Khamis, 6 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Jambatan runtuh: Seorang mangsa dalam Kelisa

Posted: 06 Jun 2013 11:13 AM PDT

MOHD. FIRDAUS ISMAIL/ AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG 7 Jun. - Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan terdapat seorang mangsa dalam kereta Kelisa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur penyambung Jabatan Kedua Pulau Pinang berhampiran Batu Maung di Lebuhraya Tun Dr. Lum Chong Eu petang semalam.

Mangsa dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.30 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan di buat mengenai keadaan mangsa. - UTUSAN ONLINE

Jenazah pendaki Everest selamat dikebumi

Posted: 06 Jun 2013 09:13 AM PDT

KLANG 6 Jun- Jenazah Allahyarham Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang meninggal dunia akibat penyakit akut gunung ketika menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) Isnin lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah di sini kira-kira pukul 10.30 malam ini.

Seramai 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara dan rakan sekerja turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, Allahyarham Mohammad Shahrulnizam disembahyangkan di Surau Annur Jalan Tanjung Shawal di sini sebelum disemadikan bersebelahan kubur datuknya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Saya tidak perlu jawab'

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR - Itu hak dia, saya tidak perlu jawab. Demikian reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai kritikan terbaru Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap badan induk bola sepak negara itu.

Menurut Tengku Abdullah, FAM bersikap terbuka malah berpendapat jika kritikan seperti yang dilemparkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu kelmarin terarah kepada kebaikan, ia perlu diambil iktibar.

Ujar beliau, FAM tidak perlu lari daripada kritikan sedemikian sebaliknya jika apa yang dikritik itu salah, ia harus membetulkannya.

FAM sudah berpuluh tahun kena kritik, itu hak mereka, kita hanya perlu menerimanya," katanya kepada pemberita selepas perasmian kejohanan Piala Guruhara di sini, semalam.

Kelmarin, Tunku Ismail melemparkan kritikan terbaru terhadap FAM sambil meminta FAM telus dan adil.

Antara yang dibangkitkan oleh Tunku Ismail adalah mengenai hukuman yang dikenakan terhadap PBNJ ekoran kekecohan penyokong pada separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Kuantan, baru-baru ini.

Johor DT didenda RM20,000 kerana meninggalkan padang pada aksi di Kuantan, tempoh hari.

Perlawanan tersebut kemudiannya dilangsungkan di venue berkecuali di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akhirnya dimenangi oleh Johor DT.

Tunku Ismail mempersoalkan layanan FAM yang mengenakan hukuman tersebut tanpa memberi peluang kepada PBNJ membuat rayuan.

Menjawab isu tersebut, Tengku Abdullah berkata: Ia terpulang kepada FAM untuk tentukan (kritikan), apa yang ditanya Tunku Ismail itu perlu dijawab pihak pentadbiran kerana ia lebih kepada pertandingan, mereka yang tentukan perlawanan ditunda atau ditukarkan.

Itu hak dia, FAM yang akan tentukan nanti, saya hanya individu yang berada dalam FAM tetapi tidak boleh membuat keputusan sendiri," katanya.

Fahami sebelum buat kritikan

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Pemimpin bola sepak negeri dinasihatkan membaca dan memahami terlebih dahulu setiap peraturan yang ada dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum mengkritik atau mempersoalkan sebarang tindakan yang diambil badan induk bola sepak negara itu.

Exco FAM yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, semua perkara dalam bola sepak tanah air terikat dalam peraturan termasuklah peraturan pertandingan sendiri, justeru setiap keputusan berdasarkan kepada apa yang sudah termaktub.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, peraturan FAM diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mentadbir sukan bola sepak, bukannya undang-undang yang digunakan di mahkamah.

"Saya memberi pandangan ini secara umum di mana semua pemimpin perlu membaca.

"Kita ada peraturan FAM, ada statut FAM malah kita ada peraturan pertandingan bola sepak yang diadakan dan mesti dipatuhi, jadi jangan cepat sangat buat komen kata FAM tidak relevan.

"Saya kesal bila ada pihak kata FAM tidak telus, berat sebelah dan bila didenda tidak boleh merayu sedangkan perkara ini adalah peraturan yang dibuat dan diakui sendiri oleh FIFA.

"Maka semua pihak perlu baca peraturan ini, mereka kena faham peraturan FAM untuk sukan bola sepak bukan undang-undang mahkamah, kalau mahu pakai macam itu (undang-undang mahkamah), maka tidak main bolalah kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Meskipun tidak menujukan kenyataannya kepada sesiapa, Takiyuddin secara jelas memberi respon komen beberapa pemimpin sebelum ini terhadap FAM termasuk terbaru kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seperti dilaporkan media semalam.

Tunku Ismail dalam komennya seperti dilaporkan Utusan Malaysia sekali lagi meminta FAM supaya telus dan adil serta mempersoal beberapa peraturan dalam FAM termasuk tidak membenarkan persatuan atau individu menyuarakan sebarang pendapat dan cadangan kepada persatuan.

Kritikan Tunku Ismail itu jelas merupakan luahan rasa tidak puas hati baginda rentetan daripada pertembungan separuh akhir kedua Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang di Kuantan tempoh hari yang terpaksa dibatalkan ekoran kerenah penyokong menyebabkan JDT didenda RM20,000.

Ekoran kekecohan tersebut, perlawanan antara kedua pasukan terpaksa diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan FAM memberi hak tuan rumah kepada Pahang yang seterusnya mendapat kelebihan jumlah tiket sebanyak 60,000 keping berbanding JDT hanya 20,000.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengkritik keputusan FAM yang memberi kelebihan kepada Pahang dengan menganggap persatuan itu tidak berlaku adil kepada JDT.

Sementara itu, Takiyuddin berharap semua pihak yang mempunyai pandangan untuk kemajuan bola sepak negara agar menyalurkannya kepada FAM melalui saluran yang betul demi kebaikan semua pihak.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Ducati Malaysia rancang tambah 5 pusat jualan

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Pierfranceso Scalzo (lima dari kanan), Ngo Yoke Kwang (enam dari kanan) dan Nik Danial Nik Mahmood (empat dari kanan) bergambar bersama sepuluh pembeli Ducati Multistrada di Sungai Buloh, Selangor semalam.

SUNGAI BULOH 6 Jun - Ducati Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.), syarikat di bawah Kumpulan Syarikat-syarikat Naza merancang untuk membuka lima lagi pusat jualan Ducati baharu menjelang hujung tahun ini.

Naib Presiden bahagian dua tayar Naza Group, Nik Danial Nik Mahmood berkata, pusat jualan itu akan dibuka masing-masing sebuah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Kuching dan Johor Bahru.

Katanya, kesemua pusat jualan berkenaan akan dibuka oleh pengedar kecuali di Hartamas, Kuala Lumpur yang akan dibuka oleh Ducati Malaysia.

"Kalau boleh kami mahu mempunyai pengedar di setiap negeri. Adalah lebih mudah jika pusat jualan di luar Lembah Klang dibuka oleh pengedar kerana mereka lebih mengenali pelanggan di sesebuah kawasan itu.

"Kos bagi membuka pusat jualan oleh pengedar adalah bergantung kepada saiz pusat terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran pusat jualan oleh pengedar Ducati pertamanya di Ducati Welly Sungai Buloh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Komersial Rantau Asia Ducati, Pierfranceso Scalzo dan pemilik pusat jualan Ducati Welly Sungai Buloh, Ngo Yoke Kwang.

Termasuk pusat pengedar terbaharu itu, Ducati Malaysia kini sudah mempunyai tiga pusat jualan iaitu di Taman Tun Dr. Ismail dan Petaling Jaya.

Sementara itu, Ducati Malaysia turut memperkenalkan edisi istimewa motosikal Multistrada 1200 ABS China Adventure yang terhad kepada 50 unit pada harga RM95,888.

Nik Danial berkata, beliau yakin, model terbaharu Multistrada 1200 ini akan mendapat sambutan yang hebat kerana harganya yang lebih murah daripada sebelumnya kerana melakukan pemasangan tempatan (CKD).

BMW yakin 3 Series kekalkan jualan terbanyak

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

PETALING JAYA 6 Jun - BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) yakin model 3 Series akan kekal sebagai penyumbang utama jualan syarikat pada tahun ini, menyamai pencapaian tahun lalu.

Tahun lalu, segmen 3 Series menyumbang lebih 30 peratus daripada kira-kira 7,000 buah kenderaan BMW Malaysia yang dipasarkan di negara ini, termasuk segmen kereta kompak mewah, MINI dan motosikal, Motorrad di bawah BMW.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Gerhard Pils, menjangka penguasaan jualan segmen 3 Series itu mampu kekal bagi tahun ini berdasarkan selera tinggi penduduk negara ini terhadap tawaran oleh segmen sedan itu.

Bagi suku pertama tahun ini, daripada 2,239 buah kenderaan BMW telah dijual, sebanyak 1,113 daripadanya adalah dari model-model 3 Series.

Terbaharu, gergasi automotif Jerman itu memperkenalkan satu lagi model segmen 3 Series, BMW 3 Series Gran Turismo.

BMW 3 Series Gran Turismo adalah 20 sentimeter panjang dan lapan sentimeter lebih tinggi berbanding sedan 3 Series sedia ada.

Malah, reka bentuknya tampak agak sporty berbanding model-model 3 Series yang lain.

Model itu yang mempunyai kapasiti enjin 2.0L mampu memecut daripada kelajuan pegun hingga 100 kilometer dalam masa 6.1 saat. Anggaran kadar penggunaan bahan api 6.4 liter bagi jarak 100 kilometer.

Harganya tidak termasuk Insurans ialah RM348,800.

BMW 3 Series Gran Turismo merupakan model kelima daripada segmen 3 Series yang dipasarkan oleh BMW Malaysia di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Cadang wujud 1Keluarga 1Koperasi

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 6 Jun - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan 1Keluarga 1Koperasi dalam usaha menggalakkan penglibatan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penubuhan koperasi dalam kalangan ahli keluarga amat baik terutama dilihat dari aspek pengurusan aktiviti perniagaan dan kewangan.

"Jika ia diuruskan dengan betul dan aktif, setiap koperasi akan berkembang dengan pesat dan memberi pulangan yang amat baik.

"Tambahan pula terdapat kalangan profesional dan ahli akademik dalam anggota keluarga yang pastinya dapat menyumbang idea dan kepakaran," katanya ketika sesi taklimat bersama pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Wisma Persekutuan di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengarah SKM negeri, Mohamad Zawawi Mahmud.

Menurut Shahiruddin, SKM juga perlu mengubah pendekatan dalam usaha menggalakkan penyertaan orang ramai menubuhkan koperasi terutama dari segi jumlah keahlian.

"Kurangkan jumlah ahli daripada 50 kepada 20 atau 30 orang bagi menggalakkan lebih banyak koperasi ditubuhkan.

"Ini kerana bukan mudah untuk mencari ahli yang betul-betul komited terutama dalam pengurusan dan pembahagian saham.

"Saya berpendapat lebih kecil jumlah ahli pada peringkat permulaan sesebuah koperasi akan lebih mudah untuk diuruskan," jelasnya.

Beliau turut menggesa SKM mengkaji semula keberkesanan program-program yang dilakukan sebelum ini sama ada membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhan atau tidak.

"Saya harap SKM teliti semula program yang disusun sebelum ini sama ada mendapat sambutan masyarakat atau sebaliknya kerana saya tidak mahu setiap pelaksanaan program hanya memuaskan hati para pegawai.

"Sedangkan di peringkat bawahan mereka tidak merasai dan mendapat apa yang sebenarnya diharapkan pucuk pimpinan," jelasnya.

Transformasi belia perlukan peranan semua lapisan masyarakat

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Murad Idris (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Nazlan Idris pada Majlis Perundingan Belia Daerah Jerantut di Hotel Darul Makmur, kelmarin. Turut kelihatan Dr. Ahmad Shukri Ismail (kiri).

JERANTUT 6 Jun - Semua pihak harus bekerjasama agar transformasi terhadap belia dapat dilakukan dengan tersusun bagi membentuk generasi muda yang mantap untuk membangunkan negara pada masa depan.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, proses transformasi terhadap belia bukan sahaja menjadi tanggungjawab pertubuhan belia sebaliknya peranan itu harus dipikul bersama oleh semua lapisan masyarakat.

"Pertubuhan-pertubuhan belia yang ada boleh bertindak merancang sesuatu program. Namun, untuk menggerakkannya, masyarakat perlu berperanan sama agar transformasi berlaku meliputi semua aspek termasuk pemikiran, budaya kerja dan hala tuju," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perundingan Belia Daerah Jerantut di Hotel Darul Makmur di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail; Pengerusi Majlis Belia Daerah Jerantut, Murad Idris dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Wan Jaimi Wan Mustaffa.

Ahmad Nazlan berkata, belia perlu digerakkan secara tersusun melalui program yang mampu memberi impak positif kepada mereka.

"Saya pernah menjadi pemimpin belia pada era 1980-an dan golongan muda pada masa itu sangat aktif dalam organisasi masing-masing dengan mewujudkan Belia Niaga serta Belia Tani agar dapat menyumbang sesuatu untuk negara.

"Generasi muda hari ini sangat bertuah kerana mereka memiliki segala kemudahan disediakan oleh kerajaan, jadi amat merugikan sekiranya kita membiarkan mereka hidup tanpa cita-cita dan matlamat yang besar untuk membangunkan negara pada masa depan," ujarnya.

Beliau memberitahu, pertubuhan belia juga harus memberi fokus kepada bidang keagamaan bagi melahirkan modal insan cemerlang selain memberi sumbangan besar kepada masyarakat.

"Sebagai contoh, pengurusan jenazah banyak dilakukan oleh orang lama jadi sudah masanya belia menimba ilmu dan saya yakin generasi muda di Jerantut akan melakukan satu pembaharuan dengan berbakti kepada masyarakat untuk memandikan, kafan dan solat jenazah secara beramai-ramai," jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bagi membantu mereka menjana pendapatan sendiri menggunakan tulang empat kerat.

Dalam pada itu, Ahmad Nazlan komited untuk menunaikan janjinya pada kempen pilihan raya umum lalu bagi membantu golongan belia, memajukan sistem pendidikan, meningkatkan ekonomi penduduk dan menyediakan kemudahan awam yang lebih baik kepada penduduk di daerah ini.

"Saya akan membawa cadangan dan pendapat daripada segenap lapisan penduduk di sini kepada pihak atasan sama ada kerajaan negeri mahu pun Persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

''Selain itu, satu program Himpunan 1,000 Belia Jerantut akan diadakan untuk menghimpunkan generasi muda bagi membolehkan mereka menyumbangkan idea ke arah pembangunan di daerah ini," kata beliau.

Projek jalan Kuala Tahan-Hulu Tembeling tetap diteruskan bagi pacu pembangunan

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

wan amizan

JERANTUT 6 Jun - Kerajaan negeri tetap meneruskan projek jalan raya Kuala Tahan ke kawasan Hulu Tembeling secara berperingkat bagi membangunkan kawasan pedalaman daerah Jerantut sebagai pusat pertumbuhan baharu berasaskan sektor pertanian dan pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, projek fasa pertama jalan berkenaan dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi sejauh 28 kilometer sudah 80 peratus siap untuk keselesaan perhubungan penduduk yang berdekatan Taman Negara Kuala Tahan.

"Kemudahan asas fasa pertama ini akan memacu Kampung Pagi sebagai pusat pertumbuhan baharu di pedalaman Tembeling menerusi sektor pertanian dan pelancongan yang boleh menjana pendapatan penduduk.

"Fasa berikutnya, iaitu jalan raya dari Kampung Pagi ke Hulu Tembeling secara berperingkat tetap dilaksanakan memandang hasrat kerajaan untuk membangunkan kawasan pedalaman Hulu Tembeling menerusi sektor berkenaan," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Menurut beliau, kemudahan jalan ke Kampung Pagi sudah menampakkan hasil apabila komoditi sawit, buah-buahan, herba dan sumber kampung sudah dapat dipasarkan ke Kuala Tahan dan bandar Jerantut sejak tahun lepas.

"Kemudahan ini juga memberi impak terhadap kehadiran lebih ramai pelancong ke kawasan Hulu Tembeling dengan menggunakan laluan pacuan empat roda dan motosikal lasak," katanya.

Katanya, kemudahan itu juga bakal diiktiraf 'jalan pelancongan' ke pedalaman Tembeling dan sempadan negeri Terengganu juga merealisasikan pertumbuhan lokasi baharu rekreasi alam sekitar, iaitu di Tabung, Jeram Nusa, Hutan Lipur Pengau, Kuala Sat, Kampung Bantal, Gusai dan Sepia.

Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan jalan Kuala Tahan ke kawasan Hulu Tembeling secara berperingkat dan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu mengambil kira aspek alam sekitar, kajian tanah dan perancangan jajaran menepati spesifikasi keselamatan dan mengelakkan daripada pencemaran.

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut berkata, pembangunan jalan raya juga tidak merencatkan penggunaan bot penambang Sungai Tembeling kerana pengangkutan air berkenaan masih relevan serta menarik minat pelancong untuk eksplorasi ke pedalaman Hulu Tembeling.

Katanya, penduduk Hulu Tembeling tidak wajar terikut dakyah pihak tertentu yang mengeksploit isu pembangunan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini kerana kerajaan negeri mempunyai mekanisme tertentu terhadap pelaksanaan sesuatu projek.

Menurutnya, pembangunan jalan raya dan prasarana lain tetap akan dilaksanakan manakala usaha menaik taraf kemudahan asas yang sedia ada berasaskan Aku Janji Barisan Nasional (BN) untuk manfaat meningkatkan taraf hidup penduduk termasuk peluang ekonomi bagi belia yang berkeluarga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Riduan tetap didakwa walaupun sudah nikah

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

KOTA KINABALU 6 Jun - Kes terhadap seorang pengurus restoran yang didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun tetap diteruskan di Mahkamah Sesyen di sini walaupun kedua-duanya sudah berkahwin awal bulan lalu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jamil Aripin ketika prosiding sebutan kes terhadap Riduan Masmud, 40, itu di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd. Samad hari ini.

Ummu Khatom turut menetapkan perbicaraan kes rogol itu bermula 1 hingga 4 Julai ini sementara pengurusan kes ditetapkan pada 20 Jun ini.

Beliau juga membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai empat anak berusia antara dua hingga 17 tahun, dilanjutkan sehingga kes diselesaikan.

Terdahulu, Jamil berkata, pihaknya meneruskan pendakwaan terhadap Riduan walaupun sebuah laporan polis sudah dibuat bagi menarik balik laporan asal oleh ibu saudara mangsa berhubung kejadian rogol yang berlaku di dalam sebuah kereta.

''Pendakwaan ini juga diteruskan walaupun kedua-duanya sudah berkahwin dan perkara ini tidak dinyatakan kepada pegawai penyiasat,'' katanya.

Riduan diwakili peguam, Loretto S. Padua manakala Datuk Mariati Robert hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Persatuan Undang-Undang Sabah.

Pada 28 Februari lalu, Riduan dihadapkan ke mahkamah tersebut atas tuduhan merogol remaja itu di dalam sebuah kereta yang diletak di tepi jalan di Inanam di sini kira-kira pukul 10 pagi, 18 Februari lalu.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila mahkamah pada 20 Mei lalu dimaklumkan Riduan sudah berkahwin dengan gadis terbabit mengikut Undang-undang Syariah, malah salinan sijil perkahwinan itu turut diserahkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu, mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini kepada pihak pendakwa untuk memutuskan sama ada mahu meneruskan pendakwaan selepas gadis berkenaan menarik balik laporan terhadap Riduan pada 18 April lalu.

Pada Isnin lalu, Riduan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah atas tiga tuduhan memberi rasuah RM5,000 kepada bapa mangsa untuk menarik balik laporan rogol itu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Tukang cat didakwa bunuh ibu

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my

Chai Kim Tham (kiri) bersama tertuduh lain diiringi oleh anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Jun - Seorang tukang cat yang dipercayai memukul ibunya dengan kayu sehingga mati ekoran tindakan mangsa menyembunyikan alat kawalan jauh pendingin hawa, bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini.

Chai Kim Tham, 42, didakwa membunuh Liew Kim Thai, 59, di rumah mereka di No. 352, Kampung Baru, Semenyih, Kajang dekat sini pada pukul 12.44 tengah malam, 25 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, R. Siamalah mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Hakka kepadanya di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Julai ini sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sebelum ini akhbar melaporkan, pertengkaran antara Kim Tham dan ibunya kerana menyorok alat kawalan jauh pendingin hawa menyebabkan tertuduh memukul mangsa dengan kayu hingga menyebabkannya koma.

Selepas tiga hari bertarung nyawa, wanita yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di Hospital Kajang akibat tindakan melampau anak sulung daripada enam beradik itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Polis Ghana tahan 166 warga China disyaki pelombong haram

Posted: 06 Jun 2013 11:08 AM PDT

CAPE TOWN 7 Jun - Polis Ghana menahan 166 orang pekerja dari China yang disyaki pekerja haram di lombong, menurut laporan Kedutaan China di Accra semalam.

Dalam serbuan di wilayah Ashanti di tengah negara itu, polis menahan 124 orang pelombong haram manakala 42 orang lagi ditahan di barat, timur dan tengah Ghana, kesemua mereka kini di hantar ke pusat tahanan di ibu negara berkenaan.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha yang sedang dijalankan oleh pasukan petugas yang ditubuhkan oleh presiden untuk menangani perlombongan haram," kata Pengarah Imigresen Ghana, Francis Palmdetti. - dpa

Dua terbunuh dalam insiden keganasan di sempadan Syria-Lubnan

Posted: 06 Jun 2013 11:05 AM PDT

BEIRUT 6 Jun - Dua lelaki bersenjata termasuk rakyat Syria terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Lubnan berhampiran bandar yang didiami kumpulan puak syiah di yang bersempadan kawasan bergolak di Syria, semalam.

Ia adalah keganasan yang terbaru dalam rentetan insiden berhampiran sempadan Syria-Lubnan.

Pada malam Rabu, sekumpulan lelaki bersenjata memandu sebuah lori dan menyerang serta dan melepaskan tembakan ke atas sebuah pusat pemeriksaan tentera Lebanan di kawasan Wadi Hmeid berhampiran Arsal," kata jurucakap tentera. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Peranan Institusi Raja

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

RAJA

SEMBILAN negeri di Malaysia kekal berada di bawah payung naungan Raja. Institusi Raja telah wujud lebih enam abad dan telah berakar umbi di bumi ini. Perlu difahami bahawa penduduk di negeri-negeri beraja di alam Melayu, menganggap mereka menetap bukannya dalam wilayah sempadan geografi mengikut tradisi Eropah, tetapi hidup tertakluk kepada kesetiaan di bawah payung naungan Raja.

Istilah Kerajaan berasal daripada perkataan Sanskrit Ke-Raja-An; mengandungi istilah Raja, bermaksud rakyat yang tertakluk kepada seorang Raja Pemerintah. Sembilan Raja Pemerintah yang masih kekal bertakhta adalah pewaris pemerintahan di negeri masing-masing.

Sesungguhnya sistem beraja telah menjadi benteng penghalang dari memudahkan imperialis British melakukan penjajahan mutlak; British sekadar berupaya memperkenalkan sistem Residen, satu bentuk penjajahan tidak langsung atau pemerintahan de facto yang masih mengekalkan kedaulatan Raja Melayu.

British, terpaksa mengadakan rundingan dengan setiap Sultan, dan hanya berupaya melakukan penjajahan secara mencantumkan perjanjian-perjanjian yang diperoleh secara berasingan.

Ketika merangka formula membentuk kerajaan merdeka, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) amat menghayati, bahawa sistem pemerintahan berteraskan Raja terlalu berharga dan terlalu bernilai untuk ditiadakan. Tanah Melayu yang merdeka telah memilih untuk memeterai sistem pemerintahan beraja yang kekal segar dengan menjelmakannya dalam bentuk dan acuan kontemporari.

Institusi Raja diluhurkan dengan sebaik-baik pendekatan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Lalu diperkenalkan sistem berkerajaan dan bernegara yang menggabungkan institusi Raja dengan institusi rakyat, berasaskan konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Kedaulatan Raja diberikan wajah baru, dirangkaikan dengan suara rakyat dalam satu ikatan harmoni.

Raja, termaktub dalam Perlembagaan diwujudkan berasas undang-undang. Sepuluh peratus atau 19 daripada 183 Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah Perkara-Perkara berkaitan Raja. Berpandukan Perlembagaan, adalah jelas dan nyata, Raja Berperlembagaan di Malaysia berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur negara bangsa.

Ketetapan untuk terus mendaulatkan institusi Raja adalah satu pelanjutan adat - satu kesinambungan budaya, berlangsung dalam era modenisasi; betapa keindahan adat - betapa kekayaan budaya, kukuh teranyam dalam tradisi negara bangsa.

Persekutuan Tanah Melayu ketika menghadapi opsyen menggubal Perlembagaan Merdeka tidak sekadar mengekalkan tradisi beraja di peringkat negeri malah telah memperkenalkan satu lagi lapisan pemerintahan beraja dalam sistem Persekutuan, dengan mewujudkan seorang Ketua Utama Negara bergelar Yang di-Pertuan Agong; Raja kepada seluruh Persekutuan. Secara harfiahnya gelaran tersebut bermaksud Dia Yang Terulung Dalam Kalangan Kami, iaitu primus inter pares.

Sesungguhnya, kewujudan takhta Ketua Utama Negara dan kaedah lantikan Yang di-Pertuan Agong, adalah satu kehebatan keaslian inovasi yang telah mengekalkan identiti negara bangsa.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, secara undang-undang menganggotai tiga cabang Kerajaan yang terdiri daripada cabang Perundangan, cabang Eksekutif dan cabang Kehakiman. Parlimen mengandungi tiga komponen, terdiri dari Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Diperuntukkan supaya Yang di-Pertuan Agong menurunkan cap mohor kepada Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Baginda berkuasa mengampuni dan menangguhkan sesuatu hukuman.

Baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda diperuntukkan budi bicara melantik seorang Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen, menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri Baginda di samping berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan lantikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Baginda diperuntukkan kuasa membuat pengisytiharan darurat serta mengisytiharkan apa-apa ordinan sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak.

Baginda diperuntukkan kuasa atas nasihat Perdana Menteri untuk melantik ahli Suruhanjaya Pasukan Polis, dan menurut budi bicara setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja melantik ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Majoriti ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah atas lantikan Baginda.

Bahagian Sembilan, Perlembagaan Persekutuan menggariskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang Kehakiman. Atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Baginda melantik Juru Audit Negara, sementara Peguam Negara dilantik oleh Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dan Baginda dipertanggungjawab untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya mendapat kepercayaan awam.

Demikian senarai peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu amatlah tidak munasabah jika jawatan Ketua Utama Negara itu diwujudkan sekadar untuk menyempurnakan tugas-tugas ceremonial atau dianggap boneka untuk menurunkan mohor perkenan kepada setiap dokumen yang dipersembahkan, dengan mata tertutup, mulut terkunci dan tangan terikat, diwajibkan tanpa opsyen memberi sepenuh perkenan tanpa soal atas apa juga nasihat yang diangkat sembah kepada Baginda, meskipun nasihat tersebut menyimpang daripada undang-undang atau tergelincir dari landasan keadilan atau berunsur penindasan atau boleh memudaratkan negara bangsa.

Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum - tanpa mengira agama - tanpa mengira kabilah politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan.

Untuk itu amatlah penting bagi Raja bersifat berkecuali, memastikan berada di atas segala polemik politik untuk membolehkan institusi Raja berupaya berperanan secara berkesan sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama dalam mendamaikan sebarang perselisihan dan untuk memastikan takhta diterima dengan dada lapang dan hati terbuka apabila diperlukan berperanan menurunkan suhu panas yang berkemungkinan mendidihkan lava-lava persengketaan.

Raja Pemerintah mempunyai tanggungjawab memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan warga senantiasa dilindungi. Pada pertengahan abad kesembilan belas, Walter Bagehot telah memperkenalkan konsep triniti klasik, dengan menggariskan bahawa Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak; pertama: hak untuk dirunding, kedua: hak untuk memberi nasihat, ketiga: hak untuk memberi peringatan.

Dalam perkara-perkara, termaktub secara nyata dalam Perlembagaan, bahawa Raja perlu bertindak atas nasihat, Duli-Duli Baginda hendaklah menerima nasihat tersebut; tetapi Raja juga tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, bercanggah dengan semangat Perlembagaan, bercanggah dengan undang-undang dan bercanggah dengan keadilan hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman.

Apabila Raja dirujuk, Duli-Duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih; dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Duli-Duli Baginda hendaklah menyempurnakannya dengan hikmah dan kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat arif, adil lagi saksama, sebagai penimbang tara yang bebas kepada cabang-cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang, demi menjamin berlangsungnya tadbir urus negara yang baik. Institusi Raja yang berjaya mencerminkan sifat-sifat kearifan dan keadilan pastinya akan menjadi sumber rujukan pilihan apabila tercetusnya sesuatu krisis.

Tugas tersebut bukanlah ringan; ia memerlukan kearifan dan hikmah, pengalaman dan kematangan. Tugas tersebut bertambah mencabar dalam menghadapi demografi warga yang berlatar belakangkan pelbagai kaum - pelbagai agama; ditambah pula dengan komposisi warga muda yang bertambah meningkat bilangannya, memiliki pelbagai idealisme, di samping terdedah kepada pengaruh globalisasi. Pada hari ini, pemahaman warga terhadap Institusi Raja bagaikan berada di dua penghujung pendulum, ada yang menghargai relevansinya, ada pula yang kabur akan peranannya.

Sesungguhnya, para pengasas kemerdekaan negara ini telah mendapat petunjuk Ilahi, dengan wawasan bijak membentuk Kerajaan Merdeka di bawah naungan Raja Berperlembagaan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Raja Pemerintah untuk memperlihatkan kepada warga akan relevansi Institusi Raja, terutama untuk memenuhi peranan semak dan imbang dalam urus tadbir kerajaan yang berpaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Pada masa ini, daripada jumlah 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hanya empat puluh tiga (43) negara masih mempunyai Institusi Raja; Enam belas (16) daripadanya mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai Raja Pemerintah di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Enam belas (16) negara lagi mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, empat (4) sistem Raja Separa Autonomi, dan tujuh (7) negara mengamalkan sistem Raja Secara Mutlak.

The Economist Intelligence Unit Democracy Index mencatatkan: tujuh daripada sepuluh negara di tangga teratas yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya adalah negara yang mempunyai Institusi Raja Berperlembagaan; sementara penemuan Transparency Internationals Corruption Perception Index mencatatkan tujuh daripada sepuluh negara yang berada di tangga terbaik adalah negara yang mempunyai Institusi Raja Berperlembagaan.

Sebelas daripada dua puluh negara dalam UNDP Human Development Index yang berada di tangga teratas, adalah negara-negara yang mempunyai Institusi Raja Berperlembagaan, dan sembilan daripada dua puluh negara di tangga teratas mengikut yang dikategorikan oleh Heritage Foundations Index of Economic Freedom memiliki Institusi Raja Berperlembagaan.

Dalam menghadapi cabaran dinamik politik yang sedang berlaku, Institusi Raja sedang melalui satu lagi tahap evolusi. Berpedomankan pengalaman dan hikmah takhta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Institusi Raja di bumi ini, akan menemui paksi baru untuk melakarkan ruang peranan yang lebih relevan dalam era yang semakin berubah, membantu membina imej institusi takhta yang terus bertenaga - kekal dinamik, berupaya menangani tuntutan dan keperluan semasa, terutama dalam memenuhi peranan sebagai instrumen kesatuan dalam kepelbagaian.

Sebenarnya, takhta ketika ini, berhadapan cabaran lebih kompleks, malah diperlu untuk menyempurnakan peranan yang semakin mencabar dalam orbit moden Malaysia. Keunggulan sifatnya, menjadikan peranan Raja begitu jitu terutama ketika menghadapi keadaan yang mendesak. Ciri-ciri keunggulan yang membezakannya dari versi stereotaip, memperlihatkan keistimewaan keupayaan, menggabungkan tiga tenaga utama, pertama: institusi takhta, dilambangkan oleh Raja, kedua: institusi demokrasi, dimanifestasikan melalui Perlembagaan, ketiga: institusi moral atas nama Islam. Bahawa kejayaan yang tercipta sehingga kini adalah hasil daripada peranan bersepadu di antara tatanegara sosial dan sivil; gabungan Raja, Perlembagaan dan Islam.

Kebijaksanaan Raja sehingga kini adalah kejayaan mengintegrasikan ketiga-tiga tenaga utama tersebut menjadi satu tenaga yang amat dinamik dalam menstabilkan dan memakmurkan sebuah negara merdeka lagi berdaulat. Kesaktian daripada rangkuman tiga komponen - Raja, Perlembagaan dan Islam telah menghasilkan kepaduan yang dihasratkan. Ia turut memberikan kesinambungan serta membuahkan nikmat keharmonian sosial, juga turut memperkukuhkan cara demokrasi dapat berfungsi dan mendasari kestabilan sosial serta kestabilan politik.

PENUTUP

Ujian kepada kandungan yang tersirat dalam Perlembagaan akan menjelma ketika berlakunya situasi kejutan yang tidak ada duluan (precedent), situasi kejutan yang berpotensi mencetuskan senario baru. Ketika menghadapi saat-saat sedemikian, hikmah pemimpin, terutama Raja yang bertakhta di atas politik dan bersemayam di atas birokrasi pentadbiran harian, berperanan amat penting untuk melakukan analisis bijak lagi tepat dengan merumuskan penyelesaian secara adil lagi saksama.

Bermula daripada Pilihan Raya Umum Kedua Belas, landskap politik negara menghadapi perubahan. Dikatakan telah berlaku tsunami politik, memperlihatkan negara semakin menuju kepada senario politik dua parti. Senario ini, jika berlangsung secara tertib, meluhurkan Perlembagaan, mendaulatkan undang-undang, ditangani secara bijak lagi berhikmah, dilihat, berpotensi memberikan impak positif, menyuburkan amalan demokrasi.

Tetapi, kelihatan, kaedah menuju ke senario tersebut, bagai mencetuskan gelombang perpecahan, yang ombaknya semakin menghempas minda warga. Warga kelihatan semakin terpisah hingga benteng perpaduan kelihatan semakin retak. Lebih membimbangkan, jika keretakan itu tercetus atas nama agama - atas nama kaum.

Dalam senario sedemikian, keluhuran institusi Raja perlu dilindungi daripada sebarang bentuk penodaan, agar warga kekal menabur bunga setia. Ketika warga kelihatan semakin hanyut dilambung emosi, amatlah penting diperingatkan semula, kisah perit hikayat lama; betapa akibat fitnah dan hasad dengki, takhta telah disalah pengaruh.

Tercetuslah sengketa antara dua saudara yang sebangsa - seagama - seperguruan. Bisa Taming Sari ditusuk ke dada saudara sendiri; yang tewas terkubur tanpa setunggul nisan jasa, yang menang dihempas gelombang serba salah sepanjang masa, betapa Dang Baru memamah pahit sirih derita, bergambir dan berpinang sengsara ke akhir usia, dan keagungan Melaka akhirnya luntur.

Segala yang berlaku ketika ini sedang diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi, ditimbangkan cerita - diimbangkan berita. Raja juga dikurniakan Ilahi dengan akal - dengan fikiran, dilengkapkan dengan deria - disempurnakan dengan hati. Raja juga memikul amanah Allah Subhanahu Wataala yang wajib dipenuhi. Sebagai Amirulmukminin, Raja bertanggungjawab menyempurnakan tuntutan Fardu Kifayah kepada watan - kepada ummah.

Setiap minggu di mimbar Jumaat, Katib mendoakan - jemaah mengaminkan, akan kesejahteraan Raja, agar Raja berdaulat lagi mulia, gagah lagi perkasa, memerintah secara adil lagi saksama, supaya negara aman, sentosa, selamat lagi sejahtera. Warga semestinya meletakkan harapan agar doa mereka dikabulkan Ilahi. Ia tidak sekadar doa, ia juga seruan - ia juga peringatan, akan tanggungjawab dan harapan yang diletakkan kepada Raja.

Red Bean Army sudah panik, PKR makin menggila?

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Suara Blog

PEJUANG siber upahan DAP, Red Bean Army dikatakan sudah panik apabila pihak berkuasa mula mengesan mereka untuk diambil tindakan kerana menghasut rakyat melalui pelbagai fitnah dan pembohongan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pada masa yang sama, tentera siber" itu pula umpama anak ayam kehilangan ibu setelah DAP sendiri bersikap lepas tangan dan menafikan penglibatan mereka dalam merekrut pasukan tersebut.

Blog Mahamissa (mahamissa.blogspot.com) berkata, DAP cuba memutarbelitkan kenyataan dengan menuduh Red Bean Army adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi pada masa yang sama panik apabila senarai individu yang terlibat mula didedahkan satu persatu.

Katanya, DAP dan pembangkang sedar sekiranya Red Bean Army ini lumpuh atau dapat dipintas maka segala pembohongan dan fitnah mereka terhadap UMNO dan BN akan gagal.

Ini sekali gus merencatkan usaha mereka untuk meraih sokongan rakyat terutama golongan muda bagi menakluk Putrajaya, selepas usaha menerusi PRU-13 gagal.

Red Bean Army kini dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri. Pelik bin ajaib apabila ada pihak yang sudah mengaku tetapi di satu pihak yang lain menafikan kewujudan tentera kacang merah" ini.

Yang pasti panas ini akan berpanjangan dan hampir pasti kepanasan ini bakal menyebabkan cacing-cacing ini timbul dengan sendirinya," katanya.

Blog Medan Info Kita (medan-info-kita.blogspot.com) pula berkata, kumpulan Red Bean Army bukan sahaja berhadapan dengan pihak berkuasa malahan lebih buruk menghadapi ancaman oleh pihak dalaman sendiri.

Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar pengorbanan. Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army ini benar-benar tidak cerdik orangnya.

Pengorbanan apa jadahnya jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia?" katanya.

Katanya, Red Bean Army kini benar-benar terperangkap kerana sama ada bekerjasama dengan pihak berkuasa atau sebaliknya, kedua-dua tindakan tersebut akan kena batang hidung mereka sendiri.

PKR DAN PENGUNDI BANGLADESH

KEDUTAAAN Bangladesh sudah menafikan penglibatan 40,000 rakyat negaranya pada PRU-13 lalu manakala ada kalangan penulis blog propembangkang pula turut mempersoalkan dakwaan tidak masuk akal itu.

Namun Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tetap berkeras menggunakan isu tersebut untuk meyakinkan rakyat konon wujud penyelewengan pada PRU-13 lalu, walaupun jelas ia adalah tidak benar.

Justeru blog Dr.MiM (novandri.blogspot.com) merasa pelik dengan sikap PKR yang masih berkeras untuk mempertahankan pembohongan tersebut.

Nak juga tanya, apa masalah sebenar dengan PKR dan penyokongnya ini?

Dulu pun kita dah tahu yang PKR ini ala-ala gila sikit sebab tertubuhnya parti ini tanpa ada tujuan dan matlamat selain membebaskan Anwar dari penjara dan kemudiannya nak meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri di Putrajaya.

Tapi dengan perkembangan terbaru ini, tidak ada dalih-dalih lagi, memang sah PKR ini parti orang tak betul atau gila," bidasnya.

Katanya, ketika kerajaan memperhebat usaha memperbaiki prestasi termasuk menangani orang Cina dan Melayu bandar, sesuatu juga perlu dilakukan untuk memulihkan fikiran penyokong PKR yang semakin rosak.

Selagi penyakit mental macam ini (percaya apa saja pembohongan yang keluar daripada mulut Anwar) masih ada, apa pendekatan pun yang dibuat untuk menyedarkan puak-puak ini daripada lamunan, hanya akan jadi sia-sia," katanya.

Blog Apa Kecoh-kecoh (apakecoh2.blogspot.com) pula hairan dengan telatah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli yang terus mengapi-apikan isu 40,000 warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu.

Katanya, walaupun para pemimpin PKR terus mempertahankan dakwaan tersebut tetapi sehingga kini mereka masih gagal mengheret warga Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu itu.

Isu ini terus diapi-apikan oleh pakatan untuk membangkitkan perasaan benci terhadap warga asing sehingga timbul insiden-insiden serangan perkauman terhadap warga Bangladesh.

Sejak sebelum pilihan raya umum lagi pakatan pembangkang sudah berbuih tuduh kononnya ada warga Bangladesh diterbangkan masuk untuk jadi pengundi hantu.

Sekarang ini dah sebulan selepas pilihan raya umum tapi sampai sekarang satu bukti pun tak dikemukakan. Yang banyak ialah permohonan maaf dari pakatan sebab salah tuduh warga Malaysia sebagai warga asing," katanya.

Apa yang lebih pelik ialah sikap Nurul Izzah yang menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila ada warga Bangladesh dipukul kerana didakwa pengundi hantu sedangkan parti pembangkang yang mengapi-apikan kebencian terhadap warga asing.

Dan yang paling lawak bila Nurul minta Kedutaan Bangladesh kemukakan bukti bahawa tiada warganya terlibat. Eh, kau yang tuduh, patutnya kaulah yang buktikan tuduhan. Kenapa orang kena tuduh pulak kena bagi bukti?" katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raja Azmi ada bukti kukuh

Posted: 06 Jun 2013 12:24 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
pengarang@utusan.com.my

Raja Azmi Raja Sulaiman (tengah) bersama (dari kiri) Siti Najihah Nasir, Myra Zafia, Saodah Othman dan Atie Zieya menunjukkan laporan polis dalam sidang akhbar berkenaan fitnah Adam Davin terhadapnya di Taman Melawati, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Jun - Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, hari ini tampil dengan bukti kukuh bagi menolak fitnah terhadapnya yang dibuat oleh seorang model iaitu Adam Davin, 25.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Taman Melawati di sini, Raja Azmi menjelaskan, Davin telah menggunakan namanya untuk menipu beberapa pihak, antaranya pereka pakaian, Kos Serani dan gedung pakaian Gulati's Wangsa Maju.

"Dia menuduh saya memfitnah dia tetapi perkara yang sebenarnya adalah sebaliknya kerana saya mempunyai segala bukti berhubung tindakan yang dilakukan olehnya.

"Bukan sahaja diri saya tetapi Kos Serani dan juga wakil daripada Gulati's turut berada bersama-sama bagi membuktikan bahawa Davin adalah seorang penipu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Raja Azmi berkata demikian sebagai mengulas berhubung laporan akhbar semalam yang mendakwa dia telah memfitnah lelaki itu dan memburuk-burukkan namanya di laman sosial.

Selain itu, lelaki tersebut didakwa turut menggunakan nama Raja Azmi dan gambar mereka berdua bagi meneruskan kegiatan jahatnya.

Kata Raja Azmi, mereka berkenalan di laman sosial instagram sebelum pemuda tersebut menyatakan minat untuk menjadi penaja kepada filem terbarunya berjudul Anak Ikan.

"Perkenalan kami bermula apabila dia menyatakan minat untuk menaja filem terbaru saya, malah dia juga memperkenalkan dirinya sebagai pemilik kedai pakaian Gulati's yang bertempat di Wangsa Maju.

"Saya benar-benar percaya akan perkara tersebut apabila berjumpa dengannya beberapa kali tetapi setelah lama kelamaan, perasaan curiga itu mula timbul dan barulah saya tahu saya telah ditipu," jelasnya.

Akibat daripada pendedahan dibuat Raja Azmi berhubung kegiatan lelaki tersebut, ramai pihak tampil menghubunginya dan turut mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa tipu lelaki terbabit.

Raja Azmi tunjuk bukti penipuan oleh Adam Davin

Posted: 05 Jun 2013 10:40 PM PDT

RAJA Azmi Raja Sulaiman menunjukkan laporan polis yang telah dibuat terhadap Adam Davin kerana menyalahgunakan nama produser filem itu bagi tujuan menipu, pada sidang akhbar di Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 6 Jun - Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini tampil dengan bukti bagi menolak fitnah ke atas dirinya yang dibuat oleh Adam Davin.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Taman Melawati di sini, Raja Azmi menjelaskan, Davin telah menggunakan namanya untuk menipu beberapa pihak, antaranya pereka pakaian Kos Serani dan gedung pakaian Gulatis Wangsa Maju.

"Saya benar-benar percaya apabila dia mengatakan dia adalah pemilik Gulatis di Wangsa Maju.

"Tetapi setelah beberapa kali bertemu dengan dia, baru saya tahu telah ditipu dan kemudian saya menjauhkan diri daripadanya, katanya.

Raja Azmi turut menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh dirinya dan beberapa mangsa lain yang turut ditipu Davin. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Keberkesanan konsep RTH

Posted: 06 Jun 2013 02:00 AM PDT

keceriaan jelas terpancar pada wajah P. Vasugi dan anak-anak angkatnya.

PERSOALAN ini sengaja dilontarkan buat para pembaca berfikir sejenak sebelum meneruskan pembacaan yang dititipkan tulus dari Rumah Tunas Harapan (RTH), Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor ini.

Enam buah unit kediaman berkembar dibina di atas 24 ekar tanah terletak di Kuala Selangor, Selangor ini, pada zahirnya kelihatan sama seperti kediaman di pinggir bandar yang biasa dilihat.

Namun apa yang istimewanya ialah, setiap unit ini dihuni oleh pasangan suami isteri bersama anak-anak kandung dan anak angkat mereka.

Mereka hidup sama seperti keluarga lain, menyulam kasih sayang dan erti tanggungjawab tanpa mengira latar belakang dan rupa paras anak-anak tersebut.

Walau tiada sebarang pertalian darah, anak angkat yang merupakan anak-anak yatim dengan pelbagai latar belakang, berjaya dididik oleh ibu bapa angkat atau mengikut istilahnya ibu bapa pelihara. Mereka hidup harmoni dalam sebuah keluarga besar dengan jumlah 'adik-beradik' yang ada kalanya melebihi 15 orang.

Bak kata seorang bapa pelihara, Ong Kok Leong, "Setiap kaki yang melangkah ke dalam rumah ini adalah anak saya, dengan panggilan ayah dan mak. Kami akan berikan mereka apa yang berhak diberikan pada setiap anak dalam sebuah keluarga yang normal penuh dengan nilai kasih sayang."

Jauh daripada rutin asrama

Konsep anak angkat tinggal serumah bersama ibu bapa angkat dalam suasana penuh kekeluargaan ini telah diilhamkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), setelah mengambil kira kejayaan pembinaan sahsiah diri anak-anak yatim berbanding yang tinggal di asrama kebajikan.

Kehidupan anak-anak ini sama sekali tidak sama dengan konsep rumah kebajikan kanak-kanak yang lebih menjurus kepada peraturan oleh warden, tadbiran pegawai dan kakitangan yang bekerja lapan jam atau syif.

Jauh daripada sistem loceng untuk bangun pagi, makan dan solat - rutin yang tidak sama seperti keluarga biasa.

RTH telah dibina pada tahun 1988 dan mula beroperasi pada tarikh 15 Disember 1988. Pembiayaan rumah sebanyak enam unit itu dibiaya oleh syarikat Amway (M) Sdn. Bhd. di atas tanah milik JKM.

Tanah tersebut telah diberikan kerajaan Selangor atas daya usaha menteri besarnya ketika itu, Tan Sri Datuk Abu Hassan Omar yang kemudian telah dilantik menjadi penaung RTH hingga ke hari ini.

Yayasan Kebajikan Negara (YKN) juga telah menyumbang RM60,000 untuk kelengkapan rumah. Kediaman tersebut telah dibina dengan tenaga buruh dalam kalangan warga banduan jenayah ringan seramai 40 orang.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Khairul Atha Annuar berkata, JKM bertanggung jawab menentukan jumlah kanak-kanak yang tinggal di RTH. Penghuni RTH mestilah dalam lingkungan usia dua hingga 18 tahun, terdiri daripada kanak-kanak yatim, miskin, teraniaya, terabai, bermasalah dan sebagainya.

lee Sian Gu (depan) tidak kekok membantu ibu angkatnya di dapur.

"JKM memberi bantuan berbentuk geran tahunan untuk menampung perbelanjaan asas kanak-kanak ini seperti makan dan minum, wang saku, elaun ibu pelihara dan juga utiliti.

"Pemilihan ibu bapa pelihara juga dibuat oleh JKM dengan cermat daripada pasangan suami isteri yang berusia lingkungan 40 hingga 55 tahun dan tidak memiliki anak atau memiliki anak tidak lebih daripada tiga orang.

"Syarat lain, suami atau bapa pelihara mestilah bekerja sepenuh masa dan mempunyai pendapatan sendiri. Manakala ibu pelihara pula tidak boleh bekerja dan mesti menjadi surirumah sepenuh masa.

"Mereka perlu memberikan tumpuan kepada menguruskan keluarga dan anak-anak dan akan diberi elaun untuk tanggung jawab tersebut," jelas Khairul sambil memberitahu kediaman lima bilik yang disediakan untuk keluarga RTH cukup untuk menampung keperluan mereka.

Jelas Khairul Atha lagi, cabaran yang dihadapi ibu bapa di sini adalah untuk mengaplikasikan pelbagai cara dalam teknik penjagaan.

Mereka perlu bersabar dan memberikan kaunseling dan yang paling penting menerapkan ilmu agama serta nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.

"Keluarga pelihara ini juga perlu membawa anak-anak mereka pulang ke kampung halaman pada musim cuti bagi memberi peluang anak-anak merasa kehidupan berkeluarga besar.

"Mereka turut dibimbing untuk melakukan kerja rumah, diasuh dengan budi bahasa, bersopan santun serta berjimat cermat dan menghargai apa yang diberikan.

"Ibu bapa pelihara juga turut diberi kursus kemahiran keibubapaan, tentang perkembangan anak-anak, pengurusan rumah dan penjagaan kesihatan serta keselamatan anak-anak mereka," ujar Khairul Atha.

Selain itu katanya, ibu bapa pelihara juga mesti mempunyai perasaan sayang pada anak-anak angkat, berpengetahuan, bertanggung jawab, kreatif dan bermotivasi tinggi serta boleh membuat keputusan yang bijak.

Sehingga kini, RTH di Kuala Selangor telah menempatkan lebih 60 anak angkat. Daripada jumlah tersebut, seramai 16 penghuni RTH telah berjaya meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi.

"Ada yang belajar hingga ke Universiti Al-Azhar, di Mesir dan universiti di Jordan.

"Salah seorang bekas penghuni, Sivakumar Karmegan kini menjadi tukang masak di sebuah hotel di Perancis , manakala yang lain ada yang menjadi penolong jurutera, pengurus restoran, eksekutif, guru dan sebagainya," katanya. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kisah tiga ibu pelihara

Posted: 06 Jun 2013 02:00 AM PDT

DARI kiri, Fam Chuk Ngi, Safiah Romly dan P. Vasugi, berkongsi pahit manis dan suka duka menjadi ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, di Kuala Selangor, Selangor.

Selain Safiah Romly dan P. Vasugi, pasangan suami isteri, Ong Kok Leong dan Fam Chuk Ngi merupakan ibu bapa pelihara pertama yang sanggup memikul tanggung jawab ini sejak Rumah Tunas Harapan (RTH) mula ditubuhkan.

Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka semua hidup dalam keadaan aman damai dan menghormati satu sama lain.

"Anak-anak kami semua baik-baik, tiada masalah mendidik mereka. Masing-masing boleh mendisiplinkan diri. Kami tidak menggunakan pendekatan marah, malah kasih sayang saja yang menjadi sandaran," jelas Kok Leong yang mengakui semua anaknya memanggil dirinya 'ayah' dan isterinya 'mak'.

Bukan itu sahaja, walaupun Kok Leong menjaga anak berketurunan Cina, masih ada anak angkatnya yang langsung tidak boleh bertutur bahasa Cina kerana sejak lahir tinggal di rumah kebajikan.

"Saya mahu anak ini belajar bahasa Cina dan sejak dua tahun tinggal di sini dia sudah menguasai bahasa kami," jelasnya.

Walaupun sembilan daripada 10 anak angkatnya adalah lelaki, mereka langsung tidak kekok melakukan tugasan di dapur.

Mereka membantu isteri Kok Leong, memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian sendiri.

Sementara itu, Safiah turut mengakui segala urusan menjaga anak-anak ini dipermudahkan. Pernah dalam satu masa rumahnya menempatkan kira-kira 15 anak angkat. Itu bukanlah satu masalah baginya malah rahmat.

"Saya memang suka anak ramai walaupun anak saya sendiri cuma tiga orang. Suami sudah lama meninggal dunia, jadi rumah memang meriah dengan anak-anak angkat.

"Tapi kebanyakan mereka sudah besar, malah tiga daripada anak angkat saya telah melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara. Saya memang berbangga dengan mereka dan sebagai hadiah saya bawa mereka menunaikan umrah," ujar Safiah yang dahulunya merupakan guru agama.

"Walaupun anak-anak yang dijaga datang dari latar belakang berbeza, dia tidak pernah berhadapan dengan masalah anak degil atau melawan cakap.

"Apa yang penting bagi saya ialah pendidikan agama kerana dengan adanya asas agama maka mudahlah untuk membentuk mereka," jelasnya.

Perkara sama diakui Vasugi yang membela sembilan anak. Ketika sesi temu bual berlangsung, tiga anak angkat Vasugi ada di rumah kerana masing-masing hanya bersekolah sesi petang.

"Anak-anak saya semuanya baik-baik. Mereka pergi ke sekolah, belajar dan mengikut disiplin yang saya aturkan.

"Saya juga tidak pernah melenting dengan perangai mereka. Boleh saya katakan anak-anak ini semuanya boleh diasuh menjadi baik jika betul caranya," jelasnya.

Vasugi juga prihatin terhadap segala keperluan mereka, walaupun dia sendiri hidup sederhana.

Sebagai ibu pelihara, dia memastikan mampu mengadakan peralatan asas untuk anak menjalani kehidupan seperti anak dalam keluarga kandung masing-masing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pemaju sedia baiki kerosakan

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Jun - Sebuah syarikat pemaju perumahan hartanah rizab Melayu bersedia membantu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengatasi dan memperbaiki kerosakan alam sekitar yang teruk di kampus induk universiti itu yang berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah oleh syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Masgenuine - i Berhad, Rosianiza Rosly juga berkata, buat masa ini, syarikatnya terpaksa menghentikan sementara kerja-kerja pembukaan tanah tersebut ekoran aduan oleh UIAM.

"Kami berharap pihak UIAM juga sedia berkerjasama bagi menjayakan usaha ini.

"Kami sedia untuk memastikan punca-punca saliran terutamanya Sungai Pusu dan anak-anak sungainya dapat diperbaiki dan tidak lagi menjadi punca utama kepada masalah alam sekitar seperti yang didakwa oleh UIAM," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kawasan seluas melebihi 20.2 hektar berhampiran kampus induk UIAM di Gombak sedang diteroka tanah dan hutan sehingga menyebabkan kebanyakan punca saliran sungai yang mengalir masuk ke kampus tersebut menjadi cetek dan tercemar.

Ketika ini air sungai dan tasik-tasik di kampus tersebut bertukar menjadi keruh disebabkan lumpur dan pasir yang dibawa air dari tapak projek pembukaan tanah tersebut. Keadaan itu juga didakwa menyebabkan UIAM mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat dalam tempoh kurang sejam.

Rosianiza berkata, pihaknya juga sanggup memulihara kolam-kolam tadahan hujan demi alam sekitar yang lestari di UIAM.

"Malah kami akan membina, mencantikkan kolam tersebut dengan turut membina taman-taman rekreasi dengan segala kos akan ditanggung oleh pihak syarikat. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami yang akan kami laksanakan sebagaimana yang sering kami lakukan sebelum ini," katanya.

Sementara itu Pejabat Daerah Gombak telah dapat mengenal pasti pemilik tanah yang menjadikan cerun sebuah bukit berhampiran kampus UIAM sebagai tempat pembuangan sampah tidak berjadual.

Pegawai Daerah Gombak, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memberitahu Utusan Malaysia, tindakan telah diambil terhadap pemilik tanah tersebut termasuk penyerahan notis amaran.

Katanya, pelbagai tindakan lanjut lain akan dilakukan terhadap kesalahan membuang sisa-sisa binaan di situ yang telah menyebabkan berlaku pencemaran kepada anak sungai yang mengalir ke kampus UIAM.

UIAM ketika dihubungi pula memaklumkan, mereka akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak terutamanya pihak pemaju dan wakil dari Pejabat Daerah Gombak bagi mencari jalan keluar menyelesaikan masalah alam sekitar tersebut secara bersama.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz berkata, pertemuan akan diadakan selewat-lewatnya pada awal minggu hadapan dan UIAM berharap pertemuan itu dapat membantu mengelakkan UIAM daripada menerima kesan yang lebih teruk dari masalah tersebut.

PKNS tarik balik rayuan

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

KOMPLEKS Sukan PKNS di Kelana Jaya, Petaling Jaya termasuk padangnya sebelum ini dicadang dibangunkan semula oleh kerajaan negeri Selangor tetapi tergendala berikutan bantahan penduduk sekitar.

PETALING JAYA 5 Jun - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menarik balik permohonan rayuan kepada Lembaga Rayuan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Selangor berhubung isu projek pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md. Taib yang ditanya mengenai perkembangan terbaharu mengenai isu tersebut.

Beliau berkata, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang menunggu keputusan cadangan PKNS untuk mengemukakan semula permohonan pembangunan di tapak itu.

"Kami akan tetap dengan keputusan untuk mengekalkannya (Kompleks Sukan PKNS). Saya tidak cakap ingin mengekalkan padang itu kerana kita mesti membuat semakan dan selaras dengan perancangan tempatan yang telah disediakan pihak MBPJ," katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, sebarang pindaan mengenai perancangan tempatan itu perlu dikemukakan sekali lagi kepada penduduk untuk memberi pandangan awam.

"Yang lain saya tidak berani jawab kerana ia dalam pertimbangan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad. Semua program bersama kerajaan negeri akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memastikan ia perlu dibangunkan atau tidak.

"Saya tidak berani memberi jaminan kepada perkara tersebut, setahu saya rayuan telah dikemukakan oleh PKNS dan ditarik semula.

"Kita menunggu apakah hasrat PKNS selanjutnya selepas ini, adakah mereka mahu mengemukakan semula (rayuan) atau menimbangkannya saya tidak pasti," ujarnya.

Ejen pujuk pemilik jual rumah di Bukit Botak?

Posted: 05 Jun 2013 11:45 AM PDT

SHAH ALAM 5 Jun - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendakwa terdapat kegiatan ejen luar yang cuba mengaut keuntungan atas angin dengan memujuk pemilik rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Bukit Botak, Selayang supaya menjual kediaman mereka.

Pengerusi Jawatan Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai selain yang diperoleh pihaknya di internet.

Menurutnya, berdasarkan maklumat tersebut, didapati ada ejen yang menjual semula rumah berkenaan dengan harga sehingga RM290,000 berbanding harga asal yang dijual oleh PKNS kepada mereka iaitu RM99,000 seunit.

Menurut Iskandar, ejen terlibat juga dikatakan akan menjual semula rumah terbabit kepada pembeli-pembeli lain secara terbuka dan mengaut keuntungan atas angin.

"Kami masih siasat apa sebenarnya yang berlaku, antaranya berapa harga jualan pemilik kepada ejen dan adakah ejen itu berdaftar. Yang penting kita tidak mahu pemilik rumah Bukit Botak tertipu atau dieksploitasi.

"Tindakan ini juga boleh mengundang kerugian kepada pemilik dan juga PKNS yang telah membelanjakan peruntukan besar untuk menyelesaikan isu perumahan di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini petang ini.

Dalam pada itu, Iskandar memberitahu, bagi menyelesaikan masalah itu kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai PKNS dan Lembaga Perumahan Negeri Selangor bagi melihat cara terbaik untuk membantu pemilik rumah Bukit Botak yang berhasrat menjual semula rumah mereka.

Tambah beliau, melalui jawatankuasa itu juga, pihaknya mungkin akan mewujudkan peraturan penjualan rumah di Bukit Botak dan sebagainya.

"Ini bagi mengelak mereka dieksploitasi dan ditipu," ujar beliau.

Isu penempatan setinggan Bukit Botak sebenarnya sudah berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu melibatkan 2,300 keluarga pemilik tanah merangkumi kawasan seluas 201 hektar.

Pada 1988, sebuah syarikat dilantik sebagai pengurus pembangunan projek sebelum syarikat itu menghadapi masalah teknikal dan tidak dapat meneruskan projek.

Kemudian, syarikat lain dilantik pada 1996 untuk meneruskan projek termasuk membina 1,367 buah rumah berkembar untuk penduduk yang tanah mereka terlibat untuk diambil alih.

Bagaimanapun, syarikat itu juga gagal menyelesaikan pembinaan projek itu dan PKNS diarah mengambil alih sehingga akhirnya disiapkan secara berperingkat.

Rumah-rumah teres setingkat di Bukit Botak itu dibina dengan bentuk moden dan keluasan lantai 78.9 meter persegi selain dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved