengasasnya turut berhadapan dengan kes serangan seksual yang kini masih dalam proses perbicaraan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, berita-berita seumpama itu sering dipetik oleh portal berita propembangkang untuk tatapan rakyat negara ini kerana mereka sememangnya antikerajaan.

''Oleh itu rakyat harus menimbang secara rasional setiap berita yang disiarkan oleh portal-portal berita propembangkang sama ada ia fitnah atau sebaliknya," katanya lagi.

Berdebatlah dengan pakar sejarah

Posted:

Berdebatlah dengan pakar sejarah

Berdebatlah dengan pakar sejarah

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dicabar berdebat dengan pakar-pakar sejarah negara jika benar beliau yakin tindakannya mengagungkan komunis dibuat berdasarkan fakta sebenar.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tokoh sejarah seperti Datuk Prof Dr. Ramlah Adam dan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah calon yang paling sesuai untuk menjadi seteru debat Mohamad atau Mat Sabu.

"Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah menjelaskan dengan terperinci siapa sebenarnya Muhammad Indera (Mat Indera) yang diagung-agungkan oleh Mat Sabu. Mat Indera petualang negara dan bukannya pejuang.

"Tetapi kalau Mat Sabu masih merasa dia lebih hebat daripada pakar sejarah negara, eloklah dia berdebat dengan Dr. Ramlah dan Dr. Kay Kim. Kita tengok fakta siapa lebih tepat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mat Sabu yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdebat dengannya tetapi 'melarikan' diri apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan untuk berdebat.

Sedangkan pelawaan debat antara Mat Sabu dan Khairy itu dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan selepas perkara itu dicadang Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rexy tak turun pangkat

Posted:

Rexy tak turun pangkat

Rexy tak turun pangkat

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Rexy Mainaky tersenyum ke arah wartawan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan BAM di Stadium Juara, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR – Rexy Mainaky bukan saja tidak lagi membimbing beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Beong, malah ditukarkan melatih beregu wanita dan campuran.

Keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu semalam mungkin mengejutkan banyak pihak, apatah lagi Tan Kim Her daripada jurulatih pelapis dinaikkan ketua jurulatih beregu lelaki. Namun Rexy menerima arahan baru itu dengan positif.

Jurulatih kelahiran Indonesia itu keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah ceria, sambil berkata kepada wartawan yang menunggu lebih tiga jam: "Saya akan terus tidur di Malaysia. Anda boleh lihat wajah saya, anda tahu saya gembira."

Bekas juara Olimpik dan Dunia itu akur dengan tugas barunya selepas seminggu sugul ekoran pengakuan beregu kesayangannya, Kien Keat-Boon Heong yang meminta bertukar jurulatih tidak lama selepas Kejohanan Dunia bulan lalu.

Biarpun pada awalnya terkilan kerana dipersalahkan atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong di London dan kehilangan beregu yang dibimbingnya sejak 2006, Rexy segera melupakan kekecewaan sambil mengakui, struktur kejurulatihan baru yang diperkenalkan CTC mungkin pelan terbaik dalam membantu misi mencari emas Olimpik.

Mengikut struktur baru tersebut, skuad elit dan pelapis digabungkan di bawah satu bumbung. Rashid Sidek mengetuai perseorangan lelaki, Kim Her beregu lelaki, Rexy beregu wanita serta campuran, manakala Chi Shanrong ketua jurulatih perseorangan wanita.

Ujar Rexy, perubahan ini mampu memberi sokongan maksimum kepada pemain yang disasarkan, terutama beregu lelaki, yang bakal menyaksikan Kien Keat-Boon Heong bakal menerima bantuan (sparring) daripada tujuh beregu lain dalam usaha memenuhi misi emas Olimpik.

Begitupun ketika ditanya, apakah beliau kesal kerana perubahan yang disifatkan positif itu hanya dibuat selepas beliau tidak lagi memimpin beregu lelaki.

"Kita harus pandang ke depan dan mengutamakan kepentingan negara daripada mencipta isu baru. Saya tumpang gembira kalau perubahan ini dapat membantu Kien Keat dan Boon Heong biarpun saya bukan jurulatih mereka lagi.

"Saya sendiri ada tanggungjawab baru memastikan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui layak diri ke Sukan Olimpik. Selain itu membantu dua pasangan muda, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Ong Jian Guo-Sabrina Chong layak dalam beregu campuran. Saya perlu fokus kepada apa yang sepatutnya," katanya.

Bagi Kien Keat-Boon Heong, biarpun Kim Her bakal mengetuai beregu lelaki, mereka sudah pasti akan mendapat apa yang dihajati, beraksi di bawah Pang Cheh Chang kerana jurulatih itu turut diserapkan di bawah Kim Her. Turut membantu skuad beregu lelaki adalah pembantu Rexy ketika ini, Rosman Razak.

Rexy akan mengendalikan empat beregu wanita dan tiga beregu campuran dengan bantuan Jeremy Gan dan Chong Kien Ling.

Rashid pula mengendalikan 12 perseorangan lelaki, diketuai jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dengan dibantu Tey Seu Bock, Hendrawan serta Mohd. Hazwan.

Setiausaha Agung BAM yang juga pengerusi CTC, Ng Chin Chai ketika menjelaskan rasional perubahan drastik ini berkata, keutamaan badan kebangsaan itu adalah mencari emas Olimpik 2012.

Justeru mereka merangka program yang akan memberi sokongan maksimum kepada pemain yang disasarkan.

"Dengan menggabungkan pemain dari skuad elit dan pelapis, Lee Chong Wei akan mendapat 11 rakan sparring.

"Ini membantunya untuk mencari kejayaan di London, manakala bagi pemain-pemain muda pula, peluang berlatih dengan jaguh dunia itu akan membantu menaikkan permainan mereka," katanya.

Safee ikrar cuba yang terbaik di Cardiff

Posted:

Safee ikrar cuba yang terbaik di Cardiff

Safee ikrar cuba yang terbaik di Cardiff

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Penyerang bola sepak kebangsaan, Safee Sali (gambar) tidak meletakkan harapan yang tinggi pada sesi ujian bersama kelab Cardiff City, namun berikrar untuk mencuba yang terbaik.

Menurutnya, antara cabaran besar apabila menyertai sesi ujian dua minggu di Cardiff mulai Isnin ini ialah faktor cuaca.

Namun, katanya sebagai pemain profesional dia harus cepat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan supaya dapat menjalani ujian dan latihan dengan selesa.

"Saya menyandarkan kelebihan sebagai penyerang yang mampu menjaringkan gol untuk memikat panel pemilih di Cardiff nanti.

"Saya teruja kerana akhirnya ditawarkan secara rasmi untuk menjalani sesi ujian di kelab yang beraksi dalam divisyen dua England," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Jakarta, semalam.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bom palsu paksa dua pesawat Pakistan mendarat cemas

Posted:

Bom palsu paksa dua pesawat Pakistan mendarat cemas

Bom palsu paksa dua pesawat Pakistan mendarat cemas


Dua pesawat Pakistan International Airlines (PIA) terpaksa mendarat cemas masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istabul, Turki (kiri) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas menerima ancaman laporan bom palsu ditempatkan di dalam pesawat. – Reuters


ISTANBUL 8 Sept. – Syarikat penerbangan, Pakistan International Airlines (PIA) sedang menyiasat ancaman menerusi e-mel yang mendakwa bom-bom diletakkan di dalam dua pesawatnya, memaksa satu daripadanya dilencongkan ke Istanbul manakala satu lagi mendarat mengikut jadual di Kuala Lumpur.

PIA hari ini berkata, pihaknya menerima dua e-mel lewat semalam yang mendakwa terdapat bom di dalam kedua-dua penerbangan dan mengarahkan juruterbang berkenaan mendarat dengan segera di lapangan terbang terdekat, tetapi tiada bahan letupan ditemui di dalam kedua-dua pesawat.

"Jabatan keselamatan PIA sedang menjalankan siasatan mengenai e-mel itu tetapi setakat belum ada hasil dan mereka juga bekerjasama dengan Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF) dan agensi lain yang bertanggungjawab terhadap keselamatan," kata pengarah operasi penerbangan PIA, Naveed Aziz.

Seorang lagi pegawai kanan PIA berkata, pakar komputer daripada syarikat penerbangan itu dan pasukan keselamatan menjalankan siasatan tersebut.

"Perkara ini serius dan jika tidak dibendung dari awal, e-mel palsu seperti itu boleh merosakkan reputasi kami pada masa depan selain memburukkan negara kami di peringkat antarabangsa," katanya.

Pesawat pertama berlepas dari Lahore dalam penerbangan ke bandar raya Manchester, Britain apabila ia dilencongkan ke Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul, mencetuskan panik di kalangan 378 penumpangnya, lapor pihak berkuasa lapangan terbang dan media Turki.

Pegawai keselamatan di Istanbul dengan bantuan anjing pengesan memeriksa pesawat Boeing 777-300EA itu serta bagasi penumpangnya selama tiga jam, lapor agensi berita Anatolia.

Tiada bahan letupan ditemui dan ancaman bom itu disahkan sebagai palsu, kata pihak berkuasa lapangan terbang, menurut laporan CNN-Turk dan NTV.

Amaran mengenai bom itu, diterima semasa pesawat berada di ruang udara ibu negara Bulgaria, Sofia, mencetuskan panik di kalangan penumpang, menurut Anatolia.

Selepas mendarat di Istanbul sekitar 1400 GMT (10 malam waktu Malaysia), penumpang dibawa turun dari pesawat yang kemudian dipindahkan ke zon keselamatan.

Penerbangan kedua dari Lahore, membawa 187 orang, mendarat dengan selamat di destinasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas ancaman bom diterima ketika pesawat berada di ruang udara.

"Kami tidak boleh memandang ringan ancaman sedemikian dan sedang menyiasat perkara ini," kata jurucakap Lembaga Penerbangan Awam, Pervez George.

Seorang pegawai keselamatan lapangan terbang berkata, langkah keselamatan diperketat di semua lapangan terbang di Pakistan berikutan ancaman palsu itu. – AFP

Palestin lancar kempen rasmi

Posted:

Palestin lancar kempen rasmi

Palestin lancar kempen rasmi

RAMALLAH 8 Sept. – Palestin hari ini secara rasminya melancarkan kempen mereka dengan tujuan untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara anggota ke-194 badan dunia itu.

Para pegawai dan aktivis Palestin hari ini mengumumkan kempen yang diberi nama 'Kempen Kebangsaan bagi Palestin: negara 194' dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan diserahkan kepada ketua pejabat PBB di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Surat itu menggesa Ki-Moon 'melakukan segala usaha ke arah memenuhi tuntutan wajar rakyat Palestin'.

Menurut surat itu, kempen Palestin akan meliputi beberapa acara yang diadakan secara aman menjelang pembukaan sidang Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 21 September ini.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) akan berucap pada UNGA dua hari kemudian.

Sementara itu seorang pegawai kanan Palestin semalam menuduh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 'sikap menghina' terhadap orang Arab dengan cuba menghalang Palestin daripada mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara di PBB.

Washington khuatir langkah Palestin untuk membawa perjuangan mereka ke PBB boleh merumitkan lagi usaha AS untuk memulihkan rundingan damai Asia Barat yang terhenti tahun lepas kerana Israel terus berdegil untuk membina kawasan penempatan haram Yahudi.

Utusan damai AS ke Asia Barat, David Hale menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam dalam usaha terbaru Amerika untuk menyekat rancangan Palestin di PBB tetapi beliau sendiri gagal mencerahkan prospek untuk menghidupkan semula rundingan langsung dengan Israel.

"Presiden mengulangi pendirian Palestin dan Arab untuk mendapatkan pengiktirafan di PBB, memandangkan Israel masih enggan mengakui syarat-syarat rujukan yang jelas dan sebaliknya terus membina kawasan penempatan," kata pegawai kanan Mahmoud, Nabil Abu Rdainah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo berkata, dasar AS kini kelihatan terbatas kepada satu isu iaitu menghalang Palestin daripada mengambil inisiatif diplomatik di PBB.

"Isunya bukan kawasan penempatan haram atau kemerdekaan Palestin atau hak-hak rakyat Palestin atau menghentikan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram Yahudi terhadap penduduk Palestin.

"Kesemuanya tidak diendahkan dan satu-satunya isu ialah menghalang kami daripada membawa kes kami ke PBB," katanya di radio Voice of Palestine.

Pendirian AS itu menunjukkan sikap menghina bukan sahaja terhadap pendirian Palestin tetapi juga terhadap apa yang berlaku di rantau Arab iaitu kebangkitan bagi menuntut keadilan untuk warga Arab dan untuk seluruh rantau ini, tegas Abed Rabbo.

Palestin berpaling kepada PBB kerana menganggap proses damai selama dua dekad dengan Israel tidak lagi membawa faedah. – AP/Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Lelaki bebas tuduhan bunuh jiran

Posted:

Lelaki bebas tuduhan bunuh jiran

Lelaki bebas tuduhan bunuh jiran

KOTA BHARU 8 Sept. - Seorang tukang rumah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan menyebabkan kematian jiran sekampungnya ketika berbalah bagi berebut seekor kerbau, dua tahun lalu.

Hakim Zainal L. Saleh memutuskan demikian terhadap Ismail Jusoh, 59, setelah mendapati tertuduh hanya mempertahankan diri dan tindakannya itu tidak melampaui hak yang ditetapkan oleh undang-undang.

''Setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, saya dapati tindakan tertuduh terjumlah kepada mempertahankan diri. Didapati mangsa bersama dua yang lain iaitu anak dan menantu mangsa yang telah pergi kepada tertuduh.

''Tertuduh dipegang oleh salah seorang daripada mereka. Mangsa juga didapati bertindak lebih agresif berbanding tertuduh dan walaupun cedera, mangsa menerkam tertuduh sehingga keempat-empat mereka terjatuh,'' katanya.

Ismail didakwa menyebabkan kematian Mohamed Jusoh, 73, di padang ragut Kampung Belimbing, Tanah Merah, dekat sini pada pukul 9 pagi, 19 Oktober 2009.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof manakala Ismail diwakili peguam Rosmizan Sulaiman.

Sebaik sahaja mahkamah mengumumkan keputusan berkenaan, Ismail dilihat tergamam sebelum keluar dari kandang tertuduh lalu dipeluk oleh ahli keluarga dan saudara-maranya dengan linangan air mata.

Bapa kepada lapan orang anak itu kemudian dilihat menadah tangan tanda kesyukuran di tepi kandang tertuduh.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Ismail memberitahu, dia bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menyedari dia bertindak demikian demi mempertahankan diri.

''Kes ini berlaku apabila mangsa mendakwa kerbau saya ialah kerbau dia. Dalam perbalahan itu saya mendapat tiga jahitan di kepala,'' kata Ismail.

2 warga Bangladesh didakwa masuk secara haram

Posted:

2 warga Bangladesh didakwa masuk secara haram

2 warga Bangladesh didakwa masuk secara haram


Monzurul yang direman berhubung kes bunuh dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, semalam atas tuduhan tidak memiliki dokumen sah memasuki Malaysia.


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dua lelaki warga Bangladesh yang direman berhubung kes bunuh wanita Indonesia dan anak lelakinya di Taman Kosas, bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini atas tuduhan tidak memiliki dokumen sah untuk memasuki Malaysia.

Majed Rana, 22, dan Monzurul, 23, didakwa melakukan perbuatan tersebut di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dekat sini pada pukul 10.30 pagi, 29 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih enam kali.

Tiada pengakuan direkodkan oleh Majistret Aida Mastura Mohamed Aman kerana kedua-dua tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Beliau kemudian menetapkan 18 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Bangladesh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nazatul Shima Ab. Wahab, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Pada 26 Ogos lalu, tiga lelaki daripada 11 warga asing yang ditahan reman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret yang sama berhubung kes bunuh dan melupuskan mayat wanita tersebut dan anak lelakinya itu.

Dalam kes tersebut, Abd. Razak Tofazzal Hossain, 29, didakwa membunuh Siti Sando, 35, di No. 40, Tingkat 5, Blok Chrysaa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas di sini antara pukul 11 pagi hingga 5 petang, 29 Julai lalu.

Abd. Razak turut didakwa bersama-sama Mmd. Ripon Mandal, 26, atas tuduhan membunuh anak Siti yang hanya dikenali sebagai Mohd. Shukri, berusia dua tahun pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Seorang tertuduh lain, Mosharof Hossain, 23, menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa melupuskan mayat kedua-dua beranak tersebut antara pukul 11.20 pagi, 29 Julai lalu hingga pukul 11 pagi, 3 Ogos lalu di tempat yang sama.

Ketiga-tiga warga Bangladesh tersebut bagaimanapun tidak memahami pertuduhan masing-masing yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Berikutan itu, Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Bangladesh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jalan utama bandar Jerantut sesak

Posted:

Jalan utama bandar Jerantut sesak

Jalan utama bandar Jerantut sesak

AHMAD TILAN,
Kuala Lumpur.


Beginilah kesesakan di persimpangan lampu trafik sebelum memasuki Jalan Tahan, di bandar Jerantut yang perlu diwujudkan laluan alternatif.


Saudara pengarang,
BARU-BARU ini ini, saya pulang berhari raya selain berkesempatan menziarahi ibu bapa di tanah rancangan Felda berdekatan bandar Jerantut.

Sebelum tiba di rumah, saya memasuki bandar Jerantut kerana anak- anak ingin melihat persekitaran Bandar Taman Negara yang semakin ceria dan berbelanja di bazar Ramadan.

Di persimpangan masuk dari arah Jalan Temerloh, saya dapati banyak kenderaan memasuki kawasan bandar dan keadaan mula sesak.

Saya menyusuri Bandar Baru Inderapura dan persepsi saya berubah bahawa bandar Jerantut kian membangun dengan pesat kerana banyak premis perniagaan, pusat beli belah dan hotel bertaraf elit.

Jangkaan saya mengenai pembangunan di bandar ini tepat apabila kereta kami terperangkap dalam kesesakan di lampu trafik di laluan pintasan dari Bandar Jerantut ke Benta, berdekatan Perpustakaan Awam.

Suasana berkenaan menyebabkan ada pemandu hilang sabar lalu memotong sebelah kiri untuk membelok ke kanan dan memasuki pusat bandar melalui Jalan Tahan setelah lampu trafik bertukar hijau tanpa mempedulikan keselesaan orang lain.

Tahniah, anggota polis trafik berjaya mengawal senario berkenaan di samping menahan kenderaan dan mengenakan saman terhadap pemandu yang cuai mematuhi peraturan lalu lintas.

Saya terpanggil untuk menyarankan kepada pihak berkuasa tempatan agar mengubah laluan masuk yang membelok ke sebelah kanan yang terlalu sempit sebelum memasuki Jalan Tahan di tengah bandar ini.

Ini kerana laluan sehala yang sempit di kawasan uptown di Jalan Tahan ditambah pula gangguan oleh pemandu yang memberhentikan kenderaan sesuka hati menyebabkan impak kesesakan bermula di persimpangan masuk lampu trafik berkenaan.

Saya difahamkan kesesakan berkenaan bukan sahaja pada musim perayaan malah, pada hari biasa, iaitu ketika waktu puncak, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Saya menjangkakan keadaan itu akan bertambah sesak apabila Klinik Kesihatan baru bandar ini yang akan siap dibina berdekatan lampu trafik bakal beroperasi tahun depan.

Untuk makluman, sistem laluan empat hala di lampu trafik berkenaan memang tidak sesuai bagi kerana jalan begitu sempit dan sesak apatah lagi tempoh 'nyalaan' lampu hijau, kuning dan merah agak cepat.

Melalui Rakan Pahang, saya bangga bandar Jerantut membangun dengan pesat, tetapi kemudahan jalan utama perlu dinaik taraf untuk mengatasi kesesakan seiring dengan pembangunan bandar ini.

Tertipu membeli cendol 'ori'

Posted:

Tertipu membeli cendol 'ori'

Tertipu membeli cendol 'ori'

ROSLIZA LEE ABDULLAH
Kuala Lumpur.


Cuma ada beberapa ketulan cendol ditemui dalam bungkusan plastik yang dijual di bazar Ramadan, bandar Jerantut, baru-baru ini.


Saudara pengarang,
WALAUPUN Ramadan telah berlalu, saya terpanggil menyatakan rasa kesal mengenai sikap segelintir peniaga di bazar Ramadan, bandar Jerantut yang memanipulasikan keaslian bahan juadah dan harga yang tidak masuk akal.

Sebagai pelancong domestik, saya singgah di bazar berkenaan untuk mencari juadah berbuka puasa bersama anak-anak di bilik penginapan.

Saya meninjau pelbagai jenis juadah lalu mengambil keputusan membeli nasi, sayur, ikan bakar dan tiba-tiba mata melihat pada bungkusan plastik yang tertulis perkataan 'cendol ori'.

Selera saya terbuka kerana sudah lama tidak menikmati minuman berkenaan lantaran hati juga tertambat dengan keramahan penjual wanita dalam lingkungan usia 40-an meminta saya membeli cendolnya dengan harga RM3.50.

Ketika di bilik penginapan, saya terus membuka bungkusan plastik cendol berkenaan namun, terkejut kerana keikhlasan saya berbelanja dibalas dengan penipuan daripada penjual wanita tadi.

Hasrat untuk berbuka puasa sambil menikmati minuman berkenaan meleset apabila cuma ada beberapa ketulan kecil cendol dicampur dengan biji sagu merah. Selebihnya, cuma air gula merah dicampur ketulan ais.

Jika peniaga berkenaan hendak berjimat bahan berkenaan sekalipun dengan mengurangkan (ketulan) cendol biarlah berpada-pada dan munasabah agar masih boleh meyakinkan pelanggan.

Jika peniaga berkenaan seorang yang beragama Islam, barangkali pembaca Rakan Pahang tentu maklum apakah hukum atau pembalasan Tuhan terhadap penipuannya dalam perniagaan.

Barangkali pelanggan lain mungkin menghadapi senario yang sama, iaitu membeli makanan yang basi atau bahan jualan tidak laku disejukkan semula dalam peti sejuk.

Kecewa gangguan air pada hari raya di Felda tidak berubah sejak 30 tahun lalu

Posted:

Kecewa gangguan air pada hari raya di Felda tidak berubah sejak 30 tahun lalu

Kecewa gangguan air pada hari raya di Felda tidak berubah sejak 30 tahun lalu

MAN JENGKA 7,
Bandar Tun Razak.

Saudara pengarang,
KRISIS bekalan air di tanah rancangan Felda di Jengka tiada kesudahan dan bukan satu fenomena baru di kawasan tersebut.

Masalah tersebut pasti mendapat liputan media apabila tiba musim perayaan kerana rata-rata kawasan tanah rancangan akan mengalami krisis bekalan air yang serius.

Lebih teruk lagi isu berkenaan berlarutan lebih 30 tahun dan Pahang sudah pasti terkena tempias kerana terdapat 115 tanah rancangan dengan purata peneroka seramai 43,123 dan lebih 900,943 generasi baru berada di sini.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber air, sudah tentu rakyat sepatutnya bertuah kerana mempunyai bekalan air mencukupi untuk keperluan mereka.

Mungkin apa yang terjadi di Felda Jengka 7, Maran boleh dijadikan kes rujukan sebagai panduan bagi pihak bertanggungjawab membuat perancangan.

Bahkan krisis tersebut semakin menjadi-jadi apabila tiba hari raya dan mimpi hitam itu berulang lagi apabila seramai 11,237 warga peneroka di beberapa tanah rancangan terputus bekalan air pada Aidilfitri yang lalu.

Ia amat merumitkan penduduk yang memerlukan air bagi menghadapi persiapan menyambut anak menantu pulang berhari raya.

Pihak pembekal iaitu Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sepatutnya bersedia dalam apa jua kemungkinan bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pengguna terutamanya pada musim perayaan.

Terus terang saya katakan bahawa apa yang saya alami pada hari tersebut adalah serupa dengan keadaan pada 30 tahun lalu apabila perigi dan paya menjadi sumber bekalan air.

Rungutan demi rungutan serta kata-kata kasar kedengaran oleh penduduk terhadap JBA Pahang dan pemimpin.

Bila tiba hari raya tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha, bekalan air pasti terputus dan pihak JBA seakan-akan membisu seribu bahasa.

Kami warga FELDA di sini sudah naik muak dengan masalah yang sama yang seakan-akan tiada jalan penyelesaian.

Apakah kami harus menunggu kemerdekaan negara yang ke-55 bagi menikmati bekalan air bersih seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Sememangnya kami tidak boleh menunggu lama lagi kerana masa telah lama diberi. Jadi buatlah sesuatu agar kami dapat memerdekakan daripada kesusahan ketiadaan air.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Diana, Sharnaaz, Remy hidupkan Azazil

Posted:

Diana, Sharnaaz, Remy hidupkan Azazil

Diana, Sharnaaz, Remy hidupkan Azazil

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


SALAH satu adegan pertarungan membabitkan watak Kamal (kanan) dan Atan dalam filem Azazil.


TIDAK banyak filem Melayu yang berteraskan cerita-cerita mitos dan sejarah yang dihasilkan dalam industri perfileman tempatan sejak dari dulu hingga kini.

Antara sebabnya kerana kos tinggi bagi membina set penggambaran yang menggambarkan suasana zaman silam dan prob khas untuk digunakan oleh watak-watak yang ditonjolkan.

Selain itu, komitmen yang membabitkan para pelakonnya dalam menghidupkan watak masing-masing dalam suasana penggambaran yang panjang serta mencabar turut menjadi penyumbang kepada faktor tersebut.

Bagaimanapun, bagi Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad serta Remy Ishak mereka tiada masalah memberi komitmen jitu bagi menghidupkan filem berjudul Azazil dalam genre mitos dan aksi itu.

Menurut Diana, dia sentiasa cuba menyahut apa juga cabaran termasuklah dengan mengenakan pelbagai kostum yang berlatarbelakangkan tahun 1940-an yang agak asing baginya dalam filem arahan Kabir Bhatia itu.

"Sebagai pelakon, saya akan sentiasa memberi komitmen padu termasuklah dalam filem ini. Antaranya mengenakan pelbagai kostum atau pakaian lama yang agak lusuh dan kurang selesa kerana mahu menyesuaikannya dengan filem ini.

"Malah, saya juga tiada masalah menjalani penggambaran filem ini meskipun kebanyakkannya diadakan dalam hutan," katanya sewaktu ditemui di lokasi penggambaran Azazil di Hulu Yam, Selangor baru-baru ini.

Jelas anak kacukan Melayu dan Inggeris itu, dia sudah biasa berlakon dalam pelbagai situasi termasuklah dalam filem-filem lama seperti Hanyut yang turut berlatarbelakangkan era sebelum negara merdeka.

Tambah Diana, dia bukan setakat memberi komitmen yang baik dalam mengharungi apa juga jenis latar penggambaran filem lakonannya, tetapi turut menganggapnya sebagai suatu pengalaman baru.

"Saya tiada masalah berlakon dalam filem Azazil. Ini kerana, sebelum ini saya juga telah menghabiskan penggambaran filem Hanyut di mana cabarannya hampir sama seperti watak Aishah lakonan saya dalam Azazil.

"Dalam Hanyut saya turut melakonkan watak gadis Melayu yang hidup pada zaman penjajah di Tanah Melayu. Kebanyakan babak saya dalam filem itu juga di hutan," ujarnya.

Azazil memaparkan kisah di sebuah perkampungan di pedalaman di Tanah Melayu sewaktu era penjajahan tentera Jepun pada tahun 1940-an. Suasana peperangan itu tambah mendebarkan apabila kampung itu digemparkan dengan kehadiran satu makhluk ganas.

Daripada gambaran itu dapat dibayangkan set prob bukan sahaja memainkan peranan penting tetapi ia juga menagih penghayatan para pelakon bagi menghidupkan watak masing-masing.

Sharnaaz Ahmad yang melakonkan watak Atan dalam filem pertama genre seram dan mitos arahan Kabir Bhatia itu turut tidak menafikan cabarannya, apatah lagi difahamkan penggambaran Azazil banyak dijalankan pada waktu malam.

"Apabila mendapat tawaran berlakon filem ini April lalu saya terus menerimanya. Ini kerana, daripada skripnya lagi saya sudah dapat menggambarkan cabaran serta tarikan filem ini.

"Selain itu, saya pula memang teringin berlakon di bawah arahan Kabir Bhatia. Sama seperti Diana, saya juga tiada masalah untuk berlakon dalam filem genre seram. Sebelum ini pun saya pernah berlakon dalam banyak drama aksi dan seram.

"Saya pernah berlakon dalam telemovie seram berjudul Penanggal arahan Michael Ang tahun lalu. Cuma bezanya dalam Azazil ia memerlukan saya bersilat dan lebih banyak adegan pertarungan. Jadi, cabarannya lebih dalam lakonan terbaru saya ini," ujarnya.

Sementara itu, Remy Ishak yang melakonkan watak Kamal dalam filem terbitan Grand Brilliance itu juga teruja berlakon di bawah arahan pengarah berasal dari India.

"Saya mula terbabit dalam bidang lakonan menerusi filem Anak Halal pada tahun 2007 arahan Osman Ali. Filem itu penuh dengan aksi lasak dan begitu juga dengan watak Kamal dalam Azazil. Cuma bezanya Azazil berlatarbelakangkan zaman lampau," jelasnya.

Gabungan Diana, Remy dan Sharnaaz dalam Azazil yang menelan kos mencecah RM1.4 juta dijangka mampu menghidupkan filem itu serta menarik para penonton ke pawagam.

Kolaborasi Dafi dengan muka baru

Posted:

Kolaborasi Dafi dengan muka baru

Kolaborasi Dafi dengan muka baru

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


DAFI mahukan album yang bakal dilahirkan nanti memuaskan peminatnya.


DALAM keterujaan untuk menghasilkan album terbaru, penyanyi muda Gadaffi Ismail Sabri atau nama pentasnya Dafi lebih terbuka untuk berkerjasama dengan muka-muka baru yang belum pernah berkolaborasi dengannya.

Baginya, dia mahu mendapatkan idea-idea baru yang boleh memberikan kelainan dalam albumnya itu nanti.

Tambah Dafi, impiannya untuk melahirkan sebuah album demi mengubati rindu peminatnya.

"Saya mahukan yang terbaik. Sebab itu kalau boleh untuk album ini saya mahu bekerjasama dengan mereka yang belum pernah lagi bekerjasama dengan saya.

"Bagi saya apabila kita bekerja dengan orang yang belum pernah bekerjasama dengan kita itu akan memberikan suatu kelainan.

"Maklumlah kita perlu mengenali diri masing-masing terlebih dahulu dan itu akan membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dalam mencari keserasian untuk melakukan yang terbaik," kata Dafi ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Kelab Peminat Dafi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ujar teraju teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa itu, biarpun mahu mencari muka-muka baru, dia juga berharat untuk muncul dengan mereka yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

"Ada beberapa nama yang saya ingin berkolaborasi lagi dengan mereka dan itu semua bergantung kepada persetujuan nanti.

"Lagipun kini masih lagi dalam proses untuk mencari material yang menepati cita rasa saya.

"Saya mahu material yang akan dimuatkan dalam album itu nanti bertepatan dengan konsep yang saya inginkan.

"Jika semuanya berjalan lancar, kemungkinan hujung tahun ini semuanya akan selesai dan album terbaru saya akan berada di pasaran sekitar awal tahun hadapan," jelasnya.

Kata Dafi lagi, dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan album berkenaan adalah demi mencari kelainan dalam memuaskan hati para peminat.

"Saya mahukan yang terbaik agar peminat tidak kecewa," ujarnya lagi.

Kesempatan bertemu dengan Dafi tidak dilepaskan Hits untuk bertanya berkenaan dengan cerita Aidilfitrinya.

Cerita Dafi, rutin lebaran Aidilfitrinya sedikit berubah sejak ayahnya menjadi salah seorang menteri kabinet.

Ujarnya, jika dahulu setiap kali lebaran, dia dan keluarganya akan pulang ke kampung sama seperti kebanyakan insan lain, kini rutin itu sedikit berbeza.

"Sejak ayah menjadi menteri, kami sekeluarga akan menyambut hari raya bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terlebih dahulu.

"Selepas menunaikan solat Aidilfitri, kami sekeluarga akan terus ke rumah PM dan selepas itu barulah pulang ke kampung untuk berhari raya bersama dengan sanak-saudara.

"Jadinya jadual pulang ke kampung sudah berubah di mana kami pulang ke kampung pada tengah hari 1 Syawal.

"Seperti tahun ini, selepas pulang dari rumah PM kami sekeluarga terus menuju ke Cheras untuk beraya di rumah nenek sebelah ibu saya," bicara Dafi berkongsi pengalaman rayanya.

Selain itu, jelas Dafi, untuk memeriahkan lagi sambutan lebarannya tahun ini, dia akan mengadakan rumah terbuka pada penghujung Syawal nanti.

"Insya-Allah kalau mengikut perancangan rumah terbuka itu adakan 30 September ini, cuma tempatnya masih belum ditentukan.

"Dengan mengadakan rumah terbuka seperti yang dirancangkan itu, ia merupakan landasan terbaik untuk saya mendekati para peminat," ujarnya yang akan tampil dengan single terbaru bulan hadapan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Di sebalik sepuluh tahun selepas 911

Posted:

Di sebalik sepuluh tahun selepas 911

Di sebalik sepuluh tahun selepas 911

PROF. TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia


United Airlines 175 salah satu pesawat yang melanggar satu daripada dua menara Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001. Sejak tarikh itu bermula agenda "Peperangan terhadap Keganasan" Amerika Syarikat. - REUTERS


Minggu ini menyaksikan ulang tahun kesepuluh peristiwa 11 September 2001 (911) yang mencetuskan "Peperangan terhadap Keganasan" rekaan mantan Presiden Amerika Syarikat, Georga W. Bush.

Bahangnya amat dirasai oleh umat Islam sedunia seolah-olah mereka merupakan sasaran utama dalam peperangan tersebut, apa lagi memandangkan sebuah mercu tanda Amerika Syarikat - bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York - diranapkan oleh sekumpulan militan Muslim dari kumpulan al-Qaeda.

Presiden Barack Obama diberitakan akan mengambil kesempatan untuk memperingati semula tragedi tersebut, apa lagi setelah berjaya membunuh ketua al-Qaeda, dan baru-baru ini seorang lagi pemimpin kumpulan tersebut. Memandangkan pilihan raya presiden AS semakin hampir, isu keganasan ini merupakan modal terbaik untuk Obama raih lebih banyak undi buat kali keduanya.

Dalam masa sepuluh tahun sejak 911, banyak yang berlaku atas dasar memerangi keganasan. Banyak pula antaranya yang tidak diduga. Satu antaranya adalah kebangkitan rakyat Arab dan jatuhnya beberapa regim, umpama Tunisia dan Mesir, yang selama ini merupakan sekutu rapat kuasa-kuasa besar dunia; diikuti Libya sejak baru-baru ini.

Satu lagi peristiwa yang amat memeranjatkan adalah keganasan yang berlaku di Oslo, Norway tidak lama dahulu, yang melibatkan seorang militan Kristian berhaluan kanan. Pentingnya peristiwa ini adalah sebagai bukti nyata bahawa keganasan bukan 'hak milik' kumpulan Muslim semata-mata seperti mana yang dimomok-momokkan sejak awal-awal lagi.

Maka ada baiknya jika kewujudan kumpulan militan Kristian ini dikenali secara dekat, sekali gus menafikan bahawa keganasan itu bukan monopoli satu-satu pihak sahaja sebagaimana yang didakwa sejak berlakunya tragedi 911. Memahami senario sejagat ini dapat membantu mencari penyelesaian yang lebih wajar.

Bagi tujuan ini, satu-satu sumber rujukan terkini yang baik adalah buku berjudul The Armies of God - A study of militant Christianity (2010) oleh Iain Buchanan, seorang ahli akademik dan kini penulis bebas. Kajian beliau menyorot balik kepada era Perang Dingin Amerika Syarikat-Soviet Union sehingga pertengahan abad kedua puluh apabila agama dan imperialisme merupakan permainan kuasa-kuasa besar. Terutama selepas Perang Dunia Kedua di mana pola kuasa ekonomi dan politik bertukar, begitu jugalah pola gerakan Kristian yang bergantung kepada struktur kuasa yang wujud terutama di AS dewasa itu.

Sudah tentunya banyak persekongkolan berlaku - sektor korporat, tentera, politik mahupun gereja - untuk mengekal dan mengembangkan lagi pengaruh AS di merata dunia melalui pelbagai cara dan rupa.

Tumpuannya adalah kepada "Jendela 10:40" - yakni bahagian dunia yang berada antara latitud 10 darjah Utara dan 40 darjah Utara, tidak termasuk benua Amerika. Dikatakan 95 peratus penduduk dalam kawasan "Jendela" beragama Islam, Hindu dan Buddha yang mereka anggap dalam "kegelapan" tanpa risalah Kristian, dan oleh itu dijadikan sasaran utama mereka.

Malah petikan dari seorang penyebar risalah Kristian berbunyi: "Dari pusat Jendela 10:40, Islam menjangkau kesemua pelosok dunia, melalui strategi yang sama, kita mesti menembusi 'jantung' Islam melalui kebenaran risalah Kristian yang membebaskan."

Mengikut penulisan Buchanan, selama lebih daripada 30 tahun yang lampau, dasar luar AS bergantung kepada kehadiran penyebar risalah Kristian melibatkan hal-hal pentadbiran, membuat dasar, menaja dan menjalankan aktiviti 'turun padang.' Sungguhpun perkara ini kurang diuar-uarkan dan tersorok daripada tontonan ramai, namun ia penting dan amat berpengaruh dari segi politik, ketenteraan, kebudayaan dan ekonomi.

Ternyata kesannya amat meluas sekali ke atas hubungan antara budaya, agama dan negara serta kebangkitan kuasa dunia sebagai dalang dalam isu-isu sejagat khususnya di negara bukan Kristian seperti Iraq, India, Indonesia dan Thailand. Malaysia tidak terkecuali!

Antara strategi utama yang diamalkan adalah untuk menodai seluruh budaya, masyarakat dan negara berkenaan. Bidang sains sosial, termasuk antropologi, digunakan supaya aspek bangsa, bahasa atau kelas tidak terasa diganggu gugat dalam menyebarkan risalah berkaitan. Oleh itu lebih mudah diterima.

Buchanan mengenal pasti sekurang-kurang tiga buah universiti AS yang menawarkan ijazah khusus untuk mengajak orang Muslim memeluk agama Kristian, berdozen-dozen lagi institusi latihan untuk tujuan yang sama terhadap dunia Islam, disokong oleh berpuluh-puluh agensi yang beroperasi di kalangan orang Islam. Anggaran ratus ribu yang telah dilatih untuk menyebarkan risalah Kristian di negara sasaran di seluruh dunia.

Mereka dibekalkan dengan beberapa cara termasuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai seperti guru, jurutera, doktor, ataupun sebagai pelancong jangka pendek. Ramai juga yang terlatih di kalangan penduduk tempatan, atau sebagai "pekerja pendatang" mahupun pekerja pertubuhan organisasi sukarela yang namanya tersenarai dalam buku penulisan Buchanan itu. Ada yang berpangkalan di negara jiran.

Lebih 600 agensi seumpama ini berasal dari AS menawarkan perkhidmatan di pelbagai negara asing sambil mengutip pelbagai data setempat yang kemudiannya dimasukkan pangkalan data komputer untuk merancang kegiatan mereka. Projek "Pemetaan Spiritual" ini dimulakan pada awal 1990-an dan dikongsikan dengan agensi lain seperti badan perisik AS, CIA.

Selain itu politik diperalatkan juga. Penyebar risalah Kristian terkenal, Billy Graham misalnya, sememang dekat dengan White House sejak Presiden Eisenhower lagi. Dalam pentadbiran Bush, penasihatnya seperti Karl Rove dan Jack Abramoff didakwa terlibat rapat. Begitu juga dengan badan media dan korporat terutama yang berhaluan kanan. Bahkan ramai penceramah korporat dari syarikat Fortune 500 juga terlibat dengan rancangan yang sama.

Walaupun sistem politik Barat secara teorinya berbentuk sekular, kenyataannya tidak begitu disebabkan pengaruh kuat dari jaringan agama Kristian yang mampu menaja dan merancang agenda politik AS. Tujuan asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengkristiankan ekonomi, pentadbiran dan kepimpinan dunia bukan Barat secara halus.

Mengikut Buchanan fahaman "Dominionism" adalah antara teologi yang berbentuk ketenteraan dan elitis. Bagi fahaman ini kerja Tuhan perlu disempurnakan melalui satu "transformasi" di semua peringkat.

Seiring dengan usaha ini, terdapat juga apa yang dikenali sebagai "the Pentagon of modern Christianity" atau "God's Air Command" - satu pusat gabungan yang berhasrat memberi perlindungan dan maklumat strategik dalam memerangi lawan dan musuh!

Hasrat ini selari dengan angka lebih dari 40 peratus personel aktif dalam tentera AS yang menyifatkan diri mereka sebagai penyebar risalah Kristian, sedangkan 60 peratus pegawai agama tentera adalah demikian. Oleh itu tidak hairanlah berlakunya pelbagai seksaan dan peristiwa aib terhadap tawanan Iraq seperti mana yang dilaporkan di Penjara Abu Ghraib serta "Camp X-Ray" di Guantanamo Bay kerana "Allah" dianggap kumpulan ini sebagai penghalang terbesar dalam mencapai matlamat yang disasar.

Kata Buchanan dalam satu temu bual tentang bukunya, banyak perkara yang songsang tentang aktiviti penyebar risalah Kristian ini yang tidak ketahui ramai. Semata-mata kerana dikaitkan dengan kemajuan dan tamadun moden dunia Barat, ramai pula yang tidak mensyakinya.

Dan bagi agama Kristian hakikat ini sedang mendapat perhatian dengan lebih jelas lagi sejak kebelakangan ini. Penolakan dan kegagalan "multikulturalisme" atau prinsip hidup berbilang budaya di banyak negara Eropah adalah bukti terkini yang nyata. Bahkan istilah-istilah seperti "Taliban Kristian" sudah mula muncul.

Apa yang mereka berupaya lakukan dan sedang lakukan tidak kurang mampu mengancam keamanan sejagat apabila negara "ditakluki" dengan secara halus lagi seni menggunakan pelbagai teknologi serta strategi seperti yang diringkaskan diatas. Ini dikaitkan secara langsung dengan negara bukan Barat dan bukan Kristian yang berada di "Jendela 10:40" khasnya.

Apa yang masih samar sebelum ini yakni tentang keterlibatan agama Kristian dengan dunia politik Barat yang kini semakin jelas, bahawa kedua-duanya tidak terpisah sama sekali, malah saling mempengaruhi.

Peperangan ini akan berlarutan seandainya kajian teliti yang dipersembahkan oleh Buchanan dalam bukunya terus terabai seolah-olah hanya militan bukan Barat dan bukan Kristian sahaja yang wajar dipatahkan. Insaflah!

Menguruskan seloka Mat Sabu

Posted:

Menguruskan seloka Mat Sabu

Menguruskan seloka Mat Sabu

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KALAU tidak dilayan kenyataan Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengherokan pengganas komunis, tentulah akan timbul dilema dalam hati.

Sebabnya, Mat Sabu bukannya orang bawah dalam sebuah parti politik. Dia Timbalan Presiden Pas - orang nombor dua selepas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. (Meskipun ranking Pas meletakkannya orang nombor tiga parti yang dikepalai Mursyidul Amnya, Datuk Abdul Aziz Nik Mat yang mengetuai Majlis Syura parti itu).

Tetapi itulah gelagat yang ditunjukkan oleh Pas. Apabila ada segelintir pemimpin kanannya 'tersasar', masing-masing semuanya 'bersatu' mempertahankan apa sahaja ungkapan yang dikeluarkan individu terbabit.

Tidak kiralah sama ada ungkapan yang dikeluarkan amat mengguris hati dan perasaan orang Melayu yang dalam konteks ini tentunya anak-anak dan sanak saudara mangsa pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Dan kalau dilayan berjela-jela kenyataan menghina daripada Mat Sabu ini yang memperlecehkan pengorbanan anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong, mungkin akan didakwa pula sesetengah pihak ia 'mempopularkan' si Mat Sabu ini. Dakwaan itu logik barangkali.

Tetapi dari sudut yang lain, kita tidak nampak sebenarnya apa sumbangan Mat Sabu. Nak dikira nama besar dalam politik tanah air, tidak pula ternampak kesannya. Sekelumit pun jauh sekali. Cuma tempoh hari dia menang pemilihan pucuk pimpinan Pas, yang disebut-sebut ramai 'keputusan luar jangkaan', maka sejak itu namanya muncul kembali. Dan kini menjadi 'besar kepala' dengan kenyataan komunisnya.

Bagi penganalisis politik, Dr. Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), pembangkang di Malaysia hidup atas isu. Kalau tidak ada isu, pembangkang akan dilihat sebagai parti yang mati. Inilah, kata Jeniri, strategi komunikasi yang dipilih oleh pembangkang dan ia kian bersemarak sejak 2005.

"Inilah pendekatan yang digunakan oleh Mat Sabu. Isu popular dan sensasi dipilihnya (mendewa-dewakan komunis)... wujudkan kontroversi walaupun ia tidak logik dan melanggar arus perdana," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Barangkali boleh dipertimbangkan komen Dr. Jeniri ini jika dilihat lagi kontroversi baru yang 'cuba dicetuskan' Mat Sabu dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur kelmarin. Timbalan Presiden Pas ini yang memang terserlah gelagat lawaknya menimbulkan pula persoalan sama ada benar bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng seorang pengganas.

Lebih dari itu pula, kata Mat Sabu, jika diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebaliknya orang lain.

Dan 'pandai' pula Mat Sabu ini dengan keletah ungkapan ringkasnya dalam forum itu: "Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri," sambil disambut tepukan dan ketawa hadirin.

Bercakap mengenai sifat individu yang mirip Mat Sabu, Dr. Jeniri menyifatkan ada individu sepertinya umpama dalam 'jiwa kacau'. Dan Mat Sabu termasuk kalangan ahli politik yang hidup dengan 'memperkudakan isu'.

"Kalau tidak, dia tidak akan dikenali. Jadi, lagi lama isu itu dalam arus perdana lagi seronoklah, kian bergeleteklah dia asalkan matlamat menghalalkan cara," kata beliau.

Dr. Jeniri menarik perhatian mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang mungkin dicetuskan oleh 'ungkapan-ungkapan isu separuh benar, beretorik seterusnya memperdayakan rakyat' sehingga membawa keputusan memihak pakatan pembangkang di beberapa negeri.

Apalagi dengan sikap segelintir orang yang memang gemar mendengar cerita kontroversi.

Keupayaan teknik retorik yang efektif dengan bahasa yang hebat boleh menyebabkan rakyat terperangkap.

Justeru amat penting bagi kerajaan yang telah menerima mandat rakyat yang sah untuk mengemukakan wacana-wacana tandingan (melawan balik ungkapan lawak Mat Sabu) dengan bersandarkan kepada fakta dan hakikat.

"Dan bukannya bersandarkan kepada imaginasi atau fakta separuh benar yang bertujuan untuk berpolitik dan merugikan bangsa, agama dan negara," kata beliau.

Dalam hal ini, Dr. Jeniri mempersoalkan pembangkang: "Ke mana hala tuju pembangkang di negara ini. Adakah nak membina masyarakat atau cuba menghancurkan apa yang sudah ada dan tidak peduli lagi dah dengan nawaitu dan politik pemikiran kotor."

Mengakui ungkapan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memilih pengganas komunis jadi hero membuatkannya menggeleng-gelengkan kepala, Dr. Jeniri menarik perhatian bahawa sebuah kerajaan mungkin boleh tumbang jika wujud persepsi atau tanggapan atas 'lawak yang mungkin ditanggap benar' seperti mana dicetuskan Mat Sabu.

"Memang agak bahaya jika tidak ada tangkisan fakta daripada ahli sejarawan, mungkin kita perlukan debat intelektual antara Mat Sabu dan ahli sejarawan dan bukannya antara orang politik dengan lawannya daripada parti lain.

"Sebab itu isu ini tidak akan selesai jika Mat Sabu berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO Pusat, Khairy Jamaluddin. Mat Sabu patut ajak ahli sejarawan berdebat dengannya tentang sumbangan Mat Indera dan bukannya mempelawa (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin (Yassin)," katanya.

Dr. Jeniri seterusnya meminta Mat Sabu membaca semula sejarah tragedi Bukit Kepong atau setidak-tidaknya meminta anaknya memperdengarkannya di telinga. Memetik sebahagian sejarah pertempuran itu, kata Dr. Jeniri:

"Dalam detik terakhir pertempuran hebat disertai gerombolan 180 pengganas di balai polis yang diperbuat dari kayu di tebing Sungai Muar itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak polis terbakar hangus dalam berek kelamin.

Pada ketika itu hanya tiga orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.

Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

"Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.

"Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan Abu Bakar, anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api. Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang."

Dan ungkapan kontroversi terbaru yang diuar-uarkan Mat Sabu dalam forum di Kuala Lumpur kelmarin barangkali sudah dijawab oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa satu program wacana pemikiran di Ayer Keroh, Melaka Rabu lalu.

"Biar dia (Mat Sabu) cakap banyak, baru kita tahu lubuk hati dia yang sebenar. Kalau dia tidak cakap, kita tak tahu siapa di belakang dia. Sekarang ini kita tahu, mereka sebenarnya adalah penyokong komunis dan pengganas.

"Sebab itu, saya ingat tak perlulah tangkap dia (Mat Sabu ini), beri dia cakap banyak-banyak supaya kita akan tahu jenis orang di belakangnya. Ini rakyat harus tahu kerana kalau tidak, mereka terus tertipu sepanjang masa," kata Dr. Mahathir.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Baraan rapatkan silaturahim

Posted:

Baraan rapatkan silaturahim

Baraan rapatkan silaturahim

Oleh HELMI MOHD FOAD


Rombongan baraan berkunjung dari rumah ke rumah dengan berjalan kaki dan bermotosikal setiap kali menyambut syawal.


SELESAI bacaan tahlil dan doa kepada para arwah dan sekian muslimin serta muslimat yang dilakukan selepas solat sunat Aidilftri, soalan pertama ditanya pada sekalian jemaah adalah: "Bagaimana tahun ini, kita buat baraan tak?"

Soalan yang sudah pasti dijawab: "Ya" oleh para jemaah surau Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

Mana mungkin tradisi turun temurun yang diamalkan sekian lama oleh masyarakat Islam berketurunan Melayu Jawa itu dilupakan. Biarpun generasi bersilih ganti, tradisi baraan di Aidilfitri telah dilestarikan sejak sekian lama.

Dahulu, biasanya baraan dibuat sehingga empat sesi iaitu hari pertama raya adalah baraan golongan dewasa termasuk warga emas lelaki, kemudian diikuti pada hari berikutnya anak-anak muda lelaki, kaum ibu dan seterus kumpulan gadis-gadis pingitan di kampung.

Namun perubahan zaman berlaku, generasi lama sudah tiada dan anak-anak muda ramai sudah berumah tangga dan berhijrah ke luar.

Kini tinggal hanya dua sesi baraan - kaum lelaki dan kaum ibu sahaja!

"Esok pukul 9 pagi, kita mulakan baraan dengan semua ahli jamaah berkumpul di surau," demikian keputusan sepakat bagi menjayakan baraan tahun ini.

Kebetulan tahun ini giliran penulis berhari raya di kampung halaman di Tali Air 10. Jadi peluang mengikut baraan pada tahun ini tidak dilepaskan dan menyempurnakannya dari awal sehingga akhir.

Apatah lagi teringat pada khutbah Aidilfitri sebelum itu, khatib berkali-kali berpesan kepada para jemaah tentang betapa penting lebaran diisi dengan program ziarah menziarahi, kunjung mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara sanak saudara dan jiran tetangga.

Silaturahim perlu diperkukuhkan meskipun dengan orang yang telah memutuskan tali persaudaraan dengan kita, tegas khatib.

Justeru, ia sejajar dengan semangat silaturahim yang dibawa dalam tradisi baraan - budaya kunjung mengunjungi secara berkumpulan di pagi Aidilfitri yang diwarisi sejak sekian lama oleh masyarakat Jawa.

Mungkin dalam suasana yang berbeza mengikut keadaan setempat sama ada di Selangor, Johor atau di sebelah Perak, baraan ternyata benar-benar meriahkan suasana Aidilfitri.

Seawal pukul 9 pagi keesokannya, hampir 60 ahli jemaah siap berkumpul di pekarangan surau. Kanak-kanak, anak-anak muda dan generasi warga emas yang masih kuat kudratnya tidak ketinggalan mahu menjayakan baraan di lebaran ini.

Masing-masing lengkap berbaju Melayu, bersongkok dan berketayap dalam suasana penuh berwarna-warni.

Penulis turut membawa anak lelaki, Nur Ali Irfan, 9 agar dia mengenali tradisi mulia baraan ini sejak di peringkat rebung lagi.

"Nak duit raya tak? Jom, ikut abah pergi baraan," kata penulis.

Bagi memudahkan perjalanan menghabiskan 'penjelajahan' dari satu kampung dalam baraan, motosikal menjadi pilihan. Deruman enjin motosikal meskipun membingitkan telinga di samping dentuman mercun bola saling berbalas (sudah pasti agak merbahaya jika tidak berhati-hati) bagaikan mengiringi pergerakan rombongan.

Menggeleng-geleng kepala pakcik-pakcik malah ada yang melatah terkejut dek dentuman mercun tetapi semua itu tidak mengapa.

Ini lebaran, biarkan sahaja anak-anak muda itu bergembira.

Destinasi pertama rumah tuan imam kampung, Basri Abdul Karim yang kami tuju. Kalau tidak kerana baraan mungkin penulis sendiri tidak berkesempatan menziarahi rumah pak ustaz yang lemah lembut tutur bahasanya itu. Dia tersenyum ramah menyambut salam yang saya hulurkan.

Di rumahnya, tuan imam sempat menitipkan pesan-pesan tentang kepentingan ziarah menziarahi.

Sesudah itu, anggota baraan bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Kebiasaannya setiap wakil tuan rumah akan turut serta dalam rombongan. Itu 'syarat wajib' atau sebenarnya sikap tanggungjawab dan tanda sepakat jika mahu rombongan baraan singgah ke rumah.

Tiba di rumah tetangga, tersenyum tuan rumah menyambut anggota-anggota baraan dengan hati penuh gembira (walau begitu ramai, tidak terhitung jari).

Hari Raya di bumi Sunan Kalijaga

Posted:

Hari Raya di bumi Sunan Kalijaga

Hari Raya di bumi Sunan Kalijaga

Oleh FARISH A. NOOR


Replika atau patung seorang kiai yang sedang mengajar al-Quran turut menjadi tarikan dalam Sambutan Malam Aidilfitri di Pulau Jawa Indonesia.


OMBAK manusia di Jalan Parangtritis semakin deras; bunyi sepeda-motor semakin kuat, asap enjin menyelimut wajah anak-anak kecil yang mengantuk, menguap ketika baring dan duduk di atas riba ibu-ibu mereka.

Di seberang jalan satu keluarga membuka tikar dan langsung 'berkelah' di kaki lima jalanan. Bapak yang menjaga toko kedai jamu bertanya pada saya: "Mas, mau coba urat madu". "Nggak usah Pak, saya nggak butuhin jamu lho! Hahahaha!" jawab saya.

Berdiri di sisi Jalan Parangtritis pada malam terakhir bulan Ramadan, kita menunggu kedatangan anak-anak muda yang akan memeriahkan Karnival Takbiran Lebaran ala Jawa.

Setelah sepanjang bulan Ramadan mereka menyediakan diri dengan latihan-latihan, iaitu setiap senja setelah Maghrib.

Pakaian seragam mereka, semuanya dibuat sendiri: ada yang berpakaian kostum panglima silat, ada yang pakai pakaian guru ala Kung-Fu; ada yang nak jadi Transformer; ada yang pakai bertopeng watak kartun kesukaan kanak-kanak; terutamanya Spongebob dan Doraemon!

Namun begitu, ini bukan suatu perayaan sekular, tapi keagamaan: Perayaan hari raya, hari lebaran, yang unik di Jogjakarta, Jawa Tengah.

"Sudah tiga kali saya merayakan lebaran bersama teman-teman saya di Jogja, iaitu para akademik (dosen kalau dalam Bahasa Indonesia) dari Universitas Islam Sunan Kalijaga dan Universitas Gajah Mada (UGM).

"Buat mereka ini merupakan suatu fenomena lokal atau tempatan yang biasa. Sejak bangku sekolah mereka telah melibatkan diri mereka dalam karnival lebaran sebegini.

"Kalau di Malaysia meriah begini Mas Farish?" saya ditanya. "Eh, nggak- Sambutan raya di Malaysia ngak begitu warna-warni. Kalau karnival begini, hampir ngak ada langsung" jawab saya. Mereka tercengang, lalu bertanya: "Eh, manakan bisa? Bukan lebaran itu suatu yang 'enjoy', suatu yang bikin senang?"

Ya, lebaran bikin senang. Buat mereka perayaan hari terakhir Ramadan itu menandakan suatu kemenangan yang besar. Dalam konteks jihad rohani dimana ego dan nafsu ditewaskan oleh semangat dan iman yang lebih kuat, ini merupakan suatu kemenangan yang sangat luar biasa.

"Bagi saya, ini juga merupakan suatu kemenangan yang penting pada tahap simbolik. Kemenangan semangat warga Indonesia yang begitu bangga dengan budaya, bahasa dan sejarah mereka; yang yakin dalam segala persoalan keimanan dan keagamaan. Mereka juga bangga dengan budaya dan pendirian budaya mereka".

Fenomena ini menekankan hakikat bahawa warga Indonesia di Pulau Jawa itu Muslim, tetapi dalam masa yang sama juga Jawa (bangsa). Kedua-duanya diberi keberatan yang berpatutan. "Kulo wong Jowo, bukan wong Arab" (Kita orang Jawa, bukan orang Arab).

"Berkali-kali saya diingatkan fakta yang sama," kata Dr. Farish.

Di Jawa, budaya dan identiti Kejawen begitu kuat dan kental, sehingga tidak dapat dilupakan. Apabila berita bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mungkin melawat Jogjakarta dan Borobudur disiarkan tahun lalu, ada pula budayawan Jawa yang menyuarakan keinginan mereka melihat Presiden itu memakai kain (sarung) batik Jawa di kraton (istana) dan Candi.

Tidak kira Obama Presiden Amerika pun, di Jawa, tetap Jawa dan budaya-identiti Jawa diutamakan!

Sifat bangga budaya Jawa ini bukan hanya khusus bagi umat Islam, tapi juga orang Kristian di Jawa juga. Di selatan Jogjakarta ada pula Gereja Ganjuran ala' Jawa di mana muzik Kristian tiap hari Ahad itu dalam bentuk muzik gamelan.

Jika dilihat di dinding, patung Jesus yang ada di sana pun memakai kain batik (corak Parang Rosak).

Luar biasa komitmen orang Jawa kepada Budaya dan bahasa mereka, sehingga Nabi pun pakai kain batik!

Setelah waktu Isyak, perarakan pun bermula. Saya duduk di kaki lima sambil menghisap rokok klobot yang dibuat dengan kulit jagung.

Bau aroma (rokok) kretek ada di mana-mana. Bunyi gamelan semakin kuat - gedung-gedang gedung-gedang - dan terdengar suara merdu yang melaungkan takbir ala Jawa dalam loghat Jawa yang sekental kopi Jawa.

Anak-anak mula bermain mercun dan bunga api, ibu-bapa tersenyum-senyum senang.

Kalau di Barat, media Barat khuatir akan kebangkitan Islam radikal yang dikatakan berpusat di Indonesia. Tetapi setelah berkunjung ke Jawa berkali-kali dari tahun 1996 hingga sekarang, realiti hidup masyarakat Indonesia buat saya adalah ini:

"Suatu bangsa yang bangga dengan diri mereka, budaya dan bahasa mereka. Tak kira susah ataupun senang, Budaya Jawa itu masih hidup.

"Saya masih teringat betapa sedihnya saya dan teman-teman akademik setelah berlaku gempa bumi di Jogja, di mana universiti kita hancur ranap; masjid di Universitas Islam pecah dua, seakan kek yang dipotong pisau raksasa. Namun begitu, slogan di jalanan mendeklarasikan: 'Jogja Bangkit!'

Buat teman-teman di Malaysia yang tidak pernah ke Jogjakarta - kota budaya, ilmuwan dan seni yang luar biasa itu - eloklah berkunjung ke sana.

Bukan susah kalau mahu ke Jogja. Zaman ini menaiki kapal terbang hanya dua jam saja. Jika mahu menonton karnival raya dengan segala aspek budaya-agama yang kompleks dan menarik ini, jangan lupa tarikhnya, hari Ramadan terakhir, malam raya.

Walaupun kita - Malaysia dan Indonesia - merupakan negara jiran dengan hubungan sejarah yang begitu lama dan dalam, ini merupakan suatu fenomena yang mesti dilihat.

Jika sesiapa ingin membidas dakwaan bahawa agama Islam itu ekstrem dan umat Islam itu fanatik belaka, maka tunjukkan foto-foto dan video perayaan Lebaran di Jogja yang begitu senang, meriah dan hangat.

Segala pendustaan dan penipuan media yang anti-Islam itu akan berkecai langsung, berdepan dengan realiti Islam yang warna-warni ini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved