Selasa, 17 September 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Warga emas mati dalam kejadian samun

Posted: 17 Sep 2013 09:14 PM PDT

Oleh: MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 18 Sept. - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam satu kejadian samun di rumahnya dekat Jalan Tun Sardon, Balik Pulau di sini, hari ini.

Mangsa, Chin Len Wong, 83, ditemui anak lelakinya ketika datang untuk menghantar makanan kepada ibu bapanya kira-kira pukul 9 pagi.

Sebaik tiba, dia mendapati ayah serta ibunya berada dalam keadaan tertiarap di atas lantai.

Ibunya, Chang Yook Kee, 71, kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE

Mayat kekasih berkecai digilis treler

Posted: 17 Sep 2013 11:49 AM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 17 Sept. - Hajat sepasang kekasih bertunang pada hujung tahun ini tidak kesampaian selepas kedua-duanya maut digilis sebuah treler sejauh kira-kira 40 meter di Kampung Parit Buah Keras 2, Jalan Temenggong Ahmad sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.05 malam semasa pasangan itu yang menaiki motosikal jenis Honda Ex5 sedang memotong treler itu tetapi malangnya bertembung dengan beberapa motosikal dinaiki sekumpulan remaja di laluan bertentangan yang sedang merempit.

Difahamkan, terdapat lima hingga tujuh buah motosikal kumpulan remaja itu yang melakukan aksi berbahaya termasuk mengangkat tayar hadapan.

Insiden itu menyebabkan kenderaan mangsa terjatuh lalu kedua-duanya, Mohd. Azamudin Ahmad, 18, dari Parit Limbung dan Wan Hs Norfatihah Wan Pauzi, 16, dari Parit Bakar digilis treler tersebut manakala beberapa remaja berkenaan terbabas dan terhumban ke dalam parit bersebelahan kebun kelapa sawit.

Difahamkan, penunggang remaja yang terbabas ke tepi jalan dilarikan rakan mereka kerana cedera ringan dan yang terhumban ke dalam parit dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini kerana patah kaki.

Lebih menyedihkan cebisan daging kedua-dua mangsa turut bertaburan di atas jalan dalam jarak lima meter selain ada beberapa anggota badan yang putus akibat digilis treler 28 tayar berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku semasa Mohd. Azamudin dalam perjalanan menghantar pulang Wan Hs Norfatihah yang bekerja sebagai jurujual di Pasar Raya Econsave.

Saksi, Faiz Ali, 20, yang berada di belakang kumpulan motosikal remaja itu berkata, semasa kejadian dia sedang dalam perjalanan untuk menjemput kakaknya pulang bekerja lalu berhenti membantu penunggang motosikal yang terjatuh dalam parit.

"Semasa dipapah remaja belasan tahun itu tidak dapat berjalan dan terdapat lima hingga tujuh motosikal dalam kumpulan itu. Walaupun tidak dengar hentaman kuat tetapi bunyi mangsa di lenyek begitu jelas," katanya.

Pemandu treler itu, Mohd. Isa Hamid, 52, berkata, semasa kejadian dia bersama kelendannya, Musa Muhamad, 45, dalam perjalanan menghantar makanan ayam dari Pelabuhan Klang ke Semerah, Batu Pahat.

"Selepas berlaku pelanggaran, saya lihat di cermin sisi motosikal mangsa terseret jauh tetapi tidak nampak penunggang serta pemboncengnya.

"Kami ingatkan tiada apa-apa yang serius dan saya memberhentikan treler pada jarak kira-kira 40 meter kerana mahu melihat apa yang berlaku.

"Apabila turun, alangkah terkejutnya ternampak dua mangsa bergelimpangan dalam keadaan putus dan hancur anggota badan di atas jalan raya," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, bapa Mohd. Azamudin, Ahmad Semi, 50, berkata, kedua-dua jenazah selamat dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Masjid Parit Limbung.

"Anak sulung saya sudah setahun berkenalan dengan teman wanitanya dan merancang bertunang hujung tahun ini tetapi apakan daya, tidak kesampaian," katanya yang mempunyai lima orang anak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Piala Malaysia: Tok Gajah intai tiket suku akhir

Posted: 17 Sep 2013 05:54 PM PDT

KUANTAN 18 Sept. - Peluang Pahang untuk menempah tiket ke suku akhir kini kembali cerah apabila berjaya membenam Negeri Sembilan 3-0 dalam saingan kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, Pahang yang menguasai perlawanan cuba menjaringkan pertama pada minit-30 menerusi tendangan cantik Mohd. Amirul Hadi Zainal namun gagal menembusi gawang skuad Rusa selepas bola tersasar ke tepi palang.

Negeri Sembilan pula nampak lemah walaupun beberapa kali percubaan gagal disempurnakan selepas pertahanan Tok Gajah berjaya mematahkan serangan.

Minit ke-45, Pahang sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma oleh Azidan Sarudin tetapi berjaya ditepis penjaga gol Negeri Sembilan, Badrulzaman Abdul Halim.

Masuk babak kedua, perlawanan nampak seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Namun, kealpaan pertahanan skuad Rusa membawa padah apabila hantaran cantik Azidan berjaya dirembat masuk oleh Matias Conti pada minit ke-50.

Pertahanan Negeri Sembilan sekali lagi dihukum apabila hantaran cantik Mohd. Amirul Hadi berjaya disepak masuk oleh R. Gopinathan pada minit ke-70.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, Negeri Sembilan cuba bangkit dengan membuat beberapa serangan, namun digagalkan pertahanan Pahang.

Bagaimanapun, Pahang yang mendapat sepakan percuma pada minit ke-83 tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila tendangan cantik Azidan gagal ditepis keluar Badrulzaman menjadikan Tok Gajah kekal mendahului 3-0 sehingga tamat perlawanan. - UTUSAN ONLINE

Hasrat Terengganu ke suku akhir berkubur

Posted: 17 Sep 2013 05:48 PM PDT

PENGADIL perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar (dua kiri) menenangkan pemain-pemain Teregganu yang tidak berpuas hati dengan penjaga garisan pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Hasrat Terengganu untuk kembali bangkit memburu tiket ke saingan suku akhir Piala Malaysia musim ini berkubur apabila dimalukan juara bertahan, Kelantan 1-3 dalam aksi yang berlangsung dalam suasana `tegang' di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi.

Biarpun masih memiliki baki satu perlawanan dalam tangan, namun, skuad kendalian E. Elavarasan itu boleh mengucapkan selamat tinggal lebih awal kerana gagal memanfaatkan aksi terakhir di laman sendiri sebelum menutup tirai saingan peringkat Kumpulan C menentang Negeri Sembilan Sabtu ini.

Tuan rumah bermula baik apabila melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke kubu pelawat namun dikecewakan oleh sentuhan penyudah yang kurang kemas terutamanya daripada penyerang import mereka, Effa Owona.

Sebaliknya, Kelantan yang sesekali mengasak terlebih dahulu mengejutkan pelawat apabila umpanan lintang penyerang, Mohd. Fakri Saarani terkena kapten skuad Penyu, Hasmizan Zakaria yang kemudian tertampan bola ke gawang sendiri untuk gol pertama pelawat.

Gol tersebut bagaimanapun tidak melemahkan semangat juang tuan rumah yang kembali mempamerkan aksi bertenaga untuk memburu jaringan penyamaan.

Bermula daripada satu sepakan percuma luar kotak penalti yang diambil oleh Owona, bola kemudian melantun sebelum menerjah jaring yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pelawat, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-33.

Namun demikian, gol tersebut tidak dikira pengadil, Syed Azhar Syed Kamar kerana seorang pemain Terengganu iaitu G. Puaneswaran berada dalam kedudukan ofsaid sekali gus membangkitkan kemarahan puluhan ribu penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium malam tadi.

Akibat daripada itu,perlawanan terhenti hampir lima minit sebelum disambung semula dengan tambahan masa kecederaan selama lima minit sebelum para pemain menuju ke bilik persalinan untuk rehat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, tuan rumah kembali memperkemaskan jentera serangan mereka, namun kelalaian benteng pertahanan membawa padah apabila Indra Putra Mahyuddin menggandakan jaringan buat pasukan pelawat selepas menerima bola umpanan kapten, Mohd. Badri Radzi pada minit ke-56.

Tuan rumah cuba bangkit merapatkan kedudukan menerusi Ashaari Samsudin pada minit ke-74 namun kapten pelawat, Badri atau Piya menamatkan sisa-sisa harapan tuan rumah dengan gol ketiga pelawat pada minit ke-86 perlawanan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pandangan rakyat diambil kira

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

WAN Rosdy Wan Ismail (kanan) menerima cenderamata daripada Ahmad Daud selepas merasmikan majlis pelancaran Publisiti Awal Tanah Rancangan Daerah Cameron Hihglands di Kelab Golf Sultan Haji Ahmad Shah Tanah Rata, baru-baru ini.

CAMERON HIghLANDS 17 Sept. - Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) meminta penyertaan orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan masa depan pusat peranginan tanah tinggi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan negeri bagi memastikan daerah tersebut terus membangun dan pada masa sama tidak menjejaskan alam sekitar.

Menurut beliau, melalui cara itu kerajaan negeri berharap dapat mewujudkan persekitaran lebih mampan bagi kepentingan penduduk dan alam sekitar.

"Sebelum membuat sesuatu pembangunan kerajaan negeri membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan.

"Daerah ini memerlukan perancangan yang lebih sistematik berasaskan pembangunan semasa memandangkan tempat ini menjadi tumpuan pelancong selain kawasan pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Publisiti Awal Tanah Rancangan Cameron Hihglands di Kelab Golf Sultan Haji Ahmad Shah Tanah Rata dengan dihadiri Yang Dipertua MDCH, Datuk Ahmad Daud di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, Cameron Highlands menjadi daerah pertama dipilih di negeri ini untuk menjalankan kajian Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Penggantian.

Katanya, publisiti awal itu merupakan kajian penggantian kepada RTD 2003-2015 terdahulu dan kajian dibuat bertujuan menyusun semula guna tanah di daerah tersebut.

"Banyak pihak sebelum ini meminta kerajaan negeri bertindak tegas menangani penerokaan tanah haram secara tidak terkawal bagi tujuan pertanian kerana berlaku ketidakseimbangan alam sekitar sehingga menyebabkan banjir.

"Selain itu, kehadiran pelancong yang bertambah setiap tahun menyebabkan Cameron Highlands berhadapan dengan kesesakan jalan raya terutama setiap hujung minggu, musim cuti persekolahan dan perayaan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kini jalan masuk ke pusat peranginan itu lebih mudah menerusi Jalan Sungai Koyan, Lipis; Tapah dan Simpang Pulai (Perak) serta Gua Musang di Kelantan.

"Ini memudahkan pelancong tempatan dan asing mengunjungi Cameron Highlands berbanding 10 tahun lalu yang hanya menggunakan satu pintu masuk sahaja iaitu melalui Tapah," ujarnya.

Mutiara Taman Negara Resorts rai pengamal media

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

JERANTUT 17 Sept. - Mutiara Taman Negara Resorts (MTNR) meraikan 12 pengamal media dari Kuala Lumpur yang menyertai program lawatan ke Taman Negara Kuala Tahan di sini baru-baru ini.

Mereka yang mengikuti lawatan selama tiga hari dua malam itu disambut oleh warga MTNR dengan diketuai oleh Pengurusnya, V. Nathan dan Pengurus Pelancongannya, Sabri Abdullah.

Menurut Nathan, pihaknya menaja penginapan kepada kumpulan tersebut dalam usaha mempromosikan Taman Negara untuk menarik pelancong tempatan mengunjungi destinasi itu.

"Sasaran kami, setiap pelawat domestik dan pelancong antarabangsa mesti mengunjungi taman negara setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

"Kami berharap menerusi promosi media ini membolehkan syarikat swasta dan korporat di seluruh negara memilih Taman Negara serta MTNR sebagai lokasi percutian kerana sebelum ini kurang memperoleh maklumat mengenai destinasi percutian taman ini," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, bagi merancakkan promosi pemasaran, MTNR bekerjasama dengan pengusaha resort dan restoran tempatan termasuk bot penambang untuk memperolehi manfaat dengan kehadiran ramai pelancong.

Dalam pada itu, Sabri berkata, promosi tersebut akan dilaksanakan secara berterusan membabitkan pengamal media tempatan dan antarabangsa.

"Kita mula menggiatkan promosi bersama kumpulan media ini setelah MTNR selesai membaik pulih chalet dan beberapa kemudahan hospitaliti di sini," ujarnya.

Cari kaedah proses hasil pertanian

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

KUANTAN 17 Sept. - Pengusaha buah-buahan tempatan perlu mencari kaedah dalam memberi nilai tambah termasuk memproses hasil pertanian itu menjadi produk makanan yang mampu dipasarkan di luar musim sepanjang tahun.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutan (FAMA) negeri, Ibrahim Mahmood berkata, cara itu mampu menjana pulangan kepada mereka walaupun berlaku lambakan atau kejatuhan harga buah-buahan di pasaran.

Menurut beliau, pihaknya bersedia membimbing pengusaha tempatan dalam menghasilkan produk makanan daripada buah-buahan tempatan.

"Perkara itu telah kita mulakan di Pusat Pemasaran FAMA Jerantut apabila durian kampung yang kurang mendapat permintaan dikumpul dan diproses menjadi tempoyak.

"Buah itu kemudian diproses menjadi pes atau dibungkus bagi tujuan eksport," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Bulan Buah-buahan Tempatan peringkat negeri di tapak Pasar Tani Mega di pekarangan Pusat Transformasi Bandar di sini kelmarin.

Pelancaran tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Mohamad Fakhruddin Mohd. Ariff.

Ibrahim berkata, proses penghasilan itu bagaimanapun perlu mematuhi aspek ditetapkan supaya kualitinya terjamin dan mampu menembusi pasaran luar.

"Bagi musim buah-buahan tahun ini, tiada masalah lambakan berlaku dan harganya masih stabil serta mampu memberi pulangan baik kepada pemilik dusun atau peniaga,'' katanya.

Menurutnya, kempen makan buah-buahan tempatan masih perlu dipergiatkan terutama kepada generasi muda supaya golongan itu mengenali jenis buah-buahan tempatan.

"Sebab itu kita adakan kempen ini supaya golongan itu mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan sebagai makanan harian," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dua pemilik bengkel didakwa

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

Oleh MARZITA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 17 Sept. - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 30 pertuduhan menyebabkan pencemaran air dan tanah yang dikaitkan dengan tumpahan minyak diesel sehingga mengakibatkan kira-kira sejuta pengguna di Lembah Klang mengalami masalah bekalan air, 30 Ogos lalu.

Ng Kim Bok, 55, dan isterinya, H'ng Soo Chiew, 56, yang merupakan pemilik tiga buah syarikat bengkel kenderaan, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa kepada mereka.

Kim Bok dan Soo Chiew didakwa bersama-sama atas 20 pertuduhan sebagai pemilik dan pengarah syarikat Muhibbah Mok Sdn. Bhd. dan Ng Kim Bok Realty Sdn. Bhd.

Lelaki itu turut didakwa atas 10 lagi pertuduhan sebagai pemilik dan pengarah kepada syarikat Muhibbah Mok Workshop.

Kedua-duanya didakwa melakukan pencemaran melalui pembuangan minyak secara ditanam, tumpahan di tanah dan tumpahan ke sungai antara pukul 9.50 pagi dan 11.40 pagi, 30 Ogos lalu di premis di Sungai Gong, Lot 35222, Sungai Bakau, Bandar Kundang, Gombak, dekat sini.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 24(1) dan Seksyen 25 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul turut mengemukakan pertuduhan terhadap mereka mengikut Enakmen Lembaga Urus Negeri Selangor (LUAS) yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Walau bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tidak lagi mempunyai pendapatan setelah kilang mereka ditutup.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar kemudian membenarkan Kim Bok dijamin RM150,000 manakala isterinya RM100,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 10 Oktober ini.

Berdasarkan laporan akhbar pada 30 Ogos lalu, empat loji rawatan air (LRA) yang diuruskan oleh Puncak Niaga Holdings Bhd. dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) di negeri ini terpaksa dihentikan sementara operasinya akibat tumpahan minyak diesel yang berlaku di hulu sungai di sekitar kawasan Rawang.

Menurut kenyataan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) ketika itu, penutupan sementara operasi di LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3, serta Rantau Panjang menjejaskan bekalan air kepada 240,000 akaun atau hampir sejuta orang pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Operasi empat loji terlibat terpaksa dihentikan bermula pukul 8 pagi kerana tumpahan minyak diesel yang dipercayai berpunca dari sebuah bengkel menyebabkan pencemaran sumber air kepada empat loji berkenaan.

Katanya, keempat-empat LRA itu mengeluarkan bekalan air terawat sebanyak 2,670 juta liter sehari (JLH) iaitu 57 peratus daripada jumlah permintaan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kes Anwar: Seorang panel hakim Mahkamah Rayuan tarik diri

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

PUTRAJAYA 17 Sept. - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan seorang daripada ahli panel bersidang, Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang turut bersidang bersama Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal pasukan pembelaan yang mewakili Anwar.

Mahkamah kemudian menetapkan esok bagi mendengar permohonan pihak pembelaan agar peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pasukan pendakwa raya, digugurkan daripada mewakili pihak pendakwaan dalam rayuan itu.

Pelantikan secara kontrak itu dibuat oleh Peguam Negara mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan disahkan melalui surat yang ditandatanganinya pada 2 Julai lalu.

Terdahulu, peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan mengemukakan bantahan awal terhadap kehadiran Hakim Tengku Maimun dalam panel itu serta memohon beliau menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut.

Karpal berhujah, hakim berkenaan pernah terlibat dalam kes saman malu oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keputusannya pada 9 Julai 2007 tidak memihak kepada Anwar.

Menurut peguam bela itu, Hakim Tengku Maimun ketika menolak saman malu tersebut telah mengguna pakai satu ulasan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh kegiatan homoseksual Anwar dalam satu lagi kes liwat.

Mahkamah Persekutuan ketika itu membuat ulasan menyatakan wujud bukti yang mengesahkan perayu-perayu (Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam kegiatan homoseksual walaupun mahkamah tersebut membuat keputusan majoriti untuk membebaskan Anwar dalam kes tersebut.

Menurut Karpal lagi, isu berhubung perkara tersebut hanya dibawa ke pengetahuan beliau pada Jumaat lalu selepas dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Ramkarpal Singh.

Sehubungan itu, Karpal menghujahkan, Hakim Tengku Maimun seharusnya menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut berdasarkan ulasan yang diguna pakai itu boleh mendorong kepada berat sebelah dan menimbulkan persepsi yang kurang menyenangkan.

Hujah Karpal lagi, persoalan utama dalam rayuan yang akan didengar di hadapan kuorum berkenan melibatkan isu liwat dan dalam kes saman malu itu, hakim berkenaan telah menyertakan ulasan berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Muhammad Shafee berhujah, mahkamah perlu menimbang bahawa saman malu tersebut dikemukakan berdasarkan kepada kenyataan bekas Perdana Menteri berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Anwar.

Peguam bela menghujahkan, kenyataan yang dikeluarkan itu bukan penemuan fakta kerana saman tersebut tidak didengar langsung selepas Hakim Tengku Maimun membuat keputusan membatalkan saman berkenaan.

Karpal menimbulkan persoalan itu sebelum Mahkamah Rayuan mendengar permohonan pembelaan untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kelak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mesir tahan jurucakap Ikhwanul Muslimin

Posted: 17 Sep 2013 10:53 AM PDT

KAHERAH 18 Sept. - Polis Mesir menahan jurucakap pergerakan Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad, dalam satu serbuan di sebuah kediaman di daerah bandar Nasr, di sini semalam.

Menurut pihak berkuasa, bekas Gabenor wilayah Qalyoubiya, Hossan Abu Bkr antara yang ditahan bersama Gehad dalam serbuan tersebut.

Gehad dipercayai menyembunyikan diri sejak pihak berkuasa menggempur kem tunjuk perasaan di Dataran Rabaa al-Adawiya pada pertengahan bulan lalu. - DPA/REUTERS

Wanita terperangkap 15 hari dalam perigi

Posted: 17 Sep 2013 10:52 AM PDT

BEIJING 18 Sept. - Seorang wanita ditemukan masih hidup selepas terperangkap selama 15 hari dalam sebuah perigi terbiar dengan hanya memakan batang jagung dan minum air hujan.

Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, Su Qixiu, dipercayai terjatuh ke dalam perigi tersebut di perkampungannya di wilayah Henan selepas keluar mencari herba.

Su tidak dapat keluar daripada perigi tersebut ekoran dinding yang licin dan sempit.

Wanita berusia 38 tahun itu hanya ditemukan oleh penduduk kampung pada Isnin lalu dan dibawa ke hospital untuk rawatan. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tunggu kejutan Kuna dalam Jom Chat di Utusan Online

Posted: 16 Sep 2013 09:12 PM PDT

Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Pelakon drama Kuna akan muncul dalam Jom Chat di laman web Utusan Online pukul 9 malam esok.

Ketika diundang untuk berbual santai dengan para peminat dan pelayar portal berita paling popular itu beliau berkata, sudah agak lama dia tidak tampil ditemu bual wartawan hiburan kerana tiada apa yang ingin diuar-uarkan kepada peminat.

"Saya terima undangan Utusan Online untuk muncul dalam Jom Chat malam esok kerana saya ada kejutan buat semua," katanya.

Tambah Kuna, beliau sebenarnya tidak pernah meninggalkan dunia lakonan yang telah sebati dalam dirinya walaupun wajahnya jarang kelihatan di kaca TV sejak kebelakangan ini.

"Tanyalah apa sahaja kepada saya, insya-Allah segala soalan akan cuba dijawab. Saya difahamkan durasi berbual santai secara live streaming itu hanya sejam. Jadi jangan lambat hantar soalan," katanya mengakhiri perbualan. - UTUSAN ONLINE

Mengenang kehebatan Utusan

Posted: 16 Sep 2013 09:39 PM PDT

TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
pengaranghiburan@utusan.com.my
GAMBAR: FATAH SULAIMAN

JAMAL, Siti Nurhaliza dan Rosyam noor merasakan mereka amat terhutang budi dengan akhbar dan majalah-majalah terbitan kumpulan utusan.

DETIK 13 September 2013, bukan hari biasa. Pada hari Jumaat yang penuh berkat itu, telah tercipta satu lagi sejarah untuk dunia media dan persuratkhabaran dalam negara.

Detik yang sama juga pasti akan tersemat di ingatan tiga anak seni ini. Mereka bersama-sama kepimpinan tertinggi negara dan warganya, meraikan mercu tanda sebuah syarikat persuratkhabaran unggul negara, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Di hadapan Jalan Enam, Chan Sow Lin, Sungai Besi ini, seniman legenda, Jamal Abdillah, Rosyam Noor dan Siti Nurhaliza mengakui bahawa untuk sepanjang kehidupan, mereka terhutang budi kepada jenama akhbar ini.

Bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiga insan ini hadir ke Utusan Melayu dengan penuh rasa bangga, sarat kekaguman dan semangat 'kekitaan'. Doa dan harapan mereka juga agar syarikat ini unggul, kekal keramat dalam memenuhi tuntutan legasi masa depan.

"Dalam usia 75 tahun, Utusan tentunya sudah semakin tua dan berusia. Tetapi kita perlu berbangga kerana, dalam usianya seperti ini, peranan dan fungsi Utusan sebagai akhbar rakyat terus terkehadapan, semangatnya kekal muda.

"Saya sendiri mempunyai banyak kenangan indah dan abadi dengan Utusan, apabila bercakap tentang perjuangan dunia seni. Di sinilah, segala-galanya bermula dan Utusan akan selamanya menjadi kebanggaan nusa bangsa," kata Raja Pop, Jamal Abdillah.

Bagi Jamal semenjak mula membaca akhbar, dia bermula dengan membaca akhbar Utusan Melayu versi jawi yang dibeli oleh ibubapanya.

Zaman yang penuh kenangan itu juga memberikan peluang untuk dia mentafsir masa depan yang gemilang bersama dengan akhbar tersebut.

"Bagi saya, Utusan Melayu itu sendiri satu nama 'gah', cukup besar dan berpengaruh. Sejak tahun 1930-an lagi, ia berkembang dan terus berkembang sampai ke hari ini.

"Inilah akhbar yang banyak membantu negara mencapai kemerdekaan dan terus memainkan peranannya sehinggalah kepada era kemodenan hari ini.

"Hari ini, Utusan sudah memiliki sebuah bangunan baharu yang serba canggih, indah tersergam dan ia wajar disahut dengan penuh rasa bangga kita semua. Syabas Utusan di atas kehebatan itu," katanya.

Bercakap soal personal dirinya, menurut Jamal kenangan ketika muncul sebagai Juara Bintang RTM pada 1979 antara yang paling manis.

"Menang Bintang RTM, muka saya terpampang besar di muka depan akhbar Utusan Malaysia. Juara Bintang RTM, muka penuh dengan jerawat, tetapi bila keluar di muka depan Utusan, rasa bangganya hanya Allah saja yang tahu pada masa itu. Itu kenangan sangat hebat buat saya," katanya.

Menurut Jamal, betapa dia terhutang budi kepada akhbar ini, memandangkan bermula hari pertama dia menceburkan diri dalam dunia seni, Utusan sudah bersama-sama menghulurkan bakti.

"Bukan sahaja akhbarnya, tetapi juga majalah-majalah terbitan Kumpulan Utusan. Majalah seperti URTV misalnya, memang terlalu banyak menyokong Jamal Abdillah sehingga sampai ke tahap ini di hari ini," katanya yang berkali-kali menyebut nama-nama seperti Bahyah Mahmood (Kak BAM) dan Ahmad Idris (ABI).

Juga tidak dilupakan Jamal nama-nama seperti Juwie, Fatimah Hassan, Muzlina Abu Bakar, Nazeri Nong Samah dan lain-lain wartawan Utusan yang banyak memberi ruang dan peluang kepada dirinya untuk dikenali masyarakat.

"Pada awal penglibatan saya sebagai anak seni, nama-nama besar inilah yang memberi perangsang, puji-pujian berupa nasihat untuk saya teruskan karier dengan lebih hati-hati.

"Mereka selalu berpesan, "Jamal, awak jangan mudah lupa diri." Abi, Kak BAM, Muzlina dan ramai lagi, jasa mereka saya takkan lupa sama sekali," katanya lagi.

Jamal juga beruntung kerana kerjaya seninya berkembang dengan begitu baik. Malah, atas besarnya nama Jamal Abdillah itu juga, dia sudah melangkah kepada dunia yang lebih besar, sebagai penerbit konsert.

"Saya beruntung, tiga kali menerbitkan konsert sendiri, tiga kali juga Utusan menjadi akhbar rasmi Konsert Jamal Abdillah. Ia memang memudahkan dengan kerjasama hebat yang banyak membantu saya sebagai 'peniaga Melayu' dalam dunia showbiz.

"Lagi sekali, Utusan memberi penghormatan kepada saya untuk muncul di muka depan mereka. Hal-hal seni seperti ini diberi ke muka depan, ia adalah satu penghormatan kepada industri seni secara keseluruhan sebenarnya," katanya lagi.

Bawa sampai mati

Bagi Hero Malaya, Rosyam Noor, selagi dia kekal bernafas dalam dunia fana ini, selama itu jasa dan bakti akhbar Melayu ini akan dikenang.

"Saya akan bawa sampai ke mati kerana Utusan sebahagian daripada pihak yang 'membesarkan' Rosyam Noor dalam industri ini. Tanpa Utusan, jenama Rosyam Noor tidak mampu untuk berada pada kedudukan seperti hari ini," katanya, tanpa menafikan khidmat dan jasa media-media lain yang juga banyak memberi dokongan kepada usaha seninya.

Utusan, kata pemilik Suhan Movies & Trading ini, bukan sahaja sebuah akhbar berpengaruh, malah turut memberi sumbangan besar kepada perkembangan industri seni negara.

Malah, wujudnya majlis anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) juga adalah dengan usaha dan kegigihan warga Utusan.

"Pada awal kewujudannya, FFM dianjur Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) yang mana presidennya ialah wartawan Utusan iaitu Allahyarham Aimi Jarr dan dibantu oleh ramai lagi wartawan-wartawan lain.

"Makanya, boleh kita katakan, kalau tanpa usaha wartawan-wartawan ini, FFM mungkin belum wujud pada masa itu," kata pelakon yang kini berjaya sebagai penerbit filem dan drama disegani dalam negara.

Memulakan kerjaya seninya pada era 1980-an melalui filem Gila-Gila Remaja, antara kenangan yang tidak mungkin dilupakan Rosyam ialah terpilih sebagai penghias muka depan majalah-majalah terbitan Utusan seperti URTV, Hai dan Mangga.

"Untuk menghiasi muka depan majalah Mangga, saya masih ingat. Jurugambar itu ialah Jeffri Iran. Dia yang ambil foto saya dalam kolam renang," kata Rosyam dalam ketawa besar, mengenang kisah zaman mudanya.

Banyak kehebatan dibawa oleh akhbar dan majalah jenama ini. Justeru, Rosyam melahirkan rasa sedih, sekiranya ada generasi hari ini menganggap akhbar ini sebagai akhbar picisan, rasis dan sebagainya.

"Mereka perlu tahu, sejarah wartawan-wartawan hebat, telah bermula di Utusan, semenjak zaman sebelum Merdeka, sehinggalah ke hari ini. Kehebatan inilah telah melahirkan semangat 'luar biasa' dalam diri setiap warga Utusan hari ini, terutamanya yang bertugas di Jabatan Pengarangnya," kata Rosyam lagi.

Banyak membantu Melayu

Antara mereka bertiga, Datuk Siti Nurhaliza paling muda. Mewakili artis-artis di zamannya, Siti Nurhaliza mengakui bahawa kerjayanya banyak dicanang hebat oleh Utusan.

"Malah, Utusan juga pihak pertama yang memberi peluang kepada Siti untuk muncul sebagai penghias muka depan di dalam majalah terbitannya. Siti masih ingat, ia adalah Majalah HAI, pada 1996," kata Siti.

Didepani dengan pelbagai cabaran dan dugaan, pada kacamata penyanyi nombor satu negara ini, Utusan kekal unggul di mata masyarakat dan ia sesuatu yang wajar dibanggakan.

"Utusan banyak tolong orang Melayu untuk maju dalam segala bidang. Ia memberi semangat yang bukan sedikit kepada orang kita, tetapi sumbangan yang sangat besar kepada kejayaan korporat, ahli politik, ahli sukan dan insan seni Melayu lainnya," kata Siti.

Justeru, Siti Nurhaliza berharap dan berdoa agar dengan rumah baharu ini, warga kerja Utusan akan menjadi lebih komited dan kekal cemerlang dalam meneruskan misi dan visi masa depan negara.

"Tahniah kepada Utusan atas kewujudan pejabat baharu yang tersergam indah ini. Seperti mana kata Perdana Menteri sendiri, bangunan ini adalah perlambangan 'perjuangan' orang Melayu, kita kena bangga dan sama-sama menyokong.

"Sebagai artis yang 'membina' kerjaya bersama Utusan juga, Siti menumpang bangga dan gembira dengan pencapaian Utusan hari ini. Semoga Utusan terus maju untuk nusa dan bangsa," kata pemilik Siti Nurhaliza Production dan jenama SimplySiti ini lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas mesti keluar pakatan

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
PENULIS penganalisis politik.

CADANGAN Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib di Multaqa Ulama Se-Malaysia di Alor Setar, Kedah minggu lalu, agar Pas mengkaji semula tahaluf siyasi atau hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP harus diberikan perhatian serius oleh semua pimpinan Pas.

Walaupun Pas kini sudah pun diperalatkan, tetapi masih belum terlambat. Saya harap Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz NIk Mat jelas dalam soal ini.

Kerap kali saya mengingatkan Pas supaya berhati-hati dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang. Nampaknya, ingatan saya mula menjadi kenyataan. Tidak ada guna berkawan dengan orang yang tidak suka pada Islam atau tidak beramal dengan Islam, apatah lagi menentang Islam, meskipun telah lama dipujuk.

Tidakkah lebih baik kita berkawan dengan orang yang sudah sedia Islam dan bersedia untuk berbincang melaksanakan agenda Islam, iaitu UMNO? UMNO dahulu berbeza dengan UMNO kini.

Mereka yang mahukan Islam semakin ramai, walaupun mungkin ada sedikit kalangan pimpinannya yang tidak mahu. Apatah lagi UMNO hari ini berada dalam keadaan tersepit.

Tidakkah keadaan 'tersepit' itu boleh juga dimanipulasikan demi kepentingan Islam? Tidakkah tahaluf siyasi boleh dilaksanakan di sini daripada bersama penentang-penentang Islam.

Saya tidak nampak pakatan pembangkang boleh menjadi medan dakwah kepada Pas kerana PKR dan DAP tidak pernah berubah pendekatan terhadap Islam. PKR tidak mahukan Islam menjadi dasar, manakala DAP terang-terang menolak dan menentang Islam.

Lihatlah pada cara mereka membela kes-kes di mahkamah, apabila berlaku pertentangan dengan Islam atau Islam lawan bukan Islam. Mereka langsung tidak menampakkan rasa hormat terhadap Islam. Sama juga isu rumah ibadat baru-baru ini. Tidak perlu saya sebut siapa dan di mana? Semua telah maklum.

Jika berhujah pasal hak, berapa banyak lagi rumah berhala diperlukan, sehingga bilangannya menenggelamkan surau dan masjid. Bilangan bukan sedikit, tetapi berkali-kali ganda. Statistiknya telah saya paparkan sebelum ini, sama ada yang sah atau tidak sah.

Ingin saya bertanya kepada Pas berapa ramai orang PKR dan DAP memeluk Islam setelah sekian lama berkawan? Atau sekurang-kurangnya berlembut dengan Islam? Boleh dikatakan tidak ada. Yang amat ketara, 'hak' mereka, walaupun bukan hak, pantang diusik sama sekali.

Paling tidak, hormatilah pendirian Pas mengenai Islam dan negara Islam. Ini tidak, pantang disebut sahaja nilai-nilai Islam dan negara Islam, maka DAP dan PKR tidak senang duduk, menunjukkan betapa antinya mereka terhadap Islam.

Kita mahu lihat betapa kuatnya pakatan pembangkang tanpa Pas. Jangan mimpilah untuk berkuasa jika Pas tidak berada dalam pakatan. Jangan mimpi juga untuk mengugut atau menggertak umat Islam.

Sejak sekian lama, sebahagian ulama dalam Pas mengkritik sesetengah pucuk pimpinan Pas kerana rapat dengan pimpinan pakatan pembangkang dengan pelbagai gelaran diberikan.

Gelaran demi gelaran diberikan oleh mereka yang telah keluar daripada Pas. Anwarinas, golongan parasit dan virus dalam Pas adalah gelaran yang popular.

Datuk Hasan Ali ketika dipecat daripada Pas, menggelar orang Pas yang rapat dengan pimpinan PKR sebagai parasit-parasit Pas.

Nasharudin Mat Isa sebelum disingkirkan daripada Majlis Syura ulama berulang kali mengingatkan agar Pas mengkaji balik kedudukannya dalam pakatan pembangkang. Beliau secara lantang menganjurkan Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana PKR dan DAP telah belot dalam tahalus siyasi.

Apabila idea ini dicadangkan, orang yang paling kuat menentang adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyifatkan idea-idea sebegini adalah daripada musuh Pas sendiri yakni UMNO. Sejak dahulu lagi beliau berpendirian sedemikian.

Menurut Sayuti Omar, penyokong kuat pakatan pembangkang tahalus siyasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan (sekejap) tetapi bersifat angin berjimak (lama). Jika Pas beralih angin kepada bekerjasama dengan UMNO, apakah UMNO akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas?

Dan sejauh manakah Pas dapat meyakinkan UMNO memperjuangkan Islam dan Melayu, sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan Pas.

Pada beliau, paling kurang, Pas perlu mengambil iktibar daripada politik Turki. Di Turki, parti Islam berpecah kepada dua kumpulan apabila kumpulan pimpinan Recip Tayyip Erdogan membentuk AKP dan meninggalkan penyokong Necmetin Erbakan dalam Saadet. AKP terbukti berjaya dan menjadi parti yang memerintah Turki sejak tiga penggal lalu dan Erdogan kini adalah Perdana Menteri Turki yang berpengaruh.

Dalam Pas, kumpulan yang dinamakan sebagai Erdogan mahu bersama pakatan pembangkang, manakala kumpulan penyokong Harun Taib ini mahu mengkajinya.

Pada saya, andaian ayam mengawan dan angin berjimak tidak boleh dipakai jika kawan-kawan itu jenis yang menentang Islam.

Malaysia tidak boleh disamakan dengan Turki dan sebagainya. Malaysia adalah Malaysia. Negara lain kebanyakan masyarakatnya adalah sebangsa (homogeous society). Pi mai pi mai tang tu juga. Negara mereka tetap terlepas kepada bangsa mereka.

Apakah kita tidak belajar daripada keadaan di Fiji. Apakah orang Fiji memerintah Fiji atau diperintah hari ini? Orang Fiji telah mengemis di bumi sendiri. Saya tidak perlu bercerita lanjut. Buatlah kajian atau sekurang-kurangnya bacalah politik Fiji. Seksanya orang Fiji apabila diperintah orang lain.

Kita adalah masyarakat berbilang bangsa. Lebih malangnya pecahan Islam dengan bukan Islam, tidak besar. Konsep majoriti-minoriti seolah-olah tidak wujud sebab penduduknya hampir seimbang.

Jika terlepas, sukar untuk dikembalikan. Justeru, sebelum terlepas, perlu berhati-hati. Sebelum nasi menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya jika tanah air yang berasaskan kepada payung anak watan (indigenous canopy) terlepas kepada orang lain.

Sebab itu dalam memahami politik Malaysia, ia bukan sekadar mengawan ayam atau berjimak angin. Tetapi lebih daripada itu. Masa depan dan survival umat Islam.

Selama-lamanya saya tidak akan percaya kepada PKR dan DAP jika mereka tidak lembut dan menerima Islam selaku agama persekutuan di negara ini. Selamanya mereka menentang, selama itu juga saya tidak akan berlembut dengan mereka.

Rayuan saya kepada Pas. Buanglah rasa buruk sangka terhadap UMNO. Begitu juga UMNO terhadap Pas. Mulakan langkah pertama. Perbincangan kerajaan perpaduan.

Jika kuasa yang menjadi matlamat, berapakah bilangan kerusi Kabinet yang boleh diberikan oleh UMNO kepada Pas. Jika tidak bersetuju, berbincang lagi. Belum pun muktamad. Pokoknya kita mahukan segala keputusan menguntungkan Islam. Biar DAP kecut perut.

Lihatlah bagaimana bersatunya orang lain. Kerajaan begitu tegas dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), yang berkaitan rapat dengan penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) kepada 240 minit di SJKC.

Sebaik-baik sahaja idea ini dilontarkan, NGO-NGO Cina dan parti politik Cina begitu kuat menentang. Kita ingatkan MCA akan menasihatkan ultra kiasu ini dan bersama kerajaan. Rupa-rupanya tidak. MCA serupa dan senada dengan mereka. Bila tiba bab mempertahankan bangsa, semua bersatu.

Tidak cukup dengan itu, mereka begitu lantang mengkritik agenda bumiputera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Alasan mereka, GLC itu wujud hasil cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia berbilang kaum. Kenapa perlu ada agenda bumiputera?

Setelah lebih 56 tahun merdeka, parti komponen BN sendiri dan pakatan pembangkang, begitu jahil tentang Perlembagaan. Bagaimana ia boleh diharap untuk memerintah negara.

Kita pula bagaimana? Kita bukan hanya bercakap soal bangsa, tetapi soal agama iaitu agama Allah SWT, Islam sebagai cara hidup. Kita perlu mengambil iktibar sebelum terlambat.

Memang mudah untuk berkata atau terpengaruh dengan kata-kata, sesiapa pun memerintah, kedudukan Islam, Melayu dan Raja pasti akan selamat.

Apakah keyakinan itu boleh kita harapkan kepada pakatan pembangkang, terutama DAP? Mereka bila-bila masa boleh bekerjasama dengan musuh-musuh Islam untuk memusnahkan kita.

Pas tidak perlu masuk ke dalam UMNO untuk saling bekerjasama. Begitu juga dengan UMNO. Mereka boleh kekal dengan parti masing-masing. Apa yang penting perlu ada kerjasama dalam isu-isu berkaitan agama, bangsa dan negara.

Kisah stigma negatif orang gemuk di Malaysia

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

Oleh Fauziah Arof

MALAYSIA negara untuk orang gemuk? Negara yang kecil ini dikatakan mempunyai bilangan orang gemuk yang paling ramai di Asia Tenggara dan berada di tempat keenam di seluruh Asia dan membelakangi beberapa buah negara Asia Barat.

Ini bukanlah sesuatu kenyataan yang melucukan atau isu remeh yang boleh dibuat lawak apatah lagi mengaitkannya dengan pencapaian yang cemerlang, jauh sama sekali.

Sememangnya masalah obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini sudah lama berlaku. Sebelum-sebelum ini pun kita sudah didedahkan dengan banyak statistik mengenai bilangan obesiti yang membabitkan golongan tua, muda dan kanak-kanak di negara ini.

Dan semua orang pun tahu, obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, dan kanser. Justeru, banyaklah kempen kesedaran dan peringatan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap orang ramai tentang bahayanya berat badan yang berlebihan ini.

Dalam pada itu, kita juga pun mengakui, negara kita ini mewah dengan makanan-makanannya. Kita memang mewah dengan budaya menjamu selera itu dan ini, rumah terbuka diadakan di sana sini walaupun Hari Raya sudah habis, sering ada majlis makan-makan, sehingga mesyuarat-mesyuarat yang kecil di pejabat-pejabat pun mesti ada jamuan makan.

Pun begitu, ada satu stigma negatif atau persepsi dalam masyarakat kita, yang tidak seharusnya ada tentang obesiti ini iaitu memandang rendah kepada keupayaan orang gemuk.

Bukan semua mempunyai tanggapan begitu tetapi pandangan mengejek apabila melihat orang gemuk kadangkala kelihatan walaupun tanpa disedari.

Dan disebabkan itu, ada yang tidak melihat kepada bakat dan kemahiran yang ada pada orang gemuk ini. Dan lebih teruk, sesetengah majikan pula tidak mahu mengambil pekerja yang gemuk.

Bukan kerja itu memerlukan dia berlari pun, bukan kerja itu menyuruh dia memanjat pokok kelapa, bukit atau gunung pun. Tetapi itulah, sebab dia gemuk, bakat dan pendidikan yang ada padanya diketepikan. Penampilan amat perlu!

Saya pernah mendengar rintihan seorang kawan yang gemuk. Dia memang berbakat besar dalam bidang penulisan dan saya mengakuinya. Membaca tulisan-tulisannya yang tajam dan adakalanya menyentuh perasaan, saya tahu dalam usia semuda itu, dia memang boleh pergi jauh.

Tetapi apabila dia meminta kerja dalam sebuah organisasi media, dia telah dihina semasa sesi temuduga. Dia dinilai melalui penampilannya, first impression kata orang, bukan dinilai daripada bakatnya.

Saya memahami jika dia tidak diambil bekerja kerana mungkin syarikat berkenaan tidak mahu menanggung bil-bil hospital atau klinik yang tinggi kerana bimbang dia akan mengalami banyak penyakit, tetapi janganlah sampai memperlekeh dan menghinanya.

Jika bukan kerana minatnya itu, sudah tentu dia tidak meminta bekerja di situ. Dia kini, saya kira sudah berjaya. Dia bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi dan saya amat bangga dengan ketabahannya.

Kita lihat sajalah dalam bidang seni pun, berapa ramai sangat orang gemuk diberi peluang dan sentiasa ke depan. Yang ada pun sebab mereka benar-benar bagus, menyerlah dan bakatnya memang tidak boleh dinafi dan diketepikan. Tetapi untuk mencapai ke tahap itu pun tentu ada cerita-cerita duka yang dilaluinya.

Saya juga mendengar daripada rakan-rakan saya yang gemuk, betapa berlakunya macam-macam diskriminasi terhadap mereka dalam kerja. Dan yang lebih menyakitkan hati mereka ini disifatkan sebagai bahan lawak dan memberi komedi dalam pejabat sahaja.

Itulah antara mentaliti kebanyakan orang kita, menilai orang melalui penampilan paras rupa. Yang diutamakan, wajah cantik dan segak bergaya. Kualiti kerja tolak ke tepi dulu. Dan persepsi atau stigma-stigma negatif yang telah berlarutan sekian lama ini, akhirnya berterusan ke generasi-generasi seterusnya.

Sebab itu, kita masih mendengar, anak-anak kecil yang gemuk diejek dan dijadikan bahan persenda oleh kawan-kawan mereka di sekolah.

Jika kanak-kanak itu tidak mudah sensitif atau jenis tidak kisah, tidak mengapa, bagaimana kalau yang cepat merasa rendah diri? Sudah tentu ini sedikit sebanyak menganggu proses pergaulan dan pembelajaran mereka di sekolah.

Itulah kadang-kala kita fikir bahawa penyakit diabetis, penyakit jantung dan penyakit-penyakit berkaitannya memberi stress atau tekanan kepada orang yang obes ini, tetapi hakikatnya yang mendatangkan lebih stress kepada mereka adalah stigma negatif masyarakat sekeliling!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Wanita bijak rancang belanja

Posted: 16 Sep 2013 09:39 PM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
norazlina.ismail@utusan.com

Wanita perlu lebih bijak merancang perbelanjaan keluarga lebih-lebih lagi dalam situasi kenaikan harga barang seperti sekarang. - Gambar hiasan

KENAIKAN harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini pastinya merunsingkan pengguna kerana kenaikan bahan bakar itu boleh menyebabkan sesetengah peniaga mengambil kesempatan untuk turut menaikkan harga barang.

Namun melayan ketidakpuasan hati terhadap kenaikan tersebut tidak membawa ke mana. Sebaliknya sudah tiba masanya untuk melihat semula perbelanjaan yang sudah tentunya akan bertambah.

Pertambahan beban kewangan jika tidak diurus secara bijak boleh menyebabkan seseorang individu atau keluarga itu dibelenggu masalah hutang.

Sehubungan itu, dalam membincangkan perihal pengurusan kewangan, golongan wanita adalah kelompok yang perlu memainkan peranan penting kerana lazimnya mereka yang bertindak sebagai perancang perbelanjaan keluarga setiap bulan.

Ini kerana wanita terutamanya suri rumah lebih biasa ke pasar dan mereka lebih bijak dalam membuat perbandingan harga, kualiti dan kepentingan sesuatu barangan.

Pengerusi dan Konsultan Samanea PR. Sdn. Bhd., Aisha Rashid berkata, situasi kewangan yang menekan, memerlukan wanita belajar mengurus perbelanjaan harian mereka secara berhemah melalui penyediaan bajet yang betul.

"Penyediaan bajet harian yang dibuat setiap bulan perlu dirancang secara betul dengan mengutamakan perbelanjaan untuk perkara penting sahaja.

"Utamakan perkara penting seperti kesihatan keluarga. Contohnya dari segi pemakanan dengan mengurangkan makan di luar, dan gunakan bahan masakan tempatan kerana ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian keluarga," katanya.

Menurutnya, wanita perlu akur dan mematuhi panduan bajet yang telah disediakan bagi memastikan matlamat mengurus kewangan dapat dicapai.

Katanya, wanita juga digalakkan untuk mengurangkan penggunaan kereta atau motosikal kepada pengangkutan awam, dan berjalan kaki ke destinasi yang dekat.

Dalam pada itu, Aisha turut mencadangkan supaya kaum ibu mengalakan aktiviti riadah bersama ahli keluarga.

Katanya, galakan aktiviti riadah seperti itu bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan malah, ia dapat mengelakkan ahli keluarga daripada jatuh sakit yang sekali gus boleh meningkatkan kos perubatan keluarga.

Tambahnya, bagi mengelakkan wanita mengalami tekanan akibat bebanan kewangan beberapa langkah perlu diambil seperti berbincang dengan keluarga atau suami.

"Perbincangan secara berhemah perlu dilakukan kerana ahli keluarga yang lain dapat bekerjasama melakukan penjimatan.

"Perlu diingat beban menguruskan perbelanjaan keluarga tidak wajib ditanggung wanita sahaja sebaliknya semua pihak terutamanya suami perlu bekerjasama," ujar Aisha.

Jelasnya, suami dan anak-anak perlu membantu untuk mengubah gaya hidup mereka kepada gaya hidup yang sederhana bagi menangani perbelanjaan yang semakin meningkat.

"Kerjasama dalam pengurusan perbelanjaan keluarga akan menjadikan sesebuah rumah tangga itu lebih bahagia.

"Justeru, wanita perlu memainkan peranan dan mengatur arah tuju perbelanjaan kewangan keluarga bagi menjamin keharmonian diri dan rumah tangga," katanya.

Khidmat kesihatan untuk Orang Asli

Posted: 16 Sep 2013 09:39 PM PDT

Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus (kiri) dan Angel Choi pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Pfizer dan MERCY Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BERTEPATAN dengan slogan Bersama Ke Arah Dunia Yang Lebih Sihat, syarikat farmaseutikal Pfizer (M) Sdn. Bhd., mengambil inisiatif menjelajah ke perkampungan Orang Asli di Hutan Belum, Perak, bagi meningkatkan kefahaman golongan itu mengenai kepentingan penjagaan kesihatan.

Usaha murni yang dilaksanakan secara bergandingan dengan MERCY Malaysia itu akan memberikan tumpuan kepada dua program utama iaitu perkhidmatan klinik dan pemeriksaan kesihatan di Hutan Belum dan program pemantapan pembelajaran di sekolah.

Pengurus Pfizer Malaysia, Angel Choi berkata, syarikat itu akan menyediakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada kakitangannya bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk.

"Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat pihak Pfizer. Sukarelawan kita yang terlibat akan menggunakan segala pengetahuan mereka tentang kesihatan bagi mendidik komuniti Orang Asli di situ.

"Kita percaya melalui program pemeriksaan kesihatan ini dapat mengurangkan beban masyarakat Orang Asli di situ yang sebelum ini perlu mengambil masa berjam-jam untuk pergi ke klinik berdekatan," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat itu dengan MERCY Malaysia, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus berkata, kerjasama itu boleh meningkatkan tahap kesihatan komuniti itu, selain memberi kesedaran tentang persediaan ketika menghadapi bencana alam.

"Walaupun kejadian bencana alam di Malaysia jarang berlaku, kita mahu masyarakat Orang Asli belajar bersedia.

"Kita juga lihat kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di kawasan Hutan Belum masih lagi terhad.

"Kita akan beri pendedahan kepada penduduk agar sentiasa menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan mengambil tahu tentang ancaman penyakit baru seperti kanser," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Ancaman tanah mendap serius

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Selepas ribuan penduduk di Desa Pandan di sini gempar dengan kejadian tanah mendap di tapak projek berhampiran perumahan mereka, kini kebimbangan sama turut disuarakan kira-kira 600 buah keluarga di Pangsapuri Melati Impian, Gombak.

Penduduk mendakwa kejadian tanah mendap itu berpunca daripada kerja-kerja pembinaan pangsapuri servis 16 tingkat di kawasan berhampiran.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam keadaan kebimbangan.

Sehubungan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta segera mengarahkan pemaju projek berkenaan menghentikan kerja-kerja mereka untuk sementara waktu bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Ini bagi membolehkan pemaju memasang struktur penahan pada tanah yang mendap di laluan keluar pangsapuri berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi hari ini mendapati dakwaan penduduk berasas.

Keadaan mendapan tanah begitu hampir dengan pangsapuri berkenaan iaitu hanya kira-kira lima meter.

Selain mendapan tanah, terdapat beberapa keretakan berlaku di dinding koridor tingkat 2 dan 13 pangsapuri berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan, Abd. Karim Yunos berkata, gesaan menghentikan kerja-kerja di tapak projek bagi mencari penyelesaian kepada masalahtersebut.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pemaju terlibat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam pertemuan tersebut pihak pemaju berjanji akan membaiki struktur penahan.

Apa yang mengecewakan kami sehingga ke hari ini kerja-kerja masih dilakukan.

Kami hanya mahu kerja-kerja dihentikan sementara bagi memastikan status keadaan di sini benar-benar selamat atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi hari ini.

Seorang penduduk, Syukri Ismail, 47 berkata, aduan berhubung perkara itu telah dikemukakan kepada DBKL sebelum ini memandangkan projek tersebut merupakan projek usaha sama dengan pemaju.

Menurutnya, apa yang mengecewakan selepas aduan dibuat pihak DBKL hanya memasang pita kuning di kawasan tanah mendap bagi mengelakkan penduduk melalui kawasan tersebut.

Jika keadaan begini berterusan tanpa ada penyelesaian ia sudah meletakkan kami dan keluarga dalam keadaan tidak selamat," katanya.

Perasaan sama turut dikongsi Zakaria Tahir, 57.

Dia berkata, setiap kali pihak pemaju memulakan kerja di tapak pembinaan penduduk berasa gegarannya.

Kami sentiasa berada dalam keadaan bimbang dan berdoa agar dijauhkan daripada perkara-perkara tidak diingini," katanya.

Jalan rosak ganggu rutin harian

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

OLEH SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 16 Sept - Keadaan jalan yang rosak dan berlubang di Jalan Jubilee, Kampung Loke Yew, Cheras di sini terus mengganggu rutin harian kira-kira 200 keluarga di kampung berkenaan.

Memburukkan lagi keadaan setiap kali hujan, air melimpah ke atas jalan dan menyebabkan banjir kilat.

Penduduk mendakwa, masalah berkaitan telah dipanjangkan kepada wakil rakyat di kawasan tersebut, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil.

Seorang penduduk, Ng Yee Kiew 65, berkata penduduk terpaksa berhadapan kesukaran untuk keluar ke jalan besar yang terletak kira-kira 200 meter.

Menurutnya, keadaan jalan itu mendedahkan pengguna terutama penunggang motosikal kepada bahaya.

"Kami amat berharap pihak bertanggungjawab segera melakukan kerja-kerja baik pulih demi keselamatan dan keselesaan penduduk," katanya ketika ditemui semasa Pengerusi Parti PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan mengadakan lawatan ke kawasan tersebut baru-baru ini.

Kata Yee Kiew, turut menghantui mereka pokok-pokok besar di kiri kanan jalan tersebut merimbun berikutan tidak ada kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pihak bertanggungjawab.

"Setiap kali hujan atau angin kencang penduduk berasa bimbang jika pokok tumbang dan menimpa kami," katanya.

Sementara itu, Chandrakumanan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara itu selepas menerima aduan penduduk sebelum itu.

Menurutnya, satu surat telah dihantar kepada DBKL agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Saya dapati keadaan di sini mermerlukan banyak perhatian dari pihak berkuasa kerana jalan ini merupakan laluan utama penduduk ke jalan besar.

"Lebih mengundang bahaya kepada penduduk apabila ketiadaan lampu jalan," katanya.

Menurutnya, walaupun kawasan ini melibatkan kawasan pembangkang, khidmat dan bakti tetap diberikan kepada masyarakat.

"Sebagai parti kompenan Barisan Nasional (BN) kami tetap meletakkan rakyat sebagai keutamaan," katanya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati dakwaan penduduk berasas.

Keadaan permukaan jalan didapati rosak teruk sehingga menganggu kelancaran pemanduan.

Sementara pokok yang merimbun turut menjadikan suasana jalan berkenaan menakutkan dengan sebahagian besar rantingnya terjuntai dan ada yang jatuh di atas jalan.

Syarikat, ahli korporat diseru bangunkan Institusi Wakaf Korporat

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Zainal Abidin Jaffar (tiga kanan) bersama penyumbang tanah wakaf dan ahli panel majlis Luncheon Talk Wakaf Korporat MAIWP, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Syarikat-syarikat serta ahli-ahli korporat diseru bekerjasama membangunkan Institusi Wakaf Korporat bagi meningkatkan status ekonomi dan sosial masyarakat Islam di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Zainal Abidin Jaffar berkata, kerjasama tersebut antara lain sebagai usaha menjadikan Institusi Wakaf Korporat sebuah institusi terulung dan platform pembangunan wakaf yang menjamin pemilikan ekuiti Muslim di Malaysia.

''Banyak tanah wakaf yang masih belum dimajukan kerana kita kekurangan dana dan hal demikian menyebabkan pelaksanaan untuk membangunkannya menjadi perlahan.

''Jadi dengan penyertaan lebih banyak syarikat atau ahli korporat, kita mengharapkan tanah-tanah tersebut dapat dibangunkan dengan lebih agresif seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat Islam di seluruh negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Luncheon Talk Wakaf Korporat anjuran MAIWP baru-baru ini.

Dalam majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 1,000 ahli korporat yang mewakili lebih 200 syarikat itu, dua kertas kerja bertajuk Pengurusan Wakaf dan Wakaf Korporat Masa Kini masing-masing telah dibentangkan oleh Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Aziz Mohamad dan Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Siti Mashitah Mahamood.

Menurut Zainal Abidin, MAIWP kini memfokuskan untuk mendirikan lebih banyak institusi pendidikan dan pusat-pusat kesihatan di atas tanah wakaf yang masih belum dibangunkan.

''Jika kita lihat di luar, banyak institusi pendidikan yang telah berkembang pesat berasaskan daripada harta wakaf seperti Universiti Cordova di Andalusia, al-Azhar as-Syarif di Mesir, Universiti Islam Madinah dan sebagainya.

''Setakat ini, MAIWP telah mempunyai Pusat Pengajian Warga Emas dan Masjid al-Hidayah yang masing-masing dibangunkan di atas tanah wakaf di Kampung Sungai Penchala dan kita mahu bangunkan lebih banyak institusi lain dalam bidang pendidikan dan perubatan pula,'' katanya.

Beliau berkata, hasrat itu akan dapat direalisasikan jika syarikat-syarikat korporat berganding bahu dengan MAIWP dalam menyumbang tenaga dan dana.

''Dengan adanya sokongan dari mereka, ekonomi umat Islam bukan sahaja bertambah kuat malah kita tidak perlu terlalu bergantung lagi kepada dana daripada kerajaan,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Agropelancongan, ikan hiasan

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

Ismail Mohamed (tiga dari kiri) melawat gerai pameran selepas merasmikan Program Mini Agro Johor 2013 Daerah Kota Tinggi dan Karnival Hari Malaysia 2013 di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

KOTA TINGGI 16 Sept. - Selain menjadi pengeluar utama makanan negara, Johor juga berpotensi menjadi pemain utama dalam sektor pertanian bukan makanan yang meliputi agropelancongan, bunga dan ikan hiasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ismail Mohamed berkata, banyak faktor yang membantu pencapaian itu namun yang pentingnya ialah usaha meningkatkan lagi pencapaian tersebut pada masa akan datang.

"Seterusnya ialah menjamin semua yang terlibat mendapat keuntungan dan menjadikan bidang pertanian satu prospek pekerjaan yang menarik bagi disertai pelbagai pihak termasuk generasi muda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mini Agro Johor 2013 Daerah Kota Tinggi dan Karnival Hari Malaysia 2013 di Tanjung Balau di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Hamimah Mansor; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri merangkap Pengerusi Mini Agro Johor 2013, Dr. Kamarudin Md. Isa dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri, Shammodin Abd. Halim.

Lebih 7,000 orang dijangka memeriahkan program dua hari tersebut yang bermula semalam dan merupakan penganjuran buat kali kedua selepas acara sulung diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang pada 5 hingga 8 September lalu yang melibatkan lebih 60 gerai jualan dan pameran.

Program anjuran bersama Jabatan Veterinar negeri itu dipenuhi dengan pelbagai program menarik termasuk kongres veterinar saintifik, mini zoo, persembahan artis dan kebudayaan, sukan pantai dan sukaneka serta akan diteruskan di Mersing pada 25 hingga 27 Oktober, Pontian pada 1 hingga 3 November dan seterusnya di Muar pada 8 hingga 10 November.

Menurut Ismail, penganjuran Mini Agro Johor bertujuan memberi nafas baru serta peluang kepada usahawan kecil untuk mempromosikan hasil produk mereka selain membolehkan pengunjung mengetahui perkembangan semasa dan teknologi terkini dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Elak jadi alat pembangkang pecah-belahkan UMNO

Posted: 16 Sep 2013 11:21 AM PDT

MUAR 16 Sept. - Mereka yang bakal bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO Bahagian Bakri Oktober ini diingatkan tidak menjadi alat pembangkang bagi memecahbelahkan parti dari dalam.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Shuib berkata, Barisan Nasional (BN) kini menguasai hanya satu daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bakri dan pihak terbabit perlu sedar tentang gerakan yang terus dijalankan oleh pembangkang bagi melemahkan BN selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya minta orang Melayu bersatu, kuasa di Bakri hanya tinggal satu iaitu di kerusi DUN Bukit Naning, kalau menjadi ketua cawangan atau bahagian tetapi kuasa tiada, apa yang kita boleh buat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning dan Pengerusi BN Bahagian Bakri berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Bakal Haji DUN Bukit Naning dengan dihadiri lebih 10,000 pengunjung di Dataran Kampung Tengah, Air Hitam, Bakri dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi.

Saipolbahri berkata, beliau tidak gentar mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bakri yang disandangnya sejak sepenggal lalu walaupun kali ini bakal menyaksikan perebutan tiga penjuru termasuk dicabar timbalan dan naib ketuanya.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) itu juga menafikan pertembungan tiga penjuru berkenaan akan menyaksikan parti berpecah belah.

''Dalam konteks hari ini selaku Ketua UMNO Bahagian Bakri, apa yang saya lakukan sudah jelas. Pembangunan dan janji yang saya lakukan adalah jelas, tidak hanya angan-angan atau janjikan buah yang tidak gugur.

''Contohnya seperti mewujudkan GiatMara Bakri, mendirikan Bangunan UMNO Bakri dengan kos RM10 juta, menubuhkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bakri dan Muar serta membuka pasar nelayan di Sabak Aur dalam bulan ini khusus untuk nelayan dengan tidak ada orang tengah," ujarnya.

Selain itu katanya, beliau baharu menubuhkan Koperasi Pembangunan Melayu Bersatu Berhad bertujuan mengukuhkan ekonomi lebih 21,000 ahlinya dengan pelaburan RM1,000 seorang yang disasarkan jumlah awalnya RM21 juta.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved