Khamis, 6 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kerajaan Pas Kelantan dikritik

Posted:

Kerajaan Pas Kelantan dikritik

Kerajaan Pas Kelantan dikritik

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan dikritik kerana pelaksanaan Rang Undang-Undang Negeri Kelantan 1993 didakwa mengetepikan aspek holistik al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Lanjutan Islam (IAIS), Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali berkata, kitab suci tersebut sebenarnya turut menekankan setiap pelaku jenayah masih diberikan ruang untuk bertaubat.

Malah katanya, tiga daripada enam hukuman hudud yang terkandung dalam rang undang-undang itu juga seharusnya tidak tersenarai dalam hukum hudud negeri itu iaitu membabitkan kesalahan minum arak, murtad dan pemberontakan.

"Kritikan saya ini bersandarkan ketetapan mereka yang merujuk kitab Fikah tanpa mengaplikasikan elemen ijtihad kepada ketiga-tiga hukum berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Lets Talks yang disiarkan oleh The Malaysian Observer ketika diwawancara oleh peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Dalam pada itu, katanya, Kanun Keseksaan yang diaplikasikan undang-undang Malaysia merupakan undang-undang takzir dan ia masih dalam lingkungan siasah syariah.

Katanya, ini kerana ia konsisten dengan prinsip-prinsip Islam iaitu mewujudkan keadilan serta undang-undang itu telah diluluskan Parlimen sebagai pembuat dasar.

"Justeru, hukum hudud tidak seharusnya dipolitikkan kerana untuk menguasainya mereka perlu memahami al-Quran dan takrifannya kerana Islam merupakan agama yang memaafkan dan rahmat kepada seluruh umat," katanya.

Sementara itu, Mohammad Hashim berkata, hukum hudud tidak termasuk dalam elemen akidah umat Islam kerana akidah umat Islam adalah berdiri dengan Rukun Islam dan Iman.

Ketua Hakim Syarie tegur kerajaan Pas Kelantan tidak pernah serius laksana hudud

Posted:

Ketua Hakim Syarie tegur kerajaan Pas Kelantan tidak pernah serius laksana hudud

Ketua Hakim Syarie tegur kerajaan Pas Kelantan tidak pernah serius laksana hudud

KOTA BHARU 6 Okt. - Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah dan macam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanya tunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanya semasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak.

Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang mereka sendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.

Daud berpandangan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dan sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.

"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub ketika ditemui selepas program berkata, kerajaan negeri akur dengan saranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arah pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kes berkaitan kesalahan hudud dibicarakan.

"Selama ini, kita fikirkan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknya tidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.

"Kami akan maklumkan tindakan selanjutnya secara terperinci selepas selesai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lima lelaki larikan van keselamatan bawa wang tunai RM1.9 juta

Posted:

Lima lelaki larikan van keselamatan bawa wang tunai RM1.9 juta

Lima lelaki larikan van keselamatan bawa wang tunai RM1.9 juta

KUALA SELANGOR 6 Okt. - Lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol melarikan van keselamatan yang dipercayai membawa wang tunai kira-kira RM1.9 juta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di pekan Ijok, di sini pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 9.45 pagi ketika tiga pengawal termasuk seorang pemandu yang membawa van keselamatan tersebut berhenti di stesen minyak itu untuk memasukkan wang tunai di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Difahamkan, ketika dua pengawal keselamatan berada di dalam stesen minyak untuk memasukkan wang, sebuah kereta Proton Perdana tiba-tiba berhenti berhampiran van keselamatan dan lima suspek keluar mengacukan pistol ke arah pemandunya sebelum mengarahkannya turun.

Setelah itu, seorang suspek masuk ke dalam van keselamatan dan terus memecut sementara empat lagi masuk semula ke dalam kereta Proton Perdana untuk melarikan diri.

Tiga pengawal keselamatan yang terkejut dengan kejadian kemudian membuat laporan polis.

Tidak sampai sejam selepas kejadian, polis yang menjalankan siasatan telah mendapat maklumat dan menemui van keselamatan yang dilarikan dalam keadaan terbakar di tepi belukar di Jalan Harmoni, Ijok kira-kira satu kilometer daripada stesen minyak terlibat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut.

4 pelajar UiTM maut kemalangan

Posted:

4 pelajar UiTM maut kemalangan

4 pelajar UiTM maut kemalangan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh, semalam.


MACHANG 6 Okt. - Empat daripada lima sahabat yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang, maut apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 4.2, Jalan Machang Pasir Puteh, dekat sini awal pagi ini.

Pemandu kereta Perodua Kenari, Mohd. Syamil Malik berasal dari Kampung Parit Jorak, Batu Pahat dan Mohd. Rizal Mohd. Zain, dari Kluang, Johor, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa iaitu Mohd. Sazwan Rosli, berasal dari Pekan, Pahang dan Mohd. Faizuddin Jamil dari Seksyen 24, Shah Alam, Selangor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Seorang lagi yang cedera ringan, Mohd. Haziq Zailani diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang.

Difahamkan, kemalangan berlaku pukul 5.30 pagi ketika lima sahabat berusia 19 tahun yang juga penuntut tahun dua dan tiga jurusan seni reka, dalam perjalanan pulang ke kampus mereka dari pusat bandar Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Malek Bedot berkata, setibanya di lokasi kejadian, kereta itu melanggar bahagian tengah sebuah treler yang datang dari arah bertentangan lalu terperosok di bawah kenderaan tersebut.

Difahamkan treler berkenaan cuba membuat pusingan U di kawasan itu yang tidak berlampu.

"Treler tersebut datang dari arah Pasir Puteh ke Machang, manakala kereta itu dari arah bertentangan.

"Pemandu dan kelindan treler itu tidak mengalami kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 5.49 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Seramai lapan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat. Sejurus tiba di tempat kejadian, kami mendapati empat mangsa tersepit manakala seorang lagi dibawa keluar oleh penduduk kampung.

"Selepas berusaha hampir 20 minit, pihak kami mengeluarkan pemandu yang tersepit di tempat duduknya. Keseluruhan operasi tamat pada pukul 7.15 pagi," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Regu muda laung amaran

Posted:

Regu muda laung amaran

Regu muda laung amaran

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

SHAH ALAM - 'Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa'. Itu amaran Sekolah Menengah Seksyen 11 Shah Alam kepada pencabarnya terutama dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi/Bawah 19 Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di sini, 14 Oktober ini.

Biarpun regu tunggalnya bagi kategori itu membariskan pemain sekitar 16 hingga 17 tahun, perasaan gentar tidak wujud di dada mereka apabila mungkin berdepan pencabar lebih dewasa seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pelapis Kelantan dan Politeknik Kota Bharu.

Anak buah Mohd. Jefry Abd. Manap ini sudah yakin dan cukup bersedia untuk mengharunginya selepas memecahkan penguasaan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan mencipta kejutan dengan menyambar tempat ketiga bersama Zon Selatan KFC-Utusan di Pasir Gudang, Johor, 19 Jun lalu.

Malah pengalaman beraksi pada KFC-Utusan tahun lalu dalam kategori Bawah 18 Tahun selain menjuarai kejohanan peringkat umur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2009-2011, diyakini mampu mematangkan SMK Seksyen 11 Shah Alam yang juga Sekolah Projek Sepak Takraw Negeri Selangor ini.

"Kami sasarkan regu tunggal IPT ini untuk mara sejauh mungkin dalam Peringkat Antara Zon KFC-Utusan dan kedua-dua regu (naib juara Selatan dan ketiga Tengah) mampu meraih kejuaraan kategori Bawah 15 Tahun kejohanan.

"Tahun lalu, dua daripada pemain kami, Noornikman Mahusin dan Ibrahim Kamaruddin sempat ke pusingan kedua Bawah 18 Tahun KFC-Utusan. Kali ini dengan pengalaman itu serta dalam beberapa pertandingan MSSM, kami yakin mereka memiliki ciri-ciri untuk bergelar juara kali ini.

"Latihan tiga kali seminggu (Isnin, Selasa dan Khamis) dijalankan melibatkan kesemua 15 pemain (tiga regu) bagi menghadapi KFC-Utusan dan salah satu kejayaan mengejutkan kami ialah bergelar naib juara B15 Zon Selatan walaupun hanya dengan menghantar regu pilihan kedua," katanya pada sesi latihan di sekolah berkenaan di sini, semalam.

Tahun lalu, SMK Seksyen 11 Shah Alam turut meraih tempat ketiga B18 KFC-Utusan dengan menewaskan sebuah sekolah dari Terengganu dan setelah disekat Malaysia Muda (skuad pelapis kebangsaan) yang memiliki dua pemain bekas pelajarnya, pada separuh akhir di Damansara, Petaling Jaya.

"Pemain regu tempat ketiga itu sudah tidak bersama sekolah ini lagi tetapi regu IPT/B19 kami kali ini tidak kurang hebatnya apabila mempertaruhkan dua pemain apit yang mampu bertindak sebagai pelibas kembar malah mengamalkan dua gaya libasan secara konsisten, gulung dan kalih," katanya.

Skuad Sukan SEA benam Selangor 4-2

Posted:

Skuad Sukan SEA benam Selangor 4-2

Skuad Sukan SEA benam Selangor 4-2

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PETALING JAYA - Biarpun kehilangan 10 pemain utama, skuad bola sepak Sukan SEA sukar dijinakkan apabila mengalahkan Selangor 4-2 pada perlawanan persahabatan di Wisma FAM, semalam.

Mendahului 2-0 pada separuh masa pertama melalui D. Saarvindran pada minit ke-10 dan penalti A. Thamil Arasu minit ke-40, skuad gabungan Harimau Muda dan beberapa pemain dari skuad Liga Super, cemas seketika apabila Selangor merapatkan jurang pada minit ke-59 menerusi Azidan Sarudin.

Namun, pertahanan Selangor ternyata rapuh pada separuh masa kedua walaupun menurunkan pemain import yang sedang diuji dari Korea Selatan, Hwang Myo Kyu apabila bolos dua kali dalam masa dua minit.

Jaringan ketiga dilakukan oleh pemain Kuala Lumpur, See Kok Luen pada minit ke-79 sebelum seorang lagi pemain skuad warga kota, Ahmad Hazwan Bakri meletakkan skuad Sukan SEA bimbingan Ong Kim Swee bertambah selesa selepas mudah menyempurnakan hantaran Ahmad Fakri Saarani seminit kemudian.

K. Depan Sakwati menjadi penyumbang gol kedua Selangor menerusi sepakan penalti pada minit ke-82, namun ia sudah terlambat buat Red Giants bangkit.

Kemenangan itu cukup membuatkan pengendalinya, Kim Swee gembira sambil menyifatkan keserasian antara para pemain bertambah baik selepas enam hari berlatih bersama.

"Sudah lama kita tidak menjaringkan empat gol dalam sesuatu perlawanan. Saya harap momentum ini dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya.

"Prestasi Ahmad Fakri yang saya letakkan pada bahagian tengah cukup baik memandangkan saya kekurangan pemain di posisi itu kerana menyertai skuad kebangsaan dan berada di FC ViOn," katanya selepas perlawanan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Razak nafi buat tak senonoh

Posted:

Razak nafi buat tak senonoh

Razak nafi buat tak senonoh

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 6 Okt. - Pelakon Abdul Razak Ahmad menafikan di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa dia melakukan perbuatan tidak senonoh seperti memeluk, mencium atau menyentuh seorang ahli perniagaan yang ditangkap khalwat bersamanya, lima tahun lalu.

Abdul Razak, 44, menyatakan mustahil dia melakukan perbuatan sedemikian kerana dia pergi ke stor tempat menyimpan pakaian di Seri Kembangan itu dengan niat mencuba pakaian yang ditaja oleh wanita terbabit, Selamah Sahudin, 45.

Menurutnya, dia berada di premis tersebut selama satu jam setengah sebelum diserbu oleh suami wanita itu dan beberapa anggota polis pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.

Menurut Abdul Razak, dari pukul 1 pagi hingga 2.15 pagi, dia mencuba tiga pasang baju dan ketika serbuan dilakukan dia hanya memakai singlet tanpa lengan dan seluar kerana sedang mengeringkan peluh di dalam bilik utama premis itu.

Abdul Razak menyatakan demikian ketika pemeriksaan balas oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli dalam prosiding bela dirinya atas tuduhan khalwat.

Ditanya sama ada tujuannya membuka baju adalah untuk 'bersama' dengan Selamah, Abdul Razak menafikan andaian Shafezan itu.

Pelakon tersebut bagaimanapun mengakui bahawa dia bukan mahram kepada Selamah dan tidak menegah Selamah menutup pintu utama selepas mereka berdua memasuki premis tersebut.

Menurut Abdul Razak, dia dan Selamah berjanji berjumpa di premis itu dan mereka bertolak dari rumah masing-masing.

''Saya bergerak dari Pelabuhan Klang pada pukul 12 tengah malam dan itu kali pertama saya ke sana, jadi saya beberapa kali menelefon Selamah bertanyakan arah dan jalan ke sana,'' katanya.

Abdul Razak sebelum itu mendakwa hubungan dia dan Selamah hanya sebagai penaja dan artis, tetapi selepas disoal beberapa kali oleh Shafezan, dia mengakui telah mengenali Selamah sejak 1982 ketika mereka menuntut di tingkatan tiga di sekolah yang sama.

Abdul Razak yang diwakili peguam syarie, Mohammad Azman Karim didakwa berada bersama Selamah dalam keadaan yang menimbulkan syak di No. A-4-19, Blok A, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006.

Ketika pertama kali didakwa pada 14 September tahun yang sama, Abdul Razak memohon dibicarakan tetapi Selamah didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan selepas mengaku melakukan perbuatan itu.

Jika sabit kesalahan, Abdul Razak boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung 10 November ini.

Pemandu lori dipenjara 32 tahun mengaku rogol adik ipar

Posted:

Pemandu lori dipenjara 32 tahun mengaku rogol adik ipar

Pemandu lori dipenjara 32 tahun mengaku rogol adik ipar

KUALA TERENGGANU 6 Okt. - Seorang pemandu lori hari ini dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya sehingga mangsa melahirkan anak.

Lelaki berusia 52 tahun itu mengaku melakukan persetubuhan di luar nikah terhadap adik iparnya yang berusia 15 tahun pada Ogos 2009 di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, dekat sini.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa mengulangi perbuatan tersebut sebulan kemudian di tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan secara berturut-turut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ayam melonjak RM9 sekilogram

Posted:

Ayam melonjak RM9 sekilogram

Ayam melonjak RM9 sekilogram

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusankuantan@kuantan.com.my

MARAN 6 Okt. – Orang ramai di beberapa daerah di negeri ini meminta kerajaan menyenaraikan ayam sebagai barang kawalan sepanjang tahun berikutan harganya yang melambung sehingga RM9 sekilogram sejak hampir sebulan lalu.

Seorang pengusaha kantin sekolah, Siti Khatijah Deraman, 45, berkata, tindakan tersebut boleh dilakukan kerana pada musim perayaan Aidilfitri lalu iaitu sewaktu skim kawalan harga dilaksanakan, harga siling ayam (standard) ditetapkan pada RM7.20 sekilogram.

Katanya, ketika itu, walaupun ayam mendapat permintaan tinggi tetapi peniaga ayam masih boleh menjualnya tidak melebihi harga siling.

''Selepas berakhirnya skim kawalan harga musim perayaan seminggu selepas Aidilfitri, peniaga makanan seperti saya keluh-kesah kerana ayam melonjak sehingga RM9 sekilogram, sedangkan sebulan yang lalu ia dijual tidak lebih RM7.20 sekilogram.

''Lebih perit, masakan berasaskan ayam tetap dijual pada harga biasa kerana pengusaha kantin seperti saya tertakluk kepada perjanjian dengan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut seorang pengguna dari Temerloh, Azizah Bakar, 50, apabila disoal perkara ini kepada peniaga ayam, mereka memberikan pelbagai alasan, antaranya masalah kekurangan bekalan.

''Saya bimbang harga ayam akan melonjak sehingga RM10 sekilogram terutama pada hujung tahun apabila bekalan ikan kurang berikutan musim tengkujuh.

''Bagi pengguna, kami tidak ada banyak pilihan kerana ayam digemari semua peringkat. Maka kerajaan kena lakukan sesuatu bagi membendung ketamakan peniaga,'' katanya.

Seorang suri rumah dari Maran, Asmah Abd. Hamid, 41, berkata, peniaga perlu memikirkan kepentingan orang ramai dan tidak semata-mata mahu mengaut untung.

''Dalam hal ini kerajaan perlu bertegas mengawal harga ayam kerana jika kekurangan bekalan dijadikan alasan, ia tak masuk akal. Sebabnya, kalau kita nak beli banyak mana pun ayam, bekalannya tetap ada," ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya dan pasar tani di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, dekat sini mendapati harga ayam dijual antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

Sebagai contoh, ada pasar raya yang menjualnya pada harga RM8.50 dan RM8.90 sekilogram manakala di Pasar Tani Jengka, ayam dijual pada harga RM9 sekilogram.

Lori balak jejaskan laluan ke Taman Negara

Posted:

Lori balak jejaskan laluan ke Taman Negara

Lori balak jejaskan laluan ke Taman Negara

MAT RAMBO.
Kuala Tahan, Jerantut


SEBUAH lori balak yang mengangkut keluar muatan dari hutan ke kilang melalui jalan Kuala Tahan ke bandar Jerantut, baru-baru ini.


Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang penduduk Taman Negara Kuala Tahan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dalam bidang pelancongan sejak 20 tahun lalu.

Saya terpanggil untuk menggerakkan perhatian pihak berwajib mengenai jalan raya dari Simpang Jerantut Feri ke Felda Padang Piol melalui Felda Sungai Retang ke Taman Negara Kuala Tahan yang kerap dilalui kenderaan berat.

Senario yang berlaku sejak beberapa tahun lalu memberi kesan teruk, iaitu kerosakan permukaan jalan raya menghubungkan ke pusat pelancongan berkenaan yang saban waktu dikunjungi pelawat dari seluruh dunia.

Laluan lori balak dengan muatan berat yang keluar masuk menyebabkan struktur permukaan jalan rosak dan kerap ditakungi air hujan sehingga mengganggu keselesaan pengguna lain.

Tempat yang agak ketara kerosakannya termasuk laluan sempit antara Simpang Jerantut Feri ke Felda Padang Piol yang bermula dari Felda Sungai Retang ke Taman Negara Kuala Tahan.

Keadaan itu juga dilihat boleh mengundang kecelakaan di kalangan pengguna jalan raya termasuk motosikal ketika melalui kawasan berlopak dan terbiar kerana lambat diselenggarakan oleh pihak berwajib.

Seingat saya, sudah dua kemalangan maut berlaku di jalan berkenaan pada bulan ini berikutan kenderaan ringan cuba mengelak laluan berlopak dan bertembung dengan kenderaan lain.

Salah satu kemalangan baru-baru ini membabitkan sebuah kereta yang dipandu seorang peneroka bertembung dengan sebuah lori balak tanpa muatan apabila kereta itu cuba mengelak jalan yang sedang dibaiki berdekatan Felda Sungai Retang.

Sebagai pengusaha pelancongan di Taman Negara, saya kerap diajukan soalan oleh pelancong Barat yang prihatin dengan isu berkenaan dan mereka juga antara yang terbabit dengan kegiatan sama di tempat masing-masing di Eropah, Amerika Latin, Amerika Syarikat dan Asia.

Mereka terkejut dan kesal kenapa kerajaan negeri belum menguatkuasakan peraturan supaya tidak membenarkan kenderaan berat melalui jalan raya yang menghubungkan pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu.

Senario itu menurut pelancong berkenaan tidak akan berlaku di kawasan pelancongan di negara Barat dan Asia yang lain kerana kerajaan mereka menyediakan laluan alternatif untuk kenderaan berat ke kilang, malah aktiviti pembalakan tidak wujud berdekatan pusat rekreasi.

Penjelasan pelawat 'Mat Salleh' itu barang kali wajar direnung pihak berkuasa kerana masih memandang ringan isu berkenaan yang boleh menjejaskan sektor pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan.

Menerusi Rakan Pahang ini, saya berharap kerajaan negeri cuba mengatasi masalah berkenaan jika sekali pun jalan raya itu diwartakan sebagai Jalan Persekutuan yang membolehkan semua kenderaan menggunakan laluan berkenaan.

Saya berharap demi kelangsungan pembangunan sektor pelancongan antara punca rezeki penduduk tempatan di Kuala Tahan dan Hulu Tembeling wajarlah kenderaan berat dilarang melalui laluan berkenaan.

Saya yakin dengan kemajuan teknologi, kerajaan negeri boleh membina laluan baru untuk kenderaan berat membawa balak atau muatan lain ke kilang bagi menyelamatkan sektor pelancongan.

Piala Sultan Pahang tawar hadiah lumayan

Posted:

Piala Sultan Pahang tawar hadiah lumayan

Piala Sultan Pahang tawar hadiah lumayan

KUANTAN 6 Okt. - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menganjurkan Piala Sultan Pahang yang akan bermula esok sempena ulang tahun keputeraan Sultan Ahmad Shah, 24 Oktober ini.

Naib Presiden 1 PBNP, Datuk Dr. Omar Othman berkata, kejohanan tersebut yang terbuka kepada semua daerah di negeri ini menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 kepada pasukan bergelar juara.

"Lokasi perlawanan dibahagikan kepada tiga zon dengan daerah Bera, Cameron Highlands dan Temerloh akan bertanding di Raub selaku tuan rumah zon satu manakala Muadzam Shah sebagai tuan rumah zon dua melibatkan pasukan dari daerah Rompin, Pekan dan Maran.

"Jerantut pula menjadi tuan rumah untuk zon tiga melibatkan pasukan dari Kuantan, Lipis dan Bentong," katanya selepas majlis cabutan undian di sini, kelmarin.

Katanya, kejohanan yang akan berlangsung selama seminggu itu antara lain akan menjadi platform untuk PBNP mencungkil bakat baru bagi mengukuhkan lagi skuad Tok Gajah yang akan bertanding dalam Liga Perdana pada musim depan.

"Selain itu, ia juga bagi memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim sesama pemain bola sepak di negeri ini," jelasnya.

Naib juara pada kejohanan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala RM2,500 bagi tempat ketiga dan keempat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Dua lagi kubur besar ditemui di Libya

Posted:

Dua lagi kubur besar ditemui di Libya

Dua lagi kubur besar ditemui di Libya


pasukan perubatan dan pegawai tentera Libya membawa wartawan menyaksikan satu mayat dalam satu kubur besar yang ditemui dekat Tripoli mengandungi kira-kira 200 mayat dipercayai dibunuh oleh rejim Gaddafi, kelmarin. - REUTERS


KAHERAH 6 Okt. - Dua lagi kubur besar mengandungi kira-kira 900 mayat ditemui di ibu negara Libya, Tripoli, hari ini, lapor Al Jazeera.

Menurut stesen televisyen itu yang memetik kenyataan seorang komander tentera di Tripoli, Nagui al-Essawi, kenyataan daripada saksi membawa mereka kepada penemuan kubur-kubur itu yang menjadi mangsa kekejaman bekas rejim Muammar Gaddafi.

Tambahnya, satu daripada kubur itu dijumpai di Gargaresh, kawasan persisiran pantai yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Tripoli, dan sebuah lagi di Brasta Milad, sebuah kawasan perkampungan dekat ibu negara.

Bagaimanapun, Nagui tidak memberikan butiran mengenai tarikh bila mangsa-mangsa tersebut dibunuh.

September lalu, pegawai pemberontak mendedahkan penemuan sebuah kubur besar mengandungi 1,200 mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai pada 1996, dekat Penjara Bu Salim di Tripoli. - dpa

Caltech universiti terbaik dunia

Posted:

Caltech universiti terbaik dunia

Caltech universiti terbaik dunia

LONDON 6 Okt. - Universiti-universiti di Amerika Syarikat (AS) dan Britain sekali lagi mendominasi ranking universiti-universiti terbaik di dunia dengan kedudukan pertama menampilkan muka baru yang berjaya menyingkirkan Universiti Havard sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.

Institut Teknologi California (Caltech) menjadi institusi paling terkemuka dalam senarai yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) ini buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.

Sebanyak 75 universiti AS turut disenarai pada kedudukan 200 institusi pendidikan terbaik di dunia, sekali gus menjadi negara yang mendahului carta itu.

Institusi Britain menduduki tangga kedua selepas 32 universiti negara ini tersenarai pada kedudukan 200 teratas, tetapi cara universiti di negara ini dibiayai menimbulkan kebimbangan berhubung kejayaan berterusan mereka.

Negara Asia turut meningkatkan ranking mereka dengan Universiti Tokyo berada di tangga ke-30 mendahului institusi pendidikan lain dari benua itu.

Caltech dinobatkan sebagai universiti terbaik dunia ekoran kejayaan mereka mengekalkan keputusan memberangsangkan dalam semua kategori dan peningkatan dalam pembiayaan penyelidikan.

Institut Caltech adalah khusus untuk pengajian sains serta kejuruteraan dan kampus utamanya terletak di utara Los Angeles.

Havard yang berusia 365 tahun dan buat pertama kalinya gagal menduduki kedudukan pertama sejak senarai ini dikeluarkan oleh THE berada di tangga kedua bersama Universiti Stanford California.

Kedudukan universiti utama Britain turut berubah dengan Oxford berjaya menduduki tangga keempat menewaskan Cambridge yang berada pada kedudukan keenam.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan 13 kategori termasuk bidang penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan dan aktiviti antarabangsa. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Rumah mampu milik impian semua

Posted:

Rumah mampu milik impian semua

Rumah mampu milik impian semua

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

IBU pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parcel C, Putrajaya yang hening saban hari, mengalami sedikit kejutan minggu ini.

Tidak pernah-pernah sebegini. Isnin lalu, 80 orang 'menyerbu' pejabat berkenaan untuk mendaftar diri sebagai pemilih. Sebahagian besarnya pula mahu menukar alamat tempat tinggal.

Semua ini gara-gara Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang menetapkan syarat baru yang perlu dipenuhi pemohon untuk menduduki rumah mampu milik di situ, mereka mestilah pengundi berdaftar di Pusat Pentadbiran Persekutuan tersebut.

Untuk fasa pertama PR1MA sahaja, sejumlah 560 unit pangsapuri akan dijual di Presint 11 dengan cabutannya akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada Sabtu depan (15 Oktober).

Maka tidak hairanlah, dari 80 orang yang berkunjung ke SPR Isnin lalu, angkanya bertambah kepada 125 pada Selasa, Rabu (130 orang) dan setakat petang semalam mencapai 200 orang. Demikianlah penangan keinginan yang teramat untuk memiliki rumah di Putrajaya sampaikan 'tidak menang tanganlah' kakitangan SPR.

Hakikatnya, itulah isu yang dihadapi penghuni di Putrajaya. Masalah perumahan adalah yang paling dikisahkan oleh kumpulan sokongan termasuk kerani dan 'ofis boy'. Harga rumah yang ditawarkan dalam skim PR1MA ini pun tidak mahal -antara RM120,000 hingga RM150,000.

Sememangnya elok sangatlah syarat terbaru sebagai pengundi yang disahkan oleh SPR di Putrajaya dimasukkan dalam syarat-syarat dalam skim PR1MA ini. Kalau dirisik-risik balik hampir 90 peratus yang menghuni rumah mampu milik di Presint 9 dan Presint 11 sedia ada bukanlah yang bekerja di Putrajaya pun.

Di pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 sahaja, hanya 100 daripada 1,200 pintu yang penghuninya menjadi pengundi berdaftar untuk Parlimen Putrajaya. Itu belum lagi kalau disemak di Putra Damai, Presint 11.

Sedangkan sistem demokrasi di Malaysia berpandukan kepada amalan memilih wakil rakyat yang mewakili kawasan mereka untuk menjadi suara mereka di Parlimen. Ia tidak seperti mana di negara lain seperti Indonesia yang memilih perwakilan mengikut parti.

Langkah PR1MA menetapkan syarat terbaru itu selain pendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan dialu-alukan oleh SPR. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu penulis, tidak kiralah apa tujuan dan matlamatnya, asalkan ia dapat menggalakkan orang mendaftar sebagai pengundi.

Lagipun sehingga 30 Jun lalu, yakni suku kedua tahun ini, jumlah pengundi berdaftar di Putrajaya hanyalah 9,327 orang. Yang belum berdaftar pula sekitar 47.9 peratus atau 8,583 orang. Dan jika dibandingkan dengan jumlah penjawat awam di Putrajaya setakat Julai lalu yang berjumlah 69,910 orang tidak termasuk anggota polis dan tentera, memang jelas tidak seimbang.

Bagi Wan Ahmad, SPR tidak mahu lagi melihat apabila tiba hari mengundi, mereka yang tinggal di Putrajaya, ambil cuti berduyun-duyun untuk pulang ke kampung membuang undi.

Kalau mengikut rekodpun, terdapat 3.7 juta orang yang layak mendaftar (capai usia 21 tahun) masih gagal berbuat demikian. Statistik terkini menunjukkan 6.4 juta pengundi adalah orang Melayu, Cina (3.7 juta), India (882,000), bumiputera Sabah (574,000), bumiputera Sarawak (492,000) dan Orang Asli (69,000).

Cuma berbalik kepada komitmen PR1MA tadi untuk memudahkan golongan tidak berkemampuan memiliki rumah, sudah terdengar pula cakap-cakap yang kurang enak didengar. Antaranya, muncul dakwaan ia bertujuan memenangkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang ini. Walhal, kalau hendak dinilai dari segi sumbangan dan komitmen Ahli Parlimen sedia ada kepada pengundi memang agak sukar dipertikaikan.

Pergilah ke mana-mana surau dan masjid di Putrajaya, kariahnya pasti akur akan kenyataan ini. Surau-surau dijaga kebajikannya, penghuni atau pemastautin yang menghadapi 'poket kosong' di hujung bulan, akan singgah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen di Presint 15 (Diplomatik) untuk mengadu masalah kewangan. Sehinggakan hendak mendaftarkan anak masuk universiti pun, dihulurkan sedikit sedekah oleh wakil rakyatnya. Itu belum termasuk hal-hal kebajikan lain - penyediaan van jenazah dan alat kelengkapan pengkebumian yang berkotak-kotak tersedia di pusat khidmat tersebut.

Dan jika timbul tanggapan dangkal tujuan PR1MA untuk memenangkan wakil rakyat kerajaan, hakikat sebenar dalam ruang pangkah undi siapa yang tahu. Hanya diri individu itu sendiri untuk membuat pilihan yang bijaksana.

Namun, jika individu itu memang pengundi tegar Pas, pasti yang pegangannya 'sapu sahaja apa yang diberikan kerajaan, mengundi nanti cerita lain'. Istilah berterima kasih dalam budaya orang Melayu dan tuntutan agama tidak ada langsung.

Apa pun, titik besar persoalan dalam komitmen PR1MA ini ialah bagaimanakah cara/kaedah cabutan untuk memilih pemohon yang layak menduduki rumah mampu milik ini nanti. Adakah tapisan kedua selepas nama yang layak hasil cabutan didapati bukan pengundi yang disahkan.

Untuk memastikan pemohon itu benar-benar tulen dan memang sepatutnya ia layak, seelok-eloknya keutamaan diberikan kepada pemohon yang sudah pun mengundi pada kali pertama Putrajaya dipertandingkan kerusi Parlimen pada 2004. Atau setakat pendaftaran pengundi yang disahkan pada suku kedua tahun ini (sehingga 30 Jun).

Ia penting buat peringkat awal ini bagi mengelakkan sentimen bertukar alamat bermastautin atau mendaftar pengundi baru tidak dipengaruhi sesuatu.

Dan kalau pun individu itu baru semalam melakukan salah satu dari dua perkara tadi, namanya hanya akan tersenarai dalam daftar pemilih yang disahkan SPR pada hujung Februari 2012. Ini setelah dilalui proses penyediaan rang daftar pemilih, pameran dan bantahan. Semua ini penting diberi perhatian bagi mengelakkan timbul rasa tidak puas hati termasuk kemungkinan satu alamat didaftarkan sehingga 200 nama.

Lagi pun, masih banyak fasa PR1MA akan menyusul selepas ini. Antara yang terdekat melibatkan pembinaan 1,320 unit di Bandar Tun Razak, Cheras yang jangkaan projek seluas 10 ekar itu bermula pada suku keempat tahun ini. Menyusul selepas itu di Cyberjaya, Bandar Ainsdale, Seremban; Putra Heights, Subang Jaya; Presint 17 Presint 11-2, Presint 5 dan Presint 19, Putrajaya, beberapa lagi sehinggalah yang terakhir di Sungai Besi.

Topik PR1MA dijangka disentuh oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2012 petang ini di Parlimen. Dipercayai, beliau akan membuat ulasan lanjut tentang konsep dan manfaat skim perumahan ini.

Yang pasti, ia akan dilaksanakan dengan lebih berdaya maju menerusi kerjasama pihak swasta dan kerajaan. Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.

Dan dipercayai juga petang ini Najib akan menekankan betapa pentingnya dikekang 'hanky panky' dalam proses cabutan untuk pemohon yang selayaknya memperoleh rumah mampu milik PR1MA ini.

Menangani kenaikan kos sara hidup

Posted:

Menangani kenaikan kos sara hidup

Menangani kenaikan kos sara hidup

Oleh NUR SYAHIDAH ABDUL JALIL
PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

PEMBENTANGAN Belanjawan 2012 hari ini sememangnya dinantikan rakyat terutama bagi yang mengikuti perkembangan dan usul-usul yang dicadangkan banyak pihak dengan harapan akan diberi perhatian oleh kerajaan.

Aspek pertumbuhan ekonomi sememangnya diberi perhatian dalam setiap belanjawan. Namun, kita mengharapkan sesuatu lebih jauh mengenai pembangunan masyarakat sementelah kerajaan mengumumkan pada Julai lalu bahawa kos sara hidup akan dijadikan petunjuk yang ketujuh dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Lazimnya, kita terarah untuk melihat kos sara hidup ini dalam lingkungan yang berpendapatan rendah dan mengaitkan dengan corak perbelanjaan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan semasa. Sedangkan perihal kos sara hidup bukanlah satu-satunya perkara mengenai peningkatan gaji dan upah kepada sektor atau jawatan tertentu, begitu juga penetapan mengenai gaji minimum dalam sesebuah sektor.

Indikator kos sara hidup sebenarnya turut menceritakan kepada kita perihal keadaan pembangunan masyarakat setempat yang hidup dalam lingkungan sesuatu kos yang terpaksa digunakan dan pilihan yang mereka ada pada setiap tempoh demi kelangsungan hidup.

Masyarakat Malaysia yang bekerja pada hari ini adalah terdiri daripada kira-kira 80% mereka yang mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja ataupun dengan andaian yang lain ialah mereka menggunakan sijil ini bagi mendapatkan pekerjaan.

Dengan keadaan demikian, maka kita menjangkakan ramai golongan ini terdiri daripada mereka yang menerima gaji dan upah yang rendah pada peringkat permulaan. Maka tidak hairanlah 40% isi rumah termiskin hanya memperoleh hampir satu per tujuh daripada kumpulan 20% isi rumah terkaya yang mencecah RM 9,987 sebulan pada 2009.

Dari situasi ini, kita dapat menyimpulkan ramai memilih untuk bekerja pada usia lebih muda dan dengan tahap pendidikan minimum atas sebab-sebab tertentu. Penghijrahan ke kota besar menjadi tarikan selepas persekolahan manakala pendidikan tinggi tidak menjadi keutamaan.

Walaupun terdapat banyak dasar kerajaan yang membantu terutama kepada golongan kurang berkemampuan mendapat pendidikan hingga pada tahap minimum (SPM), hakikat ini nampaknya tidak lagi sesuai diteruskan memandangkan negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Maka penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran yang lebih tinggi harus ditambah dan diberi perhatian dalam dasar-dasar pendidikan kerajaan sedia ada.

Matlamat pendidikan, kemahiran juga bantuan pendidikan disediakan perlu disampaikan kepada ibu bapa terutama yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pendidikan rendah untuk tidak menggalakkan anak-anak meninggalkan pelajaran pada peringkat selesai peperiksaan utama.

Jika perkara ini tidak dilakukan, kita akan melihat kitaran rakyat yang bekerja menggunakan SPM ini akan berlanjutan selama bertahun-tahun akan datang dengan upah yang rendah.

Usia muda bersama upah dan kemahiran yang rendah tidak menggalakkan aktiviti perbelanjaan yang sihat. Pembelian hanya dapat dilakukan kepada jenis barangan tertentu dan tidak meluas. Begitu juga dengan aspek pelaburan dan simpanan hanya dapat dilakukan dengan terhad dan kadang-kala tiada langsung.

Terdorong dengan aliran semasa, generasi muda akan mengunakan kemudahan tertentu seperti pembelian secara kredit bagi memenuhi keperluan dan bukan lagi hanya keinginan dan kehendak seperti yang sering perkatakan. Maka lahirlah semakin ramai 'jutawan hutang' dalam era menuju wawasan 2020 kelak.

Masalah ini seterusnya membawa kepada kesukaran kepada pihak pemerintah untuk memperkenalkan perubahan dalam aspek pentadbiran ekonomi negara kerana secara tidak langsung akan memberi kesan yang besar kepada golongan yang menerima pendapatan rendah ini.

Rakyat yang terkesan sudah pasti akan menuntut agar tiada beban dikenakan terhadap mereka lantaran kos sara hidup semakin meningkat dengan gaji yang diterima masih lagi rendah, akhirnya membawa kepada cadangan penetapan gaji minimum.

Walaupun disambut baik oleh ramai pihak, penetapan gaji minimum tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup.

Sebaliknya, kita memerlukan pelan jangka panjang mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup dengan memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan pendidikan pekerja dan kesediaan majikan memberi upah setimpal dengan kemahiran dan tidak mencari jalan lain seperti menggunakan buruh asing bagi mendapatkan kos paling murah.

Penetapan gaji minimum dengan disertai tahap pendidikan dan kemahiran yang tidak setara dikhuatiri memberi kesan buruk kepada ekonomi begitu juga kepada golongan berpendapatan sederhana yang selama ini tersepit di celah mereka yang begitu tinggi gajinya dengan golongan berpendapatan rendah yang menerima upah hampir dengan mereka.

Bezanya, golongan sederhana ini memiliki sedikit kelebihan dari sudut taraf pendidikan dan kemahiran berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

Kecelaruan sistem ekonomi begini tidak akan memberikan kesan baik kepada masyarakat pada masa akan datang. Malah dikhuatiri semakin ramai anak-anak muda memilih untuk meninggalkan peluang menyambung pendidikan di tahap lebih tinggi disebabkan tawaran penetapan gaji minimum ini.

Sinonimnya golongan miskin atau kurang berkemampuan ini dengan upah yang rendah membawa kita kepada hakikat sesuatu perlu dilakukan bagi membantu mereka menghadapi peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kekurangan dari segi material ini tidak hanya memberi kesan kepada aspek ekonomi namun turut memberi kesan spiritual kepada mereka yang mengalaminya.

Maka tidak hairanlah jika kita melihat banyak permasalahan sosial dialami oleh masyarakat ini dan mudahnya mereka dimanipulasi dan diambil kesempatan walaupun melibatkan soal akidah disebabkan masalah ini.

Negara berpendapatan tinggi adalah juga negara yang mempunyai rakyat dan pekerja yang berkemahiran tinggi. Justeru, penekanan kepada tahap pendidikan dan kemahiran lebih tinggi adalah cara yang tepat bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jika tidak, kita akan terus melihat 20% kumpulan isi rumah terkaya mengalami pertumbuhan pendapatan yang menggalakkan manakala 40% kumpulan isi rumah termiskin yang terdiri sebahagiannya dari 80% jumlah pekerja berkelulusan SPM ini terus mengalami pertumbuhan pendapatan yang perlahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dunia baru Irma, Diana dan Nana

Posted:

Dunia baru Irma, Diana dan Nana

Dunia baru Irma, Diana dan Nana

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Aida.kamaruddin@utusan.com.my
Gambar Zakaria Idris



Isu artis wanita pakai tudung di negara ini bukanlah satu perkara baru namun apabila ia berlaku secara serentak, pelbagai pihak meragui niat sebenar golongan itu.

Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir merupakan antara tiga lagi artis wanita yang telah melakukan penghijrahan besar dalam hidup mereka.

Bagi ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar ini sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang selama ini dicari.

Irma cari calon suami

BUKAN lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan.

Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya.

Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri.

"Saya akan terus berdoa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi suami. Jika benar saya telah menemui lelaki yang sesuai, saya akan pastikan kami bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak lagi mahu mencari kekasih tetapi mencari calon suami," kata pelakon drama Kasih Alia yang pernah disiarkan di TV3.

Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini.

Menurutnya, apa yang penting Nabil kini sudah pun menemui sinar kebahagiaannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah," katanya sambil tersenyum.

Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.

"Cepat atau lambat bukan satu persoalan besar kerana setiap perbuatan manusia itu perlu mendapat keredaan Allah.

"Niat untuk bertudung sudah lama terpendam di lubuk hati saya namun baru kini saya berani untuk meneruskan niat itu," katanya.

Kematian petunjuk jelas buat Nana

KEMATIAN bekas suami pelakon Faizal Yusof serta rakan baiknya Achik Spin banyak menyumbang kepada keputusan yang diambilnya untuk bertudung.

Bagi Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana, perubahan penampilannya ini diharap mampu membawanya ke jalan yang lebih baik.

"Kematian arwah Faizal dan Achik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan sebenar hidup saya selama ini.

"Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ," kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.

Bergelar seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu, keputusan bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

"Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.

"Saya tahu setiap manusia itu tidak akan lari daripada membuat kesilapan dan jika ini merupakan titik perubahan dalam diri saya untuk menjadi yang lebih baik, saya akan meneruskannya," katanya.

Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.

"Saya berharap peminat akan terus memberi peluang kepada saya untuk berada lama dalam industri hiburan tanah air.

"Selain menyampaikan lagu berkonsep pop, jika diberi peluang untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah, sudah pastinya saya akan mencubanya.

"Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi," katanya

Setelah dua tahun menyendiri, Nana kini akui dia sedang mengenali seseorang.

Walaupun tidak mahu menjelaskannya dengan lebih mendalam mengenai kisah cinta barunya ini, namun jelas terpapar keceriaan di wajah ibu muda ini.

"Cukuplah jika saya katakan saya masih mahu mengenalinya dan apa yang lebih penting dia masih bujang dan bukan milik sesiapa," katanya.

Diana masih belajar

BELUM sampai sebulan pelakon filem 3,2,1 Cinta Diana Amir memakai tudung, hati kecilnya tidak pernah was-was tentang keputusan yang diambilnya itu.

Bahkan Diana akui, hatinya memberitahu bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah yang terbaik baginya.

Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.

"Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung.

"Selepas memenuhi satu fasa dalam kehidupan saya, ia tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya saya ingin memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam.

"Bagi saya, untuk berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar, agama adalah tiang kita dan itulah yang saya pegang hari ini," kata pelakon filem Aku Masih Dara.

Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar.

Justeru, katanya, bagi mendalami pengetahuan tentang agama, dia mendapat bimbingan daripada keluarga angkatnya yang berada di Shah Alam, Selangor.

"Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat.

"Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya," pinta Diana bersungguh-sungguh.

Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.

Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya.

Justeru, mengenali Diana sebelum ini sebagai seorang artis yang agak berani dalam berpakaian, tidakkah dia rasa janggal dengan perubahan berpakaian?

"Ternyata pemakaian saya kini banyak membataskan aktiviti saya tetapi saya lega dengan perubahan yang dilakukan.

"Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan," katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

Cabaran Megan, Naqib di

Posted:

Cabaran Megan, Naqib di <i>8TV</i> <i>Quickie</i>

Cabaran Megan, Naqib di 8TV Quickie

Oleh ABD. AZIZ ITAR
(Yang mengikuti pelayaran Star Cruise Libra bersama 8TV ke Krabi dan Phuket, Thailand baru-baru ini)
Gambar SYEFRY MONIZ


BIARPUN masih baru dalam bidang pengacaraan tetapi Megan dan Naqib semakin yakin apabila berada di depan kamera.


RANCANGAN Quickie yang disiarkan di saluran 8TV merupakan rancangan pendek dengan durasi antara satu minit hingga 15 minit yang disiarkan pada pukul 9.30 malam, 10.30 malam dan 11.30 malam setiap hari.

Biarpun durasinya pendek, tetapi dua pengacara yang mengendalikan rancangan itu, Megan Tan dan Naqib Nadhir Shamsuri sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran bagi memastikan rancangan itu sentiasa menarik.

Bagi Megan, sepanjang mengendalikan 8TV Quickie lebih setahun lalu, dia bukan sahaja bertindak sebagai pengacara tetapi turut turun padang bagi mendapatkan bahan-bahan siaran termasuklah berkunjung ke luar negara.

"Pada Julai lepas misalnya, saya telah pergi ke London, United Kingdom bagi menemu bual pelakon filem Harry Porter iaitu Emma Watson. Saya hanya diberi masa lima minit bagi menemu bual Emma sendirian tanpa krew 8TV.

"Sudahlah saya pergi ke London seorang diri, malah semua hasil rakaman temu bual itu dilakukan oleh pihak pengajur. Mujurlah hasil rakaman itu kemudiannya diberikan kepada kami, kalau tidak apa yang hendak disiarkan di 8TV?

"Bagaimanapun, semua pengalaman itu menjadikan saya semakin tabah dan bersemangat untuk terus mengacarakan rancangan tersebut," katanya sewaktu ditemui pada pelayaran bersama 8TV ke Krabi dan Phuket, Thailand, baru-baru ini.

Pelayaran dengan kapal Star Cruise Libra tajaan Star Cruise bersama wakil-wakil media cetak dan elektronik selama empat hari tiga malam itu kata Megan, salah satu cara 8TV mendekatkan para pengacara Quickie dengan golongan tersebut.

Jelas Megan, dia tidak menafikan selalu berasa tertekan sewaktu mengacara 8TV Quickie kerana selain rancangan itu ke udara secara langsung, dia juga perlu melakukan pelbagai penyelidikan sebelum membicara sesuatu topik didalamnya.

"Walaupun selalu tertekan tetapi saya dapat mengatasinya, malah berasa puas apabila sesuatu topik atau rancangan yang saya kendalikan itu dapat dijayakan dengan lancar. Saya akui bukan mudah untuk mengacarakannya.

"Ini kerana, 8TV Quickie menampilkan skop yang luas dan isu yang diketengahkan bukan setakat bidang hiburan tetapi juga hal-hal lain. Semua itu secara tidak langsung menjadikan saya mendapat banyak pengalaman baru setiap hari," ujarnya.

Sementara itu, Naqib Nadhir yang digandingkan bersama Megan dalam 8TV Quickie juga tidak terkecuali berdepan dengan cabaran kerana itu adalah rancangan pertama yang diacarakannya.

Pengacara berusia 25 tahun ini berkata, biarpun bekerja sambilan sebagai pengacara rancangan di 8TV tetapi itu bukan bermakna dia bekerja sambil lewa, sebaliknya dia begitu mengambil berat rancangan yang diacarakannya itu.

"Sebenarnya, saya bekerja sepenuh masa sebagai Pegawai Akaun di syarikat IBM sejak beberapa tahun lalu. Siang hari saya bekerja mengikut waktu pejabat dan pada malamnya pula saya harus bersedia di studio untuk siaran langsung Quickie.

"Tekanan melakukan dua kerja dalam satu masa memang tidak dapat saya nafikan tetapi saya berasa seronok mengacarakan 8TV Quickie kerana ia ada kaitan dengan bidang hiburan yang amat saya minati," jelasnya.

Sewaktu belayar dengan Star Cruise Libra ke Krabi dan Phuket, Naqib dan Megan sempat mengadakan rakaman di dua tempat pelancongan itu sebagai salah satu bahan paparan menerusi rancangan yang mereka kendalikan itu.

Tambah Naqib, selain menjadi pengacara 8TV Quickie dia kini sedang mengorak langkah dalam bidang seni dengan menceburi bidang nyanyian bersama kumpulannya, Pose 2 yang mengetengahkan irama hip hop.

"Setakat ini, saya ada 20 buah lagu ciptaan sendiri. Saya juga mempunyai perancangan untuk berkolaborasi dengan kakak saya, Nadhira yang baru tampil dengan album singlenya berjudul Tears Apart," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Memilih ikan terbaik

Posted:

Memilih ikan terbaik

Memilih ikan terbaik



SEBELUM ini ada antara artikel saya yang menekankan perlunya kita memilih bahan-bahan yang segar apabila kita ingin memasak.

Pada minggu ini saya akan menyentuh sedikit bagaimana anda dapat memilih ikan yang segar di pasar kerana tidak ramai yang mahir memilih ikan yang benar-benar segar.

Ikan merupakan salah satu makanan yang cepat rosak kerana kandungan proteinnya yang sangat tinggi menyebabkan ia menghasilkan bau yang kurang enak.

Untuk keperluan memasak saya sarankan kepada anda untuk memilih ikan yang betul-betul segar supaya rasa hidangan yang anda sediakan lebih sedap, segar dan kandungan proteinnya pun terpelihara.

Ciri-ciri ikan segar adalah:

1.Warna kulit terang dan cerah

2.Daging ikan bila ditekan terasa keras dan ia akan kembali ke keadaan asal.

3.Mata ikan jernih menonjol dan cembung

4.Sisik ikan segar masih kuat melekat kuat dan berkilat sisik tidak banyak yang tertanggal.

5.Insangnya berwarna merah

6.Siripnya kuat.

7.Kulit dan daging ikan tidak mudah koyak, terutama pada bahagian perut.

8.Tidak berbau busuk.

Tanda ikan yang sudah tidak segar:

1.Mata suram, merah dan tenggelam.

2.Sisik kusam dan mudah tertanggal.

3.Warna kulit kusam dengan lendir tebal.

4.Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.

5.Dinding perut lembik dan koyak.

6.Warna keseluruhan kusam dan berbau busuk.

Ikan yang licin dan berlendir permukaannya menandakan ikan itu tidak diawet.

Kalau anda membeli ikan yang dihiris atau sudah dipotong-potong, yang perlu diperhatikan ialah cium bau daging ikan.

Jika aromanya tidak meloyakan, bermaksud ikan itu segar. Tetapi jika sudah berbau busuk yang menusuk hidung bermaksud ikan itu sudah tidak segar.

Sentuh dan tekanlah daging ikan. Jika terlalu keras seperti lobak merah kemungkinan ikan tersebut sudah diberi bahan pengawet atau telah dibekukan.

Lihat juga warna dari dagingnya, ikan yang segar warna dagingnya cerah, sedangkan ikan yang berpengawet cenderung pucat dan tidak ada lalat yang mendekati.

Kebiasaannya selak pipi ikan itu bagi membolehkan anda melihat warna insangnya. Ini adalah cara yang paling biasa dilakukan apabila memilih ikan.

Jika anda perlu membeli ikan untuk simpanan stok, pastikan ikan itu disimpan di dalam peti beku.

Janganlah dibiarkan ikan terlalu lama pada suhu bilik bagi memelihara kesegarannya.

Ikan air tawar dan laut mengandungi protein, Omega-3 serta rendah lemak yang tentunya sangat baik untuk tubuh.

Sementara itu, ikan yang tidak segar boleh membuat anda kerugian dan alergi.

Jadi minggu ini carilah ikan yang segar dan cuba resipi yang saya kongsikan ini.

Didik wanita melabur emas

Posted:

Didik wanita melabur emas

Didik wanita melabur emas

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar ASWAD YAHYA


Selain untuk perhiasan memilik barangan kemas juga satu pelaburan jangka panjang.


Biarpun sehalus janggut udang barang hiasan emas tetap menjadi idaman golongan wanita sejak dari dulu lagi.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa emas menjadi sahabat baik wanita yang melambangkan kemewahan dan status seseorang.

Bagi yang lebih bijak menjadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai harta yang boleh membawa keuntungan lumayan pada waktu diperlukan.

Malangnya, amalan itu tidak menjadi ikutan wanita generasi muda hari ini yang lebih suka kepada barangan berjenama lain bagi melambangkan kemewahan dan prestij.

Menurut Pengurus Besar Cantik Jewellery Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Habib Jewels, Abdul Razak Abdul Kadir, seharusnya generasi muda hari ini mencontohi 'orang lama' untuk membeli barangan kemas sebagai hiasan dan pelaburan.

"Membeli emas hari ini sangat menguntungkan, ia bukan sekadar barang perhiasan yang boleh digunakan untuk bergaya tetapi juga aset penting memandangkan harganya semakin meningkat dari hari ke sehari,'' tegasnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Katanya, nilai emas yang sentiasa meningkat dengan konsisten mengikut harga pasaran emas dunia menjadikan ia komoditi terbaik untuk pelaburan jangka panjang.

"Sambil berhias dengan barangan kemas berkualiti pada masa sama wanita juga sebenarnya telah membuat pelaburan jangka panjang," katanya.

Menurut Abdul Razak, sudah tiba masanya untuk golongan wanita mengubah cara hidup sekarang dengan menjadikan emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup.

"Sebagai contoh setiap tahun kita belikan emas kepada diri sendiri, atau pada anak-nak bagi menggantikan hadiah-hadiah lain.

"Biarpun nampak kecil namun nilainya akan bertambah dari semasa ke semasa. Keadaan ini jika dibiarkan untuk tempoh tertentu pastinya mendatangkan keuntungan,'' kata Abdul Razak.

Katanya lagi, emas boleh dijual semula mahupun digadaikan ketika masa sesak tanpa perlu menanggung susut nilai.

Bagaimanapun beliau menyeru supaya membeli emas di tempat atau di kedai yang mempunyai nama.

"Keadaan itu penting memandangkan ia mengelakkan daripada pelanggan di tipu serta memastikan kualiti emas itu terjamin,'' katanya lagi.

Di Habib katanya, pelanggan yang membeli barangan kemas akan diberikan sijil dan keadaan itu memberikan jaminan kepada pelanggan untuk terus membeli di premis tersebut.

Lagi pun pembelian emas yang dilakukan dalam negeri dapat membantu pembangunan kerana aliran wang berlaku dalam negara kita sahaja.

Menurutnya lagi, di Habib bukan sahaja menjual emas tetapi membeli semula emas lama untuk dileburkan.

Malah terbaru, Habib juga menawarkan pajak gadai yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menggadai barangan perhiasan tersebut.

Terangnya lagi, pihaknya kini mempunyai sebuah premis pajak gadai yang terletak di Ampang. Bagaimanapun pihaknya kini dalam persiapan terakhir untuk membuka lima lagi premis pajak gadai di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

"Uniknya pajak gadai di sini ialah turut menerima berlian dan batu-batu berlian untuk di gadaikan,'' katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved