Jumaat, 11 April 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kumpulan Affin Bank taja Tutor ke 11 sekolah rendah, menengah

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Kamarul Ariffin (tiga dari kiri) menyampaikan penajaan akhbar pendidikan Tutor 2014 kepada Mohd. Nasir Ali pada majlis penyerahan tajaan tersebut di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan, Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/Mohd Farizwan Hasbullah

KUALA LUMPUR 11 April - Affin Bank dan Affin Islamic menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor bernilai RM20,000 di tujuh sekolah rendah dan empat sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, inisiatif Utusan Malaysia menerbitkan Tutor bagi kemudahan pembelajaran di sekolah seiring komitmen pihaknya dalam melengkapkan kemudahan pendidikan lebih baik kepada komuniti khususnya pelajar.

"Tajaan Tutor oleh pihak Affin Bank ini sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek tajaan kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali di ibu pejabat Kumpulan Utusan di sini, semalam.

Tajaan itu melibatkan 40,000 naskhah Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Tutor Junior, Tutor English, Tutor Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Tutor Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiap sekolah akan menerima 50 naskhah Tutor selama tujuh bulan bermula April ini.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera Johor Bahru, SK Kem Terendak 1 Melaka, SK Pengkalan Tentera Darat Kem Sungai Besi, SK Pengkalan Tentera Pahang, SK Kem Kelantan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Sirusa, Negeri Sembilan dan SMK Kampong Kastam, Pulau Pinang.

Tutor SPM: Pelajar dapat bahan pembelajaran tambahan berkualiti, terbaik

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Dr. Muhammad Amin Zakaria (tengah) dan Wahid Hashim bersama sebahagian daripada 110 guru dari tiga daerah pada Majlis Perasmian Penutup Program Amalan Terbaik Tutor Utusan Malaysia di SMK Dato Seri Kamaruddin, Batu Kurau, Taiping, Perak, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

PARIT BUNTAR 11 April - Langkah kerajaan negeri menaja akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) ke 164 buah sekolah menengah terpilih di seluruh negeri bertujuan memberikan peluang sama rata kepada pelajar mendapat bahan pembelajaran yang berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, ini kerana bukan semua pelajar mampu membeli bahan pembelajaran tambahan yang sesuai.

Menurutnya, pelajar di kawasan bandar mungkin mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bahan tambahan pembelajaran berbanding rakan mereka di luar bandar.

Mungkin ada pelajar yang rajin tetapi mereka mungkin tidak mampu untuk membeli bahan pelajaran tambahan.

Untuk itu, Tutor SPM ini adalah antara usaha kerajaan negeri untuk memastikan sebanyak 164,785 calon SPM di negeri ini mendapat bahan pembelajaran yang seragam dan berkualiti.

Kerajaan negeri berharap program ini dapat melonjakkan pencapaian keseluruhan para pelajar kepada kedudukan lima terbaik, khususnya melibatkan peperiksaan-peperiksaan awam besar di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Program Amalan Terbaik Tutor Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Kamaruddin Batu Kurau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim dan Pengetua SMK Datuk Kamaruddin, Mariam Abu Bakar.

Majlis dihadiri oleh 110 guru dari sekolah menengah sekitar daerah Pengkalan Hulu, Larut Matang dan Selama dan Kerian.

Dr. Muhammad Amin seterusnya berharap, guru-guru yang menyertai taklimat hari ini menggunakan Tutor SPM Utusan Malaysia sebagai bahan baharu dalam pembelajaran.

Katanya, kandungan Tutor SPM diteliti sebelum kerajaan negeri membuat keputusan membuat penajaan bersama Utusan Malaysia.

Kita mendapati Tutor SPM Utusan Malaysia padat dengan set soalan latih tubi berkualiti menarik minat guru dan pelajar.

Jadi kita menyandarkan harapan kepada guru-guru untuk menjadikan Tutor SPM ini bahan pembelajaran terbaik bagi pelajar mereka.

Kepada guru-guru, mereka perlu melihat hasil dan perubahan tahap pembelajaran pelajar hasil daripada penggunaan Tutor SPM ini," ujar beliau.

Dalam pada itu, guru-guru yang menyertai taklimat itu memuji kandungan Tutor SPM yang disifatkan sebagai rujukan dan sumber bahan pembelajaran terbaik untuk ulang kaji harian sama ada di sekolah atau di rumah.

Yusri Mamat, guru mata pelajaran Bahasa Malaysia SMK Gerik berkata, Tutor SPM merupakan bahan bantuan belajar yang paling bagus.

Isi kandungannya adalah yang terbaru, sesuai dengan kehendak semasa. Tutor menjimatkan masa guru kerana tidak perlu lagi mencari bahan tambahan pembelajaran," katanya.

Azmi Ahmad, guru SMK Gunung Semanggol pula berkata, Tutor SPM sangat membantu guru menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran serta bahan yang disajikan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.

Suhaila Kamaruddin, guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Addiniyah Jelutong, Changkat Jering berkata, soalan-soalan yang terkandung dalam Tutor SPM mengikut format mata pelajaran dan sesuai digunakan sama ada di sekolah atau sebagai latihan tambahan untuk pelajar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 maut, 9 cedera parah bas terbalik

Posted: 11 Apr 2014 07:16 PM PDT

BENTONG 12 April - Tiga maut manakala sembilan lagi cedera parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong - Raub di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu ialah Saeed Mohamad Mahamud Abdulla, 31, Zarifah Alias, 26, dan Suhaizam Che Abdullah, 39. - UTUSAN ONLINE

Syabu bernilai RM12.7j dirampas

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

CHIK Omar Chik Lim (dua dari kanan) bersama Ketua Bahagian Penguatkuasa Kastam KLIA, Zahari Abdullah (dua dari kiri) menunjukkan syabu bernilai RM12.7 juta dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SEPANG 11 April - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat kejayaan terbesar apabila mematahkan cubaan satu sindiket untuk menyeludup 66.57 kilogram (kg) syabu bernilai RM12.7 juta menerusi perkhidmatan kargo, Isnin lalu.

Pengarah JKDM KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, dadah yang baru tiba di gudang Malaysia Airlines (MAS) kargo KLIA dari Lagos, Nigeria pada pukul 5 petang itu dipercayai adalah untuk pasaran negara ini.

Beliau berkata, ia berdasarkan alamat penghantaran iaitu sebuah syarikat yang beralamat di Klang, Selangor.

Risikan dan pemeriksaan mendapati bungkusan dadah itu diikrarkan sebagai barangan dagangan 'sambungan rambut palsu'.

Namun setelah dibuka, didapati bungkusan itu mengandungi 11 beg berwarna hitam, di dalamnya terdapat 67 bungkusan lain yang juga berwarna hitam.

Pemeriksaan mendapati ia mengandungi serbuk kristal putih. Setelah diuji ia positif dadah jenis syabu. Siasatan lanjut dibuat terhadap dokumen laluan udara (AWB) mendapati barang itu diimport oleh sebuah syarikat tidak berdaftar yang beralamat di Klang," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA, di sini hari ini.

Menurut Chik Omar, hasil siasatan ke atas alamat itu mendapati ia tidak wujud malah, nombor telefon yang tertera dalam AWB tersebut juga gagal dihubungi.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan pemilik barangan serta nombor telefon tersebut di bawah Seksyen 39(B)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Dalam kes berasingan, Chik Omar memberitahu, pihaknya menggagalkan satu lagi cubaan menyeludup 1.98kg methamphetamine bernilai RM376,200 pada 2 April lalu apabila menahan seorang wanita warga China berusia 23 tahun di KLIA.

Kata beliau, dadah tersebut ditemukan di dalam sebuah beg komputer riba yang terdapat di dalam bagasi suspek.

Suspek telahpun dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 39(B)Akta Dadah Berbahaya 1952 pada Selasa lalu dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sarawak kejutkan Terengganu, JDT raih tiga mata

Posted: 11 Apr 2014 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Sarawak meranapkan impian Terengganu untuk bergelar pendahulu Liga Super selepas menumpaskan skuad Penyu 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu hari ini.

Gol sendiri pemain pertahanan PKNS, Mohd. Aminuddin Mohd. Noor seawal minit kedua pula membolehkan Johor Darul Ta'zim menang 1-0 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin.

Sarawak terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi S.Chanturu pada minit kedua, namun tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi jaringan sendiri pemain Sarawak, Junior Eldstal yang berpunca daripada sepakan sudut.

Ketika Terengganu ghairah mencari gol kemenangan, anak-anak buah Robert Alberts menghukum kealpaan benteng tuan rumah pada babak kedua apabila Ryan Griffiths memberikan gol yang cukup berharga pada minit ke-75 menerusi hantaran Mazwandi Zakaria.

Dalam aksi Liga Perdana, PDRM mengukuhkan cengkaman pendahulu dengan menundukkan SPA 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka, petang tadi. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN

Liga Super

Terengganu 1 Sarawak 2

JDT 1 PKNS 0

Liga Perdana

PBAPP 1 Sabah 0

Felda United 3 DRB-Hicom 2

N.Sembilan 2 Perlis 0

Kedah 1 UiTM 1

SPA FC 0 PDRM 3

JDT II 3 P. Pinang 2

Sultan Ahmad Shah berundur?

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Kiri SULTAN Ahmad Shah, Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR - Seminggu sebelum nama calon yang bakal bertanding di Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diumumkan, pelbagai spekulasi semakin rancak berlegar terutama bagi jawatan Presiden yang disandang oleh Sultan Ahmad Shah sejak 30 tahun yang lalu.

Biarpun baginda masih belum menyatakan sebarang pendirian akan mempertahankan jawatan pada penggal 2014-2018 yang mencetus banyak persoalan, namun tindakan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) yang meletakkan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai calon Presiden bagaikan memberi isyarat bahawa Sultan Ahmad Shah mungkin tidak akan mempertahankan jawatan.

Dengan jumlah sebanyak 12 pencalonan diterima oleh Tengku Abdullah, ia memberikan satu signifikan tersendiri bahawa akan ada perubahan yang berlaku pada badan induk bola sepak negara itu selepas 25 Mei ini.

Daripada 12 ahli gabungan yang mencalonkan Tengku Abdullah, PBNP adalah salah satu daripada badan gabungan tersebut malahan mereka antara yang terakhir menghantar borang pencalonan kepada Sekretariat FAM.

Walaupun ini belum memberikan sebarang petanda yang jelas sama ada Sultan Ahmad Shah akan mempertahankan jawatannya atau tidak namun ia memberikan sedikit petanda bahawa Tengku Abdullah akan bergelar Presiden FAM kali ini," kata sumber berkenaan.

Pada sidang akhbar di Istana Pahang, Khamis lalu, Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak bersabar dan tunggu sehingga 19 April ini iaitu pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif terakhir bagi menyatakan jawapan sama ada baginda bertanding atau sebaliknya.

Namun, baginda bersikap terbuka sekiranya ada mana-mana pihak mahu mencabarnya sambil menganggap di sebuah negara yang bebas, semua orang layak berbuat demikian.

Sultan Ahmad Shah difahamkan menerima lima pencalonan sementara Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikhabarkan akan menarik diri meraih tiga pencalonan.

Bagi kerusi Timbalan Presiden, PBNP mencalonkan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Dato' Mohd Junid Mohd Noor menjadi antara muka baru untuk dicalonkan sebagai Naib Presiden selain penyandang, Datuk Seri Subahan Kamal.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Konvensyen Parti Demokrat perlu digantung

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Marzuki Alie

JAKARTA 11 April - Ahli politik kanan Parti Demokrat, Marzuki Alie menyarankan agar konvensyen parti pemerintah itu digantung berikutan pencapaian lemahnya dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen kelmarin.

Konvensyen itu diadakan bagi memilih calon Presiden. Berikutan keadaan sekarang, memang sukar untuk menamakan calon Presiden," katanya dalam perbincangan bertajuk Apa Pula Selepas ini, Indonesia? di sini semalam.

Berdasarkan keputusan awal, Parti Demokrat hanya mendapat sembilan peratus undi, amat jauh daripada sasarannya iaitu 15 peratus undi.

Marzuki, yang juga pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) berkata, kiraan awal undi oleh beberapa badan kaji selidik menunjukkan Parti Demokrat berada di tempat keempat dalam kalangan 15 parti yang menyertai Pemilu.

Jumlah undi yang diperoleh Parti Demokrat itu tidak memungkinkan parti itu meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pemilihan Presiden pada 9 Julai, katanya.

Marzuki, yang turut menyertai konvensyen itu berkata, sebuah parti politik lain boleh memilih calon parti itu untuk menjadi gandingannya dalam pemilihan Presiden.

Berilah peluang kepada peserta konvensyen ini," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata terserahlah kepada ketua majlis tertinggi parti itu, Susilo Bambang Yudhoyono, yang juga Presiden Indonesia, untuk membuat keputusan mengenainya.

Sudah tentu saya akan serahkan perkara itu kepada ketua majlis tertinggi," katanya.

Di bawah Undang-undang Pilihan Raya Indonesia, sesebuah parti perlu mendapat sekurang-kurangnya 25 peratus undi popular atau menguasai 20 peratus kerusi di dalam DPR untuk melayakkannya meletakkan calon Presiden.

Menurut keputusan kiraan awal undi oleh Lingkaran Survei Indonesia (LSI) yang berpejabat di Jakarta, Parti Demokrat menduduki tempat keempat dengan memperoleh 9.72 peratus undi, di belakang Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang menduduki tempat teratas, diikuti Parti Golkar di tempat kedua dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) di tempat ketiga.

Kelmarin, Susilo berkata parti pimpinan beliau bersikap terbuka untuk membentuk pakatan dengan mana-mana parti, termasuk Gerindra yang memilih Prabowo Subianto sebagai calonnya bagi jawatan Presiden. - BERNAMA

86 terbunuh pertempuran di Syria

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

BEIRUT 11 April - Sekurang-kurangnya 86 orang terbunuh dalam satu pertempuran yang berlaku antara dua kumpulan pemberontak berdekatan di Syria yang bersempadan degan Iraq semalam.

Pertempuran itu berlaku pada waktu subuh selepas Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) menyerang hendap sebuah kubu pertahanan kumpulan Barisan al-Nusra dan sekutu mereka dalam usaha menawan semula bandar Albu Kamal yang terletak di timur wilayah Deir al-Zour.

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, ISIL disingkirkan dari bandar itu pada Februari lalu yang menghubungkan dua kubu kuatnya di barat Iraq dan timur laut Syria.

Menurut agensi berita dpa, laporan daripada media sosial mendedahkan, pejuang ISIL telah berundur ke sebuah zon industri di luar bandar itu selepas pertempuran tersebut berakhir.

Aktivis dari badan pemantau itu, Abu Mohammed yang berada di kawasan pertempuran tersebut melaporkan, pertempuran yang berlaku agak sengit sebelum Barisan al-Nusra dan beberapa kumpulan pemberontak lain berjaya mengawal semula sebahagian besar Albu Kamal.

Sementara itu, laman web Twitter yang menyiarkan perkembangan operasi ISIL di Deir al-Zour melaporkan, kumpulan tersebut telah menawan kembali kawasan pengeluaran minyak yang terletak sejauh 130 kilometer dari bandar terbabit.

Pertempuran itu juga mendorong pasukan tentera Iraq di kawasan sempadan memperkukuh kedudukan mereka bagi mengekang pencerobohan ke negara tersebut.

ISIL dan Barisan al-Nusra sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa siri pertempuran yang sering mengakibatkan jumah kematian yang tinggi. - AFP/DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Batal saman: Permohonan AG ditolak

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 April - Permohonan Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa pihak lain untuk membatalkan saman RM128.5 juta oleh bekas pegawai polis, Datuk Ramli Yusuff dan tuntutan saman lebih RM47 juta oleh peguam Rosli Dahlan atas dakwaan melakukan pendakwaan salah dan berat sebelah terhadap mereka, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusannya berkata, Peguam Negara selaku penjawat awam tidak dapat mempertahankan bahawa mereka menikmati kekebalan mutlak dalam pendakwaan dan tidak terlepas daripada tindakan saman apabila melibatkan dakwaan salah guna kuasa.

Saya bimbang dengan tanggapan bahawa penjawat awam menikmati imuniti mutlak pendakwaan, walaupun apabila melibatkan mala fide (berniat jahat) atau menyalah guna kuasa dalam menjalankan kuasa pendakwaan mereka,'' kata Vazeer Alam yang menyifatkan ia sebagai suatu yang terkutuk mengikut konsep moden yang telus.

Beliau berkata, ini selaras dengan perkembangan perundangan moden iaitu kekebalan mutlak kepada penjawat awam tiada kedudukannya di dalam masyarakat demokratik.

Pada peringkat prosiding itu, katanya, mahkamah hanya akan menimbangkan sama ada fakta yang diakui dengan butiran yang mencukupi dan memberi manfaat dalam perbicaraan untuk pihak plaintif membuktikan kes mereka.

Ramli yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada 1 November 2013 menyaman Peguam Negara dan 11 yang lain untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM128.5 juta atas dakwaan melakukan pendakwaan salah dan berat sebelah terhadapnya.

Ramli, 62, menyatakan Abdul Gani mempunyai budi bicara untuk memulakan, mengendali dan memberhentikan sebarang prosiding undang-undang serta mempunyai kawalan ke atas kesemua pegawai bawahannya.

Selain Abdul Gani, Ramli menamakan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan; Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Nordin Hassan; dan Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais sebagai defendan pertama hingga defendan keempat.

Yang turut disaman ialah Deputi Supritendan (DSP) Chew Kam Soon; Ketua Unit Siasatan SPRM, E. Sok One; tiga Pegawai Penyiasat SPRM iaitu, Saiful Ezral Ariffin, Azmi Ismail, Wan Abdul Rahman, SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan kelima hingga ke-12.

Ramli menyifatkan pendakwaan terhadapnya antara 2006 dan 2007 oleh pihak defendan, berniat jahat dan tanpa sebab munasabah mendakwa beliau atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini dan Kota Kinabalu, Sabah. Beliau telah dibebaskan oleh mahkamah bagi semua pertuduhan tersebut.

Ramli yang diwakili peguam Harvinderjit Singh mendakwa akibatnya, reputasi, watak dan kerjayanya telah terjejas selain mengalami kerugian serta kerosakan.

Beliau antara lain menuntut ganti rugi khas RM1.5 juta, ganti rugi am yang tidak dinyatakan jumlah, ganti rugi punitif RM50 juta, ganti rugi teruk RM50 juta dan ganti rugi RM27 juta.

Peguam Negara bersama yang lain memohon supaya keseluruhan writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut dibatalkan atas alasan tuntutan itu tidak menunjukkan sebarang tindakan yang munasabah, bersifat skandal dan remeh lagi menyusahkan, menyalahgunakan proses mahkamah, memalukan dan melewatkan perbicaraan yang adil.

Bekas tentera didenda cedera isteri, anak perempuan

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

SHAH ALAM 11 April - Seorang bekas anggota tentera terpaksa membayar denda RM300 atau dipenjara 10 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan isteri dan anak perempuannya tahun lalu.

Majistret Ellyana Razali menjatuhkan hukuman itu setelah N. Nagarajan, 46, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di No. 4, Jalan Spektrum U16/25, Taman Bukit Subang dekat sini pada 6.05 petang, 17 Disember 2013.

Nagarajan yang memakai kemeja jingga mengaku menyebabkan kesakitan di bahagian muka dan leher tanpa menyedari mungkin menyebabkan kecederaan kepada isterinya A. Mahaledchummy, 45, dan anaknya, N.Priyanga, 16.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar tidak dijatuhi hukuman penjara kerana dia tidak berniat sama sekali untuk menyakiti ahli keluarganya itu.

Saya bergaduh dengan isteri kerana bimbang keselamatan anak perempuan saya yang mula berkawan dengan lelaki dari luar, saya meminta isteri menghantar sendiri anak ke sekolah dan tidak menggunakan khidmat van sekolah namun isteri tidak endahkan nasihat saya.

Saya seorang bekas anggota tentera, kini tinggal berasingan daripada mereka kerana masalah dengan isteri namun saya masih menanggung anak saya dan berharap perkara sebegini tidak berulang lagi," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip. Nagarajan membayar denda tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Budak 12 tahun hidap kanser prostat dirai

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

SHAHANIZA Shamsuddin (dua dari kanan) menyuapkan kek kepada Mohd. Zahiruddin Mustafa sempena hari jadinya di Felda Jengka 5, Maran, Pahang baru-baru ini. - UTUSAN/ salehudin mat rasad

MARAN 11 April - Penderitaan Mohd. Zahiruddin Mustafa, 12, yang menanggung kesakitan akibat kanser prostat terubat seketika apabila dia diraikan dalam sambutan harijadinya oleh Exco kerajaan negeri di tanah rancangan Felda Jengka 5 di sini baru-baru ini.

Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komuniti dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin mengejutkan kanak-kanak itu yang tidak menyangka kedatangan wakil rakyat tersebut di rumahnya.

Menurut Shahaniza, kerajaan negeri dan UMNO Bahagian Maran mengambil berat tentang perkembangan kesihatan kanak-kanak itu yang terpaksa menanggung risiko penyakit yang biasanya dihidapi lelaki dewasa berusia lebih 50 tahun.

Saya membuat kejutan itu dengan datang ke rumah keluarganya bagi mengurangkan kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh Mohd. Zahiruddin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, beliau terharu dengan ketabahan kanak-kanak itu yang tetap ceria dan gembira menerima kedatangannya.

Dalam pada itu, bapa Mohd. Zahiruddin, Mustafa Othman, 70, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat itu yang meluangkan masa untuk menggembirakan anaknya.

Bagi ibu kanak-kanak tersebut, Rokiah A. Rahman, 48, dia terharu dengan kedatangan ADUN tersebut termasuk rakan-rakan Mohd. Zahiruddin sekali gus membantu menaikkan semangat anaknya untuk melawan penyakit tersebut.

Gangguan bekalan air di Kuantan

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

KUANTAN 11 April - Beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, Selasa ini.

Kawasan terlibat ialah seluruh Taman Indera Sempurna, Kampung Kempadang, Taman Berjaya Permai, Tanjung Lumpur, Kampung Chempaka, Kampung Sepat, Kampung Hijrah, Cherok Paloh, Kampung Sungai Soi, Kampung Chenor, Kampung Kuala Penor, Kampung Ubai dan sekitarnya.

Pengurus Kanan Daerah Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Che Abdul Hamid Abdul Rahman berkata, gangguan disebabkan kerja-kerja menaik taraf paip baharu dari Tangki Simpang Soi ke Kampung Ubai.

Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat akan terputus bekalan air dan dinasihatkan supaya menyimpan bekalan secukupnya bagi mengelak kesulitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bella Dally kini berhijab

Posted: 11 Apr 2014 05:47 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN

ifqdar.rahman@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 April - Pelakon berdarah kacukan, Nabilah Ali Dally, 22 atau Bella Dally mengakui mula mengenakan hijab sejak tiga hari lalu dan berdoa agar tindakan yang dilakukannya mendapat sokongan semua peminatnya.

Ketika dihubungi Utusan Online hari ini, dia memberitahu, keinginan untuk berhijrah itu bukanlah diinspirasikan oleh sesiapa, sebaliknya datang secara tiba-tiba apabila bangun daripada tidur pada Rabu lalu.

"Saya tidak mengalami sebarang mimpi seperti yang pernah dialami oleh beberapa artis lain.

"Saya juga tidak diminta oleh sesiapa jua kenalan mahupun ahli keluarga untuk tampil sebegini. Semuanya berlaku sekelip mata," katanya. - UTUSAN ONLINE

Dia lelaki nombor satu

Posted: 10 Apr 2014 10:42 PM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Wahidah Zainal

BERBULAN menyembunyikan kisah cinta akhirnya terpaksa akur, memang wujud kasih sayang di antara mereka. Tidak menolak ada yang meragui keterbukaan kisah ini, bagi Emma Maembong ada sebab yang lebih kukuh mengapa dia memilih untuk merahsiakan hubungan ini terlebih dahulu.

Jujurnya selepas selesa dengan status terbarunya sebagai kekasih Zizan Razak, ada yang ingin mengetahui bagaimana sikap sebenarnya terhadap hubungan ini. Menyusup beberapa kisah sebelum ini ada yang melabelkan gadis kacukan ini sebagai pengongkong". Terkejut untuk mengetahui telahan tersebut, bagi Emma tiada asas untuk dia berubah sedemikian rupa.

Kalau saya suka kongkong, baik saya jangan berkawan dengan artis. Jelas, saya sendiri tahu bagaimana skop kerja di dalam bidang ini. Saya dan Zizan meletakkan kepercayaan sebagai perkara utama. Saya percaya dia dan dia percaya saya. Selebihnya terpulang pada diri masing-masing. Mungkin saya muda, tetapi saya lebih suka bersikap matang dalam hal sebegini," katanya.

Menafikan kontroversi yang melanda kedua mereka sebelum ini memberi tekanan dalam hubungan, ada batas yang perlu dipersetujui bersama sepanjang tempoh percintaan. Namun pengakuan wanita berusia 21 tahun ini bukanlah bermakna untuk mengelak kisah tidak enak mereka terus diperdengarkan.

Saya juga pernah berada dalam hubungan lain sebelum ini, malah ketika itu saya belum lagi dikenali. Tetapi memang cerita-cerita tidak benar ini cukup mudah keluar tanpa bukti yang kukuh.

Dan bila terus-terusan hubungan saya dan Zizan dikontroversi, saya tahu ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan Zizan sendiri memang sudah dikenali," katanya.

Tidak ada sebab untuk mereka terus menjadi orang lain, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, dia dan kekasihnya itu kini akan terus menjalani kehidupan yang sama. Tidak terbit rasa takut untuk mempamerkan cinta, bagi Emma itu bukan soal mahu menunjuk.

Bukan saya mahu menunjuk, malah selepas kontroversi yang melanda itu kami masih seperti biasa. Jujurnya saya suka berkongsi, jadi saya akan jadikan laman sosial saya untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti saya. Bukanlah asyik kongsi kisah cinta sahaja," katanya.

Utamakan Ayah

Hubungan yang kini sudah diketahui umum, jauh di sudut hatinya tiada apa yang lebih penting dari kemahuan ayahnya sendiri iaitu Ismail Embong yang juga pelukis terkenal negara. Keputusan untuk lebih sensitif dalam soal berpakaian dan pergaulan juga ada kaitan dengan 'lelaki nombor satu' dalam hidupnya itu.

Memang saya mahu mulakan sedikit demi sedikit. Ayah ada buat permintaan ini, jadi saya ambil keputusan untuk hormat dia. Zizan tidak ada kena mengena dengan keputusan yang dibuat ini," katanya.

Bercerita momen pertama dia membawa Zizan bertemu ayahnya, jelas Emma status Zizan bukan perkara yang dipandang. Pembawakkan diri Zizan, serta penggunaan dialek Terengganu, menjadikan Zizan cepat selesa dengan ayahnya.

Zizan lelaki pertama yang saya bawa pulang bertemu dengan ayah. Jujurnya ayah tidak pernah tanya apa hubungan kami tapi saya yakin dia tahu. Dia tidak kenal Zizan siapa, tetapi mereka cepat mesra kerana Zizan menggunakan dialek Terengganu.

Sama juga saya dengan ibu Zizan, memandangkan kami masing-masing memahami dialek Terengganu, jadi hubungan itu lebih mudah terbina," katanya.

Mencuit hati Emma tentang kisah bernikah, nyata gadis ini tidak goyah. Setiap butir perkataan yang disampaikan cukup tersusun. Katanya di kala ini perkahwinan bukan destinasi pilihan lagi.

Memang Zizan ada kata akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, tetapi itu sebelum kami dalam hubungan.

Jujurnya saya tidak ada perancangan ke arah itu. Bila itu tidak pasti, mungkin selepas ayah saya membenarkan," katanya tersenyum.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Zulkiflee Bakar

Pejabat Malaysiakini yang terletak di Bangsar Utama, Kuala Lumpur di simbah cat merah, Februari lalu.

SETIAP kali apabila kita meletakkan kenderaan di mana-mana kawasan termasuk bangunan, pihak pengurusan bangunan atau kawasan tersebut akan memaparkan notis mereka tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang berlaku kepada kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pihak pengurusan mengamalkan sikap lepas tangan, mereka tetap berusaha melakukan langkah pencegahan termasuklah menempatkan pengawal keselamatan tetapi kalaulah sesuatu kejadian hendak berlaku juga ia sudah tentulah di luar kawalan.

Tetapi sekurang-kurangnya langkah pencegahan dilakukan dan bukannya hanya mahu mengaut keuntungan melalui bayaran parkir sahaja.

Namun kalau mengkaji sikap Malaysiakini, moral dan martabat mereka tidak setaraf dengan pengurusan tempat parkir kenderaan.

Mereka mewujudkan ruangan untuk pembaca portal berita propembangkang itu memberi sebarang ulasan atau komen tanpa kawalan. Untuk melepaskan diri, Malaysiakini meletakkan notis bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang disiarkan.

Lebih menarik lagi Malaysiakini menggunakan istilah di laman sosial ini. Apabila istilah itu digunakan ia sudah tentu memberi pemahaman kepada kita bahawa pembaca boleh komen apa sahaja tanpa batas.

Sama ada komen itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat atau negara, itu soal kedua tetapi demikianlah kebebasan yang kononnya ingin dipaparkan oleh Malaysiakini.

Jika Malaysiakini benar-benar bertanggungjawab, mereka juga akan mencontohi pihak pengurusan tempat parkir, walaupun tidak akan bertanggungjawab kepada kenderaan yang diletakkan di kawasan seliaan, mereka namun langkah-langkah pencegahan tetap dilakukan.

Tetapi ini tidak dilakukan oleh Malaysiakini kerana sebagai portal berita yang mengamalkan kewartawanan zaman batu atau mungkin juga hukum rimba dengan membenarkan orang berkata apa sahaja terhadap sesuatu berita, Malaysiakini sememangnya tidak mahu bertanggungjawab apatah lagi berusaha mengawal sesuatu pandangan atau komen supaya ia tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Malaysiakini begitu gembira apabila komen-komen negatif terhadap musuh mereka diterima bertubi-tubi. Tetapi jika ada komen positif sudah pasti sampai kiamat pun belum tentu Malaysiakini akan menyiarkan. Itu pun Malaysiakini masih mahu mendabik dada kononnya mereka mengamalkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara hanya layak untuk kelompok yang memihak kepada mereka sahaja, kalau kebebasan bersuara itu menghentam mereka sudah pasti ia disenyapkan dengan seribu satu alasan.

Jika benar Malaysiakini mengamalkan kewartawanan tulen maka mereka perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menapis terlebih dahulu apa juga komen yang mereka fikirkan tidak sesuai disiarkan.

Tetapi ini bukanlah perkiraan Malaysiakini kerana dalam agenda kewartawanan Malaysiakini bukannya mahu mengamalkan kewartawanan yang profesional tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh sentimen yang kadang kala pasti mengenepikan rasional.

Dengan berselindung di sebalik istilah Malaysiakini tidak akan bertanggungjawab dan laman sosial, Malaysiakini tidak boleh melenting jika mereka dianggap berbuat demikian untuk melakukan serangan kepada mana-mana pihak yang mereka tidak senangi termasuklah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Baca dan kajilah komen-komen yang disiarkan oleh Malaysiakini, ia cukup memualkan dan mampu mewujudkan ketegangan kepada mana-mana pihak. Itupun Malaysiakini masih tergamak untuk membiarkan pembacanya menuduh media lain melakukan laporan sampah sedangkan mereka sendiri menyiarkan komen-komen bertaraf sedemikian.

Malaysiakini berbuat demikian kerana mereka begitu galak untuk melondeh atau memperlekehkan mana-mana juga pihak termasuklah media yang tidak sehaluan dengan mereka tetapi jauh sekali mahu mengkaji apatah bermuhasabah untuk mengubah corak kewartawanan yang diamalkan.

Sememangnya tidak sesiapa boleh berhak memaksa Malaysiakini untuk menyebelahi mana-mana pihak walaupun semua orang tahu bahawa portal berita itu amat-amat cenderung pembangkang tetapi apa yang orang ingin lihat ialah sikap bertanggungjawab dalam menyiarkan berita atau komen-komen dalam portal berita itu, bukannya menyiarkan keseluruhannya tanpa tapisan yang kadang kala komen tersebut bukan lagi bertaraf sampah malah sudah sama taraf dengan air kumbahan.

Keadaan itu berlaku kerana Malaysiakini membuka laluan dengan mengiktiraf komen-komen pembaca sebagai ruangan laman sosial, apabila disebut sahaja laman sosial ia samalah tarafnya dengan akaun facebook atau twitter yang pemilik akaunnya tidak mempunyai sebarang rasa tanggungjawab atau memikirkan apa juga risiko terhadap apa yang dipaparkan di laman itu.

Kalau begitulah keadaannya, bagaimana mungkin Malaysiakini mahu mendakwa mereka mengamalkan sikap bertanggungjawab. Apabila sesuatu media atau portal berita untuk menganggap sesuatu ruang yang mereka wujudkan bertaraf laman sosial dan disertakan pula dengan notis tidak akan bertanggungjawab jelaslah sememangnya mereka bukanlah golongan bertanggungjawab.

Penulis tidak mahu terlalu banyak mempersoalkan apakah agenda di sebalik kewujudan Malaysiakini tetapi apa yang pasti kecenderungan mereka melaporkan sesuatu berita dan menyiarkan komen tanpa batasan sudah boleh memberikan gambaran agenda sebenar portal berita itu.

Sebenarnya, Malaysiakini boleh terus berbuat demikian dengan tidak mahu bertanggungjawab terhadap sesuatu komen oleh pembacanya jika ia merasakan boleh menaikkan imej portal berita itu tetapi sikap Malaysiakini tidak ubah seperti kepala unta yang boleh melihat sekeliling tetapi badan sendiri tidak mahu dilihatnya.

Malaysia tak rugi apa-apa tanpa 'Pak Hitam'

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Rozaman Ismail

Warga Afrika yang menakluki mana-mana kawasan perumahan selalunya akan menjadikan kawasan tersebut seolah-olah mereka yang punya.

KALAU nak bercerita mengenai warga Afrika yang berada di Malaysia, rasanya sudah tidak ada cerita baharu. Ceritanya sama sahaja. Dan tidak ada cerita baik pun. Hampir semua negatif. Bila tengok sahaja Pak Hitam ini, persepsi pertama berlegar di depan mata ialah jenayah dan masalah sosial yang sinonim dengan mereka.

Oleh kerana banyak sangat kes jenayah yang dilakukan oleh kumpulan warga Afrika ini, mereka sering dipandang serong. Sehinggakan mereka yang jujur dan baik dari negara-negara di benua itu pun turut terkena tempias persepsi ini.

Tidak ada salahnya untuk beranggapan sedemikian. Persepsi sudah bertukar menjadi fakta. Dulu mereka bawa masuk jenayah Black Money Berapa ramai rakyat Malaysia yang kena tipu hidup-hidup. Yang kena kencing itu bukan calang-calang manusia. Oleh kerana warga sindiket ini meletakkan sasaran orang berduit, maka ramai yang terkena adalah golongan berduit.

Selepas terbongkar dan tidak laku lagi dengan Black Money, mereka tukar strategi baru jadi kasanova siber. Warga Afrika berkulit hitam ini menjual cinta di internet. Mereka menyamar menjadi lelaki Amerika atau Inggeris atau orang Eropah berkulit putih. Mereka memasang jerat berumpankan bahasa cinta. Sasaran mereka adalah wanita-wanita kesepian.

Ramai juga gadis yang masih solo, anak dara tua, janda, ibu tunggal menyahut panggilan cinta ini. Walaupun tak pernah bersua, mangsa yang kebanyakannya sedang angau disampuk cinta siber mudah termakan umpan. Demi panggilan cinta juga mereka berbuat apa sahaja untuk kekasih yang entahkan wujud, entahkan tidak. Ramai yang tertipu, habis segala duit simpanan, duit pencen bulanan atau simpanan caruman KWSP. Jumlah bukan sedikit ada kerugian berpuluh-puluh ribu malah ada yang beratus-ratus ribu ringgit. Itu kes yang dilaporkan kepada polis atau diadu kepada Biro Aduan MCA. Yang malu atau takut diketahui keluarga dan rakan-rakan entah berapa banyak jumlahnya. Mereka ini adalah kumpulan yang sengsara dalam diam.

Selain kes cinta palsu banyak lagi kes jenayah dilakukan pendatang asing warga Afrika ini. Semuanya berkaitan dengan pemalsuan dan dadah. Pemalsuan pasport, pengeluaran pasport palsu, wang palsu, jam palsu, pengedaran dadah, penyeludupan dadah dan merekrut keldai dadah.

Yang peliknya pergilah ke ceruk mana sekalipun di Malaysia ini, pasti akan terjumpa dengan kumpulan ini. Perhatikan di tempat-tempat tumpuan orang ramai, pasti ada mereka. Paling kurang pun mereka menjaja jam Petaling Street atau menjual cakera padat digital (DVD) haram.

Barangkali kerana menyedari betapa makmurnya Malaysia, betapa mudahnya mencari rezeki di sini dan betapa baiknya rakyat Malaysia, warga Afrika sanggup meredah perjalanan berpuluh ribu kilometer untuk ke sini mencuba nasib.

Oleh kerana syarat imigresen yang ketat, mereka menggunakan strategi mendaftar sebagai pelajar asing di kolej-kolej swasta sebagai jalan mudah untuk memperoleh visa. Bagaimanapun belum pun habis satu semester belajar, mereka sudah hilang. Visa pelajar yang diperoleh dijadikan tiket untuk memudahkan pergerakan. Visa pelajar kerap kali menjadi perisai penyelamat ketika ditahan pihak berkuasa.

Sebahagiannya pula masuk sebagai pelancong. Setelah tamat tempoh permit lawatan sosial mereka tak keluar pun dari Malaysia. Yang gagal masuk secara halal akan cuba masuk secara haram menerusi sempadan negara. Menurut laman web rasmi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) jenayah melibatkan warga Afrika khususnya dari Nigeria bukan masalah baru tetapi telah mula dikesan sejak tahun 80-an dan banyak berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Agensi perisikan itu mengkategorikan jenayah melibatkan warga Afrika ini sebagai jenayah terancang yang perlu diberi perhatian. FBI juga mengesan kumpulan warga Nigeria itu turut aktif melakukan jenayah sama di 80 buah negara lain. Kumpulan berkenaan yang digelar perusahaan jenayah Nigeria dipercayai mengumpul dana hasil jenayah penipuan dan dadah untuk membuka cawangan baru di negara lain.

Menurut satu lagi laporan, lelaki warga Nigeria yang terlibat dalam jenayah penipuan dipercayai menjalani latihan menipu di beberapa buah sekolah khas yang diwujudkan di kawasan terpencil. Setelah tamat latihan mereka dihantar ke negara sasaran. Dengan kata lain yang datang di sini bukan sembarangan orang. Mereka sudah dibekalkan dengan ilmu. Selama ini dua bidang kepakaran yang dikuasai mereka ialah jenayah penipuan dan dadah.

Bagaimanapun insiden dua warga Afrika melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis baru-baru ini satu kejadian yang sangat mengejutkan. Rasanya tidak pernah lagi ada kes Pak Hitam menembak polis sebelum ini.

Kejadian tersebut jika benar berlaku adalah satu ancaman baharu. Kalaupun tidak ada tembakan dilepaskan, adegan kejar mengejar dengan kereta peronda polis sudah dikira sangat berani. Tanpa berselindung, mereka bukan sahaja ingkar tetapi sudah berani melawan polis secara terbuka.

Orang ramai sudah lama memerhatikan bagaimana beraninya warga Afrika menakluki satu-satu kawasan perumahan. Mereka membina koloni dan menjajah kawasan yang diduduki. Kumpulan ini seringkali menimbulkan masalah sosial yang tidak disenangi penduduk setempat.

Mereka membuat bising, mabuk dan sampai ke satu peringkat secara terbuka mengusung gadis-gadis tempatan ke rumah-rumah sewaan mereka. Oleh kerana jumlah mereka yang agak ramai ditambah dengan susuk fizikal dan perwatakan kasar, para penduduk tidak berani bersuara sehingga mereka semakin naik kepala. Masyarakat setempat turut merasa tercabar dengan gelagat kumpulan pendatang asing ini.

Kemunculan warga Afrika sebagai pemain baru dalam jenayah kategori berat ini sudah tentu menambahkan rasa takut dan rasa tidak selamat masyarakat. Sebelum ini pun jenayah tembak dan rompak sudah banyak kali dilaporkan dilakukan oleh warga asing negara lain.

Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu. Mereka datang untuk mencari rezeki dengan cara yang salah. Pendatang asing seperti ini tidak diperlukan di sini. Malaysia tak akan rugi apa-apa tanpa Pak Hitam kategori ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Tiada rahsia resipi jodoh kekal

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Oleh FARHANA JONI

USIA perkahwinan mereka kini sudahpun memasuki angka 22 tahun.

SIKAP saling mempercayai di antara satu sama lain menjadi pegangan utama bekas Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan isteri, Dr. Sarina Shuib dalam melayari bahtera rumah tangga.

Pasangan suami isteri yang diijab kabul pada 20 Februari 1992 begitu bersyukur kerana perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan restu daripada kedua-dua ibu bapa berkekalan sehingga hari ini.

Menurut Wan Ahmad Uzir, sejak 22 tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta, mereka tidak pernah mempunyai sebarang rahsia.

Alhamdulillah, perkahwinan kami berkekalan hingga hari ini dan seperti pasangan suami isteri yang lain, perkara utama dalam rumah tangga adalah sikap saling mempercayai.

Sebagai pasangan yang berkerjaya, sudah tentu kami sering dihambat dengan pelbagai tuntutan kerja sehingga kurang mempunyai masa untuk bersama," katanya ketika ditemui S2 di pejabatnya di Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Menurut beliau, sikap saling mempercayai itu juga mengeratkan lagi hubungan mereka suami isteri kerana semua perkara akan dikongsi dan bercerita bersama.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat apabila beliau dan isteri tiada masalah dan berfikiran terbuka untuk menjalin hubungan jarak jauh suatu ketika dahulu.

Apabila saya menerima arahan untuk bertugas di Sarawak enam tahun lalu, saya dan isteri langsung tidak terkejut, malah kami langsung tidak berasa risau.

Niat ketika itu adalah untuk bekerja, cari rezeki untuk isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, tidak berapa lama kemudian, isteri saya turut ditawarkan bekerja di sini," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad Uzir mengakui sikap kontra antara beliau dan isteri menjadikan hubungan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Beliau yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Susun Semula Masyarakat di Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri berkata, Dr. Sarina seorang yang tegas dan mengutamakan kesempurnaan dalam semua perkara manakala beliau sebaliknya.

Dari segi emosi juga begitu, isteri saya seorang yang mudah tersentuh dan berprinsip tetapi saya lebih tenang malah kini mahir untuk mengawal keadaan supaya kembali stabil.

Kami sepakat, jika isteri marahkan anak-anak, saya akan diam walaupun ketika itu saya tidak setuju dengannya dan sebaliknya," katanya.

Jelasnya, cara itu bagi menggelakkan perbezaan pendapat berlaku di hadapan empat cahaya mata mereka, Muhammad Afiq, 20, Nurafiqah, 19, Muhammad Adli, 16, dan Muhammad Arman, 12.

Dalam soal mendidik anak-anak pula, Wan Ahmad Uzir dan isteri menggunakan pengalaman dan latar belakang masing-masing yang mempunyai latar belakang keluarga yang mengutamakan soal agama dan pendidikan.

Katanya, beliau mengambil contoh didikan ibu bapanya sewaktu kecil untuk diaplikasi pula dalam menjaga dan membimbing empat anaknya.

Meskipun saya dan isteri sibuk dengan kerja masing-masing, namun ternyata kaedah didikan sedemikian membuahkan hasil yang positif apabila anak-anak kami menjadi modal insan yang baik.

Tradisi baharu yang saya amalkan dalam keluarga ini adalah mengadakan majlis makan-makan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tidak kira di gerai mahu pun di restoran eksklusif," katanya.

'Cemburu punca dia sakiti saya'

Posted: 11 Apr 2014 12:28 PM PDT

Normala Hamzah

ISTILAH perosak dalam apa juga keadaan sering menjadikan manusia hilang pertimbangan dan hala tuju sehingga mencetuskan perbalahan dan bermasam muka sesama manusia.

Golongan ini sangat bijak dalam melakukan kerja-kerja negatif ini kerana telah terbiasa berbuat demikian tanpa memikirkan dosa. Janji hati mereka puas apabila melihat orang yang ingin dianiaya menangis tak berlagu.

Namun Allah melihat apa yang hamba-Nya lakukan kepada hamba-Nya yang lain. Berkongsi cerita minggu ini, saya paparkan kisah yang dikirim oleh Linda (bukan nama sebenar )untuk iktibar pembaca semua.

Begini kisah Linda.

Saya berusia awal 40-an, seorang suri rumah dan ibu kepada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan berusia antara 13 dan 18 tahun. Suami, Fadzil (bukan nama sebenar), seorang penjawat awam memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menguruskan rumah tangga dan sentiasa memberi perhatian terhadap saya dan anak-anak.

Syukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga, selain turut dikongsi dengan kedua-dua ibu bapa kami. Walau dalam serba sederhana, saya bahagia dengan kehidupan kami.

Langit tidak selalunya cerah, pun begitu gelap bukan bermakna kesusahan akan selalu melanda, setelah reda terus berdoa insya-Allah akan terpancar sinar harapan.

Pada hari ini segala-galanya bergerak pantas dalam semua perkara terutama teknologi. Yang tidak pandai akan jadi pandai, begitulah juga dengan saya. Sikit-sikit saya tahu jugalah tentang telefon bimbit walaupun tidak bekerja.

Satu pagi, sedang saya sibuk dengan kerja-kerja rumah yang bermula seawal pagi, tertera mesej pada skrin telefon bimbit, Awas puan, Fadzil sudah buka cawangan. Tahniah!".

Terkejut saya, jantung saya seolah-olah berhenti seketika. Pada mulanya, saya panik dengan sebaris ayat yang boleh meruntuhkan rumah tangga kami, tetapi saya tidak bertindak melulu.

Saya tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan dengan perlahan-lahan untuk menghilangkan perasaan cemas dan bersikap positif. Mungkin juga pesanan tersebut sekadar usikan dari rakan-rakan yang nakal.

Mesej tersebut saya abaikan dan tidak bertanya kepada suami atau rakan-rakan setugas dengannya kerana tidak mahu ia diperbesarkan. Jika diturutkan hati memang saya inginkan penjelasan tetapi bila difikirkan kembali tindakan yang melulu selalunya akan berakhir dengan pertengkaran kerana masing-masing tidak mahu mengalah atau mengaku.

Dalam tempoh sebulan, hampir setiap hari saya menerima mesej seperti itu sehingga saya nekad untuk bersemuka dengan si pengirim misteri yang saya anggap sebagai makhluk perosak.

Hairan! bila diajak untuk bersemuka pelbagai alasan yang diberikannya. Sibuk, dan macam-macam lagi, tetapi ada masa pula mengirim mesej seperti itu kepada saya.

Disebabkan gangguan dan mesej itu berterusan, saya beranikan diri bertanya suami akan kebenarannya dengan mengirim semula mesej tersebut kepadanya.

Linda, awak sihat ke? Itu jawapan yang saya terima dari Fadzil. Saya terdiam seketika, mungkin tindakan itu kurang tepat pada masanya. Saya faham benar dengan sikap Fadzil yang tidak suka melayan hal yang remeh-temeh, bercakap hal yang penting dan jika bergurau jangan sampai menyinggung emosi.

Tiba di rumah Fadzil seperti biasa diam, malah tidak langsung buka mulut untuk bertanyakan mengenai mesej tersebut. Baginya mulut manusia akan tertutup bila dia sudah tidak boleh berkata-kata, ertinya setelah dia meninggal dunia.

Saya menghormati pendiriannya. Cerita dia tambah cawangan berhenti di situ. Begitulah hari-hari yang kami lalui, sentiasa dihujani dengan mesej yang entah apa motifnya.

Kami menggelar pengirim mesej itu sebagai makhluk perosak. Tujuannya semata-mata untuk seronok melihat kehidupan orang lain kucar-kacir dan bagi mereka, itu satu kepuasan yang membahagiakan. Disebabkan gagal menghuru-harakan kami, si makhluk perosak ini telah menjalankan jarumnya dengan cara yang lain pula.

Sayangnya, caranya itu telah memerangkap diri sendiri. Satu hari, ketika kami sekeluarga bertandang ke rumah jiran atas jemputan kenduri, tiba-tiba saya disapa oleh seorang kenalan lama.

Mungkin juga terlalu rindukan saya, Salmah (bukan nama sebenar) terus memeluk saya. Saya biarkan sahaja tindakannya kerana mungkin itu caranya untuk melepaskan rindu kepada seorang sahabat.

Lama juga kami bersembang sambil mengimbau kisah silam semasa sama-sama menuntut di kolej. Sambil menikmati juadah, saya perkenalkan Fadzil dan anak-anak kepada Salmah yang begitu teruja sekali dengan keluarga bahagia saya.

Selesai majlis, masing-masing pulang dan pada malamnya saya tidak dapat melelapkan mata kerana seluruh tubuh terasa sakit dan bengkak. Mungkin juga tersalah makan atau alahan kepada makanan yang saya makan, itu fikir saya.

Suami membawa saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan saya disahkan alahan kepada makanan. Seminggu saya mengambil ubat-ubatan mengikut nasihat yang diberikan doktor tetapi bengkak dan kesan kehitaman pada seluruh tubuh semakin serius.

Atas nasihat keluarga terdekat, saya juga mencuba perubatan alternatif. Syukur dengan izin Allah, bengkak semakin berkurangan dan selepas seminggu pulih walaupun tidak sepenuhnya, alhamdulillah, penderitaan saya berkurangan.

Pelbagai soalan berlegar di fikiran, angkara siapa dan kenapa tiba-tiba saya dapat penyakit ini? Tetapi saya tidak mahu menuduh orang tanpa saksi dan bukti. Cara yang terbaik adalah dengan berdoa semoga Allah memberi kesembuhan yang sepenuhnya dan penyakit misteri tersebut tidak berulang kembali.

Saya serahkan segalanya kepada Allah kerana kita sebagai hamba-Nya akan diuji dengan pelbagai percubaan yang terkadang boleh menyebabkan hilang keyakinan dan berputus asa dengan kehidupan.

Saya malas untuk memikirkan perbuatan siapa ini? Cuma saya benar-benar mengharapkan orang yang melakukan perbuatan itu segera bertaubat dan tidak mengulangi lagi kerja yang tidak baik itu. Setiap hari selesai solat saya berdoa, mohon Allah ampunkan orang yang mengirim penyakit misteri itu kepada saya, jika benar ia ada berlaku.

Takdir Allah tiada siapa yang dapat menghalang, khabar yang saya terima Salmah mengidap penyakit misteri sama seperti saya. Atas dasar persahabatan, kami sekeluarga pergi menziarahinya di rumah setelah dimaklumkan oleh jiran.

Hampir sebulan dia terlantar di rumah. Sama seperti kes yang saya lalui. Telah puas dia mengambil ubat-ubatan tetapi penyakit semakin serius. Akhirnya atas permintaan keluarga, Salmah di bawa pulang ke rumah ibunya di kampung.

Sebagai sahabat lama, saya sedih melihat keadaannya yang lebih serius dari apa yang saya alami. Hampir dua jam kami menziarahinya dan sebelum pulang saya memeluknya walaupun keadaan dirinya yang begitu uzur.

Salmah menangis semahu hati dan dia enggan melepaskan saya sambil berbisik dengan nada yang perlahan maafkan saya Linda .. ini mungkin balasan yang saya terima atas dosa silam yang saya lakukan kepada awak.. saya yang cemburu kepada awak dan melakukan kerja jahat sehingga awak menderita penyakit dan balasan yang saya terima ini amat perit sekali.

Saya tergamam dengan pengakuan Salmah dan tanpa berlengah saya terus berbisik di telinganya, Salmah saya maafkan awak dan kita sama-sama diuji. Dalam menahan kesakitan Salmah melemparkan senyuman dan saya mendengar dengan jelas tangisan seorang sahabat yang telah insaf dengan kata-kata taubat yang tidak putus daripada bibirnya.

Sekembali di rumah saya ceritakan kepada suami, terkejut dia bukan kepalang. Hanya kerana cemburukan kebahagiaan saya, Salmah sanggup berbuat demikian kepada saya.

Seminggu selepas itu sedang saya sibuk melayan keluarga, terdengar suara memberi salam. Salmah dan keluarga muncul di muka pintu rumah kami. Sekali lagi kami berpelukan dan menangis.

Syukur segalanya telah selamat dan tiada lagi dendam dan sengketa antara kami. Untuk apa bermusuh jika tiada sebab yang munasabah! Apa yang berlaku saya anggap takdir Allah dan saya gembira kerana Salmah telah insaf dengan perbuatannya. Semoga persahabatan dan rumah tangga saya kekal hingga ke Jannah, kata Linda menamatkan ceritanya.

Saya menarik nafas panjang, terkejut dengan cerita yang diluahkan oleh Linda. Mungkin sebahagian daripada kita tidak akan percaya tetapi hakikatnya, Linda telah melalui semuanya ini.

Apa pun, alhamdulillah dengan apa yang telah berlaku. Syukur kerana segala-galanya telah berakhir dengan baik. Sungguh mulia hati Linda memaafkan perbuatan Salmah. Tidak semua orang boleh memaafkan orang dengan mudah setelah apa yang dilakukannya.

Mudah-mudahan Linda dan keluarga sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Menutup catatan minggu ini, pesanan ikhlas saya, Allah menurunkan kedamaian kepada mereka yang ingat kepada-Nya di kala mereka dalam kesusahan.

Salam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pertingkat aspek keselamatan, kesihatan

Posted: 10 Apr 2014 11:27 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

ASPEK keselamatan dan kesihatan pekerja amat penting dalam projek MRT Sungai Buloh-Kajang kerana tapak pembinaan bagi projek tersebut terletak berhampiran dengan kawasan perumahan, lot-lot kedai dan jalan -jalan utama.

KUALA LUMPUR 10 April - Seramai 6,500 pekerja di 30 tapak Projek laluan Transit Berkapasiti Tinggi (MRT) Sungai Buloh -Kajang akan menyertai program penilaian keselamatan dan kualiti anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama MRT Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan.

Pengarah CIDB Selangor, Mohd. Zaid Zakaria berkata, program dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dijalankan bagi memastikan tiada sebarang insiden berlaku melibatkan kedua-dua aspek akibat kecuaian.

"Kejadian seumpama itu mampu memberikan kesan negatif terhadap organisasi dan imej industri pembinaan keseluruhannya dan CIDB sentiasa memantau isu-isu berkaitan keselamatan khususnya projek pembinaan di Selangor.

"Antara program yang ditawarkan termasuklah Kursus Induksi Keselamatan untuk Pekerja Binaan-Kursus Kad Hijau CIDB, Kursus Penyeliaan Keselamatan, Kursus Bekerja di Tempat Tinggi dan Kursus kemahiran berkaitan pemasangan perancah serta operasi kren," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai Program Meningkatkan Tahap Keselamatan Bagi Projek Pembinaan Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) di Kompleks Pekerja MRT Pakej V1, di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKKP Selangor, Zahrim Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Bangunan MBSA, Noraidah Basri dan Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPJ, Abdul Shukur Mohamed Noor.

Sementara itu, Pengarah Piawaian dan Pematuhan MRT Corp., Syed Mahdhar Syed Hussain berkata, isu keselamatan dan kesihatan amat penting dalam projek MRT kerana tapak pembinaan bagi projek tersebut terletak berdekatan dengan kawasan perumahan, lot-lot kedai dan jalan-jalan utama.

"Oleh itu kita sedaya upaya memastikan sebarang insiden tidak diingini berlaku kepada orang awam.

"Kita juga mahu keselamatan pekerja terjamin, lebih-lebih lagi kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja asing dan kita mahu mereka pulang ke negara asal dalam keadaan selamat,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Zaid berkata, operasi penguatkuasaan CIDB di tapak pembinaan MRT baru-baru ini mendapati hampir 85 peratus daripada jumlah pekerja binaan terbabit mempunyai kad pendaftaran pekerja binaan atau kad hijau CIDB yang sah.

"Peratusan pematuhan ini adalah yang terbaik setakat ini berbanding tahap pematuhan kad hijau ditapak binaan lain yang secara umumnya berada pada tahap 52 peratus, berdasarkan hasil operasi penguatkuasaan CIDB 2013," ujarnya.

Longkang tersumbat punca banjir

Posted: 10 Apr 2014 11:27 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KEADAAN longkang yang dipenuhi sampah akibat tidak diselenggara dengan baik di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 April - Longkang di sepanjang Jalan Datuk Abdul Malik sehingga ke Jalan Sungai Baru di Kampung Baru di sini dikatakan menjadi salah satu punca berlakunya banjir di kawasan itu apabila hujan lebat.

Ini kerana longkang tersebut terlalu kotor dan tidak menunjukkan tanda bahawa ia pernah diselenggara sebelum ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati longkang itu yang sepatutnya membantu mengalirkan air hujan terus keluar ke sungai dipenuhi sampah-sarap.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Sungai Baru, Radin Salikun Mui memberitahu, longkang besar itu sudah tidak diselenggarakan sejak bertahun lamanya atas sebab yang tidak diketahui.

"Semuanya bermula pada tahun 2000 apabila longkang ini dibina oleh pihak berwajib untuk mengelakkan kawasan ini daripada dilanda banjir dan memastikan air tidak naik sehingga ke rumah penduduk.

"Bagaimanapun, longkang tersebut tidak diurus dengan baik sehingga kini dan menyebabkan sampah, batu serta pasir sudah terlalu banyak mendap sehingga mengakibatkan saliran air tersumbat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, dia terpaksa meminta bantuan penduduk untuk membuka jaring di longkang tersebut kerana sampah mula memenuhi kawasan itu yang menyebabkan air tidak dapat menembusinya.

"Kadangkala penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan longkang itu tetapi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap perkara ini seolah-olah mengambil sikap lepas tangan.

"Dalam mesyuarat pencegahan banjir Kampung Baru juga telah saya bangkitkan mengenai isu ini, namun pihak berwajib hanya menuding jaring ke arah satu sama lain," jelasnya.

Tambahnya, jika setiap kali banjir, penduduk di Kampung Hujung Pasir dan Kampung Sungai Baru perlu menanggung masalah air masuk ke rumah dan memusnahkan harta benda mereka.

Katanya lagi, ada yang penduduk pernah ternampak ular sawa dan biawak keluar dari longkang tersebut sekali gus menyebabkan mereka bimbangkan keselamatan masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kampung Pindah tidak begitu berpuas hati dengan penyelenggaraan yang dilakukan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menurap semula jalan yang berlubang di Jalan Haji Yakob.

"Walaupun sudah disimen, tetapi tidak begitu sempurna dan pada bila-bila masa sahaja akan rosak semula apabila banyak kenderaan yang melalui jalan ini nanti.

"Malah, ada lagi lubang lain yang tidak dibaiki DBKL dan ini menyebabkan kami tertanya-tanya, mengapa hanya membaiki satu dan bukan kesemuanya sekali," katanya.

Penduduk mahukan masalah-masalah tersebut diselesaikan, terutama longkang yang tidak dijaga dengan baik kerana mengancam keselamatan serta kesejahteraan penduduk kampung itu.

Pemilik bangunan diminta buat latihan kebakaran sekali setahun

Posted: 10 Apr 2014 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 April - Semua pemilik bangunan diminta supaya meningkatkan aspek keselamatan dengan mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun ekoran sesetengah bangunan di sekitar ibu negara terdedah kepada risiko kebakaran.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, sekalipun kebanyakan bangunan terutamanya baharu mempunyai aspek kualiti binaan yang tinggi namun masih terdedah kepada berlakunya tragedi kebakaran jika langkah-langkah keselamatan tidak diberi perhatian.

"Semakin tinggi sesuatu bangunan, lebih tinggi risikonya dan jika berlaku kejadian yang tidak diingini akan mengancam nyawa.

"Tanpa sebarang latihan kebakaran sememangnya boleh mengundang tragedi yang sangat buruk," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Pingat Kebesaran Bomba, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Terpuji 2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur di Hotel Hilton KL Sentral di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman. Pada majlis itu, seramai 142 anggota Bomba dan Penyelamat dari Wilayah Kuala Lumpur pelbagai pangkat dan jawatan serta pesara menerima anugerah masing-masing.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Nor berkata, sebanyak 408 bangunan di sekitar Kuala Lumpur memiliki Sijil Keselamatan Bangunan dari Jabatan Bomba yang perlu diperbaharui setiap tahun.

"Untuk memperbaharuinya pihak Jabatan akan melakukan pemeriksaan dan jika pemilik bangunan mempunyai pasukan khas bomba mereka sendiri dan mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya setahun sekali akan memudahkan pembaharuan sijil itu," jelasnya.

Sebelum itu dalam ucapan perasmiannya, beliau melahirkan rasa puas hati dengan rekod pencapaian dan kemajuan perkhidmatan anggota bomba yang disifatkan sebagai sangat profesional, cekap dan mengukir banyak kejayaan.

"Oleh kerana umur persaraan pada masa ini ialah 60 tahun, saya berharap kesemua anggota bomba sentiasa menjaga dan meningkatkan taraf kesihatan masing-masing agar khidmat dan tenaga mereka dapat digunakan dalam tugas-tugas yang sangat mencabar ini.

"Begitu juga tidak dinafikan dengan pendapatan dan gaji yang kecil dalam kalangan kakitangan yang sebenarnya membolehkan kita hidup secara sederhana dan tidak terjejas teruk akibat peningkatan kos hidup," katanya.

Dalam pada itu, menurut Khiruddin, jumlah panggilan palsu yang diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur semakin berkurangan iaitu 32 panggilan pada tahun lalu berbanding 72 pada tahun sebelumnya.

"Bagaimanapun, jumlah aduan atau panggilan kebakaran yang diterima semakin tinggi, iaitu 1,905 kes pada tahun lalu berbanding 1,629 pada tahun 2012," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved