Jumaat, 30 September 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ahli Pas tolak hudud ditempelak

Posted:

Ahli Pas tolak hudud ditempelak

Ahli Pas tolak hudud ditempelak

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Sept. - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyelar sikap sesetengah pihak dalam parti itu sendiri yang marah apabila kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membangkitkan isu hukum hudud.

Mohd. Amar yang juga Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Kebudayaan Kelantan berkata, adalah tidak wajar golongan ini bersikap sedemikian atas alasan bimbang menakutkan orang bukan Islam dan menyebabkan mereka lari daripada menyokong Pas.

Beliau berkata, sikap sebegini yang lebih mengutamakan laba politik seolah-olah menunjukkan Pas sanggup menang pilihan raya biarpun dalam kemurkaan Allah kerana tidak serius memperjuangkan hukum-Nya.

"Adakah kita sendiri pula mahu menang pilihan raya dengan keredaan Allah atau kerana mahukan keredaan orang bukan Islam, maka kita sanggup ketepikan hukum Allah?

"Politik satu hal, tapi jangan kerana mabuk mahu menguasai Putrajaya, maka kita meninggalkan perjuangan sebenar Pas, walhal orang lain (DAP) sampai sekarang berpendirian teguh menegakkan idea sekular mereka, tapi kita sendiri kenapa pula nak tinggalkan perjuangan kita?

"Saya bukanlah hendak bergaduh dengan sesiapa tetapi pelaksanaan hukum hudud adalah tuntutan agama dan ini adalah amanah rakyat yang mengundi Pas sejak 21 tahun lalu," katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini.

Selain menempelak sikap dalam kalangan partinya sendiri, Mohd. Amar berkata, semua pihak yang menentang terutamanya Pengerusi DAP, Karpal Singh sepatutnya menghormati pendirian Pas dalam isu ini kerana ia hanya melibatkan penganut agama Islam.

Beliau berkata, peluang sepatutnya diberi kepada kerajaan Kelantan yang pada dasarnya sudah bersedia termasuk Mahkamah Syariah negeri melalui Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad yang dikatakan bersetuju melaksanakannya bila-bila masa.

"Saya hairan kenapa Karpal Singh mahu bising kerana hukuman ini adalah untuk orang Islam yang melakukan kesalahan, jadi kenapa mereka takut, begitu juga dengan Kerajaan Persekutuan, kita hanya minta ia dilaksanakan di negeri Kelantan terlebih dahulu yang boleh menjadi 'makmal' amali untuk dicontohi negeri lain," katanya.

Beliau berkata, walaupun kini pelaksanaannya terhalang kerana kekangan dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda di Parlimen terlebih dahulu, Pas dan kerajaan negeri akan terus bersabar dan tetap bercakap mengenai hudud meskipun tidak disukai sekutu sendiri dalam pakatan pembangkang.

Katanya, sekiranya rakyat memberikan sokongan sepenuhnya kepada Pas di peringkat negeri dan Parlimen, tidak ada alasan lagi untuk hukum hudud dihalang pada masa hadapan.

Henti retorik elak kekeliruan - Majlis Peguam

Posted:

Henti retorik elak kekeliruan - Majlis Peguam

Henti retorik elak kekeliruan - Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Majlis Peguam menyeru semua pihak untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan menghentikan semua retorik mengenai pelaksanaan hudud yang boleh menyebabkan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan melalui kerangka Perlembagaan dan perundangan semasa kerana ia bertentangan dengan peruntukan kesamarataan dalam Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Hudud akan mengakibatkan kaedah-kaedah prosedur keterangan dan hukuman yang berkaitan dengan kesalahan jenayah yang terpakai kepada orang Islam berbeza berbanding dengan orang bukan Islam.

"Orang Islam juga akan terdedah kepada dua pendakwaan atau sabitan berasingan iaitu di bawah hudud dan di bawah Kanun Keseksaan di mana ia bertentangan dengan Artikel 7 (2) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau juga memberi contoh kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Awam (1988) dengan Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa undang-undang di Malaysia tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip Islam dan ia mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Chee Wee juga berkata, kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah juga adalah terbatas mengikut Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

"Akta ini memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah di semua negeri tidak boleh menjalankan bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh menghukum pesalah dengan penjara melebihi tempoh tiga tahun atau melebihi RM5,000 atau melebihi enam sebatan atau dengan mana-mana kombinasi daripadanya.

"Oleh itu bidang kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah jelas terbatas dan tidak termasuk hukuman yang diperuntukkan di bawah hudud," jelasnya.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang yang melibatkan kesalahan keluar daripada agama Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman yang berkaitan.

Bagaimanapun ujarnya, setiap undang-undang yang hendak digubal mestilah selari dengan hak asasi manusia yang menjamin semua warganegara termasuk orang Islam selaras dengan bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Seludup dadah RM2.5j dalam teh gagal

Posted:

Seludup dadah RM2.5j dalam teh gagal

Seludup dadah RM2.5j dalam teh gagal


SEBAHAGIAN dadah jenis ekstasi disorok dalam bungkusan teh hijau yang dirampas oleh kastam di KLIA, kelmarin.


SEREMBAN 30 Sept. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan dua percubaan menyeludup dadah ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, dalam percubaan pertama JKDM berjaya membongkar taktik menyeludup dadah jenis ekstasi dianggarkan bernilai RM2.5 juta melalui sebuah syarikat penghantaran cepat antarabangsa di KLIA.

Jelas beliau, dadah tersebut ditemui dalam sebuah kotak yang diisytiharkan sebagai teh hijau yang dikirim oleh seorang individu di Hong Kong untuk dihantar ke sebuah syarikat di negara ini.

"Berdasarkan kepada hasil pemeriksaan terhadap kotak itu, kita menemui tujuh bungkusan yang di dalamnya terdapat 11 peket berwarna perak mengandungi 50,000 pil dipercayai ekstasi," katanya di sini hari ini.

Liah turut memberitahu, pihaknya sedang mengesan syarikat terbabit untuk mengetahui pembabitan mereka dalam sindiket terbabit.

Sementara itu dalam kes kedua pula, JKDM berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan di LCCT kerana cuba menyeludup masuk dadah jenis ketamin dalam bungkusan makanan bijirin yang disimpan dalam bagasi masing-masing.

Liah berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu baru tiba dari Jakarta, Indonesia itu ditahan selepas hasil imbasan mendapati ada objek mencurigakan dalam tiga bagasi yang dibawa mereka.

"Hasil pemeriksaan pihak kami mendapati kesemua bungkusan bijirin itu mengandungi 30 bungkusan lut sinar yang dipercayai dadah jenis ketamin seberat 30 kilogram.

"Kita percaya dadah yang dianggarkan bernilai RM330,000 itu dibawa masuk untuk pasaran di negara ini," jelasnya.

Menurutnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Anak Datuk Bandar PJ bebas tuduhan samun

Posted:

Anak Datuk Bandar PJ bebas tuduhan samun

Anak Datuk Bandar PJ bebas tuduhan samun

PETALING JAYA 30 Sept. – Anak kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman antara tiga lelaki yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan menyamun dengan bersenjatakan sebilah pisau terhadap seorang penjaga kafe siber, tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Mohd. Khairul Amir Mohamad Roslan (gambar) , 23, dan dua rakannya di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh-tertuduh lain terdiri daripada anak kepada seorang ahli perniagaan hartanah yang bergelar Datuk, Mohd. Radzak Razali, 22, dan anak kepada seorang bekas anggota polis, Zul Helmi Mohammad, 23.

''Setelah meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh-tertuduh tanpa dipanggil membela diri,'' katanya.

Rozina berkata, pihak pendakwaan gagal mengemukakan saksi-saksi penting seperti mangsa dan pengadu untuk memberi keterangan sebaliknya hanya bergantung kepada keterangan pegawai polis.

''Selain itu pengecaman terhadap tertuduh pertama (Mohd. Radzak) dan kedua (Zul Helmi) ketika kawat cam juga diragui.

''Ini kerana berdasarkan keterangan saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat, Inspektor Zaini Mohamad Piah, tangkapan kedua-dua tertuduh itu adalah berdasarkan pengecaman orang awam ke atas kereta dan bukan berdasarkan individu yang ada di dalam kereta itu,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Peluang Safee belum berakhir

Posted:

Peluang Safee belum berakhir

Peluang Safee belum berakhir

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Safee Sali


KUALA LUMPUR - Masalah permit kerja yang menghalang Safee Sali beraksi di England boleh diselesaikan dengan cara penyerang bola sepak kebangsaan itu perlu terlebih dahulu beraksi dalam liga lain sekitar Eropah.

Sumber memberitahu, usaha sedang dijalankan bagi mencari kelab sekitar Eropah supaya Safee Sali dapat bermain sekurang-kurangnya sembilan bulan, iaitu salah satu syarat bagi mendapatkan permit kerja di England.

Perkara itu mungkin boleh diputuskan dalam masa satu atau dua minggu lagi jika mendapat lampu hijau dari Cardiff City.

"Safee boleh beraksi di England tanpa terikat dengan syarat ranking pasukan kebangsaan perlu menduduki tempat 70 teratas dalam FIFA.

"Caranya, Safee perlu sekurang-kurangnya beraksi minimum sembilan bulan dalam mana-mana kelab di Liga Eropah.

"Rundingan sedang dibuat supaya Safee boleh bermain dengan kelab sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum dia beraksi di England," kata sumber tersebut.

Pemain negara itu yang kini mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya itu baru sahaja pulang ke tanah air pada Rabu lepas selepas dua minggu menjalani latihan bersama kelab Wales itu.

Jurulatih Cardiff, Malky Mackay mengakui terpikat dengan persembahan Safee Sali.

Begitpun dia menegaskan masalah permit kerja menghalang pemain berusia 27 tahun itu beraksi di sana kerana Malaysia tidak berada dalam senarai 70 negara terbaik dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Syarat mendapatkan permit kerja melalui meminjamkan pemain ke kelab lain di sekitar Eropah bukanlah asing, walaupun negara yang diwakili seseorang pemain berada di antara 70 terbaik dunia, kerana mereka perlu bermain sekurang-kurangnya 75 peratus perlawanan antarabangsa berkelas A.

Contoh terbaru, pemain Arsenal Ryo Miyaichi dari Jepun dipinjamkan ke Feyenoord di Liga Belanda selama satu musim sebelum mendapat permit kerja musim ini.

Bekas pemain Manchester United, Dang Fangzhuo pernah bermain di Liga Belgium, Royal Antwerp selama tiga musim sebelum mendapat permit beraksi di England.

Beberapa pemain lain seperti penjaga gol Wigan, Ali Ab-Habsi yang berasal dari Oman tidak menghadapi masalah mendapatkan permit kerja England, walaupun negaranya tidak berada dalam ranking 70 terbaik senarai FIFA kerana dia beraksi tiga musim bersama kelab dari Norway, Lyn Oslo.

Giliran beregu wanita buat kejutan di Kalimantan

Posted:

Giliran beregu wanita buat kejutan di Kalimantan

Giliran beregu wanita buat kejutan di Kalimantan

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sehari selepas Ow Yao Han-Tan Wee Kiong menumbangkan juara Olimpik, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengambil alih tumpuan pada kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Indonesia apabila menyingkirkan pasangan pilihan dari China, Cheng Shu-Pan Pan untuk ke separuh akhir, semalam.

Ia merupakan separuh akhir ketiga buat beregu muda itu dalam empat kejohanan antarabangsa tahun ini selepas Terbuka Taiwan (September) dan Thailand (Jun), selain suku akhir Terbuka Vietnam, bulan lalu.

Anak didik Rexy Mainaky itu berpeluang ke final buat kali pertama kerana berdepan lawan seimbang, Sujitra Ekmongkolpaisarn-Punyada Munkitchokecharoen dari Thailand hari ini.

Vivian-Khe Wei juga merupakan wakil tunggal Malaysia meneruskan kemaraan di Kalimantan Timur apabila wakilnya yang lain, termasuk Yao Han-Wee Kiong, Misbun Ramdan Misbun dan Chan Kwong Beng tersingkir pada separuh akhir.

Semalam, beregu No. 60 dunia itu diheret dalam pertarungan sengit 55 minit sebelum menewaskan pilihan keenam, Cheng Shu-Pan Pan 21-15, 18-21, 21-18, pada ketika Sujitra-Punyada, pasangan ranking ke-167 menyingkirkan beregu tuan rumah, Nurbeta Kwanrico-Deariska Putri Medita 21-19, 11-21, 21-13.

Vivian-Khe Wei sudah melakar beberapa kejutan sepanjang tahun ini untuk membolehkan mereka naik mendadak dari kedudukan ke-115 pada awal tahun kepada 60 ketika ini. Prestasi cemerlang ini juga memboleh pemain berusia 21 serta 22 tahun itu sebagai sandaran utama pingat pada Sukan SEA, Indonesia, November nanti dengan ketiadaan Pei Tty-Eei Hui.

"Vivian dan Khe Wei menunjukkan fokus yang amat tinggi hari ini kerana menentang pasangan China mereka kena banyak bertahan dengan sesekali melakukan serangan balas. Mereka mempamer pertahanan yang benar-benar berkualiti bagi mengekang serangan lawan yang cukup laju.

"Saya rasa, peluang mereka untuk mencari tiket final buat kali pertama cukup baik jika dapat mengatasi pasangan Thailand. Berbanding beregu China, permainan Sujitra-Punyada tidak terlalu agresif, jadi mungkin esok, Vivian dan Khe Wei pula yang perlu bermain dengan lebih menyerang," kata jurulatih beregu wanita negara, Chong Kien Ling ketika dihubungi di Kalimantan, semalam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Model akui disimpan Berlusconi

Posted:

Model akui disimpan Berlusconi

Model akui disimpan Berlusconi


Katarina Knezevic


ROME 30 Sept. - Seorang model dari Montenegro mengaku dia adalah perempuan simpanan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Model terbabit, Katarina Knezevic, 20, yang pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Montenegro turut mengaku tinggal bersama Berlusconi yang kini berdepan dengan tuduhan melanggan seorang pelacur bawah umur dan menyalahguna kuasa.

Bagaimanapun, model terbabit, Katarina Knezevic, 20, menegaskan dia tidak menghadiri parti Bunga Bunga yang dianjurkan Berlusconi di rumah pemimpin itu tahun lalu.

''Saya adalah teman wanita Berlusconi dan saya menetap di Arcore.

''Kami telah 'hidup' bersama sejak beliau dikatakan menjalin hubungan dengan seorang gadis berumur 18 tahun, Noemi Letizia dan berpisah dengan isterinya, Veronica Lario,'' dakwanya kepada akhbar Repubblica, semalam.

Lario, 53, memfailkan tuntutan cerai tahun lalu, selepas pendedahan media bahawa taikun media itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain dan menghadiri parti hari jadi ke-18 seorang gadis yang bercita-cita menjadi model dan menggelarnya 'ayah'.

Knezevic berkata, dia mula mengenali Berlusconi sejak 2009 ketika berusia 18 tahun.

''Hubungan kami bukanlah satu misteri tetapi sehingga kini kami cuba mengelak untuk mengambil gambar bersama,'' ujarnya.

Dalam pada itu, ketika menjawab kenyataan beberapa wanita yang pernah menghadiri parti anjuran Berlusconi bahawa dia 'perempuan gila' dan sengaja memberi tekanan terhadap pemimpin berkenaan, Knezevic berkata, mereka cemburu dengan dirinya.

''Itu tidak benar. Saya tidak pernah berniat untuk memeras ugut Berlusconi. Mereka (wanita berkenaan) cemburu kerana tidak mampu berada di tempat saya,'' tambahnya. - AFP

Amah Filipina dibenar menetap di Hong Kong

Posted:

Amah Filipina dibenar menetap di Hong Kong

Amah Filipina dibenar menetap di Hong Kong

MANILA 30 Sept. - Filipina hari ini menyambut baik keputusan mahkamah di Hong Kong yang membenarkan amah warga asing mendapatkan taraf penduduk tetap di negara itu sambil menjelaskan ia sebagai kemenangan untuk hak sama rata.

"Keputusan tersebut sebagai satu langkah mewujudkan hak sama rata di kalangan pekerja asing.

"Pekerja negara ini telah memberi sumbangan kepada majikan dan keputusan tersebut sebagai pengiktirafan atas usaha mereka," kata Timbalan Presiden, Jejomar Binay yang juga merupakan penasihat mengenai pekerja Filipina di luar negara di sini hari ini.

Mahkamah Hong Kong hari ini memutuskan undang-undang yang melarang pekerja asing untuk mendapatkan taraf penduduk tetap dibatalkan.

Terdapat lebih 137,000 amah Filipina bekerja di Hong Kong.

Keputusan mahkamah tersebut dibuat selepas seorang amah negara ini, Evangeline Banao Vallejos yang menetap di Hong Kong sejak 1986 memohon untuk mendapatkan taraf penduduk tetap.

Kumpulan aktivis Filipina turut menyambut baik keputusan itu dan memuji sistem pentadbiran yang adil di negara tersebut.

"Pentadbiran di Hong Kong memberikan hak sama rata kepada pekerja asing.

"Apa yang paling penting, hak mereka diiktiraf selepas bertahun-tahun berkhidmat," kata Pengerusi Migrante, Garry Martinez.

Tambahnya, Hong Kong bagaimanapun akan mengetatkan undang-undang agar pekerja negara ini sukar untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di sana. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Nombor telefon tertuduh kedua tiada transaksi

Posted:

Nombor telefon tertuduh kedua tiada transaksi

Nombor telefon tertuduh kedua tiada transaksi

SHAH ALAM 30 Sept. - Seorang kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan tidak mempunyai sebarang transaksi antara pukul 4.35 petang dan 11.48 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Pegawai kanan di Unit Siasatan dan Penipuan, Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Mohd Feisal Zakaria, 43, yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-55 mengesahkan fakta itu berdasarkan maklumat terperinci yang dicetak olehnya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti mengapa nombor 010-2494927 itu tidak mempunyai sebarang transaksi selama lebih tujuh jam termasuk pada tempoh masa Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

''Nombor 010-2494927 didaftarkan atas nama T. Thilaiyalagan pada 24 Disember 2009. Pada 30 Ogos 2009, nombor tersebut ada membuat panggilan ke nombor 016-3866101 yang didaftarkan atas nama R. Muniamah.

''Antara pukul 12.34 tengah hari dan 3.01 petang terdapat transaksi. Tetapi antara pukul 4.35 petang dan 11.48 malam, tiada sebarang transaksi. Saya tidak pasti kenapa,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Dalam kes ini, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menurut Mohd. Feisal, nombor prabayar atas nama Muniamah pula dikesan membuat panggilan kepada dua nombor telefon bimbit dari lokasi Subang Permai dan Taman Industri Subang pada pukul 9.36 malam dan 10 malam, 30 Ogos 2010.

Sementara panggilan terdahulu pada pukul 8.52 malam kepada satu nombor telefon bimbit pula dibuat dengan lokasi menunjukkan stesen pemancaran Jenjarom 2.

Bagi nombor 016-2045518 yang didaftarkan atas nama Asadul pula, saksi memberitahu, satu panggilan dibuat ke nombor 012-2222541 (nombor yang didaftarkan atas nama Sosilawati) menggunakan stesen pemancar Teluk Datok.

Beliau juga mengesahkan kesemua transaksi nombor tersebut berlaku di sekitar Banting antara pukul 10 pagi dan 6 petang pada 30 Ogos 2010.

Utusan tidak perlu minta maaf kepada Khalid

Posted:

Utusan tidak perlu minta maaf kepada Khalid

Utusan tidak perlu minta maaf kepada Khalid

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan syarikat akhbar tersebut telah memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad namun defendan tidak perlu meminta maaf.

Ini kerana mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan defendan-defendan untuk berbuat demikian.

Khalid selaku plaintif juga hanya berhak menerima jumlah ganti rugi yang minimum kerana kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua defendan terbabit ialah 'memuat turun artikel daripada blog tanpa memeriksanya dari segi sensitiviti'.

Jumlah ganti rugi minimum itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak yang terlibat pada 11 Oktober ini.

Selain itu, menurut Hakim Dr. Prasad Sandosham Abraham, tindakan plaintif tidak menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai defendan serta mengambil masa yang terlalu lama untuk memfailkan saman agak 'membingungkan'.

Hakim tersebut berkata demikian pada keputusan kes saman fitnah Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam terhadap Aziz dan Utusan Melayu (M) Bhd. yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Pada prosiding hari ini, Khalid diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin manakala kedua-dua defendan diwakili peguam, Mohana Kumar.

Khalid dalam saman yang difailkan pada 26 November tahun lalu menyatakan, pihak defendan telah menerbitkan satu artikel berunsur fitnah bertajuk Zulkifli bidas 'Pak Janggut' yang secara langsung atau tidak langsung didakwa merujuk atau difahami merujuk kepadanya.

Artikel tersebut yang disiarkan pada 11 September 2009 membawa maksud bahawa plaintif sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam.

Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 7 Januari lalu menegaskan, laporan berita tersebut telah diterbitkan semula oleh defendan kedua berlandaskan penulisan atau komentar Zulkifli Noordin dalam laman blognya http://zul4kulim. blogspot.com bertajuk Al-Baqarah: Alahai Sang Lembu pada 9 September 2009.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


3 kampung tiada talian telefon

Posted:

3 kampung tiada talian telefon

3 kampung tiada talian telefon

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

JERANTUT 30 Sept. - Penduduk di tiga kampung di sepanjang Jalan Jerantut-Benta dekat sini melahirkan rasa kecewa kerana kawasan mereka masih belum mendapat rangkaian talian telefon selular.

Kampung terbabit ialah Kampung Sungai Par, Kampung Sungai Lekuk dan Kampung Lata Kasah.

Penghulu Kampung Sungai Par, Mohd. Nasir Abdullah Sani berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu tetapi sehingga kini masih belum mendapat liputan.

Beliau berkata, masalah lapuk itu sepatutnya sudah lama diatasi kerana penempatan mereka terletak di laluan utama Jerantut-Benta.

"Kawasan penempatan Orang Asli di Lembah Kiol yang terletak jauh dari jalan utama pun ada rangkaian talian, inikan pula kami yang berada di tepi jalan utama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, penduduk di kampung terbabit kecewa kerana masalah tersebut berlarutan sedangkan telefon bimbit merupakan alat telekomunikasi yang penting pada masa kini.

Mohd. Nasir memberitahu, penduduk di kawasan berkenaan perlu ke kawasan berhampiran dengan jarak hampir satu kilometer untuk membuat panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Sampai bila kami harus berdepan masalah ini dan berharap agar perkara itu dapat diatasi segera kerana ia merumitkan penduduk terutama ketika berdepan situasi kecemasan," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, pegawai dari SKMM dan pengendali syarikat telekomunikasi telah membuat pemantauan di kawasan tersebut baru-baru ini.

"Saya mendapat maklumat bahawa kawasan berkenaan menghadapi masalah rangkaian talian kerana terletak di kawasan berbukit dan pihak yang bertanggungjawab akan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin," katanya.

Lori lima tan jadi dapur bergerak

Posted:

Lori lima tan jadi dapur bergerak

Lori lima tan jadi dapur bergerak


ISHAK Muhammad (kanan) melihat perkakasan memasak yang terdapat di dalam dapur bergerak yang dipasang pada sebuah lori lima tan semasa merasmikannya di Kuantan, kelmarin. - BERNAMA


KUANTAN 30 Sept. - Seorang pengusaha makanan mengambil inisiatif mengubahsuai sebuah lori lima tan menjadi dapur bergerak bagi memenuhi permintaan pelanggan di negeri ini.

Idea kreatif tersebut adalah ilham pemilik restoran Era Gemilang Caterer di Indera Mahkota di sini, Mohd. Shukor Othman, 38, berikutan sering menerima tempahan memasak secara terbuka oleh pelanggan.

Menurutnya, bermodalkan kira-kira RM200,000, akhirnya dia berjaya merealisasikan impiannya tersebut dan kini perniagaannya bertambah maju dan lebih dikenali ramai.

"Perniagaan itu adalah yang pertama di pantai timur dan saya turut menerima tempahan pelanggan dari daerah Rompin, Pekan, Maran dan Temerloh.

"Melalui konsep itu faktor keselamatan dan kebersihan menjadi keutamaan selain kualiti serta kesegaran makanan kerana ia dimasak pada masa itu juga," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian 'mobile kitchen' di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhammad.

Hadir sama, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Muhamad Sharif Al-Din Ahmad.

Mohd. Shukor berkata, lori tersebut turut dilengkapi empat dapur dan menempatkan empat tukang masak serta mampu menyediakan makanan untuk 1,000 tetamu dalam satu masa.

"Kita menerima tempahan tanpa memilih tempat mengikut kesesuaian dan masa. Tempahan diambil minimum 50 tetamu dengan bayaran hanya RM10 seorang sahaja mengikut kesesuaian menu makanan," katanya.

Jelasnya, dia merancang untuk mengubahsuai lori 10 tan dengan kos kira-kira RM400,000 untuk dijadikan dapur bergerak dan sasarannya di seluruh negara bermula di Kuala Lumpur pada tahun depan.

Sementara itu, Ishak berkata, idea kreatif tersebut wajar dijadikan contoh kepada peniaga restoran lain di sini dan ia menjadi satu inovasi perniagaan yang baik.

Tambahnya, cara tersebut dilihat sebagai satu perubahan berani dalam perniagaan berkaitan industri penyediaan makanan.

1,290 graduan UMP terima ijazah

Posted:

1,290 graduan UMP terima ijazah

1,290 graduan UMP terima ijazah

KUANTAN 30 Sept. – Seramai 1,290 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menerima ijazah dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen kali ke-enam di Kompleks Sukan universiti itu, esok.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, daripada jumlah itu seramai 10 graduan akan menerima ijazah sarjana kedoktoran (PhD) diikuti ijazah sarjana (25) ijazah sarjana muda (866) dan diploma (389).

Menurut beliau, majlis itu akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan berlangsung selama dua sesi pada hari tersebut.

"Dua graduan akan menerima Anugerah Pelajaran Diraja yang akan disampaikan sendiri oleh Tengku Mahkota Pahang pada majlis itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Daing berkata, selain anugerah tersebut, 11 lagi graduan akan menerima anugerah dan hadiah kecemerlangan termasuk sumbangan industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, pada tahun ini, pihaknya menambah lagi Anugerah Hadiah Industri baru yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia (TM) Berhad.

"Ia merupakan anugerah tambahan kerana sebelum ini UMP turut menerima sumbangan penyertaan daripada syarikat korporat dan NGO pada konvokesyen tersebut," katanya.

Serentak dengan itu, katanya, pesta konvokesyen diadakan bermula semalam di pekarangan pejabat Canselori di sini yang diuruskan sepenuhnya oleh para pelajar universiti itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mencari potensi warga emas

Posted:

Mencari potensi warga emas

Mencari potensi warga emas

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

DI NEGARA kita, orang tua sering dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti warga emas atau golongan veteran. Namun, 'warga emas' merupakan istilah yang paling popular diguna pakai sama ada dalam perbualan harian, urusan kerajaan mahupun media massa.

Warga emas secara amnya ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Istilah tersebut turut ditujukan kepada mereka yang telah bersara daripada perkhidmatan iaitu pada umur 58 tahun.

Statistik rasmi Banci Penduduk dan Perumahan Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Julai lalu mendapati seramai 2,251,216 daripada 28,334,135 penduduk negara kini merupakan mereka yang dikategorikan sebagai warga emas.

Ini bermakna, hampir lapan peratus daripada populasi negara ini merupakan golongan sudah berusia. Jumlah berkenaan diunjurkan terus meningkat kepada 12 hingga 15 peratus menjelang tahun 2020 dan 2030.

Pada usia tersebut, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat atau menjaga anak cucu di rumah. Tidak kurang mengatakan, mereka tidak perlu bersusah payah untuk turut serta dalam pembangunan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah.

Walaupun dalam usia itu, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.

Melihat kepada kelebihan yang ada pada jumlah warga emas ini, kita harus akui bahawa segala proses pembangunan dan kemajuan negara, tidak dapat tidak, 'suara' golongan berkenaan perlu diambil kira.

Mereka bukan sahaja golongan berpengalaman, tetapi yang lebih penting adalah nasihat dan panduan yang berguna kepada generasi lebih muda agar dapat mengharungi cabaran lebih getir.

Dalam konteks kerajaan, biarpun peningkatan populasi warga emas belum mendatangkan kesan yang ketara kepada masyarakat secara keseluruhannya, Kabinet sejak tahun 1955 lagi dilihat telah bersiap sedia menghadapi cabaran tersebut.

Pelbagai usaha yang diambil seperti pengenalan polisi khusus seperti Dasar Warga Tua Negara (DWTN), Dasar Kesihatan Warga Emas Negara (DKWEN), Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara dan usaha menambah baik Dasar Warga Emas Negara (DWEN).

Pengenalan dasar tersebut mempunyai tujuan murni iaitu mahu mewujudkan masyarakat warga emas yang sejahtera, bermaruah dan mempunyai martabat diri yang tinggi.

Di samping itu, kerajaan berharap dapat mengoptimumkan potensi diri warga emas dan menentukan mereka menikmati semua peluang malah mendapat perlindungan sebagai salah satu entiti penting dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Pada masa sama, usaha memajukan potensi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan itu dilihat penting bagi memastikan mereka tidak terlalu bergantung kepada anak-anak atau waris lain untuk meneruskan kehidupan.

Langkah berkenaan dilihat mampu mengatasi masalah warga emas hidup bersendirian atau merempat tanpa hala tuju.

Tidak hairanlah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil baru-baru ini mengambil langkah berani dengan meminta dipercepatkan penggubalan akta untuk melanjutkan umur persaraan petugas swasta dari 55 tahun ke 64 tahun, yang mana turut melibatkan golongan warga emas.

Kata beliau, terlalu muda bagi rakyat Malaysia untuk bersara dan sesetengah organisasi memerlukan kakitangan berpengalaman untuk memimpin.

"Sektor swasta perlu memanfaatkan peluang ini dengan mengekalkan kakitangan lebih senior dalam organisasi, mereka yang berpengalaman luas untuk mentadbir dan adalah satu kerugian jika orang yang mampu meningkatkan prestasi organisasi itu dilepaskan sebelum waktunya," katanya.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi agensinya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil langkah prihatin dalam memastikan penjagaan dan perlindungan warga emas terpelihara melalui kewujudan Pusat Penjagaan Harian Warga Emas (PJHWE).

Sehingga kini, terdapat 22 pusat seumpama itu di seluruh negara bagi memberi kemudahan jagaan harian terutama individu yang tinggal berseorangan ketika keluarga atau penjaga keluar bekerja. Dari segi peruntukan pula, kerajaan saban tahun menyalurkan dana untuk merangka program berkesan di samping membantu memastikan taraf hidup warga emas terjamin.

Contohnya, dalam program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, lebih 30 peratus daripada peruntukan RM1.4 bilion disalurkan membantu golongan warga emas.

Pada 1 Oktober setiap tahun pula, sambutan Hari Warga Emas peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.

Untuk tujuan itu, kita sebagai anggota masyarakat perlu memberikan sokongan moral kepada warga emas agar terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti supaya dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara.

Melayu abad ke-21

Posted:

Melayu abad ke-21

Melayu abad ke-21

Saranan Salleh

DALAM perasmian Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang Melayu abad ke-21 bagaimana bentuk rupanya.

Orang Melayu abad ke-21 sekarang ini tidak lagi mengharap kepada pemberian kerajaan tetapi mampu bersaing dengan bangsa lain. Orang Melayu abad ke-21 tidak lagi perlu diberikan kuota seperti dulu. Orang Melayu abad ini boleh buat apa saja tanpa meminta-minta.

Inilah yang kita hendak. Malulah kita sekian lama kita orang Melayu dikatakan asyik menagih itu dan ini daripada kerajaan sehinggakan orang asing berani mengatakan penghalang kepada program transformasi ekonomi Najib ialah golongan ekstrem Melayu yang sentiasa membantutkan usaha kerajaan.

Memanglah kita tidak mahu jadi peminta di tanah air kita sendiri. Apa yang peliknya kalau kita lihat boleh katakan semua agensi kerajaan seperti SMC Corp, MARDI, FAMA dan beribu lain diketuai oleh orang Melayu. Begitu juga institusi kewangan seperti bank-bank kita kebanyakannya (bukan semua) diketuai oleh orang Melayu.

Begitu juga pegawai kanan kerajaan dan kebanyakan penjawat awam terdiri daripada orang Melayu.

Tetapi orang Melayu tetap ketinggalan kecuali mereka yang ada tali kabel besar dan berani. Tali kabel ini kita faham, its who you know rather than what you know. Berani ini maksudnya bila hendak melakukan rasuah. Orang bukan Melayu dia tak ada pasal nak suap sesiapa pun, dah jadi kebiasaan pada mereka.

Orang kita masih ada yang segan-silu, jadi bila lambat sangat beri jawapan projek pergi dekat orang lain. Budaya orang Melayu berjawatan enggan menolong orang Melayu semakin menular kerana semua orang nak kaya cepat.

Seorang kawan saya yang berpengalaman dan mempunyai rekod pencapaian yang baik sudah naik mabuk cuba mendapatkan pinjaman untuk syarikat penghasilan farmaseutikalnya. Untuk menjual di luar negeri misalnya dia dikehendaki menjual dalam negeri dulu. Untuk menjual dalam negeri dia kena dapat lesen dulu. Sampai sekarang sudah tiga tahun tak dapat lesen macam-macam halangan.

Begitu juga dengan kewangan. Sudah banyak institusi kewangan yang didekati. Ada yang berjanji macam-macam tapi sudahnya tak dapat apa juga. Ini orang yang ada kelayakan, pernah jadi penasihat kepada negara asing dalam bidang biomedikal tapi semua itu bak tak tengok. Inilah orang yang patut diberi sokongan bukan dia bawa lari duit pinjaman tetapi mentaliti orang yang bagi pinjaman masih lagi mentaliti zaman kuno.

Ramai yang menyalahkan Dasar Ekonomi Baru sebagai satu-satunya dasar yang menyebabkan macam-macam kesan termasuklah pelabur asing kononnya tak mahu melabur di negara ini.

Sekali lagi saya katakan tak ada apa salahnya dengan tujuan hendak menghapuskan kemiskinan tak kira bangsa, tak ada salahnya dengan membasmi keberkaitan sesuatu bangsa dengan sesuatu pekerjaan atau profesion. Apa yang dilihat oleh rakyat Melayu biasa ialah hanya orang tertentu saja yang dapat macam-macam kemewahan dan projek.

Dulu setiap syarikat diperlukan memberi 30 peratus kepada orang Melayu. Orang Melayu yang mana dapat saham tersebut terbitan demi terbitan. Rakyat Melayu biasa ini cubalah nasib dengan menghantar permohonan berganda moga-moga daripada 10 penghantaran satu dua terkena.

Mereka yang dapat berjuta-juta ambil pinjaman bank sementara tunggu hari penyenaraian dan jual di hari penyenaraian kerana nak bayar balik hutang. Sesetengah orang yang ada tali kabel baik punya dapat peruntukan berganda-ganda sampai ada yang mengeluh mengatakan tak tahu nak buat macam mana asyik dapat saham.

Begitu juga AP hanya dua tiga orang yang sama dapat berpuluh-puluh malahan beratus. Ada yang tak bayar duti import, kenakan kepada pengguna selepas pengguna membeli baru dibayar. Dah kalau dapat beribu AP tentulah boleh beli helikopter main golf hantar anak pergi sekolah.

Kalau cakap pasal projek pula, segolongan manusia yang rapat dengan orang tertentu akan dapat layanan istimewa. Ini semua orang Melayu tahu. Orang Melayu sedar jurang antara atasan dan bawahan semakin melebar.

Yang duduk sihat dengan projek bernilai berjuta, hantar anak belajar keluar negeri, melancong dan berehat di luar negeri adalah mereka yang ada hubungan dan berani. Cuba tanya kepada yang diamanahkan dengan berjuta saham kononnya, untuk UMNO mana perginya?

Kepada mereka yang sudah terpahat kedudukan mereka dan tiap-tiap bulan dah tentu 'masyuk', kita ucapkan selamat maju jaya. Mereka mampu menarik perhatian pihak berwajib untuk tidak melayan kerenah sesetengah golongan yang sentiasa membangkitkan soal ketidaksamaan di kalangan bangsa.

Mereka ini ingin menonjolkan diri mereka selaku mereka yang dianggap layak dan mampu berdayasaing dengan bangsa lain. Mereka yang bising-bising ini dianggap hama yang menganggu ayam sahaja.

Sekali lagi saya bangkitkan. Sejak RMK-1 hingga 9 kerajaan sudah belanjakan kalau purata kita ambil RM200 bilion satu RMK bermakna kita sudah belanjakan RM1.8 trilion. Kalau masukkan RMK 10 pula cukup RM2 trilion.

Soalnya siapa yang dapat? Bahagian orang Melayu sikit sangat. Tengok kondo dan rumah mewah yang naik macam cendawan di merata tempat siapa yang mampu beli. Tanah yang kerajaan punya dengan usahasama buat rumah mewah siapa yang mampu beli. Rumah dua tingkat mencecah sampai RM750 ribu. Orang Melayu mampu duduk?

Orang Melayu lihatlah keliling kita dan kita tahu siapa yang menguasai segala-galanya. Dalam bidang rantaian bekalan yang membabitkan pembelian, pengilangan, penggedungan, pemborongan, peruncitan, pengangkutan, penguasaan inventori, penguasaan maklumat segala bahan dan perkhidmatan dikuasai oleh bangsa lain.

Orang Melayu kena mengadap mereka untuk mendapatkan yang diperlukan daripada barang makanan kepada bahan binaan. Baru kerajaan hendak perkenalkan kedai rakyat, presiden Dewan Perniagaan China sudah bising peruncit Cina tutup kedai. Dia tak nampak yang Giant, Tesco, Carrefour dan pasa raya besar yang mampu memotong harga peruncit biasa.

Satu-satu rancangan yang telah memberi manfaat besar kepada orang Melayu ialah apabila Felda ditubuhkan. Beratus ribu keluarga miskin terdiri daripada petani dan nelayan diberikan peluang berubah kehidupan dan kesannya ke hari ini.

Kalau hari ini kita hendakkan orang Melayu mengubah cara hidup mereka, orang Melayu yang mempunyai kedudukan dan jawatan baik di sektor awam atau sektor swasta juga perlu berubah sikap.

Jangan mereka duduk di kerusi-kerusi empuk membuat keputusan yang mengecewakan kepada usahawan Melayu yang terkial-kial mendapatkan bantuan. Orang yang patut dibantu patut disiasat dulu latarbelakang dan keupayaan dan tengok sendiri operasi yang berjalan.

Jangan ditolak buta-buta tanpa sebarang siasatan. Bagi pada orang tak boleh buat salah orang yang beri bukan yang menerima. Kalau tak pernah bela udang jangan bagi projek ternak udang. Kalau tak pernah bela lembu jangan bagi projek bela lembu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Farid minat polo sejak kecil

Posted:

Farid minat polo sejak kecil

Farid minat polo sejak kecil

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


POLO memberi kepuasan kepada Farid untuk melepaskan lelah dalam mengharungi rutin sebagai anak seni.


BERMULA dengan menyaksikan para pemain polo beraksi di padang polo Kelab Polo Diraja Pahang telah membuka minat aktor tampan Farid Kamil untuk mencuba sukan itu.

Baginya, aksi mengejar bola sambil menunggang kuda membuatkan hatinya menjadi teruja untuk mencuba sukan yang sinonim dengan golongan bangsawan itu.

Bagaimanapun, akui pengarah filem Kongsi itu, peluangnya untuk berjinak-jinak dengan sukan itu mula terbuka awal tahun lalu.

"Minat saya dengan sukan polo ini bermula ketika kecil lagi yang mana waktu itu saya dan keluarga tinggal berhampiran dengan padang polo Kelab Diraja Pahang di Pekan, Pahang.

"Ketika itu usia saya baru 10 tahun dan setiap petang apabila ada kelapangan saya pasti akan pergi ke sana dan menyaksikan ahli-ahli kelab berkenaan menunjukkan aksi mereka di padang.

"Namun untuk mencuba pada masa itu agak susah maklumlah masih kecil, lalu saya hanya jadi pemerhati dengan melihat mereka semua bermain," jelas pemilik nama sebenar Farid Kamil Zahari itu memulakan cerita.

Menyambung bicara, Farid menjelaskan keinginan yang memuncakkan di hatinya untuk menceburi sukan berkenaan tidak pernah lentur malah sentiasa membara dan meluap-luap.

Setelah belasan tahun memendam rasa, Farid kini boleh tersenyum girang apabila keinginannya untuk menunggang kuda di padang polo dapat direalisasikan.

"Bermula akhir tahun lalu saya mula berkunjung ke Kelab Polo Diraja Selangor dan duduk memerhatikan dari jauh seperti mana yang saya lakukan 20 tahun lalu. Mungkin nasib saya baik, setelah dua-tiga kali berkunjung saya ditegur oleh Huzaini Yunus yang merupakan kapten pasukan polo kebangsaan.

"Pada pertemuan itu saya meluahkan keinginan yang selama ini terpendam di hati ini.

"Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Huzaini mempelawa saya untuk menunggang kuda dan sejak itu saya tekad untuk belajar dan mendalami selok-belok sukan polo. Insya-Allah apabila sudah mahir nanti saya akan menyertai pertandingan dan menjadi seperti jaguh polo negara, Shariman Sarir," luah Farid sambil tersenyum.

Menambah bicara, Farid memberitahu, bagi memahirkan dirinya dengan sukan berkenaan dia akan memastikan masa-masa lapangnya dihabiskan di padang berkenaan.

"Kalau kita tengok orang menunggang dan bermain polo ini macam senang tetapi apabila mencuba barulah rasa cabarannya.

"Bukan mudah untuk mengawal kuda sambil bermain polo. biarpun kuda yang berlari, kita yang duduk di atas itupun terasa penatnya," ujar anak kelahiran Kedah itu sambil mengusap kepala kuda yang ditungganginya, Isabella.

Ezlynn sudah berteman

Posted:

Ezlynn sudah berteman

Ezlynn sudah berteman

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


Macam gaya duta basikal pula.


KETIKA S3 menjayakan program Artis Pencinta Alam ke Pulau Banding, Gerik, Perak,baru-baru ini, penyanyi Ezlynn adalah di antara artis yang terlibat.

Memandangkan sepanjang tiga hari berada di sana, pelbagai aktiviti diatur oleh penganjur dan jurufoto S3 hanya berkesempatan merakamkan gambar Ezlynn di saat akhir sebelum rombongan pulang ke Kuala Lumpur.

Walaupun dalam keadaan kelam kabut dan panas terik, Ezlynn atau nama penuhnya Azline Ariffin,30, tetap memberi kerjasama walaupun tanpa mekap.

"Maaf ya kak, Lynn tidak bersolek macam selalu. Maklumlah kita kat sini, tak mungkin nak bersolek mampan...kenalah ikut keadaan sekitar. Masuk hutan, nak bersolek sakan...siapa yang tengok," katanya sambil ketawa sebelum mula mengayuh basikal.

Biarpun sekadar mengenakan gincu, namun kejelitaan penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu tetap terserlah.

Menurut Ezlynn, sekarang kalau tidak sibuk dengan kegiatan seni suara atau lakonan, dia banyak menghabiskan masa dengan teman barunya, mountain bike (basikal bukit).

Dia yang gemar berjogging pada waktu lapang itu berkata, mula menggemari sukan lasak basikal bukit sejak dua tahun lalu dan sering menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

"Lynn suka sukan outdoor sebab ia mencabar. Macam berbasikal ini, sudah berapa kali jatuh bangun. Kata orang, kalau naik mountain bike dan tidak jatuh tergolek...tidak sah.

"Naik mountain bike ini berbeza daripada basikal biasa kerana kita akan lalui laluan tidak rata. Waktu itulah kita kena bijak mengawal.

Silap haribulan boleh jatuh. Apa pun Lynn akan pastikan menggunakan peralatan yang lengkap," katanya yang tidak serik walaupun sudah berkali jatuh.

Pemilik basikal bukit hard tail ini sering diundang menyertai pelbagai aktiviti dan jika tidak bercanggah dengan jadual kerjayanya, Ezlynn tidak akan menolak.

Katanya, kegiatan berbasikal lasak ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah sentiasa menguji tumpuan penunggang agar berjaya sampai ke destinasi dengan selamat.

"Setakat ini Lynn tidak menyertai mana-mana persatuan basikal sebab senang bergerak solo. Kalau diundang sertai aktiviti mereka dan kebetulan ada kelapangan, Lynn tidak akan menolak.

"Walaupun berbasikal di tengah panas dan jatuh, Lynn tidak kisah kerana di sebalik itu ada kebaikannya. Memanglah kulit Lynn jadi gelap daripada biasa tapi ia nampak glowing dan garis-garis di bawah mata pun hilang. Selain itu pembuangan toksid berlaku kerana bila bersukan kita dapat cukup oksigen," jelasnya.

Jadi puntianak

Setelah berlakon filem Diva Popular, Bilut dan Zombie Kampung Pisang, kini Ezlynn menunggu tayangan filem Husin, Mun dan Jin Pakai Toncit yang merupakan sekuel daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Dalam filem arahan Mamat Khalid itu, Ezlynn masih memegang watak Mun, teman wanita kepada Husin, lakonan Awie.

"Kali ini watak Mun best, boleh terbang macam puntianak. Untuk buat adegan terbang itu, Lynn kena berada di tempat tinggi dengan badan diikat. Kali pertama, Lynn buat adegan macam itu.

"Lynn tidak rasa takut sangat ketika menjalani babak itu sebab Lynn dilengkapi dengan peralatan keselamatan. Tapi kalau suasana sekeliling memang gerun. Kami shooting malam.

"Bila berada di tempat tinggi, Lynn boleh melihat sekeliling tapi disebabkan gelap, pandangan Lynn hanya tertumpu pada pengarah sahaja," katanya yang akan muncul dengan single Dusta sebagai pengenalan produk terbaru daripada Alibi Music.

"Lagu itu dicipta oleh Francis Cobb dan Eiqa. Ia berentak dance dan rakamkan pada tahun lalu," katanya ketawa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Fah Shiun ‘sifu’ chef muda

Posted:

Fah Shiun 'sifu' chef muda

Fah Shiun 'sifu' chef muda

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


Tong Fah Shiun (kanan) tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada chef muda seperti Syed Nor Aidid.


BERBEZA agama dan bangsa bukan halangan bagi Ketua Chef di Restoran My Chef, Tong Fah Shiun dan Sous Chef, Syed Nor Aidid membina hubungan rapat di antara satu sama lain.

Malah kedua-duanya turut berkongsi hobi dan kerjaya yang sama iaitu memasak.

Tong Fah Shiun berkata, sebagai seorang chef yang berpengalaman sudah tentu dia memerlukan seorang pembantu yang boleh dipercayai.

"Ketika bekerja saya tidak pernah anggap yang pembantu saya sebagai seorang pembantu kerana bagi saya lebih mudah untuk kita bekerjasama jika kita anggap dia seumpama saudara kita.

"Apabila kita rapat sudah tentu ia akan melancarkan lagi kerja-kerja seharian lebih-lebih lagi jika bekerja dalam bidang masakan seperti saya," katanya ketika ditemui di restoran My Chef, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi ilmu masakan

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan, Fah Shiun sentiasa terkenang pengalaman lalu ketika beliau bersama 'sifu' (guru) masakannya.

"Hubungan antara 'sifu' dan 'perantis' ini umpama roda dan ia sentiasa berubah-ubah. Kalau dulu orang banyak mengajar saya kini sudah tiba masanya untuk saya mengajar orang lain pula agar ilmu yang ada pada saya semakin berkembang dan boleh disampaikan kepada generasi baru.

"Selain itu sebagai chef juga kami perlu menjaga hubungan di antara satu sama lain kerana ia pastinya memudahkan kita bekerja dalam satu kumpulan," jelasnya.

Sebagai chef paling berpengalaman di restoran itu, Fah Shiun umpama 'sifu' bertanggungjawab mengajar chef-chef muda cara memasak dengan betul.

"Saya mula bekerja dalam bidang ini sejak berusia 15 tahun lagi iaitu selepas tamat tingkatan tiga.

"Pada masa itu, keluarga saya susah dan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja di restoran. Kini siapa sangka saya boleh jadi salah seorang ketua chef yang terdapat di Malaysia.

"Sebab itu saya faham apa yang dirasai orang lain dan bila ada tenaga baru masuk ke dapur saya pasti akan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

"Kalau mereka hendak menambah sesuatu dalam resipi masakan saya tidak pernah menghalang tetapi dia perlulah tahu apa yang dia masak agar rasa keaslian masakan tersebut dapat dikekalkan," ujarnya.

Sementara itu sebagai salah seorang 'anak didik' Fah Shiun, Syed Nor Aidid mengakui 'sifu'nya itu sentiasa membantunya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke bahagian dapur.

"Pada hari pertama saya bekerja dalam bidang masakan, saya hanya tahu cara-cara masakan yang mudah tetapi dengan tunjuk ajar Chef Fah Shiun kini saya mahir dalam pelbagai bidang masakan termasuk masakan Thai," katanya.

Sebagai seorang chef yang baru, beliau perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh agar dapat meningkatkan lagi kemahiran yang dimiliki.

"Saya bersyukur mempunyai seorang ketua yang memahami perasaan anak buahnya dan melalui tunjuk ajarnya banyak yang telah saya pelajari.

"Saya bukan sahaja belajar cara-cara bekerja malah saya turut mempelajari cara-cara untuk menghormati seorang ketua dan rakan setugas dengan lebih baik.

"Selain itu, hubungan kami dengan pekerja lain juga semakin bertambah baik kerana banyak yang boleh dipelajari di antara satu sama lain selain berkongsi masalah yang dihadapi," jelasnya.

Salikin cari jodoh sekampung

Posted:

Salikin cari jodoh sekampung

Salikin cari jodoh sekampung

Oleh MERAN ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Bersama-sama dua daripada tiga cahaya mata, Ajwa Saleha (kiri) dan Asila Sofia.


BANYAK bersabar merupakan kunci kepada kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga pereka fesyen tradisional tersohor tanah air Salikin Sidek.

Berkat kesabaran juga, rumahtangga yang dibina bersama-sama isteri tersayang, Anita Anuar, 37, kini telah memasuki tahun ke 10.

Salikin yang ditemui di kediamannya di Setiawangsa berkata, sebagai seorang ketua keluarga, si suami perlu banyak bersabar dan bersikap matang. Perkara-perkara remeh jangan disimpan di dalam hati dan jika berkecil hati pun lupakan sahaja.

Ini kerana akibat perkara yang remeh dan tidak penting, seseorang itu memendam rasa dan lama-kelamaan meledak dan timbullah ungkit mengungkit.

Salikin yang berasal dari Kluang, Johor bertemu jodoh dengan Anita yang berasal dari Sri Medan, Batu Pahat setelah dua kali gagal bercinta.

Pertemuan di kilang batik milik seorang rakannya menemukan Salikin dengan Anita yang boleh dikatakan sebagai cinta pandang pertama. Mereka kemudian mengikat tali pertunangan selama dua tahun sebelum diijabkabulkan pada 11 Februari 2002.

''Saya memang mencari bakal isteri yang sekampung kerana ibu saya sudah tua dan mudah bagi kami untuk selalu menjenguk ibu dan kakak-kakak saya. Anita pula kebetulan sekampung dengan datuk saudara saya yang merupakan seorang pengusaha lombong besi dan amat dikenali di kampung sebagai Haji Denan Sri Medan.

''Perkahwinan saya dan Anita merapatkan lagi hubungan silaturahim dengan saudara-mara sebelah datuk saudara saya,'' ujar Salikin yang merupakan pereka Malaysia pertama yang membawa fesyen etnik Malaysia ke persada antarabangsa.

Menurut penulis buku Busana Fesyen Tradisional dan Busana Pengantin ini, apa yang membuatkan beliau jatuh hati dengan Anita ialah sikap wanita itu yang jujur, lemah-lembut dan memiliki sifat kesabaran yang tinggi.

Perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran di kampung Salikin dan Anita dengan dibantu oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Sememangnya perkahwinan Salikin amat dinantikan oleh penduduk kampung.

Bunga pahar pelbagai warna yang dicucuk pada batang pisang setinggi lapan kaki memeriahkan majlis.

Salikin berkata, beliau masih teringat pada hari persandingannya, beliau dan Anita mengenakan persalinan songket rekaan sendiri berwarna pucuk pisang.

Salikin dan Anita dikurniakan tiga orang cahaya mata, seorang lelaki dan dua orang perempuan, iaitu Ariq Siddiq, sembilan tahun, Asila Sofia, tujuh tahun dan Ajwa Saleha, lima tahun.

Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak diserahkan kepada isterinya yang bijak menguruskan mereka sementara Salikin sebagai ketua keluarga bertanggungjawab memberi kehidupan yang selesa kepada keluarga.

''Kasih sayang akan hilang tanpa wang ringgit begitu juga sebaliknya. Kami berbincang akan peranan masing-masing dan kami setuju dengan tanggungjawab kami,'' kata Salikin yang tidak mengupah pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Sementara itu, Anita yang pendiam dan nampak pemalu berkata, beliau menerima dengan reda jodohnya dengan Salikin dan amat menghormati suaminya. Selain itu, sikap Salikin yang bertanggungjawab kepada keluarganya dan pandai mengambil hati orang tua menambat hatinya.

Bertanya padanya apa yang tidak disukai oleh Salikin, kata Anita, suaminya itu amat mengutamakan kebersihan, tidak suka melihat rumah berselerak dan anak-anak tidak boleh dibiarkan bebas.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved